| /// |
|
| Search : Dataran News | Page 1 |
|
59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan - Mygazette - 21/05 4:10 pm Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Sebelum ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang dipamerkan di plak lokasi berkenaan selain menghormati institusi raja |
|
Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak... - Mygazette - 21/05 4:10 pm Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya, katanya. Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan |
|
Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm Ia bukanlah satu perintah mutlak seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan |
|
Malaysia akan aman tanpa DAP ??? Ahmad - Mygazette - 21/05 4:10 pm Namun tidak sesekali bagi parti berlatar belakang cauvinis seperti DAP yang masih tegar bertembung dengan istana, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan |
|
59 police reports lodged against Tony Pua - Sinardaily - 21/05 2:57 pm SHAH ALAM - Police have received 59 reports nationwide against former Damansara MP Tony Pua following a post on his Facebook account that allegedly touched on sensitive issues involving the Constitutional Monarchy and Rukun Negara.Selangor police chief Comm Datuk Shazeli Kahar said the case will be investigated and that Pua will be called to give his statement soon."As of this morning, I have been briefed that 59 police reports have been lodged nationwide, and the investigation is being conducted by the Selangor Royal Malaysia Police (PDRM)," he told reporters at a press conference at the Selangor Contingent Police Headquarters Senior Officers' Mess today.Yesterday, police opened an investigation paper against Pua following a Facebook post that allegedly touched on sensitive issues related to the Constitutional Monarchy and Rukun Negara.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Comm Datuk M. Kumar said the investigation was being conducted under Section 505(b) of the Penal Code for statements conducive to public mischief and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998.The DAP Disciplinary Committee chairman reportedly issued a statement saying that Malaysia practices a Constitutional Monarchy system in which the King's power is generally limited to certain areas.The statement is believed to have been made following the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah's, decree advising Seri Kembangan state assemblyman Wong Siew Ki and former Selangor executive councillor Ronnie Liu to visit Dataran Selangor once a week to understand and appreciate the true meaning of the Rukun Negara |
|
Kritik titah Sultan Selangor: Pemuda Pas persoal pendirian Suee Lim - Sinarharian - 21/05 2:11 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mempersoalkan pendirian Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim susulan kontroversi melibatkan pemimpin politik yang didakwa mengkritik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Beliau berkata, Suee Lim sepatutnya tampil mengeluarkan kenyataan mempertahankan institusi diraja serta menunjukkan pendirian yang jelas terhadap tindakan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki selain bekas pemimpin DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu.Menurutnya, gelaran Datuk yang diterima bukan sekadar untuk ditulis di hadapan nama, sebaliknya lambang penghormatan dan pengiktirafan daripada institusi diraja negeri."Bila institusi yang menganugerahkan darjah kebesaran diasak dan dipersoalkan secara terbuka, sekurang-kurangnya tampilkan pendirian yang jelas dan bermaruah."Kalau benar hormat kepada Raja Berperlembagaan, inilah waktunya tunjukkan kesetiaan kepada institusi negeri bukan sekadar diam membisu melihat penghinaan demi penghinaan berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mohamed Sukri berkata, rakyat sedang memerhati sikap pemimpin yang menerima anugerah kebesaran tetapi didakwa gagal mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya."Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya," tambah beliau.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
59 laporan polis dibuat terhadap Tony Pua, polis akan panggil rakam keterangan - Sinarharian - 21/05 12:33 am SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor.Menurutnya, sehingga pagi Khamis, sebanyak 59 laporan polis telah dibuat membabitkan kenyataan yang dimuat naik oleh Tony Pua itu."Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak IPK Selangor."Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada ...an-mukadimah-rukun-negara"Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMedia sebelum ini melaporkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) |
|
Polis buka kertas siasatan terhadap Tony Pua, terima 28 laporan setakat ini - Mygazette - 21/05 7:36 am Bukan dekri atau titah, katanya. Kenyataan itu dimuat naik Tony Pua tidak lama selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja |
|
Ronnie Liu junjung titah Sultan Selangor, hadir ke Dataran Selangor .. - Mygazette - 21/05 7:36 am # Ronnie Liu junjung titah Sultan Selangor, hadir ke Dataran Selangor hayati Rukun Negara KUALA LUMPUR Bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir sendiri sendiri ke Dataran Selangor untuk membaca semula serta menghayati dengan lebih mendalam Rukun Negara, seperti mana dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam |
|
Siew Ki junjung titah Sultan Selangor, hormati dan patuhi prinsip Rukun... - Mygazette - 21/05 7:36 am Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia. Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan Siew Ki dan bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
'Tony Pua, hormat titah tidak bermakna tolak Perlembagaan' - Peguam - Sinarharian - 20/05 8:42 pm SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua digesa memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa boleh mengelirukan rakyat mengenai kedudukan institusi diraja dalam sistem Raja Berperlembagaan negara.Peguam, M Partiben berkata, kenyataan Tony yang dipetik sebagai 'beliau akan patuh Perlembagaan, bukan titah semata-mata berhubung titah Sultan Selangor', seolah-olah memisahkan institusi itu daripada Perlembagaan Persekutuan.Hakikatnya, beliau berkata, kedudukan dan kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Negeri diperuntukkan secara jelas di bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan serta Perlembagaan Negeri Selangor."Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan sememangnya menetapkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi."Bagaimanapun kuasa Sultan yang termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri adalah sebahagian daripada undang-undang tertinggi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPartiben berkata, menghormati titah dan nasihat Sultan tidak bermakna menolak Perlembagaan.Beliau turut menggesa Tony memberi penjelasan segera sama ada kenyataan itu bermaksud mempertikai kuasa perlembagaan Sultan atau sebaliknya.Katanya, kekeliruan tersebut tidak sepatutnya dibiarkan kerana boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang menjadi tunggak kestabilan negara.Sebelum ini, Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dilaporkan menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan mutlak yang membolehkan raja menggubal atau mengikat semua aspek kehidupan rakyat melalui titah semata-mata.Kenyataan tersebut dibuat susulan titah Sultan Selangor yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami serta menghayati makna sebenar Rukun Negara.Baginda bertitah, langkah itu penting agar mereka menjadi rakyat yang memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu selain menjaga adab, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara. |
|
After sultans rebuke, Ronnie Liu revisits Dataran Selangor to read Rukun Negara - FMT - 20/05 7:42 pm The ex-DAP leader says the visit moved him and made him realise that the Rukun Negara was more than just a set of lines Malaysians memorised in school. |
|
Polis terima 28 laporan berkaitan hantaran Tony Pua - Sinarharian - 20/05 7:19 pm KUALA LUMPUR - Polis menerima sebanyak 28 laporan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di Facebook yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar berkata, polis telah membuka siasatan berhubung hantaran berkenaan selepas menerima laporan yang dibuat di seluruh negara."Kita telah memulakan siasatan selepas menerima 28 laporan polis dari seluruh negara."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Ditanya sama ada Tony Pua akan dipanggil, Kumar berkata, semua pihak berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.Pada Selasa, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua dalam hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Hantaran itu mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin politik yang membidas kenyataan veteran DAP berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri |
|
Ronnie Liu ke Dataran Selangor baca Rukun Negara usai titah Sultan Sharafuddin - FMT - 20/05 6:54 pm Semalam Sultan Sharafuddin Idris Shah saran Ronnie Liu dan Wong Siew Ki menghayati semula Rukun Negara. |
|
Warga Ukraine kekal penjara 30 tahun, 16 sebatan edar methamphetamine - Sinarharian - 20/05 6:04 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Rabu mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan yang dijatuhkan terhadap seorang warga Ukraine kerana mengedar 24.753 kilogram dadah jenis methamphetamine di sebuah kawasan parkir, empat tahun lepas.Panel tiga hakim yang bersidang terdiri daripada Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk P Ravinthran sebulat suara menolak rayuan Akahimo, yang turut dikenali sebagai Akanimo, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.Mengikut pertuduhan, Akahimo, 48, yang merupakan bekas pengurus kelab malam, melakukan kesalahan itu di kawasan parkir sebuah restoran di Jalan C180/1, Dataran C180/1, Batu 11, daerah Hulu Langat, Selangor pada jam 6 petang, 24 Mei 2022.Dia pada awalnya dituduh bersama tiga individu lain, namun mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.Pada 26 Jun 2024, Mahkamah Tinggi mensabitkan Akahimo bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun serta 16 sebatan dengan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 24 Mei 2022.Keputusan itu kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 19 Jun tahun lepas.Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menjalankan risikan di kawasan berkenaan sebelum mengesan sebuah kereta Mercedes-Benz tiba di lokasi, diikuti sebuah Toyota Vios, dengan kedua-dua kenderaan berhenti berdekatan.Perayu dilaporkan keluar dari tempat duduk penumpang hadapan Mercedes-Benz sebelum berjalan ke arah sebuah Proton Bezza berhampiran |
|
Ronnie Liu Lawat Monumen Rukun Negara – “Saya Kembali Bermuhasabah” - Beautifulnara - 20/05 4:56 pm Bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu Tian Kiew mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor hari ini bagi membaca semula serta menghayati makna Rukun Negara dengan lebih mendalam |
|
Tony Pua jangan cabar sensitiviti rakyat terhadap institusi diraja - MHO - Sinarharian - 20/05 4:27 pm SHAH ALAM Kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mempersoalkan kedudukan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam sistem Raja Berpelembagaan sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, kenyataan DAP itu yang mempersoalkan kedudukan titah Raja dan Rukun Negara dilihat tidak sensitif selain berpotensi mengelirukan rakyat mengenai peranan institusi diraja di negara ini."Walaupun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, ia tidak bermaksud institusi diraja boleh diperkecil atau dipersoalkan sesuka hati oleh ahli politik."Titah Sultan Selangor itu menyentuh soal adab, penghormatan kepada Rukun Negara serta institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi asas kestabilan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Tony Pua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dilaporkan menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.ARTIKEL BERKAITAN TONY PUA: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMenurut beliau, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan mutlak yang membolehkan raja menggubal atau mengikat semua aspek kehidupan rakyat melalui titah semata-mata.Kenyataan tersebut dibuat susulan titah Sultan Selangor yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami serta menghayati makna sebenar Rukun Negara.Baginda bertitah, langkah itu penting agar mereka menjadi rakyat yang memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu selain menjaga adab, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Mengulas lanjut, Daniel berkata, majoriti rakyat Malaysia masih menjunjung tinggi institusi diraja dan menyokong titah Sultan Selangor yang sering menekankan aspek perpaduan serta keharmonian negara.Beliau berkata, pemimpin politik sewajarnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat dengan menjaga tutur kata apabila menyentuh isu berkaitan institusi Raja-Raja Melayu."Jangan kerana mahu mempertahankan kenyataan tertentu, akhirnya adab terhadap institusi diraja diketepikan."Rakyat masih tahu membezakan antara kebebasan bersuara dengan kenyataan yang boleh dianggap tidak menghormati Raja-Raja Melayu," katanya |
|
Pemuda Amanah gesa DAP ambil tindakan disiplin terhadap Tony Pua - Mygazette - 20/05 3:59 pm Menurut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkata, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Tony Pua bagai kaduk naik junjung, UMNO bersama Tuanku! – Asyraf... - Mygazette - 20/05 3:59 pm Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Titah sultan perlu dijadikan nasihat, bukan polemik politik - Amanah Selangor - Sinarharian - 20/05 2:44 pm SHAH ALAM - Semua pihak khususnya ahli politik digesa agar tidak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Abbas Azmi berkata, semua pihak seharusnya berlapang dada dan memahami maksud di sebalik titah baginda yang mengingatkan generasi baharu tentang kepentingan Rukun Negara dan perpaduan rakyat.Menurutnya, tindakan segelintir ahli politik yang cuba memanipulasi titah tersebut untuk kepentingan sendiri adalah sangat tidak wajar."Jadikanlah titah Tuanku Sultan Selangor itu sebagai satu nasihat yang berguna sepertimana nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya."Tiada untungnya kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas titah baginda selain untuk mengeruhkan keadaan dan mungkin cubaan untuk meraih populariti politik semata-mata. Berpolitik ada batasnya," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan Sultan Sharafuddin menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Titah baginda, langkah itu penting agar semua pihak terutamanya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Mengulas lanjut, Abbas menegaskan, fokus utama ketika ini harus diberikan kepada usaha memperkukuh keadaan negeri dan negara yang sedang berhadapan cabaran krisis ekonomi global."Nasib rakyat harus menjadi keutamaan dan seperti yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Amiruddin Shari, pakej rangsangan ekonomi khusus bagi negeri Selangor berhadapan dengan krisis itu kesan dari pergolakan di negara Timur Tengah dengan peruntukan permulaan sebanyak RM131 juta."Ini yang harus diberi keutamaan bukan hanya cubaan menangguk di air yang keruh dan menjadi pengadu domba bagi mengeruhkan suasana," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak mengambil iktibar secara positif atas titah Sultan Sharafuddin sebagai tanda sayang baginda terhadap kerajaan dan rakyat negeri Selangor. |
|
'Junjung Rukun Negara demi kepentingan rakyat' - Siew Ki - Sinarharian - 20/05 2:43 pm SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi dan asas utama dalam melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada seluruh rakyat.Beliau berkta, sebagai wakil rakyat, lima prinsip Rukun Negara sentiasa dijunjung dan diamalkan dalam setiap tindakan demi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia terus diutamakan.Menurutnya, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan menjadi asas penting dalam memikul amanah yang diberikan rakyat."Patik menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj."Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Siew Ki sebelum ini semasa membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan |
|
Armada Perak mulakan laporan polis terhadap Tony Pua - Sinarharian - 20/05 2:07 pm IPOH Angkat Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak memulakan tindakan membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataan dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya yang didakwa menyentuh isu sensitif melibatkan institusi Raja Berperlembagaan.Ketua Armada Bersatu Perak, Halim Nayan berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta melampaui batas sebagai rakyat Malaysia.Menurutnya, kenyataan berkenaan dilihat cuba mencabar asas penting dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kestabilan negara sejak sekian lama."Malaysia bukan negara yang dibina atas emosi politik sempit atau ideologi songsang yang bebas menghina sesuka hati institusi negara."Negara ini dibina atas lunas Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada keharmonian dan kestabilan negara," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiHadir sama Naib Ketua Armada Bersatu Perak, Izwan Yudin Rizal Sham.Halim berkata, mana-mana pihak yang cuba mengelirukan rakyat sehingga prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dipersoalkan mengikut kepentingan politik tertentu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.Katanya, kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencetuskan kebencian terhadap sistem negara manakala demokrasi pula bukan tiket untuk mencabar institusi yang menjadi tunjang kestabilan Malaysia.Sehubungan itu, beliau mendesak pihak polis agar menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat mengikut Akta Hasutan 1948 serta peruntukan undang-undang berkaitan tanpa kompromi.Tambah Halim, Armada Bersatu Perak juga memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menormalisasikan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian negara atas nama kebebasan bersuara."Malaysia ada batas, Malaysia ada Perlembagaan dan Malaysia juga mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang perlu dihormati semua pihak."Kami di Armada Bersatu Perak akan terus berada di barisan hadapan dalam mempertahankan institusi diraja," katanya.Menurut beliau, setakat ini Armada Bersatu Perak merupakan antara pihak terawal membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan tindakan sama dijangka akan disusuli beberapa Armada negeri lain termasuk di peringkat bahagian.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
DAP sedang rancak laksanakan agenda, dakwa Armada Bersatu - Sinarharian - 20/05 1:12 pm SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa kenyataan biadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua sebagai sengaja dibuat untuk meneruskan polemik dan krisis meskipun boleh menggugat keharmonian rakyat.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham mendakwa pimpinan DAP dilihat terus mengkritik Institusi Raja Berperlembagaan kerana merasakan mereka berada dalam kedudukan yang kukuh dalam kerajaan ketika ini.Menurut beliau, situasi itu menyebabkan tiada pemimpin dalam kerajaan Perpaduan yang berani menegur atau menghentikan tindakan yang dilihat mencabar sensitiviti.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri"Armada yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal."Maka, tidak ada pemimpin Madani yang akan berani menghentikan kebiadapan yang sedang dilakukan DAP sekali pun UMNO dilihat cuba melawan dan mencabar parti itu, tapi itulah hipokrasi mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sayap pemuda Bersatu itu juga turut percaya kedudukan dominan DAP dalam kerajaan memberi ruang kepada mereka melaksanakan pelbagai agenda parti."DAP sedang rancak melaksanakan agenda mereka yang mana minggu lalu, Kabinet Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) biarpun ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan malah menjadikan Tahfiz sebagai perisai mempertahankan UEC."Justeru, DAP semakin rancak dan berani kerana ketika ini kerana pelbagai agenda mereka berjaya direalisasikan, mereka akan terus mencabar institusi Raja Berperlembagaan dan meneruskan polemik ini kerana agenda seterusnya adalah mengurangkan kuasa Raja-Raja," dakwanya.Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
Bersatu Selangor tegas semua wakil rakyat perlu hormati institusi Raja-Raja Melayu - Sinarharian - 20/05 8:19 am SHAH ALAM Semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja-Raja Melayu, beradab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, pendirian itu dinyatakan susulan sokongan penuh parti berkenaan terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkaitan Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor.Menurutnya, Bersatu Selangor turut mengambil maklum teguran khusus Sultan Selangor terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew."Sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, kami berpandangan bahawa semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja, beradab dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian serta kedudukan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, parti itu juga menjunjung kasih serta menyokong penuh titah Sultan Selangor yang memperkenalkan Plak Monumen Rukun Negara sebagai usaha mendidik rakyat, khususnya generasi muda mengenai asas perpaduan negara.Tegasnya, peristiwa 13 Mei 1969 ialah sejarah hitam yang tidak boleh diulang dan Rukun Negara perlu terus dijadikan pegangan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama.Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu Selangor bersetuju dengan seruan Sultan Selangor supaya setiap Ahli Yang Berhormat di negeri itu menjadikan lawatan ke Dataran Selangor sebagai amalan."Memahami dan menghayati maksud Rukun Negara adalah tanggungjawab semua pemimpin tanpa mengira parti politik," katanya.Beliau berkata, Bersatu Selangor akan terus berpegang kepada prinsip mempertahankan agama Islam serta berkhidmat kepada rakyat dan negara seperti dititahkan Sultan Selangor |
|
Ayam RM10 seekor, beras RM12 tarikan Jualan Mega Aidiladha PKPS - Mygazette - 20/05 7:56 am Katanya, program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini dari 9 pagi hingga 2 petang di lapan lokasi terpilih di seluruh Selangor. Pada 23 Mei, lokasi terlibat ialah Dataran Bougainvilla Kampung Sungai Kertas, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Dataran Pantai Batu Laut dan Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar |
|
Hina institusi raja: PN Selangor desak ADUN DAP minta maaf terbuka - Mygazette - 20/05 7:56 am "Kami menyeru semua pihak agar kembali menghormati semangat Rukun Negara dan menjadikan titah Sultan Selangor sebagai pedoman demi memelihara keharmonian, kestabilan dan perpaduan Negeri Selangor," katanya. Terdahulu, Sultan Selangor, bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Kuasa raja adalah terhad, kata Tony Pua Kuasa raja adalah terhad, kata .. - Mygazette - 20/05 7:56 am "Bukan berdasarkan titah semata-mata," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. Terdahulu,Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
DAP patut hantar pemimpin tertinggi menghadap Sultan Selangor -Fadhli - Mygazette - 20/05 7:56 am "Molek sekali jika parti-parti ini dialihkan bersama sekaligus sebagai pembangkang di Selangor dan juga di Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam hantaran di Facebook, hari ini. Cadangan itu susulan titah terbaharu Sultan Selangor yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Lima prinsip Rukun Negara perlu difahami secara menyeluruh - Ronnie Liu - Sinarharian - 19/05 11:34 pm SHAH ALAM - Kelima-lima prinsip Rukun Negara tidak boleh difahami secara terpilih, sebaliknya perlu dihayati secara menyeluruh sebagai asas budaya politik negara.Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, prinsip itu merangkumi Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi semangat kebangsaan lengkap untuk semua rakyat Malaysia.Menurut beliau, dalam suasana politik dan masyarakat yang semakin dipenuhi emosi serta perpecahan, semua ahli politik perlu kembali memahami semangat sebenar Rukun Negara."Pada pandangan patik, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya ahli politik hadir ke Dataran Selangor sebanyak dua kali sebulan untuk mendekati rakyat dan menghayati semula Rukun Negara bukan sekadar satu aktiviti simbolik atau formaliti semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada SelasaRonnie berkata, saranan Sultan Selangor ahli politik hadir ke Dataran Selangor dua kali sebulan membawa mesej lebih mendalam mengenai kepentingan kembali kepada asas pembinaan negara.Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi Malaysia ketika ini bukan sekadar persaingan politik, tetapi budaya politik yang semakin ekstrem dan saling menyerang sehingga menjauh daripada semangat asal pembinaan negara.Menurutnya, politik era baharu tidak sepatutnya lagi dibina atas kebencian, emosi dan perpecahan, sebaliknya perlu berteraskan kematangan, rasional dan rasa hormat demi kestabilan negara.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Sultan Selangor menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
Baginda Sultan Selangor ‘Petik’ Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu – “Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila - Beautifulnara - 19/05 5:42 pm Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor supaya melawat Dataran Selangor bagi membaca dan memahami makna Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen Rukun Negara di lokasi tersebut |
|
Speaker DUN Selangor digesa letak jawatan - Sinarharian - 19/05 3:56 pm SHAH ALAM Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa meletakkan jawatan susulan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap kontroversi membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu babi ketika sidang DUN baru-baru ini.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan Speaker mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan serta menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurutnya, Speaker tidak boleh lari daripada tanggungjawab susulan isu berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan keresahan rakyat."Justeru, kami menggesa Speaker DUN Selangor meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan beliau mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa dan mempertahankan kehormatan institusi negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Mohamed Sukri berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.Katanya, teguran terbuka Sultan Selangor terhadap Siew Ki dan Ronnie Liu Tian Khiew membuktikan tahap kebiadaban politik yang berlaku kini sudah melampaui batas.Beliau turut mendakwa DAP semakin sinonim dengan budaya politik biadab terhadap institusi diraja susulan beberapa insiden yang disifatkan gagal menghormati adab, tradisi dan semangat Perlembagaan negara."Rakyat Selangor mahukan politik matang, beradab dan menghormati institusi negara, bukannya politik angkuh yang mencabar sentimen rakyat serta memperlekehkan institusi Raja Berperlembagaan," tegas beliau.Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, .. - Mygazette - 19/05 3:32 pm # Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, baca dan fahami Rukun Negara KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Ditegur secara terbuka Sultan Selangor; Afnan persoal sikap pemimpin DAP - Mygazette - 19/05 3:32 pm Sibuk dengan kuasa dan harta sedangkan tanah sendiri makin tergadai," katanya. Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Sultan Selangor saran Adun DAP, bekas exco hayati Rukun Negara - FMT - 19/05 3:21 pm Sultan Sharafuddin Idris Shah gesa Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas exco Ronnie Liew membaca plak Rukun Negara di Dataran Selanor sekurang-kurangnya seminggu sekali. |
|
Sultan titah Siew Ki, Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor fahami Rukun Negara - Harapandaily - 19/05 2:51 pm Sultan Selangor bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
PERKESO Run & Ride 2026 Himpun Lebih 12,000 Peserta - Ohmedia - 18/05 3:07 pm Lebih 12,000 peserta membanjiri Dataran Wawasan, Putrajaya sempena PERKESO Run & Ride 2026, pada 17 Mei baru-baru ini |
|
Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm Bagaimanapun, permohonan untuk penangguhan hukuman dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Klang, beberapa bulan lalu. Di hadapan Noridah, Fathi Na'im dibicarakan atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu dalam sebuah kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam pada Jun 2021 |
|
Lotus's sambut ulang tahun ke-4 - Sinarharian - 12/05 10:45 am Terdapat dua mekanisme utama yang diperkenalkan dalam kempen itu."Pertama, sebanyak 0.5 peratus daripada jualan barangan jenama Lotuss akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi membantu kos rawatan kanak-kanak yang menghidap kanser."Kedua, Lotuss turut bekerjasama dengan Procter & Gamble (P&G) Malaysia, di mana 0.5 peratus daripada jualan produk syarikat itu akan disalurkan kepada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS) dan Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center. Ia membantu kos terapi melibatkan mobiliti serta perkembangan kanak-kanak yang memerlukan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Keempat Lotus: Celebrating & Giving Back with Dana Kongsi Ceria di Lotus Ampang, Dataran Pandan Prima, di sini pada Khamis |
|
PETRONAS Sprinta perkenal Scooter Extreme +Ester 5W-40 - Minyak Enjin Khusus Untuk Skuter - Careta - 10/05 2:56 pm Pelancaran produk tersebut berlangsung sempena acara International Scooterian Mega Gathering 4.0 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, yang turut menghimpunkan komuniti peminat skuter dari seluruh negara |
|
Buletin Dari Ae86 Hingga Skyline, Lebih 5,000 Pengunjung Banjiri Jdm Night .. - Mekanika - 10/05 2:49 pm # DARI AE86 HINGGA SKYLINE, LEBIH 5,000 PENGUNJUNG BANJIRI JDM NIGHT SHIFT VOL.3 X DARUL AMAN RETRO **Sungai Petani sekali lagi menjadi perhatian peminat automotif apabila lebih 200 kereta JDM berhimpun dalam program JDM NIGHT SHIFT Vol.3 X Darul Aman Retro yang berlangsung di Dataran Jam Besar baru-baru ini.** Acara yang berlangsung dari jam 6 petang hingga tengah malam itu menarik ribuan pengunjung dari seluruh wilayah utara, sekali gus mencipta suasana luar biasa di pusat bandar Sungai Petani |
|
PH Selangor fokus kebajikan rakyat, tolak politik fitnah Anfaal Saari - Harapandaily - 10/05 12:39 am FOTO BERITA: Ahli Dewan Negeri (ADUN) Taman Templer, Anfaal Saari menegaskan kestabilan politik di Selangor sejak 2008 menjadi faktor utama kejayaan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai agenda kebajikan dan pembangunan rakyat secara berterusan. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Program Ceramah Isu Semasa PH Selangor DUN Taman Templer di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang malam.. |
|
Selangor kekal bersih tanpa skandal rasuah Menteri Besar Sejak 2008 - Harapandaily - 10/05 11:52 am FOTO BERITA: Ceramah Isu Semasa PH Selangor DUN Taman Templer bersama YB Sany Hamzan, YB Abbas Azmi. YB Anfaal Saati, YB Chua Wei Kiat, Tuan Ahmad Zahiri di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang,, Tuan Ahmad Zahiri Selangor |
|
Agong Ketua Negara Malaysia pertama hadir sambutan Hari Kemenangan di Moscow - Sinarharian - 9/05 11:20 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melakar sejarah apabila menjadi Ketua Negara Malaysia pertama diundang sebagai Tetamu Kehormat ke Sambutan Ulang Tahun Ke-81 Hari Kemenangan di Moscow, Rusia, hari ini.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir Putin kepada Seri Paduka Baginda itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan negara berkenaan terhadap Malaysia serta hubungan baik antara kedua-dua negara.Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan perarakan ketenteraan di Dataran Merah bersama-sama Presiden Putin serta beberapa pemimpin dunia lain termasuk Presiden Belarus Aleksandr Lukashenko, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Laos Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.Hari Kemenangan disambut setiap tahun dengan penuh istiadat di Moscow bagi memperingati kemenangan Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua dari 1941 hingga 1945, yang turut diiringi perarakan ketenteraan besar-besaran di Dataran Merah.Keberangkatan Sultan Ibrahim ke Moscow sebagai Tetamu Kehormat mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati di persada antarabangsa, selain menzahirkan peranan penting Institusi Diraja dalam memperkukuh hubungan antarabangsa demi manfaat bersama.- Bernama |
|
Raja Muda Perlis lancar Road To Festival Belia - FMT - 8/05 9:49 am Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat negeri dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Dataran Lok 9, Kuala Perlis. |
|
Geng Guangxi seluk saku di kawasan pelancongan Melaka tumpas - Sinarharian - 6/05 6:38 pm MELAKA - Sekumpulan lima lelaki warga China yang digelar Geng Guangxi dipercayai aktif dalam kegiatan seluk saku di kawasan tumpuan pelancong sekitar negeri ini, tumpas selepas diberkas polisKetua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, semua suspek berusia antara 29 hingga 62 tahun itu ditahan susulan laporan diterima daripada seorang pelancong warga China yang kehilangan beg duit mengandungi wang tunai dan kad kredit ketika berada di Jonker Walk pada 25 April lalu.Menurutnya, bertindak atas maklumat dan risikan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka melancarkan operasi khas dan berjaya menahan dua suspek pada hari sama di sekitar Dataran Pahlawan."Hasil soal siasat lanjut membawa kepada penahanan tiga lagi suspek di sebuah kondominium di Cheras pada 29 April lalu," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, dua beg silang, dua dompet, kad pengenalan warga asing serta mata wang asing dari beberapa negara.Katanya, kesemua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa di negara ini."Bagi kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya pelancong agar sentiasa berwaspada dan menjaga barangan peribadi ketika berada di kawasan sesak bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah seluk saku.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menyalurkannya kepada pihak polis melalui balai polis berhampiran atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia. |
|
Buletin Dare Edisi Ke-8 Gegarkan Sungai Petani, Tarik Ribuan Pengunjung .. - Mekanika - 5/05 10:04 pm # DARE EDISI KE-8 GEGARKAN SUNGAI PETANI, TARIK RIBUAN PENGUNJUNG **Dataran Jam Besar di Sungai Petani sekali lagi menjadi pusat tumpuan apabila program Darul Aman Retro Edisi Ke-8 (DARE) berlangsung meriah pada 2 dan 3 Mei lalu, menghimpunkan ribuan pengunjung dari seluruh negara dengan tema Nostalgia Kedah Tua.** Bagi memastikan kelancaran acara berskala besar itu, beberapa laluan utama di sekitar lokasi ditutup secara berjadual dengan kebenaran pihak berkuasa, sekali gus menukar kawasan tersebut menjadi medan pertemuan komuniti retro serta peminat budaya klasik |
|
SCORE Marathon 2026 tarik 50,000 peserta, cipta rekod larian terbesar - Sinarharian - 4/05 7:38 pm PENGANJURAN SCORE Marathon 2026 oleh AIA Vitality bakal melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menarik penyertaan seramai 50,000 peserta sekali gus bakal menjadi acara larian terbesar di Malaysia.Acara berprestij yang dijadualkan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 18 dan 19 Julai depan itu turut menyasarkan pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan berkata, pencapaian sasaran 50,000 pelari itu merupakan satu detik penting yang mencerminkan perkembangan positif budaya gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia."Mencapai angka 50,000 pelari merupakan satu pencapaian besar buat kami, namun apa yang lebih penting, ia mencerminkan bagaimana budaya larian di Malaysia telah berkembang."Apa yang kita saksikan sekarang bukan sekadar peningkatan dari segi jumlah, sebaliknya peralihan tentang bagaimana orang ramai mendekati sukan ini bermula daripada pelari kali pertama sehinggalah mereka yang mengejar prestasi," katanya.Dalam pada itu, acara edisi kali ini bakal menarik perhatian apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang disahkan bakal membuat penampilan sulung dalam kategori separuh maraton.Lih Kang berkata, penglibatan beliau kali ini adalah untuk mencabar keupayaan diri selepas berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer (km) pada edisi tahun lalu."Pada tahun lepas, menamatkan larian 10km sudah pun menjadi pencapaian peribadi terbaik buat saya |
|
Lepastu kenapa kau pergi lagi – Hazwani Helmi Respon Lepas Dipertikai Opai Kerana Sertai GSF - Lobakmerah - 4/05 2:35 pm Pertikaian yang dibuat oleh usahawan dan pempengaruh, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang itu tercetus selepas Hazwani kongsikan pengalamannya ketika menyertai misi tersebut tahun lalu. Artikel berkaitan:Peserta Himpunan Solidarity Palestine Di Dataran […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Jemaah haji Malaysia meninggal dunia, rebah di dataran Masjidil Haram - FMT - 2/05 10:13 am Jemaah berusia 65 tahun dari Pahang itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. |
|
Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di dataran Masjidil Haram - Mydateline - 2/05 8:44 am Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika berada di dataran Masjidil Haram di Mekah |
|
Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di Dataran Masjidil Haram - Sinarharian - 2/05 8:20 am MAKKAH - Seorang jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M meninggal dunia di sini pada Jumaat akibat komplikasi jantung.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, Allahyarham merupakan lelaki berusia 65 tahun dari Pahang yang hadir ke Tanah Suci bersama isterinya.Menurut beliau, jemaah berkenaan yang juga daripada kumpulan KT12 dan menginap di Maktab 65, Hotel Al Kiswah, rebah ketika berada di dataran Masjidil Haram bagi menunaikan solat fardu Jumaat."Rawatan awal bantuan pernafasan telah diberikan di lokasi kejadian sebelum beliau dibawa ke Hospital Jiwar Jabal Omar."Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah hari di pusat rawatan berkenaan akibat serangan jantung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Maghrib sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea.Mengulas lanjut, beliau berkata, petugas kebajikan Tabung Haji (TH), kaunselor serta pembimbing ibadat haji telah menziarahi isteri Allahyarham bagi memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya.Tambahnya, TH juga akan melaksanakan badal haji bagi pihak Allahyarham serta menyalurkan manfaat perlindungan TH Khairat kepada waris berjumlah RM48,000."Allahyarham telah mendaftar dua sijil perlindungan dan jumlah manfaat berkenaan digandakan khas untuk jemaah haji."Pihak TH turut akan menganjurkan majlis bacaan tahlil bersama jemaah lain dalam masa terdekat," katanya.Beliau dalam masa sama merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. |
|
Jemaah haji Malaysia pertama meninggal dunia, rebah di Masjidil Haram - Kosmo - 2/05 4:49 am Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, Allahyarham yang berusia 65 tahun ketika itu berada di dataran Masjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat sebelum tiba-tiba rebah .. |
|
Penjawat awam tak terkecuali dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - SWCorp - Sinarharian - 1/05 8:15 am PUTRAJAYA - Seramai 130 penjawat awam dikenakan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) atas kesalahan membuang sampah di tempat awam sejak 1 Januari lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, jumlah itu melibatkan 76 individu daripada kumpulan pelaksana, sektor keselamatan dan beruniform (31) dan 23 pesalah adalah daripada badan pengurusan dan profesional.Menurut beliau, sembilan daripada mereka dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) oleh mahkamah."Sepertimana diputuskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Rabu, semua individu didapati bersalah ini akan kami maklumkan kepada ketua jabatan masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri ke-7 melibatkan empat pesalah berusia 24 hingga 34 tahun di Persiaran Perdana, Presint 2, di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, Khalid berkata, sebanyak 4,693 NPK dikeluarkan di tujuh negeri bermula 1 Januari sehingga Rabu."Jumlah ini melibatkan 3,468 warga tempatan dan selebihnya 26.1 peratus ataupun 1,225 pesalah warga asing."Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 105 individu disabitkan kesalahan diarah melaksanakan PKM serentak di enam negeri dan Kuala Lumpur serta Putrajaya pada Khamis."Seramai 59 merupakan pertama kali melaksanakan PKM manakala 46 lain adalah individu pernah melaksanakan sebelum ini untuk menggenapkan jumlah jam."Pesalah ini ditempatkan di lokasi terpilih melibatkan Esplanade Termerloh dan Riverfront Pekan (Pahang); Kangar Jaya, (Perlis); Dataran Pahlawan, Alor Setar (Kedah); City Park Seremban (Negeri Sembilan); Taman Rekreasi Pulai Bestari, (Johor); Pulau Melaka (Melaka) selain Kuala Lumpur dan Putrajaya," ujarnya.Khalid memaklumkan, seramai 10 individu didapati gagal menghadirkan diri ke mahkamah."Waran tangkap diaktifkan dan mendapat kerjasama polis mengesan mereka berdasar pada alamat di Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Kuala Lumpur."Nasihat kami, sila hadirkan diri semasa notis diberi untuk prosiding mahkamah nanti," katanya. |
|
Bas 24 jam percuma, jemaah ke Masjidil Haram 5 minit - Sinarharian - 30/04 5:14 pm MAKKAH - Prihatin dengan cabaran cuaca panas, Lembaga Tabung Haji (TH) tampil menyediakan perkhidmatan bas ulang alik percuma bagi memudahkan perjalanan ke Masjidil Haram.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, inisiatif yang bermula 30 April itu melibatkan penyediaan lapan bas yang beroperasi 24 jam dari Hotel Abraj Al Tayseer ke Stesen Bas Jarwal yang terletak berhampiran dataran masjid.Menurutnya, kemudahan tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 14,000 jemaah yang menginap di kawasan berkenaan melibatkan hotel Al Kiswah, Al Tayseer dan Rehab Al Janadriyah, yang sebelum ini perlu berjalan kaki kira-kira 30 minit untuk ke masjid."Dengan adanya perkhidmatan bas ini, tempoh perjalanan kini hanya sekitar lima hingga 10 minit bergantung kepada keadaan trafik, diikuti kira-kira 10 minit berjalan kaki ke dataran Masjidil Haram."Ini bermakna hampir separuh perjalanan dapat dipendekkan, sekali gus mengurangkan keletihan jemaah dan membolehkan mereka lebih fokus kepada ibadah," katanya.Beliau berkata, kemudahan itu turut boleh dimanfaatkan jemaah dari hotel berhampiran termasuk Al Kiswah yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit berjalan kaki ke lokasi menaiki bas.Menurutnya, pelaksanaan perkhidmatan tersebut memerlukan perancangan rapi termasuk mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan selain melibatkan kos operasi."Bagi tempoh kira-kira 20 hari, kos perkhidmatan ini mencecah RM500,000 sebagai sebahagian usaha TH menambah nilai kepada kemudahan sedia ada," ujarnya.Tambah beliau, perkhidmatan itu dijangka beroperasi selama 20 hari, tertakluk kepada keadaan semasa termasuk kemungkinan penutupan laluan."Sekiranya keadaan mengizinkan, kita bersedia menambah jumlah bas daripada lapan kepada 10 dan seterusnya 12 buah mengikut keperluan jemaah," katanya.Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata, maklum balas jemaah amat positif apabila ada dalam kalangan mereka berpeluang ke Masjidil Haram dengan lebih kerap berbanding sebelum ini."Jika sebelum ini ada yang hanya mampu menunaikan umrah pertama dan berehat di hotel, kini mereka boleh berulang-alik ke masjid dengan lebih mudah."Ini membuka peluang kepada jemaah untuk meningkatkan ibadah seperti solat dan tawaf, di samping membantu mereka menjaga tahap kesihatan terutama menjelang hari wukuf," katanya.Sementara itu, jemaah haji, Jamilah Mohd Saom berkata, dia sangat bersyukur dapat ke Masjidil Haram."Alhamdulillah bagi kami yang sudah berusia ini, sangat bersyukur dapat ke Masjidil Haram."Dua-dua memang tak larat nak berjalan, jadi sebelum ini kami hanya solat di surau sahaja kerana tiada kesempatan untuk ke masjid," katanya.Wahid Mawi pula berkata, dia ucapkan terima kasih kepada TH kerana menyediakan bas ini sekali gus memudahkan golongan berusia sepertinya. |
|
Isu banjir: Teguran Sultan Selangor perlu jadi amaran seluruh negeri .. - Mygazette - 27/04 3:06 pm Semua kerajaan negeri perlu mengutamakan strategi pengurusan banjir bersepadu termasuk peningkatan infrastruktur, pengurusan lembangan sungai dan perancangan guna tanah yang lebih teratur, katanya dalam kenyataan media hari ini. Tambah beliau, CAP turut menekankan kepentingan memulihkan kawasan dataran banjir serta memastikan rizab sungai dipelihara bagi mengurangkan risiko limpahan air |
|
Polis kesan dalang bakar mercun dalam Himpunan Tangkap Azam Baki –... - Mygazette - 26/04 7:32 am Namun, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957. Siasatan kita akan lengkapkan dengan terperinci dan kita akan cuba mengesan dan mencari bukti dalang di sebalik pembakaran mercun itu, katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka, di sini, hari ini |
|
Himpunan Tangkap Azam Baki kecoh apabila polis tarik Rafizi keluar - Mygazette - 26/04 7:32 am Insiden itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati puluhan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR itu sambil mengancam untuk menimbulkan provokasi sekiranya Rafizi ditahan pihak polis. Kekecohan kedua dalam himpunan itu berlaku selepas insiden pertama letupan mercun tercetus ketika kira-kira 300 peserta berkumpul di kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka |
|
Police on the hunt for fireworks culprit after 'Tangkap Azam Baki' rally chaos - Sinardaily - 25/04 7:14 pm KUALA LUMPUR - Police are actively tracking down the individual responsible for triggering chaos by setting off fireworks during the "Tangkap Azam Baki" rally in the capital on Saturday.Dang Wangi district police chief Assistant Commissioner Sazalee Adam said police have opened an investigation paper under Section 6 and Section 8 of the Explosive Substances Act 1957.He said efforts are underway to identify those involved and to uncover the mastermind behind the incident."At this point, police cannot confirm whether the fireworks incident was an act of sabotage or otherwise."Further investigations are being carried out to gather evidence and identify the responsible party," he told reporters at Dataran Merdeka after the rally concluded.He said that as of now, no police reports have been received from members of the public or traders regarding the incident.He also revealed that upon inspection, one undetonated packet of fireworks was found at the scene, believed to be of the festive celebration variety."Police also do not rule out the possibility of calling up the organisers, individuals involved, as well as independent witnesses who saw the incident, to assist in completing the investigation," he said.On the rally itself, Sazalee said it was estimated to have drawn around 300 participants, who marched from the Sogo shopping complex to the Jalan Tun Perak intersection near Dataran Merdeka before dispersing at 5.30pm."A total of 200 police personnel were involved in the monitoring operation, including assistance from the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters and Bukit Aman," he said.He added that police did not receive any formal application or notification from the rally secretariat regarding the organisation of the gathering."Police were deployed to ensure safety and public order throughout the rally today," he said. |
|
Polis buru pelaku bakar mercun di Himpunan Tangkap Azam Baki - Sinarharian - 25/04 7:07 pm KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan pelaku yang mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun ketika Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.Menurutnya, usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti individu yang terlibat serta mengesan dalang di sebalik insiden berkenaan."Setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan sama ada insiden pembakaran mercun tersebut merupakan satu bentuk sabotaj atau sebaliknya."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengumpul bukti dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab," katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka di sini selepas himpunan terbabit selesai.Beliau berkata, sehingga kini, tiada laporan polis diterima daripada orang awam atau peniaga berkaitan kejadian itu.Jelasnya, hasil pemeriksaan turut menemui satu bungkusan mercun yang tidak sempat diletupkan, dipercayai jenis mercun sambutan perayaan."Polis juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil penganjur, individu terlibat serta saksi bebas yang menyaksikan kejadian bagi membantu melengkapkan siasatan," ujarnya.Dalam pada itu, Sazalee memaklumkan perhimpunan tersebut dianggarkan disertai kira-kira 300 peserta yang berarak dari Sogo hingga ke persimpangan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka sebelum bersurai pada jam 5.30 petang."Seramai 200 anggota polis terlibat dalam operasi pemantauan, termasuk bantuan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman," ujarnya.Kata beliau, pihak polis tidak menerima sebarang permohonan atau pemakluman rasmi daripada sekretariat himpunan terbabit berhubung penganjuran himpunan tersebut."Polis ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman sepanjang penganjuran himpunan hari ini," katanya. |
|
Segera rombak sistem SPRM, bukan sekadar tukar individu - Sinarharian - 25/04 6:57 pm KUALA LUMPUR Kerajaan didesak melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan sekadar pertukaran individu.Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, perlunya dilakukan reformasi institusi bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap agensi berkenaan."Perubahan sistemik perlu dilaksanakan segera kerana pertukaran kepimpinan semata-mata tidak mencukupi."Selagi tidak tukar sistem, apa yang dikatakan oleh individu akan terus diragui, kita mahukan perubahan menyeluruh," katanya ketika berucap pada Himpunan Tangkap Azam Baki di sini pada Sabtu.Sementara itu, Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz mengulangi pendirian agar SPRM diletakkan di bawah Parlimen bagi memastikan kebebasan institusi itu daripada sebarang pengaruh kuasa.Menurutnya, langkah tersebut penting untuk menjamin ketelusan serta akauntabiliti dalam pelaksanaan siasatan berkaitan rasuah.Himpunan kali ini merupakan yang kedua diadakan tahun ini susulan kontroversi pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam, selain dakwaan berkaitan manipulasi pengambilalihan korporat.Difahamkan, peserta pada awalnya merancang untuk berarak dari Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka, namun pergerakan tersebut tidak diteruskan dan hanya tertumpu di sekitar Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.Antara pemimpin yang hadir termasuk Rafizi, Khoo Poay Tiong, Tan Yang Pang, Khairul Nadzir Helmi, Naim Brundage, S |
|
'Tangkap Azam Baki' rally: Overhaul MACC system immediately, not just change individuals - Sinardaily - 25/04 6:52 pm KUALA LUMPUR - The government was urged to carry out a comprehensive overhaul of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) system on Saturday, with speakers stressing that a mere change of leadership is not enough to restore public confidence in the agency.Petaling Jaya Member of Parliament Lee Chean Chung called for immediate institutional reform, saying that a leadership change alone falls short of what is needed."Systemic change must be implemented immediately because a change of leadership alone is insufficient."As long as the system is not changed, whatever any individual says will continue to be doubted. We want comprehensive change," he said while addressing the "Tangkap Azam Baki" rally here on Saturday.Meanwhile, Muda president Amira Aisya Abdul Aziz reiterated her stance that the MACC should be placed under Parliament to ensure the institution's independence from any form of outside influence.She said the move is crucial to guarantee transparency and accountability in the conduct of corruption-related investigations.This rally marks the second such gathering held this year, following the controversy over shareholdings linked to outgoing MACC chief Tan Sri Azam Baki, as well as allegations related to the manipulation of corporate takeovers.It is understood that participants had initially planned to march from the Sogo shopping complex to Dataran Merdeka, however the procession did not proceed as planned and the crowd remained concentrated around Jalan Raja and Jalan Tuanku Abdul Rahman.Among the leaders present were Datuk Seri Rafizi Ramli, Khoo Poay Tiong, Tan Yang Pang, Khairul Nadzir Helmi, Na'im Brundage, S |
|
Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki bertindak luar kawalan, cetus kekecohan di Jalan TAR - Sinarharian - 25/04 6:30 pm KUALA LUMPUR Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki bertindak luar kawalan apabila menghalang pihak polis yang cuba menunda dua kenderaan milik sekretariat himpunan sehingga mencetuskan kekecohan dan tolak-menolak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, pada Sabtu.Kejadian berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Dataran Merdeka ketika anggota polis menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan terbabit.Situasi menjadi tegang apabila sebahagian daripada peserta yang hadir bertindak menghalang pihak berkuasa daripada menunda kenderaan berkenaan.Tindakan itu menyebabkan berlaku insiden tolak-menolak antara peserta dan anggota polis yang bertugas.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, kemudian tampil meredakan keadaan dengan menghampiri pegawai polis di lokasi kejadian.Beliau difahamkan cuba bertemu Ketua Polis Daerah Dang Wangi bagi mendapatkan kebenaran melanjutkan tempoh ucapan selain memohon agar kenderaan sekretariat tidak ditunda.Bagaimanapun, keadaan kembali tegang apabila peserta yang menyangka beliau akan ditahan sebelum mereka mula bertindak agresif.Beberapa individu dilihat menghalang pegawai polis daripada menghampiri Rafizi sehingga mencetuskan kekecohan yang lebih serius.Ketika Rafizi dibawa melintasi jalan menuju ke arah Dataran Merdeka, suasana menjadi semakin tidak terkawal dengan berlaku tolak-menolak antara kedua-dua pihak.Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi tampil menenangkan peserta dan meminta mereka kembali ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.Rafizi turut dilihat mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bagi meredakan ketegangan sebelum beliaukembali kepada peserta dan menjelaskan situasi sebenar serta menggesa semua pihak agar bersabar dan bertenang.Rafizi dalam ucapan memaklumkan pihak sekretariat diberikan tempoh kira-kira 20 minit sehingga jam 5.40 petang untuk menamatkan ucapan sebelum bersurai secara aman.Beliau turut menjelaskan bahawa pihak polis bimbang sekiranya himpunan diteruskan, insiden letupan mercun berhampiran pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur yang berlaku pada awal perhimpunan berulang.Menurutnya, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang dipercayai bertanggungjawab membakar mercun dalam usaha mensabotaj perhimpunan berkenaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |