///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Ampang News   Page 1    



RM3 juta peruntukan PJ disalur kepada Ketua Cabang PKR? – Chean... - Mygazette - 7/08 8:18 am

Beliau juga mempersoalkan sama ada situasi sama berlaku di kawasan Parlimen lain termasuk kawasan yang akses Ahli Parlimennya ke portal MyKhas turut disekat. "Selain Ahli Parlimen Petaling Jaya dan Subang, terkini termaklum bahawa peruntukan Ahli Parlimen Ampang turut disekat





Cubaan pecah rumah gagal, bunyi penggera kejutkan penghuni - Sinarharian - 6/08 8:10 pm

AMPANG Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Melawati di sini pada Selasa, gagal apabila tindakannya disedari penghuni yang dikejutkan dengan bunyi penggera sebelum suspek melarikan diri.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian pada jam 11.30 pagi, salah seorang penghuni yang berada di tingkat atas rumah terdengar bunyi penggera sebelum turun ke tingkat bawah untuk membuat pemeriksaan."Penghuni kemudian mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali sedang cuba mengumpil mangga pada pintu di bahagian tepi rumah."Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas penghuni menjerit meminta pertolongan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Khairul Anuar berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai 'hoodie' berwarna biru dan pelitup muka ketika melakukan perbuatan tersebut."Suspek dipercayai memasuki kawasan rumah dengan memanjat pagar sebelum melarikan diri menggunakan sebuah Perodua Myvi berwarna ungu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.Menurut beliau, polis turut mengesan rakaman kejadian itu yang tular di aplikasi Threads dan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan serta menangkap suspek."Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan," ujarnya.





Rempuh suami isteri hingga maut: Penuntut kolej mohon pertuduhan dibatalkan - Sinarharian - 6/08 5:02 pm

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut kolej yang didakwa membunuh pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dalam kemalangan berdekatan Menara Great Eastern di Jalan Ampang, memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini supaya kes dihadapinya dibatalkan.Danish Raman Kamar Kumaresan, 24, selaku pemohon, memfailkan notis usul berkenaan pada Rabu menerusi Tetuan Selvam Shanmugam & Partners.Berdasarkan notis tersebut, pemohon berkata, keputusan pendakwa raya mendakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes kemalangan jalan raya adalah bersifat mala fide iaitu berniat jahat.Katanya, ia juga tidak munasabah, bercanggah dengan niat Parlimen serta melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.Lelaki itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesalahan berkaitan kematian akibat pemanduan melulu, berbahaya atau di bawah pengaruh alkohol, diperuntukkan secara khusus di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) termasuk Seksyen 41 dan Seksyen 44 akta sama."Penggunaan Seksyen 302 kanun itu terhadap fakta kemalangan jalan raya tanpa elemen niat membunuh, telah bercanggah dengan prinsip asas undang-undang jenayah."Susulan itu, pertuduhan di bawah seksyen berkenaan perlu diketepikan dan dibatalkan," kata notis berkenaan.Pemohon berkata, pendakwaan selaku responden perlu mempertimbangkan semula pertuduhan selaras dengan peruntukan khusus di bawah APJ sekiranya fakta menyokong sedemikian.Berdasarkan peruntukan di bawah akta berkenaan juga, pemohon memohon mahkamah membenarkannya untuk diikat jamin sementara menunggu pelupusan kes.Semasa prosiding pendengaran notis usul di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin, peguam, S Selvam yang mewakili pemohon berkata, pihaknya telah menerima dokumen bantahan awal daripada pihak pendakwaan pada Khamis."Kami mahu membalas hujahan berkenaan dan memohon mahkamah menetapkan tarikh singkat untuk prosiding akan datang," katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, S Donald.Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry mengesahkan telah memfailkan membuat bantahan tersebut pada Rabu."Kami tidak membantah permohonan pemohon supaya mahkamah menetapkan tarikh lain untuk memfailkan hujahan balas," katanya yang hadir bersama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Nordin Ismail.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 17 Ogos depan untuk pendengaran permohonan notis berkenaan.Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Mohamad Fadly berkata, pendakwaan membuat bantahan kerana permohonan pembelaan didapati tidak teratur."Ia juga tidak mengikut peruntukan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964," katanya.Pada 15 Mei lalu, Danish Raman yang memandu kereta jenis Toyota Vios didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan membunuh pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Ampang.Mengikut dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh A Doraisingam, 61, dan isterinya, A Menagah, 56, di Jalan Ampang dari arah KLCC menghala ke Ampang Point jam 5.30 pagi pada 2 Mei.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun, jika sabit kesalahan.Sekiranya tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.





Dua MP PKR dakwa peruntukan kawasan disekat, hak rakyat terjejas - Sinarharian - 6/08 3:17 pm

SHAH ALAM - Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tindakan menyekat akses sistem MyKhas yang menguruskan peruntukan kawasan menyebabkan hak rakyat di kawasan masing-masing terjejas.Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa, baki peruntukan RM3 juta bagi kawasan itu tidak lagi disalurkan melalui ahli Parlimen yang dipilih rakyat selepas aksesnya ke portal MyKhas disekat sejak penghujung Mei lalu.Beliau mendakwa, perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu, namun sehingga kini tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai ke mana peruntukan itu disalurkan."Saya telah menerima tangkap layar daripada kumpulan WhatsApp Jawatankuasa Cabang PKR Petaling Jaya yang memaklumkan Ketua Cabang PKR Petaling Jaya, Hee Loy Sian akan menjadi rujukan bagi permohonan kerja kecil dan sumbangan kewangan Parlimen Petaling Jaya."Sejak bilakah dana rakyat boleh diserahkan kepada Ketua Cabang PKR? Peruntukan Parlimen adalah wang awam yang diperuntukkan untuk manfaat seluruh rakyat, bukannya untuk diurus oleh mana-mana jawatan parti politik," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan memindahkan kuasa mengurus dana rakyat kepada pimpinan cabang parti politik itu merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa."Rakyat berhak bertanya sama ada tindakan ini satu bentuk 'sakau' yang kini dianggap boleh diterima."Jika benar berlaku perubahan mekanisme penyaluran peruntukan, mengapa tiada pekeliling, kenyataan rasmi atau garis panduan diumumkan kepada rakyat Petaling Jaya," tegas beliau.Menurut Chean Chung, kerajaan perlu menjelaskan mekanisme sebenar supaya tidak timbul persepsi wang rakyat telah menjadi 'dana parti'"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyatakan sama ada mekanisme seperti ini mematuhi prinsip tadbir urus, integriti dan undang-undang atau sama ada ia wajar disiasat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan."Parti komponen Kerajaan Perpaduan juga perlu menyatakan pendirian adakah mereka bersetuju dana awam boleh diuruskan oleh pemimpin parti politik tanpa sebarang makluman awam?," soalnya.Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mendakwa, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang tidak lagi boleh mengakses sistem MyKhas bermula 29 Julai lalu sekali gus menjejaskan pengurusan peruntukan kawasan.Beliau berkata, perkara itu memberi kesan kepada rakyat Ampang yang memerlukan bantuan segera termasuk golongan rentan, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, belia, pesakit kronik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta rumah ibadat."Sekiranya kejanggalan ini berpunca daripada isu teknikal atau pentadbiran, saya berhak diberi pencerahan yang telus dan terbuka serta penyelesaian segera," katanya.Rodziah turut mendakwa situasi itu berlaku walaupun beliau masih anggota PKR yang sah dan tidak pernah keluar parti atau menyokong mana-mana parti lain.Katanya, keadaan itu dilihat bertentangan dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkaitan penyaluran peruntukan pembangunan kawasan secara adil kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti.Dalam pada itu, Rodziah berkata, beliau akan melancarkan Projek Amal Rakyat sebagai inisiatif bersama komuniti bagi memastikan khidmat kepada rakyat Ampang dapat diteruskan walaupun berdepan kekangan.Beliau berkata, segala bentuk sumbangan yang diterima menerusi inisiatif itu akan dibentangkan secara terbuka dengan mengutamakan prinsip tadbir urus baik dan ketelusan."Saya tegaskan apa jua rintangan dan cabaran tidak akan sekali-kali dijadikan sebagai alasan untuk mengurangkan atau menurunkan kualiti khidmat bakti saya khususnya buat warga Ampang."Dalam masa terdekat, saya akan melancarkan Projek Amal Rakyat sebagai satu inisiatif bersama komuniti secara bermuafakat atau gotong-royong demi memastikan apa jua bentuk perkhidmatan, bantuan dan sokongan untuk rakyat dapat diteruskan walaupun berdepan pelbagai kekangan dan halangan."Saya akan terus melaksanakan amanah sebagai Ahli Parlimen Ampang dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti," tambah beliau.





SNAPSHOT 'Ministry officers queried on being at BN events'; MP not told of PM's aide as Ampang coordinator - Mkini - 6/08 2:00 pm

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





Ampang MP claims not told of parliamentary coordinators appointment - FMT - 6/08 12:27 am

Rodziah Ismail says she learnt of Azman Abidins appointment after it was announced on social media.





Hanya tahu di FB, kata Rodziah berkait penyelaras Parlimen Ampang - FMT - 6/08 11:24 am

Ahli Parlimen Ampang berkata beliau tidak pernah dirujuk berhubung perkara itu.





Azman komited perkemas bantuan, kebajikan di Ampang - Mkini - 6/08 10:24 am

Katanya bantuan itu turut diselaraskan bersama Adun dalam kawasan parlimen tersebut, pemimpin masyarakat serta pihak berkaitan





SNAPSHOT PM's aide is Ampang parliamentary coordinator; IGP vows to boost aviation security - Mkini - 6/08 9:20 am

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





Rodziah kecewa akses sistem MyKhas Parlimen Ampang disekat ?? Rodziah .. - Mygazette - 6/08 8:14 am

# Rodziah kecewa akses sistem MyKhas Parlimen Ampang disekat KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail melahirkan rasa kecewa berikutan tindakan sekatan akses kepada sistem MyKhas yang dikenakan terhadap Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang sejak 29 Julai lalu





Guan Eng mohon hampir RM1 bilion bagi 5 projek pembangunan Butterworth - Mygazette - 6/08 8:14 am

# Guan Eng mohon hampir RM1 bilion bagi 5 projek pembangunan Butterworth KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng memohon kerajaan mempertimbangkan lima projek pembangunan bernilai hampir RM1 bilion serta cadangan mewujudkan Zon Kewangan Khas (ZKK) di Ampang Jajar untuk dimasukkan dalam Belanjawan Persekutuan akan datang





Setiausaha Politik PM dilantik Penyelaras Parlimen Ampang Setiausaha .. - Mygazette - 6/08 8:14 am

# Setiausaha Politik PM dilantik Penyelaras Parlimen Ampang KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin telah diberikan amanah bagi menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Parlimen Ampang





Makin kelakar pula kerajaan hari ini. - Wrlr - 6/08 6:09 am

Mana tidaknya, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang mewakili parti Perdana Menteri semasa iaitu PKR, dakwa akses pusat khidmatnya kepada sistem MyKhas telah disekat





Acer Malaysia Celebrates 10th Acer Day With Acer Active Day Event - Pokde - 6/08 2:03 am

Acer Malaysia has celebrated its 10th Acer Day with the Acer Active Day event held in The Campus, Ampang





Anwars aide to coordinate govt aid, projects in Ampang - FMT - 5/08 11:30 pm

Azman Abidin says he was appointed 'coordinator' for the parliamentary constituency to ensure government aid is delivered more effectively.





Setpol PM Azman Abidin kini urus Parlimen Ampang - FMT - 5/08 11:09 pm

Terdahulu Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail mengadu disekat akses sistem MyKHAS yang jejas penyaluran peruntukan kawasan.





Ahli Parlimen PKR Rodziah dakwa akses dana kawasan disekat - FMT - 5/08 6:57 pm

Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata apa sahaja tekanan dilakukan tidak akan melemahkan semangat untuk terus berkhidmat.





Rodziah pula dakwa disekat akses MyKhas - Mkini - 5/08 6:54 pm

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, ini menjejaskan pengurusan dan penyaluran peruntukan bagi menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan.





Now PKRs Ampang MP barred from accessing govt fund portal - FMT - 5/08 6:54 pm

Rodziah Ismail says she is puzzled over this as she has already explained her presence at Bersama's launch to the PKR disciplinary board.





Juruterbang peroleh dadah dari Ampang, terbang ke KK sebelum Jakarta .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm

# Juruterbang peroleh dadah dari Ampang, terbang ke KK sebelum Jakarta - Hussein SHAH ALAM - Seorang juruterbang Malaysia yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia pada Rabu lalu dipercayai membawanya dari ibu negara sebelum berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah dan Jakarta, Indonesia





Suspect linked to pilot's attempt to smuggle drugs to Indonesia identified - NCID director - Sinardaily - 4/08 3:09 pm

SHAH ALAM - Police have identified an individual believed to be linked to the case of a Malaysian pilot suspected of smuggling ecstasy through Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta, Indonesia.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said the individual, who is among the staff on duty at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), will be called in soon to record his statement."The individual is among the staff involved in screening at KLIA, we will call him for questioning and if necessary, we will make an arrest," he said at the Selangor NCID media conference here today.Hussein said initial investigations so far found that the suspect obtained the drugs at an apartment in Ampang, and investigations are focusing on various aspects including security at the airport entrance."The check also found that the suspect had come to KLIA in the morning and checked in the luggage containing the drugs and left it at KLIA before flying to Kota Kinabalu and turning back to Kuala Lumpur and leaving for Jakarta with the luggage involved," he said.Meanwhile, Hussein said his party was currently awaiting information from the Indonesian Republic Police (POLRI) to move its officers to the country for an interview session.Previously, the media reported that a 39-year-old pilot was detained by Indonesian authorities at Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport after allegedly trying to smuggle 25 kilogrammes of drugs.According to POLRI, the inspection found 15 packages containing 70,114 ecstasy and methamphetamine capsules estimated to be worth about RM45 million according to Indonesian market prices





[VIDEO] Kes Pilot Seludup D*dah: Polis Dedah Bekalan Diambil Di Ampang, ‘Orang Dalam’ KLIA Turut Disiasat - Siraplimau - 4/08 2:03 pm

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik pihak berkuasa Kastam Indonesia sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila memaparkan detik pemeriksaan seorang pembantu juruterbang Malaysia dalam kes seludup dadah. Baca juga: Masakan Masih Dalam Kuali..- Jururawat Pergi Selamanya Selepas Habis Syif Malam, Sempat Peluk Suami & Anak KASTAM INDONESIA SIAR RAKAMAN CCTV PEMBANTU JURUTERBANG DIDAKWA […] The post [VIDEO] Kes Pilot Seludup D*dah: Polis Dedah Bekalan Diambil Di Ampang, Orang Dalam KLIA Turut Disiasat first appeared on SirapLimau.com .





Juruterbang ditahan di Jakarta: Dadah dipercayai dibawa dari KL sebelum transit di Kota Kinabalu - Sinarharian - 4/08 12:53 am

SHAH ALAM - Dadah yang dirampas daripada seorang juruterbang warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dipercayai dibawa dari ibu negara sebelum suspek berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Jakarta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil bekalan dadah itu dariSelangor sebelum membuat daftar masuk bagasi lebih awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)."Suspek dipercayai mengambil dadah itu dari sebuah apartmen di Ampang sebelum melakukan early check-in bagasi di KLIA dan menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu pada sebelah pagi."Laluan perjalanannya ialah dari KLIA ke Kota Kinabalu, kemudian kembali ke KLIA sebelum berlepas ke Jakarta pada malam yang sama, kita juga telah memperoleh kesan nombor telefon yang dihubungi suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Menurut Hussein, PDRM kini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama siasatan iaitu mengenal pasti sumber bekalan dadah di negara ini, meneliti bagaimana suspek boleh melepasi saringan keselamatan di KLIA serta mengesan rangkaian sindiket antarabangsa yang dipercayai terlibat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga tempatan bersama seorang kru kabin ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki membawa beberapa jenis dadah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Media Indonesia melaporkan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X ke atas bagasi milik juruterbang berusia 39 tahun itu menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat 25.19 kilogram, selain satu bungkusan syabu seberat 2.75 gram dan sisa syabu seberat 0.08 gram dalam paip kaca.Dalam perkembangan sama, Hussein berkata, pihaknya turut meneliti kaedah yang digunakan POLRI untuk mengesan kegiatan penyeludupan itu."Kita masih mendapatkan maklumat bagaimana mereka berjaya mengesan kegiatan tersebut."Adakah mereka menggunakan sistem saringan, pemeriksaan fizikal, kombinasi kedua-duanya atau hasil risikan yang membawa kepada pemeriksaan secara rawak, semua itu sedang kita teliti," katanya.Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Isnin turut memutuskan prosedur pemeriksaan di KLIA perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang."Semua pihak bersetuju terdapat keperluan untuk mengetatkan lagi atau menambah baik prosedur pemeriksaan di KLIA," katanya.





Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di Ampang - Sinarharian - 4/08 12:12 am

SHAH ALAM - Dadah yang dirampas susulan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia di Indonesia dipercayai diambil dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor, sebelum cuba diseludup ke negara itu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis kini tertumpu kepada keseluruhan rangkaian pengedaran dadah berkenaan termasuk sumber bekalan yang diperoleh suspek di negara ini.Menurutnya, siasatan setakat ini berjaya mengesan lokasi dipercayai digunakan suspek untuk mendapatkan bekalan dadah selain memperoleh nombor telefon yang dihubungi bagi membantu siasatan lanjut."Kita sedang melihat keseluruhan spektrum pengedaran ini, PDRM sedang menyiasat bagaimana dia mendapatkan bekalan dalam negara."Kita dapat mengesan bekalan itu dipercayai diambil di sebuah apartmen di Ampang dan kita juga telah memperoleh nombor telefon yang dihubungi, semua itu kini dalam tindakan pihak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanSebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup masuk 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA ke negara itu selain didapati positif beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Menurut pihak berkuasa Indonesia, lelaki berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai MSO itu ditahan Rabu lalu sejurus selepas menerbangkan pesawat penumpang dari Kuala Lumpur ke Jakarta.Hasil pemeriksaan menemukan 14 bungkusan mengandungi lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasi suspek, selain empat gram methamphetamine yang dipercayai untuk kegunaan peribadi di dalam beg tangan.ARTIKEL BERKAITAN: Kes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAMengulas perkembangan siasatan, Hussein berkata, PDRM kini menunggu kebenaran daripada POLRI untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi menemu bual suspek."Kita sedang menunggu clearance daripada POLRI kerana tangkapan dibuat oleh pihak kastam di lapangan terbang dan kes disiasat oleh polis Indonesia."Sebaik sahaja mendapat kebenaran, pegawai kita akan ke Jakarta untuk menemu bual suspek," katanya.





Juruterbang dapatkan dadah dari Ampang - Polis - Hmetro - 4/08 12:11 am

Shah Alam: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendedahkan juruterbang yang ditahan selepas didakwa menyeludup dadah ke Indonesia, 28 Julai lalu dipercayai mendapat bekalan bahan terlarang itu di Ampang





Lima penunggang motosikal cedera langgar kabel atas jalan - Sinarharian - 3/08 3:20 pm

AMPANG Lima penunggang motosikal cedera selepas melanggar kabel telekomunikasi yang dipercayai ditinggalkan di atas Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) di Kilometer 21.5 dari arah Hulu Kelang menghala ke Ampang di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi apabila kesemua penunggang terbabit melanggar kabel telekomunikasi yang berukuran kira-kira empat sentimeter dengan panjang sekitar 35 meter."Polis turut mengesan satu rakaman video kejadian yang tular menerusi aplikasi Threads."Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427, Seksyen 431A, Seksyen 283 dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan perbuatan khianat, menyebabkan halangan di jalan awam serta kesalahan lain yang berkaitan."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya atau balai polis berhampiran," katanya.





Penuntut IPTS mangsa keenam RXZ Members 8.0, maut kemalangan di LPT 2 - Sinarharian - 2/08 10:29 pm

DUNGUN - Perhimpunan RXZ Members 8.0 meragut satu lagi nyawa apabila seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur menjadi mangsa keenam terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer (KM) 356, LPT 2 arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, kira-kira jam 4.55 petang.Menurut beliau, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Arissa Shazzira Zainudin, 21, yang beralamat di Taman Bukit Goh Perdana, Kuantan, Pahang."Pihak polis menerima makluman daripada orang awam berhubung insiden kemalangan jalan raya berkenaan jam 5.10 petang."Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Mengulas mengenai kejadian, Nik Ab Halim berkata, kedua-dua kenderaan berkenaan datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0.Beliau berkata, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dimana pemandu pacuan empat roda menuju ke Ampang, Selangor manakala penunggang motosikal berkenaan menghala ke Kuantan, Pahang."Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu berhenti di lorong kecemasan untuk berehat."Bagaimanapun, motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa tiba-tiba datang dari arah belakang lalu melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan."Akibat rempuhan kuat itu, mangsa telah tercampak ke tengah-tengah jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.





Police arrest seven, including two teens, in Jalan Ampang knifepoint robbery investigation - Malaymail - 2/08 5:51 pm

KUALA LUMPUR, Aug 2 Police arrested seven individuals, including two teenage girls, to assist in the investigati...





Remaja perempuan antara tujuh ditahan terbabit kes samun bersenjata - Sinarharian - 2/08 5:18 pm

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun antara tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun menggunakan pisau di sebuah unit kediaman di Jalan Ampang, Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, selain remaja itu, enam individu lain terdiri daripada lima lelaki berusia 22 hingga 38 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, yang ditahan di kawasan tempat letak kereta di Jalan Metro Pudu di sini, 3 pagi semalam.Beliau berkata, penahanan itu susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 21 tahun yang mendakwa disamun empat lelaki tidak dikenali menggunakan pisau semasa berada di kediaman berkenaan."Kesemua tujuh individu itu kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Annas meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran





Govt consults stakeholders on proposed Tabung Haji Act amendments - Sinardaily - 1/08 6:16 pm

KUALA LUMPUR - Engagement sessions with stakeholders are currently underway to gather feedback on the proposed amendments to the Tabung Haji Act 1995 (Act 535), as recommended by the Royal Commission of Inquiry (RCI).Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan said the move aims to strengthen the legal framework and overall management of the pilgrimage fund board, Lembaga Tabung Haji (TH).He said the government is committed to ensuring that all feedback received through these engagement sessions is fully utilised to elevate the management of the haj institution."We have already held engagement sessions with stakeholders. Insya-Allah, we will obtain the best feedback and input to uplift this institution as the best," he told reporters after the MADANI Kita programme in Kampung Melayu Ampang, Selangor, which was also attended by his deputy, Senator Marhamah Rosli.The RCI report on the management and operations of TH, made public on Wednesday, recommended amending the Tabung Haji Act 1995 to improve the boards governance and regulation.On the overall progress of implementing the RCI's recommendations, Zulkifli said the majority of the proposals had been successfully executed, with their impact reflected in TH's significantly stronger financial position and governance."We have seen the effects and the recommendations that were suggested





Pinda Akta Tabung Haji: Libat urus sedang dijalankan – Menteri Agama - Mygazette - 1/08 5:38 pm

"Kita telah pun mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan Insya-Allah kita akan mendapatkan maklum balas dan input yang terbaik untuk kita mengangkat institusi ini sebagai institusi yang terbaik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) di Kampung Melayu Ampang, Selangor yang turut dihadiri timbalannyaSenator Marhamah Rosli





KSSB jayakan pemuliharaan bakau raih MBOR - Sinarharian - 1/08 9:30 am

KLANG Program SMG Mega Mangrove Cleanup 2026 sempena sambutan Hari Hutan Bakau Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2026 berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh Malaysian Book of Records (MBOR).Program itu menerima pengiktirafan tersebut menerusi kategori Penyertaan Terbesar dalam Program Pembersihan Bakaudengan penyertaan seramai 1,600 peserta daripada pelbagai agensi dan organisasi.Program anjuran Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) itu berlangsung di Mangrove Point, Klang, melibatkan aktiviti pembersihan sampah serta penanaman anak pokok bakau kurap di kawasan Hutan Simpan Kekal Raja Lumu seluas 70 ekar (28 hektar) yang memainkan peranan penting dalam pemuliharaan ekosistem pantai negeri ini.Program itu turut menyaksikan penyertaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sebagai rakan kolaborasi menerusi sumbangan 100 anak pokok serta penglibatan 33 kakitangannya sebagai sukarelawan dalam aktiviti pembersihan sampah dan penanaman anak pokok.Penyertaan tersebut merupakan manifestasi konkrit komitmen KSSB dalam melaksanakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai teras utama tadbir urus korporat syarikat.Ketua Jabatan Kemampanan Korporat KSSB, Mohd Nizam Ishak berkata, syarikat KSSB yakin setiap entiti perniagaan memikul tanggungjawab memelihara alam sekitar serta memacu kesejahteraan masyarakat."Penyertaan KSSB dalam program SMG Mega Mangrove Cleanup ini bukan sekadar simbolik, malah cerminan sebenar komitmen kami terhadap prinsip ESG serta usaha memulihara hutan bakau di Selangor," katanya.Sejajar dengan hala tuju kelestarian tersebut, KSSB turut mencatatkan rekod penyertaan yang konsisten dalam pelbagai inisiatif penghijauan sepanjang tahun.Sebelum ini, KSSB telah menyertai pelbagai inisiatif penghijauan, termasuk gotong-royong membersihkan sungai, pelepasan anak ikan dan penanaman pokok berskala besar di Bukit Ampang, Sungai Panjang dan Cameron Highlands di bawah Program Penghijauan Malaysia.Penglibatan kakitangan KSSB dan anak syarikatnya menerusi Program Penghijauan Malaysia yang dianjurkan ini mencerminkan komitmen jitu syarikat dalam memperkasakan agenda penghijauan negara.Menerusi penyertaan berterusan dalam pelbagai inisiatif sebegini, KSSB berhasrat memupuk kesedaran dalam kalangan pekerja serta masyarakat awam mengenai kepentingan pematuhan ESG dan pemuliharaan alam sekitar.KSSB turut berharap usaha sedemikian dapat menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam amalan perniagaan dan gaya hidup masyarakat ke arah kelestarian yang lebih holistik pada masa hadapan.





Hilang sejak Ahad, di mana Jaselan? - Sinarharian - 30/07 11:55 am

AMPANG Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pandan Mewah di sini sejak Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Ampang JayaAsisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, S Jaselan dilaporkan keluar dari sebuah kondominium pada jam 2 petang dan sehingga kini masih belum pulang ke rumah serta gagal dihubungi."Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju-T berwarna merah dan seluar jean biru yang mempunyai kesan koyak pada bahagian lutut."Remaja itu berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter dan berat 45 kilogram," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Khairul Anuar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104," katanya.





Nicky Liow sudah tiga tahun bebas 26 kes AMLA lebih RM36 juta - Sinarharian - 30/07 11:40 am

SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Nicky Liow dilepas dan dibebaskan daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan lebih RM36 juta, selepas pendakwaan menarik balik kes berkenaan tiga tahun lalu.Peguamnya, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Nicky atau nama sebenarnya Liow Soon Hee berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan selepas menerima representasi yang dikemukakan pihak pembelaan.Beliau berkata, Nicky juga telah melunaskan tunggakan cukai RM400,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyelesaikan pertuduhan berkait Borang Nyata Cukai bawah Akta Cukai Pendapatan."AGC telah menerima representasi yang kami kemukakan sebelum ini dan Nicky dibebaskan pada 15 Jun 2023," katanya ketika dihubungi media.Pada 12 April 2022, Nicky, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, di atas 26 pertuduhan tersebut.Mengikut semua pertuduhan, dia dan tiga syarikat itu didakwa secara langsung melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dan dua pertuduhan memiliki wang hasil sama, berjumlah lebih RM36 juta.Perbuatan itu dilakukan di Malayan Banking Berhad, cawangan Bandar Puteri Puchong dan Ampang pada 2016 hingga 2021.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4(1)(a) dan 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.





'Kebanjiran Rohingya dah cukup memeningkan kepala kami' - Sinarharian - 30/07 8:10 am

AMPANG Penduduk Pandan Mewah di sini berharap lebih 100 pelarian Rohingya yang diusir dari penempatan mereka di Kampung Kuala Muda, Pulau Pinang tidak ditempatkan di kawasan itu kerana bimbang menambah kebanjiran etnik berkenaan.Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wati, 44, berkata, komuniti Rohingya di kawasan itu sudah ramai dan pertambahan jumlah mereka dikhuatiri meresahkan dan menjejaskan kesejahteraan penduduk."Kami tak mahu terima mereka, cukuplah yang ada di sini pun sudah memeningkan kepala," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.Menurutnya, kebimbangan penduduk bertambah apabila mendakwa melihat beberapa individu yang tidak dikenali sebelum ini meminta sedekah di sebuah restoran berhampiran kediamannya.Bagaimanapun, Wati mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada individu itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pelarian yang diusir dari Kampung Kuala Muda."Saya tidak boleh sahkan, tetapi memang wajah mereka berbeza daripada biasa saya lihat," katanya.Seorang lagi penduduk, Izzati, 49, berkata, kawasan Pandan Mewah sememangnya mempunyai komuniti Rohingya yang ramai dan mereka boleh dilihat di beberapa lokasi sekitar kawasan perumahan serta premis perniagaan.Katanya, dalam kalangan mereka kebanyakannya bekerja di kilang dan premis berhampiran, manakala sebahagian lagi berniaga di pasar malam, mengutip barang kitar semula serta meminta sedekah.Penduduk yang hanya dikenali sebagai Rosnah, 49, berkata, kawasan perumahan itu juga sering dijadikan lokasi transit oleh sebahagian pelarian Rohingya dari beberapa negeri sebelum mendapatkan rawatan atau bersalin di sebuah hospital kerajaan berhampiran.Katanya, berdasarkan maklumat didengarinya, terdapat pelarian Rohingya dari Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menyewa bilik di flat sekitar Pandan Mewah untuk tempoh singkat sebelum pulang ke negeri masing-masing."Selepas selesai urusan bersalin, mereka akan pulang semula ke negeri asal," dakwanya.Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Sulaiman, 43, pula berkata, pihak berkuasa diharap dapat menjalankan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.Katanya, penduduk mahu agensi berkaitan menyiasat segala aduan dibangkitkan bagi memastikan kawasan itu terus selamat dan mematuhi peraturan."Kami cuma mahu suara penduduk didengar dan setiap aduan disiasat secara telus





JomCharge turns on 100kW DC Charger at McDonald’s Pandan Mewah - Soyacincau - 29/07 9:39 pm

If you need to charge your EV around Pandan Mewah, there’s now a DC Charger at a McDonald’s Drive Thru, located opposite of Ampang Hospital





113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan - Mygazette - 29/07 7:58 am

# 113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang ditempatkan sementara di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini telah dibawa keluar ke lokasi penempatan yang disediakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, NGO yang terlibat iaitu Kaladan dari Ampang dan kesemua pelarian berkenaan mula meninggalkan perkarangan IPK Kuala Lumpur sekitar pukul 4 petang tadi





All 113 refugees relocated to Kaladan NGO designated shelter - Sinardaily - 28/07 8:03 pm

KUALA LUMPUR - All 113 refugees temporarily housed at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPK) since yesterday have been moved to a facility designated by the Kaladan non-governmental organisation (NGO).Brickfields police chief ACP Hoo Chang Hook said all the refugees, including an Iraqi man, a Somali woman, and an Indonesian woman married to a Rohingya refugee, left the police headquarters around 4pm."All 113 refugees moved out of the Kuala Lumpur IPK to the destination set by the NGO, he said in a statement today.Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus said the refugees were handed over to Kaladan, an NGO based in Ampang, Selangor."All the refugees are placed under the management of Kaladan from Ampang, Selangor





Pelarian Rohingya tinggalkan IPK Kuala Lumpur - Sinarharian - 28/07 4:59 pm

KUALA LUMPUR Kesemua 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar petang tadi ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua pelarian berusia antara satu bulan hingga 60 tahun itu meninggalkan IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang."Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLPelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatanTerdahulu, media melaporkan kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen sah yang dikeluarkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Fadil dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke IPK Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.





Pendakwaan kemuka 25 saksi dalam perbicaraan kes bekas PTD, isteri - Sinarharian - 27/07 2:28 pm

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan mengemukakan 25 saksi dalam perbicaraan kes bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar @ Kamaruddin yang berdepan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada sebutan kes hari ini yang turut dihadiri peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan itu.Natrah Fareha berkata, terdapat beberapa lagi dokumen berkaitan kes itu akan diserahkan kepada pihak pembelaan dan pihaknya memerlukan masa memandangkan dokumen tersebut perlu diperoleh daripada beberapa agensi.Fahmi berkata, beliau tidak membantah permohonan pihak pendakwaan berhubung serahan dokumen itu dan memaklumkan pihaknya mungkin menghantar representasi selepas menerima dokumen yang berkaitan.Hakim Azura kemudian menetapkan sebutan kes pada 28 September ini untuk serahan baki dokumen.Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa atas enam pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM2.26 juta, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, di Jalan Melaka, Bukit Damansara, pusat bandar raya dan Ampang Point, Ampang, antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.Salwani, 27, pula didakwa atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat dan di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.Wanita itu juga didakwa atas satu pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank di Jertih dekat Besut, pada 16 Jan 2025.Pasangan suami isteri itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan





Tiga pelajar sekolah menengah di Ampang ditahan terlibat kejadian buli - Mygazette - 26/07 1:37 pm

# Tiga pelajar sekolah menengah di Ampang ditahan terlibat kejadian buli KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang





Tiga pelajar sekolah menengah terlibat buli ditahan polis - Sinarharian - 25/07 8:44 pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian jam 12.31 tengah hari semalam, mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek."Motif kejadian dipercayai kerana mengganggu teman wanita seorang daripada suspek, kejadian kemudian dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Khairul Anuar berkata, ketiga-tiga remaja itu telah ditahan petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.Terdahulu, video berdurasi 3 minit 29 saat memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul pelajar lain tular di media sosial, sambil dirakam oleh individu lain.- Bernama





Three secondary school students in Ampang detained over bullying incident - Malaymail - 25/07 8:06 pm

KUALA LUMPUR, July 25 Police have arrested three male secondary school students near here on suspicion of beatin...





Pelajar dibelasah gara-gara kacau teman wanita pelajar lain - Sinarharian - 25/07 7:03 pm

AMPANG - Seorang pelajar sekolah menengah dibelasah di tangga blok sebuah flat di sini pada Jumaat selepas didakwa mengganggu teman wanita pelajar lain.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian pada jam 12.31 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang berada di sekolah dibawa oleh seorang pelajar lelaki ke tangga blok flat berkenaan.Menurutnya, mangsa kemudian dipukul, ditampar dan ditendang oleh tiga lagi pelajar lelaki."Motif kejadian dipercayai kerana mangsa mengganggu teman wanita salah seorang suspek."Kejadian itu juga dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan dalam kumpulan WhatsApp," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, siasatan mendapati suspek dan mangsa merupakan pelajar dari sekolah yang sama.Jelasnya, kes masih dalam siasatan dan ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.Kejadian berkenaan turut tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi tiga minit 28 saat.





Immigration raid nets 109 foreigners, uncovers bid to set up exclusive entertainment club - Sinardaily - 24/07 5:30 pm

KUALA LUMPUR - The Immigration Department (JIM) detained 109 foreign construction workers during a raid at a commercial building in Jalan Ampang here yesterday, uncovering an attempt to convert several units into an exclusive entertainment club.Its director-general Datuk Zakaria Shaaban said the raid, conducted at 11.45 am, followed three weeks of intelligence gathering prompted by public complaints over the growing presence of foreigners, particularly Chinese nationals, in the area.He said 120 peoplewere inspected by 58 immigration officers during the raid at Level 18 of Tower 1 and Level 24 of Tower 3 of the building."During the raid, the foreign nationals were found actively carrying out renovation works at several units believed to be used as an exclusive entertainment club





Bangunan komersial di Jalan Ampang diserbu, 109 warga asing ditahan - Sinarharian - 24/07 11:12 am

KUALA LUMPUR - Kehadiran warga asing terutamanya warga China yang dilihat semakin ketara di sebuah bangunan komersial di Jalan Ampang membawa kepada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Khamis.Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi pada jam 11.45 pagi itu dilaksanakan susulan aduan orang awam serta hasil risikan selama tiga minggu.Menurutnya, seramai 58 pegawai pelbagai pangkat digerakkan ke Aras 18, Menara 1 dan Aras 24, Menara 3 bangunan komersial berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh."Hasil pemeriksaan mendapati seramai 120 individu diperiksa membabitkan tujuh warga tempatan dan 113 warga asing dari China, Bangladesh, Myanmar serta India."Ketika serbuan dijalankan, warga asing terbabit didapati sedang giat melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di beberapa unit premis yang dipercayai sedang dipersiapkan untuk beroperasi sebagai sebuah kelab hiburan eksklusif," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, premis itu turut dilengkapi sistem kawalan keselamatan berlapis serta akses masuk yang dikawal rapi, dipercayai bagi mengehadkan kemasukan orang awam selain mengelakkan kegiatan di dalamnya dikesan pihak berkuasa.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebahagian besar warga asing terbabit dipercayai memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial, namun disyaki menjalankan pekerjaan tanpa kebenaran sekali gus melanggar syarat pas yang diberikan."Turut dikenal pasti ialah individu yang disyaki tinggal melebihi tempoh sah pas selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan."Seramai 109 warga asing terdiri daripada 78 lelaki warganegara China dan 31 lelaki warganegara Bangladesh, Myanmar serta India berusia antara 30 hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.Zakaria berkata, kesemua warga asing terbabit dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut."Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai pengurus atau individu yang bertanggungjawab menguruskan kehadiran warga asing di premis berkenaan."JIM turut mengeluarkan Saman kepada Saksi (Borang 29) kepada seorang penyelia Badan Pengurusan Bersama bangunan komersial itu bagi membantu siasatan," katanya.Tegasnya, JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan atau menyalahgunakan pas di negara ini."Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin," katanya.





Lepas Bertahun-Tahun, Atilia Haron Akhirnya Tampil Dengan Konsert Paling Peribadi - Murai - 24/07 11:00 am

Kalau selama ini anda kenal Atilia Haron menerusi lagu-lagu yang menenangkan jiwa, kali ini penyanyi itu tampil dengan sesuatu yang jauh lebih istimewa. ATILIA HARON In Concert yang bakal berlangsung pada 19 September 2026, jam 8 malam di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi sebuah perjalanan emosi yang cukup dekat […] The post Lepas Bertahun-Tahun, Atilia Haron Akhirnya Tampil Dengan Konsert Paling Peribadi appeared first on Murai MY .





Police corporal charged with sexual assault of 11-year-old daughter - Sinardaily - 22/07 5:34 pm

KUALA LUMPUR - Already facing a rape charge over his teenage daughter, a police corporal was today brought to the Ampang Sessions Court, where he pleaded not guilty to two counts of physical sexual assault against his 11-year-old daughter.The accused, 35, who stood in a position of trust as her biological father, was charged with committing the acts against the victim, who was then 11 years and 10 months old.The father of four was alleged to have committed the offences at an apartment unit in Kuala Kubu Bharu, Rawang, between 9 pm and 10 pm on May 21, and at 2 pm on May 22.The charges were brought under Section 14(b) of the Sexual Offences Against Children Act 2017, read together with Section 16(1) of the same Act, which provides for a maximum imprisonment of up to 20 years and caning, in addition to an extra term of imprisonment of up to five years and no fewer than two strokes of the cane, upon conviction.Deputy public prosecutor Muhammad Hairuliqram Hairuddin did not offer bail, citing the accused's prior charge in the Kuala Kubu Bharu Court under Section 376 of the Penal Code for the rape of his 18-year-old daughter."After the court granted bail, the victim's family members lodged a report claiming that the accused had been harassing the teenager





Buletin Gwm Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Touch ‘n Go, Sokong .. - Mekanika - 22/07 2:46 pm

# GWM MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN TOUCH 'N GO, SOKONG MOBILITI LEBIH PINTAR **GWM Malaysia menjalin kerjasama dengan Touch 'n Go dalam usaha memperkukuh pengalaman mobiliti pintar menerusi demonstrasi Titan Flow Technology, sekali gus memperlihatkan bagaimana teknologi digital dapat meningkatkan pengalaman pemanduan harian.** Kerjasama itu menyaksikan Touch 'n Go bertindak sebagai rakan mobiliti bagi sesi pandu uji media yang berlangsung di lorong RFID Enhanced di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)





Selepas didakwa rogol anak sulung, koperal polis didakwa amang seksual anak usia 11 tahun - Sinarharian - 22/07 2:40 pm

AMPANG Seorang anggota polis berpangkat koperal sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan anak kandungnya apabila didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan ketiganya yang ketika kejadian berusia 11 tahun 10 bulan.Tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Rabu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.Kes baharu itu muncul ketika lelaki terbabit sebelum ini turut berdepan pertuduhan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana didakwa merogol anak sulungnya yang ketika kejadian berusia 18 tahun.Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh yang kini digantung tugas didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah sebagai bapa kandung telah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak ketiganya bagi tujuan seksual.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kuala Kubu Bharu, Rawang antara jam 9 malam hingga 10 malam pada 21 Mei dan kira-kira jam 2 petang pada 22 Mei lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 16(1) akta berkenaan.Jika sabit kesalahan, Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta tidak kurang dua sebatan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.Beliau memaklumkan tertuduh sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan merogol anak sulungnya.Menurutnya, selepas dibebaskan dengan ikat jamin dalam kes tersebut, ahli keluarga mangsa membuat aduan bahawa tertuduh telah mengganggu remaja berkenaan."Justeru, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan kerana bimbang dia akan mencari mangsa," katanya.Bagaimanapun, peguam Muhammad Azim Hilmi Aziz yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberikan ikat jamin dengan alasan pertuduhan di Kuala Kubu Bharu melibatkan kes yang berbeza.Beliau berkata, tertuduh tidak lagi tinggal bersama kedua-dua mangsa dan bersedia mematuhi sebarang syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.Menurutnya lagi, tertuduh kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan memerlukan ubat yang dipreskripsikan.Pihak pendakwaan kemudian mencadangkan supaya tertuduh ditempatkan di hospital berkenaan bagi memudahkan pemantauan terhadap keadaan kesihatannya, namun cadangan itu tidak dipersetujui pihak pembelaan.Muhammad Azim Hilmi turut memaklumkan ibu tertuduh bersedia menyediakan wang ikat jamin serta memastikan kehadiran anaknya di mahkamah.Namun selepas dimaklumkan ibu tertuduh tinggal di Ipoh, Perak manakala tertuduh beralamat di Kuala Kubu Bharu, mahkamah menolak permohonan ikat jamin.Hakim Norshila berkata, ibu tertuduh tidak tinggal bersama lelaki itu dan sukar untuk menjamin kehadirannya ke mahkamah selain mengambil kira aduan gangguan terhadap mangsa yang dikemukakan keluarga.Mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin buat masa ini sehingga pihak pembelaan mengemukakan penjamin yang benar-benar dapat memastikan kehadirannya ke mahkamah serta mematuhi syarat tidak mengganggu mangsa.Mahkamah kemudian menetapkan 26 Ogos depan untuk serahan dokumen berkaitan status penjamin, jika ada.





Koperal nafi ‘sentuh’ anak perempuan - Kosmo - 22/07 2:39 pm

AMPANG – Seorang anggota polis berpangkat Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya Mei lalu





Koperal mengaku ada masalah psikiatri, didakwa amang seksual anak 11 tahun - Sinarharian - 22/07 1:55 pm

AMPANG Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan ketiganya berusia 11 tahun, Mei lalu.Bapa kepada empat anak berumur 35 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norshila Kamarudin.Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu yang telah digantung tugas, didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa kandung, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu ketika kejadian berumur 11 tahun 10 bulan, bagi tujuan seksual.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kuala Kubu Bharu, Rawang antara jam 9 hingga 10 malam, 21 Mei serta 2 petang 22 Mei lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta serupa.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.Bagi hukuman Seksyen 16(1) akta sama membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh."Sebelum ini tertuduh didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) terhadap anak sulungnya ketika kejadian berusia 18 tahun."Selepas diberi ikat jamin dalam kes berkenaan, ahli keluarga mangsa telah membuat aduan bahawa tertuduh telah mengganggu remaja terbabit."Jadi saya mohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan kerana bimbang dia akan mencari mangsa," katanya.Bagaimanapun, peguam, Muhammad Azim Hilmi Aziz merayu anak guamnya diberi ikat jamin kerana pertuduhan di Kuala Kubu Bharu melibatkan kes berlainan.Menurutnya, anak guam tidak lagi tinggal bersama kedua-dua mangsa malah dia sedia untuk memenuhi sebarang syarat tambahan.Selain itu beliau berkata, mahkamah perlu membenarkan anak guam diikat jamin atas faktor kesihatan kerana dia kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak."Anak guam diberi preskripsi yang mana ubat bagi penyakit yang dihadapi, tidak dibenarkan untuk diambil di penjara kerana wujudnya kesan sampingan."Justeru saya mohon mahkamah membenarkan anak guam diberi ikat jamin," katanya.Mendengar perkara berkenaan, Muhammad Hairul Iqram mencadangkan tertuduh ditempatkan di hospital terbabit sekali gus memudahkan semua pihak mendapatkan perkembangan kesihatan tertuduh.Perkara itu tidak dipersetujui oleh pihak pembelaan apabila memaklumkan, anak guamnya tidak berhasrat untuk membuat permohonan supaya dihantar ke hospital bahagia.Muhammad Azim Hilmi berkata, ibu tertuduh sedia melunaskan bayaran ikat jamin selain memastikan kehadirannya dalam setiap sebutan kes.Selepas dimaklumkan ibu tertuduh tinggal di Ipoh, Perak sementara tertuduh menetapkan di Kuala Kubu Bharu, Norshila tidak membenarkan lelaki itu dilepaskan dengan ikat jamin."Makcik tidak tinggal bersama tertuduh, jadi bagaimana makcik mahu pastikan dia hadir ke mahkamah bagi setiap prosiding kelak?"Selain itu ada aduan daripada keluarga berhubung gangguan terhadap mangsa."Jadi buat masa ini, saya tidak membenarkan jaminan sehingga pihak pembelaan mengemukakan penjamin yang boleh memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah termasuk syarat dia tidak mengganggu mangsa," katanya.Beliau menambah, mahkamah akan pertimbangkan permohonan pembelaan berhubung ikat jamin pada tarikh sebutan seterusnya.Mahkamah kemudian menetapkan 26 Ogos depan untuk serahan dokumen bagi status penjamin jika ada.



Touch n Go Launches Enhanced RFID Lane For Seamless Tolling - Lowyat - 21/07 6:44 pm

Touch n Go has rolled out its new Enhanced RFID lane at the Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) Dato’ Keramat toll plaza



Kisah Fizi berumah dalam kereta dapat perhatian Boss A - Hmetro - 21/07 2:43 pm

Ampang: Kepayahan Fadhullah Fiziria Shah Shahnun Azli, 25, atau Fizi yang tiada tempat tinggal dan berumah dalam kereta mendapat perhatian usahawan komputer riba terpakai dan pempengaruh, Ivan Khong yang datang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pemuda itu



KL City Gateway appoints Maple Hospitality Group to manage Sutera Suites - Sinardaily - 20/07 11:19 am

KUALA LUMPUR - KL City Gateway has appointed Maple Hospitality Group as the hospitality and short-term rental management partner for Sutera Suites, the first development under the KL City Gateway masterplan.The appointment was formalised through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) at the KL City Gateway Sales Gallery on July 10.Under the partnership, Sutera Suites will be professionally managed under the MapleSuites brand, offering hospitality and short-term rental management services for owners and guests.KL City Gateway is a seven-acre integrated transit-oriented development jointly developed by Sunsuria Berhad and Suez Capital Sdn Bhd (Suezcap).Located in the heart of Kuala Lumpur, the development will feature serviced suites, residences, office suites, retail outlets and lifestyle offerings.The project has direct access to the LRT Kampung Baru station, the Saloma Link and the Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)



DBKL jalan siasatan teknikal punca pokok tumbang di Jalan Tun Razak - Mygazette - 20/07 8:01 am

Dalam pada itu, sebagai langkah segera, DBKL telah memulakan pemeriksaan terhadap pokok matang dan pokok yang berpotensi mendatangkan risiko di semua jalan utama Kuala Lumpur khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai jumlah trafik dan pergerakan orang awam yang tinggi. Pemeriksaan awal yang melibatkan lapan pasukan termasuk lima arboris membabitkan pokok-pokok yang berada di Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Datuk Keramat dan sebahagian Jalan Tun Razak dan dijangka diselesaikan dalam tempoh 10 minggu



Tangki air hotel tiba-tiba jatuh hempap dua kereta - Sinarharian - 19/07 8:04 am

AMPANG JAYA - Suasana gempar apabila sebuah tangki simpanan air di bahagian bumbung sebuah hotel berhampiran Ampang Point di Jalan Memanda 5 di sini terjatuh sebelum menghempap dua buah kenderaan di kawasan parkir awam dalam kejadian pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.Menurutnya, siasatan awal mendapati tangki penyimpanan air berkenaan disyaki terjatuh dari bahagian atas bangunan hotel sebelum menghempap dua motokar yang diparkir di hadapan New Wave Hotel Ampang Point."Kedua-dua pemilik kenderaan telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut."Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa tangkap layar video yang memaparkan dua kenderaan rosak pada bahagian bumbung dipercayai akibat dihempap tangki air.Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Report of Accident (ROA) bagi tujuan tuntutan insurans.Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.



MCMC wajibkan pemberi perkhidmatan sekat kandungan memudaratkan dalam tempoh 24 jam - Sinarharian - 16/07 4:39 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mewajibkan Pemberi Perkhidmatan Berlesen mengambil tindakan terhadap kandungan memudaratkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, termasuk menyekat akses kandungan berkeutamaan tinggi dalam tempoh 24 jam.Langkah tegas itu dikuatkuasakan melalui Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866), bertujuan mengekang penularan kandungan palsu dan maklumat palsu dan maklumat salah pada peringkat awal."Bagi kandungan berkeutamaan tinggi seperti penipuan kewangan, kandungan tersebut hendaklah dijadikan tidak boleh diakses dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan penilaian, pengesahan dan tindakan lanjut dilaksanakan," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.Kementerian itu menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) di Dewan Rakyat berhubung mekanisme mengawal penyebaran berita palsu, maklumat palsu dan maklumat salah terutama dalam tempoh kritikal kurang 24 jam sebelum penularan secara meluas.Menurut kementerian itu, bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Mei 2026, MCMC telah mengemukakan sebanyak 63,215 permohonan penurunan kandungan palsu kepada pemberi perkhidmatan, dengan 54,626 kandungan atau 86 peratus berjaya diturunkan.Selain penguatkuasaan Akta 866 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, MCMC turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pelancaran Chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) pada 28 Jan 2025 bagi mempermudah orang ramai menyemak kesahihan maklumat dengan lebih cepat dan mudah.Sehingga 31 Mei lepas, AIFA yang menyokong portal Sebenarnya.my telah memproses sebanyak 197,403 mesej dengan purata 404 mesej sehari, manakala sebanyak 1,016 artikel semakan fakta telah diterbitkan bagi tempoh 1 Jan 2022 hingga 31 Mei 2026.Dalam aspek pencegahan dan pemerkasaan literasi digital, Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta 1,938 program kepada masyarakat umum melibatkan 2,136,941 peserta di seluruh negara sehingga 15 Jun lepas."Melalui pendekatan yang menggabungkan penguatkuasaan undang-undang, kerjasama strategik dengan penyedia platform, pemanfaatan teknologi serta pemerkasaan literasi digital, kerajaan komited memastikan penyebaran berita palsu, maklumat palsu dan maklumat salah dapat dibendung secara lebih berkesan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan ekosistem digital negara," menurut kementerian itu



11 termasuk majikan ditahan kes bunuh warga asing di Taman Universiti - Mygazette - 16/07 3:29 pm

Jelasnya, turut ditahan lapan warganegara asing berusia antara 26 hingga 41 tahun yang merupakan rakan sekerja dan kenalan kepada mangsa. Menurutnya, mereka ditahan sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru; Taman Bukit Indah dan Iskandar Puteri selain di Ayer Keroh, Melaka dan Ampang, Kuala Lumpur



Dimana Norziah menghilang? - Mygazette - 16/07 3:29 pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja perempuan Norziah Jorhan yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Flat Pandan Jaya, di sini sejak Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan bapa berusia 18 tahun itu mendakwa menyedari anaknya tiada di rumah jam 5 pagi




Reformasi     >>



Selepas 10 kali dipanggil SPRM, Ismail Sabri akhirnya .. - Harapandaily
Selepas sekurang-kurangnya 10 kali dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini. Pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam ..
Kroni     >>



Kita ada potensi besar. Tetapi adakah kita .. - Harakahdaily
KADANGKALAkita terlalu sibuk melihat kejayaan negara lain sehingga terlupa bahawa Malaysia sendiri mempunyai potensi yang luar biasa. Adakah kita benar-benar menyedarinya dan bersedia memanfaatkannya? Baru-baru ini, satu kajian yang diterbitkan dalam Bulletin of the Chinese Academy of Sciences menarik ..
Tabloid     >>



Nurul Izzah mahu sambung pengajian, kekal anggota PKR - Kosmo
PETALING JAYA – Nurul Izzah Anwar menjelaskan keputusannya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan mahu meneruskan pengajian lanjutan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan panjang, selain menyifatkan langkah itu ..
Tech     >>



August’s Android Canary release gets app handles .. - Androidauthority
Sadly, it's also the end of the line for Pixel 6 phones.
World     >>



Irans Ghalibaf accuses Trump of conducting show .. - Aljazeera
US president says he is involved in talks and war will end 'pretty soon', claiming that Iran cannot 'go much longer'.
Motor Trend     >>



Dongfeng Nissan NX7 didedahkan - Platform 800V, .. - Careta
Antara tarikan utama model itu ialah penggunaan sensor LiDAR di bahagian bumbung, sekali gus memberi bayangan bahawa ia akan dilengkapi sistem bantuan pemanduan (ADAS) yang lebih canggih. Dari segi rekaan, Nissan NX7 tampil dengan identiti moden menerusi lampu hadapan jenis berasingan (split