///
See Also: Shutterstock

Search : Sncc News   Page 1    



PM umum himpunan khas rai kepulangan wira, wirawati kemanusiaan - SUN - 5/10 8:25 pm

Mereka berjaya dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.45 petang waktu Malaysia sebelum tiba di Istanbul pukul 8.40 malam waktu Malaysia, semalam. Semalam Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata semua delegasi Malaysia itu dijadual berlepas pulang ke tanah air, esok





GSF: Kerajaan akan anjur himpunan khas rai kepulangan wira, wirawati kemanusiaan - PM - Sinarharian - 5/10 8:23 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan kesemua 23 wira dan wirawati negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke tanah air.Perdana Menteri berkata, himpunan itu juga diadakan bagi terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin."Insya-ALLAH, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur, kita juga akan cuba sesuaikan masa, pada waktu malam, kita buat himpunan sedikit untuk (mereka) kongsikan pengalaman, bagus juga," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook yang disertakan rakaman perbualan bersama delegasi Malaysia di Istanbul, Turkiye.Pada Khamis lepas, kesemua 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.Mereka berjaya dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada jam 6.45 petang waktu Malaysia sebelum tiba di Istanbul jam 8.40 malam waktu Malaysia pada Sabtu.Pada Sabtu, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, semua delegasi Malaysia itu dijadual berlepas pulang ke tanah air, esok.Anwar yang juga merupakan Penaung Sumud Nusantara turut memaklumkan semua rakyat Malaysia berkenaan berada dalam keadaan baik dan bersemangat kental.Dalam perbualan itu, Anwar berkata, beliau turut menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi."Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan," kata beliau.Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).Selain itu, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy)





Semua 23 peserta GSF tiba di Istanbul 8.30 malam tadi, dijangka pulang pada Isnin - Harapandaily - 5/10 9:12 am

Kesemua 23 aktivis Malaysia telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul kira-kira pukul 8.40 malam tadi waktu Malaysia, maklum Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC)





SNCC sedia hantar konvoi bantuan darat besar-besaran ke Gaza sekiranya .. - Mgazette - 5/10 7:27 am

# SNCC sedia hantar konvoi bantuan darat besar-besaran ke Gaza sekiranya pintu Rafah dibuka KUALA LUMPUR - Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) sedang membuat persediaan dengan dokongan kerajaan untuk konvoi bantuan darat besar-besaran Malaysia ke Gaza sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka





SNCC rancang gelombang kedua konvoi bantuan darat ke Gaza selepas gencatan senjata dicapai - Astroawani - 5/10 12:11 am

Sumud Nusantara kini dalam perancangan melaksanakan gelombang kedua bagi konvoi bantuan darat secara besar-besaran ke Gaza, sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka selepas gencatan senjata dicapai.





Keluarga tidak sabar menanti kepulangan Ustaz Mad Kecik - Sinarharian - 4/10 11:30 pm

KUALA TERENGGANU - Keluarga kepada aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF), Muhamad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik, 32, melahirkan rasa lega selepas menerima perkembangan terbaharu mengenai ketibaan kumpulan itu ke Turkiye pada Sabtu.Abang sulungnya, Mohd Faizul Abdullah, 40, berkata, dia dan keluarga juga tidak sabar untuk menyambut kepulangan adiknya itu yang telah menempuh perjalanan panjang sebelum kembali semula ke tanah air.Menurutnya, buat masa ini semua ahli keluarga bertenang dan menunggu kenyataan rasmi daripada Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC)."Setakat ini kami sekeluarga lega apabila ada perkembangan positif, namun masih menunggu kenyataan rasmi daripada SNCC."Cuma, keluarga peserta GSF diminta agar tidak membuat sebarang pengesahan sendiri, sebaliknya menunggu makluman rasmi daripada pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.Mohd Faizul berkata, beliau baru tiba di Kuala Lumpur pada tengah hari Sabtu manakala ahli keluarga lain termasuk ibu serta tiga adiknya sudah pun berada di ibu negara itu sejak Jumaat.Katanya, kesemua ahli keluarga berada bersama di Kuala Lumpur bagi mengikuti rapat perkembangan semasa berhubung misi kemanusiaan tersebut.Terdahulu, media melaporkan sebuah pesawat yang membawa aktivis GSF yang diserang dan ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa, selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang Sabtu.Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel itu tiba di Istanbul pada 3.50 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi.Seramai 137 orang daripada flotila itu, termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba di Istanbul menerusi penerbangan berkenaan dan ketibaan mereka disambut oleh pegawai serta orang ramai di lapangan terbang.





SNCC rancang misi gelombang kedua melalui darat bawa bantuan ke Gaza - Sinarharian - 4/10 11:12 pm

SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) sedang merancang pelaksanaan Misi Gelombang Kedua Sumud Nusantara yang akan menumpukan kepada penghantaran konvoi bantuan darat ke Gaza di bawah bendera Malaysia Jalur Gemilang.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr





GSF: Delegasi Malaysia dijadual berlepas pulang ke tanah air Isnin ini - KP SNCC - Sinarharian - 4/10 10:57 pm

SEPANG - Kesemua 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka berlepas pulang ke tanah air seawal Isnin selepas menempuh pelbagai cabaran termasuk ditahan rejim Israel ketika dalam pelayaran membawa bantuan ke Gaza.Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye pada jam 8.40 malam selepas diterbangkan dari Lapangan Terbang Ramon pada jam 6.40 petang waktu tempatan."Semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul dan mereka disambut oleh wakil Kedutaan Malaysia di Turkiye, Wisma Putra serta kerajaan Turkiye."Mereka akan bermalam di Istanbul di bawah jemputan dan tajaan kerajaan Turkiye sebelum pulang ke tanah air menggunakan penerbangan Turkish Airlines yang juga ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye," katanya.Beliau berkata sedemikian ketika sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang pada Sabtu.Menurut beliau, SNCC menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan Malaysia atas kepimpinan dan keprihatinan tinggi dalam menggunakan hubungan diplomatik antarabangsa sehingga berjaya membawa pulang 23 rakyat Malaysia.Dalam pada itu, Sani Araby berkata, empat aktivis termasuk Nadir Al-Nuri bersama beberapa wakil lain turut berlepas ke Istanbul bagi menyertai semula aktivis Malaysia di sana."Empat delegasi termasuk Tuan Nadir dan sahabat-sahabat lain akan bersama delegasi di Istanbul





GSF: Kerajaan pastikan kepulangan peserta Malaysia di Turkiye berjalan lancar - Sinarharian - 4/10 10:32 pm

Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi ALLAH SWT. Alhamdulillah!" kata beliau dalam hantaran itu.Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dalam sidang media harian petang tadi memaklumkan 23 delegasi Malaysia berkenaan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 8.40 malam waktu Malaysia.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi catatan di Facebook berkata, kesemua 23 rakyat Malaysia yang terlibat berlepas menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye, TK6921 dari Lapangan Terbang Ramon, Israel.Terdahulu, Anwar dalam hantaran berasingan mengucapkan terima kasih kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta pemimpin negara lain yang memainkan peranan penting dalam memudahkan proses pembebasan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia.Pada Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).Turut ditahan, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza





GSF: 23 sukarelawan Malaysia selamat tiba di Istanbul - Mkini - 4/10 10:14 pm

Menteri Komunikasi berkata perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC).





GSF: Kerajaan pastikan kepulangan peserta Malaysia di Turkiye berjalan lancar - SUN - 4/10 10:13 pm

Alhamdulillah! kata beliau dalam hantaran itu. Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dalam sidang media harian petang tadi memaklumkan 23 delegasi Malaysia berkenaan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia





GSF: Malaysian volunteers arrive in Istanbul - Sinardaily - 4/10 10:11 pm

KUALA LUMPUR - Twenty-three Malaysian volunteers from the Global Sumud Flotilla (GSF) mission arrived safely in Istanbul from Israel tonight.Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the news was confirmed by Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby."Alhamdulillah, Datuk Sani Araby has just informed that the 23 Malaysian GSF volunteers have safely arrived in Istanbul."May Allah SWT grant them strength and ease their journey home, he said in a Facebook post.Earlier, SNCC confirmed that a special aircraft carrying all the Malaysian activists had departed Ramon Airport in Israel, at 6.45 pm Malaysian time.Meanwhile, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan, in a Facebook post, said all 23 Malaysians had departed on a special Turkish flight, TK6921, from Ramon Airport.The 23 Malaysians were detained by Israeli forces on Thursday after their ships were intercepted in the R3 Red Zone waters of the Mediterranean Sea and taken to the port of Ashdod in Israel.They are singer Heliza Helmi and her younger sister Nur Hazwani Afiqah, who were on the vessel Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) and Danish Nazran Murad (Grande Blu); singer Zizi Kirana (Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis and Sul Aidil (Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin and Rusydi Ramli (Sirius).Razali Awang on the vessel Inana; influencer Nurul Hidayah Mohd Amin, better known as Ardell Aryana (Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (Estrella); Zainal Rashid and Ustaz Muhammad Abdullah (Fair Lady), as well as Muhammad Hareez Adzrami, better known as Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli and Taufiq Mohd Razif (Free Willy).The GSF, comprising over 500 activists from 45 countries, set sail for Gaza as a symbol of solidarity and an effort to break the Israeli blockade, while delivering humanitarian aid to the people of Gaza





GSF: Pesawat bawa keluar rakyat Malaysia selamat berlepas ke Turkiye - SUN - 4/10 9:11 pm

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) yang berada dalam tahanan rejim Zionis sejak Khamis, telah selamat dibawa keluar dari Israel. Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan pesawat khas membawa semua aktivis Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel menuju ke Istanbul, Turkiye pada 6.45 petang waktu Malaysia





Susu, beras dan ubat masih di atas kapal SNCC Sahkan Bantuan Global Sumud Flotilla Masih Ditahan Isra*l - Lobakmerah - 4/10 4:42 pm

Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan bahawa barangan bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipercayai masih berada di kapal yang dipintas oleh rejim Israel





23 tahanan Malaysia selamat, urusan bawa balik sudah siap – Mohamad .. - Mgazette - 4/10 4:12 pm

Jadi saya harap keluarga rakyat Malaysia yang menyertai GSF ini jangan risau sangat. Mereka dalam keadaan selamat dan usaha sedang dilakukan oleh semua pihak terutamanya daripada SNCC agar rakyat Malaysia dapat kita keluarkan segera dan urusan untuk membawa mereka balik telah pun siap





Kehadiran Trump atas jemputan ASEAN, tidak libat hubungan dua hala Malaysia - Mgazette - 4/10 4:12 pm

Itu kekuatan ASEAN, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sepang, Selangor di sini hari ini





SNCC sahkan barangan bantuan dibawa GSF masih dalam kapal - Kosmo - 4/10 3:53 pm

SEPANG – Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan barangan bantuan kemanusiaan yang dibawa bersama misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipercayai masih berada di kapal yang dipintas rejim Israel





GSF: Aktivis dipaksa berlutut, digari selama lima jam - KP SNCC - Sinarharian - 4/10 3:35 pm

SEPANG [DIKEMAS KINI] Laungan "Free Palestine" oleh sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan tentera Israel didakwa menyebabkan pasukan bersenjata rejim itu bertindak zalim terhadap mereka.Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery berkata, semua aktivis dipaksa melutut dengan tangan diikat menggunakan tali zip nilon (zip tie) selepas ditahan."Peserta juga dinafikan akses asas seperti air, tandas dan ubat-ubatan."SNCC juga mengesahkan barangan bantuan kemanusiaan seperti beras, susu formula, air bersih, ubat-ubatan dan lain-lain yang dibawa dipercayai masih berada di atas kapal yang dipintas rejim Israel," katanya dalam sidang akhbar di SNCC Bandar Serenia di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, beliau memaklumkan SNCC turut menerima laporan daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) bahawa peserta flotila pada awalnya telah dinafikan hak bertemu peguam.Namun, dalam tempoh 24 jam lalu, peguam Adalah telah bertemu dengan 331 peserta GSF di Pelabuhan Ashdod."Delegasi Malaysia kini ditempatkan di Penjara Ketziot, Israel dan telah diminta menandatangani borang Request for Immediate Departure."Pihak Adalah telah berhubung dengan 20 daripada 23 delegasi Malaysia yang ditahan, manakala tiga peserta lagi akan diuruskan dalam masa terdekat," jelasnya.





GSF: Delegasi Malaysia sudah dinasihatkan tandatangan borang berlepas - Sinarharian - 4/10 2:48 pm

SEPANG - Rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Ketziot, Israel telah dinasihatkan menandatanganiborang 'request for immediate departure' atau 'Permohonan untuk Pelepasan Segera'.Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihak Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah berhubung dengan 20 daripada 23 rakyat Malaysia yang ditahan, manakala tiga lagi akan diuruskan dalam masa terdekat."SNCC bersama kerajaan Malaysia kini berada dalam siap sedia untuk membawa pulang semua 23 delegasi Malaysia sebaik sahaja menerima isyarat daripada kerajaan Turkiye yang menjadi penghubung utama dalam rundingan diplomatik dengan rejim Zionis."SNCC menggesa seluruh rakyat Malaysia meneruskan sokongan kepada delegasi misi flotila ini dan melaksanakan solat hajat dan doa Qunut Nazilah supaya koridor kemanusiaan di Gaza dibuka," katanya pada sidang akhbar di SNCC Bandar Serenia, di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peserta flotilla dipaksa melutut dengan tangan bergari 'zip-tie' bagi tempoh anggaran lima jam selepas sebahagian daripada mereka melaungkan slogan 'Free Palestine'.Selain itu menurutnya, peserta juga dinafikan akses asas seperti air, tandas, dan ubat-ubatan."SNCC menerima makluman seramai 462 peserta telah ditahan rejim Zionis dan sedang melalui proses prosiding bersama pihak berkuasa imigresen rejim Zionis Israel."Peserta flotila pada awalnya telah dinafikan hak bertemu peguam, namun dalam tempoh 24 jam lalu, peguam ADALAH telah bertemu 331 peserta Global Sumud Flotilla di Pelabuhan Ashdod," jelasnya.Beliau turut mengesahkan semua barangan bantuan kemanusiaan seperti beras, susu formula, air bersih dan ubat-ubatan dibawa dalam misi berkenaan."Kami percaya semua barangan itu masih berada di atas kapal yang telah dipintas oleh rejim Israel," katanya.





GSF: Usaha bebaskan aktivis, Malaysia terima bantuan pelbagai negara termasuk ASEAN - Sinarharian - 4/10 2:26 pm

SEPANG - Malaysia menerima bantuan daripada beberapa negara termasuk negara anggota ASEAN dalam usaha membebaskan aktivis kemanusiaan yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, kerajaan kini menggerakkan pelbagai saluran diplomatik melalui rakan antarabangsa yang mempunyai kedutaan di Israel termasuk Amerika Syarikat, Turkiye, Jordan dan Mesir bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang masih dalam tahanan."Kita memang dah jangkakan keadaan begini akan berlaku, jadi kita telah pun berbincang sesama rakan-rakan khususnya daripada ASEAN."(memandangkan) Malaysia tidak mempunyai kedutaan di Israel, kita telah minta supaya negara-negara rakan memberikan bantuan konsular kepada rakyat kita yang ditahan," katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) di sini pada Sabtu.Mohamad berkata, setakat ini, Jordan dan Turkiye telah memberi jaminan untuk membantu proses membawa pulang rakyat Malaysia sebaik sahaja mereka dibebaskan.Beliau berkata, Amerika Syarikat melalui timbalan menteri luarnya turut menyatakan komitmen untuk membantu melalui kedutaannya di Tel Aviv dan bersedia memberikan apa jua bantuan yang diperlukan rakyat Malaysia.Semua misi diplomatik Malaysia di Jordan, Turkiye, Kaherah dan Algeria katanya, kini berada dalam keadaan siap siaga untuk memberikan bantuan dan sokongan logistik sekiranya rakyat Malaysia dibebaskan melalui mana-mana pintu sempadan."Kita tidak tahu (laluan mana tahanan akan dilepaskan) sebab ini terpulang kepada pihak rejim Zionis Israel untuk menghantar mereka balik," katanya.Mohamad turut memaklumkan bahawa komunikasi antara barisan peguam yang mewakili GSF dan aktivis tidak dapat dilakukan pada waktu ini kerana Israel sedang menyambut perayaan Yom Kippur, yang juga cuti umum sekali gus menyebabkan pejabat kerajaan dan diplomatik ditutup.Beliau berkata, situasi itu telah menangguhkan sementara proses diplomasi dan rundingan untuk membawa pulang aktivis GSF."Jangan risau, kerajaan sentiasa memantau keadaan mereka secara by the second.Kita harap hari Isnin nanti, bila pejabat dibuka semula, kita akan dapat berhubung semula





Trump hadir atas jemputan 'kenduri' ASEAN, bukan 'kenduri' Malaysia - Mohamad - Sinarharian - 4/10 1:29 pm

Beliau merupakan ketua negara yang menjadi rakan dialog kepada ASEAN."Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kita menjemput semua ketua negara hadir bagi menghadiri Sidang Kemuncak ke-46 dan ke-47. Malaysia hanyalah tuan rumah; persidangan ini merupakan kenduri ASEAN, bukannya kenduri Malaysia semata-mata," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di Bandar Serenia di sini pada Sabtu.Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pertubuhan masyarakat dilaporkan menyuarakan bantahan terhadap kehadiran Trump ke Malaysia susulan dasar luar negara itu terhadap Asia Barat dan Palestin.Antara pihak yang menyuarakan bantahan ialah Pemuda UMNO yang menggesa Malaysia membatalkan jemputan Trump sekiranya semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), terutama rakyat Malaysia, tidak dibebaskan oleh Israel.Dalam pada itu, Mohamad menegaskan bahawa ASEAN perlu terus dilihat sebagai satu kumpulan negara yang mengamalkan dasar berkecuali, sekali gus menjadi teras kekuatan rantau ini dalam menjalin hubungan antarabangsa.Menurut beliau, dasar berkecuali tersebut merupakan kekuatan utama ASEAN termasuk Malaysia sebagai salah satu negara anggota."ASEAN terbina atas dasar rantau yang bebas, aman dan berkecuali





Malaysia welcomes Hamas conditional acceptance of Trump peace plan - SUN - 4/10 1:01 pm

He said the development is seen as a starting point towards lasting peace for Palestine and its people. Alhamdulillah, we are grateful that Hamas has accepted (the plan) even if conditionally, he said at a press conference after visiting the Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) here today





GSF: No Malaysians on seized Marinette vessel - Malaymail - 4/10 9:51 am

SEPANG, Oct 4 The Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) confirmed that no Malaysians were on the last ship saili...





Sukarelawan Malaysia dijangka diterbangkan keluar dalam tempoh 48 jam .. - Mgazette - 4/10 7:58 am

# Sukarelawan Malaysia dijangka diterbangkan keluar dalam tempoh 48 jam - SNCC KUALA LUMPUR Semua sukarelawan Malaysia daripada Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan di Ashdod, Israel dijangka dibawa keluar menerusi penerbangan dalam tempoh 48 jam





SNCC nafi sekeras-kerasnya dakwaan misi GSF tidak bawa bantuan kemanusiaan - Astroawani - 4/10 5:40 am

SNCC menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Israel misi Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa bantuan kemanusiaan.





Selangor sediakan bantuan sebaik sukarelawan GSF pulang ke tanah air - Sinarharian - 4/10 12:32 am

SEPANG - Kerajaan Selangor akan menyediakan beberapa bantuan sebagai tanda sokongan kepada delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebaik mereka pulang ke tanah air, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.Beliau berkata, bantuan itu termasuk penggunaan hotel milik kerajaan negeri sebagai pusat persediaan dan transit delegasi Malaysia, selain peruntukan RM1 juta kepada Pusat Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MIHC) bagi memperkukuh peranan pusat itu dalam melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza serta menangani bencana di dalam negara."Sebahagian daripada sumbangan ini boleh digunakan segera untuk persediaan mereka sebaik tiba di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)."Kita mahu pastikan pasukan flotila diberi sambutan dan sokongan rapi, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga kualiti persediaan dan strategi," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) di sini malam ini.Terdahulu, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua 23 peserta GSF yang kini ditahan Israel, dijangka diterbangkan dari Ashdod dalam tempoh 48 jam.Sani Araby berkata, perkembangan baik itu susulan usaha berterusan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penaung Sumud Nusantara dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis





Peguam akhirnya dibenarkan berjumpa dengan aktivis Malaysia di Ashdod - Sinarharian - 3/10 11:34 pm

SEPANG Wakil perundangan Malaysia di Ashdod akhirnya dibenarkan berjumpa dengan semua delegasi Malaysia yang ditahan selepas melalui proses rundingan yang panjang.Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, pada peringkat awal, wakil perundangan tersebut dinafikan akses untuk berhubung dengan aktivis Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF).Katanya, selepas tekanan kuat daripada komuniti antarabangsa termasuk negara-negara Eropah, ASEAN serta Malaysia sendiri, pihak berkuasa Israel akhirnya memberi laluan kepada wakil undang-undang bertemu delegasi."Ini adalah hasil daripada desakan dunia yang bangkit, termasuk tekanan diplomatik yang konsisten





Sumud Nusantara nafi kapal tidak bawa bantuan makanan - Kosmo - 3/10 11:22 pm

SEPANG- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menafikan dakwaan kononnya konvoi kapal Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa apa-apa bantuan bekalan





Kapal peninjau Observer Shireen selamat berlabuh - Sinarharian - 3/10 11:14 pm

SEPANG Kapal peninjau Observer Shireen, yang menyediakan khidmat guaman dan perubatan sepanjang pelayaran Misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan selamat berlabuh di Pelabuhan Paphos, Cyprus pada jam 3.40 petang waktu Malaysia.Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, kapal berkenaan telah mengiringi konvoi sejak awal perjalanan dengan peranan utama memberi sokongan kepada seluruh peserta flotila."Kapal ini akan meneruskan pelayaran sehingga tamat misinya di Cyprus," katanya pada sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang, malam Jumaat.Dalam pada itu, Sani Araby turut mengesahkan kapal terakhir dalam misi berkenaan iaitu Marinette telah dipintas rejim Zionis pada jam 3.30 petang waktu Malaysia.Menurutnya, tiada rakyat Malaysia berada di atas kapal tersebut yang hanya membawa tiga warga Turkiye, seorang warga Oman, seorang warga Jerman dan seorang warga Australia.Beliau menambah, keluarga kepada delegasi Malaysia turut hadir ke SNCC pada petang Jumaat untuk mengikuti sesi taklimat dan mendengar perkembangan terkini mengenai keadaan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam misi itu





Aktivis GSF Malaysia dijangka diterbangkan pulang dalam tempoh 48 jam - Sinarharian - 3/10 10:58 pm

SEPANG - Seramai 23 aktivis Malaysia Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan rejim Israel dijangka diterbangkan pulang dari Ashdod, dalam tempoh 48 jam.Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, jangkaan itu dibuat hasil usaha berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penaung misi tersebut bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan."Dengan usaha yang dimainkan Perdana Menteri sendiri serta pihak Turkiye, kita menjangkakan fasa untuk membawa pulang delegasi Malaysia daripada Ashdod akan berlaku dalam tempoh 48 jam lagi, insya-ALLAH," katanya pada sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang, malam Jumaat.Menurutnya, peranan Perdana Menteri amat signifikan apabila beliau sendiri menghubungi SNCC sejak awal pagi tadi bagi memaklumkan perkembangan positif hasil rundingan antarabangsa."Perdana Menteri bukan sahaja memberi komitmen maksimum, tetapi turut menghubungi Presiden Erdogan, Presiden Mesir serta Setiausaha Amerika Syarikat berkali-kali untuk memastikan usaha evakuasi ini berjalan lancar."Saya kira sedikit masa lagi, kita dapat menjemput mereka untuk pulang ke tanah air, mungkin melalui Ankara ataupun Istanbul," jelasnya.Beliau berkata, Malaysia bersama Turkiye berpotensi menjadi negara pertama yang berjaya mengeluarkan rakyat masing-masing daripada tahanan rejim Zionis."Namun usaha ini tidak akan terhenti dengan Malaysia dan Turkiye sahaja





23 aktivis flotila Malaysia dijangka dibawa ke Turkiye dalam 48 jam - Kosmo - 3/10 10:48 pm

SEPANG- Seramai 23 rakyat Malaysia yang kini ditahan tentera Israel di Pelabuhan Ashdod dijangka di bawa ke Turkiye dalam tempoh 48 jam. Perkara itu disahkan oleh Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) pada sidang akhbar di sini, malam tadi





SNCC nafi dakwaan kapal GSF tidak bawa bekalan kemanusiaan - Sinarharian - 3/10 10:30 pm

SEPANG Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menafikan dakwaan polis Israel kononnya Misi Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa bekalan kemanusiaan dalam 40 kapal yang dipintas ketika dalam perjalanan ke Gaza.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, sejak awal pelayaran, pelbagai barangan bantuan sudah dikongsikan melalui media sosial rasmi GSF dan SNCC sebagai bukti bahawa misi tersebut menghantar bekalan."Dakwaan itu tidak benar





Five Malaysian activists, one Bruneian return home after Global Sumud Flotilla mission - BorneoPost - 3/10 9:29 pm

SEPANG (Oct 3): Five Malaysians and one Bruneian who were previously involved in the Global Sumud Flotilla (GSF) humanitarian mission returned home yesterday. Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said all of them will begin volunteer duties at SNCC tonight





GSF: Lawyers begin consultations to represent Malaysian activists - Sinardaily - 3/10 8:18 pm

SEPANG - Lawyers from the Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) have begun consultations to represent Malaysian activists of the Global Sumud Flotilla (GSF) who are currently detained by Israel.Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said the legal team had met all 23 Malaysians involved."All of them (from Malaysia) are safe and in good health, he told a media conference here today.Yesterday, international media (Anadolu Agency), quoting a statement from ADALAH, reported that Israeli authorities had begun hearings regarding the detention and deportation orders of activists detained during the GSF mission at Ashdod Port.According to the ADALAH statement, the process began without prior notice to lawyers and denied the activists access to legal representation, which amounted to a violation of due legal process and their fundamental rights.ADALAH also confirmedthat its legal team managed to gain entry into the port to meet the detained activists after initially being barred from gaining access by Israeli authorities.Elaborating, Sani Araby said hecould not confirm whether any of the Malaysian activists had undergone the hearing process, thus far."Wecannot confirm this because the total number of participants (detained) is 495





GSF: Five Malaysian activists, one Bruneian return home - Sinardaily - 3/10 8:15 pm

SEPANG - Five Malaysians and one Bruneian who were previously involved in the Global Sumud Flotilla (GSF) humanitarian mission returned home yesterday.Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said all of them will begin volunteer duties at SNCC tonight."The total number is eight, including one Bruneian activist





Misi FFCxTMTG ke Gaza tidak diselaraskan di bawah GSF - SNCC - Sinarharian - 3/10 7:40 pm

SEPANG - Misi kemanusiaan gabungan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) tidak diselaraskan di bawah Global Sumud Flotilla (GSF).Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, pihaknya sedia maklum mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam misi pelayaran ke Gaza itu."Jadi untuk kumpulan yang kedua itu, saya kira mereka juga ada objektif mereka yang tersendiri."Kita ambil maklum dan saya kira mungkin sedikit masa lagi mereka juga akan buat sidang media mereka sendiri," katanya dalam sidang akhbar di MAPIM Central Warehouse di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, usaha membebaskan Gaza perlu dijadikan satu kerangka bersama dalam menjayakan misi kemanusiaan."Saya boleh katakan bahawa sebarang usaha untuk membebaskan Gaza dengan apa juga keadaan yang tersusun yang bersama dengan semua peringkat masyarakat daripada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua sekali itu patut kita jadikan sebagai satu kerangka yang baik, termasuklah media."Untuk pihak GSF, kini kita dalam fasa kedua (rundingan)





Aktivis kemanusiaan Malaysia dan Brunei selamat pulang dari misi Gaza - SUN - 3/10 6:53 pm

SEPANG: Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air semalam. Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kesemua mereka akan memulakan tugas sukarelawan di SNCC mulai malam ini





GSF: Peguam ADALAH mulakan konsultasi untuk wakili aktivis Malaysia - SUN - 3/10 6:45 pm

SEPANG: Peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah memulakan sesi konsultasi bagi mewakili aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan pihak berkuasa Israel. Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata barisan peguam tersebut sudah bertemu dengan semua 23 rakyat Malaysia yang terbabit





Malaysian activists return home from Gaza humanitarian mission - SUN - 3/10 6:43 pm

SEPANG : Five Malaysian activists and one Bruneian national previously involved in the Global Sumud Flotilla humanitarian mission have returned home. Sumud Nusantara Command Centre director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby confirmed all returnees will begin volunteer duties at SNCC tonight





Global Sumud Flotilla: Keluarga terkesan baca hantaran tidak cukup 'masak', tertanya-tanya - KP SNCC - Astroawani - 3/10 6:38 pm

Langkah ini diambil bagi memastikan emosi dan kesejahteraan keluarga terus dipenuhi sementara menanti proses rundingan pembebasan delegasi Malaysia selesai.





GSF: Peguam ADALAH mulakan konsultasi untuk wakili aktivis Malaysia - Sinarharian - 3/10 6:34 pm

SEPANG - Peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah memulakan sesi konsultasi bagi mewakili aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan pihak berkuasa Israel.Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, barisan peguam tersebut sudah bertemu dengan semua 23 rakyat Malaysia yang terbabit."Semua delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat dan sihat," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.Semalam, agensi berita antarabangsa Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan ADALAH melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel pada Khamis telah memulakan pendengaran berhubung penahanan serta perintah pengusiran aktivis yang ditahan dalam misi GSF di Pelabuhan Ashdod.Menurut ADALAH, proses itu dijalankan tanpa sebarang notis awal kepada peguam serta menafikan akses aktivis kepada khidmat guaman, yang merupakan pencabulan terhadap proses undang-undang dan hak asasi aktivis.ADALAH turut mengesahkan pasukan guamannya berjaya memasuki pelabuhan tersebut untuk bertemu aktivis yang ditahan, selepas pada awalnya dihalang daripada mendapat akses oleh pihak berkuasa Israel.Mengulas lanjut, Sani Araby berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat aktivis Malaysia yang telah melalui proses pendengaran tersebut setakat ini."Kita tidak dapat sahkan kerana jumlah peserta (yang ditahan) adalah 495





Steven Sim seru solidariti global untuk GSF di Forum Keselamatan Sosial Sedunia - SUN - 3/10 5:47 pm

Tiga puluh empat rakyat Malaysia antara jiwa berani yang ditawan ketika melakukan misi kemanusiaan GSF ke Gaza, Palestin. Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan 23 sukarelawan Malaysia ditahan oleh pasukan Israel





SNCC sahkan delegasi Malaysia selamat, rundingan pembebasan diteruskan - Sinarharian - 3/10 5:41 pm

SEPANG Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan semua aktivis Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) berada dalam keadaan selamat dan sihat.Peguam yang dilantik menerusi organisasi Adalah mengesahkan telah bertemu delegasi terbabit dan menemui mereka dalam keadaan baik.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, jumlah keseluruhan tahanan flotila itu adalah seramai 495 orang melibatkan penyertaan daripada 45 negara, dan proses pengesahan sedang dijalankan."Hingga kini, tiada sebarang tuntutan rasmi dikemukakan pihak Israel terhadap Malaysia





Lima delegasi Malaysia selamat tiba, dua lagi di Jordan bantu pasukan perundangan - Sinarharian - 3/10 5:11 pm

SEPANG [KEMAS KINI] Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kumpulan lima sukarelawan Malaysia bersama seorang wakil dari Brunei yang tidak meneruskan misi pelayaran bersama Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di ibu negara pada Khamis.Mereka yang diterbangkan pulang ialah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan warga Brunei, Rezahmaisalamah Md YusofKetua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, selain kumpulan itu, dua lagi peserta Malaysia berada di Amman, Jordan bagi membantu pasukan perundangan yang dilantik."Alhamdulillah, lima orang aktivis kita bersama seorang dari Brunei telah selamat sampai dan akan bersama SNCC untuk membantu fasa rundingan."Dua lagi delegasi yang ditempatkan di Amman akan membantu kerja pasukan perundangan yang menjadi wakil rasmi," katanya dalam sidang media di MAPIM Central Warehouse di sini pada JumaatDr Sani Araby memaklumkan beliau sendiri sudah berjumpa dengan lima aktivis terbabit serta menyampaikan amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sudah bertemu keluarga 23 aktivis selama empat jam bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi tahanan."Perdana Menteri sendiri telah memberi komitmen untuk mengetuai usaha pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan bersama menteri luar dan barisan jemaah menteri."Komitmen ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan rundingan mencapai hasil secepat mungkin," ujarnya





Malaysia minta jasa baik Turkiye bawa pulang sukarelawan GSF negara - SUN - 3/10 4:34 pm

Anwar berkata proses membawa pulang semua sukarelawan Malaysia dijangka dalam tempoh dua atau tiga hari, sekiranya segala proses rundingan berjalan lancar. Semalam, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan 23 aktivis Malaysia telah ditahan tentera Israel selepas komunikasi terputus serta visual menunjukkan penahanan mereka





Malaysia minta jasa baik Turkiye bawa pulang sukarelawan GSF negara - Sinarharian - 3/10 4:09 pm

Penjara itu sendiri sudah satu penderaan. Namun, setakat ini laporan daripada pihak Turkiye menunjukkan keadaan mereka terkawal," kata beliau.Anwar berkata, proses membawa pulang semua sukarelawan Malaysia dijangka dalam tempoh dua atau tiga hari, sekiranya segala proses rundingan berjalan lancar.Pada Khamis, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan 23 aktivis Malaysia telah ditahan tentera Israel selepas komunikasi terputus serta visual menunjukkan penahanan mereka.GSF disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.Misi kemanusiaan itu mendapat perhatian dunia apabila turut disertai tokoh antarabangsa termasuk aktivis iklim, Greta Thunberg, pelakon Hollywood, Susan Sarandon serta cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela





Titah Agong, doa rakyat bukti solidariti untuk GSF, Gaza - Sinarharian - 3/10 3:25 pm

KUALA LUMPUR - Para sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 23 rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel sejak awal pagi Khamis, terus menerima kekuatan melalui doa serta solidariti masyarakat global, selain sokongan penuh keprihatinan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah bahawa misi GSF melambangkan persaudaraan tanpa batas apabila sukarelawan pelbagai bangsa dan agama, termasuk rakyat Malaysia, sanggup menggalas risiko besar demi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza."Mereka dalam misi itu hanya membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat," titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook Royal Press Office pada Jumaat selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyembah maklum perkembangan terkini flotila berkenaan.Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri berkata, kesemua 23 rakyat Malaysia kini berada di Pelabuhan Ashdod, Israel, dan pasukan guaman telah mula berhubung dengan mereka.Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan pasukan guaman Malaysia di Amman bagi memastikan tahanan negara yang menyertai misi GSF mendapat perlindungan undang-undang yang adil dan telus.Kedutaan turut memantau rapat perkembangan pergerakan rakyat Malaysia dalam misi GSF, khususnya mereka yang telah ditahan pihak berkuasa Israel."Pihak Kedutaan juga berhubung dengan negara-negara sahabat ASEAN di Amman dan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat semasa berhubung tahanan Malaysia serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya," menurut notis konsular yang disiarkan di laman Facebook Kedutaan pada Jumaat.Flotila antarabangsa yang disertai lebih 450 aktivis dari 47 negara, termasuk Greta Thunberg, Susan Sarandon dan Mandla Mandela, dilaporkan disekat dalam operasi selama beberapa jam oleh tentera Israel.Tindakan Israel mencetuskan reaksi antarabangsa apabila Turkiye, Sepanyol, Afrika Selatan dan Kanada menuntut pembebasan segera para aktivis, manakala Amnesty International menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa.Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) turut mengesahkan Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia sedang melaksanakan usaha maksimum untuk membebaskan aktivis negara yang terbabit dalam misi GSF.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, beliau dihubungi Perdana Menteri pada 8.10 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan serta keselamatan para aktivis dan ahli keluarga mereka."Beliau selaku Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara bertanya khabar mengenai keadaan keluarga aktivis, kesihatan mereka, serta meminta saya menyampaikan salam beliau selain memberi jaminan penuh terhadap usaha kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.SNCC turut memaklumkan hanya satu daripada kapal-kapal yang menyertai misi GSF masih meneruskan pelayaran ke perairan Gaza.Berdasarkan paparan skrin SNCC, kapal Marinette kini berada di zon kuning di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari Gaza malam tadi dan hanya 10 batu nautika dari lokasi Israel mula memintas bot lain dalam flotila tersebut.Tiada aktivis Malaysia berada di atas kapal berkenaan





GSF ship Marinette speeds towards Gaza as interception risk grows - Sinardaily - 3/10 3:07 pm

SEPANG - The Global Sumud Flotilla (GSF) humanitarian mission vessel Marinette is racing towards Gaza at a high speed of six knots, raising the risk of interception by Israeli forces.Sumud Nusantara Control Centre (SNCC) spokesperson Adibah Razali confirmed that Marinette is the only vessel still in motion and is now in the R2 red zone, around 60 nautical miles from Gazas shore.At six knots, in other words, we call this speeding, because the usual knot speed for a sailing vessel is between 4.5 and 5.Our expectation is that if an interception happens, it will take place during the day





GSF: Marinette memecut laju hampiri Gaza, risiko semakin tinggi - Sinarharian - 3/10 2:19 pm

SEPANG - Kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) Marinette dilaporkan dalam keadaan memecut belayar dengan kelajuan 6 knot menuju ke Gaza.Jurucakap Jawatankuasa Induk Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Adibah Razali berkata, Marinette merupakan satu-satunya kapal yang masih belayar dan kini berada di zon merah R2."Klau knot 6 ini dalam kata lain kami panggil mereka sedang memecut laju kerana kebiasaan knot untuk kapal belayar antara 4.5 dan 5."Jangkaan kita sekiranya berlaku pintasan, ia berlaku pada waktu siang




Reformasi     >>



'Don't be more Hamas than Hamas,' Foreign Ministry .. - Mkini
PARLIAMENT Bersatu leader keeps pressing Putrajaya to cancel invitation to Trump.
Kroni     >>



Gaza: Dari luka menuju kebangkitan - Harakahdaily
KANGAR: Dunia kembali menyaksikan usaha Amerika Syarikat merangka ‘pelan damai’ untuk Gaza, namun sejarah jelas menunjukkan hampir setiap pelan damai yang lahir daripada kuasa besar itu tidak pernah benar-benar berpihak kepada keadilan, sebaliknya terus mengekalkan kelebihan kepada pihak Zionis Israel. ..
Tabloid     >>



Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell Koyak – Nadzmi - Rotikaya
Semalam, Ardell Aryana dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan selepas mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan ketika dalam tahanan tentera Israel. Ardell dilapor ditarik rambut serta... Baca selanjutnya → The post Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell ..
Tech     >>



Here's how the government shutdown helps Apple - Phonearena
Besides Apple, the shutdown helps Amazon while the positions of Google and Meta are not affected.
World     >>



Japans bond vigilantes brace for looser fiscal stance .. - Cnbc
Japan's government bond market faces a test of faith under incoming Prime Minister Sanae Takaichi.
Motor Trend     >>



Proton e.MAS 5 open for booking, estimated pricing .. - Carsifu
PETALING JAYA: Proton is on the cusp of launching the nation’s first sub-RM100,000 electric vehicle (EV). The upcoming e.MAS 5 is officially open for booking and Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), a wholly owned subsidiary of Proton, gave the model a tentative price from ..