///
See Also: Shutterstock

Search : Datuk Bandar News   Page 1    





Skim perkhidmatan AKPS dimuktamad suku kedua tahun ini - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Skim perkhidmatan AKPS dimuktamad suku kedua tahun ini PUTRAJAYA - Skim perkhidmatan tersendiri bagi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka dimuktamadkan pada hujung suku pertama atau lewat suku kedua tahun ini





Isu tanah zakat dibuat secara kolektif bukan keputusan peribadi – .. - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Isu tanah zakat dibuat secara kolektif bukan keputusan peribadi - MAINPP KEPALA BATAS - Sebarang keputusan berkaitan pembelian tanah menggunakan dana zakat di negeri ini bukan dibuat secara individusebaliknya melalui perbincangan dan persetujuan bersama jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), tegas Yang Dipertuanya, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid





Naratif pilihan raya Datuk Bandar sebabkan bukan Melayu kuasai bandar .. - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Naratif pilihan raya Datuk Bandar sebabkan bukan Melayu kuasai bandar kolot - Sivarraajh KUALA LUMPUR Naratif kononnya pilihan raya Datuk Bandar akan menyebabkan kaum-kaum selain Melayu menguasai kawasan bandar khususnya Kuala Lumpur dan pembangunan orang Melayu terbantut disifatkan kolot dan menunjukkan pemikiran yang masih terperangkap di era 1960-an





Kajian pilihan raya PBT dilaksanakan UIAM, bukan orang DAP -Hannah - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Kajian pilihan raya PBT dilaksanakan UIAM, bukan orang DAP -Hannah PUTRAJAYA - Kajian pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk kaedah pelantikan Datuk Bandar bukan dijalankan oleh mana-mana pemimpin DAP, sebaliknya dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), jelas Hannah Yeoh





Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi





Menteri arah Datuk Bandar perbaiki tatakelola DBKL - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Menteri arah Datuk Bandar perbaiki tatakelola DBKL PUTRAJAYA - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud diarahkan supaya segera membetulkan kelemahan serta kawasan kelabu yang dikesan dalam pengurusan kontrak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)





Zakat fitrah Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25 - Mgazette - 3/02 4:35 pm

KEPALA BATAS - Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM10, RM15 dan RM25 mengikut jenis beras yang menjadi kebiasaan makanan asasi pembayar, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid





Pilihan raya Datuk Bandar: Jangan jadikan KL makmal eksperimen politik .. - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Pilihan raya Datuk Bandar: Jangan jadikan KL makmal eksperimen politik Pas WP KUALA LUMPUR Cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur sekiranya dilaksanakan secara tergesa-gesa atau bermotif politik bakal mencetuskan krisis tadbir urus bandar paling besar sejak Kuala Lumpur diisytihar Wilayah Persekutuan pada 1974





Lebih baik minta Hamzah lepaskan jawatan Timbalan Presiden ??? Tun Faisal - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Lebih baik minta Hamzah lepaskan jawatan Timbalan Presiden Tun Faisal KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin yang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Presiden





Pilihan raya PBT mampu wujudkan sistem semak dan imbang lebih sihat... - Mgazette - 3/02 4:35 pm

Menurutnya, apabila pemimpin dipilih oleh rakyat, tahap kebertanggungjawaban akan menjadi lebih tinggi kerana mereka perlu menjawab terus kepada pengundi, bukan semata-mata kepada pihak yang melantik. Selain itu, tambahnya, Datuk Bandar dan ahli majlis PBT yang dipilih melalui pilihan raya lebih peka terhadap isu setempat serta lebih memahami keperluan komuniti kerana mereka bergantung kepada sokongan rakyat setempat untuk terus berkhidmat





Lagi ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin berundur, beri peluang kepada Hamzah - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Lagi ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin berundur, beri peluang kepada Hamzah KUALA LUMPUR Gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus disuarakan dari dalam parti itu, kali ini oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Yunus Nurdin





Rafizi dakwa diserang peribadi, label Raja Formula dan Raja Bitter tak .. - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Rafizi dakwa diserang peribadi, label Raja Formula dan Raja Bitter tak berkesan KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyindir keras budaya melabel dan serangan peribadi terhadap dirinya yang disifatkan sebagai taktik lapuk golongan ahli politik yang ketandusan hujah serta fakta





Terengganu terima Sijil Ketua Audit Negara Bersih bagi Penyata Kewangan .. - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Terengganu terima Sijil Ketua Audit Negara Bersih bagi Penyata Kewangan 2025 KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Terengganu mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Sijil Ketua Audit Negara Bersih (Tanpa Teguran) bagi Penyata Kewangan Negeri Tahun 2025





Kadar zakat fitrah di Perak RM10, RM16 dan RM25 - Mgazette - 3/02 4:35 pm

IPOH Kadar zakat fitrah di Negeri Perak pada tahun bagi tahun ini ditetapkan pada RM10, RM16, dan RM25 setiap seorang mengikut jenis serta gred beras yang dimakan





Ungkapan ‘cerai’ hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa ungkapan cerai digunakan beliau dalam satu podcast minggu lepas bukan bermotifkan politik, sebaliknya hanya kiasan dengan mesej agar semua pihak menghentikan perbalahan dan kembali hidup dalam keharmonian





Sungai sepanjang 10 kilometer tercemar, hampir 1,000 penduduk terjejas - Mgazette - 3/02 4:35 pm

# Sungai sepanjang 10 kilometer tercemar, hampir 1,000 penduduk terjejas MELAKA Aktiviti harian hampir 1,000 penduduk di empat buah kampung di Bukit Rambai di sini terjejas ekoran pencemaran sungai sepanjang kira-kira 10 kilometer yang disyaki berpunca daripada pelepasan sisa industri di kolam takungan banjir Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, sejak tiga minggu lalu





Lebih 60 peratus pengguna media sosial tidak setuju pilihan raya Datuk Bandar KL - Sinarharian - 3/02 4:34 pm

SHAH ALAM - Majoriti pengguna media sosial tidak bersetuju dengan cadangan berhubung kajian kebolehlaksanaan pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.Hasil tinjauan undian (poll) yang dijalankan oleh Sinar Harian di pelbagai platform media sosial sejak 2 Februari lalu mendapati kira-kira 62.1 peratus daripada 491 responden menolak cadangan berkenaan, kecuali di platform X (Twitter) yang menunjukkan sokongan lebih tinggi.Di Facebook, sebanyak 84 peratus responden tidak bersetuju dengan cadangan tersebut manakala hanya 16 peratus menyatakan persetujuan.Corak sama turut direkodkan di Instagram apabila 66 peratus responden tidak bersetuju berbanding 34 peratus yang bersetuju.Penolakan juga jelas di YouTube dengan 61 peratus responden menyatakan tidak bersetuju, manakala 39 peratus lagi menyokong cadangan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.Sementara itu, di platform Threads, pandangan pengguna dilihat hampir seimbang apabila 52 peratus responden tidak bersetuju dan 48 peratus bersetuju.Bagaimanapun, sentimen berbeza direkodkan di platform X apabila 61.7 peratus responden menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut, manakala 38.3 peratus tidak bersetuju, menjadikannya satu-satunya platform yang menunjukkan sokongan majoriti.Memetik laporan portal Malaysiakini pada Ahad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pilihan raya sedemikian dilihat lebih praktikal berbanding memilih ramai ahli majlis bandar raya menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.Menurut beliau, struktur pentadbiran sedia ada melibatkan terlalu banyak unit, dengan ibu negara ketika ini ditadbir secara serentak oleh seorang Datuk Bandar, ahli-ahli Parlimen serta penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).





Body cameras for FT enforcement officers from Q4 - Hannah - Sinardaily - 3/02 4:11 pm

PUTRAJAYA - Local authority enforcement officers under the Federal Territories Department (JWP) will begin wearing body cameras in phases starting the fourth quarter (Q4) of this year to boost integrity and transparency





Do not turn study on Kuala Lumpur mayoral election into polemics - Loke - Sinardaily - 3/02 4:00 pm

KUALA LUMPUR - The study on the proposed elections for the Kuala Lumpur mayor post should not be turned into a polemic, as if a decision to implement it has already been made, said DAP secretary-general Anthony Loke.He said the study, in addition to assessing whether a mayoral election would be feasible, also evaluated its pros and cons."This is merely a study to assess its feasibility





Pelantikan Malek Razak sebagai PAT baharu langkah strategik pacu pembaharuan ATM - Sinarharian - 3/02 3:51 pm

KUALA LUMPUR Pelantikan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 dilihat sebagai langkah strategik untuk memacu pembaharuan institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta memperkukuh semula keyakinan rakyat terhadap organisasi pertahanan negara.Majlis pelantikan dan pemakaian pangkat yang berlangsung hari ini di Auditorium Wisma Pertahanan telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Markas ATM Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa dalam landskap keselamatan semasa yang semakin kompleks, kepimpinan tertinggi ATM bukan sahaja dituntut berwibawa dari sudut operasi, malah berperanan sebagai pemacu nilai dan prinsip profesionalisme ketenteraan."Pelantikan baharu ini membawa mandat penting untuk memperkukuh tatakelola, akauntabiliti serta disiplin kepimpinan dalam usaha melaksanakan penetapan semula institusi secara menyeluruh."Pendekatan kepimpinan melalui teladan, ketegasan terhadap salah laku, serta sokongan terhadap sistem semak dan imbang dilihat sebagai asas penting dalam memulihkan kekuatan dalaman organisasi," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan sama, pelantikan tersebut turut dilihat sebagai peluang strategik untuk melaksanakan penetapan semula institusi secara menyeluruh, meliputi budaya kerja, sistem pengurusan dan amalan kepimpinan."Tumpuan terhadap pembinaan semula kepercayaan dalaman dan luaran diyakini mampu memperkukuh kesiapsiagaan ATM sebagai sebuah pasukan pertahanan yang profesional, berintegriti dan dihormati," menurut kenyataan itu lagi.Malek Razak merupakan lulusan Diploma Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Pengajian Pertahanan (Master of Arts in Defence Studies) dari Kings College London serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari UKM.Perkhidmatan beliau bermula pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatan, beliau telah mempamerkan kebolehan, keupayaan, kecemerlangan serta kepimpinan yang berwibawa.Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum berkhidmat dalam pelbagai pasukan serta memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah dan staf.Jawatan terakhir beliau ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.Dengan pengalaman luas serta kredibiliti yang dimiliki, pelantikan ini diyakini akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran pertahanan negara.Pada masa sama, ia dijangka dapat memulihkan serta memperkukuh wibawa ATM melalui kepimpinan berteraskan integriti dan profesionalisme, sekali gus mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.





Penemuan enam rangka mangsa bunuh: Polis tahan empat individu - Sinarharian - 3/02 3:47 pm

JOHOR BAHRU Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam membabitkan penemuan enam rangka manusia dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit Kangkar Pulai, Skudai, sekali gus merungkai misteri kehilangan lima beranak yang dilaporkan sebelum ini.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita, kesemuanya warganegara Malaysia berusia antara 19 hingga 35 tahun, ditahan pada 21 Januari di sekitar kawasan Iskandar Puteri.Menurutnya, siasatan awal mendapati keempat-empat individu berkenaan mempunyai hubungan sebagai rakan penagih, selain semakan rekod mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau."Ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, pada Selasa.Ab Rahaman berkata, kes terbongkar selepas seorang lelaki berusia 48 tahun membuat laporan polis pada jam 1.28 tengah hari, 9 Januari lalu, berhubung penemuan rangka manusia di sebuah rumah terbiar yang terletak dalam kebun kelapa sawit berkenaan.Menurutnya, laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri ketika pengadu sedang berusaha menjejaki isterinya serta anak-anaknya yang telah lama terpisah dan dipercayai tinggal di rumah tersebut."Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati enam rangka manusia ditemukan di dalam rumah yang telah terbakar."Bedah siasat oleh pasukan forensik mengesahkan rangka tersebut terdiri daripada dua orang dewasa iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun yang mempunyai hubungan kenalan," katanya.Tambah beliau, empat lagi mangsa merupakan anak kepada wanita berkenaan, iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan sembilan tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.Menurut Ab Rahaman, pihak forensik percaya kesemua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar kira-kira tiga bulan lalu.Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor dan keputusan dibuat untuk mendakwa dua suspek lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Dua lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan polis dan akan dipanggil sebagai saksi."Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu," katanya.Jika sabit kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan adalah hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan serta prosiding mahkamah."Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline siasatan," katanya





Insiden bakar suar: Sultan Selangor mahu hukuman maksimum - Sinarharian - 3/02 3:45 pm

DALANG di sebalik insiden membakar suar dan berarak di Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan tuan rumah Terengganu FC pada Ahad lalu perlu dikenakan tindakan tegas.Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pihak polis mencari pelaku utama dan sekiranya terbukti bersalah, mereka yang terlibat harus dikenakan hukuman.Menurut kenyataan Istana Alam Shah pada Selasa, Sultan Sharafuddin kecewa dan tidak berkenan dengan kegiatan tidak bermoral seperti budaya samseng serta gangsterisme yang kian menular dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya yang memakai jersi pasukan Selangor FC."Baginda mahu mereka yang terbabit haruslah dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang."la sebagai pengajaran kepada penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang," menurut kenyataan itu.Menerusi kenyataan sama, baginda menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri."Baginda turut mencadangkan penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan, diharamkan daripada masuk ke stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu," jelas kenyataan itu lagi.Media sebelum ini melaporkan, kesemua penyokong Selangor FC yang ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.Tindakan diambil selepas mereka mengeluarkan kata-kata "tak kan nak bakar suar dalam hutan, nak bagi beruk tengok ke" selepas ditanya polis kenapa melakukan tindakan itu.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan mengikut kesalahan berkaitan penyalahgunaan dan memiliki dadah.Seramai 24 daripada 33 penyokong Selangor FC yang ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam di Jambatan Angkat Kuala Terengganu petang semalam itu turut didapati positif dadah, termasuk tiga individu memiliki ganja dan erimin 5.Terdahulu tular beberapa video penyokong Selangor FC berarak dari arah Bandaraya Kuala Terengganu menuju ke Seberang Takir sambil membawa bendera pasukan dan menyalakan suar ketika di berada di jambatan itu.Tindakan tidak beradab dan keterlaluan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk serta mengganggu ketenteraman awam ketika warga Terengganu pulang daripada bekerja sekali gus menyaksikan situasi itu sama sekali tidak dapat diterima masyarakat di negeri berkenaan.





'Yunus patut cadang Timbalan Presiden Bersatu atau diri sendiri berundur' - Tun Faisal - Sinarharian - 3/02 3:22 pm

SHAH ALAM Gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipersoalkan susulan dakwaan kegagalan pihak lain dalam parti untuk melaksanakan tanggungjawab serta mematuhi disiplin kepimpinan.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, daripada mendesak Muhyiddin berundur, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin sepatutnya mencadangkan Timbalan Presiden parti melepaskan jawatan atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranan sebelum ini.Menurutnya, Timbalan Presiden parti gagal memainkan peranan sebagai Pengarah Pilihan Raya Sabah dan mengawal tindak-tanduk penyokong yang didakwa berulang kali melanggar perlembagaan serta disiplin parti sejak tahun lalu."Daripada meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, lebih baik Yunus meminta Timbalan Presiden yang berundur atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranannya sebelum ini," katanya pada Isnin.Beliau mengulas kenyataan Yunus pada Isnin yang mencadangkan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu susulan kemelut dalaman yang melanda parti dan Perikatan Nasional (PN).Dalam kenyataannya itu, Yunus berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan tokoh paling layak untuk memangku jawatan Presiden Bersatu.Selain itu, beliau turut mendakwa wujud kekeliruan politik akibat kenyataan dan tindakan unilateral berkaitan rundingan kepimpinan PN.Yunus turut menegaskan bahawa sebarang perbincangan melibatkan cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN tidak pernah dibawa atau dipersetujui dalam mesyuarat rasmi MPT Bersatu.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Yunus juga boleh mencadangkan agar dirinya sendiri berundur kerana sebagai Setiausaha Negeri bagi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, beliau juga merupakan sebahagian daripada kegagalan perancangan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah.Katanya, sebagai Ahli MPT, Yunus tidak sewajarnya gagal memahami kuasa eksekutif Presiden Bersatu untuk berunding, termasuk status hasil perbincangan bersama Presiden Pas yang bersifat rundingan dan cadangan, bukannya keputusan muktamad parti.





Sindiket vape dadah tumpas, rampasan terbesar di Johor - Sinarharian - 3/02 3:21 pm

JOHOR BAHRU Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran cecair rokok elektronik yang mengandungi dadah terbesar di negeri ini bernilai hampir RM1juta hasil serbuan berasingan di Taman Mount Austin dan Taman Molek pada Khamis lalu.Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, operasi hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu membawa kepada penahanan dua lelaki.Katanya, suspek yang ditahan terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warganegara Singapura, berusia antara 25 hingga 38 tahun."Serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 1.35 pagi di hadapan sebuah bank di Taman Mount Austin, sebelum seorang lelaki tempatan berjaya ditahan."Hasil pemeriksaan lanjut membawa polis ke sebuah rumah di Taman Setia Indah yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah."Di lokasi itu, polis merampas 3,200 unit katrij vape disyaki mengandungi cecair dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 11.20 liter, bernilai RM960,000," katanya.Menurut beliau, turut dirampas ialah 48 paket serbuk ekstasi seberat 960 gram dengan nilai anggaran RM14,400.Serbuan kedua pula dijalankan di Taman Molek, Johor Bahru, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara Singapura.Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas suspek kedua tidak menemui sebarang dadah."Hasil siasatan mendapati suspek pertama berperanan sebagai pengedar, manakala suspek kedua merupakan ahli sindiket yang menguruskan kewangan, sekali gus membuktikan sindiket ini beroperasi secara terancang dan berskala besar," katanya.Jelas Ab Rahaman sindiket dipercayai aktif sejak Disember lalu dan menjadikan rumah sebagai stor sebelum mengedarkan dadah menggunakan runner menerusi kaedah 'drop point' di lokasi tertentu."Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu merosakkan seramai 6,400 orang pengguna, sekali gus menjadikannya antara rampasan terbesar di Johor setakat ini, khususnya melibatkan dadah dalam bentuk vape."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan," katanya lagi.Tambah beliau, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan mereka kini direman selama tujuh hari, bermula 29 Januari hingga 4 Februari bagi membantu siasatan."Kesemua suspek juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya."Selain itu, tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, melibatkan sitaan sebuah kereta Toyota Cross dan wang tunai RM136,850, menjadikan jumlah sitaan keseluruhan sebanyak RM216,850," ujarnya





Caj pasport terbang RM850, ejen sindiket ditahan - Sinarharian - 3/02 3:17 pm

JOHOR BAHRU Seorang lelaki tempatan dipercayai ejen sindiket pasport terbang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam satu operasi khas di sebuah pangsapuri di Taman Daya di sini, Khamis lalu.Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, tangkapan itu dibuat menerusi Operasi Serkap hasil risikan selama dua minggu terhadap kegiatan sindiket berkenaan yang disyaki menyalahgunakan dokumen perjalanan.Beliau berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 6.50 petang dan pemeriksaan di premis terbabit menemui sembilan pasport milik warga asing yang dipercayai digunakan untuk keluar masuk negara dengan mendapatkan cop keselamatan secara tidak teratur."Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mohd Rusdi berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak sebagai ejen sindiket dan mengenakan bayaran sebanyak RM850 bagi setiap pasport yang diuruskan.Katanya, suspek kini ditahan di Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor bagi membantu siasatan lanjut sebelum tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang."Jabatan memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan pasport dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat kerana perbuatan ini boleh mengancam keselamatan negara."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyerahkan pasport kepada mana-mana pihak dan segera menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya mengetahui sebarang kegiatan penyalahgunaan dokumen perjalanan," katanya.





Malaysian firms urged to hedge currency risks amid ringgit volatility - SUN - 3/02 3:04 pm

Minister Johari urges companies to adopt hedging and strategic business measures to manage currency risks from ringgit fluctuations effectively





Pilihan raya Datuk Bandar KL boleh undang krisis terbesar sejak 1974 - Ketua Pemuda Pas WP - Sinarharian - 3/02 2:35 pm

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur secara tergesa-gesa atau bermotif politik berisiko mencetuskan krisis tadbir urus bandar paling besar sejak ibu negara itu diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974.Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata, cadangan mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar itu bukan isu pentadbiran semata-mata, sebaliknya menyentuh teras Perlembagaan Persekutuan, struktur kuasa antara kerajaan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan, selain keseimbangan demografi serta keadilan sosial bandar.Menurutnya, kedudukan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan adalah unik kerana ia diletakkan secara langsung di bawah kerajaan Persekutuan."Pelantikan Datuk Bandar oleh Kerajaan Persekutuan bukan satu kebetulan, tetapi direka bagi mengelakkan dominasi politik setempat dan memastikan pentadbiran Kuala Lumpur kekal stabil."Memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya tanpa rombakan menyeluruh terhadap kerangka perlembagaan adalah penyederhanaan berbahaya terhadap struktur Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.Azmer Syazwan berkata, cadangan itu turut membawa risiko penumpuan kuasa politik sekiranya Datuk Bandar dipilih secara langsung termasuk memiliki legitimasi politik lebih kuat berbanding Ahli Parlimen serta berpotensi mengabaikan nasihat wakil rakyat.Katanya, keadaan itu lebih membimbangkan berbanding sistem lantikan sedia ada yang tertakluk kepada kawalan Kabinet dan Parlimen sebagai mekanisme semak dan imbang.Mengulas isu sosial, beliau berkata, Kuala Lumpur mempunyai komposisi demografi yang kompleks termasuk majoriti bukan Melayu, kepekatan pengundi berpendapatan tinggi serta jurang ketara antara pemilik hartanah dan penyewa."Tanpa jaminan struktur yang adil, komuniti Melayu bandar, penduduk perumahan awam (PPR) serta golongan rentan berisiko terpinggir secara sistemik dalam proses pemilihan Datuk Bandar," jelas beliau.Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengemukakan beberapa cadangan alternatif termasuk memperkukuh Majlis Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kuasa semak imbang sebenar, mewujudkan wakil komuniti dalam struktur perancangan bandar serta melaksanakan audit menyeluruh Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.Dalam pada itu, Azmer Syazwan memberi amaran agar Kuala Lumpur tidak dijadikan makmal eksperimen politik dan kestabilan bandar tidak digadai demi tuntutan ideologi tertentu."Pas Wilayah Persekutuan tidak akan berdiam diri sekiranya langkah ini diteruskan tanpa konsensus nasional, perlindungan perlembagaan dan jaminan keadilan sosial sebenar," katanya





Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak - Sinarharian - 3/02 2:07 pm

JOHOR BAHRU [DIKEMAS KINI] Misteri kehilangan lima beranak akhirnya terungkai apabila polis menemui rangka manusia dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit, Kangkar Pulai, Skudai pada awal bulan lepas





Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony - Sinarharian - 3/02 1:59 pm

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan dibawa DAP semata-mata, malah ada figura politik lain yang turut membangkitkan saranan berkenaan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berhubung satu kajian dijalankan mengenai pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur."Konsep pemilihan Datuk Bandar ini bukannya perkara baharu pun





Nipah alert: All Malaysia-Thailand border entrants in Kelantan screened - Sinardaily - 3/02 1:53 pm

PASIR MAS - Health screening, including body temperature checks, is being conducted on all individuals entering Malaysia through the Malaysia-Thailand border checkpoints in Kelantan to curb the spread of the Nipah virus (NiV).The measures are being implemented at the Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) complexes in Rantau Panjang, Bukit Bunga and Pengkalan Kubor, with health personnel deployed in shifts to ensure continuous monitoring.A Bernama survey at the Rantau Panjang ICQS complex found that all individuals, including Malaysian and Thai nationals, are required to undergo temperature screening before being allowed to enter the country, under close monitoring by on-duty health personnel.Individuals recording body temperatures above 37.5 degrees Celsius will undergo further assessment, including interviews on travel history, health symptoms and risk evaluation, before any follow-up action is taken.Malaysian national Nizam Samsuddin, 30, said he understood the need for the screening measures, describing them as appropriate efforts to safeguard public health, particularly at busy border areas."Although the checks take some time, they are important for early detection of potential risks and to give the public greater confidence, he told Bernama after returning from visiting his family in Yala, southern Thailand.Thai national Apif Senik, 48, said he was aware of the virus situation and fully supported the preventive measures implemented by Malaysian health authorities."Such checks are crucial for early detection of symptoms





Nubhan diberi tempoh hingga 24 Februari - Sinarharian - 3/02 1:43 pm

SEREMBAN Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa menetapkan sehingga 24 Februari ini untuk penyanyi, Nubhan Ahmad Ahamad, memasukkan pembelaan terhadap tuntutan saman harta sepencarian yang difailkan oleh bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.Ia susulan kegagalan pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-12 berkenaan hadir dalam proses sulh pada 8 Januari lalu.Bagaimanapun, Nubhan,40, sekali lagi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Redzuan Ramli, bagi menetapkan tarikh selanjutnya berhubung tuntutan saman tersebut.Afifah atau dikenali sebagai Dr Fie yang ayu berbaju kurung tiba di mahkamah jam 9.55 pagi ditemani ibu bapanya serta peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Ummi Kartini Abd Latiff.Dia bersama peguamnya kemudian memasuki Pejabat Mahkamah Tinggi Syariah jam 10.30 pagi dan keluar kira-kira setengah jam kemudian.Akberdin berkata, pihaknya telah membuat serahan saman kepada penyanyi tersebut pada 19 Januari lalu."Proses sulh tempoh hari tidak berjaya dan disebabkan itu mahkamah arahkan kita serahkan saman dan hari ini di hadapan pendaftar mahkamah, kita telah maklumkan mengenainya."Pihak defenden juga hadir, mereka beritahu nak masukkan pembelaan dan mahkamah telah tetapkan tarikh untuk masukkan pembelaan itu sebelum atau pada 24 Februari ini," katanya.Jelas beliau, mahkamah juga telah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes sama ada pihak plantif mahu memasukkan jawapan balas kepada pihak pembelaan atau sebaliknya.Sementara itu, Dr Fie, 36 berharap proses tuntutan harta sepencariannya dengan Nubhan dapat berjalan lancar serta berharap bekas suaminya memberi kerjasama dengan hadir pada tarikh prosiding yang ditetapkan."Saya harap kes ini dipermudahkan dan dapat selesai dengan cepat





Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander - Sinarharian - 3/02 1:37 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Ray,a, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa ungkapan "cerai" digunakan beliau dalam satu podcast minggu lepas bukan bermotifkan politik, sebaliknya hanya kiasan dengan mesej agar semua pihak menghentikan perbalahan dan kembali hidup dalam keharmonian.Alexander yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, kenyataan beliau itu perlu difahami dalam konteks yang menyeluruh bukannya untuk ditafsir secara literal atau dijadikan bahan polemik politik.Beliau berkata, ungkapan itu adalah kiasan secara spontan untuk mengajak semua pihak memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki pengurusan ekonomi negara serta kesejahteraan hidup rakyat dan menghentikan perbalahan yang merugikan."Saya tidak pernah berniat mengatakan kita mahu bercerai





JWP 'buka' pintu awal kepada SPRM - Hannah - Sinarharian - 3/02 1:02 pm

Selama ini, banyak aduan diterima mengenai tabiat rasuah semasa penguat kuasa turun ke lapangan," ujarnya.Kata beliau, perkara keempat pula ialah penilaian semula penarafan risiko pejabat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) supaya pegawai SPRM boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di Unit Integriti agensi itu."Ini ialah usaha kami untuk menyakinkan rakyat bahawa agensi di bawah JWP seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) berhadapan setiap hari dengan berjuta rakyat."Kita membuka pintu awal kepada SPRM. Selalunya SPRM menyiasat mantan menteri atau mantan pengarah dengan mencari fail, tetapi kita mengambil langkah membuka pintu lebih awal dengan menjemput SPRM masuk dan memberi saranan kepada kita," ujarnya.Tegasnya, JWP akan mengambil saranan tersebut dengan serius untuk dilaksanakan."Jika kita tidak mengambil tindakan, kes demi kes akan berlaku," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mana-mana kes jenayah tidak mempunyai tempoh had masa.Menurut Azam, walaupun sebelum ini dilaporkan tiada kes, namun jika terdapat bukti baharu atau petunjuk baharu, SPRM akan menjalankan siasatan."Banyak kes terdahulu, sama ada suka atau tidak, kita teruskan siasatan," ujarnya.Bagi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, sebanyak 100 kamera badan telah digunakan oleh anggota operasi dan jumlah itu akan ditambah."Kita akan menambah lagi 100 unit kamera badan dan menjadikannya 200 unit."Setiap kali kita menjalankan operasi, kita akan memakai kamera





UIAM mula kajian pilihan raya datuk bandar sejak Disember 2025 - FMT - 3/02 12:55 am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata terlalu awal untuk mengulas lanjut kajian itu yang masih di peringkat awal.





Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL dilaksanakan UIAM, bukan DAP - Hannah Yeoh - Sinarharian - 3/02 12:51 am

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan kajian berhubung isu pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bukannya DAP.Beliau menegaskan bahawa perkara berkenaan dalam peringkat kajian."Kenapa kita buat kajian? Kerana ada rang undang-undang persendirian yang dikemukakan oleh ahli parlimen dalam sidang parlimen yang lepas."Jadi kajian ini bukan dilaksanakan sekarang





Bukan DAP cadang, Loke gesa jangan polemik kajian pilihan raya datuk bandar - FMT - 3/02 12:38 am

Setiausaha agung DAP berkata kajian perlu dilihat sebagai usaha meningkatkan tahap akauntabiliti DBKL bukan isu politik yang wajar dipolemikkan.





Ahmad Zahid seeks to be freed of all 47 charges linked to Yayasan Akalbudi - BorneoPost - 3/02 12:07 am

KUALA LUMPUR (Feb 3): Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has filed an application to be acquitted and discharged of 47 charges of criminal breach of trust, corruption, and money laundering linked to Yayasan Akalbudi funds





Sabah Electricitys 15 pct tariff hike must come with reliable power supply, says PBS Youth - BorneoPost - 3/02 11:44 am

KOTA KINABALU (Feb 3): Sabah Electricity’s (SE) 15 per cent increase in electricity tariffs this month must involve improved efficiency and quality of service, said Parti Bersatu Sabah’s (PBS) Youth wing





Yayasan Akalbudi case: Zahid moves to be acquitted of 47 graft and money laundering charges - Malaymail - 3/02 11:00 am

KUALA LUMPUR, Feb 3 Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has filed to be acquitted and discharged...





Wanita maut dibunuh: Beg tangan mengandungi barang kemas, wang tunai hilang - Sinarharian - 3/02 10:46 am

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Motif pembunuhan seorang eksekutif operasi bank yang ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin, masih dalam siasatan polis.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati beg tangan milik mangsa yang mengandungi barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit dikesan hilang.Beliau berkata,pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati kesan tikaman dan pukulan."Pasukan Forensik dan Unit K9 turut membantu siasatan





Ahmad Zahid mohon lepas, bebas 47 kes dana Yayasan Akalbudi - Sinarharian - 3/02 10:42 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini supaya dilepas dan dibebaskan (DNA) sepenuhnya daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid selaku pemohon, memfailkan perkara berkenaan dengan menamakan pihak pendakwaan sebagai responden minggu lalu.Ketika ditemui selepas prosiding, beliau berkata, pembelaan mengambil langkah berkenaan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) diambil dalam kes membabitkan Presiden UMNO tersebut."Susulan kenyataan media terbabit, kami membuat permohonan DNA pada 28 Januari dan AGC telah memperoleh permohonan itu, dua hari kemudian."Memandangkan anak guam telah diberi perintah DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 4 September 2023, maka tidak adil sekiranya pertuduhan itu masih tergantung atas bahunya," katanya.Beliau berkata, permohonan itu yang turut disertakan dengan sijil perakuan segera untuk didengar, diserahkan kepada AGC pada tarikh sama.Sementara itu semasa prosiding, Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Badius Zaman Ahmad mengesahkan telah menerima permohonan tersebut, Jumaat minggu lalu."Memandangkan masa yang terlalu singkat, kami harap prosiding pendengaran permohonan tersebut ditangguhkan ke tarikh lain."Kami memerlukan masa dua minggu lagi, untuk memfailkan afidavit," katanya yang kemudian tidak mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor mengarahkan responden memfailkan afidavit jawapan pada atau sebelum 13 Februari."Mahkamah menetapkan hujahan pendengaran permohonan pada 24 Februari ini," kata hakim.Dalam prosiding ini, Ahmad Zahid tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya.Selain Hisyam, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, turut diwakili peguam, Datuk Hamidi Mohd Noh, Fatini Athirah Baharin, Atiqa Nazihah Azmi, Nur Khairunnisa Sabirah Abdul Manan dan Nurul Hannah Mohd Nazri.Pada 4 September 2023, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memberi perintah DNAA kepada ahli politik berusia 73 tahun berhubung kes berkenaan.Pada 8 Januari, AGC berkata, siasatan lanjut dan terperinci dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Katanya, ia merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana tersebut termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan melalui enam representasi yang dikemukakan kepada jabatan selepas Ahmad Zahid dipanggil untuk membela diri.Jabatan itu berkata, setelah meneliti keseluruhan bahan, keterangan baharu dan hasil siasatan lanjut termasuk penilaian serta pertimbangan pendakwaan, mereka mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong bagi meneruskan pendakwaan dalam semua pertuduhan.Mengikut pertuduhan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tersebut berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.





Local council elections: New challenges if implemented - Sinardaily - 3/02 10:28 am

SHAH ALAM - Local authority (PBT) elections, including for the post of Kuala Lumpur mayor, would create new challenges if they are implemented.Constitutional expert Associate Professor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain said such elections could allow incumbents to remain in power and enable anyone to become a candidate, even if they are not committed to national aspirations and transparency in implementing government policies.He said sponsorship practices funded by interest-group lobbyists could potentially occur and become a new norm."Lobby groups could influence any decision made by the mayor, even though the individual holding the post is elected by local voters in Kuala Lumpur."Moreover, the development of the capital does not depend solely on local resources





Multiracial vendors at Kenyalang Chinese New Year Festival Sale reflect a mini Sarawak’, says mayor - BorneoPost - 3/02 10:16 am

KUCHING (Feb 3): The Kenyalang Chinese New Year Festival Sale 2026 has been dubbed a ‘mini Sarawak’ as its vendors come from different ethnic groups





Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij Dewan Filharmonik Petronas - Sinarharian - 3/02 10:13 am

SELEPAS 25 tahun melakar nama dalam industri seni, Shila Amzah bakal menawan satu daripada pentas paling berprestij negara, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi konsert solo yang disifatkan sebagai kemuncak perjalanan seninya.Konsert berjudul Resonance: Shila Amzah In Harmony - 25 Years of Music & Memories itu dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan, bersempena dengan sambutan jubli perak penglibatan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah dalam dunia muzik seawal usia 10 tahun.Pelantun lagu Patah Seribu itu berkata, peluang mengadakan persembahan di DFP bukan sekadar pencapaian kerjaya, sebaliknya impian besar yang akhirnya menjadi kenyataan."Beraksi di DFP ini ialah mimpi setiap penyanyi dan pemuzik kerana akustiknya sangat berbeza berbanding venue lain





Pendidikan awal asas pembentukan modal insan berkualiti - Sinarharian - 3/02 9:24 am

PUTRAJAYA - Pendidikan awal kanak kanak merupakan pelaburan strategik negara yang memberikan pulangan jangka panjang dalam pembentukan modal insan berkualiti, sekali gus menjadi asas kepada masa depan negara lebih gemilang.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, tempoh awal kehidupan kanak-kanak ialah fasa paling kritikal bagi membentuk asas kognitif, emosi, sosial dan zikal seseorang individu.Menurutnya, pendidikan awal yang berkualiti bukan sahaja membentuk sahsiah, nilai murni dan kemahiran asas sejak kecil, malah berupaya mengurangkan jurang pencapaian antara kawasan bandar dengan luar bandar."Pelaburan dalam pendidikan awal memberikan pulangan tinggi kepada negara dalam jangka panjang termasuk pencapaian akademik lebih baik, peningkatan produktiviti serta pengurangan masalah sosial."Hal berkenaan juga membantu pemerkasaan kumpulan rentan seperti keluarga berpendapatan rendah (B40) dan kanak-kanak berkeperluan khas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu episod pertama Podcast Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW): Cerita Desa Kita yang bertemakan Asas Awal, Masa Depan Gemilang





Kosmetik timbang kilo ancam kesihatan, penyebab kanser - Sinarharian - 3/02 8:30 am

SHAH ALAM - Penggunaan kosmetik timbang kilo yang mengandungi logam berat seperti arsenik, kromium, plumbum, kadmium dan merkuri melebihi paras selamat boleh menyebabkan kerosakan kulit serta menyerap masuk ke dalam aliran darah.Dekan Pusat Pengajian CITRA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, penggunaan berterusan produk sedemikian berisiko mencetuskan kanser, alahan, gangguan hormon wanita, kerosakan buah pinggang serta reaksi keracunan serius."Kosmetik timbang kilo lazimnya dihasilkan melalui proses pengilangan tidak selamat, tanpa pelabelan kandungan jelas dan berkemungkinan tercemar dengan bahan asing."Produk ini mungkin mengandungi pencemaran seperti talc bercampur asbestos, bahan kimia berbahaya seperti PFAS (per- and polyfluoroalkyl substances) selain bahan pemutih, pewarna dan pewangi yang tidak terkawal," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob dilapor berkata, jualan kosmetik murah timbang kilo dijangka meningkat menjelang Ramadan dan Aidilfitri.Beliau menegaskan, penjualan produk tersebut tidak dibenarkan di bawah Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana gagal memenuhi keperluan asas keselamatan.Dalam pada itu, Dr Sharifa Ezat yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan UKM menasihatkan pengguna supaya melakukan ujian alahan sebelum menggunakan sebarang produk kosmetik."Calit sedikit bahan kosmetik pada kulit tangan atau kawasan yang ingin digunakan bagi melihat sama ada berlaku reaksi."Ada juga bahan mekap boleh bertindak balas dengan cahaya UV





Polis siasat kes pelakon lelaki dakwa jadi mangsa seks luar tabii - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Polis siasat kes pelakon lelaki dakwa jadi mangsa seks luar tabii KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kes seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii pengarah drama pada 2005





Ladang nanas 28 hektar pula terbakar di Bio Desaru - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Ladang nanas 28 hektar pula terbakar di Bio Desaru KOTA TINGGI- Ladang nanas di kawasan hutan Bio Desaru, Pengerang di sini seluas 28 hektar dilaporkan terbakar sejak kelmarin





Kenapa takut dengan kajian? Kita perlu data tepat – Hannah - Mgazette - 3/02 8:06 am

Ujar Hannah, penerangan tersebut wajar dijadikan sebagai renungan sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan. Beliau tampil memberi penjelasan dipercayai merujuk kepada beberapa bantahan berkaitan tindakannya mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur





Geng Sojul tumpas, kenakan bayaran RM12,000 seludup warga asing - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Geng Sojul tumpas, kenakan bayaran RM12,000 seludup warga asing KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan Geng Sojul disyaki sebagai pengangkut kepada sindiket penyeludupan migran dengan penahanan masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh, di sini, pada Ahad





MFL gesa kelab kawal tingkah laku penyokong - Mgazette - 3/02 8:06 am

KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggesa semua kelab supaya memantau dan mengawal tingkah laku penyokong masing-masing bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam serta keselamatan





Pilihan raya PBT berisiko, rugikan rakyat – Razlan - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Pilihan raya PBT berisiko, rugikan rakyat - Razlan KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Seputeh berpendirian pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan tindakan politik yang berisiko merugikan rakyat kerana pelaksanaannya menuntut peruntukan dana yang besar





33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah - Mgazette - 3/02 8:06 am

# 33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah KUALA TERENGGANU - Sebanyak 33 penyokong Selangor FC direman hari ini atas kesalahan memiliki dan positif dadah, selain mengganggu tugas penjawat awam berhubung kekecohan yang berlaku di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam





Kita jangan lalai.. Akmal gesa cadangan pilihan raya Datuk Bandar ditolak - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Kita jangan lalai.. Akmal gesa cadangan pilihan raya Datuk Bandar ditolak KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membantah rancangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk melaksanakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur





Amanah jangan jadi penghasut dalam isu tanah Kampung Melayu Majidee .. - Mgazette - 3/02 8:06 am

# Amanah jangan jadi penghasut dalam isu tanah Kampung Melayu Majidee - Hairi JOHOR BAHRU Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Hairi Mad Shah kesal dengan kenyataan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Dzulkefly Ahmad yang cuba membina persepsi kononnya kerajaan negeri enggan atau tidak prihatin terhadap isu status tanah Kampung Melayu Majidee





Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/02 11:43 pm

KUALA LUMPUR - Pengukuhan toleransi beragama, pembentukan akhlak serta keselamatan rumah ibadat perlu diberikan perhatian dalam memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keperluan itu semakin signifikan khususnya di kawasan bandar yang menempatkan pelbagai rumah ibadat sekali gus memerlukan sikap saling menghormati serta adab yang tinggi dalam kalangan rakyat.Menjadikan Brickfields di sini sebagai contoh, beliau berkata, kawasan itu menempatkan lebih 17 rumah ibadat pelbagai agama termasuk gereja dan kuil."Kita mesti belajar menghormati agama lain





Local hawkers key to Miris tourism appeal, spur economy - BorneoPost - 2/02 9:15 pm

MIRI (Feb 2): Hawkers play a vital role in driving local economic growth and strengthening tourism in Miri by preserving traditional food, culture and craftsmanship, said Deputy Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts I Datuk Sebastian Ting





Tiga bekas ADUN Perlis akan lalui proses keahlian baharu - Sinarharian - 2/02 9:11 pm

KOTA BHARU - Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang mengemukakan hasrat untuk kembali menyertai Pas akan melalui proses kemasukan sebagai ahli baharu, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Menurut beliau, sebarang permohonan akan diproses mengikut prosedur biasa yang ditetapkan parti, sama seperti permohonan keahlian lain.Takiyuddin berkata, setakat ini beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan, namun pejabatnya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada individu terbabit."Saya dimaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka sudah mengemukakan permohonan baharu untuk menyertai Pas, tetapi setakat ini tiada permohonan rasmi diterima oleh pejabat saya."Maklumat itu hanya disampaikan kepada saya melalui sekretariat Majlis Syura semalam," katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah gudang pemborong buah-buahan import dan bawang yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kebun Sultan, di sini, pada Isnin.Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas akan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan pusat bagi memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh tiga bekas ADUN Perlis berkenaan, yang dipecat susulan krisis politik negeri itu bulan lalu.Tiga bekas ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata setiap permohonan akan melalui proses saringan biasa sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pas Pusat untuk pertimbangan dan keputusan muktamad."Keputusan sama ada permohonan itu diluluskan atau tidak akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti," katanya.Untuk rekod, Pas menamatkan keahlian ketiga-tiga ADUN terbabit selepas mereka bersama lima ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Perlis yang baharu iaitu ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah menggantikan ADUN Sanglang, Shukri Ramli daripada Pas.





'Arwah rancang bernikah kali kedua minggu depan' - Ibu tiri wanita ditemukan maut - Sinarharian - 2/02 8:20 pm

ALOR SETAR Eksekutif operasi bank yang ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini pada Isnin dikatakan bakal bernikah pada minggu hadapan.Ibu tiri mangsa, Norsiah Yahya, 66, berkata, Allahyarham Zahrullail Basir, 52, kelihatan gembira ketika membuat persiapan untuk berkahwin kali kedua dengan rakan lamanya selepas beberapa tahun berstatus ibu tunggal.Menurutnya, mangsa juga pernah datang menemui mereka di Teluk Intan, Perak sebelum ini bagi membincangkan perkara tersebut."Arwah sudah membuat persiapan untuk melangsungkan pernikahan kali kedua pada 13 Februari ini dan majlis perkahwinan akan diadakan keesokan harinya, yang dibuat sekali dengan majlis pertunangan adik perempuannya."Makcik terkejut apabila mendapat tahu arwah sudah tiada kira-kira jam 9 pagi tadi





Drawbridge commotion: 33 Selangor FC fans remanded, 21 test positive for drugs - Sinardaily - 2/02 8:13 pm

KUALA TERENGGANU - Thirty-three Selangor FC supporters were remanded today for possessing drugs, testing positive for the substance and for obstructing the duties of public servants in connection with the commotion that occurred at the Kuala Terengganu Drawbridge last night.Terengganu police chief Datuk Mohd Khairi Khairuddin said 21 of them tested positive for tetrahydrocannabinol (THC) and were arrested under Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952."Seven of them are students





Foreign minister heads to Washington to attend UShosted critical minerals meeting - Malaymail - 2/02 7:33 pm

KUALA LUMPUR, Feb 2 Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan will undertake a working visit to the United State...





8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan pada 2025 - Sinarharian - 2/02 7:31 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan pada tahun lalu dengan platform WhatsApp menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes terbabit.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan statistik Januari hingga Disember, WhatsApp mendominasi dengan 43 peratus kes penipuan tawaran pekerjaan di Malaysia iaitu 3,822."Telegram pula merekodkan 2,224, Facebook (1,638), Instagram (515), Google/Website (316) dan panggilan telefon 225 serta selebihnya adalah lain-lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Rusdi berkata, ia menunjukkan peningkatan penggunaan aplikasi komunikasi dalam aktiviti penipuan pekerjaan."Sentiasa berhati-hati dan pastikan kesahihan tawaran pekerjaan yang diterima," katanya.




Reformasi     >>



Trump says 'never been to Epstein Island, nor anywhere .. - Mkini
US president says will sue comedian Trevor Noah for remarks during Grammy Awards.
Kroni     >>



Two MBPP officers hurt in balloon blast - Star
GEORGE TOWN: Two Penang Island City Council (MBPP) enforcement officers were injured after light gas-filled balloons seized during the Thaipusam celebrations exploded and caught fire. Read full story
Tabloid     >>



Wanita terkejut pemandu e-hailing hanya pakai seluar .. - Mdateline
Alangkah terkejutnya penumpang ini apabila mendapati pemandu kenderaan e-hailing yang ditempah menerusi aplikasi atas talian tidak mengenakan sebarang pakaian melainkan seluar dalam. Menerusi perkongsian dimuat ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Rekaan dan Spesifikasi Samsung Galaxy S26 Ultra .. - Amanz
Siri Samsung Galaxy S26 akan dilancarkan pada 25 Februari di acara Samsung Unpacked pertama 2026. Seperti kebiasaannya, menjelang pelancaran imej pengolokan rasmi serta spesifikasi lengkap Samsung Galaxy S26 Ultra akhirnya tertiris pada hujung minggu lalu menerusi laman Android Headlines. Dari segi ..
World     >>



Americanswers On 5 Live! Do the new Epstein files .. - BBC
And why is the president threatening to sue Grammy host Trevor Noah over an Epstein joke?
Motor Trend     >>



Mitsubishi Xforce Pertama Keluar Dari Kilang di Pekan, .. - Piston
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa Mitsubishi Xforce pertama telah rasmi keluar dari barisan pengeluaran di kilangnya di Pekan, Pahang. Tempahan bagi SUV segmen-B baharu ini dijadualkan dibuka pada minggu ini, menjelang pelancaran rasminya di pasaran tempatan. Bagi menyokong ..