| /// |
|
| Search : Ahmad Dusuki News | Page 1 |
|
Permohonan Peguam Negara DNAA Zahid hakis kepercayaan awam – Badan .. - Mgazette - 9/04 7:38 am # Permohonan Peguam Negara DNAA Zahid hakis kepercayaan awam - Badan Peguam PUTRAJAYA - Badan Peguam Malaysia menghujahkan di Mahkamah Rayuan hari ini, permohonan Peguam Negara agar Datuk Seri Dr |
|
Dr Akmal kekal Exco Melaka, peletakan jawatan ditolak – Ab Rauf Dr .. - Mgazette - 9/04 7:38 am # Dr Akmal kekal Exco Melaka, peletakan jawatan ditolak - Ab Rauf JASIN - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan beliau menolak peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilakukan Ketua Pemuda UMNO itu pada Januari lepas |
|
Saman fitnah bukan bertujuan musnah karier politik Najib – Dzulkefly - Mgazette - 9/04 7:37 am # Saman fitnah bukan bertujuan musnah karier politik Najib - Dzulkefly KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa keputusannya memfailkan samam fitnah RM5 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan didorong keinginan untuk memusnahkan kerjaya politik bekas perdana menteri itu |
|
Kenyataan Hadi tiada sebab naikkan harga minyak tak berasas – Fahmi - Mgazette - 9/04 7:37 am # Kenyataan Hadi tiada sebab naikkan harga minyak tak berasas - Fahmi PUTRAJAYA Kerajaan menolak dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kenaikan harga minyak di Semenanjung Malaysia tidak berasas |
|
Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggota polis dedah dua rakan maut .. - Mgazette - 9/04 7:37 am # Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggota polis dedah dua rakan maut ditetak, ditembak KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat sendiri dua rakan sekerjanya maut selepas masing-masing ditetak di muka dan ditembak di kepala dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang berlaku pada 17 Mei 2024 |
|
Pembenihan awan hari ke-3 berjaya, tumpu empangan Temenggor dan Bukit Merah - Kosmo - 8/04 9:55 pm PETALING JAYA – Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dengan tumpuan diberikan di kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak |
|
Ulu Tiram attack: police corporal recounts how two colleagues were killed - Sinardaily - 8/04 9:07 pm KUALA LUMPUR - A police corporal in the Ulu Tiram police station attack case told the High Court here, today, that he saw two of his colleagues killed in the May 17, 2024 incident.Corporal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, who was on duty at the station at the time, said that the late Constable Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, was killed after being attacked, while the late Constable Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, was fatally shot by the suspect, later identified as Radin Luqman Radin Imran, 21.Recounting the incident, Mohd Khairul Azhar said that he and his colleague Corporal Mohd Hasif Roslan were conducting crime prevention patrols in the administrative area of the Ulu Tiram police station, before receiving instructions from the station chief, Inspector Mohd Hisham Ezahar, via WhatsApp at about 2.30 am to return immediately following an attack.The first prosecution witness said this during examination-in-chief by deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P Kunyalam in the trial of five family members of the attacker at the Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru, who are facing nine separate terrorism-related charges before Judge Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Mohd Khairul Azhar said that they rushed to the scene in a Toyota Hilux, and upon arrival found the surroundings dim and quiet."Upon arriving in front of the station and getting out of the vehicle, I heard Lance Corporal Aznel (Lance Corporal Mohamad Aznel Mat Salleh) shouting for us to retreat from the front of the station, and informing us that Ahmad Azza Fahmi had been attacked."I then saw Ahmad Azza Fahmi lying between the barracks area and the station building, injured, he said.Mohd Khairul Azhar, together with Mohd Aznel and Muhamad Syafiq then moved to the front of the station near a vending machine, to take cover, before being informed by Mohd Aznel that a man (the assailant) had emerged from the barracks area and fired shots at them under low-light conditions.The witness said Mohd Aznel then instructed him and Muhamad Syafiq to move to the rear of the station to assess the situation and locate the assailant, but the same man fired at them again."We then ran back and regrouped behind the station chiefs office, before Mohd Aznel went out to seek assistance, while Mohd Hasif, Muhamad Syafiq and I moved to the front of the station, near an armoured vehicle, for cover."We checked the rear of the station, and the same man had fired shots at us while we were taking cover behind an armoured vehicle |
|
Fahmi tidak buat ucapan berunsur politik dalam masjid - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 8/04 8:06 pm KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa tiada sebarang ucapan berunsur politik semasa Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berada dalam Masjid Nurul Yaqin, Kuang, Rawang, Selangor pada 2023.Inspektor Muhammad Fiadhi Fadzil, 35, yang kini bertugas di Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang berkata, seorang daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan telah meminta Fahmi untuk menjelaskan mengenai isu yang berlaku di Sepang, Selangor pada ketika itu berkaitan konsert kumpulan The 1975, selepas beliau selesai solat berjemaah di masjid itu."Pada mulanya, saya melihat pada video itu YB (Fahmi) telah menolak daripada bercakap apa-apa dalam masjid tersebut tetapi YB telah diserahkan mikrofon oleh AJK masjid tersebut. Sepanjang video yang saya lihat YB hanya menerangkan berkenaan pembatalan konsert tersebut dan kenapa beliau batalkan konsert, itu sahaja," kata saksi sepina itu sebagai saksi plaintif.Muhammad Fiadhi berkata demikian dalam pendengaran kes saman fitnah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Instagram pada 2023 di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.Saksi itu turut mengakui bahawa hasil siasatannya mendapati tiada sebarang pertuduhan yang boleh dibuat terhadap plaintif (Fahmi) di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Ketika disoal peguam Mohamad Kamarulzaman Jusoh yang mewakili Ahmad Dusuki sama ada Muhammad Fiadhi bersetuju atau tidak siasatannya adalah menjurus kepada persoalan adakah Fahmi berucap dengan ucapan politik, saksi menjawab "Ya betul".Muhammad Fiadhi turut bersetuju dengan cadangan Mohamad Kamarulzaman bahawa ucapan politik dan berucap adalah dua benda yang berbeza.Saksi itu berkata, beliau telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diambil keterangan berhubung siasatannya terhadap kes terbabit.Muhammad Fiadhi bersetuju bahawa tiada ucapan politik Fahmi ketika berucap di masjid berkenaan.Beliau menjelaskan Fahmi hanya menjawab soalan yang diajukan oleh AJK masjid tersebut meskipun beliau telah menolak beberapa kali untuk tidak bercakap dan berucap dalam masjid."Beliau tak nak berucap tetapi telah dipaksa dengan memberikan mikrofon kepadanya, jadi beliau tiada pilihan dan YB Fahmi menjelaskan mengapa beliau menghentikan konsert tersebut," katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi.Sementara itu, Ahmad Dusuki, 50, dalam pernyataan saksinya berkata, beliau menegaskan bahawa penerbitan kenyataan tersebut tidak luas aksesnya dan sebarannya serta tidak memberikan kesan kepada reputasi plaintif.Disoal peguam Fahri Azzat mengenai Ahmad Dusuki sebagai penceramah awam mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ketepatan apa-apa yang diterbitkan di akaun-akaun (Facebook dan Instagram), Ahmad Dusuki menjawab "ya, saya ada dosa dan pahala".Fahri: Saya katakan Encik Dusuki buat posting (hantaran) di akaun-akaun tersebut untuk mempengaruhi pemikiran pengikut anda? dan Ahmad Dusuki berkata tidak.Ahmad Dusuki turut mengakui beliau tidak menghubungi plaintif atau pejabat plaintif sebelum membuat hantaran tersebut.Menurut Ahmad Dusuki, beliau juga sedar bahawa plaintif adalah seorang Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet namun tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau telah menyebabkan kerosakan kepada reputasi plaintif dan tidak memberikan apa-apa ganti rugi atau minta maaf.Dalam prosiding pada Rabu, pihak plaintif dan defendan menutup kesnya dan mahkamah menetapkan 9 Julai untuk hujahan lisan.Mahkamah juga meminta kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan hujahan balasan masing-masing pada 20 Mei dan 18 Jun |
|
Chief Justice Wan Ahmad Farid concludes Sarawak tour with official visit to Miri Courts - BorneoPost - 8/04 8:02 pm MIRI (April 8): Chief Justice Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh paid an official visit to the Miri Courts today as part of his tour of Sarawak |
|
Saman fitnah bukan bertujuan musnah karier politik Najib - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 8/04 6:28 pm KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa keputusannya memfailkan samam fitnah RM5 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan didorong keinginan untuk memusnahkan kerjaya politik bekas perdana menteri itu.Dzulkefly, 70, berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada hari kedua perbicaraan berhubung hantaran Facebook yang diterbitkan pada Ogos 2020.Hantaran tersebut mendakwa beliau mengamalkan nepotisme bagi memastikan pelantikan anak perempuannya, Nurul Iman sebagai ahli lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee sama ada beliau turut menyaman dua individu iaitu Najib dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Dzulkefly mengesahkan perkara itu, namun memaklumkan kes melibatkan Asyraf telah diselesaikan.Menteri itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar yang melaporkan isu sama.Muhammad Shafee: "Anda memilih untuk menyaman anak guam saya terutamanya kerana ini adalah cara untuk memusnahkan beliau supaya tidak lagi bangkit dalam arena politik?"Dzulkefly: "Tidak."Sementara itu, ketika disoal peguamnya Stanley Sebastian Sinnappen mengenai dakwaan peguam defendan bahawa beliau berniat memusnahkan Najib secara politik, Dzulkefly menjawab bahawa "Soalan itu agak pelik dan saya tidak fikir ada kebenaran padanya".Ditanya sebab beliau memilih untuk menyaman Najib, menteri itu menegaskan bahawa hantaran Facebook berkenaan merujuk secara langsung kepada beliau dan anak perempuannya."Ia jelas bukan sekadar untuk membuat tuduhan, malah menyerang saya berhubung pelantikan anak saya |
|
Krisis tenaga global: Pelaksanaan BDR sektor awam sasar penjimatan bahan api - Fahmi - Sinarharian - 8/04 6:28 pm PUTRAJAYA - Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam bermula Rabu depan bertujuan memastikan penggunaan bahan api dapat dikendalikan secara lebih efisien, selain menjimatkan kos operasi kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk, Fahmi Fadzil.Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, matlamat utama pelaksanaan BDR adalah untuk menyaksikan penjimatan penggunaan bahan bakar dalam kalangan penjawat awam, khususnya ketika negara berdepan cabaran krisis tenaga global.Beliau berkata, pelaksanaan BDR tidak akan melibatkan sektor tertentu seperti pendidikan, keselamatan dan kesihatan serta sektor lain yang akan diberikan pengecualian dan ditentukan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz."Bagi sektor komunikasi sebagai contoh, kita serahkan kepada Ketua Jabatan untuk meneliti selagi mana fungsi asas tidak terkesan |
|
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saksi lihat rakan maut ditembak depan mata - Sinarharian - 8/04 6:20 pm KUALA LUMPUR Jeritan meminta berundur, melihat dua rakan setugas maut dengan kesan tetakan di wajah dan tembakan di kepala, menjadi detik paling mengerikan disaksikan seorang anggota polis dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada jam 2.30 pagi 17 Mei 2024 lalu.Detik menyayat hati itu diceritakan, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan hari pertama kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu."Saya nampak Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring berlumuran darah dengan kesan tetakan di wajah dari telinga ke mulut."Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pula ditembak di kepala hingga maut, selain Sarjan Mohd Hasif Roslan terkena dua tembakan di bahu dan kaki oleh seorang lelaki yang memakai beg galas dan bertopeng muka," katanya.Menceritakan kejadian itu, beliau yang juga saksi pendakwaan pertama berkata, dia menerima laporan berhubung kejadian tersebut ketika membuat rondaan cegah jenayah bersama Mohd Hasif.Sebaik tiba di balai polis katanya, mereka dikejutkan dengan jeritan oleh Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh.Katanya, Mohamad Aznel meminta mereka berundur kerana terdapat seorang suspek melepaskan tembakan.Menurutnya, sebaik turun dari kenderaan, mereka mendapati Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring dengan kesan tetakan pada wajah dari telinga hingga ke mulut."Ada banyak darah, dia terbaring di situ, kami kemudian bergegas ke bahagian hadapan balai dan berlindung di tepi mesin air."Kami kemudian diarahkan oleh Mohamad Aznel untuk memeriksa bahagian belakang balai bagi mengesan kedudukan suspek," katanya.Sebaik mengintai kawasan tersebut, beliau berkata, suspek itu sekali lagi melepaskan tembakan.Situasi semakin genting apabila Mohd Hasif keluar dari kawasan perlindungan berhampiran kereta perisai dan berjalan ke arah pintu keluar balai bagi menarik perhatian suspek."Bagaimanapun dia terkena tembakan di bahu dan punggung kiri sementara seorang lagi anggota, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terkena tembakan di kepala sebelum rebah berdekatan kereta perisai."Suspek cuba merampas senjata dari jasad Muhamad Syafiq yang boleh menembak secara bertalu-talu tetapi gagal."Saya kemudian berlindung di belakang kereta perisai kemudian melepaskan satu tembakan ke arah suspek."Saya cuba untuk menembak suspek buat kali kedua, namun pistol tersangkut dan mengalami masalah," katanya.Katanya, tembakan kedua hanya berjaya dilepaskan ke badan suspek, selepas beliau menyelaras semula senjata itu ketika berlindung di belakang kereta perisai.Tembakan itu mengenai suspek sebelum lelaki tersebut terbaring berhampiran mayat Muhamad Syafiq.Sebaik bantuan tiba, beliau telah mengecam jasad Muhamad Syafiq serta lelaki yang melepaskan tembakan itu, sementara Mohd Hasif dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Beliau yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Sabah, mengakui kejadian itu meninggalkan kesan mendalam."Saya sangat trauma dan sedih kehilangan rakan sekerja namun pengalaman itu membuatkan diri saya lebih berwaspada terhadap keadaan sekeliling ketika menjalankan tugas," katanya.Pada Rabu, ketika pertuduhan dibacakan semula terhadap kelima-lima tertuduh yang diwakili peguam, Faizal Rahman dan Fatima Zulaikha Ahmad Bashri, mereka mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.Ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40, cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelakiPerbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor bersambung Khamis. |
|
Bangunan SK Binanon musnah terbakar, 31 murid terjejas - Sinarharian - 8/04 6:08 pm KENINGAU Sebuah blok bangunan yang menempatkan kelas bagi 31 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Binanon, Sook, musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, turut dilaporkan musnah ialah dewan mini, bilik komputer, bilik sains dan stor peralatan sukan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.22 pagi.Katanya, seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 32 kilometer dari BBP Sook."Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, namun disebabkan tiada liputan komunikasi di lokasi menyebabkan maklumat lewat disalurkan kepada pihak bomba."Selain itu, akses jalan raya juga tidak boleh dilalui jentera bomba kerana tidak berturap dan berlumpur, menyebabkan kami terpaksa menggunakan kenderaan utiliti dengan perjalanan selama lebih tiga jam untuk ke lokasi kejadian."Sebaik tiba, memang berlaku kebakaran yang melibatkan lima bilik termasuk dua kelas iaitu Tahun Satu dan Tahun Dua yang musnah sepenuhnya |
|
Kerajaan tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara - Fahmi - Sinarharian - 8/04 6:05 pm PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Majlis Pengurusan Bencana Negara dengan ahli tetapnya dianggotai oleh semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, penubuhan majlis berkenaan dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan sekretariatnya adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)."Majlis ini akan merangkumi semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Negeri Sarawak sebagai ahli tetap dan (mesyuarat majlis) akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan secara berkala."Pihak sekretariat bagi Majlis Pengurusan Bencana Negara telah diputuskan sebagai pihak NADMA," katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.Beliau berkata, Jemaah Menteri hari ini turut dimaklumkan mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pelanjutan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sehingga penghujung tahun 2027.Fahmi berkata, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing juga memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa terdapat keperluan untuk meneliti cabaran dihadapi beberapa sektor seperti penerbangan mahupun hospitaliti untuk memastikan mereka tidak terlalu terkesan akibat krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat.Sementara itu, beliau berkata, Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, yang meninggal dunia pada Sabtu lepas."Beliau merupakan seorang mantan Menteri Pengangkutan yang telah berkhidmat 17 tahun, antara Menteri Pengangkutan yang paling lama berkhidmat dan paling banyak berjasa kepada negara," katanya.Fahmi berkata, Jemaah Menteri juga telah meneliti beberapa kemudahan yang akan disediakan untuk keluarga Tun Dr Ling sebagai tanda hormat atas pemergian mendiang.- Bernama |
|
Warga emas maut dilanggar selepas jatuh dari jambatan - Sinarharian - 8/04 5:38 pm SEREMBAN Seorang lelaki warga emas maut apabila dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 selepas dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Ujong-Bukit Nenas di sini pada Rabu.Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu berlaku di Kilometer (KM) 263.2 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban."Sebaik sampai di lokasi, pemandu itu telah terlanggar seorang pejalan kaki, iaitu lelaki berusia 74 tahun yang dipercayai terjatuh dari jambatan terbabit."Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa sebelum itu menunggang motosikal jenis Honda C70 dan telah berhenti di atas jambatan sebelum bertindak terjun dari ketinggian kira-kira tujuh meter.Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, iaitu Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6033222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. |
|
Rayuan Badan Peguam didengar petang ini, bantahan awal Peguam Negara .. - Mgazette - 8/04 5:35 pm # Rayuan Badan Peguam didengar petang ini, bantahan awal Peguam Negara ditolak PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam Malaysia meneruskan rayuan dalam usaha mendapat kebenaran untuk mencabar keputusan Peguam Negara (AG) menghentikan prosiding kes rasuah terhadap Datuk Seri Dr |
|
Rasuah projek penyelidikan IPTS: Empat individu direman 4 hari - Mgazette - 8/04 5:35 pm # Rasuah projek penyelidikan IPTS: Empat individu direman 4 hari IPOH - Empat individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5 juta |
|
Azam Baki: Kerajaan serah kepada polis buat siasatan – Fahmi - Mgazette - 8/04 5:35 pm # Azam Baki: Kerajaan serah kepada polis buat siasatan - Fahmi PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan campur tangan dalam insiden kekecohan yang berlaku ketika sesi ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat |
|
Berzina dalam kereta hingga lahirkan anak - Mgazette - 8/04 5:35 pm MUAR - Berzina di tempat duduk penumpang belakang kereta pada tahun lalu hingga lahirkan anak berusia dua bulan |
|
CIDB engages contractors to protect workers amid rising construction costs, says deputy minister - BorneoPost - 8/04 5:11 pm KUCHING (April 8): The Construction Industry Development Board (CIDB) is continuing its engagement with contractors, with a focus not only on sustaining businesses but also on protecting construction workers from the impact of rising costs due to Middle East conflict |
|
Bank Islam perkenal khidmat penulisan wasiat digital, proses lebih mudah dan jimat - Sinarharian - 8/04 4:42 pm KUALA LUMPUR - Perancangan harta kini menjadi lebih mudah, pantas dan menjimatkan apabila Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Amanah Warisan Berhad (AWARIS) memperkenalkan perkhidmatan penulisan wasiat secara digital menerusi aplikasi BIMB Mobile.Inisiatif tersebut membolehkan pelanggan menyediakan dokumen wasiat hanya dalam tempoh kira-kira lima minit, berbanding kaedah konvensional yang lazimnya mengambil masa berhari-hari dan memerlukan penglibatan pelbagai pihak termasuk peguam serta agensi berkaitan.Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Datin Zaharah Abdul Muttalib berkata, pelancaran perkhidmatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan bank dalam meningkatkan akses dan kemudahan pelanggan untuk menikmati penyelesaian kewangan patuh Syariah.Menurutnya, proses digital direka dengan aliran langkah yang tersusun dan mesra pengguna, di mana pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah utama yang disediakan dalam aplikasi bagi melengkapkan penulisan wasiat."Dengan digital platform sekarang, ia lebih menyenangkan |
|
B100 perkukuh ekonomi peneroka FELDA, pacu kelestarian industri sawit - Sinarharian - 8/04 3:33 pm SHAH ALAM - Usaha memperluaskan penggunaan biodiesel B100 berasaskan 100 peratus minyak sawit mentah (MSM) dilihat mampu menjadi pemangkin baharu dalam memperkukuh ekonomi warga peneroka, khususnya dalam mendepani tekanan kos sara hidup.Saranan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu dilihat sebagai langkah strategik yang bukan sahaja mengangkat nilai komoditi sawit, malah membuka ruang kepada kestabilan pendapatan jangka panjang dalam kalangan peneroka.Inisiatif kerjasama antara FELDA dan FGV Holdings Berhad itu dilihat bukan sekadar dasar tenaga, sebaliknya usaha memastikan hasil titik peluh peneroka terus bernilai dan dihargai.Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Datuk Sulong Jamil Mohamad Shariff berkata, pelaksanaan B100 membawa dimensi lebih luas daripada sekadar peralihan kepada tenaga alternatif, sebaliknya berpotensi membentuk ekosistem ekonomi yang lebih mampan.Menurutnya, peningkatan penggunaan minyak sawit sebagai bahan api mampu mewujudkan permintaan yang lebih konsisten, sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga dan pendapatan peneroka."Apabila permintaan terhadap minyak sawit meningkat secara berterusan, ia memberi kesan langsung kepada pendapatan peneroka serta menjamin kelangsungan ekonomi keluarga dalam jangka panjang," ujarnya dalam kenyataan.Beliau turut mencadangkan agar Koperasi Permodalan FELDA (KPF) diberi peranan sebagai pengedar utama B100 bagi memastikan manfaat ekonomi dapat dikembalikan kepada warga peneroka sendiri.Dalam masa sama, cadangan mewujudkan kemudahan pengisian khas di kawasan FELDA dilihat mampu merancakkan penggunaan bahan api berkenaan, selain memperkukuh kitaran ekonomi dalaman komuniti.Sulong Jamil menjelaskan, penggunaan B100 dalam operasi ladang dan kenderaan berkaitan juga berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada diesel komersial yang harganya tidak menentu.Ujarnya, langkah itu secara tidak langsung membantu mengawal kos operasi di peringkat ladang, sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran serta daya saing sektor perladangan."Apabila kos operasi dapat dikawal dan harga komoditi lebih stabil, kesejahteraan komuniti luar bandar, khususnya warga peneroka, akan turut meningkat," ujarnya lagi.Tambah beliau, pelaksanaan B100 secara meluas bukan sahaja memberi manfaat kepada peneroka, malah berpotensi memperkukuh keseluruhan rantaian industri sawit negara.Inisiatif itu dilihat selari dengan aspirasi pembangunan lestari negara, yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar, sekali gus memastikan industri sawit kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global. |
|
Anwar bersama anak pada tarikh, masa insiden didakwa Yusoff - Wrlr - 8/04 3:25 pm Diterbitkan: Apr 8, 2026 3:17 PM Dikemaskini: 3:17 PM Anwar Ibrahim mendakwa tidak mungkin dia melakukan serangan seksual terhadap Yusoff Rawther kerana pada masa dan tarikh kejadian itu didakwa berlaku, ahli politik terbabit bersama anak perempuannya, Nurul Nuha |
|
Kerajaan teliti cadangan tangani kenaikan kos bahan binaan - Ahmad Maslan - Sinarharian - 8/04 2:58 pm KUCHING - Kerajaan Persekutuan sedang meneliti cadangan bagi menangani kenaikan kos bahan binaan susulan krisis tenaga global ketika ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan kontraktor minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi semasa dalam industri pembinaan, terutamanya berkaitan kenaikan harga bahan binaan."Walaupun bekalan bahan binaan mencukupi, namun peningkatan kos pengangkutan telah menyebabkan kenaikan harga bahan berkenaan."Kami mendengar semua pandangan mereka dan kami akan memperhalusi cadangan yang dikemukakan |
|
Gangguan ucapan KP SPRM: Cerminan kemarahan rakyat - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 8/04 2:35 pm SHAH ALAM Insiden gangguan ketika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyampaikan ucapan dalam satu program wacana ilmiah baru-baru ini tidak wajar dinormalisasikan, namun ia juga perlu dilihat sebagai manifestasi kepada kemarahan rakyat yang semakin memuncak terhadap isu integriti dan tadbir urus negara.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan mengganggu program rasmi bukanlah saluran yang sesuai untuk menyuarakan bantahan, apatah lagi dalam majlis berilmiah yang sepatutnya berlangsung secara tertib dan berhemah.Menurutnya, insiden tersebut bagaimanapun tidak boleh dilihat secara terpisah, sebaliknya mencerminkan keresahan yang lebih mendalam dalam kalangan masyarakat terhadap beberapa isu yang masih belum diselesaikan."Kemarahan ini tidak boleh dipisahkan daripada rentetan isu yang membelenggu institusi tersebut, termasuk dakwaan pemilikan saham yang melibatkan Tan Sri Azam Baki sendiri serta pendedahan berkaitan kewujudan mafia korporat yang didakwa mempunyai jaringan dan pengaruh tertentu dalam sistem penguatkuasaan."Lebih pelik, kerajaan dilihat masih berdolak-dalik tanpa sebarang tindakan segera walaupun Tan Sri Azam sendiri mengesahkan bahawa mafia korporat itu wujud |
|
'UMNO tak tutup pintu rundingan, terbuka dengan semua pihak' - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/04 2:29 pm KLANG UMNO tidak pernah menutup ruang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang demi kestabilan politik dan kepentingan bersama."UMNO memang sentiasa terbuka untuk berunding dengan semua pihak, tidak ada masalah," katanya mengulas kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.Terdahulu, Asyraf Wajdi hadir merasmikan penutup Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di sini pada Rabu.Sebelum ini, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama sebagai persediaan menghadapi PRN.Menurutnya, rundingan itu bagaimanapun perlu dilaksanakan secara tertib dan berhemah, selaras dengan semangat Kerajaan Madani bagi memastikan kestabilan politik serta mencapai kemenangan bersama. |
|
Additional RM5 bln Petronas dividend would ease govts rising fuel subsidy burden, suggests Ahmad Maslan - BorneoPost - 8/04 2:25 pm KUCHING (April 8): Petroliam Nasional Berhad (Petronas) should provide an additional dividend to the government to help ease the rising burden of fuel subsidies |
|
Konflik Asia Barat: Mara ada pelan evakuasi bawa pelajar pulang jika krisis memuncak - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/04 2:03 pm KLANG Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah mempunyai pelan pemindahan (evakuasi) bagi membawa pulang pelajar tajaan di Asia Barat sekiranya keadaan memerlukan berikutan ketidaktentuan situasi keselamatan di rantau berkenaan.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelaksanaan pelan itu bergantung kepada situasi semasa serta penyelarasan rapat dengan Wisma Putra."Kalau ada apa-apa perkembangan yang boleh menjejaskan keselamatan, kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut nasihat Wisma Putra," katanya ketika ditemui selepas perasmian penutup Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di sini pada Rabu.Menurutnya, Mara sentiasa berwaspada dan memantau rapat perkembangan semasa di Asia Barat bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.Setakat ini, pelajar tajaan Mara di rantau itu masih meneruskan pengajian seperti biasa tanpa sebarang gangguan serius.Beliau berkata, pelajar Mara di Asia Barat ditempatkan antaranya di Jordan dan Mesir dengan anggaran kira-kira 400 orang.Mengulas kebimbangan ibu bapa, Asyraf Wajdi menegaskan, Mara mengikuti rapat perkembangan semasa dan memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar.Dalam pada itu, beliau memberi jaminan kebajikan pelajar sentiasa diberi keutamaan dengan pemantauan berterusan termasuk melalui pegawai Mara yang ditempatkan di negara terbabit.Ditanya kemungkinan mereka enggan pulang sekiranya diarahkan, Asyraf Wajdi berkata, semua pelajar tajaan Mara terikat dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan."Saya tidak rasa pelajar Mara akan ingkar kerana mereka tertakluk kepada semua syarat tajaan," tambah beliau. |
|
AGs objection dismissed, Bars appeal on Zahid case moves forward - FMT - 8/04 1:39 pm Court of Appeal rules the AGs decision to seek a discharge not amounting to an acquittal for Ahmad Zahid Hamidi in 2023 does not affect the present appeal. |
|
Insiden protes depan Azam semalam boleh berulang, kata PAS - Mkini - 8/04 12:00 am Menurut Ahmad Fadhli, ia adalah manifestasi kemarahan membuak-buak rakyat dan mesti ditangani segera oleh kerajaan |
|
Anak Angkat Cikgu Saarani raih 7A, banggakan keluarga - Sinarharian - 8/04 11:35 am GERIK Kejayaan memperoleh keputusan cemerlang 7A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi detik membanggakan buat seorang anak angkat kepada Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad apabila usaha gigihnya akhirnya membuahkan hasil.Muhammad Fiqkrie Haqeem Ahmad Dzulkefli, 18, mengakui tidak menyangka mampu mencapai keputusan tersebut, namun menyifatkannya sebagai hasil disiplin diri dan pengorbanan demi kejayaan.Muhammad Fiqkrie merupakan satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik dipilih sebagai Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) mengakui bersyukur kerana sasarannya tercapai."Saya memang menyasarkan 7A, apabila memperolehinya, saya sangat seronok."Apa yang saya buat untuk capai keputusan ini memang berbaloi walaupun serba kekurangan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Menurutnya, cabaran utama sepanjang tempoh pembelajaran adalah mengurus masa dengan baik selain memastikan fokus terhadap pelajaran sentiasa terjaga.Anak kedua daripada empat beradik itu turut berkongsi mengenai bantuan diterima menerusi program AACS yang digerakkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) memberi suntikan semangat untuk terus berjaya."Setiap bulan saya menerima bantuan berjumlah RM100, ia digunakan untuk keperluan sekolah dan Internet |
|
MINDEF perkenal IA-ATM, perkasakan pendidikananak autisme - Sinarharian - 8/04 11:01 am LUMUT - Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh agenda kebajikan Warga Kerja Pertahanan (WKP) menerusi pelancaran Program Ikhtiar Autisme Angkatan Tentera Malaysia (IA-ATM).Program berkenaan merupakan inisiatif baharu MINDEF dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dengan pembiayaan disumbangkan Lembaga Tabung Haji.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebagai permulaan, IA-ATM dilaksanakan di dua lokasi iaitu PPDK Lautan Kasih Pangkalan TLDM Lumut dan PPDK Umi Kem Terendak, Melaka melibatkan seramai 20 kanak-kanak."Program ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak autisme berusia antara tiga hingga 15 tahun dalam kalangan anak Warga Kerja Pertahanan."Mereka menjalani 12 modul terapi yang dibangunkan khusus oleh NASOM sepanjang tempoh 12 bulan."Setakat ini program berkenaan telah memasuki bulan kelapan pelaksanaan dan menunjukkan perkembangan positif dalam kalangan peserta," katanya selepas meramsikan Peluncuran Program IA-ATM PPDK Lautan Kasih Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini pada Selasa.Hadir sama, Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor; Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (Takspa) ATM, Brigedier Jeneral Mohd Sam Mohd Yusof dan Komander Pengkalan Lumut, Laksamana Pertama Jamaludin Sairi.Turut hadir, Ketua Syariah Kumpulan Tabung Haji, Imran Mohamad Khayat dan Penaung NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin.Modul terapi yang dibangunkan khusus oleh NASOM itu melibatkan kos pembiayaan sebanyak RM2,200 bagi setiap peserta dengan pelaksanaan di kedua-dua PPDK itu melibatkan kos keseluruhan RM528,000.Mengulas lanjut, Adly berkata, hasil interaksi bersama ibu bapa mendapati, terdapat peningkatan ketara dari segi perkembangan keupayaan anak-anak yang mengikuti terapi tersebut."Perkembangan ini memerlukan masa kerana keberkesanan terapi akan lebih jelas apabila usia kanak-kanak meningkat, namun kita melihat hasil awal yang amat memberangsangkan," ujarnya.Beliau turut memaklumkan bahawa ketika ini terdapat kira-kira 55 kanak-kanak dikenal pasti dalam komuniti berkenaan, namun hanya 20 dipilih bagi fasa awal program.Katanya, pemilihan dibuat secara teliti oleh pihak NASOM dan PPDK bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sebelum diperluaskan pada masa hadapan.Menurut Adly, untuk jangka masa panjang, MINDEF merancang memperkukuh kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperluas sokongan. |
|
Ahli Parlimen cadang Petronas tambah dividen bantu tampung subsidi kerajaan - FMT - 8/04 9:06 am Ahmad Maslan dari Umno turut cadang diskaun khas pengangkutan awam sebagai galakan orang ramai menggunakannya berbanding kenderaan persendirian. |
|
MP moots extra Petronas dividends to help foot govts subsidy bill - FMT - 8/04 8:44 am Umno's Ahmad Maslan also suggests slashing public transport fares to encourage people to drive their personal vehicles less and save fuel. |
|
MalaysiaGazette terima Anugerah Liputan Portal Atas Talian Tertinggi UPM .. - Mgazette - 8/04 8:13 am # MalaysiaGazette terima Anugerah Liputan Portal Atas Talian Tertinggi UPM SERDANG - MalaysiaGazette menerima Anugerah Liputan Portal Atas Talian Tertinggi pada Majlis Promosi Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini |
|
Penduduk, pemaju sepakat selesaikan isu pencemaran habuk - Mgazette - 8/04 8:13 am # Penduduk, pemaju sepakat selesaikan isu pencemaran habuk ISKANDAR PUTERI -Isu pencemaran habuk akibat kerja pembinaan di beberapa kawasan perumahan sekitar daerah ini kini menunjukkan perkembangan positif apabila kesepakatan berperingkat berjaya dicapai antara penduduk dan pihak pemaju |
|
Banteras penyeludupan diesel: Maritim Malaysia guna teknologi satelit - Mgazette - 8/04 8:13 am # Banteras penyeludupan diesel: Maritim Malaysia guna teknologi satelit KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan mempertingkatkan pemantauan strategik termasuk penggunaan teknologi satelit dan risikan di kawasan panas yang dikenal pasti sebagai laluan utama |
|
Perhilitan rampas pelbagai bahagian harimau, beruang, ular RM36.8 juta - Mgazette - 8/04 8:13 am # Perhilitan rampas pelbagai bahagian harimau, beruang, ular RM36.8 juta JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas pelbagai bahagian hidupan liar bernilai RM36.8 juta selepas menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Johor Jaya di sini Sabtu lalu |
|
Peja jangan bermimpi di siang hari – Mohd Fadhli - Mgazette - 8/04 8:13 am KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor menafikan kenyataan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan Bersatu Perak kononnya semakin kuat dan ampuh |
|
Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim - Mgazette - 8/04 8:13 am # Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin selepas didapati gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan |
|
Dentuman kuat sebelum kereta terbakar dalam nahas 5 kenderaan - Mgazette - 8/04 8:13 am # Dentuman kuat sebelum kereta terbakar dalam nahas 5 kenderaan MELAKA Pengguna jalan raya di Jalan Bertam Malim, Cheng di sini dikejutkan dengan satu dentuman kuat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan yang turut mengakibatkan sebuah Proton Saga terbakar pagi tadi |
|
Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – .. - Mgazette - 8/04 8:13 am # Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme - Dzulkefly KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pelantikan anak perempuan sulung Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr |
|
Piala Malaysia: JDT tumpaskan KL City 4-1 - Mgazette - 8/04 8:13 am ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta'zim (JDT) menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) 4-1 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini |
|
Pertahan konvoi PN: AMK bidas Sanusi - Mgazette - 8/04 8:13 am JOHOR BAHRU - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Jalex Lee En Xiang membidas dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa konvoi bermotosikal Perikatan Nasional (PN) yang didakwa tidak menggunakan wang rakyat atau kerajaan |
|
Zahid cabar negeri pembangkang bangunkan industri halal - Mgazette - 8/04 8:13 am # Zahid cabar negeri pembangkang bangunkan industri halal TASEK GELUGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas negeri-negeri yang mengaku diperintah berlandaskan Islam masih belum membangunkan industri halal secara menyeluruh |
|
Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak - Mgazette - 8/04 8:13 am # Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta berdepan detik cemas apabila bertembung dengan penunggang motosikal yang melawan arus Kilometer 34, Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, Pahang |
|
Desak PM gantung tugas Ramanan: Pas tak perlu tunjuk paling suci Desak PM .. - Mgazette - 8/04 8:13 am # Desak PM gantung tugas Ramanan: Pas tak perlu tunjuk paling suci KUALA LUMPUR - Kenyataan Pas Shah Alam yang menggesa Perdana Menteri menggantung tugas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan disifatkan sebagai tidak matang dan tidak bertanggungjawab |
|
Isu PKS risiko gulung tikar: Kerajaan Johor perlu proaktif – Syafiq - Mgazette - 8/04 8:13 am # Isu PKS risiko gulung tikar: Kerajaan Johor perlu proaktif - Syafiq JOHOR BAHRU Kerajaan Negeri Johor perlu proaktif menangani risiko 40,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berisiko gulung tikar dan bukan dengan menafikan hakikat atau memberi angka kejayaan sebelum berlakunya krisis di Asia Barat |
|
Rafizi kini jadi ???bayangan??? Azmin, kata Mohd Izhan - Mgazette - 8/04 8:13 am KUALA LUMPUR Kritikan terbuka Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap parti sendiri kini mengundang kegusaran apabila dilihat semakin menyerupai langkah politik yang pernah membawa kepada perpecahan besar PKR satu ketika dahulu |
|
Buletin 8 Tan Bateri Kereta Disita, Nilai Rampasan Lebih Rm720,000 Read .. - Mekanika - 8/04 8:13 am # 8 TAN BATERI KERETA DISITA, NILAI RAMPASAN LEBIH RM720,000 **Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat dua serbuan menerusi Op Hazard di negeri ini, semalam dengan menyasarkan pusat menyimpan bateri kereta dan sisa elektronik (e-waste) secara haram.** Premis di Penampang dan Sandakan itu diserbu selepas dipercayai dijadikan pusat penyimpanan barang lusuh serta e-waste tanpa lesen |
|
Chief Justice pays maiden visit to Sibu Courts Complex - BorneoPost - 8/04 8:01 am SIBU (April 8): Chief Justice Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh made his first official visit to the Sibu Courts Complex on Monday, where a tree-planting ceremony was held to mark the occasion |
|
'Public interest guardian' role applies to Zahid, racism cases too, AG told - Mkini - 8/04 7:00 am They say Dusuki's justification for pursuing murder charge in DUI case exposes double standard. |
|
I was not aware: Dzulkefly denies role in daughters board posts amid RM5m suit against Najib - Malaymail - 7/04 7:49 pm KUALA LUMPUR, April 7 Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the High Court here today that he was u... |
|
Perkataan fitnah jejas reputasi, dilempar komen kesat, kata Fahmi - FMT - 7/04 7:27 pm Menteri komunikasi berkata kenyataan pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani dibuat dengan niat jahat kerana tidak mempunyai walau sedikit pun kebenaran. |
|
False mosque allegations damaged my reputation, says Fahmi - FMT - 7/04 7:10 pm The communications minister alleges independent preacher Ahmad Dusuki Rani published defamatory statements accusing him of engaging in political campaigning in a mosque. |
|
Biodiesel B100 mampu jadi sumber tenaga alternatif lebih kompetitif - FMT - 7/04 6:39 pm Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek berkata pelaksanaan B100 ketika ini masih di peringkat dasar. |
|
Perkataan fitnah jejaskan reputasi saya sebagai ahli Parlimen, menteri - Fahmi - Sinarharian - 7/04 6:29 pm KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa perkataan berunsur fitnah yang dibuat oleh pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani telah memberikan gambaran buruk terhadapnya di mata umum dan menjejaskan reputasi beliau sebagai ahli Parlimen serta menteri Kabinet.Fahmi, 45, berkata, banyak komen lain yang menuduh beliau berdasarkan kenyataan tidak benar yang dimuat naik oleh Ahmad Dusuki dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan."Ia telah menjejaskan kredibiliti saya bukan sahaja sebagai tokoh masyarakat tetapi juga sebagai penjawat awam kerana saya dipilih untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat.. |
|
Reputasi saya terjejas, saya dimalukan, kata Fahmi Fadzil - Mkini - 7/04 6:23 pm Menteri itu berkata banyak komen lain yang menuduhnya berdasarkan kenyataan tidak benar yang dimuat naik oleh pendakwah Ahmad Dusuki Abd Rani. |
|
B100 biodiesel a competitive alternative amid Mideast crisis, says Felda - FMT - 7/04 6:16 pm Felda chairman Ahmad Shabery Cheek says under RM5 per litre, B100 could reduce reliance on diesel, support domestic fuel price stabilisation and strengthen national energy security. |
|
Preacher damaged my reputation with defamatory social media posts - Fahmi - Mkini - 7/04 6:11 pm Minister says Dusuki had refused to take down his posts even when refuted by authorities. |
|
Peguam teliti komen Papagomo, akan putuskan tindakan - Fahmi - Sinarharian - 7/04 5:40 pm KUALA LUMPUR - Pasukan peguam kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sedang meneliti komen yang dibuat Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di media sosial berhubung kes saman antara mereka yang diselesaikan pada Isnin.Fahmi berkata, beliau menerima maklum balas daripada pelbagai pihak mengenai kenyataan terbaharu Wan Muhammad Azri itu dan akan mendapatkan nasihat peguamnya bagi mengenal pasti sama ada berlaku pelanggaran terhadap terma penyelesaian yang telah dicapai di mahkamah atau sebaliknya."Semalam selesai dua kes daripada tiga dalam hal ini, yang mana pertama dengan Mohd Fauzan (Mohd Fauzan Madzlan) kedua dengan Wan Muhammad Azri dan ketiga dengan Ahmad Dusuki (Ahmad Dusuki Abd Rani)."Kes pertama dan kedua telah selesai, namun malangnya dari petang semalam hingga lewat malam, saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak yang telah mengambil tangkap layar beberapa komen dibuat oleh Wan Muhammad Azri dalam Facebook dan TikTok."Ini agak merunsingkan dan saya terkejut dengan kenyataan yang telah dia (Wan Muhammad Azri) lakukan |
|
'Mohd Radzi ada mengadu sakit kepala sebelum ditemukan meninggal dunia' - Sinarharian - 7/04 4:15 pm IPOH - Seorang pekerja di pusat boling di Tanjong Malim sempat mengadu mengalami sakit kepala kepada isterinya sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah bilik stor peralatan pembersihan di premis berkenaan, awal pagi tadi.Pengurus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sports Bowl, Dzulkarnain Sapian berkata, kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 1 pagi selepas isteri mangsa datang ke pusat boling terbabit untuk mencari suaminya yang tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja, malam tadi.Dzulkarnain berkata, beliau bersama-sama isteri mangsa dan seorang petugas cuba membuka pintu stor itu yang kebiasaannya tidak berkunci, namun sukar dibuka kerana didapati kepala mangsa berada di sebalik pintu berkenaan sehingga menyebabkannya tersangkut dan tidak dapat dibuka sepenuhnya."Selalunya, stor yang simpan barang-barang cleaning ini kecil sahaja, tak pernah berkunci |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |