///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Dewan Rakyat News   Page 1    



Hannah perlu dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH – MP BN - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Hannah perlu dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH - MP BN KUALA LUMPUR - Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan mendedahkan formula pengiraan dan minit kelulusan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000





MCMC turunkan 13,883 kandungan pemalsuan imej hingga 31 Oktober lalu - Mygazette - 17/11 6:23 pm

"Daripada 10 kes yang didakwa itu, enam sudah mendapat keputusan mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda RM19,500, manakala empat lagi masih dalam prosiding. "Selain itu, tujuh kes ditawarkan kompaun berjumlah RM755,000 dan 17 surat amaran telah dikeluarkan, manakala baki 27 kes pula merangkumi kes yang masih dalam peringkat siasatan serta yang telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini





Premium KLSCAH: Wang jutaan ringgit bukan milik mana-mana pemimpin untuk .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Premium KLSCAH: Wang jutaan ringgit bukan milik mana-mana pemimpin untuk diberikan sesuka hati KUALA LUMPUR Kerajaan perlu menjelaskan asas undang-undang, kaedah penilaian dan justifikasi pengurangan yang begitu besar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000





Cukai perkhidmatan pusat jagaan warga emas dikurangkan mulai 1 Januari .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

Melalui pengecualian cukai ini, keluarga yang membayar yuran jagaan hingga RM8,000 sebulan tidak perlu menanggung cukai perkhidmatan tertakluk kepada syarat ditetapkan. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos penjagaan, malah berpotensi meningkatkan kemampuan keluarga untuk mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan ibu bapa mereka, katanya pada sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat hari ini





Johor salur RM4.19 juta inisiatif Makan Tengah Hari SPM - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Johor salur RM4.19 juta inisiatif Makan Tengah Hari SPM JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.19 juta bagi inisiatif Makan Tengah Hari SPM yang akan memberi manfaat kepada 44,075 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu bermula 23 November ini





Hasil kajian projek jambatan Labuan-Sabah dibentang tahun depan - Mygazette - 17/11 6:23 pm

Ia termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Wilayah Persekutuan manakala kementeriannya berperanan melaksanakan kajian teknikal. "Sekiranya dibina, jambatan itu dijangka menghubungkan Labuan secara terus ke Jalan Menumbok di Sabah sebelum bersambung ke persimpangan Lebuhraya Pan Borneo di Beaufort menerusi rangkaian jalan sepanjang kira-kira 70 kilometer (km)," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini





“Jangan jadikan bapa saya kambing hitam!” - Mygazette - 17/11 6:23 pm

SEREMBAN - Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Naim Ismail mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan media berhubung peletakan jawatan bapanya, Datuk Ismail Lasim, sedangkan keputusan itu didakwa belum mendapat pengesahan daripada pihak Istana





UMNO Negeri Sembilan harap peletakan jawatan Ismail tamatkan kemelut .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# UMNO Negeri Sembilan harap peletakan jawatan Ismail tamatkan kemelut politik SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan mahu kemelut politik yang melanda negeri itu diselesaikan secara berhemah dan harmoni bagi memastikan kestabilan kerajaan serta kelancaran urus tadbir tidak terus terjejas





KLSCAH: MCA senada DAP, mahu BN nilai dari sudut warisan KLSCAH: MCA .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# KLSCAH: MCA senada DAP, mahu BN nilai dari sudut warisan KUALA LUMPUR MCA mempertahankan keputusan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium RM1,000, sambil menegaskan perkara itu perlu dinilai berdasarkan kepentingan warisan negara, bukannya sentimen kaum atau politik





Premium RM1,000: Hentikan politik sempit terhadap KLSCAH ??? AMK WP - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Premium RM1,000: Hentikan politik sempit terhadap KLSCAH AMK WP KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menyifatkan kritikan beberapa pemimpin politik berhubung kadar premium nominal RM1,000 melibatkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengabaikan fakta perundangan tanah serta status pemuliharaan warisan negara





Urusan pentadbiran Negeri Sembilan berjalan seperti biasa – SUK - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Urusan pentadbiran Negeri Sembilan berjalan seperti biasa - SUK SEREMBAN - Urusan pentadbiran perkhidmatan awam Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, susulan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar semalam





Ismail tidak maklum secara peribadi hasrat letak jawatan kepada UMNO .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Ismail tidak maklum secara peribadi hasrat letak jawatan kepada UMNO negeri - Jalaludin SEREMBAN - Hasrat Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tidak dimaklumkan secara peribadi kepada Badan Perhubungan UMNO negeri, sebaliknya diketahui menerusi pimpinan tertinggi parti





UMNO Kedah persoal premium pajakan KLSCAH RM1,000, desak Hannah dedah .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# UMNO Kedah persoal premium pajakan KLSCAH RM1,000, desak Hannah dedah asas kelulusan KUALA LUMPUR - Pengurangan premium pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi tempoh pajakan sehingga 99 tahun terus menjadi persoalan apabila UMNO Kedah mempersoalkan asas pengiraan dan ketelusan keputusan berkenaan





Zhemin minta Ahmad Maslan jawab rekod kewangan zaman BN - Mygazette - 17/11 6:23 pm

"Angka RM400 bilion yang disebut Ahmad Maslan meliputi kesemua 34 lebuh raya bertol. Berapakah kos untuk mengurangkan lagi kadar tol PLUS atau memansuhkannya secara berperingkat? Ahmad perlu membentangkan pengiraan khusus bagi PLUS kepada Dewan Rakyat





Isu premium tanah KLSCAH, jangan kelirukan rakyat – Hannah - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Isu premium tanah KLSCAH, jangan kelirukan rakyat - Hannah KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM4 juta susulan keputusan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) disifatkan sebagai cubaan mengelirukan rakyat, kata Hannah Yeoh





BPlant untung besar, mengapa aset strategik LTAT perlu dijual? - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# BPlant untung besar, mengapa aset strategik LTAT perlu dijual? KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengkaji semula dan menangguhkan keputusan melupuskan Boustead Plantation (BPlant) yang merupakan aset hartanah strategik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada syarikat swasta bagi memastikan kepentingan pencarum serta warga tentera terus terpelihara





Jika yakin sokongan rakyat, PM perlu berani cari mandat baharu –... - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Jika yakin sokongan rakyat, PM perlu berani cari mandat baharu - Irfan KUALA LUMPUR - Keputusan tiga Pilihan Raya Negeri (PRN), di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sepanjang tahun 2026 sewajarnya menjadi satu isyarat politik yang perlu diberikan perhatian serius oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH), khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Wisma UMNO NS jadi tumpuan media, ADUN BN, PN hadir mesyuarat... - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Wisma UMNO NS jadi tumpuan media, ADUN BN, PN hadir mesyuarat tertutup SEREMBAN - Wisma UMNO Negeri Sembilan menjadi tumpuan pengamal media hari ini susulan perkembangan politik negeri itu berhubung peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim





‘Saya tak akan letak jawatan’ – Ahmad Maslan - Mygazette - 17/11 6:23 pm

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan tidak akan meletakkan jawatan meskipun didesak beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) susulan insiden pantun kontroversi di Dewan Rakyat, Isnin lalu





Parti putuskan calon MB baharu Negeri Sembilan, kata Jalaludin - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Parti putuskan calon MB baharu Negeri Sembilan, kata Jalaludin SEREMBAN - Penentuan calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) sebelum nama calon dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir





Ab Rauf jamin semua parti diwakili dalam Exco, BN-PN terus bersama... - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Ab Rauf jamin semua parti diwakili dalam Exco, BN-PN terus bersama tadbir Melaka MELAKA Semua parti politik yang membentuk kerajaan negeri Melaka, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan diberikan perwakilan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bakal diumumkan tidak lama lagi





Tiada bukti kukuh syarikat perladangan Malaysia terlibat kebakaran di .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Tiada bukti kukuh syarikat perladangan Malaysia terlibat kebakaran di Indonesia KUALA LUMPUR - Tiada bukti kukuh yang mengesahkan penglibatan syarikat perladangan berkaitan Malaysia sebagai pihak yang menyebabkan kebakaran di Indonesia berdasarkan penelitian setakat ini





Krisis NS: Rafizi seru pimpinan UMNO henti campur tangan - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Krisis NS: Rafizi seru pimpinan UMNO henti campur tangan KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan sama ada surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan bukan datang dari Datuk Ismail Lasim, sebaliknya surat peletakan kosong yang ditandatangani lebih awal





Pejuang Johor cadang PN tawar pelan tindakan terbaik, realistik menjelang .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Pejuang Johor cadang PN tawar pelan tindakan terbaik, realistik menjelang PRU-16 JOHOR BAHRU - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor mencadangkan Perikatan Nasional (PN) menyediakan tawaran yang lebih baik dan realistik kepada rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)





Jangan heret isu premium KLSCAH ke gelanggang perkauman ??? DAP WP - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Jangan heret isu premium KLSCAH ke gelanggang perkauman DAP WP KUALA LUMPUR Pengkritik keputusan pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) diingatkan supaya tidak menjadikan usaha memelihara bangunan bersejarah itu sebagai isu perkauman





Hannah dituntut perjelas asas pengurangan premium pajakan KLSCAH – .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Hannah dituntut perjelas asas pengurangan premium pajakan KLSCAH - Wawasan KUALA LUMPUR - Asas pengurangan premium pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000 bagi tempoh 99 tahun wajar dijelaskan secara terbuka kepada rakyat





Pemuda UMNO persoal premium tanah KLSCAH RM4.67 juta jadi RM1,000 - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Pemuda UMNO persoal premium tanah KLSCAH RM4.67 juta jadi RM1,000 KUALA LUMPUR Bagaimana premium tanah yang pada awalnya dianggarkan RM4.67 juta boleh dikurangkan sehingga hanya RM1,000? Apakah asas penilaian dan prosedur yang membolehkan pengurangan hampir 100 peratus itu diluluskan? Itu antara persoalan yang dibangkitkan Pemuda UMNO berhubung keputusan kerajaan menetapkan premium RM1,000 bagi pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)





Warisan N. Sembilan harap lantikan MB baharu selesai krisis berlarutan - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Warisan N





Akmal jangan main angka RM4.67 juta, dasar RM1,000 itu wujud sejak 2021 - Harapandaily - 17/11 6:19 pm

Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bandar Tun Razak, Muhamad Taufiq Iskandar membidas Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh, dengan menegaskan bahawa pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 tidak boleh dilihat berdasarkan angka semata-mata tanpa memahami sebab dan tujuan keputusan tersebut dibuat





KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam - Sinarharian - 17/11 5:55 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan memberikan pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan berhubung pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit itu yang dibuat atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah.Beliau mempersoalkan kemudahan kerajaan meluluskan pelepasan dalam jumlah yang besar itu, sambil menegaskan bahawa dana awam bukanlah hak milik mutlak mana-mana pihak untuk diagihkan tanpa penjelasan munasabah."RM4.67 juta boleh menjadi RM1,000 sahaja





ASIA Records tembusi Rusia, Singapura dalam tempoh dua minggu - Sinarharian - 17/11 5:50 pm

KUALA LUMPUR ASIA Records memperluaskan operasinya ke peringkat antarabangsa apabila dilancarkan secara rasmi di Rusia dan Singapura dalam tempoh 12 hari, sekali gus membawa platform pengesahan rekod berkenaan ke luar Malaysia.ASIA Records dilancarkan di Kazan, Rusia pada 31 Oktober lalu sempena Kazan Digital Week 2026, sebelum ASEAN Records dan ASIA Records dilancarkan secara rasmi di Singapura pada 11 November lalu sempena Digital Economy Summit Asia (DESA) 2026.Pelancaran di Rusia berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Kazan Expo, Kazan, Republik Tatarstan, yang menjadi lokasi penganjuran forum teknologi digital antarabangsa itu dari 29 hingga 31 Oktober.ASIA Records dalam kenyataan memaklumkan, Pengasas, Pengarah dan Ketua Adjudikator ASEAN Records dan ASIA Records, Gillian Ooi menyampaikan plak peringatan sempena pelancaran berkenaan.Hadir sama, Timbalan Menteri Pendigitalan Pentadbiran Awam, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Republik Tatarstan, Bulat Gabdrakhmanov serta Presiden Akademi Sains Tatarstan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Rifkat Minnikhanov.Forum berkenaan mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Digital, Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia serta Kabinet Menteri Republik Tatarstan, selain menghimpunkan peserta dari lebih 70 negara secara fizikal dan dalam talian.Sementara itu, pelancaran di Singapura berlangsung di Wyndham Singapore Hotel sempena DESA 2026 yang dianjurkan bersama Singapore Digital Chamber of Commerce (SGDCC) dan Aventis Graduate School.Majlis itu disempurnakan Gillian dan Pengasas, Pengarah serta Ketua Adjudikator ASEAN Records dan ASIA Records, Eldrick Koh bersama Presiden SGDCC, Dr Roger Wong.Mereka turut merasmikan plak ASEAN Records dan ASIA Records, manakala SGDCC diperkenalkan sebagai Rakan Kongsi Bersekutu kedua-dua organisasi itu di Singapura.Pelancaran berkenaan turut menyaksikan pengumuman bahawa ASIA RECORDS kini menjadi cap dagangan berdaftar di Singapura menerusi No





Exco Kedah persoal dihalang hadiri program Lembaga Pengelola Sekolah - Sinarharian - 17/11 5:29 pm

ALOR SETAR - Exco Kedah, Wong Chia Zhen mempersoalkan arahan melarang pemimpin negeri itu menyertai program anjuran Lembaga Pengelola Sekolah walaupun dilaksanakan di luar sesi persekolahan.Chia Zhen yang mempengerusikan portfolio Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam serta Badan Bukan Kerajaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim itu mendakwa, sekiranya beliau hadir, murid terlibat didakwa menerima nasib dengan tidak diberikan markah kokurikulum."Pada sidang-sidang yang lalu, saya telah membangkitkan perkara ini berkali-kali





MP files motion to review deputy speaker's move to debate while chairing Dewan Rakyat session - NST - 17/11 5:14 pm

KUALA LUMPUR: A Pakatan Harapan (PH) member of parliament has filed a motion seeking a Dewan Rakyat review of Deputy Speaker Datuk Dr Ramli Mohd Nor's decision to leave the Speaker's chair and take part in a debate while presiding over the sitting yesterday.





Tanah kolam banjir pun dulu diberi kepada pemaju waktu BN – Hannah Yeoh jawab Umno, Pas isu KLSCAH - Harapandaily - 17/11 5:13 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjawab kritikan pemimpin Umno dan Pas berhubung keputusan kerajaan menetapkan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)





DUN Selangor: Banjir bukan lagi isu infrastruktur, perlu tindakan segera - Utusan - 17/11 5:07 pm

PETALING JAYA: Isu banjir tidak lagi boleh dilihat sekadar sebagai masalah pembangunan infrastruktur, sebaliknya sudah menjadi kecemasan yang memerlukan tindakan segera kerajaan





KLSCAH RM1,000 land premium: BN MPs issue five demands to Hannah Yeoh - Sinardaily - 17/11 5:05 pm

SHAH ALAM Barisan Nasional (BN) lawmakers have put forward five demands to Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh, calling on her to explain the decision to approve the lease renewal for the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) site.The BN Members of Parliament secretariat said the Federal Territories Land Committees decision to approve a nominal premium of just RM1,000 was shocking and difficult to comprehend.We demand the disclosure of the official calculation formula, circulars, valuation basis and approval minutes that allowed the RM4.67 million value to be reduced to RM1,000 following the change in land use from commercial to institutional.The government must also guarantee that no profit-oriented commercial activities will be carried out through the rental of the hall and building spaces to external parties at commercial rates. It must also include a clause allowing the approval to be revoked if the conditions are breached, it said in a statement on Tuesday.Previously, Hannah, who is also Segambut MP, reportedly explained that the rate took into account KLSCAHs agreement to change the land status to institutional use, thereby giving up its potential for commercial development such as condominiums and shopping malls.She said land premium rates must take into account the conditions and potential use of the land, rather than being based solely on its commercial development value.Meanwhile, BN also demanded that the government demonstrate that similar incentives had been extended to charitable organisations, houses of worship and other ethnic heritage bodies in the Federal Territories to prevent unequal treatment if heritage and institutional status were the sole criteria for qualifying for the rate.The government must also explain the rationale behind approving the maximum 99-year lease when the original lease for the site still had eight years remaining, including the conditions governing its use and rental, as well as the mechanism for monitoring compliance.Clarify what is meant by the claim that the land no longer has commercial development value after being converted to institutional use, including the official valuation basis used to determine the RM1,000 premium, it said.BN stressed that it would not compromise on the integrity of national asset and revenue management.The minister responsible must answer all these questions comprehensively and be prepared to present the explanations in the Dewan Rakyat, it added.





Dewan Rakyat gamat Ahli Parlimen, menteri berbalas pantun - Sinarharian - 17/11 5:05 pm

KUALA LUMPUR - Sesi persidangan Dewan Rakyat pada Selasa mencuri perhatian apabila beberapa ahli Parlimen dan menteri saling berbalas pantun ketika sesi soal jawab berlangsung pada Selasa.Suasana itu dimulakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad selepas selesai menjawab soalan yang dikemukakan."Burung merpati terbang sekawan, hinggap sebentar di pohon jati, pantun semalam jadi bualan, jangan disimpan di dalam hati," ujarnya dalam Dewan Rakyat.Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji PH dan BN tidak pernah membuat janji tersebut.Ahmad kemudian membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu 'kena kencing', ungkapan yang bermaksud kena tipu.Kemudian diikuti Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden ketika bertanyakan soalan nombor enam kepada Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil."Yang kalah jangan koyak, yang menang jangan bongkak, soalan enam saya bawak, minta menteri jawab pulak," katanya.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh pula menjawab pantun yang diberikan Abdul Rahman, ketika sesi akhir sesi soal jawab menteri."Saya pun nak berpantun jugalah





RM4.6 juta jadi RM1,000! Apa sebenarnya berlaku pada pajakan KLSCAH? - Wrlr - 17/11 4:52 pm

Harapandaily November 17, 2026 Keputusan melanjutkan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000 bukan bermaksud kerajaan menjual tanah berkenaan pada harga tersebut, sebaliknya merupakan langkah membolehkan bangunan bersejarah itu terus dipelihara sebagai institusi warisan





Projek Kabel Dasar Laut RM2.7 Bilion Bakal Hubungkan Semenanjung, Sabah & Sarawak Dengan Lebih Pantas - Vocket - 17/11 4:49 pm

Bagi rakyat Malaysia khususnya yang menetap di Sabah dan Sarawak, isu capaian internet perlahan atau terganggu bukanlah perkara asing





Premium tanah KLSCAH RM1,000: Ahli Parlimen BN kemuka lima tuntutan kepada Hannah - Sinarharian - 17/11 4:16 pm

SHAH ALAM - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengemukakan lima tuntutan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh supaya menjelaskan keputusan meluluskan pembaharuan pajakan bagi tapak Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Sekretariat Ahli Parlimen BN berkata, keputusan Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan yang membenarkan kadar premium nominal hanya RM1,000 merupakan tindakan mengejutkan dan sukar diterima akal."Kami menuntut pendedahan formula pengiraan rasmi, pekeliling, asas penilaian serta minit kelulusan yang membolehkan nilai RM4.67 juta dikurangkan kepada RM1,000 selepas perubahan kegunaan tanah daripada komersial kepada institusi."Kerjaaan perlu memberi jaminan tiada aktiviti komersial berorientasikan keuntungan menerusi penyewaan dewan dan ruang bangunan kepada pihak luar pada kadar komersial, selain memasukkan klausa menarik balik kelulusan sekiranya syarat dilanggar," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut dilapor menjelaskan, kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah.Menurutnya, penetapan premium tanah perlu mengambil kira syarat serta potensi kegunaan tanah berkenaan dan bukannya semata-mata berdasarkan nilai pembangunan komersial.Dalam pada itu, BN turut menuntut kerajaan membuktikan insentif sama diberi kepada pertubuhan kebajikan, rumah ibadat serta badan warisan kaum lain di Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan layanan berbeza sekiranya status warisan dan institusi menjadi ukuran mutlak untuk mendapat kadar berkenaan."Kerajaan juga perlu menjelaskan rasional kelulusan tempoh pajakan maksimum 99 tahun sedangkan pajakan asal tapak itu masih berbaki lapan tahun, termasuk syarat penggunaan dan penyewaan serta mekanisme pemantauan pematuhan."Jelaskan maksud tanah yang dikatakan tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas ditukar kepada kegunaan institusi, termasuk asas penilaian rasmi yang digunakan bagi menetapkan premium RM1,000," ujarnya.BN menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal integriti pengurusan aset dan hasil negara."Menteri bertanggungjawab mesti menjawab semua persoalan ini secara tuntas dan bersedia membentangkannya di Dewan Rakyat," katanya.





Sany Hamzan tempelak Ahmad Maslan, dakwa jawapan di Parlimen tiada nilai - Sinarharian - 17/11 3:49 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menempelak jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada Isnin.Mohd Sany ketika mencelah ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri mendakwa Ahmad sebagai tidak profesional."Jawapan semalam daripada timbalan menteri memang tidak ada nilai dan tidak ada harga."Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada menteri yang menjawab soalan bagi pihak Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membuat janji sedemikian.Ahmad kemudiannya membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu "kena kencing", iaitu ungkapan yang membawa maksud ditipu.Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selain menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat.





Isu premium tanah KLSCAH boleh jejaskan sokongan terhadap PH - Sinarharian - 17/11 3:24 pm

KUALA LUMPUR Keputusan mengurangkan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 perlu dijelaskan secara lebih terperinci bagi mengelakkan polemik perkauman serta persepsi wujudnya layanan istimewa.Seorang penyokong kerajaan, Norman Daud berkata, walaupun keputusan itu mempunyai asas teknikal dari sudut pengurusan tanah, pelaksanaannya perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.Menurutnya, keputusan yang dibuat tanpa penerangan mencukupi boleh menjadi isu politik yang memberi kesan kepada kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH).Beliau berkata, dalam pengurusan tanah, kadar premium sememangnya bergantung kepada status dan kegunaan tanah, termasuk apabila berlaku perubahan syarat daripada komersial kepada institusi bukan berasaskan keuntungan."Apabila tanah ditukar syarat kepada kegunaan institusi bukan berasaskan keuntungan seperti NGO dan diwartakan sebagai tapak warisan, pemilik tidak lagi mempunyai kebebasan untuk membangunkannya bagi tujuan komersial seperti pembinaan kondominium atau menara pejabat."Justeru, penilaian semula premium kepada kadar nominal mempunyai asas teknikal yang sah dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tanah," katanya yang dipetik menerusi Facebook beliau.Norman berkata, KLSCAH juga sudah diwartakan sebagai bangunan warisan sejak 2007, justeru mengenakan premium jutaan ringgit kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan boleh menyukarkan usaha memelihara serta menyelenggara bangunan bersejarah berkenaan.Bagaimanapun, katanya, pengurangan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000, iaitu lebih 99.9 peratus, terlalu drastik pada pandangan masyarakat umum sekiranya tidak disertakan penjelasan menyeluruh."Tanpa penerangan teknikal yang jelas dari awal, keputusan itu mudah dilihat sebagai layanan istimewa atau pilih kasih, lebih-lebih lagi apabila ia dibuat sejurus selepas pertukaran menteri yang memegang portfolio Wilayah Persekutuan," katanya.Dalam pada itu, beliau berpandangan tindakan sesetengah pemimpin DAP yang menurutnya kurang mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu boleh memberi kesan kepada parti komponen PH lain, khususnya PKR dan Amanah.Katanya, kedua-dua parti itu berdepan cabaran untuk menjelaskan keputusan kerajaan kepada masyarakat Melayu, termasuk perkara yang mungkin bukan dicetuskan oleh mereka sendiri.Beliau turut mengaitkan keadaan itu dengan keputusan tiga pilihan raya negeri (PRN) terbaharu yang menurutnya memperlihatkan penolakan pengundi Melayu terhadap PKR dan Amanah."DAP tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada usaha menjaga sokongan pengundi teras mereka tanpa mengambil kira kesannya kepada parti gabungan lain."Keadaan ini perlu diperbetulkan kerana usaha membina sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni memerlukan toleransi serta kepekaan semua pihak," katanya.Sehubungan itu, Norman meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil perhatian terhadap isu berkenaan dan memastikan setiap keputusan kerajaan dibuat dengan mengambil kira implikasi politik serta sensitiviti masyarakat majmuk.Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan mana-mana parti dalam kerajaan tidak seharusnya menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keseluruhan gabungan PH.





'Kalau ada rasa malu letak jawatan' - Rayer sekali lagi gesa Ahmad Maslan - Sinarharian - 17/11 3:06 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, meletakkan jawatan susulan tindakan beliau menyampaikan pantun berunsur sindiran ketika persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, tindakan itu menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri.Menurut beliau, manifesto berkaitan pemansuhan tol telah dikemukakan oleh Perdana Menteri semasa Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu."Pantun itu secara langsung dan tidak langsung, sama ada secara tersurat mahupun tersirat, merupakan satu sindiran terhadap ahli-ahli Parlimen PH."Beliau lupa bahawa Perdana Menteri yang ada pada hari ini diangkat dengan sokongan pimpinan PH."Jadi, saya rasa jika masih ada sedikit rasa malu dan maruah, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.Rayer mengulangi gesaan tersebut selepas Ahmad menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan susulan kontroversi pantun berkenaan.Ahmad berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mencalonkannya untuk jawatan tersebut, manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga tidak pernah memintanya berundur.Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji PH, manakala BN tidak pernah membuat janji sedemikian.Beliau kemudiannya membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu "kena kencing", iaitu ungkapan yang membawa maksud ditipu.Dalam pada itu, Rayer mendakwa tindakan tersebut menunjukkan Ahmad semakin bongkak dan takbur susulan kemenangan BN dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuk di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka."Seperti dalam permainan bola sepak, beliau membawa bola dan menjaringkan gol ke gawang sendiri





ARTIKEL Politik identiti : Membina keyakinan, bukan menyemai ketakutan dan kebencian - Harapandaily - 17/11 2:52 pm

PROFESOR DR MOHD AFANDI SALLEH Politik identiti sering dianggap sebagai punca perpecahan sehingga ada yang berpendapat bahawa persoalan kaum dan agama wajar diketepikan daripada perbincangan politik





10 agenda FOI 2026 dibawa ke Jemaah Menteri Zambry - Sinarharian - 17/11 2:15 pm

PUTRAJAYA Sekurang-kurangnya 10 agenda utama hasil cetusan idea menerusi Festival of Ideas (FOI) 2026 akan diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi memastikan gagasan yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada dasar dan penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, resolusi utama festival itu akan dihimpunkan dalam Risalah Idea Malaysia sebelum dikemukakan kepada Kabinet.Menurutnya, langkah itu merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan idea yang dicetuskan menerusi platform berkenaan tidak sekadar menjadi perbincangan, sebaliknya diberikan perhatian di peringkat pembuat dasar."Resolusi utama akan dihimpunkan dalam Risalah Idea Malaysia merangkumi sekurang-kurangnya 10 agenda utama untuk diangkat kepada pertimbangan Jemaah Menteri," katanya ketika berucap pada FOI 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Selasa.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Aminuddin Hassim.Beliau berkata, penganjuran FOI kali ketiga itu turut memberi penekanan kepada usaha mempertemukan dunia akademik, industri, pembuat dasar dan masyarakat bagi meruntuhkan tembok pemisah antara semua pihak.Jelasnya, pendekatan itu penting supaya hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi tidak terhenti di makmal, sebaliknya dapat diterjemahkan kepada inovasi serta penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat.Mengulas tema FOI 2026, iaitu 'Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani', Zambry berkata, Malaysia perlu berani menguasai teknologi masa hadapan dan tidak sekadar menjadi pengguna.Katanya, penguasaan bidang seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum, tenaga hijau dan keselamatan siber perlu diberikan perhatian dalam usaha membina masa depan negara.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tanpa panduan nilai boleh mengundang krisis kemanusiaan."Kita semakin berhubung namun semakin terasing





13,883 deepfake content items removed, 61 AI misuse cases under investigation Fahmi - Sinardaily - 17/11 1:52 pm

KUALA LUMPUR - A total of 13,883 image-manipulation or deepfake content items have been taken down by service providers following requests from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), in response to public complaints received between Jan 1, 2024 and Oct 31 this year, the Dewan Rakyat was told today.Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said MCMC had also investigated 61 cases involving the misuse of artificial intelligence (AI) technology under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 (Act 588) between Jan 1 and Oct 31 this year, with 10 cases brought to court.He said of the 10 cases, six have been decided by the courts, resulting in total fines of RM19,500, while the remaining four are still before the courts."Additionally, seven cases were offered compounds totalling RM755,000, while 17 warning letters were issued





Malaysia berminat tarik pelaburan Perancis termasuk nadir bumi - PM - Sinarharian - 17/11 1:48 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia berhasrat menarik pelaburan dari Perancis dalam beberapa sektor termasuk pemprosesan nadir bumi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menegaskan bahawa kerjasama dalam sektor nadir bumi perlu berasaskan kepercayaan, dengan Malaysia berusaha memperluas aktiviti pemprosesan secara selamat tanpa menjejaskan alam sekitar."Pemprosesan nadir bumi merupakan antara bidang yang sangat kami berminat untuk menarik pelaburan dan memperluas aktivitinya dan kami melaksanakannya dengan cara yang selamat untuk alam sekitar," katanya.Anwar berkata demikian dalam ucapan pembukaannya sebelum mesyuarat dua hala dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang diadakan di Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah di sini pada Selasa.Macron turut menyuarakan pandangan yang sama sambil menyatakan bahawa nadir bumi merupakan antara bidang kerjasama utama yang ingin diterokai Perancis bersama Malaysia menerusi perkongsian yang berteraskan sikap saling menghormati dan manfaat bersama.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof;Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani;Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing;Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Sementara itu, Anwar berkata, pelaburan Perancis di Malaysia terus meningkat dengan sektor aeroangkasa, pertahanan dan semikonduktor antara bidang yang menawarkan peluang untuk memperluas kerjasama.Mengenai pendidikan dan kebudayaan, Anwar menyentuh kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, termasuk peluang untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di universiti di Perancis."Kita perlu terus menyokong usaha penterjemahan karya klasik Melayu ke dalam bahasa Perancis serta karya klasik Perancis ke dalam bahasa Melayu," katanya.Menyentuh perkembangan antarabangsa, Anwar mengalu-alukan pendirian Perancis mengenai Palestin dan Semenanjung Gaza, sambil menyifatkannya sebagai suara hati nurani dalam mempertahankan nilai kemanusiaan.Beliau turut berkata, Malaysia mengambil pendirian tegas menentang perang Rusia di Ukraine, namun pada masa sama terus mengekalkan hubungan dengan Rusia.Bercakap bersama Anwar, Macron turut menyatakan minat untuk memperluas kerjasama dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan pusat data, selain hubungan pertahanan, keselamatan dan ekonomi.Presiden Perancis itu berkata, kedua-dua negara boleh memperkukuh kedaulatan dan kemerdekaan masing-masing tanpa mengambil pendekatan konfrontasi terhadap kuasa besar."Tiada dwistandard bagi Perancis."Kami berpihak kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong hak rakyat, kedaulatan serta keutuhan wilayah di mana-mana sahaja," katanya.Macron turut merujuk kepada Deklarasi New York pada Julai 2025 dan pengiktirafan Perancis terhadap Palestin sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik negara itu dalam isu berkenaan.Beliau berkata, Perancis telah bekerjasama dengan beberapa negara untuk mencari jalan penyelesaian secara aman bagi menghentikan perang dan menangani situasi kemanusiaan di rantau itu.Macron turut menegaskan semula sokongan Perancis terhadap kedaulatan Ukraine dalam menghadapi pencerobohan Rusia."Jadi, pendirian kami dalam hal ini boleh dijangka dan kami tetap setia kepada rakan-rakan kami," katanya.Macron sedang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula Isnin atas jemputan Anwar, yang merupakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan pada Mei 2017.Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan pada Isnin, lawatan itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hubungan Malaysia-Perancis ke tahap Perkongsian Strategik, merangkumi perdagangan dan pelaburan, mineral kritikal, peralihan tenaga, pertahanan serta pendidikan.- Bernama





Isu KLSCAH: Hannah perlu berhenti beri jawapan sambil lewa, segera dedah pekeliling RM4.67 juta susut jadi RM1,000 - Sinarharian - 17/11 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh perlu berhenti memberi jawapan sambil lewa dan segera tampil menjelaskan beberapa perkara utama berhubung keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, ia termasuk mendedahkan pekeliling, formula pengiraan rasmi dan asas penilaian yang membolehkan RM4.67 juta menyusut menjadi RM1,000 selepas kegunaan tanah ditukar daripada komersial kepada institusi.Menurutnya, ini kerana pengurangan drastik sebanyak 99.98 peratus daripada anggaran nilai asal menimbulkkan persoalan serius mengenai ketirisan hasil kerajaan di tengah-tengah ibu negara."Ketika rakyat biasa dan peniaga kecil ditekan dengan pelbagai cukai serta syarat ketat dalam urusan tanah, sebuah entiti di lokasi segi tiga emas di sini diberikan pajakan maksimum hampir satu abad pada harga yang tidak masuk akal."Penjelasan menteri dengan alasan penukaran status tanah kepada institusi dan pewartaaan bangunan warisan langsung tidak menjawab keresahan sebenar rakyat."Selain itu, memandangkan tapak tersebut telah diiktiraf sebagai aset Warisan Kebangsaan sejak 2007, mengapa kerajaan tidak membangunkannya secara kerjasama strategik sebagai hab pelancongan warisan dan kebudayaan nasional yang mampu menjana ekonomi serta memberi pulangan terus kepada rakyat berbanding menyerahkan pajakan penuh hampir satu abad kepada satu pihak dengan harga RM1,000," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal SalehPremium tanah KLSCAH dilihat seperti percumaKLSCSH: RM4.67 juta jadi RM1,000, apa yang tidak kena?Pengurangan premium KLSCAH kepada RM1,000 tidak munasabah Kok SeongRidhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional berhubung isu pajakan KLSCAH di bangunan Parlimen pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai kontroversi berhubung penetapan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH sebelum ini mencetuskan kritikan beberapa pemimpin politik dan aktivis yang mempersoalkan kewajaran pengurangan kadar berkenaan daripada anggaran asal RM4.67 juta.Antara perkara yang dibangkitkan ialah soal kesaksamaan pemberian pengurangan premium kepada institusi lain, selain persoalan sama ada kerajaan memberikan layanan berbeza kepada organisasi tertentu.Tambah Manndzri, menteri juga perlu memperjelaskan maksud tanah 'tiada nilai komersial'."Merujuk kenyataan menteri bahawa tanah KLSCAH tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas kegunaannya ditukar kepada institusi, adakah penjelasan tersebut hanya merujuk kepada sekatan pembangunan atau turut mencerminkan penilaian rasmi tanah berkenaan?"Kementerian mesti mengemukakan asas penilaian selepas perubahan kegunaan tanah serta menjelaskan bagaimana sekatan tersebut diambil kira dalam penetapan premium RM1,000," ujarnya.





RM4.6 juta jadi RM1,000! Apa sebenarnya berlaku pada pajakan KLSCAH? - Harapandaily - 17/11 1:36 pm

Keputusan melanjutkan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000 bukan bermaksud kerajaan menjual tanah berkenaan pada harga tersebut, sebaliknya merupakan langkah membolehkan bangunan bersejarah itu terus dipelihara sebagai institusi warisan





'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal Saleh - Sinarharian - 17/11 1:31 pm

SHAH ALAM - Hak pembangunan komersial yang sebenarnya dilepaskan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dipersoalkan susulan pengurangan premium pembaharuan pajakan tanahnya daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu perlu diperjelaskan memandangkan bangunan KLSCAH sudah berstatus warisan sejak 2007, sedangkan penukaran kegunaan tanah kepada institusi dikemukakan sebagai antara alasan pengurangan premium berkenaan."KLSCAH juga dikatakan rela menukar status tanah kepada institusi dan melepaskan potensi membina kondominium atau pusat beli-belah."Bangunan itu sudah berstatus warisan sejak 2007





Premium tanah KLSCAH RM1,000: Elak persepsi pilih kasih - DHPP - Sinarharian - 17/11 1:23 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan meluluskan pembaharuan pajakan tanah milik Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan premium nominal RM1,000 berbanding anggaran terdahulu RM4.67 juta perlu dijelaskan secara telus bagi mengelakkan persepsi pilih kasih.Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Wilayah Persekutuan, Dr Subash Chandrabose berkata, beberapa persoalan berhubung asas penetapan premium, prosedur kelulusan serta kesaksamaan layanan terhadap institusi lain perlu diberikan penjelasan terbuka."Isu ini wajar dilihat dari sudut tadbir urus, kepentingan awam dan prinsip keadilan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang sesebuah institusi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Subash berkata, pihaknya menghormati peranan KLSCAH sebagai institusi masyarakat Cina yang mempunyai sejarah dan sumbangan tersendiri di Kuala Lumpur termasuk usaha memelihara bangunan warisan."Namun, penghormatan terhadap sesebuah institusi tidak bermakna persoalan berkaitan pentadbiran tanah awam tidak boleh dibangkitkan





6 diarah hadir prosiding hina mahkamah berkait kemelut diraja N Sembilan - FMT - 17/11 1:00 pm

Mahkamah Tinggi turut membenarkan Dewan Keadilan dan Undang serta setiausahanya memulakan prosiding hina mahkamah baharu terhadap enam individu itu atas dakwaan elak terima dokumen mahkamah.





Fasa rintis MediAsas di Lembah Klang catat sampel terlalu kecil - PAC - Sinarharian - 17/11 12:59 am

KUALA LUMPUR - Fasa rintis MediAsas di Lembah Klang mencatatkan sampel yang terlalu kecil dan tidak representatif.Pengerusi Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, hanya 1,600 individu yang menyatakan minat berbanding 9.9 juta rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan kesihatan swasta iaitu kurang daripada 0.1 peratus.Menurutnya, persampelan itu terhad kepada warga kerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat insurans yang sememangnya telah mempunyai perlindungan majikan."Lebih membimbangkan, fasa rintis ini sehingga kini tidak mencatatkan sebarang kes pesakit sebenar yang dimasukkan ke wad atau membuat tuntutan (zero claims recorded)."Keadaan ini menyebabkan rantaian operasi secara menyeluruh belum teruji secara praktikal."Oleh itu, PAC menegaskan bahawa MediAsas sepatutnya menjadi jaringan perlindungan kepada rakyat kebanyakan termasuk pekerja sektor tidak formal, petani dan nelayan, bukan sekadar disasarkan kepada kelompok pertengahan (M40)," ujarnya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Selasa.Tambah Mas Ermieyati, konsep perubatan 'mampu milik' mestilah diteliti secara telus dengan memperincikan kadar deductibles, had caruman, dan bayaran bersama (co-payment) agar platform MediAsas tidak terjebak dengan krisis inflasi kos yang sedang membelenggu polisi komersial sedia ada.Jelasnya, kerajaan digesa untuk menunjukkan iltizam yang tegas dalam mematuhi garis masa pelaksanaan inisiatif tanpa sebarang kompromi, sepertimana kejayaan penyelarasan projek berimpak tinggi rentas agensi yang lain."PAC Parlimen akan terus memantau pelaksanaan inisiatif di bawah RESET, khususnya program MediAsas dan akan memanggil semula mana-mana Pegawai Pengawal jika berlakunya kegagalan atau kelewatan dalam memenuhi syor-syor yang telah dikemukakan PAC."Pemantauan berterusan ini adalah bagi memastikan akses kepada kesihatan awam adalah terjamin, lonjakan kos perubatan yang tidak munasabah dapat dibendung dan beban kewangan rakyat dapat dikurangkan," jelasnya.Beliau turut berpandangan bahawa penetapan had 80 peratus bagi pemegang polisi yang dilindungi daripada pelarasan premium melebihi 10 peratus di bawah langkah interim Bank Negara Malaysia ( BNM) masih belum memadai."Perlindungan kawal selia sepatutnya merangkumi 100 peratus pengguna agar tiada kelompok pemegang polisi yang tercicir dan dibebani lonjakan caruman secara mendadak."BNM digesa memperketat pemantauan di peringkat ejen serta kaunter penyedia bagi memastikan hak dan pilihan alternatif dijelaskan secara telus kepada pelanggan," katanya.





Barisan Exco Melaka akan tampilkan semua wakil komponen BN-PN - Ab Rauf - Sinarharian - 17/11 12:33 am

MELAKA - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka baharu yang bakal dilantikakan menampilkan kesemua wakildaripadaparti komponen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, pelantikan barisan Exco itu akan diperhalusi dengan mengambil kira kemampuan dan keupayaan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memikul tanggungjawab yang bakal diamanahkan.Beliau berkata, pihaknya memerlukan pasukan yang mempunyai daya saing serta pemikiran kreatif bagi bersama-sama memajukan Melaka ke satu tahap yang lebih baik."Pastinya akan diwakili semua parti dalam barisan Exco baharu iniyang dijangka diumumkan dalam masa terdekat dan pengamal media akan dipanggil untuk diberi makluman tentang pelantikan berkenaan."Saya akan membentuk satu pasukan kerja yang terbaik untuk bersama-sama saya memajukan Melaka dan disokong semua agensi dan penjawatkerajaan bagimelaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat," katanya kepada pemberita di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas selesai "clock in"bagi memulakan hari pertama tugasan rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 yang turut disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh.Ab Rauf berkata, pasukan berkenaan akan mendengar setiap suara, cadangan, pandangan atau keluh-kesah rakyat sama ada dariaspek pentadbiran, kemasyarakatan atau keperluan rakyat dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus menjadi dasar kerajaan negeri bagi penambahbaikan pada masa hadapan.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mula melaksanakan 113 inisiatif di bawah enam teras manifesto yang ditawarkan BN dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dalam tempoh 100 hari pertama selepas barisan Exco berkenaan dilantik.Beliau berkata, manifesto itu juga akan menjadi garis panduan setiap Exco kerajaan negeri bagi memastikan setiap janji kepada rakyat dapat ditunaikan mengikut jadual ditetapkan."Kita tidak mahu apabila tiba hujung tahun, kita tidak dapat mencapai apa yang diinginkan dan dirancang dan setiap Exco juga ada petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai," katanya.Beliau berkata, penjawat awam di Melaka juga diminta membantu pelaksanaan setiap manifesto yang dirangka itu bagi memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan serta disampaikan kepada rakyat secara menyeluruh.Gabungan BN-PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 24 daripada 28 kerusi dipertandingkan pada PRN Melaka ke-16, Sabtu lepas.- Bernama





Diskaun premium tanah KLSCAH cetus pertikaian baru Umno-PAS, DAP - Mkini - 17/11 12:27 am

Kalau nak cerita pasal sejarah tanah di Kuala Lumpur, rekod jelas menunjukkan Umno ini pernah jual padang rakyat





Baru angkat sumpah, wakil Gerakan di Terengganu sudah disambut dengan isu hudud - Mydateline - 17/11 12:00 am

Belum sempat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu panas dengan kehadiran wakil Gerakan, ruangan komen media sosial sudah mula dipenuhi persoalan mengenai pendirian parti itu ..





Court orders 6 to attend contempt proceedings in NS royal dispute - FMT - 17/11 11:41 am

High Court also grants Dewan Keadilan dan Undang and its secretary leave to initiate fresh contempt proceedings against the six over the alleged evasion of court papers.





Ismail wajar berundur, tetapi tanggungjawab belum selesai - Denyutreformasi - 17/11 11:40 am

Oleh Tajuddin Rasdi Belum pun genap sehari selepas artikel saya yang mempersoalkan kewibawaan Ismail Lasim dan 10 bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang cuba menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diterbitkan, muncul satu perkembangan mengejutkan





Govt approves allowance for Welfare Dept disaster volunteers starting next year, says Nancy - Sinardaily - 17/11 11:38 am

KUALA LUMPUR: The government has approved a proposal to provide an allowance to Social Welfare Department volunteers involved in disaster management duties, says Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri.The minister noted that the proposal by the ministry and the department, which is subject to stipulated terms and criteria, is for next year and not this year, as it is included in the budget that was recently announced.The minister was responding to a supplementary question from Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang), who asked about measures to safeguard the welfare of the departments personnel, volunteers and other frontline workers who are themselves affected by floods while carrying out relief duties.Siti Zailah also highlighted challenges faced at temporary relief centres, including the lack of proper kitchens, permanent cooks, generator sets and refrigeration equipment, particularly in major flood-hit areas.Nancy replied that the allowance decision serves as recognition of the sacrifice of time and energy made by the volunteers, who at times have to leave behind personal and family matters to help disaster victims.The provision of this allowance is also hoped to boost the motivation, welfare and well-being of volunteers, while encouraging more members of the public to come forward and join the volunteer movement, she said during Ministers Question Time in Dewan Rakyat on Nov 17.We want to ensure that those who help safeguard the welfare of disaster victims also receive due attention and protection from the government.She also noted that the officers on duty have allowances under their own official duties, and supplies to assist with food are all well-managed.If we look at our past experiences, the number of officers in a particular affected area may not be sufficient on their own





Alahai anak Zahid - Denyutreformasi - 17/11 11:34 am

Pavilion pula tentulah merujuk kepada Pavilion Kuala Lumpur yang merangkumi pusat membeli-belah, pejabat dan kediaman di Bukit Bintang. Bagaimanapun, penerangan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution kepada Dewan Rakyat semalam menunjukkan Nurulhidayah tersasar





Ahmad Maslan Tenang Didesak Letak Jawatan Gara-Gara Serangkap Pantun - Ohmedia - 17/11 11:29 am

Ahmad Maslan sindir MP PH yang desak beliau letak jawatan gara-gara pantun di Dewan Rakyat





White Paper on ageing-nation preparations to be tabled Dec 2 - Akmal Nasrullah - Sinardaily - 17/11 11:24 am

PUTRAJAYA - A White Paper on Malaysia's preparations to become an aged nation is expected to be tabled in the Dewan Rakyat on Dec 2, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.He said Malaysia entered ageing-nation status in 2021 and is expected to become an aged nation by 2048 before reaching super-aged status in 2060.He said plans for this demographic shift should not be viewed solely through the lens of managing senior citizens' welfare, but must also include equipping future generations for structural changes in the economy and society."Preparations for becoming an aged nation are not merely about identifying existing gaps that need to be improved, but also about preparing future generations to face this situation," he said at the Economy Ministry's monthly assembly today





Floods: Evacuee numbers rise in Perak, fall in Selangor as Penang closes last relief centre - Sinardaily - 17/11 10:44 am

KUALA LUMPUR The number of flood evacuees rose further in Perak this morning but declined in Selangor, while the last relief centre in Penang closed last night.In PERAK, the number of evacuees rose to 1,221 from 445 families, compared with 1,120 from 405 families yesterday afternoon.The State Disaster Management Committee Secretariat said Kampar was the latest district to be hit by floods, with a relief centre opened at Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Bharu to accommodate 22 people from eight families.Larut, Matang and Selama recorded the highest number of evacuees, with 876 people taking shelter at seven relief centres.In Manjung, 117 evacuees from 32 families remained at the relief centre at Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Serai, while the number in Kerian dropped to 69 from 23 families at SK Bukit Merah and Dewan Serbaguna Gunung Semanggol.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has forecast rain and thunderstorms in all districts across the state this afternoon and tonight.Meanwhile, the level of Sungai Kurau at the Bukit Merah Reservoir in Kerian stood at 9.35 metres, above the warning level of 8.68 metres.In SELANGOR, the number of evacuees fell to 1,167 from 313 families at six relief centres in Kuala Selangor this morning, down from 1,313 from 348 families yesterday afternoon.According to the Social Welfare Department's (JKM) InfoBencana portal, SK Dato' Maharaja Lela housed the most evacuees at 352, followed by SK Parit Mahang (347), SRA Bukit Kuching (219), Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (113), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (102) and SRA Batu 8 Ijok (34).In PENANG, the state's only remaining relief centre at Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Kechil in Nibong Tebal closed last night after the final 34 evacuees returned home.The centre opened at 10 pm on Sunday to accommodate 23 families affected by floods in several areas, including Sungai Duri, Kampung Sethu, Kampung Besar, Kampung Sungai Buaya, Sungai Kechil and Jawi





Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000 - Sinarharian - 17/11 10:38 am

SHAH ALAM - Selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk pemimpin daripada UMNO dan Pas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjelaskan faktor keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Beliau menjelaskan bahawa kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah."Penetapan premium tanah perlu mengambil kira syarat serta potensi kegunaan tanah berkenaan dan bukannya semata-mata berdasarkan nilai pembangunan komersial."Mereka kata kita gadaikan hasil kerajaan




Reformasi     >>



Rayer doubles down on call for 'arrogant' Ahmad Maslan .. - Mkini
It's like scoring own goal against unity govt, says DAP lawmaker.
Kroni     >>



US tightens AI chip curbs on China, Malaysia among .. - NST
WASHINGTON: The Trump administration said on Monday it would further restrict Chinas access to advanced AI chips from companies like Nvidia, tightening controls as President Donald Trump headed to China for talks with President Xi Jinping.
Tabloid     >>



NGO mohon maaf kepada bekas timbalan menteri atas .. - Hotfm
Permohonan maaf kepada Mashitah Ibrahim ini sebahagian daripada penyelesaian kes saman fitnah.
Tech     >>



Nvidia stock falls as investors price in fallout from .. - Cnbc
Nvidia's stock continued to slide on Monday following the resignation of CEO Jensen Huang.
World     >>



Trump says he's OK with Jensen Huang returning as .. - Cnbc
President Trump told reporters before departing for a trip to Asia that former Nvidia CEO Jensen Huang's affair did not put U.S. national security at risk.
Motor Trend     >>



Pandu Uji MG ZS Hybrid+: Seronok Dipandu, Selesa di .. - Careta
Model generasi kedua ini mula diperkenalkan di peringkat antarabangsa pada Ogos 2024 sebelum memasuki pasaran Malaysia pada Oktober 2026. Selain Hybrid+, MG turut menawarkan varian 1.5 Turbo pada harga RM 103,900.00. Dalam sesi pandu uji media anjuran MG Malaysia di sekitar Subang Jaya, ..