![]() |
/// |
|
Search : Bersama Gaza News | Page 1 |
‘Tolonglah jangan lawan arus, hargai nyawa’ – Dr Aleef - Mgazette - 10/10 7:47 am # 'Tolonglah jangan lawan arus, hargai nyawa' - Dr Aleef MELAKA Nahas maut seorang penunggang motosikal dekat lampu isyarat Kompleks Penjara Sungai Udang semalam dapat dielakkan sekiranya pengguna jalan raya mengubah sikap dan tidak mengambil mudah undang-undang jalan raya |
Ada ahli ???Circle 19′ pindah sekolah selepas insiden Zara Qairina .. - Mgazette - 10/10 7:47 am # Ada ahli Circle 19 pindah sekolah selepas insiden Zara Qairina - Saksi KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner, di sini, hari ini diberitahu beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar yang merupakan ahli kumpulan Circle-19 telah berpindah sekolah selepas insiden yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir |
PGA rampas kosmetik, suplemen tidak berdaftar bernilai RM1.42 Juta PGA .. - Mgazette - 10/10 7:47 am # PGA rampas kosmetik, suplemen tidak berdaftar bernilai RM1.42 Juta KUALA KANGSAR Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya merampas produk kosmetik, suplemen tidak berdaftar termasuk dua buah lori bernilai RM1.42 juta menerusi satu operasi yang dijalankan di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak arah Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini semalam |
Keputusan rayuan kerajaan, Razak Baginda diputus tarikh lain - Mgazette - 10/10 7:47 am # Keputusan rayuan kerajaan, Razak Baginda diputus tarikh lain PUTRAJAYA - Rayuan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda untuk mengetepikan perintah supaya membayar RM5 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada satu tarikh lain |
Kotak Kasut, Sumud & Bebas Palestin - Mgazette - 10/10 7:47 am PERJALANAN 37 hari merentasi lautan untuk misi kemanusiaan ke Gaza buka hanya bantuan semata-mata namun simboliknya lebih daripada itu iaitu pembebasan Palestin |
UN unveils 60-day aid plan for Gaza once ceasefire starts - FMT - 10/10 5:53 am The organisation plans to flood the territory with hundreds of trucks a day to deliver 170,000 tonnes of food, medicine, and other goods. |
HSN platform barakan gaya hidup aktif - Sinarharian - 9/10 11:58 pm HARI Sukan Negara (HSN) yang bakal disambut Sabtu ini bukan sekadar beriadah, sebaliknya membawa makna yang lebih besar kepada rakyat negara ini.Malah dijangka menjadi detik bersejarah buat tuan rumah, Perak yang bakal menarik kunjungan lebih 300,000 warga negeri itu serta 5.2 juta peserta pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.Acara kemuncak tersebut dijadual berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh dan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh."HSN merupakan platform penting untuk membina masyarakat yang lebih sihat, bersatu padu, dan bersemangat |
THOR, Saracens gegar Mount Austin - Sinarharian - 9/10 11:45 pm BUMI Johor kembali bergema dengan sorakan semangat juang apabila pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Kluang (THOR) dan KL Saracens menguasai pentas Karnival Ragbi Johor 2025 edisi ke-13 yang berlangsung sarat dengan aksi berintensiti tinggi serta semangat kesukanan luar biasa di Stadium Ragbi Johor, Mount Austin, Johor.Kedua-dua pasukan muda itu tampil gagah, berdisiplin dan berwibawa untuk menundukkan lawan masing-masing, sekali gus menjulang maruah pasukan dalam kejohanan pembangunan ragbi paling berprestij di selatan tanah air.Karnival yang menghimpunkan 108 pasukan daripada empat kategori utama Bawah 16 Tahun Lelaki (B-16), Bawah 14 Tahun Lelaki (B-14), Bawah 11 Tahun Lelaki (B-11) dan Bawah 16 Tahun Wanita (X-Rugby) menjadi gelanggang pertarungan taktikal dan kekuatan fizikal yang menonjolkan semangat kental pemain muda turun ke padang tanpa gentar demi mengharumkan nama pasukan masing-masing.Pasukan THOR membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila mengungguli dua kategori lelaki, masing-masing B-14 dan B-16, selepas menundukkan cabaran sengit Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dalam dua aksi final mendebarkan.Kemenangan berganda itu bukan sekadar menobatkan THOR sebagai kuasa baharu ragbi remaja tanah air, malah memperkukuh reputasi mereka sebagai simbol kebangkitan generasi pelapis Johor yang berwibawa dan bermental juara.Pemain muda penuh karisma, Darwish Arshad Mohd Zaki, menyerlah sebagai Pemain Terbaik B-14, manakala Nor Hakimi Zaini turut menerima pengiktirafan sama bagi kategori B-16 selepas menjadi nadi utama kekuatan taktikal skuad kendalian barisan jurulatih muda berbakat itu.Kedua-duanya membawa pulang Trofi Pemain Terbaik serta baucar KFV bernilai RM200, selain hadiah kemenangan keseluruhan RM3,000 beserta pingat dan trofi tajaan Nestle (MILO).Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Johor (KRNJ), Datuk Mohd Noorazam Osman menyifatkan pencapaian THOR sebagai hasil kejayaan berterusan program pembangunan ragbi negeri Johor yang mula dilaksanakan sejak 2016."Harapan saya agar THOR yang bakal mencapai usia penubuhan ke-10 tahun, terus cemerlang sebagai wadah melahirkan anak-anak jati Johor yang suatu hari nanti akan menyarung jersi pasukan ragbi Johor di pentas lebih tinggi."KRNJ juga berterima kasih atas sokongan Dialog Group Berhad sebagai penaja utama dan Majlis Sukan Negeri Johor serta barisan penaja lain," katanya.Sementara itu, KL Saracens pula menggegar kategori wanita apabila mempamerkan ketangkasan luar biasa untuk menundukkan JJ Ladies dalam final B-16 (X-Rugby).Keteguhan barisan pertahanan dan kelincahan serangan pantas menjadikan skuad ibu kota itu terlalu ampuh buat lawan.Kejayaan mereka diraikan dengan hadiah RM2,000 berserta trofi dan pingat, manakala pemain berbakat tinggi, Airish Qaseh Qistina, dinobatkan Pemain Terbaik hasil ketenangan dan visi permainan tajam yang menjadi tunjang kemenangan Saracens.Kategori B-11 lelaki, pasukan ARPG Reds turut mencuri tumpuan apabila menewaskan TSBI Killerbees dalam aksi dramatik penuh semangat juang.Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang RM2,000 bersama trofi dan pingat, manakala pemain muda Aryan Rifqi Mohd Redwan Safwan muncul Pemain Terbaik. |
Misi FFC x TMTG: Aktivis Malaysia dikasari, alami penderaan fizikal - CEO MyCARE - Sinarharian - 9/10 10:19 pm KUALA LUMPUR - Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkantelah dikasari dan mengalami penderaan fizikal sertalayanan tidak berperikemanusiaan semasa dan selepas pemintasan oleh tentera Israel.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab (ADALAH) memaklumkan tindakan rejim Zionis itu termasuk menendang, menampar dan mencengkam secara agresif.Beliau berkata,tentera Zionis melakukan perkara sama terhadap peserta kali ini seperti yang dialami peserta misi GlobalSumudFlotilla sebelum ini."Setakat 3 petang tadi, peguam ADALAH di Israel telah berjumpa dengan 100aktivis daripada145 yang ditahan Israel."Sembilanaktivis Malaysia disahkan tiada kecederaan, namun pihak MyCARE akan mengatur pemeriksaan lebih lanjut sejurus dibebaskan bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan yang baik," katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini FFC di Serdang pada Khamis.Kamarul Zaman berkata tujuhaktivis Malaysia sudah menandatangani surat deportasi, manakala status dua lagi aktivis masih belum diketahui.Pihak MyCARE masih menunggu laporan daripada peguam ADALAH dan dijangka proses tribunal akan selesai pada tengah malam ini waktu Malaysia.Kesemua aktivisFFC x TMTG terdiri daripada doktor perubatan serta wartawan antarabangsa hanya membawa bantuan kemanusiaan untuk diserahkan kepada rakyat Gaza dan bukanpengganas seperti yang dilaporkan rejim Israel."Mereka tidak membawa senjata, tetapi membawa harapan, ubat-ubatan dan kasih untuk rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang telah lama merasakan penderitaan.Namun, di tengah lautan, misi kemanusiaan ini telah dihalang sebelum sempat tiba ke destinasi."Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dalam detik cemas ini, kita semua perlu bersatu dalam doa dan solat hajat |
Ahli Circle 19 pindah sekolah selepas insiden Zara Qairina - SUN - 9/10 9:56 pm KOTA KINABALU : Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar yang merupakan ahli kumpulan Circle-19 telah berpindah sekolah selepas insiden yang menimpa pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir |
Kerajaan tawar biasiswa kejuruteraan rangkaian kepada 5 rakyat Palestin - SUN - 9/10 9:50 pm SHAH ALAM : Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi akan menawarkan biasiswa pendidikan dalam bidang kejuruteraan rangkaian dan radio kepada lima rakyat Palestin untuk belajar di Malaysia |
Kementerian Komunikasi dalam proses pindaan Akta Perkhidmatan Pos 2012 - SUN - 9/10 9:40 pm SHAH ALAM : Kementerian Komunikasi sedang dalam proses meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 bagi memastikan ekosistem perkhidmatan pos yang lebih lestari, mampan, dan berdaya saing |
Gencatan senjata buka peluang GSF hantar bantuan ke Gaza melalui darat - SUN - 9/10 9:38 pm KUALA NERUS : Pengumuman gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza memberi sinar harapan baharu kepada peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) untuk menyambung usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin |
Mesej utama Global Sumud Flotilla: Buka koridor kemanusiaan Razali Awang - Astroawani - 9/10 9:35 pm Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Razali Awang berkata hanya kemanusiaan sejagat yang mampu membebaskan Gaza. |
Flotilla buka mata terhadap kecuaian manusia biarkan kezaliman melarat - ZRA - Astroawani - 9/10 9:30 pm Misi flotila ke Gaza bukan semata-mata soal memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke wilayah dikepung Israel. |
Misi FFC x TMTG: Proses tribunal 9 rakyat Malaysia dijangka selesai malam ini - Sinarharian - 9/10 9:18 pm SERDANG - Proses tribunal melibatkan sembilan delegasi Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) X Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dijangka selesai tengah malam ini.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, semua rakyat Malaysia sudah menandatangani surat deportasi dan pihaknya masih menunggu laporan terkini dari peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) yang mewakili mereka."Saya yakin semua delegasi kita sedang menjalani proses (tribunal) itu walaupun pada awalnya kita tidak ketahui status dua delegasi."Sudah pasti pihak peguam sudah bertemu mereka semua, cuma maklumat terkini kita belum peroleh memandangkan perbezaan waktu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MyCARE di sini pada Khamis.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, kesemua 145 aktivis sudah dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel dan peguam ADALAH telah berjumpa dengan sebahagian delegasi Malaysia yang ditahan dan proses guaman masih berlangsung.Peguam juga telah mengemukakan permohonan untuk bertemu dengan dua lagi delegasi Malaysia pada awal petang Khamis.Dalam pada itu Kamarul Zaman memaklumkan, pihaknya sudah bertemu dengan pegawai Kementerian Luar Negeri bagi menyalurkan maklumat terkini keadaan rakyat Malaysia serta proses membawa mereka pulang ke tanah air."Kita belum ada maklumat delegasi Malaysia akan dibawa pulang dari mana, sama ada Jordan, Turkiye atau terus di hantar ke Malaysia."Kita dimaklumkan bahawa Wisma Putra sentiasa bersedia untuk membantu dalam proses berkenaan," ujarnya. |
Kenapa ibu, wanita, anak muda perlu sertai flotilla? - Astroawani - 9/10 9:15 pm Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Farah Lee mengambil keputusan untuk menyertai pelayaran ke Gaza walaupun berdepan pelbagai cabaran dan persepsi. |
Kami beli insurans daripada 60,000 pekerja pelabuhan Itali - ZRA - Sinarharian - 9/10 9:10 pm KUALA LUMPUR - Pelayaran kapal-kapal bantuan kemanusiaan keluar daripada Itali telah dijamin oleh pekerja-pekerja di tiga pelabuhan utama negara itu.Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad berkata, 60,000 pekerja-pekerja itu telah bersedia untuk menutup semua pelabuhan terlibat sebagai protes jika kapal-kapal GSF diganggu."Sistem insurans di Itali ini kuat yang mana kesatuan sekerja di tiga pelabuhan iaitu Genoa, Venice dan Naples, memberi perlindungan kepada semua kapal GSF |
AIAC sasarkan jadi peneraju global timbang tara antarabangsa - SUN - 9/10 9:08 pm KUALA LUMPUR : Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) sedang mempertingkatkan usaha untuk melonjakkan kedudukannya daripada sebuah institusi serantau kepada peneraju global |
Anwar minta rakyat doakan pembentangan Belanjawan 2026 lancar - SUN - 9/10 9:05 pm PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia mendoakan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar |
Malaysia mampu jadi hab global penyelesaian pertikaian alternatif - SUN - 9/10 9:02 pm KUALA LUMPUR : Aspirasi Malaysia untuk menjadi hab global yang berkecuali dan berwibawa bagi penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) kini boleh dicapai sebagai realiti |
Imigresen tahan ejen haram tawar perkhidmatan pas palsu - SUN - 9/10 8:59 pm PUTRAJAYA : Seorang ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen palsu kepada warga asing telah ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia |
Polis jangka 2.1 juta kenderaan di jalan raya sempena cuti Deepavali - SUN - 9/10 8:54 pm BENTONG : Polis Diraja Malaysia menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Oktober ini sempena cuti perayaan Deepavali |
Sembilan rakyat Malaysia selamat selepas kapal bantuan Gaza dirampas - SUN - 9/10 8:50 pm SERDANG : Sembilan aktivis Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza dilaporkan selamat selepas kapal mereka dirampas secara haram oleh rejim Zionis semalam |
US ceasefire plan will reduce suffering of Gaza citizens, says Malaysian caucus - SUN - 9/10 8:46 pm KUALA LUMPUR : The first phase of the Gaza ceasefire plan by United States President Donald Trump is an important step to restoring stability and reducing the suffering of Palestinians in Gaza, the Malaysian Parliaments Palestine Caucus said |
Ceasefire agreement raises hopes for GSF mission to enter Gaza by land - SUN - 9/10 8:35 pm KUALA NERUS : The announcement of a ceasefire agreement and hostage release in Gaza has given fresh hope to Global Sumud Flotilla mission participants to resume aid delivery efforts |
Malaysia offers network engineering scholarships to five Palestinians for Gaza reconstruction - SUN - 9/10 8:07 pm SHAH ALAM : The government will offer educational scholarships in network and radio engineering to five Palestinians to pursue studies in Malaysia |
PRN Sabah: PBS tawar diri ketuai jentera 5 ADUN STAR sokong GRS - Sinarharian - 9/10 7:35 pm KOTA KINABALU Parti Bersatu Sabah (PBS) menawarkan diri untuk mengetuai jentera pilihan raya bagi penyandang lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang mengambil keputusan untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PBS yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.Beliau berkata, Joachim turut mengarahkan bahagian PBS di lima kawasan berkenaan iaitu Sook, Bingkor, Paginatan, Liawan dan Tulid untuk memulakan perbincangan dengan ADUN terlibat iaitu Datuk Ellron Angin, Datuk Robert Tawik, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Annuar Ayub dan Datuk Flovia Ng."Kawasan ini antara yang mempunyai kekuatan akar umbi PBS yang kukuh dan aktif |
Duda ditahan rogol anak kandung sejak Mac - Sinarharian - 9/10 6:55 pm TELUK INTAN - Seorang duda ditahan polis selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Langkap dekat sini.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerima laporan mengenai kejadian itu pada 28 September lalu melibatkan suspek berusia 47 tahun."Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku berulang kali sejak Mac lalu."Mangsa tinggal bersama suspek selepas kematian ibu kandungnya pada tahun 2023," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja telah ditahan reman sejak 29 September lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Katanya, kertas siasatan telah dimajukan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk pertuduhan."Polis memandang serius kes penderaan dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat," katanya.Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis bagi membantu membanteras kes-kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak. |
Gencatan senjata buka peluang GSF masuk Gaza melalui darat - Aktivis - Astroawani - 9/10 6:45 pm Gencatan senjata di Gaza beri harapan baharu kepada peserta misi Global Sumud Flotilla untuk menyambung usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan. |
Malaysia sedia kerjasama dengan AS bawa keamanan untuk Gaza - Astroawani - 9/10 6:15 pm Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa dalam usaha membawa keamanan ke Gaza. |
Pelajar 14 tahun dipukul senior ketika perlawanan bola sepak - Sinarharian - 9/10 6:15 pm KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun cedera ringan selepas dipukul oleh pelajar senior semasa perlawanan bola sepak di sebuah sekolah di sini, awal September lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira jam 1.50 pagi pada 4 September lalu.Menurutnya, wanita berkenaan mendakwa anaknya cedera selepas dipukul ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakan di sekolah tersebut."Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa perlawanan bola sepak antara pelajar baharu dengan pelajar senior."Dalam perlawanan itu, pelajar senior terbabit menumbuk mangsa sehingga menyebabkan kecederaan calar dan lebam," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius atau kekal."Pihak sekolah juga telah mengambil tindakan dalaman terhadap pelajar senior yang terlibat," katanya.Azli berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.Namun katanya, selepas siasatan selesai dan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya, pihak polis menerima arahan supaya tiada pendakwaan dibuat kerana kejadian berlaku semasa perlawanan dan tindakan telah diambil oleh pihak sekolah.Beliau turut mengingatkan supaya semua pihak menggunakan saluran perundangan yang betul bagi menyelesaikan sebarang isu berkaitan."Siasatan sepenuhnya telah selesai dan diklasifikasi berlunaskan hak serta peruntukan perundangan."Polis menasihati semua pihak supaya tidak menjadikan kejadian ini sebagai platform untuk meraih publisiti atau kepentingan peribadi," katanya. |
Malaysia sedia kerjasama dengan AS bawa keamanan untuk Gaza - Sinarharian - 9/10 6:06 pm KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa dalam usaha membawa keamanan ke Gaza serta penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berasaskan persempadanan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.Kementerian Luar dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan Malaysia menyambut baik persetujuan yang telah dicapai antara Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) dan Israel bagi fasa pertama "Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza".Malaysia turut menggesa semua pihak yang terlibat dalam fasa pertama pelan yang dikemukakan oleh Presiden AS Donald Trump untuk melaksanakannya dengan segera dan sepenuhnya."Malaysia merakamkan penghargaan kepada Presiden Trump atas kepimpinan dan usaha beliau ke arah menamatkan perang terhadap Gaza."Malaysia juga menghargai peranan penting Mesir, Qatar dan Turkiye serta negara lain yang telah memudah cara pelaksanaan pelan komprehensif tersebut," katanya.Tambahnya, perkembangan itu merupakan langkah penting ke arah menamatkan pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan dan kebuluran di Gaza, pertukaran tawanan dan tahanan, pengunduran sepenuhnya tentera Israel, serta pembinaan semula dan penzahiran hak penentuan nasib sendiri bagi rakyat Gaza.Trump pada Rabu mengumumkan bahawa Israel dan kumpulan Palestin Hamas telah mempersetujui fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh AS, lapor Anadolu Ajansi.Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas telah berlangsung di Sharm El-Sheikh, Mesir sejak Isnin bagi membincangkan pelan Trump untuk menamatkan konflik itu.Pelan 20 perkara itu, yang diumumkan pada 29 September lepas, merangkumi pembebasan tawanan Israel di Gaza, gencatan senjata dan pelucutan senjata Hamas.Kumpulan Palestin itu bersetuju secara prinsip terhadap pelan berkenaan.Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah membunuh hampir 67,200 rakyat Palestin di wilayah itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menjadikannya tidak boleh didiami |
Lelaki dipenjara 32 tahun, mengaku salah bunuh kanak-kanak dan wanita - Sinarharian - 9/10 6:02 pm SEREMBAN - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 32 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan seorang wanita berusia 29 tahun, tiga tahun lalu.Khalid Redza Shuib, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa atas tuduhan membunuh pada tahun 2022, namun menukar pengakuan kepada bersalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.Sebelum ini, tertuduh dan anaknya telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap tertuduh kerana menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan, Hanan Hasrul Izwan, berusia lima tahun.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama anak perempuannya yang ketika itu masih di bawah umur di sebuah rumah di Taman Nee Yan, dekat sini, sekitar jam 7 malam pada 3 Mac 2022.Sisa rangka mangsa ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran rumah tertuduh pada 7 April 2022.Bagaimanapun, mahkamah telah melepaskan dan membebaskan anak perempuan Khalid Redza daripada pertuduhan tersebut.Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas tertuduh kerana menyebabkan kematian Merriamah Abdullah Basam, 29, yang mayatnya ditemui di lereng bukit di Jalan Bukit Putus pada 20 Mac 2022.Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu antara 13 hingga 15 Mac tahun sama di rumah yang sama.Mahkamah memerintahkan semua hukuman terhadap tertuduh dijalankan secara berasingan. |
Gaza: Malaysia pilih penyelesaian damai, bukan pakatan ketenteraan Islam - Astroawani - 9/10 6:00 pm Malaysia kekal memilih penyelesaian secara aman melalui diplomasi dan rundingan, berbanding penubuhan pakatan ketenteraan Islam seperti dicadangkan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani. |
Polis jangka 2.1 juta kenderaan di jalan raya sempena cuti Deepavali - Sinarharian - 9/10 4:34 pm BENTONG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Oktober ini, sempena cuti perayaan Deepavali.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh itu, Op Lancar sempena cuti perayaan Deepavali akan dilaksanakan bermula 17 hingga 21 Oktober."Fokus operasi adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, terutama di lebuh raya, jalan bandaran dan jalan persekutuan selain kawasan tumpuan pelancongan."JSPT juga akan segera membantu pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan bagi mengelak kesesakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program menembak bersama media di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Bentong di sini pada Khamis.Mohd Yusri berkata, sebanyak 500 anggota JSPT akan ditugaskan di seluruh negara, meliputi lebuh raya utama, jalan persekutuan, jalan bandaran serta lokasi hotspot trafik dalam tempoh tersebut.Beliau berkata, pihaknya juga menunggu arahan lanjut daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung larangan perjalanan kenderaan perdagangan di lebuh raya utama sepanjang cuti perayaan itu.Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan cuti tambahan sekolah antara satu hingga dua hari, menjadikan tempoh cuti panjang antara lima hari bagi murid di Semenanjung dan empat hari bagi murid di Sarawak, bermula 17 hingga 22 Oktober |
Inkues Zara Qairina: Saksi dengar perkataan 'bodoh' ketika pelajar bertanya Zara - Sinarharian - 9/10 4:25 pm KOTA KINABALU Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu bahawa seorang pelajar telah mengeluarkan perkataan "bodoh" ketika menyoal Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menurut keterangan saksi ke-19 yang juga seorang kanak-kanak perempuan.Inkues yang kini memasuki hari ke-20 itu berlangsung di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.Peguam Shahlan Jufri, yang mewakili pihak berkepentingan berkata, saksi berkenaan menegaskan bahawa tiada konflik peribadi antara dirinya dan Zara Qairina, malah keterangannya menjelaskan situasi sebelum dan semasa pertemuan dengan arwah pada malam kejadian."Sekitar jam 9 malam, 15 Julai 2025, saksi dimaklumkan oleh rakan sebiliknya bahawa dompet yang mengandungi wang dan kad pengenalan telah hilang |
Op Karen bukti kerjasama SPRM, agensi lain banteras rasuah - Sinarharian - 9/10 4:24 pm PUTRAJAYA - Kejayaan Op Karen menjadi bukti semangat kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama agensi penguat kuasa lain dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa.Op Karen 1.0, 1.5, 2.0 dan 3.0 digerakkan pada 2 hingga 8 September lalu di Sabah dan Sarawak, melibatkan Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguat Kuasa Malaysia (MATF) yang diketuai SPRM.Agensi lain yang turut terlibat termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Laut serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Operasi ini dilaksanakan bagi membanteras sindiket yang terlibat dalam kegiatan rasuah, penyeludupan dan pengubahan wang haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan dianggarkan sebanyak RM247 juta dalam tempoh 10 tahun.Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, Op Karen bukan sekadar satu kejayaan taktikal, tetapi juga lambang setiap anggota BOK bersama agensi lain bergerak sebagai satu pasukan bersepadu yang berintegriti tinggi."Kita harus akui bahawa dalam mana-mana operasi besar, cabaran pasti ada, sama ada dari segi penyelarasan, sumber manusia mahupun tekanan masa."Namun, apa yang membezakan kita ialah semangat tidak berputus asa dan kesepaduan pasukan," katanya semasa berucap dalam Sesi Libat Urus BOK bersama Bahagian di SPRM dan agensi luar di sini pada Khamis.Beliau berkata, semangat kerjasama yang ditunjukkan perlu dikekalkan dan diperkukuhkan dalam operasi akan datang.Katanya, BOK akan terus memainkan peranan penting sebagai nadi utama operasi strategik SPRM."Saya amat berbangga melihat disiplin, dedikasi dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua |
Inkues Zara Qairina: 'Circle Nineteen' tak terlibat buli Zara Qairina, pelajar junior lain - Saksi - Sinarharian - 9/10 4:08 pm KOTA KINABALU Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu bahawa kumpulan pelajar yang dikenali sebagai Circle Nineteen tidak pernah terlibat dalam sebarang perbuatan membuli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir atau pelajar junior lain di sekolah.Perkara itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak yang juga pelajar sekolah terbabit, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Peguam Joan Goh berkata, pihaknya bertanya secara langsung kepada saksi tersebut berhubung kewujudan dan peranan kumpulan Circle Nineteen semasa prosiding inkues kematian Zara Qairina."Saksi menjelaskan bahawa Circle Nineteen hanyalah kumpulan 19 pelajar yang merupakan rakan rapat sejak Tingkatan Satu dan sering melakukan aktiviti bersama."Saya bertanya secara khusus sama ada kumpulan itu pernah terlibat membuli Zara pada bila-bila masa, dan jawapan saksi adalah tidak |
Malaysia desak pelan damai Gaza dilaksana segera, henti penderitaan rakyat Palestin - Sinarharian - 9/10 4:08 pm PUTRAJAYA - Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat dalam persetujuan fasa pertamapelan damai Gazauntuk melaksanakannya dengan segera dan sepenuhnya.Wisma Putra menegaskan, persetujuan yang dicapai antara Hamas dan Israel merupakan langkah penting ke arah menamatkan pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan serta kebuluran di Gaza.Perkembangan itu juga dilihat membuka laluan kepada pertukaran tawanan dan tahanan, pengunduran sepenuhnya tentera Israel serta usaha pembinaan semula wilayah Gaza yang musnah akibat perang berpanjangan."Malaysia menyambut baik pelan komprehensif yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Sharm El-Sheikh, Mesir pada Rabu sekali gus menjadi asas penting kepada proses perdamaian yang dinantikan rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Malaysia turut menghargai peranan Mesir, Qatar dan Turkiye serta negara-negara lain yang membantu memudah cara pelaksanaan pelan berkenaan.Pada masa sama, Malaysia menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa bagi memastikan keamanan berkekalan di Gaza serta wilayah Palestin yang diduduki dapat direalisasikan.Malaysia juga menegaskan pendiriannya yang konsisten dalam menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berasaskan persempadanan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.Terdahulu, Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan terhadap fasa pertama pelan damai yang bakal menyaksikan pengunduran tentera Israel serta pembebasan tebusan dan tahanan.Dalam satu kenyataan di media sosial, Trump menyatakan kesemua tebusan akan dibebaskan dalam masa terdekat.Tentera Israel pula akan berundur ke sempadan yang telah dipersetujui, sebagai langkah awal ke arah perdamaian yang berkekalan.Hamas merancang untuk membebaskan kesemua 20 tebusan yang masih hidup hujung minggu ini, manakala pihak tentera Israel dijangka memulakan pengunduran dari sebahagian besar wilayah Gaza.Perjanjian ini dimeterai selepas rundingan selama beberapa hari di Mesir yang berpusat kepada pelan damai disokong Trump. |
PU Rahmat apologises to Anwar over fellow ex-prisoner joke, says no offence intended - Sinardaily - 9/10 4:07 pm SHAH ALAM - Independent preacher Rahmat Ikhsan, better known as PU Rahmat, has publicly apologised after making a joke in which he referred to himself and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim as fellow ex-prisoners during the Solidarity Gathering with Gaza: Malaysia Wave, Free Palestine, at Axiata Arena, Bukit Jalil, last night.The 32-year-old human rights activist issued his apology through a social media post, clarifying that the comment was never intended to offend anyone.Rahmat added that he has since learned to be more cautious with his words, despite appreciating the Prime Ministers easy-going nature.I apologise if the joke fellow ex-prisoner was inappropriate, as PMX (Anwar) also made a similar joke about me |
FFC x TMTG: Nine Malaysians safe, all activists detained in Ketziot prison - MyCARE - Sinardaily - 9/10 4:05 pm SERDANG - Nine Malaysian activists participating in the Freedom Flotilla Coalition and Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) humanitarian mission have been confirmed safe after their vessels were intercepted by Israeli forces yesterday and towed to Ashdod Port, Israel.Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) chief executive officer Kamarul Zaman Shaharul Anwar said lawyers from the Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) informed that all 145 activists involved in the mission had been transferred to Ketziot Prison in the Negev, Israel.He said the lawyers had also met with seven Malaysian delegates for further legal proceedings."The remaining two are expected to be located today (Gaza time), he said at a press conference on the latest developments concerning the FFC mission here today.Kamarul Zaman also confirmed that the lawyers had applied to attend all hearings involving the detained activists and would continue to provide updates from time to time."Some of them experienced acts of violence during the interception, and the lawyers have requested to meet them later this evening (Gaza time), he said.He added that the activists also reported their personal belongings, including clothes and power banks, had been confiscated |
Inkues Zara Qairina: Zara nafi curi dompet, bersumpah Wallahi - Saksi - Sinarharian - 9/10 3:38 pm KOTA KINABALU Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah berkata, "dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah," ketika ditanya oleh seorang rakan asrama berhubung dakwaan kecurian barang milik pelajar lain pada 15 Julai lalu.Perkara itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi memberitahu mahkamah bahawa dia dan Zara Qairina hanya kenalan biasa kerana tinggal di bilik asrama bersebelahan."Saksi menyatakan bahawa pada malam 15 Julai 2025, kira-kira jam 9 malam, rakan sebiliknya datang memaklumkan bahawa dompet yang mengandungi wang tunai dan kad pengenalan (IC) telah hilang."Rakan sebiliknya itu turut menyatakan syak terhadap Zara sebagai individu yang mengambil barang tersebut |
We may be under attack now: Lecturers son recalls final message from father before Gaza mission vessel was attacked - Sinardaily - 9/10 3:33 pm KUALA NERUS Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) lecturer Professor Dr Mohd Afandi Salehs son shares his fathers final words before the vessel carrying humanitarian mission members to Gaza was attacked by Israeli forces.Adam Afandi, 20, said his father had left several reminders for the family before departing, including to take care of his mother and manage the family vehicle while he was away.Two days before leaving, my father advised me to take care of my mother and manage his car.Before departing, he hugged my mother and told her to stay strong.My mother cried because she found it hard to let him go, but my father said that this mission was very important for the people of Palestine, he said when met at Unisza on Thursday.Adam, a first-year Bachelor of Law student at Unisza, said the last time they spoke was during a video call on Tuesday night at around 9.30pm.He said the vessel his father was aboard was attacked on Wednesday morning local time while taking part in the Freedom Flotilla Coalition Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) humanitarian mission.My father said, insya-Allah everything will be fine and asked us to pray for their safety |
Isu konflik di Gaza: Malaysia pilih penyelesaian damai, bukan pakatan kententeraan Islam - Sinarharian - 9/10 3:18 pm KUALA LUMPUR - Malaysia kekal memilih penyelesaian secara aman melalui diplomasi dan rundingan, berbanding penubuhan pakatan ketenteraan Islam seperti dicadangkan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani bagi menghadapi dasar penindasan Israel di Gaza.Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata, dasar luar Malaysia berpegang kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa selain menentang penindasan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin."Malaysia berpandangan sebarang bentuk kerjasama hendaklah bersifat menyeluruh, tidak hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan, tetapi turut merangkumi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kapasiti bagi memastikan objektif keamanan dan kesejahteraan dapat dicapai," katanyapada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berhubung pendirian rasmi Malaysia terhadap gesaan Perdana Menteri Iraq itu supaya ditubuhkan pakatan ketenteraan negara Islam bagi menghadapi dasar penindasan Israel.Mohamad berkata cadangan Mohammed Shia pada 14 September lepas tidak diusulkan semasa Sidang Kemuncak Arab-Islam di Qatar, namun Malaysia bersedia menyertai operasi pengaman di Palestin sekiranya diwujudkan di bawah panji PBB, seperti penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Pasukan Interim PBB (UNIFIL) di Lubnan. |
King Sing kesal isu hidang arak masih cetus kekeliruan - Mgazette - 9/10 3:16 pm # King Sing kesal isu hidang arak masih cetus kekeliruan KUALA LUMPUR Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kesal terhadap kekeliruan dan salah faham yang masih timbul susulan dakwaan hidangan arak dalam satu majlis makan malam bersama penggiat industri pelancongan luar negara baru-baru ini |
Kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod - Mgazette - 9/10 3:16 pm KUALA LUMPUR - Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan delegasi Malaysia telah tiba di Pelabuhan Ashdod kira-kira 12.45 pagi tadi, waktu Malaysia |
APMM tahan bot penumpang bawa lebih muatan di Pulau Ketam - Mgazette - 9/10 3:16 pm # APMM tahan bot penumpang bawa lebih muatan di Pulau Ketam SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot penumpang yang membawa 48 orang, melebihi kapasiti dibenarkan, di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya berhampiran Pulau Ketam, dekat sini semalam |
Pembahagian Kerusi PRN Sabah: Persiapan, Rundingan Masih Berjalan – .. - Mgazette - 9/10 3:16 pm # Pembahagian Kerusi PRN Sabah: Persiapan, Rundingan Masih Berjalan - Saifuddin Ketua Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perbincangan kerusi antara gabungan itu bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) masih belum dimuktamadkan. |
Kita akan terus bersama masyarakat antarabangsa menentang kekejaman rejim .. - Mgazette - 9/10 3:16 pm # Kita akan terus bersama masyarakat antarabangsa menentang kekejaman rejim Zionis - PM KUALA LUMPUR - Malaysia tidak gentar memperjuangkan kebenaran, kata Perdana Menteri |
Cadangan tubuh pakatan ketenteraan negara Islam perlu diperhalusi - Mgazette - 9/10 3:16 pm # Cadangan tubuh pakatan ketenteraan negara Islam perlu diperhalusi KUALA LUMPUR Cadangan untuk menubuhkan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam perlu diperhalusi dengan teliti bagi memastikan ia benar-benar menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan serantau serta antarabangsa |
ASEAN tak patut jadi pentas pemutihan imej Trump ??? Nuridah - Mgazette - 9/10 3:16 pm # ASEAN tak patut jadi pentas pemutihan imej Trump Nuridah KUALA LUMPUR Sidang Kemuncak ASEAN tidak wajar menjadi pentas pemutihan imej Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh |
BN bakal tampil calon muda, muka baharu pada PRN Sabah BN bakal tampil .. - Mgazette - 9/10 3:16 pm # BN bakal tampil calon muda, muka baharu pada PRN Sabah SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu terutama daalam kalangan anak muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
”Perbincangan kerusi PRN Sabah sudah di hujung-hujung” – .. - Mgazette - 9/10 3:16 pm # "Perbincangan kerusi PRN Sabah sudah di hujung-hujung" - Saifuddin Nasution KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perbincangan kerusi antara gabungan itu bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) masih belum dimuktamadkan |
Delegasi Isra*l, Ham*s Berjabat Tangan #MGFlash - Mgazette - 9/10 3:16 pm Delegasi Isr#el dan H*mas di libat berjabat tangan di Sharm el-Sheikh, Mesir selepas kedua-duanya mencapai persetujuan mengenai fasa pertama rancangan gencatan senjata di Gaza |
Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza Trump - Mgazette - 9/10 3:16 pm # Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza Trump ISTANBUL - Kumpulan Palestin Hamas pada awal Khamis mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, sambil menghargai usaha beliau bersama Turkiye, Qatar dan Mesir, lapor Anadolu Ajansi (AA) |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |