///
See Also: Shutterstock

Search : Bersatu Bahagian News   Page 1    





Polis rampas dadah bernilai RM21 juta, dua sindiket tumpas - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Polis rampas dadah bernilai RM21 juta, dua sindiket tumpas SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM21 juta





Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, bahagian terbubar .. - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, bahagian terbubar KUALA LUMPUR Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan dakwaan hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut kenyataan media dikeluarkan Bersatu Bahagian Masjid Tanah hari ini, keputusan itu dimaklumkan dalam satu mesyuarat khas selama kira-kira dua jam yang dihadiri Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan





Tiga unit rumah teres dua tingkat terbakar - Sinarharian - 19/02 11:15 pm

PERAI Tiga unit rumah teres dua tingkat di Halaman Kikik, Taman Inderawasih di sini mengalami kerosakan akibat kebakaran pada Khamis.Bagaimanapun, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.23 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.Menurutnya, kebakaran melibatkan tiga buah rumah berkeluasan kira-kira 30 x 40 kaki persegi bagi setiap unit."Anggaran kemusnahan bagi rumah bernombor 23 adalah kira-kira 10 peratus manakala rumah bernombor 25 dan 27 masing-masing 50 peratus dan 40 peratus."Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran menggunakan kaedah serangan secara defensif dan ofensif selain mewujudkan fire break bagi mengelakkan api merebak," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.56 petang sebelum dipadam sepenuhnya pada jam 5.30 petang."PKO kemudiannya menjalankan kerja overhaul bagi memastikan tiada punca bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.48 petang."Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa kerana semua penghuni telah keluar dari rumah sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.Menurut beliau lagi, operasi pemadaman turut dibantu BBP Butterworth bersama beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran."Seramai 17 anggota termasuk penyelia terlibat dalam operasi dengan kekuatan empat jentera."Kes seterusnya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk tindakan lanjut manakala Pusat Sehenti Pasca Insiden turut mengambil maklumat pemilik premis serta menyalurkan khidmat nasihat mengikut keperluan semasa," ujarnya.





Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah - Sinarharian - 19/02 6:58 pm

SHAH ALAM - Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah pada Khamis.Peletakan jawatan itu dibuat bersama 39 lagi ahli jawatankuasa bahagian terbabit, menurut bekas Setiausaha Bahagian, Shahrul Azhar Amir."Pertemuan yang dihadiri ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan selama dua jam ini berlangsung dengan baik dan ketua bahagian telah memberikan penjelasan tentang perkembangan terkini konflik politik Bersatu."Mesyuarat ini merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian Bersatu Masjid Tanah bahawa tindakan ini dibuat atas faktor kehilangan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu."Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah terbubar secara rasmi," katanya dalam kenyataan.Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi sejurus berita peletakan jawatan tersebar.Pada Sabtu lalu, ahli Parlimen Masjid Tanah itu hadir ke majlis 'reset' politik bagi menyokong Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya dalam Bersatu pada Jumaat.Hamzah turut mendakwa disokong 18 daripada 25 ahli Parlimen Bersatu.Difahamkan, kehadiran Mas Ermieyati ke perhimpunan pertemuan digerakkan pasca pemecatan Hamzah menyebabkan dirinya berada dalam radar pimpinan Bersatu.





Mas Ermieyati letak jawatan ketua Bersatu Masjid Tanah - FMT - 19/02 5:56 pm

Turut meletak jawatan barisan AJK Masjid Tanah, ketua sayap dan semua ketua cawangan kerana hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin Yassin.





Simpan bahagian hidupan liar: 3 didenda RM128.9 juta, penjara 12 tahun - FMT - 19/02 5:52 pm

Tiga warga Vietnam didenda dan dipenjara atas 15 pertuduhan menyimpan hampir 1,000 bahagian hidupan liar dilindungi tanpa permit.





Mas Ermieyati resigns as Masjid Tanah Bersatu chief - FMT - 19/02 5:51 pm

She was among the Bersatu MPs who attended a solidarity rally held by former Bersatu deputy president Hamzah Zainudin in Kuala Lumpur on Feb 14.





Wanita disamun ketika buang sampah, enam suspek diberkas - Sinarharian - 19/02 5:19 pm

SHAH ALAM Seorang wanita menempuh detik cemas apabila disamun beberapa individu bersenjatakan pisau dalam kejadian di lorong berhampiran Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikatakan sedang berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah di kawasan berhampiran tempat tinggalnya sebelum didatangi sekumpulan individu menaiki sebuah Perodua Axia berwarna merah.Bagaimanapun, tindakan kesemua suspek itu mengundang padah apabila mereka diberkas polis pada hari sama.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.19 petang."Hasil siasatan awal mendapati beg tangan mangsa telah disamun oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pisau."Mangsa yang ketika itu berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah telah didatangi suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah sebelum beg tangannya diragut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan operasi susulan pada hari sama."Pada jam lebih kurang 9 malam, polis berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut."Turut dirampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan seorang wanita yang disamun sekumpulan individu dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan perumahan di Shah Alam





Berselindung sebagai nelayan, rupanya seludup dadah ke Indonesia - Sinarharian - 19/02 4:37 pm

SHAH ALAM - Kegiatan membawa dadah dari semenanjung melalui perairan Selangor sebelum dipindah ke kapal di tengah laut untuk diseludup ke Indonesia dibongkar selepas tiga dicekup menerusi serbuan di sekitar Sekinchan, Sabak Bernam 12 Februari lalu.Serbuan Op Tapis itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga warga Indonesia yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 26 hingga 53 tahun.Menurutnya, kesemua suspek ditahan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Leman, Sekinchan dengan rampasan tiga bungkusan plastik disyaki dadah methamphetamine seberat 11.36 gram."Serbuan kedua di sebuah bot tidak bernombor di jeti ikan dan menemui 152 bungkusan plastik disyaki methamphetamine seberat kira-kira 158.61 kilogram (kg), lima bungkusan plastik disyaki ekstasi (10.89 kg) serta 2,000 biji katrij disyaki mengandungi dadah jenis MDMA."Nilai dadah dianggarkan RM12.6 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.Beliau berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Llama Cal.38 Super beserta satu kelopak berisi empat butir peluru selain 45 butir peluru lain.Tambah Hussein, suspek pertama merupakan kordinator laut dan darat, manakala suspek kedua ialah 'runner' dan 'boatman' dalam sindiket yang telah aktif sejak 2021 itu."Suspek ketiga pula merupakan isteri kepada suspek pertama," ujarnya.Dedah beliau, dua suspek lelaki yang juga bekerja sebagai nelayan dipercayai menetap di Malaysia tanpa sebarang dokumen, manakala suspek wanita baru tiba sebulan lepas.Katanya lagi, modus operandi sindiket ialah menggunakan bot pancung sebagai pengangkutan membawa dadah."Kesemua suspek direman 14 hari bermula 13 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan nilai sitaan RM49,000 membabitkan wang tunai 421,000 Rupiah, tiga bentuk cincin, seutas rantai leher dan rantai tangan, satu gelang tangan, sepasang anting-anting serta tiga motosikal," katanya.Ujar Hussein, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam pengedaran dadah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat selain mencemarkan imej serta maruah negara.





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL, Putrajaya dan tujuh negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 19/02 3:48 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga 7 malam pada Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan jam 2.55 petang pada Khamis memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.Amaran itu turut membabitkan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau.Kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang





12 pegawai, anggota polis disiasat kes rompakan berkumpulan mata wang kripto - Sinarharian - 19/02 3:48 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seramai 12 anggota dan pegawai polis disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kes samun membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata laporan diterima pihaknya pada jam 2.07 petang, 6 Februari lalu."Tindakan segera diambil dan seramai 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Kes masih dalam siasatan dan Polis Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti jenayah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.Difahamkan, mereka yang ditahan masing-masing terdiri daripada seorang berpangkat asisten superintenden, inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.Sebelum itu, media tempatan melaporkan sepasukan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Country Heights, Kajang, pada 5 Februari lalu selepas disyaki terdapat aktiviti penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan sindiket di Kemboja.Bagaimanapun, dikatakan tiada bukti kegiatan jenayah ditemukan di lokasi terbabit.Mangsa kemudian dikatakan diugut akan ditahan dan dikenakan tindakan imigresen kecuali membayar RM400,000 kepada polis terbabit.Selepas rundingan, anggota polis terbabit didakwa bersetuju menerima bayaran 50,000 USDT (mata wang kripto) yang dipindahkan ke alamat dompet kripto yang diberikan.Penahanan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang juru ukur pasaran warga China berusia 31 tahun yang mendakwa dia dan tujuh rakannya dipaksa memindahkan mata wang kripto terbabit.Tangkapan kesemua 12 anggota itu dilakukan selepas beberapa hari laporan dibuat.





Lagi ketua bahagian Bersatu umum letak jawatan - FMT - 19/02 3:39 pm

Bukit Gantang, Bagan Serai dan Bintulu kini masuk senarai Bersatu bahagian yang didakwa bubar.





More Bersatu division chiefs quit following Hamzahs sacking - FMT - 19/02 3:03 pm

Bukit Gantang, Bagan Serai and Bintulu are the latest additions to a growing list of allegedly dissolved divisions.





Penyatuan Melayu sukar direalisasikan jika UMNO terus kendong DAP – .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Penyatuan Melayu sukar direalisasikan jika UMNO terus kendong DAP - Annuar KUALA LUMPUR Pendirian UMNO untuk terus menyokong keberadaan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP mungkin menjadikan hasrat UMNO ke arah penyatuan Melayu sebagai `_non starter_ atau tidak ke mana-mana





Kastam Pahang gagalkan cubaan seludup 8 kontena e-waste bernilai RM2.15 .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Kastam Pahang gagalkan cubaan seludup 8 kontena e-waste bernilai RM2.15 juta KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sisa elektronik (e-waste) dari luar negara membabitkan rampasan lapan kontena bernilai kira-kira RM2.15 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, awal bulan ini





Umum bubar bahagian hanya gimik politik ??? MPT Bersatu - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Umum bubar bahagian hanya gimik politik MPT Bersatu KUALA LUMPUR - Pengumuman pembubaran oleh kepimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan lebih bersifat gimik politik





'Tiada bahagian Bersatu Johor terbubar' - Dr Sahruddin - Sinarharian - 19/02 2:11 pm

JOHOR BAHRU - Ketua Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menegaskan tiada mana-mana bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor terbubar setakat ini.Bekas Menteri Besar Johor itu seterusnya menafikan dakwaan kononnya 11 bahagian parti itu lumpuh susulan peletakan jawatan beramai-ramai pada Rabu.Menurut beliau, sebarang peletakan jawatan melibatkan ketua bahagian, timbalan atau ahli jawatankuasa tidak membawa kepada pembubaran automatik, sebaliknya akan digantikan dengan individu lain yang masih setia dan komited terhadap perjuangan parti."Saya cukup yakin tiada mana-mana bahagian yang terbubar seperti dakwaan beberapa pihak





JKDM Pahang gagalkan cubaan seludup 186 tan e-waste bernilai RM2.15 juta - Sinarharian - 19/02 1:04 pm

PELABUHAN KLANG Cubaan menyeludup masuk 186 tan sisa elektronik (e-waste) dari Kanada, Sepanyol dan Croatia digagalkan menerusi rampasan lima kontena yang mengandungi bahan buangan itu bernilai kira-kira RM2.15 juta di Pelabuhan Utara di sini pada 3 Februari lalu.Sindiket dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menggunakan taktik membuat pengikraran tidak benar dalam dokumen dagangan dengan mengisytiharkan muatan sebagai campuran tembaga.Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan keperluan mendapatkan permit sah di bawah peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan sisa terjadual.Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang, Mohd Asri Seman berkata, serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dijalankan oleh JKDM Pahang dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor hasil risikan terhadap pergerakan kontena terbabit.Beliau berkata, semakan mendapati lima kontena berkenaan dibawa masuk dari Kanada, manakala dua lagi dari Sepanyol dan satu dari Croatia."Pemeriksaan fizikal mendapati kandungan sebenar ialah sisa elektronik termasuk komponen komputer, kabel dan wayar terpakai dengan berat keseluruhan 186,737 kilogram."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.15 juta dan kesemua kontena ini diimport tanpa permit sah seperti yang ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Utara di sini pada Khamis.Katanya, maklumat awal diperoleh sejurus kontena terbabit tiba di pelabuhan berkenaan kira-kira dua minggu sebelum tindakan penahanan dibuat dalam sistem bagi menghalang sebarang pergerakan keluar."Siasatan awal mendapati e-waste ini dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang."JKDM Pahang juga sedang berusaha mengesan ejen serta pihak yang terlibat untuk tindakan lanjut," ujarnya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.Mengulas lanjut, Mohd Asri menjelaskan tiada sempadan operasi dalam JKDM dan mana-mana bahagian penguatkuasaan negeri boleh bertindak berdasarkan maklumat risikan bagi mengelakkan kebocoran maklumat serta memastikan operasi berjalan lancar.





Dissolution of 11 Bersatu divisions: Umno offers itself as umbrella for Malay unity in Johor - Sinardaily - 19/02 12:47 am

JOHOR BAHRU Umno has offered itself as the umbrella for Malay political unity in Johor following the dissolution of 11 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) divisions in the state, a move believed to stem from prolonged internal turmoil.Johor Bahru Umno division chief Datuk Yahya Jaafar said the development proves that division only weakens Malay political strength, ultimately affecting stability and the direction of the struggle."Since its establishment, Umno has been the main platform for the Malay struggle, shaping national leadership and policies and it remains relevant as a unifying force to this day."Umno is not merely a political party, but a big house for the Malay community





Bersatu Bintulu members resign en bloc, first Sarawak division to exit party - BorneoPost - 19/02 12:15 am

BINTULU (Feb 19): Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bintulu has become the first division in Sarawak to collectively resign and exit the party





Harap pengerusi baharu mampu kukuhkan PN - Bersatu Kelantan - Sinarharian - 19/02 11:59 am

KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berharap pengerusi baharu yang bakal dilantik pada Ahad ini mampu mengukuhkan Perikatan Nasional (PN).Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, tindakan itu penting bagi memastikan PN mampu mendepani arena politik tanah air yang semakin mencabar ketika ini."Tidak kira siapa (yang dilantik sebagai Pengerusi PN), yang penting ia perlu memberi tumpuan kepada membina kesatuan dan kekuatan parti," katanya ketika dihubungi.Menurut beliau, Bersatu Kelantan turut berharap pengerusi baharu itu mampu kukuhkan PN di negeri ini.Katanya, hal ini kerana kebanyakan rakyat masih belum mengenali PN secara jelas terutama di kawasan luar bandar.Beliau melihat usaha itu perlu diteruskan bagi memastikan kehadiran PN diterima sebaik mungkin oleh rakyat di negeri ini.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jawatan Pengerusi PN bakal ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan pada 22 Februari ini, jam 3 petang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.Katanya, mesyuarat tersebut diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.





Pembubaran 11 bahagian Bersatu: UMNO tawar diri sebagai payung penyatuan Melayu di Johor - Sinarharian - 19/02 11:18 am

JOHOR BAHRU UMNO menawarkan diri sebagai payung penyatuan politik Melayu di Johor susulan pembubaran 11 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini, yang dilihat berpunca daripada kemelut dalaman berpanjangan.Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, situasi tersebut membuktikan bahawa perpecahan hanya melemahkan kekuatan politik Melayu, sekali gus menjejaskan kestabilan dan hala tuju perjuangan."UMNO sejak awal penubuhannya merupakan wadah utama perjuangan orang Melayu yang telah membentuk kepimpinan dan dasar negara, selain kekal relevan sebagai platform penyatuan hingga hari ini."UMNO bukan sekadar parti politik, tetapi rumah besar kepada bangsa Melayu





Pecat Hamzah pacu prospek Azmin dalam Bersatu, kata penganalisis - FMT - 19/02 8:30 am

Hisomudin Bakar dari Ilham Centre berkata laluan Azmin Ali menuju jawatan tertinggi semakin terbuka tanpa halangan besar.





Hamzahs sacking boosts Azmins prospects at Bersatu, says analyst - FMT - 19/02 8:30 am

Hisomudin Bakar of Ilham Centre says Azmin Alis path to the very top at Bersatu appears clearer, with no major obstacles in his way.





Mayat lelaki disambar buaya di Sadong Jaya ditemukan - Mgazette - 19/02 8:01 am

# Mayat lelaki disambar buaya di Sadong Jaya ditemukan KUCHING -****Lelaki yang dilaporkan hilang selepasdiserang buaya ketika menjala udang di bawah jambatan Sungai Buloh, Sadong Jaya, kira-kira 40 kilometer dari sini semalam ditemukan meninggal dunia





Milikan saham Azam Baki cetus persoalan tatakelola pegawai tinggi kerajaan - Mgazette - 19/02 8:01 am

# Milikan saham Azam Baki cetus persoalan tatakelola pegawai tinggi kerajaan KUALA LUMPUR Pendedahan mengenai pemilikan 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menimbulkan persoalan besar terhadap aspek pematuhan tata kelola dan integriti dalam kalangan pegawai tertinggi penguat kuasa undang-undang negara





Wanita Rohingya mati dibunuh suami dikebumi bersama bayi dalam kandungan - Mgazette - 19/02 8:01 am

# Wanita Rohingya mati dibunuh suami dikebumi bersama bayi dalam kandungan KOTA TINGGI - Wanita etnik Rohingya yang maut dibunuh suaminya dengan lesung Batu Jumaat lalu selamat dikebumikan bersama-sama bayi dalam kandungannya di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam di sini hari ini





Perlembagaan Bersatu tidak benarkan ahli bubarkan bahagian – Tun .. - Mgazette - 19/02 8:01 am

# Perlembagaan Bersatu tidak benarkan ahli bubarkan bahagian - Tun Faisal KUALA LUMPUR Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memperuntukkan sebarang kuasa kepada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian untuk membubarkan mana-mana bahagian parti, tegas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz





Bersatu Damansara tidak dibubar, usul tidak percaya terhadap ketua .. - Mgazette - 19/02 8:01 am

Setiausahanya, Aliff Taufid menegaskan, dakwaan itu tidak benar dan tidak berlaku. "Bersatu Bahagian Damansara kekal berfungsi seperti biasa dan tidak pernah dibubarkan," katanya hari ini





Suami maut, isteri dan anak cedera nahas dua kenderaan - Sinarharian - 18/02 11:01 pm

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di jejambat Jalan Titi Kobah, Pendang pada Selasa.Ketua Polis Daerah PendangSuperintendenRodzi Abu Hassan berkata, kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu menyebabkan penumpang hadapan iaitu lelaki berusia 39 tahun maut akibat kecederaan parah dikepala."Sebelum kejadian, MPV dipandu isteri mangsa yang berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari arah Pendang menghala ke Kota Sarang Semut..





Lelaki maut putus kaki motosikal ditunggang lawan arus bertembung kereta - Sinarharian - 18/02 10:44 pm

SIBU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melawan arus dan bertembung dengan kenderaan sebuah kereta di Kilometer 209, Jalan Sibu-Bintulu, pada pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami putus kaki kiri dan parah di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi.Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Bonjface Anak Bajai berkata, kemalangan melibatkan Perodua Myvi dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR."Hasil siasatan awal, motosikal mangsa sedang bergerak melawan arus menghala ke Sibu Jaya dan bertembung dengan kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun menuju ke pusat bandar."Akibat pertembungan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan, manakala motosikal rosak sepenuhnya."Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.





'Alhamdulillah' - Radzi Jidin kongsi foto cetus tanda tanya bertemu Abdul Hadi - Sinarharian - 18/02 9:40 pm

SHAH ALAM - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang baharu sahaja dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsikan Mohd Radzi ialah Setiausaha Agung Pas merangkap Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.Tidak memperincikan lokasi pertemuan dan butiran perbualan, Mohd Radzi memuat naik hantaran tersebut di Facebook dengan kapsyen pendek sahaja."Alhamdulillah," katanya pada Rabu.Sementara itu, Razali turut memuat naik status memaparkan foto pertemuan tersebut di laman Facebooknya."Insya-ALLAH," tulisnya ringkas.Pada Sabtu lalu, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Bersatu bersetuju melantik Mohd Radzi dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia tindakan yang perlu diambil dan pilihan terbaik buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti.Jelas beliau, mesyuarat khas MPT sepakat untuk terus menyokong perjuangan Bersatu, membina semula parti dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Kenyataan itu dibuat selepas parti mengadakan Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman rasminya di Bukit Damansara.





'Bersatu Bahagian Damansara tidak pernah dibubarkan' - Sinarharian - 18/02 8:58 pm

SHAH ALAM Dakwaan berhubung pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Damansara sepertimana tular kebelakangan ini adalah tidak benar.Setiausaha Bersatu Bahagian Damansara, Aliff Taufid menafikan pembubaran berlaku sambil menegaskan bahawa bahagian itu kekal berfungsi seperti biasa, bahkan ia tidak pernah dibubarkan.Menurutnya, Ketua Bahagian Damansara, Mhd Redzuan Mohd Ali ada menyuarakan hasrat dalam satu mesyuarat khas yang diadakan baru-baru ini agar Bersatu Bahagian Damansara dibubarkan.Bagaimanapun, kata Aliff, cadangan tersebut ditentang keras oleh majoriti Jawatankuasa Bahagian."Jawatankuasa Bahagian turut meminta agar Ketua Bahagian mempertimbangkan untuk meninggalkan parti susulan pendirian tersebut."Namun, beliau masih berhasrat untuk mengekalkan jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan parti akan datang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Aliff menambah, dalam satu perjumpaan Jawatankuasa Bahagian yang dihadiri lebih dua pertiga kepimpinan, satu ketetapan dibuat sebulat suara iaitu menyatakan usul tidak lagi percaya terhadap Mhd Redzuan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Damansara.Justeru kata Aliff, Jawatankuasa Bahagian menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan pucuk pimpinan parti serta memberikan kepercayaan penuh kepada Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Damansara iaitu Muhammad Rais Abu Hasan Ashari untuk memangku jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan parti akan datang."Saya tegaskan sekali lagi bahawa Bersatu Bahagian Damansara tidak dibubarkan."Jawatankuasa Bahagian kekal seperti sedia ada, hanya tiga individu termasuk penyandang Ketua Bahagian menyokong cadangan pembubaran, selebihnya kepimpinan kekal setia bersama parti."Kenyataan ini dikeluarkan bagi memperjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ahli serta masyarakat umum," ujar beliau.





Pertimbang semula pemecatan Zainol Fadzi - Bersatu Pasir Salak - Sinarharian - 18/02 6:40 pm

IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pasir Salak memohon Lembaga Rayuan parti agar mempertimbangkan semula keputusan pemecatan terhadap ketua bahagiannya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Setiausaha Bersatu Bahagian Pasir Salak, Noridayu Ismael berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan terhadap Zainol Fadzi.Menurutnya, bagaimanapun permohonan rayuan wajar dipertimbangkan berdasarkan keseluruhan latar belakang serta rekod perjuangan pemimpin berkenaan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik."Bersatu Bahagian Pasir Salak menghormati keputusan Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan terhadap Datuk Zainol Fadzi Paharudin."Namun demikian, dengan mengambil kira jasa, komitmen serta sumbangan besar yang telah dicurahkan oleh Datuk Zainol Fadzi dalam memperkukuh dan membangunkan parti di Bahagian Pasir Salak, kami dengan penuh rendah hati memohon agar Lembaga Rayuan parti dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, Noridayu menjelaskan seluruh Jawatankuasa Bersatu Bahagian Pasir Salak kekal utuh dan terus komited melaksanakan tanggungjawab seperti biasa bagi memastikan kestabilan organisasi serta kelancaran gerak kerja parti di kawasan berkenaan.Menurutnya, bagi memastikan kesinambungan pentadbiran bahagian, kepimpinan kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak, Mohammad Zahid Ahmad Nawawi selaras dengan peruntukan Fasal 19.9 Perlembagaan parti.Mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau berkata, Bersatu Bahagian Pasir Salak akan memperhebat usaha memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi selain menyusun strategi lebih tersasar serta meningkatkan kehadiran bersama rakyat.Katanya, hubungan kerjasama bersama rakan komponen Perikatan Nasional di kawasan Pasir Salak turut akan terus diperkasa bagi memastikan kesepaduan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.Pada 13 Februari lalu Sinar Harian melaporkan Zainol Fadzi antara 17 pimpinan Bersatu Perak yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Antara wakil rakyat dari Perak yang turut dipecat ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan





Bersatu tidak ketandusan pemimpin - Tun Faisal - Sinarharian - 18/02 4:55 pm

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan ketandusan pemimpin, meskipun berdepan dengan kemelut dalaman melibatkan kumpulan tertentu sehingga ada bahagian yang dibubarkan ketika ini.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini kerana setiap bahagian terkesan akibat tindakan penyokong kumpulan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu mempunyai barisan pelapis yang mampu mengambil alih tanggungjawab dan meneruskan perjuangan parti."Insya-ALLAH, bagi setiap bahagian yang bermasalah, akan ada pemimpin lain yang tampil ke hadapan





11 ketua bahagian Bersatu Johor letak jawatan - FMT - 18/02 4:08 pm

Wakil kumpulan berkenaan kata krisis kepimpinan termasuk pemecatan pemimpin menyebabkan kepercayaan ahli terhakis.





Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini - Mgazette - 18/02 3:59 pm

# Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini KUANTAN - Tiada siapa boleh menduga hari ulang tahun keduanya hari ini disambut dengan proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas maut di tangan bapa sendiri semalam





JPJ laksana nombor giliran tanpa had di semua pejabatnya - Mgazette - 18/02 3:59 pm

# JPJ laksana nombor giliran tanpa had di semua pejabatnya KUALA LUMPUR Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memutuskan pemberian nombor giliran di semua pejabatnya di seluruh negara dilaksanakan tanpa had sepanjang waktu operasi berkuat kuasa 13 Januari lalu bagi menangani isu nombor giliran habis walaupun kaunter masih dibuka





Dakwaan 4 bahagian Bersatu dibubar tak berasas, bercanggah Perlembagaan .. - Mgazette - 18/02 3:59 pm

Katanya, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan parti untuk memperkukuh Bersatu di semua peringkat. Sehubungan itu, beliau mengesahkan Bersatu Bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong masih wujud mengikut Perlembagaan parti dan MPT akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan peruntukan sedia ada





Wan Ahmad Fayhsal tarik balik rayuan kepada Lembaga Disiplin Bersatu - Mgazette - 18/02 3:59 pm

# Wan Ahmad Fayhsal tarik balik rayuan kepada Lembaga Disiplin Bersatu KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Putih, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik semula permohonan rayuan terhadap notis penggantungan yang difailkan kepada Lembaga Disiplin Bersatu susulan hilangnya kepercayaan terhadap matlamat perjuangan serta kelemahan tadbir urus parti berkenaan





Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan – Polis - Mgazette - 18/02 3:59 pm

# Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku





11 Ketua Bahagian Bersatu Johor umum letak jawatan - Mgazette - 18/02 3:59 pm

Katanya, dijangka lebih banyak lagi ketua bahagian di Johor akan membuat keputusan serupa dalam masa terdekat dan keputusan itu diambil atas kesedaran tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Sementara itu, bekas Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang berkata, pada masa ini belum bercadang menyertai mana-mana parti lain walaupun Bersatu tidak lagi memberi ruang kepada mereka





Bersatu crisis deepens as 11 Johor division heads announce resignations - Malaymail - 18/02 3:23 pm

KLUANG, Feb 18 A total of 11 division heads of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) in Johor have announced...





Bersatu faces major Johor exodus as 11 division heads quit - SUN - 18/02 3:15 pm

Eleven Bersatu division chiefs in Johor resign en masse, citing a leadership crisis and loss of faith in the party's direction ahead of the state election.





1,880 ahli Bersatu Dungun umum keluar parti - Sinarharian - 18/02 2:31 pm

DUNGUN - Seramai 1,880 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Dungun mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.Bekas Ketua Bersatu Bahagian Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara menerusi satu perjumpaan musyafahah yang melibatkan seluruh jawatankuasa di peringkat bahagian dan cawangan.Menurutnya, tindakan itu turut melibatkan pembubaran jawatankuasa di ketiga-tiga peringkat sayap parti iaitu Armada, Srikandi dan Srikandi Muda."Alhamdulillah, dalam perjumpaan secara musyawarah hari ini, semua jawatankuasa telah bersetuju untuk membubarkan jawatankuasa di ketiga-tiga peringkat."Dengan kehadiran semua kepimpinan pada hari ini, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara bagi menyatakan pendirian kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan tersebut melibatkan ahli daripada 13 cawangan aktif yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Dungun.Ujarnya, keputusan drastik itu diambil ekoran hilangnya kepercayaan dan sokongan terhadap kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Ahli bersama ketua cawangan telah bersetuju bahawa seramai 1,880 ahli akan keluar daripada parti hari ini





11 Ketua Bahagian Bersatu Johor letak jawatan: Keputusan politik dibuat secara konsensus - Sinarharian - 18/02 2:27 pm

KLUANG - Seramai 11 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang mengumumkan peletakan jawatan menegaskan sebarang keputusan mengenai masa depan politik mereka akan dibuat secara konsensus bukannya secara individu.Bekas Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, Datuk Zulkifli Bujang memberitahu, mereka akan terus berbakti kepada masyarakat melalui platform-platform lain."Kami percaya untuk bergerak dalam satu kumpulan





'Reset' langkah permulaan ke arah pembetulan, penambahbaikan - Hamzah - Sinarharian - 18/02 1:18 pm

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut seluruh pemimpin dan wakil rakyat di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bahagian yang menyertai perjuangan 'Reset' untuk menterjemahkan semangat itu kepada tindakan.Ahli Parlimen Larut itu berkata, 'Reset' merupakan langkah permulaan ke arah pembetulan dan penambahbaikan yang akan menjadi asas kepada pembinaan semula kekuatan kolektif, demi masa hadapan negara lebih jelas serta meyakinkan."Kini tanggungjawab terletak kepada seluruh sahabat seperjuangan tidak kira samada di bahagian, DUN, Parlimen atau di setiap peringkat organisasi untuk menterjemahkan semangat reset kepada tindakan nyata."Kerana akhirnya, 'Reset' perlukan komitmen, amanah dan tanggungjawab yang ikhlas dan jujur





Wan Fayhsal withdraws appeal against Bersatu suspension, cites loss of confidence amid party purge - Malaymail - 18/02 1:15 pm

KUALA LUMPUR, Feb 18 Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has formally withdrawn his appeal against his...





Bersatu rejects claims of division dissolutions, says Azmin - FMT - 18/02 1:05 pm

The party secretary-general says the Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas and Tanjong divisions remain intact.





4 bahagian Bersatu Perak bubar - Sinarharian - 18/02 12:14 am

IPOH - Sekurang-kurangnya empat bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak telah mengumumkan pembubaran masing-masing susulan kemelut dalaman yang melanda parti itu ketika ini.Selepas Bersatu Bahagian Larut, Tapah dan Padang Rengas, Bersatu Bahagian Gopeng pula mengumumkan pembubarannya pada malam Selasa.Timbalan Ketua Bahagian, Mohd Zahari Md Ariffin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas bahagian yang diadakan pada 17 Februari 2026 melibatkan barisan kepimpinan daripada Pengerusi Tetap hingga ke sayap Srikandi, Armada dan Bersekutu.Menurutnya, tindakan tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam susulan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang diterajui Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Kami bersetuju meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta."Keputusan ini dibuat khususnya disebabkan hilangnya kepercayaan kami terhadap barisan kepimpinan parti selain beberapa kepincangan dalam membuat keputusan serta hala tuju kepimpinan yang pada pandangan kami tidak lagi selari dengan prinsip dan perjuangan kami," katanya dalam satu kenyataan menerusi rakaman video pada Selasa.Mohd Zahari berkata, susulan peletakan jawatan keseluruhan ahli jawatankuasa tersebut, Bahagian dan semua sayap Bersatu Gopeng secara rasmi terbubar serta-merta.Beliau menegaskan, kenyataan yang dibuat itu adalah secara ikhlas tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.Sebelum ini Ketua Bersatu Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak antara 17 pemimpin Bersatu yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembangaan Bersatu.Selain Ahmad, pemimpin bahagian Bersatu yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop.





Bahagian Bersatu bubar masih wujud, kata Azmin - FMT - 18/02 12:07 am

Dakwaan bahagian dibubarkan tidak berasas dan bercanggah peruntukan dalam perlembagaan serta peraturan persidangan Bersatu.





Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis - Sinarharian - 18/02 11:50 am

KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi yang juga adik bongsu suspek memaklumkan kejadian itu didengari kira-kira jam 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur."Apabila saksi keluar bilik dan menoleh ke arah dapur, didapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit supaya dia pergi meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan sama."Saksi kemudian meminta bantuan bapa saudaranya dan setelah tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan suspek berada dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, rumah berkenaan didiami lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isteri seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelakinya, namun semasa kejadian hanya terdapat enam ahli keluarga.Ashari berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tiada sebarang rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati suspek telah mencederakan isteri, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, terlebih dahulu dan kemudian ibunya Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55, seterusnya dua anak perempuan Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri serta turut maut.Kesan kecederaan terhadap mangsa ditemukan antaranya di bahagian tangan, telinga dan leher manakala polis turut merampas sebilah pisau berukuran 29 sentimeter di lokasi kejadian.Difahamkan, bedah siasat terhadap suspek dan isteri telah dijalankan semalam manakala ibu dan dua anaknya bersambung jam 9 pagi tadi





Tujuh rumah terbakar, anggota bomba cedera ketika operasi - Sinarharian - 18/02 11:34 am

KINABATANGAN Seorang anggota bomba cedera ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran membabitkan tujuh rumah di Kampung Pangkalan Bukit Garam, Kinabatangan, di sini, pada malam Selasa.Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mohammad Azri Laji, 24, cedera di bahagian kaki akibat terpijak paku semasa melakukan kerja memadamkan api.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.08 malam.Katanya, seramai 17 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Kota Kinabatangan."Sebaik tiba, didapati tujuh rumah jenis tidak kekal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar."Operasi memadamkan api segera dilakukan dengan menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba selain sumber terbuka iaitu sungai berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, semasa operasi dijalankan, seorang anggotanya cedera di bahagian kaki."Anggota tersebut terpijak paku sehingga tembus pada kasutnya semasa melakukan kerja memadamkan kebakaran."Anggota itu telah diberikan rawatan di hospital semalam dan kini dibenarkan pulang ke rumah," katanya.Katanya lagi, operasi memadam kebakaran ditamatkan pada jam 1.40 pagi selepas memastikan kawasan tersebut selamat."Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.20 malam dan menyelamatkan 10 lagi rumah berhampiran daripada terbakar."Tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan dalam kejadian tersebut dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan," katanya.





Wan Ahmad Fayhsal tarik rayuan notis penggantungan keahlian Bersatu - Sinarharian - 18/02 11:17 am

SHAH ALAM Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik balik permohonan rayuan terhadap notis penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Menerusi surat bertarikh 16 Februari 2026 yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu, Tan Sri Azhar Harun, beliau memaklumkan tidak lagi berminat untuk meneruskan rayuan tersebut.Menurutnya, penarikan semula itu merujuk kepada surat permohonan rayuan kepada Lembaga Disiplin Bersatu bertarikh 24 Disember 2025 serta prosiding rayuan yang dijalankan pada 3 Februari 2026 di Ibu Pejabat Bersatu.Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan hilangnya kepercayaan terhadap matlamat perjuangan parti berkenaan serta kelemahan dalam mengamalkan urus tadbir yang baik dan adil.Tambahnya, media sebelum ini turut melaporkan bahawa beliau adalah antara 17 pimpinan parti yang dipecat bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 13 Februari lalu.Wan Ahmad Fayhsal menyifatkan tindakan tersebut sebagai usaha penyingkiran beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak yang merasakan kedudukan mereka tergugat dengan kehadiran kumpulan terbabit dalam parti yang sama-sama dibangunkan.Bagaimanapun, beliau memaklumkan berasa lega dan tenang ketika membuat keputusan berkenaan.Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Azhar dan seluruh pasukan Lembaga Rayuan Bersatu atas kesediaan mendengar serta memberi ruang kepada proses keadilan dilaksanakan mengikut prinsip keadilan asasi.Beliau turut mendoakan agar Lembaga Rayuan Bersatu terus berpegang teguh kepada prinsip sama




Reformasi     >>



Dugaan hari pertama Ramadan, khemah peniaga bazar .. - Harapandaily
Dugaan hari pertama Ramadan apabila bazar terpanjang di Bandar Tasik Puteri, dekat Rawang rosak akibat hujan lebat dan angin kencang petang semalam. Video keadaan bazar yang agak kucar kacir dengan beberapa khemah peniaga diterbangkan angin, berlegar di media sosial. Jualan makanan dan minuman ..
Kroni     >>



Former chief justice Tun Abdul Hamid dies at 83 - Star
KUALA LUMPUR:The nation's fifth chief justice, Tun Abdul Hamid Mohamad (pic), 83, passed away at Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yesterday. Read full story
Tabloid     >>



Paru-Paru Kanan Anak Collapse, Amyza Aznan Mohon Doa .. - Rotikaya
Pelakon Amyza Aznan berkongsikan mengenai keadaan anaknya, Andre Mikhail serta memaklumkan paru-paru bahagian kanan Andre collapse susulan saiz tumor semakin membesar. Menerusi hantaran di Insta Story, Amyza berkata prosedur untuk... Baca selanjutnya → The post Paru-Paru Kanan Anak ..
Tech     >>



Rivian rolls out an Apple Watch app with vehicle .. - Engadget
Rivian suggests that vehicle owners can leave their phone at home (or perhaps in a glove box) and instead control some aspects of their EV using a new Apple Watch app . With a tap of your watch, you can unlock and lock the doors, sound the alarm and vent the windows. After the digital key is set ..
World     >>



Epstein files: Former prince Andrew released by .. - Cnbc
President Donald Trump said the arrest of Andrew Mountbatten-Windsor, the brother of King Charles III, was "very sad" and "so bad for the royal family."
Motor Trend     >>



Motosikal Qjmotor Srt 450 Rx Pesaing Baharu Adv Segmen .. - Mekanika
# QJMOTOR SRT 450 RX PESAING BAHARU ADV SEGMEN 450CC - 47HP, 41NM **Motosikal adventure segmen 500cc kini semakin popular dipasaran global ekoran menawarkan ciri motosikal ADV yang lengkap namun dengan harga yang mesra poket.** Segmen ini rata-rata didominasi motosikal dari China dan India ..