| /// |
|
| Search : Bukit Kiara News | Page 1 |
|
Polis tahan lelaki mengamuk, rosakkan pondok pengawal residensi di Bukit .. - Mygazette - 18/06 8:00 am # Polis tahan lelaki mengamuk, rosakkan pondok pengawal residensi di Bukit Jalil KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kes khianat dan merosakkan harta benda pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil pada April lalu |
|
PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India - Mygazette - 18/06 8:00 am # PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, menghantar pulang dua penjenayah buruan warganegara India yang dipercayai terlibat dalam kes meletupkan landasan kereta api di Patiala, Punjab, India pada 27 april lalu |
|
Police deport two wanted Indian nationals involved in Punjab blast - Sinardaily - 18/06 7:41 am KUALA LUMPUR - Two wanted Indian fugitives believed to be involved in a railway track explosion in Patiala, Punjab, on April 27, have been deported to India by the Royal Malaysia Police (PDRM).Federal Police Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M |
|
Dua penjenayah warga India diburu dihantar pulang ke negara asal - Sinarharian - 17/06 9:28 pm KUALA LUMPUR - Dua penjenayah warga India yang diburu keranadipercayai terlibat dalam kejadian letupan di landasan kereta api di Patiala, Punjab pada 27 April lepas telah dihantar pulang atau deportasike negara ituoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India untuk mengesan dan menahan kedua-dua individu berkenaan.Beliau berkata, operasi itu mencerminkan hubungan erat serta kerjasama berterusan antara Malaysia dan India dalam menangani jenayah berat yang melibatkan keselamatan serantau."Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan polis dalam membanteras jenayah rentas sempadan, di samping memperkukuh sinergi keselamatan padaperingkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.M Kumar berkata tindakan itu turut membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah.Sebelum ini, suspek berkenaan dikehendaki oleh pihak berkuasa India berhubung insiden letupan bom jenis peranti letupan rekaan yang menyasarkan landasan kereta api utama di daerah Patiala.Suspek dipercayai menyusup masuk ke Malaysia pada penghujung April dan menyembunyikan diri di sekitar kawasan Lembah Klang bagi mengelak daripada dikesan.Hasil risikan intensif dan kerjasama maklumat antarabangsa, Bahagian National Central Bureau/ Interpol (D12) Bukit Aman berjaya mengesan kedudukan suspek di sekitar ibu negara dan melancarkan serbuan bagi menahan mereka |
|
2 suspek kes letup landasan kereta api diusir ke India - FMT - 17/06 8:36 pm Ketua JSJ Bukit Aman, M Kumar berkata pihak berkuasa India mohon bantuan kesan dan tangkap suspek itu di Malaysia. |
|
Berang dengan pihak pengurusan, bekas penyewa rosakkan pondok pengawal - Sinarharian - 17/06 3:56 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat dengan merosakkan pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil di sini pada 23 April lalu.Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di IPD Brickfields pada Ahad lalu."Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan bekas penyewa di residensi berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan."Dalam kejadian itu, suspek didakwa memarahi pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul palang pintu, memecahkan cermin hadapan pondok pengawal serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Rosdi berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam insiden berkenaan."Suspek direman selama dua hari sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
Melaka road caves in after fibre optic works rupture pipe - FMT - 17/06 12:44 am Melaka Tengah public works department says the incident forced lane closures along Jalan Sembaok-Bukit Katil. |
|
Anak gadis hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarga - Sinarharian - 17/06 10:49 am KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang hilang ketika keluar bersiar-bersiar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada 29 Mei lepas.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ketika kejadian, Amiratul Husna Mohd Shany, 13, memakai baju-T lengan panjang dan seluar berwarna hitam serta tudung bercorak petak berwarna ungu.Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang itu memiliki ketinggian sekitar 152 sentimeter, berkulit sawo matang dan berat badan sekitar 50 kilogram."Laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 30 Mei lepas |
|
Pelajar IPT ditahan seludup bunga ganja RM1.17 juta - Sinarharian - 17/06 10:40 am ALOR SETAR Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal.Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin.Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan ketika anggota bertugas menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda.Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan 13 bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja dengan anggaran berat keseluruhan 14,630.76 gram."Dadah tersebut disorokkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan berkenaan |
|
Police bust student courier with RM1.17m ganja haul at Bukit Kayu Hitam - Malaymail - 17/06 10:34 am ALOR SETAR, June 17 Police have seized 14.63 kilogrammes (kg) of ganja buds worth an estimated RM1.17 million fr... |
|
Penuntut IPT ditahan, polis rampas dadah RM1.17 juta - FMT - 17/06 9:45 am Rampasan dilakukan polis Kedah dalam satu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam. |
|
Jafni persoal ADUN PH suka hati buat kenyataan tak terima peruntukan - Mygazette - 17/06 7:32 am # Jafni persoal ADUN PH suka hati buat kenyataan tak terima peruntukan KULAI - Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pengimbang di Johor tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sebagai tidak berasas dan bercanggah dengan fakta |
|
Penang partners with federal agencies to monitor Rohingya refugees - Sinardaily - 16/06 6:52 pm GEORGE TOWN - Penang is working closely with the federal government and security agencies to ensure that the management of more than 20,000 Rohingya refugees and asylum seekers in the state is carried out in an orderly, registered and controlled manner.Chief Minister Chow Kon Yeow said that, based on data from the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) as of August 2023, an estimated 20,022 Rohingya refugees and asylum seekers were residing in various parts of Penang."They are living in Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Bayan Baru and Balik Pulau."The state government has always adopted a pragmatic, prudent and responsible approach in addressing issues involving refugees and asylum seekers in the state, in line with policies and decisions set by the federal government, he told reporters after the 26th Annual General Meeting (AGM) of PBA Holdings Bhd (PBAHB) here today.He was commenting on the current situation and the number of Rohingya community members residing in the state.Chow explained that matters relating to the entry of foreign nationals, recognition of refugee status, border control and immigration enforcement fall under the jurisdiction of the federal government through the Home Ministry, the Immigration Department and the National Security Council (MKN).As such, he said the state government fully supports the implementation of MKN Directive No |
|
PH won't take new parties lightly, says Fahmi - Sinardaily - 16/06 6:26 pm KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) will not take lightly or underestimate the emergence of several new political parties such as Parti Wawasan Negara and Parti Bersama Malaysia, said PH Communications director Datuk Fahmi Fadzil.He said that instead, the coalition's machinery would intensify efforts to engage with the people and address their problems more effectively."For example, Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh resolved the 44-year wait of Rumah Panjang Bukit Kiara residents to obtain new housing."So, when choosing leaders, we must choose those who are clean, good and who think about the future of the country, he said after the presentation of appointment letters to the chairmen of the National Information Dissemination Centre Advisory Panels for Kelantan here today.Asked about PH's preparations for the Johor state election, Fahmi, who is also PKR information chief, said the screening process for potential candidates is ongoing and the names will be announced once approved by the party leadership.The Election Commission has set July 11 as polling day for the Johor state election, with June 27 as nomination day and July 7 for early voting |
|
Pusat tahfiz terbakar di Felda Bukit Aping Timur - Mygazette - 16/06 5:46 pm KOTA TINGGI Sebuah dewan belajar di Madrasah Tahfiz Riyaadul Muhsineen, Felda Bukit Aping Timur dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi |
|
RM15 juta setahun untuk perkhidmatan Shuttle Selatan – Anthony - Mygazette - 16/06 5:46 pm # RM15 juta setahun untuk perkhidmatan Shuttle Selatan - Anthony KULAI Kerajaan menambah mod pengangkutan awam baharu dengan melancarkan Shuttle Selatan membabitkan dua laluan dari Kulai ke Johor Bahru (JB) dan Kempas Baru ke Pasir Gudang dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik |
|
Bekas ahli Ikram didakwa dengan 158 pertuduhan, terima suapan RM98.2 juta - Mygazette - 16/06 5:46 pm # Bekas ahli Ikram didakwa dengan 158 pertuduhan, terima suapan RM98.2 juta SHAH ALAM Bekas anggota Pertubuhan Ikram Malaysia Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM98,270,315.20 |
|
PH tidak pandang ringan kemunculan parti baharu - Fahmi - Sinarharian - 16/06 5:22 pm KOTA BHARU Kemunculan parti-parti politik baharu tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi mengubah landskap politik semasa, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil.Menurut beliau, situasi itu seharusnya menjadi pembakar semangat kepada semua parti dalam PH untuk memperkukuhkan sokongan rakyat melalui prestasi dan penyelesaian masalah yang berkesan."Kehadiran parti-parti baharu sudah pasti kita tidak pandang sambil lewa dan tidak memandang mudah perkara itu."Ia seharusnya menjadi pembakar semangat kepada PKR, Amanah dan rakan-rakan dalam PH untuk melipatgandakan usaha mendekati rakyat, menyelesaikan masalah serta membuktikan bahawa cara kita mengurus dan menyelesaikan isu jauh lebih baik berbanding parti-parti lain," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan di sini pada Selasa.Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR memberitahu, rakyat akan menilai kepimpinan berdasarkan kemampuan menyelesaikan masalah yang berlarutan dan bukannya retorik politik semata-mata.Sebagai contoh, katanya, isu perumahan melibatkan komuniti di sekitar Taman Rimba Kiara yang berlarutan selama lebih empat dekad akhirnya dapat diselesaikan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Rakyat perlu memilih pemimpin yang bersih dan baik, yang memikirkan masa depan rakyat serta berusaha menyelesaikan masalah mereka."Pemimpin seperti ini tidak memikirkan soal imej peribadi semata-mata tetapi memberi tumpuan kepada kebajikan dan masa depan masyarakat," katanya. |
|
MIC to defend 2 seats in Johor polls, swap one with Umno - FMT - 16/06 5:11 pm The Indian-based BN component is expected to vie for a total of four seats, including Bukit Batu. |
|
Full judgment in Najibs 1MDB trial released after six months - Sinardaily - 16/06 4:51 pm KUALA LUMPUR - The judiciary has officially released the full written judgment in the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) case involving former prime minister Datuk Seri Najib Razak, nearly six months after the High Court found him guilty of multiple corruption and money laundering charges linked to RM2.3 billion in state funds.The 809-page judgment, uploaded into the judicial system on Tuesday, details the reasoning of trial judge Datuk Collin Lawrence Sequerah who has since been elevated to the Federal Court.The case represents one of the longest-running trials in recent Malaysian legal history, spanning 303 trial days in total, including 235 days for the prosecution and 58 days for the defence.A total of 50 prosecution witnesses and 26 defence witnesses were called to the stand during the proceedings, which concluded its final submissions on Oct 21, 2025.Najib, 73, was sentenced on Dec 25, 2025 at the Palace of Justice in Putrajaya to 15 years in prison and fined RM11.38 billion after being found guilty of four charges of abuse of power and 21 counts of money laundering involving 1MDB funds.The court ruled that each abuse of power charge carried a 15-year prison sentence, while each money laundering offence carried five years imprisonment |
|
'Kleptokrasi terburuk dunia' - Hakim dedah skala penyelewengan 1MDB - Sinarharian - 16/06 4:50 pm KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menyifatkan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai episod kleptokrasi pada tahap terburuk dunia susulan penyelewengan dana awam pada skala luar biasa oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan demikian dalam keputusan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Selasa.Berdasarkan penghakimannya bertarikh 26 Disember 2025, Collin berkata, kes berkenaan dibuat menerusi transaksi kewangan merentas sempadan yang kompleks dan tersusun.Beliau berkata, empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) dengan dana mencecah RM2.3 bilion itu membabitkan bekas pemimpin UMNO berusia 73 tahun itu, merupakan antara jenayah kewangan paling serius pernah berlaku di negara ini.Collin berkata, transaksi merentas sempadan yang licik itu bukan sekadar kecurian biasa, tetapi melibatkan transaksi antarabangsa yang sangat rumit untuk memindahkan dana keluar dari negara.Katanya, ia meninggalkan kesan buruk terhadap reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa serta beban kewangan yang masih ditanggung kerajaan."Skala penyelewengan dalam kes tersebut begitu besar sehingga boleh dibandingkan dengan tindakan penakluk terkenal, Attila the Hun apabila berbilion-bilion ringgit dana awam dilencongkan melalui pelbagai transaksi yang dirancang secara teliti bagi menyembunyikan asal-usul wang berkenaan."Tertuduh ketika itu berada di kemuncak kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sekali gus mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi keputusan Lembaga Pengarah 1MDB supaya meluluskan transaksi luar biasa secara tergesa-gesa," katanya.Beliau berkata, penyelewengan tersebut juga didorong oleh budaya pengurusan top-down dalam 1MDB, apabila arahan daripada pihak atasan dipatuhi tanpa dipersoalkan dan lembaga pengarah kebiasaannya hanya menandatangani dokumen selepas mendapat kelulusan awal daripada tertuduh.Berdasarkan penghakiman setebal 809 muka surat hakim berkata, dana yang diselewengkan kemudiannya melalui proses pengubahan wang haram yang rumit menerusi pelbagai akaun tempatan dan luar negara.Menurutnya, perbuatan itu mengaburkan sumber sebenar wang tersebut dan menggambarkan manipulasi sistem pemerintahan pada peringkat tertinggi yang memberi kesan besar kepada kepentingan awam dan negara."Dana tersebut melalui proses lapisan yang rumit dalam skim pengubahan wang haram seperti pemindahan antara pelbagai akaun peribadi dan luar negara, yang sengaja direka untuk mengaburkan asal-usul haram wang tersebut," katanya.Hakim ini turut memberikan gambaran bahawa skala rompakan kewangan yang berlaku menjadikan Atilla kelihatan seperti seorang ahli koir sebagai perbandingan.Pada 26 Disember 2025, Collin yang bersidang di Istana Kehakiman di Putrajaya, mendapati bekas Ahli Parlimen Pekan itu bersalah dan dihukum penjara 15 tahun dan memerintahkannya membayar denda sebanyak RM11.38 bilion.Bagi setiap kes menggunakan kedudukan untuk rasuah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun sementara lima tahun bagi setiap kes pengubahan wang haram (AMLA).Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan serentak, selepas Najib selesai menjalani hukuman di Penjara Kajang, bagi kes SRC International Sdn Bhd, 22 Ogos 2028 depan.Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan AMLA membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.Semua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. |
|
PRN Johor: MIC sah bertanding empat kerusi - Sinarharian - 16/06 4:07 pm KUALA LUMPUR - MIC diperuntukkan empat kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden Datuk T Murugiah.Beliau berkata, perkara itu disahkan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang menghadiri perbincangan mengenai PRN Johor dan Negeri Sembilan bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini."Buat masa ini, presiden menyatakan kami bertanding empat kerusi di Johor manakala (bagi PRN) Negeri Sembilan (jumlah kerusi yang bakal ditandingi MIC) belum diputuskan."Persiapan untuk perkara itu sedang dilakukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mengenai Sambutan Ulang Tahun MIC ke-80 di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.Beliau berkata, bagi memantapkan dan memperkemaskan jentera, parti akan menganjurkan latihan dua hari kepada kira-kira 150 penceramah di Johor Bahru pada hujung minggu ini bagi membolehkan mereka menyampaikan maklumat yang tepat apabila berkempen kepada masyarakat India di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor nanti."Mereka akan diberikan latihan tentang cara berucap dan mesej yang perlu disampaikan sebelum ditugaskan untuk berceramah di kesemua 56 DUN yang ditandingi BN bagi menarik sokongan masyarakat India."Kami perlu berhati-hati dengan naratif yang disampaikan kerana BN masih dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional," katanya.Pada PRN Johor ke-15, Mac 2022, MIC menang tiga daripada empat kerusi yang ditandingi, iaitu Kemelah, Kahang dan Tenggaroh manakala tewas di Bukit Batu.Sementara itu, menurut sumber dalaman parti, MIC akan kekal bertanding di Kemelah, Kahang dan Bukit Batu pada PRN kali ini manakala kerusi Tenggaroh ditukar dengan UMNO bagi bertanding di Perling."Boleh dijangkakan 50 peratus calon baharu di PRN Johor kali ini |
|
Selepas enam bulan, penghakiman Kes 1MDB penuh sabitan Najib diperoleh hari ini - Sinarharian - 16/06 3:49 pm KUALA LUMPUR Selepas hampir enam bulan Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas empat kes rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, keputusan penuh secara rasmi kes berkenaan dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Selasa.Penghakiman setebal 809 muka surat itu menyaksikan huraian panjang lebar Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes berkenaan.Prosiding di peringkat pendakwaan berlangsung selama 235 hari dengan seramai 50 saksi dipanggil memberi keterangan dengan hari terakhir pada 30 Mei 2024 lalu.Sementara prosiding pembelaan bekas pemimpin UMNO berusia 73 tahun itu mengambil masa selama 58 hari, berakhir pada 6 Mei 2025, membabitkan 26 saksinya.Perbicaraan kes berprofil tinggi itu telah mengambil masa selama 303 hari termasuk 10 hari penghujahan di akhir kes pembelaan bermula 21 Oktober lalu.Pada 25 Disember 2025, Collin yang bersidang di Istana Kehakiman di Putrajaya, menjatuhi hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib, dan memerintahkannya membayar denda sebanyak RM11.38 bilion.Beliau berkata, setiap kes menggunakan kedudukan untuk rasuah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun sementara lima tahun bagi setiap kes AMLA.Bagaimanapun, beliau memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan serentak, selepas Najib selesai menjalani hukuman di Penjara Kajang, bagi kes SRC International Sdn Bhd, 22 Ogos 2028 depan.Katanya, ia disebabkan pertuduhan kes 1MDB dan kes SRC bukan melibatkan transaksi yang sama dan merupakan kes berasingan.Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.Semua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. |
|
Projek E-ART disegerakan, lancar pergerakan trafik JB - Onn Hafiz - Sinarharian - 16/06 3:37 pm KULAI -Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan pelaksanaan projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) sebagai penyelesaian utama menyuraikan trafik di Johor Bahru apabila RTS Link dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, langkah-langkah jangka pendek dan sederhana yang sedang dilaksanakan ketika ini, termasuk melaksanakan pengurusan trafik pintar serta menyusun semula pergerakan bas, teksi dan e-hailing di JB Sentral, hanya merupakan penyelesaian sementara."Langkah-langkah jangka pendek dan sederhana ini terpaksa kita laksanakan kerana projek utama yang mampu menyuraikan trafik RTS masih belum dimulakan."Jadi Yang Berhormat Menteri, ada satu projek yang masih perlu kita berikan tumpuan dan segerakan, iaitu projek E-ART," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai di sini pada Selasa.Onn Hafiz berkata, projek E-ART itu sudah pun dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada tahun 2024 |
|
Rexy mahu gandingan baharu bukan sekadar cuba nasib, fokus misi layak ke LA28 - Sinarharian - 16/06 1:46 pm PENGARAH Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mahu semua gandingan beregu lelaki negara yang dibentuk menerusi rombakan terbaharu mempunyai matlamat jelas, termasuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik 2028 (LA28) di Los Angeles.Beliau berkata, setiap pasangan baharu, termasuk gandingan Aaron Chia-Aaron Tai wajar dikekalkan sekiranya mampu mempamerkan prestasi konsisten dan mencapai sasaran yang ditetapkan.Rexy berkata, pecah gandingan bukan dilakukan secara cuba-cuba, sebaliknya sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk membentuk gandingan yang berpotensi layak serta bersaing pada Sukan Olimpik."Berhubung rombakan ini, mungkin lebih sesuai ditanya kepada Herry (Iman Pierngadi). Namun bagi saya, kami mahu melihat gandingan seperti Aaron Chia-Aaron Tai meletakkan sasaran ke arah Sukan Olimpik."Katakan mereka berjaya memenangi kejohanan seperti Terbuka China dan terus menunjukkan prestasi konsisten sebagaimana Koo Kien Keat-Tan Boon Heong suatu ketika dahulu, maka gandingan itu perlu dikekalkan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di ABM, Bukit Kiara hari ini.Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan beberapa gandingan baharu bagi menghadapi Terbuka China, Taiwan dan Korea membabitkan Aaron Chia-Aaron Tai, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun-Yap Roy King serta Arif Junaidi-Kang Khai Xing.Rexy berkata, pemain perlu memiliki mentaliti juara dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang perubahan pasangan demi kepentingan pasukan serta usaha memburu pingat emas Sukan Olimpik pertama negara."Itulah yang saya tekankan kepada pemain |
|
'I wish I could erase it': Mother recalls giving birth in chains, raising child in prison - Sinardaily - 16/06 11:57 am KOTA BHARU Every night when darkness falls and the lights go out, Siti (not her real name), 28, serving time behind bars, holds her one-year-old daughter close and weeps quietly.Looking at her child's innocent face, Siti cannot hide the sadness and guilt of having to raise her third child inside a prison.Siti was sentenced to five years in prison beginning January last year while five months pregnant, after being convicted under Section 39C of the Dangerous Drugs Act."I still remember it clearly, hands shackled and chained, I was brought to the delivery room at Raja Perempuan Zainab II Hospital (HRPZ II)."My emotions were all over the place the pain, the shame, the humiliation, the sadness |
|
44 tahun menunggu, 98 keluarga Rumah Panjang Bukit Kiara terima dua... - Mygazette - 16/06 7:38 am # 44 tahun menunggu, 98 keluarga Rumah Panjang Bukit Kiara terima dua unit apartmen percuma KUALA LUMPUR Penantian selama 44 tahun akhirnya berakhir buat 98 keluarga penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara apabila mereka bakal menerima dua unit apartmen tiga bilik secara percuma menerusi projek pembangunan semula kawasan tersebut yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun |
|
Penyelesaian isu Rumah Panjang Bukit Kiara bukti miskin bandar mampu .. - Mygazette - 16/06 7:38 am # Penyelesaian isu Rumah Panjang Bukit Kiara bukti miskin bandar mampu pertahan hak - PM KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelesaian isu perumahan melibatkan penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di sini sebagai satu peristiwa bersejarah yang membuktikan golongan miskin bandar mampu mempertahankan hak mereka melalui proses perundangan yang sah |
|
Anwar seru hentikan politik perkauman, utamakan perjuangan rakyat - Mygazette - 16/06 7:38 am Jika masing-masing terus bertelagah atas isu kaum, yang akan rugi adalah rakyat di bawah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Bukit Kiara hari ini |
|
PRN: Pilih PH untuk perubahan di Johor – Anwar PRN: Pilih PH untuk .. - Mygazette - 16/06 7:38 am MUAR - Pakatan Harapan (PH) perlu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya perubahan dapat dilakukan |
|
Pilih kepimpinan di Johor yang bijak, berprinsip dan tak sombong – .. - Mygazette - 16/06 7:38 am # Pilih kepimpinan di Johor yang bijak, berprinsip dan tak sombong - PM JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu memilih kepimpinan di Johor yang bijak, berani, berprinsip dan tidak sombong dalam Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi |
|
Resolution to Bukit Kiara longhouse issue shows government’s commitment – Ramanan - SUN - 16/06 7:32 am The government's resolution of the Bukit Kiara longhouse issue shows its commitment to ensuring justice is not delayed for future generations |
|
Remaja 14 tahun maut motosikal bertembung ambulans - Sinarharian - 15/06 11:43 pm KUALA NERUS Hasrat seorang pelajar untuk pulang ke rumahnya tidak kesampaian selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans di Jalan Kampung Tebauk di sini pada petang Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa, Faris Dasuki Bokhairi, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato Haji Abbas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sedang bergerak di lorong kiri jalan dua hala dari arah Batu Enam menghala ke rumahnya di Kampung Bukit Tunggal.Bagaimanapun, katanya, sebuah ambulans jenis Toyota Hiace milik sebuah syarikat swasta yang datang dari arah bertentangan (Bukit Tunggal menghala ke Hospital Sultanah Nur Zahirah) secara tiba-tiba telah membelok ke kanan untuk masuk ke simpang."Disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan ambulans berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.Menurut Azli, impak pelanggaran tersebut menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.Beliau berkata, pemandu ambulans yang berusia 19 tahun bersama seorang kelindan berusia 30 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian."Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Fakira Ithak di talian 013-4214103 untuk membantu siasatan. |
|
Cinta ke akhir hayat: 'Ayah dan ibu tidak pernah berpisah' - Sinarharian - 15/06 8:56 pm PASIR PUTEH - "Ayah dan ibu tidak pernah berpisah, bila ke mana-mana mereka sentiasa berdua."Demikian kata Yuslizawati, 48, anak kepada pasangan warga emas, Mohamad Shaufi Awang Kechik,69, dan Kamarsah Musa, 68, yang maut dalam kemalangan di Jalan Selising-Tok Bok berhampiran simpang Kampung Sungai Durian di sini pada Isnin.Menurut anak sulung daripada lapan beradik itu, kali terakhir dia berjumpa ibu bapanya pada pagi tadi sebelum berangkat ke tempat kerja di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di Kubang Kerian, Kota Bharu."Ayah dan ibu tidur di rumah saya satu malam di Bukit Marak |
|
Penyelesaian rumah panjang Bukit Kiara bukti kerajaan utamakan rakyat - FMT - 15/06 7:31 pm Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata keputusan memuktamadkan isu berlarutan 44 tahun itu menunjukkan kerajaan tidak menangguhkan keadilan kepada rakyat. |
|
98 Bukit Kiara longhouse families to get 2 free homes under redevelopment plan - Sinardaily - 15/06 7:06 pm KUALA LUMPUR - A total of 98 families in the Bukit Kiara Longhouse here will receive two free house units through the area's redevelopment solution that also maintains Taman Rimba Kiara as a public green space.Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh said the original agreement only allocated one free house for each family, while the second unit had to be purchased at a price of RM175,000."(However), since they are also from the B40 group here, we have called all parties and negotiated |
|
Bukit Kiara longhouse redevelopment to give 98 families free homes, part of land to be gazetted as public open space, says FT minister - Malaymail - 15/06 5:22 pm KUALA LUMPUR, June 15 Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh said s... |
|
Pembangunan semula rumah panjang Bukit Kiara sejarah penting, kata Anwar - FMT - 15/06 5:18 pm Perdana menteri berkata projek itu yang rasmi bermula hari ini selepas lama tertangguh wajar dijadikan contoh. |
|
Anwar hails historic Bukit Kiara housing breakthrough - FMT - 15/06 4:59 pm The prime minister describes the longhouse redevelopment as a model for people-centred governance, and approves RM1 million to subsidise maintenance costs for its residents. |
|
Govt allocates RM1m for Bukit Kiara longhouse resettlement upkeep, DBKL to manage maintenance, says Anwar - Malaymail - 15/06 4:49 pm KUALA LUMPUR, June 15 The government has approved RM1 million for residents involved in the Bukit Kiara longhous... |
|
PRN: BN Perak gerak jentera bantu kempen di 13 DUN - Sinarharian - 15/06 4:40 pm IPOH Barisan Nasional (BN) Perak akan menghantar jenteranya ke Johor dan Negeri Sembilan bagi membantu kempen parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan memberi fokus kepada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jentera parti negeri ini diamanahkan untuk membantu persiapan kempen bagi memastikan gerak kerja kempen di kedua-dua negeri berkenaan berjalan lancar.Menurut beliau, bagi PRN Johor, jentera Perak akan memberi tumpuan di DUN Bukit Kepong, Bukit Pasir, Gambir, Tangkak dan Serom yang melibatkan Parlimen Pagoh dan Ledang."Bagi Negeri Sembilan pula, BN Perak akan membantu kempen di dua kawasan Parlimen iaitu Kuala Pilah dan Tampin yang melibatkan DUN Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah dan Johol."Satu lagi melibatkan Parlimen Tampin iaitu DUN Gemas, Gemencheh dan Repah," katanya kepada pemberita sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini pada Isnin.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.Mengulas lanjut, Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, situasi PRN kali ini mungkin memberi cabaran kepada jentera parti memandangkan kedua-dua PRN berlangsung secara berasingan dalam tempoh yang berdekatan."Dalam politik ini, sama ada susah atau senang, kita tetap perlu harungi |
|
Tempoh tiga bulan untuk serah notis rayuan kepada Yusoff Rawther – .. - Mygazette - 15/06 2:59 pm Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini pada 9.25 pagi, 6 September tahun sama |
|
Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.97 bilion tahun lepas - KPN - Sinarharian - 15/06 2:53 pm KUALA LUMPUR - Kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian pada 2025 mencecah RM2.97 bilion, meningkat RM1.40 bilion berbanding RM1.57 bilionpada tahun sebelumnya, menunjukkan trend jenayah siber yang semakin membimbangkan.Ketua Polis NegaraTan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, daripada jumlah itu, penipuan pelaburan tidak wujud merekodkan nilai kerugian tertinggi sebanyak RM1.47 bilion.Beliau berkata, sebanyak 66,204 kes jenayah penipuan dalam talian direkodkan pada 2025, meningkat 87 peratus berbanding 35,368 kes pada 2024."Penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) kekal sebagai ancaman utama dengan 28,388 kes dilaporkan pada 2025," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran "Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat"di sini pada Isnin.Hadir samaPengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Bhd Tan Sri Dr Tay Ah Lek, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa serta pengarah-pengarah jabatan Bukit Aman.Mohd Khalid berkata, angka yang direkodkan itu bukan sekadar statistik, sebaliknya melibatkan ribuan mangsa yang kehilangan sumber pendapatan danmasa depan akibat diperdaya sindiket penipuan.Beliau berkata, dalam era pendigitalan yang berkembang pesat, sindiket penipuan sentiasa memperbaharui taktik dan modus operandi dengan mengeksploitasi kemajuan teknologi serta kecanggihan platform komunikasi moden."Justeru, usaha pencegahan, pendidikan dan pembudayaan kesedaran keselamatan digital kini menjadi keutamaan yang mendesak dan perlu diperkasakan secara berterusan,"katanya.Mohd Khalid turut menyambut baik pelaksanaan Program PB Scam Rangers iaitu hasil kerjasama strategik antara JSJK dan Public Bank Bhdyang disifatkan sebagai langkah progresif dalam memperkukuh literasi kewangan dan keselamatan siber dalam kalangan masyarakat."Melalui pendekatan yang berfokus kepada pendidikan awam, kita mampu membentuk masyarakat yang lebih peka, berpengetahuan dan mempunyai daya tahan tinggi terhadap pelbagai bentuk manipulasi jenayah penipuan,"katanya |
|
Sindiket mini kasino di Bukit Jalal tumpas, 15 ditahan - FMT - 15/06 2:42 pm Polis turut merampas empat paket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain. |
|
Dakwaan IPTA jual tempat: Polis digesa siasat ceramah ambang PRN Pas - Sinarharian - 15/06 2:24 pm SHAH ALAM - Staf berjawatan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat di Universiti Utara Malaysia (UUM) membuat laporan polis terhadap Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullah.Laporan polis itu dibuat berhubung dakwaan terdapat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjual tempat kepada golongan tertentu sehingga menjejaskan reputasi universiti awam.Bakhari Che Mohamed Ariff berkata, beliau telah menonton rakaman video ucapan Haim Hilman yang disiarkan melalui Facebook sempena 'Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan' semasa berada di pejabat, kira-kira jam 10 pagi pada 14 Jun lalu.Menurutnya, dalam ucapan tersebut, Haim Hilman antara lain mendakwa universiti awam pada masa kini sedang menjual tempat-tempat untuk golongan yang 'berduit'."Terdapat 'pintu belakang' untuk memasuki universiti awam bagi mereka yang tidak layak berdasarkan merit akademik dan sejumlah tempat yang sepatutnya diberikan kepada pelajar yang layak telah dinafikan kerana universiti awam menerima pelajar yang mampu membayar yuran penuh."Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan siasatan mengenai kandungan ucapan tersebut kerana ia berunsur fitnah dan boleh menjejaskan reputasi universiti awam."Tambahan pula ucapan itu disebarkan secara meluas ke seluruh negara yang mana video melalui pautan tersebut telah ditonton oleh lebih 220,000 penonton," katanya dalam laporan polis pada Isnin di Balai Bukit Kayu Hitam.Sebelum ini, Haim Hilman didakwa menyatakan bahawa IPTA menafikan hak 30,000 pelajar yang layak kerana amalan tidak telus dan wujud unsur pintu belakang dalam satu ceramah umum di Markas Pas Kawasan Seremban pada 13 Jun lalu.Beliau turut menyatakan keadaan tersebut merupakan kecelakaan paling besar dalam pendidikan negara dan menyalahkan kerajaan kerana gagal menyediakan dana serta tempat yang mencukupi di universiti awam.Tambah Bakhari, dakwaan tersebut adalah serius kerana ia boleh memberi gambaran negatif kepada masyarakat terhadap kerajaan, universiti awam dan sistem kemasukan pelajar ke universiti awam."Ia juga berpotensi menimbulkan kegusaran, kemarahan, keresahan dan hilang kepercayaan orang ramai terhadap universiti awam," ulasnya. |
|
Police bust mini casino, online gambling operation in Bukit Jalil luxury condo, arrest 15 - Malaymail - 15/06 2:16 pm KUALA LUMPUR, June 15 Police have uncovered a gambling syndicate operating a mini casino and online gambling act... |
|
Rayuan kes Yusoff Rawther tertangguh, pendakwaan diberi tiga bulan serah notis di UK - Sinarharian - 15/06 1:42 pm PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin memberi masa selama tiga bulan kepada pihak pendakwaan untuk menyerahkan notis rayuan secara fizikal, kepada bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther yang kini berada di United Kingdom (UK).Ia berhubung rayuan pendakwaan atas keputusan yang membebaskan Muhammed Yusoff, 33, daripada kes dadah dan senjata tiruan.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azman Abdullah berkata, persoalan mengenai sama ada perbicaraan rayuan boleh diteruskan atau tidak, mahkamah memutuskan notis rayuan kepada Muhammed Yusoff selaku responden, perlu dibuat secara serahan persendirian terlebih dahulu.Menurutnya, panel meneliti surat daripada responden yang menyatakan pasportnya berada dengan pihak kerajaan UK malah beliau sendiri memohon suaka hak asasi manusia di negara tersebut.Katanya, responden dan pihak pendakwaan selaku perayu, bersetuju bahawa serahan notis secara fizikal merupakan satu kewajipan mengikut Seksyen 314 Kanun Tatacara Jenayah (CPC)."Bagaimanapun, alasan bahawa responden tahu mengenai prosiding rayuan ini sahaja, tidak memadai untuk mahkamah meneruskan prosiding secara dalam talian, 'Zoom'."Pihak perayu perlu mengambil tindakan dan kaedah yang wajar bagi memastikan serahan notis secara persendirian dapat dibuat."Susulan itu, mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi perkembangan berhubung serahan tersebut, kemudian memutuskan sama ada pendengaran rayuan ini boleh diteruskan atau tidak," katanya.Beliau yang bersidang bersama Hakim, Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan K Muniandy kemudiannya menetapkan 8 September depan untuk sebutan kes seterusnya.Sebelum ini, mahkamah menetapkan Isnin untuk prosiding pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Muhammed Yusoff dalam dua kes jenayah tersebut.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pihak pendakwaan baharu sahaja dimaklumkan bahawa responden tidak dapat hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara, melalui surat beberapa minggu lalu.Sedangkan katanya, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan berkenaan pada 16 Jun tahun lalu dan usaha untuk mengesan responden menerusi pihak polis, dibuat serta-merta.Hanya selepas memperoleh tarikh rayuan daripada mahkamah, beliau berkata, notis rayuan itu cuba diserahkan secara personal pada dua minggu lalu, namun gagal."Kami mencadangkan prosiding rayuan disertai oleh responden secara dalam talian," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob.Sementara itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff mengakui notis itu tidak diserahkan secara fizikal kepada anak guamnya.Bagaimanapun, beliau berkata, anak guam tidak mempunyai masalah sekiranya kes tersebut diteruskan secara dalam talian.Menurutnya, Muhammed Yusoff mempunyai pengetahuan mengenai prosiding rayuan terbabit termasuk tarikh pengurusan kes, lebih awal."Dia bertolak ke luar negara pertengahan tahun lalu, namun saya hanya mendapat tahu mengenai permohonan suaka ini pada 1 Jun lalu."Bagi mendapatkan suaka, dia perlu menyerahkan pasport kepada kerajaan UK, sekali gus mustahil dia dapat pulang ke tanah air menggunakan dokumen perjalanan antarabangsa tersebut," katanya.Pada 12 Jun 2025, Muhammed Yusoff dilepaskan dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tanpa perlu membela diri atas masing-masing satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki pistol tiruan.Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusoff di akhir kes pendakwaan.Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.Kesalahan didakwa dilakukan dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September tahun sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.Pada 12 November 2024, Mahkamah Majistret membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. |
|
Mini kasino di residensi mewah diserbu, 15 individu ditahan - Sinarharian - 15/06 1:24 pm KUALA LUMPUR Kegiatan sindiket perjudian dalam talian dan mini kasino yang berselindung di sebalik sebuah unit residensi mewah di Bukit Jalil di sini terbongkar, susulan 15 individu ditahan dalam serbuan Op Noda/Dadu pada Sabtu.Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lim Chun How berkata, seramai 15 individu termasuk tiga wanita berusia 21 hingga 44 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras."Kita menahan 12 lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam."Kita turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian termasuk sebuah meja kasino, ratusan cip judi, daun terup, wang tunai berjumlah RM4,904, sebuah komputer riba serta set sistem audio karaoke," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Chun How berkata, polis turut merampas empat peket plastik lut sinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan anggaran berat 10.11 gram."Hasil semakan mendapati seorang daripada suspek merupakan individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes dadah di Pulau Tikus, Pulau Pinang," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan) 1992 dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953."Kes turut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. |
|
Phone scam kekal ancaman utama negara - Sinarharian - 15/06 12:57 am KUALA LUMPUR - Kes penipuan dalam talian meningkat 87 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya sekali gus menunjukkan satu trend yang amat membimbangkan.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, tahun 2025 mencatatkan sebanyak 66,204 kes jenayah penipuan dalam talian sekali gus peningkatan drastik sebanyak 87 peratus berbanding 35,368 kes tahun 2024.Menurutnya, dari sudut nilai kerugian, angka yang dicatatkan pada tahun 2025 mencecah RM2.97 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.40 bilion berbanding tahun sebelumnya."Daripada jumlah tersebut, phone scam kekal sebagai ancaman utama dengan 28,388 kes dilaporkan."Penipuan pelaburan tidak wujud pula mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu mencecah RM1.47 bilion bagi tempoh yang sama," katanya semasa berucap Sempena Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan Satu Matlamat di sini pada Isnin.Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad, Tan Sri Dr Tay Ah Lek serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa.Tambah Mohd Khalid, angka-angka ini bukan sekadar statistik di atas kertas, tetapi ia adalah cerminan kepada ribuan mangsa yang terjejas punca pendapatan dan masa depan mereka akibat kelicikan sindiket penipuan.Katanya, dalam era yang didominasi teknologi digital, kebergantungan kepada transaksi dalam talian telah membuka ruang eksploitasi kepada penjenayah siber."Evolusi jenayah penipuan dalam talian atau scam yang semakin kompleks ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh, dinamik dan berteraskan kolaborasi strategik."Ancaman ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan, tetapi turut menggugat kesejahteraan sosial, meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap ekosistem digital serta memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhannya," ujarnya.Kata beliau, dalam era pendigitalan yang serba pantas ini, sindiket-sindiket ini sentiasa memperbaharui taktik dan kaedah operasi mereka dengan mengeksploitasi kemajuan teknologi serta kecanggihan platform komunikasi moden."Usaha pencegahan, pendidikan dan pembudayaan kesedaran keselamatan digital kini menjadi keutamaan yang mendesak dan perlu diperkasakan secara berterusan."Saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia agar sentiasa mengamalkan sikap waspada dalam setiap urusan kewangan, terutamanya transaksi dalam talian |
|
Polis Kelantan kesan dua lelaki, siasat kes culik dua individu berkaitan hutang dadah dan PATI - Sinarharian - 15/06 12:19 am KOTA BHARU Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai menjadi dalang dalam kes penculikan dua individu berkaitan hutang berjumlah RM33,000 yang melibatkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sindiket dadah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai Hamzah Muhamad, 40, dan Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar @ Mamat, 32, yang kini dipercayai berada di negara jiran.Menurut beliau, pihaknya telah mengeluarkan status orang dikehendaki terhadap mereka selain mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan kedua-dua lelaki berkenaan."Kita percaya suspek utama kes penculikan ini masih berada di Thailand berdasarkan pemantauan yang dijalankan."Hasil semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkait dengan jenayah dan narkotik," katanya semasa sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.Beliau memberitahu, kes tersebut terbongkar selepas polis menerima laporan daripada isteri salah seorang mangsa pada 6 Jun lalu yang mendakwa suaminya dilarikan oleh beberapa individu dari rumah.Ujarnya, kes penculikan itu membabitkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang merupakan pemilik bengkel dari Tumpat serta mempunyai 24 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.Menurut Mohd Yusoff, seorang lagi mangsa merupakan seorang buruh dari Pasir Mas berusia 35 tahun, manakala kedua-dua mereka merupakan sahabat kepada penghutang.Beliau berkata, sejurus menerima maklumat, pihaknya telah melancarkan Ops Tutup dengan bantuan Bukit Aman bagi mengesan pergerakan suspek dan mangsa."Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dipercayai telah dibawa masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram."Hasil kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, kedua-dua mereka berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada 8 Jun selepas ditinggalkan di tepi jalan di Mundok sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia," katanya.Ujar beliau, individu yang mempunyai hutang berkenaan gagal dikesan menyebabkan suspek bertindak menculik dua lelaki tersebut sebagai cagaran bagi memberi tekanan supaya hutang berkenaan diselesaikan.Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memberitahu, salah seorang suspek telah bertindak membakar sebuah kereta Perodua Myvi yang digunakan dalam penculikan berkenaan bagi menghapuskan bahan bukti, yang dilakukan di Gelang Mas, Pasir Mas.Menurutnya, bagi membantu siasatan, pihaknya telah menahan lima individu termasuk penghutang berusia 25 tahun serta teman wanitanya yang berusia lingkungan 20-an, dan kesemua mereka direman sehingga 22 Jun ini. |
|
PRN Johor: Amanah tanding 19 kerusi, sasar rampas semula Parit Yaani dan Kota Iskandar - Sinarharian - 15/06 10:53 am JOHOR BAHRU - PartiAmanah Negara (Amanah)berhasrat merampas semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini termasuk Parit Yaani dan Kota Iskandarpada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata DUN tersebut antara 19 kerusi akan ditandingi Amanah, selain Simpang Jeram iaitukerusi tunggal dimenangi parti itu pada PRN 2022."Amanah turut akan meletakkan calon diPermas, Kemelah, Tenang, Serom, Maharani dan Bukit Pasir," katanya kepada Bernama.Aminolhuda yang pernah memenangi kerusi DUNParit Yaani atas tiketPAS pada 2013 danPH-Amanah pada 2018 berkata, walaupun beberapa kawasan diketahui kubu kuat Barisan Nasional (BN), Amanah tekad memberikan saingan sengit pada PRN kali ini.Beliau berkata, parti itu turut menaruh keyakinan terhadap peluang di kawasan pinggir bandar.Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi PH Johor berkata, gabungan itu telah membuat keputusan menyerahkan kerusi DUN Endau, Pulai Sebatang dan Senggarang untuk ditandingiPKR.Berhubung kerusi DUN Puteri Wangsa dan Larkin yang dikaitkan dengan rundingan sesama parti komponen PH, Aminolhuda berkata setakat ini belum ada keputusan muktamad mengenai pengagihan dua kerusi tersebut.Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi MUDA menerusi Puteri Amira Aisya Abd Aziz dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjurumanakala DUN Larkin dimenangi BN menerusi Mohd Hairi Mad Shah dengan majoriti 6,178 undi.Pada PRN kali ini,DAP akan bertanding di 17 kerusi DUN manakala PKR di20 DUN.PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai dengan penamaan calon pada 27 Jun |
|
Penang to receive extra Community Sports Fund after exhausting RM800,000 allocation early this year - Malaymail - 15/06 10:31 am BUKIT MERTAJAM, June 15 The Ministry of Youth and Sports (KBS) has agreed to increase the allocation of the Comm... |
|
Baby girl among four killed as skidding trailer crushes Honda City near Bukit Tinggi - Malaymail - 15/06 8:52 am KUALA LUMPUR, June 15 Four individuals, including a year-old baby girl, were killed when the car they were in wa... |
|
Call for more inclusivity, accessibility, opportunities for deaf community - BorneoPost - 15/06 8:01 am SIBU (June 15): There must be greater inclusivity, accesibility and opportunities for the deaf community, said Bukit Assek assemblyman Joseph Chieng |
|
AKPS sita 26 tan ayam sejuk beku guna sijil halal palsu... - Mygazette - 15/06 7:43 am # AKPS sita 26 tan ayam sejuk beku guna sijil halal palsu di Bukit Kayu Hitam KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam melalui pegawai MAQIS AKPS menahan dan menyita satu konsainan ayam sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil halal palsu di Bay Pemeriksaan E3, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam |
|
Nahas di Karak: Pemandu treler miliki 15 rekod saman - Mygazette - 15/06 7:43 am # Nahas di Karak: Pemandu treler miliki 15 rekod saman KUALA LUMPUR - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang tadi, dikesan mempunyai 15 rekod saman trafik |
|
Treler terbabas turun bukit berselekoh punca kemalangan ragut 4 nyawa .. - Mygazette - 15/06 7:43 am # Treler terbabas turun bukit berselekoh punca kemalangan ragut 4 nyawa - Ketua Polis Pahang KUANTAN - Lori treler dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit berselekoh mengakibatkan ia terbabas dan terbalik menghempap sebuah kereta dalam kemalangan ngeri di kilometer 43, Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, Bentong petang tadi |
|
Jakim confirms fake halal cert in chicken seizure at Bukit Kayu Hitam - Malaymail - 14/06 8:09 pm BUKIT KAYU HITAM, June 14 The Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) seized 26,040 kilogrammes of... |
|
Tiga bas pekerja kilang musnah dalam kebakaran di Serendah - Mygazette - 14/06 3:02 pm # Tiga bas pekerja kilang musnah dalam kebakaran di Serendah HULU SELANGOR - Tiga buah bas pekerja kilang mengalami kerosakan teruk selepas terbabit dalam kebakaran di sebuah kawasan kilang di Man Lorry Serendah, Taman Melati Desa Kiambang, Serendah, di sini, awal pagi tadi |
|
Ideologi berbeza tak halang komponen PH terus kerjasama politik-Nie Ching - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Ideologi berbeza tak halang komponen PH terus kerjasama politik-Nie Ching KULAI - Parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai ideologi berbeza tidak menghalang untuk terus mengekalkan kerjasama politik malah terus bersama-sama berdepan pilihan raya |
|
Arthur mohon maaf, tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Arthur mohon maaf, tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri tahun ini JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa tiada peruntukan daripada kerajaan negeri dalam tahun ini |
|
PRN Johor: Senarai calon BN sudah peringkat akhir- Zahid - Mygazette - 14/06 3:01 pm # PRN Johor: Senarai calon BN sudah peringkat akhir- Zahid JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung bulan depan kini sudah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |