///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Bentong News   Page 1    



Isteri bawa anak keluar tanpa pengetahuan suami bukan hilang – Polis - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Isteri bawa anak keluar tanpa pengetahuan suami bukan hilang - Polis BENTONG - Enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di sini sejak kelmarin sudah ditemukan selamat





Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Tentera Darat Malaysia siasat insiden anggota cedera dipukul pegawai BENTONG - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terbabit dalam insiden mendatangkan kecederaan terhadap anggota tentera dalam kejadian di Kem Bentong





Family of six reported missing found in Bentong - SUN - 2/04 3:19 pm

Bentong district police chief Supt Zaiham Mohd Kahar said all the individuals involved arrived in a safe condition at the Bentong IPDaround 9.30 pm yesterday





Missing Bentong woman, five children found safe - Sinardaily - 2/04 3:04 pm

KUALA LUMPUR - A woman and her five children who were reported missing in Bentong have been found safe.Bentong OCPD Supt Zaiham Mohd Kahar said the family turned up at the Bentong district police headquarters at about 9.30 pm on Wednesday (1 April).Preliminary checks revealed that the woman and her children left their home without informing her husband due to a misunderstanding.We are grateful for all the co-operation shown, especially by Bentong residents, in helping to locate the victims, he said when contacted on Thursday (2 April).The woman and her five children were previously reported missing from their home in Taman Orkid, Bentong, since Monday (29 March).Supt Zaiham said the womans 43-year-old husband lodged a police report at 7.34 pm the same day, after failing to locate his family.He said the woman, identified as M Rekha, 41, and her children, aged between four and 19, were last seen at their home in Taman Orkid.The man noticed that his wife and children were missing at around 6.30 am on Monday





Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul - Sinarharian - 2/04 2:23 pm

KUALA LUMPUR Tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata dilaporkan menjadi punca seorang anggota tentera parah dipukul di kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pahang pada Isnin lalu.Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota kem berkenaan di bahagian muka dan perut."Akibat kejadian itu, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD."Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.Dalam kejadian sama, enam anggota tentera lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Bentong oleh polis selepas keterangan mereka diambil."Anggota PTTR yang disyaki terlibat telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, TDM memandang serius insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat."TDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang serta peraturan sedia ada," katanya.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan selain menghormati privasi mangsa dan keluarganya."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota tentera dilaporkan koma selepas dipercayai dipukul dalam kejadian itu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Siasatan awal mendapati suspek, seorang anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun, terbabit dalam kejadian itu.Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 2.30 petang, Selasa bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini.





Army probes alleged beating at Bentong camp - FMT - 2/04 1:19 pm

It says preliminary investigations found that a non-commissioned officer had used physical force after being dissatisfied with the way the soldiers involved cleaned the weapons store.





Enam sekeluarga dilaporkan hilang ditemui di Bentong - Sinarharian - 2/04 1:12 pm

BENTONG - Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu dijumpai dalam keadaan selamat pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa, M Rekha, 41, bersama lima anaknya, Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17 dan S Shasini Nair 16, S Pritivi Nair, 14 dan S Lashwin Nair, 4 ditemui berada di Bentong.Menurutnya, semua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 9.30 malam hari berkenaan."Hasil siasatan awal, wanita terbabit bersama anak-anaknya bertindak keluar rumah tanpa memaklumkan kepada suami (pengadu) dipercayai berpunca perselisihan faham," katanya.Zaiham berkata, pihak polis berterima kasih kepada semua pihak khususnya penduduk Bentong atas kerjasama yang diberikan hingga mangsa berjaya dikesan dan ditemui selamat.Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan enam sekeluarga itu selepas dilaporkan hilang dipercayai keluar dari rumah mereka sejak Isnin lalu.Laporan kehilangan itu dibuat lelaki berusia 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada individu terbabit jam 7.34 malam.





Army corporal arrested after seven soldiers assaulted at Bentong camp; one in ICU - Malaymail - 2/04 8:59 am

BENTONG, April 2 A 37-year-old army corporal has been arrested after allegedly assaulting seven younger soldiers...





6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai .. - Mgazette - 2/04 12:37 am

# 6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai BENTONG Polis Bentong sedang mengesan enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Orkid di sini, sejak kelmarin





Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Koperal ditahan kes anggota tentera parah dipukul dalam kem di Bentong KUALA LUMPUR Seorang anggota tentera berpangkat Koperal di sebuah kem dekat Bentong, Pahang ditahan susulan kes mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang anggota tentera lain





Polis Tahan Koperal Disyaki Pukul Tujuh Anggota Tentera Lain Di Bentong - Siakapkeli - 1/04 11:16 pm

Polis Tahan Koperal Disyaki Pukul Tujuh Anggota Tentera Lain Di Bentong KUANTAN, 1 April (Bernama) -- Polis menahan seorang tentera berpangk





Koperal tentera ditahan, disyaki pukul askar hingga parah - FMT - 1/04 11:14 pm

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata kejadian itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan di ICU.





Bentong cops arrest army corporal after soldier injured in beating - FMT - 1/04 10:50 pm

The 24-year-old victim remains unconscious in intensive care following the incident on Monday night.





Kes pukul di kem tentera: Seorang koma, enam cedera - Sinarharian - 1/04 10:45 pm

BENTONG -Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di dalam Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di kawasan kem berkenaan."Siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu anggota tentera berpangkat koperal dipercayai terbabit dalam kejadian dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan."Hasil siasatan juga mendapati kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 22 tahun itu merupakan anggota tentera dan bukannya pelatih seperti yang tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menjelaskan, seorang mangsa berusia 24 tahun dilaporkan parah dan kini masih tidak sedarkan diri serta menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh"Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan, manakala mangsa lain telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya.Zaiham berkata, susulan itu, pihaknya menahan anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, pada Selasa bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini."Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.





6 beranak dilapor hilang di Bentong - FMT - 1/04 7:25 pm

M Rekha, 41, bersama lima anaknya kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid pada Isnin.





Enam Beranak Dilaporkan Hilang Di Bentong - Siakapkeli - 1/04 6:42 pm

Enam Beranak Dilaporkan Hilang Di BentongKUANTAN, 1 April (Bernama) -- Seorang wanita bersama lima anaknya dilaporkan hilang s





Polis kesan enam sekeluarga dilapor hilang - Sinarharian - 1/04 5:54 pm

BENTONG - Polis sedang mengesan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan kehilangan itu dibuat oleh lelaki berusia 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kesemua individu terbabit jam 7.34 malam pada Isnin lepas."Berdasarkan laporan, lelaki berkenaan memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama lima anak mereka tidak berada di rumah pada jam 6.30 pagi."Alamat terakhir dan lokasi terakhir yang diketahui di Taman Orkid, Bentong," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zaiham berkata, lima anak pasangan itu ialah S Ruban, 19; S Sharivina Nair, 17 dan S Shasini Nair 16; S Pritivi Nair, 14; serta S Lashwin Nair, 4.Beliau menjelaskan, siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan semua individu terbabit giat dilakukan.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.





Enam sekeluarga hilang, polis minta bantuan orang ramai - Hmetro - 1/04 4:26 pm

Bentong: Polis sedang mengesan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini, sejak Isnin lalu





Keluarga mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk wajar terima pampasan - Thempress - 30/03 8:24 pm

KUALA LUMPUR – Undang-undang bagi keselamatan jalan raya perlu dipinda untuk memastikan keluarga mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk menerima pampasan lebih setimpal. Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau…





Pemandu mabuk: Pampasan setimpal perlu diberikan kepada keluarga mangsa - Young Syefura - Sinarharian - 30/03 7:43 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyokong supaya pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga mangsa bagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk.Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, beliau bersetuju dengan cadangan untuk pindaan undang-undang berkaitan kesalahan pemandu mabuk itu.Katanya, selain itu perlu juga ada penguatkuasaan ketat di sekitar kawasan yang berisiko tinggi atau hotspot."Perkara ini (bersifat) rentas kementerian, (jadi) perlu ada penyelarasan penuh antara kementerian bagi menangani perkara ini daripada terus berulang," katanya dalam hantaran di platform Threads pada Isnin.Terdahulu, pelbagai pihak terutamanya pemimpin kerajaan dan pembangkang tampil mendesak undang-undang dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup dikenakan terhadap pelaku kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Malah, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah kes kemalangan maut membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.Ujarnya, langkah itu antara usaha memperkukuh undang-undang terhadap pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Mengulas lanjut, Young Syefura menegaskan, meskipun pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dilaksanakan sebelum ini, kes pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan kecederaan masih berlaku sehingga kini."Berdasarkan data terkini selepas pindaan akta berkenaan, sebanyak 2,306 kes direkodkan pada 2022, diikuti 1,989 kes pada 2023 dan 1,589 kes pada 2024





Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri - Sinarharian - 30/03 4:13 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri setakat 5 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah (Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Muar dan Tangkak).Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Belaga).Kawasan yang terkesan di Sabah ialah Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)





Ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga 4 petang - Utusan - 30/03 2:47 pm

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam atau lebih. Kawasan dijangka terjejas meliputi Bentong di Pahang; Hulu Langat di Selangor serta beberapa ..





Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Pahang masuk hari ke-7 - Mgazette - 29/03 7:01 pm

"Sebanyak 85 pengeboman air dilakukan menggunakan 68,000 liter air yang diambil dari sumber air berhampiran dalam jarak 500 meter dari lokasi pemadaman," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, selain bantuan unit udara, operasi pemadaman turut melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin yang dibantu pasukan bantuan dari BBP Muadzam Shah, Karak, Bentong, Genting, Kuala Krau, Kuala Tahan dan Jengka





Aliran trafik lebuh raya utama menghala Lembah Klang mula meningkat petang ini - Sinarharian - 24/03 5:22 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara menunjukkan trend meningkat dan bergerak perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang menuju ke arah Lembah Klang setakat 4 petang ini.Penyelia Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Muhammad Aliff Syafiq Md Takiyudin berkata, kesesakan dikesan melibatkan arah utara, selatan serta pantai timur."Di bahagian selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat serta dari Pedas Linggi ke Senawang dan terus ke Port Dickson."Bagi arah utara pula, pergerakan perlahan dikesan di sekitar Pulau Pinang, iaitu dari Permatang Pauh ke Perai, selain kawasan Menora serta Gopeng ke Tapah,"katanya ketika tinjauan Bernama di Pusat Pengurusan Trafik LLM di sini pada Selasa.Beliau berkata, aliran trafik dari pantai timur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) juga bergerak perlahan dari Karak dan Bentong menghala ke Lentang serta Bukit Tinggi, termasuk sebelum memasuki Plaza Tol Gombak menuju ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).Mengulas tentang gangguan lalu lintas, Muhammad Aliff Syafiq berkata, terdapat insiden kenderaan rosak yang menyumbang kepada kesesakan, antaranya di sektor utara selepas terowong (Menora) menghala pusat bandar yang menyebabkan kesesakan sepanjang tujuh kilometer (km)."Selain itu, insiden lori rosak di sekitar Ayer Keroh turut menyebabkan aliran trafik perlahan sepanjang 12 km dari Jasin ke Simpang Ampat,"katanya.Dalam pada itu, dua lokasi kebakaran belukar turut dilaporkan berhampiran lebuh raya, iaitu di KM 110 Lebuhraya Utara-Selatan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, serta di KM 21.6 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dari Seri Kembangan ke Putrajaya."Kedua-dua insiden tersebut menyebabkan lorong kiri terhalang bagi memberikan ruang kepada pihak bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman api," katanya.Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan pihak konsesi atau menghubungi talian bantuan menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 untuk maklumat trafik terkini





Trafik sesak di lebuh raya utama, kemalangan antara punca - Sinarharian - 22/03 6:12 pm

KUALA LUMPUR - Trafik di lebuh raya utama sesak petang ini susulan pertambahan kenderaan dan kemalangan di beberapa lokasi.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara di Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng sehingga Simpang Pulai serta di kedua-dua arah di Ipoh Utara ke Kuala Kangsar dan dari Bertam ke Sungai Petani."Beberapa kemalangan yang dilaporkan berlaku turut menyumbang kepada kesesakan seperti di Plaza Tol Hutan Kampung dari arah Jitra dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau berkata, bagi arah dari Pantai Timur, kesesakan berlaku dari arah Bentong ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak manakala trafik ke selatan sesak di Bandar Ainsdale ke Senawang serta di Simpang Renggam ke Sedenak."Trafik turut sesak di beberapa lokasi menghala ke Lembah Klang seperti di Bukit Gambir ke Tangkak, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson," katanya.Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan pihak konsesi dan memastikan mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup trafik di laman sesawang rasmi agensi berkenaan





Aidilfitri esok: Lebuhraya Pantai Timur dan PLUS alami kesesakan - Mkini - 20/03 9:53 am

Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi."





Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini - Mgazette - 20/03 12:02 am

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi, hanya dua lokasi utama, iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan manakala laluan lain termasuk menghala ke Selatan masih terkawal. Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi





Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak





Aliran trafik perlahan ke Pantai Timur, PLUS aktifkan Smartlane - Utusan - 19/03 2:47 pm

PETALING JAYA: Aliran trafik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dilaporkan mula perlahan setakat tengah hari ini susulan peningkatan jumlah kenderaan yang menghala ke arah Timur. Menurut laman X Plus Malaysia, kesesakan dikesan bermula dari Plaza Tol Gombak menuju ke Bentong manakala pergerakan kenderaan turut dilaporkan perlahan dari Bentong sehingga ke susur masuk Plaza Tol Karak ..





MIC Pahang nafi jumpa PAS, tegas komited bersama BN - FMT - 19/03 10:45 am

Pengerusi MIC Pahang, V Arumugam berkata laporan dakwa beliau bertemu pimpinan PAS Bentong baru-baru ini, tidak benar dan mengelirukan.





Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak pagi ini - Sinarharian - 19/03 9:39 am

KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak."Bagi laluan ke utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan Juru ke Perai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika."Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya.Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan





Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Mgazette - 19/03 7:44 am

Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara. Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong





Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang - Mgazette - 19/03 7:44 am

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)berkata bagi arahutara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di laluan Slim River menuju ke Sungai, Tapah ke Gopeng, Juru ke Perai dan Seberang Jaya menuju ke Plaza Tol Sungai Dua. "Bagi arah Pantai Timur kesesakan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Gombak menuju ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Lentang dan di Hentian Bentong menuju ke Plaza Tol Bentong, kesesakan turut berlaku di Plaza Tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini





Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Sinarharian - 18/03 10:30 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara semakin padat selepas waktu berbuka puasa malam ini susulan peningkatan kenderaan yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan ketara dikesan di Plaza Tol Gombak dengan barisan kenderaan dilaporkan mencecah hingga ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Batu Caves."Bagi arah utara pula, keadaan trafik dari Rawang Selatan ke Bukit Beruntung dilaporkan hampir tidak bergerak," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.Menurutnya, kesesakan di laluan berkenaan turut disebabkan kemalangan di KM429.7 arah utara (Sungai Buaya ke Bukit Beruntung) yang menghalang lorong kecemasan.Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara.Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong.LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga awal pagi esok berikutan pertambahan pergerakan kenderaan sempena Aidilfitri."Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi serta memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan," katanya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan CCTV trafik di laman web rasmi agensi berkenaan





Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - Sinarharian - 18/03 4:17 pm

GOMBAK - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala LumpurKarak arah Pantai Timur mula bergerak perlahan menghampiri Plaza Tol Gombak di sini pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati peningkatan jumlah kenderaan bermula sejak jam 2 petang, berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Namun keadaan trafik dilihat masih terkawal apabila pergerakan beransur lancar selepas plaza tol tersebut.Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat jam 2.12 petang, trafik bergerak perlahan dari Kilometer 30.5 Gombak ke Genting Sempah, Kilometer 39.4 Genting Sempah ke Bukit Tinggi serta dari kawasan Shell Bentong ke Bentong arah timur.Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara melibatkan kawasan Terowong Menora ke Sungai Perak juga perlahan selain Juru Auto City ke Perai serta Seberang Jaya ke Plaza Tol Sungai Dua.Bagi laluan Lebuhraya Utara-Selatan (E2), trafik perlahan turut dilaporkan di beberapa lokasi termasuk dari Pasir Gudang ke Setia Tropika, Sedenak ke Simpang Renggam serta selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Malaysia bagi arah utara, manakala arah selatan melibatkan laluan dari Dato Onn ke Pasir Gudang.Selain itu, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) turut mencatatkan aliran perlahan dari USJ ke Ebor arah utara serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra arah selatan.Keadaan sama turut dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 melibatkan laluan Rehat dan Rawat Perasing ke Cheneh arah timur.Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya.Pengguna juga diingatkan agar sentiasa mematuhi had laju ditetapkan dan tidak menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba demi keselamatan semua pihak





AFA PRIME aktifkan TTA sempena Aidilfitri, kurangkan kesesakan di KLK, LPT1 - Sinarharian - 18/03 3:05 pm

KUALA LUMPUR AFA PRIME Berhad (AFA PRIME) melaksanakan strategi pengurusan trafik komprehensif termasuk pengaktifan Travel Time Advisory (TTA) bagi mengurangkan kesesakan sempena Aidilfitri 2026, khususnya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).Langkah proaktif itu bertujuan melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal seperti Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak yang menjadi laluan utama ke Pantai Timur.AFA PRIME berkata, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan mengikut jadual TTA ditetapkan bagi fasa balik kampung pada 19 dan 20 Mac serta fasa kembali ke bandar pada 23, 28 dan 29 Mac.Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke Pahang, waktu cadangan masuk antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari hingga 4 petang, manakala ke Terengganu dan Kelantan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam.Untuk perjalanan pulang ke ibu negara, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya antara jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam, manakala dari Terengganu dan Kelantan antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, 4 petang hingga 8 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.Penunggang motosikal pula digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi perjalanan lebih lancar.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz berkata, pematuhan terhadap TTA bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah mewujudkan persekitaran pemanduan lebih selamat dan kurang tekanan.Selain TTA, AFA PRIME memastikan semua kemudahan lebuh raya berada pada tahap optimum dengan menempatkan unit rondaan dan pasukan tindak balas kecemasan di lokasi strategik.Pengguna kenderaan ringan juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak bas ekspres di Plaza Tol Gombak iaitu antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi mengurangkan kesesakanOrang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau mengikuti kemas kini masa nyata di platform X menerusi akaun @LPTTrafik.





Pas Bentong sudah bertemu Pengerusi MIC Pahang Pas Bentong sudah bertemu .. - Mgazette - 18/03 2:59 pm

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abd Jabar berkata, perkembangan itu menjadi kelebihan kepada Pas Pahang dan petunjuk baik memandangkan PN Pahang berpotensi memperoleh satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara percuma. "Pas Bentong telah bertemu dengan MIC Pahang dan jumpa Cikgu Aru (V





Solidariti terhadap Arun tidak wakili pendirian DAP - Sinarharian - 18/03 2:09 pm

SHAH ALAM DAP menegaskan bahawa sebarang tindakan solidariti terhadap aktivis, Arun Doraisamy tidak mewakili pendirian parti itu.Penegasan tersebut dibuat oleh empat Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, iaitu Sheikh Umar Bagharib Ali, Young Syefura Othman (Ahli Parlimen Bentong), Syahredzan Johan (Ahli Parlimen Bangi) dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.Ia susulan polemik yang timbul berhubung kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M





Kulasegaran kena lebih memahami sensitiviti isu -Young Syefura - Sinarharian - 18/03 1:42 pm

KUANTAN Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang dilihat mengiringi aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah baru-baru ini berpotensi menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, Kulasegaran sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu yang sedang berlaku.Menurutnya, bagi pandangan umum,tindakan itu dilihat sebagai pendirian dan kepekaan pihak berkenaan dalam menangani isu semasa yang sensitif itu."Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana beliau sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu yang sedang berlaku ketika ini."Sudahlah orang pertikai layanan yang berbeza, kemudian dengan hal mcm ni lagi membuatkan optik yang sangat teruk," ujarnya berkongsi pandangan peribadi menerusi satu hantaran di Threads.Kenyataan tersebut dilihat sebagai reaksi terhadap kebimbangan orang ramai yang mempersoalkan persepsi layanan berbeza dalam kes melibatkan individu tertentu, sekali gus memberi kesan kepada keyakinan terhadap institusi dan sistem sedia ada.Terdahulu, Kulasegaran dilihat menemani Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal yang menghadapi pertuduhan membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu.Timbalan Menteri itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding yang melibatkan aktivis itu sebaliknya hanya sempat bertemu secara singkat di luar Kompleks Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.Beliau berkata, kunjungannya ke mahkamah adalah semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, dengan tujuan bertemu Arun dan memberi dorongan supaya mempercayai proses perundangan semasa menghadapi prosiding yang akan datang.





Keluarga asnaf, B40 disantuni Genting Malaysia sempena Aidilfitri - Sinarharian - 18/03 11:58 am

BENTONG -Genting Malaysia Berhad terus memperkukuh komitmen terhadap kesejahteraan komuniti setempat apabila menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan B40 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.Inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Genting Bersama Malaysia itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Bentong dan berlangsung di perkarangan majlis berkenaan pada Selasa.Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak yang hadir sebagai tetamu kehormat.Hampir 100 penerima daripada komuniti asnaf dan B40 sekitar daerah Bentong menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban kos sara hidup, khususnya dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri.Menurut Genting Malaysia, program itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperluas impak kebajikan kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi Genting Bersama Malaysia yang menekankan nilai inklusiviti, kebersamaan dan keprihatinan sosial.Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Genting Malaysia, Spencer Lee berkata, pihaknya percaya tanggungjawab korporat bukan sekadar memberi sumbangan, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan untuk bersama komuniti ketika mereka memerlukan sokongan."Di bawah aspirasi Genting Bersama Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk memastikan kehadiran kami memberi manfaat kepada komuniti, khususnya golongan yang memerlukan," katanya.Sementara itu, Rose Samsul turut merakamkan penghargaan terhadap usaha berterusan Genting Malaysia dalam membantu komuniti setempat, khususnya di Bentong.Beliau berkata, kerjasama erat antara sektor korporat dan pihak berkuasa tempatan amat penting dalam memastikan bantuan dapat disalurkan secara berkesan kepada kumpulan sasar."Usaha seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan memerlukan, malah memperkukuh jaringan sokongan sosial dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh makna," ujarnya.Dalam pada itu, Genting Malaysia memaklumkan akan terus memperluaskan pelaksanaan program kebajikan dan pembangunan komuniti di seluruh negara melalui inisiatif bersasar dan berimpak tinggi.Melalui Genting Bersama Malaysia, syarikat itu komited memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat di samping memperkukuh hubungan antara sektor swasta dan komuniti setempat.



Rakam kisah keluarga sebagai dokumentasi berharga - Utusan - 14/03 8:00 am

PADA hujung minggu ini, saya dan penulis veteran, M. Mahendran dari Bentong, Pahang berada di Kampung Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka untuk mengendalikan program galakan membaca dan menulis khusus bagi kanak-kanak, remaja dan belia di kampung warisan itu



Hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri petang ini - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri petang ini KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Di Kedah, kawasan terlibat di Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Larut, Matang Dan Selama, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)



Bekas diplomat, anak bebas tuduhan edar, simpan, tanam ganja - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Bekas diplomat, anak bebas tuduhan edar, simpan, tanam ganja KUANTAN - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini melepaskan dan membebaskan bekas diplomat, Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal daripada semua pertuduhan berkaitan pengedaran ganja seberat 989.6 gram, penyimpanan minyak ganja serta penanaman 102 pokok ganja di sebuah rumah di Janda Baik, Bentong, pada Mei 2022



High Court acquits ex-diplomat, son of cannabis trafficking and cultivation charges - Sinardaily - 12/03 9:17 pm

KUANTAN - The Temerloh High Court today acquitted and discharged former diplomat Datuk Zainal Abidin Alias and his son, Mohamed Rizal, of all charges related to trafficking 989.6 grammes of cannabis (ganja), possession of cannabis oil, and cultivation of 102 cannabis plants at a house in Janda Baik, Bentong, in May 2022.Judge Roslan Mat Noor made the ruling after finding that the prosecution had failed to establish a prima facie case against Zainal Abidin, 82, and Mohamed Rizal, 56, at the end of the prosecutions case.Lawyer Muhammad Farhan Shafee, who represented the father and son, said the court found that the prosecution had failed to prove a prima facie case against both accused, citing significant gaps in the investigation, topographical impossibilities, as well as the failure to link the accused to the prohibited items found on the property.He said the court accepted the defences argument that the 102 cannabis plants discovered on the property could not be physically seen from the location of the first accused (Zainal Abidin) at the time the arrest was made."The judge said that the undulating terrain, steep slopes, and dense tropical foliage created a shadow zone, making it impossible for Zainal Abidin, who was 78 years old at the time, to see or be aware of the cultivation area from the garage or the main house, he said when contacted.Muhammad Farhan said that the court also ruled that the prosecution had failed to prove that the accused had exclusive control over the premises."The evidence that emerged during the trial showed that the house was not locked and could be accessed by various third parties."The judge also highlighted several missed opportunities by the investigating team, which rendered their findings unsafe to be accepted as strong evidence," he said.He said that digital forensic analysis on devices belonging to the second accused, Mohamed Rizal, who was arrested in Shah Alam, Selangor, showed no communication, text messages, calls or emails linking him and his father to the alleged criminal activities."The court ruled that Section 34 of the Penal Code (common intention) could not be invoked to bridge this significant gap in the evidence, he said.He added that the court also noted that Zainal Abidins conduct during the police raid was that of a cooperative and surprised individual, and he did not show any signs of fear or attempt to flee."The judge concluded that the prosecutions case was based merely on suspicion rather than credible evidence, and the court ordered that Zainal Abidin and Mohamed Rizal be acquitted and discharged and acquitted of all three charges without being called to enter their defence," he said.Apart from Muhammad Farhan, both accused were also represented by Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, Wee Yeong Kang and M Naresh, while the prosecution was led by Pahang prosecution director Shahrizat Ismail, together with Intan Nur Hilwani Rifin and Nur Syafiqah Noorinda.According to the charges, Zainal Abidin and Mohamed Rizal were jointly accused of trafficking 989.6 grammes of cannabis at a house in Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, at 6.10pm on May 21, 2022.The charge was framed under Section 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952, read together with Section 34 of the Penal Code, which carries the mandatory death penalty upon conviction.The father and son were also charged with possession of 60 millilitres of cannabis oil at the same place and time under Section 9(1)(b) of the Dangerous Drugs Act 1952, punishable under Section 9(2) of the same law, which provides for imprisonment of up to five years, or a fine of up to RM20,000, or both, upon conviction.They were also jointly charged with cultivating 102 cannabis plants at a house in Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, Bentong, at 6.10 pm on May 21, 2022, under Section 6B of the Dangerous Drugs Act 1952 (Act 234), read together with Section 34 of the Penal Code, which carries life imprisonment and not less than six strokes of the cane upon conviction



Bekas diplomat dan anak bebas tuduhan edar, tanam 102 pokok ganja - Hmetro - 12/03 8:28 pm

Kuantan: Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini melepaskan dan membebaskan bekas diplomat, Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal daripada semua pertuduhan berkaitan pengedaran ganja seberat 989.6 gram, penyimpanan minyak ganja serta penanaman 102 pokok ganja di sebuah rumah di Janda Baik, Bentong, pada Mei 2022



Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 11 negeri - Sinarharian - 12/03 5:17 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Muallim.Di Pahang pulakawasan terjejas ialah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya."Selain itu, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama," menurutkenyataan itu.Di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Bagi Sarawak, amaran melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Miri (Telang Usan).Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau termasuk Tawau, Kunak dan Lahad Datu.MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan merujuk laman sesawang rasmi jabatan itu untuk maklumat cuaca terkini



Insiden pijak dan conteng al-Quran: 4 pemimpin Melayu DAP desak tindakan tegas - Harapandaily - 12/03 1:14 pm

Empat pemimpin Melayu DAP tampil mengutuk sekeras-kerasnya satu lagi insiden penghinaan terhadap al-Quran yang didakwa berlaku di Sabah, sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa mesti bertindak pantas, tegas dan tanpa kompromi terhadap pelaku. Mereka ialah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura..



Dakwaan aktiviti pembalakan haram di Bentong tidak benar – JPNP - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Dakwaan aktiviti pembalakan haram di Bentong tidak benar - JPNP KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menafikan berlaku aktiviti pembalakan haram di kawasan Bentong susulan sebuah video tular di media sosial



Tiada Pesta Kumbh Mela dianjurkan di Bentong – ADUN Sabai - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Tiada Pesta Kumbh Mela dianjurkan di Bentong - ADUN Sabai KUANTAN - Dakwaan terdapat upacaraya perayaan keagamaan Hindu, Pesta Kumbh Mela dianjurkan di Bukit Tinggi, Bentong tidak benar



Pahang forestry department denies viral illegal logging claims - SUN - 12/03 7:32 am

Pahang Forestry Department clarifies viral video shows legal land clearing for an approved agricultural project, not illegal logging in Bentong



Wong Tack seru hukum kerajaan di peti undi kerana perbaharui lesen Lynas - Mkini - 9/03 4:34 pm

Bekas MP Bentong itu berkata pembaharuan lesen berkenaan menunjukkan bagaimana kerajaan mengabaikan keselamatan rakyat Malaysia.



'Drift' naik Genting Highlands, pemandu BMW ditahan, kereta disita - Careta - 8/03 7:51 am

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek ditahan ketika hadir ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 11 pagi



Lelaki pandu kereta secara ‘drift’ ke Genting Highlands .. - Mgazette - 7/03 3:00 pm

# Lelaki pandu kereta secara 'drift' ke Genting Highlands ditahan polis KUANTAN - Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana memandu secara merbahaya di jalan naik Genting Highlands, Bentong semalam



Ke mana Puteri Nor Aishah menghilang? Ke mana Puteri Nor Aishah menghilang? - Mgazette - 7/03 3:00 pm

KUANTAN - Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan, Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman, 14, yang dilaporkan hilang sejak 4 Mac lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, remaja itu dilaporkan hilang selepas memberitahu ibunya untuk ke bazar Ramadan kira-kira pukul 6.45 petang pada hari tersebut



Puteri Nor Aishah hilang selepas keluar ke bazar Ramadan - Sinarharian - 7/03 1:50 pm

BENTONG- Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman beralamat dari Taman Chegar Medang, di sini dilaporkan ibunya kira-kira jam 11.13 pagi, Jumaat.Menurutnya, ibu mangsa berusia 38 tahun mendakwa kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu kira-kira jam 6.45 petang ketika mangsa hendak keluar ke bazar Ramadan."Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit coklat, tinggi kira-kira 157 sentimeter dan berbadan agak gempal."Kali terakhir dia dilihat memakai baju dan jeans berwarna hitam berselipar biru," katanya.Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan gadis itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran."Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999," katanya.



Pemandu BMW 'drift' naik Genting Highlands ditahan - Sinarharian - 7/03 8:10 am

BENTONG- Pemandu kereta mewah yang dikesan memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi 'drift' dipercayai ketika perjalanan menuju Genting Highlands baru-baru ini ditahan polis pada Jumaat.Penahanan lelaki berusia 29 tahun itu susulan video aksinya yang tular di platform Tiktok.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek ditahan ketika hadir ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 11 pagi."Pihak polis turut menyita kereta jenis BMW 325I digunakan untuk siasatan lanjut."Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah," katanya.Zaiham berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.Beliau berkata, usaha mengesan lelaki itu dilakukan susulan video berdurasi 14 saat aksi memandu secara berbahaya di jalan naik ke Genting Highlands yang dikesan Isnin lalu."Hasil siasatan awal mendapati, sebuah kenderaan mewah jenis BMW 325I dipandu secara berbahaya dengan aksi 'drift' di laluan berselekoh menuju ke pusat peranginan tersebut," katanya.Sementara itu, Zaiham menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas ditetapkan."Jangan melakukan.sebarang aksi pemanduan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain," tegurnya.



Ribut petir, angin kencang di tujuh negeri, dua Wilayah Persekutuan sehingga 7 malam - Sinarharian - 4/03 3:49 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.METMalaysia dalam satu kenyataan pada hari ini memaklumkan, negeri-negeri terlibat ialah Melaka serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.Di Perak, kawasan yang terjejas meliputi Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub serta Bentong.Selangor turut berdepan situasi sama di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, selain membabitkan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Sementara itu, amaran bagi Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.Bagi Johor, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Baharu



RUU had penggal PM gagal: Pengajaran buat kerajaan supaya lebih bersedia - Sinarharian - 3/03 4:23 pm

SHAH ALAM Kegagalan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung had tempoh maksimum 10 tahun jawatan Perdana Menteri menjadi pengajaran buat kerajaan agar lebih bersedia dan bersatu pada masa hadapan.Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, ia bagi memastikan institusi Perdana Menteri tidak lagi dilihat sebagai kerusi tanpa had, sebaliknya sebagai satu amanah yang mempunyai tempoh tertentu selaras dengan prinsip tadbir urus baik."Kami seramai 40 orang ahli Parlimen dari DAP telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dengan menyokong sepenuhnya."Demokrasi adalah satu proses maraton, bukan pecutan jangka pendek




Reformasi     >>



Diplomatik PMX mula membuahkan hasil - Harapandaily
Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa orang ramai supaya terus meletakkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan ketegangan di Asia Barat. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mula menunjukkan ..
Kroni     >>



Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi Langkah Kajang lebih 10 tahun lalu. Faekah Husin berkata, walaupun ..
Tabloid     >>



Papa Doakan Apa Adik Bisik Dimakbulkan Norman Hakim .. - Siraplimau
Perkongsian terbaharu pelakon Norman Hakim kembali mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video penuh emosi di Instagram yang memaparkan momen bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Video tersebut dimuat naik sekitar 10 jam lalu dan disertakan dengan kapsyen doa yang menyentuh hati ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A27 runs Geekbench with a surprising .. - Gsmarena
Samsung unveiled the Galaxy A37 and Galaxy A57 in late March, and the Galaxy A27 should have joined them according to a rumor from November. Alas, it didn't, but it's definitely still in development. In fact, a prototype has now been spotted in the Geekbench online database. As you can see, it ..
World     >>



Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to .. - Middleeasteye
Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to Ukraine over Europe's response to Iran war Submitted by MEE staff on Wed, 04/01/2026 - 19:33 US president threatens to quit decades-old European alliance, as he fails to address Iran's control of Strait of Hormuz US President Donald Trump, right, ..
Motor Trend     >>



Toyota Urban Cruiser EV Dipratonton Di Malaysia, Harga .. - Piston
Antara trio kenderaan elektrik (EV) yang dipratontonkan hari ini di Malaysia oleh UMW Toyota adalah Toyota Urban Cruiser EV, yang bakal bersaing dengan beberapa model SUV kompak EV sedia ada di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM 198,000. Urban Cruiser merupakan ..