| /// |
|
| Search : Barat News | Page 1 |
|
Kapal tangki minyak lepasi sekatan Selat Hormuz tiba di Korea Selatan - Utusan - 8/05 2:30 pm SEOUL: Sebuah kapal tangki minyak yang berjaya melepasi Selat Hormuz tiba di Korea Selatan pada Jumaat, menjadi kapal pertama seumpamanya yang sampai ke negara Asia itu melalui laluan berkenaan sejak Iran mengisytiharkan laluan laut strategik tersebut ditutup. Korea Selatan bergantung kuat kepada import bahan api dari Asia Barat, yang kebanyakannya melalui Selat Hormuz sebelum serangan .. |
|
P Pinang tak boleh sekadar jadi pemerhati konflik Asia Barat, kata TYT - FMT - 8/05 2:07 pm Ramli Ngah Talib berkata negeri itu perlu terus mengambil langkah proaktif untuk memperkukuh keupayaan dalaman dan daya tahan. |
|
Anwar gesa manfaat kerjasama Asean-GCC-China bagi keselamatan tenaga serantau - FMT - 8/05 1:40 pm Perdana menteri berkata kerjasama serantau diperlukan susulan krisis Asia Barat yang mengancam kestabilan bekalan bahan api di seluruh Asia Tenggara. |
|
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun berdepan risiko konflik Asia Barat - Gabenor BNM - Sinarharian - 8/05 12:56 am KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutankonflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesatsektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, momentum pertumbuhan Malaysia kekal utuh, disokong oleh penggunaan swasta, projek pelaburan berterusan untuk tempoh beberapa tahun dan pelaksanaan inisiatif pembangunan kerajaan."Momentum pertumbuhan adalah berterusandidorong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.Pelaburan dan penggunaan masih berada pada tahap yang baik dan ini akan membantu memacu pertumbuhan Malaysia bagi baki tahun ini."Keadaan pasaran pekerjaan kekal baik |
|
Kerja awalan Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua siap - Mygazette - 8/05 7:47 am # Kerja awalan Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua siap GEORGE TOWN - Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua (PTJSD) terus menunjukkan kemajuan apabila kerja-kerja awalan bagi Pakej 1 siap sepenuhnya selain kerja pengalihan utiliti dan geoteknikal kini giat dilaksanakan di tapak projek. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, Pakej 1 projek itu melibatkan kerja menaik taraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat di KM135.15 hingga KM135.4 serta pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn di KM133.5 hingga KM134.5 |
|
Malaysia tidak jual minyak kepada negara ASEAN, masih perlu import 400,000 tong sehari - Johari - Sinarharian - 7/05 9:12 pm CEBU - Malaysia tidak melakukan sebarang jualan minyak ke negara-negara anggota ASEAN kerana masih perlu mengimport kira-kira 400,000 tong minyak mentah sehari, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.Beliau berkata walaupun Malaysia bernasib baik dari segi status sebagai sebuah negara pengeluar minyak, namun realitinya negara ini masih dianggap pengimport bersih berikutan keperluan import berkenaan."Memandangkan kita masih mengimport kira-kira 400,000 tong sehari, (maka) kita tidak boleh menjual (minyak)," katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-27 dan Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN di sini, hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas jika ada negara anggota ASEAN meminta Malaysia menjual minyak susulan krisis bekalan global ketika ini.Menjelaskan selanjutnya, Johari keadaan sebaliknya bagi gas asli cecair (LNG) yang mana Malaysia masih berperanan sebagai pengeksport bersih bahan berkenaan."Lebihan yang kita ada daripada LNG ini dapat membantu dari segi menampung kekurangan minyak mentah," katanya.Selain itu, Johari berkata kerajaan Malaysia pada masa ini masih mampu mengekalkan harga bahan api RON95 pada paras RM1.99 seliter.Beliau berkata walaupun Malaysia sepertimana negara-negara lain yang terjejas akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan, impaknya masih mampu diuruskan."Kita berharap agar perang ini segera berakhir walaupun tiada siapa pun yang dapat menjangkakan bila itu akan berlaku," kata beliau |
|
Hala Tuju PH Pastikan Anwar Perdana Menteri Penggal Kedua Saifuddin .. - Wrlr - 7/05 7:27 pm Dua nilai politik inilah, trust and respect, sebab itulah saya kagum dengan Tok Min (Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun) berjaya mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan dan mentadbir dengan jaya, katanya. Pada sidang media kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan beberapa lagi inisiatif untuk rakyat yang terkesan akibat krisis di Asia Barat seperti pengurangan sewa premis perniagaan serta insentif RM200 sehektar bagi pembajakan sawah padi kepada 240,000 pesawah berdaftar dengan kos RM48 juta. |
|
Bank Negara Kekalkan Kadar OPR Pada 2.75 Peratus - Wrlr - 7/05 7:24 pm Menurut bank pusat pertumbuhan global kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026 dipacu terutamanya oleh permintaan domestik yang mampan dan peluasan teknologi global yang berterusan. Bagaimanapun, kenaikan mendadak harga tenaga dan komoditi serta gangguan rantaian bekalan akibat konflik Asia Barat mula mempengaruhi momentum pertumbuhan global |
|
Jangan ulangi tebuk atap, tunggulah PRU nak berkawan boleh, nak lawan pun .. - Wrlr - 7/05 7:23 pm Itu yang paling penting, katanya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja turut mengingatkan bahawa kerajaan kini sedang berdepan suasana global yang tidak menentu susulan konflik di Asia Barat |
|
Anggota keselamatan terus pantau stesen minyak, bendung ketirisan subsidi - Sinarharian - 7/05 6:03 pm KUANTAN - Kerajaan akan terus menempatkan anggota keselamatan di stesen minyak berhampiran sempadan berikutan langkah itu terbukti memberi impak signifikan dalam mengekang ketirisan serta penyelewengan bahan api bersubsidi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil pemantauan di 170 stesen minyak berhampiran sempadan di enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor menunjukkan penurunan jualan petrol RON95 bersubsidi sehingga 20 peratus.Menurutnya, pengawasan berterusan sejak langkah itu dilaksanakan susulan krisis tenaga global berjaya mengurangkan pembelian oleh pihak yang tidak layak menerima subsidi berkenaan."Saya menerima laporan harian daripada bilik operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diwujudkan susulan krisis Asia Barat itu dan melalui pemantauan stesen minyak dekat sempadan, kita dapati jualan RON95 bersubsidi merosot sehingga 20 peratus manakala jualan RON97 tanpa subsidi meningkat."Ini memberi gambaran sebelum adanya kawalan, terdapat pembelian oleh pihak tidak layak |
|
Haji tanpa visa berdosa walaupun sah – Zulkifli - Mygazette - 7/05 4:18 pm Beliau berkata kos haji merangkumi pelbagai komponen termasuk penerbangan, penginapan, logistik, makanan, perubatan serta bayaran kepada Kerajaan Arab Saudi dan penyedia perkhidmatan. Kejayaan mengekalkan kos itu, katanya, turut disokong oleh perancangan rapi termasuk penyediaan beberapa senario menghadapi kemungkinan krisis global seperti konflik di Asia Barat dan krisis bekalan global |
|
Bank Negara Malaysia kekalkan OPR pada 2.75 peratus - Sinarharian - 7/05 4:06 pm KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus dalam mesyuaratnya yang diadakan hari ini.Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan pada paras OPR semasa, MPC berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan."MPC akan terus memantau terhadap perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko menyeluruh berkaitan prospek inflasi serta pertumbuhan domestik," jelas BNM.Menurut bank pusat pertumbuhan global kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026 dipacu terutamanya oleh permintaan domestik yang mampan dan peluasan teknologi global yang berterusan.Bagaimanapun, kenaikan mendadak harga tenaga dan komoditi serta gangguan rantaian bekalan akibat konflik Asia Barat mula mempengaruhi momentum pertumbuhan global."Risiko penurunan terhadap pertumbuhan global kekal tinggi dan ia berpunca daripada ketidaktentuan berkaitan tempoh dan tahap keseriusan konflik tersebut, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta kebimbangan terhadap penilaian dalam pasaran kewangan."Potensi pertumbuhan menjadi pesat termasuk konflik yang mereda lantas menyebabkan keadaan rantaian bekalan bertambah baik, perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh dan langkah-langkah dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju," jelas BNM |
|
Penembak bermotosikal tembak mati pegawai politik di Bengal Barat - Utusan - 7/05 4:00 pm KOLKATA: Penyerang bersenjata menaiki motosikal di Bengal Barat, India,menyerang hendap dan membunuh seorang pegawai politik daripada parti pemerintah nasionalis Hindu, beberapa hari selepas parti itu memenangi pilihan raya negeri, kata polis pada Khamis |
|
Konflik Asia Barat : MP kerajaan, pembangkang sepakat bersidang rangka strategi - Harapandaily - 7/05 4:00 pm Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Dewan Rakyat sepakat menggesa kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen secepat mungkin susulan perkembangan konflik di Asia Barat yang semakin membimbangkan |
|
PM tiba di Cebu untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 - Sinarharian - 7/05 3:07 pm Garin; Gabenor Cebu; Pamela Baricuatro dan Datuk Bandar Lapu-Lapu City; Cynthia King-Chan.Yang turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Filipina; Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.Perdana Menteri turut menerima kawalan kehormatan yang diketuai Brigadier Jeneral Joseph Archog, Komander Sayap Tentera Udara Filipina bagi Sayap Pengangkutan Udara ke-220 serta disambut oleh persembahan sekumpulan penari tradisional di pangkalan udara berkenaan.Setibanya di sini, Anwar akan menyertai Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN, dengan perbincangan tertumpu kepada pembangunan subwilayah.Kemudian, beliau akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Laos dan Singapura, sebelum menghadiri majlis makan malam pemimpin BIMP-EAGA yang diraikan oleh Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr dan isteri Louise Araneta-Marcos.Pada 8 Mei, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Vietnam dan Thailand selepas itu.Anwar juga akan menyertai majlis makan malam gala yang dihoskan Marcos dan isteri sebelum berlepas pulang ke tanah air.Dalam kenyataan semalam, Kementerian Luar memaklumkan sidang kemuncak berkenaan akan menjadi peluang bagi Malaysia berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berhubung pembinaan Komuniti ASEAN dan hala tuju masa depan.Perbincangan juga akan tertumpu kepada kesan krisis di Asia Barat terhadap rantau Asia Tenggara, tindak balas ASEAN ke arah memastikan keterjaminan tenaga dan makanan serantau, serta keselamatan warga ASEAN di kawasan terjejas.Filipina mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 1 Januari 2026.Bertemakan "Navigating Our Future, Together," republik itu, sepanjang tempoh kepengerusiannya berusaha memacu keutamaan ASEAN menerusi tiga teras utama, iaitu Tonggak Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran, dan Pemerkasaan Rakyat |
|
Terkilan kemelut politik Negeri Sembilan berlaku ketika kerajaan tumpu krisis tenaga - Sinarharian - 6/05 11:55 pm SEREMBAN - Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berteraskan tiga prinsip utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berpegang kepada prinsip itu, kestabilan politik terpelihara hingga kini apabila tiada pertukaran Perdana Menteri dalam satu penggal, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerajui negara dalam tempoh tiga tahun ini.Menurutnya, ketika negara berdepan krisis global akibat konflik Asia Barat, keadaan itu turut menyebabkan negara berhadapan krisis tenaga susulan 60 peratus bekalan minyak mentah perlu melalui Selat Hormuz."Keadaan ini menyebabkan kos kapal dan insurans meningkat, namun kerajaan tetap berusaha mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.99 demi kepentingan rakyat."Ia bukan keputusan mudah, namun kerajaan terus berikhtiar memastikan bekalan mencukupi dan harga kekal terkawal |
|
Haji tanpa visa berdosa, boleh didenda hingga 100,000 riyal - Menteri Agama - Sinarharian - 6/05 10:25 pm kita tidak mahu ada satu dua kes yang menyebabkan imej negara kita tercalar... jemaah haji kita adalah duta-duta kecil negara kita," katanya.Beliau berkata hubungan erat dengan Kerajaan Arab Saudi turut memberi kelebihan kepada Malaysia termasuk pelaksanaan inisiatif Makkah Route di negara ini bagi memudahkan urusan Imigresen jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Zulkifli juga berkata walaupun dunia ketika ini berdepan tekanan inflasi global, tiada kenaikan kos ibadah haji bagi jemaah Malaysia kerana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bertindak menyerap sebarang peningkatan kos demi kebajikan jemaah.Beliau berkata kos haji merangkumi pelbagai komponen termasuk penerbangan, penginapan, logistik, makanan, perubatan serta bayaran kepada Kerajaan Arab Saudi dan penyedia perkhidmatan.Kejayaan mengekalkan kos itu, katanya, turut disokong oleh perancangan rapi termasuk penyediaan beberapa senario menghadapi kemungkinan krisis global seperti konflik di Asia Barat dan krisis bekalan global."Tabung Haji sudah menyediakan scenario planning kita ada beberapa senario utama dan setiap senario itu sudah ada pelan tindakannya.. |
|
Harga RON95, diesel naik 5 sen - Sinarharian - 6/05 7:05 pm SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON95 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen seliter bagi tempoh 7 Mei hingga 13 Mei ini.Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, harga baharu RON95 ditetapkan pada RM4.02 seliter berbanding RM3.97 sebelum ini, manakala diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM5.17 seliter berbanding RM5.12 seliter minggu lalu.Bagaimanapun, harga petrol RON97 kekal pada RM4.90 seliter.Menurut kenyataan itu, harga petroleum masih kekal berada pada paras tinggi melebihi AS$100 (RM392) setong berikutan konflik di Asia Barat masih belum menunjukkan penyelesaian.Katanya, keadaan itu menyebabkan kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global yang semakin meruncing susulan kerosakan kemudahan pengeluaran serta penapisan minyak di rantau tersebut."Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memelihara kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan," katanya pada Rabu.Tambah kenyataan itu, kerajaan turut mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar termasuk RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter.Katanya lagi, langkah itu adalah bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat selain memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin. |
|
Diesel di Semenanjung, RON95 tanpa subsidi naik 5 sen - FMT - 6/05 6:21 pm Harga petroleum masih kekal tinggi berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat. |
|
PM paling teruk ialah PMX kerana : JOM BACA - Wrlr - 6/05 2:53 pm 8. Hubungan antarabangsa lebih aktif Penglibatan aktif dengan: China Timur Tengah Barat Tarik pelaburan & kerjasama strategik |
|
Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri - Sinarharian - 6/05 2:42 pm KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan pada jam 2 petang itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak termasuk Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Kerian, Larut, Matang serta Selama.Turut terjejas ialah kawasan di Selangor seperti Hulu Perak, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat termasuk Seremban dan Port Dickson, manakala di Melaka melibatkan Jasin.Bagi Johor, kawasan terjejas ialah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan kawasan Kuching, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat, Kapit, Song, Bukit Mabong, Bintulu, Miri serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Kudat dijangka terjejas termasuk Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa. |
|
Anwar ketuai delegasi ke Cebu untuk Sidang kemuncak ASEAN ke-48 - Sinarharian - 6/05 12:41 am CEBU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di sini, pada Khamis.Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony berkata pemimpin ASEAN dijangka membincangkan kesan konflik Asia Barat terhadap rantau Asia Tenggara dan tindak balas blok itu dalam memastikan keselamatan tenaga serta makanan serantau.Beliau berkata, penyertaan Malaysia menunjukkan komitmen dan keazamannya untuk mengukuhkan pemusatan, perpaduan dan daya tahan ASEAN dalam persekitaran global yang semakin kompleks."Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan akan menjadi peluang bagi Malaysia untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berhubung pembinaan Komuniti ASEAN dan langkah ke hadapan."Perbincangan juga akan tertumpu pada kesan krisis di Asia Barat terhadap rantau Asia Tenggara dan tindak balas ASEAN ke arah memastikan keterjaminan tenaga dan makanan serantau, serta keselamatan warga ASEAN di kawasan terjejas," katanya kepada pemberita Malaysia pada Rabu.Abdul Malik berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.Perdana Menteri turut diiringi Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.Setibanya Anwar pada Khamis, beliau akan menyertai Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA)."Pada Jumaat, beliau akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan dijangka mengadakan mesyuarat sampingan dengan beberapa rakan sejawatannya di ASEAN," tambahnya.Sementara itu, Abdul Malik berkata pada Khamis, Mohamad akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-31, Mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN ke-38, serta Mesyuarat Bersama Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN.Mesyuarat Bersama Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN merupakan kesinambungan daripada proses yang dimulakan di bawah kepimpinan Malaysia untuk memastikan penyelarasan antara tonggak politik-keselamatan dan ekonomi."Ia ialah pendekatan yang semakin relevan memandangkan perkembangan serantau dan global yang berkembang," katanya.Filipina mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 1 Jan 2026 dengan tema "Navigating Our Future, Together," mengemudi keutamaan ASEAN menerusi tiga teras: Tonggak Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran, dan Pemerkasaan Rakyat.Negara itu akan menganjurkan lebih 650 mesyuarat ASEAN, termasuk dua sidang kemuncak dan 24 mesyuarat peringkat menteri.Cebu yang digelar Queen City of the South, menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitan dari 6 hingga 8 Mei 2026.Sebagai pintu masuk antarabangsa utama Filipina selepas Manila dan diiktiraf secara meluas sebagai hab logistik maritim, Cebu mempunyai lebih 5 juta penduduk dan berfungsi sebagai pusat perdagangan, perkapalan serta pemprosesan perniagaan di selatan Filipina.Data yang dikeluarkan oleh Penguasa Statistik Filipina menunjukkan ekonomi Cebu berkembang 5.9 peratus pada 2024, dirangsang oleh prestasi kukuh dalam sektor perkhidmatan dan industri.Pada 2024, Cebu menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja teknologi maklumat dan pengurusan proses perniagaan (IT-BPM) sepenuh masa negara, berdasarkan data industri daripada Persatuan IT dan Proses Perniagaan Filipina |
|
Krisis Asia Barat, EU harap perjanjian FTA segera dengan Malaysia - FMT - 6/05 8:30 am Duta Khas ke Indo-Pasifik Maria Castillo Fernandez berkata perjanjian perdagangan bebas akan memastikan semua pihak kurang terkesan. |
|
Maritim Malaysia gagalkan kemasukan 15 PATI di perairan Port Dickson - Mygazette - 6/05 7:28 am Pengarah Maritim Melaka dan Negeri SembilanKepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata tangkapan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan migran melalui laluan yang tidak diwartakan. Beliau berkatadalam kejadian kira-kira 3.40 pagi itu, bot APMMyang sedang melaksanakan rondaan rutin telahmemintas sebuah bot pancung yang mencurigakan tanpa nombor pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika barat daya Pantai Cahaya Negeri |
|
Kerajaan Madani tak perlu malu guna pendekatan pernah diambil kerajaan PN .. - Mygazette - 6/05 7:27 am # Kerajaan Madani tak perlu malu guna pendekatan pernah diambil kerajaan PN - Radzi KUALA LUMPUR Kerajaan Madani tidak perlu malu menggunakan pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini termasuk dalam langkah membantu mengurangkan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau sebelum ini pernah membangkitkan berkenaan ketiadaan pendekatan menyeluruh oleh kerajaan dalam membantu PMKS susulan konflik di Asia Barat |
|
'Jangan rasa malu untuk guna pendekatan kerajaan PN bantu peniaga' - Radzi Jidin - Sinarharian - 5/05 10:55 pm SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menasihatkan kerajaan untuk tidak segan-silu mengguna pakai pendekatan yang diambil Perikatan Nasional (PN) sebelum ini bagi membantu peniaga berdepan tekanan ekonomi semasa.Beliau berkata, langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan PN ketika pandemik Covid-19 sebelum ini terbukti berkesan dalam memastikan kelangsungan perniagaan dalam situasi krisis.Menurutnya, pemberian diskaun atau pengecualian sewa premis kerajaan wajar dilaksanakan lebih awal susulan kesan konflik di Asia Barat yang meningkatkan kos operasi peniaga."Pada 20 Mac lalu iaitu pada hari ke-21 konflik perang berlangsung, saya telah keluarkan kenyataan dan ketika itu, tiada satu pendekatan menyeluruh oleh kerajaan bagi membantu peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebelum keadaan semakin meruncing."Susulan itu, saya cadangkan agar kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan PN ketika menangani kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi."Antara yang disentuh adalah pemberian diskaun atau pengecualian sewa kepada peniaga kecil yang menyewa premis milik kerajaan dan langkah ini pernah dilaksanakan terbukti membantu kelangsungan perniagaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Terdahulu, kerajaan mengarahkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) berkuat kuasa serta-merta bulan ini bagi meringankan beban peniaga dan penjaja.Mohd Radzi menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai 'lebih baik lewat daripada tiada langsung' selepas 67 hari konflik perang di Asia Barat berlangsung.Pada masa sama, beliau turut mengharapkan inisiatif itu diperluaskan kepada pengusaha kantin sekolah diseluruh negara yang terkesan dengan tekanan kos operasi."Nasihat saya kepada kerajaan, jangan rasa malu untuk menggunakan pendekatan Kerajaan PN sebelum ini."Setiap langkah yang dibuat oleh kerajaan PN dalam membantu peniaga khususnya PMKS sewaktu Covid-19 dibuat bagi memastikan peniaga di pelbagai peringkat terus dapat bertahan dalam situasi ekonomi yang sukar," katanya lagi.END |
|
Maritim Malaysia tahan 15 PATI, rampas pistol, peluru hidup - Sinarharian - 5/05 10:29 pm PORT DICKSON - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menggagalkan cubaan masuk 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia, termasuk seorang tekong di perairan Port Dickson awal pagi Selasa.Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata, tangkapan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan migran melalui laluan yang tidak diwartakan."Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin telah berjaya memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan tanpa nombor pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika barat daya Pantai Cahaya Negeri."Hasil pemeriksaan mendapati, seramai lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun berada di atas bot berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kesemua mereka ditahan selepas gagal mempamerkan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah bagi memasuki negara ini.Katanya, selain tangkapan individu, pemeriksaan rapi ke atas bot tersebut turut menemukan sepucuk pistol jenama Colt yang telah dileraikan bersama lima butir peluru hidup."Kesemua rampasan dan individu yang ditahan telah dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut."Kes kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Senjata Api 1971," katanya. |
|
Pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan lori - Mygazette - 5/05 10:04 pm # Pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan lori BATU KAWAN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Cassia Barat di sini, hari ini |
|
Kerajaan setuju bayar wang pendahuluan RM200 sehektar insentif bajak .. - Mygazette - 5/05 10:04 pm Oleh itu, kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi, kata beliau pada sidang media Krisis Bekalan Globaldi sini hari ini. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, juga berkata kerajaan amat prihatin terhadap cabaran semasa yang dihadapi pesawah susulan kenaikan kos bahan api dan input pertanian berikutan konflik di Asia Barat |
|
Pemandu kereta maut tersepit dalam kemalangan - Kosmo - 5/05 8:52 pm SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas dia dilaporkan tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori berhampiran Persiaran Cassia Barat, Batu Kawan di sini, hari ini |
|
Selangor teliti pelaksanaan pengurangan sewa ruang niaga PBT - Utusan - 5/05 7:29 pm SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyemak pelaksanaan pengurangan sewa di premis-premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melindungi industri yang menerima impak paling besar akibat krisis di Asia Barat |
|
Lelaki maut kereta dirempuh lori - Sinarharian - 5/05 7:09 pm BATU KAWAN Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran UOW Malaysia KDU Penang University College di Persiaran Cassia Barat, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 10.03 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun yang memandu sebuah Proton Saga didapati tersepit di ruang pemandu selepas kenderaannya dilanggar oleh sebuah lori jenis Hino.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bersama bantuan BBP Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian."Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 14 minit kemudian dan mendapati terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan."Komander operasi kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)."Pemandu lori berusia 52 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan."Sementara mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya lagi.Operasi yang melibatkan sembilan anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada jam 10.43 pagi |
|
Suruhanjaya Guru mampu mantapkan tadbir urus, kebajikan guru - Sinarharian - 5/05 3:23 pm PETALING JAYA - Penubuhan Suruhanjaya Guru diyakini mampu memperkukuh aspek tadbir urus, kebajikan, pembangunan kerjaya serta autonomi profesional kerjaya tersebut.Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohd Sobri Yusuf berkata, inisiatif terbabit selari dengan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan kebajikan guru sentiasa terpelihara, seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berdaya saing."Pihak kami menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr |
|
Isu Asia Barat: MOTAC alih tumpuan promosi pelancongan ke pasaran Asia - Sinarharian - 5/05 3:03 pm KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalih tumpuan strategi promosi pelancongan ke negara Asia yang tidak terjejas dengan konflik peperangan.Ketua Setiausahanya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan momentum sektor pelancongan negara terus berkembang meskipun berdepan ketidaktentuan situasi di Asia Barat.Menurutnya, antara pasaran baharu yang kini diberi fokus merangkumi Korea Selatan, Jepun, China serta negara-negara ASEAN yang mempunyai potensi besar menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong ke Malaysia."Situasi di Asia Barat menyebabkan berlaku pembatalan beberapa jadual penerbangan melibatkan negara yang terjejas konflik, sekali gus memberi impak kepada sektor pelancongan negara."Selain itu, kenaikan harga diesel turut memberi kesan kepada operasi pengangkutan pelancongan, termasuk pengurangan jadual feri di beberapa destinasi," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menaik Taraf Kampung Budaya Terengganu di sini pada Selasa.Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Mohd Ariffin Tengku A |
|
Tenaga, bahan mentah tidak mendatangkan risiko tinggi industri semikonduktor - Johari - Sinarharian - 5/05 1:26 pm KUALA LUMPUR - Malaysia melihat bekalan tenaga atau kekurangan bahan mentah tidak mendatangkan risiko tinggi kepada industri semikonduktor pada peringkat ini, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport gas bersih, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.Beliau berkata, Malaysia merupakan pengimport bersih minyak, pada masa sama pengeksport bersih gas, dengan rizab yang mencukupi untuk menyokong pengembangan perindustrian."Ketika ini, kita melihatnya sebagai sesuatu yang tidak perlu dibimbangi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran SEMICON Asia Tenggara 2026 di sini pada Selasa.Johari berkata, Malaysia kini mengeksport sebahagian besar gas lebihannya, bagaimanapun terdapat potensi untuk menggunakan sumber domestik dengan lebih baik untuk menyokong pembangunan perindustrian, termasuk sektor intensif tenaga.Mengenai risiko bekalan melibatkan bahan mentah yang mungkin berlaku seperti helium, digunakan dalam pengeluaran semikonduktor, beliau berkata, keadaan masih boleh diuruskan buat masa ini tetapi tertakluk kepada perkembangan global."Satu-satunya masalah ialah sesiapa yang mendapat bekalan dari Asia Barat, selagi peperangan berlaku, anda akan dapat melihat kekurangan bekalan itu," katanya.Walaupun terdapat ketidakpastian global, Johari berkata, sentimen pelabur terhadap sektor semikonduktor negara kekal menggalakkan, dengan syarikat-syarikat terus meneruskan rancangan mereka."Saya berpendapat kita mesti terus berinteraksi dengan mereka |
|
Bukan Pesta Air, Singapura Dipuji Bawa Keindahan Dikir Barat Tarik Pelancong - Beautifulnara - 5/05 11:30 am Ketika Bukit Bintang meriah dengan penganjuran Festival Rain Wave Music 2026, negara jiran, Singapura pula mencuri perhatian apabila menampilkan persembahan dikir barat yang sinonim dengan budaya Pantai Timur |
|
Wabak Hantavirus : 3 Maut, WHO Pantau Penularan Kes Di Sebuah Kapal Persiaran Mewah - Beautifulnara - 5/05 10:41 am Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan berhubung hantavirus selepas wujud kes disyaki wabak di sebuah kapal persiaran mewah yang ditahan di perairan luar pantai Afrika Barat |
|
Ketegangan Hormuz bukan pertembungan Barat-Timur, kata duta EU - FMT - 5/05 7:30 am Maria Castillo Fernandez berkata isu global semasa berpunca daripada dunia yang dikuasai prinsip 'yang kuat menentukan siapa betul', apabila kuasa mengawal perdagangan dan keselamatan, bukannya peraturan dan undang-undang. |
|
Subsidi Cecah RM5 Bilion Sebulan Kerajaan Mahu Semua Fahami Realiti - Careta - 4/05 10:23 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, faktor luaran termasuk konflik di Asia Barat telah memberi kesan kepada rantaian bekalan global, sekali gus meningkatkan kos penghantaran dan insurans yang akhirnya menolak harga minyak ke paras lebih tinggi |
|
Kerjasama strategik dengan pemain industri bukan Islam perkukuh .. - Mygazette - 4/05 10:16 pm Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekosistem Halal Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, produk keluaran usahawan MARA bernilai kira-kira AS$100 juta (RM400 juta) akan dipasarkan di rangkaian pasar raya LuLu Hypermarket di Asia Barat bermula 1 Julai ini |
|
Bukan biasa-biasa, wanita terima mas kahwin kebun sawit - Kosmo - 4/05 8:30 pm JAKARTA Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal berita Wolipop hari ini |
|
Rasionalisasi subsidi: Kerajaan Madani potong pembaziran, bukan kebajikan rakyat Bryan Ng - Sinarharian - 4/05 6:10 pm SHAH ALAM - Langkah Kerajaan Madani mempertimbangkan pengurangan perbelanjaan di sektor kesihatan dan pendidikan tinggi sebanyak RM5.4 bilion disifatkan sebagai usaha berani serta berhemat bagi mengekang pembaziran, bukannya pemotongan terhadap peruntukan kebajikan rakyat.Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bryan Ng Yih Miin berkata, tindakan itu merupakan strategi fiskal penting dalam mendepani lonjakan kos subsidi bahan api negara yang kini mencecah sekitar RM5 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebulan pada awal tahun lalu.Menurutnya, langkah merasionalisasikan semula struktur perbelanjaan subsidi juga amat signifikan dalam memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara tanpa menjejaskan keperluan asas rakyat."Kerajaan meletakkan kestabilan ekonomi sebagai keutamaan tanpa mengusik perkhidmatan teras."Hospital kekal beroperasi seperti biasa, bantuan tunai diteruskan dan kebajikan rakyat kekal menjadi benteng utama," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan kini menanggung beban subsidi bahan api mencecah kira-kira RM5 bilion sebulan dan berpotensi meningkat kepada lebih RM6 bilion sekiranya harga minyak global melonjak tinggi.Tambah Menteri Kewangan itu, jumlah subsidi ditanggung kerajaan itu melonjak tinggi berbanding sekitar RM700 juta pada Januari lalu, sekali gus memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara.Tekanan kenaikan mendadak subsidi bahan api ekoran krisis tenaga global berpunca konflik perang Asia Barat turut menyebabkan Kementerian Kewangan pada minggu lalu mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi berjumlah RM5.4 bilion membabitkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi.Mengulas lanjut, Bryan Ng menjelaskan, pengurangan perbelanjaan itu hakikatnya sekadar tertumpu kepada komponen tidak kritikal seperti kos pentadbiran dan protokol termasuk pengurangan majlis rasmi, lawatan luar negara serta penggunaan kaedah pendigitalan bagi bahan promosi.Selain itu, projek pembangunan yang tidak mendesak akan ditangguhkan, manakala peruntukan kementerian yang tidak diserap sepenuhnya akan diselaraskan semula."Pendekatan sama turut melibatkan pelaksanaan latihan dan seminar secara dalam talian serta penangguhan pengisian jawatan sokongan bukan kritikal."Bagaimanapun, langkah tersebut tidak melibatkan sektor kritikal seperti kesihatan dan pendidikan termasuk jawatan doktor, jururawat serta guru," ujarnya.Tegas Bryan Ng, peruntukan yang tidak akan dipotong merangkumi rawatan hospital, bekalan ubat-ubatan, biasiswa, pinjaman PTPTN, Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan golongan B40, gaji penjawat awam serta perkhidmatan harian rakyat.Tambahnya, rasionalisasi itu mencerminkan disiplin fiskal yang bertanggungjawab, selain bertujuan menyingkirkan pembaziran dan pertindihan projek agar setiap ringgit hasil cukai rakyat dibelanjakan secara lebih efisien serta berintegriti.Dalam masa sama, beliau mengingatkan keperluan mengawal defisit negara bagi mengelakkan penurunan penarafan kredit yang boleh meningkatkan kos pinjaman dan akhirnya memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat."Peralihan kepada subsidi bersasar juga dilihat lebih adil kerana memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengelakkan ketirisan kepada golongan berpendapatan tinggi."Disiplin kewangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan fiskal negara, malah berpotensi meningkatkan keyakinan pelabur serta menyokong pengukuhan nilai ringgit," ujarnya.Bryan Ng turut mencadangkan beberapa langkah bagi memperkukuh pelaksanaan dasar fiskal negara termasuk memperluas kerjasama awam-swasta (PPP), menggalakkan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam tanggungjawab sosialserta meningkatkan ketelusan melalui laporan penjimatan berkala.Selain itu, beliau menegaskan, audit pembaziran di peringkat jabatan dan sokongan kepada ekonomi gig juga disaran bagi memastikan manfaat penjimatan dapat dirasai secara lebih meluas oleh rakyat."Langkah ini membuktikan kerajaan lebih rela mengikat perut di peringkat pentadbiran daripada membiarkan rakyat menanggung beban."Ini asas kepada pembinaan negara yang lebih mampan dengan kebajikan rakyat sebagai kompas utama," katanya. |
|
Biodisel B15 Akan Dikeluarkan Bermula 1 Jun Bagi Menurunkan Harga Diesel Di Malaysia - Amanz - 4/05 4:23 pm Krisis Asia Barat menyebabkan bekalan bahan api global dunia terjejas teruk termasuk di Malaysia |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri - Sinarharian - 4/05 3:47 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 11 negeri hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan 2.30 petang tadi memaklumkan kawasan terlibat meliputi Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).Amaran sama turut melibatkan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat).Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau dan Kudat |
|
Kekangan Fiskal Negara, Kerajaan Tampung Subsidi RM5 Bilion Sebulan PM .. - Wrlr - 4/05 2:16 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. PUTRAJAYA, 4 Mei Berikutan kenaikan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kerajaan kini menanggung beban subsidi mencecah kira-kira RM5 bilion sebulan, dengan jumlah itu berpotensi meningkat kepada lebih RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Harga Minyak Global Tak Menentu, PMX Dedah Kerajaan Tanggung Subsidi 5 Bilion Sebulan - Ohmedia - 4/05 11:57 am Subsidi minyak Malaysia melonjak RM5 bilion sebulan akibat konflik Asia Barat |
|
Kemenangan Bersejarah: Mahkamah China Putuskan Pekerja Tidak Boleh Diganti Oleh AI - Vocket - 4/05 11:52 am Ketika pekerja di dunia Barat mula diselubungi kebimbangan terhadap ancaman kecerdasan buatan (AI) yang bakal merampas pekerjaan, senario yang berbeza sedang berlaku di China di.. |
|
Mahkamah China Putuskan Pekerja Tidak Boleh Diganti Oleh AI - Hotfm - 4/05 11:52 am Ketika pekerja di dunia Barat mula diselubungi kebimbangan terhadap ancaman kecerdasan buatan (AI) yang bakal merampas pekerjaan, senario yang berbeza sedang |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri - Sinarharian - 3/05 4:07 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).Turut dijangka terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan cuaca yang sama juga berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis dan Miri) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.- Bernama |
|
`Disko Hujan’ tak wajar, banyak lagi produk pelancongan lain jadi .. - Mygazette - 3/05 3:40 pm "Hiburan boleh, tapi jangan berlebihan. Orang Islam juga tengok wayang dan dengar lagu barat |
|
Tenaga kita makin semput tanpa peralihan kepada RE - Utusan - 3/05 3:00 pm Konflik yang berlaku di Asia Barat bukan setakat bahana perang tetapi kita dikejutkan krisis yang menjejaskan bahan api dunia |
|
Kapal baharu TLDM serba moden, perlukan warga kerja berkemahiran - Kosmo - 3/05 2:56 pm LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini sedang berada dalam fasa transisi ke arah pemodenan aset melalui Program Transformasi 15 to 5. Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa seluruh negara - MetMalaysia - Sinarharian - 2/05 5:26 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga 6 petang pada Sabtu.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.Selain itu, Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.Sementara di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) |
|
Jika Anwar Ibrahim turun, siapa yang layak jadi Perdana Menteri Malaysia? - Mydateline - 2/05 2:00 pm Krisis tenaga global yang berlaku susulan konflik Asia Barat ketika ini memberi impak cukup besar kepada dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias |
|
Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan - Mypress - 1/05 9:28 pm SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan |
|
Ribut petir, hujan lebat diramalkan melanda hampir semua negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 1/05 4:49 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysiadalam satu kenyataan memaklumkan, negeri di bahagian utara yang terjejasialah Perlis dan Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.Bagi Perak kawasan yang terlibatialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.Keadaan itu turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di pantai timur melibatkan Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bera dan Rompin).Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta seluruh Kuala Lumpur.Di bahagian selatan pula melibatkan Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), seluruh Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu).Di Sarawak membabitkanKuching (Bau dan Lundu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.-Bernama |
|
Elon Musk Mengaku xAI Menggunakan Model OpenAI Untuk Melatih Grok - Amanz - 1/05 3:04 pm Sejak penawaran perkhidmatan dan model kecerdasan buatan janaan oleh syarikat China, pelbagai tuduhan hadir mengatakan syarikat China menggunakan model barat dalam melatih model mereka |
|
Britney Spears didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah - Sinarharian - 1/05 2:09 pm LONDON Penyanyi pop terkenal, Britney Spears didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, menurut laporan PA Media/dpa.Pejabat Peguam Daerah Ventura di negeri California, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan penyanyi berusia 44 tahun itu didakwa pada Khamis kerana memandu di bawah pengaruh gabungan alkohol dan dadah.Pertuduhan tersebut dibuat hanya beberapa minggu selepas Spears secara sukarela mendapatkan rawatan pemulihan (rehab).Kes berkenaan dijadualkan untuk sebutan di mahkamah pada 4 Mei, namun beliau mungkin tidak perlu hadir secara fizikal, menurut pihak pendakwa.Jika penyanyi itu mengaku bersalah atas kesalahan memandu secara cuai, beliau bakal dikenakan tempoh percubaan selama 12 bulan, selain perlu mengikuti kelas berkaitan pemanduan di bawah pengaruh (DUI) serta membayar denda dan fi yang ditetapkan.Menurut Pejabat Peguam Daerah, hukuman tersebut mengambil kira bahawa Spears tidak mempunyai rekod kesalahan DUI sebelum ini, tiada kemalangan atau kecederaan berlaku, serta paras alkohol dalam darahnya adalah rendah.Penyanyi lagu Toxic itu ditahan pada 5 Mac lalu di California selepas didapati memandu secara tidak menentu.Polis memaklumkan Spears menunjukkan tanda-tanda berada di bawah pengaruh dan menjalani beberapa ujian ketenangan di lokasi selepas kenderaannya ditahan.Beliau yang ketika itu bersendirian dalam kereta BMW 430i berwarna hitam ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh gabungan dadah dan alkohol sebelum dibawa ke Penjara Utama Daerah Ventura, barat laut Los Angeles.Seorang wakil sebelum ini menyifatkan insiden tersebut sebagai "tidak sepatutnya berlaku" dan menyatakan ia diharap menjadi titik permulaan kepada perubahan dalam kehidupan Spears.Menurut wakil itu lagi, ahli keluarga dan orang terdekat akan membantu merangka pelan sokongan bagi kesejahteraan penyanyi berkenaan.Pada 2007, Spears pernah mengelak perbicaraan jenayah langgar lari selepas membayar ganti rugi susulan insiden pelanggaran kenderaan ketika meletakkan kereta di sebuah kawasan parkir di California.Penahanan terbaharu ini berlaku selepas Spears menjual sebahagian hak rakaman muzik dan lagu-lagu lamanya kepada penerbit muzik Primary Wave pada Februari lalu, dengan nilai urus niaga tidak didedahkan.Langkah itu dibuat selepas penamatan konservatori selama 13 tahun pada 2021 yang sebelum ini mengawal keputusan kerjaya dan kewangannya.Spears yang mempunyai kerjaya lebih dua dekad telah mencatatkan enam single nombor satu di United Kingdom serta lapan album dalam kelompok 10 teratas, selain pernah bekerjasama dengan artis terkenal seperti Madonna, Rihanna, Iggy Azalea dan Backstreet Boys |
|
Infantino tidak faham penderitaan mendalam rakyat Palestin - Sinarharian - 1/05 12:15 am PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menegaskan bahawa Presiden FIFA, Gianni Infantino berkemungkinan besar tidak memahami atau tidak menyedari penderitaan mendalam yang sedang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.Kenyataan itu menyusul selepas kejadian pada Kongres FIFA di Vancouver apabila Rajoub enggan berdiri bersebelahan atau berjabat tangan dengan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Israel (IFA), Basim Sheikh Suliman di atas pentas.Infantino dilihat cuba memujuk dengan memegang lengan Rajoub namun Presiden PFA itu tetap dengan pendiriannya susulan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan Israel ke atas penduduk Palestin."Saya rasa Gianni (Infantino) berhak untuk cuba merapatkan jurang dan menyatukan orang ramai, tetapi mungkin beliau tidak faham atau tidak tahu penderitaan mendalam rakyat Palestin," kata Rajoub selepas tamat kongres.Rajoub menegaskan, prinsip sukan harus dihormati, namun beliau tidak boleh berkompromi apabila pihak lawan mewakili entiti yang dianggapnya sebagai penjenayah."Jika pihak lain mewakili seorang penjenayah seperti Bibi (Benjamin Netanyahu) dan bercakap bagi pihaknya seolah-olah beliau itu 'Mother Teresa', bagaimana saya boleh bersalaman atau bergambar dengan lelaki sebegitu?"Sudah tiba masanya untuk memahami bahawa Israel harus dikenakan sekatan. Dasar talam dua muka (double standard) ini harus dihentikan," katanya.Dalam pada itu, Naib Presiden PFA, Susan Shalabi menyifatkan tindakan Infantino yang cuba memaksa pertemuan itu menunjukkan kurangnya pertimbangan terhadap isu sebenar yang diperjuangkan Palestin.Menurut Susan, beliau tidak akan sesekali membiarkan imej pemimpin Palestin digunakan untuk membersihkan jenayah genosid yang sedang berlaku di Gaza."Meletakkan kami dalam posisi untuk bersalaman selepas segala yang diperkatakan seolah-olah menafikan tujuan utama ucapan Jeneral (Rajoub)."Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit menjelaskan kepentingan peraturan dan bagaimana hak persatuan ahli dicabuli, kemudian mereka (FIFA) hanya mahu menyembunyikannya di bawah permaidani dengan sekadar bersalaman? Ia sangat tidak masuk akal," katanya.Sebelum ini, Rajoub dalam ucapannya merayu agar FIFA mengambil tindakan tegas terhadap kelab-kelab Israel yang berpangkalan di penempatan haram Tebing Barat.Bagaimanapun, FIFA bulan lalu memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap IFA atau kelab-kelab berkenaan dengan alasan status undang-undang Tebing Barat masih 'belum selesai' di bawah undang-undang antarabangsa.Susulan itu, PFA telah mengemukakan rayuan rasmi kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mencabar keputusan FIFA yang dianggap berat sebelah itu. |
|
GSF: Hubungan baik Anwar beri ruang usaha diplomatik bantu rakyat Malaysia - Mygazette - 1/05 7:31 am # GSF: Hubungan baik Anwar beri ruang usaha diplomatik bantu rakyat Malaysia PUTRAJAYA Hubungan baik yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan negara sahabat di Asia Barat dilihat mampu membuka ruang kepada usaha diplomatik bagi membantu 10 delegasi Global Sumud Flotila (GSF) Malaysia yang ditahan rejim Israel |
|
MOTAC jamin keselamatan pengunjung Rain Rave 2026 - Sinarharian - 30/04 11:25 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi jaminan keselamatan pengunjung pada Festival Muzik Air Rain Rave 2026 termasuk kawalan ketat olehpihak berkuasa.Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, polis dan agensi penguat kuasa sentiasa memantau ketenteraman awam di lokasi penganjuran dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang."Kita menganjurkanprogram ini untuk rakyat, jadi keselamatan pelancong dan penduduk tempatan yang hadir memang terjamin,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Festival Muzik Air Rain Rave 2026 di sini pada Khamis.King Sing berkata, penganjuran acara dari hari ini hingga Sabtu bersempena sambutan Hari Pekerja itu langkah strategik bagi memacu ekonomi tempatan termasuk golongan peniaga."Program seperti ini bukan sekadar menawarkan ruang riadah kepada orang awammalah berfungsi mempromosikan keunikan makanan dan persembahan budaya tempatan kepada pelancong asing," katanya.Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, 500 pegawai serta anggota termasuk bantuan daripada Bukit Aman dan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur ditempatkan di pelbagai lokasi strategik bagi mengawal ketenteraman awam serta memastikan kelancaran festival itu.Sementara itu, menyentuh impak krisis bekalan global, King Sing berkata, sektor pelancongan negara masih berada pada trajektori yang kukuh.Walaupun terdapat sedikit penurunan kemasukan pelancong dari Asia Barat, beliau berkata angka keseluruhan ketibaan pelancong asing ke Malaysia masih meningkat berikutan lonjakan darinegara ASEAN dan Eropah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |