///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Tenaga News   Page 1    



Sambung subsidi elektrik selepas 31 Disember jika rakyat masih terbeban - Mygazette - 18/09 8:00 am

Jika tekanan kos sara hidup masih dirasai, maka mekanisme perlindungan ini wajar dipertimbangkan untuk diteruskan, disesuaikan atau diperluaskan mengikut keadaan, katanya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas tindakan memperluaskan perlindungan kepada pengguna domestik





Subsidi bil letrik pengguna domestik diperluas sehingga 800 kWj sebulan - Mygazette - 18/09 8:00 am

Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa, katanya dalam kenyataan, hari ini. Anwar berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira kemampuan rakyat, keterjaminan bekalan serta kemampanan sektor tenaga negara





Artikel Pilihan Vw Id.3 Gti, Ev Paling Power Tapi Rwd. Vw Sudah Gila??? .. - Mekanika - 18/09 8:00 am

Bateri tersebut menyokong pengecasan pantas DC sehingga **183 kW**, dengan masa pengecasan daripada 10 hingga 80 peratus dianggarkan sekitar **29 minit**. Penggunaan tenaga gabungan pula dianggarkan sekitar 14.5 kWh bagi setiap 100 km





Buletin Naza Eastern Motors Rasmi Pusat Jualan Suzuki Baharu Di Juru Read .. - Mekanika - 18/09 8:00 am

Beliau turut memaklumkan bahawa talian bantuan khas SUZUKI CARe di nombor 1800-888-700 sedang melalui proses integrasi sistem dan akan diumumkan kepada pelanggan sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya. Pusat jualan Suzuki Juru beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk melihat dengan lebih dekat rangkaian model Suzuki terkini serta mendapatkan khidmat nasihat daripada tenaga jualan yang terlatih





Belanjawan 2027 mesti sampai kepada rakyat - Utusan - 18/09 8:00 am

Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan di Parlimen menjadi belanjawan kelima di bawah Kerangka Ekonomi Madani dan yang kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Ia hadir dalam suasana ekonomi yang tidak mudah, ketika ketidaktentuan geopolitik, krisis tenaga ..





Kerajaan MADANI Naikkan Had Perlindungan Bil Elektrik Domestik Hingga .. - Wrlr - 18/09 6:20 am

Foto PMO Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan membabitkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax), katanya. Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat berkaitan kos elektrik di pejabatnya bersama wakil daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)





Tak perlu risau bil tinggi, Anwar umum perlindungan elektrik hingga 800 kWj - Wrlr - 17/09 9:17 pm

Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa, katanya. Beliau berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan keputusan berkaitan tarif mengambil kira keseimbangan antara kemampuan rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara





Kerajaan Madani perluas perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik sehingga 800 kWj - Sinarharian - 17/09 8:15 pm

PUTRAJAYA- Kerajaan memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai bulan ini sehingga Disember depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.ARTIKEL BERKAITAN:Mesyuarat khas isu elektrik selesaiAnwar beri bayangan berita baik isu elektrikKerajaan mesyuarat esok, teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil elektrik - PM"Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik hingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Menurutnya, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj, sekali gus menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa."Kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara," jelas beliau.Terdahulu Anwar mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Turut hadir, pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan, pengurusan kanan TNB dan Suruhanjaya Tenaga.Mesyuarat berkenaan menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna terhadap peningkatan bil elektrik, khususnya membabitkan penggunaan elektrik yang tinggi serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api secara AFA.Pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kWj sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.Keresahan rakyat mengenai bil elektrik kecoh di media sosial kerana didakwa melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan ST atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.





Tarif elektrik perlu ikut kemampuan rakyat Pakar - Astroawani - 17/09 8:09 pm

Struktur tarif elektrik disaran mengambil kira kemampuan isi rumah, manakala pelaburan tenaga boleh diperbaharui perlu dipercepat bagi menstabilkan kos.





Electricity bills: Anwar hints good news after special meeting - Sinardaily - 17/09 7:28 pm

PUTRAJAYA - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today hinted at "good news following a special meeting to discuss concerns over recent increases in electricity bills affecting some households."TNB (Tenaga Nasional Bhd) has settled it and will issue a statement soon





Anwar beri bayangan berita baik isu elektrik - Sinarharian - 17/09 6:35 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan terdapat berita baik susulan mesyuarat khas berkaitan isu elektrik yang berlangsung di Bangunan Perbendaharaan, di sini pada Khamis.Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat."TNB dah selesai, akan keluarkan kenyataan segera okay? It's a good news," katanya ketika ditemui pemberita di sini





Mesyuarat khas isu elektrik selesai - Sinarharian - 17/09 5:34 pm

PUTRAJAYA Mesyuarat khas berkaitan isu tarif dan bil elektrik selesai di selepas sejam berlangsung di Bangunan Perbendaharaan di sini pada Khamis.Difahamkan, mesyuarat berkenaan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 3.30 petang.Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pengurusan tertinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Kementerian Kewangan (MoF).Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) ketika didekati sebelum meninggalkan pekarangan MoF memaklumkan satu kenyataan media berkaitan mesyuarat akan menyusul.Bagaimanapun beliau tidak memperincikan kenyataan itu dikeluarkan oleh mana-mana pihak.Mesyuarat berkenaan menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna terhadap peningkatan bil elektrik, khususnya membabitkan penggunaan elektrik yang tinggi serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api secara automatik (AFA).Anwar sebelum ini berkata, sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.





Bot dinaiki tujuh pemancing bocor dilambung ombak - Keluarga mangsa - Sinarharian - 17/09 4:04 pm

KLANG Bot dinaiki tujuh pemancing termasuk seorang tekong yang dilaporkan hilang di perairan berhampiran One Fathom Bank atau Permatang Sedepa di sini pada Ahad lalu dipercayai bocor selepas dilambung ombak besar.Perkara itu dimaklumkan Khairul Muhidin, 47, yang mengetahui kejadian berkenaan daripada isteri anak saudaranya, Mohd Rizal Mohamad Sadali, 45, yang terselamat dalam insiden pada Ahad lalu.Khairul berkata, semasa kejadian, bot dinaiki tujuh mangsa itu dalam perjalanan pulang ke Jeti Sementa sebelum terpaksa berlindung di sebuah rumah api di One Fathom Bank selepas mengalami kebocoran.ARTIKEL BERKAITAN: Bot karam: Dua pemancing mungkin hilang sampai Lumut - Maritim MalaysiaSAR pemancing hilang: Sektor pencarian laut diperluasBerdasarkan bentuk badan, pakaian itu memang arwah ShahrilMayat pemancing ditemui terapung disahkan Mohd Shahril"Kesemua mangsa kemudiannya memakai jaket keselamatan dan mengikat bot pada rumah api berkenaan, namun ombak kuat menyebabkan tali tergesel sebelum putus," katanya ketika ditemui di Pos Pangkalan Hadapan Jeti Sementa Kapar di sini pada Khamis.Tiga anak saudara Khairul yang berada di bot tersebut ialah Mohd Rizal, Muhd Hamiszar Punirain, 45, serta Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37.Khairul berkata, bot itu didakwa hanyut hingga ke laluan kapal sebelum dilanggar dan semua mangsa tercampak ke laut."Lima orang sempat berpaut bersama-sama termasuk seorang lagi yang sudah meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan di kepala," katanya.Dua lagi iaitu Muhammad Ridzuan dan Raja Mohd Rozi Raja Mohamud hanyut dibawa arus laut dan masih belum ditemui sehingga kini.Khairul berkata, sepanjang tempoh tersebut tiada sebarang bot melalui kawasan berkenaan, manakala jarak antara lokasi kejadian dengan Jeti Sementa dianggarkan kira-kira 43 kilometer."Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa bertahan di laut sehingga sebuah bot nelayan tiba dan membantu mereka," katanya.Pada Ahad lalu, Muhammad Ridzuan bersama enam sekawan iaitu Mohd Shairazi Abdul Aziz, Muhd Hamiszar, Mohd Rizal, Mohd Shahril Abd Rahman, Zulfilkalnain dan Raja Mohd Rozi keluar memancing bagi mencari ikan cencaru.Mereka dikatakan keluar bersama menaiki bot bersaiz 30 kaki panjang dan lapan kaki lebar menuju ke Permatang Sedepa, kira-kira 23.5 batu nautika (43 kilometer) dari Jeti Sementa pada jam 8 pagi.Bagaimanapun, selepas dilaporkan hilang, empat daripada mereka iaitu Mohd Shairazi, Muhd Hamiszar, Mohd Rizal dan Zulfilkalnain dijumpai selamat dalam keadaan lemah oleh nelayan pukat tunda pada Selasa lalu di perairan Sekinchan, Sabak Bernam.Mohd Rizal kini dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini dan dilaporkan stabil, manakala seorang lagi mangsa terselamat, Muhd Hamiszar yang juga merupakan anak saudara kepada Khairul kini dirawat di Hospital Banting.Pada pagi Rabu, media melaporkan jenazah Allahyarham Mohd Shahril dijumpai dalam keadaan terapung dan diikat dengan tong serta jaket keselamatan, kira-kira 11 batu nautika dari Bagan Sungai Belukang, Bagan Datuk.Sementara itu, Khairul berkata, keluarganya masih menaruh harapan agar Muhammad Ridzuan ditemukan dalam keadaan selamat.Menurutnya, Muhammad Ridzuan yang juga kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih bujang dan anak keempat daripada lima beradik yang gemar memancing serta kerap turun ke laut."Dia seorang yang agak pendiam tetapi sangat bertanggungjawab





[TERKINI] Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Terbakar, 70% Musnah Dalam Kejadian! - Siraplimau - 17/09 3:46 pm

Suasana cemas tercetus apabila Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong terbakar pada Khamis. Kebakaran bangunan PASTI itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa apabila kanak-kanak dan tenaga pengajar yang berada di lokasi berjaya diselamatkan





Prosiding bukti tambahan Rosmah ditangguh ke 6 November - Sinarharian - 17/09 3:32 pm

KUALA LUMPUR Prosiding pendengaran untuk memasukkan bukti tambahan daripada saksi utama dalam kes rasuah, projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, ditangguhkan ke 6 November depan.Hakim, Datuk Aslam Zainuddin menetapkan tarikh itu untuk prosiding pengurusan kes, selepas peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri itu memberitahu, pihak pendakwaan telah membuat permohonan penangguhan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya."Sebelum ini, pendakwaan memfailkan perakuan segera supaya pendengaran permohonan penangguhan di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan itu dengan secepat mungkin."Mahkamah kemudian menetapkan prosiding berkenaan dibuat pada jam 9 pagi sebentar tadi."Susulan itu, pihak pembelaan memutuskan untuk tidak membantah permohonan penangguhan tersebut," katanya.Justeru beliau berkata, panel hakim Mahkamah Rayuan membenarkan perkara tersebut sekali gus menyebabkan prosiding di Kuala Lumpur ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.Beliau kemudiannya memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk memaklumkan perkembangan prosiding berkenaan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam mengesahkan perkara berkenaan dan memohon tarikh baharu untuk pengurusan kes.Pada Khamis, Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan untuk menangguhkan pendengaran bukti tambahan daripada saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah, sehingga rayuan pendakwa raya dilupuskan oleh Mahkamah Persekutuan.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azhahari Kamal Ramli yang bersidang bersama Hakim Datuk Dr Choo Kah Sing dan K Muniandy membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah memberitahu bahawa, ia tidak mendapat bantahan daripada pihak Rosmah.Pada 1 September, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman berhubung kes berkenaan.Panel tiga hakim itu turut memerintahkan bukti tambahan melibatkan saksi pendakwaan ke-16, ahli perniagaan Rayyan Radzwill Abdullah direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi dalam tempoh dua minggu.Rosmah, 75, memohon untuk mengemukakan bukti tambahan yang terdiri daripada laporan polis dan akuan berkanun yang disahkan Rayyan Radzwill.Dalam akuan berkanun itu, Rayyan Radzwill antara lain mendakwa wujud tekanan pendakwaan ketika perbicaraan serta mengemukakan bahan dokumentari bagi mencabar kredibiliti keterangannya.Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Dia didapati bersalah meminta suapan berjumlah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.Suapan itu sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion bagi membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak daripada Kementerian Pendidikan.Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, yang berjalan serentak, selain didenda RM970 juta.Bagaimanapun, tertuduh diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya.





AMK gesa percepat penyelesaian caj bil elektrik - Sinarharian - 17/09 2:24 pm

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap kerajaan dapat mengambil langkah segera dan berkesan bagi meringankan beban rakyat susulan peningkatan bil elektrik yang menimbulkan keresahan ketika ini.Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, harapan itu selari dengan keluhan pengguna yang terkesan dengan perubahan kadar bayaran dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil maklum isu berkenaan dan mengumumkan satu perbincangan khusus akan diadakan melibatkan TNB bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air."Kita berharap akan ada tindakan susulan yang dapat meringankan, kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan pendekatan (caj elektrik) ketika ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada pelbagai NGO Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta di Tanjung Rambutan pada Khamis.Sumbangan keseluruhan berjumlah RM117,000 itu diberikan kepada 10 NGO antaranya Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.Muhammad Kamil berkata, meskipun mekanisme sedia ada dilihat mampu mengawal kos, faktor seperti cuaca panas dan jerebu berkemungkinan mempengaruhi peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan pengguna."Insya-ALLAH kita nantikan sebarang pengumuman atau langkah susulan kerajaan bagi meringankan beban rakyat."Kerajaan hari ini sentiasa mendengar keluhan serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat," katanya.Pada Rabu, TNB memaklumkan Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) tidak menyebabkan peningkatan mendadak bil elektrik pengguna.Menurut TNB, perubahan bil bulanan lebih dipengaruhi corak penggunaan elektrik seperti ketika musim perayaan, cuti sekolah serta amalan bekerja dari rumah.TNB turut menjelaskan, AFA yang diperkenalkan pada 1 Julai 2025 bagi menggantikan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bukan caj tambahan baharu dan tidak menyalurkan keuntungan kepada syarikat utiliti itu.Dalam perkembangan lain, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan itu berkata, lawatan Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi, India disifatkan berjaya dengan pelbagai manfaat diperoleh menerusi pertemuan dua hala bersama pemimpin dunia.Katanya, sejurus tiba di India, Perdana Menteri mengadakan mesyuarat bersama Presiden Rusia diikuti pertemuan dengan Presiden Iran serta pemimpin negara lain."Ini menunjukkan komitmen serta pengiktirafan negara-negara besar terhadap kedudukan Malaysia yang dilihat mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa," katanya.





Kenaikan bil elektrik: Kerajaan disaran perluas penggunaan tenaga solar - Akmal Saleh - Sinarharian - 17/09 10:11 am

SHAH ALAM - Kerajaan wajar membantu lebih banyak isi rumah beralih kepada tenaga solar supaya mereka berpeluang mengurangkan bil elektrik secara berterusan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ADUN Merlimau merangkap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung langkah kerajaan meneliti tindakan mitigasi bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan bil elektrik."Namun, rakyat memerlukan penyelesaian yang berkesan untuk jangka panjang."Sehubungan itu, kami mencadangkan dua langkah iaitu pemberian insentif dan rebat kerajaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan, satu mesyuarat khas akan diadakan bagi meneliti langkah mitigasi segera susulan keresahan rakyat berhubung kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini, yang antara lain dipengaruhi peningkatan penggunaan elektrik akibat keadaan jerebu dan cuaca panas.Menurut Anwar, mesyuarat itu membabitkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Kementerian Kewangan (MOF).Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal menjelaskan insentif itu diberikan kepada syarikat dalam industri solar bagi menggalakkan lebih banyak penyedia menawarkan perkhidmatan pemasangan.Menurutnya, persaingan yang sihat dapat membantu menurunkan harga dan menjadikan pemasangan solar lebih mampu milik."Selain itu, berikan rebat kerajaan kepada isi rumah yang memasang sistem solar





Sarawak mahu terus maju, makmur dalam Malaysia – Abang Johari - Mygazette - 17/09 8:05 am

# Sarawak mahu terus maju, makmur dalam Malaysia - Abang Johari KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawakmempunyai perancangan jelas untuk memastikan negeri itu terus maju dan makmur dalam gagasan Malaysia yang progresif dan stabil, dengan pembangunan ekonomi negeri itu turut menjadi pemangkin kepada kekuatan negara. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perancangan berkenaan merangkumi usaha memperkukuh sektor ekonomi, tenaga, industri dan teknologi, selain memperluas pembangunan serantau





Penerbit Daily Mirror, Daily Express kurangkan 220 jawatan editorial .. - Mygazette - 17/09 8:05 am

Reach, antara penerbit berita komersial terbesar di Britain, turut memiliki beberapa penerbitan termasuk Daily Star, Manchester Evening News dan Liverpool Echo. Syarikat itu sebelum ini mengumumkan pengurangan tenaga kerja ketika industri akhbar tradisional berdepan kemerosotan jumlah pembaca media cetak serta peningkatan penggunaan ringkasan yang dijana kecerdasan buatan (AI) sebagai ganti kepada kunjungan ke laman sesawang berita





Anwar akui pimpin kerajaan tidak sama imaginasi reformasi dahulu - Mygazette - 17/09 8:05 am

Katanya, kerajaan kemudian memberi tumpuan kepada kestabilan politik bagi meningkatkan keyakinan pelabur. Kita buat dasar-dasar perindustrian baharu, dasar pelaburan tenaga, dasar untuk teknologi maklumat dan AI (kecerdasan buatan), katanya





Bil elektrik naik: Anwar dengar keluhan rakyat, langkah segera diteliti .. - Mygazette - 17/09 8:05 am

Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera, katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Anwar, kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF)





Rakyat Melaka dambakan penyatuan ummah direalisasikan ??? Pas Melaka - Mygazette - 17/09 8:05 am

Sehubunga itu, tambahnya, Melaka juga wajar menjadi antara negeri yang menunjukkan bahawa kekuatan umat boleh dibina tanpa mengorbankan keharmonian masyarakat majmuk. Rakyat tidak mahu lagi melihat tenaga dan kekuatan umat terus berpecah kerana perbezaan yang boleh dirunding, mereka mahu pemimpin melihat perrsamaan yang lebih besar daripada perbezaan yang ada, katanya





Sarawak mahu terus makmur dalam Malaysia - Hotfm - 16/09 11:58 pm

Kerajaan negeri ada perancangan jelas rangkumi usaha perkukuh sektor ekonomi dan tenaga, selain perluas pembangunan serantau, kata Abang Johari Openg.





Sarawak mahu terus makmur dalam Malaysia - FMT - 16/09 11:58 pm

Kerajaan negeri ada perancangan jelas rangkumi usaha perkukuh sektor ekonomi dan tenaga, selain perluas pembangunan serantau, kata Abang Johari Openg.





Bil Elektrik Melambung Tinggi, Kerajaan Teliti Langkah Mitigasi Segera .. - Wrlr - 16/09 9:09 pm

6 hours ago Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto PMO KUALA LUMPUR, 16 Sep Satu mesyuarat khas akan diadakan esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah terbabit





PM mesyuarat nak turunkan beban bil elektrik, MMK Negeri Sembilan putus .. - Wrlr - 16/09 8:55 pm

BORHAN AHMAD September 16, 2026 Dua mesyuarat kerajaan dalam tempoh dua hari membawa dua maksud perkataan turun yang sangat berbeza satu berkaitan usaha mengurangkan beban bil elektrik rakyat, satu lagi menyentuh kedudukan tertinggi institusi diraja Negeri Sembilan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu mesyuarat khas akan diadakan esok, 17 September, bersama PETRA, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan Kementerian Kewangan bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah terlibat





PM mesyuarat nak turunkan beban bil elektrik, MMK Negeri Sembilan putus proklamasi turunkan raja - Harapandaily - 16/09 8:31 pm

Dua mesyuarat kerajaan dalam tempoh dua hari membawa dua maksud perkataan turun yang sangat berbeza satu berkaitan usaha mengurangkan beban bil elektrik rakyat, satu lagi menyentuh kedudukan tertinggi institusi diraja Negeri Sembilan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu mesyuarat khas akan diadakan esok, 17 September, bersama PETRA, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan Kementerian..





Harga diesel, RON95, RON97 tanpa subsidi naik 35 sen - Sinarharian - 16/09 6:23 pm

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik 35 sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 September ini.Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bagi tempoh berkenaan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter berbanding RM4.50 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM4.37 seliter berbanding RM4.02 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada 5.27 seliter berbanding RM4.92 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).Dalam pada itu, MoF memaklumkan, peningkatan harga bahan api itu didorong oleh konflik di Asia Barat yang memasuki tempoh 200 hari.Jelas kenyataan itu, Iran menyerang 10 kapal berhampiran Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS)ke atas lima kapal tangki Iran, manakala serangan turut merebak ke Yaman dan infrastruktur tenaga Arab Saudi."Trafik kapal melalui Selat Hormuz merosot ke paras satu angka susulan peningkatan serangan tersebut





Pas Selangor urges govt to address soaring electricity bills - Sinardaily - 16/09 5:40 pm

KUALA LUMPUR The Selangor Pas Youth Wing has urged the government and relevant agencies to take proactive measures to address rising electricity bills, saying the issue is adding to the financial pressures faced by Malaysians.Its deputy chief Muhammad Faizzuddin Mohd Zai said the group was appealing to the government, Energy Commission (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) and other relevant agencies to listen to public concerns over high electricity bills.He acknowledged the challenges facing the electricity sector, including global fuel costs, generation, transmission and distribution expenses, as well as increasingly demanding system operations amid the ongoing global crisis.However, Faizzuddin said these challenges should not prevent the government and relevant parties from taking measures beyond the norm to assist Malaysians affected by soaring electricity bills and the wider cost-of-living pressures.Almost every Malaysian household uses electricity, and if this issue is not given due attention and managed effectively by the government, the people will be burdened, he said in a statement.He described the matter as critical and called for the government to sit down with relevant agencies and stakeholders to ensure the welfare and interests of the people are protected.Faizzuddin said Malaysians wanted to see greater commitment from those responsible to reduce the cost of living, including measures to ensure that the super-rich benefiting from the industry reduce the scale of their profits.He also called for more creative policies and measures that would not place additional burdens on the public.The Selangor Pas Youth Wing further urged the government to ensure the country's electricity supply system is managed more efficiently.It said every ringgit included in the costs borne by consumers must be reasonable, while public interests should take priority over those of the industry or global capitalists profiting from the country's energy resources.





Kerajaan mesyuarat esok, teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil elektrik - PM - Sinarharian - 16/09 3:40 pm

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas akan diadakan esokbersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekembalinya beliaudari India dan Maldives, perhatiannyaterus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini."Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera."Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat," katanyadalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini."Namun, keadaan jerebu serta cuaca lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan sekali gus tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).Justeru, beliau berkata, Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan





Kerajaan mesyuarat esok, teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil .. - Hmetro - 16/09 3:11 pm

Kuala Lumpur: Satu mesyuarat khas akan diadakan esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat





Misteri 'kotak radioaktif' yang ditemui di Sri Petaling terungkai - Sinarharian - 16/09 2:19 pm

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan sebuah kotak plastik yang disangka mengandungi bahan radioaktif di hadapan sebuah premis di Sri Petaling di sini sebenarnya alatan untuk aktiviti pengukuhan pasukan.Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, hasil siasatan mendapati kotak itu mengandungi 20 unit bata plastik permainan dinamakan radioactive bomb yang digunakan sebagai alatan untuk aktiviti ujian minda secara berkumpulan.Beliau berkata, siasatan mendapati kotak berkenaan tertinggal secara tidak sengaja oleh seorang pekerja syarikat pengurusan latihan selepas mengendalikan program bina pasukan di Ipoh, Perak."Pekerja berkenaan tertinggal kotak itu di hadapan premis Watsons di Sri Petaling kira-kira 11 malam pada 12 Sept lepas ketika dalam perjalanan pulang daripada program berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.Katanya, pengarah syarikat terbabit yang dikenali sebagai Encik Tan, menghubungi pihak polis bagi memaklumkan barangan plastik terbabit adalah milik syarikatnya.Chang Hookberkata berdasarkan keterangan pengarah syarikat berkenaan, insiden itu tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah atau ancaman keselamatan sebenar.Beliau berkata semakan lanjut pihak polis juga mendapati modul permainan radioactive bomb berserta manual fail PDF yang ditawarkan oleh syarikat terbabit memang wujud bagi tujuan menggalakkan kerjasama ahli pasukan serta meningkatkan kecergasan minda peserta.Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan penemuan kotak berkenaan oleh seorang wanita, yang pada awalnya mencatat bacaan radiasi agak tinggi di kawasan sekitar.Susulan laporan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) memusnahkan kotak terbabit menggunakan Recoilless Disruptor 5.0 sebelum mendapati kotak itu mengandungi blok binaan mainan berwarna-warni.Pasukan Jabatan Tenaga Atom (JTA) yang turut berada di lokasi kemudian mengesahkan tiada sisa radioaktif sebenar dikesan.- Bernama





Lawatan PM Anwar ke Maldives hasilkan kesepakatan kewangan, tenaga dan pertahanan - Mydateline - 16/09 10:00 am

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Maldives menghasilkan beberapa kesepakatan penting meliputi kemudahan kewangan, kerjasama tenaga, pertahanan, hal ehwal Islam dan ..





Bil elektrik naik: PETRA, TNB diminta lindungi rakyat daripada tekanan AFA - Mygazette - 16/09 7:58 am

Menurut beliau, pengguna domestik yang menggunakan lebih 600 kilowatt-jam (kWh) sebulan kini terdedah kepada AFA, dengan kadar meningkat daripada 2.59 sen/kWh pada Jun kepada 3.59 sen pada Julai, 3.80 sen pada Ogos dan 3.67 sen/kWh pada September. Kerajaan mungkin tidak mampu mengawal harga tenaga dunia, tetapi kita boleh menentukan berapa banyak tekanan itu patut dipindahkan kepada rakyat





RM3.1 bilion rebat AFA disalurkan kepada pengguna sejak tarif baharu .. - Mygazette - 16/09 7:58 am

# RM3.1 bilion rebat AFA disalurkan kepada pengguna sejak tarif baharu - TNB KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu dan ia tidak menjadi sumber keuntungan kepada syarikat itu





Biskut untuk doktor on-call bukan hidangan utama – Dr. Zulhizzam - Mygazette - 16/09 7:58 am

Penyediaan menu dikendalikan oleh Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan berpandukan Manual Diet Hospital, Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Kementerian Kesihatan (KKM). Empat hidangan sehari itu mempunyai jumlah nilai tenaga harian dianggarkan antara 1,500 hingga 1,800 kilokalori (kcal) sehari, katanya dalam kenyataan hari ini





Malaysia perlu perkukuh ekonomi penjagaan untuk tingkat penyertaan wanita dalam tenaga kerja - Nancy Shukri - Astroawani - 15/09 10:45 pm

Malaysia perlu memperkukuh ekonomi penjagaan untuk menyokong lebih ramai wanita menyertai atau kembali ke alam pekerjaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.





Isu AFA Dalam Bil Elektrik, TNB Tampil Beri Penjelasan - Siakapkeli - 15/09 10:24 pm

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan bahawa Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (Automatic Fuel Adjustment - AFA) tidak menyebabkan peningkatan menda





Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan - Mypress - 15/09 9:40 pm

KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…





Pengguna terima rebat AFA RM3.1 bilion sejak 1 Julai 2025 - TNB - Sinarharian - 15/09 7:43 pm

SHAH ALAM - Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) tidak menyebabkan peningkatan mendadak dalam bil elektrik pengguna, menurutMenurut Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebaliknya ia disebabkan perubahan bil bulanan yang dipengaruhi oleh corak penggunaan peralatan elektrik terutama ketika musim perayaan, cuti sekolah dan amalan bekerja dari rumah (WFH).TNB berkata, AFA yang diperkenalkan pada 1 Julai 2025 susulan penstrukturan tarif elektrik bagi menggantikan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bukan caj tambahan baharu dan tidak menyalurkan keuntungan kepada TNB.Jelasnya, mekanisme tersebut berfungsi secara dua hala bagi mengimbangi perubahan kos bahan api serta kadar tukaran mata wang asing."Apabila kos bahan api global lebih rendah, pengguna menikmati rebat dan jumlah penjimatan dipulangkan secara terus menerusi bil elektrik."Sejak pelaksanaan tarif elektrik baharu, pengguna menikmati rebat AFA selama sembilan bulan berturut-turut dari Ogos 2025 hingga April lalu."Bila kos bahan api global meningkat pula, perbezaan kos diselaraskan melalui kadar surcaj





Bina Malaysia untuk 100 tahun mendatang, bukan satu penggal:Amirudin - Sinarharian - 15/09 6:45 pm

SHAH ALAM - Malaysia perlu berani merangka perancangan jangka panjang bagi membina sebuah negara yang bersatu, berdaya cipta, berpendapatan tinggi, berdaulat dan adil menjelang usia 100 tahun.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu tidak seharusnya terikat kepada tempoh satu penggal pentadbiran, satu kitaran ekonomi atau satu generasi kepimpinan. Sebaliknya, katanya, setiap keputusan yang dibuat pada masa kini perlu mengambil kira keupayaan serta cabaran yang bakal dihadapi Malaysia dalam tempoh beberapa dekad akan datang."Gagasan 100 Tahun menuntut kesabaran sebuah generasi dan keberanian sebuah negara."Kita perlu menentukan keupayaan jangka panjang yang mahu dibina, mutu pendidikan dan kesihatan rakyat, keterjaminan makanan dan tenaga, penguasaan teknologi, daya tahan iklim, kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta institusi yang mendapat dokongan dan kepercayaan rakyat," katanya.Beliau dipetik berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Bicara Perdana sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.Amirudin berkata, perancangan untuk tempoh 100 tahun tidak bermaksud Malaysia sekadar menyenaraikan sasaran yang mahu dicapai, sebaliknya menentukan keputusan yang perlu dibuat mulai sekarang bagi memastikan negara mempunyai masa depan yang lebih kukuh.Menurut beliau, Malaysia perlu berfikir secara strategik dengan memahami arah perubahan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, membuat pilihan yang sukar serta membina keupayaan sebelum sesuatu krisis memaksa negara bertindak."Strategik bukan senarai segala perkara yang kita inginkan, sebaliknya ialah kejelasan tentang keutamaan, urutan tindakan dan pengorbanan yang sanggup kita lakukan untuk mencapai matlamat bersama," jelas beliau.Dalam usaha membina Malaysia menjelang usiak 100 tahun akan datang, Amirudin menjelaskan bahawa pembinaan bangsa yang yakin dan berbelas ihsan perlu menjadi asas pertama.Katanya, Malaysia tidak boleh dibina atas rasa curiga terhadap perbezaan bahasa, agama, budaya atau adat, sebaliknya rakyat perlu memahami sejarah negara secara jujur dan belajar untuk saling mengenali."Persengketaan antara rakyat Malaysia hanya akan membawa kehancuran kepada cita-cita kita untuk membina Malaysia bersekutu, Malaysia yang bermutu," jelas beliau.Amirudin memberitahu, pembinaan negara bangsa juga perlu berteraskan Perlembagaan dengan memastikan setiap rakyat mempunyai maruah dan kedudukan yang sama di sisi negara.Dalam masa sama, katanya, hubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu dibina atas semangat rakan pengasas."Tuntutan mengenai hak, pembangunan, infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan hasil bukan gangguan kepada perpaduan."Semua itu ialah sebahagian daripada usaha menyempurnakan janji Persekutuan," ujar beliau.Amirudin berkata, masa depan Malaysia dalam tempoh menjelang usia 100 tahun akan datang juga bergantung kepada keupayaan negara membina ekonomi yang mampu menghadapi perubahan iklim.Katanya, pertumbuhan ekonomi tidak boleh lagi dipisahkan daripada alam sekitar kerana banjir, cuaca panas melampau, gangguan bekalan air dan ketidakstabilan pengeluaran makanan memberi kesan langsung kepada rakyat serta ekonomi negara.Beliau berkata, Malaysia perlu melihat peralihan kepada ekonomi hijau sebagai peluang untuk membina pekerjaan dan teknologi baharu, termasuk dalam sektor tenaga, pertanian pintar, mobiliti rendah karbon dan ekonomi kitaran."Matlamatnya bukan pertumbuhan pada apa jua harga, tetapi pertumbuhan yang meningkatkan mutu kehidupan dan tidak mewariskan kos tersembunyi kepada generasi berikutnya," katanya.Mengulas kedudukan Malaysia dalam tempoh mendatang, Amirudin berkata, negara perlu memanfaatkan kedudukan strategik di Asia dengan memperkukuh ASEAN serta menjalinkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, tenaga, ekonomi digital, pendidikan, keselamatan makanan dan tindak balas bencana.Katanya, Malaysia tidak perlu menjadi kuasa besar untuk mempunyai pengaruh, sebaliknya kekuatan itu boleh dibina melalui institusi yang dipercayai, tenaga kerja berkemahiran, dasar yang konsisten dan masyarakat yang stabil.Dalam pada itu, katanya, generasi muda perlu diberikan perhatian serius kerana mereka akan menjadi kelompok yang menentukan wajah Malaysia apabila negara memasuki usia 100 tahun.Menurutnya, generasi muda kini berdepan perubahan besar akibat media sosial, kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan kecerdasan buatan (AI).





Bil elektrik naik: Jangan hanya suruh rakyat berjimat - AMK - Sinarharian - 15/09 5:08 pm

SHAH ALAM - Kenaikan bil elektrik sebanyak RM30, RM50 atau RM100 mungkin kelihatan kecil, namun memberi tamparan besar kepada keluarga biasa yang perlu mengutamakan perbelanjaan asas seperti susu anak, barangan dapur dan keperluan persekolahan.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, pengguna yang menggunakan kadar elektrik melebihi 600 kilowatt-jam (kWh) sebulan kini terdedah kepada peningkatan pelarasan bahan api automatik (AFA).Menurutnya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) perlu segera menilai semula tahap AFA bagi pengguna domestik."Kadar AFA telah meningkat daripada 2.59 sen/kWh pada Jun kepada 3.59 sen (Julai), 3.80 sen (Ogos) dan 3.67 sen bagi bulan September ini."Kita mungkin tidak mampu mengawal harga global, tetapi kita boleh menentukan berapa banyak tekanan itu patut dipindahkan kepada rakyat di negara ini."Had 600 kWh semata-mata tidak semestinya menggambarkan kemampuan





MOF, KKM segera selesaikan peruntukan uniform jururawat – MCA MOF, .. - Mygazette - 15/09 2:47 pm

Oleh itu, katanya, KKM juga perlu mengambil kira pandangan terus daripada petugas barisan hadapan berkaitan kualiti dan reka bentuk uniform. Menurutnya, penyelesaian terhadap keperluan kebajikan asas berkenaan bukan sahaja menunjukkan penghargaan terhadap pengorbanan jururawat, malah boleh membantu meningkatkan usaha mengekalkan tenaga kerja kejururawatan dalam perkhidmatan awam





Jumlah warga emas berusia 100 tahun di Jepun cecah 100,000 buat... - Mygazette - 15/09 2:47 pm

Keadaan itu mencerminkan krisis demografi yang semakin meruncing di negara berkenaan, ekonomi keempat terbesar dunia. Krisis tersebut telah menyumbang kepada kekurangan tenaga kerja, peningkatan beban perbelanjaan keselamatan sosial serta penyusutan asas cukai negara





Akankah PAS sokong Umno jadi 'abang besar' PRU16? - Denyutreformasi - 15/09 2:40 pm

Pemerintahan PN dan BN selama 33 bulan penuh pergolakan. Menghampiri PRU ke-15, PAS masih berharap dapat berganding tenaga dengan Umno-BN dengan formula satu lawan satu





LKIM sedia laluan TVET untuk anak nelayan - Sinarharian - 15/09 2:17 pm

TAIPING Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peluang mengikuti latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) kepada anak-anak nelayan bagi melahirkan tenaga mahir dalam industri perikanan.Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, program berkenaan memberi tumpuan kepada kemahiran marin khususnya pembaikan bot, enjin serta peralatan menangkap ikan.Menurutnya, program selama 15 bulan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan institusi kemahiran berkaitan, membabitkan latihan teori serta amali."Tujuan kita adalah untuk memastikan anak-anak nelayan ini mempunyai masa depan yang baik dalam industri perikanan."Sektor pembaikan kapal ini juga salah satu sektor yang wujud dalam ekosistem perikanan dan saya mahu melibatkan anak-anak nelayan secara langsung dalam sektor ini supaya keseluruhan ekosistem perikanan itu dikuasai oleh komuniti nelayan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Perak di Pejabat Penghulu Mukim Matang di sini pada Selasa.Turut hadir Pengarah LKIM Negeri Perak, Ahmad Zulkifli Ismail.Muhammad Faiz berkata, bagi permulaan, seramai 12 peserta akan dipilih untuk mengikuti program berkenaan, dengan latihan teori dilaksanakan di IKBN Perlis manakala latihan amali di sebuah limbungan di Pelabuhan Kuantan, Pahang.Katanya, LKIM memperuntukkan kira-kira RM150,000 bagi pelaksanaan program berkenaan dan peserta perlu berusia 18 tahun ke atas selain mempunyai minat serta kesungguhan untuk menceburi bidang tersebut."Saya tidak mahu mereka dapat tauliah kemudian pergi bekerja dalam bidang lain





NCER sasar latih 10,000 bakat penuhi keperluan industri - Utusan - 15/09 2:03 pm

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, usaha berkenaan penting bagi memastikan bekalan tenaga kerja tempatan sentiasa seiring dengan perubahan teknologi serta keperluan semasa industri





Malaysia-India Digesa Perkukuh Sinergi Semikonduktor, E&E PM Anwar - Wrlr - 15/09 12:29 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk semasa lawatan kerja ke Keralam, India pada 14 September 2026. Foto PMO Malaysia ialah sebuah ekonomi sedang pesat membangun dan kini semakin memberikan tumpuan kepada sektor E&E dan semikonduktor di Asia Tenggara, manakala dari segi ekonomi tenaga, kita mungkin antara yang terbesar ketika ini, termasuk dalam eksport ke Amerika Syarikat





La gourmet perkasa bakat individu autisme menerusi kempen 'A Caring Heart' - Sinarharian - 15/09 10:34 am

KUALA LUMPUR - Bermula dengan usaha mengenal pasti keupayaan dan bakat individu autisme, kempen 'A Caring Heart' oleh La gourmet kini meneruskan komitmen dalam aspek pembangunan kemahiran dan pemerkasaan.Pengarah Urusan La gourmet & Katrin BJ Group of Companies, Jean Yeap berkata, menerusi inisiatif ini, pihaknya berharap dapat mengenal pasti dan mengembangkan bakat individu daripada golongan autisme.Menurutnya, selain itu ia dapat membangunkan kemahiran yang bermakna dan mewujudkan peluang untuk mereka membina keyakinan diri serta mencapai tahap kebergantungan diri yang lebih tinggi."Impak yang ingin diwujudkan La gourmet pada tahun-tahun akan datang jauh melangkaui apa yang dapat dilihat pada hari ini."Oleh itu, sempena ulang tahun ke-31, La gourmet menutup kempen 'A Caring Heart' dengan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Gem & Bread Special Needs Support Group."Ia sekali gus mengukuhkan komitmen berterusan syarikat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan memberikan impak bermakna kepada komuniti," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah Jean Yeap, bukan sekadar sumbangan, dana berkenaan merupakan satu pelaburan terhadap potensi golongan autisme.Jelasnya, sumbangan itu akan digunakan Gem & Bread bagi mendapatkan khidmat tenaga pengajar khusus serta membangunkan program untuk mengenal pasti dan mengembangkan keupayaan unik kanak-kanak dan golongan dewasa autisme."Keupayaan tersebut merangkumi bidang seni, pembuatan roti, masakan, muzik dan kemahiran praktikal."Daripada bertanya apa yang mereka tidak boleh lakukan, kita seharusnya bertanya, apakah yang mereka boleh lakukan? Kemudian berikan mereka sokongan dan peluang untuk melakukannya dengan baik," jelasnya.Beliau memberitahu, kepercayaan itu diterjemahkan menerusi kisah Yaya, seorang artis muda autisme yang hasil lukisannya dipaparkan dalam Koleksi Ulang Tahun Ke-31 La gourmet.Katanya, kisah Yaya menunjukkan bagaimana pengiktirafan terhadap keupayaan seseorang individu mampu mengubah bakat kepada keyakinan diri, tujuan hidup dan peluang."Perjalanan La gourmet dalam menyokong komuniti autisme bermula 12 tahun lalu menerusi Akhtar, seorang remaja autisme berbakat berusia 15 tahun daripada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom)."Perkenalan itu menjadi titik permulaan kepada komitmen bermakna syarikat yang kemudiannya membawa kepada inisiatif Skill-Development Fund pada 2014."Hari ini, 'A Caring Heart' meneruskan komitmen tersebut dalam aspek pembangunan kemahiran dan pemerkasaan," ujarnya.





Generasi baharu pejuang produk makanan warisan Terengganu - Sinarharian - 15/09 9:20 am

KUALA TERENGGANU - Warisan makanan tradisional terus mewarnai Wajah Malaysia apabila inovasi dan kreativiti generasi baharu berjaya mengangkat produk tempatan Terengganu daripada hidangan turun-temurun kepada perniagaan bernilai jutaan ringgit.Di Kampung Batu Putih, Marang, usahawan makanan tradisional berasaskan nisan kerek, Nur Nadirah Syuhadah Rahmat, 28, mencatatkan jualan tahunan RM6 juta menerusi pelbagai inovasi menu moden.Nur Nadirah atau lebih mesra dipanggil Cik Na memulakan perniagaan secara perseorangan pada 2000 dengan menghasilkan kopi nisang dan colek nisang kampung, kini berkembang pesat dengan tawaran lebih 20 jenis produk, termasuk egg waffle nisang cheese."Perniagaan ini mula berkembang daripada dua staf pada 2022 sehingga kini menggaji 51 pekerja tempatan menerusi dua cawangan di Chendering dan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Berang."Strategi pemasaran di media sosial amat penting untuk menarik minat ramai, terutamanya generasi muda yang sebelum ini tidak mengenali nisan kerek atau nisang," katanya kepada Sinar Harian.Mengulas mengenai cabaran yang ditempuh, Nadirah mengakui aspek kawalan kualiti adalah paling mencabar kerana produknya tidak menggunakan bahan pengawet dan berasaskan nisan asli.Bagi jangka panjang, dia merancang membesarkan kilang sedia ada di Kampung Batu Putih dan berhasrat membuka sebuah resort berkonsepkan hutan serta tradisional menjelang 2028.Sementara itu, pengusaha Kori Keropok Lekor Losong (2K2L) di Losong di sini, Ahmad Bukhari Ayob, 40, mengambil pendekatan mengekalkan resipi asal dan harga jualan sejak 15 tahun lalu demi menjaga mutu produk.Menggunakan ikan tamban dan selayang sebagai bahan utama, beliau mampu menjual antara 200 hingga 300 kilogram keropok lekor sehari, manakala permintaan meningkat sehingga 500 kilogram sehari menjelang musim cuti sekolah.Ahmad Bukhari yang kini dibantu 10 pekerja tempatan berkata, tenaga kerja seramai 15 orang serta mengambil pekerja sambilan diperlukan bagi menampung permintaan tinggi pada musim percutian.





Ketika padang tak lagi rata, kita semua menjadi mangsa - Denyutreformasi - 15/09 8:41 am

Lalu, akademi sukan swasta tumbuh bagai cendawan. Ibu bapa yang berkemampuan tidak berkira untuk melabur wang dan tenaga demi latihan bersistem





Volkswagen Mission Efficiency Catat Penggunaan Tenaga Hanya 6.89 kWj/100 Km - Careta - 15/09 7:40 am

Menggunakan platform MEB+ dengan pacuan roda hadapan, model 2+2 tempat duduk itu berkongsi motor elektrik dan teknologi bateri dengan Volkswagen ID





Kotak plastik ada radiasi tinggi di Sri Petaling dimusnahkan unit pemusnah .. - Mygazette - 15/09 7:35 am

Tambah Fadil, hasil tindakan itu mendapati terdapat beberapa kotak disyaki mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni di dalam kotak berkenaan yang telah berjaya dimusnahkan. "Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Tenaga Atom mengesahkan tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian





Buletin Mercedes-benz Cla 200 Amg Line Serba Baharu Diperkenalkan – .. - Mekanika - 15/09 7:35 am

Bahagian hadapan diserlahkan oleh gril radiator bercahaya bersama logo bintang Mercedes-Benz, manakala kabin menerima teknologi digital terkini menerusi sistem operasi MB.OS dan generasi keempat MBUX. * Enjin petrol dengan teknologi hibrid ringan 48-volt * Transmisi klac berkembar lapan kelajuan baharu (8G-eDCT) * Bateri lithium-ion 48V berkapasiti sehingga 1.3kWh * Mampu bergerak menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya pada kelajuan bandar tertentu * Fungsi coasting atau meluncur tanpa beban enjin sehingga sekitar 100km/j * Sistem pemulihan tenaga (regenerative braking) dalam semua lapan gear * Penggunaan bahan api sekitar lima liter bagi setiap 100km * Rim aloi AMG 19 inci rekaan lima jejari berkembar * Lampu ambien luaran dengan animasi logo Mercedes-Benz * Pembantu maya MBUX berasaskan kecerdasan buatan (AI) * Integrasi teknologi AI daripada Microsoft dan Google * Paparan MBUX Superscreen merentasi papan pemuka * Grafik masa nyata menggunakan Unity Game Engine * Tempat duduk sukan AMG Line Sports Seat Package * Sistem pendingin hawa automatik THERMOTRONIC dua zon Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line serba baharu kini dibuka untuk tempahan awal dengan harga anggaran bermula RM275,000





Malaysia-Thailand perkukuh kerjasama tenaga dengan PSC Blok A-18 - Utusan - 15/09 7:20 am

PETALING JAYA: Malaysia dan Thailand memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor tenaga menerusi pemeteraian Production Sharing Contract (PSC) dan Perjanjian Penjualan Gas (GSA) baharu bagi Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA)





PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Gabenor Keralam, Perkukuh Hubungan, .. - Wrlr - 15/09 7:07 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Keralam, Rajendra Vishwanath Arlekar di Kozhikode pada 14 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim Lawatan Anwar buat julung-julung kali ke Keralam sebagai Perdana Menteri bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama strategik dalam sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, bakat dan tenaga kerja serta kesalinghubungan serantau.





Cabaran Umno untuk uji keikhlasan PAS pelik, luar strategi - Denyutreformasi - 15/09 7:00 am

Pulau Pinang merupakan jantung kepada DAP. Jika Umno dan PAS berpadu tenaga melumpuh DAP di Pulau Pinang, ia akan menyebabkan kesan besar kepada DAP di seluruh negara





Mercedes-Benz GLC 300 4M Electric Dijual Bermula RM 389K – 616KM WLTP, Senibina Pengecasan 800V - Amanz - 14/09 8:00 pm

Baharu sahaja bulan lepas Mercedes-Benz Malaysia memulakan penjualan CLA 250+, hari ini mereka telah mengumumkan kehadiran satu lagi model elektrik untuk pasaran tempatan. Mercedes GLC 300 4M Electric ini merupakan siri EV seterusnya dari mereka yang menggunakan senibina MB.EAM yang baharu dengan kecekapan tenaga yang tinggi





Polis musnahkan kotak misteri disyaki ada radiasi tinggi di Sri Petaling - Sinarharian - 14/09 6:48 pm

KUALA LUMPUR - Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) memusnahkan sebuah kotak plastik mencurigakan yang ditemui di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling di sini pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan objek berkenaan pada jam 12.57 tengah hari daripada seorang wanita berusia 33 tahun."Siasatan awal mendapati objek tersebut dikesan mempunyai bacaan radiasi yang agak tinggi ketika pemeriksaan dilakukan di kawasan berkenaan."UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Unit CBRE (Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan) Bukit Aman serta Agensi Nuklear Malaysia hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Fadil berkata, UPB kemudiannya menggunakan Recoilless Disruptor 5.0 bagi memusnahkan objek tersebut."Hasil tindakan itu mendapati terdapat beberapa kotak disyaki mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni di dalam kotak berkenaan yang telah berjaya dimusnahkan."Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Tenaga Atom mengesahkan tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian," katanya.Fadil berkata, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran serta ancaman kepada keselamatan awam."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menyalurkannya kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.





Polis letupkan kotak dengan bacaan radiasi tinggi di Sri Petaling - FMT - 14/09 6:34 pm

Polis berkata Jabatan Tenaga Atom mengesahkan bahawa tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.





Suruhanjaya Tenaga – Sektor Pusat Data Menggunakan Hampir 10 Peratus Tenaga Elektrik Malaysia - Amanz - 14/09 3:31 pm

Malaysia merupakan salah satu daripada negara-negara di Asia Pasifik yang sedang membangunkan sektor pusat data dan kecerdasan buatan secara mendadak. Dengan pembangunan pesat ini, ia juga dilihat bahawa pusat-pusat data ini menggunakan jumlah tenaga elektrik yang cukup banyak sekali





Lawatan PM ke India beri kesan terhadap 7 kepentingan Malaysia – .. - Mygazette - 14/09 3:18 pm

Lebih banyak produk Malaysia menembusi India bermakna lebih banyak ruang untuk perniagaan berkembang," katanya. Ketiga pula katanya, Anwar membuka ruang kerjasama dalam sektor-sektor strategik baharu apabila pertemuan itu turut menyentuh perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, infrastruktur, ekonomi digital, tenaga, _fintech_, pendidikan serta pelancongan





Sasaran PISA 2030 sukar dicapai tanpa instrumen baharu – INSAP - Mygazette - 14/09 3:18 pm

Tambah beliau, Senarai Pekerjaan Kritikal TalentCorp 2024/2025 turut menyenaraikan 66 pekerjaan yang sukar diisi merentasi 18 sektor, dengan bidang kejuruteraan antara yang utama. Menurutnya, industri semikonduktor juga memerlukan jurutera yang mampu mendiagnosis masalah baharu dan tenaga kerja berpengalaman, bukannya sekadar menambah jumlah graduan yang mempunyai sijil





Petronas Carigali peroleh PSC untuk 35 tahun bagi Blok A-18-01 - Mygazette - 14/09 3:18 pm

Sementara itu, Blok B-17-01 merangkumi medan gas Muda, Tapi, Tanjung, Amarit, Jengka, Melati dan Andalas. PSC baharu itu turut mengukuhkan komitmen Petronas Carigali untuk melabur dalam aset strategik serta meneruskan pertumbuhan mampan demi menjamin keselamatan tenaga serantau





Cerun runtuh: Laluan di KM263.6 PLUS disahkan selamat - Sinarharian - 14/09 1:21 pm

IPOH - Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu.Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hasil pemantauan menyeluruh oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad mendapati struktur cerun di lokasi berkenaan kekal stabil.Menurutnya, penilaian teknikal termasuk penggunaan dron bagi meneliti kawasan atas cerun mengesahkan integriti keseluruhan cerun batuan tidak terjejas."Saya ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa laluan ini adalah selamat dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan."Insiden yang berlaku itu tidak dikategorikan sebagai kemalangan yang besar atau senario terburuk," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau bilik operasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian di Pusat Kawalan Menora di sini pada Isnin.Hadir sama, Hadir sama, Pengarah Wilayah Utara LLM, Ir Ts Muhd Yusrizan Mohd Yusof dan Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz.Mohammad Nizar berkata, kejadian pada 11 September lalu berpunca daripada hujan lebat luar biasa antara 65 hingga 66 milimeter berbanding kebiasaan sekitar 40 milimeter yang menyebabkan pergerakan tanah dan pokok tumbang ke laluan kiri.Katanya, tindakan pantas agensi terlibat termasuk pemasangan lapisan pelindung permukaan dan menempatkan penghadang konkrit berjaya mengawal keadaan dalam tempoh kurang satu hari tanpa perlu menutup sepenuhnya laluan berkenaan."Sekiranya berlaku hujan, air akan dialirkan terus ke bawah dan tidak meresap ke kawasan tanah tersebut."Dalam hal ini, pemantauan berterusan kini dilaksanakan termasuk rondaan berkala oleh PLUS serta pemerhatian rapi terhadap sebarang tanda pergerakan tanah," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan sedang meneliti pelan jangka panjang bagi memperkukuh struktur cerun di kawasan berkenaan.Ujar beliau, kerja mitigasi yang dilaksanakan ketika ini merupakan langkah awal sementara penyelesaian menyeluruh dirangka."Untuk jangka panjang, kita akan melihat kaedah paling selamat termasuk kerja pengukuhan semula cerun dan penstabilan batuan di kawasan terlibat."Cadangan ini turut melibatkan kemungkinan peruntukan tambahan melalui Kementerian Kerja Raya," katanya.Sementara itu, PLUS memaklumkan kerja perlindungan cerun telah dimulakan sejak 12 September lalu termasuk pemasangan lapisan pelindung permukaan, penghadang konkrit dan jaring penahan batu.Pemantauan 24 jam turut dilaksanakan melalui CCTV, rondaan PLUSRonda serta penilaian berterusan oleh pakar geoteknikal bagi memastikan keselamatan pengguna kekal terjamin.




Reformasi     >>



Apa alasan Tuanku Muhriz hendak diturunkan daripada .. - Harapandaily
Kemelut melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bukan perkara kecil yang boleh dibiarkan tanpa penjelasan menyeluruh. Ia menyentuh Perlembagaan, Adat Perpatih, institusi Raja serta keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang. Kerajaan Negeri Sembilan pada 16 September ..
Kroni     >>



Negri Sembilan govt will not gazette April 19 .. - NST
SEREMBAN: The Negri Sembilan government will not take any action to gazette or enforce the April 19 proclamation concerning the position of the Yang di-Pertuan Besar, the state secretarys office said.
Tabloid     >>



Tuanku Muhriz Tiba Di Tanah Air, Zahir Penghargaan .. - Siakapkeli
Tuanku Muhriz Tiba Di Tanah Air, Zahir Penghargaan Atas Sokongan SEPANG, 17 Sept (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuank
Tech     >>



Samsung to outsource all of its DRAM manufacturing and .. - Gsmarena
The AI race is heating up, and so is the demand for hardware required to support it. That's why companies that produce HBM memory chips like Samsung have benefited immensely in the last few years. So it's only logical for Samsung to shift its focus to HBM memory production, as this is the ..
World     >>



Trump administration approves sale of F-35 jets to .. - Aljazeera
The deal, which needs approval from Congress, comes as Riyadh seeks Washington's help in its war with Yemen's Houthis.
Motor Trend     >>



Defender Wolf Series II Pikap Diperkenalkan, Calon .. - Careta
Sejak Defender generasi semasa diperkenalkan pada 2019, peminat sering menantikan versi pikap rasmi daripada Land Rover. Defender terdahulu pernah ditawarkan dalam bentuk tersebut selama beberapa dekad, namun pilihan sama tidak diteruskan pada model generasi baharu. Beberapa syarikat