///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Ahmad Fadhli News   Page 1    



30 DAP MPs make historic visit to Umno headquarters - Sinchew - 2/08 7:52 am

30 DAP MPs make historic visit to Umno headquarters PETALING JAYA: About 30 members of parliament from the Democratic Action Party made a historic visit to Umno headquarters to attend a briefing chaired by Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi this week





Isu satira monyet semakin reda, dakwa Ahmad Fadhli - Mgazette - 2/08 7:52 am

# Isu satira monyet semakin reda, dakwa Ahmad Fadhli KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa isu hantaran satira melibatkan ilustrasi seekor monyet berjubah hakim yang dimuat naiknya baru-baru ini kini semakin reda selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya





Kenyataan Fadhli boleh jejas hubungan politik serantau - Mgazette - 2/08 7:52 am

# Kenyataan Fadhli boleh jejas hubungan politik serantau JOHOR BAHRU Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang mempersenda usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rundingan damai antara Thailand-Kemboja boleh menjejas hubungan diplomatik dengan negara jiran





23 ahli majlis isytihar hilang kepercayaan terhadap Datuk Bandar Pasir .. - Mgazette - 2/08 7:52 am

# 23 ahli majlis isytihar hilang kepercayaan terhadap Datuk Bandar Pasir Gudang PASIR GUDANG - Seramai 23 daripada 24 ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Mustaffa Kamal Shamsudin





Semuanya kerana jawatan, sindir Puad pada Saravanan - Mgazette - 2/08 7:52 am

# Semuanya kerana jawatan, sindir Puad pada Saravanan KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr





Pendidikan prasekolah perlu menyeronokkan - Sinarharian - 2/08 7:20 am

PUTRAJAYA Hasrat kerajaan mewajibkan pendidikan prasekolah pada usia lima tahun perlu disertai dengan pelaksanaan penambahbaikan terhadap silibus dan pendekatan pengajaran agar lebih menyeronokkan buat kanak-kanak.Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, pendidikan prasekolah bukanlah lanjutan kepada sekolah rendah yang berorientasikan peperiksaan dan hafalan, sebaliknya perlu difahami sebagai ruang awal pendedahan sosial yang berasaskan permainan."Prasekolah ini bukan bermaksud seperti sekolah





KKM periksa 281,000 premis dalam Ops Selamat Papa - SUN - 1/08 10:45 pm

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 281,381 premis di seluruh negara dalam Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) sejak 1 Oktober 2024





Dana Pembiayaan Agromakanan 2025 berjumlah RM200 juta dilancarkan - Sinarharian - 1/08 6:05 pm

KOTA KINABALU - Dana Pembiayaan Agromakanan (DPA) 2025 berjumlah RM200 juta dilancarkan pada Jumaat, dengan Agrobank sebagai agensi pelaksana bagi memperkukuh sektor agromakanan negara.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, dana itu bertujuan meningkatkan keterjaminan makanan serta menyokong kelestarian industri pertanian dan agromakanan negara dengan menawarkan kemudahan pembiayaan kepada usahawan komuniti tani."Program ini bertujuan membantu usahawan yang terlibat dalam aktiviti pertanian dan pengeluaran agromakanan dari huluan sehingga hiliran, termasuk aktiviti perkhidmatan sokongan, yang saya percaya dapat membantu usahawan terutama di akar umbi."Dana ini merangkumi pembiayaan untuk modal tetap seperti pembelian aset dan kos pembangunan, serta keperluan modal kerja bagi keseluruhan rantaian nilai industri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan dana itu sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025, di sini pada Jumaat.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak; Pengerusi Agrobank, Datuk Yunos Abd Ghani; dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.Arthur berkata, Agrobank perlu menilai setiap permohonan untuk menentukan kelayakan pemohon berdasarkan syarat dan skop yang telah ditetapkan, dengan butiran lebih terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat."Belum tahu lagi bilangan penerima kerana Agrobank akan terlebih dahulu menilai permohonan yang dibuat





Hukuman penjara pembantu kedai makan raba adik angkat dikurangkan tujuh tahun - Sinarharian - 1/08 5:15 pm

SHAH ALAM Seorang pembantu kedai makan yang dihukum penjara 10 tahun kerana meraba badan adik angkatnya pada 2022, melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, mengurangkan hukuman kepada tujuh tahun.Adam Ahmad, 45, bertindak demikian selepas Hakim, Datuk Bhupindar Singh membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen tahun lalu.Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua kali sebatan dan mengikuti kaunseling di sepanjang tempoh pemenjaraan.Bapa kepada dua anak berusia 16 dan 17 tahun itu juga diletakkan bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman pemenjaraan."Mahkamah membenarkan perlaksanaan hukuman ditangguhkan sehingga rayuan akhir dan jumlah jaminan RM16,000 dikekalkan," katanya.Dalam prosiding ini, perayu diwakili peguam, Khairul Naim Rafidi dan Mariani Tan sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim.Mengikut pertuduhan, Adam didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba mangsa dalam sebuah rumah di Puchong pada 2.30 petang, 12 Oktober 2022.Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatanPada 24 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen di sini mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhi tertuduh hukuman terbabit.Hakim, Rasyihah Ghazali menjatuhi hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Tertuduh juga diperintah menjalani kaunseling mengikut Seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pengawasan polis setelah tamat hukuman penjara.Bagaimanapun beliau membenarkan hukuman penjara ditangguhkan dan tertuduh diikat jamin RM16,000 berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis dua kali setiap bulan hingga rayuan selesai.





10 police officers detained by MACC to face disciplinary action - Bukit Aman - Sinardaily - 1/08 4:45 pm

KUALA LUMPUR - Ten police officers who were recently arrested by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in Pahang and Johor will face disciplinary action, said Bukit Aman's Integrity and Standard Compliance Department (JIPS) Director, Datuk Hamzah Ahmad.He said an internal investigation has already been carried out, including the possibility of suspending the officers involved."This case involves the arrest of police officers in Pahang and Johor





DPM Zahid lauds SMART for 30 years of service at disaster frontlines - Malaymail - 1/08 4:44 pm

KUALA LUMPUR, Aug 1 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has praised the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescu...





Fadhli Shaari Akan Saman 2 Pemimpin Kerajaan Susulan Karikatur Beruk - Lobakmerah - 1/08 3:32 pm

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini mengumumkan beliau akan keluarkan saman terhadap dua pemimpin kerajaan susulan lukisan karikatur beruk yang disamakan dengannya





JIPS jalankan siasatan anggota ditahan SPRM - Sinarharian - 1/08 2:57 pm

KUALA LUMPUR Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Kuantan, Pahang.Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung kes berkenaan.Menurutnya, di pihak JIPS, siasatan tatatertib dan tindakan tahan kerja akan diambil susulan penahanan anggota terbabit, selepas siasatan teliti dijalankan."Kes membabitkan penahanan anggota polis di dua negeri iaitu Johor dan Pahang, dan siasatan masih dijalankan oleh SPRM."Kita tunggu proses siasatan sehingga mereka didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara Bersama Media 2025 di Bukit Aman di sini pada Jumaat.Media sebelum ini melaporkan enam anggota polis direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan wang sebanyak RM12,000, yang didakwa diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki air ketum di Temerloh, Pahang.Berdasarkan laporan, keenam-enam suspek dipercayai terlibat dalam penahanan lima individu dalam satu operasi berkaitan pemilikan air ketum.Selain itu, empat lagi anggota polis ditahan SPRM di Johor berhubung kes rasuah membabitkan wang RM635,000 sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan aktiviti perjudian.





Siapa PM pembangkang hanya boleh dijawab dalam debat dengan MP - Harapandaily - 1/08 2:53 pm

Tanda tanya berhubung siapa calon Perdana Menteri dari blok pembangkang rupanya hanya boleh dijawab dalam debat dengan Ahli Parlimen





PAS info chief to issue letters of demand to MP, youth leader - FMT - 1/08 2:52 pm

Ahmad Fadhli Shaari says more letters of demand will come, but does not name the MP or youth leader in question.





Fadhli mahu serah surat tuntutan kepada Ahli Parlimen, pemimpin Pemuda - FMT - 1/08 2:49 pm

Ahmad Fadhli Shaari dari PAS berkata LOD itu dikeluarkan susulan tohmahan berkait hantaran kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang di Facebooknya.





Pasangan kekasih tular langgar polis didakwa di mahkamah - Sinarharian - 1/08 2:31 pm

MELAKA Pasangan kekasih yang tular kerana melarikan diri daripada polis bersama dadah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 15.06 gram.Bagaimanapun, Ahmad Ramdzan Mohamed, 26, yang juga seorang penganggur dan Farah Amira Mohamad Ali, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan mengedar dadah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah disyaki mengandungi heroin seberat 15.06 gram di tepi jalan simpang Jalan Teruna 1, Taman Bukit Rambai, di sini kira-kira jam 6 petang pada 22 Julai lalu.Pasangan itu berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Zaidi Tahir memaklumkan bahawa laporan kimia masih belum diperoleh dan tidak menawarkan sebarang jaminan manakala pasangan terbabit juga tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 9 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.Dalam prosiding sama, mereka turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam iaitu dua anggota polis lelaki ketika menjalankan pemeriksaan.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 6.02 petang di Blok C, Pangsapuri Anika, Lorong Pandan, Melaka, pada tarikh yang sama.Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Ahmad Ramdzan turut didakwa secara berasingan atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis lelaki ketika menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam di lokasi dan pada tarikh sama.Bagi pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan





Polis siasat video fitnah kaitkan Raja Di Hilir Perak - Sinarharian - 1/08 2:12 pm

IPOH Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan kandungan berunsur fitnah, palsu dan mencemarkan nama baik Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah pada Khamis.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kertas siasatan telah dibuka selepas menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada 24 Julai lalu."Siasatan awal mendapati tiada sebarang upacara pertabalan yang akan diadakan pada 7 Ogos ini di mana-mana istana negeri Perak."Selain itu, tiada sebarang pemberian insentif berjumlah RM800 kepada rakyat seperti yang didakwa dalam video tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Abang Zainal Abidin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian.Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kandungan video berkenaan yang boleh menjejaskan siasatan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.





MP Pas mahu hantar LOD kepada dua orang ini, dakwa banyak kumpul bahan bukti - Harapandaily - 1/08 1:00 pm

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memberitahu dia mula menguruskan surat tuntutan (LOD) kepada dua individu terlebih dahulu





RMK13 beri sinar baharu dalam pendidikan negara Anuar Ahmad - Astroawani - 1/08 12:25 am

RMK13 memberi harapan baharu terhadap usaha menyamaratakan peluang pendidikan dan memperkukuh infrastruktur pendidikan di seluruh negara.





Petani mengaku tidak bersalah seludup enam pendatang asing - Sinarharian - 1/08 12:02 am

JOHOR BAHRU Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup enam pendatang asing pada Jun lalu.Bagaimanapun, tertuduh, Salim Ahmad, 61, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.Mengikut kertas pertuduhan, Salim didakwa menyeludup enam pendatang warga Indonesia berusia antara 25 hingga 47 tahun.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kaunter 04, Zon C Kawalan Keluar Kenderaan, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, pada 14 Jun lalu.Tertuduh yang juga pemastautin tetap didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen, Nur Suriati Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.





RMK13: Projek infrastruktur diberi tumpuan, tingkat akses, keselamatan - Sinarharian - 1/08 11:28 am

PONTIAN Beberapa projek infrastruktur utama yang merangkumi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bakal diberi keutamaan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sehingga tahun 2030.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara projek yang diberi tumpuan ialah naik taraf Jambatan Rantau PanjangSungai Golok (MalaysiaThailand) dan Jalan KalabakanSimanggaris (MalaysiaIndonesia).Jelas beliau, pelaksanaan kedua-dua projek itu akan meningkatkan akses perhubungan di kawasan sempadan antara Malaysia, Thailand dan Indonesia, sekali gus memajukan ekonomi di kawasan tersebut."Turut dibina ialah lebuh raya melibatkan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Bentong (Pahang) ke Kuala Krai (Kelantan), juga dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di Pantai Timur."Kerajaan akan memastikan mana-mana pakej pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (Sabah dan Sarawak) yang belum siap disiapkan sepenuhnya, selain pembinaan Jalan Perhubungan SarawakSabah (SSLR) dan Lebuhraya Rentas Borneo," katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas melawat projek Sejati Madani tanaman nanas di Kampung Parit Kahar, Ayer Baloi, pada Jumaat.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan 9 Mukim Ayer Baloi, Mohd Miswan Saman.Tambah Ahmad, pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dari Taiping, Perak ke Banting, Selangor telah siap bagi jarak 148.9 kilometer daripada jumlah keseluruhan 233 kilometer."Bagi mengatasi masalah kesesakan di Pulau Pinang, pembinaan projek bertingkat JuruSungai Dua (JSD) akan diusahakan oleh PLUS ekoran kesesakan teruk di kawasan Permatang Pauh."Sementara itu, di Johor, projek pembesaran Lebuhraya Senai UtaraMachap akan dipastikan siap bagi menangani peningkatan aliran trafik," jelasnya.Beliau menambah, bagi meningkatkan infrastruktur luar bandar, kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf jalan sejauh 2,800 kilometer menjelang tahun 2030, berbanding 2,436 kilometer pada tahun 2024."KKR juga akan melaksanakan beberapa projek bagi menjaga keselamatan pengguna dengan pemasangan lampu jalan, isyarat lalu lintas dan sistem pemantauan kelajuan bagi mengurangkan kemalangan," jelas beliau.





Karikatur kambing, monyet: Fadhli ada banyak bukti, nak hantar LOD - Mkini - 1/08 10:59 am

Buat masa ini, kata pemimpin PAS berkenaan, ada dua individu yang akan menerima surat tuntutan daripadanya





Mayat budak dalam belukar: Bapa direman seminggu lagi - Sinarharian - 1/08 10:51 am

JEMPOL Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang mayatnya ditemui ditanam di kawasan belukar di Rompin, di sini pada Isnin lalu, direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Norshazwani Ishak sehingga 7 Ogos ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Terdahulu, suspek dibawa polis ke mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga.Suspek sebelum ini telah direman selama tujuh hari bermula 25 Julai di Johor Bahru bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu berhubung kehilangan anaknya.Pada Isnin lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, ditemukan mati ditanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol.Susulan penemuan itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan telah ditahan dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Difahamkan, suspek sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan di dalam kereta ketika dia keluar membeli makanan.Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian



Kelantan batik, not Indonesian: Kuala Terengganu MP apologises for misidentifying Anwars attire during 13MP tabling - Malaymail - 1/08 10:33 am

KUALA LUMPUR, Aug 1 Kuala Terengganu MP Datuk Ahmad Amzad Hashim has apologised for wrongly claiming that Prime...





Isu karikatur: Ahmad Fadhli akan saman 2 pemimpin kerajaan - Sinarharian - 1/08 10:25 am

SHAH ALAM Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan bahawa beliau akan memulakan prosiding saman terhadap dua pemimpin kerajaan berhubung isu tular karikatur beruk yang dikaitkan dengannya.Beliau berkata, isu berkenaan dilihat sudah semakin reda namun bahan-bahan bukti berkaitan kes tersebut telah banyak dikumpulkan."Nampak isu sudah semakin reda





MP Pas padam posting, mohon maaf tuduh PMX pakai baju batik Indonesia - Mdateline - 1/08 9:00 am

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa Perdana Menteri mengenakan baju batikIndonesia berbanding batik ..





Cadangan MBSP jejas 1,500 pekerja, kontraktor desak rundingan semula - Mgazette - 1/08 8:06 am

# Cadangan MBSP jejas 1,500 pekerja, kontraktor desak rundingan semula SEBERANG PERAI - Seramai 26 kontraktor pembersihan berkumpul di pekarangan pejabat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap cadangan pengurangan skop kerja dan bayaran perkhidmatan





Harga gula tidak naik selagi kerajaan bantu - Mgazette - 1/08 8:06 am

KUALA LUMPUR - Tiada perbincangan ke arah menaikkan harga gula buat masa ini, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek





Lobi Parlimen Gamat dengan Sidang Media Pasca Pembentangan RMK-13 - Harapandaily - 1/08 7:54 am

FOTO BERITA: Sidang Media oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Diraja Dr





Astro sajikan 229 perlawanan Liga-M dalam definisi tinggi - Sinarharian - 1/08 7:50 am

ASTRO kembali menyemarakkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025-2026 apabila akan menyiarkan 229 perlawanan secara langsung dalam format definisi tinggi (HD).Siaran menerusi saluran khas Arena Bola (803 dan 804) serta platform penstriman Sooka menjanjikan pengalaman tontonan lebih menyeluruh sama ada di rumah, stadium mahupun di hujung jari melalui pek Astro One dan Sooka.Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, pihaknya komited menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pendekatan baharu dan kandungan yang lebih segar."Bola sepak adalah denyut nadi jutaan rakyat Malaysia dan Astro berbangga menjadi peneraju dalam menyemarakkan lagi semangat ini."Sepanjang dua musim lalu, kami menyaksikan peningkatan tontonan melebihi 20 peratus dengan hampir 24 juta tontonan keseluruhan satu petunjuk jelas bahawa minat terhadap liga tempatan kekal kukuh," katanya dalam Majlis Pelancaran Astro x Liga Malaysia 2025-2025 pada Khamis.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Astro tampil dengan wajah baharu barisan penganalisis bola sepak yang terdiri daripada bekas pemain profesional negara."Untuk musim ini, Astro tampil dengan pendekatan lebih segar dengan menonjolkan barisan pakar bola sepak."Pakar-pakar ini yang dahulunya pemain profesional, kini akan berkongsi pengalaman mereka di studio untuk membawa perspektif sebenar dari padang ke skrin," katanya.Dua nama besar yang menyertai pasukan penyiaran ialah bekas penyerang prolifik negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan bekas penjaga gol utama kebangsaan, Farizal Marlias.Mereka akan bergandingan bersama barisan sedia ada seperti Zaquan Adha, Safee Sali, Razman Roslan, Nizaruddin Yusof, Norshahrul Idlan Talaha dan Datuk Zainal Abidin Hassan bagi memberikan ulasan serta analisis mendalam dari perspektif sebenar seorang pemain bola sepak.Astro turut melancarkan kempen Ini Padang Kita sebagai penghormatan kepada padang-padang tempatan yang menjadi titik mula perjalanan pemain-pemain hebat negara."Kami juga terus komited untuk menyokong pembangunan akar umbi melalui kempen Ini Padang Kita yang memulihkan dan mengaktifkan semula padang komuniti sebagai pusat melahirkan bakat dan penyatuan masyarakat," katanya.Mengukuhkan lagi komitmen terhadap bola sepak Malaysia, Astro turut mengumumkan kerjasama bersama U Mobile sebagai penaja siaran rasmi Liga-M untuk tahun kedua berturut-turut.Dalam pada itu, Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan musim baharu ini bakal menjadi antara musim paling menarik dengan kehadiran tiga kelab baharu iaitu Melaka FC, Imigresen FC dan kemunculan semula DPMM FC dari Brunei."Kerancakan kelab mempersiapkan pasukan menjanjikan musim yang penuh kejutan."Peminat pasti ingin menyaksikan sejauh mana kemampuan pemain tempatan beraksi dalam saingan domestik selepas prestasi cemerlang Harimau Malaya di pentas antarabangsa," katanya





Act to be reviewed to safeguard Orang Asli rights - Star - 1/08 7:00 am

Four key areas will be among the focus for amendments to the Aboriginal Peoples Act 1954, says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic)





Bold reforms vital to future-proof healthcare, says Dzulkefly - NST - 1/08 6:51 am

KUALA LUMPUR: Malaysia must urgently reform its healthcare financing and embrace digital transformation to safeguard the public health system against rising demand, escalating costs, and fiscal constraints, said Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad





New 6% service tax wont hurt medical tourism, says health minister - FMT - 31/07 11:45 pm

Dzulkefly Ahmad says the countrys medical tourism sector is expected to remain competitively priced in the region.





Malaysia-BRICS trade reached RM818bil last year, says ministry - FMT - 31/07 11:31 pm

The investment, trade and industry ministry responds to a question from Ahmad Samsuri Mokhtar (PNKemaman) on the tangible benefits of Malaysias cooperation with BRICS.





Kebakaran belukar 0.8 hektar di Pandamaran, Pelabuhan Klang - SUN - 31/07 10:35 pm

PELABUHAN KLANG : Satu kejadian kebakaran belukar seluas 0.8 hektar (2 ekar) berlaku di Pandamaran, Pelabuhan Klang pada petang ini





Pindaan RUU Pendidikan langkah strategik basmi kemiskinan - MBM - Sinarharian - 31/07 10:12 pm

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) melihat langkah memperluas takrif pendidikan wajib menerusi Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 sebagai satu reformasi pendidikan yang progresif dan strategik khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan melalui peningkatan akses kepada pendidikan.Setiausaha Agung MBM, Ahmad Farhan Rosli berkata, pindaan itu juga penting untuk memperkasa pembangunan insan negara, melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan seimbang dari segi intelektual, emosi serta sosial."Pindaan itu merupakan antara perkara diperjuangkan MBM melalui saluran Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang membuktikan bahawa suara dan aspirasi belia Malaysia didengari serta diambil serius dalam proses penggubalan dasar awam dan pendidikan negara."MBM turut berharap pindaan terbabit akan diluluskan di Dewan Negara dalam masa terdekat





Kontroversi baju batik: MP Kuala Terengganu mohon maaf kepada PM, tidak pertahankan khilaf - Sinarharian - 31/07 9:38 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataannya yang mendakwa baju batik dipakai pemimpin nombor satu negara itu ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada Khamis.bercorak asal Indonesia.Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahmad Amzad mengakui kesilapannya dan telah memadamkan hantaran terdahulu yang disifatkan hanya sebagai teguran kecil selepas menerima maklum balas daripada beberapa usahawan batik termasuk pengeluar baju batik dipakai Anwar sendiri."Pemilik Bujins Batik menjelaskan ia keluaran mereka





MP Pas mohon maaf, akui khilaf tuduh PM pakai baju batik Indonesia - Harapandaily - 31/07 8:51 pm

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa Perdana Menteri mengenakan baju batik Indonesia berbanding batik tempatan





RMK13: Ahmad Amzad kecewa projek LPT3 tidak termasuk dalam perancangan - Sinarharian - 31/07 8:25 pm

SHAH ALAM - Ketiadaan projek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) dalam perbentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mengecewakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang melihat agenda itu sebagai keperluan kritikal bagi penduduk Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan.Beliau menyatakan rasa kesal apabila projek LPT3 yang menghubungkan Gemuroh, Terengganu ke negeri Kelantan tidak tersenarai dalam senarai projek infrastruktur utama yang diumumkan kerajaan."Ketika kerajaan menyenaraikan projek infrastruktur yang utama termasuk pelbagai lebuh raya, saya amat berharap agar LPT3 yang menghubungkan Gemuroh Terengganu ke Kelantan dapat diumumkan."Ia keperluan mendesak yang menyaksikan perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur (KL) sentiasa terpaksa hadapi mimpi ngeri kesesakan sebelum dapat sampai ke Gemuroh untuk ke KL setiap kali musim puncak perayaaan terutamanya."LPT kini menjadi pilihan ramai berbanding melalui jalan Gua Musang





Buruh maut motosikal terbabas elak biri-biri - Sinarharian - 31/07 8:15 pm

MACHANG Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor biri-biri dalam kejadian di Jalan Kampung Pangkal Mak WanKampung Joh di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki bujang berusia 25 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dilaporkan datang dari arah Kampung Pangkal Mak Wan menuju ke Kampung Joh sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dan telah dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam lebih kurang 1.30 petang pada hari yang sama."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222.





Sasar 200 peluang kerja, 80 peratus anak tempatan - Harakahdaily - 31/07 6:26 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan penyediaan sehingga 200 peluang pekerjaan menerusi pelaksanaan projek perlombongan hasil perjanjian pajakan antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan Gemilang Mining Sdn Bhd





Dua menteri, tiga Supol PM dilantik Pengerusi PKR negeri baharu - Sinarharian - 31/07 6:21 pm

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan senarai baharu lantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan dua biro tambahan selepas mesyuarat Biro Politik pada Khamis.Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengerusi MPN Kedah, manakala Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari pula terpilih sebagai timbalan pengerusi.Beliau berkata, Dr Zaliha Mustafa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor baharu menggantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.Keputusan itu menjadikan Ahli Parlimen Sekijang antara pemimpin wanita utama dalam hierarki negeri, dibantu Yashrudin Kusni sebagai timbalan pengerusi."Antara pemimpin lain dikekalkan dalam lantikan kali ini ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang terus memegang jawatan Pengerusi PKR Selangor dibantu Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri."Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga kekal sebagai Pengerusi PKR Negeri Sembilan manakala Datuk Muhammad Nazri Kassim terus dikekalkan memegang jawatan timbalan pengerusi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ujar Fahmi, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor turut dikekalkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kelantan dan bergandingan dengan Asharun Uji."Di Melaka, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menerajui PKR Melaka sebagai pengerusi baharu bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim sebagai timbalan," menurutnya.Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, antara lantikan lain menyaksikan Noor Amin Ahmad kekal mengetuai PKR Perlis, manakala Gan Ay Ling bertindak sebagai timbalan pengerusi.Menurutnya, Mohamad Hairul Amir Sabri juga kekal sebagai Pengerusi Perak apabila terus diberi kepercayaan menerajui negeri itu bersama Tan Kar Hing sebagai timbalan."Bagi Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid kini memegang jawatan Pengerusi PKR negeri, manakala Timbalan Pengerusi pula dipegang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik," kata beliau lagi.Fahmi memaklumkan, mesyuarat Biro Politik PKR turut memutuskan untuk melantik Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi sebagai Pengerusi MPN Pahang, manakala Sim Chon Siang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi."MPN Sarawak pula menyaksikan Ahmad Nazib Johari menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi PKR Sarawak menggantikan Roland Engan yang dilantik sebagai Naib Presiden PKR yang baharu, manakala Chiew Choon Man sebagai Timbalan Pengerusi," menurutnya.Beliau menambah, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Peto Galim masing-masing terus memegang jawatan itu."Di Wilayah Persekutuan menyaksikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dilantik sebagai pengerusi dengan beliau dibantu Ketua Cabang Putrajaya, Muhammad Fikri Abdul Aziz sebagai timbalan," katanya.Menurut Fahmi, muka baharu ditampilkan di Terengganu dengan menampilkan Zainuddin Awang sebagai Pengerusi PKR negeri, manakala jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang Dr Mohd Johari Mohamad."Selain itu, Biro Politik PKR turut memutuskan lantikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin sebagai Pengarah Strategi PKR, manakala Mahmud Epah sebagai Pengerusi Biro Pendidikan," ujarnya.





RMK13: Pendekatan ekonomi melalui penciptaan nilai, memacu pendigitalan - Ahmad Zahid - Astroawani - 31/07 4:16 pm

RMK13 bukan sekadar dokumen ekonomi semata-mata, sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat.





Trusted, quality and affordable care: SALAM Shah Alam Specialist Hospital shines at Karnival Siang Malam - Sinardaily - 31/07 4:03 pm

SHAH ALAM Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) made a standout appearance at the weekends Karnival Siang Malam, capturing the crowds attention with affordable maternity packages and expert consultations for back and joint pain.As the sole healthcare provider at the event on Saturday July 26, SALAM drew a continuous stream of visitors to its booth from morning until evening.Ahmad Ramli Maryakon, Head of Marketing and Corporate Communications at SALAM, said the hospitals presence aimed to engage directly with the community and challenge the perception that private healthcare is only accessible to the affluent."At SALAM Shah Alam, we focus on delivering quality, comfort, and affordability





Karikatur ‘hakim monyet’: AMK Klang dakwa Fadhli cemar imej negara di mata dunia - Harapandaily - 31/07 3:56 pm

FOTO BERITA… Laporan Polis & Sidang Media oleh Shahrul Adnan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang mengenai karikatur Ketua Penerangan Pas Pusat, Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor





RMK13 hadir tepat masanya ketika negara depani cabaran ekonomi Ahmad Zahid - Sinarharian - 31/07 3:30 pm

SHAH ALAM Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat pada Khamis disifatkan hadir tepat pada masanya ketika negara sedang berdepan cabaran ekonomi global dan gangguan rantaian bekalan yang menjejaskan daya saing serta kesejahteraan rakyat.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai pelan pembangunan lima tahun, RMK13 bukan sekadar dokumen ekonomi, malah mencerminkan komitmen kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat, memacu pertumbuhan yang inklusif dan saksama serta memastikan tiada rakyat yang terpinggir."Saya tertarik dengan fokus kebijakan kedua dalam RMK13 yang memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi melalui penciptaan nilai dipacu oleh pendigitalan dan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI)."Pendekatan ini merangkumi pemacuan industri bernilai tinggi (HGHV) dan sektor-sektor strategik agar pertumbuhan ekonomi negara bukan sahaja mampan, tetapi juga inklusif dan saksama," katanya pada sidang akhbar di Lobi Dewan Rakyat selepas pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar sebelum ini dilaporkan berkata bahawa RMK13 berteraskan tiga asas utama iaitu pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan MADANI serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan (AI).Pelan itu menyasarkan pembentukan masyarakat yang inklusif dan progresif, selain menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi digital serantau menerusi penghasilan inovasi serta produk dan perkhidmatan bertaraf global Made by Malaysia.Menerusi RMK13, lebih RM20 bilion diperuntukkan bagi projek tebatan banjir dan sistem amaran awal berasaskan AI serta pengukuhan kesiapsiagaan dan tadbir urus bencana.Mengulas lanjut, Ahmad Zahid merakamkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan terhadap pemerkasaan ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), terutamanya dari segi kesejajaran gaji minimum yang melebihi prasyarat ditetapkan."Semoga gaji premium berasaskan keterampilan atau kemahiran ini akan dapat mengubah seluruh minda yang masih terikat kepada pelaburan berasaskan buruh tanpa keterampilan."Ini memberikan nilai tambah kepada ekosistem pendidikan serta kebolehpasaran pekerjaan dalam negara kita," ujarnya.Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menghargai usaha memperkasakan agenda ekonomi bumiputera sebagaimana yang ditetapkan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35).Menurut beliau, sebanyak 132 inisiatif yang telah ditetapkan menerusi resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera juga telah diterapkan dalam RMK13."Mudah-mudahan ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat di semua peringkat sama ada di luar bandar, pinggir bandar atau dalam bandar serta di Sabah dan Sarawak."Akhirnya, saya ingin memberi penekanan terhadap pengurusan bencana negara yang juga di bawah tanggungjawab saya





Sabah, Sarawak placements now mandatory for contract medical officers - FMT - 31/07 2:36 pm

Health minister Dzulkefly Ahmad says this is to address the uneven distribution of healthcare personnel between Peninsular Malaysia and the Borneo states.





RMK13: Akta Orang Asli akan disemak semula - Sinarharian - 31/07 2:01 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) akan disemak semula menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi menambah baik perlindungan hak dan darjat komuniti tersebut,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melaluinya, perihal pemilikan tanah, pendidikan dan infrastruktur kepada komuniti ini akan ditambah baik sebagai ikhtiar meningkatkan sosioekonomi Orang Asli."Semakan dasar akan dibuat bagi membolehkan Orang Asli mendapat manfaat yang setara dan saksama dengan semua."Akses pendidikan kepada Orang Asli turut menjadi keutamaan kerajaan."Selain pemberian terus bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid Orang Asli, sekolah berasaskan komuniti atau community-based school juga akan diperluas," katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) akan terus melindungi hak-hak komuniti itu mengikut akta sedia ada bagi memastikan kemajuan Orang Asli di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa perkara dan isu berkaitan masyarakat Orang Asli dikenal pasti memerlukan pindaan sewajarnya iaitu hal berkaitan tanah termasuk tanah adat, hal ehwal kebajikan mereka, pengurusan perkahwinan adat dan tadbir urus kepimpinan tradisi masyarakat berkenaan.Ahmad Zahid menjelaskan, kementeriannya juga akan mengadakan sesi libat urus bersama kerajaan negeri melalui Mesyuarat Khas Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) bagi membincangkan hal berkaitan tanah melibatkan Orang Asli memandangkan hal pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri.Sementara itu, Anwar dalam pembentangan RMK13 juga menegaskan, kerajaan tidak akan mengetepikan keperluan masyarakat Cina dan India yang berpendapatan rendah.Jelas beliau, pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat berkenaan perlu mencakupi aspek pendidikan, keusahawanan dan perumahan."Tahap sosioekonomi Kampung Baru Cina akan diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru yang akan menyediakan dana pembiayaan bagi kegiatan keusahawanan termasuk menyedia dan menambah baik tapak penjaja."Inisiatif dan program merangkumi pendidikan dan pembangunan bakat, termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penguasaan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) akan dilaksanakan bagi meningkatkan peluang kerjaya masyarakat India," katanya.Selain itu tambah beliau, inisiatif baik pulih rumah serta pemantapan tatakelola pengurusan masyarakat India akan turut dilaksanakan."Infrastruktur dan kemudahan awam juga akan ditambah baik untuk meningkatkan akses jaringan sosial dan peningkatan kualiti hidup masyarakat Cina dan India termasuk wanita, belia dan warga berusia," ujar beliau.





Malaysia gesa pengiktirafan Palestin, keanggotaan penuh PBB - FMT - 31/07 1:52 pm

Pada persidangan peringkat tinggi PBB, Wakil Tetap Malaysia Ahmad Faisal Muhamad berkata ia langkah penting dalam usaha melindungi penyelesaian dua negara.





Kerajaan jamin pindaan Akta 134 kekal lindungi hak Orang Asli - Sinarharian - 31/07 11:52 am

KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan pindaan Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] akan terus melindungi hak-hak komuniti itu mengikut akta sedia ada bagi memastikan kemajuan Orang Asli di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa perkara dan isu berkaitan masyarakat Orang Asli dikenal pasti memerlukan pindaan sewajarnya iaitu hal berkaitan tanah termasuk tanah adat, hal ehwal kebajikan mereka, pengurusan perkahwinan adat dan tadbir urus kepimpinan tradisi masyarakat berkenaan."Kerajaan sedang dalam tindakan untuk meminda Akta 134 yang mana akta ini tidak pernah dibuat apa-apa pindaan substantif sejak berkuat kuasa pada 1954."Bagi tujuan tersebut, Kajian Semakan Pindaan Akta Orang Asli 1954 sedang dilaksanakan bagi memperhalusi dan mengkaji semula peruntukan semasa dalam Akta 134 secara menyeluruh serta mengenal pasti jurang dalam pelaksanaan akta tersebut," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini pada Khamis.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai apakah jaminan pematuhan kepada Akta 134 sekiranya dipinda kerana pada pemerhatiannya di Kuala Langat, kampung Orang Asli sudah tidak wujud.Ahmad Zahid menjelaskan, kementeriannya juga akan mengadakan sesi libat urus bersama kerajaan negeri melalui Mesyuarat Khas Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) bagi membincangkan hal berkaitan tanah melibatkan Orang Asli memandangkan hal pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri."Sesi libat urus melalui Mesyuarat Khas MaPOA ini amat penting sebelum isu tanah berkenaan dibincangkan di peringkat Majlis Tanah Negara (MTN) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri."Selain itu, kementerian ini turut mendapatkan input melalui sesi libat urus dan soal selidik dengan kepimpinan Orang Asli dan agensi-agensi yang berkaitan agar pindaan Akta 134 nanti komprehensif dan holistik dengan mengambil kira pelbagai aspek serta pandangan pihak berkepentingan," ujarnya.Ahmad Zahid berkata, hasil daripada kajian itu akan membantu pihak kementerian dalam menggubal draf rang undang-undang bagi tujuan pindaan Akta 134 untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat.Katanya, melalui pindaan akta tersebut, kerajaan berharap agar perlindungan hak dan kemajuan komuniti Orang Asli bukan sahaja terus terjamin, bahkan akan lebih diperkukuhkan lagi di masa hadapan.Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid memberitahu, pihaknya juga sedang membangunkan satu dasar yang komprehensif dan bersifat inklusif iaitu Dasar Pembangunan Orang Asli (DPOA) dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP).Ujarnya, dasar itu akan disejajarkan dengan hala tuju terkini seperti Malaysia Madani, Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dan komitmen negara bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) yang diratifikasi negara sejak tahun 2007."Pembangunan dasar ini sendiri mencerminkan komitmen kerajaan untuk meletakkan asas kepada pemerkasaan Orang Asli agar setanding dengan masyarakat Orang Asal di negara lain melalui tujuh fokus strategi iaitu tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastruktur dan kebudayaan





Hantaran biadab Fadhli Shaari, AMK Selangor buat laporan polis - Sinarharian - 31/07 11:44 am

SHAH ALAM Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam sekeras-kerasnya satu hantaran media sosial oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa menghina peranan rasmi Malaysia dalam usaha diplomatik meredakan ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja.Hantaran tersebut memaparkan ilustrasi seekor monyet berjubah hakim yang digambarkan menjadi orang tengah antara kambing dan biri-biri, simbolik yang dianggap sebagai sindiran biadab terhadap usaha murni kerajaan Malaysia yang kini mempengerusikan ASEAN.Menurut kenyataan AMK Selangor, tindakan Ahmad Fadhli bukan sahaja memperlekehkan usaha diplomatik yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan, malah berpotensi mencemarkan imej negara di peringkat serantau dan antarabangsa."Dalam suasana yang memerlukan kepercayaan dan diplomasi, tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini mencerminkan sikap tidak patriotik serta kurang kesedaran terhadap tanggungjawab negara sebagai ahli komuniti antarabangsa," kata kenyataan itu pada Khamis.Kenyataan tersebut turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai mampu menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara jiran dan menyemai budaya politik kebencian dalam kalangan masyarakat, khususnya anak muda.Sebagai respons terhadap penghinaan itu, AMK Selangor memaklumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya."Undang-undang perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan maruah negara," menurut kenyataan itu lagi.AMK Selangor turut mengajak seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, untuk terus mempertahankan imej negara, menolak politik kebencian serta menghargai usaha kerajaan dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.





Kerajaan jamin pertahan hak Orang Asli melalui pindaan Akta 134 - Ahmad Zahid - Astroawani - 31/07 11:40 am

Kerajaan memberi jaminan untuk terus mempertahankan dan mempertingkatkan hak masyarakat Orang Asli melalui pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang akan dilaksanakan.





Mayat budak dalam belukar: IPD Jempol akan mohon sambung reman bapa - Sinarharian - 31/07 11:35 am

JEMPOL Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol akan membuat permohonan untuk menyambung reman bapa kepada kanak-kanak lelaki yang mayatnya ditemui ditanam di kawasan Rompin di sini Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, permohonan reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Bahau pada Jumaat berikutan tempoh remannya di Johor telah berakhir pada Khamis.Menurutnya, permohonan menyambung reman tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di peringkat IPD Jempol pula.Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang di Johor Bahru sebelum mayatnya ditemui ditanam di kawasan belukar di Rompin.Susulan penemuan tersebut, bapa kepada kanak-kanak berkenaan telah ditahan dan kini direman selama tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Difahamkan, suspek sebelum ini membuat laporan polis mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan di dalam kereta ketika dia keluar membeli makanan.Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian, namun, berdasarkan soal siasat awal, suspek dipercayai berdepan masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pula dilaporkan berkata, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dengan tekanan pada leher akibat dijerut menggunakan pengikat kabel.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan pula memaklumkan bahawa suspek akan diserahkan kepada IPD Jempol hari ini bagi tujuan siasatan lanjut."Tangkapan ke atas suspek dibuat pada 24 Julai lalu dan direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah."Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan anaknya," katanya





RM1 sehari bantu rakyat tanpa sempadan - Sinarharian - 31/07 11:25 am

KOTA BHARU Bermula dengan hanya RM1 sehari, rakyat berpeluang menyumbang secara konsisten kepada golongan memerlukan melalui inisiatif baharu platform digital Sedekah Seriya Sehari yang diperkenalkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).Platform sumbangan Dana Awam Baitulmal untuk diagihkan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama itu dibangunkan hasil kerjasama strategik bersama SecurePay Sdn Bhd (SecurePay) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK berkata, kempen tersebut diwujudkan untuk membuka ruang amal yang luas kepada seluruh rakyat termasuk di luar Kelantan dan serata dunia."Walaupun sumbangan kempen ini bermula hanya serendah RM1 sehari, impaknya amat besar kerana mampu membantu golongan memerlukan yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat."Sama ada ibu tunggal, pesakit kronik, warga emas, orang kurang upaya mahupun mangsa bencana perlu dibantu tanpa mengira latar belakang kaum atau agama," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MAIK bersama SecurePay diwakili Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein dan Pengarah Eksekutif SecurePay, Datuk Ts Amir Haris Ahmad.Beliau mengulas, platform Kempen Sedekah Seriya Sehari dibina dengan matlamat utama menjadikan amalan sedekah sebagai budaya harian yang mudah diakses, selamat dan telus.Menerusi kaedah pembayaran dalam talian Pertukaran Proses Kewangan (FPX), sumbangan boleh dibuat terus secara dalam talian melalui laman sesawang atau menerusi aplikasi mudah alih, tanpa memerlukan pendaftaran rumit atau sebarang semakan kelayakan."Inisiatif ini membolehkan sesiapa sahaja dan di mana-mana jua untuk menyumbang secara berterusan."Sumbangan serendah RM1 sehari merentas sempadan ini mampu mengubah ramai golongan memerlukan," katanya.Menurut beliau, Kempen Sedekah Seriya Sehari dibina dari kesinambungan Sistem e-Jariah Masjid, yang diperkenalkan MAIK pada 20 Februari lalu yang juga satu platform pusat hentian utama kutipan infaq secara digital kepada 621 buah masjid di seluruh negeri."Sistem e-Jariah membolehkan penyumbang memilih sendiri masjid mengikut kategori iaitu masjid negeri, bandar, jajahan atau mukim dan melakukan infaq secara terus dengan pengesahan resit yang pemantauan oleh pihak MAIK melalui sistem pemantauan khas," ujar beliau.MAIK turut menzahirkan penghargaan kepada pihak SecurePay atas kesediaan menjadi rakan strategik dalam pembangunan sumbangan dua sistem digital bernilai RM 460,000 tersebut."Ini bukti bahawa kerjasama antara institusi agama dan sektor teknologi mampu menghasilkan inovasi bermanfaat kepada rakyat."MoU ini juga permulaan kepada satu gelombang transformasi urusan kebajikan dan MAIK bergerak ke arah masa depan yang lebih sistematik, telus serta efisien dalam pengurusan amal," katanya





Kebakaran tapak pelupusan sampah Rawang belum berjaya dipadamkan - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Kebakaran tapak pelupusan sampah Rawang belum berjaya dipadamkan SHAH ALAM - Kira-kira seluas empat hektar tapak pelupusan sampah haram berdekatan kawasan M Residence, di Rawang masih terbakar walaupun operasi pemadaman telah dijalankan sejak Ahad lalu





Ahmad Fadhli cemarkan nama Islam dalam Pas – Puad - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Ahmad Fadhli cemarkan nama Islam dalam Pas - Puad KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr





Tindakan tegas perlu dibuat bagi jaga nama baik PM – Murad - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Tindakan tegas perlu dibuat bagi jaga nama baik PM - Murad PASIR GUDANG Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang mempersenda dan menyindir secara sinis terhadap usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rundingan diplomatik antara Thailand-Kemboja





Enggan minta maaf kepada PMX, Fadhli dianggap angkuh, tak beradab - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Enggan minta maaf kepada PMX, Fadhli dianggap angkuh, tak beradab KUALA LUMPUR - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi mengecam tindakan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang enggan memohon maaf berhubung kenyataannya yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin Thailand dan Kemboja





Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang – Abbas - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Fadhli mungkin ada masalah mental label orang binatang - Abbas SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan perbuatan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai tidak berakhlak dan mungkin mempunyai masalah mental susulan hantaran karikatur sindiriannya di media sosialnya baru-baru ini





Kontroversi Ahmad Fadhli: Amanah persoal sikap berdiam diri Pas - Mgazette - 31/07 10:56 am

# Kontroversi Ahmad Fadhli: Amanah persoal sikap berdiam diri Pas KUALA LUMPUR Parti Amanah Nasional (Amanah) mempersoalkan sikap berdiam diri Pas berhubung tindakan Ketua Penerangan parti itu, Ahmad Fadhli Shaari bersabit kontroversi satira politik figura haiwan yang mencetuskan kemarahan banyak pihak





Six-year-old 'aspiring doctor' battles bone cancer, faces RM50,000 surgery - Sinardaily - 31/07 10:30 am

PADANG TERAP Six-year-old Nur Fitriah Aliya Annisa Abdullah from Kampung Pengkalan Tok Putih, Jalan Tualak, has become less active since her bone cancer diagnosis in May.The aspiring doctor was discharged from Penang Hospital last Sunday after over a month of chemotherapy.Her grandmother, Azlina Ahmad, 61, said her granddaughter was first taken to Kuala Nerang Hospital in March due to pain in her left leg and a noticeable limp.After examination, the doctor informed us that there was a slight fracture in her leg and it needed to be placed in a cast for a week, Azlina recounted.In May, Nur Fitriah Aliya Annisa was taken to the Emergency Unit of Kuala Nerang Hospital again after her knee swelled.She was then referred to Sultanah Bahiyah Hospital (HSB) in Alor Setar for further examination.At HSB, doctors took samples of bone and tissue from her knee, along with a CT scan and MRI.Specialists at HSB later referred her case to Penang Hospital, where final tests confirmed that she had bone cancer





RUU Pendidikan perlu perkukuh kaunseling pelajar - Harakahdaily - 31/07 8:57 am

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan persediaan bagi melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat, khususnya membabitkan pengurusan kaunseling pelajar





Malaysia to table Atomic Bill amendments - SUN - 31/07 8:30 am

PETALING JAYA : Malaysia is stepping up its push into nuclear energy, as the Science, Technology and Innovation Ministry (Mosti) prepares to propose key amendments to the Atomic Energy Bill a move aimed at reinforcing the nations nuclear regulatory framework





AMANAH kecam karikatur sindiran Fadhli Shaari, dakwa tidak berakhlak dan rosakkan imej Islam - Harapandaily - 31/07 8:10 am

FOTO BERITA: Laporan Polis & Sidang Media oleh Pengarah Mobilisasi Amanah Nasional YB Tuan Abbas Salimi Che Azmi merangkap ADUN Sri Serdang mengenai karikatur Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ahmad Fadhli Shaari merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor





Izzat Shameer Olahragawan Negeri Perak - Sinarharian - 30/07 11:39 pm

IPOH - Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 di Filipina, April lalu dinobat sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2023/2024.Kejayaan yang dilakar sejak dua tahun lalu telah mengetepikan calon daripada atlet tenis, Mitsuki Leong Wei Kang dan atlet olahraga, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.Atlet berusia 43 tahun yang kini berada di kedudukan ke-11 ranking dunia itu pernah membantu Malaysia memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan World Champion of Champions Australia 2023 dan Worls Bowls Indoor Single Championship Warilla, Australia.Sementara itu, Olahragawati Negeri Perak pula diungguli atlet tenpin boling negara, Sin Li Jane yang menewaskan dua lagi calon iaitu atlet boling padang, Aleena Ahmad Nawawi dan atlet berbasikal, Nyo Ci Hui.Atlet berusia 33 tahun itu pernah menyertai kejohanan USBC Queens Greenbay, USA tahun lalu selain Kejohanan IBF World Kuwait pada tahun 2023.Kedua-dua olahragawan dan olahragawati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000, blazer, trofi serta piala pusingan.Majlis penyampaian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena Anugerah Sukan Negeri Perak 2023/2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Rabu.Sementara itu, Olahragawan Harapan diraih atlet bola tampar pantai, Low Jeng Yih manakala Olehragawati Harapan diberikan kepada atlet renang, Joelle Chan Zu-Ee.Masing-masing menerima hadiah berupa piala dan insentif bernilai RM3,000.Bagi kategori Jurulatih Terbaik pula diberikan kepada Jurulatih sukan berbasikal, Hishamuddin Mohd Zaki manakala Pasukan Terbaik pula milik pasukan sepak takraw, Perak Bison.Kategori Kepimpinan Sukan dimenangi Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (sepak takraw); Anugerah Jasamu Dikenang, Mohd Jamil Zakaria (bola sepak) dan Anugerah Keluarga Sukan kepada Mohamad Ayob Kamaruddin (tenpin boling).Manakala Anugerah Media pula disandang pemberita Bernama, Razif Rosli dan Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Mohd Fitri Azman.Dalam pada itu, Anugerah Atlet Terbaik Para Lelaki dan wanita dimenangi atlet berbasikal, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Suraiya Muhammad Zamri dan Anugerah Khas Persatuan Sukan diberikan kepada Persatuan Golf Negeri Perak.





Dewan Rakyat lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 untuk pendidikan menengah wajib - SUN - 30/07 10:23 pm

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 malam ini, menandakan satu langkah bersejarah dalam sistem pendidikan negara dengan mewajibkan pendidikan menengah





Jangan perlekeh HTA, fokus tangani keresahan rakyat - Harakahdaily - 30/07 10:10 pm

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan kerajaan agar tidak memandang remeh himpunan rakyat yang diadakan Sabtu lalu, sebaliknya mengambil peluang itu untuk memahami suara dan keresahan mereka





Dewan Rakyat lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025, wajibkan pendidikan menengah - Sinarharian - 30/07 9:56 pm

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan negara membuka lembaran baharu apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025, bertujuan mewajibkan pendidikan menengah, diluluskan Dewan Rakyat malam ini.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menggulung perbahasan RUU itu menyifatkan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai satu detik bersejarah dan amat penting dalam pembangunan modal insan menerusi sistem pendidikan negara."Pendidikan ini adalah hak kelahiran setiap anak-anak, maknanya setiap anak-anak ini lahir dengan hak untuk mendapat pendidikan," katanya.Terdahulu, ketika sesi perbahasan RUU berkenaan, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyatakan sokongan terhadap pindaan itu serta menyifatkannya sebagai reformasi penting dalam sistem pendidikan negara.Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata, inisiatif itu merupakan satu reformasi pendidikan yang bermakna dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan dan pembangunan modal insan negara.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif berani tersebut dan berpandangan langkah itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal bagi memastikan setiap anak mendapat pendidikan sewajarnya."Ia akan membolehkan pembinaan modal insan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya, supaya kita setaraf dengan negara-negara lain




Reformasi     >>



MACC to bolster ops, forensic probes in fight against .. - Mkini
'We stand firmly with government and people to realise the aspirations of 13MP.'
Kroni     >>



Queen shares reflections in new personal blog 'Lessons .. - NST
KUALA LUMPUR: A new blog by Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia, titled Lessons from Life, was introduced, offering the public a window into her public opinions and perspectives through written words. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



3 dekad yang dinanti - Hmetro
KALI terakhir mereka bersatu adalah menerusi Konsert Simfoni Kesyukuran yang turut menampilkan Zizi Kirana di Zepp Kuala Lumpur, pada Disember 2023. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung Galaxy S25 FE full specs leak - Gsmarena
Samsung's Galaxy S25 FE has been in the rumors a lot lately, and today a full list of its most important specs has been outed. Let's dive right in. The phone is powered by the Exynos 2400 SoC, a slight upgrade from the Exynos 2400e in its predecessor. This is paired with 8GB of RAM and 128 or 256GB of storage. ..
World     >>



Trump moves nuclear submarines after Russian .. - BBC
US President Donald Trump says two nuclear submarines are being deployed in the "appropriate regions".
Motor Trend     >>



Jaecoo 7 catat 10 ribu pesanan di UK dalam 7 bulan! - Careta
Jaecoo tidak hanya menjual di negara membangun dan turut memasuki negara maju seperti United Kingdom (UK). Bagaimana pula dengan sambutan di sana? Jaecoo 7mencatat kejayaan signifikan apabila melepasi angka 10,000 unit pesanan di UK. Angka tersebut dicapaihanya tujuh bulan selepas