///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Arsenal News   Page 1    



'United belum mampu menang EPL musim depan' - Rooney - Sinarharian - 31/05 7:40 am

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney mengingatkan kelab itu agar bersikap realistik berhubung peluang mereka untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan meskipun menunjukkan peningkatan ketara di bawah bimbingan Michael Carrick.Carrick berjaya memacu pasukan itu mengharungi separuh kedua kempen United dengan cemerlang sekali gus melonjak ke tangga ketiga liga dan mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.Prestasi memberangsangkan itu mendorong pihak pengurusan kelab menawarkan kontrak tetap selama dua tahun kepada Carrick bagi merancang persiapan menghadapi kempen 2026/27.United kini dilaporkan menyasarkan pemain tengah Atalanta, Ederson sebagai rekrut pertama jendela perpindahan musim panas ini bagi memperkasakan lagi skuad sedia ada.Walaupun sebilangan penganalisis percaya United mampu menyaingi Arsenal dan Manchester City musim depan bersandarkan rekod 39 mata yang dikutip sejak Januari Rooney memilih untuk mengambil pendekatan lebih berhati-hati."Saya fikir situasi Man United sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat sukar buat penyokong untuk merasai kegembiraan





Chelsea perli Arsenal selepas impian Eropah berkecai - Sinarharian - 31/05 6:37 am

CHELSEA mencuri perhatian penyokong bola sepak apabila memuat naik hantaran media sosial yang dilihat menyindir Arsenal sejurus kekalahan seteru London itu pada final Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Ahad.Arsenal gagal menjulang trofi berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah kelab selepas tewas 3-4 menerusi penentuan penalti kepada Paris Saint-Germain (PSG) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan di Puskas Arena, Budapest.Tidak lama selepas perlawanan berakhir, Chelsea memuat naik promosi lawatan ke Stadium Stamford Bridge dengan memaparkan trofi Liga Juara-Juara bersama kapsyen "Datang dan lawati rumah trofi London".Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong yang menganggap ia sindiran terhadap Arsenal yang masih belum pernah menjuarai kejohanan itu.Chelsea kekal sebagai satu-satunya kelab London yang pernah menjulang Liga Juara-Juara, dengan kejayaan diraih pada 2012 dan 2021.Hantaran terbabit segera tular di media sosial apabila menerima ribuan reaksi dan komen daripada penyokong pelbagai kelab yang turut mengusik Arsenal susulan kekalahan berkenaan.Beberapa pemain dan figura bola sepak turut dilaporkan mengambil kesempatan menghangatkan suasana dengan pelbagai hantaran berkaitan keputusan final itu.Walaupun pulang hampa dari Budapest, Arsenal masih boleh berbangga dengan pencapaian musim ini selepas menamatkan kemarau 22 tahun untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris.Namun, kegagalan membawa pulang trofi Eropah bermakna skuad kendalian Mikel Arteta itu sekali lagi terpaksa menangguhkan impian untuk mengakhiri penantian panjang mereka di pentas tertinggi bola sepak benua itu.





PSG pertahan takhta Eropah hasil semangat juang luar biasa - Sinarharian - 31/05 6:25 am

PARIS Saint-Germain (PSG) sekali lagi membuktikan status mereka sebagai kuasa baharu bola sepak Eropah apabila mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan di Puskas Arena, Budapest awal pagi Ahad.Kejayaan itu menyaksikan PSG menyamai rekod jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Juara-Juara dengan 45 gol, sekali gus menyamai pencapaian FC Barcelona pada musim 1999-2000.Namun, berbeza dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Inter Milan pada final musim lalu, kejayaan kali ini dibina menerusi kesabaran, disiplin dan ketahanan mental ketika berdepan lawan yang begitu sukar ditembusi.Arsenal bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Kai Havertz, sekali gus meletakkan PSG dalam tekanan.Pasukan bimbingan Luis Enrique menguasai permainan hampir sepanjang perlawanan, namun bergelut menembusi benteng kukuh Arsenal yang hanya melepaskan enam gol dan merekodkan sembilan aksi tanpa bolos sepanjang kempen mereka ke final.Meskipun menguasai lebih 70 peratus penguasaan bola dan melengkapkan 837 hantaran berbanding hanya 199 oleh Arsenal, PSG gagal mencipta banyak peluang bersih pada babak pertama.Ketika kebuntuan berterusan, PSG akhirnya memperoleh peluang keemasan pada pertengahan babak kedua apabila Khvicha Kvaratskhelia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Cristhian Mosquera.Sepakan penalti itu disempurnakan dengan tenang oleh Ousmane Dembele untuk menghidupkan semula harapan juara Perancis itu.Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam masa tambahan sebelum penentuan penalti menjadi pemisah.PSG akhirnya muncul juara selepas pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes, gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila rembatannya melambung tinggi.Luis Enrique memuji ketahanan mental dipamerkan anak buahnya yang tidak panik walaupun ketinggalan awal."Antara kekuatan terbesar pasukan ini ialah keupayaan untuk bangkit mengatasi setiap cabaran





PSG beat Arsenal to win back-to-back Champions League titles after shootout - Aljazeera - 31/05 5:11 am

PSG win back-to-back Champions League titles with 4-3 shoot-out win over Arsenal following a 1-1 draw after extra time.





This is even bigger, says Luis Enrique as PSG retain Champions League - FMT - 31/05 4:51 am

Paris Saint-Germain beat Arsenal 4-3 on penalties after recovering from an early goal to draw 1-1 after 90 minutes and extra time.





PSG pertahan trofi UCL, tewaskan Arsenal menerusi penalti - Hotfm - 31/05 3:14 am

Budapest: Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Arsenal 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi final yang sengit di Arena Puskas, awal pagi tadi.





Final UCL: PSG tewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti - Kosmo - 31/05 3:10 am

BUDAPEST Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit menewaskan Arsenal 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebentar tadi





Gabriel Sepak Tinggi, PSG Juara UCL, Arsenal Gagal Tamatkan Badi - Vocket - 31/05 3:07 am

PSG bertemu dengan Arsenal pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2025/26





Gabriel Sepak Tinggi, PSG Juara UCL, Arsenal Gagal Tamatkan Badi - Hotfm - 31/05 3:07 am

PSG bertemu dengan Arsenal pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2025/26.





There's a sneaky way to watch Champions League final 2026 for FREE stream Arsenal vs PSG - Techradar - 30/05 10:00 pm

We've found a sneaky way to stream the 2026 Champions League final for free from anywhere in the world.





Previu Final UCL – PSG vs Arsenal: Pertarungan Pasukan Serangan Paling Berbisa Melawan Pertahanan Paling Ampuh - Vocket - 30/05 8:58 pm

Pada petang Sabtu jam 12 tengah malam waktu Malaysia atau 12 pagi waktu Malaysia, juara bertahan Liga Juara-Juara,... The post Previu Final UCL – PSG vs Arsenal: Pertarungan Pasukan Serangan Paling Berbisa Melawan Pertahanan Paling Ampuh appeared first on VOCKET .





Superkomputer ubah ramalan pemenang UCL - Sinarharian - 30/05 8:20 am

PARIS Saint-Germain (PSG) kini dilihat sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Juara-Juara 2025/2026 selepas superkomputer Opta mengubah ramalan terbaharu menjelang aksi final menentang Arsenal.PSG mara ke final selepas menyingkirkan Bayern Munich 6-5 secara agregat, manakala Arsenal menewaskan Atletico Madrid menerusi kemenangan 2-1 secara agregat untuk mengesahkan pertembungan di Budapest.Opta sebelum ini beberapa kali meletakkan Arsenal sebagai calon utama, namun kini PSG memiliki kelebihan dengan kebarangkalian 55.78 peratus untuk mempertahankan kejuaraan, manakala Arsenal 44.22 peratus.Perubahan itu didorong prestasi serangan PSG yang menjaringkan 44 gol sepanjang kempen, selain jangkaan kembalinya Ousmane Dembl ke tahap kecergasan penuh.Arsenal pula hadir dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan penantian kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain kekuatan benteng pertahanan yang menjadi antara terbaik musim ini.Final dijangka berlangsung sengit apabila PSG memburu gelaran kedua berturut-turut, manakala Arsenal mengintai trofi UCL pertama dalam sejarah kelab.





PSG pilihan, Arsenal buru magis - Utusan - 30/05 7:50 am

LONDON: Legenda Arsenal, Sol Campbell percaya The Gunners memiliki peluang terbaik untuk menamatkan kemarau trofi Eropah meskipun mengakui Paris Saint-Germain (PSG) tampil sebagai pasukan pilihan pada final Liga Juara-Juara Eropah di Budapest, esok





Gyokeres wajib jadi taruhan Arsenal - Sinarharian - 30/05 7:50 am

BEKAS penyerang England, Michael Owen percaya Mikel Arteta perlu mengembalikan Viktor Gyokeres ke dalam kesebelasan utama Arsenal menjelang final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain tengah malam ini (12 tengah malam waktu Malaysia).Gyokeres sebelum ini mempamerkan aksi meyakinkan ketika membantu Arsenal menyingkirkan Atletico Madrid pada separuh akhir menerusi persembahan bertenaga di jentera serangan.Bagaimanapun, penyerang Sweden itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi dua aksi terakhir selepas Arteta memilih Kai Havertz ketika menentang Burnley dan Gabriel Jesus ketika bertemu Crystal Palace.Kedua-dua pemain terbabit turut mencatat nama sebagai penjaring, namun Owen berasakan Gyokeres tetap pilihan paling tepat untuk mengetuai serangan Arsenal pada pentas final."Dia perlu diturunkan dalam final Liga Juara-Juara





Kvaratskhelia senjata utama PSG di Budapest - Sinarharian - 30/05 7:20 am

AKSI berbahaya Khvicha Kvaratskhelia terus menjadi antara aset utama Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Arsenal dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Budapest, Hungary tengah malam ini.Pemain sayap Georgia itu dijangka memainkan peranan penting dalam pertembungan berintensiti tinggi di Puskas Arena ketika pasukan kendalian Luis Enrique memburu kejuaraan Eropah yang diidamkan.Pemain sayap Georgia itu dijangka memainkan peranan penting dalam pertembungan berintensiti tinggi di Puskas Arena ketika pasukan kendalian Luis Enrique memburu kejuaraan Eropah kedua berturut-turut.Sejak menyertai PSG, Kvaratskhelia cepat membentuk keserasian dalam sistem kolektif yang turut digerakkan Ousmane Dembele, Vitinha dan Joao Neves, sekali gus menjadikan jentera serangan lebih seimbang dan sukar dijangka.Sebelum ke Paris, pemain berusia 23 tahun itu mencipta nama bersama Napoli selepas dibawa dari Dinamo Batumi pada 2022 dengan nilai sekitar 10 juta euro (RM46.1 juta) ketika namanya masih belum dikenali di pentas Eropah.Namun, Kvaratskehlia pantas mencuri perhatian apabila membantu Napoli menjulang kejuaraan Serie A serta menyerlah di UCL menerusi aksi lincah dan kreativiti di bahagian sayap kiri.Di Itali, penyokong Napoli menggelarnya "Kvaradona" sebagai penghormatan kepada legenda Diego Maradona, sekali gus menggambarkan impak besar yang ditinggalkan sejak musim pertamanya.Bekas jurulatih Napoli, Luciano Spalletti sebelum ini mengakui kekuatan utama pemain itu terletak pada elemen ketidakbolehramalan yang mampu mengubah rentak permainan."Kravatskhelia sukar dijangka dan perkara itu menjadikan situasi biasa bertukar luar biasa," katanya.





Raya, Saliba dan Rice kunci kekuatan Arsenal - Hotfm - 29/05 9:57 pm

London: Impian Arsenal untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) pada final Sabtu ini dijangka banyak bergantung kepada kemampuan pemain teras mereka mengekang kebangkitan Paris Saint-Germain (PSG).





Modern Warfare 4 developer breaks down the most advanced weapon simulation in Call of Duty history 'We want them to feel like real weapons, but they shouldn't feel frustrating' - Techradar - 29/05 4:00 pm

The team behind Call of Duty: Modern Warfare 4 explore improvement's to the handling of the game's virtual arsenal.





Penyokong tegar Arsenal maut dipukul penyokong Manchester United - Sinarharian - 29/05 1:05 pm

SEORANG penyokong tegar Arsenal dilaporkan maut selepas dipercayai dipukul oleh penyokong Manchester United ketika sambutan kejayaan Arsenal menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di Kampala, Uganda pada Ahad lalu.Pasukan kendalian Mikel Arteta menamatkan penantian 22 tahun untuk merangkul trofi EPL selepas menewaskan Crystal Palace 2-1 pada aksi terakhir musim itu.Kejayaan bersejarah Arsenal mencetuskan sambutan besar-besaran di seluruh Uganda yang terkenal mempunyai kelompok penyokong Arsenal yang ramai.Namun, kegembiraan itu bertukar tragedi apabila seorang penunggang teksi motosikal berusia 34 tahun, dikenali sebagai Denis maut selepas terbabit dalam pertengkaran di sebuah lokasi tayangan perlawanan.Jurucakap polis Kampala, Rachel Kawala mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang (waktu tempatan).Menurut beliau, siasatan awal mendapati Denis yang juga penyokong Arsenal dipercayai bertengkar dengan seorang lelaki dikenali sebagai Musiramu yang dikatakan penyokong Manchester United.Pertelingkahan itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan sebelum suspek didakwa memukul kepala mangsa sehingga terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.Polis kini melancarkan operasi memburu suspek yang masih gagal dikesan.EPL sememangnya memiliki pengaruh besar di Uganda dengan penyokong sering memenuhi pusat tayangan awam untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di skrin besar.Bagaimanapun, persaingan sengit antara penyokong kelab bola sepak sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa insiden keganasan di negara Afrika Timur itu.Media tempatan, Nile Post melaporkan insiden berkenaan sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap budaya keganasan membabitkan penyokong bola sepak, khususnya di kawasan bandar.





Arsenal mampu kecewakan PSG – Campbell - Hotfm - 29/05 9:59 am

London: Bekas pertahanan England, Sol Campbell mengakui Paris Saint-Germain (PSG) hadir sebagai pilihan utama menjelang final Liga Juara-Juara menentang Arsenal di Budapest, tengah malam esok namun percaya The Gunners masih mampu mencipta kejutan dengan sedikit tuah.





PSG vs Arsenal: UEFA Champions League final 10 things to know - Aljazeera - 29/05 6:45 am

Al Jazeera runs you through this season's UEFA Champions League final between Paris Saint-Germain and Arsenal.





Zohran Kongsi Suasana Aidiladha Di New York, Sekali Baju Arsenal Pula Jadi Tumpuan - Siakapkeli - 28/05 9:01 pm

Zohran Kongsi Suasana Aidiladha Di New York, Sekali Baju Arsenal Pula Jadi Tumpuan Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan besar yang disambut oleh umat Isl





Tomiyasu ready to repay Japan’s World Cup faith - SUN - 28/05 5:30 pm

Former Arsenal defender Takehiro Tomiyasu says he feels a responsibility to perform for Japan at the World Cup after injury setbacks.





Arteta dan Enrique, siapa terbaik di Eropah? - Hotfm - 28/05 9:20 am

Budapest: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta dan jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique berkongsi latar belakang yang hampir sama apabila kedua-duanya lahir daripada sistem bola sepak Barcelona selain memiliki obses terhadap kesempurnaan.





PSG buru status legenda Eropah - Utusan - 28/05 7:15 am

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) kini selangkah untuk mengukuhkan status sebagai kuasa baharu bola sepak Eropah apabila memburu gelaran kedua berturut-turut Liga Juara-Juara 2026 menentang Arsenal di Budapest hujung minggu ini





Belanda umum skuad penuh kejutan - Hotfm - 27/05 9:31 pm

Amsterdam: Memphis Depay dan pertahanan Arsenal, Jurrien Timber tetap disenaraikan dalam skuad Belanda bagi menghadapi Piala Dunia bulan depan walaupun dibelenggu masalah kecederaan.





Arteta mahu Arsenal cipta sejarah di Budapest - Hotfm - 27/05 9:16 pm

London: Mikel Arteta sepenuhnya yakin Arsenal mampu muncul juara Eropah buat kali pertama hujung minggu ini selepas menamatkan penantian 22 tahun menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).





Arsenal tempuh perlawanan yang banyak, bikin FIFPRO gusar - Hotfm - 27/05 7:57 am

London: Kesibukan jadual Arsenal musim ini menjadi contoh jelas kepada krisis beban perlawanan bola sepak moden apabila kesatuan pemain dunia FIFPRO memberi amaran peningkatan aksi boleh menjejaskan pemain menjelang Piala Dunia.





Why Trump is using Iran talks to revive the Abraham Accords - Middleeasteye - 27/05 5:38 am

In exchange for obtaining a sanctions waiver on oil sales, Iran would reopen the Strait of Hormuz, where the US also has a competing naval blockade. The deal does not address Irans ballistic missile arsenal, which The New York Times has reported is at 70 percent pre-war levels





Former Arsenal midfielder Partey named in Ghana squad ahead of World Cup - Aljazeera - 27/05 1:45 am

Ghana's Thomas Partey, who joined Villareal from Arsenal in 2025, has pleaded not guilty to seven rape charges in UK.





Misi Arteta tamatkan sumpahan Eropah - Hotfm - 26/05 9:24 am

London: Daripada insiden rush of blood Jens Lehmann hingga detik Nayim from the halfway line, Arsenal perlu menyingkirkan mimpi ngeri tiga dekad final Eropah jika mahu menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama.





Tiada pemain Real Madrid dalam skuad Sepanyol ke Piala Dunia - Hotfm - 25/05 8:45 pm

Madrid: Lamine Yamal menjadi nama utama dalam skuad Sepanyol ke Piala Dunia 2026 yang diumumkan jurulatih Luis de la Fuente, hari ini dengan pemain tengah Arsenal, Mikel Merino turut dipanggil selepas kembali pulih daripada kecederaan.





Arteta Mahu Arsenal Cipta Sejarah Julang Trofi UCL - Vocket - 25/05 8:03 pm

Mikel Arteta mencabar para pemain Arsenal supaya mencipta nama dalam sejarah dengan melengkapkan ‘double’ yang bersejarah selepas menjuarai English Premier League (EPL) 2025/26





Arteta Mahu Arsenal Cipta Sejarah Julang Trofi UCL - Hotfm - 25/05 8:03 pm

Mikel Arteta mencabar para pemain Arsenal supaya mencipta nama dalam sejarah dengan melengkapkan 'double' yang bersejarah selepas menjuarai English Premier





West Ham relegated, Arsenal lift Premier League trophy on emotional final day - FMT - 25/05 5:04 am

Tottenham Hotspur secure top-flight survival as Man Citys Pep Guardiola and Liverpools Mohamed Salah bid farewell to English football.





Patrick Vieira Dedah Penyesalan Terbesar Dalam Kariernya - Vocket - 24/05 2:47 pm

Legenda Arsenal, Patrick Vieira telah mendedahkan detik penting dalam kerjaya sebagai pemain dengan mengakui bahawa keputusan untuk menolak tawaran Real Madrid merupakan satu-satunya penyesalan dalam..





Patrick Vieira Dedah Penyesalan Terbesar Dalam Kariernya - Hotfm - 24/05 2:47 pm

Legenda Arsenal, Patrick Vieira telah mendedahkan detik penting dalam kerjaya sebagai pemain dengan mengakui bahawa keputusan untuk menolak tawaran Real





Piala Dunia: England hadir tanpa Foden, Palmer, Alexander – Arnold - Mygazette - 23/05 7:53 am

England dalam masa sama turut mencipta sejarah tersendiri apabila tiada pemain Liverpool dipanggil buat kali pertama sejak 1986. Arsenal dan Manchester City masing-masing menyumbang empat pemain dalam skuad akhir



US postpones arms sales to Taiwan as war on Iran depletes arsenal - Presstv - 23/05 7:53 am

The US postpones the delivery of its $14bn sales of weapons and munitions to Chinese Taipei due to arms stocks depletion.





Premier League finale: Arsenal, relegation, Champions League, Salah and Pep - Aljazeera - 23/05 6:15 am

Arsenal may have won the title, but the Premier League story is far from over with European spots and survival in play.





Arteta dengar Arsenal juara daripada anak - Sinarharian - 21/05 10:03 pm

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan sedang bersendirian membakar barbeku di halaman rumah ketika The Gunners menamatkan penantian 22 tahun untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini.Keputusan seri 1-1 Manchester City ketika menentang Bournemouth pada Selasa mengesahkan kelab London berkenaan untuk muncul juara liga buat kali pertama sejak 2004.Arteta menyifatkan kejayaan menjulang trofi EPL selepas enam setengah tahun membimbing Arsenal sebagai antara perasaan terbaik pernah dirasainya.Namun, beliau mengakui tidak menyaksikan langsung perlawanan membabitkan anak buah Pep Guardiola di Stadium Vitality itu."Saya sepatutnya berada di pusat latihan dan menonton perlawanan bersama pemain serta staf kerana itu yang mereka mahukan, tetapi saya tidak mampu melakukannya."Saya pulang ke rumah, keluar ke halaman dan mula menyalakan api untuk barbeku





Neuer kembali perkuat Jerman buru gelaran Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 21/05 9:11 pm

PENJAGA gol veteran, Manuel Neuer, membuat kejutan apabila dipanggil semula menyertai skuad 26 pemain Jerman bagi menghadapi Piala Dunia 2026 sekali gus menamatkan persaraan antarabangsanya.Pemain berusia 40 tahun itu sebelum ini mengumumkan persaraan daripada arena antarabangsa pada 2024.Namun pengendali Julian Nagelsmann mengesahkan Neuer akan menjadi pilihan utama mengatasi Oliver Baumann dalam temasya di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico musim panas ini."Semua orang mengetahui aura dan kualiti dimiliki Manu serta apa yang dibawanya kepada pasukan."Kami merancang untuk menjadikannya penjaga gol nombor satu. Dia memberi impak kepada pasukan sendiri, lawan dan mampu mencipta detik istimewa," kata Nagelsmann ketika pengumuman skuad di Frankfurt.Joshua Kimmich kekal sebagai kapten meskipun Neuer kembali menyertai skuad kebangsaan.Bekas pemain sayap Manchester City dan Bayern Munich, Leroy Sane, yang kini beraksi bersama Galatasaray turut mengekalkan tempat dalam skuad.Nagelsmann mengakui statistik Sane peringkat kelab musim ini kurang memberangsangkan, namun yakin dengan prestasinya bersama skuad kebangsaan.Neuer kini menjadi satu-satunya pemain yang masih kekal daripada skuad Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014.Pemain pertahanan Freiburg, Matthias Ginter, gagal disenaraikan meskipun memainkan peranan penting membawa kelabnya ke final Liga Europa, dengan Malick Thiaw dari kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dipilih mengisi posisi pertahanan tengah.Sementara itu, pemain muda Bayern Munich berusia 18 tahun, Lennart Karl, turut menerima panggilan pertama ke kejohanan utama antarabangsa.Jamal Musiala kembali disenaraikan selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang menyaksikannya terlepas aksi persahabatan Jerman pada Mac lalu.Jerman yang diletakkan dalam Kumpulan C akan berdepan Curacao, Ivory Coast dan Ecuador.SKUAD JERMANPENJAGA GOL: Oliver Baumann (Hoffenheim), Manuel Neuer (Bayern Munich), Alexander Nuebel (Stuttgart)PERTAHANAN: Waldemar Anton (Borussia Dortmund), Nathaniel Brown (Eintracht Frankfurt), Joshua Kimmich (Bayern Munich), David Raum (RB Leipzig), Antonio Rudiger (Real Madrid), Nico Schlotterbeck (Borussia Dortmund), Jonathan Tah (Bayern Munich), Malick Thiaw (Newcastle)TENGAH: Nadiem Amiri (Mainz), Leon Goretzka (Bayern Munich), Pascal Gross (Brighton and Hove Albion), Jamie Leweling (Stuttgart), Jamal Musiala (Bayern Munich), Felix Nmecha (Borussia Dortmund), Aleksandar Pavlovic (Bayern Munich), Angelo Stiller (Stuttgart), Florian Wirtz (Liverpool)PENYERANG: Maximilian Beier (Borussia Dortmund), Kai Havertz (Arsenal), Lennart Karl (Bayern Munich), Leroy Sane (Galatasaray), Deniz Undav (Stuttgart), Nick Woltemade (Newcastle)





KOMENTAR Arsenal memang berhak jadi juara - Mkini - 21/05 7:50 pm

KOMENTAR Bergembiralah sebelum masa berlalu pergi, berlagaklah sebelum masuk musim baru





Samsung Redefines Home Entertainment For 2026 With Micro RGB & Audio Arsenal - Rakyatpost - 21/05 2:30 pm

Samsung drops its full 2026 AI TV and audio lineup, making it easier to build your dream home theatre.





Kalah atau menang lawan PSG, Arsenal tetap cipta rekod baharu - Hotfm - 21/05 8:22 am

London: Selepas menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama dalam tempoh 22 tahun, Arsenal kini berpeluang memenangi Piala Eropah pertama dalam sejarah kelab apabila menentang Paris Saint-Germain dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 30 Mei nanti.





Arsenal akhiri penantian 22 tahun - Utusan - 21/05 7:30 am

LONDON: Arsenal menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Manchester City sekadar seri 1-1 dengan Bournemouth, semalam





Arsenal bukan bahan ketawa lagi – Saka - Hotfm - 20/05 11:15 pm

London: Arsenal akhirnya menamatkan penantian lebih dua dekad untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Bukayo Saka menegaskan bahawa pengkritik kini sudah tidak ketawakan mereka lagi.





Arteta: Daripada Culture Reset, Percayakan Proses Sehingga Menjulang EPL Bersama Arsenal - Vocket - 20/05 9:02 pm

Pada 22 Disember 2019, Mikel Arteta diumumkan sebagai pengurus Arsenal yang baharu telah mendapat perhatian ramai





Daripada Culture Reset, Percayakan Proses Sehingga Menjulang EPL Bersama Arsenal - Hotfm - 20/05 9:02 pm

Pada 22 Disember 2019, Mikel Arteta diumumkan sebagai pengurus Arsenal yang baharu telah mendapat perhatian ramai





Guardiola masih berteka-teki masa depan di Manchester City - Sinarharian - 20/05 3:30 pm

PEP Guardiola masih belum memberi kepastian mengenai masa depannya bersama Manchester City selepas pasukannya terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/2026 kepada Arsenal.Pengendali dari Sepanyol itu berkata, keputusan berhubung masa depannya hanya akan dibincangkan selepas musim tamat bersama pihak kelab termasuk pengerusi, pemain dan staf kejurulatihan."Saya mempunyai baki satu tahun kontrak





EPL: Arsenal sah juara, akhiri badi 22 tahun - Kosmo - 20/05 3:08 pm

LONDON – Pasukan Arsenal layak untuk dihormati selepas bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 2004 sekali gus mengakhiri badi 22 tahun, hari ini





Rafizi Ramli Mahu Politik Malaysia Belajar Daripada Arsenal - Vocket - 20/05 1:32 pm

Rafizi Ramli mencuri perhatian apabila menggunakan kejayaan Arsenal sebagai analogi untuk menyampaikan mesej lebih besar mengenai landskap politik negara





Arsenal fans erupt after team secures Premier League crown - Aljazeera - 20/05 12:17 am

Arsenal has won the Premier League, ending a 22-year drought.





Detik Indah Pemain & Penyokong Arsenal Raikan Kejayaan Muncul Juara EPL 2025/26 - Vocket - 20/05 11:47 am

Pusat Latihan Sobha Realty berpesta selepas Arsenal muncul juara English Premier League (EPL) 2025/26 selepas Manchester City sekadar seri bertemu Bournemouth pada aksi yang berlangsung..





Arsenal bakal angkat piala di Palace Ahad ini - Hotfm - 20/05 8:25 am

London: Arsenal menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukan di tangga kedua, Manchester City seri 1-1 di Bournemouth, awal pagi tadi.





Arsenal juara EPL selepas City seri di Bournemouth - Hmetro - 20/05 7:43 am

London: Arsenal meraikan kejuaraan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 22 tahun selepas Manchester City terikat 1-1 dengan Bournemouth, awal pagi tadi, sekali gus mencetuskan suasana kegembiraan luar biasa di sekitar Stadium Emirates





Arsenal crowned Premier League champions after Man City draw - SUN - 20/05 7:36 am

Arsenal end 22-year title drought as Man Citys draw with Bournemouth seals the Premier League crown for Mikel Artetas side.





Arsenal tamatkan kemarau trofi EPL selama 22 tahun - Utusan - 20/05 7:34 am

LONDON: Penantian Arsenal selama 22 tahun untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menemui titik nokhtah selepas pencabar utama mereka, Manchester City sekadar seri 1-1 menentang Bournemouth, semalam





Arsenal juara EPL, tamatkan kemarau 22 tahun - Sinarharian - 20/05 7:08 am

ARSENAL akhirnya menamatkan penantian panjang selama 22 tahun untuk kembali menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pencabar utama, Manchester City sekadar seri 1-1 menentang AFC Bournemouth, awal pagi tadi.Keputusan itu mengesahkan Arsenal sebagai juara EPL buat kali pertama sejak era "Invincibles" kendalian Arsne Wenger pada musim 2003/2004.Kejayaan bersejarah itu turut melengkapkan transformasi luar biasa dibawa pengendali dari Sepanyol, Mikel Arteta yang berjaya mengubah Arsenal daripada pasukan pencabar kepada juara sejak mengambil alih pasukan pada Disember 2019 menggantikan Unai Emery.Sebelum ini, Arsenal terpaksa berpuas hati muncul naib juara dalam tiga musim berturut-turut, malah mereka hampir dikejar City selepas tewas di Stadium Etihad pada April lalu sehingga kelebihan sembilan mata semakin mengecil.Bagaimanapun, skuad The Gunners kekal tenang dalam lima aksi terakhir musim ini apabila memenangi empat perlawanan berturut-turut tanpa dibolosi, termasuk kemenangan 1-0 ke atas Burnley FC.Pada masa sama, City gagal mengekalkan konsistensi apabila tercicir mata ketika seri menentang Everton FC sebelum keputusan terbaru di Bournemouth menutup terus peluang mereka mempertahankan kejuaraan.Ribuan penyokong Arsenal dilaporkan mula berkumpul di sekitar Stadium Emirates sejurus tamat aksi City menentang Bournemouth sebelum meraikan kejayaan penuh emosi itu di jalanan London.Arsenal dijadual menerima trofi EPL selepas aksi terakhir menentang Crystal Palace FC di Selhurst Park, Ahad ini.Kejayaan domestik itu turut membuka peluang buat Arteta untuk melengkapkan musim gemilang apabila Arsenal bakal berdepan Paris Saint-Germain FC dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 30 Mei nanti.Jika berjaya muncul juara Eropah, Arsenal akan menjadi kelab Inggeris keenam mencipta kejayaan berganda menjuarai liga domestik dan Liga Juara-Juara dalam musim sama.





Arsenal win Premier League after Man City held by Bournemouth - FMT - 20/05 5:14 am

The Gunners end their 22-year wait to be crowned champions after Manchester Citys title challenge fizzled out with a 1-1 draw.





Arsenal crowned Premier League champions as Man City draw at Bournemouth - Aljazeera - 20/05 4:28 am

Arsenal's 22-year wait for a Premier League title ends as Manchester City draw 1-1 at Bournemouth.





Arsenal makin hampir tamatkan kemarau 22 tahun - Sinarharian - 19/05 6:57 am

ARSENAL semakin hampir menamatkan kemarau 22 tahun tanpa kejuaraan selepas menewaskan Burnley 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, awal pagi Selasa.Jaringan tunggal Kai Havertz pada minit ke-36 memastikan tiga mata berharga buat skuad kendalian Mikel Arteta, sekali gus meletakkan mereka lima mata di depan pencabar utama, Manchester City.Gol itu hadir menerusi tandukan Havertz hasil sepakan penjuru tepat yang diambil Bukayo Saka, sekali gus menjadi gol ke-18 Arsenal daripada situasi bola mati dalam saingan liga musim ini.Kemenangan tersebut memberi tekanan besar kepada City yang wajib menewaskan AFC Bournemouth bagi memastikan perebutan gelaran dibawa hingga aksi terakhir musim ini.Jika skuad bimbingan Pep Guardiola gagal meraih kemenangan, Arsenal bakal mengesahkan kejuaraan liga pertama sejak era "Invincibles" di bawah Arsne Wenger pada 2004.Selepas tewas 1-2 kepada City pada 19 April lalu, Arsenal dilihat semakin sukar untuk memburu takhta liga.Namun, mereka bangkit dengan empat kemenangan berturut-turut tanpa bolos untuk kembali berada di landasan terbaik menjulang trofi.Dalam aksi itu, Arsenal menguasai sebahagian besar permainan tetapi berdepan tentangan kental Burnley.Saka turut menuntut sepakan penalti pada babak pertama, namun pengadil Paul Tierney tidak melayan rayuan tersebut dan keputusan itu dikekalkan video bantuan pengadil (VAR).Arsenal hampir menggandakan jaringan pada separuh masa kedua menerusi percubaan Eberechi Eze yang terkena palang gol Burnley.The Gunners turut menarik nafas lega apabila Havertz terlepas daripada kad merah selepas terjahan keras ke atas Lesley Ugochukwu pada minit ke-65 tidak dikenakan tindakan lanjut oleh VAR.Walaupun terpaksa bertahan dalam suasana penuh tekanan pada penghujung permainan, Arsenal berjaya mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat untuk terus berada di ambang kejuaraan EPL selain bersiap menghadapi final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) hujung bulan ini





Cuba warns of bloodbath if US attacks, Washington adds sanctions - FMT - 19/05 5:30 am

Intelligence reports claim Havana has built a drone arsenal with Russian and Iranian support, possibly targeting US assets.





Arsenal on the brink of Premier League title after nervy Burnley win - FMT - 19/05 5:12 am

The Gunners go five points clear after a 1-0 win and could be crowned champions should Man City fail to win at Bournemouth.





Arsenal have one hand on Premier League title after beating Burnley - Aljazeera - 19/05 5:11 am

Arsenal are one win away from their first Premier League title since 2004 following a 1-0 win against Burnley.



The US Is Betting On AI To Catch Insider Trading In Prediction Markets - Slashdot - 19/05 12:00 am

"When we feed it into AI, we get really great information. It can help us understand things, like where we might want to investigate, or when we might need to send a subpoena to a trader." In addition to proprietary surveillance systems developed in-house, the agency's arsenal includes third-party blockchain tracing tools like Chainalysis for crypto platforms, and market abuse detection software including Nasdaq Smarts for centralized markets





Food systems and policies undermining food security - Sinchew - 18/05 3:41 pm

Economic and military threats have been used for diverse ends, including economic, political, and other strategic goals. Tariffs and sanctions are now part of a diverse arsenal of such weapons deployed for various purposes





Guardiola tangguh sambutan Piala FA, fokus buru kejuaraan liga - Sinarharian - 17/05 7:56 am

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui tiada ruang untuk meraikan kejayaan menjulang Piala FA selepas pasukannya masih diburu misi lebih besar dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).City menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final di Wembley hasil jaringan tumit menarik pemain baharu, Antoine Semenyo pada minit ke-72, sekali gus menghadiahkan trofi kedua buat skuad kendalian Guardiola musim ini selepas menjuarai Piala Liga pada April lalu.Bagaimanapun, Guardiola menegaskan fokus pasukannya kini terarah sepenuhnya kepada saingan liga ketika mereka masih berpeluang memintas Arsenal dalam perebutan gelaran EPL."Tiada sambutan, malah tiada walau satu bir





Penyokong Arsenal Kecewa Perjanjian Dengan Syarikat Milik Warga Isr**el Penyokong Z*onis - Vocket - 16/05 11:15 pm

Arsenal berdepan kritikan daripada sebahagian penyokong mereka sendiri selepas mengumumkan kerjasama komersial dengan syarikat HR global Deel, yang diasaskan oleh individu yang mempunyai kaitan latar..





Penyokong Arsenal Kecewa Perjanjian Dengan Syarikat Milik Warga Isr**el Penyokong Z*onis - Hotfm - 16/05 11:15 pm

Arsenal berdepan kritikan daripada sebahagian penyokong mereka sendiri selepas mengumumkan kerjasama komersial dengan syarikat HR global Deel, yang diasaskan





PSG guna latihan ala ragbi hadapi Arsenal - Sinarharian - 16/05 8:40 am

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan mengambil pendekatan luar biasa apabila menjalani sesi latihan ala ragbi sebagai persiapan menghadapi Arsenal dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).Menurut media Britain, skuad kendalian Luis Enrique itu memberi tumpuan khusus kepada situasi bola mati yang dianggap antara kekuatan utama wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.Dalam sesi latihan tersebut, staf kejurulatihan PSG menggunakan pad impak seperti dalam sukan ragbi bagi mensimulasikan pertembungan fizikal di kawasan penalti.Penjaga gol turut didedahkan kepada situasi lebih agresif, termasuk cabaran ketika keluar menangkap bola dan menepis hantaran dari sepakan sudut.Langkah itu dipercayai sebagai persediaan rapi untuk menyaingi ancaman Arsenal yang terkenal dengan keupayaan memanfaatkan set piece, selepas meledak 21 gol menerusi situasi bola mati dalam saingan EPL musim ini.Bagaimanapun, pendekatan Arsenal dalam situasi tersebut turut mencuri perhatian apabila beberapa insiden sebelum ini mencetuskan perdebatan, termasuk dakwaan aksi menarik dan mengunci pergerakan pemain lawan dalam kawasan penalti.Kontroversi turut tercetus dalam pertembungan menentang West Ham baru-baru ini apabila satu jaringan dibatalkan selepas pengadil Chris Kavanagh mendapati berlaku halangan terhadap penjaga gol David Raya ketika situasi bola mati.Situasi itu mencetuskan perbincangan hangat di England mengenai sempadan fizikal dalam bola sepak moden, terutama ketika set piece yang semakin menjadi senjata utama pasukan-pasukan elit.PSG bukan satu-satunya kelab yang mencari kaedah alternatif bagi menghadapi cabaran tersebut.Sebelum ini, Brighton turut mencuri perhatian apabila menggunakan khidmat jurulatih seni mempertahankan diri campuran (MMA) untuk meningkatkan ketahanan fizikal pemain dalam situasi bola mati.Bagi Enrique, pendekatan berinspirasikan ragbi bukan perkara baharu, malah beliau sebelum ini dikenali dengan pendekatan taktikal yang menekankan variasi permainan serta analisis dari sudut pandang berbeza termasuk dari tempat duduk penonton.Jika PSG berjaya menewaskan Arsenal, ia bukan sahaja membawa mereka ke pentas final, malah membuka peluang mencipta sejarah memenangi kejuaraan UCL secara berturut-turut.





Mitoma fails to make Japans 2026 World Cup squad due to hamstring injury - Aljazeera - 15/05 2:38 pm

Monaco forward Takumi Minamino also misses out due to injury, but ex-Arsenal defender Takehiro Tomiyasu makes the cut.



PSG rangkul kejuaraan Ligue 1 kali kelima berturut-turut selepas tewaskan Lens - Sinarharian - 14/05 5:37 pm

PARIS St Germain (PSG) merangkul kejuaraan Ligue 1 buat kali kelima berturut-turut selepas menewaskan pencabar terdekat Lens 2-0 di Stade Bollaert-Delelis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).PSG hanya memerlukan satu mata ketika menentang pasukan di tangga kedua itu untuk mengesahkan kejuaraan domestik ke-12 mereka dalam tempoh 14 tahun. Pasukan itu mendahului menerusi jaringan Khvicha Kvaratskhelia pada separuh masa pertama sebelum Ibrahim Mbaye menambah gol kedua pada masa kecederaan.Lens mengatasi jangkaan apabila memberi saingan sengit kepada kelab dari Paris itu sepanjang musim dan masih berpeluang menamatkan kempen dengan cemerlang apabila menentang Nice dalam final Coupe de France hujung bulan ini.Pasukan kendalian Luis Enrique itu, yang kini mendahului Lens dengan kelebihan enam mata dengan baki satu perlawanan, akan menentang Paris FC dalam aksi liga terakhir pada Ahad sebelum berdepan Arsenal pada final Liga Juara-Juara hujung bulan ini.PSG membuka jaringan pada minit ke-29 menerusi penyerang Georgia Kvaratskhelia yang menjaringkan gol ke-23 musim ini untuk kelab dan negara, selepas menerima hantaran Ousmane Dembele.Lens berpeluang menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Abdallah Sima namun percubaannya berjaya diselamatkan, selain tandukan yang sedikit tersasar.Dembele hampir menambah gol kedua PSG sebelum rehat, namun percubaan rendahnya berjaya ditepis penjaga gol Lens Robin Risser.Matvey Safonov sekali lagi beraksi cemerlang di gawang PSG, menggagalkan percubaan Sima pada awal babak kedua sebelum bertindak pantas menepis tandukan Matthieu Udol ketika tuan rumah memburu gol penyamaan.Pasukan tuan rumah semakin hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-74 apabila rembatan Sima terkena tiang gol, sebelum Mamadou Sangare memaksa Safonov melakukan satu lagi penyelamatan ketika PSG mempertahankan kelebihan tipis mereka.Pasukan pelawat kemudian memastikan kemenangan pada masa kecederaan apabila Mbaye menyempurnakan hantaran silang Desire Doue dari dalam kawasan penalti



Man City ease past Palace to keep pressure on Arsenal - SUN - 14/05 7:20 am

Manchester Citys second-string side beat Crystal Palace 3-0 to move two points behind Premier League leaders Arsenal with two games remaining



Transkrip VAR Arsenal-West Ham didedah - Sinarharian - 14/05 7:10 am

KONTROVERSI perlawanan Arsenal menentang West Ham United terus menjadi perhatian apabila transkrip penuh komunikasi video bantuan pengadil (VAR) bagi insiden gol lewat permainan didedahkan, sekali gus menjelaskan sebab jaringan penyamaan dibatalkan.Insiden pada penghujung aksi menyaksikan Callum Wilson menyangka beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95.Bagaimanapun, keputusan di atas padang berubah selepas semakan VAR dikendalikan Darren England.Semakan mendapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol Arsenal, David Raya ketika situasi sepakan sudut, termasuk insiden tarikan pada jersi dan gangguan terhadap pergerakan tangannya ketika cuba merebut bola.Rakaman audio komunikasi VAR menunjukkan pegawai perlawanan membincangkan beberapa sudut rakaman sebelum menyimpulkan wujud "foul on the goalkeeper" yang memberi kesan langsung kepada kemampuan Raya untuk bermain bola.VAR turut menilai insiden itu berlaku lebih awal dalam fasa serangan, sebelum pengadil Chris Kavanagh diminta ke monitor bagi melakukan semakan di padang.Selepas meneliti beberapa sudut rakaman, pengadil akhirnya bersetuju terdapat unsur pegangan yang jelas terhadap Raya, sebelum membatalkan gol West Ham dan memberikan sepakan percuma kepada Arsenal.Ketua Badan Pengadil Profesional England (PGMOL), Howard Webb, mempertahankan keputusan tersebut dengan menyifatkan gangguan terhadap penjaga gol sebagai "kesalahan jelas dan ketara" selaras dengan garis panduan pengadilan musim ini.Beliau menjelaskan bahawa penjaga gol yang dihalang daripada menggunakan tangan secara bebas ketika mengawal bola perlu dilindungi, terutama dalam situasi bola tinggi di kawasan penalti yang sesak.Keputusan itu terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan, dengan sebahagian berpendapat insiden tersebut terlalu ketat untuk membatalkan gol pada saat akhir perlawanan.Namun, pihak pengadil menegaskan semakan VAR mengesahkan gangguan terhadap penjaga gol sebagai faktor utama yang mengubah keputusan asal di padang.



Man City beat Palace to close gap with Arsenal to 2, with two games to play - Aljazeera - 14/05 5:58 am

Manchester City overcome Crystal Palace 3-0 to cut Arsenal's Premier League lead to two points as season finale looms.



Why Soccer Still Defies Statistical Analysis - Wired - 12/05 7:00 pm

Sarah Rudd, who once ran analytics for Arsenal, made her name applying the tenets of probability theory to movements on the pitch



Arsenal hampiri kejuaraan EPL - Utusan - 12/05 7:30 am

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui ‘tuah’ memihak kepada The Gunners selepas mengutip tiga mata penting hasil kemenangan 1-0 ke atas West Ham United, semalam




Reformasi     >>



Perlis Inland Port to contribute to M'sia-Thai US$30b .. - Mkini
Loke says port has potential to link Asean countries with broader markets in East Asia and Eurasia.
Kroni     >>



Barcelona tidak tunggu lama sambar Gordon - Utusan
BARCELONA: FC Barcelona terus menggegarkan jendela perpindahan Eropah apabila mengesahkan kehadiran penyerang sayap England, Anthony Gordon dari Newcastle United dengan nilai perpindahan yang mencecah 80 juta euro (RM369 juta). Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak selama lima musim sehingga ..
Tabloid     >>



Cari keberkatan lebih besar - Hmetro
Bachok: Sebanyak 22 ekor lembu dan 44 ekor kambing korban diagihkan kepada 22 institusi pondok di seluruh Kelantan, golongan asnaf serta masyarakat setempat menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Korban bersama EZ Qurban Sdn Bhd di Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis, Jumaat lalu. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung Galaxy Watch9's codename surfaces, might .. - Gsmarena
Samsung launched the first "Classic" smartwatch with the Galaxy Watch4 in 2021, but it wasn't a part of all the Galaxy Watch lineups that arrived later, as Samsung launched the Classic model with alternate generations, meaning the Watch5 and Watch7 didn't have a Classic version, but the Watch6 and ..
World     >>



US says it is more than capable of resuming war on Iran - Middleeasteye
US says it is more than capable of resuming war on Iran The United States has warned it is more than capable of resuming its war on Iran as President Donald Trump considers a proposed peace agreement that officials say must meet Washingtons red lines. According to AFP, unnamed US sources said ..
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Brembo Sahkan, Brek By Wire Akan Mula .. - Mekanika
# BREMBO SAHKAN, BREK BY WIRE AKAN MULA DIKILANGKAN Selama lebih satu abad, sistem brek hidraulik menjadi komponen asas dalam hampir setiap kenderaan moden. Walaupun pelbagai teknologi keselamatan seperti ABS, Electronic Stability Control (ESC) dan Autonomous Emergency Braking (AEB) ..