| /// |
|
| Search : Bersatu Terengganu News | Page 1 |
|
Tiga pimpinan Bersatu Terengganu letak jawatan parti - Mygazette - 7/08 3:30 pm # Tiga pimpinan Bersatu Terengganu letak jawatan parti MARANG - Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris dan dua lagi pimpinan negeri parti itu mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini |
|
Bersatu automatik terkeluar daripada PN, tak perlu kenyataan rasmi .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm # Bersatu automatik terkeluar daripada PN, tak perlu kenyataan rasmi - Hadi KUALA LUMPUR - Langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berhasrat membentuk pakatan baharu bersama parti lain menyaksikan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) terbatal secara automatik |
|
'Bersatu Terengganu dijangka terkubur, keputusan Razali letak jawatan tepat' - Rosol - Sinarharian - 7/08 1:41 pm KUALA TERENGGANU Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu dilihat berada di ambang kehancuran susulan peletakan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Razali Idris, yang berkuat kuasa serta-merta selepas menerajui parti itu selama kira-kira 10 tahun.Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan Razali melepaskan jawatan adalah wajar memandangkan parti berkenaan dilihat semakin lemah, khususnya selepas prestasi mengecewakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.Menurutnya, tindakan Razali disifatkan sebagai keputusan yang bijak sebelum keadaan parti menjadi lebih parah."Saya berpandangan Bersatu Terengganu akan terkubur tidak lama lagi."Setakat ini saya tidak nampak ada pelapis yang benar-benar mampu meneruskan agenda perjuangan parti di negeri ini."Pada masa ini, Bersatu sudah tiada apa-apa kepentingan |
|
Hadi says Bersatu no longer part of Perikatan after plans for new coalition - Malaymail - 7/08 1:01 pm KUALA LUMPUR, Aug 7 PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang has claimed that Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bers... |
|
Pas terbuka terima ahli Bersatu keluar parti - Abdul Hadi - Sinarharian - 7/08 12:50 am MARANG - Pas terbuka menerima mana-mana anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu yang ingin menyertai parti itu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu selaras dengan pendirian parti yang tidak pernah menghalang kemasukan mana-mana individu yang berminat untuk bersama perjuangan parti berkenaan."Mereka yang hendak masuk Pas, kita terima," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas susulan tindakan beberapa pemimpin kanan Bersatu di Terengganu yang meletakkan jawatan dalam parti tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Bersatu Terengganu berdepan krisis kepimpinan apabila tiga pemimpin utamanya mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut sehingga menjejaskan struktur kepimpinan parti di negeri itu.Difahamkan, situasi tersebut bermula selepas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 10 tahun lalu berkuat kuasa serta-merta.Razali yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca tindakannya itu.Beliau yang merupakan antara pengasas Bersatu pada 2016 mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu.Selain Razali, dua lagi pemimpin kanan parti turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing ialah ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail yang turut melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu Negeri manakala ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin melepaskan jawatan Bendahari Bersatu Negeri.Turut memberikan bayangan untuk mengambil keputusan sama, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri.-ENDS- |
|
Hadi claims Bersatu already out of PN - FMT - 7/08 12:39 am PAS president says Bersatu's plan to form a new coalition after the Negeri Sembilan election means the party has 'automatically' ceased to be part of Perikatan Nasional. |
|
Umum tubuh gabungan baharu, Hadi dakwa Bersatu automatik terkeluar PN - FMT - 7/08 12:36 am Presiden PAS berkata perkara itu mengikut Perlembagaan PN. |
|
Three Terengganu Bersatu leaders quit party positions - SUN - 7/08 11:53 am Terengganu Bersatu chief Razali Idris and two other leaders resign from party positions but remain members. |
|
'Bersatu mahu bentuk gabungan baharu, automatik terkeluar daripada PN'- Abdul Hadi - Sinarharian - 7/08 11:39 am MARANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dianggap terkeluar secara automatik daripada Perikatan Nasional (PN) berikutan tindakan parti itu yang mahu membentuk gabungan bersama parti lain.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mengikut perlembagaan, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan sebarang surat rasmi atau keputusan khusus."Dia sudah membuat kenyataan nak tubuh satu pasukan lain.. |
|
Bersatu automatically out of PN once it forms new alliance, says Hadi - Sinardaily - 7/08 11:38 am MARANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) is considered to have automatically exited Perikatan Nasional (PN) following the party's move to form a coalition with other parties.Pas President Tan Sri Abdul Hadi Awang said that under the constitution any party that decides to join or form another alliance automatically loses its membership without requiring any official letter or specific decision."They has already made a statement that he wants to form another coalition.. |
|
Bersatu no longer part of PN after announcing plans for new coalition: Hadi - SUN - 7/08 11:25 am 'Bersatu has already announced its intention to form another coalition |
|
Terengganu technician loses RM58,500 in scam promising Indonesia export approval - Malaymail - 7/08 11:25 am KUALA TERENGGANU, Aug 7 A women technician lost RM58,500 after falling victim to a scam offering to obtain a Foo... |
|
Sindiket curi lembu tumpas, 10 termasuk dua wanita ada rekod dadah, jenayah ditahan - Sinarharian - 7/08 11:17 am KOTA BHARU - Kegiatan mencuri lembu yang dipercayai didalangi satu kumpulan di Kelantan ditumpaskan polis susulan penahanan 10 individu termasuk dua wanita beserta penemuan semula 32 ekor lembu curi.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 71 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Terengganu.Menurut beliau, operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh."Semakan rekod mendapati semua suspek mempunyai 55 rekod jenayah serta 24 rekod berkaitan dadah."Ujian saringan awal air kencing ke atas seorang suspek lelaki pula didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan itu turut merampas lapan telefon bimbit, sebotol kaca berlabel Illium Xylazil-100 dipercayai ubat pelali bersama alat picagari, sebuah Toyota Hilux dan sebuah Perodua Kancil."Kejayaan itu membolehkan polis menyelesaikan 20 kes curi lembu yang dilaporkan di Kelantan membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM96,000," ujarnya.Kata beliau, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri."Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya. |
|
Is there room left for PN if BN defends all 21 Melaka seats? - Sinardaily - 7/08 10:58 am SHAH ALAM Barisan Nasionals (BN) determination to defend all 21 state seats it won in the 2021 Melaka state election has raised a key question: if cooperation between BN and Perikatan Nasional (PN) continues, how many seats will realistically be left for the coalition to contest?Of the 28 state seats in Melaka, only seven are not currently held by BN.Five are held by Pakatan Harapan (PH), Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana and Bukit Katil, while the remaining two, Bemban and Sungai Udang, were won by PN in the last state election.The situation makes seat negotiations in Melaka considerably more complex than the looser BN-PN arrangement in Johor and the full cooperation forged in Negeri Sembilan.In Johor, PN still contested 11 seats, while its supporters were urged to back BN in constituencies where PN did not field candidates.In Negeri Sembilan, there were no clashes after BN contested 25 seats and PN contested 11, before both coalitions formed the state government with a combined 25-seat majority.That success raised expectations among supporters that the BN-PN partnership would continue in Melaka and eventually be extended to the 16th General Election (GE16).However, BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi's declaration that the coalition intended to defend all 21 of its incumbent seats suggested there may be little room left for PN.Umno supreme council member Datuk Seri Ahmad Maslan also believed the BN-PN formula should be maintained in Melaka after it successfully prevented vote splitting in Negeri Sembilan.Meanwhile, PN deputy chairman Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said the coalition was confident cooperation with BN would continue, although the number of seats it would contest had yet to be discussed in detail.Both statements reflected a willingness to work together, but the question of seat allocation remained unresolved.An analysis of the 2021 state election results also showed that 13 seats were won with majorities of fewer than 1,000 votes.Among them were Serkam with a majority of just 79 votes, Pengkalan Batu (131), Duyong (200), Bemban (328), Tanjung Bidara (364), Sungai Udang (530), as well as Gadek and Durian Tunggal, both with majorities of 559 votes.Also on the list were Paya Rumput (629), Pantai Kundor (827), Rembia (860), Kelebang (876) and Machap Jaya (938).The large number of marginal seats means the risk of vote splitting cannot be underestimated should BN and PN contest against each other.Former Penang BN executive secretary Azizi Safar said that if BN insisted on retaining all 21 seats, only seven would mathematically remain available for negotiations with PN.He said four of those seven seats were PH strongholds, Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kesidang and Kota Laksamana, while Bukit Katil, represented by Amanah vice-president Adly Zahari, was regarded as more marginal.If we exclude the seats won by DAP and constituencies that PN is realistically unlikely to win, the reality is that only about three seats have genuine potential for negotiation.That raises the question of whether BN-PN cooperation merely strengthens BN's position or is truly based on mutual interests, he told Sinar Harian.However, Azizi believed BN's initial stance of defending all 21 seats was more of a negotiating strategy aimed at strengthening its bargaining position.He said it was common for both sides to begin negotiations with high demands before reaching a compromise once top leaders sat down together.BN also needs to consider its long-term interests |
|
If the head is gone, the tail will follow: Bersatu leaders resign in Terengganu - Malaymail - 7/08 10:44 am MARANG, Aug 7 Terengganu Bersatu was left reeling after Datuk Razali Idris announced his resignation as state ch... |
|
Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan - Sinarharian - 7/08 10:11 am BEAUFORT - Hilang keseimbangan ketika cuba mengalihkan galah besi untuk diturunkan menyebabkan galah berkenaan jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa sebelum terkena kabel elektrik utama, mengakibatkan tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, petang Khamis.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang ketika ketiga-tiga anggota terbabit sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sepanjang kira-kira lapan meter."Apabila mereka selesai mengait buah kelapa dan hendak mengalihkan serta menurunkan galah tersebut, salah seorang daripada mereka telah hilang keseimbangan kemudian galah tersebut telah jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa dan terkena kabel elektrik utama."Akibat kejadian itu menyebabkan arus elektrik mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di BeaufortKatanya, kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston dan berhampiran sebuah sekolah di kawasan berkenaan."Keadaan permukaan kawasan tersebut merupakan tanah gambut dan terdapat air bertakung," katanya.Champin berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota yang bertugas di Balai Polis Weston, Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu."Jenazah ketiga-tiga dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan selepas selesai urusan dokumentasi, jenazah akan dihantar ke kampung halaman masing-masing diiringi oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort," katanya.Katanya, jenazah ketiga-tiga anggota berkenaan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sarawak, Kelantan dan Terengganu.Bagaimanapun, pihaknya ketika ini masih belum menerima maklumat terperinci mengenai lokasi pengebumian ketiga-tiga anggota berkenaan. |
|
Bersatu Terengganu in turmoil as three top leaders including Razali Idris resign - Sinardaily - 7/08 10:04 am MARANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu is facing a serious leadership crisis after three of its top leaders suddenly announced their resignations, leaving the party's state-level structure almost paralysed.It is understood that the move began when the Bersatu Terengganu Leadership Council Chairman, Datuk Razali Idris, relinquished the post he had held for ten years, effective immediately.Razali, who is also a State Executive Council (Exco) member, declined to comment further on the reason for the move.He, who founded Bersatu in 2016, confirmed that he had submitted his resignation letter to party President Tan Sri Muhyiddin Yassin on 16 July."I sent my resignation letter as Chairman of the Bersatu Leadership Council to Muhyiddin in mid-July."So far, party headquarters, including Muhyiddin, has not confirmed or decided whether to accept or reject the resignation," he said.He was met by reporters while attending a durian feast programme with the Terengganu Prime Media Club (METRA) and the Tourism Exco at Kampung Lubuk Batu here on Thursday.The programme was also attended by Supreme Leadership Council (MPT) member Badrolhisham Mohamed @ Shafie and State Bersatu Allied Wing Chief Lim Chew Sieng.Earlier, Razali announced his resignation while chairing the State Bersatu Committee Meeting on the same day.He, who is also the state assemblyman for Kijal, confirmed that he would also step down as Bersatu Marang Division Chief on Sept 15.He explained that the delay in his division-level resignation was to allow him to complete outstanding party administrative duties."I am only resigning as Leadership Council Chairman and Division Chief, but I remain a party member," he said.The situation appeared to worsen further as two more senior party leaders announced their own resignations Telemong assemblyman Mohd Zawawi Ismail, who also relinquished his post as State Bersatu Information Chief and Hulu Besut assemblyman Mohd Husaimi Hussin, who stepped down as State Bersatu Treasurer.The crisis is expected to widen further after State Bersatu Leadership Council Deputy Chairman Khazan Che Mat also hinted that he might follow his fellow leaders' footsteps.Khazan, who is also Bersatu Kuala Nerus Division Chief and Deputy Speaker of the Terengganu State Assembly, used an analogy to describe his position."I joined Bersatu in 2016 at Razali's invitation |
|
Ismail Sabri digegaskan ke IJN oleh pegawai SPRM, pendakwaan ditangguh 27 Ogos - Sinarharian - 7/08 10:01 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah kesihatan.Bekas Perdana Menteri itu dikatakan digegaskan ke pusat perubatan itu oleh pegawai SPRM pada petang semalam selepas mengadu sakit dada ketika memberikan kenyataan di ibu pejabat agensi tersebut.Beliau juga akan menjalani prosedur pemasangan alat perentak jantung (pacemaker) di IJN pada petang ini.Hakim, Suzana Hussin kemudian menetapkan prosiding pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan terhadap Ahli Parlimen Bera berusia 66 tahun itu pada tiga minggu akan datang."Memandangkan tertuduh kini berada di IJN kerana isu kesihatan, termasuk permohonan penangguhan oleh pembelaan serta pendakwaan, mahkamah membenarkan prosiding pembacaan pertuduhan termasuk pengambilan pengakuan akan dilakukan pada 27 Ogos," kata hakim.Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap Ismail Sabri sepatutnya dibacakan pada jam 9 pagi Jumaat.Semasa prosiding, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri berkata, pihak pembelaan mengesahkan pertuduhan terhadap anak guamnya telah difailkan oleh pihak pendakwaan.Menurutnya, ketika berada di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis untuk memberikan keterangan dengan ditemani seorang lagi peguam, Ragunath Kesavan, Ismail Sabri dilaporkan mengalami masalah kesihatan."Beliau terpaksa digegaskan ke IJN dan doktor yang merawat mengesahkan anak guam mempunyai masalah kesihatan."Mesin Holter yang dipasang juga mengesan terdapat masalah pada jantung yang memerlukan siasatan serta rawatan lanjut," katanya.Beliau berkata, pihak hospital turut mengesahkan Ismail Sabri perlu menjalani prosedur pemasangan perentak jantung pada jam 2 petang ini.Sehubungan itu, katanya, pembelaan memohon prosiding pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ditangguhkan ke satu tarikh lain."Atas belas ihsan mahkamah, kami memohon pembacaan pertuduhan, pengambilan pengakuan termasuk isu-isu berbangkit seperti ikat jamin ditetapkan pada tarikh lain."Ini kerana anak guam perlu dimasukkan ke wad dan dipantau oleh doctor jadi saya mencadangkan pertuduhan dijalankan apabila beliau benar-benar sihat untuk hadir ke mahkamah pada 27 Ogos ini," katanya.Amer Hamzah berkata, Ismail Sabri masih berada di bawah jaminan SPRM, justeru tiada risiko beliau akan melarikan diri, lebih-lebih lagi ketika ini sedang menerima rawatan di hospital.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan berkata, pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan atas faktor kesihatan tertuduh."Adalah adil atas sifat kemanusiaan, kami tidak akan membantah permohonan penangguhan berkenaan."Bagaimanapun, kami memohon prosiding diteruskan pada 27 Ogos ini, tertakluk kepada keadaan kesihatan tertuduh selepas dibenarkan keluar dari wad dan disahkan cukup sihat untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan serta mengambil pengakuan," katanya.Pada 1 Oktober 2025, Mahkamah Sesyen di sini melucutkan hak wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM169 juta yang didakwa milik Ismail Sabri kepada Kerajaan Malaysia.Wang berkenaan melibatkan RM14,772,150; SG$6,132,350; AS$1,461,400; CHF3 juta (franc Swiss); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (yen); 50,250 (pound sterling); NZ$44,600; AED34,750,000 (dirham Emiriah Arab Bersatu) dan AUD352,850.Hakim sama membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan kerana tiada pihak ketiga yang berkepentingan tampil mencabar prosiding pelucuthakan harta terbabit.Pada 8 September tahun sama, mahkamah diberitahu bahawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, yang dinamakan sebagai responden, tidak berhasrat mencabar permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak wang tunai yang disita SPRM.Pada sidang media pada Mac 2025, SPRM mempamerkan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.Wang dan jongkong emas itu dipamerkan selepas SPRM mendedahkan rampasan wang tunai ratusan juta ringgit serta pelbagai barangan berharga di tiga premis, termasuk sebuah 'safehouse', yang dikaitkan dengan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram. |
|
Razali Idris, 2 others step down from Terengganu Bersatu posts - FMT - 7/08 9:37 am Razali Idris, who was the state chapter chairman for the past decade, says he remains a party member. |
|
Renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis dibawa ke hospital untuk bedah siasat - Sinarharian - 7/08 9:22 am KOTA KINABALU - Jenazah tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Beaufort, semalam dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini, awal pagi ini dari Hospital Beaufort untuk menjalani bedah siasat.Tinjauan Bernama di pekarangan hospital itu mendapati ketibaan ketiga-tiga van yang membawa jenazah tersebut pada 1.10 pagi diiringi beberapa kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu.Ketua Polis Daerah Beaufort Superintenden Champin Piuh ketika dihubungi berkata, jenazah akan menjalani proses bedah siasat serta urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort"Selepas semua urusan selesai, jenazah akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan diiringi pegawai polis dari IPD Beaufort," katanya.Ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang semalam, ketiga-tiga anggota berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa di luar Balai Polis Weston berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Weston |
|
Razali letak jawatan ketua Bersatu Terengganu - FMT - 7/08 9:19 am Adun Telemong Zawawi Ismail dan Adun Hulu Besut Husaimi Hussin turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua penerangan serta bendahari Bersatu Terengganu. |
|
Tiga pemimpin kanan Bersatu Terengganu letak jawatan - Sinarharian - 7/08 9:10 am MARANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu berdepan krisis kepimpinan serius selepas tiga pimpinan utamanya mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut sekali gus menyaksikan struktur parti di peringkat negeri itu kini hampir lumpuh.Difahamkan, tindakan itu bermula apabila Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 10 tahun lalu berkuat kuasa serta-merta.Razali yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca tindakan berkenaan.Beliau yang merupakan pengasas penubuhan Bersatu pada 2016 mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu."Saya sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu kepada Muhyiddin pada pertengahan bulan lalu."Setakat ini, pihak ibu pejabat parti termasuk Muhyiddin belum mengesahkan atau membuat keputusan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan itu," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika hadir pada program makan durian bersama Kelab Media Perdana Terengganu (METRA) dan Exco Pelancongan di Kampung Lubuk Batu di sini pada Khamis.Program itu turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrolhisham Mohamed @ Shafie serta Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Negeri, Lim Chew Sieng.Terdahulu, Razali mengumumkan peletakan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersatu Negeri pada hari sama.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengesahkan akan turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang pada 15 September depan.Jelasnya, penangguhan peletakan jawatan bahagian itu dilakukan bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugasan pentadbiran parti yang masih berbaki."Saya hanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan dan Ketua Bahagian, tetapi masih kekal sebagai ahli parti," katanya.Situasi itu dilihat semakin meruncing apabila dua lagi pemimpin kanan parti turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing iaitu ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail yang turut melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu Negeri manakala ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin melepaskan jawatan Bendahari Bersatu Negeri.Krisis berkenaan dijangka terus meluas apabila Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri, Khazan Che Mat turut memberi gambaran bakal mengikut jejak langkah rakan kepimpinannya.Khazan yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kuala Nerus merangkap Timbalan Yang Dipertua DUN Terengganu memberi kiasan berhubung pendiriannya."Saya menyertai Bersatu pada 2016 atas pelawaan Razali, jika dia letak jawatan, buat apa saya nak terus memegang jawatan |
|
Bersatu sokong 3 RUU, pemerkasaan Mahkamah Syariah Selangor - Mygazette - 7/08 8:18 am # Bersatu sokong 3 RUU, pemerkasaan Mahkamah Syariah Selangor KUALA LUMPUR Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Selangor menyambut baik kelulusan tiga Rang Undang-Undang (RUU) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dilihat mampu memperkukuh institusi Islam serta memantapkan kedudukan Mahkamah Syariah di negeri itu |
|
Cukai khas beli EV cadangan songsang, jejas agenda mobiliti hijau negara... - Mygazette - 7/08 8:18 am # Cukai khas beli EV cadangan songsang, jejas agenda mobiliti hijau negara Ahmad Amzad KUALA LUMPUR - Cadangan supaya kerajaan mengenakan cukai khas ke atas pembelian kenderaan elektrik (EV) bagi membiayai pembinaan infrastruktur pengecasan disifatkan langkah songsang yang boleh menjejaskan agenda mobiliti hijau negara |
|
Pengarah syarikat, pelakon antara didakwa buat tuntutan palsu Program Daya .. - Mygazette - 7/08 8:18 am # Pengarah syarikat, pelakon antara didakwa buat tuntutan palsu Program Daya Kerjaya PERKESO KUALA LUMPUR - Pendakwaan kes tuntutan palsu membabitkaninsentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyaksikan 17individu termasuk pengarah syarikat dan seorang pelakon dihadapkan keMahkamah Sesyen di sini dan tiga negeri lain |
|
Three policemen electrocuted while plucking coconuts with metal pole in Beaufort - Sinardaily - 7/08 7:20 am BEAUFORT - Three policemendied after suffering electric shocks in Kampung Weston, here, on Aug 6.The deceased officers were identified as Chiu Teck Siong, 40, from Sarawak; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, from Kelantan; and Muhammad Raimi Ismarubee, 26, from Terengganu.Beaufort District Police Chief Superintendent Champin Piuh said the incident occurred at around 5.50pm when the three victims were plucking coconuts using an eight-metre metal pole."When they finished plucking the coconuts and wanted to move and lower the pole, one of them lost balance |
|
Jenazah tiga anggota polis maut renjatan elektrik akan dibawa pulang ke kampung halaman - Sinarharian - 6/08 11:58 pm BEAUFORT - Jenazah tiga anggota polis yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sarawak, Kelantan dan Terengganu.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya ketika ini masih belum menerima maklumat terperinci mengenai lokasi pengebumian ketiga-tiga anggota berkenaan."Ketiga-tiga mangsa bertugas di Balai Polis Weston, berusia 40 tahun berasal dari Sarawak, seorang lagi berusia 29 tahun berasal dari Kelantan, dan seorang berasal dari Terengganu berusia 26 tahun.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort"Jenazah ketiga-tiga dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan selepas selesai urusan dokumentasi, jenazah akan dihantar ke kampung halaman masing-masing diiringi oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Champin sebelum itu memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang ketika ketiga-tiga anggota terbabit sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sepanjang kira-kira lapan meter."Apabila mereka selesai mengait buah kelapa dan hendak mengalihkan serta menurunkan galah tersebut, salah seorang daripada mereka hilang keseimbangan menyebabkangalah tersebut jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa dan terkena kabel elektrik utama."Akibat kejadian ituarus elektrik mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa," katanya.Menurutnya, kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston berhampiran sebuah sekolah di kawasan berkenaan."Keadaan permukaan kawasan tersebut merupakan tanah gambut dan terdapat air bertakung," katanya. |
|
Pengundi muda PN tak sedar PAS-Bersatu berbalah, kata Ilham Centre - FMT - 6/08 10:50 pm Ada pengundi muda PRN Johor dan Negeri Sembilan mahu undi PN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan itu. |
|
PNs young voters unaware of PAS-Bersatu feud, says think tank - FMT - 6/08 10:30 pm Ilham Centre says some young supporters in the Johor and Negeri Sembilan polls talked about voting for PN in seats the coalition didn't even contest. |
|
Pelajar kolej lemas ketika mandi-manda bersama sembilan rakan - Sinarharian - 6/08 9:36 pm DUNGUN - Seorang pelajar kolejditemukan lemas selepas mandi-mandabersama rakan di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun dekat sini petang Khamis.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah,Pegawai Bomba Kanan I Kamal Suhaimi Abdullah berkata, Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad, 19, ditemukan lemas oleh anggota pasukan bomba sukarela di celahan batu dalam jarak 10 meter dari tempat mangsa dikatakan hilangpada 5.20 petang.Beliau berkata, mangsa dari Kampung Jaya Baru, Jalan Felda Bukit Bading, diAjil, dekatHulu Terengganu disedari lemas oleh rakan-rakannya selepas terjun ke dalam sungai dan tidak timbul di permukaan air kira-kira4.40 petang."Maklumat awal daripada rakanmemaklumkan mangsa yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan Islam, bersama-sama sembilan rakan ke Sungai Loh untuk mandi-manda pada 11 pagi," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, lapan anggota bomba dan tiga anggota pasukan bomba sukarela terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat."Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya |
|
Joachim, Joniston menang tanpa bertanding Presiden, Timbalan Presiden PBS - Sinarharian - 6/08 8:10 pm KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi penggal 2026-2029.Setiausaha Agung PBS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Datuk Julita Mojungki berkata, Joachim yang memegang jawatan pemangku Presiden sejak tiga tahun lalu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan Presiden apabila proses pencalonan ditutup pada 31 Julai lalu.Katanya, perkara sama berlaku bagi jawatan Timbalan Presiden di bawah kuota bumiputera bukan Islam apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Joniston menjadi calon tunggal yang dicalonkan."Turut menang tanpa bertanding ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharram bagi kuota bumiputera Islam selepas calon lain hanya memperoleh satu pencalonan."Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya tiga pencalonan untuk layak bertanding dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Julita berkata, bagi jawatan Timbalan Presiden kuota Cina, dua calon layak bertanding iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Lo Su Fui dan Ahli Majlis Tertinggi, Goon Thien Shang."Sementara itu, tiga pencalonan diterima bagi merebut dua jawatan Naib Presiden kuota bumiputera bukan Islam, masing-masing ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding; ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum dan penyandang, Datuk Johnny Mositun."Bagi jawatan Naib Presiden kuota bumiputera Islam pula, enam calon layak bertanding iaitu penyandang, Mursid Mohd Rais; Sharol Mahoolop; Zamil Ismail; Kasirin Kamiran; Ali Latif Taha dan Dr Rodah Sawang bagi merebut dua kekosongan," katanya.Julita berkata, bagi kuota Cina, lima calon layak bertanding untuk jawatan Naib Presiden iaitu penyandang, Datuk Arthur Sen; Datuk Fredian Gan; Goon Thien Shang yang turut dicalonkan bagi jawatan Timbalan Presiden; Datuk Johnny Goh dan Ng Tze Sai.Beliau memaklumkan, hanya satu jawatan Naib Presiden diperuntukkan bagi kuota Cina.Katanya lagi, bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi kuota bumiputera bukan Islam, seramai 28 calon menerima pencalonan mencukupi untuk bertanding bagi merebut tujuh kekosongan."Seramai 23 calon pula menerima pencalonan mencukupi untuk bertanding bagi lima kekosongan Ahli Majlis Tertinggi di bawah kuota bumiputera Islam."Bagi kuota Cina, seramai 15 calon akan bertanding untuk merebut empat jawatan Ahli Majlis Tertinggi," katanya sambil memaklumkan bahawa tempoh penerimaan pencalonan ditutup pada 7 Ogos lalu.Julita berkata, parti menerima rekod 79 pencalonan bagi semua jawatan, dengan lebih separuh daripadanya merupakan calon yang pertama kali bertanding.Sementara itu, Dr Joachim berkata, jumlah calon yang mencatat rekod, dengan separuh daripadanya membuat penampilan sulung, membuktikan ramai yang berminat untuk berkhidmat kepada parti."Ini memberi petanda baik kepada proses pembaharuan PBS," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBS, pada Rabu.ADUN Kundasang itu berkata, beberapa perkara penting berkaitan parti turut dibincangkan, termasuk persiapan menghadapi Kongres PBS yang dijadualkan berlangsung pada September ini."Persiapan rapi amat penting bagi memastikan kongres berjalan lancar serta menjadi wadah terbaik untuk memperkukuh perpaduan parti, memperbaharui komitmen terhadap perjuangan dan menentukan hala tuju masa depan demi kepentingan rakyat dan masa depan Sabah," katanya. |
|
Company directors, actress among 17 charged over Perkeso Daya Kerjaya 2.0 claims - Sinardaily - 6/08 5:13 pm KUALA LUMPUR - Seventeen individuals, including company directors and an actress, pleaded not guilty in the Sessions Courts in Kuala Lumpur, Perak, Penang and Sabah today to charges linked to alleged false claims involving incentives under the Social Security Organisations (Perkeso) Daya Kerjaya 2.0 Programme.The accused, comprising nine men and eight women, were charged separately over offences allegedly committed in 2024.In Kuala Lumpur, actress Farah Wahida Zainuddin, 44, and Mohd Nizam Jamaluddin, 45, each faced four charges before Judge Suzana Hussin, while Lim Sue Peng and Lim Sian Tze, both 54, were charged before Judge Rosli Ahmad with five and eight counts respectively.Farah Wahida, as director of Focal Reality Entertainment Sdn Bhd, was accused of submitting false Daya Kerjaya 2.0 Employee Verification Forms to support incentive claims at premises off Jalan Gombak on March 29 and 30, 2024, while Mohd Nizam was charged with abetting her.Sue Peng, director of Zfinity, and Sian Tze, owner of LST Concept Marketing, were charged with similar offences allegedly committed between April 1 and Oct 2, 2024.The four were granted bail ranging from RM6,000 to RM48,000, ordered to report monthly to the nearest Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office, surrender their passports and return to court on Sept 21, Sept 25 and Oct 2.In Perak, four company owners were charged at the Ipoh Sessions Court with a total of 29 counts allegedly committed between February and September 2024.Assari Enterprise owner Chuah Hok Guan, 60, and AC Engineering owner Chiang Hon Wai, 44, each faced five charges, with Chuah accused of abetting Chiang |
|
Zahid unsure if BN blue wave can reach PAS states - FMT - 6/08 12:53 am BN chairman is confident that the coalition's momentum which started in Johor will continue, but remains cautious of its impact in Kelantan, Terengganu and Kedah. |
|
BN to defend all 21 seats in Melaka, Zahid says - Sinardaily - 6/08 12:19 am PUTRAJAYA All 21 seats won by BN in the Melaka State Legislative Assembly (DUN) previously will be defended in the upcoming 16th State Election, which is set to take place soon.Its chairman, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, said the intention was conveyed by Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh himself, while describing the 'blue wave' momentum that began in Johor and continued in Negeri Sembilan as expected to keep moving into Melaka."The Chief Minister, as BN Melaka chairman, has informed us that he is determined to defend the position of all 21 seats won," he said at a press conference following the Rural and Regional Development Ministry (KKDW) Monthly Assembly in Putrajaya on Thursday.Earlier, in his speech, Zahid said the 'blue wave' that began in Johor and continued in Negeri Sembilan was expected to carry on into Melaka ahead of the sixteenth general election."Starting from Johor, it has spread to Negeri Sembilan and, God willing, to Melaka |
|
Sebagai orang Melayu, mengapa kita bersatu? - FMT - 6/08 9:30 am Apakah seruan penyatuan Melayu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan untuk melindungi elit politik atau ke arah masa depan orang Melayu yang tidak lagi bergantung pada dasar tindakan afirmatif? |
|
Bekas Ahli Parlimen Jeli tidak berminat tanding PRU16, beri laluan kepada pelapis muda - Sinarharian - 5/08 7:02 pm PASIR MAS - Bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kembali menyertai UMNO pada Jun lepas menegaskan beliau tidak lagi berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya mahu memberi laluan kepada pelapis kepimpinan muda parti.Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pada usia beliau sekarang, sudah tiba masanya generasi muda diberi peluang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, lagipun landskap politik dan kehendak pengundi kini semakin berubah."Saya kini sudah 76 tahun, jalan pun sudah goyang |
|
Perhilitan tracking elephant herd after LPT2 MPV collision - Sinardaily - 5/08 4:44 pm CHUKAI - The Terengganu Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan) is tracking a herd of wild elephants that was hit by a multi-purpose vehicle (MPV) at KM274.6 of the East Coast Expressway 2 (LPT2), near the Cheneh Toll Plaza interchange, last night.State Perhilitan director Dennis Ten Choon Yung said the department is using drones to monitor the location and movements of the herd in the vicinity of the accident site.He said the elephants are believed to have emerged from the Bukit Bandi Forest Reserve, located about eight kilometres from the scene of the accident.Dennis said six Perhilitan personnel were deployed to the accident site from 12.30 am today to carry out monitoring and control operations, including in the surrounding Cheneh area."The operation is aimed at determining the herds location and movements, while ensuring the safety of highway users, he told Bernama today.He said Perhilitan would also take the necessary action if the herd was found to be still in the vicinity of the highway.He also advised motorists not to panic if they encountered wild elephants, but instead to avoid approaching them or throwing objects at the animals, as this could provoke them.Motorists are also advised not to sound their horns, use high beams or flash their headlights at the elephants to avoid making the animals feel threatened or behave aggressively."Motorists are also urged to give the elephants enough space to cross safely and maintain a safe distance to avoid any untoward incidents, he said.Earlier, Bernama reported that a husband and wife were injured after the MPV they were travelling in collided with a herd of wild elephants at the location at 10.20 pm last night.Kemaman police chief Supt Mohd Razi Rosli said in the incident, Abdul Wahid Ismail, 55, sustained minor injuries to his left hand, while his wife, Fauziah Muda, 52, injured her right hand |
|
PRN Melaka: Bibit perpecahan mula landa BN, PN – Penganalisis - Mygazette - 5/08 4:22 pm # PRN Melaka: Bibit perpecahan mula landa BN, PN - Penganalisis KUALA LUMPUR Landskap politik Melaka yang berbeza dengan Johor dan Negeri Sembilan berpotensi mencetuskan bibit-bibit perpecahan dalam persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) |
|
PH belum retak walau tewas 3 PRN, kerjasama BN-PN belum lulus... - Mygazette - 5/08 4:22 pm # PH belum retak walau tewas 3 PRN, kerjasama BN-PN belum lulus ujian sebenar - Penganalisis KUALA LUMPUR Pakatan Harapan (PH) dilihat masih mempunyai ketahanan sebagai sebuah gabungan politik walaupun berdepan kekalahan dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN), manakala kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pula disifatkan masih belum melalui ujian sebenar sebagai sebuah gabungan yang stabil |
|
Nama disalah guna, ADUN Labu nafi kutip yuran kelab peminat - Mygazette - 5/08 4:22 pm # Nama disalah guna, ADUN Labu nafi kutip yuran kelab peminat KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Maira Hasim menafikan penglibatannya dengan mana-mana kelab peminat yang mengenakan yuran keahlian, selain memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan beberapa akaun media sosial palsu menggunakan namanya |
|
RXZ crash victim's widow to receive lifetime benefits under PERKESO scheme - Sinardaily - 5/08 4:18 pm KUALA LUMPUR - The next of kin of three RXZ Member 8.0 participants killed in road accidents on July 31 and Aug 1 will receive benefits from the Social Security Organisation (PERKESO), while another participant who was injured is also covered under the scheme.In a statement today, PERKESO said its Prihatin Squads verification found that the four participants, aged between 20 and 47, were active contributors under the Employees Social Security Act 1969 (Act 4).The first case involved 44-year-old Mohd Fauzi Othman, who was killed when the motorcycle he was riding lost control and crashed at KM184.9 of the East Coast Expressway 1 (LPT1) while travelling towards Terengganu on July 31."The contributions made throughout his working years have entitled Mohd Fauzis widow and five children to Funeral Management Benefits (FMB) and Survivors Pension under the Invalidity Scheme," the statement said.PERKESO said the dependants are entitled to a one-off RM3,000 FMB and a monthly Survivors Pension of RM1,794.58 under the Invalidity Scheme, allocated based on their respective shares.The pension will continue to be paid to the widow for the rest of her life, while the children are entitled to the benefit until the age of 21 or upon completing their first undergraduate degree.The dependants of Zulkanain Mat Said, 39, who was killed in an accident in Gambang on July 31, are also entitled to a one-off RM3,000 FMB and a monthly Survivors Pension of RM1,840.13 under the scheme, based on their respective shares.Meanwhile, the dependants of Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, who was killed in a crash at KM258.6 of the East Coast Expressway 2 (LPT2) while travelling towards Terengganu on Aug 1, are entitled to FMB and Dependants Benefits under the LINDUNG 24 Protection Scheme."Being an active contributor to the LINDUNG 24 Jam scheme under Act 4, his family is entitled to a one-off RM3,000 FMB and a monthly pension under the Dependants Benefits, it said.PERKESO said that since Muhammad Shahrul had not married, the RM3,000 FMB would be paid directly to his next of kin, while the RM1,115.10 monthly Dependants Benefits would be shared among his parents for life and three siblings until the age of 21.PERKESO said the total Dependants Benefits payable to the family over a minimum period of 20 years is estimated at more than RM260,000.Durulmaizi Salamon, 47, who sustained shoulder and right leg injuries in a crash at KM294 of the LPT2 in Kemaman on July 31, is entitled to Temporary Disablement Benefits as well as reimbursement for medical expenses and the duration of his sick leave.PERKESO said Durulmaizis husband, who was killed in the same crash, did not qualify for benefits as he was not a contributor |
|
LPT2 diarah tingkat rondaan malam, teliti pelaksanaan lampu LED - Sinarharian - 5/08 3:50 pm SHAH ALAM - Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) diarah meningkatkan frekuensi rondaan terutama pada waktu malam di lokasi berisiko kemalangan selain penambahbaikan pencahayaan melalui skop projek pemasangan lampu LED.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, cadangan itu akan diteliti dari sudut teknikal dan keperluan pelaksanaannya di sepanjang kawasan terlibat."Saya memandang serius keadaan ini kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya, malah berkait rapat dengan pengurusan konflik manusia dan hidupan liar yang semakin mencabar."Dalam pada itu, saya ingin menasihatkan pengguna lebuh raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju dan meningkatkan tahap kewaspadaan khususnya ketika melalui kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan pergerakan hidupan liar," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini media melaporkan, sepasangan suami isteri cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka melanggar sekumpulan gajah yang melintas di Kilometer 274.6 LPT2, selepas Plaza Tol Cheneh menghala ke Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, pemandu Toyota Estima, Abdul Wahid Ismail, 54, dan Fauziah Muda @ Jusoh, 52, cedera pada bahagian tangan.Dalam pada itu Alexander memaklumkan, berdasarkan laporan awal yang diterima, kawasan terbabit dilengkapi pagar keselamatan bagi menghalang kemasukan hidupan liar ke jajaran lebuh raya.Namun menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat bahagian pagar yang telah dirobohkan, dipercayai akibat rempuhan kawanan gajah yang melalui kawasan berkenaan."Sehubungan itu, saya telah mengarahkan syarikat konsesi LPT2 mengambil tindakan segera untuk membaik pulih pagar yang rosak mengikut spesifikasi yang ditetapkan."Pasukan teknikal telah berada di tapak bagi menilai tahap kerosakan dan menyelaras pelaksanaan kerja pembaikan dengan kadar segera dan dimaklumkan, kerja-kerja pembaikan akan bermula selewat-lewatnya Khamis."Saya turut mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengadakan perbincangan bersama pihak syarikat konsensi LPT2 dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi mengenal pasti langkah penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan," ujarnya. |
|
Malaysia tidak akan hantar pulang 5,000 Rohingya jika nyawa terancam - Fahmi - Sinarharian - 5/08 3:21 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia tidak akan menghantar pulang mana-mana pelarian Rohingya ke Myanmar sekiranya terdapat risiko mereka dizalimi atau nyawa terancam meskipun negara itu bersetuju menerima 5,000 pelarian dari negara ini.Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menerusi Wisma Putra akan meneliti terlebih dahulu beberapa perkara termasuk aspek keselamatan sebelum proses penghantaran pulang dilaksanakan termasuklah mengenal pasti 5,000 pelarian yang terlibat."Semestinya Malaysia sebagai sebuah negara bertanggungjawab tidak akan menghantar pulang sekiranya 5,000 orang pelarian Myanmar ini (berisiko) sama ada akan dizalimi ataupun nyawa mereka akan terancam."Jadi, ada beberapa perkara yang kita akan teliti dahulu dalam perbincangan dengan kerajaan junta di Myanmar sebelum kita laksanakan," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.Fahmi berkata, kerajaan Myanmar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menerima 5,000 pelarian terbabit, namun Malaysia masih perlu meneliti kriteria yang ditetapkan sebelum proses penghantaran dilakukan."Apa yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim 5,000 orang pelarian Myanmar ini pihak kerajaan junta di Myanmar sedia untuk menerima, tetapi kita akan teliti apakah kriteria dan sekiranya sesuai, kita akan laksanakan tetapi Perdana Menteri mengambil maklum bahawa kita tidak boleh menghantar sekiranya nyawa mereka terancam," jelas beliau.Difahamkan kira-kira 190,000 pelarian dan pemohon suaka ketika ini berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), dengan lebih 80 peratus daripadanya terdiri daripada etnik Rohingya dan kumpulan etnik lain dari Myanmar.Isu kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering menjadi perhatian umum, khususnya membabitkan dakwaan peningkatan penempatan di beberapa lokasi, persaingan mendapatkan peluang pekerjaan berpendapatan rendah, selain kebimbangan terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang dibangkitkan oleh masyarakat. |
|
'Asyraf Wajdi wajar letak jawatan Pengerusi Mara sehingga siasatan RCI TH selesai' - Ahli MPT Bersatu - Sinarharian - 5/08 2:54 pm SHAH ALAM- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin menggesa Datuk Dr Asyraf Wajdi melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga semua proses siasatan berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) selesai.Afif berkata, Asyraf Wajdi perlu mengambil tanggungjawab moral atas peranannya sebagai Timbalan Menteri yang berkaitan dengan portfolio Hal Ehwal Agama dalam sebahagian tempoh yang menjadi fokus RCI.Menurutnya, walaupun sebarang liabiliti individu perlu ditentukan melalui proses undang-undang, Asyraf Wajdi tidak boleh berpura-pura seolah-olah tiada perkara yang berlaku."Justeru, demi menjaga integriti institusi awam dan memastikan tiada persepsi wujud campur tangan atau pengaruh terhadap mana-mana siasatan atau keputusan pendakwaan yang mungkin dibuat oleh pihak berkuasa, Asyraf Wajdi wajar melepaskan jawatan tersebut."UMNO tidak boleh memilih prinsip mengikut keadaan |
|
Kemalangan peserta RXZ: Balu mangsa layak terima faedah sepanjang hayat PERKESO - Sinarharian - 5/08 2:35 pm SHAH ALAM - Waris kepada empat peserta RXZ Member 8.0 yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam empat kejadian berasingan pada 31 Julai dan 1 Ogos lepas layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).PERKESO dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan Skuad PERKESO Prihatin mendapati kesemua mangsa yang terlibat, berusia antara 20 hingga 47 tahun merupakan pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).Menurutnya, kes pertama melibatkan Mohd Fauzi Othman, 44, yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas di kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Terengganu pada 31 Julai lalu."Menerusi caruman dibuat sepanjang arwah bekerja, waris Allahyarham iaitu balu dan lima anaknya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan |
|
Melaka polls: BN-PN predicted to divide seats based on respective strongholds - Sinardaily - 5/08 10:16 am SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) is likely to make way for Barisan Nasional (BN) in the majority of State Legislative Assembly seats, given BN's track record of winning 21 seats and remaining the primary power in the Melaka state government.Political analyst Professor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi said however, it would be difficult for PN to concede almost all or all seats without securing reasonable leverage.According to him, PN is expected to demand to defend the seats it won previously, along with several Malay-majority seats that overlap with parliamentary constituencies currently held by Pas and Bersatu."In the 15th General Election (GE15), Pas won Tangga Batu and Jasin, whilst Bersatu secured Masjid Tanah |
|
PH juga dapat manfaat tak langsung daripada politik identiti, kata Kian Ming - FMT - 5/08 9:20 am Bekas Ahli Parlimen Bangi berkata PH sebelum ini turut menyeru pengundi bukan Melayu bersatu, sama seperti BN dan PN yang menggesa orang Melayu sokong mereka. |
|
Apo kobar sumo? - FMT - 5/08 8:00 am Tidak mustahil jika sudah ada orang Negeri Sembilan mula berkata 'kamu ajak kita bersatu kamu sendiri tak bersatu'. |
|
'PH kekal utuh selepas badai 3 PRN, kerjasama BN-PN belum lulus ujian sebenar' - Penganalisis - Sinarharian - 5/08 7:16 am KUALA LUMPUR - Kekalahan dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak semestinya bermaksud sesebuah gabungan politik sedang menuju kehancuran.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, dari sudut ini, Pakatan Harapan (PH) masih memperlihatkan tahap ketahanan organisasi yang tinggi jika melihat kepada keupayaan gabungan tersebut menyerap tekanan, mengurus perbezaan dalaman dan kekal bersatu selepas berdepan keputusan yang buruk.Menurutnya, walaupun berdepan tiga keputusan mengecewakan pada PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan, setakat ini belum ada mana-mana parti komponen PH mengumumkan keputusan untuk meninggalkan gabungan tersebut."DAP memang akan membahaskan kedudukannya dalam kerajaan pada kongres parti pada 16 Ogos, khususnya sama ada pemimpin DAP harus terus memegang jawatan dalam pentadbiran."Namun begitu, walau apa pun yang berlaku, Anthony Loke telah menjelaskan bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan keanggotaan DAP dalam PH atau sokongan parti tersebut terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada Rabu.Mashitah berkata, perkembangan ini penting dan ia menunjukkan bahawa perbahasan dalaman DAP lebih menjurus kepada cara parti itu harus memainkan peranan dalam kerajaan, bukannya langkah meninggalkan PH.Katanya, PKR dan Amanah juga tidak menunjukkan tanda bahawa mereka mahu meninggalkan gabungan berkenaan."Ini membuktikan bahawa PH bukan sekadar pakatan pilihan raya sementara |
|
RXZ Members 8.0: Polis serah semula 222 motosikal disita kepada peserta - Sinarharian - 4/08 8:45 pm KUALA TERENGGANU - Sebanyak 222 motosikal yang disita sepanjang program RXZ Members 8.0 pada Jumaat dan Sabtu lalu diserahkan semula kepada pemilik masing-masing selepas proses saman dan dokumentasi selesai.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, proses penyerahan motosikal berkenaan berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan dilakukan secara berperingkat pada Ahad serta Isnin.Beliau berkata, kebanyakan motosikal yang disita tidak terlibat dalam sebarang kejadian jenayah, sebaliknya tindakan itu dibuat atas kesalahan serta pelanggaran undang-undang jalan raya seperti pengubahsuaian ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi, perlindungan insurans dan brek belakang."Pemilik motosikal telah mengakui kesalahan lalu lintas yang dilakukan |
|
Terengganu police return 222 seized RXZ motorcycles to owners - Malaymail - 4/08 8:06 pm KUALA TERENGGANU, Aug 4 A total of 222 motorcycles seized during the RXZ Members 8.0 programme last week have be... |
|
Terengganu police return 222 seized motorcycles after RXZ event - Sinardaily - 4/08 7:48 pm KUALA TERENGGANU - A total of 222 motorcycles seized during the RXZ Members 8.0 programme last week have been returned to their owners after the issuance of summonses and completion of the required documentation.Terengganu Police chief Datuk Mohd Khairi Khairudin said the handover process went smoothly and was completed in stages on Sunday and yesterday.He said most of the seized motorcycles were not linked to any criminal cases, but were seized for road traffic offences such as modified exhaust systems, registration numbers that did not meet specifications, no side mirrors, no insurance coverage and no rear brakes."The motorcycle owners have admitted to the traffic offences they committed |
|
Siswa Bersatu urges party strategy overhaul following election wipeout - Sinardaily - 4/08 7:33 pm SHAH ALAM - Bersatu's student wing has called for sweeping changes to the party's strategy following its wipeout in the 16th Negeri Sembilan state election, including urging the party not to contest the upcoming Melaka polls and to abandon personal attacks against political rivals.In a statement issued today, Siswa Bersatu said the party's post-election review must go beyond identifying campaign weaknesses and instead address deeper structural and strategic issues if Bersatu hopes to remain relevant ahead of the 16th General Election (GE16).The statement came in response to Bersatu secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali's announcement that the party would conduct a post-mortem following its poor electoral performance.While reaffirming its loyalty to Bersatu, the student wing said such loyalty should not be mistaken for unconditional support and urged the party's Central Supreme Leadership Council (MPT) to undertake immediate introspection.Among its key recommendations was a call for Bersatu to sit out the upcoming Melaka state election and instead give full support to the Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN-PN) alliance under the Gelombang Biru (Blue Wave) banner.The movement also urged the party to move away from politics centred on personal attacks, arguing that Bersatu should instead focus on issues that directly affect voters, including economic development, infrastructure and the rising cost of living.In addition, Siswa Bersatu called for greater youth representation within the party by proposing the appointment of two university student representatives to the MPT.Looking ahead to GE16, the student wing also proposed a nationwide engagement programme and urged the leadership to base candidate selection on electability, incumbency and grassroots support within individual constituencies.Despite its criticism, Siswa Bersatu reiterated its commitment to the party, saying Bersatu should retain its logo and continue pursuing a strategy that positions it as a key political force capable of shaping future governments.Earlier, the student wing also congratulated the BN-PN coalition on securing an absolute majority of 24 seats to form the Negeri Sembilan government and thanked party workers and candidates for their efforts throughout the state election campaign. |
|
Malaysia tidak seharusnya tanggung beban pelarian sendirian -Pakar - Mygazette - 4/08 4:16 pm # Malaysia tidak seharusnya tanggung beban pelarian sendirian -Pakar KUALA LUMPUR - Malaysia telah memikul sebahagian besar tanggungjawab terhadap pelarian di rantau ini sejak berdekad-dekad lalu meskipun bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951, menurut pakar undang-undang antarabangsa Prof Dr Salawati Mat Basir |
|
Hubungan Pas-UMNO: Tidak perlu ada batu api - Sinarharian - 4/08 3:29 pm ULASAN Hasmi Hashim bertajuk "UMNO usung ular dalam selimut" sememangnya menarik dibaca, terutama apabila dinilai sebagai sebuah karya polemik oleh seorang seniman dalam bidang seni lukis, lirik dan puisi.Namun begitu, apabila tulisan itu dikemukakan sebagai analisis politik, kedudukan penulisnya sebagai penggiat PKR menjadikan hujah yang dibawa berat sebelah, sarat emosi dan jauh daripada penilaian sejarah yang objektif.Penggunaan metafora seperti "ular", "darah", "racun" dan "mata gergaji" bertujuan membina persepsi bahawa Pas sentiasa memperalat, melemahkan dan akhirnya memusnahkan rakan politiknya.Masalahnya, gambaran dramatik itu tidak disokong oleh pembacaan sejarah yang menyeluruh |
|
Bersatu Melaka mula susun strategi PRN, mesyuarat esok jadi penentu hala tuju - FMT - 4/08 3:01 pm Bersatu Melaka akan nilai kekuatan jentera, landskap politik semasa serta pandangan bahagian dan sayap parti sebelum kemuka cadangan kepada pimpinan tertinggi. |
|
Radzi gesa audit forensik pelaburan RM259 juta TH - Sinarharian - 4/08 1:01 pm PUTRAJAYA Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menggesa audit forensik dilaksanakan terhadap pelaburan berjumlah RM259 juta Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Deru Semangat Sdn Bhd (Deru Semangat) susulan pelbagai persoalan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu.Menurut beliau, laporan RCI menyatakan Suruhanjaya menerima laporan daripada TH berhubung beberapa pelaburan bermasalah serta mendapati wujud transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.Katanya, laporan itu turut menyenaraikan beberapa pelaburan yang memerlukan audit forensik, termasuk pelaburan TH dalam Deru Semangat,"Banyak persoalan berkaitan pelaburan ini |
|
Malaysian voters are becoming more mature in their political judgement - Analyst - Sinardaily - 4/08 12:19 am KUALA TERENGGANU Malaysian voters are becoming increasingly mature, critical and pragmatic in their political considerations by prioritising administrative performance over traditional partisan loyalty.Political analyst Dr Azrie Azeh said this could be observed through the results of the 2026 Negeri Sembilan state election involving 36 State Legislative Assembly seats, which not only reflected changes in seat composition but also depicted a profound transformation in voter orientation.According to him, the view of political science expert V.O |
|
'Adik comel papa sayang adik' jadi helah, pekerja hotel cabul anak tunang dipenjara 5 tahun - Sinarharian - 4/08 12:08 am PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul anak tunangnya, minggu lalu.Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zulkpli Abdullah terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 16 tahun 10 bulan terbabit dengan menyentuhnya bagi maksud seksual di sebuah bilik hotel di Tanah Merah pada jam 3 pagi, 24 Julai lalu.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap remaja terbabit pada jam 11 pagi, tarikh sama dan di lokasi sama.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 Akta yang sama.Sabit kesalahan, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.Berdasarkan fakta kes, tertuduh sebelum itu mengambil mangsa dari bapa kandungnya di Kuala Krai atas urusan dan janji mahu menguruskan perpindahan sekolah mangsa di Besut, Terengganu iaitu tempat ibu mangsa bekerja.Mangsa bagaimanapun dibawa ke hotel di Tanah Merah tempat tertuduh bekerja sebelum dicabul dua kali ketika tidur.Semasa dicabul, tertuduh memberitahunya "Adik comel, papa sayang adik, adik kecil macam baby".Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sebelum berjaya keluar dari bilik hotel dan melarikan diri.Mangsa diselamatkan orang awam yang menemuinya bersendirian di tepi jalan pada jam 4 petang hari sama serta membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.Pihak polis kemudian menghubungi ibu mangsa yang bekerja di sebuah premis di Besut, Terengganu untuk hadir ke IPD berkenaan bagi memaklumkan kejadian menimpa mangsa.Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan dengan alasan dia merupakan anak sulung daripada lima beradik serta perlu menjaga ibu selain bapanya yang menghidap penyakit jantung.Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Nailah Harizan bagaimanapun memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.Siti Aiysha Nailah turut menegaskan kesalahan itu adalah serius berdasarkan peruntukan undang-undang dan kejadian seumpamanya yang kerap dibawa ke Mahkamah Pasir Mas tidak seharusnya terus menjadi barah dalam masyarakat."Dalam kes ini, tertuduh diberi kepercayaan oleh bapa kandung mangsa untuk menguruskan persekolahan remaja berkenaan."Mangsa sebaliknya dibawa keluar dari rumah dan ditempatkan di sebuah bilik hotel yang asing baginya sebelum dicabul dan ditemui dalam keadaan ketakutan di tepi jalan, sekali gus meninggalkan kesan trauma," katanya.Hakim kemudian menerima pengakuan salah tertuduh dan mensabitkannya atas kedua-dua pertuduhan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak, selain satu sebatan bagi setiap pertuduhan.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta dikenakan perintah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |