///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Raja News   Page 1    



Pengorbanan Irfan, Yusof Hafizi dapat pengiktirafan - Sinarharian - 10/05 10:27 pm

JAGUH lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet berbasikal trek para, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025.Naib Presiden SAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Anugerah SAM-100PLUS 2025, Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata, pengiktirafan itu diberikan atas kegigihan, pengorbanan serta pencapaian luar biasa dipamerkan kedua-dua atlet berkenaan di pentas antarabangsa.Menurutnya, kejayaan diraih bukan hadir sekelip mata, sebaliknya menuntut disiplin tinggi, kesabaran dan komitmen luar biasa sepanjang karier mereka."SAM berharap pengiktirafan ini bukan sahaja menyuntik semangat kepada Muhammad Irfan dan Mohamad Yusof, malah menjadi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda untuk terus mengejar kejayaan demi negara."Kejayaan tidak datang bergolek. Ia memerlukan pengorbanan besar dan kesabaran yang tinggi untuk direalisasikan," katanya dalam kenyataan.Muhammad Irfan sekali lagi membuktikan statusnya sebagai raja lempar cakera Asia Tenggara apabila menghadiahkan pingat emas buat negara pada Sukan SEA 2025 di Thailand.Lebih manis, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu turut memecahkan rekod temasya sekali gus meraih emas ketujuh berturut-turut sejak mula menguasai acara tersebut pada edisi 2013 di Myanmar.Sementara itu, Mohamad Yusof turut mencipta sejarah membanggakan apabila muncul atlet para negara pertama menyarung Jersi Pelangi selepas menjuarai acara MC1 200 meter flying sprint pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.Dalam perkembangan sama, Allianz Malaysia Berhad turut menerima Anugerah Khas SAM-100PLUS 2025 menerusi penganjuran Kejohanan Badminton Remaja Allianz yang dilihat memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan badminton negara di peringkat akar umbi.Anugerah SAM-100PLUS 2025 dijadual berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu ini dan bakal disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.Selain Anugerah Khas, majlis berprestij itu turut mempertandingkan kategori Anugerah Atlet Terbaik, Anugerah Atlet Para Terbaik dan Anugerah Persatuan Sukan Dinamik.Majlis berkenaan bukan sahaja mengiktiraf atlet yang mengharumkan nama negara sepanjang tahun lalu, malah turut meraikan pengamal media sukan menerusi pelbagai kategori pertandingan dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan melebihi RM65,000.Antara kategori dipertandingkan ialah Laporan Berita Terbaik Media Cetak, Laporan Berita Terbaik Media Elektronik, Ulasan Berita Terbaik Media Cetak, Ulasan Berita Terbaik Media Elektronik, Laporan Khas Terbaik Terbuka, Fotografi Sukan Terbaik dan Anugerah Pengulas Sukan Popular.





Musyawarah Nasional akan didaftar sebagai NGO – Zahid Musyawarah .. - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Musyawarah Nasional akan didaftar sebagai NGO - Zahid KUALA LUMPUR - Musyawarah Nasional akan didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat menjadi wadah yang tersusun, sah, berwibawa dan berterusan





Nilai semula undang-undang tangani isu sensitif, hina Islam, Raja Melayu .. - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Nilai semula undang-undang tangani isu sensitif, hina Islam, Raja Melayu - Zahid KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah tiba masanya, perundangan sedia ada dinilai semula demi memastikan agama Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu tepelihara daripada isu-isu sensitiviti





Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di seluruh negara





Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu - Mypress - 10/05 2:38 pm

KUALA LUMPUR – Kebebasan bersuara yang diamalkan di Malaysia bukan satu lesen untuk mana-mana pihak menghina kesucian agama Islam serta menggugat kewibawaan institusi Raja-raja Melayu





Tapak bakau KomaLaut wajar diwarta hutan kekal, titah Raja Muda Perlis - FMT - 10/05 2:30 pm

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia penting demi pastikan kawasan itu terus dipelihara secara lebih tersusun.





Isu hina Islam, institusi raja perlu ditangani secara tegas - Zahid - Mkini - 10/05 12:58 am

Presiden Umno berkata kesucian Islam dan kewibawaan institusi Raja-Raja Melayu berulang kali disentuh secara terbuka.





Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu - Mkini - 10/05 12:13 am

Sultan Ibrahim bertitah ibu adalah guru pertama, pelindung dan pembentuk karakter manusia.





Isu hina Islam, institusi raja perlu ditangani secara tegas - Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/05 11:46 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu perlu ditangani secara tegas, adil dan berhikmah bagi memastikan maruah agama, institusi negara serta keharmonian nasional terus terpelihara.Beliau berkata, keresahan masyarakat Melayu ketika ini semakin mendalam apabila kesucian Islam dan kewibawaan institusi Raja-Raja Melayu berulang kali disentuh secara terbuka menerusi pelbagai isu yang mencetuskan sensitiviti rakyat.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, antara isu yang menimbulkan kegusaran ialah penghinaan terhadap kalimah Allah, jenaka yang memperlekehkan halal, bantahan terhadap laungan azan serta tindakan menghina institusi Raja-Raja Melayu."Islam ialah agama Persekutuan dan Raja-Raja Melayu ialah payung kedaulatan negara, maka apabila dua tiang seri ini diganggu, keresahan rakyat tidak boleh dianggap kecil," katanya ketika berucap pada Musyawarah Nasional bertemakan "Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya" di sini pada Ahad.Pengasas Musyawarah Nasional itu berkata, kebebasan bersuara perlu terus dihormati, namun tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama, memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu atau merosakkan asas keharmonian negara.Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid berkata sudah tiba masanya kerangka perundangan sedia ada dinilai semula dan diperkukuh agar selari dengan cabaran semasa.Dalam pada itu, beliau berkata keresahan masyarakat Melayu turut melibatkan aspek ekonomi, pendidikan, perpaduan nasional dan kestabilan politik kaum itu.Menurutnya, dalam aspek ekonomi, masyarakat Melayu masih belum cukup kuat sebagai pemilik walaupun menjadi kelompok besar pengguna dan pekerja dalam negara."Cabaran ini bukan lagi sekadar soal bantuan atau subsidi





Ada lebai kata kalau buat amal je tapi tak mencegah mungkar maka tak .. - Wrlr - 10/05 10:15 am

Hina betul. Guane boh? Raja Gelap II





Akaun palsu: Kerajaan teliti tindakan terhadap Meta - Mkini - 9/05 9:35 pm

Fahmi berkata pihak Meta gagal memahami bahawa institusi Raja-Raja di Malaysia sangat penting.





SKMM turunkan 398 kandungan sentuh isu 3R setakat April - Harapandaily - 9/05 8:40 pm

Bagi tempoh awal tahun ini sehingga April, sebanyak 398 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) telah diturunkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)





Gagal kekang akaun palsu: Kerajaan teliti tindakan terhadap Meta - Fahmi - Sinarharian - 9/05 7:55 pm

MELAKA - Kerajaan, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan meneliti langkah yang akan diambil termasuk dari segi perundangan terhadap syarikat gergasi media sosial milik Meta sekiranya mereka terus gagal mengekang kewujudan akaun palsu, terutamanya melibatkan institusi Raja-Raja Melayu.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, terdapat beberapa langkah yang akan diteliti dan berharap pihak Meta menyahut seruan untuk bekerjasama dengan MCMC bagi memastikan platform itu lebih selamat untuk pengguna di negara ini."Kita telah panggil pihak Meta kerana banyak daripada akaun palsu ini berlaku dalam platform Facebook tetapi dalam platform lain seperti TikTok, Instagram pun wujud





MCMC turunkan 398 kandungan 3R setakat April - Sinarharian - 9/05 6:37 pm

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 398 kandungan berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Beliau berkata, tindakan itu merupakan sebahagian daripada maklum balas terhadap 750 aduan yang diterima bagi permohonan menurunkan kandungan sensitif bagi tempoh awal tahun ini hingga April.Secara keseluruhan Nie Ching berkata sebanyak 8,540 kandungan 3R telah diturunkan sejak 2022 hingga bulan lepas."Kita melihat aduan yang diterima meningkat setiap tahun





Henti polemik terbuka libat institusi diraja, hormati Raja Berperlembagaan .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm

# Henti polemik terbuka libat institusi diraja, hormati Raja Berperlembagaan - Nik Amar KUALA LUMPUR Perkembangan mutakhir melibatkan kenyataan terbuka antara kerajaan dan institusi diraja perlu ditangani dengan lebih beradab bagi mengelakkan hakisan rasa hormat serta menggugat kestabilan hubungan dalam negara beraja berperlembagaan





Isu penternakan babi jadi ujian kemampuan kerajaan Selangor pertahan .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm

# Isu penternakan babi jadi ujian kemampuan kerajaan Selangor pertahan institusi raja - Putra KUALA LUMPUR Parti Bumiptutera Perkasa Malaysia (Putra) menzahirkan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memutuskan supaya isu penternakan babi di negeri itu dihentikan sepenuhnya





UMNO, BN selesa kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan – Zahid - Mygazette - 9/05 3:26 pm

# UMNO, BN selesa kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan - Zahid KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) selesa bekerjasama dengan setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan kerana semua pihak berkongsi matlamat sama khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat





Ronnie didesak henti polemik, hormati titah Sultan Selangor – ADUN .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm

# Ronnie didesak henti polemik, hormati titah Sultan Selangor - ADUN Selangor KUALA LUMPUR Bekas wakil rakyat dan exco kerajaan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew diminta menghentikan polemik berhubung isu yang telah diputuskan serta menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan keputusan kerajaan negeri, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Danial Al-Rashid Haron





Kerajaan wajib lebih beradab dengan Institusi Diraja - Harakahdaily - 9/05 1:11 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan semua pihak diingatkan agar lebih beradab dalam menangani perbezaan pandangan yang membabitkan institusi diraja bagi menjamin kestabilan hubungan dalam sistem bernegara





UMNO, BN selesa kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 9/05 12:21 am

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) selesa bekerjasama dengan setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan kerana semua pihak berkongsi matlamat sama khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata, keselesaan yang terjalin bukan bermaksud mana-mana pihak bersikap leka, sebaliknya terbina hasil persefahaman kukuh antara parti kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terus dibebani polemik politik."Rakyat mesti tidak dipersulitkan dengan polemik berlarutan dan perbezaan pendirian atau pandangan setiap masa," katanya dalam temu bual khas sempena ulang tahun ke-80 UMNO, di sini baru-baru ini.Pengerusi BN itu berkata, demi kepentingan rakyat, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk mengetepikan perbezaan dan ketidakselesaan politik bagi memastikan setiap agenda dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan secara berkesan.Beliau berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada perkara yang menjadi titik persamaan antara manifesto parti-parti bertanding pada PRU15, terutama dalam isu kos sara hidup, pendidikan dan pengangguran."Kemudian tentang pendidikan, pengangguran, itu tidak ada pertikaian pun antara parti-parti yang bertanding," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.Beliau berkata, sebanyak 47 peratus kandungan manifesto parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mempunyai persamaan, sekali gus menjadi asas kukuh kepada kerjasama sedia ada."Jadi kenapa kita mahu melayan perbezaan jika kita mempunyai matlamat yang sama?"Selain itu, terdapat perkara-perkara terperinci yang kita harus tangani, itu sebabnya kita mempunyai Majlis Perundingan Antara Parti untuk merundingkan perbezaan dan melaksanakan kebersamaan daripada manifesto untuk mempunyai tujuan jelas," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan semua parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk DAP menghormati empat tonggak utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Ini dibuktikan dengan beberapa keselesaan yang telah kami lalui dan mereka amat menghormati perjanjian penubuhan Kerajaan Perpaduan, yang terdapat empat tonggak utama iaitu soal agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, soal hak istimewa orang Melayu."Mereka juga bukan sekadar menghormati tetapi mengakui itu adalah hakikat yang termaktub dalam Perlembagaan," kata beliau.Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU15 pada 2022 apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah dan ia diterajui Pakatan Harapan (PH) bersama BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan serta disokong beberapa parti lain dan Ahli Parlimen bebas





Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, amanah - Pemuda Pas Pahang - Sinarharian - 9/05 12:09 am

KUANTAN - Dewan Pemuda Pas Pahang berpandangan suara yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam titah istiadat pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bukanlah bersifat politik kepartian.Ketua Pemudanya, Zulfadli Zakariah berkata, ia lahir daripada rasa tanggungjawab dan amanah baginda sebagai payung negeri yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang politik."Kita menjunjung kasih dan menyatakan sokongan penuh terhadap titah Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang menyentuh keputusan Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak berpihak kepada kepentingan negeri dan rakyatnya."Titah baginda jelas memperlihatkan keprihatinan institusi diraja terhadap masa depan negeri, kebajikan rakyat serta hak Pahang yang sewajarnya diberikan perhatian adil oleh Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zulfadli menjelaskan, dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi, isu pembangunan tidak seimbang serta keperluan infrastruktur yang semakin mendesak.Justeru, katanya sebarang keputusan di peringkat Pusat yang boleh menjejaskan hak negeri sewajarnya dinilai semula."Pahang merupakan negeri yang mempunyai sumbangan besar kepada ekonomi negara melalui hasil bumi, sumber asli, pelaburan dan sektor strategik."Maka, adalah tidak wajar jika kepentingan negeri ini diketepikan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam pertimbangan dasar Kerajaan Persekutuan," tegas beliau.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pimpinan kerajaan Pahang supaya mengambil serius titah yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang serta mengutamakan semangat federalisme yang adil demi kesejahteraan rakyat."Kita juga menyeru seluruh rakyat agar terus mempertahankan institusi diraja sebagai payung perpaduan dan suara semak imbang demi memastikan hak negeri serta kebajikan rakyat sentiasa terbela."Raja dan rakyat berpisah tiada," jelasnya.





Penipuan badal haji: JAWHAR sedia main peranan - Sinarharian - 9/05 8:30 am

PUTRAJAYA Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bersedia menjadi penggerak utama bagi menyelaras urusan berkaitan badal haji sekiranya diberikan mandat dan kuasa oleh kerajaan.Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, JAWHAR kini sedang bergerak ke arah mewujudkan mekanisme penyelarasan susulan peningkatan isu penipuan membabitkan badal haji dan umrah."Kita sedang bergerak ke arah itu





Titah Sultan Selangor bukan campur tangan bercanggah prinsip Raja .. - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Titah Sultan Selangor bukan campur tangan bercanggah prinsip Raja Berperlembagaan - Peguam KUALA LUMPUR Titah serta pendirian Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shahdalam isu ternakan babi tidak boleh disalahertikan sebagai suatu bentuk campur tangan yang bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan





Buletin Toyota Yaris Cross Rasmi Dilancarkan – Ice Dan Hev, Harga .. - Mekanika - 9/05 7:31 am

# TOYOTA YARIS CROSS RASMI DILANCARKAN - ICE DAN HEV, HARGA MULA RM99K **UMW Toyota Motor rasmi melancarkan Toyota Yaris Cross untuk pasaran Malaysia, sekali gus menambah pilihan dalam segmen SUV kompak dengan penawaran varian petrol dan hibrid.** Model baharu ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Bukit Raja, Selangor, dengan harga bermula RM99,000 bagi varian 1.5S petrol, manakala versi Hybrid pula dijual pada harga RM109,900





'Ma jangan marah... saya hendak mati dah' - Sinarharian - 9/05 7:23 am

PASIR PUTEH - "Ma jangan marah... saya hendak mati dah."Demikian luahan terakhir Mohammad Yusof Nor Ismail, 12, yang masih terngiang-ngiang di telinga ibunya, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, selepas kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di atas ribanya pada Jumaat.Menurut ibu kepada lima anak itu, dia tidak mampu menahan sebak melihat anak sulungnya menanggung kesakitan selepas dihempap tiang konkrit ketika bermain berhampiran rumah mereka di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini."Mohammad jangan tinggal ma...saya menangis tanpa henti sambil memangku dan memeluk dia yang ketika itu berada dalam keadaan lemah," katanya mengingat kembali saat-saat terakhir bersama anaknya itu ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Anis di sini pada Sabtu.Menurut suri rumah itu, dia cuba beberapa kali mengangkat tiang konkrit berkenaan untuk menyelamatkan Mohamad Yusof serta adik iparnya, Muhammad Yunus Nasir, 12, namun gagal kerana terlalu berat."Saya kemudian berlari kira-kira 100 meter untuk meminta bantuan penduduk kampung berhampiran."Dengan bantuan kira-kira tujuh penduduk kampung, tiang konkrit itu berjaya diangkat, namun Mohammad Yusof ketika itu sudah terlalu lemah manakala Muhammad Yunus cedera," katanya.Menceritakan kembali kejadian terbabit, Nurul Anis memberitahu, tragedi itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika kedua-dua kanak-kanak yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual itu bermain menggali pasir berhampiran bekas tapak rumah lama di kawasan berpasir.Katanya, Mohammad Yusof dan Muhammad Yunus yang merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu sedang leka bermain sebelum tiang konkrit tersebut tiba-tiba menghempap mereka.Ujar dia, Mohammad Yusof sempat menjerit meminta adiknya, Siti Nur Amyliana, 10, memanggilnya yang berada di dalam rumah."Apabila diberitahu mengenai kejadian itu, saya terus berlari ke lokasi dan cuba mengangkat tiang konkrit tersebut, namun tidak berdaya," katanya.Menurut dia, Mohammad Yusof disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.Sementara itu tambahnya, Muhammad Yunus yang mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk menerima rawatan lanjut.Ujar Nurul Anis, Muhammad Yunus merupakan adik bongsu kepada suaminya, Nor Ismail, 51, yang mempunyai lapan adik-beradik dan tinggal bersama mereka sekeluarga.Menurutnya, jenazah anak sulungnya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Berangan selepas urusan bedah siasat selesai.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut, manakala bapa saudaranya mengalami cedera selepas dipercayai dihempap tiang konkrit ketika bermain pasir berhampiran rumah mereka di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu mangsa, Mohammad Yusof Nor Ismail meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapa saudaranya, Muhammad Yunus Nasir, juga berusia 12 tahun dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.





Provokasi, 3R krisis Negeri Sembilan: Polis rakam keterangan 49 individu - Sinarharian - 8/05 5:57 pm

SEREMBAN -Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Sembilan merakam keterangan 49 individu bagi membantu siasatan berhubungkenyataan dan penyebaran kandungan di media sosial yang berkaitan dengan isu semasa melibatkan pemerintahan dan pentadbiran di negeri itu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan dijalankan susulan beberapa laporan diterima berhubung kandungan yang berpotensi mencetuskan provokasi, keresahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat."Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan selanjutnya."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan sertaSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Sehubungan denganitu, beliau menasihatkan





Queen praises Uzbekistans beauty, Islamic heritage and hospitality - Malaymail - 8/05 5:30 pm

KUALA LUMPUR, May 8 Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia has expressed admiration for Uzbekistan&rs...





Pekerja stesen minyak meninggal dunia di puncak Bukit Gunong - Sinarharian - 8/05 5:01 pm

BACHOK Seorang pekerja stesen minyak meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas sebaik sahaja tiba di puncak Bukit Gunong di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Mohd Yusof Hamat, 41, dari Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu dikatakan mendaki bukit berkenaan seorang diri.Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Ibrahim Mohd Rohni berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebaik tiba di puncak bukit berkenaan.Menurut beliau, ketika kejadian terdapat seorang doktor dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang secara kebetulan mendaki bersama ahli keluarganya di lokasi sama."Doktor terbabit telah memberikan bantuan kecemasan awal kepada mangsa sebelum menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Beliau memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.Ujarnya, sebuah unit pengusung dan tali webbing dibawa ke lokasi pendakian yang berada pada ketinggian kira-kira 317 meter dari aras laut."Bagaimanapun, sebaik tiba di puncak, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)."Mayat mangsa kemudian dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut





From RM 99k, Toyota Yaris Cross Launched In Malaysia, Petrol and HEV variants - Piston - 8/05 4:25 pm

The Toyota Yaris Cross is now officially launched in Malaysia. Two variants are offered (locally assembled at Toyota’s Bukit Raja plant), starting with the Toyota Yaris Cross 1.5S priced at RM 99,900, while the Toyota Yaris Cross 1.5S Hybrid is priced at RM 109,900





Road closures near Padang Merbok tomorrow: KL motorists advised to plan alternative routes - Sinardaily - 8/05 3:13 pm

KUALA LUMPUR - The public is advised to plan their journeys to avoid traffic congestion during the "XTEP 10KM Time Trial 2026 running programme in the capital tomorrow.Head of the Kuala Lumpur Traffic Investigation and Enforcement Department (JSPT), ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, said the programme would take place from 5am to 9am around Padang Merbok."In this regard, road users are advised to plan their journeys. Follow the instructions of traffic personnel and use alternative routes to avoid congestion in the affected areas throughout the event, he said in a statement today.Zamzuri said the route would begin at Padang Merbok and pass through Jalan Berjasa, Jalan Sultan Salahuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato Onn, Lebuhraya Sultan Iskandar (Mahameru) and Jalan Parlimen.For enquiries or further information regarding the programme and affected routes, the public may contact the Tun H.S





Tarikh Hari Raya Aidiladha Bakal Ditentukan, Cerapan Anak Bulan Zulhijah Dibuat 17 Mei - Siraplimau - 8/05 3:11 pm

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah tahun 1447 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan sebanyak 29 tempat cerapan di seluruh negara akan digunakan bagi melihat anak bulan Zulhijah pada petang tersebut





Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Ditetap 17 Mei - Wrlr - 8/05 3:09 pm

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penetapan tarikh Awal Zulhijah (1 Zulhijah) akan diisytiharkan pada malam hari sama melalui siaran radio serta televisyen





Isu babi: Ada pihak masih gagal faham bahasa hormat kepada institusi... - Mygazette - 8/05 2:48 pm

# Isu babi: Ada pihak masih gagal faham bahasa hormat kepada institusi raja Dr Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menilai titah kenyataan media kedua oleh Sultan Selangor berhubung isu penternakan babi menunjukkan ada pihak yang masih gagal memahami bahasa adab, bahasa undang-undang dan bahasa hormat kepada institusi diraja





Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono, - Mypress - 8/05 1:44 pm

PUTRAJAYA – Ketegasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan pendirian agar sebarang aktiviti penternakan babi dimuktamadkan sepenuhnya bukanlah pandangan semberono, sebaliknya cerminan keprihatinan mendalam seorang raja terhadap kesejahteraan rakyat…





Isu penternakan babi bukan soal kaum, agama - PN Selangor - Sinarharian - 8/05 1:35 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) Selangor menegaskan isu penternakan babi di negeri ini tidak wajar dipolemikkan sebagai isu perkauman atau agama sempit kerana ia melibatkan kepentingan alam sekitar serta kesejahteraan rakyat.Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, penamatan aktiviti penternakan babi di Selangor tidak bermaksud menafikan hak masyarakat bukan Islam mendapatkan bekalan daging babi.Menurut mereka, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri telah mencadangkan supaya bekalan daging babi diimport bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam di negeri ini."Tiada agama, kaum, keturunan atau jantina yang didiskriminasikan sekiranya aktiviti penternakan babi dinoktahkan di Selangor."Tiada mana-mana pihak yang menoktahkan bekalan daging babi untuk keperluan masyarakat bukan Islam di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN Selangor pada Jumaat.Dalam masa sama, PN Selangor mendakwa terdapat pihak cuba meniup sentimen perkauman dan agama bagi mempolitikkan isu berkenaan.Menurut kenyataan itu, pendirian Sultan Selangor supaya aktiviti penternakan babi dihentikan sepenuhnya adalah berasaskan faktor pencemaran alam sekitar termasuk risiko terhadap sungai dan kawasan tadahan air.Jelas beliau, titah baginda juga telah dizahirkan beberapa kali termasuk ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor pada 20 April lalu."Titah Tuanku jelas dan sangat berhemah demi memastikan keharmonian serta keamanan rakyat Selangor terus terpelihara," jelas kenyataan itu.PN Selangor turut mempersoalkan sikap kerajaan negeri yang didakwa gagal mengambil pendirian tegas bagi meredakan polemik berhubung isu terbabit.Selain itu, mereka turut mengkritik kenyataan pihak tertentu yang didakwa memberi gambaran aktiviti penternakan babi masih boleh diteruskan di Selangor sehingga mencetuskan reaksi rakyat di media sosial.Menurut mereka, keadaan itu menyebabkan pihak istana terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan pada Khamis bagi menegaskan semula pendirian Sultan Selangor supaya isu penternakan babi dihentikan sepenuhnya."Seluruh kepimpinan Bersatu dan Pas Selangor akan terus mempertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu serta menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan," jelas beliau.Dalam kenyataan sama, PN Selangor turut mendakwa ADUN mereka dikenakan tindakan ketika cuba membawa isu berkaitan titah Sultan Sharafuddin dalam persidangan DUN Selangor."Tiga ADUN PN dihalau keluar dan digantung daripada menghadiri sidang dewan, selain usul untuk merujuk ADUN Seri Kembangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri turut ditolak Speaker.Menurut kenyataan itu, tindakan itu dilihat mengekang peranan pembangkang dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang seperti disarankan Sultan Selangor."Mengapa Perikatan Nasional dihukum sedangkan kami hanya mempertahankan kewibawaan titah Tuanku Sultan? ujar kenyataan itu.Sinar Harian pada Khamis melaporkan Sultan Selangor kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu kekal seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media bertarikh 10 Februari lalu berhubung isu penternakan babi di negeri ini.





Elak polemik isu babi, hormati titah Sultan Selangor - Pembela - Sinarharian - 8/05 12:37 am

SHAH ALAM Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak demi menjaga kepentingan rakyat serta kestabilan negeri.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pendirian Sultan Selangor itu mencerminkan kebijaksanaan dan keprihatinan Baginda dalam memastikan kelestarian alam sekitar, keselamatan sumber air serta keharmonian masyarakat terus terpelihara.Menurutnya, titah tersebut juga selaras dengan prinsip pencegahan mudarat yang diiktiraf dalam pelbagai kerangka undang-undang berkaitan alam sekitar, kesihatan awam dan kesejahteraan masyarakat."Risiko pencemaran terhadap sumber air, tanah dan udara bukan sahaja memberi implikasi kepada alam sekitar, malah berpotensi menjejaskan hak dan kepentingan jutaan rakyat yang bergantung kepada bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya."Dalam masa sama, titah Baginda turut mengambil kira aspek kemampanan ekonomi, penggunaan tanah secara optimum serta keseimbangan antara keperluan industri dan kepentingan awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini Sultan Sharafuddin dilapor kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu kekal seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media bertarikh 10 Februari lalu berhubung isu penternakan babi di negeri ini.Dalam pada itu Zainul Rijal menegaskan, titah Sultan Selangor tidak boleh disalah tafsir sebagai campur tangan yang bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan.Jelas beliau, berdasarkan Bahagian 3 Perkara 50 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, autoriti eksekutif negeri terletak kepada Sultan dan boleh dilaksanakan Baginda atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut peruntukan undang-undang."Baginda mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan teratur, stabil dan mengambil kira kepentingan rakyat serta negeri secara keseluruhannya."Sebagai Ketua Negeri, Baginda bukan sahaja simbol perpaduan dan kedaulatan negeri, malah mempunyai peranan penting memastikan dasar dan tindakan kerajaan negeri sentiasa selaras dengan kepentingan awam serta kesejahteraan rakyat."Diharapkan agar semua pihak mengelakkan polemik yang boleh mencetuskan ketegangan atau keresahan awam dan memberikan kerjasama konstruktif demi menjamin kepentingan negeri serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya," katanya.





Ronaldo hilang tujuh juta pengikut di Instagram - Sinarharian - 8/05 12:02 am

PLATFORM media sosial popular, Instagram, baru-baru ini telah melakukan pembersihan besar-besaran terhadap akaun palsu dan tidak aktif menyebabkan ramai tokoh ternama dunia termasuk bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mengalami penurunan jumlah pengikut yang ketara.Proses itu menyaksikan jutaan akaun bot disingkirkan daripada sistem sekali gus memberi kesan kepada selebriti yang memiliki jumlah pengikut tertinggi di platform tersebut.Ronaldo, yang memegang rekod sebagai individu paling ramai pengikut di Instagram, dilaporkan kehilangan kira-kira tujuh juta pengikut. Meskipun angka itu besar, bintang Al-Nassr itu kini masih mengekalkan 666 juta pengikut yang sentiasa mengikuti gaya hidup dan kerjasama jenama eksklusifnya.Pemenang lapan kali Ballon dOr, Lionel Messi, serta pelakon terkenal Dwayne 'The Rock' Johnson masing-masing dilaporkan kehilangan lima juta pengikut, manakala bintang Brazil, Neymar pula menyaksikan penurunan sebanyak empat juta pengikut.Turut terkesan dengan tindakan agresif Instagram itu adalah personaliti media sosial Logan Paul dan KSI, pemilik bersama kelab Wrexham, Ryan Reynolds, serta tokoh-tokoh dunia lain seperti bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Pope Francis, Justin Bieber dan Kylie Jenner.Setakat ini, pihak Instagram masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung langkah pembersihan tersebut yang bertujuan membendung akaun spam serta memastikan integriti platform mereka.Bagaimanapun, penurunan jumlah pengikut ini tidak menjejaskan status Ronaldo sebagai 'raja' pengiklanan di media sosial





Tarikh Raya Korban bakal diketahui 17 Mei ini, anak bulan Zulhijah dicerap di 29 lokasi - Harapandaily - 8/05 12:00 am

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan proses melihat anak bulan Zulhijah bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidiladha tahun ini akan dilakukan pada petang Ahad, 17 Mei depan





Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 17 Mei - Sinarharian - 8/05 11:37 am

PUTRAJAYA - Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagitahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah di 29 lokasi di seluruh negara.Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan penetapan tarikh Awal Zulhijah (1 Zulhijah) akan diisytiharkan pada malam hari sama melalui siaran radio serta televisyen."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah."Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab," menurut kenyataan itu.Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Balai Cerap Negeri Sembilan (MAINS); Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangordan Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.Lokasi lain ialahBalai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perakdan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau PinangDi Kedah, lokasinya ialahStesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawidan Menara Alor Setar.Lokasi lain adalah Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan dan Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.Selain ituStesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Pusat Falak Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang; Menara 188, Kuantan, Pahang dan Menara Universiti Malaysia Sabah serta Kampus Antarabangsa Labuan turut ditetapkan sebagai lokasi melihat anak bulan.Lokasi lain ialahMenara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajayadan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis





Ternakan babi: Teguran berulang Sultan Selangor serius - Harakahdaily - 8/05 10:02 am

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya segera mengambil tindakan lebih tegas, menyeluruh dan berkesan berhubung isu penternakan babi di negeri itu





Raja Muda Perlis lancar Road To Festival Belia - FMT - 8/05 9:49 am

Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat negeri dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.





Ternakan babi: Henti polemikkan isu dimuktamadkan Sultan Selangor – .. - Mygazette - 8/05 7:47 am

Ini membuktikan bahawa pendirian Sultan Selangor bukan didorong oleh sentimen politik atau emosi semata-mata, sebaliknya dibuat secara teliti dengan mengambil kira kepentingan rakyat secara menyeluruh, kestabilan negeri serta kelangsungan sumber alam yang menjadi keperluan jutaan rakyat. Justeru, selepas titah DYMM Sultan Selangor, kenyataan rasmi Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor dan kini penegasan sekali lagi daripada pihak Istana Selangor sendiri bahawa isu ini perlu dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop), maka semua pihak sewajarnya menghentikan sebarang cubaan mempolitikkan atau memanjangkan polemik ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini





Isu ternak babi: Pemimpin DAP diingat tidak uji kesabaran rakyat Melayu, Islam - Sinarharian - 7/05 10:33 pm

SHAH ALAM - Pemimpin- pemimpin DAP yang masih berdegil berhubung isu aktiviti penternakan babi diingatkan agar tidak menguji kesabaran rakyat Melayu dan umat Islam dalam hal yang menyentuh titah Sultan.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana kenyataan media kali kedua Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuktikan masih ada pihak yang gagal faham bahasa adab, undang-undang dan hormat kepada institusi Raja.Menurutnya, titah baginda bukan cadangan politik sebaliknya pendirian jelas seorang raja pemerintah demi menjaga kepentingan negeri, rakyat, alam sekitar dan keharmonian masyarakat."Politik ada batasnya, adab kepada raja jangan sesekali dilanggar.Cukuplah, hormati titah tuanku, hentikan polemik ini, jangan sampai rakyat melihat kamu bukan sahaja gagal memimpin, tetapi gagal beradab sebagai pemimpin dalam sebuah negeri beraja."Pemimpin yang baik mendengar titah dan memahami kebimbangan rakyat manakala pemimpin yang angkuh pula mencari jalan untuk melawan, walaupun sudah ditegur dengan begitu jelas."Malulah menjadi pemimpin rakyat kalau soal asas seperti hormat kepada Sultan pun masih mahu dipolitikkan





Jangan ulangi tebuk atap, tunggulah PRU nak berkawan boleh, nak lawan pun .. - Wrlr - 7/05 7:23 pm

Harapandaily May 7, 2026 Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak agar tidak lagi mengulangi tindakan tebuk atap yang pernah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini





Hasrat jadikan Perlis Dubai Kedua bukan sasar bina pencakar langit, kata MB - FMT - 7/05 4:26 pm

Abu Bakar Hamzah berkata titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail baru-baru ini merujuk inisiatif penjenamaan jadikan Perlis hab pemasaran antarabangsa.





Piala Tunku Azizah kembali, fokus kain samping, bengkung dan tanjak - Mygazette - 7/05 4:18 pm

# Piala Tunku Azizah kembali, fokus kain samping, bengkung dan tanjak KUANTAN - Pertandingan Tenun Pahang Diraja, Piala Tunku Azizah (PTA) kembali lagi pada tahun ini sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada artisan melalui karya kain tenun yang cukup ekslusif





MB bentang RUU lantikan lima ADUN - Mygazette - 7/05 4:18 pm

ADUN ini tidak dilantik melalui proses pilihan raya sebaliknya dilantik bagi melengkapkan komposisi sedia ada. ADUN yang dilantik hendaklah mendapat perkenan raja (Sultan), katanya.- MalaysiaGazette





Penganggur tak mengaku buat hantaran jelik sentuh 3R - Mygazette - 7/05 4:18 pm

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama. Tertuduh, Mohd Azli Abdul Aziz, 59, didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dan melampau sifatnya iaitu Raja Raja Melayu Sudah Hilang Kuasa Hakim Bangsa Cina Berani Perlekehkan





Jangan heret Sultan Selangor dalam politik murahan – UMNO Selangor - Mygazette - 7/05 4:18 pm

# Jangan heret Sultan Selangor dalam politik murahan - UMNO Selangor KUALA LUMPUR UMNO Selangor memberi peringatan tegas kepada semua pihak supaya tidak sesekali mempolitikkan institusi Raja Melayu atau cuba mengheret Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke dalam polemik politik sempit yang boleh menggugat keharmonian negeri





Institusi Raja bukan bahan politik - Umno Selangor - Mkini - 7/05 1:05 pm

Umno Selangor menyokong penuh, menjunjung kasih serta menyambut baik kenyataan rasmi Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor semalam.





Kerjasama erat pacu MAIPs terus cemerlang, titah Raja Muda Perlis - FMT - 7/05 11:51 am

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kerjasama itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.





Sultan Selangor utamakan tindakan efektif, nasihat selari peranan ketua .. - Mygazette - 7/05 8:11 am

# Sultan Selangor utamakan tindakan efektif, nasihat selari peranan ketua negeri SHAH ALAM - Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menegaskan bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sering menitikberatkan tindakan yang efektif dan bukan janji kosong dalam menyelesaikan masalah rakyat bersesuaian dengan peranan baginda sebagai Ketua Negeri





Alhamdulillah akhirnya sampai, air mata rasa syukur jemaah haji - Mygazette - 7/05 8:11 am

"Syukur alhamdulillah, saya terharu, mungkin atas doa semua perjalanan kami akhirnya tiba di sini," tambahnya. Manakala seorang suri rumah, Nadia Hanis Abdul Samat pula berkata, hatinya lega apabila pesawat dari Mucat selamat tiba di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah awal pagi tadi





Mudir madrasah, dua anak didenda ingkar arahan berpuasa - Mygazette - 7/05 8:11 am

Hakim menasihati semua pihak yang mendakwa alim dalam bidangagama supaya tidak mengada-adakan hukum hakamsendiri dengan membelakangi Mufti dan Sultan. Hakim terbabit menyeru kepada tertuduh dan setiap umat Islam supaya mematuhi pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai permulaan 1 Ramadan





Sultan bukan rubber stamp’, Dewan di-Raja Selangor jawab kritikan politik - Harapandaily - 6/05 9:47 pm

Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya Sultan Selangor mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri sambil menegaskan titah baginda adalah selari dengan konsep Raja Berperlembagaan





Titah Sultan Selangor Bukan Campur Tangan Urusan Kerajaan, Selari Raja Berperlembagaan - Siakapkeli - 6/05 8:53 pm

Titah Sultan Selangor Bukan Campur Tangan Urusan Kerajaan, Selari Raja Berperlembagaan Ahli-ahli Dewan Di-Raja Selangor menyangkal dakwaan segelintir pemimpin politik dan pihak





Sultan bukan rubber stamp, kata Dewan di-Raja Selangor - FMT - 6/05 6:55 pm

Dewan di-Raja berkata Sultan Selangor berperanan sebagai kuasa semak dan imbang bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.





"melantik orang kafir sebagai pemimpin kepada orang Islam". - Wrlr - 6/05 3:25 pm

Che Ibrahim Mohamed Menjadikan atau memilih orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau melantik mereka sebagai menteri bagi jawatan tertentu tidak termasuk dalam bab larangan Allah "melantik orang kafir sebagai pemimpin kepada orang Islam". Sebagai wakil rakyat atau menteri, apalagi Ketua Jabatan tertentu tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan hal ehwal orang Islam lebih lebih lagi negara kita telah menjadikan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Agama





Didakwa bawa krisis N. Sembilan ke pentas politik, NGO gesa Jalaluddin... - Mygazette - 6/05 3:07 pm

# Didakwa bawa krisis N. Sembilan ke pentas politik, NGO gesa Jalaluddin ditangkap KUALA LUMPUR Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak polis menyiasat pemimpin UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias didakwa menyentuh sensitiviti serta kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan dalam satu majlis parti politik, pada 2 Mei lalu





Sultan Selangor kurnia watikah 32 jawatan utama agama Islam - Kosmo - 6/05 2:26 pm

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada 32 individu termasuk Hakim Mahkamah Syariah negeri. Kesemua penerima itu turut meliputi Orang Besar Istana, anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pendaftar Wali Raja pada satu majlis istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini, pagi tadi





NGO lapor polis terhadap Jalaluddin didakwa sentuh sensitiviti institusi diraja - Sinarharian - 6/05 2:23 pm

KUALA LUMPUR Sekretariat Taat Setia Sokongan Tuanku Muhriz membuat laporan polis terhadap Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias susulan kenyataan serta paparan dipercayai menyentuh sensitiviti dan kedaulatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Laporan itu dibuat Pengerusinya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Rabu.Megat D Shahriman berkata, pihaknya memohon polis menyiasat kenyataan Jalaluddin yang dipercayai menyentuh sensitiviti institusi diraja semasa Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini pada Sabtu."Institusi diraja wajib dipertahankan daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kedudukannya sebagai Raja Berperlembagaan yang berkecuali dari politik kepartian, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini, Rabu.Megat D Shahriman berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan yang telus dan profesional."Kita yakin polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berkaitan termasuk dakwaan membabitkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R)," katanya.Sebelum ini, Jalaluddin ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun Umno menghuraikan kronologi krisis institusi itu untuk menjelaskan tindakan beliau serta 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.



US lawmaker says Trump falsely declared Iran war ended - Middleeasteye - 6/05 10:16 am

US lawmaker says Trump falsely declared Iran war ended US Representative Raja Krishnamoorthi has accused President Donald Trump of falsely telling Congress that the war with Iran has ended, arguing that US military activity in the region continues





Undang Luak fail saman pemula dapatkan minit mesyuarat DKU Undang Luak .. - Mygazette - 6/05 7:28 am

Selain Mubarak, lima lagi ialah Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Utama Badarudin Abdul Khalid. Menerusi dokumen yang diperolehi pihak media, mereka selaku plaintif menamakan Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin, DKU dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan





DAP arah jentera bersedia kemungkinan PRN mengejut tiga negeri - Mygazette - 5/05 10:04 pm

Katanya, mesyuarat tersebut membincangkan perkembangan terkini Krisis Politik di Negeri Sembilan dan memutuskan beberapa pendirian antaranya DAP tidak setuju dengan cadangan pertukaran Menteri Besar. "DAP tidak akan bersetuju dengan apa-apa cadangan pertukaran Menteri Besar pada ketika ini selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada gagal," katanya dalam satu kenyataan hari ini





514 tolak tawaran haji diganti segera, kuota 31,600 sudah penuh - Mygazette - 5/05 10:04 pm

"Perancangan penerbangan untuk membawa jemaah Malaysia daripada Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. "Sebanyak 50 penerbangan daripada KLIA telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed Abdulaziz, Madinah dan Lapangan Terbang Raja Abdulaziz, Jeddah," ujarnya





Hantaran jelik, melampau terhadap Agong: Lelaki dipenjara 3 bulan, denda .. - Mygazette - 5/05 10:04 pm

# Hantaran jelik, melampau terhadap Agong: Lelaki dipenjara 3 bulan, denda RM5,000 BANGI - Seorang lelaki dipenjara tiga bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan membuat hantaran jelik dan melampau sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu di aplikasi TikTok, tahun lalu




Reformasi     >>



Pemuda AMANAH diminta mula gerakkan jentera dari .. - Harapandaily
Pemuda AMANAH diingatkan supaya mula memperkukuh gerak kerja dan mempersiapkan jentera parti susulan kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Perkara itu disampaikan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika sesi Ramah Mesra bersama Pemuda AMANAH Negeri ..
Kroni     >>



Kerajaan kaji subsidi RON95 golongan kaya - Utusan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut sudah diteliti oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), Tan Sri ..
Tabloid     >>



EPL: Arsenal semakin hampir bergelar juara - Kosmo
LONDON – Arsenal FC semakin hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 22 tahun selepas meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas West Ham, sebentar tadi. Pada aksi di Stadium London itu, pemain Belgium, Leandro Trossard yang meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk ..
Tech     >>



Sunday Reboot: Chip issues, oranges, and Tony Awards - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," a good chip issue for Apple to have, regulatory comparisons with oranges, and "Schmigadoon!" gets 12 Tony Award nominations. Tony Awards, orange trademarks, and chip issues Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Oil climbs as Netanyahu warns Iran conflict is not .. - Cnbc
Oil prices jumped on Monday after Israel warned that the conflict with Iran was still ongoing.
Motor Trend     >>



Bandar Frankfurt Kini Operasi 34 Lori Elektrik .. - Careta
Penambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lori elektrik tugas berat yang digunakan di bandar itu kini meningkat kepada 34 unit. Kesemua lori berkenaan dikendalikan oleh FES Frankfurter Entsorgungs und Service GmbH, syarikat pengurusan sisa dan pembersihan bandar utama di Frankfurt am Main