///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Tun Razak News   Page 1    





Pemuda UMNO gesa Titah Adendum berkaitan Najib dilaksanakan segera - Sinarharian - 13/07 7:17 pm

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan segera tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik.Menurut sayap parti itu, ia susulan pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kewujudan dokumen tersebut.Malah menurutnya, pengakuan yang dibuat dalam prosiding Mahkamah Persekutuan itu sekali gus membuktikan bahawa titah berkenaan benar-benar wujud, terutama selepas pelbagai polemik dan penafian sebelum ini."Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut adalah satu gambaran kepada penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi Raja yang menjadi tonggak Perlembagaan negara," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.Pada 9 Julai lalu dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan, AGC tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa sebagai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.Sebaliknya, AGC hanya membangkitkan isu berkaitan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman bekas Presiden UMNO itu di Mahkamah Tinggi.Susulan itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan cadangan agar Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Menurutnya, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh.Pemuda UMNO dalam hantaran sama turut mengecam kenyataan Lip Eng dengan menyatakan pertikaian tersebut seolah-olah menggambarkan Ahli Parlimen DAP itu meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara."YB (Yang Berhormat) Lim perlu faham bahawa gesaan ini bukan sekadar cadangan daripada UMNO semata-mata, sebaliknya ia berpaksikan kepada Titah Adendum yang telah diperakui sendiri Jabatan Peguam Negara di Mahkamah Persekutuan."Ia dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan negara, bukan atas kehendak politik atau sewenang-wenangnya."Dengan menyanggah titah ini, adakah YB Lim Lip Eng meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara?," ujarnya.





Titah Adendum: Pemuda UMNO desak laksana segera - Astroawani - 13/07 5:51 pm

Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum membabitkan Najib Tun Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik.





Three arrested, RM300k drugs seized in Cheras raids - SUN - 13/07 5:21 pm

The total estimated value of the drugs seized at this location was RM317,394. A third raid followed at the Desa Tun Razak Peoples Housing Project, resulting in the arrest of two more men, aged 38 and 42





UMNO perjuangkan hak yang sepatutnya diterima Najib - Abdul Rahman - Sinarharian - 13/07 3:07 pm

JERANTUT - UMNO menegaskan perjuangan parti itu bukan bersifat peribadi membabitkan individu seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya demi memastikan hak bekas Perdana Menteri itu yang sepatutnya diterima diberi perhatian sewajarnya.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pendirian tersebut diambil susulan pengesahan Jabatan Peguam Negara mengenai kewujudan Titah Adendum berkaitan Najib yang didedahkan baru-baru ini."Ikrar kita UMNO tidak akan berhenti dari memperjuangkan nasib Najib selagi beliau tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya diterima dan kita akan teruskan perjuangan."Kita nak supaya rakyat faham bahawa UMNO bukan memperjuangkan individu tetapi kita memperjuangkan hak beliau (Najib) yang sepatutnya mesti kita berikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini pada Ahad.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pendirian itu seiring kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu keadilan ditegakkan buat Najib, termasuk membawanya ke perhatian perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dari 26 hingga 29 November ini.Menurutnya lagi, kewujudan adendum itu sepatutnya dimaklumkan lebih awal kepada umum."Kita faham benda ini dalam mahkamah, tidak mahu sentuh sangat isu ini tetapi saya anggap diri sebagai rakyat yang melihat lebih daripada 500 hari, adendum itu disimpan sahaja."Sepatutnya dari awal lagi dinyatakan wujudnya adendum itu





Hasrat BN mahu tanding solo bukan isu besar - Pemuda UMNO - Sinarharian - 13/07 2:54 pm

Malah ketika bersama Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), UMNO tetap bertanding sendiri di Melaka."Jadi untuk pilihan raya akan datang, sekiranya perlu bergerak secara solo, maka kita akan teruskan. Ini bukan satu perkara mengejutkan dan bukan isu besar pun bagi parti," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tambun di sebuah hotel di sini pada Ahad.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Dr Aminuddin Md Hanafiah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal.Pada Sabtu, media melaporkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka memaklumkan bahawa BN bersedia untuk bertanding secara solo.Katanya, tindakan tersebut diambil sekiranya tiada keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Mengulas lanjut, Mohammad Sollehin berkata, sebarang rundingan atau perbincangan kerjasama politik dengan parti lain mesti dilakukan tanpa merugikan UMNO dan BN."Apa yang penting adalah semua keputusan perlu dibuat secara bijak dan tidak melemahkan kedudukan parti."Kalau perlu bergerak solo, maka kita tiada masalah," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Menyentuh kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berhubung Titah Adendum terhadap hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohammad Sollehin menegaskan bahawa Pemuda UMNO memandang serius perkara itu.Menurutnya, Titah Adendum merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seharusnya dihormati semua pihak."Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Rukun Negara, khususnya kesetiaan kepada Raja dan negara, sudah tentu kita menghormati dan menyokong titah tersebut."Apabila Peguam Negara sendiri mengesahkan kewujudan titah itu, maka menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya





Pelaksanaan Titah Adendum perikemanusiaan terhadap Najib - UMNO Perak - Sinarharian - 13/07 11:21 am

IPOH UMNO Perak menyifatkan pelaksanaan Titah Adendum berhubung hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai langkah yang mencerminkan semangat perikemanusiaan dan keadilan dalam kerangka undang-undang negara.Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaksanaan Titah Adendum tersebut bukan sahaja selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan tetapi mencerminkan kematangan sistem kenegaraan kita yang menjunjung prinsip keadilan dan ihsan dalam kerangka undang-undang yang sah.Menurut beliau, penjelasan rasmi oleh Peguam Negara kepada Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kewujudan dan kesahan Titah Adendum itu telah memperkukuh keyakinan terhadap prinsip Raja Berperlembagaan serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan."Sebagai parti yang berteraskan kesetiaan kepada Raja dan Negara, UMNO Perak menegaskan bahawa titah diraja yang diperkenan secara sah perlu dilaksanakan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab."Justeru, UMNO negeri Perak menyeru kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri dan Jabatan Penjara Malaysia, agar mengambil tindakan segera melaksanakan titah ini," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.Saarani berkata, penjelasan yang didedahkan itu juga menjernihkan kekeliruan yang timbul dalam ruang awam sebelum ini.Menurutnya, pelaksanaan Titah Adendum itu juga penting bukan sahaja demi menjunjung institusi tertinggi negara malah sebagai lambang keadilan yang seimbang antara undang-undang dan perikemanusiaan.Jelasnya, UMNO Perak akan terus teguh mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan Institusi Diraja demi kestabilan, keharmonian dan masa depan negara.Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.





Jangan lengahkan pelaksanaan Titah Adendum ????? Pemuda UMNO Pahang - Mgazette - 13/07 7:56 am

# Jangan lengahkan pelaksanaan Titah Adendum Pemuda UMNO Pahang KUANTAN - Pelaksaan perintah dalam Titah Adendum tidak sepatutnya dilengahkan berikutan pengakuan Jabatan Peguam Negara (AGC) tentang kewujudan titah tersebut. Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, sejak hari pertama lagi, pihaknya secara konsisten memperjuangkan agar titah addendum ini tidak dinafikan serta menuntut keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak





UMNO Pahang desak Titah Adendum dijalankan secara tertib – Shahaniza - Mgazette - 13/07 7:56 am

Kami menyeru pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri dan Jabatan Penjara Malaysia, agar tidak berlengah dalam mematuhi dan melaksanakan titah ini dengan segera. Semoga pelaksanaan titah adendum ini membuka ruang kepada keadilan dan belas ihsan buat Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sekian lama menanti sinar keadilan dalam perjalanan hidup beliau sebagai negarawan, katanya menerusi kenyataan, hari ini





Malaysia sees 58.6% drop in dengue cases as of July 5 - SUN - 12/07 6:49 pm

Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said during the same period this year, 21 deaths were recorded, compared to 65 deaths in the same period in 2024. This reduction is not a ticket for the public to be complacent, especially since globally, the rise in dengue cases is showing a deeply worrying trend, he said in his speech at the national level Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 programme (Aedes prevention clean-up) in conjunction with ASEAN Dengue Day 2025 at the Seri Kota public housing in Bandar Tun Razak, here today





UMNO bidas kenyataan MP Kepong, dakwa DAP gagal didik Ahli Parlimen isu 3R - Sinarharian - 12/07 6:03 pm

PEKAN DAP didakwa gagal mendidik Ahli Parlimen mereka berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, apa yang lebih mengecewakan ialah kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, dibuat sehari selepas kenyataan tegas UMNO mengenai pelaksanaan Titah Adendum."Buat sekian kalinya, DAP nampaknya gagal untuk mendidik Ahli Parlimen sendiri berkenaan isu 3R."Lip Eng dan DAP mungkin lupa ataupun sengaja buat tidak tahu, perkara berkenaan tahanan rumah DSN (Datuk Seri Najib Tun Razak) ini bukan semata-mata isu teknikal mahkamah."Perkara ini adalah berkenaan Titah Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.Terdahulu, Lip Eng menyifatkan cadangan agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Beliau dilaporkan berkata, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh.Mengulas lanjut, Mohd Fakhrul menegaskan DAP tidak boleh hanya bercakap tentang kesaksamaan undang-undang tanpa mengambil kira kedudukan Raja-Raja Melayu."Kamu bercakap berkenaan kesaksamaan undang-undang untuk semua, tapi dalam masa yang sama kamu lupa negara ini ada tuan dan daulat yang perlu dijaga," katanya.Beliau menambah, UMNO dilihat terlalu berusaha menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan sedangkan parti lain, terutama DAP, seolah-olah tidak berminat untuk bersama."Parti lain, terutama DAP, nampak sangat tidak berminat untuk bersama."Jangan terlalu memijak dan menolak, bimbang nanti kami pula yang menapak untuk bertindak," katanya.





Cadangan tahanan rumah untuk Najib tidak munasabah - MP Kepong - Sinarharian - 12/07 3:47 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan cadangan agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Menurut beliau, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh."Najib telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah tertinggi negara dalam kes salah guna dana awam."Jika individu yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara diberikan keistimewaan tahanan rumah, apakah mesej yang kita sampaikan kepada rakyat biasa, penjawat awam dan pemimpin lain?"Adakah undang-undang hanya tegas kepada golongan yang tidak berpengaruh dan tiada jawatan?" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Lip Eng berkata, sabitan jenayah perlu dihormati dan dilaksanakan mengikut keputusan mahkamah tanpa sebarang kelonggaran luar biasa.Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh menjadi negara yang mengamalkan undang-undang dua darjat."Kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan secara saksama, berintegriti dan konsisten terhadap semua tanpa pengecualian," tegasnya.Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Terdahulu, UMNO dilaporkan mengemukakan cadangan agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani hukuman secara tahanan rumah, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dan pemerhati undang-undang.





Pemuda UMNO Pahang desak Titah Adendum terhadap Najib dilaksana segera - Sinarharian - 12/07 3:30 pm

KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang berpandangan adalah wajar segala perintah dalam Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan segera selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kewujudan dokumen tersebut.Ketua Pemudanya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pengakuan ini sekali gus mengesahkan bahawa titah tersebut benar-benar wujud dan bukan sekadar hear say."Sejak hari pertama lagi, kita konsisten dan lantang memperjuangkan agar Titah Adendum ini tidak dinafikan serta menuntut supaya keadilan terhadap Najib ditegakkan sepenuhnya."Perjuangan ini berteraskan prinsip kebenaran dan penghormatan terhadap Institusi Diraja yang menjadi lambang kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Kamil berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menggesa agar keadilan diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu tanpa sebarang lengah.Jelasnya, pendirian tegas itu selaras dengan usaha menjunjung kedaulatan undang-undang serta menghormati Institusi Diraja.Mohd Kamil menambah, pihak mahu semua pihak termasuk AGC dan mahkamah."Kerajaan juga perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa dan menghormati kuasa, kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Kami akan terus istiqamah memperjuangkan keadilan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama mempertahankan prinsip keadilan serta institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tiang seri negara," katanya.





Titah Adendum: UMNO Kelantan harap Najib dapat keadilan - Sinarharian - 12/07 10:20 am

KOTA BHARU UMNO Kelantan memohon agar pelaksanaan baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disegerakan bagi membuktikan proses perundangan yang telus dan adil.Permintaan tersebut dibuat susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dilaporkan pada Jumaat.Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya bersyukur dengan perkembangan itu dan berdoa agar Najib mendapat keadilan sepenuhnya."Ia sekali gus dapat menangkis tanggapan negatif oleh rakyat sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Ahmad Jazlan turut memaklumkan bahawa UMNO Kelantan memohon agar semua prosiding pendakwaan dihentikan selari dengan keabsahan Titah Adendum tersebut.Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi





Titah Adendum: Afidavit saya adalah benar, bukan 'hear say' Wan Rosdy - Sinarharian - 12/07 10:17 am

KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, pengakuan tersebut membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakannya kepada mahkamah sebelum ini adalah benar."Ini sekali lagi mengesahkan afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat hear say."Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum ini, adalah wajar prosiding ini dihentikan dan titah tersebut dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada malam Jumaat.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menegaskan bahawa AGC, mahkamah dan semua pihak yang terlibat khususnya kerajaan perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa.Katanya, ini termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Datuk Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum tersebut."Kepada ALLAH kami berserah," katanya.Pada Rabu, AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC hanya mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian titah itu wujud, namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi





Govt respects views on addendum issue but stresses judicial process - SUN - 11/07 6:22 pm

Everyone is entitled to their opinion; we respect that, but (we) must follow due process, he told reporters after performing Friday prayers at Surau Ar-Rahim here today. Anwar was responding to Umnos statement urging for the implementation of the house arrest order for former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, in line with the absolute powers of the Yang di-Pertuan Agong under Article 42(1) of the Federal Constitution





Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah Titah .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm

# Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati pandangan UMNO berhubung pengesahan kewujudan Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najiib Tun Razak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)





100 tahun Dr Mahathir: Bekerja tanpa kira waktu, tak buang masa semasa teraju kerajaan - Sinarharian - 10/07 3:29 pm

SHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan disiplin kerja keras yang diamalkannya sejak bergelar doktor menjadi teras utama kepada gaya kepimpinannya semasa menerajui kerajaan.Bekas Perdana Menteri itu berkata, sikap mahu menyegerakan sesuatu perkara timbul kerana menyedari tempoh pentadbiran mungkin tidak lama dan setiap idea perlu dilaksana secepat mungkin."Sebelum saya, ada tiga Perdana Menteri. Tunku Abdul Rahman jadi PM selama 13 tahun, Tun Razak lima tahun, Tun Hussein pun lima tahun, jadi saya pun fikir mungkin dapat lima tahun sahaja."Kalau nak buat apa pun, buat masa itu juga, secepat mungkin





Jika Najib pun dinafikan, apalah nasib rakyat biasa - Ketua Pemuda UMNO Pahang - Sinarharian - 10/07 9:30 am

KUANTAN "Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan, tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan."Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana dikatakan lambat mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan AGC menafikan dan gagal mengakui lebih awal kewujudan titah itu bukan sahaja mengecewakan, malah mencerminkan kegagalan besar sebagai penjaga utama undang-undang negara."Perkara sepenting ini tidak seharusnya mengambil masa setahun untuk diakui, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan titah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang institusinya wajib dihormati dan dipelihara dalam kerangka Raja Berperlembagaan."Sikap mendiamkan diri, berdolak-dalik dan berlindung di sebalik alasan teknikal hanyalah cubaan untuk mengelak daripada menjunjung kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.Beliau menjelaskan ini bukan kesilapan biasa tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap kedaulatan undang-undang dan penghinaan terhadap institusi diraja.Tegasnya, AGC sepatutnya menjadi lambang keadilan dan bukan menjadi alat untuk melengahkan atau menyembunyikan kebenaran."Kelewatan dan sikap tidak telus ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan membuka ruang kepada pelbagai persepsi negatif bahawa undang-undang hanya ditegakkan apabila ia menguntungkan pihak tertentu," katanya.Menurut Kamil, keadaan itu menimbulkan kebimbangan jika perkara sebegini boleh berlaku terhadap seorang bekas Perdana Menteri, maka apalah nasib rakyat biasa.Tambah beliau, kesan daripada kegagalan ini amat serius kerana institusi undang-undang dan kehakiman dilihat berat sebelah dan tidak lagi bebas."Kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan semakin terhakis."Malah kedaulatan Raja-Raja Melayu tercabar akibat kegagalan penjawat awam menjunjung titah dan negara berisiko berdepan krisis perlembagaan yang lebih besar pada masa hadapan," katanya.Beliau menegaskan tindakan AGC ini adalah satu amaran bahawa sistem sedang pincang dan mereka tidak boleh terus bersembunyi di sebalik alasan teknikal apabila maruah institusi dan kepercayaan rakyat menjadi taruhan."Kami menuntut AGC tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini."Sekiranya mereka tidak mampu menjunjung Perlembagaan dan menghormati titah Raja, maka mereka yang ada dalam AGC ini tidak layak memegang jawatan setinggi itu."Jangan biarkan negara ini rosak hanya kerana segelintir yang memilih untuk tunduk kepada tekanan, bukan kepada kebenaran," katanya.Pada Rabu, AGC memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi





Institusi kehakiman dalam peralihan, bukan satu krisis - Sinarharian - 9/07 6:09 pm

Jadi bermaksud tidak memberi beban sekiranya seseorang itu kompeten, boleh jalan (tugas).Keputusan kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun membuatkan ramai yang bersuara dan tidak berpuas hati. Adakah perkara ini berlaku kerana beliau popular dalam penghakiman kes berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Adakah Datuk melihat ia merupakan sekadar pandangan atau permintaan yang keterlaluan bagi pihak tersebut untuk meminta agar tempoh perkhidmatan Tengku Maimun itu dilanjutkan melepasi umur bersara wajib yang beliau lalui?Menjadi lumrah manusia apabila seseorang itu telah menjalankan tugas beliau dengan luar biasa, jadi kita sayang kepada dia tapi kalau kita ingat juga, seseorang yang diberi tugas itu menjalankan tugas dengan baik, maka itu adalah satu faktor yang patut difikirkan apabila hendak melantik atau melanjutkan perkhidmatannya pada masa akan datang.Pihak yang memohon dan meminta lanjutan Tengku Maimun mungkin mereka sudah lama dengan beliau dan telah menerima keputusan itu sebagai keputusan yang baik.Dalam Malaysia ini kalau hendak kira, ada juga hakim terdahulu yang buat keputusan yang disukai ramai tetapi oleh kerana mereka mungkin tidak masuk dalam media kerana dahulu tidak ada media sosial untuk tunjuk apa yang dibuat





Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan dokumen tambahan Najib - SUN - 9/07 3:55 pm

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung rayuan Peguam Negara mengenai kewujudan dokumen tambahan yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah





Apex court reserves decision on AG’s appeal over Najib’s purported additional document - BorneoPost - 9/07 3:06 pm

PUTRAJAYA (July 9): The Federal Court today reserved its verdict on the Attorney General’s appeal concerning the existence of a purported additional document allegedly permitting former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak to serve the remainder of his prison sentence under house arrest





AGC tidak pertikai Titah Adendum, hanya pertikai cara dokumen dikemukakan - Sinarharian - 9/07 3:02 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi, maka kami bersandarkan kepada hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini dan menyerahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.Sementara itu peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata, AGC tidak boleh menyatakan titah berkenaan sebagai spekulatif ketika di peringkat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman."Kami ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ia sesungguhnya tragedi terhadap kami kerana tanggungjawab untuk bersikap jujur, terbuka dan telus, bukan di pihak kami kerana kami sentiasa berterus terang selama ini."Sudah menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum itu pada peringkat permohonan mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman, jika mereka membantah kewujudannya," katanyaBeliau berkata, persoalan sama ada Titah Adendum tidak diperoleh dengan usaha wajar yang munasabah ketika prosiding di Mahkamah Tinggi tidak relevan kerana pembuat afidavit bagi pihak responden jelas mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan salinan titah terbabit kerana kerahsiaannya pada masa itu.Sebelum itu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim meminta kepastian mengenai pendirian AGC kerana agensi itu tidak mempertikai kewujudan titah tersebut.Beliau yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah berkata, sekiranya mahkamah mengetahui berpendirian AGC, panel tidak perlu menjawab persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk memasukkan titah itu sebagai bukti tambahan dalam pendengaran semakan kehakiman.Selepas dimaklumkan mengenai pendirian AGC dalam prosiding rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, beliau memaklumkan tarikh bagi keputusan permohonan itu akan dimaklumkan pada tarikh lain.Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurm, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.



Mahkamah tolak prosiding komital AGC terhadap Isham Jalil - SUN - 8/07 3:52 pm

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini menolak prosiding komital yang difailkan Pejabat Peguam Negara (AGC) terhadap bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berhubung kenyataannya mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak





Hina mahkamah: Prosiding komital AGC terhadap Isham Jalil ditolak - Mgazette - 8/07 3:51 pm

# Hina mahkamah: Prosiding komital AGC terhadap Isham Jalil ditolak KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak prosiding komital yang difailkan Pejabat Peguam Negara (AGC) terhadap bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berhubung kenyataan terbukanya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak





High Court dismisses AGCs contempt case against Isham Jalil - SUN - 8/07 2:40 pm

KUALA LUMPUR : The High Court has dismissed the Attorney-Generals Chambers (AGC) committal application against former UMNO Information chief Isham Jalil over his public statements on Datuk Seri Najib Tun Razaks 1MDB cases





High Court dismisses AGC's committal application against Isham Jalil - Sinardaily - 8/07 1:20 pm

KUALA LUMPUR - The High Court today dismissed committal proceedings brought by the Attorney-General's Chambers (AGC) against former UMNO Information chief, Isham Jalil, over his public statements concerning Datuk Seri Najib Tun Razak's 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cases.In delivering his decision, Justice K





Isham Jalil tidak hina mahkamah isu 1MDB, SRC babit Najib - Hakim - Sinarharian - 8/07 12:23 am

KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil tidak dikenakan perintah komital oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, berhubung kritikannya terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas menolak permohonan prosiding komital atau penghinaan mahkamah, difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC).Semasa membaca keputusan penghakiman, hakim itu berkata, dakwaan penghinaan yang dibangkitkan, tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan mahkamah yang mengendalikan dua kes itu.Menurutnya, dakwaan bahawa Isham selaku responden telah menghina badan kehakiman, tidak menjejaskan keyakinan orang awam terhadap sistem keadilan negara.Beliau berkata, tujuan undang-undang komital, bukan untuk melindungi maruah hakim sebaliknya membela hak orang awam dengan memastikan pentadbiran keadilan tidak dihalang."Dengan perkembangan media sosial, kritikan terhadap hakim dan keputusan mereka adalah perkara biasa, seperti yang dijawab oleh responden dalam jawapannya kepada perintah tunjuk sebab."Sebagai hakim, tugas kami menuntut supaya mengadili kes dengan kebebasan mutlak, tidak pilih kasih dan memastikan integriti tidak dipertikai," katanya.Beliau berkata, ia bukan suatu yang mudah kerana hakim perlu teguh dalam menghadapi cabaran dan kritikan, demi memastikan neraca keadilan tidak condong akibat tekanan luar atau desakan pendapat awam.Katanya, penghakiman dalam kes rasuah membabitkan 1MDB dan SRC jelas berdasarkan fakta dan undang-undang, bukannya emosi atau tekanan masyarakat.Justeru beliau berkata, perkara itu menunjukkan keadilan dipandu oleh prinsip undang-undang, bukan gelombang pendapat awam atau serangan tidak berasas.Sebelum ini, Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil didakwa mempersoalkan prosiding perbicaraan serta rayuan Najib termasuk proses penarikan diri Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang pernah mendengar kes 1MDB.Pada 4 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan AGC untuk memulakan prosiding komital, dengan permohonan agar hukuman penjara atau denda dikenakan terhadap Isham.Menurut AG, kenyataan Isham yang dibuat dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi kehakiman dan boleh menggugat keyakinan awam terhadap badan itu.





SRC International ditubuhkan untuk rakyat namun Najib pula dapat manfaat - Peguam - Astroawani - 7/07 6:51 pm

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa meskipun SRC International Sdn Bhd ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat namun, syarikat itu telah digunakan bagi memanfaatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.





SRC International ditubuhkan untuk rakyat namun Najib pula dapat manfaat - Peguam - Sinarharian - 7/07 6:12 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa meskipun SRC International Sdn Bhd ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat, namun hakikatnya, syarikat itu telah digunakan bagi memanfaatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Peguam, Datuk Lim Chee Wee yang mewakili syarikat itu berhujah, SRC International telah diperalat dan menjadi mangsa penipuan berskala besar dengan Najib sebagai penerima manfaat utamanya berbanding memenuhi tujuan asal ia ditubuhkan.Beliau berkata demikian pada pendengaran saman SRC International yang menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion daripada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil yang masih bebas."Dana yang diseleweng melalui SRC adalah duit pencen daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan ketika SRC International mengalami kerugian teruk sebanyak AS$1.18 bilion, defendan pertama secara peribadi menerima AS$120 juta dan RM42 juta menerusi akaunnya, yang merupakan subjek bagi saman berasingan."Beliau turut menggunakan peranannya sebagai pengarah bayangan syarikat itu dan mengawal Lembaga Pengarah menerusi resolusi pemegang saham dalam keputusan penting yang sepatutnya dibuat oleh Lembaga Pengarah SRC sendiri," katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.Chee Wee juga berkata, sebagai pengarah bayangan syarikat itu, Najib menandatangani resolusi pemegang saham untuk meluluskan dan memperoleh RM4 bilion pinjaman KWAP serta mengagihkan RM3.6 bilion daripadanya bagi tujuan yang tidak sah.Perbicaraan bersambung esok.Pada Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman itu mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta.Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan susulan keputusan Lembaga Pengampunan, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM120 juta kepada RM50 juta pada 29 Januari 2024





Keputusan saman fitnah Rosmah isu ilmu hitam, kes Najib antara menarik minggu ini - Sinarharian - 7/07 11:00 am

KUALA LUMPUR Keputusan taksiran ganti rugi dalam kes saman fitnah RM1 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor terhadap seorang pemilik akaun TikTok, yang mendakwa isteri bekas Perdana Menteri itu mengamalkan ilmu hitam, antara yang menarik di Mahkamah Tinggi di sini minggu ini.Selain itu, hujahan Titah Adendum membabitkan suami Rosmah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendengaran semakan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, turut dijadualkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Bukan itu sahaja, Najib, 72, juga hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bagi hujahan saman SRC International Sdn Bhd.Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan dalam kes komital ke atas bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan hujahan berkaitan permohonan semakan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid.Pada Isnin, Najib yang diwakili peguam-peguam akan berhujah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin berhubung saman SRC sebanyak AS$1.18 bilion.Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan serta bekas-bekas pengarah syarikat itu.Mereka ialah Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Tan Sri Ismee Ismail.Syarikat itu juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta.Bagaimanapun, syarikat itu menggugurkan keenam-enam nama daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pada Selasa pula, Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dijangka membacakan keputusan taksiran ganti rugi, saman fitnah RM1 juta oleh Rosmah berhubung isu ilmu hitam.Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie gagal memasukkan memorandum kehadiran bagi menjawab saman pada tarikh yang ditetapkan.Pada 19 September 2023, Rosmah selaku plaintif menuntut ganti rugi itu daripada Ku Muhammad Hilmie berhubung dakwaan fitnah terbabit.Beliau menamakan lelaki yang mempunyai 1,584 pengikut itu sebagai defendan kerana didakwa memuat naik satu rakaman video di akaun TikTok menggunakan nama 'CEO Heelmie Fighter' yang mengandungi kenyataan tidak benar pada 22 Mac tahun sama.Sementara bagi kes Titah Adendum, panel tiga hakim menetapkan Rabu ini untuk menyambung hujahan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.Pada 6 Januari lalu, mahkamah membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari 2024.Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.Peguam Negara berjaya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan itu pada 28 April lalu, dan mahkamah menetapkan hujahan dijalankan pada 1 dan 2 Julai kemudian disambung 9 Julai.Pada hari sama, panel hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.Ia berhubung kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.Berdasarkan notis usul, Peter, 54, memohon mahkamah mengkaji semula dan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lepas di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Selain itu, Peter turut memohon pembatalan waran mempenjarakan yang dikeluarkan Penjara Kajang terhadap beliau serta apa-apa perintah berbangkit bagi memastikan keadilan kes tersebut.Pada 4 Mac lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan Peter menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022.Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd didakwa memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Pada Jumaat pula, Mahkamah Tinggi di sini akan menyambung hujahan berkaitan permohonan semakan Naimah untuk merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya.Hakim, K Muniandy akan mendengar hujahan daripada peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar pada 13 Jun lalu bahawa Mahkamah Sesyen tersalah tanggapan daripada segi undang-undang ketika menolak permohonan Naimah untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi.Persoalan itu antara lain menyentuh isu perlembagaan antaranya hak individu untuk tidak dipaksa mengemukakan keterangan yang boleh digunakan untuk mensabitkannya dalam suatu prosiding.Naimah memohon Mahkamah Tinggi menggunakan budi bicaranya untuk memanggil dan memeriksa rekod prosiding, mengenai ketepatan, kesahihan atau kewajaran dapatan dan perintah yang direkodkan oleh Mahkamah Sesyen.Sementara itu, Selasa ini, Mahkamah Tinggi pada Jumaat akan membuat keputusan berhubung permohonan Peguam Negara supaya Isham dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.Pada 4 Mac tahun lepas, mahkamah telah membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham dan dalam permohonan ex-parte pada 28 Disember 2023, Peguam Negara turut memohon mahkamah untuk memenjarakan atau mengenakan denda ke atas Isham.Pada 30 Mei lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, kenyataan Isham yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, mengenai perbicaraan dan rayuan Najib mempunyai risiko nyata yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.Menurutnya, Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil telah memalukan badan kehakiman dengan mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi berhubung kes SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Isham berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah





UMNO Pandan lulus usul desak titah adendum dilaksanakan segera - Mgazette - 7/07 7:38 am

Perkara itu disuarakan Perwakilan UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Syed Harman yang secara tegas mendesak agar perintah tahanan di rumah dilaksanakan terhadap Najib tanpa sebarang alasan, dolak dalih atau campur tangan politik. Kami menuntut agar Datuk Seri Najib Tun Razak dipindahkan serta-merta untuk menjalani baki hukuman beliau dalam tahanan rumah sebagaimana yang telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda demi menjunjung keadilan dan kedaulatan Raja Berperlembagaan, katanya yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Pandan merangkap Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan





'Najib berhak diadili ikut perlembagaan' - Noh Omar - Sinarharian - 6/07 3:38 pm

TANJONG KARANG Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilihat sebagai rakyat biasa yang berhak mendapat keadilan mengikut perlembagaan, bukan semata-mata sebagai bekas Perdana Menteri.Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah menafikan hak asasi Najib sebagai rakyat biasa, walaupun telah menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong."Jangan pandang beliau hanya sebagai bekas Perdana Menteri, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang telah melalui proses undang-undang dan diberikan pengampunan oleh Agong."Kenapa hak dia sebagai rakyat tidak dihormati? Mengapa titah Agong seolah-olah tidak dilaksanakan?" katanya ketika ditemui selepas Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong Karang di sini pada Ahad.Noh memberitahu, kerajaan digesa agar tidak mempermainkan kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam isu terbabit, apatah lagi pengampunan sudah diberikan secara rasmi."Kalau dulu semua berebut nak dekat dengan Agong, kenapa sekarang bila Agong sudah titah, keputusan Mahkamah Rayuan pun dah keluar, tapi kerajaan masih nak rayu?"Ini bukan soal undang-undang lagi, ini soal menghormati institusi, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan pada sistem," katanya.Sehubungan itu, katanya, isu itu bukan sekadar soal politik atau kedudukan Najib sebagai tokoh negara, tetapi melibatkan beberapa persoalan penting yang membabitkan prinsip keadilan dan kedaulatan negara."Kalau perkara ini tidak dihormati, kita sebenarnya sedang mencabar sistem Raja Berperlembagaan yang jadi asas negara," tegas beliau.Noh turut membandingkan isu itu dengan kes kalimah Allah yang sebelum ini ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan."Masa kes kalimah ALLAH, rayuan boleh dihentikan, tapi kenapa dalam kes Najib masih diteruskan?"Ini yang mengundang persoalan adakah ini soal prinsip, atau ada tangan-tangan politik?" katanya.Noh turut menyatakan rasa terharu apabila dipilih sebagai saksi dalam kes Najib meskipun tidak lagi menganggotai UMNO kerana percaya perjuangan beliau bukan demi parti, tetapi untuk keadilan."Saya bukan ahli UMNO, tapi Najib tetap percaya saya sebab pegang pada prinsip keadilan mesti ditegakkan untuk semua, tak kira siapa," kata Noh.Noh menjelaskan, tahanan di rumah bukanlah satu pembebasan, sebaliknya masih dalam ruang pelaksanaan hukuman yang lebih berperikemanusiaan seperti diamalkan di negara-negara lain."Beri ruang Najib jalani hukuman di rumah, beliau bukan lari daripada hukuman, tapi sudah diberi pengampunan dan pertimbangan khas oleh Agong," katanya.Noh turut menyeru pemimpin UMNO dalam kerajaan untuk berani bersuara mempertahankan prinsip Perlembagaan dan menghentikan rayuan terhadap isu addendum."Kalau UMNO masih punya jiwa perjuangan, ini masanya untuk buktikan tidak tunduk kepada tekanan politik," tambah beliau.





Kerja senyap bukan tanda pasif – Jonathan Vela - Mgazette - 6/07 8:34 am

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Cabang Keadilan Bandar Tun Razak, Jonathan Vela mempertahankan pendekatan senyap Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam menangani isu-isu berkaitan komuniti India, sambil menegaskan ketiadaan publisiti bukan bererti ketiadaan tindakan





PN bawa agenda reset politik, tawar Konsensus Nasional Baharu menjelang PRU16 - Saifuddin - Sinarharian - 5/07 7:10 pm

SERDANG - Perikatan Nasional (PN) merancang menjadikan agenda reset politik negara menerusi pembentukan Konsensus Nasional Baharu sebagai antara teras utama perjuangan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, idea itu sudah dibawa oleh Ketua Pembangkang yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika berucap di Singapura pada 22 Mei lalu dan mula dijadikan usul dalam persidangan bahagian Bersatu seluruh negara sejak Jumaat.Menurutnya, negara kini berada dalam keadaan sangat mencabar melibatkan kemelut ekonomi, perpecahan politik dan kesengsaraan rakyat yang menuntut satu pendekatan baharu secara menyeluruh."Agenda reset politik ini seperti mana yang pernah dilakukan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selepas peristiwa 13 Mei 1969."Zaman itu Tun Razak melakukan satu reset negara dengan memperkenal Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara yang mana hasilnya Malaysia mengecapi keamanan, perpaduan dan kemajuan sehingga dikenali sebagai antara Asian Tigers," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian 2025 di Seri Kembangan di sini pada Sabtu.Saifuddin yang juga Pengerusi Bersatu Pahang menjelaskan, Malaysia kini berdepan krisis besar yang menuntut satu lagi reset politik di negara ini.Beliau berkata, terdapat tiga tonggak utama dalam konsensus yang dicadangkan iaitu matlamat disepakati bersama; kemakmuran dan kerajaan prihatin serta inklusif.Tambah Saifuddin, konsensus itu perlu merentas sempadan politik dan bukan sekadar menyatukan orang Melayu semata-mata, sebaliknya melibatkan semua kaum dan agama di negara ini."Kita kena tunjuk teladan





10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim .. - Mgazette - 5/07 7:39 am

Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan. Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan





Kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara jejas keyakinan awam - Sinarharian - 4/07 7:00 pm

SHAH ALAM - Kebisuan berpanjangan kerajaan dalam mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu berisiko menjejaskan keyakinan awam terhadap kebebasan badan kehakiman.CSO Platform for Reform dalam satu kenyataan berkata, seperti telah ditegaskan oleh Majlis Peguam Malaysia, kelewatan dan kurang telus mencerminkan corak bermasalah masa lalu termasuk dominasi eksekutif menjejaskan kredibiliti institusi.Menurut kenyataan itu, bagaimanapun pihaknya menyokong pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara tidak seharusnya dibuat oleh Perdana Menteri."Kami turut menyatakan sokongan terhadap proses yang lebih bebas dan telus."Dalam ucapan terakhir Tun Tengku Maimun sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2025, beliau menegaskan bahawa badan kehakiman mesti setia hanya kepada Perlembagaan dan keluhuran undang-undang."Beliau turut menyeru para hakim untuk kekal berpegang kepada prinsip dan preseden perundangan serta menjauhkan diri daripada unsur politik," katanya pada Jumaat.CSO Platform for Reform turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tengku Maimun sempena tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara.Jelasnya, sebagai wanita pertama menerajui badan kehakiman negara, beliau telah mencatat sejarah dan menjadi contoh kepimpinan berprinsip yang amat dihormati."Sepanjang perkhidmatan, beliau menonjolkan komitmen teguh terhadap keluhuran undang-undang menerusi beberapa keputusan penting di Mahkamah Persekutuan, termasuk dalam kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Antara keputusan penting lain di bawah kepimpinan beliau termasuklah penghakiman Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan hak ibu warganegara Malaysia untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak dilahirkan di luar negara."Legasi beliau telah mengukuhkan peranan badan kehakiman sebagai institusi bebas dan semak imbang penting terhadap kuasa eksekutif serta akan terus menjadi sumber keyakinan terhadap sistem perundangan negara untuk generasi akan datang," ujarnya.Tambah kenyataan itu, kini pelantikan pengganti Tengku Maimun terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sehubungan itu, kami menyeru semua institusi berkaitan agar menegakkan tahap integriti dan meritokrasi tertinggi dalam memastikan peralihan kepimpinan kehakiman berjalan lancar dan berprinsip."Pelantikan ini membawa implikasi perlembagaan yang besar dan tidak seharusnya dijadikan isu bersifat politik semata-mata," katanya.





10 September keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar - Sinarharian - 4/07 4:49 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 10 September sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini.Pada 25 Jun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan.Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri pada saat akhir, iaitu sebelum beliau dijadual menyampaikan keputusan pada 1 Sept 2022





'Nasihat saya kepada Puad, lebih baik fikir amalan, dosa sendiri ' - Rafizi - Sinarharian - 1/07 2:55 pm

Saya juga faham kalau Puad ini marah dekat saya sampai bila-bila. Dia dulu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), sekarang dikenali Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang diberi tanggungjawab mempertahankan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018."Memang letihlah nak bersilat dengan isu-isu yang saya bawa ke arah PRU 2018





Anwar tegaskan tiada campur tangan dalam urusan badan kehakiman - SUN - 30/06 11:02 am

Anwar turut menegur sikap masyarakat yang cenderung menilai keputusan kehakiman berdasarkan kecenderungan politik masing-masing. Beliau merujuk kepada beberapa kes berprofil tinggi baru-baru ini, termasuk keputusan berhubung kes Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak





Saifuddin Nasution ucap takziah kepada keluarga anggota polis maut ketika bertugas - Sinarharian - 28/06 10:07 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, yang maut dalam kemalangan semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Saifuddin Nasution meluahkan rasa sedih dengan insiden berkenaan dan berharap keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan yang besar itu."Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosanya, menempatkan roh beliau bersama yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangannya kepada negara," katanya.Muhammad Amirul Aiman, 24, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi anggota yang menunggang motosikal di belakang mangsa mengalami cedera ringan, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching arah Jalan Tun Razak menghala ke Selayang pada jam 4.30 pagi, semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa, hilang kawalan di laluan berselekoh sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke bawah tebing.Beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota terbabit sedang melaksanakan tugasan pemantauan dan pencegahan aktiviti samseng jalanan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.Mohd Zamzuri berkata, Allahyarham Muhammad Amirul Aiman berkhidmat di JSPT KL sejak menamatkan latihan dan bertugas di Bahagian Risikan/Operasi selama lebih setahun."Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak."Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Ajil, Terengganu hari ini," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Terus sokong, perluas Program K2K - Dr Wan Azizah - Sinarharian - 28/06 2:44 pm

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar Program Kita-Untuk-Kita (K2K) terus disokong dan diperluas bagi memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat di kawasan perumahan awam.Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, program itu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April 2023, merupakan sebahagian daripada usaha memperkasakan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara menyeluruh dan inklusif.Beliau berkata, program tersebut merangkumi empat komponen utama iaitu pemerkasaan komuniti, pengurusan bersama perumahan awam, peningkatan ekonomi dan pendapatan serta advokasi dan pembaharuan dasar."Melalui pelaksanaan strategi ini, lebih 50,000 penduduk di Lembah Klang kini terlibat dalam gelombang transformasi yang menjadikan komuniti mereka lebih berdaya tahan dan lestari," katanya ketika berucap pada Majlis Meraikan Kecemerlangan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PPR Taman Mulia di bawah program tersebut, di sini hari ini.Turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dan Pengarah Program K2K, Dr Shahridan Faiez.Dr Wan Azizah berkata, komuniti PPR Taman Mulia memilih untuk melaksanakan Projek Tuisyen SPM Percuma di bawah Program Geran Komuniti K2K, yang bukan sahaja memberi impak langsung kepada lebih 40 pelajar di situ, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan dan kebertanggungjawaban bersama.Beliau berkata, program itu telah menerima dana sebanyak RM17,052 melalui Geran Komuniti K2K yang dikendalikan oleh Think City."Dengan dana ini, sebanyak 48 sesi kelas untuk subjek teras telah berjaya dilaksanakan





Anggota trafik maut kemalangan ketika laksana Op Samseng Jalanan - Sinarharian - 28/06 1:22 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) meninggal dunia dalam kemalangan semasa tugas operasi Op Samseng Jalanan di sekitar ibu negara di sini awal pagi Sabtu.Mangsa ialah Allahyarham Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, 24.Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, Allahyarham terlibat kemalangan ketika menjalankan Op Samseng Jalanan Fasa Kedua yang dilaksanakan bermula jam 12 tengah malam."Ketika kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, Allahyarham bersama seorang lagi anggota sedang mengekori sebuah motosikal, bukan mengejar tetapi mengekori seorang penunggang yang melakukan aksi samseng jalanan."Sampai susur dari Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching, Allahyarham terbabas kerana ketika itu keadaan jalan masih basah," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur, di sini pada Sabtu.Turut hadir memberi penghormatan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa bersama isterinya, Datin Zuraini Abd Razak.Dalam pada itu, kata Mohd Zamzuri, Allahyarham terjatuh ke bahagian kiri jalan dan seorang lagi anggota yang berada kira-kira 10 saat di belakang turut terjatuh.Mohd Zamzuri berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi anggota cedera ringan."Allahyarham berkhidmat di JSPT Kuala Lumpur sejak tamat latihan kira-kira empat tahun lalu dan bertugas di Bahagian Risikan/Operasi sejak setahun lalu," ujarnya.



Bekas pekerja stesen TV berbayar berdepan 743 pertuduhan diarah dirujuk ke Hospital Bahagia - Sinarharian - 26/06 5:28 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar yang berdepan 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu, untuk menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas peguam Daniel Annamalai mewakili Nora Idayu Jaafar, 48, memaklumkan anak guamnya mendapat surat rujukan daripada sebuah klinik pada 6 Jun lepas meminta tertuduh mendapatkan pernilaian psikiatri kerana disyaki mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)."Dengan ini tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama satu bulan. Memandangkan tertuduh dalam jaminan, tertuduh perlu ke hospital berkenaan pada 30 Jun ini," kata Norma dan menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan kes.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman berkata pihak pendakwaan baru sahaja dimaklumkan perkara tersebut dan memohon mahkamah sama ada terdapat keperluan merujuk tertuduh untuk pemeriksaan dan penilaian tahap mental.Pada prosiding hari ini, mahkamah mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan 132 daripada 743 pertuduhan terhadap Nora Idayu.Sebelum ini mahkamah hanya sempat mendengar 30 pertuduhan susulan wanita itu pengsan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada 4 Jun lepas.Mengikut pertuduhan, Nora Idayu yang bertugas di Unit Sokongan Komersial didakwa melakukan pengubahsuaian data dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran yang mana beliau mengetahui perbuatan itu akan menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Astro, Menara Icon, Jalan Tun Razak di sini pada 2014 mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 4 Jun lepas, Nora Idayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sama atas 30 pertuduhan serupa itu.Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali



KLLP2040 launches inclusive urban overhaul for Kuala Lumpur - SUN - 24/06 1:27 pm

The plan will serve as a key reference for DBKL in assessing development proposals, executing approval processes, and charting the citys future growth strategies. The launch of the KLLP2040 at the DBKL Training Institute in Bandar Tun Razak was attended by the Prime Ministers wife who is also Member of Parliament for Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail



Pemandu pacuan empat roda langgar kereta dipandu warga emas tiga kali - Sinarharian - 24/06 10:13 am

JOHOR BAHRU Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian khianat terhadap sebuah kenderaan dan memandu secara gopoh di Susur 6, Jalan Tun Razak.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian pada kira-kira jam 3.10 petang, Ahad lalu."Siasatan awal mendapati, mangsa seorang lelaki warga emas berumur 63 tahun sedang memandu kereta jenis Perodua Axia dan memperlahankan kenderaannya kerana terlepas simpang."Suspek yang memandu sebuah Toyota Hilux dari arah belakang telah bertindak memotong mangsa secara agresif sebelum berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak."Suspek kemudian bertindak melanggar kereta mangsa sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan milik mangsa bernilai RM15,300," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkait kesalahan jenayah namun tiada rekod dikehendaki.Sementara, saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif penyalahgunaan dadah."Suspek akan dibawa untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan pada Selasa di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"ujarnya.Tegas Raub, polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pemanduan cuai dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323," katanya.Sebelum itu tular video 8 saat memaparkan sebuah pacuan empat roda melanggar sebuah kereta berulang kali sebelum beredar dari lokasi kejadian.



Noh hairan, pelik Rafizi dakwa Jemaah Menteri tak boleh beri pandangan - Mgazette - 22/06 5:31 pm

Sementara itu, menurut Noh, beliau sendiri pernah dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji cadangan kenaikan tarif elektrik dan berkaitan isu kapal tempur persisiran (LCS). Saya juga berkongsi pengalaman dalam barisan Kabinet semasa menjadi saksi Bossku (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kes 1MDB, menjelaskan di dalam mahkamah bagaimana satu dasar di putuskan di dalam mesyuarat Kabinet, katanya



Budi Najib tidak terbalas - Noraini - Sinarharian - 22/06 12:46 am

JERANTUT - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razakdaripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd."Kita menyambut baik keputusan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat beliau (Najib)."Beliau adalah seorang pemimpin yang budinya tidak terbalas," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jerantut, di sini, pada Ahad.Turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norsarfinaz Mohd Azman dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.Dalam pada itu, Noraini turut mengingatkan jentera Wanita UMNO supaya tidak mengambil pendekatan bekerja di saat akhir, sebaliknya perlu bersiap siaga dari sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang."Kita jangan buat kerja saat akhir



65-year-old woman sets record, donates blood 580 times to save lives - Sinardaily - 22/06 11:08 am

KUALA LUMPUR - The struggle of finding O+ blood donors for her mother, who needed a transfusion after undergoing abdominal surgery nearly five decades ago, was a turning point for Chin Jeck Leng to become a dedicated blood donor.Driven by the determination to prevent others from going through the same ordeal, the 65-year-old does not mind making the trip to the National Blood Centre in Jalan Tun Razak every two weeks, all in the name of saving more lives.The former head of Human Resource Management at a local bank has donated blood an astounding 580 times, an extraordinary achievement that not only earned her widespread recognition but also made her the first woman in the country to receive the prestigious Medal for Life award."I was still a child during that surgery in 1980 and not eligible to donate



Rayuan Syed Saddiq, kes tanah Semantan antara menarik minggu depan - Sinarharian - 22/06 10:22 am

PUTRAJAYA Dua keputusan rayuan salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta kes pemindahan hak milik 263.272 ekar tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate Sdn Bhd menjadi antara tujuh kes menarik minggu depan.Ia termasuk kes berprofil tinggi iaitu membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin, pertikaian tanah UMNO dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas serta dua kes selebriti, Datin Vivy Yusof dan Along Cham.Bagi kes Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan itu merayu supaya Mahkamah Rayuan di sini mengetepikan sabitan bersalah yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2024, yang menjatuhinya hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Ia membabitkan empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan AMLA berkaitan dana Armada.Berdasarkan sistem kehakiman, keputusan akan dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin pada Rabu ini.Ini merupakan peringkat kedua kes berkenaan yang mana sekiranya mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman, anak kelahiran Johor Bahru itu berusia 33 tahun itu masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.Bagaimanapun, jika keputusan majoriti mendapati Syed Saddiq tidak bersalah, maka dia akan dibebaskan serta-merta, sementara pihak pendakwaan boleh merayu keputusan terbabit.Serentak pada hari sama, mahkamah sama dijadualkan untuk mendengar rayuan Rosmah untuk menggugurkan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada tiga kes rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.Beliau (kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah mensabitkan Rosmah, 74, bersalah bagi kes tersebut, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 September 2022 lalu.Susulan itu, isteri bekas Perdana Menteri terbabit, dihukum penjara 10 tahun dan denda sebanyak RM970 juta.Permohonan untuk menggugurkan Hakim, Mohamed Zaini dibuat dengan alasan berlaku kebocoran penghakiman kes, dua hari sebelum keputusan diumumkan.Sementara itu, pada Selasa ini, Mahkamah Rayuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan kerajaan mengenai pemindahan hak milik 263.272 ekar tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate.Pada 20 Februari lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak yang terlibat.Kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos tahun lalu yang mengarahkan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Mahkamah sebelum ini memutuskan berpihak kepada saman pemula Semantan Estate terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sementara itu, Semantan Estate turut merayu terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober 2021 yang menolak permohonan semakan kehakiman syarikat itu untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.Syarikat itu juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membenarkan permohonan Pendaftar Tanah bagi perintah penangguhan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Tanah yang dipertikaikan terletak di kawasan strategik Jalan Duta, dikenali sebagai Duta Enclave, yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Selain itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan prosiding pendengaran permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Zuraida susulan tindakan melanggar syarat bon parti, pada Selasa depan.Kes itu susulan saman yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti politik berkenaan bagi menuntut RM10 juta daripada Zuraida atas dakwaan melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Zuraida, yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, membayar RM10 juta kepada PKR selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat.Bagaimanapun pada 11 Disember 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida melanggar syarat bon parti namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000 atas alasan jumlah itu adalah tidak munasabah dan ini menyebabkan PKR memfailkan permohonan untuk merayu.Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan PKR untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.Sementara di Mahkamah Tinggi, pendengaran saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya satu tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti politik berkenaan, akan didengar pada Selasa depan, di hadapan Hakim, Roz Mawar Rozain.Saman itu yang difailkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan pada 6 Mac lalu, menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan.Menerusi saman itu, UMNO memohon perintah bahawa pemilikan geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftar atas nama pemegang-pemegang amanah dipindahkan kepada UMNO.Mereka ialah Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, Tun Musa Hitam dan Tun Dr Mahathir Mohamad.Pada Selasa ini, mahkamah akan mendengar permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas (secara dalam talian) supaya Hakim, Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad dan tiga lagi berhubung pendakwaan berniat jahat.Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas pada 26 Ogos tahun lalu, Tommy mendakwa hakim itu telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.Pada 3 Julai 2024, Hakim, Roz Mawar menolak permohonan Tommy untuk membatalkan saman itu dan kes ditetapkan bagi pendengaran penuh selama tujuh hari iaitu dari 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memfailkan saman tersebut pada Disember 2023, menamakan Tommy, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan sebagai defendan.Saman Shahrir adalah berkaitan satu cek RM1 juta yang diterima beliau daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan kerja-kerja pemulihan projek perumahan Puri Langkasuka di Larkin, Johor.Tommy yang menjadi Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020, dalam afidavitnya menafikan dakwaan Shahrir terhadap beliau termasuk salah guna kuasa dan menyifatkan ia sebagai tidak boleh dipertahankan.Pada 5 Januari 2023, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytihar pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.Dua lagi kes membabitkan selebriti tanah air turut menarik perhatian ramai, iaitu Vivy dan kes dadah dihadapi Along.Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sebutan kes membabitkan Vivy yang juga Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar ditetapkan pada Isnin ini.Ia membabitkan kes pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada tujuh tahun lalu.Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet, diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB, melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka ini, ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya.Sementara bagi tiga kes dadah dihadapi Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, Mahkamah Majistret Sepang menetapkan Rabu depan untuk sebutan semula kes.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, pelawak itu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa ada dalam milikannya dadah berbahaya jenis sama seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh serupa.Sementara bagi pertuduhan pindaan ketiga, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' ke dalam badan, di lokasi sama, pada jam 10 malam, tarikh sama, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.



DNAA Najib: CSO Platform for Reform kemuka empat tuntutan - Sinarharian - 21/06 1:39 pm

SHAH ALAM CSO Platform for Reform mengemukakan empat tuntutan kepada kerajaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan SRC International Sdn Bhd.Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform dalam satu kenyataan berkata, tuntutan tersebut dibuat kerana keputusan DNAA itu mencerminkan kerumitan dan halangan prosedur yang boleh menjejaskan kelancaran serta ketelitian pendakwaan kes-kes berkaitan.Antara tuntutan utama yang dikemukakan termasuklah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang benar-benar bebas dan tidak terlibat dengan sebarang pengaruh atau campur tangan politik."Kemerdekaan itu amat penting bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dan pendakwaan secara telus dan tidak memihak terhadap kes-kes rasuah di semua peringkat, termasuk melibatkan pegawai tinggi, tanpa rasa takut atau pilih kasih."Hanya dengan SPRM yang benar-benar autonomi, keyakinan awam terhadap usaha anti-rasuah di Malaysia dapat dipulihkan dan diperkukuh," katanya pada Sabtu.CSO Platform for Reform turut menyeru agar diwujudkan pemisahan kuasa yang jelas antara peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, yang bebas daripada campur tangan Pejabat Perdana Menteri, bagi memastikan keputusan pendakwaan dibuat tanpa pengaruh atau tekanan politik.Kenyataan itu menyebut, reformasi struktur yang penting ini akan menegakkan kedaulatan undang-undang serta memastikan keadilan dilaksanakan dengan adil dan telus."Dengan memisahkan fungsi itu secara jelas, kedua-dua Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti, sekali gus memperkukuh kredibiliti dan ketelusan sistem perundangan negara," ujar kenyataan itu lagi.CSO Platform for Reform juga menyeru komitmen utuh dan tidak berbelah bahagi daripada semua peringkat kerajaan termasuk pihak berkuasa negeri dan persekutuan untuk secara aktif memerangi rasuah dalam semua bentuknya.Kerajaan juga diseru supaya menghormati dan melindungi sepenuhnya hak semua kumpulan serta individu yang secara aman menuntut langkah-langkah anti-rasuah melalui demonstrasi dan perhimpunan awam, termasuk inisiatif Suara Mahasiswa UMS seperti Gempur Rasuah Sabah 2.0."Kami berdiri teguh menyokong semua individu dan kumpulan yang berani bersuara menentang ketidakadilan serta memegang pihak berkuasa bertanggungjawab, meskipun berhadapan cabaran yang semakin meningkat," tegas kenyataan itu.CSO Platform for Reform turut mengingatkan bahawa rasuah kekal sebagai isu meluas yang menjejaskan semua wilayah negara dan mengancam kestabilan serta kesihatan sistem demokrasi.Justeru, semua pihak digesa menggunakan hak mereka dengan berani dan penuh pertimbangan, kerana masyarakat yang menindas kebenaran serta membungkam suara bantahan tidak akan mampu membina masa depan yang adil dan inklusif.



Akmal jawab Rafizi: Najib lepas, bebas kerana tiada bukti kukuh - Mgazette - 21/06 7:42 am

# Akmal jawab Rafizi: Najib lepas, bebas kerana tiada bukti kukuh KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mendakwa tidak ada apa-apa bukti kukuh untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 melakukan pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta



AGC perlu bertindak pulihkan integriti pendakwaan - Bekas KP SPRM - Sinarharian - 20/06 9:00 pm

SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) di bawah pimpinan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar perlu bertindak tegas memulihkan semula integriti institusi undang-undang negara.Gesaan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berpandangan bahawa AGC wajib memastikan setiap pertuduhan di masa hadapan disokong dengan bukti yang mencukupi serta pasukan pendakwaan bersedia dari hari pertama perbicaraan.Menurut beliau, prosedur semakan dalaman juga perlu diwujudkan bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap kes-kes lama atau berprofil tinggi yang masih tertangguh."Keputusan kes Najib mencetuskan semula kebimbangan serius terhadap integriti, profesionalisme dan kebertanggungjawaban dalam sistem pendakwaan negara ini."Pihak pendakwaan sendiri mengakui mereka belum bersedia untuk meneruskan kes



Najib bebas tapi kekal di Penjara Kajang - Sinarharian - 20/06 6:26 pm

KUALA LUMPUR - Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd, beliau tetap kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ini kerana bekas Perdana Menteri itu masih menjalani hukuman penjara berkaitan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International."Najib memang dilepaskan tanpa dibebaskan atas kes AMLA melibatkan RM27 juta, tetapi beliau masih perlu menjalani hukuman penjara bagi satu lagi kes membabitkan jumlah RM42 juta."Bagaimanapun, beliau tetap gembira dengan keputusan ini kerana tidak terlalu banyak kes tergantung



DNAA Najib kemenangan moral perjuangan tegak keadilan UMNO Kedah - Sinarharian - 20/06 5:48 pm

ALOR SETAR UMNO Kedah menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC International Sdn Bhd sebagai satu kemenangan moral kepada perjuangan menegakkan keadilan di negara ini.Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keputusan tersebut jelas menunjukkan pendakwaan yang dikenakan sebelum ini dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses siasatan menyeluruh dan telus.Menurutnya, ia turut memberi isyarat tentang kemungkinan wujudnya tekanan politik serta campur tangan luar dalam proses pendakwaan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap integriti sistem keadilan jenayah negara."UMNO Kedah bersyukur dengan keputusan tersebut




Reformasi     >>



Judicial appointments: Don't tarnish your legacy, .. - Mkini
Alleged plan to elevate certain judge to CJ would render reform efforts wasteful - ex-minister.
Kroni     >>



Politics : PH-BN Combo Can Win Big In Sabah Polls UMNO .. - Bernama
TANJONG KARANG, July 13(Bernama) --Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional (BN) can secure a big win in the next Sabah state election if they join forces, based on trends in past elections, saidUMNO secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Tabloid     >>



Shila Amzah Nafi Campur Urusan Keluarga Amy Search - Rotikaya
Penyanyi Shila Azmah menyangkal dakwaan dia masuk campur urusan keluarga Datuk Amy Search sekaligus terjawab persoalan mengenai identiti penyanyi lagenda yang dikaitkan dengan insiden serangan secara lisan. Menerusi satu temu... Baca selanjutnya → The post Shila Amzah Nafi Campur Urusan ..
Tech     >>



As well as the Galaxy Ring 2, Samsung is also looking .. - Techradar
A Samsung executive has given us a hint about the next generation of wearables we can expect.
World     >>



Gaza officials say children killed in strike as .. - BBC
Six children waiting for water are among those killed in an Israeli air strike, emergency service officials say.
Motor Trend     >>



Pandu Uji Toyota Corolla Cross Hybrid – Akhirnya .. - Mekanika
Toyota Corolla Cross Hybrid bukanlah model serba baharu, tapi apa yang dilakukan Toyota untuk versi facelift ini cukup untuk dianggap sebagai "kenaikan pangkat" yang ketara. Corolla Cross Hybrid bukan sekadar facelift kosmetik, tapi turut membawakan pembaharuan teknikal dan teknologi yang ..