///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Sungai Jeram Hulu News   Page 1    





Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron .. - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron Highlands KUANTAN - Lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas berdepan detik cemas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Mensun, di Kampung Orang Asli Terisu, Cameron Highlands hari ini





JKNNS kesan empat kes disyaki kencing tikus di Taman Eko Rimba... - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# JKNNS kesan empat kes disyaki kencing tikus di Taman Eko Rimba Ulu Bendul SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) mengesan empat kes disyaki wabak leptospirosis atau kencing tikus di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah





UMNO Sungai Besar sedia kerah 300 ahli sertai Himpunan Mega Daulat... - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# UMNO Sungai Besar sedia kerah 300 ahli sertai Himpunan Mega Daulat Tuanku - Jamal SHAH ALAM UMNO Bahagian Sungai Besar menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Himpunan Mega Daulat Tuanku anjuran Pemuda Pas Selangor yang dijadulkan berlangsung di sini, 16 Mei ini





Tragedi FRU Teluk Intan jadi pengajaran, polis perkemas SOP penugasan - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# Tragedi FRU Teluk Intan jadi pengajaran, polis perkemas SOP penugasan KUALA LUMPUR - Polis sedang memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) penugasan bagi mengelak berulangnya tragedi membabitkan kemalangan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan ChikusSungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei tahun lalu





Eight boys rescued from Cameron Highlands water surge - SUN - 13/05 9:56 pm

Eight boys aged four to 12 rescued from a sudden water surge at Sungai Mensun in Cameron Highlands, says fire department





Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan - Sinarharian - 13/05 8:54 pm

KUANTAN - Lapan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri di atas batu besar sementara menunggu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu,Kuala Terla, Cameron Highlands, pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang.Menurutnya, berdasarkan maklumat, lapan kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun terperangkap di atas batu selepas gagal menyeberang ekoran arus deras."Jarak dari tebing ke tempat mangsa kira-kira 20 meter memaksa khidmat anggota bomba untuk membawa mereka ke tempat selamat."Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi kira-kira jam 5.47 petang sebelum operasi menyelamat semua kanak-kanak terbabit digerakkan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, operasi menyelamat mangsa menggunakan tali penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum semua mangsa berjaya diselamatkan."Semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 7.58 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keluarga masing-masing."Operasi turut dibantu anggota dari BBP Ringlet dan polis," katanya.





3.4m crocodile shot in Marudi as hunt continues after fatal Sungai Ridan attack - BorneoPost - 13/05 6:20 pm

MIRI (May 13): An 11-foot (3.4m)-long crocodile was shot dead at Kampung Ridan, Marudi by a team of eight licensed crocodile hunters during an operation on Tuesday





Sungai Petani cops probe claim 13-day-old baby suffered fractured thigh during jaundice treatment - Malaymail - 13/05 6:18 pm

SUNGAI PETANI, May 13 Police have confirmed receiving a report regarding allegations that a 13-day-old baby boy...





Bapa reda hilang satu-satunya anak dalam tragedi lemas - Sinarharian - 13/05 5:57 pm

KUALA TERENGGANU - Tiada kata dapat menggambarkan perasaan pilu seorang bapa apabila kehilangan satu-satunya cahaya mata dalam kejadian lemas di Sungai Jeram Hulu, dekat sini semalam.Azman Wahab, 43, berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham Nur Shahila Shahirah, 12, ialah dua minggu lepas di sebuah surau di Kampung Jeram, Manir untuk memberi wang saku.Azman yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, setelah berpisah dengan bekas isteri Suria Sulong, 34, enam tahun lepas, beliau melupakan hasrat berkahwin lagi kerana mahu menanggung Nur Shahila Shahirah dan bekas anak tiri, Allahyarham Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, yang turut terkorban dalam tragedi tersebut."Walaupun kami sudah berpisah, saya tetap menanggung perbelanjaan Shahila dan kakaknya yang sudah saya anggap seperti anak sendiri





Polis perkemas SOP penugasan elak kemalangan libat anggota FRU - Sinarharian - 13/05 5:04 pm

KUALA LUMPUR Polis memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) penugasan bagi mengelak tragedi kemalangan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan ChikusSungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei tahun lalu berulang.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penambahbaikan itu terutama membabitkan penugasan konvoi selain memastikan setiap anggota mematuhi SOP yang telah ditetapkan."Kita telah membuat banyak penambahbaikan dan memperkemaskan SOP dalam melaksanakan penugasan terutama yang melibatkan konvoi besar."Saya percaya dengan peningkatan SOP dan peraturan yang ditetapkan, kita dapat mengurangkan kemalangan bukan sahaja ketika bertugas tetapi juga semasa berada di jalan raya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup PDRM Special Dialogue V 2026 (PSD V 2026) di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, pihaknya juga sentiasa meningkatkan aspek logistik dan peralatan pasukan tersebut."Perkara itu memang kita tingkatkan dari semasa ke semasa dan pada masa sama kita menerima peruntukan daripada kerajaan untuk mempertingkatkan peralatan serta logistik termasuk kenderaan baharu," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kebajikan keluarga mangsa yang terlibat turut diberi perhatian termasuk bantuan keperluan serta perlindungan insurans."Setakat ini, alhamdulillah, segala bantuan keperluan dan insurans telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna."Jika ada kekurangan, keluarga boleh berhubung dengan ketua polis negeri masing-masing," katanya.Tragedi kemalangan itu mengorbankan sembilan anggota FRU.Dalam kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu, trak membawa 18 anggota FRU Unit 5 Kem Sungai Senam, Ipoh dirempuh sebuah lori bermuatan batu kerikil yang memasuki laluan trak FRU yang sedang mengikuti konvoi dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan ke Ipoh.





Polis siasat dakwaan bayi patah paha semasa rawatan - Sinarharian - 13/05 4:23 pm

SUNGAI PETANI - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang bayi lelaki berusia 13 hari mengalami patah tulang paha ketika menerima rawatan akibat jaundis di sebuah hospital di daerah ini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh bapa bayi itu pada Isnin lepas dan pihaknya telah menjalankan siasatan."Kita masih jalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini





Tragedi Sungai Jeram: Jenazah dua beradik lemas dikebumi satu liang - Sinarharian - 13/05 4:05 pm

KUALA TERENGGANU Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram, Manir di sini apabila dua beradik yang maut dalam tragedi lemas di Sungai Jeram, petang Selasa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 3 petang pada Rabu.Jenazah Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalludin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, disemadikan dalam suasana hiba dengan dihadiri ahli keluarga, kenalan serta penduduk setempat.Terdahulu, kedua-dua jenazah dibawa dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus selepas selesai proses bedah siasat pada awal pagi tadi.Jenazah Nur Afiqah Shahirah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Rahman Limbong tiba di Surau Saidina Umar Pasar Jeram pada jam 10.58 pagi untuk disembahyangkan.Selang kira-kira 20 minit kemudian, jenazah adiknya, Nur Shahila Shahirah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, pula tiba di pekarangan surau tersebut pada jam 11.20 pagi.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, hasrat empat sekawan untuk meluangkan masa dengan mandi-manda di sungai berkenaan berakhir dengan tragedi menyayat hati.Dua beradik tersebut dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakan mereka yang dipercayai hampir lemas.Bagaimanapun, dua lagi rakan mangsa, Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, 12, dan Noor Shaqira Abdul Fatah, 12, berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 6 petang di dasar sungai dengan kedalaman kira-kira tujuh meter.Kedua-dua mayat ditemui pada jarak 50 meter dari tebing sungai dalam kedudukan berhampiran antara satu sama lain.





Thunderstorms, heavy rain forecast in eight states until 5pm - Sinardaily - 13/05 3:52 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds affecting eight states until 5pm today.In a statement today, MetMalaysia said the adverse weather conditions are expected in Perlis, Kedah (Langkawi) and Perak, involving Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang and Muallim.Similar conditions are also forecast in Pahang, specifically Cameron Highlands and Bentong, as well as Hulu Selangor in Selangor.In Johor, the affected areas are Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi and Johor Bahru.Meanwhile, in Sabah, the warning covers the Interior areas of Keningau and Tambunan, the West Coast, Tawau, Kinabatangan in Sandakan, and Kudat.In Sarawak, the warning has been issued for Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song and Kapit in Kapit division, as well as Tatau in Bintulu division





Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri - Sinarharian - 13/05 3:05 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah meliputi Langkawi) serta beberapa daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.Amaran sama turut melibatkan Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong selain Hulu Selangor di Selangor.Di Johor, kawasan dijangka terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sabah,kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Keningau dan Tambunan), selain Pantai Barat, Tawau,Kinabatangan di Sandakan serta Kudat.Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit termasuk Song dan Kapit serta Tatau di Bintulu





Himpunan Daulat Tuanku: SP Care sedia hulur bantuan medik, ambulans walau berbeza politik - Sinarharian - 13/05 1:44 pm

SHAH ALAM - Perbezaan pandangan politik tidak menghalang SP Care Group untuk menyediakan perkhidmatan medik dan ambulans kepada peserta Himpunan Daulat Tuanku yang dijadual berlangsung di sini pada 16 Mei ini.Pengerusinya, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, inisiatif itu dilaksanakan atas dasar kemanusiaan serta keprihatinan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan orang awam sepanjang perhimpunan berlangsung.Menurut beliau, hak rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi matang yang perlu dihormati semua pihak."Perbezaan pandangan politik tidak sewajarnya menjadi alasan untuk mana-mana pihak menafikan hak bersuara selagi ia dilaksanakan secara bertanggungjawab serta tidak menjejaskan keamanan awam."Kami percaya hak bersuara dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini selari dengan semangat Reformasi yang mengangkat prinsip kebebasan bersuara serta penghormatan terhadap institusi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sinar Harian pada Isnin melaporkan kira-kira 500 peserta termasuk penyokong beberapa parti politik dijangka menyertai Himpunan Daulat Tuanku susulan kontroversi membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, himpunan itu mendapat sokongan beberapa parti politik termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Sementara itu, Sathia Prakash yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor berkata, menjunjung institusi diraja tidak seharusnya dilihat sebagai slogan politik semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi sikap saling menghormati dan menjaga keharmonian masyarakat.Katanya, SP Care mengambil tanggungjawab menyediakan sokongan medik dan ambulans bagi memastikan kebajikan peserta himpunan sentiasa diberi perhatian sewajarnya."Dalam mana-mana perhimpunan awam, aspek kesihatan, kecemasan dan keselamatan peserta perlu diberikan perhatian serius."Inisiatif ini dibuat tanpa mengira latar belakang politik, kaum atau agama kerana keutamaan kami ialah memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan segera sekiranya diperlukan," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak supaya memainkan peranan secara bertanggungjawab sepanjang himpunan berlangsung.Menurutnya, demokrasi matang bukan sahaja diukur melalui kebebasan bersuara, malah menerusi keupayaan semua pihak menjaga ketertiban, mengelakkan provokasi dan memastikan suasana kekal aman."Semua pihak perlu menghormati undang-undang serta mengutamakan keamanan dan kesejahteraan negeri Selangor supaya perhimpunan ini berlangsung dalam keadaan aman, tertib dan terkawal," katanya.





Penarik kereta dipenjara 7 bulan simbah cat di 2 rumah di Johor - Sinarharian - 13/05 1:10 pm

JOHOR BAHRU - Seorang penarik kereta dipenjara tujuh bulan oleh dua Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan menyimbah cat pada dua buah rumah pada Disember tahun lalu dan April lepas.Hakim Azureen Sahira Sauffee Afandi menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh sabitan (hari ini) manakala Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan (16 April) terhadap Muhamad Yaccob Ibrahim, 28.Di hadapan Azureen Sahira, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan niat menyebabkan kerugian dan kebinasaan terhadap rumah milik seorang lelaki berusia 52 tahun dengan menyimbah cat merah pada kediaman berkenaan.Perbuatan tersebut dilakukan kira-kira jam 4.10 petang, 7 April lepas di Jalan Mutiara Emas 9/20 Taman Mount Austin.Di hadapan Nabilah pula, Muhamad Yaccob didakwa dengan niat melakukan khianat dengan menyebabkan kerugian dan kebinasaan terhadap rumah milik seorang lagi lelaki berusia 37, juga dengan menyimbah cat merah.Perbuatan itu dilakukan di Twin Danga Residensi, Jalan Tengah, Kampung Sungai Danga di sini pada 24 Disember, 2025, kira-kira 7 pagi.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Shafeeqah Mohd Shariffuddin dan Nor Deana Aqilah Aliman, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K





PKR begins 'seats war' as Anwars political stronghold appears uncertain - Sinardaily - 13/05 1:06 pm

SHAH ALAM - Speculation over seat redistribution within Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahead of the 16th General Election (GE16) is intensifying.What began with a leaked internal party analysis categorising constituencies into different tiers has now escalated into a broader question - which senior PKR leaders actually hold safe seats?Following the leak, former PKR deputy president Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli sarcastically questioned the party leaderships sensitivity over the disclosure of such seat classifications.More significantly, Rafizi suggested that many senior PKR leaders are currently in an uncomfortable position, as a large number of their constituencies are considered marginal rather than safe.Based on the leaked internal analysis, the Tambun parliamentary seat held by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is reportedly classified as Category 2B, or marginal.At the same time, PKR deputy president Nurul Izzah Anwar, previously associated with Permatang Pauh and Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (Gombak) are also said not to be in strong positions.This has led to increasingly aggressive internal manoeuvring within PKR, with several senior leaders reportedly being linked to potential moves to safer constituencies.Anwar is now being speculated to shift either to Bandar Tun Razak or Ampang.Izzah is also being linked with the same seats, Bandar Tun Razak and Ampang, he said in a podcast.Meanwhile, internal sources claimed that Amirudin may move from Gombak to Selayang, although this was denied by the Selangor Menteri Besars office.PKR vice-president Datuk Seri R





Titah Tengku Hassanal bawa mesej besar - Sinarharian - 13/05 8:00 am

SHAH ALAM - Titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diberi perhatian serius kerana membawa mesej penting mengenai prinsip federalisme dan hak ekonomi negeri.Pakar Perlembagaan dari Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, titah baginda ketika pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang baru-baru ini bukan sekadar istiadat tahunan, sebaliknya peringatan penting mengenai hubungan Persekutuan dan hak negeri.Pengasas Jurisprudens Watan dan Fiqh al-Watan itu menegaskan, kenyataan sedemikian tidak wajar disambut secara sinis kerana prinsip federalisme menuntut setiap negeri dilayan secara adil tanpa dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.Menurut beliau, Tengku Hassanal menegaskan pengorbanan Pahang sebagai negeri terbesar di Semenanjung dalam memelihara keseimbangan alam sekitar tidak seharusnya dinilai semata-mata melalui kutipan cukai, sebaliknya perlu dihargai menerusi sokongan terhadap hak ekonomi negeri."Baginda turut menzahirkan kekecewaan terhadap kegagalan meluluskan usaha Pahang menambah hasil negeri melalui eksport pasir Sungai Pahang serta penglibatan kontraktor tempatan dalam projek Persekutuan."Barangkali kemurkaan baginda berpunca daripada kelewatan melampau agensi Persekutuan menyelesaikan isu berbangkit sehingga menjejaskan penjualan gunung pasir di muara Sungai Pekan dan membantutkan aktiviti perlombongan pasir bagi kelestarian Sungai Pahang," katanya menerusi ruangan Pendapat Sinar Harian pada Isnin.Wan Ahmad Fauzi berkata, tindakan menggantung atau tidak mengeluarkan lesen eksport tidak wajar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan alternatif bagi membantu negeri menjana pendapatan.Menurut beliau, dasar perdagangan dan eksport di bawah bidang kuasa Persekutuan merupakan amanah, bukannya veto untuk menjejaskan ekonomi sesebuah negeri.Katanya, menyekat sumber pendapatan negeri tanpa jalan penyelesaian hanya menafikan hak negeri menikmati hasil daripada sumber buminya sendiri."Lebih ironinya, Kerajaan Persekutuan turut menikmati kutipan cukai korporat dan individu daripada pemain industri pasir."Tidak adil untuk terus mengutip cukai hasil negeri melalui LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), tetapi pada masa sama melemahkan rantaian ekonomi yang menjana cukai tersebut," ujarnya.Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan jawatankuasa khas atau pasukan petugas segera bagi meneliti isu berbangkit dan memastikan titah Tengku Hassanal dilaksanakan secara terbaik dalam tempoh munasabah.Katanya, jika lesen eksport terus dibekukan, agensi Persekutuan perlu mencari alternatif termasuk mewujudkan rantaian pasaran domestik atau membekalkan pasir kepada projek infrastruktur rakyat.Selain itu, beliau berkata, titah baginda supaya syarikat serta kontraktor tempatan yang kompeten diberi keutamaan dalam projek di Pahang wajar disambut baik."Anak-anak Pahang perlu diberi peluang utama membangunkan negeri sendiri, bukannya sekadar menjadi penonton kepada syarikat luar yang memonopoli kontrak besar," katanya.Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak turut bersetuju dengan pandangan tersebut.Beliau berkata, titah Tengku Hassanal tidak boleh dipandang ringan kerana jarang institusi diraja menzahirkan ketidakpuasan hati secara terbuka terhadap Kerajaan Persekutuan.Menurutnya, titah baginda yang diakhiri pantun lama Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati membawa mesej tersirat mengenai sejarah dan pengorbanan besar Pahang dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu."Pantun itu juga dilihat sebagai jawapan tegas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan peruntukan kepada Pahang besar, bukan kecil serta janji mendapatkan penjelasan bertulis daripada Menteri Kewangan II."Bagaimanapun, jawapan berbentuk pentadbiran itu tidak menyentuh inti pati tuntutan sebenar," katanya.Muhammad Afifi berkata, Pahang bukan negeri bawahan yang sekadar menunggu arahan Putrajaya, sebaliknya antara negeri teras yang sekian lama memikul tanggungjawab menjaga keseimbangan ekologi negara melalui kawasan hutan, sungai dan biodiversiti.Namun, katanya, apabila negeri itu mahu menjana hasil sendiri, pelbagai sekatan dan birokrasi pula dikenakan sehingga menjejaskan ekonomi negeri.Dalam isu eksport pasir Sungai Pahang, beliau menegaskan soal utama ialah konsistensi dan keadilan Kerajaan Persekutuan."Jika eksport pasir mahu disekat atas alasan perlindungan alam sekitar atau dasar nasional, tindakan itu mesti dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua negeri tanpa pengecualian."Tidak boleh ada negeri diberi kelulusan eksport, tetapi Pahang dikenakan sekatan tanpa alasan kukuh."Jika itu berlaku, ia bukan sahaja menimbulkan persepsi layanan tidak adil, malah mencerminkan amalan federalisme yang semakin selektif," katanya





Pasangan remaja jerut leher pemandu e-hailing, larikan kereta - Mygazette - 13/05 6:26 am

# Pasangan remaja jerut leher pemandu e-hailing, larikan kereta PONTIAN - Polis menahan pasangan kekasih remaja selepas menjerut leher seorang pemandu e-hailing sebelum melarikan kereta milik mangsa dalam kejadian di Taman Negara Tanjung Piai, di sini Ahad lalu





Mayat lelaki berseluar pendek, bertatu ditemui di tebing sungai Bandar .. - Mygazette - 13/05 6:26 am

# Mayat lelaki berseluar pendek, bertatu ditemui di tebing sungai Bandar Sunway KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki tidak sempurna dengan memakai seluar pendek tanpa baju dan bertatu temui di tebing sungai Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini semalam





Dua beradik perempuan ditemukan lemas di Sungai Jeram Hulu Dua beradik .. - Mygazette - 13/05 6:26 am

# Dua beradik perempuan ditemukan lemas di Sungai Jeram Hulu KUALA TERENGGANU - Dua beradik perempuan yang hilang ketika mandi-manda di Sungai Jeram Hulu di sini, ditemukan lemas kira-kira 6 petang tadi





Missing sisters found drowned in Terengganu river - SUN - 12/05 10:43 pm

Two sisters missing while bathing in Sungai Jeram Hulu near Kuala Terengganu are found drowned, with bodies recovered after a three-hour search.





Pasangan kekasih jerut pemandu e-hailing, larikan kereta - Sinarharian - 12/05 8:39 pm

PONTIAN Polis menahan pasangan kekasih remaja selepas dipercayai menjerut leher seorang pemandu e-hailing sebelum melarikan kereta milik mangsa dalam kejadian di Taman Negara Tanjung Piai di sini Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun dan suspek perempuan berusia 17 tahun itu diberkas di kawasan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka, Isnin.Menurut beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian samun yang mendatangkan kecederaan pada jam 8.51 pagi, Ahad lalu sebelum menjalankan operasi hasil maklumat risikan awam."Serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan pasukan Task Force Lejang Ketua Polis Daerah Pontian di kawasan pangsapuri tersebut antara antara jam 7 pagi hingga 2 petang Isnin."Hasil operasi, polis berjaya menahan pasangan remaja tempatan yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Jelas beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku melakukan samun dengan cara menjerut leher mangsa menggunakan tali sling sebelum menarik mangsa keluar dan melarikan kereta Proton Saga miliknya ke Johor Bahru.Beliau memberitahu, selepas melarikan kenderaan tersebut, suspek dipercayai meninggalkan kereta mangsa di kawasan restoran makanan segera di Stulang Laut, Johor Bahru."Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek lelaki yang tidak bekerja mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik selain positif dadah jenis methamphetamine."Suspek remaja perempuan pula tidak bersekolah, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah," katanya.Dalam serbuan itu, polis turut merampas semula kereta Proton Saga milik mangsa, sebilah pisau boleh laras, tali sling yang digunakan dalam kejadian, telefon bimbit serta pelbagai barangan peribadi milik mangsa dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM30,000."Mangsa yang mengalami kecederaan kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru."Antara kecederaan dialami mangsa ialah pendarahan dalaman di kepala, calar di bahagian belakang badan, gegendang telinga kanan bocor serta luka koyak pada kulit lutut kanan,"ujarnya.Hazrat Hussein berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor.Tambahnya, suspek lelaki turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah kekerasan dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang," katanya





Missing sisters found drowned in Sungai Jeram Hulu - Sinardaily - 12/05 8:32 pm

KUALA TERENGGANU - Two sisters who went missing while bathing in Sungai Jeram Hulu near here were found drowned this evening.The bodies of Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, and Nur Shakila Shahirah Azman, 12, from Kampung Jeram were recovered at about 6pm by the Water Rescue Team (PPDA) at a depth of four metres, some 20 metres from the scene of the incident.Terengganu Fire and Rescue Department (JBPM) operations commander Baharum Hasim said a total of 14 personnel, including officers and PPDA members from the Kuala Terengganu and Kuala Nerus Fire and Rescue Stations, were involved in the search for the victims."Search and rescue (SAR) efforts took about three hours to locate the victims due to strong currents and high tides





Tragedi Sungai Jeram: Ibu OKU lembam tidak tahu dua anak sudah tiada - Sinarharian - 12/05 8:14 pm

KUALA TERENGGANU - Tragedi menyayat hati yang menimpa dua beradik di Sungai Jeram Hulu di sini pada petang Selasa menyimpan kisah pilu apabila ibu kandung mereka yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) lembam masih belum menyedari kehilangan kedua-dua anaknya itu.Ibu mangsa, Suria Sulong, 34, yang juga merupakan seorang ibu tunggal tidak mengetahui bahawa Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut.Nenek mangsa, Esah Salleh, 76, berkata, Suria tidak memahami sepenuhnya situasi yang berlaku disebabkan keadaan dirinya, malah salah seorang mangsa iaitu cucu sulungnya yang berusia 15 tahun itu juga merupakan OKU lembam."Mak mereka tak tahu anak-anak dia dah meninggal





Two sisters found drowned in Sungai Jeram Hulu in Terengganu after going missing while bathing - Malaymail - 12/05 8:04 pm

KUALA TERENGGANU, May 12 Two sisters who went missing while bathing in Sungai Jeram Hulu near here were found dr...





Sindiket dadah guna ‘runner’ tumpas, rampasan cecah RM 19,000 - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Sindiket dadah guna 'runner' tumpas, rampasan cecah RM 19,000 KUALA LUMPUR Dua lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dicekup dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada Jumaat dan Sabtu lalu





Pantun kini jadi medan sindir menyindir antara pemimpin politik - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Pantun kini jadi medan sindir menyindir antara pemimpin politik KUALA LUMPUR Budaya berbalas pantun kini dilihat menjadi senjata baharu pemimpin politik untuk menyindir lawan mahupun sekutu serta menyampaikan mesej tersirat ketika suhu politik negara semakin panas





Pendapatan nelayan Kuala Juru merosot 50 peratus akibat pencemaran sungai - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Pendapatan nelayan Kuala Juru merosot 50 peratus akibat pencemaran sungai BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 100 penternak kerang dan nelayan di Kampung Kuala Juru di sini, mendakwa pendapatan mereka terjejas lebih 50 peratus akibat pencemaran Sungai Juru





Gantung, pecat ahli: Molek Bersatu keluar sahaja daripada PN -ADUN Pas - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Gantung, pecat ahli: Molek Bersatu keluar sahaja daripada PN -ADUN Pas KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa semakin hilang arah dan roh perjuangan susulan siri tindakan penggantungan serta pemecatan terhadap beberapa pemimpin parti sejak kebelakangan ini





'Afiqah dan Shahila hilang ketika cuba selamatkan rakan dibawa arus' - Sinarharian - 12/05 7:09 pm

KUALA NERUS [DIKEMAS KINI] "Kami mandi berempat, tiba-tiba seorang daripada kami hanyut





Tragedi mandi Sungai Jeram: Dua beradik ditemukan lemas - Sinarharian - 12/05 6:53 pm

KUALA TERENGGANU - Dua beradik yang dilaporkan hilang selepas cuba menyelamatkan rakan mereka di Sungai Jeram Hulu di sini ditemui lemas pada petang Selasa.Mayat Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, ditemui oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 6 petang.Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Baharum Hashim berkata, kedua-dua mangsa ditemui berdekatan pada kedalaman empat meter di dasar sungai."Mayat kedua-dua beradik itu dijumpai pada jarak 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang."Seramai 14 anggota penyelamat termasuk unit PPDA terlibat dalam operasi pencarian ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Selasa.Terdahulu, aktiviti mandi-manda empat remaja di sungai berkenaan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dihanyutkan arus kira-kira jam 3 petang.Dua lagi rakan mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.Salah seorang mangsa yang terselamat, Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, 12, menceritakan detik cemas itu apabila mereka cuba menyelamatkan rakan mereka, Noor Shaqira Abdul Fatah, 12, yang tiba-tiba hanyut."Kami mandi berempat, tiba-tiba seorang daripada kami (Noor Shaqira) hanyut





ADUN Derga pula digantung dari Bersatu - Sinarharian - 12/05 6:22 pm

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Mohamad Amri Wahab menjadi ADUN terbaharu dikenakan tindakan disiplin apabila digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Mohamad Amri yang juga Ketua Bahagian Pokok Sena dikenakan tindakan di bawah Fasal 22.5 kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Bersatu.Menerusi notis keputusan Lembaga Disiplin Bersatu, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta dan menyebabkan beliau dilucutkan daripada semua jawatan yang disandang dalam parti sepanjang tempoh berkenaan.Notis berkenaan memaklumkan Mohamad Amri tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.Bagaimanapun, ADUN Derga terbabit diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan lanjut.Setakat ini, beberapa pemimpin telah dipecat iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad; Ketua Armada Bahagian Parit, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed ZawawiPemimpin dikenakan tindakan pergantungan termasuklah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah.Antara lain, Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man; Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar





Mayat pelajar Tingkatan Enam ditemui terapung - Sinarharian - 12/05 6:04 pm

TENOM - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Enam ditemukan lemas di Sungai Padas, Empangan Hidro Elektrik Pangi di sini pada Selasa.Muhamad Alif Lukman Bujang, 19, ditemukan dalam keadaan terapung oleh polis bantuan di empangan tersebut pada jam 6.50 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asistan Superintenden Ahmad Razali Shaari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di lokasi tersebut."Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Tenom telah bergerak ke lokasi dan bertindak mengangkat mayat tersebut sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, susulan penemuan mayat itu semakan turut dilakukan berhubung laporan yang diterima pihak polis sebelum ini."Semakan lanjut mendapati ada laporan pelajar keluar dari asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini pada jam 7 pagi Isnin."Laporan itu dibuat oleh seorang warden asrama lelaki dan hasil pengecaman pada pakaian mayat mendapati positif seperti kemeja sekolah berkenaan," katanya.Katanya lagi, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian dan mayat akan dibawa ke hospital di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat."Punca kematian masih belum diketahui setakat ini, namun hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian dan di hospital oleh doktor mendapati tiada kecederaan yang berunsurkan jenayah dikesan," katanya.





Ribut petir dijangka landa 11 negeri sehingga 7 malam ini - MetMalaysia - Sinarharian - 12/05 5:59 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.Negeri lain termasuk Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).Keadaan sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).Amaran itu turut melibatkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).Bagi Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.Di Sabah, amaran sama melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan)





Kegembiraan empat remaja mandi sungai bertukar tragedi, dua dikhuatiri lemas - Sinarharian - 12/05 5:54 pm

KUALA NERUS Kegembiraan empat remaja melakukan aktiviti mandi-manda di Sungai Jeram Tokong bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian pada petang Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dua lagi rakan mangsa bagaimanapun dilaporkan berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 3.11 petang."Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Terengganu telah dikejarkan ke lokasi kejadian."Laporan awal mendapati terdapat empat remaja berusia belasan tahun sedang mandi di sungai berkenaan sebelum ditimpa musibah."Dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala dua lagi mangsa dipercayai masih hilang," katanya di sini pada Selasa.Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan sejurus jentera pertama tiba di lokasi pada jam 3.22 petang."Tindakan anggota ketika ini adalah melakukan kerja-kerja pencarian di permukaan air (water surface searching) bagi mengesan kedudukan mangsa yang hilang."Pasukan bantuan PPDA turut tiba di lokasi pada jam 4.06 petang bagi memperkuatkan operasi pencarian di dasar sungai," katanya.Sehingga kini, identiti kesemua mangsa masih dalam proses pengesahan dan operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang masih diteruskan.Logistik yang terlibat dalam operasi tersebut termasuk sebuah jentera LFRT, satu unit EMRS dan sebuah kenderaan PPDA.





Sungai Kereh pollution not solely caused by pig farming, says Penang exco - FMT - 12/05 4:36 pm

Hng Mooi Lye says it is also due to factors such as agricultural activities and waste discharge.





Dua lelaki edar dadah diberkas - Sinarharian - 12/05 4:20 pm

KUALA LUMPUR Dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Cheras pada Khamis dan Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, serbuan pertama dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah bilik sewa di Taman Tenaga kira-kira jam 11.35 malam, Khamis."Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan merampas serbuk methylenedeioxy methamphetamine (MDMA) seberat 1,257.50 gram, cecair MDMA sebanyak 8,850 mililiter, erimin 5 seberat 2.79 gram dan pil ecstasy seberat 1.55 gram."Turut dirampas wang tunai RM100 menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM13,800," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini pada Selasa.Rosdi berkata, hasil saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Suspek direman selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Rosdi berkata, dalam serbuan kedua pula kira-kira jam 10.35 malam, Jumaat lalu, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Sungai Besi dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-anRosdi berkata, pemeriksaan menemukan cecair MDMA sebanyak 2,500 mililiter, ketamin seberat 10 gram, katrij vape mengandungi cecair MDMA serta ecstasy seberat 33.94 gram dengan nilai keseluruhan rampasan RM6,000."Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin dan mempunyai satu rekod dikehendaki berkaitan kesalahan dadah," katanya.Menurut beliau, suspek direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





Ribut petir dijangka landa 11 negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 12/05 3:51 pm

KUALA LUMPUR Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran cuaca dikeluarkan pada jam 2.05 petang memaklumkan, keadaan cuaca itu melibatkan Kedah iaitu Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan) serta seluruh Johor.Keadaan sama turut diramal berlaku di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Mualim.Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.MetMalaysia turut memaklumkan beberapa kawasan di Pahang seperti Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Maran dan Rompin dijangka terjejas selain Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Lubok Antu di Sri Aman, Pakan dan Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Song di Kapit serta Miri, Marudi dan Limbang.Sementara itu di Sabah, amaran cuaca melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.Turut terjejas ialah Tawau dan Kunak di Tawau serta Kudat





Rumah Bangsa UMNO terbuka terima sesiapa sahaja - Khaled Nordin - Sinarharian - 12/05 2:25 pm

KLUANG - UMNO terbuka dan tidak pernah memilih menerima mana-mana bekas ahli atau pemimpin politik untuk menyertai Rumah Bangsa.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak boleh menyertai Rumah Bangsa yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."Kita terbuka untuk terima siapa sahaja kerana rumah kita Rumah Bangsa, maknanya rumah kita itu besar."Kita terima sesiapa sahaja," katanya juga Pengerusi Jawatankuasa Rumah Bangsa.Beliau berkata demikian dalam akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ekonomi Madani di Kem Batu Tiga, di sini, pada Selasa.Pada Ahad, UMNO Terengganu dilaporkan sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid untuk kembali menyertai parti itu susulan tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya oleh Bersatu.Pada Isnin, empat lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikenakan tindakan disiplin termasuk dua dipecat dan dua digantung keahlian berkuat kuasa serta-merta.Menerusi notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan pada Isnin, Ketua Armada Bahagian Parit Parti, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dipecat daripada parti itu.Manakala, Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.Pada 9 Mei lalu, Lembaga Disiplin Bersatu turut memecat dua ADUN Kedah iaitu Abdul Razak Khamis dan Dzowahir Ab Ghani, selain menggantung tujuh lagi wakil rakyat parti itu selama dua penggal pemilihan.





Pollution in Sungai Kereh caused by multiple factors, not just pig farms, says Penang exco - Malaymail - 12/05 1:31 pm

GEORGE TOWN, May 12 The longstanding pollution issue in Sungai Kereh in Kampung Selamat, Seberang Perai Ut...





9 negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat, angin kencang - MetMalaysia - Sinarharian - 12/05 1:07 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilannegeri hingga 3petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran pada 12 tengah tadimemaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah iaitu Langkawi, Sik dan Baling; Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).Cuaca sama juga dijangka melandaJeli di Kelantan; Cameron Highlands di Pahang; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Miri, manakala di Sabah melibatkan Nabawan di Pedalaman; Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).- Bernama





Bot penumpang gagal perbaharui lesen ditahan Maritim Selangor - Sinarharian - 12/05 9:50 am

KLANG Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor selepas didapati gagal memperbaharui lesen dalam operasi di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat laut Sungai Puloh di sini pada Isnin.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot berkenaan ditahan sekitar jam 3.30 petang oleh kapal Maritim Malaysia yang melaksanakan Op Ehsan, Op Tiris 4.0 dan Op Khas Tanjung 2 Siri 1/2026 di perairan Selangor."Pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang bertindak sebagai nakhoda bersama seorang kru lelaki tempatan berusia 45 tahun."Hasil semakan dokumentasi mendapati lesen bot berkenaan telah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Abdul Muhaimin berkata, bot, nakhoda dan kru terbabit kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memperbaharui lesen bot," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan komuniti maritim supaya lebih peka terhadap syarat lesen yang telah ditetapkan pihak berkuasa."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi syarat sah lesen dikeluarkan," tegasnya.Orang ramai yang mempunyai aduan, maklumat atau berdepan insiden kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.





Isu pasir Sungai Pahang perlu dilihat secara ilmiah bukan dipolitikkan .. - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Isu pasir Sungai Pahang perlu dilihat secara ilmiah bukan dipolitikkan - Kamil KUANTAN Isu pengeluaran pasir di Sungai Pahang perlu difahami secara ilmiah dan teknikal serta tidak dijadikan bahan politik yang boleh mengelirukan rakyat





Ahli Parlimen Mersing pula digantung keahlian, tegaskan tidak akan merayu - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Ahli Parlimen Mersing pula digantung keahlian, tegaskan tidak akan merayu KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas digantung keahlian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bagi tempoh dua penggal pemilihan berkuat kuasa hari ini, menjadikan beliau wakil rakyat keenam yang dikenakan tindakan itu oleh parti berkenaan





Rosol akur digantung Bersatu, dakwa lembaga disiplin hilang kredibiliti - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Rosol akur digantung Bersatu, dakwa lembaga disiplin hilang kredibiliti KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan beliau tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menggantung keahliannya selama dua penggal





Bersatu expels, suspends four more leaders for disciplinary breaches - Sinardaily - 11/05 9:03 pm

KUALA LUMPUR - Bersatus Disciplinary Board today expelled and suspended four more elected representatives and party leaders with immediate effect.Those expelled were Kok Lanas assemblyman and Ketereh division chief Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, as well as Parit division Armada chief Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin.Meanwhile, Mersing MP Muhammad Islahuddin Abas and Bukit Bunga assemblyman Mohd Almidi Jaafar, who is also Jeli division chief, had their memberships suspended for two party election terms.The action was taken for violating Clause 9.1.4 of the party constitution as well as the partys Code of Ethics and Conduct, the board said.When contacted by Bernama, Muhammad Islahuddin confirmed receiving the suspension letter and said he would not submit an appeal against the decision.On Friday, the disciplinary board also expelled and suspended several other elected representatives and party leaders, including Suka Menanti assemblyman Dzowahir Ab Ghani, Sungai Tiang assemblyman Abdul Razak Khamis and Hulu Langat division chief Muhammad Faiz Rahmad.Five MPs also had their memberships suspended, namely Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) and Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh).Also suspended were Kuala Sepetang assemblyman Ahmad Man and Chenderoh assemblyman Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain.In a statement today, Rosol also said he would not submit any appeal against the partys decision to suspend his membership.Meanwhile, when contacted, Wan Meor Safwat Naqiuddin said he received his notice of expulsion via WhatsApp at 4 pm today."To me, this expulsion is selective in nature because my offence was attending the Reset gathering previously





Bangunan di Tapak Pesta Pulau Pinang terbakar - Sinarharian - 11/05 8:27 pm

GEORGE TOWN - Sebuah bangunan dua tingkat tidak berpenghuni di Pavilun Aceh, Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Lepas musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran pada petang Isnin.Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.49 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.49 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.Menurutnya, operasi turut dibantu BBP Bayan Baru serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batu Maung."Kebakaran melibatkan sebuah bangunan jenis kekal kelas A yang tidak berpenghuni dengan keluasan dianggarkan 50 x 10 kaki persegi."Ketika tiba di lokasi pada jam 3.59 petang, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja pemadaman menggunakan kaedah ofensif dan defensif," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.14 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.10 malam."Anggota bertugas telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan bahaya."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.26 malam





Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri hingga 9 malam ini - Sinarharian - 11/05 6:12 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 9 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu diramal melanda Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim; Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).Cuaca sama juga dijangka melanda Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau) selain Labuan





Rosol wont appeal Bersatu suspension - FMT - 11/05 5:24 pm

Hulu Terengganu MP says the partys disciplinary board lacks transparency and credibility.





Rosol tak rayu penggantungan Bersatu - FMT - 11/05 5:18 pm

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata perkembangan dalam parti tidak lagi selari dengan asas perjuangan.





SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjung perlu pembinaan tambahan atasi isu .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjung perlu pembinaan tambahan atasi isu banjir berulang BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan menghantar surat kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mempertimbangkan pembinaan tambahan dan benteng Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maahadul Islami Tasek Junjung di Simpang Ampat di sini, susulan kejadian banjir kilat yang kerap melanda sekolah berkenaan





Warga Kemboja ditemui maut selepas terjun sungai masa serbuan JIM - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Warga Kemboja ditemui maut selepas terjun sungai masa serbuan JIM PEKAN - Seorang lelaki warganegara Kemboja ditemukan maut selepas jatuh ke dalam Sungai Pahang di sini kelmarin





Pemuda UMNO Pahang tegas pertahan hak negeri seperti titah Tengku Mahkota - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Pemuda UMNO Pahang tegas pertahan hak negeri seperti titah Tengku Mahkota PEKAN - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung isu pengekangan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap usaha kerajaan negeri menjana hasil melalui eksport pasir sungai





'Saya tidak akan kemuka sebarang rayuan' - Rosol Wahid - Sinarharian - 11/05 3:25 pm

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digantung selama dua penggal pemilihan parti berkuat kuasa baru-baru ini.Rosol dalam kenyataan pada Isnin berkata, beliau telah menerima pemakluman rasmi mengenai tindakan disiplin tersebut melalui surat daripada Pengerusi Lembaga Disiplin parti bertarikh 29 April yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.Meskipun menghargai peluang dan sumbangan Bersatu dalam perjalanan politiknya sebelum ini, beliau menyifatkan perkembangan semasa parti itu kini dilihat tidak lagi selari dengan asas perjuangan asal."Kebelakangan ini saya melihat terdapat beberapa perkembangan dan tindakan dalam parti yang pada pandangan saya kurang selari dengan asas perjuangan serta tidak konsisten dalam pelaksanaannya."Saya juga menyuarakan pandangan bahawa semangat Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang menjadi asas perjuangan parti dilihat semakin terhakis dalam beberapa keadaan," katanya.Mengulas lanjut mengenai keputusan Lembaga Disiplin, Rosol menegaskan badan tersebut memerlukan penambahbaikan segera daripada aspek ketelusan, terutama melibatkan pemisahan fungsi siasatan, pendakwaan dan keputusan.Tegasnya, kredibiliti Lembaga Disiplin kini dipersoalkan apabila entiti yang sama dilihat memonopoli keseluruhan proses daripada peringkat siasatan sehingga menjatuhkan hukuman."Lembaga Disiplin dilihat semakin hilang kredibiliti kerana entiti yang sama menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman."Sehubungan itu, saya tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan penggantungan tersebut," jelasnya lagi.Terdahulu, media melaporkan Rosol antara lima Ahli Parlimen Bersatu yang dikenakan tindakan penggantungan hak-hak keahlian oleh Lembaga Disiplin parti.Selain beliau, turut terlibat ialah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh).





Puncak bukit jadi tempat judi sabung ayam diserbu - Sinarharian - 11/05 9:30 am

SUNGAI BULOH - Kawasan hutan di Bukit Lagong di sini yang dijadikan tempat judi sabung ayam digempur polis Sabtu lalu.Serbuan digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).Dalam serbuan itu, terdapat cubaan 'kaki judi' melarikan diri, namun tindakan pantas pasukan operasi berjaya menggagalkan tindakan itu.Siasatan awal polis mendapati lokasi terbabit juga dipercayai menjadi tempat berkumpul untuk bertaruh judi bola golek dan loteri awam.Serbuan hasil maklumat dan risikan juga mendapati kawasan terbabit disyaki telah beroperasi kira-kira satu bulan.Hasil operasi ini juga, 12 ekor ayam hidup dan seekor telah mati dirampas untuk membantu siasatan selain rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM18,000.Operasi bermula kira-kira jam 4 petang itu berjaya menahan 22 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 70-an.Difahamkan, salah seorang tangkapan warga Indonesia disyaki penganjur bagi aktiviti sabung ayam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada 10 warga tempatan dan 12 Indonesia."Siasatan awal mendapati harga pertaruhan antara RM500 hingga RM3,000 bagi setiap permainan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain Seksyen 32(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 sertaSeksyen 32(2) akta sama.





Banjir kilat: 73 pelajar SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjung dipindahkan .. - Mygazette - 11/05 7:52 am

# Banjir kilat: 73 pelajar SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjung dipindahkan BUKIT MERTAJAM - Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maahadul Islami Tasek Junjung di Simpang Ampat di sini, dipindahkan dengan selamat selepas kawasan sekolah berkenaan dilanda banjir kilat malam tadi





Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang - Sinarharian - 11/05 7:31 am

PEKAN - Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Pulau Keladi di sini Sabtu lalu ditemukan lemas.Mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemui terapung di tepi Pulau Babi, berhampiran Pekan Riverfront di sini kira-kira jam 8.30 pagi pada Ahad.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu jam 5 petang pada Sabtu.Menurutnya, laporan polis dibuat adiknya selepas mendapati mangsa dan keluarganya tiada di rumah."Pada hari kejadian, difahamkan Jabatan Imigresen telah melakukan serbuan di kawasan tersebut dan hasil semakan waris mendapati isteri dan enam anak mangsa telah ditahan namun lelaki itu tiada dalam senarai tangkapan."Justeru adiknya membuat laporan polis selepas syak mangsa terjatuh ke dalam sungai," katanya.Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Ahad di kawasan berdekatan rumah mangsa dibantu anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan sebelum mayatnya ditemui."Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan berunsur jenayah."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses bedah siasat




Reformasi     >>



PAS terima permohonan maaf, penjelasan Nik Zawawi - Mkini
"Semoga kita terus memperkasakan pembinaan ummah, ukuhkan perjuangan dalam mendepani cabaran semasa," kata Tuan Ibrahim
Kroni     >>



Jangan buat lupa bayar gaji kami – Nor Azam - Utusan
PETALING JAYA: Tahap kesabaran pemain Kelantan The Red Warriors (TRW) akhirnya tidak dapat dibendung lagi apabila secara terbuka menuntut pihak pengurusan kelab melunaskan tunggakan gaji mereka. Kapten Kelantan TRW, Nor Azam Azih menerusi hantaran di media sosial memberikan ‘peringatan ..
Tabloid     >>



Kos hak siaran Piala Dunia 2026 paling rendah - Hotfm
Kuala Lumpur: Perbelanjaan kerajaan bagi mendapatkan hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 adalah paling minimum berbanding edisi terdahulu hasil kerjasama strategik bersama tiga penaja utama.
Tech     >>



Sony Xperia 1 VIII launches with a Google Pixel-style .. - Techradar
The Sony Xperia 1 VIII has a lot more changes than we're used to from this line, but the price is still prohibitive.
World     >>



Why Spain Is Standing Up to Donald Trump - Newyorker
Pedro Snchez, the Socialist Prime Minister, has led the European opposition to the Iran war from the start.
Motor Trend     >>



Kia Sales Malaysia Perkenal Ownership Experience Dan .. - Piston
Kia Sales Malaysia (KSM) telah memperkenalkan Kia Ownership Experience, program pelanggan selama seminggu yang berlangsung dari 11 hingga 17 Mei 2026 di Kia Glenmarie flagship 3S centre di Lembah Klang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi Return, Rebuild and Reposition KSM, ..