///
See Also: Shutterstock

Search : Ahmad Samsuri Mokhtar News   Page 1    





Kes lama digali, Pas persoal di sebalik tindakan SPRM ke atas... - Mgazette - 23/02 8:03 am

# Kes lama digali, Pas persoal di sebalik tindakan SPRM ke atas Exco Terengganu KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari melahirkan rasa hairan apabila kes salah guna kuasa yang didakwa melibatkan Exco Terengganu secara tiba-tiba digerakkan untuk pendakwaan tahun ini





Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu - Mgazette - 23/02 8:03 am

KUALA LUMPUR Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini sebulat suara melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi baharu gabungan itu





Pengerusi PN: Samsuri anggap satu tanggungjawab besar kepadanya - Mgazette - 23/02 8:03 am

# Pengerusi PN: Samsuri anggap satu tanggungjawab besar kepadanya KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu sebagai satu tanggungjawab besar





Hamzah dan kumpulannya sokong pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN - Mgazette - 23/02 8:03 am

# Hamzah dan kumpulannya sokong pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersama 18 lagi ahli Parlimen lain memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuir Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu





Saling hormat, percaya jadi tiang seri PN - Radzi Jidin - Sinarharian - 22/02 10:35 pm

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan, sikap saling menghormati dan mempercayai menjadi tiang seri Perikatan Nasional (PN).Hantaran penuh makna tersebut dimuat naik Ahli Parlimen Putrajaya yang kini memangku tugas Timbalan Presiden Bersatudi Facebooknya susulan pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN pada Ahad."Tahniah kepada jiran saya di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Dr Samsuri atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional."Saya doakan yang terbaik," katanya menerusi hantaran di media sosial.Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Pas Pusat di Kuala Lumpur pada Ahad melantik Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai pengerusi gabungan berkenaan.Pelantikan Ahmad Samsuri dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Januari lalu.





Pas' Dr Samsuri is new Perikatan Nasional chairman - Sinardaily - 22/02 9:36 pm

KUALA LUMPUR Pas Vice-President Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar has been appointed as the new Chairman of Perikatan Nasional (PN), effective Sunday.PN Deputy Secretary-General Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the appointment of the Terengganu Menteri Besar was made to replace Tan Sri Muhyiddin Yassin, who resigned in January.He added that the position of Deputy Chairman will be held by Muhyiddin, who is also President of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).It is noted that the meeting approved Tan Sri Muhyiddins resignation as PN chairman with effect from Jan 1, 2026.The meeting subsequently, and unanimously, appointed Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar as the new PN chairman with immediate effect, he said.Takiyuddin made the remarks at a press conference following the PN extraordinary Supreme Council meeting at the Pas headquarters here today.Muhyiddin had earlier announced his resignation as PN chairman following political turmoil affecting Pas and Bersatu in Perlis.When asked about the rationale behind Dr Samsuris appointment, Takiyuddin, who is also Pas Secretary-General, said it was based on several considerations.He added that PNs constitution does not require the chairman of the coalition to be a party president.Firstly, under PNs constitution, it is not specified who can be appointed as chairman





'Terima kasih Tan Sri Muhyiddin' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 22/02 9:22 pm

KUALA TERENGGANU Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakam penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sepanjang menerajui gabungan itu sejak awal penubuhannya.Ahmad Samsuri berkata, kepimpinan Muhyiddin sebelum ini telah berjaya meletakkan asas muafakat politik yang kukuh sehingga mampu mencatatkan pencapaian luar biasa dalam landskap politik negara."Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya."Bersama seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN, beliau telah membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu diputuskan menerusi mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua Presiden parti anggota dan ahli MPT PN berkuatkuasa pada Ahad.Mengulas mengenai mandat baharu tersebut, Menteri Besar Terengganu itu menyifatkan ia sebagai satu amanah yang amat berat untuk dipikul, terutama dalam meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.Ujar beliau, rakyat kini meletakkan pengharapan yang cukup tinggi kepada PN untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang."Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar





Ahmad Samsuri mahu kukuhkan muafakat, laksana penambahbaikan - Sinarharian - 22/02 8:51 pm

SHAH ALAM - Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi isyarat jelas bahawa fokus terdekat kepimpinannya adalah memperkukuh muafakat dalaman serta melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja gabungan itu.Menurutnya, perbincangan dengan kepimpinan Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) PN akan dilakukan bagi mengadakan mesyuarat untuk menentukan pelantikan jawatan berdasarkan perlembagaan parti."Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak serta rakyat kepada PN."Ia bagi menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosioekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan Menteri Besar Terengganu itu dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.Menurutnya, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN sejak awal penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina gabungan berkenaan sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi pelbagai kerusi dalam pilihan raya lalu.





Hamzah sokong penuh Dr Samsuri terajui PN - Sinarharian - 22/02 8:27 pm

SHAH ALAM - Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa Ahad.Hamzah bersama 18 lagi ahli Parlimen PN dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh buat Dr Samsuri untuk memimpin gabungan, sekali gus mendukung PN yang dipimpin oleh Pas selaku parti tunjangnya."Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara," kata ahli Parlimen Larut itu dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.Senarai nama pemimpin yang menyatakan sokongan antara lain termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.Selain itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim.Turut serta, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan dan Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abbas.Hamzah sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya tidak menghadiri Mesyuarat Khas PN yang berlangsung di ibu pejabat Pas, petang tadi disebabkan pemecatan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu lalu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.





Struktur, gerak kerja PN perlu ditambah baik segera, kata Samsuri - FMT - 22/02 8:15 pm

Pengerusi baharu PN berkata langkah itu perlu untuk menjadikan PN nukleus harapan rakyat.





New PN chairman Samsuri pays tribute to predecessor Muhyiddin - FMT - 22/02 8:10 pm

The PAS veep says the Bersatu president helped the coalition win big in the last general election.





Hamzah, 18 other MPs pledge support for PAS-led PN - FMT - 22/02 7:35 pm

Ex-Bersatu deputy president and allies say they will give their full cooperation to new Perikatan Nasional chairman Ahmad Samsuri Mokhtar.





Hamzah, 18 Ahli Parlimen sokong PAS ketuai PN - FMT - 22/02 7:28 pm

Mereka berikrar akan memberi sokongan penuh kepada Ahmad Samsuri Mokhtar untuk memimpin gabungan pembangkang itu.





Selection of Dr Samsuri as PN Chairman based on his strengths Takiyuddin - Sinardaily - 22/02 7:28 pm

KUALA LUMPUR The appointment of Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar as Chairman of Perikatan Nasional (PN) was made after taking into account the strengths he possesses within the coalition.PN Deputy Secretary-General Datuk Seri Takiyuddin Hassan said these criteria were among the key factors behind the partys decision to nominate the Terengganu Menteri Besar to replace Tan Sri Muhyiddin Yassin, who stepped down from the post in January.He has served two terms as Menteri Besar of Terengganu





Muhyiddin appointed PN Deputy Chairman Takiyuddin - Sinardaily - 22/02 6:54 pm

"The other deputies remain, except for Pas. The Pas president does not intend to be in the PN Supreme Council."He will only be in the Presidential Council," he said, noting that the meeting approved Tan Sri Muhyiddins resignation as PN chairman with effect from Jan 1, 2026.The meeting subsequently, and unanimously, appointed Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar as the new PN chairman with immediate effect, he said.Takiyuddin made the remarks during a press conference following the PN Supreme Council meeting at the Pas headquarters here today





Ronald Kiandee removed from PN Supreme Council by Bersatu - Sinardaily - 22/02 5:33 pm

KUALA LUMPUR Bersatu vice president Datuk Seri Ronald Kiandee was dropped as the party's representative on the Perikatan Nasional supreme council hours before he was scheduled to attend a meeting at Pas headquarters here.Bersatu secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali signed a letter dated Friday (Feb 20) stating that Kiandee would be replaced by party vice-presidents Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu and Datuk Radzi Jidin.The Beluran MP, however, remains a party vice president.Kiandee confirmed this and said he received the letter at noon Sunday (Feb 22)."It is OK-lah





Who is Dr Sam? An engineer-turned-politician, now at the helm of Perikatan Nasional - Sinardaily - 22/02 5:14 pm

SHAH ALAM Fondly known as Dr Sam, Ahmad Samsuri Mokhtar has emerged as one of the most distinctive figures in Malaysias opposition landscape an aerospace engineer by training, an academic by profession and now the chairman of Perikatan Nasional (PN).Recently named PN chairman, the Pas vice-president now sits at the forefront of the opposition coalitions leadership, bringing with him a technocratic profile shaped by years in higher education, research and public service.From Ru Rendang to Wisma Darul ImanThe 56-year-old Ru Rendang assemblyman has served as Terengganu Menteri Besar since 2018





Dr Sam calon tunggal, dipersetujui sebulat suara - Takiyuddin - Sinarharian - 22/02 5:03 pm

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi satu-satunya pemimpin yang dicalonkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum dipersetujui sebulat suara.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pemilihan Menteri Besar Terengganu itu turut dipersetujui secara bersama empat presiden parti dalam gabungan berkenaan.Malah katanya, pencalonan Ahmad Samsuri dibuat sendiri oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang."Perjumpaan berlangsung sangat baik dan penuh harmoni





Dr Samsuri sole candidate, unanimously agreed upon Takiyuddin - Sinardaily - 22/02 4:56 pm

KUALA LUMPUR The appointment of Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar as Chairman of Perikatan Nasional (PN) was made based on the strengths and advantages he possesses within the coalition.PN Deputy Secretary-General and Pas Secretary-General Datuk Seri Takiyuddin Hassan said Samsuri was the only leader nominated for the position and was subsequently agreed upon unanimously during the PN Supreme Council meeting held today at the Pas headquarters.He said the nomination of the Terengganu Menteri Besar was personally proposed by Tan Sri Abdul Hadi Awang.Takiyuddin said Samsuris credentials, leadership experience and standing within the party were among the key considerations in selecting him to replace Bersatu President Tan Sri Muhyiddin Yassin, who stepped down from the post in January.Samsuris appointment as PN chairman takes effect immediately.





Polis tahan lelaki guna senjata, khianat di Sekinchan - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# Polis tahan lelaki guna senjata, khianat di Sekinchan SABAK BERNAM Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas disyaki mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan perbuatan khianat di kawasan Sekinchan, di sini, petang semalam





???Sebelah Hati??? sentuh jiwa, Ustaz Husam buktikan versatiliti di layar .. - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# Sebelah Hati sentuh jiwa, Ustaz Husam buktikan versatiliti di layar perak KUALA LUMPUR Pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin mencipta kelainan apabila tampil sebagai pelakon utama dalam filem bertajuk Sebelah Hati yang kini ditayangkan menerusi platform YouTube Al Irsyad Studio





KSU kementerian, saksi akan dipanggil berkaitan perjanjian RM1.1 bilion - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# KSU kementerian, saksi akan dipanggil berkaitan perjanjian RM1.1 bilion KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion





Zahid sebagai PM realiti politik yang boleh dicapai – PPP - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# Zahid sebagai PM realiti politik yang boleh dicapai - PPP KUALA LUMPUR - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr





JAIS tahan lelaki mengaku Rasul - Mgazette - 22/02 4:05 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki berusia 65 tahun yang disyaki mengaku sebagai Rasul di sebuah premis di Rawang, semalam





Azam sudah beri keterangan kepada JK Siasatan isu pemilikan saham - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# Azam sudah beri keterangan kepada JK Siasatan isu pemilikan saham KUALA LUMPUR Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan pemilikan sahamnya kepada Jawatankuasa Khas Siasatan, Khamis lalu





Jangan jadi macam Radzi Jidin ??? Wan Fayhsal - Mgazette - 22/02 4:05 pm

KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mempersoalkan pendirian Datuk Dr





Nelayan libas pengurus restoran guna rantai besi direman tiga hari - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# Nelayan libas pengurus restoran guna rantai besi direman tiga hari SEKINCHAN Seorang nelayan tempatan berumur 75 tahun direman tiga hari sehingga Selasa depan selepas disyaki melibas seorang pengurus restoran dengan rantai besi di hadapan sebuah kedai di Jalan Yoke Kuan di sini, petang semalam





Zahid sebagai PM realiti politik boleh dicapai – PPP Zahid sebagai .. - Mgazette - 22/02 4:05 pm

# Zahid sebagai PM realiti politik boleh dicapai - PPP KUALA LUMPUR - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr





Ahmad Samsuri is new PN chairman - SUN - 22/02 4:04 pm

PAS vice-president Ahmad Samsuri Mokhtar named new Perikatan Nasional chairman after Muhyiddin Yassins resignation





Samsuri takes the helm: Perikatan names Terengganu MB as new chairman - Malaymail - 22/02 4:03 pm

KUALA LUMPUR, Feb 22 Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar has been appointed the new chairm...





Dr Samsuri Pengerusi PN baharu - Sinarharian - 22/02 4:00 pm

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.Perkara itu disahkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dr Dominic Lau ketika ditemui selepas selesai Mesyuarat Tertinggi (MT) PN di Pejabat Pas Pusat di sinipada Ahad.AKAN MENYUSUL





Samsuri pengerusi baharu PN - FMT - 22/02 3:59 pm

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.





Samsuri is new PN chairman - FMT - 22/02 3:58 pm

The PAS veep replaces Bersatu president Muhyiddin Yassin who relinquished the post on Jan 1.





Exco Terengganu disiasat SPRM tak perlu letak jawatan, kata pemimpin PAS - FMT - 22/02 3:48 pm

Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari kata exco tidak boleh mempengaruhi siasatan SPRM.





'Sebelah Hati' konflik keluarga meruntun jiwa - Sinarharian - 22/02 3:31 pm

KUALA LUMPUR - Pendakwah, Ustaz Ahmad Husam Baderudin mencipta kelainan apabila tampil sebagai pelakon utama dalam filem Sebelah Hati yang ditayangkan di platform YouTube Al Irsyad Studio.Filem menyentuh kisah kekeluargaan itu menceritakan tentang seorang anak lelaki lakonan Ahmad Husam yang terputus kasih dengan ibunya selepas kematian bapanya.Gandingan Ahmad Husam bersama pelakon berpengalaman seperti Wan Maimunah Aziz dan Noorkhiriah Shapie ternyata berjaya meruntun jiwa penonton.Selain Wan Maimunah dan Noorkhiriah, karya arahan Hisham Ismail itu turut dibintangi Zainol Ismail."Saya berharap naskhah ini dapat diterima oleh penonton dan menghayati sebaik mungkin mesej yang disampaikan."Ia bukan sekadar filem, namun ada mesej yang perlu diambil oleh penonton," kata Ahmad Husam.Filem tersebut telah mula ditayangkan di platform YouTube pada hari pertama Ramadan.Jalan cerita mengisahkan bagaimana seorang anak lelaki tidak lagi mendapat kasih sayang ibunya selepas dikatakan menjadi punca kepada kematian bapanya.Konflik kekeluargaan yang bagaikan tiada kesudahan, namun sebagai seorang anak kasih kepada seorang ibu lakonan Wan Maimunah tetap menebal.Bagaimanapun rahsia terbongkar di sebalik konflik itu, orang ramai boleh menonton kisah ini di YouTube untuk mengetahui kesudahannya.





Isu RM1.1 bilion: KSU Kementerian Ekonomi antara saksi akan dipanggil SPRM - Sinarharian - 22/02 2:49 pm

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi antara beberapa saksi dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.Menurut sumber, ia susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu terbabit."Kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan dengan membabitkan peruntukan besar iaitu RM1.1 billion."Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa," katanya.Sumber berkata, beberapa individu turut dikatakan diberikan jawatan yang tinggi di dalam syarikat berkenaan selepas berhenti dari kementerian terbabit."Sehubungan itu beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dijangka akan dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.12 Februari lalu, satu laporan diterima daripada gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kira-kira jam 2.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.Berdasarkan laporan tersebut, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan.Berikutan itu, SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.





Ibu Pejabat Pas jadi tumpuan, pemimpin parti komponen PN hadir mesyuarat pilih pengerusi baharu - Sinarharian - 22/02 2:48 pm

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Pas Pusat di sini, sekali lagi menjadi tumpuan susulan Mesyuarat Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Ahad.Beberapa pemimpin parti komponen PN termasuk Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Dominic Lau antara yang dilihat hadir.Turut hadir, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini memangku tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Difahamkan beberapa pemimpin Pas termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah berada di pejabat itu sejak pagi bagi menghadiri mesyuarat yang dijadual berlangsung pada jam 3 petang.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengesahkan akan menghadiri mesyuarat berkenaan.Ahli Parlimen Pagoh itu dalam kenyataan berkata, pertemuan tersebut bakal membincangkan perkara-perkara melibatkan pemerkasaan PN.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu berkata, mesyuarat kali ini dijangka menjadi detik penentu bagi menetapkan individu yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi PN yang baharu.Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.Peletakan jawatan tersebut disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook.





Azam Baki dipanggil beri keterangan isu pemilikan saham Khamis lepas - Shamsul Azri - Sinarharian - 22/02 2:24 pm

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu pemilikan saham pada 19 Februari lepas, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Beliau dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham Azam telah bersidang pada 19 Februari dan berdasarkan laporan awal yang diterima, jawatankuasa itu sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham berkenaan oleh Azam."Jawatankuasa juga masih dalam proses menilai segala keterangan yang diperoleh dan akan memanggil saksi lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan terhadap perkara itu."Jawatankuasa memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan secara telus, bebas dan profesional," katanya.Shamsul Azri turut memaklumkan hasil siasatan dan syor pertimbangan bagi tindakan selanjutnya akan diangkat kepada pihak berkuasa, termasuk sekiranya didapati wujud sebarang pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang jenayah atau peraturan yang berkuat kuasa.Media melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Azam bagaimanapun pada sidang media baru-baru ini menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur





JAIS tahan warga emas mengaku Rasul - Sinarharian - 22/02 1:12 pm

SHAH ALAM Seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mengaku dirinya sebagai Rasul dalam satu serbuan di sebuah premis di Rawang pada Sabtu lalu.Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, lelaki berusia 65 tahun itu ditahan bersama tiga individu lain iaitu dua lelaki dan seorang wanita dalam operasi dijalankan di premis sama.Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati individu itu mengaku kepada pengikutnya bahawa pernah bertemu Nabi Adam AS secara nyata pada waktu siang dan bertemu Nabi Muhammad SAW dalam bentuk cahaya pada waktu malam."Dia juga mendakwa bertemu para Rasul sebanyak dua hingga tiga kali dalam tempoh seminggu





Mesej Peja sindir PAS wujud sebelum ahli tak sehaluan disingkir, dakwa bekas MPT - FMT - 22/02 11:34 am

Zulkifli Bujang dan Yunus Nurdin menjelaskan mereka berada dalam kumpulan sembang WhatsApp apabila Ahmad Faizal Azumu membuat kenyataan itu.





Malay unity efforts must translate into election pact, says MP - FMT - 22/02 11:30 am

Former Bersatu leader Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal says this would require putting aside egos to unite the top leaders of the main Malay parties.





Takiyuddin has what it takes to be opposition leader, says analyst - FMT - 22/02 10:00 am

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri says PN needs a figure with influence and oratory prowess, and that the PAS secretary-general fits the bill.





Takiyuddin ada pakej ketua pembangkang ganti Hamzah, kata penganalisis - FMT - 22/02 10:00 am

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata PN perlu tokoh lebih 'commanding' di Parlimen yang dimiliki Takiyuddin Hassan.





Semua agensi dikerah pastikan bantuan banjir di Sabah pantas – Zahid - Mgazette - 22/02 7:53 am

# Semua agensi dikerah pastikan bantuan banjir di Sabah pantas - Zahid KUALA LUMPUR - Semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri telah digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan bagi mangsa banjir di Sabah dapat dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan





Peja nafi mesej WhatsApp tersebar, dakwa ia kerja bekas ahli Bersatu - Mgazette - 22/02 7:53 am

# Peja nafi mesej WhatsApp tersebar, dakwa ia kerja bekas ahli Bersatu KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau Peja menafikan kandungan tangkap layar perbualan kumpulan sembang WhatsApp yang antaranya mendakwa beliau mengutuk sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dipercayai Pas sebagai biadap





Bersatu tubuh pasukan petugas khas susun semula bahagian, sayap letak .. - Mgazette - 22/02 7:53 am

# Bersatu tubuh pasukan petugas khas susun semula bahagian, sayap letak jawatan KUALA LUMPUR - Ekoran banyak bahagian dan sayap parti terlibat dalam peletakan jawatan - Bersatu menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyusunnya semula





Give assistance, official recognition for soldiers family, says PAS man - FMT - 21/02 11:53 pm

PAS information chief Ahmad Fadhli Shaari notes that S Usha has lost both her husband and son in the service of the country.





Pahang sultan, Tengku Ampuan express sorrow over soldiers death - FMT - 21/02 10:56 pm

Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah and Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hope that K Indirans family will stay strong.





Muhyiddin sahkan hadir mesyuarat tentukan pelantikan Pengerusi PN - Sinarharian - 21/02 10:49 pm

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada Ahad ini yang akan memutuskan pelantikan pengerusi gabungan tersebut.Muhyiddin dalam kenyataan berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan perkara-perkara melibatkan pemerkasaan PN.Beliau turut menegaskan bahawa parti itu kekal komited kepada perjuangan PN."Sehubungan itu, saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Februari ini yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan Perikatan Nasional," katanya pada Sabtu.Muhyiddin berkata, Bersatu sedang menyusun semula bahagian dan sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan ketua serta ahli jawatankuasanya.Menurutnya, sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden parti, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi melaksanakan proses penyusunan berkenaan."Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertindak sebagai sekretariat Pasukan Petugas Khas ini





Full military honours for 22-year-old trooper Indiran as Tengku Panglima Perang Pahang attends funeral - Malaymail - 21/02 7:06 pm

GEORGE TOWN, Feb 21 Tengku Panglima Perang Pahang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah visited the family of th...





Kepimpinan Bersatu Subang letak jawatan, bahagian dibubar serta merta - Sinarharian - 21/02 4:02 pm

SHAH ALAM - Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Subang mengumumkan peletakan jawatan secara kolektif berkuat kuasa serta-merta, sekali gus membubarkan jawatankuasa bahagian serta seluruh cawangan di bawah seliaannya.Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan media pada Sabtu yang memaklumkan tindakan berkenaan diambil atas prinsip perjuangan yang didakwa tidak lagi selari dengan mandat serta aspirasi ahli di peringkat akar umbi.Menurut kenyataan tersebut, masa depan sesebuah wadah perjuangan politik tidak seharusnya bersandarkan kepada kelangsungan kelompok kecil, sebaliknya perlu berpaksikan mandat rakyat dan suara akar umbi sebagai nadi kekuatan parti."Keputusan kolektif ini diambil dengan berat hati namun penuh tanggungjawab."Kami mendapati hala tuju serta keputusan yang diambil pimpinan tertinggi kini tidak lagi selari dengan mandat serta aspirasi ahli di peringkat akar umbi," katanya.Kenyataan itu memaklumkan bahawa apabila visi perjuangan asal mula terhakis, integriti menuntut mereka untuk mengundur diri secara terhormat.Sehubungan itu, barisan kepimpinan bahagian berkenaan turut mengumumkan pembubaran Jawatankuasa Bersatu Bahagian Subang serta pembubaran seluruh jawatankuasa di peringkat cawangan berkuat kuasa serta-merta.Antara pimpinan yang meletakkan jawatan ialah Ketua Bahagian, Asyraf Halim; Timbalan Ketua Bahagian, Mohd Shahril Hashim; Naib Ketua Bahagian, Iskandar Al Quyyum; Timbalan Pengerusi Tetap, Azhari Yusof; Setiausaha, Wan Ahmad Shukrie dan Bendahari, Adleezan Pakhalan.Turut berundur ialah Ketua Penerangan, Muhammad Afifurrahman; Ketua ARMADA, Mohamed Rizwan; Ketua Sayap Bersekutu, Wong Yong Kang serta beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) termasuk Mohd Hafiz Md Azuz, Mohd Shafiq, Nael Baredhwan, Muhamad Zalimi, Zuraime Sarpin dan Syafiq Mohd Zin.Dalam kenyataan sama, mereka merakamkan penghargaan atas peluang serta kerjasama sepanjang tempoh berkhidmat dalam parti berkenaan.Bersempena ketibaan Ramadan, mereka turut mendoakan agar bulan penuh keberkatan itu membawa kebaikan kepada semua dalam meneruskan khidmat kepada agama, bangsa dan negara.





Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu - Sinarharian - 21/02 3:39 pm

SHAH ALAM - Esok dijangka menjadi detik penentu bagi menetapkan individu yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dijangka menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad ketika ditanya mengesahkan mesyuarat berkenaan dijangka diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur."Insya-ALLAH jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat," katanya ringkas.Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan.Jelasnya, mesyuarat itu diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.Takiyuddin turut menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan PN, apabila jawatan pengerusi kosong, mesyuarat perlu melantik salah seorang daripada Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Katanya, ketika ini PN mempunyai tiga Timbalan Pengerusi dan pemilihan pengerusi mesyuarat akan diputuskan mengikut ketetapan perlembagaan gabungan.Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu.Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook.





BN tak mahu campur tangan kemelut Bersatu - Zambry - Sinarharian - 21/02 3:00 pm

MANJUNG - Barisan Nasional (BN) tidak akan mencampuri urusan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan pemecatan beberapa pemimpin parti itu baru-baru ini.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, adalah tidak wajar untuk BN terlibat dalam sebarang langkah ketika parti berkenaan berdepan konflik dalaman.Menurut beliau, sebarang tindakan atau keputusan berkaitan perkara itu perlu diselesaikan oleh kepimpinan dan ahli parti terbabit tanpa campur tangan pihak luar."Kita tidak mahu orang kata kita masuk campur ataupun terlibat dalam apa yang berlaku dalam parti yang berkenaan."Dalam keadaan mereka berantakan sesama sendiri, tidak wajar untuk kita datang sama ada melakukan langkah-langkah menyelamat atau memberi ruang tertentu





Jangan cemarkan imej ATM, kematian Indiran bukan kes buli – Ibu .. - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# Jangan cemarkan imej ATM, kematian Indiran bukan kes buli - Ibu GEORGE TOWN - Jangan cemarkan nama angkatan Tentera Malaysia (ATM), tegas ibu kepada anggota tentera, Truper K





AJK Bersatu Bahagian Subang, Pasir Salak keluar parti - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# AJK Bersatu Bahagian Subang, Pasir Salak keluar parti KUALA LUMPUR - Bersatu terus bergolak apabila ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Subang dan Pasir Salak mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin





DPM Zahid says all govt agencies fully mobilised as Sabah flood victims jump to 3,685 - Malaymail - 21/02 12:19 am

KUALA LUMPUR, Feb 21 Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has called on the people to continue to...





Jadi kuasa ketiga beri Hamzah peluang runding semua parti, kata penganalisis - FMT - 21/02 9:00 am

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata parti baharu Hamzah Zainudin juga boleh mesra PN tetapi cabaran kerjasama dengan Bersatu.





Pengorbanan bapa pembakar semangat - Sinarharian - 21/02 8:50 am

KUALA LUMPUR Seragam biru bukan sekadar pakaian kerja semata-mata, sebaliknya sebahagian warna kehidupan kerana membesar dalam keluarga yang menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kerjaya.Bagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Asmawati Ahmad, melihat pengorbanan ibu bapanya bertugas demi keselamatan negara adalah satu kebanggaan."Pengorbanan arwah bapa saya sebagai anggota Pasukan Polis Hutan ketika negara berhadapan ancaman komunis merupakan pembakar semangat kepada saya untuk menyertai PDRM," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.Menurut Asmawati, pelbagai cabaran dan pengalaman berharga dilalui sepanjang 40 tahun berkhidmat bersama pasukan Sang Saka Biru."Setiap detik dilalui dalam PDRM merupakan pengalaman berharga kerana mengajar erti pengorbanan yang melangkaui kepentingan peribadi," katanya.Menyingkap kembali perjalanan kerjaya, anak sulung daripada lima beradik itu berkata, beliau menyertai PDRM pada 8 Februari 1981 kerana minat terhadap tugas kepolisan."Saya generasi keempat dalam keluarga menjadikan PDRM sebagai kerjaya," katanya.Asmawati berkata, beliau memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak sebagai pegawai penyiasat selama setahun."Biarpun singkat, tempoh itu dimanfaatkan sebaiknya bersama pengalaman mengendalikan pelbagai kes."Saya kemudian ditukarkan ke Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 1982," katanya.Beliau berkata, kesempatan itu memberi peluang menimba ilmu dan pengalaman dengan mengikuti kursus di dalam dan luar negara bagi menambah kepakaran dalam bidang kepolisan."Pengalaman terlibat dalam menyediakan kawalan keselamatan orang kenamaan dan venue persidangan peringkat antarabangsa dan serantau yang berlangsung di negara ini antara kenangan paling berharga," ujarnya.Sifat kepimpinan yang tersemat dalam diri Asmawati terus menyerlah melalui ketelitian dalam menjalankan tugas.Hal itu dapat dilihat melalui kejayaan dilakar menerusi tugas risikan yang diamanahkan kepadanya.Selama 32 tahun berkhidmat di jabatan berkenaan, Asmawati memegang pelbagai jawatan penting hasil kepercayaan penuh pegawai atasan.Tanggal 2 Januari 2014 menjadi detik bersejarah buat Asmawati apabila dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PDRM yang ke-11.Asmawati berkata, beliau berada di barisan hadapan mengurus komunikasi pasukan ketika negara dilanda pelbagai insiden termasuk kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17, kes pembunuhan Kim Jong-nam, penemuan kubur di Wang Kelian, banjir besar di seluruh negara serta pandemik Covid-19."Selain itu, saya dijemput menjadi tetamu bagi program di televisyen, radio malah akhbar utama sebagai jurucakap PDRM sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Polis dan Hari Pahlawan."Malah, apabila berlaku penularan berita palsu, saya diberi amanah untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PDRM agar kegusaran masyarakat dapat segera dibendung," ujarnya.Cabaran tangani persepsi negatifMenurutnya, cabaran paling utama kepada mana-mana agensi penguat kuasa seperti PDRM ialah usaha menangani persepsi negatif dalam kalangan masyarakat."Situasi itu amat menyedihkan kerana stigma tersebut ada kalanya menyebabkan pihak tertentu seakan-akan terlupa akan segala pengorbanan dan khidmat bakti PDRM selama ini," katanya.Menurut beliau, berkhidmat dalam pasukan keselamatan sama ada sebagai pegawai atau anggota polis mahupun tentera merupakan sebaik-baik peluang menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar."Bagi saya, ia merupakan satu jihad apabila setiap hari kita berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran."Saya bersyukur dapat membesarkan anak-anak dengan gaji seorang pegawai polis," katanya.Asmawati bersara pada 9 Januari 2021 dengan pangkat Senior Asisten Komisioner kini meneruskan perjuangan sebagai Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA)."MAPA ialah pasukan sokongan kepada PDRM dalam memastikan khidmat kepolisan sampai kepada setiap lapisan masyarakat melalui kewujudannya di agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta," katanya.Asmawati berkata, MAPA akan terus mendukung dan menyokong wawasan PDRM selari dengan amanat Ketua Polis Negara ke arah pengukuhan integriti, disiplin, penyeliaan berkesan dan adaptasi teknologi seperti Kecerdasan Buatan."MAPA juga telah memulakan inisiatif yang bersesuaian ke arah memenuhi hasrat pucuk pimpinan PDRM tersebut."Terima kasih kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM yang memberi nasihat dan sokongan sepanjang memegang jawatan Presiden MAPA," ujarnya.





Allow elected local councillors to select mayor, says PKR man - FMT - 21/02 7:30 am

Nik Nazmi Nik Ahmad says such an approach would be easy to implement, comparing it to how the countrys prime minister is selected.





Malaysia terima 9 kotak al-Quran pelbagai saiz, terjemahan dari Arab Saudi - Mgazette - 21/02 5:41 am

# Malaysia terima 9 kotak al-Quran pelbagai saiz, terjemahan dari Arab Saudi PUTRAJAYA Malaysia menerima sembilan kotak naskhah al-Quran yang disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk dibahagikan kepada umat Islam di negara ini sempena Ramadan bagi meneruskan tradisi lebih 20 tahun kerajaan negara itu pada bulan mulia





JPPM tiada kepentingan terhadap parti politik, pertubuhan berdaftar - Mgazette - 21/02 5:41 am

# JPPM tiada kepentingan terhadap parti politik, pertubuhan berdaftar PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menegaskan pihaknya tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana parti politik atau pertubuhan berdaftar





MB nafi dakwaan gangguan air di Johor ada kaitan dengan pembangunan pusat .. - Mgazette - 21/02 5:41 am

# MB nafi dakwaan gangguan air di Johor ada kaitan dengan pembangunan pusat data KUALA LUMPUR - Kenyataan Pemuda Pakatan Harapan Johor yang cuba mengaitkan gangguan bekalan air di Simpang Renggam dan Benut dengan pembangunan pusat data di negeri ini berunsur politik dan tidak bertanggungjawab





'PKR akan ambil tindakan ke atas Rafizi jika ada aduan' - Fuziah - Sinarharian - 20/02 8:40 pm

JOHOR BAHRU Sebarang tindakan terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli hanya akan diambil sekiranya terdapat aduan rasmi dikemukakan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, aduan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin PKR."Sekiranya ada aduan, ia perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin





Polis cari Jamil, Ahmad Nazzer, Afiq dan 33 lagi individu - Sinarharian - 20/02 8:30 pm

KUALA LUMPUR Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di ibu negara.Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, kesemua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam dan gangguan seksual.Menurutnya, antara individu lain yang dikesan ialah Low Lye Huat, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran serta Annannakais Abdul Rahim."Turut dikesan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, individu lain yang sedang dikesan termasuk Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan, Hamzah Talib dan Rosmadi Shafie."Polis turut mengesan Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G




Reformasi     >>



SURAT 'Jika hutan mati, sebahagian kami juga akan mati' - Mkini
Luahan hati Orang Asli Kampung Bering, Gua Musang, Kelantan.
Kroni     >>



Trump's Board of Peace: An ego trip - Star
The charter of the 'Board of Peace'makes clear that the entire board is built around the personality of Donald Trump. Read full story
Tabloid     >>



Empat penyamun tabung masjid Seksyen 7 diburu polis - Kosmo
SHAH ALAM Tindakan jahat empat lelaki dipercayai melarikan tabung Masjid Seksyen 7, di sini awal pagi Ramadan keempat membawa padah apabila mereka kini diburu polis. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi, semalam dengan kesemua suspek dipercayai menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ..
Tech     >>



Samsung is adding Perplexity to Galaxy AI for its .. - Engadget
Samsung's next flagship devices will offer Perplexity as part of an expansion to support multiple AI agents in Galaxy AI. Perplexity's AI agent will work with apps including Samsung Notes, Clock, Gallery, Reminder and Calendar, according to the announcement . And, some third-party apps will ..
World     >>



Eight presidents, one failed playbook - Tehrantimes
TEHRAN In a recent interview with American media, Iran's Foreign Minister Abbas Araghchi offered President Trump some straightforward advice. He noted that previous American administrations have tried everything against Iransanctions, assassinations, and pressureand that none of it worked. If Trump wants a ..
Motor Trend     >>



Motosikal Cfmoto 1000mt-x Mendarat Di Eropah – .. - Mekanika
# CFMOTO 1000MT-X MENDARAT DI EROPAH - 113HP, 105NM **Selepas membuat debut sulung di EICMA 2025, CFMoto dengan rasminya melancarkan 1000MT-X serba baharu di Eropah.** Kerjasama dengan KTM antara penyumbang terbesar terhadap lahirnya 1000MT-X ini. Ini kerana ketika 800MT-X dikuasakan enjin ..