///
See Also: Shutterstock

Search : Baharu Cina News   Page 1    



Tesla Failkan Cap Dagang Baharu, Roadster Generasi Kedua Kembali Jadi Tumpuan - Careta - 7/02 4:13 pm

Dua Cap Dagang Baharu Untuk Roadster Tesla memfailkan dua jenis cap dagang berbeza, masing-masing melibatkan wordmark Roadster versi terkini serta satu logo berbentuk siluet bergaya yang memaparkan profil kereta sports tersebut





Toyota Lantik Kenta Kon Sebagai CEO Baharu - Careta - 7/02 4:13 pm

Kon merupakan sekutu rapat dan bekas setiausaha kepada Pengerusi Akio Toyoda, dan dilihat sebagai arkitek utama pelan pengambilalihan Toyota Industries langkah strategik yang mencetuskan perhatian pelabur dan pengawal selia





Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 7/02 4:07 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM19.5 juta bagi membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat hasil keputusan Mesyuarat Kabinet semalam





Operasi pertama AADK banteras dadah di pusat hiburan, rampas MDMA dan... - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Operasi pertama AADK banteras dadah di pusat hiburan, rampas MDMA dan ketamin KUALA LUMPUR Seramai 38 individu yang merupakan pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu di sini ditahan kerana didapati positif dadah ketika serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) awal pagi tadi





Lelaki warga asing seludup mata wang asing RM2.4 juta di KLIA - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Lelaki warga asing seludup mata wang asing RM2.4 juta di KLIA KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki warga asing menyeludup masuk mata wang asing bernilai RM2.4 juta gagal apabila diberkas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA menerusi satu operasi pemeriksaan di balai ketibaan Balai Ketibaan Terminal 1 semalam





Kuil dibina bukan untuk langgar undang-undang – Vigneswaran - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# Kuil dibina bukan untuk langgar undang-undang - Vigneswaran KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, isu 'kuil haram' timbul apabila sesuatu kawasan dikenal pasti untuk pembangunan semula, tanpa mengambil kira latar sejarah dan tempoh kewujudan tempat ibadat berkenaan





3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 7/02 4:07 pm

# 3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina KUALA LUMPUR Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara meningkat sehingga 3.27 juta kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan hari puncak dijangka berlaku pada Selasa dan Rabu depan





Agong berkenan terima mengadap Timbalan Panglima Tentera Darat baharu - Kosmo - 7/02 4:06 pm

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) ke-28, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad, hari ini





PRU16: PN sasar rampas Pahang, unjur menang 22 kerusi DUN - Sinarharian - 7/02 3:45 pm

KUANTAN - Pas dan Perikatan Nasional (PN) dijangka berpotensi memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau lebih pada pilihan raya akan datang, sekali gus membuka ruang kepada perubahan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke16 (PRU16).Ketua Penerangan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan trend penurunan konsisten jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di negeri itu sejak empat penggal lalu.Menurutnya, data menunjukkan dominasi BN di Pahang semakin terhakis apabila jumlah kerusi yang dikuasai merosot daripada 38 kerusi pada PRU12 kepada hanya 17 kerusi pada PRU15 yang lalu."Trend penurunan ia menunjukkan satu indikator jelas perubahan sokongan rakyat di negeri ini."Ini juga membuktikan bahawa dominasi politik BN semakin terhakis dari satu PRU ke satu PRU, selain keyakinan rakyat terhadap parti tersebut tidak lagi seperti dahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menjelaskan keyakinan itu turut didorong oleh perubahan landskap sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi Melayu di kawasan luar bandar.Jelasnya, unjuran ini selari dengan gelombang pengundi baharu yang dilihat semakin menerima pendekatan politik bersih, stabil dan berintegriti yang dibawa oleh Pas dan PN.Justeru, Ahmad Azlan berkata, pihaknya akan terus memperkukuh gerak kerja penerangan dan mobilisasi rakyat bagi memastikan momentum perubahan ini diterjemahkan kepada kemenangan dalam pilihan raya akan datang."Perubahan politik di Pahang bukan lagi satu kemungkinan yang jauh, tetapi satu realiti yang sedang terbina dengan iltizam yang utuh daripada semua jentera parti," katanya.





KPKT laksana 2,750 projek pembangunan Kampung Baru - Utusan - 7/02 3:26 pm

SUNGAI SIPUT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya melaksanakan sebanyak 2,750 projek pembangunan di Kampung Baru di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun sejak 2023





Nikah di Thailand, fikir panjang sebelum buat keputusan - Utusan - 7/02 3:08 pm

KOTA BHARU: Rakyat negara ini diminta berfikir panjang sebelum mengambil keputusan berkahwin di luar negara terutama di Thailand kerana ia turut membabitkan nasab seorang anak sekiranya tidak didaftarkan di Malaysia





Anggaran Harga Jaecoo J5 2026 Sekitar RM110k, Pakej Super Early-Bird Diumumkan - Piston - 7/02 2:48 pm

Model baharu Jaecoo J5 2026 yang sebelum ini telah dibuka untuk tempahan, dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai model pengenalan dengan anggaran harga RM110,000





3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya seawal Jumaat ini - Kosmo - 7/02 2:18 pm

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan mampu mencapai sehingga 3.27 juta kenderaan pada hari puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina





'Kahwin di Thailand bukan perkara main-main, fikir panjang dulu' - Sinarharian - 7/02 1:48 pm

KOTA BHARU - Pernikahan di Thailand yang tidak didaftarkan di Malaysia menjejaskan status sah suami isteri di sisi undang-undang negara, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai komplikasi serius yang memberi kesan besar kepada keluarga, termasuk nasab dan masa depan anak-anak.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, isu tersebut bukan perkara baharu, namun masih berlaku walaupun pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan."Perkara ini bukan baru dan pihak agensi tidak pernah berhenti untuk memberikan kefahaman serta kesedaran





Diskaun Tol Sebanyak 50% Untuk Tahun Baharu Cina Bermula 14 Februari - Ohmedia - 7/02 1:19 pm

Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina bermula 14 Februari selama dua hari





Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal - Sinarharian - 7/02 12:08 am

SEPANG Taktik seorang lelaki menyeludup masuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM2.4 juta dengan menyembunyikannya dalam bungkusan pakaian baharu terbongkar menerusi pemeriksaan pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.Cubaan itu berjaya dipatahkan dalam operasi pemeriksaan dijalankan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA Terminal 1.AKPS dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan dijalankan antara jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki warga asing yang tiba menaiki satu penerbangan antarabangsa.Menurutnya, pemeriksaan awal melalui mesin pengimbas bagasi mengesan imej mencurigakan sebelum penumpang berkenaan diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam untuk pemeriksaan lanjut."Hasil pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam bungkusan pakaian baharu."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM2.4 juta melibatkan pelbagai mata wang negara luar," menurut kenyataan itu pada Sabtu.AKPS memaklumkan, turut dirampas dalam operasi berkenaan adalah tiga beg bagasi, dua unit telefon bimbit dan sebuah beg jenis pouch.Menurut kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 28, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)."Suspek telah ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegah Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut."AKPS KLIA sentiasa memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara," katanya.





Pesta Selera Kota Kinabalu cerminkan kemeriahan bandar raya, tarik penduduk dan pelancong - Thempress - 7/02 11:51 am

KOTA KINABALU – Pesta Selera Kota Kinabalu yang sebelum ini dikenali sebagai Pesta Makan-Makan tampil dengan wajah baharu apabila dilancarkan sebagai platform inklusif bagi mempamerkan keindahan dan kemeriahan bandar raya…





Berita baik, kerajaan setuju beri diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baru Cina - Harapandaily - 7/02 11:22 am

Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina, umum Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi





50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Tahun Baharu Cina 2026 - Lobakmerah - 7/02 10:44 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Minggu hadapan menjadi antara tempoh yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia berikutan cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, selain ketibaan bulan Ramadan yang bakal diraikan umat Islam di negara ini





Diskaun 50 Peratus Bayaran Tol Sempena Tahun Baharu Cina - Nanta - Siakapkeli - 7/02 10:43 am

Diskaun 50 Peratus Bayaran Tol Sempena Tahun Baharu Cina - Nanta KUALA LUMPUR -- Diskaun 50 peratus bayaran tol dari tol biasa diberikan





Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baru Cina - Mkini - 7/02 10:32 am

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet semalam.





Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 7/02 10:25 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM19.5 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet semalam selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum serta agama."Pelaksanaan diskaun akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari."Pemberian diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan itu serta menjelang Ramadan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Nanta berkata, inisiatif itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang namun tidak melibatkan plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.Beliau berkata, pemilihan tarikh itu bertujuan mengelakkan penumpuan trafik selain mengoptimumkan pengoperasian serta penyelarasan logistik tambahan di kawasan hentian sebelah dan Rehat dan Rawat (R&R).Sehubungan itu, Nanta menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi had laju dan arahan papan tanda serta memanfaatkan aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk cadangan waktu perjalanan.Beliau turut mengesyorkan orang ramai menyemak maklumat trafik semasa melalui saluran rasmi LLM atau menghubungi pusat pengurusan trafik agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini





Alasan lapuk peniaga tipu pengguna - Sinarharian - 7/02 10:20 am

SHAH ALAM Tidak tahu harga terkini, harga baru naik selain mendakwa tidak sempat meletak tanda harga kerana tiada masa antara alasan paling kerap diberikan peniaga setiap kali pemeriksaan penguatkuasaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.Alasan itu sering diberikan walaupun peniaga mengetahui harga sebenar barangan yang dijual termasuk harga kawalan yang telah ditetapkan kerajaan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asaari berkata, dalam beberapa situasi, peniaga mengakui maklum mengenai harga siling, namun tetap menjual barangan pada harga lebih tinggi atas alasan kos meningkat atau mengikut harga pasaran."Antara kes yang kerap dikesan ialah penjualan barang kawalan seperti minyak masak pada harga melebihi kadar ditetapkan, meskipun barangan itu diperoleh melalui saluran subsidi."Ada juga peniaga dakwa tidak mempunyai masa untuk meletakkan tanda harga, khususnya di premis kecil yang dikendalikan oleh seorang atau dua pekerja sahaja."Tetapi pemeriksaan mendapati ketiadaan tanda harga bukan bersifat sementara, sebaliknya berlarutan dan disengajakan bagi membolehkan harga diubah mengikut situasi dan pelanggan," katanya kepada Sinar Harian.Muhamad Hanif berkata, dalam beberapa kes, tanda harga hanya dipamerkan selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa.Katanya, ia mencerminkan sikap sambil lewa terhadap pematuhan undang-undang."Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hak pengguna, malah membuka ruang manipulasi harga dan eksploitasi yang sukar dikesan tanpa pemeriksaan berkala."KPDN Selangor turut mengesan kes peniaga menyalahkan pekerja, walaupun pemilik sendiri berada di premis dan mempunyai kuasa penuh terhadap operasi perniagaan," ujarnya.Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025, sebanyak 110,067 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh Selangor.Menurutnya, angka itu mencerminkan skala sebenar penguatkuasaan serta tahap pematuhan peniaga terhadap peruntukan undang-undang sedia ada."Daripada jumlah itu, sebanyak 1,141 kes direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga, menjadikannya kesalahan paling dominan dan kerap dikesan," jelasnya.Beliau berkata, 146 kes pula melibatkan Akta Kawalan Bekalan manakala 293 kes direkodkan di bawah Akta Timbang Sukat.Menurutnya, 62 kes lagi membabitkan pelanggaran Akta Perlindungan Pengguna sekali gus menunjukkan kelemahan pematuhan terhadap hak pengguna masih berlarutan.Muhamad Hanif berkata, alasan tidak mengetahui harga terkini atau tiada masa mempamerkan tanda harga tidak boleh diterima kerana tanggungjawab itu terletak sepenuhnya kepada peniaga."Undang-undang meletakkan kewajipan mempamerkan harga dengan jelas kepada peniaga, bukan pengguna," ujarnya.Tambahnya, sepanjang 2025, sebanyak 1,381 premis dikenakan kompaun serta-merta dengan jumlah keseluruhan RM341,900."Dalam masa sama, 478 kertas siasatan dibuka melibatkan kes lebih serius dengan jumlah kompaun mencecah RM3.87 juta."Nilai rampasan sepanjang tempoh itu pula direkodkan mencecah RM18.05 juta, melibatkan pelbagai kategori barangan yang melanggar peruntukan undang-undang," katanya.Muhamad Hanif memaklumkan, sebanyak 151 operasi bersepadu turut dilaksanakan sepanjang 2025 bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten.Menurut beliau, penguatkuasaan akan terus diperkasakan kerana kegagalan mematuhi undang-undang memberi kesan langsung kepada pengguna.Premis dikendali individu lainLebih membimbangkan, menurut beliau, kecenderungan segelintir pemilik premis berdaftar yang menyerahkan sepenuhnya pengurusan perniagaan kepada pihak lain tanpa mengambil kira implikasi undang-undang.Situasi ini dikesan berulang kali, termasuk premis yang beroperasi atas nama pemilik tempatan tetapi dikendalikan individu yang tidak mempunyai liabiliti sah.Muhamad Hanif berkata, setiap premis yang berdaftar sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia perlu diuruskan oleh pemilik berdaftar atau pekerja warganegara yang mempunyai tanggungjawab undang-undang."Kehadiran pihak yang bertanggungjawab secara sah amat penting bagi memastikan maklum balas kepada penguat kuasa adalah tepat dan boleh dipercayai."Apabila pemilik sah terlibat secara langsung, mereka akan lebih peka dan mempunyai fear factor untuk tidak sewenangnya menyerahkan pengurusan kepada pihak yang tidak mempunyai liabiliti," tambahnya.Menurut beliau, ketidakpatuhan bukan sahaja boleh membawa kepada kompaun atau pendakwaan, malah berisiko mengundang tindakan lebih berat di bawah bidang kuasa KPDN dan SSM.Muhamad Hanif menegaskan, pendaftaran perniagaan boleh dibatalkan sekiranya pemilik didapati gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.Beliau berkata, implikasi lebih serius ialah pemilik perniagaan boleh disenarai hitam daripada mendaftarkan perniagaan baharu secara sah dalam negara





50% diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina - FMT - 7/02 10:12 am

Diskaun itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM19.5 juta pampasan kepada pengendali tol.





United tawar Kai Rooney kontrak baharu - Sinarharian - 7/02 9:20 am

KAI Rooney, anak legenda Manchester United, Wayne Rooney berpeluang mengikuti jejak bapanya selepas dilaporkan ditawarkan kontrak baharu oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Penyerang berusia 16 tahun itu yang bakal menamatkan persekolahannya pada musim panas ini telah lama beraksi di akademi United dan kelab dikatakan kagum dengan perkembangannya.Menurut laporan The Sun, biasiswa musim panas ini atau menjelang musim baharu bakal diberikan, dengan kontrak profesional sedang dirancang.Kai antara 14 pemain muda yang ditawarkan kontrak baharu oleh United termasuk Jacey Carrick, anak kepada pengurus sementara kelab, Michael Carrick.Bulan lalu, Kai mencipta detik bersejarah apabila kali pertama tampil dalam pasukan rasmi The Red Devils dalam kempen Piala Belia FA menentang Derby.Sorakan 2,000 penonton memecah kesunyian di Old Trafford ketika Kai menggantikan pertahanan Godwill Kukonki pada masa tambahan, disambut laungan 'Rooney, Rooney' daripada penyokong.Difahamkan, keluarga Rooney masih belum membuat keputusan muktamad mengenai tawaran tersebut, namun sekiranya biasiswa itu bertukar menjadi kontrak profesional, penyerang kaki kiri itu dijangka memperoleh 50,000 pound setahun (RM300,000) berserta yuran tandatangan tahunan.





Alaskan King Crab & Lobster Thermidor lengkapi tarikan terbaru Ramadan Preview Ombak Kitchen 2026 - Harapandaily - 7/02 8:14 am

FOTO BERITA: Majlis Pratonton Ramadan Dapur Ombak & Pelancaran Menu Baharu oleh YB Datuk Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi di Dapur Ombak, IOI City Mall, Putrajaya





5,207 hektar: Usul bahas isu sempadan ditolak - Harakahdaily - 7/02 8:07 am

KUALA LUMPUR: Usul tergempar berkaitan isu kontroversi melibatkan kedaulatan negara berhubung jajaran baharu sempadan Malaysia-Indonesia, telah ditolak untuk dibahaskan di Dewan Rakyat





Kerajaan setuju beri diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina - Careta - 7/02 8:01 am

Jemaah Menteri bersetuju memberi diskaun tol sempena musim perayaan itu





Toyo Tires Perkenal Proxes Comfort - Tayar Generasi Baharu Untuk Mobiliti Moden - Careta - 7/02 8:01 am

Menariknya, tayar ini dibangunkan di Jepun dengan gabungan reka bentuk bunga tayar termaju, struktur dalaman yang diperkukuh serta sebatian kompaun baharu





Johor bina Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual - Mgazette - 7/02 7:55 am

# Johor bina Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual KOTA TINGGI - Pembinaan Pusat Pemerolehan, Perawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual (JISWH) di sini dengan kos RM310 juta akan memperkukuhkan agenda kelestarian alam di negeri ini





Trafik dijangka meningkat semasa Tahun Baharu Cina, awal Ramadan Trafik .. - Mgazette - 7/02 7:55 am

# Trafik dijangka meningkat semasa Tahun Baharu Cina, awal Ramadan KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah trafik di beberapa lebuh raya utama, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bersambung dengan permulaan bulan Ramadan





Buletin Jetour Garis Pelan Strategik 2026, Perluas Rangkaian Dan Model Suv .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

# JETOUR GARIS PELAN STRATEGIK 2026, PERLUAS RANGKAIAN DAN MODEL SUV BAHARU **JETOUR Malaysia mengumumkan hala tuju pertumbuhan strategik bagi tahun 2026 dengan tumpuan memperkukuh kedudukan jenama dalam pasaran tempatan melalui peluasan rangkaian, penawaran produk baharu serta pembangunan infrastruktur sokongan yang lebih menyeluruh.** Sejak mula diperkenalkan di Malaysia pada 2024, JETOUR menunjukkan perkembangan yang konsisten





Buletin Kenderaan Barangan Dilarang Berada Di Jalan Raya Sempena Tahun .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

# KENDERAAN BARANGAN DILARANG BERADA DI JALAN RAYA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA **Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.** Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, larangan itu berkuat kuasa dua hari sebelum perayaan berkenaan iaitu pada 14 dan 15 Februari serta pada 21 dan 22 Februari





Buletin Ceo Dreame Ramal Tesla ???tutup Kedai??? Dalam Tempoh 20 Tahun? .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

# CEO DREAME RAMAL TESLA TUTUP KEDAI DALAM TEMPOH 20 TAHUN? **Dunia automotif tiba-tiba panas apabila pengasas dan CEO Dreame Technology, Yu Hao, melontarkan kenyataan yang cukup pedas terhadap gergasi EV, Tesla.** Dalam satu hantaran media sosial semalam, Yu Hao membuat ramalan mengejutkan bahawa Tesla mungkin tidak akan bertahan dalam pasaran kenderaan elektrik untuk tempoh panjang





Motosikal Yamaha Pg-1 Kini Dengan Warna Baharu – Rm6,998 Read More .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

**Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini Yamaha PG-1 bagi tahun 2026 yang kini tampil dengan dua warna lebih segar.** HLYM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PG-1 kini ditawarkan dengan warna Classic Black dan Sky Blue, masing-masing dijual dengan harga **RM6,998** (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)





Pandu Uji Mitsubishi Xforce – Beri Saingan Sengit Suv Segmen B Read .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

# MITSUBISHI XFORCE - BERI SAINGAN SENGIT SUV SEGMEN B Dalam dunia SUV segmen B yang semakin sesak di Malaysia, Mitsubishi Xforce datang dengan pendekatan yang agak berbeza





Buletin Volkswagen Golf R-line Rasmi Dilancarkan ??? Harga Bermula Rm179k .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

# VOLKSWAGEN GOLF R-LINE RASMI DILANCARKAN HARGA BERMULA RM179K **Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model Golf R-Line ke pasaran tempatan, selepas ia dipertontonkan kepada umum sewaktu pelancaran Golf GTI baharu tahun lalu.** Sempena pelancaran ini, Golf R-Line ditawarkan pada harga menarik iaitu RM179,990 untuk 50 pelanggan pertama





Buletin Zeekr 7x 2026 Kini Dengan Harga Baharu – Bermula Rm182k, .. - Mekanika - 7/02 7:55 am

Harga bagi model Zeekr X dan Zeekr 009 kekal tidak berubah, dan pengguna masih boleh menikmati harga sedia ada selagi stok tahun 2025 masih tersedia. JETOUR GARIS PELAN STRATEGIK 2026, PERLUAS RANGKAIAN DAN MODEL SUV BAHARU KENDERAAN BARANGAN DILARANG BERADA DI JALAN RAYA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA





Lisa Blackpink bakal bintangi filem original Netflix baharu - Sinarharian - 7/02 12:11 am

LISA daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap."Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'," menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up





Lapangan terbang P Pinang sesak, exco seru anggota AKPS ditambah - FMT - 6/02 9:33 pm

Wong Hon Wai berkata AKPS yang kini mengendalikan pintu masuk dan keluar negara masih baharu dan mengalami kekurangan kakitangan.





Tayar Toyo Proxes Comfort Kini Ditawarkan Di Malaysia, Saiz Dari 16 Hingga 19 Inci - Piston - 6/02 9:31 pm

Toyo Tires Malaysia telah melancarkan rangkaian tayar Proxes Comfort secara rasmi, memperluaskan barisan Proxes dengan model yang memberi tumpuan kepada keselesaan pemanduan, kestabilan dan keselamatan harian untuk kereta penumpang serta SUV





Lulus dalam 7 hari & tiada SSM: KUSKOP umum skim BARAKAT untuk peniaga sempena Ramadan - Harapandaily - 6/02 9:30 pm

Pengumuman Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengenai dua skim pembiayaan khas sempena Ramadan dan Tahun Baru Cina memperlihatkan satu pendekatan dasar yang lebih peka terhadap realiti perniagaan mikro di Malaysia





NIOSH tawar 3,000 kursus OSH-C percuma untuk PKS bernilai RM2.6 juta - Sinarharian - 6/02 8:02 pm

SHAH ALAM - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menawarkan 3,000 tempat percuma bagi kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.Pengerusi NIOSH, Chong Chieng Jen berkata, inisiatif bernilai RM2.6 juta itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan Madani untuk memperkukuh pematuhan dan amalan keselamatan serta kesihatan pekerjaan (KKP) dalam sektor PKS.Menurutnya, ia juga bagi mematuhi peruntukan baharu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024."Antara lain, Seksyen 29A Akta tersebut mewajibkan majikan yang mengambil kerja lima atau lebih pekerja untuk melantik seorang OSH-C bagi menyelaras hal berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja."Kegagalan mematuhi keperluan ini merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya."NIOSH memahami cabaran yang dihadapi oleh PKS, khususnya dari segi kewangan."Oleh itu, kursus percuma ini diperkenalkan sebagai langkah proaktif bagi membantu mereka mematuhi undang-undang tanpa rasa terbeban," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NIOSH dan Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) di Ibu Pejabat NIOSH pada Jumaat.MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif, Datuk Ayop Salleh dan Setiausaha Eksekutif Mejar (B), Hanif Maidin bagi pihak NIOSH manakala SME Malaysia diwakili Presiden, Dr Chin Chee Seong dan Pengurus Besar, Koh Kok Soo.Turut hadir Presiden Persatuan ESG Malaysia Adjunct Practice, Profesor Cheah Kok Hoong.Tambah Chieng Jen, sebelum ini NIOSH menyediakan 10,000 tempat percuma untuk program yang sama di bawah inisiatif OSH-C Madani.Jelasnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluas akses latihan KKP kepada majikan dan pekerja, khususnya dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).Beliau berkata, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi PMKS berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun 2024."Ia mengatasi pertumbuhan KDNK negara sekitar 5.1 peratus





Raja Segaran antara 11 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman baharu - Thempress - 6/02 7:50 pm

PUTRAJAYA Bekas Penasihat Khas dan Perunding Undang-Undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri K





Keputusan STAM 2025 membanggakan - Fadhlina - Sinarharian - 6/02 6:27 pm

SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 yang diumumkan semalam disifatkan sebagai sangat membanggakan apabila mencatatkan pelbagai pencapaian positif.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 4,382 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2025 di 135 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan peratus kehadiran keseluruhan mencecah 98.7 peratus.Menurutnya, calon di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut merekodkan peratus kehadiran yang tinggi iaitu sebanyak 99.1 peratus.STAM 2025 turut mencatat sejarah tersendiri apabila melibatkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini melalui tempoh pengajian selama tiga tahun."Pengukuhan kurikulum hasil kerjasama dengan al-Azhar al-Sharif menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) merekodkan pencapaian 2.81 mata," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, Gred Purata bagi calon sekolah KPM juga mencatatkan pencapaian yang baik iaitu 2.63 mata.Dalam pada itu, seramai 61 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam semua 10 mata pelajaran, termasuk 30 calon daripada sekolah di bawah KPM.Secara keseluruhan, seramai 2,816 calon berjaya melepasi syarat kelayakan untuk dianugerahkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Fadhlina berkata, calon turut menunjukkan keupayaan menguasai format baharu bagi empat mata pelajaran utama iaitu Hifz al-Quran dan Tajwid, Tauhid dan Mantiq, Hadith dan Mustolah serta Insya dan Mutalaah.Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibu bapa, petugas peperiksaan dan pemeriksa yang memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan STAM 2025."Buat semua calon, semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan," tambahnya.





Zeekr 7X Terima Harga Baharu 2026 Di Malaysia Dengan Kenaikan Sehingga 1.8% - Piston - 6/02 5:48 pm

Zeekr Malaysia telah mengumumkan harga baharu 2026 untuk SUV elektrik premiumnya, Zeekr 7X, susulan tamatnya insentif cukai kerajaan bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya serta penghabisan stok 2025





Jenazah legenda bola sepak Terengganu, Zulharisam selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/02 4:55 pm

JENAZAH legenda bola sepak Terengganu Zulharisam Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Mok Suri, Pekan Batu Enam, di sini kira-kira jam 3 petang tadi.Bekas kapten pasukan Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun pada 6.20 petang semalam di kediamannya di Kampung Wakaf Baharu di sini akibat penyakit dalaman.Urusan pengebumian Allahyarham dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan yang memberikan penghormatan terakhir.Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Nur Bakti, Gong Badak di sini dengan diimamkan anak sulung Allahyarham, Muhammad Aizat Hairi.Muhammad Aizat Hairi, 19, semasa ditemui bersyukur urusan pengebumian lancar serta berterima kasih kepada mereka yang hadir dan mendoakan bapanya.Pelajar tahun pertama Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dalam jurusan Sains itu berkata, bapanya ada berpesan supaya menjaga ibu dan adik-beradiknya serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik."Ayah banyak menyembunyikan kesakitan kerana tidak mahu orang risau dan hanya berkongsi keadaan sebenar dengan ahli keluarga terdekat."Insya-ALLAH, saya akan terus berusaha menjadi tulang belakang keluarga dan memastikan amanah arwah ayah dipikul sebaiknya," katanya.Zulharisam yang bermain di posisi pertahanan pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 setelah menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.Zulharisam yang juga Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meninggalkan isteri Nik Noratiza Abd Aziz, 47, dan tiga anak iaitu Muhammad Aizat Hairi, Nur Airin Farisha, 17, dan Muhammad Aidan Haidi, 12





'Usul bahas isu persempadanan Malaysia dan Indonesia ditolak' - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 6/02 4:50 pm

SHAH ALAM Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan bahawa usul yang dikemukakannya bagi mengadakan sesi perbahasan berhubung penerangan Perdana Menteri mengenai isu persempadanan Malaysia dan Indonesia telah ditolak oleh Dewan Rakyat.Beliau berkata, usul tersebut dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) untuk membolehkan Parlimen membahaskan keputusan Mesyuarat Bersama IndonesiaMalaysia ke-45 yang berlangsung pada 18 Februari 2025 berkaitan penyelesaian masalah sempadan tertangguh (Outstanding Boundary Problems OBP) antara kedua-dua negara."Usul untuk membahaskan kedaulatan negara berhubung jajaran baharu sempadan MalaysiaIndonesia, yang didakwa melibatkan kehilangan kira-kira 5,000 hektar tanah, telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Menurut beliau, penolakan usul tersebut menafikan ruang perbahasan terbuka di Parlimen terhadap isu yang disifatkan sebagai berkepentingan nasional."Di luar kami dimaki hamun dan dituduh malas membaca





Pengerusi IJM Corporation ditahan SPRM, bantu siasatan kes pengubahan wang haram RM2.5 bilion - Sinarharian - 6/02 4:43 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengerusi Syarikat IJM Corporation Berhad berhubung kes berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas kediaman beliau dibongkar."SPRM telah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di tiga lokasi baharu iaitu sebuah institusi pengurusan dana dan pelaburan selain sebuah bank pelaburan dan kediaman suspek."Siasatan awal mendapati bank pelaburan tersebut telah dilantik untuk menguruskan proses tawaran pengambilalihan ke atas IJM Corporation Berhad termasuk urusan kawal selia dengan sebuah badan berkanun biaya kendiri," katanya.Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) telah menjalankan siasatan terhadap suspek berkaitan tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset berjumlah RM2.5 billion di luar negara dan potensi elemen kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.Sehubungan itu, SPRM telah membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah kira-kira RM30.6 juta.Tambah sumber, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram dan setakat ini pihaknya telah memanggil 15 orang saksi termasuk isteri suspek untuk dirakam percakapan.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan maklumat"Fokus siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)."Suspek telah dilepaskan dalam tempoh 24 jam selepas keterangan diambil memandangkan suspek turut mengalami masalah kesihatan," ujarnya.





Kerajaan setuju beri diskaun tol sempena Tahun Baru Cina - Utusan - 6/02 4:12 pm

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2025 minggu hadapan





Polis rampas minuman keras, rokok seludup bernilai RM1.22 juta di Subang... - Mgazette - 6/02 4:07 pm

Manakala, nilai kenderaan yang dirampas pula dianggarkan RM214,000. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM1,223,174 dan dipercayai persediaan bagi memenuhi permintaan pasaran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba





MQA 3.0 pacu kepimpinan kualiti pendidikan tinggi berteraskan HATI - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# MQA 3.0 pacu kepimpinan kualiti pendidikan tinggi berteraskan HATI SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melangkah ke fasa baharu pembangunan organisasi menerusi pengenalan agenda MQA 3.0 yang menekankan peranan agensi itu sebagai peneraju kualiti dalam landskap pendidikan tinggi negara yang semakin kompleks dan dinamik





Kerajaan didakwa terima UEC dalam dasar pendidikan negara ??? Syed Hassan - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Kerajaan didakwa terima UEC dalam dasar pendidikan negara Syed Hassan PUTRAJAYA Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendakwa wujud rasuah politik selepas kerajaan menerima Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam dasar pendidikan negara secara diam-diam, bulan lalu





Proses tapisan untuk kenaikan pangkat penjawat awam bukan siasatan jenayah - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Proses tapisan untuk kenaikan pangkat penjawat awam bukan siasatan jenayah KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan, proses tapisan yang dibuat olehnya untuk kenaikan pangkat penjawat awam bukanlah satu siasatan jenayah





Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM, kes salah tadbir urus RM2.5 bilion .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM, kes salah tadbir urus RM2.5 bilion KUALA LUMPUR - Pengerusi IJM Corporation Bhd





Larangan kenderaan berat, barangan sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Larangan kenderaan berat, barangan sempena Tahun Baharu Cina KUALA LUMPUR - Semua kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya pada 14 & 15 Februari serta 21 & 22 Februari 2026 ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina





Isu kuil jadi senjata politik: Pas didakwa diperangkap - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Isu kuil jadi senjata politik: Pas didakwa diperangkap Isu Kuil Jadi Senjata Politik: PAS Didakwa Terjebak Naratif Merugikan Parti Waytha Moorthy dakwa isu kuil Hindu dipolitikkan, Pas terperangkap naratif cetus ketegangan agama KUALA LUMPUR Parti Kemajuan Malaysia (MAP) mendakwa isu kuil Hindu sengaja dipolitikkan dan dimanipulasi oleh tangan-tangan ghaib yang berkait dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Ahli Bersatu sertai DAP bukan fenomena luar biasa ??? Tawfik - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Ahli Bersatu sertai DAP bukan fenomena luar biasa Tawfik KUALA LUMPUR Dakwaan Pengerusi DAP cawangan Wangsa Permai Kepong, Muhammad Najmi Samsudin bahawa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu menyertai DAP tidak dilihat sebagai sesuatu yang menyalahi sistem demokrasi negara





Letupan didengar sejauh 3 kilometer, cabaran bomba padam 38 hektar tanah... - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Letupan didengar sejauh 3 kilometer, cabaran bomba padam 38 hektar tanah gambut terbakar MUAR Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di ladang kelapa sawit dan nanas seluas 38.4 hektar bersamaan 54 padang bola sepak di Bukit Naning, Ayer Hitam di sini sejak sejak Sabtu lalu berdepan cabaran apabila berlaku satu letupan kuat di satu sektor kebakaran petang semalam





HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi - Mgazette - 6/02 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi, susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)





Empat Presiden PN sah hadir ???mesyuarat khas??? pilih pengerusi baharu .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm

# Empat Presiden PN sah hadir mesyuarat khas pilih pengerusi baharu - Takiyuddin KUALA LUMPUR - Keempat-empat presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kehadiran mereka dalam mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) bagi memilih pengerusi baharu gabungan itu





Kerajaan setuju beri diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina - Kosmo - 6/02 4:00 pm

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2026 kepada rakyat pada minggu hadapan





Leica Lux Case Untuk Siri iPhone 17 Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga RM480 - Amanz - 6/02 3:38 pm

Leica memperkenalkan LUX Case baharu khusus untuk iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max





Neelofa jadi inspirasi, Nora Danish luah hasrat mahu bersara - Utusan - 6/02 3:34 pm

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nora Danish, meluahkan hasrat untuk mengundurkan diri daripada bidang seni lakon selepas sekian lama bergelar anak seni, dengan faktor usia dan keletihan menjadi antara pertimbangan utama





Arif Aiman curi tumpuan, kini bergelar model baju melayu - Sinarharian - 6/02 3:25 pm

BINTANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air, namun kali ini bukan dengan kelincahannya di atas padang.Pemain sayap lincah itu membuat kejutan apabila kini bergelar model untuk sebuah jenama baju melayu terkenal, ketika beliau sedang melalui fasa pemulihan akibat kecederaan hamstring yang dialaminya pada tahun lalu.Penampilan segak Arif memperagakan busana tradisional itu nyata mengubat kerinduan peminat yang menantikan perkembangan terbaharunya.Arif Aiman sebelum ini telah mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan sukan terkemuka dunia, Dr Lempainen Lasse selepas kecederaanya itu.Susulan rawatan tersebut, beliau perlu berehat sekitar tiga bulan akibat kecederaan serius yang dialaminya ketika menggalas tugasan antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.Arif Aiman hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika aksi menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 November lepas, sebelum terpaksa diusung keluar padang.Tempoh rehat panjang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain berusia 23 tahun itu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti di luar bola sepak.Sebelum tular dengan wajah baharu sebagai model, Arif turut menarik perhatian netizen di media sosial menerusi gelagat bersahajanya mempamerkan kemahiran memasak burger.





'Hormat Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan perkataan tak elok' - Kor Ming - Sinarharian - 6/02 3:22 pm

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membidas sikap pemimpin Pas yang sering menganggap perbuatan orang lain haram walaupun perkara itu berniat baik.Kor Ming berkata, sebaliknya jika ia dilakukan oleh parti mereka semuanya baik dan boleh diterima."Jangan ikut tabiat parti Pas, semua yang dia lakukan halal, bila orang lain lakukan perkara yang baik pun dianggap haram."Dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, amalan saling menghormati itu penting dan rakyat tidak harus dipisahkan dengan faktor warna kulit mahupun kepercayaan agama," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, tindakan Kor Ming, menggunakan pelbagai 'kalimah Islam' ketika ucapan penggulungan kementeriannya mencetuskan persoalan daripada seorang Ahli Parlimen Pas yang memberi amaran supaya tidak 'mengelirukan rakyat'.Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang bangun mencelah ucapan Kor Ming ketika sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut bertanya secara terus kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu jika dia 'sudah beriman'.Dalam masa sama Kor Ming menegaskan bahawa dalam kerangka Madani itu ada hormat dan ihsan.Jelas beliau, semua pihak tidak seharusnya cenderung kepada isu yang bercanggah dengan perpaduan untuk membawa kepada penyatuan sebuah keluarga."Kita sebagai rakyat malaysia kena menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan perkataan tak elok."Anak Malaysia itu terdiri daripada Melayu,Cina, India, Kadazan Iban dan Dayak





Kegiatan seludup arak guna label palsu kastam tumpas - Sinarharian - 6/02 3:09 pm

SUBANG JAYA Kegiatan penyeludupan arak menggunakan label palsu kastam ditumpaskan dalam satu serbuan di sini pada Rabu lalu.Serbuan menerusi Op Kontraban dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hasil maklumat serta risikan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 6.30 pagi itu menahan dua lelaki warga asing berusia 25 dan 35 tahun selepas dikesan melakukan aktiviti pemunggahan kotak mengandungi minuman keras dari sebuah lori ke dalam sebuah premis.Menurut beliau, pemeriksaan dalam premis berkenaan menemukan pelbagai jenis minuman keras serta rokok tidak bercukai, selain dua lori bonded yang dipercayai digunakan bagi tujuan pengedaran."Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam aktiviti penyeludupan arak dan premis terbabit digunakan sebagai stor simpanan sejak kira-kira lima bulan lalu."Minuman keras ini dibekalkan ke pasaran sekitar Subang Jaya dan dipercayai bagi memenuhi permintaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, suspek turut dikesan mencetak label palsu kastam untuk ditampal pada botol arak berkenaan bagi mengelirukan pihak berkuasa serta pembeli.Katanya, rampasan melibatkan 17,972 botol dan 2,796 tin minuman keras serta 450 karton rokok dengan nilai keseluruhan RM1,009,174."Rampasan kenderaan pula dianggarkan bernilai RM214,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM1,223,174," ujarnya.Tegas beliau, kejayaan tangkapan dan rampasan ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya JKDNKA Selangor, dalam membanteras jenayah penyeludupan barangan tidak bercukai yang menjejaskan hasil serta keselamatan negara."Polis Selangor akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras jenayah yang merugikan negara," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.





Pilihan Raya PBT: Penjajahan bentuk baharu DAP? - Harakahdaily - 6/02 3:05 pm

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Razman Zakaria, menyifatkan rombakan Kabinet melibatkan pertukaran Menteri Wilayah kepada DAP hanya membolehkan parti itu melaksanakan agenda politiknya





Bank Islam umum GCEO baharu - Kosmo - 6/02 3:00 pm

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Raja Datin Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa 1 April 2026




Reformasi     >>



PM: Tiada kompromi demi selamatkan negara dari rasuah - Mkini
"Kononnya jadi juara kaum, tetapi bila disemak (dalam) akaun berbilion ringgit," kata Anwar Ibrahim.
Kroni     >>



Teo urges platforms to block sponsored posts promoting .. - Star
KULAI: Sponsored content promoting gambling and fraud, aimed at boosting reach to users, is raising concerns as such material has been widely detected on social media platforms, said Deputy Communications Minister Teo Nie Ching. Read full story
Tabloid     >>



Organ Dalaman Dah Tak Kuat, Along Eyzendy Kritikal - Siakapkeli
Organ Dalaman Dah Tak Kuat, Along Eyzendy Kritikal Keadaan kesihatan pelakon, Along Eyzendy kini dilaporkan semakin kritikal apabila
Tech     >>



The best live TV streaming services to cut cable in .. - Engadget
People who are interested in a live TV streaming service are probably looking for one (or all three) of the following: current sports matchups, breaking news and cable-like channels. We tried all the major providers to see what you get for your monthly bill particularly in light of the fact ..
World     >>



Trump takes down racist Truth Social post showing .. - Cnbc
The depiction of the Obamas, posted from Trump's Truth Social account, was included in a video pushing a conspiracy theory about 2020 election voting machines.
Motor Trend     >>



Buletin Dongfeng Vigo Rasmi Dilancarkan ??? Jarak .. - Mekanika
# DONGFENG VIGO RASMI DILANCARKAN JARAK GERAK 471KM, HARGA BERMULA RM100K **Selain model fastback berprestasi tinggi, Dongfeng Cars Malaysia turut melancarkan sebuah SUV elektrik kompak dikenali sebagai Dongfeng VIGO, yang disasarkan kepada pengguna mahukan dengan ciri praktikal harian.** VIGO ..