| /// |
|
| Search : Ahmad Samsuri Mokhtar News | Page 1 |
|
Kes denggi turun hampir 55% tahun lalu berbanding 2024 - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Kes denggi turun hampir 55% tahun lalu berbanding 2024 KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan penurunan ketara kes denggi sebanyak 54.7 peratus iaitu 55,399 kes tahun lalu berbanding 122,423 kes bagi tempoh sama pada 2024 |
|
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan belum serah pernyataan Tengku Zafrul - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Kes Jana Wibawa: Pendakwaan belum serah pernyataan Tengku Zafrul KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pihak pendakwaan masih dalam proses menyiapkan pernyataan saksi bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dijadual memberi keterangan dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
Hamzah bukan lagi ahli parti, tak wakili MP Bersatu – Tun... - Mgazette - 23/02 5:52 pm Berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Lompat Parti 2022, sepatutnya mereka perlu dipindahkan ke blok Bebas dan tidak lagi mewakili Bersatu dan PN, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tun Faisal berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terdahulu Hamzah yang mendakwa 19 Ahli Parlimen Bersatu kem beliau menyuarakan sokongan terhadap pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu |
|
Lantik wajah segar sebagai pengerusi isyarat PN bakal menuju era lebih... - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Lantik wajah segar sebagai pengerusi isyarat PN bakal menuju era lebih gemilang - Annuar KUALA LUMPUR Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan keputusan Pas menyambung kepimpinan Perikatan Nasional (PN) sebagai tepat pada masanya. Malah, beliau turut menilai lantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN baharu sebagai keputusan `di luar kotak Pas yang mencalonkan wajah segar turut memberi isyarat membawa PN menuju era lebih gemilang |
|
Lantikan Samsuri titik penting kukuh kepimpinan PN ??? Mas Ermieyati - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Lantikan Samsuri titik penting kukuh kepimpinan PN Mas Ermieyati KUALA LUMPUR Pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu merupakan satu titik penting dalam pengukuhan kepimpinan PN di peringkat nasional |
|
Lantikan Samsuri diharap pandu PN ke arah penyatuan ummah ??? Mohd... - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Lantikan Samsuri diharap pandu PN ke arah penyatuan ummah Mohd Nor KUALA LUMPUR - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) berharap lantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu dapat memandu PN ke arah agenda penyatuan ummah yang menjadi teras perjuangan bersama |
|
Ashwad Ismail tinggalkan Astro Awani - Mgazette - 23/02 5:52 pm KUALA LUMPUR Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail hari ini mengumumkan keputusan untuk berundur daripada jawatannya selepas lima tahun menerajui organisasi berita berkenaan |
|
Tiada drama, itulah Muhyiddin ??? Radzi - Mgazette - 23/02 5:52 pm KUALA LUMPUR Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin memuji ketenangan dan sikap berlapang dada yang ditunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu yang kini digalas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar |
|
Bekas pengarah telco dituduh rasuah RM8 juta - Mgazette - 23/02 5:52 pm KUALA LUMPUR - Bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi suapan berjumlah RM8 juta kepada bekas presiden sebuah bank, 14 tahun lalu |
|
Hanya Hamzah hadir, kerusi Muhyiddin kosong di Dewan Rakyat - Sinarharian - 23/02 5:48 pm KUALA LUMPUR Kerusi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat kosong di Dewan Rakyat hari ini selepas pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin daripada parti itu pada 13 Februari lalu.Bagaimanapun, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden parti itu kelihatan hadir seperti biasa dan mengambil tempat di blok pembangkang bersebelahan Muhyiddin.Pas dijangka mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat susulan pemecatan Hamzah daripada Bersatu.Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu turut dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) gabungan berkenaan.Sementara itu, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional yang disandang Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 kini diambil alih oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar daripada Pas.Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN semalam sebulat suara melantik Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi baharu PN berkuat kuasa serta-merta.Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Muhyiddin; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.Selain Hamzah, Lembaga Disiplin parti itu turut memecat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang juga ahli majlis parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik.Turut dipecat ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ahli Majlis dan ADUN Bemban, Mohd Yadzil Yaakub; serta Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.Tindakan disiplin parti itu juga membabitkan pemimpin di peringkat bahagian termasuk Setiausaha Bersatu Sabah dan Ketua Bahagian Libaran, Yunus Nurdin; Datuk Abdul Aziz (Dungun); Mohd Hassundi Hamzah (Larut); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Ahmad Ishak (Gopeng); Kamaruddin Majid (Teluk Intan); dan Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah). |
|
Dengue cases, deaths more than halved in 2025, says Ahmad Zahid - Star - 23/02 5:44 pm PUTRAJAYA: Malaysia recorded a significant 54.7% decline in dengue cases to 55,399 cases in 2025 compared with 122,423 cases in 2024, Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says |
|
Kepimpinan Dr Sam terserlah, pacu PN lebih progresif - Harakahdaily - 23/02 5:40 pm Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) |
|
Teresa Koks car broken into at Bukit Kiara - Sinardaily - 23/02 5:38 pm KUALA LUMPUR - Teresa Koks car was broken into while she was jogging at Bukit Kiara, with her handbag stolen in the incident.In a Facebook post on Monday (Feb 23), the Seputeh MP said she discovered the break-in when she returned to her car at about 7pm on Sunday.When I got back, I found the front passenger-side window smashed |
|
Ahli perniagaan tak mengaku salah bagi suapan RM8 juta - Utusan - 23/02 5:30 pm KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Syarikat V Telecoms Berhad, Datuk Ranjeet Singh Sidhu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi suapan RM8 juta kepada bekas presiden sebuah bank, 14 tahun lalu |
|
Sanusi sifatkan Ahmad Samsuri teknokrat islamik berfikiran terbuka - Utusan - 23/02 5:30 pm ALOR SETAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan pemimpin teknokrat islamik yang berfikiran terbuka, namun tegas terhadap pendiriannya |
|
Kami solid sokong Dr Sam, kata ulama PAS - FMT - 23/02 5:30 pm Ahli Majlis Syura ulas kenyataan penganalisis Ahmad Samsuri Mokhtar akan berdepan cabaran besar sebagai pengerusi PN oleh golongan agamawan PAS. |
|
Pelantikan Ahmad Samsuri perkukuh perjuangan blok pembangkang – Idris - Utusan - 23/02 5:22 pm PETALING JAYA: Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad berkata, pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN baharu merupakan satu anjakan strategik dalam memperkukuhkan perjuangan blok pembangkang |
|
Firma guaman berkait penyelewengan 1MDB gagal gantung prosiding - Utusan - 23/02 5:12 pm PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan sebuah firma guaman dari United Kingdom, White & Case LLP untuk menangguhkan perbicaraan kes saman oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sementara menunggu pelupusan dua rayuan firma berkenaan |
|
UK law firm fails to halt 1MDB proceedings in Malaysia - Sinardaily - 23/02 5:09 pm PUTRAJAYA - The Court of Appeal today dismissed an application by UK law firm White & Case LLP to stay a High Court ruling that allowed a lawsuit filed by 1Malaysia Development Bhd (1MDB) to proceed in Malaysia.The firm had sought to halt the High Court proceedings pending the disposal of two appeals scheduled to be heard by the Court of Appeal on May 20.However, a three-member bench, comprising Court of Appeal judges Datuk P Ravinthran, Datuk Faizah Jamaludin, and High Court judge Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, rejected the stay application.In delivering the courts unanimous decision, Justice Ravinthran said the bench was not persuaded that the stay application should be granted.Addressing the law firms argument that it would face significant expense and inconvenience due to the length of the statement of claim, Justice Ravinthran noted that such burdens are an inherent part of litigation.Any prejudice arising from the expenditure of time or resources, he said, could be addressed through an award of costs if the firm succeeds on appeal.Justice Ravinthran noted that the appellate court further observed that the High Court had refused to stay the proceedings and had ordered the law firm to file its statement of defence, with the deadline set to expire tomorrow."A stay of proceedings matter is akin to a case management decision |
|
PM excluded from PP selection process under new bill - FMT - 23/02 5:08 pm Attorney-General Dusuki Mokhtar says the move is meant to prevent political interference in the appointment of the public prosecutor. |
|
Nik Nazmi denies favoring companies on NETR - Harapandaily - 23/02 5:00 pm Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad has denied any involvement of favouring specific companies such as Itramas in relation to the National Energy Transition Roadmap (NETR) |
|
Tengku Zafrul up next in Muhyiddin graft trial as defence eyes tycoon Syed Mokhtar to testify - Malaymail - 23/02 4:51 pm KUALA LUMPUR, Feb 23 The prosecution is preparing the witness statement of former Finance Minister Tengku Datuk... |
|
Kemelut PN hanya asam garam, matangkan gabungan, kata PAS Perak - FMT - 23/02 4:40 pm Idris Ahmad berkata, gabungan pembangkang mampu satukan sokongan rakyat bawah kepimpinan teknokrat Ahmad Samsuri Mokhtar. |
|
'Masa depan PN kelam - Muhyiddin seolah-olah turun pangkat' - Mkini - 23/02 4:39 pm Pelantikan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar, disifatkan oleh pemerhati politik sebagai tidak mengejutkan, sebaliknya sudah dijangka. |
|
PN's future still 'bleak' despite appointment of new chairman - Analyst - Sinardaily - 23/02 4:30 pm KUALA LUMPUR - After nearly two months of uncertainty over the leadership direction of Perikatan Nasional (PN) following the resignation of Tan Sri Muhyiddin Yassin on Jan 1, the political coalition has finally ended speculation with the appointment of Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar as its new chairman.Announced after a special meeting of PNs Supreme Council yesterday, the appointment of the Terengganu Menteri Besar was described by political observers as unsurprising, as it has been widely anticipated.However, political analyst Associate Prof Dr Mazlan Ali opined that relations between Bersatu and Pas following the new leadership appointment are not yet truly stable and risk entering a "bleak phase, as the coalitions direction remains unclear."I see a bleak situation, with no clear path in the relationship between Bersatu and Pas even though they sat at the same table and agreed on the new PN chairman |
|
Cermin kereta Teresa Kok dipecah, beg tangan disamun - Sinarharian - 23/02 4:00 pm KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerugian kira-kira RM6,500 selepas cermin kenderaannya dipercayai dipecahkan dan beg tangan disamun ketika beliau berjoging di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada Ahad.Teresa berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 7 malam apabila beliau kembali ke kenderaannya yang diparkir di kawasan berkenaan sekitar jam 6.15 petang."Saya mendapati cermin tingkap bahagian penumpang hadapan kenderaan telah dipecahkan dan beg tangan yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk tersebut hilang."Beg tangan itu mengandungi wang tunai termasuk wang angpau, selain kad pengenalan, kad kredit, telefon bimbit dan beberapa dokumen penting lain," katanya menerusi hantaran di Facebook.Teresa berkata, susulan kejadian itu beliau membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail."Pegawai polis yang bertugas mengendalikan laporan saya dengan sangat profesional, kemudian Pegawai Penyiasat datang untuk mengambil kenyataan saya."Unit forensik juga tiba tidak lama kemudian untuk mengambil gambar serta kesan cap jari pada kenderaan |
|
Hamzah tiada hak wakili ahli Parlimen Bersatu - Tun Faisal - Sinarharian - 23/02 3:54 pm SHAH ALAM Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama 16 individu yang dipecat daripada parti itu hanya boleh bertindak sebagai ahli Parlimen bebas dan tidak wajar dibenarkan mempengaruhi struktur rasmi blok pembangkang.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Hamzah tidak mempunyai hak untuk mewakili Perikatan Nasional (PN), blok pembangkang mahupun ahli Parlimen Bersatu yang masih sah keahliannya.Ujar beliau, ia termaktub di bawah peruntukan Akta Anti Lompat Parti dan Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu, di mana ahli Parlimen yang dipecat secara automatik tidak lagi mewakili parti dan dianggap sebagai ahli bebas di Dewan Rakyat."Hamzah kini bukan lagi ahli Bersatu dan secara automatik dianggap ahli bebas di Dewan Rakyat. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Gerik, Padang Rengas, Tasik Gelugor, Machang dan Indera Mahkota yang telah dipecat."Berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Lompat Parti 2022, sepatutnya mereka perlu dipindahkan ke blok bebas dan tidak lagi mewakili Bersatu dan PN," katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Hamzah menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa Ahad.Hamzah bersama 18 lagi ahli Parlimen PN dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh kepada Ahmad Samsuri untuk memimpin gabungan, sekali gus mendukung PN yang dipimpin oleh Pas selaku parti tunjangnya.Menurut Tun Faisal, baki ahli Parlimen Bersatu yang masih kekal sebagai ahli parti tidak terjejas oleh akta tersebut dan terus sah mewakili parti dan PN dalam blok pembangkang."Walaupun Hamzah mendakwa ahli Parlimen Bersatu yang lain bersamanya namun, hanya ahli Parlimen yang dipecat atau meninggalkan parti boleh bergabung dengannya."Ahli Parlimen yang kekal sebagai ahli Bersatu tidak sah secara undang-undang untuk berpindah blok secara kolektif tanpa tindakan disiplin rasmi," ujarnya.Beliau berkata, sekiranya terdapat jawatan strategik yang sedang dipegang oleh ahli Parlimen yang telah dipecat, kedudukan tersebut perlu dikosongkan dan digantikan dengan wakil rakyat lain, termasuk jawatan Ketua Whip, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan pengerusi portfolio yang diperoleh atas kapasiti sebagai wakil parti."Berdasarkan kefahaman saya juga, parti boleh memohon kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memindahkan ahli yang dipecat ke blok bebas, bagi memastikan kedudukan blok pembangkang jelas dan mengelakkan kekeliruan politik."Jawatan Ketua Pembangkang mesti diisi oleh ahli yang mewakili parti dalam blok pembangkang, bukan blok bebas."Berdasarkan kefahaman saya juga, ahli bebas sepatutnya tidak layak mencalonkan atau menentukan Ketua Pembangkang kerana sifat mereka sebagai ahli Parlimen blok bebas dan tidak mewakili blok pembangkang," kata beliau. |
|
PN susun langkah, strategi rapi lantik Dr Samsuri sebagai Pengerusi - Penganalisis - Sinarharian - 23/02 3:51 pm SHAH ALAM - Keputusan untuk melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu dilihat bukan sekadar pertukaran kepimpinan.Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata, ia juga mesej bahawa gabungan itu sedang menyusun langkah lebih rapi dan berstrategi dalam kerangka menawarkan kepimpinan nasional yang diyakini menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurut Profesor Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF) itu, Ahmad Samsuri selaku Pengerusi memikul tanggungjawab besar untuk memimpin PN yang terdiri daripada Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Malaysian Indian People's Party (MIPP).Jelas Baharom lagi, jawatan disandang bukan bersifat simbolik, sebaliknya menentukan hala tuju dasar, strategi pilihan raya serta kredibiliti PN sebagai gabungan yang bersedia memimpin negara."Latar belakang beliau memberikan dimensi tersendiri |
|
Dr Sam amal politik penyelesaian, bukan retorik, dendam - Harakahdaily - 23/02 3:28 pm KUALA LUMPUR: Pelantikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam) sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan bukan sekadar pertukaran jawatan, sebaliknya petanda perubahan zaman dalam landskap politik Malaysia |
|
Malaysias PN opposition coalition appoints PAS VP Ahmad Samsuri Mokhtar as chairman, replacing Muhyiddin - CNA - 23/02 3:18 pm Ahmad Samsuri, 55, popularly known as Dr Sam, has served as the chief minister of Terengganu since 2018 |
|
Empat MP gesa kerajaan gantung ratifikasi ART Malaysia-AS - Sinarharian - 23/02 3:00 pm SHAH ALAM Empat ahli Parlimen kerajaan menggesa semua langkah serta proses ratifikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) digantung serta-merta.Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung susulan keputusan Mahkamah Agung AS pada Jumaat yang membatalkan tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump kerana didapati tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.Chen berkata, mereka menggesa kerajaan mendedahkan secara terbuka dan sepenuhnya langkah-langkah serta proses ratifikasi yang dicadangkan untuk dilaksanakan berhubung ART antara Malaysia dan AS."Selain itu, kami menggesa supaya semua langkah dan proses ratifikasi ART digantung serta-merta memandangkan keputusan Mahkamah Agung AS bahawa semua tarif tersebut pada hakikatnya adalah tidak sah."Justeru, ART juga seharusnya dianggap tidak sah secara ab initio (dari awal)," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini berhubung isu tarif AS.Chen berkata, kerajaan juga diminta mengarahkan Pejabat Peguam Negara supaya segera mengeluarkan suatu pendapat undang-undang mengenai kesahihan ART susulan keputusan mahkamah itu dan membentangkan pendapat berkenaan kepada ahli-ahli Parlimen.Tambahnya, kerajaan perlu memaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai implikasi kos dan manfaat berhubung tarif global Trump sebanyak 15 peratus yang baharu diumumkan."Ia termasuk mengambil maklum bahawa tarif tersebut hanya terpakai selama 150 hari dan berkemungkinan akan tertakluk kepada satu lagi perbicaraan di Mahkamah Agung AS," ujarnya.Menurut beliau, ahli-ahli Parlimen perlu dimaklumkan mengenai semua perkembangan berkaitan potensi pemulangan semula tarif berjumlah berbilion dolar, selain memastikan mana-mana pengeksport Malaysia yang telah diminta menanggung dan membayar sebahagian daripada tarif tersebut turut menerima pemulangan."Kami ingin menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar lebih berhati-hati dan tidak membuat komitmen atau menandatangani sebarang perjanjian perdagangan atau terma lanjut yang boleh terus menjejaskan kepentingan serta kedaulatan negara."Kami juga mengulangi pendirian bahawa suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bebas mengenai ART perlu ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat bagaimana ART tersebut telah dirunding dan ditandatangani," katanya. |
|
Kepimpinan Dr Sam diyakini perkukuh saf PN - Harakahdaily - 23/02 2:54 pm KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan pelantikan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (atau Dr Sam) sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu sebagai langkah tepat dalam memperkukuh kesatuan saf dan memperkasa hala tuju gabungan itu di peringkat nasional |
|
Prosecution preparing Tengku Zafrul's witness statement in Muhyiddin's case - Sinardaily - 23/02 2:54 pm KUALA LUMPUR - The prosecution is preparing the witness statement of former Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz in the case against Tan Sri Muhyiddin Yassin, who faces charges of abusing his position in connection with RM232.5 million in bribes and RM200 million from illicit activities.Deputy public prosecutor Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin told High Court Judge Noor Ruwena Md Nurdin that 99.5 per cent of witness statements have been provided to the defence, with only this key witnesss statement pending."Tengku Zafruls statement will be handed to the defence two weeks before he testifies in court," Wan Shaharuddin said.Muhyiddins lawyer, Datuk Amer Hamzah Arshad, confirmed receipt of the statements but noted that the defence has yet to receive one from businessman Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari."We seek confirmation on whether Syed Mokhtar will be called to testify |
|
Pantun di Dewan Rakyat umum Pengerusi PN baharu - Harakahdaily - 23/02 2:49 pm KUALA LUMPUR: Pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baru, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan di Dewan Rakyat menerusi satu pantun disampaikan oleh Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) |
|
Masalah rakyat lebih penting dari isu dalaman parti - Pas Perak - Sinarharian - 23/02 2:07 pm IPOH - Pas Perak menegaskan kepentingan dan kebajikan rakyat perlu didahulukan berbanding sebarang isu dalaman parti susulan pelantikan kepimpinan baharu Perikatan Nasional (PN).Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad berkata, isu dalaman komponen yang masih dalam proses penyelesaian tidak seharusnya mengalih perhatian daripada agenda lebih besar iaitu membela nasib rakyat.Menurutnya, tumpuan harus diberikan terhadap penyelesaian konkrit terhadap isu-isu dihadapi rakyat ketika ini serta menjadi alternatif yang lebih baik."Pas Perak berpendirian tegas bahawa kepentingan dan kebajikan rakyat mestilah didahului berbanding sebarang isu dalaman komponen yang masih dalam proses penyelesaian."Rakyat sedang memerhati dan menaruh harapan tinggi. Justeru PN komited untuk menjadi alternatif terbaik yang fokus kepada penyelesaian masalah kos sara hidup dan kestabilan ekonomi bukannya terjebak dalam politik remeh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Sementara itu, Idris berkata, Pas Perak merakamkan kesyukuran serta menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang melantik Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN baharu berkuat kuasa serta-merta.Menurutnya, pelantikan tersebut bukan sekadar pertukaran kepimpinan, malah dilihat sebagai anjakan strategik dalam usaha memperkukuh saf perjuangan blok pembangkang di negara ini."Apa yang telah berlaku dalam PN sebelum ini termasuk proses peralihan kepimpinan dan pelbagai cabaran dalaman adalah lumrah atau asam garam dalam sebuah wadah perjuangan yang hidup."Segala ujian ini tidak sedikit pun melemahkan semangat malah mematangkan lagi kerjasama antara parti komponen demi kelangsungan agenda penyatuan ummah," katanya yang juga Naib Presiden Pas.Beliau yakin kepimpinan baharu itu akan memberi fokus untuk memacu kesedaran rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Katanya, kewibawaan Ahmad Samsuri yang mempunyai latar belakang teknokrat diyakini mampu menyatukan sokongan rakyat yang mahukan pentadbiran berintegriti serta stabil.Media sebelum ini melaporkan Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan Menteri Besar Terengganu itu dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Januari lalu. |
|
MB Terengganu digesa 'buka mulut' kes Exco ditahan SPRM - Sinarharian - 23/02 1:56 pm KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar digesa tampil memberi kenyataan rasmi berhubung isu penahanan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad.Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, tindakan segera Menteri Besar amat diperlukan bagi memelihara integriti dan kredibiliti pentadbiran negeri yang kini dilihat tercalar.Menurutnya, penahanan tersebut yang membabitkan dakwaan salah guna kuasa bukan sekadar isu individu, malah menyentuh soal budaya tadbir urus dan tahap akauntabiliti kerajaan negeri."Menteri Besar merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu perlu menyatakan pendirian rasmi serta memperincikan langkah yang akan diambil bagi memelihara integriti pentadbiran."Kepimpinan tidak boleh berdiam diri dalam keadaan yang menjejaskan keyakinan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Mengulas lanjut, Aiman menegaskan bahawa Exco berkenaan sewajarnya digantung tugas atau dicutikan sementara sehingga siasatan selesai dijalankan.Katanya, langkah itu penting bagi memastikan proses siasatan oleh pihak berkuasa dapat berjalan secara bebas tanpa sebarang pengaruh atau gangguan."Kerjasama penuh kepada SPRM mesti disertai komitmen terhadap ketelusan dan semakan menyeluruh terhadap projek serta keputusan berkaitan."Rakyat Terengganu berhak mendapat pentadbiran yang bersih |
|
Bersatu crisis: Lembah Pantai, Larut divisions dissolved with immediate effect - Sinardaily - 23/02 1:35 pm KUALA LUMPUR - Bersatus Lembah Pantai and Larut divisions have announced their dissolution with immediate effect.In a video posted on Bersatus official Facebook page, the Larut division leadership said the move was taken due to a loss of confidence in party president Tan Sri Muhyiddin Yassin.Larut division deputy chief Mohd Noh Md Daud said the decision was made after receiving a full mandate from leaders at various levels within the division."A total of 48 branches under the Larut division have declared the dissolution of the division after losing confidence in the party leadership under Muhyiddin."This decision was further reinforced by the dismissal of deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin and Larut division chief Mohd Hassundi Hamzah," he said.Meanwhile, in a separate broadcast, Lembah Pantai Bersatu chief Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin said the decision to dissolve the division was made voluntarily and that a notification letter would be sent to the Bersatu headquarters."We thank Bersatu for the opportunity given and, insya-Allah, we will continue to contribute to the local community in our own way, including through non-governmental organisations (NGOs)."We wish the party continued success and apologise for any shortcomings |
|
Kes rasuah, AMLA Muhyiddin: Pernyataan saksi Tengku Zafrul belum lengkap - Pendakwaan - Sinarharian - 23/02 1:00 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa pihak pendakwaan masih dalam proses menyiapkan pernyataan saksi bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata demikian ketika pengurusan kes empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan projek Jana Wibawa dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berdepan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.Semasa prosiding, Wan Shaharuddin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiapkan pernyataan saksi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbabit.Beliau yang juga Ketua Bahagian Pendakwaan SPRM berkata, dokumen berkenaan akan diserahkan kepada pembelaan mewakili Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berusia 79 tahun itu, dua minggu sebelum perbicaraan bermula, 9 Mac depan."Pernyataan saksi Tengku Zafrul masih belum lengkap, namun 99.5 peratus pernyataan saksi lain telah diserahkan kepada pembelaan."Kami juga telah menyerahkan senarai saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah kelak," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat dan Mahadi Abdul Jumaat.Sementara itu, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh mengesahkan telah menerima pernyataan saksi berkenaan.Bagaimanapun beliau berkata, pembelaan belum menerima pernyataan saksi membabitkan ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari."Kami mahu mendapatkan pengesahan sama ada beliau akan dipanggil memberi keterangan atau sebaliknya."Pembelaan menerima seadanya jika beliau tidak dipanggil kerana ia merupakan hak pendakwaan untuk memanggil mana-mana saksi ke mahkamah."Saya utarakan perkara ini kerana nama Syed Mokhtar tidak dimasukkan dalam senarai saksi pendakwaan bagi kes ini," katanya.Menjawab perkara tersebut, Wan Shaharuddin berkata, senarai saksi yang diserahkan kepada pembelaan pada Isnin, hanya melibatkan kes rasuah berkaitan Jana Wibawa.Katanya, nama Syed Mokhtar telah dimasukkan dalam senarai saksi bagi kes AMLA dan ia telah diserahkan kepada pembelaan, tiga tahun lalu."Jika tiada pernyataan saksi diserahkan kepada pembelaan maka besar kemungkinan ahli perniagaan itu memberi keterangan secara lisan," katanya yang hadir bersama peguam, Chetan Jethwani.Muhyiddin yang tidak hadir ke mahkamah turut diwakili peguam, Low Wei Loke dan Kee Wei Lon.Mendengar perkara terbabit, Hakim, Noor Ruwena Md Nordin meminta pihak pendakwaan melengkapkan senarai saksi bagi semua kes berkenaan, pada atau sebelum Jumaat ini.Pada 10 Mac 2023, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa dan dua pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022.Tiga hari kemudian, iaitu 13 Mac pula, Muhyiddin didakwa atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam selaku Presiden Bersatu, menerima hasil AMLA iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti.Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos. |
|
57,910 murid dikenal pasti pembawa talasemia, Kedah tertinggi - FMT - 23/02 12:51 am Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata prevalens pembawa talasemia kini pada kadar 59.1 bagi setiap 1,000 murid yang disaring di seluruh negara. |
|
Ex-telco director charged with RM8mil bribery, document forgery - FMT - 23/02 12:48 am Ranjeet Singh Sidhu pleaded not guilty after the charges were read to him before Kuala Lumpur sessions court judge Rosli Ahmad. |
|
Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..” - Murai - 23/02 12:30 am Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah |
|
Lebih 9,500 pesakit talasemia, beban kos rawatan hampir RM3 juta seorang - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 23/02 12:24 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 9,554 pesakit talasemia direkodkan dalam data rasmi Laporan Tahunan Pendaftaran Talasemia Malaysia 2023 yang diterbitkan pada 2025, melibatkan 102 hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dua hospital universiti yang merawat pesakit talasemia.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, anggaran kos rawatan bagi pesakit yang bergantung kepada transfusi darah mencecah hampir RM3 juta seorang dari usia kanak-kanak hingga 40 tahun."Jumlah ini merangkumi kos penjagaan kesihatan (92.5 peratus) dan kos perbelanjaan penjagaan kesihatan yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga (7.5 peratus).".. |
|
Gempa bumi Sabah: Penduduk perlu kekal tenang, tidak panik - Ahmad Zahid - Sinarharian - 23/02 11:40 am KUALA LUMPUR - Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan pemantauan lapangan berterusan sebagai langkah berjaga-jaga susulan gempa bumi yang berlaku di perairan Sabah pada awal pagi Isnin.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, rondaan turut dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah selain pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan, Kudat serta lokasi sekitar bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal.Beliau berkata, penduduk di kawasan berhampiran diminta agar sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, kekal tenang dan tidak panik."Dapatkan maklumat sahih daripada Portal Bencana atau media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan agensi lain yang berkaitan."Dalam keberkatan bulan Ramadan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar saudara-saudara kita di Sabah sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah |
|
MIPP sees path to greater inclusivity in PN under Samsuri - FMT - 23/02 11:36 am MIPP president hopes PN will better reflect Malaysias diverse social fabric under Ahmad Samsuri Mokhtars leadership. |
|
Rapid Rail extends peak-hour services throughout Ramadan - Loke - Sinardaily - 23/02 11:31 am KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) has extended peak-hour rail service periods throughout the month of Ramadan to accommodate changes in passenger travel patterns, Transport Minister Anthony Loke said.He said the adjustment involves extending the morning peak hours from 6.30am to 9.30am, compared with 7am to 9.30am during regular months |
|
Sacked from Bersatu, Hamzah and 18 allied MPs pledge support for new PAS leadership of PN - BorneoPost - 23/02 11:12 am KUALA LUMPUR (Feb 23): In a significant political realignment, sacked Bersatu deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin and 18 other MPs aligned with him have pledged their full support to the new Perikatan Nasional (PN) chairman Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar of PAS |
|
Tidur Beralas Toto & Guna Nama ‘Ahmad’, Sisi ‘Low Profile’ Faizal Tahir Dilihat Di Aceh - Lobakmerah - 23/02 10:28 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Hamzah faction backs new PN chief - Mkini - 23/02 9:33 am 19 MPs, including Bersatu rebels and sacked members, say PN made right decision with Samsuri |
|
PKNS sumbang RM100,000 bina prasarana dewan Asrama Anak Yatim Miskin Sekendi - Sinarharian - 23/02 9:18 am SABAK BERNAM Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyumbang RM100,000 bagi pembinaan prasarana dewan di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi di sini pada Sabtu.Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.Simbolik penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat PKNS, Sapna Turmidi kepada Pengerusi Rumah Anak Yatim Sekendi, Ahmad Bustamam Abdul Latiff disaksikan oleh Raja Muda Selangor sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim asrama berkenaan.Sumbangan itu adalah sebagai tanda komitmen PKNS dalam memperkasa kemudahan asrama, sekali gus mempertingkatkan prasarana untuk kegunaan penghuni dan komuniti setempat.Pada majlis sama, Tengku Amir Shah turut mengurniakan sumbangan 100 kilogram beras kepada pihak asrama selain kain pelikat dan kain batik kepada 25 anak yatim sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.Asrama yang ditubuhkan pada 1985 di atas tanah wakaf seluas empat ekar itu adalah antara 35 rumah kebajikan berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan menyediakan perlindungan serta pendidikan kepada anak yatim dan miskin sekitar daerah ini.Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail serta Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.Dalam pada itu, PWS turut menyalurkan RM41,000 bagi kerja renovasi dan penambahbaikan surau termasuk penggantian permaidani, manakala Rizam membiayai kerja penurapan jalan dari jalan utama ke asrama berkenaan.Asrama berkenaan diasaskan Allahyarham Abdul Latif Syukor atau lebih dikenali sebagaiUstaz Hayat dan kini diterajui Ahmad Bustamam Abd Latiff bersama barisan pengurusan yang komited memastikan kebajikan, pendidikan serta pembangunan sahsiah penghuni terus terpelihara.Sumbangan itu mencerminkan komitmen berterusan institusi diraja dan kerajaan negeri dalam memperkukuh kebajikan golongan memerlukan khususnya anak yatim agar mereka dapat menikmati kehidupan lebih selesa dan membina masa depan lebih cemerlang. |
|
Balancing act awaits Samsuri as PN chairman, say analysts - FMT - 23/02 8:30 am They say the Terengganu menteri besar will need to strike a balance between appealing to the ulamas and non-Malay voters. |
|
Penerimaan agamawan PAS cabaran besar Samsuri - FMT - 23/02 8:30 am Pengerusi baharu PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, akan perlu melembutkan naratif politik identiti dan menampilkan dasar yang relevan kepada semua kaum. |
|
Kesiapsiagaan hospital kerajaan, penyakit talasemia antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 23/02 8:12 am KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit serta isu berkaitan penyakit talasemia antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.Menurut aturan urusan mesyuarat Parlimen, Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta Menteri Kesihatan menyatakan tahap kesiapsiagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung serta peruntukan khusus untuk pencegahan awal, pada sesi soal jawab.Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah terkini pesakit talasemia di negara ini dan kos yang diperlukan bagi merawat seorang pesakit dari usia kanak-kanak hingga 40 tahun, selain ingin tahu sama ada kerajaan akan membangunkan kaedah rawatan Gene Therapy untuk pesakit.Pada sesi sama, Syahredzan Johan (PH-Bangi) bertanya kepada Menteri Pengangkutan mengenai sama ada waktu puncak perkhidmatan Rapid Rail akan diubah bersempena dengan Ramadan yang melihat perubahan pola pergerakan dan waktu puncak baharu yang akan ditetapkan.Selain itu, Datuk Dr Richard Rapu (GPS-Betong) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan bagaimana rangka kerja Malaysia Care Economy dan pelan tindakan 2026-2030 menangani jurang akses, kualiti dan tenaga kerja penjagaan bagi warga emas, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU), selain ingin tahu mengenai sasaran, peruntukan dan indikator prestasi khusus bagi tempoh berkenaan.Selesai sesi soal jawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.1) serta RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026, manakala Menteri Kewangan akan membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026, masing-masing bagi bacaan kali pertama.Turut tersenarai, RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 oleh Menteri Kewangan bagi bacaan kali kedua sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) membentangkan usul mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 |
|
Kes lama digali, Pas persoal di sebalik tindakan SPRM ke atas... - Mgazette - 23/02 8:03 am # Kes lama digali, Pas persoal di sebalik tindakan SPRM ke atas Exco Terengganu KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari melahirkan rasa hairan apabila kes salah guna kuasa yang didakwa melibatkan Exco Terengganu secara tiba-tiba digerakkan untuk pendakwaan tahun ini |
|
Pengerusi PN: Samsuri anggap satu tanggungjawab besar kepadanya - Mgazette - 23/02 8:03 am # Pengerusi PN: Samsuri anggap satu tanggungjawab besar kepadanya KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu sebagai satu tanggungjawab besar |
|
Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu - Mgazette - 23/02 8:03 am KUALA LUMPUR Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini sebulat suara melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi baharu gabungan itu |
|
Hamzah dan kumpulannya sokong pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN - Mgazette - 23/02 8:03 am # Hamzah dan kumpulannya sokong pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersama 18 lagi ahli Parlimen lain memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuir Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu |
|
Samsuris technocrat image gives him an edge, say analysts - Star - 23/02 7:00 am KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar's (pic) stature as a technocrat and professional has made him acceptable to all Perikatan Nasional components as its new chairman, it was pointed out |
|
Saling hormat, percaya jadi tiang seri PN - Radzi Jidin - Sinarharian - 22/02 10:35 pm SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan, sikap saling menghormati dan mempercayai menjadi tiang seri Perikatan Nasional (PN).Hantaran penuh makna tersebut dimuat naik Ahli Parlimen Putrajaya yang kini memangku tugas Timbalan Presiden Bersatudi Facebooknya susulan pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN pada Ahad."Tahniah kepada jiran saya di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Dr Samsuri atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional."Saya doakan yang terbaik," katanya menerusi hantaran di media sosial.Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Pas Pusat di Kuala Lumpur pada Ahad melantik Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai pengerusi gabungan berkenaan.Pelantikan Ahmad Samsuri dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Januari lalu. |
|
Kepimpinan nasional bermula dengan prestasi negeri - Thempress - 22/02 10:31 pm PELANTIKAN Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) menandakan satu perubahan penting dalam landskap politik pembangkang negara |
|
Sasar 2,500 hektar kenaf tahun ini - Kosmo - 22/02 9:42 pm PADANG BESAR – Kerajaan menyasarkan keluasan tanaman kenaf mencecah 2,500 hektar tahun ini sebagai langkah memperkukuh sektor agrikomoditi negara dan meningkatkan pendapatan petani |
|
Pas' Dr Samsuri is new Perikatan Nasional chairman - Sinardaily - 22/02 9:36 pm KUALA LUMPUR Pas Vice-President Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar has been appointed as the new Chairman of Perikatan Nasional (PN), effective Sunday.PN Deputy Secretary-General Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the appointment of the Terengganu Menteri Besar was made to replace Tan Sri Muhyiddin Yassin, who resigned in January.He added that the position of Deputy Chairman will be held by Muhyiddin, who is also President of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).It is noted that the meeting approved Tan Sri Muhyiddins resignation as PN chairman with effect from Jan 1, 2026.The meeting subsequently, and unanimously, appointed Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar as the new PN chairman with immediate effect, he said.Takiyuddin made the remarks at a press conference following the PN extraordinary Supreme Council meeting at the Pas headquarters here today.Muhyiddin had earlier announced his resignation as PN chairman following political turmoil affecting Pas and Bersatu in Perlis.When asked about the rationale behind Dr Samsuris appointment, Takiyuddin, who is also Pas Secretary-General, said it was based on several considerations.He added that PNs constitution does not require the chairman of the coalition to be a party president.Firstly, under PNs constitution, it is not specified who can be appointed as chairman |
|
'Terima kasih Tan Sri Muhyiddin' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 22/02 9:22 pm KUALA TERENGGANU Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakam penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sepanjang menerajui gabungan itu sejak awal penubuhannya.Ahmad Samsuri berkata, kepimpinan Muhyiddin sebelum ini telah berjaya meletakkan asas muafakat politik yang kukuh sehingga mampu mencatatkan pencapaian luar biasa dalam landskap politik negara."Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya."Bersama seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN, beliau telah membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu diputuskan menerusi mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua Presiden parti anggota dan ahli MPT PN berkuatkuasa pada Ahad.Mengulas mengenai mandat baharu tersebut, Menteri Besar Terengganu itu menyifatkan ia sebagai satu amanah yang amat berat untuk dipikul, terutama dalam meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.Ujar beliau, rakyat kini meletakkan pengharapan yang cukup tinggi kepada PN untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang."Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar |
|
Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu - Thempress - 22/02 9:03 pm KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu |
|
Ahmad Samsuri mahu kukuhkan muafakat, laksana penambahbaikan - Sinarharian - 22/02 8:51 pm SHAH ALAM - Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi isyarat jelas bahawa fokus terdekat kepimpinannya adalah memperkukuh muafakat dalaman serta melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja gabungan itu.Menurutnya, perbincangan dengan kepimpinan Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) PN akan dilakukan bagi mengadakan mesyuarat untuk menentukan pelantikan jawatan berdasarkan perlembagaan parti."Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak serta rakyat kepada PN."Ia bagi menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosioekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan Menteri Besar Terengganu itu dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.Menurutnya, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN sejak awal penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina gabungan berkenaan sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi pelbagai kerusi dalam pilihan raya lalu. |
|
Hamzah sokong penuh Dr Samsuri terajui PN - Sinarharian - 22/02 8:27 pm SHAH ALAM - Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa Ahad.Hamzah bersama 18 lagi ahli Parlimen PN dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh buat Dr Samsuri untuk memimpin gabungan, sekali gus mendukung PN yang dipimpin oleh Pas selaku parti tunjangnya."Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara," kata ahli Parlimen Larut itu dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.Senarai nama pemimpin yang menyatakan sokongan antara lain termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.Selain itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim.Turut serta, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan dan Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abbas.Hamzah sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya tidak menghadiri Mesyuarat Khas PN yang berlangsung di ibu pejabat Pas, petang tadi disebabkan pemecatan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu lalu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu. |
|
Pengerusi PN: Komitmen PAS - Harakahdaily - 22/02 8:19 pm Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional baharu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |