| /// |
|
| Search : Tampin News | Page 1 |
|
Isu pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesai secara rundingan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/06 1:28 pm PUTRAJAYA - Isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesaikan melalui rundingan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berpendapat, pendekatan itu lebih sesuai berbanding membawa perkara berkenaan ke mahkamah, selain menegaskan kepentingan untuk menghormati Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan."Caranya ialah menghormati institusi kedaulatan DKU yang ada dan pada hemat saya, jalan yang terbaik ialah melalui perundingan dan tidak perlu membawa perkara ini ke muka pengadilan atau mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2026 di sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.Anwar berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir dimuktamadkan dan perbincangan lanjut bersama parti komponen BN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan pembahagian kerusi dapat dilakukan secara menyeluruh sebelum pengumuman mengenainya dibuat."Untuk Johor, telah hampir diselesaikan dan esok saya akan mengadakan perundingan dengan parti komponen BN terutamanya MCA bagi mereka memuktamadkannya dan untuk UMNO, hampir selesai."Insya-ALLAH dalam minggu depan kita akan memuktamadkan sepenuhnya dan kita akan umumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan PRN Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun ini, manakala untuk Negeri Sembilan, pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN telah diterima semalam.DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun diikuti Negeri Sembilan, yang memiliki 36 kerusi pada semalam (5 Jun) |
|
PDRM jelaskan apa sebenarnya berlaku di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar .. - Wrlr - 6/06 11:43 am Harapandaily June 6, 2026 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota polis di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin semalam bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan keselamatan awam dan pematuhan kepada undang-undang |
|
Mahkamah dah larang? : Setiausaha DKU cadang tindakan hina mahkamah - Wrlr - 6/06 11:38 am Perintah itu antara lain menghalang mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama. Selain Maarof, lima lagi plaintif yang terlibat ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Mubarak Thahak; Undang Luak Johol, Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; serta Shahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid |
|
Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera - Sinarharian - 6/06 9:00 am SHAH ALAM - Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan mengikut lunas undang-undang tubuh negeri dan adat yang diterima pakai di negeri berkenaan.Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, meskipun krisis hanya berlaku di dalam Negeri Sembilan, rakyat akan menilai ia sebagai perkara besar kerana melibatkan institusi diraja itu sendiri."Rakyat memandang dan menilai yang krisis ini besar sebab melibatkan masalah dalaman institusi diraja."Jadi, saya harap krisis dalaman ini cepat berakhir dan diselesaikan dengan tenang berdasarkan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri," katanya ringkas kepada Sinar Harian.Media melaporkan, kurang 12 jam selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), suasana di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pada pagi Jumaat bertukar kecoh.Ia selepas beberapa pembesar adat negeri itu tidak dibenarkan memasuki kawasan balai untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU).ARTIKEL BERKAITAN -Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUSebelum itu, Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang diperoleh dalam sesi menghadap di Istana Besar Seri Menanti.Pembubaran tersebut membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi memilih kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang. |
|
PDRM jelaskan apa sebenarnya berlaku di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin - Harapandaily - 6/06 7:47 am Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota polis di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin semalam bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan keselamatan awam dan pematuhan kepada undang-undang |
|
Polis hadir di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin untuk kawal keselamatan, .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Polis hadir di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin untuk kawal keselamatan, ketenteraman awam SEREMBAN - Kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini hari ini ialah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta pematuhan kepada undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak |
|
Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina .. - Mygazette - 6/06 7:32 am Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ad interim terhadap enam plaintif dalam pertikaian melibatkan DKU Negeri Sembilan, yang antara lain menghalang mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung hari ini. Selain Maarof, lima lagi plaintif ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.- BERNAMA |
|
Krisis takhta N. Sembilan memuncak, Tunku Nadzaruddin dimasyhur Yang .. - Mygazette - 6/06 7:32 am Sejurus selepas pengisytiharan itu, Tunku Nadzaruddin menzahirkan penghargaan kepada Undang Yang Empat serta pembesar adat yang terlibat dalam pemilihannya. Beta menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, titah baginda |
|
Undang Yang Empat, Tengku Besar Tampin bantah pembubaran DUN Negeri .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Undang Yang Empat, Tengku Besar Tampin bantah pembubaran DUN Negeri Sembilan SEREMBAN - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diumumkan lewat malam tadi berdepan cabaran baharu apabila Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin secara rasmi mengemukakan bantahan terhadap tindakan tersebut |
|
Polis di kediaman Tunku Besar Tampin untuk keselamatan, ketenteraman awam - Hotfm - 5/06 11:15 pm Polis terima maklumat mengenai kehadiran orang ramai dan mengatur anggota bagi kawalan keselamatan. |
|
Polis di kediaman Tunku Besar Tampin untuk keselamatan, ketenteraman awam - FMT - 5/06 11:15 pm Polis terima maklumat mengenai kehadiran orang ramai dan mengatur anggota bagi kawalan keselamatan. |
|
‘Hanya jaga keselamatan di pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin’ - Kosmo - 5/06 11:14 pm ALOR GAJAH – Polis Negeri Sembilan menegaskan kehadiran pihaknya adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan kepada undang-undang bukannya memihak kepada mana-mana pihak. Ketua Polis negeri, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran orang ramai di pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan sebelum Ketua Polis Daerah Tampin menggerakkan .. |
|
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin - Mypress - 5/06 9:25 pm POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara |
|
Polis perjelas kawalan di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin - Mkini - 5/06 9:14 pm Ia bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam tanpa menyebelahi mana-mana pihak, maklum Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Alzafny Ahmad. |
|
Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan - Wrlr - 5/06 7:34 pm Pengisytiharan itu kemudiannya disambut Tunku Nadzaruddin. "Bahawasanya beta Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12," katanya |
|
KOLUM Pembesar adat yang dahaga dahagi - Mkini - 5/06 4:32 pm Apa yang terjadi di Tampin pada pagi 5 Jun 2026 adalah melanggar ketujuh-tujuh tegahan buat pembesar adat dalam Adat Perpatih. |
|
Tunku Nadzaruddin barred from leaving hotel in Melaka - Sinardaily - 5/06 4:28 pm TAMPIN Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar, who was scheduled to attend an official event at Tunku Besar Tampin Official Residence Hall here on Friday, is believed to have been barred by police from leaving a hotel in Melaka.Negeri Sembilan cultural and adat figure Tan Sri Rais Yatim informed reporters of the matter after he was seen rushing to leave the residence of the Tunku Besar Tampin.He alleged that the action was intended to prevent Tunku Nadzaruddin from attending the official event.Tunku was at the hotel and wanted to come here (the Official Residence Hall of the Tunku Besar Tampin), but was barred.He was also reportedly to be taken to Kuala Lumpur |
|
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM - Sinarharian - 5/06 4:13 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya."Jadi kita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, harus memberikan nasihat terutamanya (mengenai) orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem Raja ini bukan saja namanya tetapi kemuliaannya dan beberapa kaedah serta peraturannya sebab itu bagi kita tetap pertahankan kedudukan dan kemuliaan dan kedaulatan Raja."Kalau kita ikut sekarang susur galur setakat ini, kita tetap bekerja dan mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz. (Saya) mohon supaya apa-apa pandangan yang lain dibuat mengikut jalur yang sah mengikut perlembagaan tanpa menimbulkan keresahan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Puchong dekat sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUPerdana Menteri berkata demikian mengulas laporan media mengenai pertabalan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka pada Jumaat.Mengakui perkembangan di Negeri Sembilan sebagai sesuatu yang menggusarkan, Anwar berkata, beliau tidak menafikan hak mana-mana pihak menggunakan saluran undang-undang dan perlembagaan negeri untuk mengemukakan pandangan, namun tindakan itu perlu disokong dengan hujah yang kukuh."Menggugurkan atau memakzulkan mana-mana raja akan memberikan implikasi yang sangat besar bagi negara dan keamanan negara sebab itu kita pandang berat dan saya juga telah menyampaikan pandangan ini kepada pihak berkenaan," katanya.Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyokong tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mendapatkan mandat rakyat dalam menyelesaikan kemelut tersebut."Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan oleh kerana simpang siur yang tidak tentu arah ini sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku juga telah perkenan |
|
Kemelut DKU: Mahkamah halang usaha singkir Raja Norazli - Sinarharian - 5/06 3:42 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Pertikaian membabitkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) memasuki episod baharu apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengeluarkan perintah 'ad interim' atau injunksi sementara yang menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan serta menyekat sebarang usaha untuk menyingkirkan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh Raja Norazli dan DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan berkenaan sementara tindakan undang-undang yang sedang berlangsung diputuskan oleh mahkamah.Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan pihak defendan, melalui perintah sementara itu, plaintif sama ada secara langsung atau menerusi wakil mereka dihalang daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.Mahkamah turut melarang plaintif daripada menggantung, menyingkirkan, menggantikan atau mengganggu Raja Norazli dalam melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai Setiausaha DKU.Plaintif dalam tindakan itu ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; serta Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUDalam perintah yang sama, mahkamah mengarahkan supaya tiada jawatankuasa, individu atau badan lain ditubuhkan atau diberikan kuasa untuk mengambil alih fungsi serta bidang kuasa Setiausaha DKU.Plaintif juga dilarang membuat, melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus, prosiding dan urusan DKU termasuk mengambil langkah yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu.Menurut kenyataan itu, injunksi tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga mahkamah memutuskan isu bidang kuasa dan kebolehhakiman kes berkenaan serta sehingga sebarang perintah lanjut dikeluarkan.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kesan perintah berkenaan ialah plaintif tidak boleh menyingkirkan Raja Norazli sebagai Setiausaha DKU, menjalankan urusan badan itu atau mengeluarkan kenyataan media berkaitan DKU.Peguam kanan, Steven Thiru yang mewakili Raja Norazli dan DKU ketika dihubungi mengesahkan keputusan tersebut.Selain Steven, Raja Norazli dan DKU diwakili peguam, David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh.Plaintif pula diwakili peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Rhiza Ghazi dan Asmawi Ismail, manakala defendan ketiga diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal bersama Aala'uddin Baharom.Setakat jam 6 petang Jumaat, Sinar Harian masih menunggu kenyataan daripada pihak plaintif. |
|
Krisis adat N. Sembilan: Injuksi Mahkamah Tinggi hentikan sidang khas DKU .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm Selain itu, plaintif dilarang membuat atau melaksanakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus dan prosiding DKU yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu. Plaintif dalam kes tersebut ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid |
|
Tunku Nadzaruddin didakwa dihalang hadir ke Tampin, Rais bangkit isu .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Tunku Nadzaruddin didakwa dihalang hadir ke Tampin, Rais bangkit isu perakuan Undang Luak TAMPIN - Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar didakwa dihalang pihak polis daripada meninggalkan sebuah hotel di Melaka untuk menghadiri satu majlis rasmi di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini, kata Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim |
|
Bubar DUN N. Sembilan: Kecoh pembesar adat dihalang masuk Sidang Khas DKU - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Bubar DUN N. Sembilan: Kecoh pembesar adat dihalang masuk Sidang Khas DKU TAMPIN - Kurang 12 jam selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, suasana di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini pagi ini bertukar kecoh |
|
Undang Luak masyhurkan Tunku Nadzaruddin Yang di-Pertuan Besar Negeri .. - Hmetro - 5/06 3:16 pm Tampin: Undang Yang Empat menggunakan kuasa mereka apabila memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Alor Gajah, Melaka, hari ini |
|
Blocked in Tampin, proclaimed in Melaka: Rais Yatim says Negeri Sembilan has a new Ruler - Malaymail - 5/06 2:49 pm KUALA LUMPUR, June 5 Former Dewan Negara president Tan Sri Rais Yatim today claimed that Tunku Nadzaruddin Tuank... |
|
[WATCH] Four Negeri Sembilan Undang Convene With Tunku Besar Tampin - Rakyatpost - 5/06 12:03 am Fresh drama unfolded in Negeri Sembilan after four senior adat chiefs were temporarily denied entry to the official residence of Tunku Besar Tampin - the venue for the Dewan Keadilan dan Undang (DKU). |
|
Kekecohan tercetus lepas polis halang Undang masuk kediaman Tunku Besar Tampin - Mkini - 5/06 11:44 am Insiden sekitar jam 9 pagi itu berlaku apabila Undang Luak Johol dan Jelebu tiba untuk menghadiri satu sidang khas bersama pemimpin adat negeri yang lain. |
|
Commotion in Tampin as cops bar N Sembilan chieftains from attending special meet - Mkini - 5/06 11:30 am UPDATED 1.23PM Incident cools off after tunku besar Tampin spoke to district police chief. |
|
Kecoh pembesar adat tak dibenarkan masuk ke kediaman rasmi - Hmetro - 5/06 11:19 am Tampin: Mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang dijadualkan berlangsung di Balai Rasmi Kediaman Tunku Besar Tampin, di sini, pagi ini kecoh apabila pembesar adat dilarang masuk ke dalam kawasan kediaman rasmi terbabit oleh pihak berkuasa |
|
Negeri Sembilan royal succession row deepens as council sitting begins with police standoff - Malaymail - 5/06 10:46 am TAMPIN, June 5 A special sitting of the Dewan Keadilan dan Undang (DKU) at the official residence of the Tunku B... |
|
Jawatan Setiausaha DKU lantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan .. - Mygazette - 4/06 7:30 am Pada 29 Mei lepas, media melaporkan enam daripada lapan ahli DKU Negeri Sembilan menggantung tugas Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha DKU kerana didakwa gagal mematuhi perintah memanggil Sidang Mesyuarat Khas DKU. Mohd Zafir berkata kerajaan negeri turut mengambil maklum pendirian yang diambil Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha DKU yang dilantik |
|
Persidangan DKU perlu dapat perkenan Tuanku - Mohd Zafir - Sinarharian - 3/06 7:25 pm SEREMBAN - Kerajaan negeri berpendirian bahawa Dewan Keadilan dan Undang (DKU) merupakan sebuah institusi di bawah perlembagaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan.Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, ia berdasarkan Fasal-Fasal 16, 17 dan 19 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS)."Sebarang persidangan atau mesyuarat DKU yang diadakan tanpa mendapat perkenan YDPB, tidak boleh dianggap sebagai suatu persidangan DKU."Kerajaan negeri mengambil maklum pendirian yang telah diambil oleh Datuk-Datuk Undang Luak dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha DKU yang dilantik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau turut memaklumkan bahawa Setiausaha DKU merupakan satu jawatan lantikan oleh YDPB sendiri dan akan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh baginda seperti mana Fasal 25 UUTKNS.Justeru katanya, mana-mana pihak selain YDPB tidak mempunyai kuasa untuk menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik mana-mana individu lain sebagai Setiausaha DKU.Sebelum ini media melaporkan, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada UUTKNS 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan."Pada setiap masa, saya juga telah bertindak secara sah dan selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkansebagai Setiausaha DKU," katanya.Beliau berkata demikian menerusi surat maklum balas terhadap arahan Datuk Mubarak Dohak, Undang Jelebu, Datuk Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid untuk memanggil sidang Khas DKU. |
|
Krisis adat Negeri Sembilan: Panggil Sidang Khas DKU tidak berperlembagaan, tidak sah - Sinarharian - 3/06 4:20 pm SEREMBAN - Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan."Oleh yang demikian, saya tidak berkewajipan untuk bertindak atas apa-apa arahan atau permintaan yang tidak konsisten dengan kerangka perlembagaan yang mentadbir DKU."Pada setiap masa, saya juga telah bertindak secara sah dan selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya sebagai Setiausaha DKU,"katanya.Beliau berkata demikian menerusi maklum balas terhadap arahan Datuk Mubarak Dohak, Undang Jelebu, Datuk Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid untuk memanggil sidang Khas DKU.Jelas beliau lagi, menurut Fasal 16(1) dan Fasal 17 UUTKNS 1959, DKU tidak terbentuk dengan sempurna sebagai suatu badan tanpa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Justeru katanya, apa-apa perubahan untuk memanggil suatu mesyuarat DKU yang bertentangan dengan peruntukan tersebut dan prosedur DKU yang telah ditetapkan adalah tidak berperlembagaan serta tidak sah.Jelas beliau, di bawah Fasal 25 UUTKNS 1959, Setiausaha DKU dilantik dan memegang jawatan atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan."Itulah sifat jawatan saya |
|
Tong gas meletup di rumah, lelaki melecur dikejarkan ke hospital - Sinarharian - 3/06 1:35 pm ALOR GAJAH - Seorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas terkena letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini hari ini.Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.26 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah digerakkan ke lokasi."Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah berkenaan mengalami kecederaan selepas berlaku letupan secara tiba-tiba di bahagian dapur rumah itu."Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Zulkhairani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang difahamkan baru pulang dari kampungnya di Pahang, mendengar bunyi dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di dalam rumah dan membuat pemeriksaan terhadap tong gas memasak.Beliau berkata, ketika mangsa melakukan pemeriksaan, berlaku satu letupan secara tiba-tiba yang menyebabkannya mengalami kecederaan melecur dan kerosakan serius pada rumah berkenaan."Letupan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah selain menjejaskan struktur bangunan, termasuk pintu, tingkap, siling dan pendawaian elektrik."Operasi pemantauan dan pemeriksaan keselamatan turut dijalankan bagi memastikan tiada risiko kebocoran gas susulan selain membantu siasatan berhubung kejadian itu," katanya.Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada kebocoran gas LPG yang terkumpul di dalam rumah sebelum berlaku letupan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian |
|
Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin ada prerogatif panggil mesyuarat DKU Negeri Sembilan - Utusan - 31/05 6:45 am PETALING JAYA: Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai prerogatif untuk memanggil mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) tidak membataskan kaedah mesyuarat itu dipanggil |
|
Warning of thunderstorms, heavy rain in several states until 7pm tonight - Sinardaily - 29/05 4:46 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in seven states until 7pm tonight.MetMalaysia in a statement announced that the states involved are Kedah (Sik and Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang and Pasir Puteh) and Terengganu (Besut and Setiu).Similar conditions are also expected to hit Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol and Tampin) and Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing and Kota Tinggi).In Sarawak, the bad weather affects areas in Sibu, Mukah (Matu, Dalat and Mukah), Kapit (Song and Kapit), Bintulu (Tatau) and Miri (Subis, Beluru, Miri and Marudi).Meanwhile, in Sabah, the areas involved are the interior (Tambunan), West Coast, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) and Kudat (Kota Marudu) |
|
MetMalaysia: Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 29/05 4:44 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7 malam ini.Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), serta Terengganu (Besut dan Setiu).Keadaan sama turut dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) |
|
Hujan lebat, angin kencang di lapan negeri dan Kuala Lumpur - MetMalaysia - Sinarharian - 28/05 4:32 pm KUALA LUMPUR - Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 3.10 petang memaklumkan keadaan cuaca itu diramal melanda Kedah di kawasan Bandar Baharu manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk serta Hilir Perak.Kawasan dijangka terjejas diPantai Timur ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Rompin di Pahang.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Petaling di Selangormanakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Segamat di Johor.Di Sarawak, cuaca buruk itu diramal berlaku di Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu (Tatau) |
|
Tunku Besar Tampin, Che Puan Isteri sumbang daging korban - FMT - 27/05 1:27 pm Empat lembu dikorbankan untuk diagih kepada 100 penerima sekitar daerah Tampin. |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga awal malam .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut berada dalam kawasan amaran. Selain itu, Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir |
|
Ribut petir, hujan lebat di KL dan lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 25/05 3:10 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan di Perak, kawasan terlibatialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar, manakala di Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sertaPahang di Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Rompin.Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) sertaJohor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau), manakalaSabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) |
|
Cuba rempuh polis, tiga individu termasuk wanita ditahan - Mygazette - 25/05 7:43 am Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam. "Siasatan awal mendapati sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin melepaskan tembakan selepas berdepan ancaman ketika cuba menahan tiga suspek bersama sebuah kenderaan di lokasi kejadian |
|
Cuba rempuh polis, tiga termasuk dua wanita miliki rekod jenayah dicekup - Sinarharian - 24/05 7:02 pm HULU LANGAT - Tiga individu termasuk dua wanita yang mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau dan cuba merempuh polis berjaya diberkas di Dusun Tua di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 9.30 malam berkenaan mengenai kejadian tersebut.Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah melepaskan tembakan ketika terancam semasa melakukan tangkapan ke atas suspek yang menaiki sebuah kenderaan di tepi jalan.Menurutnya, suspek dikatakan cuba merempuh kenderaan polis."Semakan rekod suspek pertama didapati mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod narkotik, suspek kedua mempunyai empat rekod jenayah dan 11 rekod narkotik."Sementara suspek ketiga mempunyai enam rekod jenayah dan dua rekod narkotik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.Tambahnya, turut dirampas beberapa unit telefon bimbit dan alat kawalan jauh kenderaan dipercayai terlibat dengan kes yang disiasat di IPD Tampin."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam," ujarnya.Jelasnya, pihak polis juga menasihatkan masyarakat untuk segera menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang ditalian 03-89114243 jika melihat atau mempunyai maklumat sebarang perbuatan jenayah atau mencurigakan di kawasan mereka. |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa kebanyakan negeri hingga malam ini - Mygazette - 24/05 6:04 pm Di Pahang pula, kawasan terjejas ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Selain itu, beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor turut diramal mengalami cuaca buruk termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru |
|
Amaran ribut petir, angin kencang landa 9 negeri, Labuan - MetMalaysia - Sinarharian - 24/05 5:32 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkanWilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu, dijangka melanda seluruh negeri Terenganu; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin manakala di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Menurut kenyataan itu, amaran sama dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat |
|
Setiausaha, DKU pertikai kuasa mahkamah dalam kes saman pemula Mubarak - Sinarharian - 13/05 1:51 pm SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mengarahkan dua defendan dalam saman pemula yang dikemukakan oleh Datuk Mubarak Dohak bersama lima yang lain untuk mengemukakan bantahan rasmi dalam tempoh tujuh hari berkaitan bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes tersebut.Kes itu membabitkan permohonan penggantungan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) bertarikh 17 April lalu.Hakim, Roz Mawar Rozain mengarahkan demikian selepas mendengar bantahan awal daripadadefendan pertama, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin dan defendan kedua, DKU.Kedua-dua defendan yang diwakili peguam, Steven Thiru membangkitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mendengar permohonan tersebut mengikut Perkara 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Mereka berhujah bahawa berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan berkenaan.Sehubungan itu, pihak defendan akan memfailkan afidavit sokongan kepada pihak mahkamah dan ia akan didengar secara lisan pada 28 Julai depan.Selain Mubarak, lima lagiplaintifialah Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Utama Badarudin Abdul Khalid.Kesemua mereka diwakili oleh tujuh peguam yang diketuai Awang Armadajaya Awang Mahmud.Sementara itu, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Ala'uddin Baharom yang juga peguam mewakili defendan ketiga iaitu kerajaan Negeri Sembilan turut membantah permohonan plaintif untuk mendapatkan Minit Mesyuarat DKU kerana defendan bukanlah ahli DKU."Segala persiapan, penyediaan, penyimpanan dan pengeluaran minit mesyuarat bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."Saya percaya kuasa mahkamah perlu diputuskan terlebih dahulu kerana secara amnya minit mesyuarat dan keputusan adalah perkara berbeza, manakala bagi permohonan ketiga (penggantungan), defendan membantah sekerasnya dan memohon isu berkenaan didengar dahulu," katanya.Pada prosiding tersebut, mahkamah turut tidak membenarkan apa-apa perintah pelaksanaan penggantungan yang dipohon oleh pihak plaintif yang bersangkutan dengan keputusan Mesyuarat Khas DKU bertarikh 17 April sehingga Minit Mesyuarat Sidang Khas tersebut dikemukakan dan diserahkan kepada plaintif.Ini termasuklah arahan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong secara serta-merta serta pemindahan pekerja balai dalam tempoh tidak sampai 24 jam.Mengulas keputusan itu, Awang Armadajaya berkata, mahkamah mendapati keterangan dalam afidavit yang dikemukakan belum mencukupi untuk membolehkan penggantungan interim diberikan."Namun, hakim telah menjelaskan bahawa pihak-pihak plaintif tidak terhalang membuat permohonan rasmi mengenai penggantungan tersebut."Jadi, kita akan mendapatkan arahan daripada plaintif (anak guam) sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya. |
|
Ribut petir dijangka landa 11 negeri sehingga 7 malam ini - MetMalaysia - Sinarharian - 12/05 5:59 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.Negeri lain termasuk Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).Keadaan sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).Amaran itu turut melibatkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).Bagi Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.Di Sabah, amaran sama melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) |
|
Ribut petir dijangka landa 11 negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 12/05 3:51 pm KUALA LUMPUR Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran cuaca dikeluarkan pada jam 2.05 petang memaklumkan, keadaan cuaca itu melibatkan Kedah iaitu Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan) serta seluruh Johor.Keadaan sama turut diramal berlaku di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Mualim.Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.MetMalaysia turut memaklumkan beberapa kawasan di Pahang seperti Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Maran dan Rompin dijangka terjejas selain Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Lubok Antu di Sri Aman, Pakan dan Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Song di Kapit serta Miri, Marudi dan Limbang.Sementara itu di Sabah, amaran cuaca melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.Turut terjejas ialah Tawau dan Kunak di Tawau serta Kudat |
|
Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri hingga 9 malam ini - Sinarharian - 11/05 6:12 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 9 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu diramal melanda Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim; Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).Cuaca sama juga dijangka melanda Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau) selain Labuan |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - Sinarharian - 8/05 4:09 pm PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Kedah melibatkan Sik dan Baling.Turut terjejas ialah Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin."Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin," menurut kenyataan itu hari ini.Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melibatkan seluruh Melaka dan Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit melibatkan Song, Bintulu serta Miri melibatkan Subis dan Beluru.Bagi Sabah pula, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan selain Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.Turut terlibat ialah kawasan Tawau melibatkan Tawau dan Lahad Datu, Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat.Cuaca buruk sama turut dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |