///
See Also: Shutterstock

Search : Armada News   Page 1    



Syed Saddiq Dalang Dalam Kes Subahat Pecah Amanah Dana Armada – Pendakwaan - Siakapkeli - 11/12 10:57 pm

Syed Saddiq Dalang Dalam Kes Subahat Pecah Amanah Dana Armada – Pendakwaan PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah dalang dalam kes bersubahat melakukan pecah amanah membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Syed Saddiq Mastermind Pecah Amanah Dana Armada Pendakwaan - Wrlr - 11/12 5:51 pm

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 11 Disember 2025. Foto Faiz Alif Zubir PUTRAJAYA, 11 Dis Pihak pendakwaan hari ini berhujah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah dalang atau mastermind dalam perlakuan pecah amanah jenayah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Tafsiran derma jadi milik peribadi disifat bahaya, pendakwaan bantah hujah Syed Saddiq - Sinarharian - 11/12 4:31 pm

PUTRAJAYA Sekiranya Mahkamah Persekutuan pada Khamis menerima alasan Ahli Parlimen Muar, bahawa hasil derma di akaun parti boleh dialihkan ke akaun peribadi kerana menggantikan wang yang digunakan semasa pilihan raya, ia membuka ruang kepada mana-mana individu untuk mengalirkan derma ke akaun peribadi secara sah.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib selaku perayu, menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33.Menurutnya, keadaan itu akan membuka ruang lebih luas kepada pihak lain termasuk ahli politik, untuk mengalihkan wang derma ke dalam akaun masing-masing dengan halal."Jika tafsiran Mahkamah Rayuan dikekalkan, pihak itu boleh memindahkan wang sumbangan kempen ke akaun sendiri kemudian menuntutnya sebagai wang peribadi."Pendakwaan menyifatkan kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa wang itu milik perayu sebagai suatu isu berbahaya."Ia meruntuhkan prinsip fidusiari antara tujuan sesuatu dana dikumpulkan dengan kawalan peribadi," katanya.Dalam prosiding ini, beliau hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin, Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Mereka menegaskan, dengan menganggap tujuan pengumpulan dana sebagai pemberian pemilikan mutlak, Mahkamah Rayuan seolah-olah memadamkan elemen amanah yang menjadi asas kepada kesalahan penyelewengan.Beliau berkata, dana yang dikumpul untuk sesuatu tujuan merupakan milik penderma atau dana kolektif sehingga digunakan dengan betul.Katanya, sumbangan itu tidak boleh dianggap serta-merta menjadi hak milik benefisiari sehingga kewajipan amanah disempurnakan.Ahmad Akram berkata, Mahkamah Rayuan tersilap dalam dapatan dengan menggambarkan dana itu sebagai satu bentuk penukaran dan bukannya penyalahgunaan atau pecah amanah.Beliau berkata, ini kerana Syed Saddiq selaku responden meminta dana awam berdasarkan naratif pengorbanan, tetapi telah menggunakan dana itu demi kepentingan diri sendiri."Derma berkenaan merupakan harta yang diamanahkan jadi selaku pemegang jawatan, Syed Saddiq mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadapnya."Kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu telah lengkap sebaik sahaja wang itu dialihkan ke dalam kawalan peribadi Syed Saddiq, tanpa mengira dakwaan kemudiannya bahawa dana digunakan sebagai bayaran balik," katanya.Justeru katanya, Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan dana berkenaan menjadi milik bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu hanya kerana ia dikutip untuk kempen pilihan rayanya.Beliau berkata, wang amanah kekal sebagai harta milik orang lain sehingga digunakan untuk tujuan asalnya."Seorang fidusiari tidak boleh secara sepihak menukar wang amanah menjadi milik peribadi," katanya.Prosiding di hadapan panel tiga hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah, bersambung Jumaat.Dalam prosiding ini, pembelaan bagi pihak bekas Menteri Belia dan Sukan itu diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S Devanandan, Low Wei Loke, Lim Wei Jiet, Siti Summaiyah Ahmad Jaafar, Mohammed Khairuzzaman Mohammed Ridha, Ee Gen You dan Nevyn Vinosh Venudran





Syed Saddiq hormat institusi kehakiman, yakin ia penentu terbaik nasibnya - Mgazette - 11/12 3:31 pm

"Yang penting ialah berdoa kerana Insya-Allah, Allah SWT akan bersama mereka yang berada di pihak yang benar," ujarnya sejurus sebelum rayuan bermula. Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman di sini bagi pendengaran rayuan pendakwaan yang mahu mengetepikan pembebasannya daripada sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana Armada





Syed Saddiq dalang pengeluaran dana RM1 juta Armada – Pendakwaan - Mgazette - 11/12 3:31 pm

# Syed Saddiq dalang pengeluaran dana RM1 juta Armada - Pendakwaan PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan dalang atau _mastermind_ di sebalik perbuatan pecah amanah dana RM1 juta Armada yang dilakukan Penolong Bendaharinya ketika itu, Rafiq Hakim Razali





Mahkamah Rayuan lempar tuduhan liar terhadap pendakwaan, SPRM – Wan .. - Mgazette - 11/12 3:31 pm

# Mahkamah Rayuan lempar tuduhan liar terhadap pendakwaan, SPRM - Wan Shaharuddin PUTRAJAYA - Pasukan pendakwaan menghujahkan, Mahkamah Rayuan telah melemparkan tuduhan liar dan tidak adil terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada pertuduhan penyelewengan dana RM1 juta milik Armada





‘Syed Saddiq ‘Mastermind’, Dalang Pecah Amanah Duit ARMADA’ – Pendakwa Raya - Beautifulnara - 11/12 2:52 pm

Kes membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi perhatian apabila pihak pendakwaan berhujah bahawa beliau sebenarnya adalah dalang dalam kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Syed Saddiq mastermind pecah amanah dana Armada - Pendakwaan - Sinarharian - 11/12 12:51 am

PUTRAJAYA [KEMAS KINI] Pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan mastermind di sebalik kes pecah amanah terhadap dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq, 33.Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana parti itu.Wan Shaharudin berkata, ketika prosiding di Mahkamah Rayuan, panel hakim gagal menilai keseluruhan keterangan saksi berdasarkan kronologi kes, secara objektif dan menyeluruh.Sedangkan katanya, hakim Mahkamah Rayuan mengakui Syed Saddiq selaku responden telah mengeluarkan arahan kepada bekas Penolong Bendahari parti, Rafiq Hakim Razali, 35, supaya mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada.Menurutnya, ia termasuk arahan responden kepada Rafiq Hakim untuk melupuskan wang atau perkataan yang timbul semasa prosiding iaitu clearkan dana apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat rumah responden pada 31 Mac 2020.Katanya, perbuatan itu bukan untuk urusan politik sebaliknya takut wang itu akan dirampas.Beliau berkata, keterangan itu jelas menjurus kepada kesalahan persubahatan supaya Rafiq Hakim yang juga saksi pendakwaan (SP) ke-13 mengeluarkan wang milik Armada atas alasan tidak jujur."Tanpa arahan daripada ahli politik itu, SP13 tidak mungkin mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada."Setiap peristiwa itu juga berlaku kerana ada arahan diberi sama ada kepada SP10, bekas Exco Armada Bersatu, Abdul Hannaan Khairy atau SP11, bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi."Jelas sekali, dalang bagi setiap kesalahan itu ialah responden sendiri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Wan Shaharudin turut berhujahkan bahawa Mahkamah Rayuan menilai keterangan semua saksi itu termasuk SP8, pemilik syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32.Katanya, ia berkaitan kemungkinan wujud motif untuk mengenakan Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.Sedangkan katanya, semua saksi itu merupakan kawan baik responden sekali gus menunjukkan tiada motif untuk mengenakan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terbabit."Komen panel hakim Mahkamah Rayuan terhadap saksi-saksi terbabit merupakan tidak berasas memandangkan tiada perselisihan pernah dilaporkan berlaku."Selain itu ketika perbicaraan, responden mengesahkan hubungan mereka baik malah sebelum bicara bermula, Syed Saddiq pernah memanggil SP13 untuk memperagakan baju raya," katanya.Beliau menegaskan, pihak pendakwaan telah membuktikan semua elemen penting secara kukuh dan mempunyai asas prima facie.Justeru katanya, tidak wajar bagi panel hakim Mahkamah Rayuan mengatakan perayu gagal sedangkan mereka telah membuktikan semua elemen dalam prosiding berkenaan.Mengulas mengenai sebab pendakwaan tidak menuduh SP13 di mahkamah atas tuduhan jenayah, Wan Shaharuddin berkata, tiada halangan untuk pihak pendakwaan mendakwa orang yang bersubahat sahaja, tanpa menuduh pesalah utama.Prosiding di hadapan panel tiga hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat.Dalam prosiding itu, pembelaan bagi pihak bekas Menteri Belia dan Sukan itu, diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S





Syed Saddiq back in court as prosecution appeals acquittal in Armada CBT, money laundering case - Malaymail - 11/12 11:02 am

PUTRAJAYA, Dec 11 The prosecutions final appeal against the acquittal of Muar Member of Parliament Syed S...





Hakim Abu Bakar dengar rayuan akhir pendakwaan kes Syed Saddiq - Sinarharian - 11/12 11:02 am

PUTRAJAYA Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais mengetuai panel tiga hakim, mendengar rayuan akhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Abu Bakar selaku Hakim Mahkamah Persekutuan bersama dua lagi hakim yang baru mengangkat sumpah pada 3 Disember lalu ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Prosiding bermula tepat jam 9.30 pagi dengan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu, memulakan hujahan.Semasa prosiding, panel hakim memberi masa selama tiga jam untuk pihak perayu membuat hujahan, diikuti pihak pembelaan yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ambiga Sreevenasan.Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun, pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, Penolong Bendahari Armada Bersatu, yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018, yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jaya, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.





Bella anggun berbaju kurung pink hadir di mahkamah - Sinarharian - 11/12 9:06 am

PUTRAJAYA - Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tiba di Mahkamah Persekutuan pada jam 8.30 pagi bagi mengikuti prosiding rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan Ahli Parlimen Muar, berhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Bella sempat melemparkan senyuman sebelum memberi salam kepada pengamal media yang menunggu sejak awal pagi di sini.Bella kelihatan yang kelihatan anggun dan manis mengenakan baju kurung bewarna pink turut ditemani pembantunya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat inidi hadapan beberapa hakim.Bagaimanapun, bilangan dan nama panel yang mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden, hanya diketahui pada hari prosiding berlangsung.





Mahkamah Persekutuan Putrajaya jadi tumpuan pengamal media - Sinarharian - 11/12 8:59 am

PUTRAJAYA - Kompleks Mahkamah Persekutuan di sini menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan berkaitan hujahan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini kes berprofil tinggi itu.Ibu, bapa dan kakak Ahli Parlimen Muar itu dilihat berjalan menuju ke tingkat atas kira-kira jam 8.15 pagi.Turut kelihatan juga beberapa petugas keselamatan mahkamah menjalankan kawalan di sekitar pintu masuk hadapan kompleks berkenaan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat ini, di hadapan beberapa hakim.Bagaimanapun, bilangan dan nama panel yang mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku respondenhanya diketahui pada hari prosiding berlangsung.Pendengaran kes berkenaan bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu memulakan hujahan.Mereka bakal membentangkan fakta yang perlu bagi panel hakim berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).Jika mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan bersalah serta hukuman terbabit.Andai kata panel hakim membuat keputusan berbeza, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut berdepan hukuman penjara, denda dan sebatan tersebut.Pada 22 September lalu, perayu mengemukakan 28 alasan bahawa Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi wajar mengembalikan semula sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 25 Jun lalu.Perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, daripada 15 daripadanya melibatkan tuduhan bersubahat pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Sembilan lagi katanya, berkaitan kes salah guna harta di bawah Seksyen 403 kanun sama, manakala empat selebihnya berkaitan dua kes mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Mengikut petisyen yang difailkan, perayu berkata, panel Hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menuduh pihak pendakwaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tekanan terhadap saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali, yang juga bekas Penolong Bendahari Armada dan saksi utama kes.





Syed Saddiq tiba di mahkamah, rayuan terakhir pendakwaan - Sinarharian - 11/12 8:50 am

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Persekutuan di sini pada jam 8.26 pagi Khamis, bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasannyaberhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Syed Saddiq, 33, yang memakai kot berwarna hitam hadir dengan ditemani dua penyokongnya.Itumerupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan berkenaan dalam prosiding yang ditetapkan selama dua hari sehingga Jumaat, di hadapan panel hakim yang jumlah dan namanya hanya akan diketahui semasa prosiding berlangsung dijangka bermula 9 pagi.Kes bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu membentangkan hujahan bagi memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Kesemua pertuduhan melibatkan satu kes subahat pecah amanah membabitkan dana RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta berjumlah RM120,000dan dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing melibatkan RM50,000.Jika mahkamah menolak rayuan pendakwaan, Syed Saddiq akan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua sabitan dan hukuman.Sebaliknya, jika panel hakim menerima rayuan, beliau akan berdepan semula hukuman penjara, sebatan dan denda yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini.Prosiding diteruskan dengan hujahan pihak pembelaan diketuai oleh peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teikyang memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan dikekalkan, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.Terdahulu pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada Bersatu)yang diamanahkan dengan dana RM1 jutauntuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jayamengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru.Ia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Penyanyi dan pelakon Bella Astillah pula menyusul di belakang ahli politik itubeberapa minit kemudian.





Hujahan pendakwaan cabar pembebasan Syed Saddiq bermula Khamis - Sinarharian - 10/12 1:20 pm

PUTRAJAYA Peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan didengar di Mahkamah Persekutuan di sini, pada Khamis.Mahkamah menetapkan prosiding berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat, di hadapan panel hakim yang jumlah dan namanya hanya akan diketahui pada hari prosiding dijalankan.Kes bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu membentangkan hujahan bagi memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Kesemua pertuduhan melibatkan satu kes subahat pecah amanah membabitkan dana RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta berjumlah RM120,000, dan dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing melibatkan RM50,000.Jika mahkamah menolak rayuan pendakwaan, Syed Saddiq, 33, akan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua sabitan dan hukuman





Rayuan pendakwaan ketepi pembebasan Syed Saddiq didengar Khamis ini - Mgazette - 7/12 3:42 pm

# Rayuan pendakwaan ketepi pembebasan Syed Saddiq didengar Khamis ini KUALA LUMPUR - Rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana Armada, akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada Khamis dan Jumaat ini





TLDM selamatkan dua nelayan Indonesia hanyut di Pulau Jarak - Sinarharian - 4/12 12:16 am

IPOH - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan dua nelayan warga Indonesia selepas bot mereka hanyut di laut berhampiran Pulau Jarak di Selat Melaka, dekat Lumut.Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan malam ini memaklumkan, bot nelayan yang berasal dari Belawan, Indonesia itu mengalami kerosakan enjin dan hanyut sejak 28 November lepas, ketika keluar menangkap ikan.Kapal Diraja (KD) Kinabalu yang sedang melaksanakan rondaan operasi di sekitar perairan Pulau Jarak pada awalnya mengesan sebuah bot nelayan terapung."Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikemudi oleh dua nelayan Indonesia, dan mengalami kerosakan enjin





KD Hang Tuah dilucut tauliah selepas lima dekad berbakti kepada negara - Sinarharian - 3/12 6:00 pm

IPOH - Kapal Diraja (KD) Hang Tuah yang berkhidmat denganTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 1977 secara rasmi dilucut tauliah dalam acara penuh istiadat ketenteraan yang berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut pada rabu.Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan memaklumkan upacara penuh simbolik itu disempurnakan Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor.Upacara berkenaan menandakan tamatnya perkhidmatan sebuah kapal perang yang telah mewarnai perjalanan TLDM selama hampir lima dekad.Menurut kenyataan itu, sejak ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda pada 22 Julai 1977, KD Hang Tuah memainkan peranan yang aktif sebagai kapal tempur barisan hadapan TLDM."Selari dengan nama besar yang diberi, kapal ini sering ditugaskan untuk menerajui pelbagai tugas operasi untuk memelihara kedaulatan dan kepentingan maritim negara yang pada ketika itu masih baharu dan berdepan pelbagai bentuk ancaman."Peranan ini bagaimanapun secara beransur-ansur diambil alih oleh kapal perang lain yang lebih moden dan berkeupayaan manakala bermula era 80-an, KD Hang Tuah lebih banyak menumpukan perhatiannya sebagai platform latihan untuk warga TLDM," menurut kenyataan itu.Markas Pemerintahan Armada Barat memaklumkan majlis pelucutan tauliah berlangsung dalam suasana syahdu dengan kehadiran kru-kru terdahulu serta bekasPegawai Memerintah yang pernah memegang tampuk pemerintahan KD Hang Tuah."Suasana bertambah hening dan menyentuh perasaan tatkala ketukan loceng kapal bergema dan gada-gada diturunkan, masing-masing mengimbau kembali kenangan dan detik-detik bersejarah ketika berkhidmat di kapal ini."Detik ini bukan sekadar pengakhiran sebuah perkhidmatan, tetapi juga menutup sebuah era yang telah membentuk identiti angkatan laut negara menerusi peralihan dari kapal-kapal kecil pesisir pantai kepada keupayaan untuk beroperasi di laut lepas," menurut kenyataan itu.Markas Pemerintahan Armada Baratmemaklumkan pelucutan tauliah KD Hang Tuah juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TLDM untuk memodenkan armadanya selaras dengan aspirasi Program Transformasi 15 kelima."Program itu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan TLDM selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap pertahanan pada kos yang optimum serta memberi pulangan lebih tinggi pada negara," menurut kenyataan itu.KD Hang Tuah yang dinamakan sempena Laksamana Hang Tuah berukuran panjang 103.5 meter, lebar 12.02 meter dan berat sasaran 2,300 tan serta mampu bergerak dengan kelajuan maksimum24 knot.Sejak pelayaran sulungnya dari Portsmouth, England bersama 163 kru anak watan, kapal yang menjadi tulang belakang pertahanan maritim negara padaera 70-an hingga 90-an itu telah belayar sejauh 313,784.95 batu nautika atau hampir 600,000 kilometer.Selain tugas operasi, KD Hang Tuah turut kerap menyertai eksesais dalam negara serta antarabangsa seperti Malindo Jaya, Emas Hitam, Milan, Kakadu dan Bersama Lima





Venezuela tolak perdamaian hamba yang dicipta AS’ - Utusan - 3/12 7:25 am

CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyatakan negara ini tidak mahukan perdamaian hamba susulan kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya menguji ketahanan negara itu selama berbulan-bulan. Ketegangan meningkat selepas Presiden AS, Donald Trump mengerahkan armada tentera laut besar-besaran di Caribbean, termasuk melancarkan serangan terhadap bot yang disyaki membawa dadah serta mengeluarkan amaran keras agar ruang ..





30 ahli Armada sertai UMNO, bukti anak muda mahu politik stabil ??? Dr .. - Mgazette - 29/11 7:57 am

# 30 ahli Armada sertai UMNO, bukti anak muda mahu politik stabil Dr Elmiariezan KOTA KINABALU Penyertaan 30 bekas ahli Armada Bersatu Bahagian Tawau ke dalam UMNO memberi mesej jelas bahawa anak muda Sabah mahukan politik stabil dan berwibawa



Tukar kenderaan rasmi Exco Johor bukan pembaziran - Mgazette - 25/11 8:00 am

"Ini keputusan pentadbiran yang mengikut tatacara kewangan kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Minggu lalu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung pertukaran kenderaan rasmi barisan Exco Johor dan isu tersebut tular dalam media sosial



Konflik AS-Venezuela kian kemuncak - Sinarharian - 25/11 7:20 am

CARACAS - Penetapan sebuah kartel Venezuela sebagai organisasi pengganas asing (FTO) oleh Washington berkuat kuasa Isnin, membuka ruang kepada tekanan baharu Amerika Syarikat terhadap Presidennya, Nicolas Maduro.Senarai FTO yang diselia Jabatan Negara AS itu merangkumi kumpulan Islamis, pemisah, gerila dan sejak kebelakangan ini, kumpulan jenayah serta sindiket dadah dari Mexico dan Colombia.Mulai Isnin, senarai itu akan memasukkan "Cartel de los Soles" (Kartel Matahari), yang didakwa Washington dikendalikan Maduro. Kumpulan gelap itu bertanggungjawab atas "keganasan pengganas di seluruh rantau kita," kata Setiausaha Negara Marco Rubio.Langkah itu adalah sebahagian kempen pentadbiran Trump terhadap dadah dan imigresen haram dari Amerika Latin.Tiada bukti awam dikemukakan bagi menyokong tuduhan penglibatan Maduro dalam kumpulan itu.Namun dengan kehadiran ketenteraan besar di Caribbean, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat, penyenaraian FTO itu memberi ruang undang-undang untuk tekanan lebih keras terhadap pihak berkuasa Venezuela.Setakat ini, tentera AS dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 83 orang dalam serangan udara ke atas bot yang dituduh membawa dadah di perairan antarabangsa sejak September, menurut kiraan AFP berdasarkan angka yang didedahkan.Namun, tiada bukti awam bahawa bot berkenaan membawa dadah.Trump awal bulan ini menyatakan bahawa "hari-hari Maduro sudah dihitung" dan media AS mendakwa pemimpin Republikan itu telah meluluskan operasi sulit Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Venezuela.Definisi senarai FTO tidak menyebut tindakan ketenteraan, namun dalam satu temu bual Jumaat, Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth memberi bayangan bahawa klasifikasi baharu itu akan membawa "pelbagai pilihan baharu"."Kenaikan tekanan ini mewujudkan persepsi bahawa satu serangan hampir berlaku," kata Juan Manuel Trak, seorang akademik di Mexico.Namun profesor sains politik, Alexis Alzuru, berkata jika serangan berlaku ia akan terhad kepada "beberapa landasan udara berkaitan pemerdagangan dadah" jauh dari pusat bandar.Penyenaraian FTO menjadikan sebarang sokongan kepada organisasi tersebut sebagai satu kesalahan.Ahli ekonomi berkata ia mampu mengukuhkan lagi rejim sekatan AS terhadap Venezuela, termasuk embargo minyak, memaksa Caracas menjual minyak pada harga diskaun di pasaran gelap.Keadaan itu boleh terus melumpuhkan ekonomi negara yang sudah dibelit hiperinflasi.Buat masa ini, Washington masih membenarkan Caracas mengeksport minyak di pasaran gelap dan tidak menyentuh lesen Chevron di negara itu.Armada AS "belum merampas mana-mana kapal, tetapi (penyenaraian ini) boleh membuka kemungkinan itu dari segi undang-undang," kata pakar minyak Francisco Monaldi.Pada Jumaat, Maduro menghadiri sambutan Hari Pelajar, menegaskan beliau tidak akan gentar dengan "helah" Washington.Kerajaan Venezuela terus menonjolkan imej kekuatan, dengan latihan ketenteraan kerap dilakukan dan komander tertinggi menyatakan kesetiaan mutlak kepada Maduro."Jika rangkaian itu tidak retak dan memaksa Maduro berunding, "kebarangkalian rundingan dengan Amerika Syarikat hampir sifar," kata Alzuru.Maduro berkata beliau sedia berbincang "bersemuka" dengan Trump, yang turut memberi bayangan pertemuan "pada suatu ketika".Trak percaya "sangat tidak mungkin" Maduro akan tumbang atau pembangkang yang diketuai Maria Corina Machado akan berkuasa."Trump mungkin mempertimbangkan akses kepada sumber mineral Venezuela sebagai pertukaran untuk mengurangkan ketegangan di Caribbean dan memudahkan peralihan dalaman tertentu di Venezuela," kata Trak



Politik jumud tak boleh lagi jadi budaya pentadbiran moden – Azhari - Mgazette - 21/11 7:38 am

# Politik jumud tak boleh lagi jadi budaya pentadbiran moden - Azhari JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor tidak patut menganiaya dan menghukum rakyat yang tidak berdosa dengan bertindak kejam menyekat peruntukan di kawasan pembangkang. Penolong Setiausaha Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Bahagian Johor, Azhari Jaafar berkata, tindakan berkenaan jelas mengkhianati hak rakyat hanya kerana alasan politik yang tidak matang



MPs slam emergency app failures, lives at risk, system in chaos - Sinardaily - 20/11 3:53 pm

SHAH ALAM A new multi-ministerial emergency response system has been sharply branded "stupid" and potentially life-jeopardising by an Opposition lawmaker, who accused the government of failing to conduct essential testing before a nationwide launch.Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal demanded a national audit, arguing the flawed rollout which allegedly bypassed dry runs and beta releases was symptomatic of deeper governmental delivery failures that put citizens' lives at risk.He said proof of concept appeared poorly executed, with insufficient trial runs or beta testing before full deployment.There should have been a trial run in a limited location, for example for a month, to assess the effectiveness of the app and the system.Public feedback during this period could then inform whether its ready for a wider release. I dont know how many millions the budget was, but this process needed to be done properly, he said when contacted recently.The former Bersatu Armada chief emphasised that while system delays were not solely to blame, the government must examine both emergency response efficiency and overall service delivery.There is a need for a national audit, not just of emergency responses, but of the governments overall delivery performance in such situations, he added.Wan Ahmad Fayhsal stressed that alternative solutions, including mobile units in rural areas integrated with healthcare services, should be explored if traditional methods fail to address coverage gaps.Meanwhile, Bangi MP Syahredzan Johan acknowledged that initial problems were expected with new systems, but said failures in an emergency platform have serious consequences.With any new system, there are always initial problems, this is expected



Buletin Nissan Pathfinder 2026 – Suv Keluarga Gaya Amerika Yang .. - Mekanika - 16/11 8:02 am

Nissan Pathfinder 2026 ini mempunyai Penarafan Keselamatan Keseluruhan 5 Bintang NHTSA, selaras dengan komitmen Nissan terhadap kejuruteraan kenderaan yang mengutamakan keselamatan, kualiti dan prestasi dunia sebenar. **BACA : [NISSAN ARMADA NISMO SUV KELUARGA YANG RUGGED DAN LAJU BENTLEY CONTINENTAL GT SUPERSPORTS - MODEL KEEMPAT YANG DIBERIKAN PLAT NAMA SUPERSPORT DALAM TEMPOH 100 TAHUN




Reformasi     >>



Ringgit lonjak paling tinggi, kini cecah RM4.10 .. - Harapandaily
Ringgit kini mencatatkan rekod paling tinggi dalam tempoh empat tahun enam bulan apabila mengukuh ke paras 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang semalam, ringgit dilapor meningkat kepada 4.1040/1105 berbanding dolar AS daripada 4.1155/1195 ketika ditutup. Lapor Bernama, ..
Kroni     >>



Penduduk sempadan Thailand-Kemboja penat berpindah - Utusan
BANGKOK: Penduduk berhampiran sempadan Thailand-Kemboja kecewa apabila pertikaian wilayah yang berlarutan sejak puluhan tahun kembali meletus, sehingga sekali lagi memaksa ribuan keluarga melarikan diri mencari perlindungan. Bagi Boonkerd Yoodeerum, 64, yang sudah beberapa kali melalui pengalaman ..
Tabloid     >>



31 rakyat Malaysia mangsa scam kerja selamat .. - Kosmo
PETALING JAYA – Seramai 31 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan kerja di Myawaddy, Myanmar telah dipindahkan ke kawasan selamat oleh Tentera Diraja Thailand sebelum dihantar pulang ke tanah air. Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam kenyataan berkata, kesemua mangsa kini berada dalam ..
Tech     >>



CES 2026 preview: What to expect from tech's biggest .. - Engadget
CES doesn't start until January, but whispers of the products and announcements that could be in store for tech's biggest annual conference have already started to take shape. The CES 2026 show floor is officially open from January 6 through 9, although the show kicks off with events on Sunday ..
World     >>



'Spoof' ship: Seized oil tanker Skipper hid location .. - Cnbc
The seizure of the oil tanker Skipper comes as President Donald Trump has escalated pressure on Venezuelan President Nicols Maduro in recent weeks.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Kawasaki Ninja 1100 Sx Generasi Ke-5 .. - Mekanika
# RASMI: KAWASAKI NINJA 1100 SX GENERASI KE-5 KINI DI MALAYSIA - RM71,400 **Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku pengedar rasmi jenama motosikal Kawasaki di Malaysia dengan rasminya melancarkan Kawasaki Ninja 1100 SX baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM71,400.** Atas kertas, ..