///
See Also: Shutterstock

Search : Bangladesh News   Page 1    



Malaysia and Bangladesh vow to push Asean for lasting Rohingya solution, engage Myanmar authorities directly - Malaymail - 22/06 2:59 pm

PUTRAJAYA, June 22 Malaysia and Bangladesh will strengthen cooperation through Asean mechanisms to find a lastin...





PM Anwar stresses migrant welfare as Tarique seeks more jobs, both demand fairer recruitment process - Malaymail - 22/06 2:50 pm

PUTRAJAYA, June 22 Malaysia and Bangladesh have agreed that the exploitation and mistreatment of migrant workers...





Malaysia, Bangladesh sepakat tambah baik mekanisme pengambilan pekerja - Mypress - 22/06 2:48 pm

PUTRAJAYA – Malaysia dan Bangladesh mencapai persetujuan untuk menambah baik mekanisme pengambilan pekerja antara kedua-dua negara bagi memastikan proses tersebut lebih telus, berintegriti dan memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja migran.…





Malaysia, Bangladesh agree to end worker exploitation, reform recruitment - Sinardaily - 22/06 2:41 pm

PUTRAJAYA - Malaysia and Bangladesh have agreed that the exploitation and mistreatment of migrant workers must not be tolerated, with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim stressing the need for a more transparent and fair recruitment system.Speaking at a joint press conference with Bangladesh Prime Minister Tarique Rahman today, Anwar said while foreign workers remained critical to Malaysias economic growth, both countries must ensure their welfare and families are protected."Human resource cooperation, particularly the workers, has been critical for our economic survival but at the same time has invited lots of scandals and concern, particularly humanitarian issues."I truly appreciate the sentiments expressed in private to me and also in the bilateral meetings that we must take the lead in stopping the excesses and making sure it is transparent, meets the requirements of both countries





Sindiket mafia buruh M'sia-Bangladesh: 51 agensi didakwa di mahkamah - Mkini - 22/06 2:30 pm

Antara yang didakwa ialah bekas Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmed.





Malaysia-Bangladesh kerjasama menerusi Asean tangani krisis Rohingya, kata PM - FMT - 22/06 2:00 pm

Anwar Ibrahim berkata dua negara itu akan guna saluran diplomatik bersama pihak kuasa Myanmar bantu menyelesaikan pelarian Rohingya.





Malaysia, Bangladesh Setuju Perkukuh Kerjasama Pelbagai Sektor Strategik - Siakapkeli - 22/06 1:59 pm

Malaysia dan Bangladesh sepakat memperkukuh kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, teknologi baharu serta pengurusan tenaga kerja





Malaysia, Bangladesh setuju eksploitasi pekerja tidak boleh diterima, perlu sistem ambilan lebih telus - Sinarharian - 22/06 1:53 pm

PUTRAJAYA - Malaysia dan Bangladesh bersetuju bahawa eksploitasi dan penganiayaan terhadap pekerja migran tidak boleh diterima, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan kepada sistem pengambilan pekerja yang lebih telus dan adil.Bercakap pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun pekerja asing kekal penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, kedua-dua negara mesti memastikan kebajikan serta keluarga mereka dilindungi."Kerjasama sumber manusia, khususnya pekerja, telah menjadi kritikal kepada kelangsungan ekonomi kita tetapi pada masa yang sama telah menimbulkan banyak isu dan kebimbangan



Bangladesh PM asks Malaysia to reopen labour market to Bangladeshi workers - Straitstimes - 22/06 1:45 pm

Malaysia has been a key destination for Bangladeshi migrant workers.





Malaysia, Bangladesh bekerjasama melalui ASEAN mengenai isu Rohingya - Anwar - Sinarharian - 22/06 1:39 pm

PUTRAJAYA - Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya, termasuk melibatkan pihak berkuasa Myanmar bagi menangani isu berkenaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara akan bekerjasama melalui saluran diplomatik di peringkat menteri luar serta platform ASEAN dengan melibatkan menteri luar masing-masing dan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada isu berkaitan."Kedua-dua negara berkongsi komitmen yang kukuh untuk menyelesaikan nasib pelarian Rohingya yang kini menetap di Bangladesh dan Malaysia," kata Anwar pada sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman, di sini hari ini.Sementara itu, Tarique menyatakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan dihadapi masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh, serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan.Beliau berkata, Bangladesh berharap dapat mempertingkatkan lagi kerjasama serantau yang lebih rapat melibatkan beberapa isu."Saya menyatakan kebimbangan terhadap masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan," katanya.Terdahulu, Anwar dan Tarique mengadakan perbincangan dua hala bagi menilai perkembangan hubungan Malaysia-Bangladesh serta meneroka peluang memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, semikonduktor, tenaga, pertanian dan pendidikan.Kedua-dua pemimpin itu turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Kebudayaan, serta dua pertukaran nota (EoN) berkaitan penyelidikan antikeganasan dan promosi serta pemudahcaraan pelaburan.Tarique, yang tiba di sini malam tadi, bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Anwar, yang juga lawatan rasmi dua hala pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.Pada 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.18 bilion (AS$2.84 bilion), dengan eksport Malaysia ke negara itu bernilai RM10.08 bilion (AS$2.35 bilion), didominasi produk petroleum.Import dari Bangladesh pula berjumlah RM2.10 bilion (AS$500 juta), membabitkan tekstil, pakaian dan kasut.Bangladesh merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global, selain rakan dagang kedua terbesar negara di rantau Asia Selatan selepas India, termasuk sebagai destinasi eksport dan sumber import utama





Bangladesh PM asks Malaysia to reopen labour market to Bangladeshi workers - FMT - 22/06 1:15 pm

Malaysia is a key destination for Bangladeshi workers, whose remittances are a major source of foreign exchange for Bangladesh.





Malaysia, Bangladesh to use ASEAN channels to tackle Rohingya refugee crisis - Sinardaily - 22/06 1:05 pm

PUTRAJAYA - Malaysia and Bangladesh will strengthen cooperation through ASEAN mechanisms to find a lasting solution to the longstanding Rohingya refugee issue, including engagement with Myanmars authorities, said Datuk Seri Anwar Ibrahim.The Prime Minister said both countries share a strong commitment to resolving the plight of Rohingya refugees currently residing in Bangladesh and Malaysia.Anwar said the two countries would work through the good offices of their respective foreign ministers and ASEAN platforms to engage with the Myanmar authorities."Through our common effort, (we will) try and work to resolve the predicament of refugees, Rohingyas, in Bangladesh and Malaysia through the good offices of the Foreign Minister and ASEAN mechanisms to engage with the Myanmar authorities, resolving part of the issue," said Anwar during a joint press conference with Bangladesh Prime Minister Tarique Rahman here today.Tarique expressed deep concern over the humanitarian situation faced by the Rohingya people sheltered in Bangladesh and thanked Malaysia for its continued support towards ensuring their safe, dignified and sustainable repatriation to Myanmar





Kerjasama Malaysia-Bangladesh diperluas ke bidang AI, semikonduktor, pertumbuhan baharu - Anwar - Sinarharian - 22/06 12:42 am

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerjasama antara Malaysia dan Bangladesh perlu diperluaskan ke bidang-bidang baharu dan sedang berkembang termasuk kecerdasan buatan (AI), tenaga dan semikonduktor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, walaupun pelaburan kekal penting, kerjasama antara kedua-dua negara juga perlu melangkaui sektor tradisional dan merangkumi penyelidikan serta teknologi baharu, khususnya dalam bidang AI yang merupakan antara cabaran utama masa hadapan."Kita perlu memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala, seperti yang saya nyatakan, dalam bidang-bidang baharu selain pertanian yang masih menjadi antara sektor utama, termasuk semikonduktor, ekonomi digital, tenaga dan pembuatan termaju," katanya.Anwar berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di sini hari ini.Terdahulu, Anwar dan Tarique turut menyaksikan pertukaran satu Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan serta dua pertukaran Nota (EoN) dalam bidang Penyelidikan Antikeganasan serta Promosi dan Pemudahcaraan Pelaburan."Saya menyatakan kebimbanganterhadap masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan," katanya.Terdahulu, Anwar dan Tarique mengadakan perbincangan dua hala bagi menilai perkembangan hubungan Malaysia-Bangladesh serta meneroka peluang memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, semikonduktor, tenaga, pertanian dan pendidikan.Kedua-dua pemimpin itu turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya menyaksikanpertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Kebudayaan, serta dua pertukaran nota (EoN) berkaitan penyelidikan antikeganasan dan promosi serta pemudahcaraan pelaburan.Tarique, yang tiba di sinimalam tadi, bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Anwar, yang juga lawatan rasmi dua hala pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.Pada 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.18 bilion (AS$2.84 bilion), dengan eksport Malaysia ke negara itu bernilai RM10.08 bilion (AS$2.35 bilion), didominasi produk petroleum.Import dari Bangladesh pula berjumlah RM2.10 bilion (AS$500 juta), membabitkan tekstil, pakaian dan kasut.Bangladesh merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global, selain rakan dagang kedua terbesar negara di rantau Asia Selatan selepas India, termasuk sebagai destinasi eksport dan sumber import utama





Bangladesh PM Tarique Rahman lands in Malaysia for first official visit since taking office - Malaymail - 22/06 9:31 am

SEPANG, June 22 Bangladesh Prime Minister Tarique Rahman arrived in Malaysia yesterday for an official visit to...





PM Bangladesh tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi - Sinarharian - 21/06 9:41 pm

SEPANG - Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahmantiba di Malaysia pada Ahad bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.Lawatan atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan lawatan rasmi dua hala pertama Tarique ke luar negara sejak menyandang jawatan pada Februari 2026.Pesawat komersial yang membawa Tarique bersama isterinya, Dr Zubaida Rahman;Menteri Luar, Dr Khalilur Rahman, serta anggota delegasi, mendarat di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul8.33 malam.Ketibaan beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Dr Zulkifli Hasan.Sebaik tiba, Tarique memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Upacara)diketuai Kapten Mohd Masrur Hidayat Masri di Kompleks Bunga Raya, KLIA.Esok, Tarique dijadual diberikan sambutan rasmi sebelum mengadakan mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.Kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Bangladesh serta meneroka peluang untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor strategik termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, industri semikonduktor, tenaga, pertanian serta pendidikan.Mereka juga dijadual menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama kebudayaan, selain dua pertukaran nota (EoN) dalam bidang penyelidikan antikeganasan serta promosi dan pemudahcaraan pelaburan.Bangladesh kini merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah dagangan bernilai RM12.18 bilion, selain menjadi rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan selepas India





PM Bangladesh adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia - Sinarharian - 21/06 12:07 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Isnin bagi memperkukuh hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara serta memperdalam kerjasama dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama.Lawatan itu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan lawatan rasmi dua hala pertama Tarique ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.Menurut Kementerian Luar Malaysia, Tarique akan diraikan dalam majlis sambutan rasmi, disusuli mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya."Kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Bangladesh serta meneroka kerjasama lanjut khususnya dalam sektor-sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, semikonduktor, tenaga, pertanian dan pendidikan, di samping saling bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," menurut kenyataan itu.Mereka juga akan menyaksikan pertukaran satu Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan, serta dua Pertukaran Nota Diplomatik (EoN) dalam bidang Penyelidikan Banteras Keganasan dan dalam bidang Promosi dan Fasilitasi Pelaburan.Anwar juga akan meraikan Rahman dalam satu majlis jamuan tengah hari rasmi.Menurut kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra, Rahman akan diiringi isterinya Dr



Bangladesh's premier looks to China, Malaysia for investment, jobs in first trip - Straitstimes - 20/06 9:25 pm

DHAKA, June 20 - Bangladeshs Prime Minister Tarique Rahman will embark on his first overseas trip since taking office on Sunday, visiting Malaysia and China in a mission aimed at attracting investment, boosting overseas employment and signalling foreign policy priorities.



Bangladesh PM to visit Malaysia, China on first foreign tour - Straitstimes - 20/06 5:23 pm

PM Tarique Rahman is bypassing neighbouring India as his inaugural destination.





Pasar Pudu ‘lubuk’ warga asing digempur JIM - Mygazette - 20/06 3:41 pm

Manakala di bahagian bawah bangunan tiga tingkat yang berdekatan pasar menempatkan beberapa premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian, sayur-sayuran, buah- buahan dan makanan. Seorang lelaki warga Bangladesh, Kachol, 19 yang ditemui mengakui sudah menetap di kawasan itu hampir setahun dan menyewa bilik di bangunan berkenaan dengan kadar sewa antara RM200 hingga RM400 sebulan





'Saja duduk atas bumbung ambil angin, bukan mahu lari' - Sinarharian - 20/06 10:35 am

KUALA LUMPUR - "Saya rehat saja ambil angin malam, bukan mahu lari."Itu alasan diberikan seorang lelaki warga asing selepas ditemui bersembunyi di atas bumbung bangunan rumah kedai tiga tingkat dalam Ops Kutip yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Pasar Pudu di sini pada Sabtu.Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai cuba meloloskan diri ketika operasi dijalankan sebelum dikesan bersembunyi di kawasan bumbung premis berkenaan.Pegawai JIM yang menjalankan pemeriksaan di tingkat tiga premis terbabit kemudiannya memanjat struktur bumbung sebelum menemui lelaki itu dalam keadaan baring.Ketika disoal, lelaki terbabit mendakwa dia hanya berehat dan mengambil angin malam di kawasan berkenaan.Dalam operasi sama, seorang wanita warga asing turut dikesan bersembunyi di bawah tilam di sebuah bilik sewa bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa.Pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu bilik berkenaan selepas beberapa kali diketuk namun tidak dibuka kerana dipercayai dikunci dari bahagian dalam.Wanita terbabit kemudian ditemui bersembunyi di bawah katil sebelum memberi alasan dia kesejukan dan tidak mendengar bunyi ketukan pintu.Sementara itu, JIM Kuala Lumpur memaklumkan seramai 320 individu warga asing telah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan bermula jam 12.05 tengah malam.Menurut kenyataan dikeluarkan, operasi berkenaan membabitkan penyertaan 137 pegawai daripada JIM Kuala Lumpur, JIM Putrajaya, JIM Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."Hasil pemeriksaan mendapati seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63."Mereka terdiri daripada 149 lelaki dan 37 wanita warga asing membabitkan warganegara Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Nepal, India, Pakistan dan China," katanya pada Sabtu.JIM berkata, antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa di negara ini di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut.





Tak Sempat Guna Untuk Majlis Kahwin, Kereta Mewah Dipandu Bukan Warganegara Antara 145 Kenderaan Disita JPJ - Lobakmerah - 18/06 6:18 pm

Sebanyak tujuh kenderaan mewah milik bukan warganegara disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menerusi Operasi Luxury yang dilaksankan sejak awal tahun ini. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sidhu berkata, sitaan itu membabitkan warga asing dari China, Pakistan dan Bangladesh serta seorang lelaki pemegang kad UNHCR





Sewa motosikal RM20 sehari kepada warga asing - Sinarharian - 18/06 3:25 pm

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor membongkar kegiatan menyewa kenderaan khususnya motosikal kepada warga asing pada kadar RM20 hingga RM30 sehari sekali gus menjadi antara punca utama isu pemandu tanpa lesen terus berlarutan.Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan, masalah itu masih berterusan disebabkan tindakan segelintir rakyat tempatan yang menyewakan kenderaan milik mereka kepada warga asing."Berdasarkan siasatan yang kita lakukan, perkara ini berterusan kerana terdapat segelintir rakyat tempatan menyewa kenderaan khususnya motosikal kepada warga asing."Bayaran pula ditentukan berdasarkan tempoh sewaan sama ada secara bulanan, mingguan atau harian, manakala jumlahnya tidak tetap kerana bergantung kepada persetujuan antara pemilik kenderaan dan warga asing," katanya dalam sidang akhbar Ops Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) di Pejabat JPJ Selangor pada Khamis.Ahmad Kamarunzaman berkata, JPJ akan mengambil tindakan terhadap dua pihak iaitu pemandu warga asing terbabit serta pemilik kenderaan yang merupakan rakyat tempatan."Pemilik kenderaan akan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," tegasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 61 motosikal antara 95 kenderaan yang disita JPJ Selangor dalam Ops Pewa yang dijalankan secara bersepadu di beberapa kawasan tumpuan di negeri ini sehingga awal tahun hingga 18 Jun."Daripada 95 kenderaan yang disita, 61 adalah motosikal, diikuti 23 kenderaan barangan, sembilan kenderaan persendirian dan dua kenderaan perkhidmatan awam," katanya.Ahmad Kamarunzaman berkata, kebanyakan pemandu warga asing yang ditahan didapati tidak memiliki lesen memandu, selain kenderaan yang digunakan tidak mempunyai cukai jalan serta perlindungan insurans."Dalam tempoh sama, sebanyak 734 kesalahan direkodkan dengan kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 268 kes."Kesalahan lain yang dikesan ialah tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 207 kes, tiada perlindungan insurans sebanyak 178 kes, tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) sebanyak 77 kes dan tiada Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) melibatkan empat kes," katanya.Beliau berkata, kesalahan teknikal turut dikesan membabitkan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik termasuk penggunaan tayar botak dan sistem brek yang tidak berfungsi sempurna sehingga boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain."Statistik operasi itu menunjukkan seramai 239 warga asing dikenakan tindakan, melibatkan 50 warga Myanmar, 46 warga Bangladesh, 44 warga Indonesia, 10 warga India dan 89 individu daripada lain-lain negara," katanya.Ahmad Kamarunzaman menegaskan pemilik kenderaan, majikan dan syarikat pengangkutan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan pemandu yang mengendalikan kenderaan mereka."Pemilik berdaftar boleh dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh pemandu termasuk warga asing mengikut Seksyen 109 Akta Pengangkutan Jalan 1987."Di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, JPJ berkuasa menyita kenderaan sekiranya pemandu warga asing didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah," katanya.





Dua maut dirempuh lori ketika lakukan kerja penyelenggaraan jalan - Sinarharian - 17/06 12:02 am

KULAI Dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan maut selepas dilanggar dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 49.3 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Selatan, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut jam 2 pagi."Kemalangan itu melibatkan lori muatan ayam dipandu seorang lelaki warga tempatan, 40, dan kalendan, 23, manakala lori syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) dipandu seorang lelaki tempatan, 43, dan kelindan seorang lelaki warga Bangladesh, 56."Manakala sebuah lagi lori tangki dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun."Pekerja Propel berkenaan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kiri jalan kemudian datang dari arah belakang lori muatan ayam melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori Propel," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut pemandu dan kelindan lori Propel mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.Katanya, pemandu dan kelindan lori muatan awam pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.Sementara pemandu lori tangki katanya, tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Aafuan Abnu Naim 017-7573507.





Ahead of M'sia visit, migrant workers press Bangladesh PM to end recruitment syndicates - Mkini - 17/06 12:00 am

Migrant workers' group calls it a lawless system enabling exploitation, monopolisation, and impunity.



Bangladesh protests India questioning PMs adviser at Delhi airport - Straitstimes - 16/06 12:08 am

Foreign Minister Khalilur Rahman described the incident as unexpected and unfortunate.





Commentary: Modis BJP win in West Bengal is more than an electoral upset - CNA - 16/06 5:59 am

Prime Minister Narendra Modis ruling party and its allies now control states covering most of Indias shared border with Bangladesh, says Rahul Verma from the Centre for Policy Research.





Warga Bangladesh mengaku salah miliki lebih 35,000 liter diesel - Mkini - 15/06 4:00 pm

Tertuduh sebelum ini pernah menghilangkan diri lebih dua tahun setelah diberi jaminan polis tetapi ditangkap semula minggu lepas.





52 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di Batu Caves, Selayang - Mygazette - 15/06 2:59 pm

Lokasi pertama operasi tertumpu di kawasan Pasar Malam Batu Caves berhampiran Jalan Sri Selayang, di sini. Hasil pemeriksaan terhadap 59 individu membawa kepada penahanan 39 warga asing terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan





Dunia perlu tekan Myanmar, bukan terus bebankan Malaysia – CENTHRA - Mygazette - 15/06 2:59 pm

Menurut data UNHCR sehingga Februari 2026, Malaysia menempatkan kira-kira 215,600 pelarian dan pencari suaka berdaftar, termasuk 193,824 dari Myanmar, dengan sekitar 126,144 daripadanya merupakan etnik Rohingya. Ini menjadikan Malaysia antara negara yang menempatkan komuniti Rohingya terbesar di dunia di luar Bangladesh





Dalam proses mohon kad UNHCR alasan warga asing elak dicekup - Sinarharian - 15/06 11:52 am

SELAYANG "Saya sedang dalam proses memohon kad UNHCR, keadaan negara asal saya bermasalah."Itu dakwa seorang lelaki warga asing ketika ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di sebuah flat tiga tingkat di Batu Caves di sini pada Ahad.Lelaki terbabit yang tinggal bersama isteri serta dua orang anaknya cuba menjelaskan status dirinya kepada pegawai penguat kuasa selepas dokumen perjalanan miliknya diperiksa dalam operasi berkenaan.Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati pasport lelaki itu telah tamat tempoh selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.Tinjauan Sinar Harian mendapati flat tiga tingkat berkenaan mempunyai empat unit kediaman dengan setiap tingkat menempatkan dua buah rumah yang dipercayai disewakan kepada warga asing dan tempatan.Difahamkan, setiap unit rumah terbabit dipercayai disewakan pada kadar kira-kira RM600 sebulan oleh pemilik yang dipercayai merupakan warga tempatan.JIM Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemeriksaan dijalankan melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat yang dipercayai mempunyai unit rumah yang disewakan kepada warga asing."Sembilan warga asing diperiksa dalam operasi berkenaan dan kesemuanya ditahan untuk tindakan lanjut."Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki Pakistan, seorang kanak-kanak lelaki Pakistan, seorang wanita Pakistan, seorang kanak-kanak perempuan Pakistan, empat lelaki warga Sri Lanka dan seorang lelaki warga Bangladesh," katanya.Menurutnya, hasil semakan mendapati sebahagian daripada mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.Katanya, terdapat juga individu yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan."Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut."JIM akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pendatang asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara," katanya.Tambah kenyataan itu, orang ramai termasuk pemilik premis diingatkan supaya tidak melindungi atau menyewakan kediaman kepada warga asing yang tidak memiliki dokumen sah."Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau membantu pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di negara ini," ujarnya.





Warga tempatan diberi amaran keras, jangan jadi dalang lindungi PATI - Sinarharian - 14/06 3:16 pm

KUALA TERENGGANU Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu memperhebatkan usaha membanteras kebanjiran warga asing apabila berjaya menahan seramai 317 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam enam siri operasi di negeri itu, sepanjang tahun ini.Kesemua tangkapan tersebut dilakukan menerusi rangkaian operasi bersepadu serta operasi bersepadu mega yang digerakkan di beberapa lokasi strategik.Pengarah JIM Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, tindakan tegas itu diambil hasil pemeriksaan menyeluruh yang dijalankan ke atas 776 individu daripada pelbagai warganegara.Menurut beliau, pecahan tangkapan menyaksikan seramai 277 PATI berjaya ditahan menerusi tiga Operasi Sepadu Mega."Manakala baki 40 individu lagi ditahan dalam tiga Operasi Sepadu lain yang dilaksanakan secara berasingan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata tangkapan itu melibatkan warganegara Bangladesh, Indonesia, India, Iraq serta Myanmar termasuk etnik Chin dan Rohingya.Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati kesemua PATI terbabit melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, antaranya Seksyen 39(b) Akta Imigresen (Melanggar syarat pas) sebanyak 125 kes, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (Tiada dokumen perjalanan sah) (110 kes), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen (tinggal lebih masa) melibatkan 82 kes.Mohd Yusri berkata, JIM Terengganu tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi memastikan negeri itu bebas daripada lambakan warga asing tidak sah.Beliau turut memberi amaran keras kepada warga tempatan agar tidak cuba menjadi dalang dalam melindungi golongan tersebut."Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak termasuk majikan dan pemilik premis yang didapati melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen yang sah," ujarnya.





Why Bangladesh chose Malaysia and China before India for PM Rahmans debut tour - CNA - 13/06 4:06 pm

Analysts view the decision to prioritise Kuala Lumpur and Beijing as practical rather than a direct snub of New Delhi.



Bangladesh, India to coordinate patrols on border, share intelligence amid migrant tensions - Straitstimes - 12/06 2:08 pm

India claimed there are more than 2,860 undocumented Bangladeshi nationals living in India.





Bangladesh mission steps in to resolve workers plight - FMT - 12/06 11:43 am

Aerofoam Manufacturing Sdn Bhd has given a written commitment to the Bangladesh High Commission to settle unpaid wages and other outstanding issues within six weeks.





Sanggup terjun sungai, sorok celah bot - Sinarharian - 12/06 8:49 am

Saya fikir nak lepaskan diri sahaja."Itu kata seorang lelaki warga Myanmar selepas tindakannya terjun ke muara sungai untuk melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di sini pada Jumaat.Dalam insiden itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu pada awalnya melompat ke kawasan bakau dari tempat rehat di jeti kawasan terbabit.Dia kemudian terus meluru ke dalam sungai dan menyelam beberapa kali serta bersembunyi di celah bot kononnya dapat mengelak diri dikesan polis.Selepas kira-kira 20 minit berada di dalam sungai, akhirnya lelaki itu menyerah dan ditahan bersama rakan warga asing yang lain."Saya kerja nelayan di sini sudah dua tahun. Dulu masuk ke sini ikut jalan belakang, bayar RM3,000."Saya tak ada pasport...tadi tengah tidur, terkejut tiba-tiba ada operasi," katanya.Operasi diselaras Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor itu digerakkan lapan agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Serbuan itu turut menyaksikan beberapa cubaan warga asing turut bertindak terjun ke dalam sungai selain menyorok di bawah jeti.Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, operasi di Bagan Nakhoda Omar dan sekitar Kuala Selangor bermula Khamis bertindak menahan 79 warga asing termasuk 10 wanita berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.Menurutnya, mereka yang ditahan membabitkan warga Indonesia, Thailand, Myanmar, Bangladesh, India serta Pakistan.Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah pemerdagangan manusia, penyeludupan migran, menggaji dan melindungi warga asing, tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi tempoh, penyalahgunaan pas lawatan serta kemasukan melalui laluan tidak sah."Selain itu, polis turut menahan 28 warga Indonesia yang dikesan masuk ke dalam negara secara haram melalui perairan Sabak Bernam."Tujuh warga tempatan disyaki tekong juga ditahan bagi tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.Tambahnya, operasi di perkampungan nelayan itu turut menemukan dua kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 membabitkan minyak diesel.Kata Mohd Zaini, operasi bersepadu tersebut akan diteruskan secara berfasa dan berterusan sebagai langkah pencegahan selain penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan perairan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara."Pihak berkuasa juga ingin mengingatkan orang awam dan majikan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti melindungi pendatang asing serta aktiviti jenayah rentas sempadan."Kita mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, keselamatan negara tanggungjawab bersama," ujarnya.





Sindiket seludup migran ada 'lapisan keselamatan' elak dikesan pihak berkuasa - Sinarharian - 12/06 8:33 am

SABAK BERNAM Rangkaian sindiket penyeludupan migran dipercayai beroperasi secara sistematik dengan lapisan kawalan tertentu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.Kegiatan itu dikesan menerusi operasi bersepadu yang diselaras Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor melibatkan lapan agensi penguat kuasa di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di sini pada Jumaat.Agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, setiap agensi penguat kuasa berperanan bagi mengenal pasti modus operandi pendatang asing selain pihak yang dipercayai mendalangi aktiviti membawa masuk warga asing di perairan Selangor."Mereka ini agak sistematik, ada beberapa lapisan keselamatan untuk menentukan yang mana dia 'alert' dengan kedatangan pihak kita."Itu saya tak boleh perincikan, tetapi kita dah nampak bagaimana dia 'secure' untuk 'protect' dia punya area."Ia bukan sahaja dari segi premis itu sendiri tetapi bagaimana dia design 'route' dia itu kita akan buat sedikit kajian caranya... dan masa depan mungkin kita akan buat operasi dengan sedikit berbeza agar lebih efisien dan berkesan," katanya selepas operasi di sini pada Jumaat.Operasi mula digerakkan dari Kuala Selangor pada Khamis.Hasil operasi itu membawa penahanan 28 warga Indonesia yang dikesan masuk ke dalam negara secara haram melalui perairan Sabak Bernam serta tujuh tempatan disyaki tekong bagi tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007."Selain itu, 79 warga asing membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Thailand, Bangladesh, India, Pakistan ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen serta akta yang berkuatkuasa bagi agensi lain," ujarnya.Tambahnya, sepanjang operasi dijalankan, seramai 125 individu telah diperiksa di kawasan operasi merangkumi perairan Sabak Bernam, pesisir serta jeti-jeti.Tegasnya, kerajaan memandang serius isu keselamatan dan kawalan sempadan, khususnya melibatkan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) secara tidak sah serta aktiviti jenayah rentas sempadan.





27 mangsa bot karam Rohingya di Langkawi selamat dikebumikan - Sinarharian - 11/06 6:29 pm

ALOR SETAR Sebanyak 27 warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan maut dalam insiden bot karam di perairan Langkawi pada November tahun lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena pada pagi Khamis.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pengurusan jenazah dijalankan secara teratur hasil kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.Menurutnya, proses pengebumian kemudiannya dilaksanakan mengikut prosedur Temporary Controlled Burial (TCB) atas nasihat pihak hospital."Daripada 27 mangsa yang ditemui, 13 ialah lelaki manakala 14 lagi perempuan. Semua jenazah telah dikebumikan bermula jam 7.30 pagi pada Khamis dengan penuh tertib dan penghormatan mengikut hukum syarak Islam.ARTIKEL BERKAITANBAM, GEGAR kemuka enam cadangan urus isu pelarian kepada kerajaanFlat Rohingya lengangUNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya - Belia 4B KedahKDN, Imigresen buat pengumpulan data biometrik, maklumat pelarian"Proses pengebumian turut dipantau oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bagi memastikan semua urusan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya pada Khamis.Terdahulu, kesemua mayat mangsa yang ditemukan menerusi operasi mencari dan menyelamat telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tujuan pengecaman identiti, bedah siasat serta dokumentasi forensik mengikut prosedur yang ditetapkan.Proses pengurusan jenazah bermula pada jam 10 malam pada Rabu dan berjaya disempurnakan sepenuhnya pada jam 7 pagi pada Khamis.Operasi pengurusan dan pengebumian tersebut dilaksanakan secara bersepadu melibatkan beberapa agensi utama termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), HSB, MAIK, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).Dalam pada itu, Adzli berkata, siasatan berhubung punca kejadian, laluan kemasukan serta dalang di sebalik aktiviti penyeludupan migran masih diteruskan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya lagi.Pada 8 November tahun lalu, sebuah bot dipercayai membawa kira-kira 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, Bangladesh dan etnik Rohingya dilaporkan pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.Susulan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan, mayat etnik Rohingya yang ditemukan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.





Pengambilan pekerja Bangladesh: Dasar M'sia bagi nyawa sindiket lama hidup semula? - Mkini - 10/06 8:00 pm

WAWANCARA Pakar migrasi Dr Mohammad Rashed Alam Bhuiyan bimbang 10 syarat wajib ditetapkan Malaysia dan levi menjadi laluan gelap sindiket monopoli.





Kes pukul dan rosakkan kedai runcit di Terengganu, walaun dah buat .. - Wrlr - 10/06 6:36 pm

Harapandaily June 10, 2026 Tular di media sosial tindakan melampau di Terengganu yang dikenali sebagai kubu kuat Pas apabila sebuah kedai runcit di Kampung Mak Kemas, Marang diserang semalam oleh tiga lelaki tempatan. Menurut ahli keluarga mangsa, Ainul Rahmah, kedai berkenaan diuruskan oleh adik iparnya yang merupakan warga Bangladesh dan telah menetap secara sah di Malaysia selama 12 tahun





Suara rakyat kini di kain rentang, di mana tindakan Kerajaan Terengganu? - Wrlr - 10/06 6:33 pm

Dalam masa sama, media sosial turut memperkatakan mengenai satu insiden di Kampung Mak Kemas, Marang, apabila sebuah kedai runcit diserang oleh tiga lelaki tempatan. Menurut ahli keluarga mangsa, Ainul Rahmah, kedai tersebut diuruskan oleh adik iparnya yang merupakan warga Bangladesh dan telah menetap secara sah di Malaysia selama 12 tahun





Bayaran cecah RM40,000 seorang, peguam dedah sindiket terancang seludup etnik Rohingya - Sinarharian - 10/06 5:54 pm

SHAH ALAM - Sindiket penyeludupan etnik Rohingya ke Malaysia dipercayai mengenakan bayaran RM15,000 hingga RM25,000 seorang bergantung kepada faktor umur, jantina serta tujuan mereka dibawa masuk ke negara ini.Peguam, Nurul Hafidzah Hassan berkata, malah ia boleh mencapai RM30,000 hingga RM40,000 untuk kanak-kanak perempuan dan wanita bernikah di Malaysia.Menurutnya, ejen Rohingya akan membuat pembayaran kepada ejen Myanmar lengkap dengan nama dan butiran individu yang perlu dibawa masuk ke Malaysia."Selepas urusan pembayaran selesai, individu terbabit akan diambil menggunakan bot kecil di pesisiran pantai Myanmar sebelum dipindahkan ke bot yang lebih besar di Bangladesh."Mereka akan tukar bot lagi di tengah laut kemudiannya melalui perairan Thailand dan Indonesia sebelum menunggu ketibaan bot-bot lain yang mengambil alih perjalanan."Kemudian, kumpulan migran terbabit dipercayai akan diambil oleh tekong laut (Malaysia) dan tukar bot lagi kepada yang lebih kecil untuk masuk laluan tempatan," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.Maklumat tersebut diperoleh hasil pengalaman beliau mengendalikan kes anggota polis yang didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).Tambah Nurul Hafidzah, sebaik tiba di daratan, mereka dipercayai dibawa menggunakan lori oleh individu yang bertindak sebagai tekong darat (Malaysia).Jelasnya, mereka kemudian ditempatkan di rumah-rumah transit yang disewa oleh ejen Rohingya di Malaysia sementara menunggu proses penghantaran ke destinasi seterusnya."Kumpulan itu akan dijemput menggunakan kenderaan lain sebelum dihantar secara berperingkat ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan."Penghantaran biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil," katanya.Nurul Hafidzah turut mendedahkan kebanyakan operasi dilakukan dalam keadaan rahsia dan tertutup berjaya namun yang dimaklumkan serta ada laporan setiap pergerakan pula gagal."Nak hapuskan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya? Kita semua perlu hapuskan tali barut, bukan hapuskan orang yang bekerja dengan baik dan jujur demi negara."Alhamdulillah anak guam dan kesemua yang lain sudah pun dilepaskan dan dibebaskan





22 warga Rohingya ditahan JPJ Melaka hari ini - Mygazette - 10/06 3:02 pm

Dalam operasi Ops Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) yang dijalankan itu, seramai 22 warga Rohingya ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan penggunaan kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, jumlah itu mengatasi warga Pakistan (10), Bangladesh (9), Indonesia (5) dan Vietnam (2) yang turut dikesan dalam operasi sama





Ops Mahir: 29 warga asing ditahan di kilang lantai formica Bukit... - Mygazette - 10/06 3:02 pm

Operasi yang dikenali sebagai Ops Mahir itu dilaksanakan pada pukul 10 pagi hasil maklumat dan risikan Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah membabitkan kekuatan 16 pegawai. Menurut kenyataan JIM Kedah, seramai 199 individu telah diperiksa dalam operasi berkenaan melibatkan 20 warga tempatan; Bangladesh (127); Nepal (25); China (22) dan lima warga Myanmar





Kaut untung RM225,000 sebulan, sindiket bekal tenaga kerja asing haram .. - Mygazette - 10/06 3:02 pm

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan memohon kelulusan kuota pekerja asing bagi syarikat mereka, namun tenaga kerja tersebut tidak digunakan untuk perniagaan yang didaftarkan. Katanya, dalam serbuan pertama, JIM Johor menyerbu sebuah pejabat agensi pengurusan pekerja asing di Pusat Perdagangan Pandan dan menahan seorang ejen lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun





Kes pukul dan rosakkan kedai runcit di Terengganu, walaun dah buat undang-undang sendiri - Harapandaily - 10/06 2:38 pm

Tular di media sosial tindakan melampau di Terengganu yang dikenali sebagai kubu kuat Pas apabila sebuah kedai runcit di Kampung Mak Kemas, Marang diserang semalam oleh tiga lelaki tempatan. Menurut ahli keluarga mangsa, Ainul Rahmah, kedai berkenaan diuruskan oleh adik iparnya yang merupakan warga Bangladesh dan telah menetap secara sah di Malaysia selama 12 tahun...





Sindiket bekal pekerja asing kaut RM225,000 sebulan tumpas - Sinarharian - 10/06 10:17 am

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menumpaskan dua sindiket yang mengeksploitasi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan membekalkan pekerja asing secara tidak sah kepada sektor perkilangan dan pembinaan dalam dua operasi berasingan minggu lalu.Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, sindiket dikesan menggunakan syarikat yang mempunyai kuota pekerja asing, namun pekerja terbabit tidak digunakan untuk perniagaan berdaftar sebaliknya dijual atau dibekalkan kepada majikan lain bagi mengaut keuntungan.Menurutnya, operasi pertama menerusi Ops Serkap dijalankan di sebuah pejabat agensi pengurusan pekerja asing di Pusat Perdagangan Pandan, di sini, pada 4 Jun lalu."Hasil serbuan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun ditahan kerana tinggal lebih masa di negara ini."Turut dirampas 36 pasport Bangladesh dan India serta wang tunai RM5,000 yang dipercayai hasil urus niaga agensi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.Dalam operasi kedua pada 9 Jun lalu, katanya, serbuan dilakukan di sebuah pejabat agensi pengurusan pekerja asing di Taman Setia Tropika dan dua pangsapuri di Taman Kempas Utama."Hasil operasi itu, dua agen serta empat pekerja asing yang tinggal lebih masa ditahan."Pasukan operasi turut merampas 48 pasport Bangladesh, wang tunai RM4,300 serta menyita dua kenderaan yang dipercayai digunakan sindiket," katanya.Mohd Rusdi berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai membekalkan sehingga 500 pekerja asing di seluruh Johor."Keuntungan bersih yang diperoleh sindiket dianggarkan mencecah RM225,000 sebulan hasil aktiviti membekalkan pekerja asing kepada majikan lain," ujarnya.Beliau berkata, dua agen terbabit disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.Katanya lagi, empat pekerja asing pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.JIM Johor menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan sindiket atau sebarang aktiviti warga asing yang melanggar undang-undang bagi membantu usaha penguatkuasaan di negeri ini.





Warga Bangladesh tidak mengaku miliki 170kg minyak masak peket - Mypress - 9/06 2:42 pm

IPOH Seorang lelaki warga Bangladesh tidak mengaku memiliki 170 kilogram (kg) minyak masak paket pelbagai jenama yang disita dalam serbuan Ops Tiris 4.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…





Rohingya: The human barnacles in Malaysia - Sinchew - 8/06 10:22 pm

The Rohingya refugees have shifted from being viewed as victims to being regarded as social burdens throughout the world. Bangladesh, which hosts more than a million Rohingya and has seen anti-refugee protests over resource competition and wage suppression





The persecuted Rohingya Muslim ethnic group - Sinardaily - 8/06 12:10 am

Because of this, they have become refugees. Many are now in Malaysia.An observer said the Rohingya are allowed to move freely, making it difficult to gather them for deportation.He said in Indonesia and Bangladesh, they are placed in specially designated areas that are tightly controlled



Bangladesh says it foiled multiple attempts by India to force people into the country - Straitstimes - 4/06 9:16 pm

This revives a dispute over alleged undocumented migration.



Kerbau sensasi 'Donald Trump' jadi kegilaan ramai di zoo Bangladesh - Mkini - 4/06 5:30 pm

Kerbau albino itu menjadi sensasi apabila seorang petani menyedari bulu berwarna perang pada kepala haiwan itu menyerupai gaya rambut presiden AS.



Isu Rohingya: Sejarah Panjang Konflik, Penindasan dan Persepsi Masyarakat - Wrlr - 4/06 5:40 am

Operasi itu mencetuskan kecaman antarabangsa susulan dakwaan pembunuhan, serangan seksual, pembakaran kampung dan pemindahan penduduk secara paksa. Krisis berkenaan menyebabkan lebih sejuta Rohingya meninggalkan Myanmar dan mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran termasuk Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain



Bangladesh raises electricity prices in latest Middle East war-related hike - Straitstimes - 3/06 7:45 pm

Repeated price hikes have added strain on people struggling with long-running inflation.



Iran adakan upacara pengebumian pemimpin agung Allahyarham Khamenei di .. - Mygazette - 3/06 8:20 am

Beliau berkata, upacara penghormatan terakhir selama tiga hari telah dirancang dan perarakan pengebumian di Tehran dijangka berlangsung sekurang-kurangnya 24 jam. Menurut pegawai itu, Mashhad dijangka menerima kunjungan besar-besaran pelawat dari negara-negara jiran termasuk Pakistan, Afghanistan, India dan Bangladesh, serta wilayah Kashmir



UN warns funding cuts could worsen Rohingya crisis in Bangladesh - Straitstimes - 2/06 8:35 pm

The pressure has grown with the arrival of about 150,000 more Rohingya Muslims since early 2024.



Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun - Sinarharian - 1/06 5:04 pm

RAWANG - Seorang lelaki warga Bangladesh cedera selepas terjatuh di Air Terjun Taman Eco Rimba di sini pada Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.46 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan sedar dan cedera."Mangsa telah terjatuh semasa mandi di laluan air terjun berketinggian anggaran 50 meter."Mangsa mengalami cedera di kepala, pinggang, belakang badan dan kaki," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambahnya, mangsa telah berjaya dibawa turun dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya.



Tujuh warga Nepal cedera bas persiaran terbalik di Jalan Genting Highlands - Mygazette - 31/05 8:01 am

Sebuah bas yang membawa 36 penumpang yang terdiri daripada warga Nepal telah terbalik, mengakibatkan tujuh orang mengalami kecederaan. Sebanyak 34 penumpang dari Bangladesh dan Nepal yang menaiki satu lagi bas persiaran pula dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam kenyataan hari ini



Myvi kuning bawa 9 PATI rempuh kereta, rumah penduduk - Sinarharian - 30/05 9:50 pm

KOTA BHARU - Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama sembilan pendatang warga Bangladesh ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan dan rumah penduduk di Kampung Tok Malik, Wakaf Bharu, Tumpat hari ini.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kejadian kira-kira 7 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota Task Force Batalion 7 PGA menjalankan rondaan Ops Taring Wawasan Kelantan di kawasan berkenaan.Beliau berkata, anggota PGA mengesan sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahan untuk pemeriksaan, namun pemandu kereta itu bertindak melarikan diri."Suspek gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kereta milik penduduk serta sebahagian rumah di Kampung Tok Malik."Pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai tekong darat dan membawa sembilan pendatang warga Bangladesh," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian manakala kesemua pendatang itu turut ditahan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi di Markas Taktikal PGA Pengkalan Kubor."Pemeriksaan awal mendapati mereka yang berusia antara 20 hingga 55 tahun gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah."Siasatan awal mendapati pemandu terbabit mengaku menerima upah RM100 bagi setiap pendatang yang diambil di sempadan Malaysia-Thailand untuk dihantar ke Kota Bharu," katanya.Ahmad Radzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63



7 cedera dalam nahas babit 2 bas, SUV di Jalan Genting Highlands - FMT - 30/05 9:17 pm

Kejadian babit bas persiaran bawa warga Bangladesh dan Nepal.



Tour bus accident in Genting Highlands, seven foreign tourists injured - Sinardaily - 30/05 9:15 pm

According to Salahuddin, the first tour bus was driven by a local driver and was carrying 35 foreign passengers.One of the buses, carrying 36 passengers from Nepal, overturned, resulting in six people sustaining injuries. Meanwhile, all 34 passengers from Bangladesh and Nepal travelling in the second tour bus were reported safe and did not suffer any injuries, he said in a statement today



Dua bas persiaran bawa 70 penumpang, SUV terlibat kemalangan turun Genting Highlands - Sinarharian - 30/05 8:31 pm

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Tujuh warga Nepal cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 36 penumpang terbalik dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di KM15 Jalan turun Genting Highlands-Genting Sempah, petang tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.29 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands tiba di lokasi pada 6.06 petang."Sebuah bas yang membawa 36 penumpang yang terdiri daripada warga Nepal telah terbalik, mengakibatkan tujuh orang mengalami kecederaan."Sebanyak 34 penumpang dari Bangladesh dan Nepal yang menaiki satu lagi bas persiaran pula dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Salahuddin berkata, tiga individu yang berada di dalam Perodua Aruz itu juga selamat dan tidak mengalami kecederaan.Beliau berkata, semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan masing-masing sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian."Pasukan bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital



Migrants trying to flee to Bangladesh amid fears of India crackdown - Straitstimes - 29/05 4:54 pm

Many are in limbo, caught between Indian pressure to leave and Bangladeshs refusal to accept them.



Kerbau Albino Mirip ‘Donald Trump’ Terselamat Daripada Menjadi Korban - Vocket - 29/05 9:55 am

Seekor kerbau albino yang jarang ditemui di Bangladesh telah terselamat daripada dijadikan korban untuk perayaan Aidiladha pada saat-saat akhir




Reformasi     >>



Hamzah kembali bertugas sebagai ketua pembangkang - Mkini
Takiyuddin tegaskan Hamzah bukan lagi Bebas, tapi ahli parlimen satu parti berdaftar.
Kroni     >>



Brazil hilang Raphinha, Neymar dijangka kembali beraksi - Utusan
BASKING RIDGE: Brazil perlu segera mencari penyelesaian selepas kehilangan tonggak serangan, Raphinha yang mengalami kecederaan paha kanan ketika aksi Kumpulan C Piala Dunia, Sabtu lalu. Pemain tengah Brazil, Lucas Paqueta berkata, ketiadaan pemain sayap Barcelona itu amat dirasai namun ..
Tabloid     >>



Tamat penantian 10 tahun! PM Anwar ucap tahniah kepada .. - Mydateline
Siapa yang tidak bangga apabila melihat Jalur Gemilang akhirnya berkibar megah di pentas Grand Prix (GP) Czech selepas pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli memenangi ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



AirPods Max 2 plunge to record-low $399 ahead of .. - Appleinsider
Amazon has issued a steeper price drop on AirPods Max 2 leading up to Prime Day, with the over-ear headphones plunging to a record-low price of $399. Save $150 on Apple's new AirPods Max 2 headphones - Image credit: Apple You can pick up AirPods Max 2 at a $150 discount at Amazon when you opt for ..
World     >>



Whats next in the Strait of Hormuz crisis? - Aljazeera
Iranian armed forces say they've closed the vital waterway after Israeli attacks on Lebanon.
Motor Trend     >>



SAIC Volkswagen Launch Tiguan PHEV With Over 1400km .. - DSF
This all new Volkswagen Tiguan L ePro carries over the rugged yet refined styling of the Tiguan L Pro while integrating several new energy-specific design elements. This includes a signature LED lighting setup with a light bar and a glowing brand logo. According to official SAIC Volkswagen ..