| /// |
|
| Search : Anthony Loke News | Page 1 |
|
TAR UMT gets three-year tax exemption instead of PM’s 10-year pledge - Sinchew - 6/07 3:01 pm ByKhor Chun Kiat and Koh Chiew Heong / Sin Chew Daily TAR UMT gets three-year tax exemption instead of PM's 10-year pledge ByKhor Chun Kiat and Koh Chiew Heong / Sin Chew Daily KUALA LUMPUR: The promised 10-year tax exemption for the Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) Education Foundation has reportedly been drastically reduced to just three years |
|
Berpolitik jangan sampai gugat kestabilan kerajaan Persekutuan - Tok Mat - Sinarharian - 6/07 2:17 pm JOHOR BAHRU Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan mengingatkan semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya berkempen secara berhemah dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan Persekutuan.Beliau berkata, perbezaan pendapat dan kritikan dalam kempen pilihan raya adalah perkara biasa, namun ia perlu dibuat secara berfakta serta tidak melibatkan serangan bersifat peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluKatanya, semua pihak perlu menyedari bahawa kerajaan Persekutuan ketika ini masih ditadbir secara bersama oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, justeru kempen politik perlu mempunyai batas."Kecaman itu biasa dalam pilihan raya, gurau manja dan usik-mengusik itu biasa |
|
TAR UMT gets 3-year tax exemption pending compliance, says Loke - FMT - 6/07 12:34 am DAP secretary-general says the 10-year income tax exemption will be reinstated once the university fully complies with established requirements. |
|
Australia PM Albanese apologises for crude Kylie Minogue remark - Straitstimes - 6/07 11:31 am SYDNEY, July 6 - Australian Prime Minister Anthony Albanese apologised on Monday after making a crude remark about singer Kylie Minogue in a comedy podcast interview, prompting outrage from women's rights groups and opposition lawmakers. |
|
Naratif enggan duduk semeja dengan DAP hanya untuk raih undi Melayu - Mat Sabu - Sinarharian - 6/07 10:43 am PASIR GUDANG Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang tidak mahu duduk semeja dengan DAP hanyalah naratif politik bagi meraih sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa hasrat itu tidak selari dengan realiti apabila UMNO masih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan campuran di beberapa negeri termasuk Pahang dan Perak.ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu' - Anthony'Enggan duduk semeja dengan DAP itu kiasan' - Onn HafizBeliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, di Pahang DAP turut memainkan peranan menyokong Menteri Besar daripada UMNO, sekali gus membuktikan kerjasama itu bukan sesuatu yang luar biasa."Rakyat Johor dipermainkan. Kalau bersama DAP, saya (kata Onn Hafiz) tak jadi Menteri Besar pun tidak mengapa."Tetapi DAP baik di Pahang dan Menteri Besar Pahang daripada UMNO boleh jadi Menteri Besar kerana sokongan DAP," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Johor Ke Depan: Undi Harapan PRN Johor di pekarangan Pasaraya Jiason, Masai di sini pada Ahad.Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Naib Presiden Amanah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.Mohamad menjelaskan, jika DAP benar-benar tidak boleh bekerjasama, parti itu sudah tentu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di Pahang dan Perak."Jadi kamu dipermainkan oleh MB Johor |
|
Jangan kembalikan zaman parti dominan di Johor -Anthony Loke - Mygazette - 6/07 7:32 am # Jangan kembalikan zaman parti dominan di Johor -Anthony Loke PASIR GUDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak perlu dijadikan medan untuk mengembalikan zaman gabungan atau parti dominan dalam landskap politik negeri ini |
|
Naratif tak mahu duduk semeja dengan DAP dimainkan untuk dapat undi Melayu .. - Mygazette - 6/07 7:32 am Beliau yang juga lebih lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam PH perkara tersebut tidak menjadi masalah malah DAP meletakkan calon Melayu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dan Amanah juga meletakkan calon Cina di DUN Permas. Sementara itu, Anthony Loke secara sinis berkata, ramai pihak menggunakan DAP untuk diletakkan kesalahan walaupun realitinya tidak begitu |
|
PRN Johor: Gerakan Reset seru ahli, penyokong tolak PH - Sinarharian - 5/07 11:54 pm JOHOR BAHRU - Ahli dan penyokong Gerakan Reset di Johor perlu menolak calon daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.Setiausaha Agung Reset Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Reset tidak menetapkan mana-mana parti tertentu untuk disokong, namun pendiriannya jelas bahawa calon daripada PH tidak seharusnya menjadi pilihan."Pokoknya tolak PH, itu yang nombor satu. Di samping itu mereka tahu banyak tempat yang bertindih-tindih jadi pandai-pandailah dan nasihat kita ialah gunakan kompas moral iaitu 'amal makrum nahi mungkar," katanya.Beliau berkata demikian pada Himpunan Reset Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini, pada malam Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluAhli Parlimen Indera Mahkota menegaskan pengundi perlu melihat latar belakang setiap calon dan parti yang diwakili sebelum membuat keputusan pada hari pengundian.Menurut beliau, isu utama dalam PRN Johor bukan semata-mata soal politik, sebaliknya memastikan negeri itu terus ditadbir dengan baik."Kalau bangsa Johor merasakan pentadbiran negeri yang baik itu perlu diteruskan, maka itulah pilihan yang perlu dibuat oleh rakyat Johor," katanya.Beliau turut memaklumkan perhimpunan berkenaan diadakan sebagai kesinambungan kepada perhimpunan besar Gerakan Reset di Tanah Merah pada Jun lalu dan selepas ini program sama akan diteruskan ke Negeri Sembilan. |
|
Penggerak Happy Bank, Ainie tidak kekok santuni masyarakat DUN Simpang Jeram - Sinarharian - 5/07 10:43 pm MUAR - Jiwa dibina di jalanan dan lapangan komuniti sebagai penggerak tegar Badan Bukan Kerajaan (NGO) Happy Bank, tidak menyukarkan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nurainie Haziqah Shafii, 36 menyantuni masyarakat dikawasan itu.Penyandang jawatan Setiausaha Agung MUDA ini juga tidak kekok untuk memperjuangkan nasib rakyat, berikutan mempunyai profesion sebagai peguam bela dan peguam cara.Katanya fokus advokasi undang-undangnya amat konsisten dalam mempertahankan hak wanita dan kanak-kanak, mangsa keganasan rumah tangga, keselamatan sosial, serta isu kewarganegaraan dan komuniti tanpa negara."Melalui Happy Bank, saya bertahun-tahun turun ke rumah transit dan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menguruskan bank makanan, pendidikan percuma untuk anak-anak B40, serta bantuan kecemasan."Gabungan latar belakang undang-undang, pengalaman pengurusan dasar (sebagai bekas Ahli Majlis Petaling Jaya) dan aktivis lapangan Happy Bank inilah yang membentuk prinsip saya hari ini."Saya melangkah daripada seorang ahli strategi di belakang tabir, untuk berdiri sendiri sebagai calon yang membawa imej seorang pejuang yang berani," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinMenggariskan lima tekad dalam manifesto untuk Simpang jeram, wanita mesra disapa Ainie berkata ia sebuah pelan praktikal berteraskan keperluan tempatan, dirangka terus daripada sesi libat urus bersama penduduk sepanjang kempen.Katanya tekad pertama ialah pemerkasaan wanita dan anak muda, termasuk menubuhkan Kelab Usahawan Wanita untuk rangkaian dan kelas perniagaan praktikal bulanan serta menyokong khidmat jagaan anak yang selamat dan mampu milik."Bagi anak muda, saya akan membina jaringan 100 usahawan belia untuk mempamerkan bakat tempatan dan menghubungkan mereka dengan peluang baharu, serta mewujudkan rangkaian bagi menghubungkan semula anak jati Simpang Jeram di perantauan untuk bimbingan kerjaya.ARTIKEL BERKAITAN: PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu"Bagi tekad kedua membabitkan infrastruktur dan ketahanan iklim proaktif khidmat sokongan banjir |
|
'Ini kali gelombang Cina berpihak kepada BN' - Zahid - Sinarharian - 5/07 8:33 pm TANGKAK Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sokongan pengundi Cina terhadap gabungan itu menunjukkan peningkatan ketara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, sekali gus memberi keyakinan bahawa calon MCA dan MIC berpeluang mencipta kemenangan.Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan kajian yang dilakukan BN mengikut sambutan pengundi di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan saluran."Kami telah membuat kajian mengikut sambutan pengundi-pengundi di PDM dan di saluran."Kami amat sukacita kerana gelombang sokongan daripada pengundi-pengundi Cina kepada calon-calon BN itu bertambah."Kita memang meletakkan calon-calon underdog di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina, namun mereka melihat wakil rakyat terdahulu tidak memperlihatkan prestasi yang baik berbanding harapan yang diletakkan kepada mereka."Jadi mereka memberitahu saya, inilah masanya kepercayaan diberikan kepada calon-calon bukan UMNO iaitu calon MCA dan MIC untuk turut diberi peluang di 19 kawasan yang telah dikenal pasti," katanya ditemui pada program ramah mesra bersama pengundi Cina di sebuah medan selera di sini pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluAhmad Zahid berkata, BN mempertaruhkan 37 calon UMNO, 15 calon MCA dan empat calon MIC pada PRN Johor kali ini."Terdapat 19 calon bukan Melayu yang kita ketengahkan dan ia memberikan optik yang sangat baik kepada pengundi-pengundi Cina terhadap BN."Saya harap momentum sokongan ini berkekalan sehingga hari pengundian pada 11 Julai nanti," katanya. |
|
Maszlee setuju, Onn Hafiz tak dapat hadir, Dialog PRN Johor tetap diteruskan - Sinarharian - 5/07 7:03 pm SHAH ALAM - Dialog PRN Johor anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro AWANI dan Sinar Harian akan diteruskan seperti dijadualkan pada Selasa ini meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan tidak dapat menghadiri program berkenaan kerana mempunyai komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.Pihak penganjur memaklumkan mereka menghormati keputusan Onn Hafiz, namun berpendapat dialog tersebut wajar diteruskan bagi menyediakan platform kepada rakyat mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."RTM, AWANI dan Sinar Harian menghormati keputusan Onn Hafiz yang tidak dapat memenuhi jemputan kerana mempunyai komitmen yang telah dijadualkan lebih awal."Bagaimanapun, Dialog PRN Johor akan diteruskan seperti yang dirancang."Kami juga sedang berusaha menjemput panel lain yang bersesuaian bagi memastikan objektif program ini untuk menyuburkan budaya demokrasi dan wacana yang matang terus dapat dilaksanakan," katanya.Terdahulu, pasukan Onn Hafiz memaklumkan Menteri Besar Johor itu tidak dapat menghadiri dialog tersebut."Terima kasih atas jemputan, walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dapat menyertainya kerana perlu menghadiri program lain yang telah dijadualkan lebih awal.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'"RTM, AWANI dan Sinar Harian mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjemput calon-calon bertanding di Puteri Wangsa supaya sesi dialog lebih fokus untuk pengundi di kerusi berkenaan," kata salah seorang pegawai Onn Hafiz kepada penganjur.Sebelum itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mengesahkan penyertaannya dalam sesi dialog berkenaan.Menerusi jawapan kepada surat jemputan yang dihantar penganjur, beliau bersetuju untuk menjadi tetamu pada sesi dialog itu."Dengan rendah hati saya menerima undangan tersebut dan menantikan peluang untuk menyertai dialog tersebut," katanya menjawab kepada surat jemputan penganjur.ARTIKEL BERKAITAN: PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluSebelum ini, RTM, Astro AWANI dan Sinar Harian mengemukakan jemputan rasmi kepada Onn Hafiz dan Maszlee bagi menyertai Dialog PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 7 Julai, dari jam 9 malam hingga 10 malam di RTM Johor, Johor Bahru.Menurut surat jemputan itu, dialog selama sejam berkenaan bertujuan memberikan ruang yang adil dan seimbang kepada kedua-dua tokoh untuk berkongsi visi, dasar, keutamaan serta penyelesaian terhadap isu-isu yang menjadi perhatian rakyat Johor.Penganjur turut menjelaskan bahawa sesi itu bukan bertujuan mewujudkan konfrontasi politik, sebaliknya mengangkat budaya wacana yang berfakta, berhemah dan berorientasikan penyelesaian, sekali gus membantu rakyat membuat penilaian yang lebih bermaklumat menjelang hari pengundian. |
|
Harga rumah mahal: 'Adakah PMX juga gagal mentadbir dengan baik?' - Akmal Saleh - Sinarharian - 5/07 6:53 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa harga rumah mahal di Johor berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menyediakan kediaman mampu milik.Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Dr Akmal menarik perhatian dengan mengemukakan fakta purata harga rumah di Malaysia, yang mana pasaran tertinggi sebenarnya direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor.Beliau menjelaskan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditadbir di bawah menteri lantikan Perdana Menteri, manakala Selangor diterajui oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan sendiri oleh Anwar."Maka saya sertakan fakta yang YAB boleh 'google' sahaja yang menyatakan bahawa dalam Malaysia purata rumah yang mahal adalah di kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Selangor."Adakah ini membawa maksud bahawa YAB juga gagal mentadbir kerajaan dengan baik?"Kalau dibandingkan dengan fakta itu, harga rumah di Kuala Lumpur dan Selangor jauh lebih mahal berbanding Johor, maka adakah kegagalan YAB PMX juga jauh lebih hebat dari kegagalan kerajaan Johor? Mohon pencerahan," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluTerdahulu, media melaporkan kenyataan Anwar selaku Pengerusi PH yang mendakwa Johor yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengetepikan hal-hal kebajikan berkaitan kepentingan rakyat termasuk kegagalan menyediakan rumah mampu milik.Kenyataan berkenaan dipercayai dikeluarkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung. |
|
Program Pembaharuan Teksi Madani bantu pemandu teksi miliki kenderaan .. - Mygazette - 5/07 5:13 pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, industri teksi telah lama menjadi sebahagian penting daripada sistem pengangkutan awam negara meskipun pilihan mobiliti kini semakin berkembang. Menurut beliau, program yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Jumaat lalu membuka peluang kepada pemandu teksi mendapatkan kenderaan nasional keluaran Proton dengan sokongan DRB-HICOM serta institusi kewangan |
|
PM tekad selesaikan isu perumahan generasi kedua Felda - Sinarharian - 5/07 5:10 pm SEGAMAT - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menyelesaikan isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua Felda, yang telah berlarutan sejak sekian lama.Beliau berkata, pelaksanaannya bagaimanapun memerlukan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan urusan tanah serta penyediaan prasarana asas berada di bawah bidang kuasa negeri."Keputusan dasar kita adalah untuk cari penyelesaian supaya ada pembelaan, jaminan tapak tanah bagi generasi kedua Felda. Itu dasar.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu"Saya telah beritahu saya mahu masalah-masalah yang dibangkitkan berpuluh tahun generasi kedua ini, diselesaikan sementara saya jadi Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab dalam soal Felda," katanya ketika berucap pada program bertemu masyarakat di Dataran Putra Felda Palong Timur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, di sini.Turut hadir Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat R |
|
'Kalau dah lima kali kalah, berilah peluang parti komponen lain' - Tok Mat - Sinarharian - 5/07 2:27 pm SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan, namun tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara parti komponen.Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembahagian kerusi akan dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira perubahan komposisi pengundi serta keputusan pilihan raya lalu."Bagi pandangan saya, kalau dah lima kali bertanding kalah, kita berilah peluang kepada parti lain pula kerana mungkin pengundi di situ tidak suka parti komponen BN yang bertanding di situ."Boleh jadi kita buat pertukaran kerusi, tetapi kita bagi peluang sebaik mungkin kepada semua rakan-rakan dalam komponen BN," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di sini pada Ahad.Ahli Parlimen Rembau itu berkata, parti-parti yang dianggap sebagai Sahabat BN juga mungkin dipertimbangkan untuk meletakkan calon kerana sesetengahnya mungkin mempunyai pengaruh di kawasan tertentu.Namun jelas beliau, kepimpinan tertinggi parti akan mempunyai kata putus mengenainya.Dalam pada itu beliau turut mengingatkan semua anggota parti agar tidak melakukan sabotaj ke atas calon yang bakal dipilih nanti.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluBeliau berkata, berdasarkan pengalaman beberapa pilihan raya sebelum ini, BN kalah di beberapa kerusi bukan kerana kekuatan pihak lawan, sebaliknya akibat tindakan segelintir ahli yang tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih."Setiap Bahagian UMNO telah pun diarah menghantar sekurang-kurangnya tiga senarai nama untuk dibincangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti."Apabila sudah diputuskan, masing-masing mestilah akur kepada keputusan tersebut, tidak boleh ada sebarang pertelingkahan semasa kita menghadapi pilihan gaya kerana banyak pilihan raya kerusi kita kalah kerana adanya sabotaj dalaman."Pihak lawan tak kuat, tapi kadang-kadang sendiri nak kasi parti sendiri kalah kerana tak suka calon atau calon sendiri tak dapat, tak boleh macam itu,"katanya.Tambahnya, senarai calon dijangka akan diumumkan pada 15 Jun ini semasa pelancaran jentera Pilihan Raya BN. |
|
Permit bukan lagi milik ‘tauke’, kerajaan mulakan reformasi terbesar industri teksi - Harapandaily - 5/07 2:05 pm Selepas berpuluh-puluh tahun pemandu teksi bergantung kepada syarikat pemegang permit, kerajaan kini memulakan langkah yang disifatkan sebagai reformasi terbesar dalam sejarah industri teksi negara menerusi pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional. Program yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook itu bukan sekadar memperkenalkan Proton S70 sebagai model rasmi baharu Teksi MADANI, malah mengubah keseluruhan.. |
|
PRN Johor: Pas akui ada sokongan daripada ahli UMNO - Sinarharian - 4/07 1:52 pm PASIR MAS Pas melihat perkembangan positif di beberapa kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk sokongan daripada ahli UMNO di peringkat akar umbi.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jentera parti di peringkat negeri menunjukkan perkembangan memberangsangkan meskipun kempen baru memasuki minggu pertama."Kami tengok ada beberapa DUN yang agak positif."Termasuk ada ahli-ahli UMNO yang datang jumpa dan menyatakan sokongan," katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluBeliau berkata, perkembangan itu dijangka dapat diterjemahkan kepada undi pada hari pengundian nanti terutama dengan sokongan jentera tempatan serta sentimen pengundi muda.Selain itu, Pas turut melihat potensi besar daripada pengundi muda serta pengundi luar yang pulang mengundi sebagai faktor penentu dalam PRN Johor kali ini.Menurutnya, peratus keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding pilihan raya lalu juga boleh memberi kesan besar kepada keputusan akhir."Kita harapkan pengundi muda dan pengundi luar ini dapat diterjemahkan kepada petak undi," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, Pas kekal yakin dengan kekuatan jentera di beberapa kawasan meskipun berdepan saingan pelbagai penjuru. |
|
'Mood' rakyat inginkan Pas Tuan Ibrahim - Sinarharian - 4/07 1:26 pm PASIR MAS - Mood rakyat inginkan Pas bukan sahaja dilihat di Johor, malah turut menunjukkan kecenderungan di peringkat nasional, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, hasil kajian lapangan, analisis pengundi serta pemerhatian terhadap sentimen semasa mendapati terdapat perubahan kecenderungan khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bawah 40 tahun.Tuan Ibrahim berkata, Johor menjadi antara negeri yang menunjukkan perkembangan menarik kerana sebahagian besar pengundi muda kini merupakan kelompok yang pertama kali keluar mengundi dalam pilihan raya negeri sebelum ini."Kami turun dengan beberapa kajian, kajian lapangan dan analisis sentimen pengundi."Ada satu sentimen yang agak menarik di Johor, pengundi muda positif kepada Pas" katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluBeliau berkata, berdasarkan pemerhatian Pas, golongan muda kini lebih terbuka untuk menilai kepimpinan baharu dan menunjukkan kecenderungan untuk mencuba parti itu dalam pilihan raya."Mereka nak cuba melihat bagaimana kepimpinan kalau Pas diberi peluang untuk menerajui kerajaan," katanya.Menurutnya lagi, trend tersebut tidak hanya tertumpu di Johor, sebaliknya turut menunjukkan isyarat yang sama di peringkat nasional berdasarkan analisis awal parti.Tuan Ibrahim berkata, faktor media sosial dan perubahan demografi pengundi turut menjadi penyumbang utama kepada perubahan mood pengundi, khususnya dalam kalangan generasi muda."Kami tengok kecenderungan itu agak ketara sekarang, Insya-ALLAH mudah-mudahan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.Beliau berkata, Pas kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penerangan serta mendekati pengundi muda dan pengundi luar yang dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya. |
|
Undi BN Najib bebas? DAP tak faham proses undang-undang – Ka... - Mygazette - 4/07 7:57 am Tak ada satu undang-undang yang boleh kita sandarkan," katanya lagi. Dalam pada itu, Ka Siong turut membidas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menuduh MCA bersubahat dengan Perikatan Nasional (PN) sambil menyifatkannya sebagai satu fitnah yang tidak masuk akal demi merosakkan imej lawan |
|
Zahid akui seperti ???sandwich??? dalam Kerajaan Perpaduan namun pilih .. - Mygazette - 4/07 7:57 am Di pusat saya macam _sandwich_. Sebelah saya Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebelah lagi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke |
|
Kemenangan calon PH penting untuk semak dan imbang - Hotfm - 3/07 11:42 pm Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kata kemenangan calon PH akan memastikan landskap politik tidak dikuasai satu pihak. |
|
Kemenangan calon PH penting untuk semak dan imbang - FMT - 3/07 11:42 pm Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kata kemenangan calon PH akan memastikan landskap politik tidak dikuasai satu pihak. |
|
PH victories needed to prevent domination by one party, says Loke - FMT - 3/07 11:24 pm The DAP leader says domination of the state assembly by a single party would leave the state government with no checks and balances. |
|
PH win in Johor key to checks and balances, says Loke - SUN - 3/07 10:21 pm Pakatan Harapans victory in the Johor state election is crucial to strengthening checks and balances, says DAP secretary-general Anthony Loke. |
|
'Anak JB untuk orang JB' taruhan Mohd Hairi di Larkin - Sinarharian - 3/07 6:49 pm JOHOR BAHRU - Status sebagai "anak jati" dan pemahaman mendalam terhadap denyut nadi penduduk menjadi taruhan utama Mohd Hairi Mad Shah dalam misi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Mempertaruhkan slogan "Anak JB untuk Orang JB", calon Barisan Nasional (BN) itu menyifatkan faktor membesar dan bersekolah di kawasan itu memberikannya kelebihan untuk menyelami isu setempat serta berkhidmat secara lebih efektif."Kelebihan saya, saya duduk dalam kawasan Larkin, saya tahu demografi Larkin, (malah) saya bersekolah dalam kawasan sini," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.Mohd Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata pengalamannya sebagai Exco kerajaan negeri turut memperkukuh rekod khidmat baktinya untuk terus diberi mandat oleh penduduk.Mengulas mengenai momentum kempen selama seminggu ini, Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata beliau enggan membiarkan rasa selesa menguasai diri meskipun menerima maklum balas memberangsangkan daripada masyarakat.Beliau tetap komited memanfaatkan baki tempoh berkempen untuk meluaskan jangkauan jelajahnya ke segenap pelosok DUN berkenaan bagi menyantuni seramai mungkin daripada 76,662 pengundi berdaftar."Rata-rata (masyarakat) yang saya jumpa memberikan petanda yang cukup positif untuk saya tetapi saya tidak mendabik dada dan terlebih yakin. Saya akan terus menjalankan mandat yang diberikan oleh parti," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluDalam pada itu, Mohd Hairi mengingatkan pengundi agar tidak menjadikan PRN kali ini sebagai medan "percubaan" dalam memilih wakil rakyat, sebaliknya perlu menilai berdasarkan prestasi dan kestabilan."Dalam keadaan (pilihan raya) sekarang kita tidak boleh lagi membuat eksperimen, sebaliknya yakin dengan kebolehan pentadbiran hari ini di bawah kepimpinan orang muda serta parti yang sedang melalui proses rejuvenasi," katanya.Pada PRN 2022, Mohd Hairi memenangi DUN Larkin dengan majoriti 6,178 undi dalam saingan enam penjuru.Kali ini, dalam misi mempertahan DUN tersebut beliau akan dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat serta Norsinah Abu daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).PRN Johor menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai |
|
Kerajaan Lancar Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional, PMX Tambah Peruntukan RM20 Juta Serta Merta - Careta - 3/07 3:29 pm Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, program itu memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi membantu meningkatkan kebajikan dan pendapatan pemandu teksi di seluruh negara |
|
Kos Selenggara Setiap Kamera AWAS RM112,800 Setahun - Careta - 3/07 3:29 pm Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, angka tersebut merupakan kos penyelenggaraan bagi setiap kamera |
|
PM tambah lagi RM10 juta bagi skim pemilikan Proton S70 pemandu teksi - Mygazette - 3/07 3:22 pm Saya luluskan hari ini segera tambahan RM10 juta lagi untuk (Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama) khusus untuk teksi dan Proton S70, katanya semasa meluncurkan program pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka, hari ini. Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar |
|
Program Teksi Madani tamatkan sistem pajakan lama – Anthony Loke - Mygazette - 3/07 3:22 pm # Program Teksi Madani tamatkan sistem pajakan lama - Anthony Loke KUALA LUMPUR Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional bakal menamatkan sistem pajakan lama dalam industri teksi apabila pemandu diberikan hak milik kekal ke atas kenderaan baharu yang dibeli menerusi skim berkenaan |
|
Loke: Madani Taxi Reform Programme ends traditional leasing model - BorneoPost - 3/07 2:26 pm KUALA LUMPUR (July 3): Taxi drivers participating in the National Madani Taxi Reform Programme will now own their vehicles outright under a new financing model, replacing the long-standing leasing system. Transport Minister Anthony Loke said a special approval from the Ministry of Finance allows drivers to become the legal owners of their new taxis, marking [...] The post Loke: Madani Taxi Reform Programme ends traditional leasing model appeared first on Borneo Post Online . |
|
PM umum tambahan RM10 juta bantu pemandu teksi miliki Proton S70 - Sinarharian - 3/07 2:00 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi memperkukuh pembangunan industri teksi negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut bertujuan memperluaskan skim penggunaan Proton S70 sebagai teksi baharu serta mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung pemandu."Tambahan kerjasama dengan mengurangkan kos pembaikan dan penyelenggaraan, perkhidmatan dan lain-lain dan kos pinjaman, kita jangka ia boleh menambah pendapatan antara RM5,000 hingga RM7,000."Kerajaan telah teliti dari segala aspek bagi mengurangkan beban pemandu teksi," katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka di sini pada Jumaat.Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh danPengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.Anwar berkata, kerajaan akan terus mempertahankan dasar pemberian permit teksi secara terus kepada pemandu, sekali gus menamatkan amalan lama yang menyaksikan permit dimiliki individu tertentu sebelum disewakan kepada pemandu."Permit itu kekal di bawah nama pemandu teksi dan tidak dipindahkan kepada orang yang mempunyai wang."Ini keputusan dasar penting bagi menjaga kepentingan dalam kalangan pemandu," katanya.Mengulas cabaran industri itu, Anwar mengakui pemandu teksi kini berdepan persaingan sengit daripada perkhidmatan e-hailing serta perubahan teknologi."Seiring perkembangan semasa, kementerian Pengangkutan diminta menyediakan latihan penggunaan aplikasi dan teknologi digital."Setiap pemandu teksi yang dapat Proton S70 ini mesti diberikan program latihan dan saya percaya pegawai-pegawai ini boleh turun bantu," katanya lagi.Dalam pada itu, Anwar menyifatkan pemandu teksi sebagai duta pelancongan negara kerana menjadi antara individu pertama yang ditemui pelancong sebaik tiba di Malaysia.Justeru itu, beliau menggesa semua pemandu terus mengekalkan sikap mesra, sopan serta membantu mempromosikan imej negara. |
|
Not just a camera: Anthony Loke explains the ecosystem behind AwAS maintenance costs - Malaymail - 3/07 11:26 am KUALA LUMPUR, July 3 Transport Minister Anthony Loke has corrected claims regarding the maintenance costs of the... |
|
Anthony Loke: Govt to seek audience with Selangor Sultan to explain LRT3 implementation issues - Malaymail - 3/07 8:54 am KUALA LUMPUR, July 3 The Madani government will seek an audience with the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin... |
|
Kos selenggara setiap kamera AWAS RM112,800 setahun - FMT - 3/07 8:38 am Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kos itu meliputi penyelenggaraan pencegahan, pembaikan dan kalibrasi berkala. |
|
Hansard Digital Parlimen dedah 'DNA' bahasa politik pemimpin, Anwar dominasi 'bilion', Hadi kekal dengan 'Islam - Sinarharian - 3/07 8:29 am KUALA LUMPUR Jika sebelum ini prestasi Ahli Parlimen sering dinilai berdasarkan kehadiran dan kandungan ucapan, kini Sistem Hansard Digital Parlimen Malaysia membuka dimensi baharu dengan membolehkan corak bahasa setiap pemimpin dianalisis secara kuantitatif menerusi visual word cloud atau awan perkataan.Analisis Sinar Harian terhadap data Hansard Digital mendapati setiap pemimpin mempunyai "cap jari linguistik" tersendiri yang mencerminkan keutamaan dasar, pendekatan politik dan isu yang paling kerap diperjuangkan di Dewan Rakyat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, paling banyak menggunakan perkataan bilion sebanyak 1,477 kali, diikuti rakyat (1,378 kali) dan ekonomi (833 kali).Turut berada dalam kelompok teratas ialah perkataan syarikat (801), perdana (725), negeri (642), kewangan (618) dan peruntukan (562), sekali gus menggambarkan penekanan beliau terhadap pertumbuhan ekonomi, pelaburan, fiskal serta pembangunan negara.Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, paling banyak menggunakan perkataan mulia sebanyak 525 kali, diikuti polis (513), negeri (503), jenayah (462) dan rakyat (427).Perkataan seperti jabatan, tindakan, TVET, tentera, Islam dan pertahanan yang turut mendominasi menunjukkan perbahasan beliau banyak berkisar mengenai keselamatan, institusi kerajaan, pembangunan modal insan serta pendidikan teknikal.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula mempunyai corak bahasa yang paling berbeza berbanding pemimpin lain apabila perkataan "Islam" muncul sebanyak 635 kali, jauh mengatasi perkataan lain.Beliau turut kerap menyebut rakyat (274), berlaku (234), negeri (226), manusia (215), agama (208) dan ekonomi (181), menggambarkan gabungan perbahasan berteraskan agama, masyarakat serta pentadbiran negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didominasi isu ekonomi rakyat apabila perkataan harga direkodkan sebanyak 1,147 kali, diikuti rakyat (1,041), syarikat (869), sawit (609) dan minyak (606).Selain kos sara hidup, Hamzah turut banyak membangkitkan isu komoditi, industri dan bantuan kerajaan, mencerminkan fokus pembangkang terhadap tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat.Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pula mempamerkan corak bahasa yang jauh berbeza apabila pengangkutan menjadi perkataan paling dominan dengan 1,437 sebutan.Beliau turut kerap menggunakan perkataan projek (993), syarikat (962), perkhidmatan (888), penerbangan (886), jalan (630) dan bas (578), selaras dengan portfolio yang dipikul.Sementara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlihatkan identiti yang berkait rapat dengan sektor pendidikan apabila sekolah muncul paling tinggi dengan 836 sebutan, diikuti pendidikan (561), bahasa (453) dan guru (386).Corak itu menunjukkan sebahagian besar perbahasan beliau banyak menyentuh dasar pendidikan, pembangunan modal insan serta sistem persekolahan.Ahli Parlimen Pandan (ketika data Hansard direkodkan), Datuk Seri Rafizi Ramli paling kerap menggunakan perkataan ekonomi sebanyak 1,103 kali, diikuti rakyat (1,045), gaji (753), harga (671) dan syarikat (543).Perkataan seperti bilion, subsidi, pendapatan, data dan cukai yang turut berada dalam kelompok tertinggi memperlihatkan kecenderungan Rafizi yang juga Presiden Parti Bersama (Bersama) menggunakan hujah berasaskan angka dan analisis ekonomi.Secara keseluruhan, data Hansard Digital memperlihatkan setiap pemimpin mempunyai kecenderungan bahasa yang berbeza mengikut tanggungjawab dan pendirian politik masing-masing.Anwar jelas mengangkat naratif ekonomi negara dan pengurusan fiskal, Anthony Loke memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan pengangkutan, manakala Muhyiddin banyak menyentuh pendidikan.Hamzah dan Rafizi pula berkongsi tema ekonomi rakyat serta kos sara hidup, namun pendekatan kedua-duanya berbeza apabila Rafizi lebih banyak menggunakan istilah berkaitan data, subsidi dan pendapatan, manakala Hamzah lebih menekankan harga, sawit dan bantuan.Abdul Hadi kekal dengan identiti politik Islam sebagai tema utama perbahasannya, sementara Zahid mengimbangi isu keselamatan, institusi kerajaan, TVET dan pembangunan masyarakat.Fungsi awan perkataan dalam Hansard Digital bukan sekadar memaparkan kekerapan istilah, malah menjadi petunjuk empirikal terhadap fokus sebenar seseorang Ahli Parlimen ketika berbahas, sekali gus menawarkan perspektif baharu dalam menilai corak politik dan keutamaan dasar pemimpin negara. |
|
Anthony Loke - Kerajaan Persekutuan akan sedia dana biayai kos projek E-ART - Careta - 3/07 7:50 am "Pada dasarnya, pembiayaan projek pada peringkat awal akan ditanggung oleh pihak konsortium yang dilantik |
|
Polemik projek LRT3: Anthony Loke mohon mengadap Sultan Selangor - Mygazette - 3/07 7:46 am # Polemik projek LRT3: Anthony Loke mohon mengadap Sultan Selangor MUAR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan memohon untuk mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberikan penjelasan berkenaan isu pembinaan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Shah Alam |
|
DAPs stance on Najibs sentence unchanged, says Loke - FMT - 3/07 12:36 am The party secretary-general says DAP has been consistent by insisting that the court's decision must be respected and complied with by all parties. |
|
PH has no choice but to fight BN in Johor, says Loke - FMT - 3/07 12:00 am The DAP secretary-general says BN cannot have its cake and eat it too. |
|
Hukuman patut diteruskan, Loke tegas pendirian DAP berkenaan Najib konsisten - FMT - 2/07 11:58 pm Setiausaha agung DAP berkata satu skandal besar berlaku maka keputusan mahkamah perlu dipatuhi. |
|
Hukuman patut diteruskan, Loke tegas pendirian DAP berkenaan Najib konsisten - Hotfm - 2/07 11:58 pm Setiausaha agung DAP berkata satu skandal besar berlaku maka keputusan mahkamah perlu dipatuhi. |
|
Projek LRT3: DAP akan mohon menghadap Sultan Selangor - Kosmo - 2/07 11:46 pm MUAR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberikan penjelasan susulan titah baginda berhubung isu rasionalisasi projek Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) |
|
Loke to seek audience with Sultan Sharafuddin over LRT3 issue - FMT - 2/07 11:39 pm The Selangor ruler had singled out former finance minister Lim Guan Eng and his then political secretary, Tony Pua, for failing to understand the importance of the rail link when in government. |
|
Kerajaan sedia jelaskan isu LRT3 kepada Sultan Selangor - Sinarharian - 2/07 11:09 pm MUAR - Kerajaan Madani akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung isu kos dan kelewatan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam susulan teguran baginda.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya memandang serius teguran itu dan bersedia memberikan penjelasan lanjut kepada baginda berhubung perkembangan semasa projek berkenaan."Teguran baginda kita terima dan saya akan cuba memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam amal di sebuah restoran di sini malam ini.Turut hadir, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor PH Datuk Seri Amirudin Shari; serta beberapa calon PH yang bertanding di sekitar Muar.Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah, projek LRT3 mengalami kelewatan lebih 18 bulan susulan pertukaran pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2018, sebelum tertangguh lagi selama 19 bulan akibat pandemik Covid-19 sehingga 2021.Baginda turut menzahirkan kebimbangan apabila dalam tempoh itu, cadangan saiz setiap stesen dikecilkan, jumlah gerabak tren dikurangkan dan lima lokasi stesen dalam jajaran berkenaan dibatalkan.Menurut baginda, projek LRT3 bukan projek mega untuk bermegah-megah, sebaliknya satu keperluan penting demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan turut meningkatkan kekerapan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memudahkan pengundi luar pulang mengundi pada PRN Johor ke-16, 11 Julai ini.Katanya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menambah kekerapan perjalanan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru."Ini termasuk memudahkan rakyat yang pulang dari Singapura menggunakan ETS ke Segamat, Labis dan kawasan sekitarnya."Pengundi dari utara juga boleh menggunakan ETS untuk pulang ke Johor |
|
Loke says he is ready to face any challenger for Chennah seat - SUN - 2/07 10:54 pm Incumbent Chennah assemblyman Anthony Loke says he is prepared to face any challenger seeking to contest the seat in the coming state election. |
|
LRT3: Loke mohon mengadap Sultan Selangor selepas pemimpin DAP ditegur - FMT - 2/07 10:50 pm Setiausaha Agung Loke Siew Fook kata DAP terima teguran Sultan Selangor dan sedia membuat penjelasan. |
|
Pengundi luar Johor perlu pulang mengundi, pastikan kestabilan negara - Fahmi - Sinarharian - 2/07 10:17 pm MUAR - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru pengundi Johor yang tinggal dan bekerja di luar negeri itu supaya pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, 11 Julai ini.Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata, PRN kali ini amat penting bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara menerusi penyelarasan antara pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan."Pilihan raya (negeri) ini sangat penting kerana kita mahu kerajaan negeri yang baik, yang boleh bekerja sama dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)."Dalam tempoh tiga tahun ini, Perdana Menteri buat macam-macam untuk Johor, Kerajaan Persekutuan bagi kepada Johor lebih tinggi daripada yang diterima oleh Selangor dan negeri-negeri lain... lebih dari itu, kejayaan Johor adalah kerana Kerajaan Persekutuan yang stabil," katanya ketika berucap pada majlis makan malam amal di sini malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluHadir sama, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Pengarah Jentera PRN Johor PH, Datuk Seri Amirudin Shari dan beberapa calon PH yang bertanding di sekitar Muar.Dalam pada itu, Fahmi berharap agar pengundi memberi peluang kepada calon-calon PH yang bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat."Kita mahu calon-calon PH diberi peluang untuk berkhidmat dengan baik (pada penggal ini).. |
|
Loke ready to face any challenger in Chennah contest, including Albert - Mkini - 2/07 8:43 pm DAP sec-gen reminds contenders of requirements, including updating their address. |
|
Anthony Loke says he is ready to face challengers in Chennah as Negeri Sembilan state election looms - Malaymail - 2/07 8:27 pm SEREMBAN, July 2 Incumbent Chennah assemblyman Anthony Loke said he is prepared to face any challenger seeking t... |
|
Anthony Loke, pilihan raya akan datang mai bertanding di Jeneri - Sanusi - Sinarharian - 2/07 8:08 pm ALOR SETAR Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dicabar untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada pilihan raya akan datang jika benar mahu membuktikan kekuatan sokongan parti itu.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian menjawab dakwaan kononnya Pas takut untuk berdepan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Menurut Menteri Besar Kedah itu, Pas tidak pernah gentar untuk berdepan mana-mana parti, sebaliknya pembahagian kerusi yang diamalkan parti itu dibuat berdasarkan realiti demografi dan pola sokongan pengundi di sesuatu kawasan."Kalau macam tu, suruh DAP mai bertanding di kawasan Melayu |
|
'Beranikah bertanding di kawasan majoriti Melayu?' - Soal Muqharabbin kepada Anthony Loke - Sinarharian - 2/07 7:33 pm SHAH ALAM Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook tidak sepatutnya mewujudkan persepsi seolah-olah hanya Pas memutuskan untuk tidak bertanding di kawasan ditandingi DAP dan majoriti masyarakat Cina, sedangkan parti itu juga memilih untuk bertanding di kerusi yang menjadi kekuatan politiknya sahaja.Pemimpin Muda Pas Wilayah Persekutuan, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, sekiranya Anthony benar-benar ingin menguji prinsip dan keberanian politik, beliau perlu bersedia untuk bertanding di kawasan yang didiami majoriti kaum Melayu seperti Shah Alam atau Kuala Selangor.Menurut Muhamad Muqharabbin, persoalan yang dilontarkan terhadap Pas wajar turut diajukan kepada DAP."Apa kata DAP bertanding di semua kawasan masyarakat Melayu dan Parti Amanah Negara (Amanah) pula di semua kawasan kaum Cina?"Adakah DAP juga bersedia meletakkan pemimpin utamanya bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu? Hakikatnya, parti politik menyusun strategi berdasarkan kekuatan organisasi, penerimaan rakyat dan realiti demografi pengundi."Prinsip ini bukan sahaja diamalkan Pas, malah turut dipraktikkan oleh semua parti politik termasuk DAP," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Media pada Rabu melaporkan Anthony mendakwa Pas gentar untuk bersemuka dengan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya memilih bergantung kepada proksi iaitu Barisan Nasional (BN).Ahli Parlimen Seremban itu menambah, keputusan Pas tidak meletakkan calon di kawasan ditandingi DAP menjadi sebahagian strategi menyatukan undi bagi calon BN, terutamanya daripada MCA.Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menyifatkan Pas sebagai tidak berprinsip kerana menyeru penyokong untuk menyokong BN di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).Susulan itu, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa keputusan parti tidak meletakkan calon di beberapa kerusi bukan majoriti Melayu di Johor dibuat berdasarkan penilaian terhadap peluang kemenangan, bukan kerana takut berdepan dengan DAP.Tegasnya, pemilihan kerusi yang ditandingi dalam PRN Johor berdasarkan komposisi pengundi, kekuatan calon dan potensi kemenangan selaras dengan matlamat utama setiap parti untuk meraih kemenangan. |
|
PRN Johor: PH terbuka jalin kerjasama bentuk kerajaan negeri demi rakyat - Maszlee - Sinarharian - 2/07 6:38 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekiranya langkah itu mampu menjamin kestabilan pentadbiran serta memberi manfaat kepada rakyat.Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Dr Maszlee Malik berkata, PH tidak menutup ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti yang berbeza haluan politik, asalkan kepentingan rakyat menjadi keutamaan."Bagi saya, sebagai pihak yang berkhidmat kepada rakyat, kita terbuka untuk duduk dengan semua pihak, termasuk yang mungkin berlainan haluan dengan kita."Sebab kita meraikan kepelbagaian. Yang penting, kita meletakkan keutamaan kepada rakyat dan juga kepada negeri Johor itu sendiri," katanya selepas mengadakan walkabout di Setia Indah di sini pada Khamis.Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal menegaskan gabungan itu tetap tidak akan bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRN.Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor itu dilaporkan berkata, gabungan itu terbuka bergabung dengan parti mempunyai ideologi sehaluan.ARTIKEL BERKAITAN:Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluDalam perkembangan kempen, Maszlee yang juga calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu berkata, jenteranya mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia."Dalam menuju minggu terakhir ini, kita akan merayu kepada mereka yang bekerja di luar, duduk di luar, untuk balik pulang mengundi," ujarnya. |
|
Loke tak kisah hadapi Tei, pesan tukar alamat terlebih dahulu - Hotfm - 2/07 6:11 pm Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook persilakan mana-mana individu yang ingin mencabar beliau di DUN Chennah. |
|
Loke tak kisah hadapi Tei, pesan tukar alamat terlebih dahulu - FMT - 2/07 6:11 pm Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook persilakan mana-mana individu yang ingin mencabar beliau di DUN Chennah. |
|
Loke unfazed by potential Albert Tei challenge in Chennah - FMT - 2/07 5:39 pm The DAP secretary-general says he is unconcerned about any potential challenger and reminds the controversial businessman to sort out his identity card address first. |
|
Change your address first if you want to contest in Negeri Sembilan, Loke tells Tei - Sinardaily - 2/07 5:32 pm SEREMBAN DAP secretary-general Anthony Loke has reminded businessman Albert Tei to change the address on his identity card first if he intends to contest in the Negeri Sembilan state election.He said that while Malaysia practises democracy and anyone has the right to stand as a candidate, they must still comply with the stipulated requirements."We are a democratic country |
|
BN teruskan kempen berhemah, jangan layan serangan peribadi - KJ - Sinarharian - 2/07 5:23 pm BATU PAHAT - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berkempen secara berhemah dan tidak melayani serangan peribadi pihak lawan yang mungkin menganggap gabungan itu sebagai ancaman.Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, BN perlu mengekalkan kempen yang matang tanpa unsur hasutan atau serangan peribadi bagi meraih kemenangan."Jangan beri harapan, jangan menghasut, jangan lakukan serangan peribadi dan jangan semai kebencian ketika berkempen. Kekalkan status berkempen secara mulia dengan perancangan-perancangan demi kepentingan rakyat," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluBeliau bercakap pada sidang media selepas program Lunch Hour With KJ x NS di sini pada Khamis, yang turut dihadiri calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri.Menyentuh mengenai pengundi muda, Khairy berkata, BN mempunyai pendekatan tersendiri untuk mendekati pengundi kali pertama berusia 18 tahun dan golongan 20-an yang mungkin tidak melalui fasa kejayaan BN sebelum ini."Golongan ini tidak mengenali sejarah BN, kita akan memperjuangkan hala tuju mereka dengan menyediakan beberapa inisiatif seperti peluang pekerjaan dan memiliki rumah serta bantuan untuk melanjutkan pengajian kepada mereka," katanya.Sementara itu, Mohamad Najib berharap pengundi dapat memberi kepercayaan kepadanya berdasarkan rekod penyelesaian beberapa projek sakit di kawasan berkenaan."Setelah empat tahun menjadi wakil rakyat di kawasan ini, beberapa projek tertangguh telah berjaya diselesaikan antaranya pembinaan sekolah, naik taraf jalan dan terbaharu, projek tebatan banjir," katanya.Dalam misi mempertahankan kerusi Parit Yaani pada PRN kali ini, Mohamad Najib berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Md Ezam Md Taslim.Sebanyak 172 calon bertanding pada PRN Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai |
|
PRN Johor: BN harap sokongan Pas di kerusi Bersatu - Ahmad Maslan - Sinarharian - 2/07 5:21 pm Walau bagaimanapun, kami mengucapkan terima kasih atas arahan yang diberikan kepada penyokong Pas bahawa di tempat Pas tidak bertanding, ahli-ahlinya perlu menyokong BN. Itu kami hargai.ARTIKEL BERKAITAN:Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu"Bukan hanya di luar 11 kawasan itu |
|
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu - Sinarharian - 2/07 4:40 pm SEREMBAN - Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook mengingatkan ahli perniagaan, Albert Tei supaya menukar alamat dalam kad pengenalannya terlebih dahulu sekiranya mahu bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Beliau berkata, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak menawarkan diri sebagai calon, tetapi perlulah mematuhi syarat-syarat ditetapkan."Kita negara demokrasi |
|
PRN Johor: Pemenang 17 kerusi DUN belum dapat diramal - Sinarharian - 2/07 4:11 pm SHAH ALAM - Sebanyak 17 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum dapat diramalkan pemenangnya.Dapatan itu diperoleh menerusi kaji selidik Unjuran PRN Johor oleh Vodus Research membabitkan 1,303 pengundi berdaftar di negeri tersebut antara 15 hingga 29 Jun lalu.Menurut badan pengkaji itu dalam kenyataan pada Rabu, sebanyak 14 kerusi DUN menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).Bagaimanapun, kajian itu memaklumkan BN dilihat mempunyai kelebihan apabila mendahului di 20 kawasan DUN, merangkumi 17 kerusi yang dianggap selamat dan tiga kerusi marginal."PH dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendahului di satu dan tiga kerusi marginal."BN kini berada di hadapan menjelang PRN Johor, namun persaingan masih terbuka dengan 31 kerusi DUN dianggap mampu berubah berdasarkan sokongan pengundi yang belum membuat keputusan muktamad."Parti tersebut diunjurkan memperoleh 36 peratus undi, mengatasi PH (26 peratus) dan PN (15 peratus)," menurut kenyataan itu.ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluTinjauan juga mendapati Datuk Onn Hafiz Ghazi mencatatkan kadar sokongan tertinggi dalam kalangan responden iaitu 58 peratus.Dari segi tahap penerimaan parti, BN mendahului dengan kadar sokongan sebanyak 53 peratus, diikuti PH (46 peratus) dan PN (44 peratus)."Tahap kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri Johor yang diterajui BN juga hampir seiring dengan tahap kepercayaan terhadap BN sendiri, masing-masing pada kadar 67 peratus dan 68 peratus."Kedua-duanya merekodkan kadar ketidakpercayaan yang sama iaitu 18 peratus," jelasnya.Dapatan kajian itu juga memaklumkan bahawa hasrat rakyat Johor untuk keluar mengundi adalah tinggi apabila 87 peratus responden menyatakan mereka berkemungkinan atau sangat berkemungkinan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.Bagaimanapun hanya 69 peratus responden benar-benar yakin dengan pilihan undi mereka buat masa ini, sekali gus menunjukkan hampir satu pertiga pengundi (31 peratus) berpotensi mengubah keputusan sebelum hari pengundian."Dalam kalangan penyokong yang menyatakan sokongan kepada gabungan utama, PN mencatatkan tahap keyakinan pengundi paling tinggi terhadap pilihan mereka iaitu 78 peratus, diikuti BN (74 peratus) dan PH (72 peratus)," jelasnya.Mengulas lebih lanjut, tinjauan mendapati hanya 37 peratus responden menyatakan benar-benar yakin dengan pilihan masing-masing, manakala selebihnya masih terbuka untuk mengubah pendirian.Jelasnya, seramai 85 peratus pengundi masih belum membuat keputusan tentang parti pilihan mereka.Pengasas Vodus Research, Kelvin Goh berkata, peratusan keseluruhan undi hanya menyumbang sebahagian daripada gambaran sebenar walaupun BN ketika ini dilihat mempunyai kelebihan.Menurut beliau, di kawasan persaingan sengit, perubahan sokongan kecil dalam kalangan pengundi atas pagar dan pengundi yang enggan mendedahkan pilihan mereka masih mampu mengubah keputusan kerusi pada saat-saat akhir.Mengulas mengenai kos sara hidup, tinjauan menyimpulkan bahawa ia menjadi kebimbangan utama pengundi apabila lebih separuh responden (53 peratus) meletakkannya sebagai antara tiga isu paling penting."Daripada jumlah tersebut, 31 peratus menyifatkan kos sara hidup sebagai isu tunggal paling utama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |