///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Daerah Besut News   Page 1    





Guru didakwa miliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak - Sinarharian - 30/06 4:10 pm

TEMERLOH - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak.Tertuduh, Rosly Sulaiman, 48, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jamaludin Mat.Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa pada 18 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh kira-kira jam 6 petang memiliki bahan lucah itu dalam telefon bimbit miliknya.Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh kira-kira jam 4.45 petang,19 Jun lalu di sebuah rumah di Kampung Berhala Gantang di sini didakwa memiliki bahan lucah itu dalam telefon bimbit serta komputer riba miliknya.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zaffar manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid.Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh dijamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes.Jamaludin turut menetapkan syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan melaporkan diri di balai polis berdekatan kediamannya sebulan sekali.





JHEAT warns against superstitious acts at Nurly Sahirahs grave - SUN - 30/06 3:28 pm

KUALA TERENGGANU: The Terengganu Islamic Religious and Malay Customs Council (JHEAT) has issued a stern warning against superstitious practices at the gravesite of Nurly Sahirah Azman, one of the victims of the recent fatal bus crash in Gerik, Perak





'Pemandu bot sudah nasihat, mereka tetap mahu balik walau cuaca buruk' - Sinarharian - 30/06 2:24 pm

BESUT - Kejadian tragis melibatkan sebuah bot penumpang terbalik yang meragut tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak di perairan Pulau Perhentian malam Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada cuaca buruk yang melanda secara tiba-tiba.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke penginapan selepas menonton pertunjukan api di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil."Keadaan cuaca pada awal malam itu kelihatan baik, namun mula berubah sekitar jam 9 malam sebelum ribut kuat melanda."Pemandu bot ada memaklumkan bahawa dia telah menasihati penumpang supaya menangguhkan perjalanan pulang atas faktor keselamatan, namun mereka tetap mahu balik ke resort," katanya ketika dihubungi Sinar Harin di sini pada Isnin.Beliau berkata, bot yang membawa 15 penumpang itu hanya mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan merentasi jarak kira-kira empat kilometer dari Long Beach ke kawasan penginapan di Pulau Perhentian Besar."Kalau mereka boleh tunggu dalam dua hingga tiga jam lagi mungkin tragedi ini tidak berlaku."Lagipun ramai penumpang lain yang terkandas mereka sanggup tunggu lama semata-mata mahu pastikan cuaca benar-benar pulih."Malangnya dalam insiden ini, bot itu terbalik kerana dihempas ombak besar, hanya beberapa meter dari resort yang mereka duduk," ujarnya.Tambah Nik Zawawi, ribut kuat yang melanda pada malam itu hanya reda sekitar jam 11.30 malam.Bagaimanapun, katanya, usaha menyelamat segera digerakkan sebaik kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa."Penduduk setempat dan pihak berkuasa mengambil langkah segera menyelamatkan mangsa yang terlibat."Tragedi ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan keluarga dan anak kecil





Pemandu bot positif dadah direman 3 hari kes kemalangan Pulau Perhentian - SUN - 30/06 1:55 pm

Tragedi itu mengorbankan tiga penumpang, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, manakala dua lagi cedera dengan seorang dalam keadaan kritikal. Menurut Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu, kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam ketika bot dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas makan malam





Tergamak biar anak dinoda kerana mahu penuhi keinginan teman lelaki - Sinarharian - 30/06 1:37 pm

AMPANG - Mahu memenuhi keinginan teman lelaki dipercayai punca seorang wanita tergamak membiarkan anak perempuannya berusia 13 tahun dirogol.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis telah merekod keterangan lima individu termasuk dua suspek iaitu ibu kandung mangsa dan teman lelakinya."Proses mengambil keterangan mangsa di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) juga dijadualkan pada Selasa (esok)," katanya pada Isnin.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kedua-dua suspek telah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 6.30 petang, Jumaat lepas.Ibu mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan teman lelakinya berusia 61 tahun merupakan peniaga telah direman tujuh hari sehingga 4 Julai untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.Siasatan polis mendapati mangsa yang masih bersekolah pernah dirogol oleh lelaki terbabit di Ampang pada tahun lalu dan turut disaksikan oleh ibu mangsa.Mangsa juga mendapati terdapat perbualan mesej antara ibunya dengan suspek yang menunjukkan niat untuk merogol mangsa.





Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian direman - Sinarharian - 30/06 12:40 am

BANDAR PERMAISURI - Seorang pemandu bot yang terbabit dalam tragedi mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian Sabtu lepas, direman selama tiga hari bermula pada hari ini.Perintah reman hingga Rabu terhadap lelaki berumur 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Setiu, di sini hari ini.Penahanan itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dijalankan berikutan lelaki berkenaan didapati positif dadah.Dalam kejadian pada 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa cedera termasuk seorang kritikal, selain 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu semalam berkata, pemandu bot terbabit disahkan positif dadah selain turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu





Gempur Sabah: Amanah tubuh cawangan baharu di DUN Tanjung Aru - Sinarharian - 30/06 12:26 am

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) memperkukuh kedudukannya di Sabah apabila beberapa cawangan baharu berjaya ditubuhkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru menerusi program 'Gempur Sabah'.Pengarah Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan berkata, program selama tiga hari itu disifatkan sebagai langkah penting bagi memperkemas struktur organisasi parti di peringkat akar umbi sekali gus memberi isyarat jelas kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang."Biro Pilihan Raya Amanah akan terus menyokong penuh usaha Amanah Sabah bagi membantu dari segi latihan, strategi dan gerakan jentera supaya persiapan PRN benar-benar rapi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau memberitahu, program pimpinan Amanah Sabah diketuai Datuk Lahirul Latigu itu turut mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan antaranya ziarah ke rumah orang kurang upaya (OKU), lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai bomba dan penyerahan Bakul Rahmah kepada keluarga memerlukan serta pelajar cemerlang."Kami juga sempat bersama anak-anak muda melalui klinik bola dan menyerahkan peralatan sukan sebagai tanda sokongan," ujar beliau.Beliau menjelaskan, aktiviti itu juga menjadi ruang kepada Amanah untuk mendekati masyarakat secara keseluruhannya."Banyak yang kami dengar dari kisah cabaran hidup harian, sehinggalah harapan yang mereka letakkan pada masa depan."Kami tidak datang hanya untuk memberi, tetapi juga untuk belajar dan membina hubungan lebih kuat dengan komuniti," tambahnya.





Wanita ditahan polis disyaki dera anak angkat di Kuala Selangor - SUN - 30/06 10:33 am

SHAH ALAM : Seorang wanita berusia 54 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penderaan dan pengabaian terhadap anak angkatnya di Taman Bendahara, Kuala Selangor





Lelaki meninggal ketika solat dhuha sebab sakit jantung - Polis - Sinarharian - 30/06 10:26 am

BUTTERWORTH Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian melibatkan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di ruang solat Masjid Jamek Sungai Puyu, di sini pada pagi Sabtu lalu.Mangsa dikenali sebagai Zulkifli Ahmad, 50, yang merupakan pesara tentera, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Seberang Jaya selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh jemaah masjid.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum laporan dibuat di Balai Polis Mak Mandin pada jam 10.23 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Butterworth dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat berkenaan."Sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 11 pagi, pasukan penyiasat mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang solat masjid tersebut."Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa





Rumah, kereta hangus dalam kebakaran di Muar - Sinarharian - 30/06 8:44 am

MUAR Sebuah rumah teres berkembar jenis separuh kekal musnah dalam satu kejadian kebakaran di Taman Bakariah, di sini, pada petang Ahad.Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I, Jahairi Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.40 petang.Menurutnya, sebaik menerima panggilan, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dengan bantuan BBP Pagoh segera bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian."Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres berkembar dengan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus dan sebuah kereta Proton Saga yang hampir musnah penuhnya."Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut dan operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5.15 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.08 malam."Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mengesahkan kejadian."Siasatan mendapati kebakaran berlaku akibat stor kecil yang terbakar dan terletak berhampiran rumah kediaman, sebelum api merebak ke rumah bersebelahan."Siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti yang menyebabkan kebakaran berlaku dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya.





Pekerja kedai besi buruk maut ditetak rakan sekerja - Sinarharian - 30/06 8:10 am

KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga tempatan maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja di sebuah kedai besi buruk di Kampung Batu, Off Jalan Ipoh, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu daripada pemilik premis pada jam 11.33 malam."Mangsa berusia 37 tahun dipercayai telah bertengkar dengan seorang lelaki warga Myanmar ketika berada dalam keadaan mabuk," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ahmad Sukarno berkata, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman telah hadir ke lokasi kejadian."Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak berbaju dan memegang sebilah parang di tangan kirinya."Terdapat kesan kecederaan pada bahu kanan, kepala bahagian kiri, leher, dagu kiri serta kesan lubang pada bahu mangsa," katanya.Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dan suspek dipercayai minum minuman keras bersama di premis berkenaan sebelum berlaku pertengkaran."Suspek telah melarikan diri selepas insiden dan kita sedang giat mengesan lelaki tersebut





Dua lelaki ditahan kes pecah masuk kilang, curi MPV - Sinarharian - 30/06 8:02 am

JOHOR BAHRU Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk kilang dan mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang pada Ahad.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu sekitar jam 2 pagi selepas pihak pengurusan kilang menyedari kehilangan kenderaan tersebut.Menurutnya, hasil maklumat dan tindakan pantas polis telah mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut."Kedua-dua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 28 tahun."Selain menahan suspek, polis turut merampas sebuah MPV, empat unit monitor komputer, CPU komputer, papan kekunci komputer, satu penapis air, sebuah pendingin hawa serta tiga unit alat kawalan jauh," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mohd Sohaimi berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala salah seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan jenayah."Kedua-dua suspek kini direman selama lima hari bermula Ahad hingga Khamis ini bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.





Lelaki maut motosikal rempuh bas sedang berhenti - Sinarharian - 30/06 7:52 am

KULAI - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah bas yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 18.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.50 petang dan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 38 tahun berhenti di lorong kecemasan dipercayai akibat masalah enjin."Kemudian, datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh lelaki tempatan berusia 21 tahun dari arah belakang."Mangsa dipercayai tidak menyedari bas tersebut sedang berhenti menyebabkan dia terlanggar bahagian belakang kenderaan itu."Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal terbabit cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Remaja maut rempuh pagar, tembok rumah - Mgazette - 30/06 7:41 am

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar pagar serta tembok sebuah rumah di Batu 14 Jalan Sungai Tiram di sini malam tadi





Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh KUALA BERANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini





Mayat mangsa bot terbalik dibawa ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk... - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Mayat mangsa bot terbalik dibawa ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan KUALA TERENGGANU - Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut malam tadi akan dibawa pulang ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan





2 lelaki warga asing bergaduh, salah seorang tangan bergari ditahan - Mgazette - 30/06 7:41 am

# 2 lelaki warga asing bergaduh, salah seorang tangan bergari ditahan KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga asing ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di Jalan Dinar Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang pada jam 1.15 tengah hari, semalam





Dua warga emas maut tersepit dalam kemalangan lima kenderaan - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Dua warga emas maut tersepit dalam kemalangan lima kenderaan KOTA TINGGI Dua warga emas maut manakala dua cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 66 Jalan Sungai Rengit -Kota Tinggi, dekat sini, semalam





Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian JERTIH - Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dalam kejadian pada 10.30 malam itu, S





3 dipercayai maut bot terbalik di Pulau Perhentian - Mgazette - 30/06 7:41 am

Insiden dipercayai berlaku ketika keadaan angin kecang. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu dijangka mengedakan sidang media mengenai insiden itu pada pagi ini





Ibu izin anak gadis diperkosa teman lelaki dicekup polis - Mgazette - 30/06 7:41 am

# Ibu izin anak gadis diperkosa teman lelaki dicekup polis KUALA LUMPUR Polis menahan seorang wanita kerana didapati membenarkan teman lelaki sendiri memperkosa anak perempuannya yang berusia 13 tahun





Lelaki mati ditikam selepas gaduh dengan rakan sekerja - Astroawani - 30/06 5:50 am

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.33 malam selepas Polis Daerah Sentul menerima panggilan kecemasan daripada pemilik kedai.





Kanak-kanak perempuan dipercayai didera ibu angkat - Sinarharian - 29/06 11:45 pm

KUALA SELANGOR Seorang kanak-kanak perempuan berbangsa India Muslim dipercayai menjadi mangsa dera dan pengabaian oleh ibu angkatnya dalam kejadian di Taman Bendahara, di sini.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 28 Jun 2025 jam 6.40 petang dan segera memulakan siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001."Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Susulan laporan berkenaan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor telah menahan seorang wanita berumur 54 tahun pada jam lebih kurang 8.15 malam hari sama.Wanita terbabit yang juga ibu angkat kepada mangsa ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama enam hari bermula 29 Jun hingga 4 Julai 2025 bagi membantu siasatan lanjut di bawah akta sama





MMEA launches probe into Pulau Perhentian boat capsize tragedy - SUN - 29/06 9:59 pm

KUALA BERANG : The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) is conducting a detailed investigation into the boat capsize incident near Pulau Perhentian, Besut, which claimed three lives, including a child





Bot terbalik di Pulau Perhentian: APMM siasat kejadian ragut tiga nyawa - SUN - 29/06 9:40 pm

KUALA BERANG : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, Besut malam tadi yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua beranak





Bot terbalik di Pulau Perhentian: APMM jalankan siasatan menyeluruh - Sinarharian - 29/06 9:34 pm

KUALA BERANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, Besut malam tadi, yang meragut tiga nyawa termasuk dua beranak.Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, meskipun insiden itu dikatakan berlaku apabila bot yang dinaiki 15 penumpang itu dipukul ribut, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci termasuk perlesenan bot, muatan yang dibawa serta memastikan semua peraturan dipatuhi."Kita akan melaksanakan siasatan terperinci dalam pelbagai aspek, termasuk menghubungi mangsa terlibat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia 2025 di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.Majlis tersebut disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Mohd Rosli menambah pihaknya sentiasa menggandakan kawalan dan penguatkuasaan apatah lagi aktiviti pelancongan di pantai dan laut ketika ini semakin rancak selepas berakhirnya musim Monsun Timur Laut.Dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 malam tadi, S





Kanak-kanak lelaki 11 tahun cedera dipercayai dipukul bapa di Melaka - SUN - 29/06 8:42 pm

MELAKA : Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami kecederaan di kepala dan lebam pada tangan kiri dipercayai dipukul oleh bapanya di sebuah rumah di Taman Cheng Baru, Melaka pada Rabu lepas





Mayat warga Bangladesh ditemui terapung di Sungai Muar - SUN - 29/06 8:40 pm

SEREMBAN : Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemui terapung di permukaan Sungai Muar berhampiran Kampung Kuala Gemas, Gemas pagi tadi





Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam rangkaian militan warga Bangladesh - SUN - 29/06 8:29 pm

KUALA BERANG : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh seperti yang didedahkan sebelum ini





Mayat lelaki Bangladesh lemas ditemui 13km dari lokasi hilang - Sinarharian - 29/06 8:09 pm

TAMPIN Mayat seorang lelaki warga Bangladesh yang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di Rumah Pam Air Kampung Bangkahulu, Gemas, pada Khamis lalu, ditemukan di Sungai Muar di Kampung Tiong pada Ahad.Mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 13 kilometer dari lokasi dia terjatuh.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan pada jam 9.55 pagi."Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin menerima panggilan daripada RC Melaka memaklumkan terdapat penemuan satu mayat lelaki di Kampung Tiong."Berdasarkan maklumat tersebut, polis ke lokasi kejadian dan dengan bantuan pasukan bomba dari Gemas, mayat berkenaan berjaya dikeluarkan dari permukaan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati mayat itu adalah lelaki warga Bangladesh yang sebelum ini dilaporkan lemas di Rumah Pam Air Kampung Bangkahulu, Gemas.Beliau berkata, waris mangsa telah membuat pengecaman terhadap mayat sebelum ia dihantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat."Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," ujarnya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dihentikan pada Sabtu jam 5 petang selepas pelbagai usaha dilakukan namun tiada petunjuk ditemui.





Dua warga asing ditahan kerana bergaduh dan menyamar penjawat awam - SUN - 29/06 8:05 pm

KUALA LUMPUR : Dua lelaki warga asing ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan dan menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor





Kes buli MRSM Besut di peringkat akhir siasatan, lima pelajar dibebaskan - Sinarharian - 29/06 8:00 pm

BESUT Siasatan berhubung kes buli membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di daerah ini kini berada di peringkat akhir.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lima daripada tujuh pelajar yang direman sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad, manakala dua lagi akan dibebaskan pada Isnin.Menurutnya, pegawai penyiasat akan menghubungi keluarga pelajar terlibat bagi urusan lanjut berkaitan prosedur pembebasan."Buat masa ini, siasatan masih diteruskan dengan mengambil beberapa dokumen dan maklumat tambahan termasuk laporan prestasi pelajar, laporan perubatan serta mengesan saksi-saksi kejadian."Kertas siasatan juga sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Pada masa sama, beliau turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan."Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di talian 09-6956222," ujarnya.Sebelum ini, lima pelajar berkenaan direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di MRSM berkenaan.Tahanan reman terhadap empat pelajar Tingkatan Tiga dan seorang Tingkatan Lima itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Dua lagi pelajar direman pada Sabtu selepas mangsa kedua tampil membuat laporan polis pada Khamis lalu mendakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.Siasatan terhadap dua pelajar berkenaan dijalankan di bawah seksyen sama.Sebelum ini, dua pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM tersebut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama sekitar jam 11.30 malam pada Selasa lalu.Seorang daripadanya mendakwa dipaksa duduk dalam keadaan separa mencangkung, diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.





Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan berkaitan warga Bangladesh - Sinarharian - 29/06 7:37 pm

KUALA BERANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini.Beliau berkata, hasil siasatan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan yang membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara itu melibatkan warga Bangladesh sahaja."Hingga sekarang ternyata aktiviti itu hanya terkait dengan keganasan dan ada motif untuk menjatuhkan kerajaan di negara asal mereka (Bangladesh)."Jadi, adalah penting untuk kita hebahkan kepada rakyat bahawa pasukan keselamatan kita berada pada tahap siap siaga yang tinggi."Kalau aktiviti ini tidak dibendung atau ditangani secara sambil lewa, ia akan memberi kesan besar kepada keselamatan negara," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia 2025 di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.Baru-baru ini, Saifuddin Nasution mendedahkan PDRM menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.Beliau berkata, penahanan itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan diperkukuhkan dalam masa terdekat, yang bakal diterajui oleh PDRM dengan sokongan agensi lain."Sebelum ini, ia (NSRC) ada empat agensi yang kawal selia termasuk MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Bank Negara dan polis."Bagaimanapun, empat agensi yang kawal selia cara operasinya tidak begitu kemas."Jadi, apabila ia diperkukuhkan yang (akan) menerima panggilan (aduan) adalah polis bertugas, butiran diambil dan kita akan maklumkan kepada bank untuk pihak bank ambil langkah pertama dengan bekukan akaun bank mangsa secepat mungkin





Tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian, tiga maut dibawa pulang - SUN - 29/06 6:45 pm

KUALA TERENGGANU : Mayat tiga mangsa yang maut dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut akan dibawa pulang ke Butterworth dan Sungai Petani untuk upacara pengebumian





Warga emas maut, lapan cedera dalam kemalangan van di Kunak - SUN - 29/06 6:43 pm

KUNAK : Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun maut manakala sembilan penumpang cedera apabila van jenis Toyota Hiace dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kunak-Lahad Datu, kira-kira 7 pagi tadi





Boat capsizes off Pulau Perhentian, three killed - BorneoPost - 29/06 6:40 pm

JERTIH (June 29): Two girls, aged three and 10, were among three people killed when a boat capsized off Pulau Perhentian last night





'Ambil tanah kubur Nurly, mohon ampun kepada ALLAH SWT' - Sinarharian - 29/06 6:37 pm

BESUT - Keluarga kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman berharap agar individu yang mengambil tanah pusara anak mereka tampil memohon maaf serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT.Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, tindakan mengambil tanah dari kawasan kubur untuk tujuan tertentu boleh dianggap sebagai perbuatan khurafat dan syirik yang merupakan dosa besar dalam Islam."Janganlah minta pada kubur





Mayat tiga mangsa bot terbalik dibawa pulang untuk disemadikan - Sinarharian - 29/06 6:31 pm

KUALA TERENGGANU - Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, malam tadi akan dibawa pulang ke Butterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan.Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu, Dr K





Dua warga asing ditahan bergaduh, menyamar penjawat awam - Sinarharian - 29/06 5:46 pm

SUNGAl BULOH Dua lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian gaduh dan menyamar sebagai penjawat awam di Kampung Baru Subang, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki pada jam 1.15 tengah hari.Menurut beliau, anggota polis bertugas kemudian digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat."Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berumur 26 dan 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan."Semasa proses penahanan, didapati tangan salah seorang suspek berada dalam keadaan bergari di dalam sebuah kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan melibatkan sepasang gari, dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi masing-masing berwarna biru dan putih bersama kunci masing-masing.Katanya, dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 89 Akta Polis 1967."Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Mohd Hafiz berkata, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian."Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Balai Polis Kampung Baru Subang di talian 03-7846 2322 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 011-35396787," katanya





Bot terbalik di Pulau Perhentian: Keluarga mangsa trauma, enggan ditemu bual - Sinarharian - 29/06 4:30 pm

KUALA TERENGGANU Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, susulan tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, malam Sabtu yang meragut tiga nyawa, termasuk dua kanak-kanak.Waris mangsa yang menanti proses bedah siasat bagi urusan membawa pulang mayat ke kampung halaman masing-masing kelihatan bersedih dan enggan ditemu bual kerana masih diselubungi trauma.Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, kesemua mangsa datang bercuti ke pulau itu sejak Jumaat dan dijadualkan pulang pada Ahad."Ahli keluarga mangsa sangat sedih dan masih terkejut dengan kejadian





Wanita curi telefon bimbit diburu - Sinarharian - 29/06 4:29 pm

KAJANG - Tindakan seorang wanita mencuri telefon bimbit di kaunter sebuah premis perniagaan di Batu 9, Cheras di sini pada Jumaat mengundang padah apabila aksinya itu tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.48 malam.Menurutnya, laporan dibuat oleh seorang wanita tempatan berusia 20 tahun memaklumkan telefon bimbit miliknya telah hilang semasa bekerja di premis berkenaan."Siasatan awal mendapati telefon bimbit milik mangsa diletakkan di atas meja kaunter sebelum disedari hilang."Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita dipercayai mengambil telefon bimbit tersebut sebelum beredar dari lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Naazron berkata, polis percaya suspek bertindak bersendirian dan mengambil kesempatan ketika mangsa leka menjalankan tugas di kaunter."Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan."Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan identitinya sedang dikenal pasti," katanya.Tegasnya, suspek diminta supaya menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran."Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153," katanya.Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan tindakan suspek mencuri telefon bimbit berkenaan dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di sini.Paparan video menunjukkan suspek bertindak mengambil telefon bimbit di kaunter premis berkenaan.





Kes anak dirogol depan mata: Ibu, kekasih ditahan polis - Sinarharian - 29/06 4:10 pm

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga emas bersama kekasihnya diberkas pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rogol melibatkan remaja perempuan di sebuah rumah di Pandan Indah di sini.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berumur 13 tahun itu merupakan anak kepada wanita yang juga kekasih lelaki itu."Siasatan mendapati mangsa ketakutan sebelum bertindak keluar rumah setelah mendapati satu perbualan antara ibu dan teman lelaki ibunya untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur."Perbualan tersebut menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan telah dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, siasatan turut mendapati mangsa pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024 dan kejadian itu turut disaksikan ibunya sendiri."Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua individu warga tempatan masing-masing merupakan wanita berumur 36 tahun dan lelaki berumur 61 tahun oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya."Semakan terhadap kedua-dua suspek yang diberkas kira-kira jam 6.30 petang itu mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berniaga," katanya.Menurutnya, kedua suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah selain tiada rekod jenayah lampau."Kes disiasat dibawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan," katanya.Sinar Harian sebelum itu melaporkan seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya dalam kejadian di sebuah kediaman di ibu kota pada pertengahan tahun lalu.





Saya tak nak tengok anak-anak Mara masuk lokap - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 29/06 3:59 pm

Selepas ini, tiada lagi. Saya tidak mahu dengar atau lihat anak-anak Mara masuk lokap begitu," katanya.Pada Sabtu, media melaporkan dua pelajar MRSM Besut direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes buli di sekolah berkenaan.Sebelum itu, lima pelajar sekolah sama berusia antara 15 hingga 17 tahun, yang dipercayai turut terlibat, ditahan reman sehingga Ahad.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu dilaporkan berkata, setakat ini dua pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli oleh beberapa pelajar senior di asrama pada jam 11.30 malam, Selasa lalu.Seorang daripada mangsa mendakwa dipaksa duduk dalam keadaan separa mencangkung, diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga mengalami kesakitan pada perut, rusuk kanan serta lebam di belakang badan.Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menasihati agar kejadian tersebut dijadikan pengajaran supaya tidak berulang."Itulah sebabnya saya boleh berkompromi dalam hal-hal lain, tetapi dalam isu buli, saya tidak akan berkompromi," tegasnya.Beliau turut memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka akan berada dalam keadaan selamat dan terpelihara apabila memasuki MRSM.Dalam hantaran sama, beliau memberi amaran tegas bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pengetua, warden atau guru yang cuba menyembunyikan kes buli."Dalam kes ini, tindakan pantas warden patut dipuji kerana segera ke lokasi kejadian sebelum keadaan menjadi lebih serius."Malah ketika sampai, beliau menyaksikan sendiri seorang pelajar melempang salah seorang mangsa," katanya lagi.Disebabkan itu, menurut Asyraf Wajdi, Jawatankuasa Disiplin Maktab segera bersidang dan mendapati bahawa perlakuan buli fizikal memang berlaku."Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar insiden buli ini





Kejar untung 10 peratus tapi rugi lebih suku juta ringgit - Sinarharian - 29/06 2:12 pm

ALOR SETAR - Seorang jurutera kerugian RM275,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang asing yang diiklankan menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan tertarik dengan iklan pelaburan mata wang China yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi nombor WhatsApp yang disertakan dan dimasukkan ke dalam kumpulan dikenali sebagai 6 Investment Securities International."Mangsa berurusan dengan beberapa individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan dan menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus dalam masa beberapa hari."Bermula 27 Mei hingga 13 Jun lalu, mangsa telah membuat lapan transaksi berjumlah RM275,000 ke dalam dua akaun syarikat berbeza atas nama CISI Infra Solution dan CISI CPT Infra Trading," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan, malah diminta untuk memasukkan wang tambahan bagi mendapatkan semula modal dan pulangan pelaburan.Jelas Yew Lik, mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada Sabtu.Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam talian yang tidak sah."Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan tinggi dalam masa singkat



Not the MRSM DNA: Asyraf Wajdi denies bullying cover-up, mounts surprise visit to Besut school after seven students remanded - Malaymail - 29/06 1:14 pm

BESUT, June 29 Majlis Amanah Rakyat (Mara) chairman Datuk Asyraf Wajdi Dusuki has denied any attempts by Mara Junior S...





Operasi SAR lelaki Bangladesh dikhuatiri lemas dihentikan - Sinarharian - 29/06 11:37 am

TAMPIN Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Bangladesh yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Kampung Bangkahulu di sini dihentikan selepas tiga hari.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, operasi itu dihentikan pada jam 5 petang, Sabtu, selepas tiada petunjuk diperoleh meskipun pelbagai usaha telah dilakukan."Setelah tiga hari usaha gigih dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi, operasi SAR mencari mangsa ditamatkan."Sepanjang operasi, pelbagai kaedah telah digunakan termasuk pencarian di permukaan air, selaman serta penggunaan bantuan teknologi, namun sehingga kini tiada petunjuk atau penemuan baharu diperoleh," katanya pada Ahad.Beliau berkata, penamatan operasi tersebut dibuat setelah mempertimbangkan semua aspek keselamatan, penilaian risiko serta panduan prosedur operasi standard (SOP) agensi penyelamat.Bagaimanapun, katanya, siasatan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa jika terdapat maklumat baharu."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk setempat atas kerjasama dan keprihatinan sepanjang tempoh operasi," katanya.Sebelum ini media melaporkan, mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala di lokasi.





Pensyarah hilang ketika menyelam di Pulau Tioman ditemukan selamat - SUN - 29/06 11:15 am

KUANTAN: Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaporkan hilang semasa aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh, Pulau Tioman, ditemukan dalam keadaan selamat pagi ini





Pensyarah hilang ketika menyelam ditemui selamat - Sinarharian - 29/06 11:02 am

ROMPIN Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Chebeh, Pulau Tioman pada Sabtu ditemui selamat hari ini.Mangsa, Eliza M





Tiga maut termasuk kanak-kanak dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian - SUN - 29/06 10:53 am

JERTIH: Tiga nyawa terkorban termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Perhentian malam tadi akibat keadaan laut bergelora dan ribut. Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu mengesahkan mangsa ialah S





Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian positif dadah, miliki 5 rekod lampau - Sinarharian - 29/06 10:49 am

BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu kini direman bagi membantu siasatan insiden tragik yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak.Menurutnya, tiga penumpang yang maut dikenali sebagai Arumugam Sativelo, 40, Vennpani Vijeya Raj, 10, dan Sarrvihka Arumugam, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Sakthivel Thamil Selvan dilaporkan dalam keadaan kritikal."Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika bot yang membawa 15 penumpang terdiri daripada tiga keluarga dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas menonton pertunjukan api."Difahamkan, pada awalnya pemandu bot telah menasihatkan supaya perjalanan ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk, namun mereka tetap mahu pulang ke penginapan."Ketika hampir tiba ke Pulau Perhentian Besar, bot berkenaan karam selepas berdepan hujan lebat, laut bergelora dan angin kuat," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.Beliau berkata, semua mangsa berjaya ditemui hasil operasi menyelamat yang dijalankan oleh polis bersama penduduk setempat yang menyedari kejadian tersebut."Kesemua mangsa yang terlibat merupakan pelancong dari Butterworth, Pulau Pinang, yang bercuti selama tiga hari di pulau berkenaan sejak Jumaat lalu."Mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, manakala mangsa kritikal dan 11 penumpang lain dirawat di Hospital Besut," katanya.Azamuddin berkata, siasatan awal turut mendapati kesemua penumpang tidak memakai jaket keselamatan semasa kejadian berlaku.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri dan keluarga ketika melakukan aktiviti di laut atau pulau."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."Polis turut mengingatkan semua pengusaha bot supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk memastikan pemakaian jaket keselamatan oleh semua penumpang," katanya.





PRU16 medan hidup mati perjuangan UMNO - Mohd Shahar - Sinarharian - 29/06 10:27 am

KUANTAN Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) disifatkan sebagai medan hidup dan mati perjuangan UMNO bagi memastikan masa depan anak cucu di Pahang terus terbela.Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, PRU bukan sekadar proses memilih wakil rakyat tetapi penentu hala tuju negeri pada masa akan datang."Bagi kami, PRU ke-16 merupakan medan hidup dan mati perjuangan kita."Ia bukan hanya tentang memilih wakil rakyat tetapi menentukan hala tuju masa depan anak cucu kita di Pahang," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar kali ke-30 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan, pada petang Sabtu.Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Ahli Parlimen Paya Besar itu menegaskan, UMNO tidak boleh lalai kerana ia akan memberi kesan besar kepada masa depan parti dan negeri."Jika kita cuai atau lalai, kita bukan sahaja akan hilang kuasa, malah hilang hak untuk menentukan nasib anak bangsa, negeri dan parti yang kita cintai."Kita jaga UMNO hari ini, UMNO akan jaga anak cucu kita esok..





Pemandu diserang sakit jantung, kereta rempuh dua kenderaan parkir - Sinarharian - 29/06 10:23 am

KOTA TINGGI-[DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut dipercayai akibat serangan jantung sebelum kereta Proton Saga yang dipandunya merempuh dua kenderaan yang diparkir di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat pada malam Sabtu.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu daripada orang awam kira-kira jam 10.25 malam."Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan lalu melanggar dua kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah rumah iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah van Toyota Hiace."Akibat pelanggaran tersebut, pemandu Proton Saga berusia 46 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan lebih berwaspada semasa memandu bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan," katanya.





Tiga termasuk dua kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian - Sinarharian - 29/06 9:48 am

KUALA TERENGGANU Tiga maut termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah bot pelancong yang membawa 15 penumpang terbalik dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian, Besut pada malam Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, bot berkenaan dipercayai hilang kawalan akibat ombak kuat dan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar, sebelum terbalik pada jarak 0.05 batu nautika dari Cozy Chalet Resort.Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melalui Pusat Penyelamat Maritim Kuantan (MRSC) jam 10.55 malam, sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 11.17 malam."Sebuah bot peronda Maritim Malaysia terus digerakkan ke lokasi kejadian





Penunggang motosikal maut digilis treler di PLUS Seremban - SUN - 29/06 9:47 am

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) KM254.6 arah Utara semalam



Stop exploiting her name: Family forced to cordon off UPSI crash victims grave amid surge in superstition seekers, supernatural claims - Malaymail - 29/06 9:37 am

BESUT, June 29 The grave of Nurly Sahirah Azman, who died in a bus crash involving Universiti Pendidikan Sultan Idris...





Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis treler - Sinarharian - 29/06 7:42 am

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp, Mohd Rithaudden Makip maut digilis trelar selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Kilometer (KM) 254.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di sini pada Sabtu.Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa yang berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku selepas mangsa terjatuh ketika cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang membrek secara mengejut di lorong kecemasan.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu di lorong kecemasan telah membrek secara mengejut."Pacuan empat roda tersebut dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 54 tahun yang bergerak dari arah Rembau menuju ke Shah Alam."Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu pacuan empat roda itu yang berada di lorong kecemasan telah membrek secara mengejut dan menyebabkan motosikal jenis BMW yang ditunggang mangsa yang berada di belakangnya cuba mengelak, namun terlanggar bahagian cermin lampu belakang kenderaan tersebut lalu terjatuh dan digilis sebuah treler," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut beliau, sebuah lagi motosikal yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan turut melanggar bahagian belakang pacuan empat roda tersebut.Beliau berkata, akibat kejadian itu, penunggang motosikal jenis BMW berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan."Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lorong kecemasan melainkan apabila lorong pintar (smart lane) telah diaktifkan.Tambahnya, selain sistem smart lane, lorong kecemasan hanya untuk kegunaan kenderaan dalam kecemasan sahaja dan tiada kenderaan boleh menggunakan lorong tersebut kecuali dalam kes kecemasan yang tertakluk di bawah Kaedah 53(1) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.





Sambutan Hari Peneroka luar biasa, bakar semangat peneroka ke Mega Karnival 3 Dimensi - Sinarharian - 29/06 12:00 am

KOTA TINGGI Sambutan Hari Peneroka Felda Madani Negeri Johor 2025 yang berlangsung di Felda Tunggal, di sini disifatkan sebagai antara karnival yang paling meriah dengan kehadiran seramai 15,127 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sambutan kali ini merupakan pembakar semangat kepada karnival lebih besar iaitu Mega Karnival 3 Dimensi yang akan diadakan di Kuala Lumpur bulan depan."Mega Karnival 3 Dimensi ini dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 7 Julai 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur."Karnival di Felda Tunggal yang luar biasa ini merupakan pemanas badan sebelum Mega Karnival 3 Dimensi





Perhimpunan di ibu negara: Polis terima tiga laporan - Sinarharian - 28/06 11:52 pm

KUALA LUMPUR - Polis menerima tiga laporan berkaitan insiden semasa perhimpunan di ibu negara petang tadi termasuk pergelutan yang menyebabkan seorang anggota polis cedera ringan.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, perhimpunan itu, yang disertai kira-kira 100 orang, bermula pada jam 3.02 petang di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum berarak ke Dataran Merdeka, Jalan Raja.Beliau berkata, pada kira-kira jam 4.30 petang, seorang peserta bertindak membakar suar sehingga mengakibatkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan peserta lain, petugas keselamatan serta orang awam di kawasan sekitar."Polis mengambil tindakan pencegahan untuk mengawal keadaan namun berlaku sedikit pergelutan antara peserta dan petugas Op Aman sehingga menyebabkan seorang petugas mengalami kecederaan ringan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Sulizmie Affendy berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tampil menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di 03-2600 2222.Difahamkan, himpunan itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan bersama persatuan mahasiswa beberapa universiti tempatan dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan membanteras rasuah




Reformasi     >>



Kerajaan sedia terima teguran berhubung sistem .. - Mkini
Anwar berkata sebarang kritikan adalah diterima, tetapi perlu melalui saluran betul serta tidak bersifat fitnah dan berunsur maki hamun.
Kroni     >>



Anwar making week-long official visit to Italy, France .. - Star
PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will embark on a week-long tour from July 1 to 7 covering three major economic hubs, namely Italy, France and Brazil, to bolster economic, trade and strategic ties, says the Prime Minister's Office (PMO). Read full story
Tabloid     >>



Insiden Bot Terbalik Di Pulau Perhentian, Pemandu .. - Lobakmerah
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kemalangan bot yang mengorbankan tiga pelancong di Pulau Perhentian, Besut. Pemandu bot yang terlibat dalam insiden tersebut direman tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah. Artikel ..
Tech     >>



Pixel Watch 3 Quietly Gets Channel Sounding, .. - Lowyat
Google’s Pixel Watch 3 may have just become one of the most advanced Android smartwatches on the market, but without much fanfare. According to Android Authority, the wearable’s Wear OS 5.1 update that rolled out in March quietly introduced support for Channel Sounding, which enables ..
World     >>



Israel orders evacuations in northern Gaza as Trump .. - BBC
At least 86 people were killed as the result of Israeli attacks in the 24 hours before midday Sunday, the Hamas-run health ministry said.
Motor Trend     >>



Zeekr aims for rapid growth in Malaysia - Carsifu
KUALA LUMPUR: Chinese marque Zeekr is set to accelerate its growth in Malaysia via dealer network expansion as well as branding and marketing activities. The premium new energy vehicle (NEV) group under Geely Holding has set up its national sales company (NSC) in Malaysia, namely Zeekr Intelligent Technology ..