///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Albert Tei News   Page 1    



Dakwaan ugutan jenayah Albert Tei; Tiada tindakan lanjut terhadap Azam .. - Mygazette - 10/06 3:02 pm

# Dakwaan ugutan jenayah Albert Tei; Tiada tindakan lanjut terhadap Azam Baki - AGC KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes ugutan jenayah melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap ahli perniagaan, Albert Tei, sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)





'Saya bersyukur kebenaran terbukti' - Azam Baki - Sinarharian - 10/06 2:02 pm

SHAH ALAM - "Saya bersyukur kerana kebenaran akhirnya terbukti,".Itu kata Tan Sri Azam Baki selepas kertas siasatan berhubung aduan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Albert Tei terhadapnya bagi kes ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).Azam berkata, keputusan tersebut sekali gus mengesahkan bahawa segala dakwaan yang dibuat terhadapnya sebelum ini tidak mempunyai asas kukuh dan bercanggah dengan fakta serta bukti yang diperoleh pihak berkuasa."Sebagai individu yang diamanahkan untuk memimpin SPRM ketika itu serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat, saya terpaksa bersabar berdepan pelbagai persepsi negatif yang timbul susulan tuduhan berkenaan."Walaupun saya mempertahankan diri, terdapat pihak-pihak tertentu yang sememangnya bersikap anti terhadap saya dan SPRM yang tidak mahu menerima penjelasan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, semua pegawai penguat kuasa diseru agar tidak gentar atau khuatir dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di negara ini walaupun berdepan dengan tohmahan.Jelasnya, pegawai penguat kuasa perlu berani membuat keputusan berdasarkan fakta, bukti dan peruntukan undang-undang."Jangan sesekali takut untuk bertindak hanya kerana berdepan tuduhan atau serangan persepsi daripada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu," jelasnya.Tambah Azam, dakwaan yang dikemukakan terhadapnya dipercayai didalangi oleh pihak tertentu yang bertujuan memburukkan imej agensi penguat kuasa, kerajaan dan dirinya secara peribadi."Bagaimanapun, saya tidak mempunyai masalah untuk menerima kecaman dan kritikan pada peringkat awal kerana saya tidak gusar dengan apa yang berlaku," ujarnya.Kata Azam, beliau berada di pihak yang benar dan perkara yang berlaku ini seharusnya menjadi pengajaran kepada pegawai penguat kuasa supaya terus menjalankan tugas dengan penuh integriti tanpa dipengaruhi tekanan atau kempen persepsi yang boleh melemahkan usaha penguatkuasaan undang-undang.Pada Rabu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan NFA itu dibuat selepas penelitian terhadap kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati elemen kesalahan berkenaan tidak dapat dibuktikan.Albert sebelum ini mendakwa Azam mengugut dan menghalang ketika dia cuba mendedahkan dakwaan rasuah yang kononnya membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah tahun lalu.Susulan itu, Azam turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.Dalam membantu siasatan polis, Azam telah hadir ke Bukit Aman 3 Jun lalu untuk dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.





AGC classifies probe into intimidation claim linked to Azam as NFA - Sinardaily - 10/06 11:36 am

PUTRAJAYA - The Attorney-Generals Chambers (AGC) has classified a police investigation into alleged criminal intimidation involving former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Tan Sri Azam Baki as "no further action (NFA).In a statement today, the AGC said the decision was made after reviewing the findings of the Royal Malaysia Police (PDRM) investigation into a report lodged by businessman Albert Tei, whose real name is Tei Jiann Cheing.The statement said the investigation found that the elements of the offence under Section 506 of the Penal Code for alleged criminal intimidation could not be established."Therefore, the investigation has been classified as NFA, said the AGC.On May 13, Tei lodged a police report claiming that he had received threats from Azam when he attempted to expose an alleged corruption scandal involving politicians in Sabah.Last Saturday, the AGC confirmed that it was reviewing two investigation papers involving Azam, namely allegations of criminal intimidation against Tei and the publication of an article by Bloomberg that allegedly contained defamatory statements.Meanwhile, Azam filed a defamation suit against Tei at the Shah Alam High Court yesterday over statements allegedly made and published about him, which he claimed were false and had tarnished his reputation





Tiada elemen ugutan jenayah, siasatan terhadap Azam Baki ditutup - Harapandaily - 10/06 11:33 am

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meneliti kertas siasatan berhubung pengaduan ahli perniagaan Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan





Kes Azam didakwa ugut Albert Tei diklasifikasi tiada tindakan lanjut - Mkini - 10/06 11:16 am

Tei mendakwa Azam telah mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah





Could not be proven: NFA for Albert Teis complaint against ex-MACC chief Azam Baki, says AGC - Malaymail - 10/06 11:08 am

KUALA LUMPUR, June 10 The Attorney Generals Chambers (AGC) has decided to classify the investigation pape...





Aduan kes ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut - AGC - Sinarharian - 10/06 10:34 am

PUTRAJAYA Kertas siasatan berhubung aduan yang dibuat oleh Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati elemen kesalahan berkenaan tidak dapat dibuktikan.Menurut AGC, aduan itu dibuat oleh Tei Jiann Cheing atau lebih dikenali sebagai Albert Tei terhadap Azam."Jabatan Peguam Negara telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung aduan oleh Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap Tan Sri Azam Baki bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan."Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan," katanya pada Rabu.Menurut kenyataan itu, susulan dapatan berkenaan, AGC memutuskan supaya kertas siasatan tersebut diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut."Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action/tiada tindakan lanjut)," jelas kenyataan itu.Albert sebelum ini mendakwa Azam mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan rasuah yang kononnya membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah tahun lalu.Azam turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.Bagaimanapun, Azam Baki menerusi laporan media pada 3 Jun lalu menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh ahli perniagaan, Albert Tei, ketika memberikan keterangan kepada polis di Bukit Aman.Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, beliau hadir ke Bukit Aman kira-kira jam 9 pagi dan meluangkan hampir dua jam menjawab soalan pegawai penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Terdahulu, media melaporkan polis akan merakam keterangan Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Albert.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, dilaporkan berkata polis sudah merakam keterangan daripada Albert serta individu yang didakwa menyampaikan ugutan berkenaan.





AGC classifies Albert Teis complaint against Azam Baki as NFA - FMT - 10/06 10:21 am

The Attorney-Generals Chambers says a review of the investigation papers found insufficient evidence to establish the offence of criminal intimidation.





Azam Baki dakwa difitnah Albert Tei, tuduh beliau dalang dalam SPRM - Mygazette - 10/06 7:28 am

# Azam Baki dakwa difitnah Albert Tei, tuduh beliau dalang dalam SPRM KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyatakan, Albert Tei memfitnah beliau selaku dalang di sebalik salah guna kuasa dalam agensi itu





Azam Baki nafi tuduhan jadi orang tengah tutup skandal rasuah politik Sabah - Sinarharian - 9/06 5:34 pm

SHAH ALAM Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberitahu kenyataan berbaur fitnah, didakwa dilemparkan Albert Tei menggambarkannya sebagai dalang semata-mata mahu menganiayai ahli perniagaan itu.Berdasarkan pernyataan tuntutan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, Azam selaku plaintif berkata, Albert yang dinamakan sebagai defendan tunggal, telah menuduhnya bertindak sebagai orang tengah untuk mengatur penyelesaian bagi menutup skandal rasuah melibatkan ahli politik di Sabah.Plaintif turut mendakwa, defendan juga menuduhnya menyalahgunakan kuasa dengan mengatur keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) bagi melindungi pihak tertentu.Katanya, ia termasuk fitnah mengugut untuk menangkap defendan sekiranya ahli perniagaan berusia 38 tahun itu meneruskan pendedahan maklumat berkaitan skandal tersebut.Pegawai kanan awam yang bersara pada 12 Mei itu berkata, semua dakwaan Albert bersifat palsu, tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat untuk mencemarkan reputasi serta kredibilitinya.Selain itu, beliau menjelaskan, pertemuan bersama peguam defendan pada 20 Januari 2025 lalu, hanyalah bagi menerangkan bahawa Albert tidak layak memperoleh perlindungan sebagai pemberi maklumat."Ini kerana, ketika itu, Albert merupakan suspek dalam siasatan kes rasuah."Penerbitan kenyataan defendan telah menjejaskan reputasi, maruah dan kredibiliti saya."Tindakan itu juga telah mendedah saya terhadap kebencian, penghinaan dan cemuhan masyarakat," katanya.Pada Isnin, Azam selaku plaintif memfailkan saman menerusi Tetuan Zain Megat & Murad, terhadap Albert berhubung dakwaan fitnah dalam audio siar dan beberapa video YouTube Shorts pada bulan lalu.Plaintif menuntut Albert membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, selain perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan.Plaintif turut memohon perintah mahkamah supaya semua kandungan yang didakwa berunsur fitnah itu diturunkan daripada platform media sosial defendan.Katanya, defendan juga dituntut memohon maaf dan membuat pengisytiharan bahawa kenyataan berkenaan, bersifat palsu.Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 Julai depan untuk pengurusan kes saman tersebut.Menerusi semakan sistem mahkamah, pengurusan kes itu yang dijadualkan secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nur Hidayah Abd Mutalib.Pada 4 Disember 2025, Albert mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memberi rasuah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 2023 dan 2024.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa memberikan suapan wang tunai RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan lektrik bernilai masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249 kepada Shamsul Iskandar sebagai dorongan membantu syarikat tertuduh mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.Sebelum ini, timbul isu dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan telah memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.





Albert Tei tunggu writ saman Azam Baki, mahu dedah skandal rasuah... - Mygazette - 9/06 4:22 pm

# Albert Tei tunggu writ saman Azam Baki, mahu dedah skandal rasuah Sabah di mahkamah KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei bertegas untuk membongkar skandal rasuah yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik di Sabah menerusi saman yang difailkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki





Azam Baki saman Albert Tei atas dakwaan memfitnah - Mygazette - 9/06 4:22 pm

# Azam Baki saman Albert Tei atas dakwaan memfitnah KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah terhadap ahli perniagaan Albert Tei berhubung kenyataan yang diterbitkan di media sosial dan platform dalam talian





Azam Baki sues businessman Albert Tei for defamation - Sinardaily - 9/06 3:22 pm

KUALA LUMPUR: Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki is suing businessman Albert Tei Jiann Cheing for defamation over statements about him in a podcast, YouTube Shorts and related online platforms.According to a statement issued by Messrs Zain Megat & Murad, who represented Azam as the plaintiff, the writ of summons and statement of claim were filed at the Shah Alam High Court yesterday (June 8).Azam was seeking damages and a permanent injunctive relief against Tei over the statements which he contended were false and defamatory."Azam maintains that the allegations are baseless and untrue and has commenced these proceedings to vindicate his reputation and good name built over nearly four decades of public service," the statement said.Tei, who was met by reporters after his court proceedings today, said he had yet to be served with the writ of summons.Earlier, during the case mention before Sessions Court judge Rosli Ahmad, Deputy Public Prosecutor M





Albert Tei dakwa akan dedah skandal rasuah Sabah jika disaman Azam Baki - Sinarharian - 9/06 12:53 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli perniagaan, Albert Tei mendakwa akan mendedahkan skandal rasuah yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik di Sabah, sekiranya saman fitnah yang bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diteruskan di mahkamah.Bagaimanapun, Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang dokumen saman berkenaan walaupun perkara itu telah dilaporkan media sejak minggu lalu.Sehubungan itu, beliau mencabar Azam supaya menyegerakan penghantaran saman terbabit.Ahli perniagaan berusia 38 tahun itu menegaskan, beliau bukan sahaja akan mempertahankan diri malah akan menelanjangkan setiap isu yang dibangkitkan."Saya mengalu-alukan saman itu dan tidak sabar menunggunya kerana dimaklumkan tindakan saman akan dibuat pada Rabu lalu."Jangan pula nanti kata salah alamat atau hilang dalam proses penghantaran





Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei - FMT - 9/06 12:27 am

Menurut peguam, writ saman dan pernyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.





Azam Baki files defamation suit against Albert Tei - FMT - 9/06 12:14 am

Messrs Zain Megat & Murad, representing the ex-MACC chief, says the writ of summons and statement of claim were filed at the Shah Alam High Court yesterday.





Azam Baki saman fitnah Albert Tei - Sinarharian - 9/06 11:27 am

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, terhadap ahli perniagaan, Albert Tei berhubung kenyataan yang diterbitkan di media sosial dan platform dalam talian.Berdasarkan kenyataan media firma guaman Zain Megat & Murad berkata, saman itu berkaitan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan mengenai anak guamnya, menerusi sebuah podcast, YouTube Shorts dan penerbitan dalam talian lain.Azam selaku plaintif menuntut ganti rugi serta perintah injunksi kekal terhadap Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, defendan.Kenyataan itu menegaskan bahawa, dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar."Anak guam telah memulakan prosiding ini bagi mempertahankan reputasi serta nama baiknya yang dibina sepanjang hampir empat dekad berkhidmat dalam sektor awam," kata firma itu.Albert mendakwa telah diugut, dihalang dan menjadi mangsa apabila cuba mendedahkan skandal rasuah yang didakwa membabitkan beberapa ahli politik di Sabah.Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Albert pada 13 Mei lalu yang mendakwa berlaku ugutan jenayah membabitkan peguam Azam.





Former MACC chief Azam Baki files defamation suit against businessman Albert Tei - Malaymail - 9/06 11:12 am

KUALA LUMPUR, June 9 Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki has...





AGC perlu masa teliti kertas siasatan libatkan Azam Baki – Peguam... - Mygazette - 7/06 7:43 am

Beliau berkata kes pertama membabitkan siasatan berhubung laporan artikel Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah tentang pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad. Kes kedua pula berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, iaitu Albert Tei





Kertas siasatan libatkan Azam Baki dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara - Mygazette - 7/06 7:43 am

Beliau berkata kes pertama membabitkan siasatan berhubung laporan artikel Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah tentang pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad. Kes kedua pula berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, iaitu Albert Tei.- BERNAMA





Jabatan Peguam Negara teliti dua kertas siasatan Azam Baki - Sinarharian - 6/06 5:38 pm

SHAH ALAM -Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti dua kertas siasatan yang dikaitkan dengan Tan Sri Azam Baki, iaitu berkaitan artikel Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad, serta dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap Albert Tei.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pihaknya sudah menerima kedua-dua kertas siasatan berkenaan pada Khamis lalu.Menurutnya, keputusan berhubung kedua-dua kes itu akan dibuat selepas pihaknya meneliti keseluruhan kandungan kertas siasatan yang dikemukakan."Sedikit masa diperlukan untuk penelitian dibuat





Kertas siasatan Azam Baki sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara - Sinarharian - 6/06 4:26 pm

SHAH ALAM - Kertas siasatan melibatkan Tan Sri Azam Baki berkaitan dua kes iaitu penerbitan artikel oleh Bloomberg yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad serta isu dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap Albert Tei sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk pada Khamis lepas."Ini bagi mendapatkan tindakan arahan dan nasihat selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.3 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merekod percakapan Azam mengikut peruntukan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.Kumar dilaporkan berkata, masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes yang berpotensi menjejaskan atau mengganggu proses siasatan.Dalam nada tegas, Kumar memaklumkan pihaknya komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu didapati melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Sebelum itu, Azam yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Albert.





Albert Tei belum terima saman, sedia dedah dakwaan terhadap Azam Baki... - Mygazette - 4/06 3:59 pm

# Albert Tei belum terima saman, sedia dedah dakwaan terhadap Azam Baki di mahkamah KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing mendakwa masih belum menerima sebarang saman fitnah yang dikatakan akan difailkan terhadapnya





Albert Tei tak sabar tunggu saman Azam Baki - Mkini - 4/06 2:59 pm

"Sekarang kau hanya orang biasa saja, kau sudah tiada kuasa dan tidak kebal lagi!" kata ahli perniagaan tersebut





Dua kertas siasatan babit Azam Baki dirujuk ke Peguam Negara - Mygazette - 4/06 7:30 am

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata, ia berkaitan penerbitan artikel oleh bloomberg.com mengandungi kenyataan berunsur fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad. Satu lagi kertas siasatan membabitkan isu dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah ke atas orang awam bernama Albert Tei





Polis rekod keterangan Azam berkait artikel Bloomberg, 'ugut' Albert Tei - Mkini - 3/06 5:01 pm

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara.





Polis selesai ambil keterangan Azam Baki, kes dirujuk kepada Peguam Negara - Sinarharian - 3/06 4:57 pm

SHAH ALAM - Polis merekodkan keterangan Tan Sri Azam Baki berkaitan dua kes iaitu penerbitan artikel oleh Bloomberg yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad serta dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap Albert Tei.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, proses merekodkan percakapan Azam dibuat mengikut peruntukan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada Rabu."Kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes yang berpotensi menjejaskan atau mengganggu proses siasatan.Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan."Ini bagi menjamin keadilan dan PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa," ujarnya.Sebelum itu, Azam mengesahkan kehadirannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 9 pagi.Azam memaklumkan proses merekodkan keterangannya mengambil masa kira-kira dua jam dan beliau memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat.Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu turut menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei.Pada 26 Mei lalu, Kumar dilaporkan berkata, Azam akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Albert yang mendakwa dirinya diugut oleh Azam.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.





Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman, nafi dakwaan ugut Albert Tei - Harapandaily - 3/06 4:42 pm

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki selesai memberikan keterangan kepada pihak polis hari ini berhubung kaitannya dengan ahli perniagaan, Albert Tei





Azam Baki gives two-hour statement to Bukit Aman CID over threat claims - Sinardaily - 3/06 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Tan Sri Azam Baki appeared at Bukit Aman police headquarters here on Wednesday to give a statement over threat allegations made against him by businessman Albert Tei.Azam said he arrived at around 9am and cooperated fully with investigating officers."The process of recording the statement took about two hours, during which I answered questions posed by investigating officers from the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID)," he said when contacted on Wednesday.Azam said he denied all allegations made by Tei.He also informed police that he had never met the businessman nor conducted any dealings with him."I have never sent a lawyer to meet with any party representing me."I also presented evidence to the investigating officers that I have never met or dealt directly with Albert," he said.Police had recently announced they would be summoning Azam in due course to assist in the investigation into Tei's claims that he had been threatened.Bukit Aman CID director Datuk M Kumar was reported as saying the report was lodged by Tei on May 13.Kumar said the investigation is being conducted under Section 506 of the Penal Code, and that the investigation papers will be referred to the Attorney General's Chambers in due course for further direction and advice.





I have never met Albert Tei, says Azam in statement to cops - FMT - 3/06 3:59 pm

The ex-MACC chief also says he has never sent a lawyer to meet any party on his behalf.





Laporan polis hampir sebulan, Albert Tei persoal status siasatan dakwaan .. - Mygazette - 3/06 3:20 pm

# Laporan polis hampir sebulan, Albert Tei persoal status siasatan dakwaan libatkan PM, Farhash KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing mempersoalkan perkembangan siasatan polis berhubung satu laporan yang dibuatnya hampir sebulan lalu berkaitan video tular mengandungi dakwaan serius terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador





Azam Baki grilled for two hours at Bukit Aman over threat allegations by businessman Albert Tei - Malaymail - 3/06 2:01 pm

KUALA LUMPUR, June 3 Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki was...





Azam Baki hadir beri keterangan di Bukit Aman - Sinarharian - 3/06 1:47 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Rabu bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan ugutan yang dibuat terhadapnya oleh ahli perniagaan, Albert Tei.Azam berkata, beliau tiba kira-kira jam 9 pagi dan memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat."Proses merekod keterangan kira-kira dua jam dengan menjawab soalan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Menurut Azam, beliau menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei.Beliau turut memaklumkan kepada polis bahawa dirinya tidak pernah bertemu ahli perniagaan itu atau membuat sebarang urusan dengannya."Saya juga tidak pernah menghantar peguam untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mewakili saya."Saya turut mengemukakan bukti kepada pegawai penyiasat bahawa saya tidak pernah bertemu atau berurusan secara langsung dengan Albert," ujarnya.Baru-baru ini polis memaklumkan akan memanggil Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Albert mengatakan dirinya diugut.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, laporan dibuat Albert pada 13 Mei lalu.Menurut Kumar, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan serta nasihat selanjutnya.





Former MACC chief Azam Baki to file defamation suit against businessman Albert Tei next week - Malaymail - 30/05 5:24 pm

KUALA LUMPUR, May 30 Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki sai...





Albert Tei nafi terima ugutan daripada peguam Azam Baki - Mygazette - 29/05 3:58 pm

# Albert Tei nafi terima ugutan daripada peguam Azam Baki KUALA LUMPUR Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei hari ini membuat laporan polis menafikan dakwaan kononnya beliau menerima ugutan daripada peguam mewakili bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki seperti dilaporkan beberapa media baru-baru ini





Albert Tei lapor polis, dakwa difitnah pengarah JSJ Bukit Aman - Mkini - 29/05 3:29 pm

Kumar dilapor sebut peguam Azam Baki ugut Tei, sedangkan Tei mendakwa Azam yang ugut dia melalui peguamnya (peguam Tei).





Bukit Aman to meet former MACC chief Azam Baki next week over Albert Tei threat allegations - Malaymail - 28/05 9:07 am

KUALA LUMPUR, May 28 Police will meet former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan...





Albert Tei Alu-Alukan Azam Baki Saman * Jawatan Pengerusi MDV Wong... - Mygazette - 28/05 7:27 am

# Albert Tei Alu-Alukan Azam Baki Saman * Jawatan Pengerusi MDV Wong Chen Ditamatkan #MGFlash Aidiladha Disambut Dengan Penuh Kesyukuran Di Seluruh Dunia Hospital Awam PJ Dibina Di Taman Medan, Berkapasiti 500 Katil Wong Chen Dakwa Jawatan Pengerusi MDV Ditamatkan Mengejut Malaysia Terima 1.4 Juta Pelancong China Suku Pertama Tahun Ini - King Sing #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg "Awak yang pertama menyatakannya





Albert Tei cabar Azam Baki saman, dakwa akan dedah bukti, saksi... - Mygazette - 27/05 5:41 pm

# Albert Tei cabar Azam Baki saman, dakwa akan dedah bukti, saksi ugutan KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing mengalu-alukan tindakan undang-undang yang dikatakan mahu diambil oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan dakwaan beliau terhadap kejadian ugutan yang didakwa berlaku sebelum ini





Azam Baki beri kerjasama penuh kepada polis Azam Baki beri kerjasama penuh .. - Mygazette - 27/05 5:41 pm

Azam berkata telah berhubung dengan pihak polis dan bersedia memberikan keterangan bagi membantu siasatan. Beliau bagaimanapun berkata dakwaan dibuat Albert Tei sebagai tidak berasas dan menegaskan tidak pernah mempunyai sebarang urusan atau hubungan dengan ahli perniagaan itu





Azam Baki Pertimbang Saman Albert Tei, Dakwaan Ugutan Mula Jadi Panas! - Ohmedia - 27/05 4:13 pm

Azam Baki nafi dakwaan ugutan terhadap Albert Tei dan pertimbang tindakan saman terhadap ahli perniagaan itu





Polis atur rakam keterangan Azam minggu depan - Kosmo - 27/05 4:08 pm

PETALING JAYA – Polis dijangka mengambil keterangan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki minggu depan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei





Azam akan saman Albert Tei - FMT - 27/05 1:58 pm

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM berkata ia mengenai dakwaan ahli perniagaan kontroversi itu melibatkan skandal rasuah Sabah.





Azam preparing legal action against Albert Tei - FMT - 27/05 1:54 pm

Ex-MACC chief Azam Baki says this involves the controversial businessman's claims regarding an alleged Sabah corruption scandal.





Malaysia probes ex-anti-corruption chief Azam Baki over whistle-blower threat - Scmp - 27/05 1:26 pm

Malaysias recently retired anti-corruption chief, Azam Baki, is under police investigation for allegedly threatening a whistle-blower linked to a mineral licence scandal involving politicians in Sabah. Azam accused Albert Tei of playing games and spreading misinformation after the businessman lodged a report earlier this month, which prompted the police to pursue the case under criminal intimidation provisions





I have no idea what this fellow is talking about: Azam Baki denies Albert Teis claim of threats and intimidation - Malaymail - 27/05 9:13 am

KUALA LUMPUR, May 26 Former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki has...





Azam Baki Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Ugutan Albert Tei - Siakapkeli - 26/05 8:42 pm

Azam Baki Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Ugutan Albert TeiKAJANG, 26 Mei (Bernama) --Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya P





Police to summon Azam Baki over Albert Tei criminal intimidation claim - Malaymail - 26/05 6:07 pm

KAJANG, May 26 Police will call former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Az...





Cops to record Azam Bakis statement after Albert Tei allegedly threatened - FMT - 26/05 5:00 pm

Bukit Aman CID chief says the case is being investigated for criminal intimidation.





Azam Baki to provide statement over police probe into alleged threats against Albert Tei - Sinardaily - 26/05 4:50 pm

KAJANG - The police will record the statement of former MACC chief commissioner Tan Sri Azam Baki as part of its probe into allegations of threats against businessmen Albert Tei.Bukit Aman Criminal Investigation Department director Comm Datuk M





Dakwaan ugutan: Polis ambil keterangan Azam Baki dalam masa terdekat - Utusan - 26/05 4:30 pm

KAJANG: Keterangan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan diambil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei





Azam Baki akan dipanggil bantu siasatan dakwaan ugut Albert Tei - Kosmo - 26/05 3:58 pm

KAJANG Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei





Azam Baki akan dipanggil bantu siasatan kes dakwaan ugut Albert Tei - Polis - Sinarharian - 26/05 3:55 pm

KAJANG - Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei mengatakan dirinya diugut.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, laporan dibuat Albert Tei pada 13 Mei lalu."Albert Tei mengatakan menerima ugutan daripada seorang peguam daripada Tan Sri Azam mendakwa telah diugut."Susulan itu kita telah merekod keterangan pengadu iaitu Albert Tei pada minggu sama laporan dibuatnya, manakala peguam terbabit diambil keterangan semalam (Isnin)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Selasa.Tambahnya, polis juga akan memanggil Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan serta nasihat selanjutnya.Sebelum itu, Albert membuat laporan polis di IPD Putrajaya terhadap Azam berhubung dakwaan mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024.Media melaporkan Albert mendakwa dia mempunyai bukti dokumentasi lengkap, merangkumi senarai individu yang mempunyai pengetahuan terus mengenai kejadian itu.





Polis akan panggil Azam Baki bantu siasatan kes ugutan terhadap Albert Tei - Hmetro - 26/05 3:52 pm

Kajang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei



Albert Tei dakwa disiasat selepas buat laporan polis terhadap Farhash - Mygazette - 21/05 7:36 am

# Albert Tei dakwa disiasat selepas buat laporan polis terhadap Farhash KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing mendakwa dipanggil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman esok bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhash Wafa Salvador berkaitan dakwaan salah laku tular melibatkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim



Sabotaj punca lokasi Himpunan Turun Anwar 2.0 ditukar ke Rumah Merah .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm

Perkara itu dimaklumkan penganjur himpunan berkenaan yang turut mengajak orang ramai hadir ke lokasi baharu bagi menyatakan solidariti terhadap gerakan tersebut. Dalam perkembangan sama, ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei Jiann Cheing mengesahkan beliau akan hadir ke himpunan berkenaan



SPRM nafi halang mana-mana pihak buat aduan - Mkini - 13/05 6:42 pm

Terdahulu Albert Tei tak jadi buat laporan berkaitan Azam Baki selepas SPRM didakwa hanya benarkan seorang peguam menemaninya.



SPRM nafi halang Albert Tei buat aduan - FMT - 13/05 4:35 pm

Agensi antirasuah berkata setiap pelawat perlu ada pas yang sah dan melalui pemeriksaan keselamatan oleh pegawai bertugas sebelum dibenarkan masuk.



SPRM nafi halang Albert Tei buat aduan - Hotfm - 13/05 4:35 pm

Agensi antirasuah berkata setiap pelawat perlu ada pas yang sah dan melalui pemeriksaan keselamatan oleh pegawai bertugas sebelum dibenarkan masuk.



“Azam Baki Ugut Saya Jangan Dedah Skandal Rasuah Sabah” – Albert Tei - Beautifulnara - 13/05 1:33 pm

Ahli perniagaan, Albert Tei mendakwa bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki pernah mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah



PRU-16: Rakyat jangan termakan propaganda politik kaitkan Farhash ??? .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

Menurut Farhash, dakwaan tersebut tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah yang jelas bertujuan mencemarkan reputasi serta integritinya selain memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan menyifatkannya sebagai fitnah jahat yang bertujuan meraih kepentingan politik. Penafian itu dibuat susulan laporan beberapa portal berita yang memetik kandungan rakaman video didakwa melibatkan perbualan dua individu dikenali sebagai Sofia Rini dan Albert Tei Jiann Cheing



Malaysians urged to reject political slander, practise mature politics ahead of GE16 - Sinardaily - 12/05 3:51 pm

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is among the best leaders Malaysia currently has, even at the Asian level, he said in a statement on Monday.Farhash had earlier denied allegations connecting him to theft and money laundering activities involving billions of ringgit abroad. He described the accusations as untrue, baseless and defamatory, claiming they were intended to damage his reputation and integrity while also affecting his personal and business affairs.The denial followed reports by several news portals citing the contents of a video recording allegedly involving a conversation between two individuals identified as Sofia Rini and Albert Tei Jiann Cheing.Jamaie added that voters should judge leaders based on their capabilities and credibility in steering the country towards better development rather than relying on politically driven narratives.He said personal attacks were a common tactic in politics aimed at influencing public perception and weakening political rivals.This issue of perception is common in politics



PRU16: Rakyat perlu guna politik matang tidak termakan hasutan, fitnah - Penganalisis - Sinarharian - 12/05 1:58 pm

KUALA LUMPUR Rakyat di negara ini disaran supaya tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan propaganda politik yang didakwa sengaja dimainkan pihak tertentu bagi menyerang Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, dakwaan mengaitkan Farhash dengan kegiatan pengubahan wang haram melibatkan bilion ringgit ke luar negara dilihat lebih bersifat serangan persepsi dan propaganda politik.Menurutnya, rakyat perlu lebih matang dalam menilai sesuatu isu serta tidak mudah termakan hasutan yang dibawa pihak tertentu demi meraih kuasa politik."Rakyat perlu matang kerana tugas ahli politik sememangnya mencari kelemahan lawan mereka. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merupakan antara pemimpin terbaik yang Malaysia ada ketika ini, malah di peringkat Asia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Farhash menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram membabitkan bilion ringgit ke luar negara.Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar, tidak berasas serta satu fitnah yang bertujuan mencemarkan reputasi dan integritinya selain menjejaskan kehidupan peribadi serta urusan perniagaan.Penafian itu dibuat susulan laporan beberapa portal berita yang memetik kandungan rakaman video didakwa melibatkan perbualan dua individu dikenali sebagai Sofia Rini dan Albert Tei Jiann Cheing.Mengulas lanjut, Jamaie berkata, pengundi perlu menilai seseorang pemimpin berdasarkan kemampuan serta kredibiliti mereka dalam memimpin negara ke arah pembangunan lebih baik.Katanya, serangan peribadi yang sering dimainkan dalam politik hanyalah usaha membentuk persepsi bagi menjatuhkan lawan."Isu persepsi ini perkara biasa dalam politik




Reformasi     >>



Ini puncanya Melayu ketagih sembang perpaduan tapi .. - Harapandaily
Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN AL-ABYADHI Jarang sekali kita mendengar orang Cina bercakap secara terbuka tentang perpaduan Cina sama ada perpaduan dalam politik, perniagaan, atau apa sahaja. Tidak begitu dengan orang Melayu. Setiap hari mereka bercakap tentang perpaduan. Sekarang terdapat kekecohan ..
Kroni     >>



Kerajaan PN Perlis tidak terjejas MB - Utusan
KANGAR: Keputusan Pas menamatkan hubungan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencetus persoalan mengenai status kerajaan negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) terutama Perlis. Komposisi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ketika ini menyaksikan enam wakil rakyat dari Pas, ..
Tabloid     >>



Isu Flat Rohingya Hulu Langat: MPKj Bongkar Status .. - Vocket
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan isu penempatan serta pembinaan struktur bangunan bertingkat secara tidak sah di Hulu Langat. Isu... The post Isu Flat Rohingya Hulu Langat: MPKj Bongkar Status Sebenar Binaan Haram Di Rezab Sungai appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Apple Intelligence gives Photos in iOS 27 its biggest .. - Appleinsider
Apple is making Photos much more powerful in iOS 27 by adding AI-powered editing tools that can fix framing mistakes, remove unwanted distractions, and reshape images after they're taken. Here's what's new. New photo editing in iOS 27 New Apple Intelligence features announced during WWDC 2026 ..
World     >>



Trump vows retaliation after claiming Iran shot down .. - Aljazeera
President Trump accused Iran of shooting down a US Apache helicopter over the Strait of Hormuz
Motor Trend     >>



XPENG X9 Baharu Dilancarkan Di Malaysia Jarak .. - Careta
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Dato' Sri Francis Lee, ketibaan X9 baharu turut menjadi sebahagian daripada strategi XPENG dalam memperluaskan teknologi mobiliti pintar berasaskan AI, selain menyokong perancangan pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti EPMB Melaka pada