| /// |
|
| Search : Batu Caves News | Page 1 |
|
Konfrontasi bukan penyelesaian dalam isu rumah ibadat – Exco Selangor - Mgazette - 2/02 3:10 pm Paparaidu berkata penggunaan istilah atau naratif provokatif dalam membincangkan isu rumah ibadat adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan keharmonian sosial serta memperuncing sensitiviti agama. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kehadiran Perdana Mneteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ke Batu Caves menjelang sambutan Thaipusam lalu mencerminkan komitmen kepimpinan negara dan negeri dalam memelihara keharmonian antara agama |
|
Gudang barangan kitar semula terbakar awal pagi - Sinarharian - 2/02 8:57 am BANTING Sebuah gudang simpanan barangan kitar semula di Jalan Utama Batu 9, Sijangkang di sini terbakar pada Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.42 pagi."Seramai 18 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang serta bantuan BBP Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut Ahmad Mukhlis, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan barangan kitar semula yang mempunyai struktur terbuka."Dianggarkan premis berkenaan terbakar sebanyak 50 peratus |
|
A sea of yellow: Devotees and tourists flood Batu Caves for a vibrant .. - Sinchew - 2/02 7:30 am A sea of yellow: Devotees and tourists flood Batu Caves for a vibrant Thaipusam SELAYANG: Thousands of devotees, joined by local and foreign tourists, climbed the iconic colorful steps of Batu Caves barefoot in the early hours of the morning |
|
Wanita dakwa pegawai kanan polis ditahan, cetus kekecohan di Batu Caves - Mgazette - 2/02 7:30 am # Wanita dakwa pegawai kanan polis ditahan, cetus kekecohan di Batu Caves KUALA LUMPUR Seorang wanita yang mendakwa dirinya pegawai kanan polis ditahan selepas disyaki mencetuskan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam dalam satu kejadian di hadapan pintu utama Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, dekat Gombak, semalam |
|
Seorang lagi ahli Geng Captain Praba diekstradisi, 15 lagi diburu .. - Mgazette - 2/02 7:30 am Beliau berkata suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. "Setakat ini, polis sedang giat memburu baki 15 lagi ahli kumpulan ini yang dipercayai masih bebas," katanya kepada media selepas program kepolisian komuniti Thaneer Panthal PDRM di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini hari ini |
|
Dedahkan laporan teknikal hakisan pantai Batu Ferringi, Tanjong Bungah .. - Mgazette - 2/02 7:30 am # Dedahkan laporan teknikal hakisan pantai Batu Ferringi, Tanjong Bungah - SAM GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendedahkan kepada umum laporan teknikal berkaitan hakisan pantai yang semakin serius di Batu Feringgi dan Tanjong Bungah |
|
Cuaca, kurang sumber air cabaran padam 30 ekar hutan terbakar - Kosmo - 1/02 8:17 pm MUAR – Kebakaran hutan tanah gambut dan ladang kelapa sawit seluas 30 ekar di Batu 13 Bukit Naning, di sini, semalam menghadapi cabaran operasi memasuki hari kedua, hari ini |
|
Orang ramai diminta waspada panggilan menyamar pegawai TNB - Sinarharian - 1/02 6:32 pm SHAH ALAM Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap taktik penipuan melalui panggilan telefon oleh pihak yang menyamar sebagai warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), susulan kes sedemikian yang dilaporkan berlaku di Terengganu.TNB berkata, pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan lanjut."TNB mengambil maklum serta bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa di Terengganu akibat taktik penipuan melalui panggilan telefon oleh pihak yang memperkenalkan diri sebagai warga kerja TNB dengan tujuan memperdayakan pelanggan."TNB menegaskan bahawa individu yang menghubungi mangsa tersebut tidak mewakili TNB |
|
Kebolehlaksanaan adakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dikaji - Hannah - Sinarharian - 1/02 6:05 pm KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.Memetik laporan portal Malaysiakini, Hannah berkata, pilihan raya sedemikian dilihat lebih praktikal berbanding memilih ramai ahli majlis bandar raya menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.Jelas beliau, struktur pentadbiran sedia ada melibatkan terlalu banyak unit, dengan ibu negara pada masa ini ditadbir secara serentak oleh seorang datuk bandar, ahli-ahli Parlimen serta penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)."Jika saya datuk bandar, nasihat siapa yang perlu saya dengar? Adakah saya perlu mendengar ahli Parlimen yang dipilih, penasihat DBKL atau ahli majlis bandar raya?" katanya seperti dipetik dalam temu bual bersama China Press.Hannah berkata, sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan dihidupkan semula, pemilihan secara langsung hanya akan diadakan sama ada bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur atau ahli majlis bandar raya, namun bukan kedua-duanya secara serentak.Tambah beliau, pilihan raya datuk bandar dan pilihan raya kerajaan tempatan juga memerlukan prosedur yang berbeza daripada pilihan raya umum, termasuk pertimbangan berasingan berkaitan kos, undang-undang, kelayakan pengundi dan pendaftaran pengundi."Dalam pilihan raya umum, sesiapa sahaja berumur 18 tahun ke atas boleh mengundi."Namun dalam pilihan raya datuk bandar, kita perlu menjelaskan sama ada kelayakan bergantung kepada pemilikan rumah, status penyewa atau individu yang bekerja di Kuala Lumpur," ujarnya.Hannah berkata, pindaan kepada Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 diperlukan sekiranya pilihan raya sedemikian ingin dilaksanakan, dan undang-undang baharu mungkin dipertimbangkan sekiranya pindaan tersebut terlalu besar.Katanya lagi, satu kajian berasingan mengenai pilihan raya kerajaan tempatan akan dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan dapatan dijangka diumumkan pada Mac dan akan didedahkan kepada umum.Menurutnya, kerja penyelidikan dan persediaan masih diperlukan tanpa mengira sama ada pilihan raya datuk bandar akhirnya dapat dilaksanakan, sambil memberi jaminan bahawa ahli Parlimen serta orang ramai akan dimaklumkan dan diberikan penjelasan yang lebih jelas kelak.Hannah turut berkata, lima jawatankuasa pemantauan baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dipengerusikan oleh ahli Parlimen akan memperkukuh pemantauan projek pembangunan serta memberikan input nasihat kepada datuk bandar."Ini kerana sebelum ini ahli Parlimen tidak mempunyai akses kepada proses dalaman DBKL dan sering hanya dimaklumkan mengenai pelan pembangunan selepas kelulusan diberikan."Apabila pelan pembangunan masih berada di Pusat Setempat Bersepadu, ahli Parlimen akan mengetahui bahawa mereka juga boleh memberi nasihat kepada datuk bandar sebelum keputusan dibuat," katanya.Pada 19 Januari lalu, Hannah mengumumkan jawatankuasa berkenaan turut akan menyelia bajet DBKL 2026, menilai dasar utama bandar raya serta membantu menambah baik pentadbiran ibu negara.Pengerusi jawatankuasa tersebut ialah Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran (Perniagaan Lestari); Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Projek Perumahan Awam dan Kebajikan Komuniti); Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan (Mitigasi Banjir, Penyelenggaraan Jalan, Pengurusan dan Penyelenggaraan Cerun); Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (Pengurusan Sistem dan Trafik); serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (Bandar Bersih, Hijau dan Pembangunan Mampan).Gesaan untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur tercetus pada November tahun lalu susulan penamatan mengejut tempoh perkhidmatan bekas datuk bandar, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.Jawatan itu kemudiannya digantikan oleh Datuk Fadlun Mak Ujud setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Ketika itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penduduk Kuala Lumpur tidak mempunyai suara dalam cara bandar raya itu ditadbir, sambil menyeru pembaharuan yang telah lama tertangguh bagi membendung penumpuan kuasa di pejabat datuk bandar.Beliau turut merujuk kepada manifesto Pilihan Raya Umum 2022 Pakatan Harapan, yang berjanji untuk memperkukuh penyertaan demokratik di peringkat tempatan.Nik Nazmi disertai enam lagi Ahli Parlimen Kuala Lumpur yang mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen ke Parlimen bagi meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 serta menyeru kepada sistem pentadbiran ibu negara berasaskan ahli majlis. |
|
Inspektor Sheila Ditahan Polis Gara-gara Bertelingkah Dengan Peniaga - Lobakmerah - 1/02 4:43 pm Siapa yang tidak mengenali seorang wanita yang dikenali sebagai Inspektor Sheila? Sebelum ini, beliau pernah beberapa kali tular di media sosial. Terbaharu, Inspektor Sheila dilaporkan ditahan polis semalam selepas didakwa mencetuskan kekecohan apabila bertengkar dengan seorang peniaga di perkarangan sebuah kuil di kawasan Batu Caves, lapor Harian Metro |
|
Radar Maritim Pulau Tengkorak sasar banteras penyeludup rokok, PATI - Sinarharian - 1/02 4:27 pm KOTA BHARU - Pembinaan sistem radar pengawasan Remote Sensored Site (RSS) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan di Pulau Tengkorak, Tumpat dicadang sebagai benteng bagi mematahkan aktiviti penyeludupan termasuk rokok dan pendatang tanpa izin (PATI) di sempadan MalaysiaThailand.Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, lokasi Pulau Tengkorak dipilih kerana kedudukannya yang strategik berhampiran muara Sungai Golok dengan jarak ke sempadan Thailand sangat dekat dan sukar dipantau secara berterusan tanpa bantuan teknologi."Pulau Tengkorak memang kawasan hotspot laluan penyeludupan rokok, PATI dan aktiviti penyeludupan lain kerana kawasan sunyi serta terpencil."Adanya radar, pemantauan pergerakan bot keluar masuk kawasan ini akan lebih mudah dan berkesan dengan jangkauan pemantauan sehingga 10 batu nautika," katanya selepas menyertai boling Maritim bersama Media Kelantan di sini pada Ahad.Beliau memberitahu, radar itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pemasangan radar di Pantai Timur yang turut melibatkan pembinaan di Pahang dan Terengganu.Mengulas penguatkuasaan di kawasan sempadan, katanya, penugasan pihak Maritim Malaysia makin mencabar apabila penyeludup menggunakan bot kecil untuk memindahkan muatan rokok atau PATI dari kapal besar ke daratan."Sebelum ini, kami tahan bot besar yang bawa rokok dalam kontena, tapi modus operandi sekarang lebih halus."Mereka guna bot kecil untuk menyusup masuk lebih dalam di laluan sungai dan tanpa radar, sukar nak kenal pasti," jelas beliau.Tambah beliau, rekod tangkapan menunjukkan aktiviti penyeludupan berlaku dan tahun lepas, pihaknya berjaya menahan bot nelayan dengan muatan lebih 2,000 kotak rokok selain terdapat kes membawa 13 PATI ke darat melalui laluan di Pulau Tengkorak.Ujarnya, projek radar di Pulau Tengkorak juga akan disertai dengan pembinaan Pejabat Maritim Pengkalan Kubor di tanah seluas 2.83 hektar."Projek ini dalam proses perolehan tanah dan dijangka akan dimasukkan dalam Rolling Plan kedua tahun ini," katanya |
|
Inspektor Sheila ditahan lagi, didakwa cetus kekecohan di sambutan Thaipusam - Mdateline - 1/02 4:00 pm Baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan pegawai polis yang digantung tugas dikenali sebagai Inspektor Sheila kembali ditahan dalam kejadian di Batu Caves pada malam tadi |
|
'Polis cemburu saya popular' - Inspektor Shiela - Sinarharian - 1/02 3:54 pm GOMBAK "Inspektor Shiela akan menjadi lebih famous (popular) dalam kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih kerana sudi menahan saya pada hari yang mulia ini, iaitu Hari Thaipusam."Itu luahan seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Inspektor Shiela dalam video tular ketika ditahan polis kerana disyaki menimbulkan kekecohan serta bertengkar dengan peniaga di Batu Caves.Menerusi beberapa video yang dimuat naik di media sosial, Inspektor Shiela yang memakai baju dan seluar pendek berwarna hitam kelihatan digari oleh dua anggota polis wanita.Sebelum itu, berdasarkan beberapa hantaran pengguna lain di media sosial, wanita berkenaan dipercayai bertindak provokatif terhadap orang awam di sekitar kuil berkenaan dengan didakwa meminta mereka menunjukkan kad pengenalan.Dalam sebuah lagi video yang mencuri perhatian orang ramai, Inspektor Shiela dilihat sempat memberikan ucapan kepada orang awam di kawasan tersebut selepas digari polis."Kalau saya tidak popular, kalau perkara ini tidak masuk berita dan saya tidak meraih populariti, anda tunggu dan lihat."Pihak polis sememangnya cemburu kerana saya memang popular dalam kalangan pihak media dan rakyat Malaysia," katanya dengan nada lantang.Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, tangkapan itu dibuat oleh anggota polis yang bertugas di sekitar Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.Menurutnya, seorang wanita yang dikenali sebagai Sheila telah ditahan susulan berlaku insiden di luar jangka yang berpotensi menimbulkan kekecohan awam.Mohd Khalid berkata, penahanan tersebut dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan. |
|
Inspector Sheila arrested at Batu Caves after altercation with traders - FMT - 1/02 3:43 pm Sheila Sharon Steven Kumar has been suspended from duty since June 2023 for allegedly insulting another police officer and threatening an elderly woman. |
|
Polis tahan 'Inspektor Sheila' kerana disyaki cetus kecoh di Batu Caves - Mkini - 1/02 3:30 pm Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut |
|
Police detain Inspector Sheila over alleged Thaipusam commotion in Batu Caves caught on video - Malaymail - 1/02 3:04 pm KUALA LUMPUR, Feb 1 A suspended police officer was arrested after allegedly causing a disturbance during Thaipus... |
|
Inspektor Sheila ditahan selepas cetus kekecohan, bertengkar dengan .. - Mgazette - 1/02 2:59 pm # Inspektor Sheila ditahan selepas cetus kekecohan, bertengkar dengan peniaga KUALA LUMPUR - Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves semalam selepas mencetuskan bertengkar dan mencetuskan pertengkaran dengan peniaga |
|
Pesara kerajaan rugi RM50,000 ditipu phone scam - Mgazette - 1/02 2:59 pm KUALA TERENGGANU - Seorang pesara kerajaan wanita mengalami kerugian sebanyak RM50,000 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau phone scam |
|
Sindiket terancang terbongkar, pendatang belajar Bahasa Melayu sebelum .. - Mgazette - 1/02 2:59 pm # Sindiket terancang terbongkar, pendatang belajar Bahasa Melayu sebelum seludup masuk PASIR PUTEH - Realiti baharu penyeludupan pendatang tanpa izin terbongkar apabila siasatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan mendapati pendatang yang dibawa masuk melalui perairan Kelantan telah mempelajari bahasa Melayu di negara asal bagi memudahkan pergerakan mereka di Malaysia |
|
Thaipusam disambut meriah, tarik perhatian pengunjung dan pelancong - Mgazette - 1/02 2:59 pm # Thaipusam disambut meriah, tarik perhatian pengunjung dan pelancong KUALA LUMPUR - Perarakan kavadi, alunan doa serta gema muzik tradisional mengiringi sambutan Thaipusam hari ini, apabila penganut Hindu, kebanyakannya berpakaian tradisional memenuhi kuil-kuil utama di seluruh negara dalam suasana penuh keinsafan, keharmonian dan kemeriahan. Tinjauan Bernama di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, di sini, antara rumah ibadat utama penganut Hindu, mendapati ribuan penganut mula berkumpul seawal pagi bagi menunaikan nazar masing-masing sempena perayaan berkenaan |
|
Inspektor Sheila ditahan lagi buat kecoh di Batu Caves - Utusan - 1/02 2:45 pm GOMBAK: Wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila ditahan polis selepas dipercayai membuat kecoh di Batu Caves, di sini, semalam |
|
Inspektor Sheila ditahan polis kes timbulkan kekecohan, bertelingkah .. - Hmetro - 1/02 2:20 pm Gombak: Wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila ditahan polis selepas dipercayai membuat kecoh di Batu Caves, di sini, semalam |
|
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga - Sinarharian - 1/02 2:11 pm GOMBAK - Menimbulkan kekecohan dan bertengkar dengan peniaga menjadi punca Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves di sini pada Sabtu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tangkapan itu dibuat oleh anggota polis yang bertugas di sekitar Batu Caves sempena sambutan Thaipusam."Seorang wanita yang kita kenali sebagai Sheila telah kita tangkap semalam kerana berlaku sedikit perkara di luar jangka yang boleh menimbulkan kekecohan."Antaranya berlaku pertengkaran dengan peniaga-peniaga di sini |
|
Inspector Sheila nabbed for disturbing the peace at Batu Caves - Star - 1/02 2:10 pm GOMBAK: A suspended policewoman, Inspector Sheila, was arrested for allegedly disturbing public order during the Thaipusam celebrations at Batu Caves on Saturday (Jan 31) |
|
Bertengkar dengan peniaga punca Inspektor Sheila ditahan - Kosmo - 1/02 2:08 pm GOMBAK – Menimbulkan kekecohan dan bertengkar dengan peniaga menjadi punca Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves, semalam |
|
Seorang lagi ahli Geng Captain Praba dibawa pulang ke Malaysia - Sinarharian - 1/02 1:48 pm GOMBAK Seorang lagi ahli kumpulan penjenayah Geng Captain Praba telah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibawa pulang dari Thailand pada jam 10.30 malam."Kita telah membawa pulang seorang lagi ahli kumpulan Geng Captain Praba pada jam 10.30 malam."Hari ini, kita akan membawa lelaki berkenaan ke mahkamah bagi permohonan reman," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Community Policing di Batu Caves, di sini, pada Ahad.Mohd Khalid berkata, setakat ini pihak polis telah menahan 17 individu yang merupakan ahli kumpulan penjenayah berkenaan."Kita turut menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dan India, dan mereka akan menghubungi kita bagi mengambil tindakan yang sewajarnya."Kita masih mengesan 15 individu lagi yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah berkenaan," katanya.Pada Sabtu, media melaporkan polis mempergiat usaha mengesan saki-baki kumpulan penjenayah Geng Captian Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan lorong tikus.Polis kini memburu ahli kumpulan Geng Captain Praba menerusi Op Jack Sparrow selepas dipercayai menjadikan India dan Thailand sebagai lokasi persembunyian sejak September tahun lalu.Sebelum ini, tiga ahli kumpulan berkenaan ditahan di Mumbai, India pada Ahad lalu selepas cubaan memasuki United Kingdom gagal, dan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba di negara ini pada Rabu lalu. |
|
'Jika benar polis pukul, kita ambil tindakan' - KP Terengganu - Sinarharian - 1/02 12:08 am KUALA NERUS Polis Terengganu memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana anggota sekiranya siasatan mendapati wujud salah laku berhubung dakwaan seorang individu dipukul dalam kejadian yang tular di media sosial, baru-baru ini.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang didakwa berlaku semasa Ops Samseng Jalanan di daerah Dungun.Menurutnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap insiden itu."Saya juga ingin mengetahui siapa pelaku kejadian tersebut yang melibatkan seorang individu lelaki yang mendakwa dipukul."Jika hasil siasatan mendapati dakwaan itu benar serta melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya tidak akan melindungi mana-mana pelaku dan tindakan tegas akan diambil," katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Terengganu di sini pada Ahad.Mohd Khairi berkata, walaupun terdapat satu rakaman video yang tular, kejadian pukul seperti yang didakwa tidak kelihatan dalam rakaman tersebut.Bagaimanapun, katanya, dakwaan itu tetap diberi perhatian serius dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian."Saya telah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Dungun untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu terlibat."Ketika ini, siasatan masih diteruskan dengan memanggil pengadu bagi melengkapkan keterangan |
|
Sih Hua Tong ready to contest Batu Lintang seat again if given opportunity - BorneoPost - 1/02 11:01 am KUCHING (Feb 1): Sarawak United People’s Party (SUPP) Batu Lintang branch chairman Sih Hua Tong has expressed his readiness to contest the Batu Lintang seat again in the upcoming Sarawak state election, should he be given the opportunity |
|
Belajar bahasa Melayu sebelum seludup masuk - Sinarharian - 1/02 10:19 am PASIR PUTEH - Realiti baharu penyeludupan pendatang tanpa izin terbongkar apabila siasatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan mendapati pendatang yang dibawa masuk melalui perairan Kelantan telah mempelajari bahasa Melayu di negara asal bagi memudahkan pergerakan mereka di Malaysia.Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, dapatan itu mencerminkan kewujudan sindiket terancang yang kini beroperasi dengan pengaturan lebih rapi dan sofistikated merentas sempadan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemasukan pendatang ke negara ini bukan berlaku secara rawak, sebaliknya diuruskan oleh sindiket yang menyediakan persiapan awal sebelum mereka dibawa masuk."Mereka telah belajar bahasa Melayu di negara asal (Myanmar), menunjukkan persiapan rapi sebelum dibawa masuk ke Malaysia |
|
Suspek kes bunuh stabil, polis tunggu pulih untuk mula siasatan - Mgazette - 1/02 8:00 am # Suspek kes bunuh stabil, polis tunggu pulih untuk mula siasatan BATU PAHAT - Suspek kes bunuh seorang wanita di sebuah rumah di Taman Damai, di sini, yang dilaporkan kritikal akibat kesan kelar di leher serta pergelangan tangan kini berada dalam keadaan stabil namun masih lemah |
|
Thaipusam steadfast as pillar of Hindu worship - SUN - 1/02 7:00 am Thaipusam reflects devotion, discipline and cultural harmony, drawing millions to Batu Caves and uniting communities through faith and service |
|
Skuad Perpaduan Madani bantu lancarkan sambutan Thaipusam - Kosmo - 31/01 10:26 pm PETALING JAYA – Sempena sambutan perayaan Thaipusam tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan Skuad Perpaduan Madani. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, skuad itu melibatkan penyertaan sukarelawan daripada pelbagai bangsa yang bertugas di gerai air percuma (thaneer panthal) di Batu Caves |
|
53 kru kapal ditahan pindah minyak mentah RM512 juta - Kosmo - 31/01 9:03 pm GEORGE TOWN – Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran bernilai lebih RM512 juta di kedudukan kira-kira 24 batu nautika barat Muka Head di sini, Khamis lalu |
|
Perlis Agrofest 2026 angkat Sungai Batu Pahat lokasi agropelancongan - Thempress - 31/01 8:29 pm KANGAR Kerajaan negeri Perlis menganjurkan program Road to Perlis Agrofest sebagai acara pemanas badan menjelang penganjuran Perlis Agrofest 2026 yang dijadual berlangsung pada pada April depan |
|
12 batu nautika bukan milik politik, Exco jangan tipu rakyat Terengganu - Thempress - 31/01 7:28 pm RAKYAT Terengganu hari ini berhak bertanya satu persoalan yang sangat asas:Benarkah kawasan 12 batu nautika dari pantai adalah milik eksklusif nelayan Terengganu seperti yang didakwa Exco Pertanian negeri? Jawapannya jelas… |
|
APMM tahan 2 kapal tangki pindah minyak mentah RM512 juta - Hotfm - 31/01 7:08 pm Dua kapal itu ditahan ketika bersauh pada kedudukan 24 batu nautika barat laut Muka Head di Pulau Pinang. |
|
APMM tahan 2 kapal tangki pindah minyak mentah RM512 juta - FMT - 31/01 7:08 pm Dua kapal itu ditahan ketika bersauh pada kedudukan 24 batu nautika barat laut Muka Head di Pulau Pinang. |
|
Dua kapal tangki ditahan cuba pindah minyak mentah lebih RM512 juta - Sinarharian - 31/01 6:43 pm GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal di kedududukan 24 batu nautika barat Muka Head, pada Khamis lalu.Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perbuatan itu kira-kira jam 1 pagi apabila terdapat kapal tangki dalam keadaan bersauh dan disyaki mereka melakukan aktiviti pemindahan minyak yang melibatkan dua buah kapal tangki di perairan itu.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu dalam keadaan bergandingan dan disyaki melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal."Kedua-dua kapal terbabit dipercayai melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah yang melibatkan 53 orang kru, dimana kesemua kru terdiri daripada warga China, Myanmar, Iran, Pakistan dan India."Nilai rampasan minyak mentah adalah berjumlah lebih RM512 juta, manakala nilai rampasan bagi kedua-dua kapal tangki tersebut adalah RM718 juta," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Sabtu.Muhammad Suffi berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia dan sabit kesalahan membawa hukuman sebanyak RM100,000."Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan aktiviti kapal ke kapal (ship to ship transfer) tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang membawa hukuman sebanyak RM 200,000 ke atas kedua-dua vesel."Dua kapten kapal dan vesel terlibat telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang, katanya.Beliau dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini untuk memastikan semua aktiviti di laut mematuhi peruntukan undang undang sedia ada. |
|
Polis sapu bersih samseng jalanan, 157 motosikal ditahan - Sinarharian - 31/01 5:38 pm DUNGUN Polis menahan 157 buah motosikal selepas menumpaskan beberapa kumpulan samseng jalanan yang dikesan menjadikan kawasan sekitar bandar di sini sebagai litar bagi melakukan aksi berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, dalam operasi yang bermula jam 6 petang itu, sebanyak 259 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.Menurutnya, tindakan berkenaan diambil hasil risikan serta aduan penduduk setempat yang terganggu dengan aktiviti kumpulan terbabit."Operasi dijalankan di Jalan Batu 49 hingga Lampu Isyarat Alor Tempoyak serta Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung."Sebanyak 157 motosikal ditahan membabitkan penunggang berusia antara 15 hingga 30-an," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi operasi di sini.Beliau berkata, operasi itu berakhir kira-kira jam 2 pagi dan kesemua motosikal yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut.Dalam pada itu, Maizura berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, penggunaan ekzos bising serta cukai jalan tamat tempoh."Polis akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi membendung aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan ketenteraman awam," katanya. |
|
Critically injured boyfriend now awake, but cops say still too weak for questioning in suspected Batu Pahat murder-suicide - Malaymail - 31/01 4:52 pm BATU PAHAT, Jan 31 The 44-year-old man suspected to have killed his girlfriend at a rented house in Taman Damai... |
|
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis - Sinarharian - 31/01 4:22 pm BATU PAHAT Suspek lelaki yang disyaki membunuh teman wanitanya sebelum mengelar leher dan pergelangan tangan sendiri di sebuah rumah sewa di Taman Damai II, di sini, Selasa lalu, dilaporkan sudah sedar namun perlukan rawatan rapi.Lelaki berusia 44 tahun yang juga penganggur itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, keadaan suspek dilaporkan stabil namun masih memerlukan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan."Suspek telah sedar tetapi tindak balasnya masih perlahan |
|
APMM pintas bot pom pom, tahan 80 pendatang tanpa izin - Mgazette - 31/01 4:14 pm # APMM pintas bot pom pom, tahan 80 pendatang tanpa izin PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan 80 pendatang tanpa izin selepas berjaya memintas sebuah bot pom pom di perairan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, awal pagi semalam |
|
Anjing liar mati dipercayai terkena letupan, warga emas ditahan - Mgazette - 31/01 4:14 pm # Anjing liar mati dipercayai terkena letupan, warga emas ditahan BATU GAJAH Seorang lelaki warga emas ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kematian seekor anjing liar yang disyaki terkena letupan di Pusing dekat sini |
|
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba - Mgazette - 31/01 4:14 pm Kamu boleh lari tetapi tidak boleh bersembunyi daripada kami (polis). Kami akan mencari kamu, katanya kepada pemberita pada program Thaneer Panthal sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini |
|
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba - Sinarharian - 31/01 1:35 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan lorong tikus."Kamu boleh lari tetapi tidak boleh bersembunyi daripada kami (polis). Kami akan mencari kamu," katanya kepada pemberita pada program Thaneer Panthal sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves pada Sabtu.Polis memburu ahli kumpulan Geng Kapten Praba menerusi OP Jack Sparrow selepas dipercayai menjadikan India dan Thailand sebagai lokasi persembunyian sejak September tahun lepas.Sebelum ini, tiga ahli kumpulan itu ditahan di Mumbai, India pada Ahad lepas, selepas cubaan untuk memasuki United Kingdom gagal, dan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba negara ini pada Rabu lepas.Sementara itu, Kumar berkata, program hari ini melibatkan 88 pegawai dan anggota PDRM menyediakan makanan serta minuman percuma, iaitu sebahagian daripada aktiviti kepolisan komuniti yang dijalankan sejak 38 tahun lepas."Pasukan polis dikenali dengan tindakan penguatkuasaan, tetapi kami di sini untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat dan berkongsi demi kebaikan negara kita," katanya.Pada program itu, PDRM turut mengedarkan lebih 1,000 beg cenderahati mengandungi maklumat Pusat Respons Scam Kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap jenayah penipuan.Beliau turut menasihatkan pengunjung yang hadir ke sambutan Thaipusam supaya sentiasa mematuhi adat dan peraturan keagamaan bagi memastikan keadaan lancar dan selamat |
|
Ini inisiatif pengangkutan awam percuma sempena Thaipusam 2026 yang ramai tak tahu - Mdateline - 31/01 1:00 pm Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melaksanakan inisiatif khas sempena sambutan Thaipusam 2026 bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai, khususnya mereka yang menuju ke Batu Caves |
|
Warga Emas Jadi Suspek Utama Kematian Anjing Liar Telah Ditahan Polis - Lobakmerah - 31/01 12:53 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
'Saya cuma bayar RM1,500, isteri uruskan semua' - Sinarharian - 31/01 11:21 am PELABUHAN KLANG "Saya tak tahu semua |
|
Lelaki ditahan kes khianat bunuh anjing jalanan - Sinarharian - 31/01 10:29 am BATU GAJAH Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes khianat sehingga menyebabkan kematian seekor anjing jalanan di Pusing dekat sini.Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi, Jumaat, daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 28 Januari kira-kira jam 7.30 petang apabila penduduk setempat terdengar bunyi letupan yang kuat sebelum menemui seekor anjing terbaring di tepi jalan."Anjing itu ditemui mati terbaring dalam keadaan mulut berlumuran darah di kawasan berhampiran sebuah restoran," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Md Noor Aehawan berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis menahan seorang lelaki berusia 64 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut di sebuah kedai di Pusing, kira-kira jam 11 malam, Jumaat.Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung sebarang kegiatan jenayah. |
|
Silver chariot rolls through KL as thousands join Thaipusam procession to Batu Caves - Malaymail - 31/01 9:11 am KUALA LUMPUR, Jan 31 Thousands of Hindu devotees carrying archenai trays filled with... |
|
Batu Caves escalator issue to be settled by July - temple chair - Mkini - 31/01 8:33 am Selangor MB assured things would be settled within months, Nadarajah says. |
|
Murder-suicide case? Police find missing womans body in Batu Pahat home, boyfriend detained - Malaymail - 31/01 8:08 am BATU PAHAT, Jan 31 Police have confirmed the discovery of a local womans body at a house in Taman Damai h... |
|
Batu Caves escalator issues to be settled by July, says temple chairman - Malaymail - 31/01 8:00 am KUALA LUMPUR, Jan 31 The long-standing issue on the construction of an escalator at Batu Caves is expected to be... |
|
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa Gagal .. - Mgazette - 31/01 7:53 am # Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa BATU PAHAT - Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Taman Damai, di sini, dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya selepas gagal dihubungi ahli keluarga selama tiga hari |
|
Wanita ditemui maut atas katil, teman lelaki kritikal - Sinarharian - 31/01 12:23 am BATU PAHAT Seorang wanita ditemukan maut manakala teman lelakinya cedera parah dengan kesan kelar, apabila kedua-duanya ditemui baring bersebelahan di atas katil dalam sebuah bilik di Taman Damai, awal pagi Jumaat.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kedua-dua mangsa ditemukan pada jam 12.30 pagi setelah polis bertindak polis memecahkan pintu rumah berkenaan yang didapati berkunci dari dalam."Setelah pintu berjaya dibuka, polis menemui mangsa seorang wanita tempatan berusia 41 tahun dan suspek lelaki tempatan berusia 44 tahun yang juga teman lelaki mangsa terbaring bersebelahan di atas katil dalam sebuah bilik."Pemeriksaan lanjut bersama pegawai perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), mendapati mangsa telah meninggal dunia, manakala suspek dalam keadaan kritikal dengan kecederaan kesan kelar di bahagian leher dan pergelangan tangan," katanya dalam satu kenyataan.Tambah Shahrulanuar Mushaddat, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan jenayah sehingga menyebabkan kematian mangsa sebelum bertindak mencederakan diri sendiri.Bagaimanapun katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan polis."Suspek direman selama tujuh hari bermula Jumaat hingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. |
|
Batu Caves escalator project to clear hurdles by July - FMT - 30/01 10:30 pm The temple chairman says Prime Minister Anwar Ibrahim had intervened and told him and the Selangor menteri besar that the matter must be settled. |
|
Batu Caves escalator issues to be settled by July - Temple chairman - Sinardaily - 30/01 9:04 pm KUALA LUMPUR - The long-standing issue on the construction of an escalator at Batu Caves is expected to be resolved by July, clearing the way for the project to proceed, said Sri Maha Mariamman Temple Devasthanam chairman Tan Sri R Nadarajah.Nadarajah, who oversees the Thaipusam celebrations at the site, said that Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari had assured him the remaining hurdles were purely technical and would be settled within months.He added that the matter was discussed during Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's visit to Batu Caves today, when Anwar personally convened a meeting with both Nadarajah and the Menteri Besar."The Prime Minister called me and the Menteri Besar and said this matter must be settled |
|
Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam - Thempress - 30/01 8:52 pm PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Batu Caves petang tadi bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu, Ahad ini |
|
Pemilik geran tanah di laut pun tetap kena bayar cukai – Razali .. - Mgazette - 30/01 6:51 pm # Pemilik geran tanah di laut pun tetap kena bayar cukai - Razali PEKAN - Pemilik tanah yang terhakis oleh laut di Pahang tetap dikenakan cukai tanah |
|
Hujan sebelah petang di Batu Caves pada sambutan Thaipusam - Kosmo - 30/01 5:46 pm PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca sempena sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur |
|
GLIC terjemah nilai Madani kepada tindakan dan impak pada 2025 - Sinarharian - 30/01 5:43 pm KUALA LUMPUR - Tahun 2025 meninggalkan catatan bermakna buat Malaysia apabila syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tampil bukan sekadar sebagai pengurus dana negara tetapi rakan pembangunan yang hadir bersama rakyat, menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI dan GEAR-uP kepada tindakan nyata di lapangan.Sepanjang tahun itu, enam GLIC utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), telah memanfaatkan pelaburan, kepakaran serta jaringan kerjasama strategik bagi menyantuni keperluan rakyat secara menyeluruh dan bersasar.Daripada kampung di luar bandar dan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan tempat kerja, pendekatan kolektif ini membentuk satu ekosistem sokongan nasional yang memastikan kemajuan di bawah Ekonomi MADANI tidak terhenti di peringkat dasar, sebaliknya dirasai dalam kehidupan seharian melalui pendidikan, pembangunan bakat dan sokongan kelangsungan hidup.Mengulas mengenai impak kolektif inisiatif itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata: "Satu daripada ukuran kejayaan Ekonomi MADANI adalah kesannya kepada kehidupan rakyat, keadaan pelajar dalam bilik darjah, keluarga dalam komuniti, serta generasi muda Malaysia yang memasuki alam pekerjaan."GEAR-uP menjadi platform bagi GLIC untuk menterjemahkan aspirasi nasional kepada tindakan nyata yang berterusan dan inklusif, meluaskan peluang serta meningkatkan darjat kehidupan rakyat."Beliau menegaskan usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan berfokuskan rakyat yang berpandukan tadbir urus yang cekap."Apabila institusi awam bergerak seiring dengan tujuan yang jelas dan akauntabiliti, pertumbuhan negara bukan sahaja angka di atas kertas tetapi kemakmuran yang bermakna dan dirasai oleh rakyat," tambah beliau.Antara teras utama penglibatan GLIC pada 2025 ialah pelaksanaan Kampung Santuni MADANI, satu inisiatif bersifat menyeluruh yang menumpukan kepada intervensi berasaskan keperluan sebenar komuniti, dengan pendekatan berteraskan empati, maruah dan kefahaman setempat.Dalam ekosistem pertahanan negara, LTAT melaksanakan inisiatif bersasar dikenali sebagai Kem Santuni MADANI yang memfokuskan kepada kem ATM di seluruh negara.Dengan nilai sokongan melebihi RM500,000 merangkumi lima kem, program ini memberi manfaat kepada lebih 5,700 keluarga warga tentera melalui naik taraf infrastruktur, bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan serta program literasi kewangan, hasil kerjasama bersama syarikat kumpulannya.Inisiatif yang dilancarkan pada Mac dan disempurnakan sepenuhnya menjelang Disember 2025 itu meliputi kem di Sabah dan Pulau Pinang, dengan penambahbaikan kepada kemudahan komuniti, ruang ibadah dan persekitaran tempat tinggal, selain penyampaian bantuan bersasar kepada keluarga asnaf dan B40.PNB pula mengangkat dua kampung iaitu Kampung Merlimau Pantai, Melaka, dan Kampung Telok Kandis, Kedah, dengan peruntukan RM1.32 juta di bawah rangka kerja Satu Pemimpin Satu Kampung dan GEAR-uP.Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 700 penduduk melalui sokongan keusahawanan mikro, biasiswa TVET untuk belia, penambahbaikan infrastruktur komuniti serta bantuan kebajikan kepada isi rumah asnaf.KWSP memfokuskan usaha Kampung Santuni MADANI di Kampung Melayu Subang, Kwasa Damansara dengan menumpukan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan, serta kesejahteraan komuniti bagi memperkukuh kelangsungan hidup, daya tahan dan keupayaan berdikari.Rangka kerja pembangunan komuniti dan pemerkasaan sosial KWSP turut merangkumi literasi kewangan untuk belia serta literasi digital untuk warga emas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |