![]() |
/// |
|
Search : Pulau Pinang News | Page 1 |
Bomba selamatkan budak dua tahun tersepit besi penghadang di taska - Mgazette - 3/07 3:20 pm # Bomba selamatkan budak dua tahun tersepit besi penghadang di taska NIBONG TEBAL - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit di celahan besi penghadang di sebuah taska di Taman Jawi Indah, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi |
Pemilik syarikat didenda RM10,000 perdaya PIBG sekolah - Mgazette - 3/07 3:20 pm # Pemilik syarikat didenda RM10,000 perdaya PIBG sekolah BUTTERWORTH - Seorang pemilik syarikat pendawaian elektrik didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memperdaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Korok (SK) Balik Pulau berhubung pembekalan televisyen pintar pada Mei 2023 |
Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian mengaku bersalah ambil dadah - Sinarharian - 3/07 3:02 pm JERTIH - Pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, di sini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.Azrie Yazid, 22, didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badannya disyaki jenis Nimetazepam yang tersenarai dalam Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Besut, di sini pada jam 10.05 pagi, 29 Jun lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan.Mahkamah membenarkan Azrie diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin manakala tertuduh diwakili peguam Norhuda Mohamed Khan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.Dalam kejadian pada jam 10.30 malam Sabtu lepas, S |
Pemandu bot terbalik mengaku bersalah ambil dadah - Astroawani - 3/07 3:00 pm Pemandu bot tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian, mengaku bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah. |
Boat skipper pleads guilty to drug abuse after Perhentian capsizing - SUN - 3/07 2:58 pm JERTIH : The skipper of a boat that capsized near Pulau Perhentian last Saturday, resulting in three fatalities, has pleaded guilty to drug abuse in the Besut Magistrates Court |
Pemilik syarikat pendawaian elektrik didenda RM10,000 tipu PIBG - Sinarharian - 3/07 12:31 am BUTTERWORTH - Seorang pemilik syarikat pendawaian elektrik dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini selepas mengaku bersalah memperdaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah berhubung pembekalan televisyen pintar.Tertuduh, Mohd Khairudin Ali Amran, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah."Mahkamah menerima pengakuan bersalah tertuduh."Dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap tertuduh, jika gagal hukuman penjara lima bulan dikenakan terhadap kamu," kata Hakim Zulhazmi.Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Balik Pulau dengan mempercayai bahawa enam unit Philips Smart TV bersaiz 65 inci akan dibekalkan seperti mana dinyatakan dalam sebut harga bernilai RM20,000.Bagaimanapun, hanya empat unit TV dibekalkan, manakala baki dua unit bernilai RM5,600 tidak diserahkan seperti dijanjikan.Perbuatan itu dilakukan di sekolah terbabit pada 26 Mei 2023.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Dalam rayuannya, Mohd Khairudin yang tidak diwakili peguam meminta agar mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan keluarga."Saya perlu menyara isteri, dua anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) serta ibu yang sudah uzur."Oleh demikian, saya memohon agar satu hukuman ringan dikenakan mahkamah terhadap saya," katanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee.Dalam pendakwaannya, Noor Azura memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam berikutan kesalahan itu melibatkan sekolah. |
Jurutera didakwa minta suapan RM13,000 - Sinarharian - 3/07 11:41 am BUTTERWORTH Seorang jurutera mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan meminta suapan sebanyak RM13,000 daripada seorang pengarah syarikat pada tiga tahun lalu.Tertuduh, Mohamed Rizal Salim, 40, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini pada Khamis.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah secara rasuah meminta suatu suapan untuk diri sendiri iaitu wang berjumlah RM13,000 daripada Pengarah Syarikat HHSB Enterprise, Toh Kean Hin.Ia sebagai dorongan kepada tertuduh selaku pegawai awam iaitu Jurutera Awam Gred J41 yang bertugas di Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Barat Daya, Pulau Pinang untuk meluluskan kerja-kerja perolehan di jabatan tersebut kepada perniagaan-perniagaan yang digunakan oleh pengarah syarikat berkenaan.Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.Mohamed Rizal didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jurutera Daerah, JPS Barat Daya pada 25 Mac 2022.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam Aqmarul Aqil Ismail.Noor Azura menawarkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.Aqmarul kemudiannya memohon agar mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan kerana anak guamnya mempunyai banyak tanggungan termasuk ibunya yang sedang sakit."Anak guam saya berpendapatan RM6,000 sebulan dan perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja serta empat anak berusia antara dua hingga 11 tahun."Dia juga membayar sewa rumah sendiri sebanyak RM1,300 dan RM450 untuk rumah ibunya |
Lori kontena bawa barangan plastik musnah terbakar - Sinarharian - 3/07 8:59 am BUTTERWORTH - Sebuah lori kontena yang membawa muatan barangan plastik musnah terbakar hampir 80 peratus di Kilometer 123.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala utara berhampiran Sungai Dua awal pagi Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian."Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Butterworth dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota termasuk penyelia."Kebakaran dipercayai melibatkan bahagian kontena lori yang sarat dengan barangan plastik, manakala kepala lori sempat dikeluarkan dan berjaya diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 4.16 pagi dan kebakaran sepenuhnya dipadamkan pada jam 4.39 pagi."Kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi sisa pembakaran tersembunyi turut dilaksanakan sebelum lokasi diserahkan kepada Pasukan Forensik Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu," katanya.Tambahnya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kepala Batas dan Raja Uda |
Jakim, MKI perlu anjur MWU bagi menyatupadukan umat Islam - Mgazette - 3/07 7:48 am # Jakim, MKI perlu anjur MWU bagi menyatupadukan umat Islam GEORGE TOWN Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang (PQQMNPP) mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menganjurkan konvensyen atau Murtaqo Wehdatul Ummah (MWU) peringkat nasional bagi menyatupadukan umat Islam |
Tawar khidmat GRO di sebalik perniagaan kafe - Mgazette - 3/07 7:48 am GEORGE TOWN Sebuah kafe di Jalan Anson, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang semalam selepas dikesan menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan tempatan |
Polis buru dua lelaki lepas tembakan di Sungai Nyior - SUN - 2/07 10:40 pm BUTTERWORTH : Polis sedang mengesan dua lelaki yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata berdasarkan siasatan, dua lelaki tidak dikenali dan menaiki sebuah motosikal telah melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan terbabit |
Empat lelaki ditahan cuba curi kabel TM - SUN - 2/07 10:23 pm Beliau berkata polis menemukan 15 keratan kabel bertulis TM Berhad, alat pemotong dan menarik kabel serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan. Sazalee berkata masing-masing yang berusia antara 28 hingga 44 tahun dan merupakan pekebun, tukang perabot serta buruh didapati datang dari Sungai Petani, Kedah untuk menjalankan kegiatan curi kabel di sekitar Pulau Pinang |
PTPTN peruntuk RM47.8 juta wang pendahuluan bagi sesi Julai 2025 - SUN - 2/07 9:54 pm Menurut PTPTN pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui aplikasi myPTPTN dan boleh menunaikan WPP tersebut di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara, bermula hari ini hingga 1 Sept dengan membawa surat tawaran WPP dan juga MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan). Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa delegasi PTPTN diketuai Pengerusinya Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, telah menyantuni pelajar yang ditawarkan WPP melalui sesi ziarah di kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang hari ini dan turut menyampaikan surat tawaran kepada yang layak |
Dua beranak dipercayai mati lebih seminggu di George Town - SUN - 2/07 9:14 pm GEORGE TOWN : Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemui dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu lalu. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan semalam |
Kastam Pulau Pinang rampas rokok, minuman keras bernilai RM2.67 juta - Astroawani - 2/07 9:00 pm Kastam Pulau Pinang menahan dua lelaki dan merampas pelbagai rokok serta minuman keras bernilai RM2.67 juta dalam serbuan berasingan, baru-baru ini. |
Polis siasat motif, kenal pasti suspek kes tembak depan sekolah - Sinarharian - 2/07 7:42 pm BUTTERWORTH Polis masih menyiasat motif kejadian tembakan terhadap seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior, di sini pada petang Selasa.Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini motif serta suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti dan beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menggugat ketenteraman awam.Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, Pusat Kawalan Daerah Seberang Perai Utara telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tembakan yang berlaku di kawasan Sungai Nyior.Beliau berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan telah ditembak dari jarak dekat ketika sedang menunggu anaknya di hadapan sekolah berkenaan."Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri kenderaan mangsa sebelum melepaskan lima das tembakan ke arah pacuan empat roda tersebut."Bagaimanapun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohd Alwi berkata, siasatan dijalankan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang serta Bahagian Siasatan Jenayah D9 IPD SPU dan IPK Pulau Pinang bagi mengesan suspek.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melepaskan tembakan dengan niat membunuh.Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Shuheri Abd Rani di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali berhampiran sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior pada petang Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah. |
18 GRO ditahan di premis hiburan berselindung sebalik nama kafe, pusat karaoke - Sinarharian - 2/07 7:09 pm GEORGE TOWN - Seramai 18 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di sebuah premis hiburan di Jalan Anson, di sini pada malam Selasa.Operasi sekitar jam 11 malam itu hasil risikan pasukan JIM Pulau Pinang selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan dan perkhidmatan GRO kepada pelanggan tempatan.Menurut sumber, wanita yang ditahan melibatkan 17 warga Vietnam dan seorang warga Kemboja."Turut ditangkap seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis terbabit"Ketika serbuan dilakukan, sebahagian daripada mereka cuba melarikan diri namun usaha tersebut ternyata sia-sia selepas berjaya ditangkap anggota serbuan,"katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.Sumber berkata, pemeriksaan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial selain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.Katanya, premis terbabit berselindung di sebalik kafe dan pusat karaoke namun menyediakan perkhidmatan GRO untuk pelanggannya."Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen di Sebebrang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk tindakan lanjut," tambahnyaKes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. |
Dua beranak ditemui reput dipercayai mati lebih seminggu - Sinarharian - 2/07 5:43 pm GEORGE TOWN - Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini Isnin lepas, telah meninggal dunia lebih seminggu.Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, ia berdasarkan laporan bedah siasat ke atas dua beranak itu semalam."Doktor juga tidak dapat memastikan punca kematian kerana keadaan mayat sudah reput," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.Sebelum ini, polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun di pangsapuri itu, susulan aduan bau busuk daripada orang awam.Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau luka ditemukan pada badan dua beranak itu, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut |
Kapal persiaran bawa 39 penumpang ditahan guna lesen tamat tempoh - Sinarharian - 2/07 4:21 pm LANGKAWI Sebuah kapal persiaran yang membawa 36 penumpang warga asing dan tiga penumpang warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah/Perlis selepas dikesan menjalankan aktiviti rekreasi air menggunakan lesen tamat tempoh di perairan Langkawi pada Selasa.Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kapal persiaran terbabit ditahan kira-kira jam 6 petang oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan rutin Op Aman, Op Tiris 3.0 dan Op Mardof Utara 1/2025 di kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika barat Pulau Lintang Jalan.Menurutnya, kapal berkenaan turut membawa seorang kapten dan tujuh kru warga tempatan."Hasil pemeriksaan mendapati kapal persiaran tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana lesen telah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Romli berkata, anggaran nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM2 juta.Katanya, kapal persiaran bersama barang kes serta kru telah ditahan dan dibawa ke Jeti Dayang Bay untuk siasatan lanjut."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan akan meneruskan rondaan serta operasi di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara," ujarnya.Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut agar segera menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750. |
Kastam rampas rokok seludup, arak bernilai RM2.7 juta - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kastam rampas rokok seludup, arak bernilai RM2.7 juta BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 1.3 juta batang rokok disyaki tidak berkastam dengan nilai keseluruhan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM1.8 juta, dalam serbuan di Bukit Mertajam dekat sini. Pengarah Kastam Pulau Pinang, Rohaizad Ali berkata, serbuan pada 6 Mei lalu yang dilakukan Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan itu membawa kepada penemuan sebuah lori yang ditinggalkan di parkir kereta sebuah taman perumahan |
Lubang kabel terbuka, bongkar kegiatan curi empat lelaki - Mgazette - 2/07 3:56 pm Susulan itu, pegawai polis memperkenalkan diri sebelum menjalankan pemeriksaan dan hasil semakan membawa kepada penemuan 15 batang keratan kabel bertulis TM Berhad, alat memotong dan menarik kabel serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut. Hasil soal siasat lanjut kesemua suspek yang masing-masing merupakan pekebun dan buruh itu datang dari Sungai Petani, Kedah semata-mata untuk mencuri kabel di Pulau Pinang, katanya, hari ini |
MUDA desak Exco jelas pelancongan P.Pinang merudum - Mgazette - 2/07 3:56 pm # MUDA desak Exco jelas pelancongan P.Pinang merudum GEORGE TOWN - Di manakah Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang ketika prestasi pelancongan domestik negeri jatuh merudum? Itu persoalan yang dibangkitkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang susulan pendedahan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan negeri ini hanya menerima 4.8 juta pelawat domestik sepanjang 2024, angka yang jauh di belakang beberapa negeri lain |
Perhentian boat tragedy: Police probe capsizing, skipper tests positive for drugs - SUN - 2/07 3:20 pm KUALA TERENGGANU : Police have recorded statements from three individuals in connection with the boat capsizing incident off Pulau Perhentian waters last Saturday, which claimed three lives |
Perhentian boat tragedy: Police record statements from three, more to follow - Sinardaily - 2/07 3:17 pm KUALA TERENGGANU - Police have recorded statements from three individuals in connection with the boat capsizing incident off Pulau Perhentian waters last Saturday, which claimed three lives.Terengganu police chief Datuk Mohd Khairi Khairuddin said the statements were recorded from three individuals, two men and a woman, aged between 22 and 39, to assist in the investigation."We have recorded statements from one of the passengers, the boat skipper and the boat skippers brother |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis sudah rakam keterangan tiga saksi - Sinarharian - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU - Polis telah mengambil keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden Sabtu lepas yang menyaksikan tiga maut selepas sebuah bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 39 tahun, yang merupakan pemandu bot itu bersama abangnya, dan seorang mangsa kejadian.Beliau berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit, yang dijangka selesai dalam tempoh kira-kira seminggu."Siasatan polis memfokus kepada kejadian Sama ada terdapat wujud unsur jenayah.. |
Insiden bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis rakam keterangan tiga saksi - SUN - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakam keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian Sabtu lepas yang mengorbankan tiga nyawa |
Making tourism safer for everyone - SUN - 2/07 2:40 pm THE recent incidents from a near-miss during a solo dive off Tioman to the tragic boat capsize off Pulau Perhentian underscore a critical need for heightened safety in Malaysias tourism sector |
Motorist survives 25-foot fall into mangrove swamp after crash - Sinardaily - 2/07 2:15 pm SHAH ALAM - A motoristexperienced a terrifying moment after being thrown into a mangrove swamp following a collision between his car and a lorry along Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, Port Klang, near here early this morning.Selangor Fire and Rescue Department assistant director of operations Ahmad Mukhlis Mukhtar said the 40-year-old male victim sustained only minor injuries."The victim's car rear-ended the lorry on a25-foot-high (7.62 metres)bridge, landing him in a mangrove swamp," he said in a statement.He said that six personnel from the Pulau Indah Fire and Rescue Station were dispatched to the scene after receiving an emergency call at 2.14am.He said the driver of thePerodua Aruz car isbelieved to have been intoxicated at the time of the incident.Ahmad Mukhlis said the victim, who was rescued at 4.12am, was handed over to the Ministry of Health for further action |
Motorist survives 25-foot fall into mangrove swamp after crash in Port Klang - SUN - 2/07 2:04 pm SHAH ALAM : A motorist experienced a terrifying moment after being thrown into a mangrove swamp following a collision between his car and a lorry along Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, Port Klang, near here early this morning |
Kastam Pulau Pinang rampas rokok, minuman keras bernilai RM2.67 juta - SUN - 2/07 2:02 pm BUTTERWORTH : Kastam Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras bernilai RM2.67 juta dalam dua operasi berasingan baru-baru ini |
Tragedi bot pelancong: Reman pemandu bot disambung sehari - SUN - 2/07 1:24 pm JERTIH : Reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam tragedi maut di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas disambung sehari lagi hingga esok |
Kastam gagalkan cubaan seludup rokok, minuman keras RMRM2.67 juta - Sinarharian - 2/07 1:14 pm BUTTERWORTH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM2.67 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di negeri ini pada Mei lalu.Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan pada 6 Mei, dua lelaki tempatan masing-masing pemandu lori dan kelindan, berusia lingkungan 20-an dan 30-an ditahan di kawasan tempat letak kereta sebuah taman perumahan di Bukit Mertajam.Menurutnya, Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang diparkir di lokasi berkenaan dan menemui lebih 1.3 juta batang rokok putih dan rokok kretek yang dianggarkan bernilai lebih RM1.77 juta termasuk cukai."Kedua-dua lelaki tersebut ditahan berhampiran lori berkenaan."Mereka tidak mengaku terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan mendakwa meninggalkan lori itu bersama kuncinya di kawasan awam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan JKDM negeri di Bagan Jermal, di sini pada Rabu.Rohaizad berkata, siasatan awal mendapati rokok tersebut dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual di pasaran tempatan.Sementara itu, beliau berkata, serbuan kedua dilakukan pada 9 Mei membabitkan sebuah rumah di taman perumahan di sini dan hasil pemeriksaan menemui 15,288 tin bir serta 13,820 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai hampir RM900,000 termasuk cukai.Ketika serbuan dilakukan, tiada sesiapa berada di dalam rumah terbabit."Siasatan mendapati pemilik rumah menyewakannya kepada seorang individu dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan."Modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan premis tertentu sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum barang seludup diedarkan ke pasaran," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Reman pemandu bot disambung sehari - Sinarharian - 2/07 12:30 am JERTIH - Reman terhadap pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepasdisambung sehari lagi hingga esok.Perintah sambung remah terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Terdahulu, pemandu bot berkenaan direman tiga hari bermula Isnin lepas setelah ditahan pada Sabtu keranadidapati positif dadah selepas kejadian bot pelancong terbalik di Pulau Perhentian yang menyebabkan tiga terkorban.Dalam kejadian 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa masih dirawat di hospital termasuk seorang kritikal dan 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, sebelum bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak besar.Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu mengesahkan pemandu bot berkenaan positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu |
Pemandu tercampak ke kawasan paya bakau, kereta langgar belakang lori - Sinarharian - 2/07 12:01 am SHAH ALAM - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam kawasan paya bakau selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi |
Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat dua beranak – Polis - Mgazette - 2/07 7:57 am # Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat dua beranak - Polis GEORGE TOWN - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian dua beranak yang mayat mereka ditemui reput di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ia hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang hari ini |
Operasi cari nelayan hilang di Pulau Bidong ditamatkan - Mgazette - 2/07 7:57 am # Operasi cari nelayan hilang di Pulau Bidong ditamatkan KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencandat sotong di perairan Pulau Bidong dekat Kuala Nerus sejak Selasa lepas, ditamatkan secara rasmi malam ini |
Usaha jadikan perkampungan di Pulau Gaya sebagai tarikan pelancongan - Astroawani - 2/07 5:30 am Usaha itu adalah inisiatif sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Meraki Daat Initiative. |
PTPTN tawar WPP kepada 31,850 pelajar baharu universiti awam, politeknik - Sinarharian - 2/07 12:00 am SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 seorang kepada seramai 31,850 pelajar diploma yang meneruskan pengajian ke universiti awam (UA) dan politeknik bagi sesi Julai ini.Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, inisiatif yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM47.8 juta itu diberikan bagi membantu ibu bapa dan pelajar yang layak untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan dalam melakukan persiapan awal.Menurutnya, agensi itu juga sentiasa komited untuk memastikan akses kepada pendidikan tinggi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosioekonomi."Di Pulau Pinang seramai 1,419 orang pelajar ditawarkan WPP dengan peruntukan berjumlah RM2.13 juta |
Radio 4G MOCN 6-arah di Tanjung Asam, Pulau Pinang beroperasi sepenuhnya - Astroawani - 1/07 10:45 pm YTL Communications (YTLC) memaklumkan radio 4G Multi-Operator Core Network (MOCN) 6-arah beroperasi sepenuhnya di Tanjung Asam, Pulau Pinang. |
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu - Astroawani - 1/07 8:15 pm Ia dijangka dapat memacu misi Pulau Pinang untuk menerajui landskap reka bentuk litar bersepadu (IC) negara. |
Bedah siasat dua beranak selesai, tiada kecederaan mencurigakan - Polis - SUN - 1/07 5:31 pm GEORGE TOWN : Polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau luka pada badan wanita dan anak perempuannya yang ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dapatan itu diperoleh daripada bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), pagi ini |
13 pemimpin Pas Kedah kekal, hanya satu muka baharu - Sinarharian - 1/07 5:08 pm ALOR SETAR - Pemilihan kepimpinan Pas kawasan di Kedah bagi sesi 2025-2027 menyaksikan 14 daripada 15 kawasan selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan setakat 28 Jun lalu.Berdasarkan keputusan itu, ia memberikan isyarat jelas mengenai landskap politik parti itu yang dilihat stabil menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain secara keseluruhannya menunjukkan trend kestabilan kepimpinan.Keputusan pemilihan menunjukkan 13 Yang Dipertua (YDP) kekal memegang jawatan, dengan hanya satu kawasan di Padang Serai menyaksikan muka baharu dilantik sebagai YDP, iaitu Abdul Rashid Abdul Halim.Sementara satu lagi kawasan, iaitu Jerlun masih belum mengadakan mesyuarat agung dan dijangka diadakan pada 12 Julai.Keputusan tersebut membuktikan penerimaan akar umbi terhadap kepimpinan sedia ada, terutama tokoh-tokoh lama yang memainkan peranan besar dalam pentadbiran negeri.Antaranya, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal sebagai YDP Sik; Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya kekal YDP Alor Setar serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad di Langkawi.Di kawasan Parlimen penting seperti Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Kubang Pasu, pemimpin berprofil tinggi juga kekal diberikan mandat, manakala pembaharuan berlaku pada posisi timbalan dan naib sebagai langkah pelapis untuk kesinambungan kepimpinan.Antaranya di Alor Setar, Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden diberikan kepercayaan sebagai Naib YDP baharu.Kubang Pasu pula menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah merupakan muka baharu sebagai Timbalan YDP bagi memperkukuh jaringan antara kepimpinan parti dan wakil rakyat.Di Pokok Sena, Timbalan YDP diisi muka baharu, iaitu ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood sementara YDP kekal diterajui ADUN Bukit Pinang, Datuk Wan Romani Wan Salim, kombinasi pengalaman dan tenaga muda.Kuala Kedah turut menyaksikan Pas kawasan itu kekal diterajui Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.Mereka yang turut mengekalkan jawatan YDP, termasuk ADUN Bandar Baharu, Muhd Suffian Yusoff (Kulim/Bandar Baharu); ADUN Pantai Merdeka, Sharir Long (Sungai Petani); ADUN Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pendang).Satu-satunya kawasan yang menyaksikan perubahan penuh ialah di Padang Serai dengan barisan kepimpinan baharu di semua jawatan utama, diketuai Abdul Rashid Abdul Halim sebagai YDP.Ia mungkin menandakan keperluan strategi baharu di kawasan tersebut apabila parti itu berusaha memperkukuhkan semula struktur di peringkat akar umbi.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Mohd Rosli Azmi memaklumkan, tiada sebarang insiden atau pertikaian dilaporkan sepanjang proses pemilihan berlangsung."Ini mencerminkan tahap disiplin dan kematangan politik Pas Kedah dalam mengurus peralihan kuasa secara teratur."Ia juga menunjukkan Pas Kedah bersedia berdepan cabaran PRU16 dengan barisan kepimpinan yang stabil, diyakini akar umbi, serta kombinasi antara muka lama dan baharu bagi menggerakkan jentera parti di peringkat kawasan," katanya.Berdasarkan momentum ini, Pas Kedah dijangka akan memfokuskan kepada pengukuhan organisasi kawasan, pemantapan hubungan dengan rakyat serta penyelesaian isu-isu tempatan menjelang pilihan raya, bagi memastikan parti itu kekal sebagai pemain utama politik Kedah. |
Tiga lemas: Lesen pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian masih digantung - Astroawani - 1/07 5:00 pm Lesen jurumudi bot penumpang yang terbalik sehingga meragut tiga nyawa di Pulau Perhentian, Sabtu lepas digantung sehingga siasatan selesai. |
Marine Dept suspends skippers licence, probes Pulau Perhentian night boat .. - Malaymail - 1/07 4:14 pm KUALA TERENGGANU, July 1 The licence of the skipper of the capsized tourist boat, which claimed three lives last Satur... |
Bot terbalik: Lesen jurumudi digantung, lesen bot dibatal serta-merta - Sinarharian - 1/07 3:23 pm KUALA TERENGGANU - Lesen jurumudi bot pelancong yang terlibat dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, malam Sabtu lalu, digantung serta-merta sehingga siasatan kes tersebut selesai.Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Mohamad Halizam Samsuri berkata, lesen pemilik bot turut digantung manakala lesen bot berkenaan dibatalkan serta-merta kerana mengalami kerosakan serius."Jika siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang atau syarat pelesenan, tindakan tegas termasuk pembatalan lesen sepenuhnya akan diambil."Setakat ini dua kesalahan besar dikenalpasti iaitu melanggar syarat lesen dengan membawa penumpang melebihi had dan beroperasi waktu malam," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JLM Wilayah Timur, di sini, pada Selasa.Mengulas dakwaan jurumudi terbabit berada di bawah pengaruh dadah, beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan siasatan daripada pihak berkuasa."Pemandu dan pemilik bot merupakan individu yang sama |
MCMC kerjasama Pulau Pinang luas penggunaan aplikasi MCMC NEXUS - SUN - 1/07 3:17 pm GEORGE TOWN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan Kerajaan Pulau Pinang bagi memperluas penggunaan aplikasi MCMC NEXUS dalam kalangan penduduk negeri itu, sebagai usaha menambah baik tahap capaian internet |
Mayat dua beranak mereput: Polis sahkan tiada unsur jenayah, kematian kekal SDR - Astroawani - 1/07 3:16 pm Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian dua beranak yang mayat mereka ditemukan reput dalam sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang semalam. |
Mayat dua beranak reput: Tiada kecederaan atau luka pada tubuh mangsa - Polis - Sinarharian - 1/07 2:55 pm GEORGE TOWN - Hasil bedah siasat terhadap dua beranak yang ditemui meninggal dunia pada petang Isnin mendapati tiada sebarang kecederaan atau luka pada tubuh kedua-dua mangsa.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, proses bedah siasat dijalankan pada pagi Selasa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP)."Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau luka pada badan kedua-dua mangsa."Pemeriksaan dalaman pula menunjukkan pereputan organ tanpa sebarang kesan kecederaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sehubungan itu beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 4.41 petang mengenai bau busuk yang disyaki datang dari sebuah rumah di Jalan Bukit Gambir, di sini.Sebaik pintu rumah berjaya dibuka dengan bantuan bomba, pemeriksaan mendapati terdapat dua mayat reput iaitu seorang wanita berusia 40 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun di bilik utama rumah berkenaan.Siasatan mendapati mangsa iaitu ibu dan anak berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui. |
MCMC dan LLM kenal pasti 50km jajaran tanpa liputan telekomunikasi - SUN - 1/07 2:52 pm Jadi, Insya-Allah, kita akan bantu, katanya kepada pemberita selepas melawat Menara (MOCN) 4G Enam Hala YES Tanjung Asam, sempena Program Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet di Tanjung Asam, Bayan Lepas, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang |
JKDM Perak rampas dadah, barangan bernilai RM10.9 juta - SUN - 1/07 2:46 pm IPOH : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah serta pelbagai barangan lain di empat lokasi berasingan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM10.9 juta |
Perak customs seizes RM10.9m in drugs, Brabham BT62 supercar and smuggled goods - SUN - 1/07 1:44 pm IPOH : The Perak Customs Department has intercepted multiple smuggling attempts, confiscating drugs, a high-end Brabham BT62 supercar, and other illicit goods with a combined value of RM10.9 million |
Hampir 50km jajaran lebuh raya tanpa liputan telekomunikasi - Fahmi - Sinarharian - 1/07 1:14 pm GEORGE TOWN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dasar 'Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet' akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara."Ada beberapa lokasi utama sedang dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan. Harapan saya, lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam fasa kedua Projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut berkemungkinan memerlukan pembinaan menara telekomunikasi."Jadi, Insya-ALLAH, kita akan bantu," katanya kepada pemberita selepas melawat Menara (MOCN) 4G Enam Hala YES Tanjung Asam, sempena Program Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet di Tanjung Asam, Bayan Lepas, pada Selasa.Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi menyasarkan untuk melaksanakan bukti konsep (Proof of Concept, POC) teknologi direct-to-cell menggunakan satelit orbit rendah bumi (Low Earth Orbit - LEO) pada suku ketiga atau keempat tahun ini di beberapa lokasi terpilih.Beliau berkata, pelaksanaan tersebut belum dapat dimulakan pada masa ini berikutan kekangan teknikal, namun pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat yang mengendalikan teknologi LEO untuk menyelesaikan isu kesalinghubungan di kawasan terpencil, termasuk perairan negara.Fahmi, yang sedang dalam lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang berkata, teknologi direct-to-cell akan memanfaatkan satelit sebagai menara pemancar dari angkasa lepas."Kita lihat, sekurang-kurangnya jika berlaku kecemasan seperti kes lemas di pesisir pantai, individu terbabit boleh terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan segera," katanya."Pembinaan menara telekomunikasi setinggi 60 meter memerlukan pertimbangan tersendiri, dan di kawasan seperti pulaupulau, ia mungkin tidak sesuai |
Pulau Perhentian tragedy: Boatman ignored life jacket pleas, says grieving wife - SUN - 1/07 12:14 am PETALING JAYA : A grieving wife stated that repeated requests for life jackets were dismissed by the boatman shortly before a tragic accident that claimed the lives of her husband and young daughter in the boat capsize tragedy off Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, on Sunday night |
Kastam Perak rampas dadah, vape lebih RM10 juta cuba diseludup - Sinarharian - 1/07 12:04 am IPOH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan lima barangan termasuk dadah dan peranti rokok elektronik (vape) dalam empat operasi berasingan sejak 27 Mei lalu.Pengarah Kastam Perak, Mohd Nadzri Ariffin berkata, barangan lain yang turut cuba diseludup termasuklah jubin, kereta dan karkas babi dengan anggaran RM5.5 juta serta duti bernilai RM5.3 juta hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perak.Menurutnya, bagi kes penyeludupan dadah, Unit Narkotik JKDM Perak bersama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menemui lapan bungkusan plastik mengandungi tumbuhan kering disyaki dadah jenis bunga ganja selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bungkusan di Petaling Jaya, Selangor pada 5 Jun lalu."Anggaran berat kasar tumbuhan kering tersebut sebanyak 9,858 gram dengan nilai pasaran bagi dadah tersebut sekitar RM966,084."Bungkusan dadah yang menggunakan khidmat syarikat penghantaran ini dipercayai untuk dihantar ke United Kingdom dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Mohd Nadzri berkata, bagi kes kedua pula melibatkan penemuan vape beserta cecair melalui pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor pada 4 Jun lalu.Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati sejumlah 55,320 unit vape pelbagai jenama ditemui bersama 706 keping jubin marmar yang diikrar sebagai plastik.Jelas beliau, nilai bagi vape tersebut melibatkan RM896,800 dengan anggaran jumlah duti atau cukai sebanyak RM530,670 manakala jubin marmar pula bernilai RM70,600 dengan anggaran cukai sebanyak RM45,890.Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara sehingga tujuh tahun.Mohd Nadzri berkata, pada 27 Mei lalu, sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Taiping melakukan pemeriksaan sebuah kontena yang diikrar sebagai komponen dan kotak peralatan di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang, Selangor."Hasil pemeriksaan menemukan sebuah kereta berjenama Brabham Model BT62 tanpa permit import di dalam kontena tersebut dan ia tidak sama seperti barangan yang diikrarkan."Nilai kenderaan ini dianggarkan RM2.2 juta dan duti pula sebanyak RM4.2 juta |
Kenapa tekanan global paksa syarikat nilai semula pengambilan pekerja - Sinarharian - 1/07 9:27 am Malah, syarikat dari China juga memindahkan pengeluaran mereka ke Malaysia bagi mengelak sekatan perdagangan AS.Namun, tidak semua sektor berkembang. Permintaan terhadap semikonduktor menurun tahun lalu selepas lonjakan ketika pandemik, mengakibatkan pemberhentian pekerja dan pembekuan pengambilan kakitangan di kawasan perindustrian di Pulau Pinang.Industri sarung tangan sektor yang berkembang pesat semasa pandemik Covid-19 turut mengalami kemerosotan pada 2023, menyebabkan Top Glove menutup kilangnya di China dan Vietnam.Industri teknologi juga menyaksikan pengurangan tenaga kerja secara besar-besaran |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |