![]() |
/// |
|
Search : Setiausaha News | Page 1 |
Ahli Parlimen BN jumpa PM bincang isu semasa, dasar kerajaan - Kosmo - 12/07 3:48 pm JELI – Pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi membincangkan isu semasa dan penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr |
Pertemuan PM dan Ahli Parlimen BN bincang isu semasa - Zambry - Sinarharian - 12/07 3:03 pm JELI Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa menteri dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) pada Jumaat hanya membincangkan isu-isu semasa dalam negara.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah dasar-dasar kerajaan, perjalanan pentadbiran, penjelasan isu berbangkit serta interaksi antara ahli Parlimen.Menurut beliau, pertemuan seperti itu sering diadakan bagi memastikan kepimpinan BN sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menerima taklimat secara langsung daripada Perdana Menteri."Oleh kerana BN merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, maka hubungan seperti ini dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk mesyuarat berkala bersama kepimpinan utama."Perdana Menteri juga berkewajipan untuk mengadakan pertemuan dengan komponen-komponen kerajaan secara berkala, bukan hanya dengan BN," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli 2025 pada Sabtu.Zambry turut memaklumkan bahawa pertemuan tersebut memberi ruang kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi BN untuk menyampaikan beberapa cadangan kepada kerajaan.Media sebelum ini melaporkan bahawa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN di kediaman rasminya di Putrajaya.Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu difahamkan bertujuan membincangkan isu-isu semasa termasuk persediaan menghadapi sidang Parlimen yang akan datang.Dalam perkembangan lain, ketika berucap pada majlis perasmian tersebut, Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyatakan keyakinannya bahawa BN mampu menawan semula Kelantan pada pilihan raya akan datang."Contohnya, dalam keadaan paling sukar seperti di Nenggiri, masih ada kejayaan yang membuktikan kerusi dapat dirampas kembali hasil penyatuan ahli parti," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperkukuh sebagai kekuatan untuk UMNO Kelantan di bawah kepimpinan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub."UMNO juga sentiasa melahirkan pemimpin baharu pada setiap kali pilihan raya, dengan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peratus terdiri daripada muka baharu," katanya. |
Pemangku Menteri diperlukan tangani isu kritikal, pastikan urusan negara lancar Johari - SUN - 12/07 2:29 pm Justeru, jawatan sebagai pemangku ini diberi supaya isu-isu kritikal dapat diselesaikan dalam tempoh satu atau dua bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan 2025, di sini hari ini. Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa Johari diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta |
Tarif AS jadi perbicangan utama dalam kalangan pemimpin serantau di AMM KE-58 - SUN - 12/07 1:51 pm Rubio menyatakan bahawa surat itu adalah umum, tetapi Malaysia masih mempunyai kira-kira sebulan untuk berunding. Beliau juga mengakui bahawa Malaysia adalah rakan dagang utama AS di rantau ini dan akan mempertimbangkan dan membentangkan pandangan kami, kata Anwar selepas bertemu dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio di Parlimen |
Belia pemangkin komuniti ASEAN inklusif dan berdaya tahan - Hannah - SUN - 12/07 1:46 pm Di ASEAN sahaja, kita mempunyai lebih daripada 220 juta belia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sukarelawan Belia ASEAN 2025 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr Nagulendran serta Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Azura Abidin |
Hannah harap Pearly-Thinaah fokus permainan lepas tandatangan kontrak - SUN - 12/07 1:39 pm Saya berharap mulai hari ini, Pearly dan Thinaah boleh memberikan fokus sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Youth Volunteer Forum 2025 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Azura Abidin |
Pas sasar lebih 50,000 sertai Himpunan 'Turun Anwar' 26 Julai ini - Sinarharian - 12/07 1:34 pm BANGI - Pas menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur sebagai isyarat kebangkitan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mobilisasi penyokong sedang giat dijalankan melibatkan semua peringkat termasuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara."Sekurang-kurangnya satu bas akan digerakkan dari setiap kawasan DUN, tetapi ada kawasan Parlimen yang sudah menempah sehingga 10 bas," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.Menurut beliau, himpunan tersebut akan diadakan secara aman dan tertib, selaras dengan hak kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan."Mahkamah Persekutuan pun sudah memutuskan bahawa tugas polis adalah untuk memastikan perhimpunan aman berjalan lancar, bukan menyukarkan."Kami telah beberapa kali berbincang dengan pihak polis dan setakat ini, kerjasama mereka sangat baik," ujarnya.Takiyuddin turut menegaskan bahawa Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan tunduk kepada sebarang cubaan untuk menyekat suara rakyat yang mahu bersuara secara sah."Ini adalah perhimpunan rakyat |
Peluang eksport PKS Malaysia ke UK melalui CPTPP - SUN - 12/07 1:34 pm KUALA LUMPUR : Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pertama antara United Kingdom (UK) dan Malaysia dijangka membuka peluang yang luas kepada pengeksport Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menembusi pasaran UK. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu antara yang dibincangkan semasa pertemuannya dengan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Komanwel UK David Lammy, baru-baru ini |
Pangku tugas Menteri NRES, Johari fokus selesaikan isu kritikal - Sinarharian - 12/07 1:15 pm KUANTAN Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan bahawa pelantikannya sebagai pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dibuat bagi menjawab isu-isu kritikal yang melibatkan kementerian tersebut.Menurut beliau, tanggungjawab itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas portfolio berkenaan dikosongkan sebelum ini."Apabila kementerian kosong, Perdana Menteri akan melantik seseorang untuk menjalankan tugas dan fungsi kerana Parlimen sudah hendak bersidang."Ada soalan-soalan yang perlu dijawab dan banyak perkara yang perlu dimuktamadkan termasuk berkaitan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)."Sebab itu tanggungjawab ini diberikan untuk menyelesaikan isu-isu yang sangat kritikal dalam tempoh sebulan, dua bulan atau tiga bulan ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan di Dewan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) di sini pada Sabtu.Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, setiap kementerian mempunyai cabaran tersendiri termasuk dalam memahami sektor korporat serta kelestarian alam sekitar."Ini soal negara, semua kena tahu. Takkan hendak tahu satu perkara sahaja," ujarnya.Pada Jumaat, Ketua Setiausaha Negara merangkap Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas memaklumkan bahawa Johari telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan fungsi NRES berkuat kuasa serta-merta.Beliau dilaporkan berkata, perkara itu dipersetujui oleh Perdana Menteri dan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai lalu.Terdahulu, pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai.Sepanjang menerajui kementerian itu sejak Disember 2022, beliau telah memperkenalkan beberapa inisiatif reformasi termasuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) serta mempertingkat ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).Nik Nazmi melepaskan jawatannya selepas gagal mempertahankan kedudukan sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. |
Hafez Sabri kekal ketuai Pemuda Pas Perak - Sinarharian - 12/07 10:29 am IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, kekal menerajui kepimpinan Pemuda Pas Perak bagi sesi 2025 hingga 2027.Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pemuda Pas Perak, barisan kepimpinan sayap parti itu menyaksikan perubahan ketara meskipun hanya empat muka baharu ditampilkan.Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Kangsar, Mohammad Omar Adam, yang sebelum ini merupakan Naib Ketua Pemuda Pas Perak, dipilih menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak yang baharu menggantikan ADUN Slim, Muhammad Zulfadli Zainal.ADUN Pengkalan Hulu, Mohamad Amin Roslan, yang sebelum ini merupakan Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak, kini dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda Pas Perak yang baharu.Seorang lagi wakil rakyat, iaitu ADUN Titi Serong, Muhammad Hakimi Hamzi Mohd Hayat, diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Perak.Jawatan lain yang turut menampilkan muka baharu termasuklah Setiausaha Pemuda Pas Perak, Muhammad Syukri Alimar Shidi; Penolong Setiausaha I, Abdul Hadi Azman; Penolong Setiausaha II, Md Hasrul Abd Razak; dan Penolong Setiausaha III, Muhammad Faris Muhammad Ismi.Turut berubah ialah jawatan Bendahari Pemuda Pas Perak yang kini disandang oleh Zulfitri Amini Zainal Azmi, serta Ketua Penerangan baharu, Aiman Danial Jasni |
19 ketua cabang PKR Johor desak sembilan MP digantung keahlian - Mgazette - 12/07 8:04 am Menurut mereka, tindakan sembilan ahli Parlimen itu jelas melanggar beberapa peruntukan Kod Tataetika Anggota PKR dan telah memberi kesan negatif kepada nama baik dan perpaduan dalam parti. Sehubungan itu, mereka mahu Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh agar segera menggantung keahlian sementara semua sembilan Alahli Parlimen terlibat |
Rundingan mengenai PRN Sabah belum dimuktamadkan – Ahmad Zahid - Mgazette - 12/07 8:04 am "Kita sudah ada perbincangan, tetapi keputusan belum dimuktamadkan lagi, malah kita telah siap siaga (persiapan) sejak tahun lepas lagi untuk hadapi PRN Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini. Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub |
19 Ketua Cabang PKR Johor desak 9 ahli Parlimen digantung - Sinarharian - 12/07 7:17 am JOHOR BAHRU Seramai 19 Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor tampil mendesak supaya sembilan ahli Parlimen parti itu yang menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan badan kehakiman digantung keahlian serta-merta.Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, tindakan sembilan ahli Parlimen berkenaan bukan sahaja melanggar disiplin dan etika parti, malah memberi imej negatif terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ini juga membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan. Sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman parti seperti Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP)."Kami tidak menolak kepentingan menjaga integriti institusi kehakiman, namun pendekatan mereka telah melangkaui batas disiplin parti dan bercanggah dengan Kod Tataetika Anggota PKR," menurut kenyataan itu.Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama melibatkan Khairil Adanan iaitu Ketua Cabang Mersing; Mohd Ysahruddin Kusni (Bakri); Mohd Faizul Abd Ghani (Pengerang); Abd Saad Salleh (Seri Gading); Mohd Shahrun Radzi (Sembrong); Rosman Tahir (Ayer Hitam); Roselin Nona (Muar); dan Shamala Sham (Iskandar Puteri).Turut serta ialah Murad Jailani (Pasir Gudang); Prakash Maniam (Tebrau); Haniff Hosman (Pontian); Kalytas Chandarahasan (Kluang); Hishamuddin Misrin Ishak (Parit Sulong); Sayful Ariffin Abdul Karim (Tanjung Piai); Subramani Chami (Pagoh); Shamala Vasudevan (Segamat); Ibrahim Mohd Nor (Kota Tinggi); Ravi Sankar (Labis); dan Faezuddin Puad (Cabang Pulai).Mereka turut menggesa Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh agar mengambil tindakan segera dengan menggantung keahlian sementara kesemua sembilan ahli Parlimen terlibat serta memulakan siasatan tatatertib melalui Jawatankuasa Disiplin Parti."Memulakan siasatan tatatertib menyeluruh melalui Jawatankuasa Disiplin Parti |
Anwar dipercayai bincang isu PRN Sabah ketika pertemuan dengan Ahli Parlimen BN - Sinarharian - 12/07 12:33 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semasa pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).Pertemuan tersebut diadakan di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya pada Jumaat.Awani juga difahamkan, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin hadapan sekitar jam 4.30 petang.Media melaporkan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.Pertemuan itu juga dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025 dijadualkan berlangsung pada 21 Julai ini.Pengamal media telah 'berkampung' sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada jam 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, seminit kemudian.Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil |
Had umur belia wajar disemak semula selaras pembangunan anak muda Felda - Sinarharian - 11/07 7:53 pm SHAH ALAM Had umur belia di negara ini wajar disemak semula dan dinaikkan kepada 35 tahun selaras dengan keperluan pembangunan belia luar bandar sebagai langkah untuk memastikan kelangsungan kepimpinan golongan berkenaan terpelihara.Setiausaha Agung Majlis Belia Felda Malaysia, Mohammad Syahiran Annuar berkata, pihaknya bimbang terhadap kesan dasar yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini, khususnya yang melibatkan komuniti belia di rancangan Felda.Menurut beliau, realiti kehidupan dan corak pembangunan komuniti di kawasan Felda amat berbeza berbanding di kawasan bandar kerana ramai anak muda hanya mula aktif dalam persatuan atau koperasi selepas usia 30 tahun apabila mereka lebih stabil dan mampu menyumbang kembali kepada masyarakat."Oleh itu, had umur 30 tahun dilihat terlalu rendah dan boleh menyebabkan ramai individu yang masih berperanan penting dalam gerakan belia Felda terkeluar daripada ruang sokongan, penyertaan serta kepimpinan yang sewajarnya."Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan belia sebagai individu berumur antara 15 hingga 24 tahun, Malaysia wajar menyesuaikan takrifan umur belia mengikut konteks tempatan."Dalam suasana Felda, realiti sosioekonomi seperti kelewatan memasuki alam pekerjaan, penyertaan aktif dalam pertubuhan selepas berkeluarga dan keperluan kepada kepimpinan komuniti menjadikan umur sehingga 35 tahun lebih relevan serta praktikal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sinar Harian pada Khamis melaporkan bahawa ketetapan had umur 30 tahun bagi belia di negara ini akan tetap dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan, selepas ia ditunda sebanyak dua kali.Hannah memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat penjelasan berhubung perkara itu melalui beberapa sesi libat urus, selain memberikan sokongan dana bagi membantu pelaksanaan transisi had umur tersebut.Jelasnya lagi, KBS bakal mengusulkan satu kertas kerja kepada Jemaah Menteri agar semua kementerian mengekalkan bantuan dan sokongan sedia ada mengikut kumpulan umur masing-masing untuk satu tempoh tertentu.Terdahulu, beberapa delegasi menyuarakan kebimbangan bahawa persatuan belia, khususnya di luar bandar, belum bersedia untuk melaksanakan ketetapan tersebut, malah ada yang mencadangkan had umur ditetapkan pada 35 tahun.Hannah pada November 2023 berkata bahawa penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 akan bermula pada tahun 2026, yang melibatkan penetapan had umur ahli pertubuhan belia antara 15 hingga 30 tahun, had umur bagi ketua atau pemegang jawatan pertubuhan belia kepada 18 hingga 30 tahun, dan tempoh maksimum memegang jawatan selama empat tahun. |
Lantikan Amir Hamzah: Tak timbul isu kerajaan tak ada calon layak... - Mgazette - 11/07 5:05 pm Anwar ditanya berkenaan sama ada terdapat pengganti bagi jawatan Kementerian Ekonomi yang mana Amir Hamzah kini menjalankan tugas dan fungsinya. Pada 27 Jun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Anwar bersetuju dan memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berhubung pelantikan Amir Hamzah bagi jawatan itu berkuat kuasa serta-merta |
Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah Titah .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm Awal hari ini, UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya titah tahanan rumah terhadap Najib dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semoga dengan limpah perkenaan Seri Paduka Baginda, bekas Presiden UMNO itu dikurnia keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu |
UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan - Mgazette - 11/07 5:05 pm # UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan KUALA LUMPUR - UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar titah tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semoga dengan limpah perkenaan Seri Paduka Baginda, bekas Presiden UMNO itu dikurnia keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu |
Amir Hamzah, Johari jalankan tugas sementara sehingga menteri baharu dilantik - Anwar - Sinarharian - 11/07 5:05 pm Itu tak betul."Mereka (Amir Hamzah dan Johari) hanya menjalankan tugas portfolio masing-masing buat sementara waktu sehingga pelantikan baharu dibuat. Kalau ada Ahli Parlimen pembangkang yang tak faham, susahlah," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di sini pada Jumaat.Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta semua pihak agar memberi ruang kepada kedua-dua pemangku menteri itu untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya tanpa sebarang gangguan.Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa Amir Hamzah dan Johari masing-masing diberikan tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa 4 Julai.Sementara itu, pada 27 Jun, Shamsul Azri mengumumkan bahawa Amir Hamzah diberi tanggungjawab sebagai pemangku Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli berkuat kuasa 17 Jun 2025.Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti yang diadakan Mei lepas |
AMM-58 perkukuh hubungan strategik Malaysia – AS - Kosmo - 11/07 4:23 pm PETALING JAYA – Pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Senator Marco Rubio, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM-58) telah membuka lembaran baharu dalam hubungan strategik dua hala antara Malaysia dan Washington |
Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM - Sinarharian - 11/07 4:06 pm (Biar) urusan mahkamah. Pandangan masing-masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di sini pada Jumaat.Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan UMNO yang memohon titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan selaras kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata ia susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan oleh Peguam Negara pada Khamis.Rabu lepas, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta |
Lavrov, Rubio bertemu di luar sidang kemuncak Asia Timur di KL - SUN - 11/07 2:59 pm KUALA LUMPUR: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengadakan pertemuan ringkas di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur, lapor agensi berita Rusia, TASS |
Johari galas tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Sinarharian - 11/07 12:23 am SHAH ALAM - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu."Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu, 9 Julai 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 4 Julai lalu. |
Rubio dijadual bertemu Menteri Luar China Wang Yi di KL - SUN - 11/07 12:21 am WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Kuala Lumpur pada Jumaat, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik jadual rasmi Jabatan Negara AS |
Johari Ghani jalan tugas, fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Astroawani - 11/07 12:18 am Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu kenyataan pada Jumaat. |
AS runding dengan negara ASEAN mengenai tarif, peluang pelarasan kadar masih terbuka - SUN - 11/07 12:09 am KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS. Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata peluang masih terbuka kepada pelarasan kadar tarif, dan AS sedang aktif berunding dengan pelbagai negara untuk menyeimbangkan semula perdagangan |
Komitmen berterusan demi Harimau Malaya - Sinarharian - 11/07 11:57 am BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) terus memperkukuhkan komitmen terhadap pembangunan bola sepak tanah air menerusi pembaharuan kerjasama strategik bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang kini memasuki kali kelima.Perjanjian itu meliputi pelbagai inisiatif pemasaran bersama dan kesinambungan program Kad Debit-i Jenama Bersama Team Harimau, yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong skuad kebangsaan, Harimau Malaya.Majlis menandatangani perjanjian tersebut berlangsung di Menara Bank Islam, disempurnakan Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan-Perbankan Runcit Bank Islam, Mizan Masram dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman."Kami percaya bola sepak menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang |
Tarif baharu AS: Produk tempatan tidak terjejas – MITI - Thempress - 11/07 11:27 am PUTRAJAYA – Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik sebanyak 25 peratus terhadap Malaysia tidak akan menjejaskan harga barang tempatan di negara ini Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan,… |
ASEAN pertimbang naik taraf Turkiye kepada rakan dialog penuh - Mohamad - SUN - 11/07 11:04 am Insya-Allah, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tiga Hala antara Malaysia, Turkiye dan Sekretariat ASEAN, di sini, Jumaat. Mesyuarat kira-kira 30 minit itu turut disertai Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn |
[VIDEO] Titah Adendum sah, UMNO mohon tahanan rumah Najib dilaksana - Sinarharian - 11/07 9:56 am SHAH ALAM UMNO merakamkan rasa syukur kepada ALLAH SWT susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan."Semoga dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Najib dapat menikmati keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu |
Trump mungkin hadir Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini ??? Marco Rubio - Mgazette - 11/07 7:48 am # Trump mungkin hadir Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini Marco Rubio KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkemungkinan besar akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Malaysia pada Oktober ini. Perkara itu dinyatakan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika ditemui oleh pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini |
Tarif: AS runding dengan negara ASEAN, peluang pelarasan kadar masih terbuka - Sinarharian - 11/07 7:18 am KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS.Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, peluang masih terbuka kepada pelarasan kadar tarif, dan AS sedang aktif berunding dengan pelbagai negara untuk menyeimbangkan semula perdagangan."Bagaimanapun, pasaran mahukan kepastian |
Trump dijangka hadir ke Malaysia Oktober ini - Mdateline - 11/07 7:00 am Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada Oktober ini. Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Negara .. |
ASEAN kekal sebagai mekanisme utama penglibatan AS di Indo-Pasifik Rubio - SUN - 10/07 11:14 pm KUALA LUMPUR : Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio menegaskan komitmen berterusan Washington terhadap ASEAN dan menyifatkan blok serantau itu sebagai mekanisme utama dalam penglibatan AS di rantau Indo-Pasifik |
Integriti pastikan pembangunan institusi pendidikan agama selamat, tersusun - Saarani - SUN - 10/07 10:57 pm Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kelestarian Integriti (SKI) Pembangunan Institusi Pendidikan Agama: Bicara Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Sektor Awam di sini hari ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azmi Kamaruzaman berkata sebanyak 44 orang menyertai program CeIO Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang dilaksanakan sejak 20 April hingga 10 Julai |
Malaysia masih ada tempoh sebulan berunding isu tarif dengan AS - PM Anwar - SUN - 10/07 10:41 pm KUALA LUMPUR : Malaysia masih mempunyai tempoh sebulan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pengenaan tarif timbal balik baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio ketika menerima kunjungan hormat Rubio di Parlimen pada Khamis, yang memberi jaminan bahawa pandangan Malaysia akan diberi pertimbangan memandangkan kedudukan negara sebagai rakan dagang utama AS di rantau Asia Tenggara |
AS gerakan usaha diplomatik kehadiran Trump di Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini - Sinarharian - 10/07 10:29 pm KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) telah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang berusaha untuk memuktamadkan tarikh yang sesuai bagi penglibatan Trump dalam mesyuarat peringkat tinggi yang akan diadakan di Kuala Lumpur."Kami sedang berusaha menetapkan tarikh untuk perkara itu (kehadiran Trump), sudah tentu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pada Khamis ketika ditanya kemungkinan Trump akan bersama pemimpin serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN.Rubio kini berada di ibu negara untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang dihoskan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 juga dijadualkan berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober.Kali terakhir Presiden AS menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS di Kuala Lumpur adalah Barack Obama pada November 2015 |
Anwar jemput Trump hadiri sidang kemuncak ASEAN-AS di Kuala Lumpur - SUN - 10/07 10:22 pm KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur di sini pada Oktober depan. Jemputan itu disampaikan menerusi Setiausaha Negara AS Marco Rubio semasa kunjungan hormat beliau ke Bangunan Parlimen hari ini |
Anwar jemput Trump hadir Sidang Kemuncak Asean-AS - Mkini - 10/07 9:56 pm Jemputan itu disampaikan menerusi Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang melakukan kunjungan hormat hari ini |
Presiden Trump datang ke Malaysia? - Kosmo - 10/07 9:47 pm KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada Oktober ini. Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika ditanya berhubung kehadiran Trump pada sidang kemuncak tersebut |
‘Trump mahu tamatkan perang, bukan penyokong peperangan’ - Kosmo - 10/07 9:45 pm KUALA LUMPUR – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menyifatkan Presiden AS, Donald Trump bukan penyokong peperangan |
ASEAN kekal sebagai mekanisme utama penglibatan AS di Indo-Pasifik - Rubio - Sinarharian - 10/07 9:40 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menegaskan komitmen berterusan Washington terhadap ASEAN dan menyifatkan blok serantau itu sebagai "mekanisme utama" dalam penglibatan AS di rantau Indo-Pasifik.Beliau menegaskan peranan kepusatan ASEAN dalam dasar luar dan strategi serantau AS, sambil menyifatkan bahawa rantau ini tidak boleh dipinggirkan di tengah cabaran global yang sedang melanda."Abad ini dan seterusnya kisah 50 tahun akan datang sebahagian besarnya akan dilakar di sini," katanya, merujuk kepada potensi ekonomi dan peranan belia serantau sebagai pemacu utama pertumbuhan masa depan.Rubio berkata demikian dalam ucapan pembukaan semasa Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN Bersama AS, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan pada Selasa.Sesi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn.Rubio turut menekankan kepentingan ASEAN sebagai platform utama dialog dan kerjasama dengan AS."Kami menganggap ia (ASEAN) sebagai kumpulan negara berdaulat dan merdeka, yang menjalin hubungan dan kerjasama jangka panjang dengan kami hubungan yang akan terus diperkukuh tanpa memerlukan kelulusan mana-mana pihak lain di rantau ini atau dunia," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa AS kekal komited terhadap Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, selamat dan makmur, sejajar dengan keutamaan nasional Washington."Amerika Syarikat merupakan rakan yang komited kepada ASEAN |
PM Anwar tegaskan kepada Rubio agar kekejaman, pembantaian di Gaza dihentikan - SUN - 10/07 9:36 pm KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio bahawa kekejaman dan pembantaian yang berlaku di Gaza, Palestin perlu dihentikan segera |
PAS sahkan turun perarakan Badan Peguam - Mkini - 10/07 9:24 pm Ya PAS akan turut serta, terutama para Peguam PAS, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan. |
Anwar jemput Trump hadir sidang kemuncak ASEAN-AS - Sinarharian - 10/07 9:07 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur di sini, Oktober depan.Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata, jemputan itu disampaikan menerusi Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau hari ini."Malaysia kekal yakin bahawa kerjasama erat dengan AS bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah menjadi pemangkin kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan rantau Indo-Pasifik secara keseluruhan," kata Perdana Menteri.Pertemuan kira-kira 40 minit itu diadakan di Bangunan Parlimen dan ia adalah lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.Selain itu, Anwar berkata pertemuan tersebut juga membuka ruang kerjasama lebih luas dalam bidang pelaburan digital, kecerdasan buatan (AI), pertahanan serta pendidikan."Kami turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak termasuk situasi di Palestin, Ukraine dan Myanmar," kata Perdana Menteri.Rubio berada di sini bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dianjurkan Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.Beliau mewakili AS ke mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai.Perdana Menteridalam sidang media di Rio De Janeiro semasa mengakhiri lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil pada 7Julai berkata, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu.Menurut Perdana Menteribeberapa ketua kerajaan dari luar ASEAN telah mengesahkan kehadiran mereka ke sidang berkenaan yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.Antara pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran termasukPresiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva,Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosayang kini memegang jawatan Presiden Kumpulan G20,Perdana Menteri Itali Giorgia Meloniserta Perdana Menteri Kanada Mark Carney.Ketika ini, 10 negara anggota ASEAN ialah Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Filipina.Selain negara anggota, antara rakan luar yang lazimnya menghadiri sidang kemuncak ASEAN ialah Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Mei lepasturut menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kali kedua serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat pertama kali.- Bernama |
Terima kunjungan hormat Setiausaha Negara AS, PM tegur tarif unilateral Trump - Mdateline - 10/07 8:51 pm 24 jam selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil, hari ini beliau menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Negara Amerika .. |
Hubungan Malaysia-AS ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif - Anwar - Sinarharian - 10/07 8:25 pm PUTRAJAYA Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) komited memperkukuh kerjasama dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif melalui pelbagai bidang termasuk pelaburan digital, kecerdasan buatan (AI), pertahanan dan pendidikan.Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kunjungan hormat oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ke atas beliau pada Khamis.Menurut Anwar, pertemuan berkenaan membuka ruang kerjasama yang lebih luas selain menjadi wadah penting untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau yang mendesak."Kami turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak termasuk situasi di Palestin, Ukraine dan Myanmar.," katanya menerusi hantaran di Facebook.Dalam pertemuan itu, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan tarif import sebanyak 25 peratus oleh AS seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Presiden Donald Trump.Anwar menjelaskan, tindakan unilateral sedemikian berpotensi menjejaskan aliran perdagangan bebas dan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi serantau, terutama kepada negara dagang seperti Malaysia."Malaysia berpandangan bahawa sebarang keputusan perdagangan perlu dibuat menerusi rundingan yang terbuka bagi menjamin hasil yang adil, saksama serta tidak menindas negara membangun," ujarnya.Menurut beliau lagi, rundingan dan kerjasama berterusan merupakan asas utama kepada sistem perdagangan global yang inklusif dan progresif.Di akhir pertemuan, Perdana Menteri turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini."Malaysia kekal yakin bahawa kerjasama erat dengan AS bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah menjadi pemangkin kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan rantau Indo-Pasifik secara keseluruhan," katanya |
Tarif: Malaysia masih ada peluang runding dengan AS - PM - Sinarharian - 10/07 7:52 pm SHAH ALAM - Malaysia masih mempunyai peluang untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pelaksanaan tarif import sebanyak 25 peratus mulai 1 Ogos ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan hasil pertemuan beliau dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Khamis."Rubio menyatakan bahawa surat (yang diutus oleh) Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump itu hanya makluman secara umum tetapi negara masih mempunyai waktu selama satu bulan untuk berunding."Beliau (Rubio) tahu bahawa Malaysia ialah sebuah negara dagang yang utama untuk AS di rantau ini dan mereka sedia memberi pertimbangan serta kemukakan pandangan kita," katanya.Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif import yang dikenakan ke atas beberapa negara, termasuk dalam kalangan negara ASEAN bermula 1 Ogos ini.Trump menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social pada Selasa memaklumkan bahawa Malaysia dikenakan tarif sebanyak 25 peratus sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam siri tindakan perdagangan terhadap beberapa negara rakan dagang utama Washington.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, AS juga masih mementingkan hubungan dagang dengan Malaysia dan berhasrat mahu meningkatkan kerjasama dengan negara di rantau ASEAN."Ia menunjukkan bahawa AS memahami pendirian Malaysia dalam menjalin hubungan baik dan berdagang dengan semua negara."Perkara ini penting kerana ramai anggap bahawa kita harus memilih (kerjasama) dengan mana-mana (negara selain AS)."Tidak, AS adalah rakan dagang yang penting |
Malaysia, AS meterai MoU kerjasama nuklear awam - Sinarharian - 10/07 7:29 pm KUALA LUMPUR - Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) telah mengambil langkah penting dengan memperkukuh kerjasama komprehensif menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama strategik dalam bidang nuklear awam.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perjanjian berkenaan satu "pencapaian penting" yang membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala, khususnya dalam bidang keselamatan tenaga dan pembangunan lestari."MoU ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh perkongsian komprehensif Malaysia-AS," katanya ketika berucap pada majlis penandatanganan MoU yang berlangsung di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Beliau berkata, Malaysia melihat penerokaan tenaga nuklear sebagai elemen penting dalam strategi jangka panjang, yang bermatlamat memastikan keselamatan tenaga, merangsang pertumbuhan ekonomi serta membangunkan keupayaan negara untuk memanfaatkan tenaga nuklear secara selamat, terjamin dan bertanggungjawab.Pada majlis turut dihadiri Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, Mohamad mengumumkan kesediaan Malaysia untuk memulakan rundingan mengenai Perjanjian 123, iaitu satu kerangka undang-undang penting yang diwajibkan oleh AS sebelum sebarang kerjasama nuklear melibatkan pemindahan bahan, peralatan atau teknologi dapat dijalankan.Sementara itu, menyambut baik pemeteraian MoU itu, Rubio menyifatkannya sebagai contoh bagaimana kerjasama nuklear awam dapat direalisasikan antara rakan yang diyakini, di samping mengekalkan tahap keselamatan, perlindungan dan pencegahan penyebaran nuklear."Kami amat teruja dengan perkara ini (MoU), yang saya percaya ia adalah isyarat jelas kepada dunia bahawa kerjasama nuklear awam adalah sesuatu yang boleh direalisasikan."Terdapat banyak negara di dunia, termasuk sebahagian daripadanya yang sering menjadi perhatian kebelakangan ini, yang telah menyatakan minat terhadap program nuklear awam |
Ekonomi digital, AI antara topik mesyuarat trilateral sempena AMM ke-58 - Sinarharian - 10/07 4:15 pm KUALA LUMPUR - Kerjasama dalam bidang ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), kewangan hijau dan pemerkasaan belia antara yang dibincangkan secara bersama menerusi Mesyuarat Trilateral Malaysia, Switzerland serta Sekretariat ASEAN.Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas mengadakan pertemuan selama 30 minit dengan Ketua Jabatan Perhubungan Luar Switzerland, Ignazio Cassis dan Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn.Dalam konteks ekonomi, Mohamad berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sokongan Switzerland terhadap perdagangan lestari dan inovasi."Kepakaran Switzerland dalam inovasi dan teknologi boleh menyumbang secara signifikan kepada peralihan ASEAN ke arah ekonomi digital dan mampan."Dalam bidang sosiobudaya, kerjasama ASEAN-Switzerland berhubung pengurusan bencana telah mengukuhkan ketahanan serantau ASEAN."Kami juga menghargai sumbangan dalam penyesuaian iklim, biodiversiti, pengurusan sumber air dan latihan vokasional, khususnya melalui Inisiatif TVET ASEAN-Swiss," katanya.Beliau berkata demikian sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.Malaysia menjadi hos AMM dan mesyuarat berkaitan yang merupakan acara tahunan utama dalam kalendar ASEAN di bawah tema Kepengerusian ASEAN 2025, 'Keterangkuman dan Kelestarian' bermula Selasa hingga Jumaat.Mohamad berpandangan, ASEAN dan Switzerland memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan dan kemakmuran.Tambahnya, Switzerland sebagai tuan rumah Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos jelas mempamerkan kedudukannya sebagai penggerak utama dialog global berkaitan cabaran ekonomi, sosial dan alam sekitar."Fokus WEF terhadap penyelesaian yang inklusif dan lestari sejajar keutamaan ASEAN."ASEAN dan Switzerland wajar menyuarakan pendirian kolektif bagi memperjuangkan dialog dan keamanan memandangkan dunia hari ini dipenuhi retorik permusuhan."Kedua-duanya juga mesti memperkukuh usaha mempromosikan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan penyelesaian konflik secara adil, terutamanya di Ukraine serta Gaza, Palestin," ujarnya lagi. |
Tiga kuasa besar hadir mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur - Mgazette - 10/07 4:00 pm # Tiga kuasa besar hadir mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR - Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio pada jam 6 petang ini sempena siri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN yang sedang berlangsung di ibu negara ketika ini |
Setiausaha negara AS Marco Rubio tiba di Malaysia hadiri mesyuarat ASEAN - SUN - 10/07 11:36 am SUBANG JAYA : Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio tiba di Malaysia pada Khamis bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan |
Menteri luar Rusia sergey lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat AMM ke-58 - SUN - 10/07 11:34 am Lavrov mengetuai delegasi Rusia ke mesyuarat tersebut, yang diadakan dari 8 hingga 11 Julai. Beliau tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.27 pagi dan disambut oleh Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman serta Duta Besar Rusia ke Malaysia Naiyl M |
Pertemuan Lavrov-Rubio di Kuala Lumpur sedang diusahakan - SUN - 10/07 11:18 am KUALA LUMPUR : Pertemuan antara Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio di Kuala Lumpur sedang diusahakan, menurut jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova |
Rubio tiba di KL, pertemuan dengan Lavrov sedang diusahakan - Mkini - 10/07 10:23 am Setiausaha Negara AS itu tiba bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-58. |
AMM KE-58: Setiausaha Negara AS tiba di Malaysia untuk mesyuarat peringkat tinggi - Sinarharian - 10/07 10:06 am SUBANG JAYA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio tiba di sini pada Khamis bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dianjurkan Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.Ini juga adalah lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.Beliau mewakili AS ke mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai.Delegasi AS mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada 7.39 pagi.Mereka disambut oleh Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman, Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D Kagan dan Kuasa Usaha di Misi AS ke ASEAN Kate Rebholz.Menurut Jabatan Negara AS, Rubio dijadual menyertai Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-AS, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Forum Serantau ASEAN (ARF) yang berlangsung mulai Khamis.Beliau dijangka mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan kerajaan Malaysia sepanjang lawatan itu.Kesemua Menteri Luar ASEAN hadir ke mesyuarat itu kecuali Myanmar yang diwakili pegawai kanannya manakala Menteri Luar Timor-Leste akan menjadi pemerhati.ARF, yang merupakan komponen utama dalam rangka lebih luas AMM, menghimpunkan negara anggota ASEAN, rakan dialog serta rakan strategik lain seperti AS, China, Rusia, Kesatuan Eropah, Jepun dan Australia.Malaysia menjadi tuan rumah AMM buat kali kelima tahun ini, selepas mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.AS memulakan hubungan rasmi dengan ASEAN pada 1977, satu dekad selepas penubuhan blok serantau itu.Hubungan itu telah dipertingkat kepada Perkongsian Strategik pada 2015 dan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2022 |
Ujian doping kuat kuasa di Piala Raja Thai 2025 - ISTAF - Sinarharian - 10/07 9:48 am PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) akan melaksanakan ujian doping dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai 2025 ke-38 yang dijadualkan berlangsung di Hat Yai, Songkhla, Thailand dari 22 hingga 27 Julai ini.Malah, Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, semua kontinjen dan pegawai pasukan diwajibkan mematuhi Peraturan Anti-Doping ISTAF 2021 yang telah diedarkan oleh Sekretariat ISTAF.Menurut beliau, setiap pengurus pasukan perlu menyerahkan Borang Pengisytiharan Anti-Doping ISTAF kepada Pegawai Anti-Doping ISTAF, Syed Azmir Syed Ahmad, semasa mesyuarat pengurus pasukan."Borang tersebut hendaklah disertakan bersama salinan pasport semua pemain yang terlibat dalam kejohanan," katanya pada Khamis.Jelas Halim, peraturan itu juga akan dikuatkuasakan selaras piawaian dan garis panduan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), dengan pelaksanaan program ujian doping dilakukan melalui kerjasama dengan Agensi Anti-Doping Kebangsaan Thailand (NADO)."Ujian doping akan dijalankan secara rasmi di lokasi kejohanan dan dikendalikan mengikut protokol pengujian dan penyiasatan seperti digariskan WADA |
Setiausaha Negara AS Rubio tiba di Subang, untuk persidangan ASEAN - Astroawani - 10/07 7:45 am Beliau tiba pada jam 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Boeing C-32 bersama delegasi dari AS. |
ASEAN buka pintu kepada Amerika Latin, Afrika Utara - Mgazette - 10/07 7:42 am Kehadiran Algeria dan Uruguay mengukuhkan lagi komitmen ASEAN terhadap kestabilan global dan kerjasama membina, ujar Mohamad. Majlis bersejarah itu turut disaksikan oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN, Menteri Luar Timor-Leste serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn yang bersama-sama meraikan perluasan keluarga besar ASEAN |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |