///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Bukit Bintang News   Page 1    



Balancing modernisation and food autonomy : the dilemma of pig farming .. - Sinchew - 9/05 7:31 am

Balancing modernisation and food autonomy : the dilemma of pig farming industry in Selangor Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil recently revealed that the Federal Government has established a clear stance on the management of pig farming in Selangor





Quranic Madani Night Reset di Bukit Bintang - Mygazette - 9/05 7:31 am

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.





Kenyataan Zuhan gesa rakyat hukum UMNO Johor keterlaluan – Rohsawal - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Kenyataan Zuhan gesa rakyat hukum UMNO Johor keterlaluan - Rohsawal JOHOR BAHRU - Kenyataan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Zuhan Zain yang menggesa rakyat menghukum UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang kerana gagal mentadbir Johor adalah keterlaluan dan dakwaan yang tidak berasas





Wanita maut, seorang lagi parah nahas dua motosikal - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Wanita maut, seorang lagi parah nahas dua motosikal TANGKAK - Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan dua motosikal di Kilometer 32, Jalan Kebun Baru-Bukit Serampang di sini hari ini





Proses pinda akta banduan warga asing dibenarkan bekerja kini fasa akhir .. - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Proses pinda akta banduan warga asing dibenarkan bekerja kini fasa akhir - Saifuddin KULAI - Proses meminda Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang melonggarkan banduan warga asing untuk dibenarkan bekerja dalam pelbagai sektor dalam negara kini berada pada fasa akhir





Penduduk Gelugor bantah projek 61 tingkat di Lot 642 - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Penduduk Gelugor bantah projek 61 tingkat di Lot 642 GEORGE TOWN - Kira-kira 50 penduduk sekitar Gelugor mengadakan bantahan aman hari ini bagi mendesak kerajaan negeri mengkaji semula cadangan pembangunan projek berintensif tinggi di Lot 642, Bandar Gelugor yang didakwa bakal menjejaskan keseimbangan kawasan kejiranan itu





Quranic Madani Bukit Bintang bawa mesej kasih sayang, perpaduan rakyat .. - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Quranic Madani Bukit Bintang bawa mesej kasih sayang, perpaduan rakyat - Zulkifli KUALA LUMPUR Penganjuran Quranic Madani di lokasi tarikan pelancong di Bukit Bintang di sini hanyalah semata-mata untuk memperkukuh perpaduan serta menyemai mesej kasih sayang dalam kalangan rakyat Malaysia





Tanah runtuh di Kg Bukit Sungai Putih, penduduk diarah keluar Tanah runtuh .. - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Tanah runtuh di Kg Bukit Sungai Putih, penduduk diarah keluar KUALA LUMPUR - Penduduk sebuah rumah di Kampung Bukit Sungai Putih, Ampang dekat sini berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah berhampiran kediaman mereka akibat hujan lebat petang tadi





Buletin Toyota Yaris Cross Rasmi Dilancarkan – Ice Dan Hev, Harga .. - Mekanika - 9/05 7:31 am

# TOYOTA YARIS CROSS RASMI DILANCARKAN - ICE DAN HEV, HARGA MULA RM99K **UMW Toyota Motor rasmi melancarkan Toyota Yaris Cross untuk pasaran Malaysia, sekali gus menambah pilihan dalam segmen SUV kompak dengan penawaran varian petrol dan hibrid.** Model baharu ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Bukit Raja, Selangor, dengan harga bermula RM99,000 bagi varian 1.5S petrol, manakala versi Hybrid pula dijual pada harga RM109,900





Ribuan redah hujan, Bukit Bintang bertukar lautan selawat dan salam perpaduan - Harapandaily - 9/05 7:03 am

Turut hadir Dr. Zulkifli Hasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Puan Nurul Izzah Anwar Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana, Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Ustaz Haji Ahmad Fawwaz Fadzil, Kumpulan Rabbani di Bukit Bintang Kuala Lumpur





Generational shift, rising expectations shaping Bidayuh political landscape, says analyst - BorneoPost - 9/05 7:01 am

KUCHING (May 9): Generational transition and rising voter expectations are emerging as key factors shaping the political landscape in the eight Bidayuh-majority constituencies ahead of the coming state election, said political analyst Prof Dr Novel Lyndon





Alunan Merdu Ayat Suci Al-Quran Bergema Di Bukit Bintang - Siakapkeli - 8/05 11:44 pm

Alunan Merdu Ayat Suci Al-Quran Bergema Di Bukit Bintang Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW





Tanah runtuh: Penghuni sebuah rumah diarah kosongkan kediaman - FMT - 8/05 11:01 pm

Bomba sedang memantau kawasan kejadian di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat.





Penghuni rumah diarah keluar susulan tanah runtuh - Sinarharian - 8/05 10:09 pm

AMPANG - Penghuni sebuah rumah di Kampung Bukit Sungai Putih di sini diarahkan keluar sebagai langkah keselamatan susulan kejadian runtuhan tanah berhampiran kediaman mereka pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.17 petang."Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai."Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan tanah dengan jarak kira-kira 1.22 meter dari kawasan rumah terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, anggota bomba turut menjalankan pemantauan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada risiko bahaya kepada penduduk."Pihak bomba turut memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi tindakan lanjut," katanya.Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari turut turun padang meninjau kejadian pergerakan tanah di kawasan berkenaan.MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau tiba di lokasi kira-kira jam 6 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut serta meninjau keadaan semasa di kawasan kejadian."Skuad PANTAS MPAJ turut hadir sejurus menerima laporan untuk melaksanakan tindakan awal dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.Orang ramai yang ingin membuat aduan kecemasan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi Skuad PANTAS MPAJ di talian 03-4285 7333.





Quranic Madani bakal diperluas, sebarkan mesej kasih sayang - Kosmo - 8/05 9:53 pm

KUALA LUMPUR Program Quranic Madani yang berlangsung di Bukit Bintang di sini malam ini bakal diperluaskan pada skala lebih besar pada masa akan datang bagi memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat





Nurul Izzah curi perhatian pengunjung Quranic Madani - Sinarharian - 8/05 9:48 pm

KUALA LUMPUR - Kehadiran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ke program Quranic Madani di Bukit Bintang pada Jumaat malam mencuri perhatian ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan tumpuan pelancong itu.Beliau tiba kira-kira jam 9 malam dalam suasana hujan baru berhenti sambil disambut orang ramai yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama.Walaupun program berlangsung dalam keadaan jalan sekitar Bukit Bintang sesak dan cuaca tidak menentu, orang ramai dilihat terus memenuhi lokasi program untuk bersama-sama berselawat, berzikir dan mendengar tausiah agama.Kehadiran Nurul Izzah dilihat menambah lagi kemeriahan program apabila beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan peserta termasuk golongan muda dan keluarga yang hadir.Rata-rata pengunjung menyifatkan program berkenaan berjaya membawa suasana damai di tengah kesibukan ibu kota selain menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang menerusi mesej kasih sayang dan perpaduan yang diketengahkan dalam Quranic Madani.Seorang pengunjung, Mohamad Anas Mohamad Nor, 30, berkata, program seperti itu memberi suasana baharu kepada Bukit Bintang yang kebiasaannya sinonim dengan hiburan dan kesibukan kota."Bila tengok ramai hadir walaupun hujan, saya rasa program macam ini memang dekat di hati masyarakat





All Star Legends Bakal 'Gegar' Bukit Jalil, Dibarisi Bintang Bola Sepak Dunia - Siakapkeli - 8/05 9:45 pm

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2026 Peminat bola sepak di Malaysia bakal dipersembahkan dengan satu perlawanan bola sepak yang tidak dapat dilupakan





Tanah runtuh di Ampang: Penghuni diarah keluar rumah - Kosmo - 8/05 9:43 pm

AMPANG – Penduduk sebuah rumah di Kampung Bukit Sungai Putih di sini, diarahkan keluar selepas berlaku runtuhan tanah berhampiran kediaman mereka petang tadi





Quranic Madani bakal diperluas, sebarkan mesej kasih sayang Menteri Agama - Sinarharian - 8/05 9:30 pm

KUALA LUMPUR - Program Quranic Madani yang berlangsung di Bukit Bintang pada Jumaat malam akan diteruskan secara lebih besar pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh ukhuwah dan perpaduan masyarakat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, program itu bukan sekadar himpunan zikir, munajat dan selawat, malah membawa mesej sejagat berteraskan kasih sayang serta kemanusiaan.Beliau berkata, sambutan luar biasa daripada ribuan pengunjung walaupun dalam keadaan hujan lebat membuktikan masyarakat dahagakan program kerohanian yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang."Kita ingin menyampaikan mesej yang universal, mesej kasih sayang





Bukit Bintang bergema alunan kerohanian Quranic Madani - Sinarharian - 8/05 8:58 pm

KUALA LUMPUR - Suasana hiruk-pikuk Bukit Bintang malam ini bertukar lebih tenang dan penuh penghayatan apabila kawasan tumpuan pelancong itu menjadi lokasi penganjuran program kerohanian Quranic Madani: Night Reset.Program bertemakan 'Bersatu Dalam Saf' yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam itu menghimpunkan orang ramai untuk bersama-sama mengimarahkan malam Jumaat menerusi pelbagai pengisian rohani di tengah ibu kota.Antara pengisian utama program ialah solat fardu Isyak dan solat sunat Hajat berjemaah selain bacaan Surah Al-Mulk yang dijadual bermula jam 9 malam.Program itu turut diserikan dengan tausiah daripada pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Farkhan Daie, Maulana Khairi dan Ustaz Haris Ismail bagi menyampaikan peringatan serta motivasi kerohanian kepada pengunjung.Dalam masa sama, kumpulan nasyid Rabbani dijangka memeriahkan suasana menerusi dua persembahan khas pada jam 9.45 malam dan 10.10 malam sebelum majlis perasmian diadakan pada jam 10.40 malam.Penganjur turut mengajak orang ramai hadir beramai-ramai sambil menasihatkan pengunjung membawa sejadah sendiri bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung.





2,500 residents oppose resort, link road at Bukit Kiara park - FMT - 8/05 8:55 pm

Residents association chairman Abu Hafiz says the development could lead to more than 6,000 vehicles a day using the road.





Sultan Selangor berkenan terima menghadap Fahmi, sembah maklum isu akaun palsu kerabat diraja - Sinarharian - 8/05 8:46 pm

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan pada Jumaat.Pertemuan itu dikongsikan menerusi Facebook Selangor Royal Office, manakala Fahmi dalam hantaran di Threads memaklumkan sesi menghadap tersebut bagi menerima sembah maklum berhubung laporan penurunan akaun palsu melibatkan kerabat diraja di media sosial dalam tempoh Januari hingga April 2026.Fahmi menambah, sebanyak 15,296 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat diraja dikenal pasti hasil pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan awam diterima.Beliau berkata, jumlah itu termasuk akaun palsu yang menggunakan nama Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin."Susulan itu, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini, penyedia platform media sosial telah menurunkan sebanyak 14,750 akaun berkenaan," katanya.Dalam sesi menghadap itu, Fahmi berkata, baginda turut disembah maklum mengenai pelaksanaan sistem pengesahan identiti secara elektronik atau e-KYC sebagai usaha memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan keluarga dalam persekitaran digital.Katanya, beliau turut menjunjung kasih atas pandangan, titah dan nasihat baginda berkaitan pelbagai isu semasa termasuk penyalahgunaan platform dalam talian serta isu 3R yang semakin membimbangkan."Patik juga mengambil maklum atas kebimbangan dan kegusaran Tuanku terhadap pelbagai isu semasa yang berlegar di media sosial dan kaedah yang digunakan oleh pihak berwajib untuk menanganinya,"kongsinya lagi.





Jalan Bukit Bintang Ditutup Bermula Tengah Malam Ini Sempena Program Quranic Madani - Siakapkeli - 8/05 6:12 pm

Jalan Bukit Bintang Ditutup Bermula Tengah Malam Ini Sempena Program Quranic Madani - Jalan Bukit Bintang akan ditutup bermula 12 tengah malam ini hingga 5





Pekerja stesen minyak meninggal dunia di puncak Bukit Gunong - Sinarharian - 8/05 5:01 pm

BACHOK Seorang pekerja stesen minyak meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas sebaik sahaja tiba di puncak Bukit Gunong di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Mohd Yusof Hamat, 41, dari Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu dikatakan mendaki bukit berkenaan seorang diri.Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Ibrahim Mohd Rohni berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebaik tiba di puncak bukit berkenaan.Menurut beliau, ketika kejadian terdapat seorang doktor dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang secara kebetulan mendaki bersama ahli keluarganya di lokasi sama."Doktor terbabit telah memberikan bantuan kecemasan awal kepada mangsa sebelum menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Beliau memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.Ujarnya, sebuah unit pengusung dan tali webbing dibawa ke lokasi pendakian yang berada pada ketinggian kira-kira 317 meter dari aras laut."Bagaimanapun, sebaik tiba di puncak, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)."Mayat mangsa kemudian dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut





'Ibarat bercakap dengan tembok, bukan manusia' - Sinarharian - 8/05 4:36 pm

PENGARAH Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky mengingatkan pemain supaya tidak memandang ringan soal disiplin selepas berkali-kali diberikan peluang untuk memperbaiki sikap oleh barisan kejurulatihan.Menurutnya, kegagalan segelintir pemain berubah walaupun sudah menerima pelbagai teguran membuktikan isu berkenaan tidak boleh lagi dianggap perkara kecil dalam kem badminton negara."Amaran itu memang perlu tetapi kalau sudah banyak kali diingatkan, ia sepatutnya tidak berlarutan sampai amaran ketiga atau keempat."Kalau sudah sampai 10 kali diberi peringatan, itu ibarat bercakap dengan tembok, bukan dengan manusia," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Jumaat.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei yang sebelum ini menggesa aspek disiplin diberi perhatian serius jika Malaysia mahu kembali muncul sebagai kuasa besar badminton dunia.Rexy berkata, beliau menyokong penuh pandangan legenda badminton negara itu kerana disiplin menjadi asas utama dalam membentuk kejayaan seseorang atlet, bukan sahaja dalam sukan malah dalam kehidupan secara keseluruhan."Saya bukan setuju 100 peratus, tetapi 10,000 peratus dengan apa yang diperkatakan Chong Wei."Dalam apa juga bidang, disiplin adalah perkara paling utama yang menentukan sama ada seseorang itu mampu berjaya atau tidak pada masa depan," katanya.Pada masa sama, Rexy menjelaskan disiplin bukan hanya berkaitan kepatuhan terhadap arahan jurulatih, sebaliknya membabitkan kesedaran pemain terhadap tanggungjawab sebagai atlet kebangsaan yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.Katanya, kebanyakan pemain masih muda dan ada kalanya terlupa setiap tindakan mereka membawa imej negara serta dinilai oleh penyokong.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pasukan profesional dunia mempunyai peraturan tegas termasuk mengenakan denda tinggi terhadap pelanggaran disiplin, justeru pemain negara tidak seharusnya mengambil mudah pendekatan lebih terbuka yang diamalkan BAM."Peraturan ini bukan kerana kami tidak suka kepada pemain tetapi disiplin itulah yang akan membantu mereka mencapai kejayaan," katanya.





From RM 99k, Toyota Yaris Cross Launched In Malaysia, Petrol and HEV variants - Piston - 8/05 4:25 pm

The Toyota Yaris Cross is now officially launched in Malaysia





Quranic Madani: Jalan Bukit Bintang ditutup tengah malam ini - Sinarharian - 8/05 3:33 pm

KUALA LUMPUR - Jalan Bukit Bintang akan ditutup bermula 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok bersempena program Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintangyang diadakan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur





Sheikh Umar tempelak hantaran sinis individu polemikkan Quranic Madani - Harapandaily - 8/05 3:23 pm

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali menegur pihak yang cuba mempolemikkan program Quranic Madani di Bukit Bintang dengan dakwaan kononnya untuk ‘menutup’ kontroversi Rain Rave sebelum ini





Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Ditetap 17 Mei - Wrlr - 8/05 3:09 pm

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penetapan tarikh Awal Zulhijah (1 Zulhijah) akan diisytiharkan pada malam hari sama melalui siaran radio serta televisyen





Bersama Kita Menyemai Kelestarian Di Pavilion Bukit Jalil - Siakapkeli - 8/05 3:00 pm

Bersama Kita Menyemai Kelestarian Di Pavilion Bukit JalilPavilion Bukit Jalil mengajak para pengunjung untuk menyumbang ke arah masa depan lebih hijau menerusi...





Jalan Bukit Bintang ditutup bermula malam ini sempena Quranic Madani - Mygazette - 8/05 2:48 pm

# Jalan Bukit Bintang ditutup bermula malam ini sempena Quranic Madani KUALA LUMPUR - Jalan Bukit Bintang akan ditutup bermula jam 12 tengah malam ini sehingga 5 pagi esok, sempena penganjuran program Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang





Pemuda Pas Melaka buat laporan polis isu video dakwaan libatkan PM,... - Mygazette - 8/05 2:48 pm

# Pemuda Pas Melaka buat laporan polis isu video dakwaan libatkan PM, Farhash KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (DPPNM) semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan tular membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak





No need to rush for new MyKad replacement - Saifuddin - Sinardaily - 8/05 2:35 pm

JOHOR BAHRU - Holders of existing MyKad nationwide are not required to replace their identity cards when the new version is introduced on June 1, Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said.He said while possessing a MyKad is mandatory for Malaysians aged 12 and above, there is no requirement for cardholders to replace their MyKad simultaneously.More than 20 million Malaysians currently hold the identification card."I urge the public not to rush to the National Registration Department (JPN) to change their MyKad."The law does not require holders of the existing MyKad to immediately replace their cards once the new version is introduced, he told a press conference after inspecting the Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS) Link project at the Sultan Iskandar Building Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex and Bukit Chagar Station here today.Also present was Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.Saifuddin said this when asked whether the replacement of existing MyKad with the new version featuring enhanced security elements would be made compulsory for all Malaysians.Earlier, JPN director-general Datuk Badrul Hisham Alias reportedly said the new MyKad would feature 53 security elements compared with 23 on the current card.The enhanced features include laser engraving, ultraviolet elements, holograms, guilloche patterns, microtext, a Quick Response (QR) code for enforcement purposes and a chip with upgraded encryption.Besides MyKad, new versions of MyPoCA and MyTentera will also be introduced next month





Jalan Bukit Bintang closed from midnight for Quranic Madani event at Pavilion KL - Malaymail - 8/05 2:18 pm

KUALA LUMPUR, May 8 Jalan Bukit Bintang will be closed from midnight tonight until 5am tomorrow to make way for...





Jalan Bukit Bintang Ditutup Tengah Malam Ini! Ada Program Quranic Madani Depan Pavilion - Ohmedia - 8/05 1:34 pm

Jalan Bukit Bintang ditutup malam ini sempena program Quranic Madani





Pelayan bar didakwa pandu mabuk sebabkan kematian ibu muda - Sinarharian - 8/05 1:22 pm

MELAKA - Seorang pelayan bar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal yang juga ibu muda dalam kejadian Selasa lalu.Tertuduh, S Darshan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Ujong Pasir, hadapan Kondominium Pasir Mutiara sekitar jam 2.30 pagi.Kemalangan itu mengakibatkan kematian penunggang motosikal, Nur Aleya Natasha Roslan, 21.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000.Selain itu, tertuduh juga hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan.Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 serta syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah.Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Mawardi Zainudin memohon jaminan rendah dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan RM2,200 sebulan dan menanggung bapanya yang berusia 58 tahun.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Sinar Harian pada Selasa melaporkan mangsa, Nur Aleya Natasha disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki akibat kemalangan itu.Ketika kejadian kereta dipandu suspek dalam perjalanan dari arah Bandar Hilir menuju ke Serkam sebelum dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar motosikal mangsa yang datang dari arah Bukit Lintang menghala ke Bandar Melaka.Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.





May 17 set for Aidiladha moon sighting - Sinardaily - 8/05 12:59 am

PUTRAJAYA - The sighting of the new moon of Zulhijjah to determine the date of Aidiladha this year has been set for Sunday (May 17) at 29 locations nationwide.The Office of the Keeper of the Rulers Seal, in a statement, said that the official date for Aidiladha will be announced on the same night via radio and television broadcasts."The Conference of Rulers has agreed that the determination of the date for Aidiladha will be based on the rukyah (moon sighting) and hisab (astronomical calculations) methods, it said.The 29 locations nationwide include Baitul Hilal Sultan Ismail Building in Pontian, Johor; the Al-Khawarizmi Astronomy Complex in Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; the Negeri Sembilan Observatory (MAINS); Baitul Hilal Bukit Melawati in Kuala Selangor, Selangor; and Baitul Hilal Bukit Jugra in Banting, Kuala Langat, Selangor.Other locations include the Selangor Observatory in Sabak Bernam, Selangor; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang in Manjung, Perak; and the Sheikh Tahir Astronomy Centre in Pantai Aceh, Penang.In Kedah, the locations are Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah on Langkawi Island; and Menara Alor Setar.Other locations are Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; the KUSZA Observatory in Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan; and Bukit Kampong Tembeling in Kuala Krai, Kelantan.Additional locations include Menara Bangunan SEDC in Kota Bharu, Kelantan





Tiga warga Korea Selatan didakwa kes culik lelaki - Sinarharian - 8/05 12:43 am

RAUB - Tiga warga Korea Selatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat ataspertuduhan menculik seorang lelaki di Genting Highlands pada 17 April lepas.Bagaimanapun, pertuduhan terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 hingga 40 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris.Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang Sharizat Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes, selain tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin.Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa bahasa Korea hadir ke mahkamah dantidak membenarkan ikat jamin terhadap ketiga-tiga tertuduh.Sharizat memaklumkan kesemua tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun ataumaksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 24 April lepas, media melaporkan Polis Diraja Malaysia menumpaskan kumpulan penculik yang didalangi warga Korea Selatan serta membekukan mata wang kripto Tether bernilai AS$2.46 juta (kira-kira RM11.5 juta) yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M





From Water Festival To Night Prayers: Bukit Bintang Hosts Mass Quranic Madani Event With PM Anwar In Attendance - Rakyatpost - 8/05 12:41 am

Running from 8 pm to 11 pm, the event organised by Federal Territories Islamic Religious Council features congregational Isyak and Hajat prayers, a recitation of Surah Al-Mulk, and religious talks by three invited scholars.





Samseng bermotosikal simbah petrol, bakar kenderaan giat diburu - Sinarharian - 8/05 12:18 am

SHAH ALAM - Polis masih giat memburu sekumpulan lelaki bermotosikal yang membakar dua kenderaan milik seorang pengimpal di Kapar, Klang pada 28 April lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sebelum ini telah melaksanakan siri tangkapan susulan kejadian itu."Setakat ini, tiada lagi tangkapan positif yang terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan."Namun, siasatan masih diteruskan dan polis mempergiatkan operasi mengesan suspek berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Jumaat.Tambah Shazeli, motif kes itu belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.Media sebelum ini melaporkan tindakan berani kumpulan lelaki itu menggemparkan penduduk di Kapar kira-kira jam 12.12 tengah malam.Kejadian tular itu disedari mangsa berusia 55 tahun selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat Toyota Avanza dan Perodua Myvi miliknya terbakar.Dalam pada itu, kata Shazeli, polis masih menyiasat kes membabitkan 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam rompakan berkumpulan di Kajang pada Februari lalu."Kes itu setakat ini masih pada status sama dan kita memerlukan sedikit masa lagi kerana melibatkan laporan teknikal."Jika ada sebarang perkembangan lanjut, polis akan memaklumkannya kelak," ujarnya.





Ronaldo hilang tujuh juta pengikut di Instagram - Sinarharian - 8/05 12:02 am

PLATFORM media sosial popular, Instagram, baru-baru ini telah melakukan pembersihan besar-besaran terhadap akaun palsu dan tidak aktif menyebabkan ramai tokoh ternama dunia termasuk bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mengalami penurunan jumlah pengikut yang ketara.Proses itu menyaksikan jutaan akaun bot disingkirkan daripada sistem sekali gus memberi kesan kepada selebriti yang memiliki jumlah pengikut tertinggi di platform tersebut.Ronaldo, yang memegang rekod sebagai individu paling ramai pengikut di Instagram, dilaporkan kehilangan kira-kira tujuh juta pengikut





Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 17 Mei - Sinarharian - 8/05 11:37 am

PUTRAJAYA - Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagitahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah di 29 lokasi di seluruh negara.Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan penetapan tarikh Awal Zulhijah (1 Zulhijah) akan diisytiharkan pada malam hari sama melalui siaran radio serta televisyen."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah."Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab," menurut kenyataan itu.Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Balai Cerap Negeri Sembilan (MAINS); Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangordan Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.Lokasi lain ialahBalai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perakdan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau PinangDi Kedah, lokasinya ialahStesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawidan Menara Alor Setar.Lokasi lain adalah Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan dan Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.Selain ituStesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Pusat Falak Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang; Menara 188, Kuantan, Pahang dan Menara Universiti Malaysia Sabah serta Kampus Antarabangsa Labuan turut ditetapkan sebagai lokasi melihat anak bulan.Lokasi lain ialahMenara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajayadan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis





Shamsul Iskandar fail rayuan pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi - Sinarharian - 8/05 11:10 am

KUALA LUMPUR Pembelaan kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bahawa, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di sini selepas gagal dalam permohonannya untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi di sini.Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, rayuan itu difailkan pada Rabu lalu selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin menolak permohonan Shamsul Iskandar, 51, pada 28 April.Ditanya sama ada pihak pembelaan akan memohon penangguhan perbicaraan, beliau berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan."Buat masa ini, kami mengikut prosiding sedia ada dan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes," katanya kepada Hakim, Suzana Hussin.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan berkata, beberapa dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan.Katanya, masih terdapat dokumen lain yang belum diberi kepada pembelaan dan ia akan dilampirkan dalam masa terdekat.Selepas mendengar permohonan berkenaan, mahkamah menetapkan 29 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada 28 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemindahan kes, selepas mendapati Shamsul Iskandar tidak memenuhi syarat di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.Pada 4 Disember 2025, dia didakwa atas dua pertuduhan, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, bersetuju untuk menerima suapan sebanyak RM100,000 dan memperoleh RM40,000 daripada ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.Bagi dua lagi pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama dua penggal bermula 2013 itu didakwa menerima kelengkapan perabot dan barangan elektrik masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249.Ia sebagai dorongan membantu syarikat-syarikat Jiann Cheing, mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, sedangkan perbuatan itu tiada hubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 24 November 2023 dan 5 Mac 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pada 5 Disember 2025, dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM64,924 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik individu lain, bagi tujuan pembayaran penyewaan sebuah rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya Kuala Lumpur daripada Tei.Suapan itu sebagai dorongan bagi membantu syarikat yang mempunyai kepentingan kepada Tei untuk mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan





Menteri Ekonomi Tinjau Projek Infrastruktur Di Kedah: Pelaksanaan Projek Pembangunan Perlu Sampai Kepada Rakyat - Lobakmerah - 8/05 10:50 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





That Free Fertiliser At Pavilion Shopping Malls? It Used To Be Your Lunch - Rakyatpost - 8/05 10:46 am

Pavilion Bukit Jalil has been running a quiet circular economy since 2021 food waste from tenant kitchens goes into a composting machine, which converts every 1,000 kg into 200 kg of fertiliser and 800 litres of reusable water





Fenomena Vijay, TVK dan kebangkitan kuasa rakyat - Mygazette - 8/05 7:47 am

**KEBANGKITAN** Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang dipimpin bintang terkenal India, Thalapathy Vijay kini menjadi fenomena politik baharu mengejutkan banyak pihak





JAWI Bakal Tawan Bukit Bintang Jumaat Ini, PM Anwar Dijangka Hadir - Wrlr - 7/05 7:32 pm

Paparan poster Program Quranic MADANI: Night Reset Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang pada 9 Mei 2026





Hero filem bakal CM? Parti Vijay goncang Tamil Nadu tapi belum cukup kerusi - Harapandaily - 7/05 7:00 pm

Bintang filem terkenal India, Vijay kini semakin hampir mencipta sejarah politik apabila partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), muncul sebagai parti terbesar dalam pilihan raya Tamil Nadu 2026 sekali gus menggugat dominasi tradisi DMK dan AIADMK





Anggota keselamatan terus pantau stesen minyak, bendung ketirisan subsidi - Sinarharian - 7/05 6:03 pm

KUANTAN - Kerajaan akan terus menempatkan anggota keselamatan di stesen minyak berhampiran sempadan berikutan langkah itu terbukti memberi impak signifikan dalam mengekang ketirisan serta penyelewengan bahan api bersubsidi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil pemantauan di 170 stesen minyak berhampiran sempadan di enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor menunjukkan penurunan jualan petrol RON95 bersubsidi sehingga 20 peratus.Menurutnya, pengawasan berterusan sejak langkah itu dilaksanakan susulan krisis tenaga global berjaya mengurangkan pembelian oleh pihak yang tidak layak menerima subsidi berkenaan."Saya menerima laporan harian daripada bilik operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diwujudkan susulan krisis Asia Barat itu dan melalui pemantauan stesen minyak dekat sempadan, kita dapati jualan RON95 bersubsidi merosot sehingga 20 peratus manakala jualan RON97 tanpa subsidi meningkat."Ini memberi gambaran sebelum adanya kawalan, terdapat pembelian oleh pihak tidak layak





[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..” - Murai - 7/05 6:00 pm

Pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen selepas berkongsi putera sulungnya, Aezriel (Ace) yang mahu membantu pihak yang berada dalam kesusahan. Dr Say menerusi hantaran di Instagram, mengakui rasa terkejut apabila Ace secara tiba-tiba meminta wang kepada dia dan isteri ketika mereka meluangkan masa bersama di sekitar Bukit Bintang





Sindiket sorok syabu dalam kereta terpakai tumpas, rampasan lebih RM18 juta - Sinarharian - 7/05 4:53 pm

TAWAU - Cubaan sindiket pengedaran dadah menggunakan kenderaan terpakai bagi menyembunyikan syabu untuk diseludup ke negeri ini akhirnya terbongkar apabila polis berjaya menumpaskan rangkaian berkenaan menerusi dua operasi berasingan di Tawau dan Sarawak.Dalam operasi tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM18.79 juta serta menahan empat lelaki tempatan berusia antara 34 hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan pada 21 April dan 1 Mei lalu di Sabah, hasil kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di Batu 15, Jalan Apas, di sini membawa kepada penahanan dua suspek bersama sebuah Toyota Harrier sebelum pemeriksaan menemukan 128 paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 130.60 kilogram."Susulan itu, serbuan kedua dilakukan ke atas dua lagi kenderaan iaitu Nissan Sylphy dan Toyota Camry di Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas."Hasil pemeriksaan menemukan 85 bungkusan syabu seberat 90.41 kilogram serta 488 bungkusan cecair disyaki fentanyl sebanyak 0.98 liter dalam Nissan Sylphy," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Khamis.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas Toyota Camry pula menemukan 99 bungkusan syabu seberat 102.90 kilogram.Katanya, jumlah keseluruhan rampasan di Sabah membabitkan 323.91 kilogram methamphetamine dan 0.98 liter fentanyl dengan nilai dianggarkan RM16.34 juta."Rampasan ini boleh menjejaskan kira-kira 1.58 juta pengguna dadah."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari lalu dengan modus operandi menggunakan kenderaan terpakai serta ruang tersembunyi dalam kenderaan sebelum dadah diseludup masuk ke Sabah," katanya.Menurutnya lagi, siasatan mendapati seorang suspek berperanan sebagai penghantar atau transporter, manakala seorang lagi dipercayai ahli sindiket."Hasil semakan juga mendapati suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan jenayah, manakala suspek kedua mempunyai dua rekod jenayah."Kedua-dua suspek telah didakwa di mahkamah semalam," katanya.Beliau berkata, pihaknya turut menyita harta berkaitan sindiket bernilai RM34,000 termasuk sebuah Volkswagen Passat, motosikal Yamaha Y16ZR dan wang tunai RM8,000.Sementara itu, dalam operasi berasingan dikenali Op Coleoptera di Sarawak pada 2 Mei lalu, JSJN menahan dua lelaki tempatan di Miri.Katanya, pemeriksaan di dua rumah berjaya merampas wang tunai RM820,000 selain beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes G-Wagon Brabus, dua Ford Mustang dan Toyota Harrier."Suspek pertama dipercayai ketua sindiket manakala suspek kedua berperanan sebagai rakan kongsi atau transporter."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Jun tahun lalu dengan modus operandi menyeludup bekalan dadah menggunakan pelbagai kaedah termasuk penghantaran kontena melalui laluan laut sebelum diedarkan ke Sabah, Sarawak dan pasaran antarabangsa," katanya.Menurutnya, jumlah keseluruhan sitaan di Sarawak dianggarkan RM2.42 juta."Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





Kritikan terhadap UMNO di N9 kerana akar umbi PH tak jelas pendirian parti .. - Mygazette - 7/05 4:18 pm

Tapi kumpulan itu adalah kumpulan mereka, katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu melayan desakan Pemuda Pas Selangor supaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletakkan jawatan susulan penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang baru-baru ini





Zahid dismisses opposition criticism over Bukit Bintang event, says PAS no better when in government - Malaymail - 7/05 3:29 pm

KUALA LUMPUR, May 7 Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today dismissed opposition criticism ove...





PM dijangka sertai program Quranic Madani di Bukit Bintang esok - Sinarharian - 7/05 3:01 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir memeriahkan program Quranic Madani: Night Reset Bersatu Dalam Saf yang diadakan di Bukit Bintang di sini pada Jumaat.Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu dijadual berlangsung dari jam 8 hingga 11 malam di Jalan Bukit Bintang, bersebelahan Fahrenheit.Menurut kenyataan dimuat naik di Facebook MAIWP, program itu akan diisi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk solat Isyak berjemaah, solat hajat, bacaan surah Al-Mulk serta tazkirah ringkas.Turut dijangka hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan selain penampilan khas Nurul Izzah Anwar.Program pengisian lain antaranya tazkirah agama disampaikan beberapa pendakwah jemputan termasuk Ustaz Farkhan Da'ie, Maulana Khairi dan Ustaz Haris Ismail.Program itu turut menyaksikan perasmian rasmi Quranic Madani sebelum diakhiri dengan doa penutup dan bersurai pada jam 11 malam."Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir





BISA 2026: Malaysia miliki tiga kelebihan, terus berdaya tahan walau dunia dilanda krisis - Sinarharian - 7/05 1:42 pm

PETALING JAYA - Malaysia bertuah kerana memiliki tiga kelebihan utama yang mampu memastikan negara terus berjaya dan berdaya tahan meskipun dunia ketika ini dilanda pelbagai krisis di luar kawalan.Berteraskan prinsip daripada Sun Tzu: The Art of War, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, kelebihan itu merangkumi tian shi, di li, ren he iaitu kestabilan politik dan iklim yang kondusif, kedudukan geografi strategik serta kekuatan faktor manusia dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.Menurut beliau, ia meletakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi ketidaktentuan global berterusan termasuk ketegangan geopolitik dan krisis ekonomi, sambil konsisten menyokong pertumbuhan perniagaan serta inovasi."Dalam dunia yang dilanda pelbagai krisis, banyak perkara berada di luar kawalan kita namun Malaysia mempunyai tiga bahan utama bagi membolehkan kita terus berjaya."Pertama, kita ada kestabilan politik dan iklim





MBKS urged to fix dilapidated Tabuan Jaya’s Lrg Bayor Bukit 1 drains - BorneoPost - 7/05 12:10 am

KUCHING (May 7): The Democratic Action Party (DAP) Stampin Parliamentary Service Centre has urged the Kuching South City Council (MBKS) to address the poorly maintained drains along Lorong Bayor Bukit 1 in Tabuan Jaya here





Bartomeu buka cerita tawaran misteri RM1.8 bilion untuk Messi - Sinarharian - 7/05 10:00 am

BEKAS Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mendedahkan rahsia besar bahawa gergasi Catalan itu hampir kehilangan Lionel Messi pada 2017 menerusi perpindahan rekod dunia, tidak lama selepas pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG).Bartomeu mendakwa sebuah kelab misteri yang mendapat suntikan dana dari Timur Tengah bersedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan bintang Argentina itu yang mencecah angka luar biasa.Dalam satu temu bual eksklusif bersama Cadena SER, Bartomeu membuka cerita mengenai tempoh paling mencabar sepanjang kepimpinannya di Camp Nou.Katanya, selepas dikejutkan dengan penghijrahan Neymar ke PSG pada 2017, pihak pengurusan kelab berada dalam keadaan berjaga-jaga sebelum menyedari wujud satu operasi kewangan besar-besaran untuk 'mencuri' Messi dari Sepanyol."Beberapa minggu selepas Neymar pergi, khabar angin mula bertiup kencang bahawa sebuah kelab sedang menyediakan 400 juta (RM1.8 bilion) untuk Messi iaitu jumlah klausa pelepasannya ketika itu," katanya.Nilai tersebut adalah hampir dua kali ganda daripada rekod dunia 222 juta (RM1 bilion) yang dibayar untuk Neymar, sekali gus bakal mengubah landskap bola sepak Eropah secara total jika ia berlaku.Meskipun Manchester City sering dikaitkan dengan Messi susulan kehadiran Pep Guardiola, Bartomeu dengan tegas menafikan kelab England itu adalah pihak yang cuba melakukan 'rompakan' tersebut.Beliau memberi bayangan bahawa sokongan kewangan itu datang daripada sumber peringkat kerajaan yang menambah misteri mengenai identiti sebenar kelab berkenaan."Dana daripada sebuah negara Arab telah dipindahkan ke akaun-akaun di Eropah





Jaket AiSU '6 dalam 1' - Sinarharian - 7/05 9:30 am

KUALA LUMPUR - Berinspirasikan cabaran sebenar di lapangan, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghasilkan jaket AiSU berfungsi '6 dalam 1' yang direka bagi meningkatkan kecekapan serta keselamatan petugas ketika operasi.Inovasi yang dibangunkan oleh Kapten (PA) Shahrizal Hussin bersama tiga rakan pasukan APM itu dilihat sebagai solusi praktikal terhadap cabaran yang sering dihadapi anggota ketika bertugas dalam pelbagai situasi kecemasan."Idea menghasilkan jaket AiSU ini tercetus hasil pemerhatian terhadap keperluan anggota di lapangan yang terpaksa membawa pelbagai jenis pakaian dan peralatan bagi menyesuaikan diri dengan situasi."Dalam satu operasi, anggota APM mungkin menggunakan pelbagai jaket antaranya jaket hujan dan jaket keselamatan," katanya.Shahrizal berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Menurutnya, jaket itu menggabungkan enam fungsi utama iaitu sebagai jaket keselamatan, jaket hujan, jaket operasi, jaket kasual, life jacket serta utiliti tambahan untuk anggota."Keutamaan kita adalah memastikan anggota APM dapat bergerak dengan pantas dan selamat," ujarnya.Tambah beliau, jaket tersebut direka agar sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk operasi banjir, menyelamat di kawasan berisiko tinggi serta situasi kecemasan lain."Proses pembangunan jaket itu mengambil masa kira-kira tiga bulan dan melalui beberapa fasa ujian serta penambahbaikan bagi memastikan ia benar-benar memenuhi keperluan operasi sebenar."Setiap fungsi diuji dalam situasi lapangan bagi memastikan ketahanan dan keberkesanannya sebelum ia diperkenalkan secara rasmi," kongsinya.Shahrizal berkata, dengan kos penghasilan sekitar RM250 seunit, inovasi tersebut dilihat bukan sahaja mampu membantu anggota APM, malah berpotensi untuk diperluaskan penggunaannya kepada agensi penyelamat lain."Kita kini dalam proses mendapatkan perlindungan harta intelek bagi membolehkan produk tersebut dipatenkan sebelum dikomersialkan," katanya.Dalam pada itu anak jati Perak terbabit memaklumkan minat mendalam terhadap badan beruniform sejak usia muda menjadi titik tolak kepada perjalanan kerjaya dalam pasukan APM."Sebelum menyertai APM pada 2006, impian saya adalah untuk menjadi anggota polis, tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian apabila permohonan telah ditolak."Saya menjalani kursus asas APM selama seminggu di Baling, Kedah sebelum ditempatkan di Pulau Pinang, kemudian mengikuti kursus lanjutan selama enam bulan di Bangi bagi memperkukuhkan kemahiran," jelasnya.Bapa tiga anak itu berkata, pengalaman operasi pertamanya adalah dalam misi mencari orang hilang di kawasan hutan berhampiran Bukit Bendera, Pulau Pinang."Operasi selama tiga hari dua malam itu berjaya menemukan mangsa dalam keadaan selamat."Pengalaman itu memberi keyakinan kepada saya bahawa bidang ini bukan sekadar kerja, tetapi satu tanggungjawab besar kepada masyarakat," ujarnya.Cabaran pandemikAntara detik paling mencabar sepanjang perkhidmatannya adalah ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pada 2020."Ketika itu, saya dilantik sebagai ketua penyelaras di pusat kuarantin, kerjasama antara agensi berjaya memastikan operasi berjalan lancar."Sepanjang tempoh itu, saya turut terlibat dalam pembukaan beberapa pusat kuarantin di Perak, selain berdepan situasi di mana ada dalam kalangan anggota yang turut dijangkiti virus berkenaan," katanya.Selain itu, satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan Shahrizal ialah insiden 21 mangsa terperangkap di tapak perkhemahan Eco Park Risda, Kampung Ulu Slim dalam kejadian kepala air pada 2024."Cabaran utama adalah memindahkan mangsa merentasi sungai berarus deras."Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan





Umat Islam Diajak Imarahkan Quranic Madani Di Bukit Bintang Esok - Siakapkeli - 7/05 9:01 am

Orang ramai diajak untuk bersama-sama mengimarahkan Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf yang akan diadakan pada malam





Premis sorok minuman keras seludup lebih RM556,000 diserbu - Sinarharian - 7/05 8:06 am

KLANG Polis menahan dua lelaki warga India dan merampas pelbagai minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM556,000 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Pandamaran, Pelabuhan Klang di sini pada Rabu.Serbuan Op Taring Alpha 2 itu dijalankan kira-kira jam 9.35 malam oleh Bahagian WCB/PSK Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).Komander WCB/PSK Pasukan Gerakan Am JKDNKA, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi itu hasil risikan terhadap kegiatan penyimpanan dan pengedaran arak tidak bercukai di kawasan Klang."Hasil serbuan, kita menahan dua lelaki warga India yang dipercayai penjaga dan pekerja premis berkenaan."Pemeriksaan turut menemukan sebanyak 354 peti dan 142 kotak minuman keras jenis bir pelbagai jenama membabitkan 4,893 liter, selain 25 kotak minuman keras jenis liquor berjumlah 238.55 liter," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Zaki berkata, pihaknya turut merampas sebuah lori Nissan UD berserta kunci dan wang tunai RM3,011."Nilai keseluruhan sitaan dan rampasan termasuk kompaun dianggarkan RM556,414.87," katanya.Menurutnya, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta dokumen penjualan minuman keras tidak bercukai."Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."MBDK turut mengeluarkan dua notis kompaun berjumlah RM2,000 atas kesalahan pelesenan dan iklan di bawah Undang - Undang Kecil MBDK 2007," katanya.





Bekas suami Shakira, Pique digantung dua bulan - Hotfm - 6/05 11:21 pm

Andorra la Vella: Bekas bintang Barcelona dan pemilik FC Andorra, Gerard Pique digantung dua bulan semalam selepas terbabit dalam pertengkaran panas dengan pengadil.





Sinar Harian angkat suara rakyat, perkasa komuniti bisnes - Steven - Sinarharian - 6/05 9:40 pm

PETALING JAYA - Bermula sebagai akhbar kecil di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 2006, Sinar Harian hari ini muncul sebagai antara platform media berpengaruh negara yang konsisten mengangkat suara rakyat serta memperkasa komuniti perniagaan tempatan.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya memuji penganjuran kali kedua Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Damansara pada Rabu.Ketika ucapan perasmian, Steven akui berbangga apabila ada akhbar berbahasa Melayu yang mengambil inisiatif mengiktiraf kemampuan dan kebolehan usahawan tempatan, khususnya usahawan Melayu.Menurut beliau, Sinar Harian bukan sahaja berkembang sebagai sebuah organisasi media, tetapi turut memainkan peranan dalam membentuk wacana awam."Sinar Harian telah memberi ruang kepada suara rakyat dan membantu kita memahami isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan seharian."Saya hadir anugerah bisnes anjuran media berbahasa Cina, ada usahawan Melayu yang menang anugerah




Reformasi     >>



Istana tuju pantun pada Anwar: Hutang budi dibawa mati - Mkini
Tengku Hassanal jawab Anwar berkaitan peruntukan pusat kepada Pahang [KENYATAAN PENUH DI DALAM]
Kroni     >>



Pelaut terkandas jadi saksi ketegangan di Selat Hormuz - Utusan
DUBAI: Seorang pelaut India yang terkandas di sebuah pelabuhan Iran selama hampir 10 minggu secara tidak sengaja menjadi saksi langsung kepada konflik yang tercetus di negara itu. Anish tiba di laluan perairan Shatt al-Arab di atas sebuah kapal kargo beberapa hari sebelum Presiden Amerika ..
Tabloid     >>



Tengku Hassanal mahu Pahang diberi layanan, .. - Hotfm
Tengku Mahkota Pahang bertitah baginda maklum kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri itu.
Tech     >>



Federal prosecutors bust suspects in million-dollar .. - Appleinsider
Federal prosecutors say three men pulled off a violent hijacking of an Apple delivery truck outside a New York shopping center and escaped with more than a million dollars worth of iPhones, MacBooks, and other products. Federal prosecutors arrested three men accused of carrying out the robbery. ..
World     >>



Pentagon releases video of strikes on Iranian oil .. - Aljazeera
Footage released by the Pentagon shows US strikes on two Iranian oil tankers in the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Buletin Eon & Sahabat Autofest 2026 Tawar Pelbagai .. - Mekanika
# EON & SAHABAT AUTOFEST 2026 TAWAR PELBAGAI PROMOSI MENARIK - FAEDAH SERENDAH 0.77 PERATUS **Edaran Otomobil Nasional (EON), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, kembali menganjurkan EON & Sahabat Autofest 2026 yang berlangsung selama tiga hari sehingga 10 Mei ini di EON Glenmarie, Shah Alam.** ..