///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Dataran Merdeka News   Page 1    



Ramai Tak Tahu! Rumah Merdeka Di Kedah Ini Rupanya Markas Rahsia Kemerdekaan - Murai - 26/04 3:00 pm

Kalau bercakap tentang tempat bersejarah yang penuh nilai kemerdekaan, Rumah Merdeka merupakan antara lokasi yang cukup dekat dengan perjalanan awal negara





Pandu Puteri Malaysia terima pengiktirafan ASEAN, Asia Records - Sinarharian - 26/04 1:18 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) melakar sejarah tersendiri apabila penganjuran Kem Jade 2026 berjaya mencipta dua rekod peringkat ASEAN dan Asia.Kem yang disertai 2,031 peserta dari seluruh negara itu diiktiraf sebagai 'Kem Pandu Puteri Terbesar di stadium bersebelahan Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia sempena Sambutan Ulang Tahun ke-110'.Pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh kepada Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Yeoh Soo Keng di Stadium Merdeka di sini.Soo Keng berkata, penganjuran di lokasi bersejarah dengan berlatarbelakangkan Menara Merdeka 118 itu menambah nilai simbolik kepada sambutan berkenaan.Menurut beliau, program tersebut bukti semangat perpaduan dan kepimpinan yang berterusan yang telah membentuk Pandu Puteri di Malaysia selama lebih satu abad."Dalam keghairahan untuk menerima kecerdasan buatan (AI) tanpa batas sehingga kita mengabaikan keunikan sebagai rakyat negara ini."Kita memerlukan peringatan dalam sejarah dengan menghubungkan warisan negara yang kaya dengan visi masa depan yang mampan dan berdaya maju," katanya ketika berucap.Kem Jade 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.Soo Keng berkata, anugerah itu merupakan pencapaian tertinggi buat PPPM sejak penubuhannya tahun 1916."Kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada ASEAN dan Asia Records serta terima kasih kepada ahli-ahli merangkumi kelip-kelip hingga Trefoil Guild yang menjayakan perancangan ini."Kem ini akan terus menjadi titik pertemuan fizikal dan bermakna dalam usaha membangunkan potensi kanak-kanak perempuan serta wanita muda," katanya lagi.Sementara itu, Izwan Hasli berkata, selaku penyedia lokasi, pencapaian PPPM merupakan aspirasi besar yang membanggakan apabila mengangkat nama negara di persada serantau.Tambahnya, program tersebut menjadi platform pembelajaran holistik dalam membentuk jati diri serta kepimpinan generasi muda."Kem ini bukan sekadar perkhemahan sebaliknya ia mengasah kemahiran kepimpinan, memperkukuh disiplin serta memupuk semangat kebersamaan menerusi pelbagai aktiviti yang dirangka sepanjang program."Penganjuran di lokasi bersejarah ini juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk menghayati nilai pandu puteri dan kekal terhubung dengan sejarah yang membentuk masa depan kita," ujarnya.





Polis kesan dalang bakar mercun dalam Himpunan Tangkap Azam Baki –... - Mygazette - 26/04 7:32 am

Namun, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957. Siasatan kita akan lengkapkan dengan terperinci dan kita akan cuba mengesan dan mencari bukti dalang di sebalik pembakaran mercun itu, katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka, di sini, hari ini





Himpunan Tangkap Azam Baki kecoh apabila polis tarik Rafizi keluar - Mygazette - 26/04 7:32 am

Insiden itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati puluhan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR itu sambil mengancam untuk menimbulkan provokasi sekiranya Rafizi ditahan pihak polis. Kekecohan kedua dalam himpunan itu berlaku selepas insiden pertama letupan mercun tercetus ketika kira-kira 300 peserta berkumpul di kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka





Melayu habis kalau tidak bersatu - Utusan - 26/04 7:05 am

MUKADIMAH UMNO kini melangkah ke usia 80 tahun, satu tempoh panjang yang sarat dengan sejarah, jatuh bangun serta perubahan landskap politik negara





Police on the hunt for fireworks culprit after 'Tangkap Azam Baki' rally chaos - Sinardaily - 25/04 7:14 pm

KUALA LUMPUR - Police are actively tracking down the individual responsible for triggering chaos by setting off fireworks during the "Tangkap Azam Baki" rally in the capital on Saturday.Dang Wangi district police chief Assistant Commissioner Sazalee Adam said police have opened an investigation paper under Section 6 and Section 8 of the Explosive Substances Act 1957.He said efforts are underway to identify those involved and to uncover the mastermind behind the incident."At this point, police cannot confirm whether the fireworks incident was an act of sabotage or otherwise."Further investigations are being carried out to gather evidence and identify the responsible party," he told reporters at Dataran Merdeka after the rally concluded.He said that as of now, no police reports have been received from members of the public or traders regarding the incident.He also revealed that upon inspection, one undetonated packet of fireworks was found at the scene, believed to be of the festive celebration variety."Police also do not rule out the possibility of calling up the organisers, individuals involved, as well as independent witnesses who saw the incident, to assist in completing the investigation," he said.On the rally itself, Sazalee said it was estimated to have drawn around 300 participants, who marched from the Sogo shopping complex to the Jalan Tun Perak intersection near Dataran Merdeka before dispersing at 5.30pm."A total of 200 police personnel were involved in the monitoring operation, including assistance from the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters and Bukit Aman," he said.He added that police did not receive any formal application or notification from the rally secretariat regarding the organisation of the gathering."Police were deployed to ensure safety and public order throughout the rally today," he said.





Polis buru pelaku bakar mercun di Himpunan Tangkap Azam Baki - Sinarharian - 25/04 7:07 pm

KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan pelaku yang mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun ketika Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.Menurutnya, usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti individu yang terlibat serta mengesan dalang di sebalik insiden berkenaan."Setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan sama ada insiden pembakaran mercun tersebut merupakan satu bentuk sabotaj atau sebaliknya."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengumpul bukti dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab," katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka di sini selepas himpunan terbabit selesai.Beliau berkata, sehingga kini, tiada laporan polis diterima daripada orang awam atau peniaga berkaitan kejadian itu.Jelasnya, hasil pemeriksaan turut menemui satu bungkusan mercun yang tidak sempat diletupkan, dipercayai jenis mercun sambutan perayaan."Polis juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil penganjur, individu terlibat serta saksi bebas yang menyaksikan kejadian bagi membantu melengkapkan siasatan," ujarnya.Dalam pada itu, Sazalee memaklumkan perhimpunan tersebut dianggarkan disertai kira-kira 300 peserta yang berarak dari Sogo hingga ke persimpangan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka sebelum bersurai pada jam 5.30 petang."Seramai 200 anggota polis terlibat dalam operasi pemantauan, termasuk bantuan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman," ujarnya.Kata beliau, pihak polis tidak menerima sebarang permohonan atau pemakluman rasmi daripada sekretariat himpunan terbabit berhubung penganjuran himpunan tersebut."Polis ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman sepanjang penganjuran himpunan hari ini," katanya.





Segera rombak sistem SPRM, bukan sekadar tukar individu - Sinarharian - 25/04 6:57 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan didesak melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan sekadar pertukaran individu.Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, perlunya dilakukan reformasi institusi bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap agensi berkenaan."Perubahan sistemik perlu dilaksanakan segera kerana pertukaran kepimpinan semata-mata tidak mencukupi."Selagi tidak tukar sistem, apa yang dikatakan oleh individu akan terus diragui, kita mahukan perubahan menyeluruh," katanya ketika berucap pada Himpunan Tangkap Azam Baki di sini pada Sabtu.Sementara itu, Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz mengulangi pendirian agar SPRM diletakkan di bawah Parlimen bagi memastikan kebebasan institusi itu daripada sebarang pengaruh kuasa.Menurutnya, langkah tersebut penting untuk menjamin ketelusan serta akauntabiliti dalam pelaksanaan siasatan berkaitan rasuah.Himpunan kali ini merupakan yang kedua diadakan tahun ini susulan kontroversi pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam, selain dakwaan berkaitan manipulasi pengambilalihan korporat.Difahamkan, peserta pada awalnya merancang untuk berarak dari Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka, namun pergerakan tersebut tidak diteruskan dan hanya tertumpu di sekitar Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.Antara pemimpin yang hadir termasuk Rafizi, Khoo Poay Tiong, Tan Yang Pang, Khairul Nadzir Helmi, Naim Brundage, S





'Tangkap Azam Baki' rally: Overhaul MACC system immediately, not just change individuals - Sinardaily - 25/04 6:52 pm

KUALA LUMPUR - The government was urged to carry out a comprehensive overhaul of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) system on Saturday, with speakers stressing that a mere change of leadership is not enough to restore public confidence in the agency.Petaling Jaya Member of Parliament Lee Chean Chung called for immediate institutional reform, saying that a leadership change alone falls short of what is needed."Systemic change must be implemented immediately because a change of leadership alone is insufficient."As long as the system is not changed, whatever any individual says will continue to be doubted. We want comprehensive change," he said while addressing the "Tangkap Azam Baki" rally here on Saturday.Meanwhile, Muda president Amira Aisya Abdul Aziz reiterated her stance that the MACC should be placed under Parliament to ensure the institution's independence from any form of outside influence.She said the move is crucial to guarantee transparency and accountability in the conduct of corruption-related investigations.This rally marks the second such gathering held this year, following the controversy over shareholdings linked to outgoing MACC chief Tan Sri Azam Baki, as well as allegations related to the manipulation of corporate takeovers.It is understood that participants had initially planned to march from the Sogo shopping complex to Dataran Merdeka, however the procession did not proceed as planned and the crowd remained concentrated around Jalan Raja and Jalan Tuanku Abdul Rahman.Among the leaders present were Datuk Seri Rafizi Ramli, Khoo Poay Tiong, Tan Yang Pang, Khairul Nadzir Helmi, Na'im Brundage, S





Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki bertindak luar kawalan, cetus kekecohan di Jalan TAR - Sinarharian - 25/04 6:30 pm

KUALA LUMPUR Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki bertindak luar kawalan apabila menghalang pihak polis yang cuba menunda dua kenderaan milik sekretariat himpunan sehingga mencetuskan kekecohan dan tolak-menolak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, pada Sabtu.Kejadian berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Dataran Merdeka ketika anggota polis menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan terbabit.Situasi menjadi tegang apabila sebahagian daripada peserta yang hadir bertindak menghalang pihak berkuasa daripada menunda kenderaan berkenaan.Tindakan itu menyebabkan berlaku insiden tolak-menolak antara peserta dan anggota polis yang bertugas.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, kemudian tampil meredakan keadaan dengan menghampiri pegawai polis di lokasi kejadian.Beliau difahamkan cuba bertemu Ketua Polis Daerah Dang Wangi bagi mendapatkan kebenaran melanjutkan tempoh ucapan selain memohon agar kenderaan sekretariat tidak ditunda.Bagaimanapun, keadaan kembali tegang apabila peserta yang menyangka beliau akan ditahan sebelum mereka mula bertindak agresif.Beberapa individu dilihat menghalang pegawai polis daripada menghampiri Rafizi sehingga mencetuskan kekecohan yang lebih serius.Ketika Rafizi dibawa melintasi jalan menuju ke arah Dataran Merdeka, suasana menjadi semakin tidak terkawal dengan berlaku tolak-menolak antara kedua-dua pihak.Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi tampil menenangkan peserta dan meminta mereka kembali ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.Rafizi turut dilihat mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bagi meredakan ketegangan sebelum beliaukembali kepada peserta dan menjelaskan situasi sebenar serta menggesa semua pihak agar bersabar dan bertenang.Rafizi dalam ucapan memaklumkan pihak sekretariat diberikan tempoh kira-kira 20 minit sehingga jam 5.40 petang untuk menamatkan ucapan sebelum bersurai secara aman.Beliau turut menjelaskan bahawa pihak polis bimbang sekiranya himpunan diteruskan, insiden letupan mercun berhampiran pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur yang berlaku pada awal perhimpunan berulang.Menurutnya, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang dipercayai bertanggungjawab membakar mercun dalam usaha mensabotaj perhimpunan berkenaan





Rafizi steps in to defuse chaos as 'Tangkap Azam Baki' rally turns tense on Jalan TAR - Sinardaily - 25/04 6:24 pm

KUALA LUMPUR - Chaos broke out along Jalan Tuanku Abdul Rahman on Saturday when the 'Tangkap Azam Baki' rally participants allegedly blocked police from towing two vehicles belonging to the rally secretariat, triggering a tense shoving match between both sides.The incident occurred near a traffic light junction leading to Dataran Merdeka, as police carried out enforcement action against the vehicles.The situation turned tense when participants moved to obstruct authorities from towing the vehicles, resulting in pushing and shoving between the crowd and police personnel on duty.Pandan Member of Parliament Datuk Seri Rafizi Ramli stepped in to defuse the situation, approaching police officers at the scene.He is understood to have sought a meeting with the Dang Wangi district police chief to request an extension of the speeches and to ask that the secretariat's vehicles not be towed.Tensions flared again, however, when participants believing Rafizi was about to be arrested began acting aggressively.Several individuals blocked the police from approaching him, triggering a more serious confrontation.As Rafizi was escorted across the road towards Dataran Merdeka, the atmosphere grew increasingly unruly with shoving continuing between both sides.He soon stepped forward again to calm the crowd, urging participants to return to Jalan Tuanku Abdul Rahman before holding further discussions with the district police chief to ease tensions.Addressing the crowd, Rafizi announced that the secretariat had been given until 5.40pm to conclude speeches before dispersing peacefully.He also explained that police feared a repeat of the fireworks explosion near a shopping complex that had occurred earlier in the day, adding that authorities are investigating to identify those responsible for setting off the fireworks in what he described as a deliberate attempt to sabotage the rally.





Himpunan Tangkap Azam Baki dicemari kekecohan, provokasi - Sinarharian - 25/04 6:10 pm

KUALA LUMPUR - Insiden kekecohan melibatkan beberapa individu berlaku selepas selesai Himpunan Tangkap Azam Baki di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Sabtu.Kejadian dipercayai bermula apabila timbul perasaan tidak puas hati antara beberapa individu yang lain ketika himpunan berkenaan berakhir.Adegan tolak menolak serta menjerit antara satu sama lain berlaku sebelum keadaan ditenangkan petugas keselamatan dan anggota polis yang bertugas.Keadaan kemudiannya kembali tenang apabila peserta himpunan diarahkan bersurai sepenuhnya.Bagaimanapun tidak dipastikan punca sebenar insiden berkenaan berlaku dan turut difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.Terdahulu, peserta Himpunan Tangkap Azam Baki ini mula berkumpul di hadapan Kompleks Beli Belah Sogo kira-kira jam 2 petang.Peserta himpunan kemudiannya bergerak perlahan menuju ke penghujung Jalan Tunku Abdul Rahman berdekatan dengan Dataran Merdeka.





Rafizi spotted at 'Tangkap Azam Baki' rally in KL - Sinardaily - 25/04 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Pandan Member of Parliament Datuk Seri Rafizi Ramli was spotted attending the "Tangkap Azam Baki" rally along Jalan Tuanku Abdul Rahman here on Saturday.Members of the public took the opportunity to snap photos with the former Economy Minister.Meanwhile, rally participants continued making their way towards Dataran Merdeka.Police personnel were seen maintaining order around the area where the rally was taking place to ensure the situation remained under control.





Himpunan Tangkap Azam Baki: Orang ramai ambil peluang bergambar bersama Rafizi - Sinarharian - 25/04 4:41 pm

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli turut kelihatan hadir dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Sabtu.Orang ramai dalam pada itu mengambil peluang bergambar dengan bekas Menteri Ekonomi itu.Dalam pada itu, peserta himpunan masih lagi bergerak menuju ke Dataran Merdeka di sini.Anggota polis dilihat mengawal keadaan di sekitar himpunan berlangsung bagi memastikan suasana dalam keadaan terkawal





Himpunan Tangkap Azam Baki: Peserta bergerak ke Dataran Merdeka diawasi polis - Sinarharian - 25/04 3:57 pm

KUALA LUMPUR Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki mula bergerak perlahan ke Dataran Merdeka di sini dengan diawasi pihak polis pada Sabtu.Turut kelihatan beberapa kenderaan milik polis membawa anggota Light Strike Force (LSF) di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.Terdahulu, himpunan yang bermula kira-kira jam 3 petang ini dikejutkan dengan bunyi kuat dipercayai akibat letupan mercun.Bagaimanapun keadaan gempar itu ditangani dengan tindakan pantas pihak polis, difahamkan juga tiada individu cedera dalam kejadian.





Tangkap Azam Baki rally: Participants march slowly towards Dataran Merdeka under police watch - Sinardaily - 25/04 3:56 pm

KUALA LUMPUR Participants of the "Tangkap Azam Baki" rally began moving slowly towards Dataran Merdeka here under police supervision on Saturday.Several police vehicles carrying Light Strike Force (LSF) personnel were also seen deployed around the area to ensure no untoward incidents occurred.Earlier, the rally which began at around 3pm was jolted by a loud bang believed to have been caused by a firecracker explosion.However, the situation was swiftly brought under control by police and it is understood that no individuals were injured in the incident.The rally had drawn activists, students and opposition figures to the streets of Kuala Lumpur to demand accountability from outgoing Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Tan Sri Azam Baki, whose tenure ends on May 12.Organisers had earlier confirmed the protest would proceed despite the governments announcement today that Datuk Seri Abdul Halim Aman would succeed Azam as MACC chief commissioner effective May 13.Muda president and Puteri Wangsa assemblyman Amira Aisya had stated the rally was not about one individual alone but about a system that has festered and needs to be overhauled immediately.The protest carried two core demands the establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate Azam Baki, and a reform of the MACC chief appointment process to involve Parliament rather than leaving it solely in the hands of the Prime Minister.Azam had faced sustained calls to step down following media reports in February accusing him and other senior MACC officials of misconduct and breaches of public service rules allegations he and the commission have described as baseless.His contract had been extended three times since his initial appointment in March 2020, with one-year extensions granted in May 2023, May 2024 and May 2025 a tenure that had already surpassed the mandatory retirement age of 60 for public officials.





500 sertai perhimpunan anti-Azam kedua - FMT - 25/04 3:41 pm

Penunjuk perasaan sedang berarak ke Dataran Merdeka bawah pengawasan polis, sambil melaungkan slogan dan memegang plakad.





About 500 join second anti-Azam rally in KL - FMT - 25/04 3:32 pm

Rally-goers march towards Dataran Merdeka amid police presence, chanting slogans and holding placards.





Laungan Hidup Rakyat bergema depan Sogo - Sinarharian - 25/04 3:20 pm

KUALA LUMPUR - Laungan Hidup Rakyat dan Bangkit Rakyat dilaungkan peserta Himpunan Tangkap Azam Baki bergema di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur pada Sabtu.Replika keranda dibawa peserta antara yang mencuri tumpuan sekitar himpunan yang bermula kira-kira jam 3 petang ini.Walaupun dalam keadaan hujan renyai namun suasana himpunan tetap berlangsung dengan tenang dan mula dipenuhi para peserta yang datang.Para peserta dilihat mula bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka kira-kira jam 3.10 petang.Media sebelum ini melaporkan, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan akan mengadakan himpunan pada 25 April di Dataran Merdeka.Himpunan ini bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, serta dakwaan kewujudan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.





Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki mula berhimpun - Sinarharian - 25/04 3:07 pm

KUALA LUMPUR - Suasana sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur pada Sabtu mula dipenuhi peserta Himpunan Tangkap Azam Baki pada Sabtu.Situasi bagaimanapun berlangsung dengan tenang dan terkawal sambil diawasi oleh petugas keselamatan.Himpunan yang dijangka dijalankan kira-kira jam 3 petang ini turut diiringi dengan hujan renyai.Difahamkan peserta himpunan akan diadakan di hadapan pekarangan pusat beli belah Sogo ini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.





Himpunan Tangkap Azam Baki: Jalan TAR lengang - Sinarharian - 25/04 2:16 pm

KUALA LUMPUR - Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur pada Sabtu mendapati suasana di lokasi berkenaan kekal tenang dan lengang.Keadaan itu berbeza daripada jangkaan awal susulan penganjuran Himpunan Tangkap Azam Baki yang dijadualkan berlangsung hari ini.Pemerhatian setakat jam 1.30 tengah hari mendapati tiada kehadiran individu atau kumpulan yang membawa plakad mahupun berkumpul bagi menyertai himpunan tersebut di sekitar kawasan berkenaan setakat tengah hari.Orang ramai yang berada di lokasi terdiri daripada pengunjung biasa dan pekerja premis perniagaan yang menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang gangguan.Selain itu, kelihatan beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan berkenaan.Kehadiran anggota keselamatan itu dipercayai sebagai langkah pemantauan dan kawalan bagi memastikan keadaan kekal terkawal serta mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.Walaupun tiada pergerakan himpunan dikesan di lokasi tinjauan, pihak berkuasa dilihat bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Selain itu, di Dataran Merdeka terdapat beberapa kenderaan polis ditempatkan bagi memastikan keadaan terus terkawal.Media sebelum ini melaporkan, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan akan mengadakan himpunan pada 25 April di Dataran Merdeka bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, serta dakwaan kewujudan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sri Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuatkuasa 13 Mei ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Sri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuatkuasa pada 13 Mei ini.





Khidmat guaman percuma kepada peserta himpunan #TangkapAzamBaki – .. - Mygazette - 25/04 7:42 am

Sekiranya memerlukan bantuan segera, sila hubungi: 013 8301506, katanya. Difahamkan, himpunan #TangkapAzamBaki akan diadakan pada pukul 3 petang esok, dengan peserta berkumpul di pekarangan pusat beli-belah Sogo hingga ke Dataran Merdeka





Tukar kerajaan tapi masih sama Rafizi kecewa pemimpin tidak tunai janji selepas berkuasa - Sinarharian - 24/04 7:10 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyelar sikap sinis segelintir pihak yang menyifatkan penganjuran Himpunan Tangkap Azam Baki sebagai usaha sia-sia dan tidak mendatangkan hasil.Menjelang sehari sebelum himpunan itu berlangsung, beliau berkata, sindiran serta cemuhan sedemikian adalah lumrah setiap kali wujud usaha untuk memperbetulkan kepincangan dalam sistem serta menangani salah guna kuasa.Menurutnya, perubahan figura politik melalui pilihan raya tidak akan memberi makna sekiranya sistem sedia ada masih gagal menjamin ketelusan."Ahli politik boleh silih berganti, tetapi jika sistem sedia ada tidak menjamin ketelusan, perkara yang sama akan terus berulang."Tukar kerajaan melalui pilihan raya tetapi keadaan masih sama. Figura yang sama masih boleh digunakan, cuma untuk mengejar musuh politik yang berbeza," ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.Mengulas lanjut, Rafizi menzahirkan kekecewaan terhadap trend semasa apabila tindakan pemimpin sering berubah dan bercanggah dengan janji yang dibuat ketika berkempen sebaik sahaja memegang tampuk kuasa.Beliau berkata, keadaan itu bukan sesuatu yang baharu dan berkemungkinan besar akan terus berulang sekiranya tiada desakan ke arah reformasi sistem yang lebih menyeluruh.Tegasnya, penglibatan rakyat dalam menyatakan pendirian amat penting bagi memastikan kelangsungan integriti negara untuk generasi akan datang.Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara supaya hadir memberikan sokongan kepada himpunan berkenaan."Kita jumpa esok sekitar jam 3 petang," ujarnya.Himpunan Tangkap Azam Baki yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Merdeka dilihat sebagai manifestasi desakan terhadap ketelusan badan penguatkuasaan serta integriti sistem pentadbiran negara.





PART 1- Pembangkang Malaysia yang berantakan dan gabungan Anwar yang rapuh .. - Wrlr - 24/04 7:10 pm

Pembangkang Malaysia yang berantakan dan gabungan Anwar yang rapuh, Kerajaan Madani pimpinan Anwar bertahan bukan atas kelebihannya, tetapi kerana PN terus gagal 24 Apr 2026 The Gabungan Bertindak MalaysiaAliran Rant and Rave 2.0 forum in Penang Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram , Instagram , Tiktok and Youtube channels





KPM masih tunggu laporan dua pelajar IPG lemas - Utusan - 24/04 7:17 am

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan penuh siasatan insiden dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang lemas ketika menaiki kayak Pantai Merdeka, Sungai Petani, awal bulan lalu





Himpunan Tangkap Azam Baki Sabtu ini tetap diteruskan - Sinarharian - 23/04 7:32 pm

SHAH ALAM - Himpunan Tangkap Azam Baki yang dijadualkan diadakan pada Sabtu ini tetap diteruskan meskipun Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah akan memilih sendiri pengganti jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu.Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata demikian sambil menegaskan himpunan itu bakal disertai rakan gabungan organisasi masyarakat sivil (CSO)."Himpunan Tangkap Azam Baki (Tan Sri Azam Baki) pada Sabtu ini tetap diteruskan."Kita akan pastikan kontrak Azam tidak disambung untuk kali keempat pada 12 Mei ini," katanya menerusi hantaran di X pada Khamis.Muhammad Faisal yang merupakan salah seorang sekretariat Tangkap Azam Baki menambah, kontroversi SPRM bukan membabitkan Azam semata-mata tetapi juga isu sistem dan struktur agensi penguatkuasaan itu."Kes pegangan saham, mafia korporat, ketelusan dalam siasatan termasuk kes kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini dan mendiang Teoh Beng Hock menjadi kewajaran untuk kerajaan mengumumkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)."Justeru, himpunan pada Sabtu ini akan menjadi medan untuk rakyat bangkit menentang kerosakan dalam SPRM hingga satu reformasi secara menyeluruh terhadap SPRM dilaksanakan," ujar beliau.Difahamkan, Himpunan Tangkap Azam Baki diadakan pada jam 3 petang Sabtu ini dengan berkumpul di pekarangan pusat beli-belah Sogo hingga ke Dataran Merdeka.Sebelum ini, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan memilih calon yang terbaik untuk menerajui SPRM.Baginda turut mengingatkan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara tersebut.Titah baginda lagi, jawatan berkenaan amat penting bagi memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.Kedudukan Azam menjadi tumpuan selepas kontraknya dijangka tamat pada 12 Mei ini.Azam, 63, telah melalui beberapa siri lanjutan sejak tempoh asal perkhidmatannya berakhir pada 2023.





Semakan Isa Samad ketepi sabitan dan hukuman penjara, denda 13 Mei - Mygazette - 22/04 4:11 pm

# Semakan Isa Samad ketepi sabitan dan hukuman penjara, denda 13 Mei PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Mei ini bagi mendengar permohonan semakan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd





Kes rasuah RM3 juta: Permohonan semakan Isa Samad 13 Mei - Sinarharian - 22/04 3:10 pm

PUTRAJAYA Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan atas sembilan kes rasuah lebih RM3 juta bakal melalui satu lagi detik penentuan apabila permohonan semakannya akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini pada 13 Mei depan.Kes berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dan peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi media pada Rabu.Bekas pemimpin UMNO itu memfailkan notis usul pada 4 Mac lalu di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.Mohd Isa ketika ini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah berkenaan.Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2024 yang membebaskan Mohd Isa terhadap sembilan pertuduhan rasuah.Panel hakim itu mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara, serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara terhadap Mohd Isa sekiranya gagal membayar denda.Bekas ahli politik itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.Pada 4 Mac lalu, Mohd Isa memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengembalikan sabitan dan hukuman terhadapnya.





KL Chinese Assembly Hall founder Liew Poon Siak passes on at 83 - Sinchew - 22/04 7:49 am

KL Chinese Assembly Hall founder Liew Poon Siak passes on at 83 KUALA LUMPUR: The founder of Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall Datuk Liew Poon Siak passed away this morning





Maybank Relocating Its Head Office To Merdeka 118 Next Month - Lowyat - 21/04 4:40 pm

Maybank has announced that it will relocate its head office from Menara Maybank to Merdeka 118, with the move set to take effect on 6 May 2026





Penolong pegawai MBI didenda RM3,000 terima rasuah RM2,000 - Sinarharian - 20/04 11:38 am

IPOH - Seorang penolong pegawai di Majlis Bandaraya Ipoh (MBl) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM2,000 sebagai balasan melanjutkan tempoh pengosongan premis perniagaan, dua tahun lalu.Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Nazarudin Syed Mohamed Taib, 53, dan memerintahkan tertuduh dipenjara selama satu bulan jika gagal membayar denda.Mahkamah turut memerintahkan wang tunai RM2,000 yang dirampas dikembalikan kepada pihak pendakwaan.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang merupakan Penolong Pegawai Perancang Bandar di Unit Penguatkuasaan Jabatan Perancang Bandar MBI didakwa menerima wang daripada Chong Yin Mei, 49, sebagai balasan untuk melanjutkan tempoh pengosongan premis perniagaan dari dua bulan kepada satu tahunKesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Lorong Kuala Kangsar, Taman Merdeka, Ipoh dalam Daerah Kinta jam 5.30 petang pada 22 Ogos 2024.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Nanthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mengikut fakta kes, tertuduh telah memaklumkan kepada pemilik premis bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil kerana premis berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172) iaitu membuat pemajuan tanpa kebenaran merancang.Bagaimanapun, tertuduh menawarkan untuk membantu melanjutkan tempoh tersebut dengan syarat bayaran RM2,000 diberikan kepadanya.Pengadu kemudian menyerahkan wang berkenaan sebelum tertuduh ditahan pihak SPRM sejurus selepas transaksi berlaku di lokasi kejadian.





Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan - Mypress - 19/04 4:43 pm

MUKAH Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad





Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri Taman Medan meriah, MB Selangor sentuh isu kos sara hidup - Harapandaily - 18/04 11:59 pm

FOTO BERITA: Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri 2026 bersama Tuan Halimey Abu Bakar, Penyelaras DUN Taman Medan bersama En





Chong: Onus on MCC to reduce assessment rate on still-closed Miri Merdeka Mall - BorneoPost - 17/04 8:18 pm

KUCHING (April 17): The Miri City Council (MCC) has a legal obligation to reduce the assessment rate chargeable on Miri Merdeka Mall, which has been closed and unoccupied since 2019



Zaman edan sedang melanda dunia - Msomelayu - 17/04 6:58 pm

SESEKALI RANGGAWARSITA ada mengungkapkan sebaris kata berbunyi, zaman edan, yen ora eden ora keduman





KLIMS Run 2026 May 17, Dataran DBKL, RM40 for 5 km, RM45 for 7 km, includes ticket to the motor show - Paultan - 17/04 6:15 pm

For the first time ever, a run will be held in the, erm, run-up to the Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS)





Duo at 2022 Merdeka eve party freed of drug trafficking charges - FMT - 17/04 3:03 pm

Judge says the prosecution failed to prove that businessman N Suresh and barber R Nagarajan had exclusive custody and control of meth and heroin.





What did my brother do wrong, why beat him to death? - Sinardaily - 16/04 4:18 pm

KOTA BHARU The family of a learning-disabled man who died after allegedly being beaten up in Bachok is urging authorities to conduct a thorough investigation to determine the motive behind the attack.The victims younger sister, Nur Aina Mohd Zainal, 18, said the family still does not know what led to the attack that left her brother, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, with severe head injuries before he died after 17 hours of fighting for his life in hospital.She said the deceased had no enemies and was known as a quiet person who never caused trouble for anyone.We truly dont know the real cause of this incident, as he never fought with anyone.We just want to know why he was treated like that and what actually happened, she told reporters at Kampung Karang, Banggu here on Wednesday.Zakir was found lying unconscious by residents at Ladang Merdeka Cherbu, by the roadside in Kampung Chap, Bekelam here on Tuesday.He was taken to the hospital for treatment but passed away at 12.55am on Wednesday.Aina said she was informed about the incident after seeing photos of her brothers injuries sent by family members at around 7.30am.She then immediately contacted her father, who was at work at the time and was told that her brother was in critical condition at Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.She added that on the night of the incident, the victim had reportedly gone out after borrowing his employers motorcycle to collect something but did not return home.Several hours later, we were informed that my brother had been found lying unconscious with injuries before being taken to hospital, she said.She added that the family is leaving it entirely to the police to investigate and determine the true motive behind the incident.





'Apa salah abang, kenapa pukul dia sampai mati?' - Sinarharian - 16/04 3:44 pm

KOTA BHARU Keluarga kepada pemuda orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang maut dipercayai dipukul di Bachok mahu pihak berkuasa merungkai motif sebenar kejadian yang meragut nyawa mangsa.Adik mangsa, Nur Aina Mohd Zainal, 18, berkata, keluarganya masih tidak mengetahui punca kejadian yang menyebabkan abangnya, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, cedera parah di kepala hingga meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di hospital.Menurutnya, arwah tidak mempunyai musuh dan dikenali sebagai seorang yang pendiam serta tidak pernah menimbulkan masalah dengan sesiapa."Kami memang tidak tahu punca sebenar kejadian ini, sebab dia tidak pernah bergaduh dengan sesiapa."Kami hanya mahu tahu kenapa dia diperlakukan sebegitu dan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada pemberita di Kampung Karang, Banggu di sini di sini pada Rabu.Muhammad Zakir Fikry ditemukan terbaring tidak sedarkan diri oleh penduduk di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati tepi jalan di Kampung Chap, Bekelam di sini pada Selasa.Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum meninggal dunia pada jam 12.55 pagi, Rabu.Nur Aina berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas melihat gambar kecederaan abangnya yang dihantar oleh ahli keluarga kira-kira jam 7.30 pagi.Katanya, selepas itu dia segera menghubungi bapanya yang ketika itu berada di tempat kerja sebelum dimaklumkan abangnya berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.Menurutnya, pada malam kejadian, mangsa dikatakan keluar selepas meminjam motosikal majikan untuk mengambil barang, namun tidak pulang ke rumah."Beberapa jam kemudian kami dimaklumkan abang ditemui terbaring dengan kesan kecederaan sebelum dibawa ke hospital," katanya.Menurutnya, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian tersebut





'Biar lambat asal selamat' - Abdul Hadi jawab teka-teki Ketua Pembangkang - Sinarharian - 16/04 1:18 pm

KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) tidak mahu terburu-buru dalam menetapkan pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu, sebaliknya menegaskan proses tersebut memerlukan perbincangan mendalam membabitkan semua pihak.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan jawatan berkenaan perlu mengambil kira pandangan menyeluruh daripada semua Ahli Parlimen blok pembangkang, termasuk wakil dari Malaysia Timur."Kita sebuah negara demokrasi dan perlu menghormati pandangan masing-masing





'Kami hanya mahu tahu kenapa dia diperlakukan sebegitu' - Keluarga OKU maut dipukul - Sinarharian - 15/04 10:27 pm

KOTA BHARU Keluarga kepada pemuda orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang maut dipercayai dipukul di Bachok mahu pihak berkuasa merungkai motif sebenar kejadian yang meragut nyawa mangsa.Adik mangsa, Nur Aina Mohd Zainal, 18, berkata, keluarganya masih tidak mengetahui punca kejadian yang menyebabkan abangnya, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, cedera parah di kepala hingga meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di hospital.Menurutnya, arwah tidak mempunyai musuh dan dikenali sebagai seorang yang pendiam serta tidak pernah menimbulkan masalah dengan sesiapa."Kami memang tidak tahu punca sebenar kejadian ini, sebab dia tidak pernah bergaduh dengan sesiapa."Kami hanya mahu tahu kenapa dia diperlakukan sebegitu dan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada pemberita di Kampung Karang, Banggu di sini di sini pada Rabu.Muhammad Zakir Fikry ditemukan terbaring tidak sedarkan diri oleh penduduk di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati tepi jalan di Kampung Chap, Bekelam di sini pada Selasa.Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum meninggal dunia pada jam 12.55 pagi, Rabu.Nur Aina berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas melihat gambar kecederaan abangnya yang dihantar oleh ahli keluarga kira-kira jam 7.30 pagi.Katanya, selepas itu dia segera menghubungi bapanya yang ketika itu berada di tempat kerja sebelum dimaklumkan abangnya berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.Menurutnya, pada malam kejadian, mangsa dikatakan keluar selepas meminjam motosikal majikan untuk mengambil barang, namun tidak pulang ke rumah."Beberapa jam kemudian kami dimaklumkan abang ditemui terbaring dengan kesan kecederaan sebelum dibawa ke hospital," katanya.Menurutnya, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian tersebut





Lelaki OKU maut dengan kecederaan di kepala, kes diklasifikasi bunuh - Polis - Sinarharian - 15/04 9:12 pm

BACHOK - Polis menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran di sini pada Rabu selepas hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati tepi jalan di Kampung Chap, Bekelam di sini pada 8.30 pagi, Selasa."Mangsa dibantu orang awam yang menghubungi ambulans dan dikejarkan ke Hospital Universiti Pakar Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam, Rabu."Jenazah dibawa ke Unit Forensik hospital itu untuk bedah siasat serta mendapati punca kematian adalah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul," katanya.Dalam kejadian itu, pemasang jubin berkenaan dipercayai dipukul hingga mengalami kecederaan pada pundi kencing, luka paru-paru dan kepala meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa semasa dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan hospital terbabit.Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada tanda-tanda kemalangan jalan raya, manakala motosikal jenis Honda C70 digunakan mangsa berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan."Berdasarkan keadaan tersebut, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh."Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tambahnya.Pihak polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok atau balai polis berhampiran.





Lelaki OKU maut dipercayai dipukul - Sinarharian - 15/04 4:34 pm

BACHOK - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran maut dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati di sini pada Rabu.Mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, mengalami kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia pada jam 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Zon Merah, Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.Sebelum kejadian, mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan masih bernyawa tetapi lemah serta terbaring di atas tanah sekitar jam 7.30 pagi, Selasa.Seorang penduduk, Mohd Yusoff Shafei, 60, berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya berhubung penemuan seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka berhampiran sebuah motosikal jenis Honda C70 yang awalnya disangkakan mengalami kemalangan."Sampai tempat kejadian saya nampak mangsa sedang menahan sakit."Nampak ada kesan darah pada muka mangsa dan saya bantu hubungi ambulans," katanya kepada pemberita pada Rabu.Mohd Yusoff berkata, mangsa difahamkan bukan penduduk di kampung berkenaan."Saya terkejut apabila dimaklumkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.Sementara Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu."Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.





Kenapa pukul abang sampai mati, apa salah dia – Adik - Utusan - 15/04 3:36 pm

KOTA BHARU: “Kenapa pukul abang sampai mati, apa salah dia





Rafizi akan sertai satu lagi demonstrasi `Tangkap Azam Baki??? 25 April .. - Mygazette - 15/04 7:58 am

Orangnya pula semua yang dah lanjut usia dengan rekod katak politik yang pernah masuk semua parti. Jom kita sama-sama tunjukkan cara demo yang sebenar di Dataran Merdeka, 25 April ini, katanya merujuk kepada demonstrasi yang mendesak beliau berundur dari politik di pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd baru-baru ini





Sambutan Jubli Perak Raja Perlis diakhiri kenduri besar-besaran - Utusan - 15/04 7:49 am

KANGAR: Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berlangsung selama setahun dengan pelbagai program diakhiri dengan kenduri rakyat dihadiri lebih 50,000 pengunjung di Dataran Lot 9 Kuala Perlis, di sini semalam





Celik MADANI rekod lebih 200,000 penyertaan pelajar IPT - Mygazette - 13/04 4:13 pm

# Celik MADANI rekod lebih 200,000 penyertaan pelajar IPT KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mencatatkan pencapaian signifikan dalam pelaksanaan Program Celik Kewangan Belia MADANI (Celik MADANI) apabila merekodkan lebih 200,000 penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tahun lalu





KPT pantau isu kenaikan harga makanan di kafetaria IPT KPT pantau isu .. - Mygazette - 13/04 4:13 pm

# KPT pantau isu kenaikan harga makanan di kafetaria IPT KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan inisiatif Menu Kasih Siswa dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) agar tidak membebankan mereka bagi mastikan harga makanan di kafetaria kekal berpatutan





KPM perlu kaji SOP aktiviti luar secara holistik, pragmatik - Mypress - 12/04 4:30 pm

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti luar dikaji semula secara holistik oleh Kementerian Pendidikan (KPM), susulan kes dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG)lemasdi Pantai Merdeka,…





Dataran Ibu Pertiwi: A towering symbol reshaping Kuchings skyline - BorneoPost - 12/04 6:00 am

AS evening falls along the banks of Sarawak River, the orange sky above the city forms a striking backdrop for the towering flagpole and its enormous flag at Dataran Ibu Pertiwi, fluttering high above the skyline and visible from the nearby neighbourhoods





Justice4Sabah: Sambutan himpunan hambar - Mypress - 11/04 11:15 am

KOTA KINABALU Himpunan aman Justice4Sabah yang berlangsung di Padang Merdeka pada Jumaaat mendapat sambutan hambar



Justice4Sabah: Some 300 rally in KK over Sabahs 40 pct revenue claim - BorneoPost - 10/04 8:09 pm

KOTA KINABALU (April 10): Close to 300 people from all walks of life gathered at Padang Merdeka this evening to express support for the federal government to pay the 40 per cent revenue owed to Sabah



[Watch] You Can See Port Klang And The Strait Of Melaka From Merdeka 118 - Rakyatpost - 10/04 5:18 pm

An office worker shared clips of the view from one of the higher floors of the iconic tower.



'Komen negara sendiri, jangan negara orang' - Tok Mat - Sinarharian - 9/04 7:13 pm

SEREMBAN - "Saya tak mahu komen panjang tentang itu, tapi setakat saya boleh katakan komen negara sendiri, jangan komen negara orang."Demikian kenyataan sinis Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung sindiran secara halus bekas Ahli Parlimen Dilantik (NMP) Singapura, Calvin Cheng yang menyindir Malaysia kerana berunding dengan Iran bagi mendapatkan laluan selamat di Selat Hormuz.Tegas beliau, setiap negara yang merdeka mempunyai kepentingan strategik mengikut keutaman masing-masing, begitu juga Malaysia."Kita ada kita punya dasar luar dan semua negara yang merdeka berdaulat ada dasar luar masing-masing."Jadi kita tak perlulah menegur negara lain pasal dasar luar mereka," katanya ditemui pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah-Sekolah di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau di sini pada Khamis.Terdahulu Calvin memuji pendirian Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan yang menyatakan tindakan berunding mendapatkan laluan melalui selat itu boleh menjejaskan undang-undang antarabangsa.Di Facebooknya, Calvin berkata, Singapura tidak berunding dengan pengganas, sebaliknya ada negara berbangga kononnya telah melakukan rundingan laluan, namun pada masa sama mengatakan mereka akan kehabisan minyak bulan depan.



Family urges MoE probe into Kedah kayaking tragedy that killed two Swakian teacher trainees - BorneoPost - 8/04 7:31 pm

SIBU (April 8): The Ministry of Education (MoE) has been urged to conduct a thorough investigation on the timeline leading to the kayaking tragedy at Pantai Merdeka in Sungai Petani, Kedah, recently, which claimed the lives of two Sarawakian teacher trainees from Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis



Wartawan perlu diberi ruang jalani tugas selagi patuh undang-undang - Fahmi - Sinarharian - 8/04 7:14 pm

PUTRAJAYA - Wartawan perlu diberikan ruang untuk menjalankan tugas selagi mematuhi peraturan dan tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Mengulas insiden tiga wartawan yang didakwa diarahkan memadam gambar oleh pihak berkuasa ketika membuat liputan di Cheras, Kuala Lumpur, Fahmi menyifatkan insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku sekiranya mereka telah memperkenalkan diri sebagai pengamal media."Saya kesal dengan apa yang telah berlaku



Menipu jadi ‘orang tengah’ imigresen, pemuda didenda RM6,000 - Mygazette - 8/04 5:35 pm

# Menipu jadi 'orang tengah' imigresen, pemuda didenda RM6,000 KULAI - Seorang pemuda didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas tuduhan menawarkan diri sebagai orang tengah dengan pihak imigresen bagi menguruskan permit pekerja asing, awal bulan ini



DAPSY gesa PDRM henti siasatan terhadap mahasiswa, media - Sinarharian - 8/04 5:27 pm

SHAH ALAM - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membebaskan mahasiswa atau aktivis yang mengangkat plakad dan mengadakan protes secara aman baru-baru ini.DAPSY dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengecam tindakan polis menahan tiga individu termasuk aktivis dan mahasiswa yang mengadakan protes aman berhubung isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Pihaknya berpandangan, keperluan untuk menuntut akauntabiliti daripada kerajaan adalah hak asas rakyat dalam sesebuah negara demokratik."Selagi tindakan tersebut tidak menjejaskan ketenteraman awam, pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak melulu dengan mengehadkan kebebasan bersuara rakyat."DAPSY menekankan, keutamaan kini adalah mempercepat siasatan terhadap isu pemilikan saham berlebihan melibatkan Azam secara telus dan terbuka serta memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat, bukannya menyiasat aktivis dan pelajar sebagai satu bentuk pengalihan isu."Era kerajaan autokratik di Malaysia sudah berlalu dan Kerajaan Perpaduan kini menyokong hak serta kebebasan bersuara



Kumpulan media gesa polis jelaskan arahan padam gambar rusuhan KTV - Mkini - 8/04 3:43 pm

Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) ulas dakwaan tindakan polis terhadap tiga wartawan di pusat karaoke itu.




Reformasi     >>



10 dalil Anwar tak layak jadi PM lagi - Harapandaily
Oleh FADHLI OTHMAN Berikut 10 sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri lagi: (1) Mengapa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri sepenggal lagi? Ironinya, hujah ini sering muncul ketika beliau sedang melaksanakan pembaikan yang selama ini hanya menjadi retorik. Dalam tempoh ..
Kroni     >>



Business : Global Uncertainty, Geopolitics Demand .. - Bernama
PUTRAJAYA, April 26 (Bernama) --The current global economic challenges, compounded by geopolitical tensions, require Malaysia to recalibrate its priorities amid heightened uncertainty, saidPrime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tabloid     >>



Toyota HiAce 2026: Van Lama Tapi Kulit Baharu - Rotikaya
Selama lebih dua dekad, Toyota HiAce generasi kelima kekal sebagai antara kenderaan komersial paling dipercayai di Jepun. Walaupun dunia luar sudah lama beralih kepada generasi baharu (H300) sejak 2019, Toyota... Baca selanjutnya → The post Toyota HiAce 2026: Van Lama Tapi Kulit Baharu appeared ..
Tech     >>



Intel Confirms Arc G3’s Existence, New Chip Set .. - Pokde
Intel has confirmed the upcoming handheld-focused processors as "Arc G3", confirming earlier leaks; the new lineup is expected to be based on Panther Lake with Arc B-series GPUs onboard.
World     >>



Irans foreign minister leaves Pakistan, heads to .. - Aljazeera
Abbas Araghchi will speak with 'senior officials' in Moscow, Iran's Foreign Ministry says.
Motor Trend     >>



Auto China 2026: Geely Pamer Galaxy Light Concept Dan .. - Careta
Selain itu, Geely turut mempamerkan barisan model sedia ada seperti Galaxy M9, Galaxy V900, Galaxy M7, Xingyue L i-HEV dan beberapa model lain. Galaxy Light Concept Generasi Kedua Model konsep Galaxy Light generasi kedua menjadi kemuncak pameran Geely kali ini. Ia menampilkan evolusi falsafah