![]() |
/// |
|
Search : Pulau Perhentian News | Page 1 |
Kastam rampas rokok seludup, arak bernilai RM2.7 juta - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kastam rampas rokok seludup, arak bernilai RM2.7 juta BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 1.3 juta batang rokok disyaki tidak berkastam dengan nilai keseluruhan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM1.8 juta, dalam serbuan di Bukit Mertajam dekat sini |
Lubang kabel terbuka, bongkar kegiatan curi empat lelaki - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Lubang kabel terbuka, bongkar kegiatan curi empat lelaki BAYAN LEPAS - Polis memberkas empat lelaki yang sedang leka memotong kabel Telekom Malaysia (TM) di dalam lubang laluan kabel di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru, di sini, hari ini |
MUDA desak Exco jelas pelancongan P.Pinang merudum - Mgazette - 2/07 3:56 pm # MUDA desak Exco jelas pelancongan P.Pinang merudum GEORGE TOWN - Di manakah Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang ketika prestasi pelancongan domestik negeri jatuh merudum? Itu persoalan yang dibangkitkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang susulan pendedahan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan negeri ini hanya menerima 4.8 juta pelawat domestik sepanjang 2024, angka yang jauh di belakang beberapa negeri lain |
Perhentian boat tragedy: Police record statements from three, more to .. - Malaymail - 2/07 3:23 pm KUALA TERENGGANU, July 2 Police have recorded statements from three individuals in connection with the boat capsizing... |
Perhentian boat tragedy: Police probe capsizing, skipper tests positive for drugs - SUN - 2/07 3:20 pm KUALA TERENGGANU : Police have recorded statements from three individuals in connection with the boat capsizing incident off Pulau Perhentian waters last Saturday, which claimed three lives |
Perhentian boat tragedy: Police record statements from three, more to follow - Sinardaily - 2/07 3:17 pm KUALA TERENGGANU - Police have recorded statements from three individuals in connection with the boat capsizing incident off Pulau Perhentian waters last Saturday, which claimed three lives.Terengganu police chief Datuk Mohd Khairi Khairuddin said the statements were recorded from three individuals, two men and a woman, aged between 22 and 39, to assist in the investigation."We have recorded statements from one of the passengers, the boat skipper and the boat skippers brother |
Insiden bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis rakam keterangan tiga saksi - SUN - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakam keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian Sabtu lepas yang mengorbankan tiga nyawa |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis sudah rakam keterangan tiga saksi - Sinarharian - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU - Polis telah mengambil keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden Sabtu lepas yang menyaksikan tiga maut selepas sebuah bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 39 tahun, yang merupakan pemandu bot itu bersama abangnya, dan seorang mangsa kejadian.Beliau berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit, yang dijangka selesai dalam tempoh kira-kira seminggu."Siasatan polis memfokus kepada kejadian Sama ada terdapat wujud unsur jenayah.. |
Making tourism safer for everyone - SUN - 2/07 2:40 pm THE recent incidents from a near-miss during a solo dive off Tioman to the tragic boat capsize off Pulau Perhentian underscore a critical need for heightened safety in Malaysias tourism sector |
Motorist survives 25-foot fall into mangrove swamp after crash - Sinardaily - 2/07 2:15 pm SHAH ALAM - A motoristexperienced a terrifying moment after being thrown into a mangrove swamp following a collision between his car and a lorry along Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, Port Klang, near here early this morning.Selangor Fire and Rescue Department assistant director of operations Ahmad Mukhlis Mukhtar said the 40-year-old male victim sustained only minor injuries."The victim's car rear-ended the lorry on a25-foot-high (7.62 metres)bridge, landing him in a mangrove swamp," he said in a statement.He said that six personnel from the Pulau Indah Fire and Rescue Station were dispatched to the scene after receiving an emergency call at 2.14am.He said the driver of thePerodua Aruz car isbelieved to have been intoxicated at the time of the incident.Ahmad Mukhlis said the victim, who was rescued at 4.12am, was handed over to the Ministry of Health for further action |
Motorist survives 25-foot fall into mangrove swamp after crash in Port Klang - SUN - 2/07 2:04 pm SHAH ALAM : A motorist experienced a terrifying moment after being thrown into a mangrove swamp following a collision between his car and a lorry along Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, Port Klang, near here early this morning |
Kastam Pulau Pinang rampas rokok, minuman keras bernilai RM2.67 juta - SUN - 2/07 2:02 pm BUTTERWORTH : Kastam Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras bernilai RM2.67 juta dalam dua operasi berasingan baru-baru ini |
Tragedi bot pelancong: Reman pemandu bot disambung sehari - SUN - 2/07 1:24 pm JERTIH : Reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam tragedi maut di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas disambung sehari lagi hingga esok |
Kastam gagalkan cubaan seludup rokok, minuman keras RMRM2.67 juta - Sinarharian - 2/07 1:14 pm BUTTERWORTH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM2.67 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di negeri ini pada Mei lalu.Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan pada 6 Mei, dua lelaki tempatan masing-masing pemandu lori dan kelindan, berusia lingkungan 20-an dan 30-an ditahan di kawasan tempat letak kereta sebuah taman perumahan di Bukit Mertajam.Menurutnya, Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang diparkir di lokasi berkenaan dan menemui lebih 1.3 juta batang rokok putih dan rokok kretek yang dianggarkan bernilai lebih RM1.77 juta termasuk cukai."Kedua-dua lelaki tersebut ditahan berhampiran lori berkenaan."Mereka tidak mengaku terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan mendakwa meninggalkan lori itu bersama kuncinya di kawasan awam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan JKDM negeri di Bagan Jermal, di sini pada Rabu.Rohaizad berkata, siasatan awal mendapati rokok tersebut dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual di pasaran tempatan.Sementara itu, beliau berkata, serbuan kedua dilakukan pada 9 Mei membabitkan sebuah rumah di taman perumahan di sini dan hasil pemeriksaan menemui 15,288 tin bir serta 13,820 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai hampir RM900,000 termasuk cukai.Ketika serbuan dilakukan, tiada sesiapa berada di dalam rumah terbabit."Siasatan mendapati pemilik rumah menyewakannya kepada seorang individu dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan."Modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan premis tertentu sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum barang seludup diedarkan ke pasaran," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Reman pemandu bot disambung sehari - Sinarharian - 2/07 12:30 am JERTIH - Reman terhadap pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepasdisambung sehari lagi hingga esok.Perintah sambung remah terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Terdahulu, pemandu bot berkenaan direman tiga hari bermula Isnin lepas setelah ditahan pada Sabtu keranadidapati positif dadah selepas kejadian bot pelancong terbalik di Pulau Perhentian yang menyebabkan tiga terkorban.Dalam kejadian 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa masih dirawat di hospital termasuk seorang kritikal dan 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, sebelum bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak besar.Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu mengesahkan pemandu bot berkenaan positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu |
Pemandu tercampak ke kawasan paya bakau, kereta langgar belakang lori - Sinarharian - 2/07 12:01 am SHAH ALAM - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam kawasan paya bakau selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi |
Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat dua beranak – Polis - Mgazette - 2/07 7:57 am # Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat dua beranak - Polis GEORGE TOWN - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian dua beranak yang mayat mereka ditemui reput di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir di sini semalam |
Operasi cari nelayan hilang di Pulau Bidong ditamatkan - Mgazette - 2/07 7:57 am # Operasi cari nelayan hilang di Pulau Bidong ditamatkan KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencandat sotong di perairan Pulau Bidong dekat Kuala Nerus sejak Selasa lepas, ditamatkan secara rasmi malam ini |
Usaha jadikan perkampungan di Pulau Gaya sebagai tarikan pelancongan - Astroawani - 2/07 5:30 am Usaha itu adalah inisiatif sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Meraki Daat Initiative. |
Radio 4G MOCN 6-arah di Tanjung Asam, Pulau Pinang beroperasi sepenuhnya - Astroawani - 1/07 10:45 pm YTL Communications (YTLC) memaklumkan radio 4G Multi-Operator Core Network (MOCN) 6-arah beroperasi sepenuhnya di Tanjung Asam, Pulau Pinang. |
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu - Astroawani - 1/07 8:15 pm Ia dijangka dapat memacu misi Pulau Pinang untuk menerajui landskap reka bentuk litar bersepadu (IC) negara. |
Bedah siasat dua beranak selesai, tiada kecederaan mencurigakan - Polis - SUN - 1/07 5:31 pm GEORGE TOWN : Polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau luka pada badan wanita dan anak perempuannya yang ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini, semalam |
Tiga lemas: Lesen pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian masih digantung - Astroawani - 1/07 5:00 pm Lesen jurumudi bot penumpang yang terbalik sehingga meragut tiga nyawa di Pulau Perhentian, Sabtu lepas digantung sehingga siasatan selesai. |
Marine Dept suspends skippers licence, probes Pulau Perhentian night boat .. - Malaymail - 1/07 4:14 pm KUALA TERENGGANU, July 1 The licence of the skipper of the capsized tourist boat, which claimed three lives last Satur... |
Bot terbalik: Lesen jurumudi digantung, lesen bot dibatal serta-merta - Sinarharian - 1/07 3:23 pm KUALA TERENGGANU - Lesen jurumudi bot pelancong yang terlibat dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, malam Sabtu lalu, digantung serta-merta sehingga siasatan kes tersebut selesai.Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Mohamad Halizam Samsuri berkata, lesen pemilik bot turut digantung manakala lesen bot berkenaan dibatalkan serta-merta kerana mengalami kerosakan serius."Jika siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang atau syarat pelesenan, tindakan tegas termasuk pembatalan lesen sepenuhnya akan diambil."Setakat ini dua kesalahan besar dikenalpasti iaitu melanggar syarat lesen dengan membawa penumpang melebihi had dan beroperasi waktu malam," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JLM Wilayah Timur, di sini, pada Selasa.Mengulas dakwaan jurumudi terbabit berada di bawah pengaruh dadah, beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan siasatan daripada pihak berkuasa."Pemandu dan pemilik bot merupakan individu yang sama |
MCMC kerjasama Pulau Pinang luas penggunaan aplikasi MCMC NEXUS - SUN - 1/07 3:17 pm GEORGE TOWN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan Kerajaan Pulau Pinang bagi memperluas penggunaan aplikasi MCMC NEXUS dalam kalangan penduduk negeri itu, sebagai usaha menambah baik tahap capaian internet |
Mayat dua beranak mereput: Polis sahkan tiada unsur jenayah, kematian kekal SDR - Astroawani - 1/07 3:16 pm Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian dua beranak yang mayat mereka ditemukan reput dalam sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang semalam. |
Mayat dua beranak reput: Tiada kecederaan atau luka pada tubuh mangsa - Polis - Sinarharian - 1/07 2:55 pm GEORGE TOWN - Hasil bedah siasat terhadap dua beranak yang ditemui meninggal dunia pada petang Isnin mendapati tiada sebarang kecederaan atau luka pada tubuh kedua-dua mangsa.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, proses bedah siasat dijalankan pada pagi Selasa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP)."Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau luka pada badan kedua-dua mangsa."Pemeriksaan dalaman pula menunjukkan pereputan organ tanpa sebarang kesan kecederaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sehubungan itu beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 4.41 petang mengenai bau busuk yang disyaki datang dari sebuah rumah di Jalan Bukit Gambir, di sini.Sebaik pintu rumah berjaya dibuka dengan bantuan bomba, pemeriksaan mendapati terdapat dua mayat reput iaitu seorang wanita berusia 40 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun di bilik utama rumah berkenaan.Siasatan mendapati mangsa iaitu ibu dan anak berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui. |
MCMC dan LLM kenal pasti 50km jajaran tanpa liputan telekomunikasi - SUN - 1/07 2:52 pm GEORGE TOWN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung |
JKDM Perak rampas dadah, barangan bernilai RM10.9 juta - SUN - 1/07 2:46 pm IPOH : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah serta pelbagai barangan lain di empat lokasi berasingan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM10.9 juta |
Perak customs seizes RM10.9m in drugs, Brabham BT62 supercar and smuggled goods - SUN - 1/07 1:44 pm IPOH : The Perak Customs Department has intercepted multiple smuggling attempts, confiscating drugs, a high-end Brabham BT62 supercar, and other illicit goods with a combined value of RM10.9 million |
Hampir 50km jajaran lebuh raya tanpa liputan telekomunikasi - Fahmi - Sinarharian - 1/07 1:14 pm GEORGE TOWN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dasar 'Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet' akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara."Ada beberapa lokasi utama sedang dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan |
Pulau Perhentian tragedy: Boatman ignored life jacket pleas, says grieving wife - SUN - 1/07 12:14 am PETALING JAYA : A grieving wife stated that repeated requests for life jackets were dismissed by the boatman shortly before a tragic accident that claimed the lives of her husband and young daughter in the boat capsize tragedy off Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, on Sunday night |
Kastam Perak rampas dadah, vape lebih RM10 juta cuba diseludup - Sinarharian - 1/07 12:04 am IPOH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan lima barangan termasuk dadah dan peranti rokok elektronik (vape) dalam empat operasi berasingan sejak 27 Mei lalu.Pengarah Kastam Perak, Mohd Nadzri Ariffin berkata, barangan lain yang turut cuba diseludup termasuklah jubin, kereta dan karkas babi dengan anggaran RM5.5 juta serta duti bernilai RM5.3 juta hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perak.Menurutnya, bagi kes penyeludupan dadah, Unit Narkotik JKDM Perak bersama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menemui lapan bungkusan plastik mengandungi tumbuhan kering disyaki dadah jenis bunga ganja selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bungkusan di Petaling Jaya, Selangor pada 5 Jun lalu."Anggaran berat kasar tumbuhan kering tersebut sebanyak 9,858 gram dengan nilai pasaran bagi dadah tersebut sekitar RM966,084."Bungkusan dadah yang menggunakan khidmat syarikat penghantaran ini dipercayai untuk dihantar ke United Kingdom dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Mohd Nadzri berkata, bagi kes kedua pula melibatkan penemuan vape beserta cecair melalui pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor pada 4 Jun lalu.Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati sejumlah 55,320 unit vape pelbagai jenama ditemui bersama 706 keping jubin marmar yang diikrar sebagai plastik.Jelas beliau, nilai bagi vape tersebut melibatkan RM896,800 dengan anggaran jumlah duti atau cukai sebanyak RM530,670 manakala jubin marmar pula bernilai RM70,600 dengan anggaran cukai sebanyak RM45,890.Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara sehingga tujuh tahun.Mohd Nadzri berkata, pada 27 Mei lalu, sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Taiping melakukan pemeriksaan sebuah kontena yang diikrar sebagai komponen dan kotak peralatan di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang, Selangor."Hasil pemeriksaan menemukan sebuah kereta berjenama Brabham Model BT62 tanpa permit import di dalam kontena tersebut dan ia tidak sama seperti barangan yang diikrarkan."Nilai kenderaan ini dianggarkan RM2.2 juta dan duti pula sebanyak RM4.2 juta |
Kenapa tekanan global paksa syarikat nilai semula pengambilan pekerja - Sinarharian - 1/07 9:27 am PETALING JAYA - Daripada korporat global sehingga perniagaan di Malaysia, syarikat pelbagai industri sedang menilai semula model perniagaan bagi menyesuaikannya dengan ekonomi global yang berubah dengan pantas.Syarikat sedang menyusun semula operasi bagi menyesuaikan dengan perubahan landskap geopolitik, kemajuan teknologi, dan sasaran iklim yang semakin berkembang |
Guru rugi RM890,000 terpedaya panggilan 'scammer' - Sinarharian - 1/07 7:36 am GEORGE TOWN - Seorang guru wanita mengalami kerugian sebanyak RM890,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil bank dan pegawai polis.Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa berusia 59 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Isnin selepas menyedari telah diperdaya sindiket terbabit.Menurutnya, kejadian berlaku pada 10 Mei lalu ketika mangsa berada di rumahnya di sini.Mohd Alwi menambah, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya wakil daripada sebuah bank tempatan."Suspek memaklumkan kononnya terdapat penyalahgunaan kad kredit atas nama mangsa, namun mangsa menafikan memiliki kad tersebut."Panggilan kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang mengaku sebagai pegawai polis dari Balai Polis Johor."Pegawai palsu itu mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan meminta mangsa menyerahkan kesemua wang miliknya untuk tujuan audit siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut Mohd Alwi lagi, suspek turut memberi jaminan wang berkenaan akan dipulangkan selepas siasatan selesai, selain mengugut akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya mangsa enggan berbuat demikian."Kerana takut, mangsa telah melakukan sebanyak 27 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke 23 akaun bank berbeza dari 19 Mei hingga 5 Jun lalu dengan jumlah keseluruhan RM890,000."Mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas menceritakan kejadian kepada rakannya sebelum tampil membuat laporan polis," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon mencurigakan terutama yang melibatkan permintaan maklumat peribadi atau butiran perbankan."Jangan mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai pegawai polis atau wakil institusi kewangan |
Sambutan Hari Malaysia bergilir bukan di Sabah, Sarawak saja - Mgazette - 1/07 7:31 am # Sambutan Hari Malaysia bergilir bukan di Sabah, Sarawak saja PERMATANG PAUH - Pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia tahun ini dibuat susulan keputusan Kabinet pada April lalu yang menetapkan negeri-negeri di Semenanjung turut diberi peluang menganjurkan acara tersebut, bukan terhad kepada Sabah dan Sarawak sahaja |
Rakyat tetap bimbang kadar tarif elektrik baharu – MCA - Mgazette - 1/07 7:31 am # Rakyat tetap bimbang kadar tarif elektrik baharu - MCA KUALA LUMPUR -Biarpun kerajaan mendakwa kadar tarif baharu yang bakal dilaksanakan esok lebih adil dan progresif, tidak membebankan komuniti perniagaan dan pengguna domestik akan bayar kadar yang lebih rendah, namun ia tetap tidak melegakan kebimbangan yang dirasai rakyat |
Beku aset, harta Allahyarham Daim, keluarga bagai satu penderaan – .. - Mgazette - 1/07 7:31 am # Beku aset, harta Allahyarham Daim, keluarga bagai satu penderaan - Tun M KUALA SELANGOR - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan semua aset luar negara milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga serta proksinya ibarat satu penderaan |
Bau busuk bongkar penemuan mayat ibu dan anak - Mgazette - 1/07 7:31 am GEORGE TOWN - Bau busuk dari sebuah unit di tingkat sembilan sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir di sini, hari ini membawa kepada penemuan tragis mayat seorang wanita tempatan dan anak perempuannya |
Tiong: Ministry expediting rollout of monitoring system to ensure drivers suited for operations - BorneoPost - 1/07 7:00 am BINTULU (July 1): The Ministry of Tourism, Arts and Culture (Motac) is expediting the rollout of a Driver Monitoring System to ensure all tourism transport drivers are physically and mentally fit to operate. Its minister Datuk Seri Tiong King Sing yesterday said the move comes in the wake of the recent Pulau Perhentian boat tragedy [...] The post Tiong: Ministry expediting rollout of monitoring system to ensure drivers suited for operations appeared first on Borneo Post Online . |
Bomba selamatkan remaja terperangkap dalam kebakaran - Astroawani - 1/07 6:00 am Pihak JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam. |
Bekas Ketua Pengarah MSN dilantik CEO Sukan SEA 2027 - Sinarharian - 1/07 12:00 am BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027.Pelantikan Abdul Rashid sebagai CEO berkuat kuasa pada Selasa dan tanggungjawab utama beliau ialah mengetuai sekretariat yang berperanan untuk menyelaras semua aspek persiapan bagi penganjuran temasya dwitahunan serantau itu.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Abdul Rashid memiliki pengalaman luas dalam dunia sukan negara dengan pembabitan secara langsung selama lebih 37 tahun dan memegang pelbagai jawatan dalam MSN sebelum bersara sebagai ketua pengarah pada awal April lalu."Beliau juga memainkan peranan penting membantu MASOC dalam bidang pengurusan ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-15 yang dijadual berlangsung pada 2027.Penganjuran kali ini turut membabitkan tiga negeri lain iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Johor yang telah bersetuju untuk menganjurkan beberapa jenis sukan.Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-15 telah ditubuhkan menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 26 Mac lalu.Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada tahun 2017 yang menyaksikan kontinjen negara berjaya menamatkan kempen sebagai juara keseluruhan dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.Menerusi penganjuran edisi Sukan SEA 2027, Malaysia bakal menjadi tuan rumah temasya sukan berprestij tersebut buat kali ketujuh selepas edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017. |
Kematian dua beranak diklasifikasi mati mengejut - Sinarharian - 30/06 11:58 pm GEORGE TOWN - Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, di sini petang Isnin, sebagai kes mati mengejut (SDR).Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 4.41 petang mengenai bau busuk yang disyaki datang dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.Menurutnya, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bersama anggota Balai Polis Sungai Nibong dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bergegas ke lokasi kejadian."Sebaik pintu rumah berjaya dibuka dengan bantuan bomba, pemeriksaan mendapati terdapat dua mayat reput iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan di bilik utama rumah berkenaan."Siasatan awal mendapati mangsa masing-masing berusia 40 dan dua tahun |
Wanita, anak perempuan ditemui meninggal dunia dalam rumah - Astroawani - 30/06 11:09 pm Mayat seorang wanita tempatan dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemui di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada Isnin. |
Bomba selamatkan budak 13 tahun terperangkap dalam rumah terbakar - Sinarharian - 30/06 10:30 pm GEORGE TOWN Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Taman Sinar Pelangi, Jelutong, di sini, malam Isnin.Mangsa yang berada seorang diri di rumah ketika kejadian berjaya diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, selepas pasukan penyelamat memecahkan pintu unit berkenaan untuk membawa keluar mangsa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam."Sebuah jentera bersama tujuh anggota, termasuk seorang penyelia, dikejarkan ke lokasi kejadian yang hanya satu kilometer dari balai |
42 NADI beroperasi di Pulau Pinang - Fahmi - Astroawani - 30/06 10:30 pm Empat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan di Parlimen Permatang Pauh, menjadikan keseluruhan 42 pusat itu beroperasi di Pulau Pinang setakat ini. |
42 NADI beroperasi di Pulau Pinang - Fahmi - Sinarharian - 30/06 9:42 pm BUKIT MERTAJAM - Empat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan di Parlimen Permatang Pauh, menjadikan keseluruhan 42 pusat itu beroperasi di Pulau Pinang setakat ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, dua daripadanya terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti manakala masing-masing satu di Seberang Jaya dan Pematang Pasir."Tiga daripada NADI ini beroperasi sejak Mei 2024 manakala di Kubang Semang dibuka pada Disember |
Penumpang kanak-kanak bot terbalik dilaporkan stabil - Sinarharian - 30/06 5:46 pm KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak perempuan yang kritikal selepas terlibat dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas dilaporkan dalam keadaan stabil.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, T Sakthivel, 6, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah beransur pulih dan dapat makan seperti biasa.Beliau bagaimanapun berkata, pihak hospital masih memantau rapi perkembangan kanak-kanak itu kerana dikhuatiri berlaku gangguan pernafasan disebabkan kemasukan air terlalu banyak ke dalam badan dan organ tertentu."Alhamdulillah ketika lawatan saya tadi doktor maklumkan keadaan adik Sakthivel sudah bertambah baik dan stabil serta ditemani ibunya." tetapi doktor belum membenarkan dia pulang kerana masih perlu pantau keadaan pernafasannya |
'Kami minta jaket keselamatan tapi pemandu bot cakap basah, tak boleh bagi' - Sinarharian - 30/06 5:24 pm BUTTERWORTH - Pemandu bot yang terbabit dalam tragedi mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas didakwa enggan memberikan jaket keselamatan meskipun telah berkali-kali diminta.S Sanggetha, 39, yang juga isteri kepada S Arumugam yang maut bersama anak bongsu mereka Sarrvhika, 3, berkata, ketika kejadian bot berkenaan dinaiki empat keluarga terdiri daripada tujuh dewasa dan lapan kanak-kanak.Beliau memberitahu mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke tempat penginapan di Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam sekitar jam 9 malam, dan ketika itu cuaca juga seperti hendak hujan, sekali gus membuat keputusan untuk balik ke tempat penginapan kerana masing-masing mempunyai ramai anak kecil."Masa naik bot itu, kami minta jaket keselamatan daripada pemandu tapi dia cakap (jaket) basah, tak boleh bagi lagipun perjalanan sekejap saja |
Tragedi Pulau Perhentian: Pemandu bot direman tiga hari - Mgazette - 30/06 5:10 pm # Tragedi Pulau Perhentian: Pemandu bot direman tiga hari BANDAR PERMAISURI - Seorang pemandu bot yang terbabit dalam tragedi mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian Sabtu lepas, direman selama tiga hari bermula pada hari ini |
Kami minta jaket keselamatan tapi pemandu bot tak beri – Sanggetha - Mgazette - 30/06 5:10 pm Sanggetha, 39, yang masih dalam fasa menerima hakikat kehilangan suaminya, S. Arumugam, 40, dan anak bongsunya, Sarrvihka, 3, dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian Besar, Terengganu pada Sabtu lalu |
'Kami tunggu lama kelahirannya, sekelip mata dia tinggalkan kami' - Sinarharian - 30/06 4:57 pm SUNGAI PETANI - "Kami tunggu lama untuk kelahirannya...tak sangka sekelip mata dia sudah tinggalkan kami," luah T Panjawarnam, nenek kepada kanak-kanak perempuan V Vennpani yang terkorban dalam tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian, Terengganu pada Sabtu lepas.Menurut Panjawarnam, 68, cucunya yang berusia 10 tahun itu amat teruja untuk bercuti ke pulau peranginan bersama ibu dan bapanya serta tiga lagi ahli keluarga mereka.Namun, percutian yang dirancang bertukar menjadi episod pilu yang tidak dapat dilupakan."Saya terkejut dan hampir pengsan ketika dimaklumkan cucu terkorban dalam insiden itu |
Family mourns loss of long-awaited child in Perhentian boat tragedy - SUN - 30/06 4:44 pm SUNGAI PETANI : The family of V. Vennpani, the 10-year-old girl who drowned in the Pulau Perhentian boat tragedy, is struggling to cope with the loss of their long-awaited only child |
Pasaran buruh Malaysia dijangka stabil, disokong pertumbuhan ekonomi mampan - DOSM - Sinarharian - 30/06 4:14 pm PUTRAJAYA - Pasaran buruh Malaysia terus pulih pada 2024 dan dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menurut Statistik Tenaga Buruh Tahunan, Malaysia 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin.Menurut DOSM, pasaran buruh pada tahun lepas terus mencatatkan prestasi memberangsangkan, dengan kadar pengangguran menurun kepada 3.2 peratus, di bawah paras prapandemik 3.3 peratus yang direkodkan pada 2019."Begitu juga, bilangan penganggur berkurang kepada 534,100 orang, dengan sebahagian besar penurunan disumbangkan oleh golongan belia berusia 15 hingga 24 tahun."Dalam masa yang sama, tenaga buruh meningkat sebanyak 3.3 peratus kepada 16.9 juta orang pada 2024 berbanding 16.37 juta orang pada tahun sebelumnya |
Hari Malaysia: Pulau Pinang rakam penghargaan, ikrar beri kerjasama penuh - Astroawani - 30/06 3:45 pm Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan kerana dipilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia. |
Kerajaan Terengganu cadang tarik lesen pengusaha bot langgar peraturan - SUN - 30/06 3:16 pm KUALA TERENGGANU : Kerajaan Negeri Terengganu akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Laut Malaysia untuk menarik balik atau menggantung lesen pengusaha bot pelancong yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan. Langkah ini diambil susulan kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian yang mengorbankan tiga nyawa baru-baru ini |
'Pemandu bot sudah nasihat, mereka tetap mahu balik walau cuaca buruk' - Sinarharian - 30/06 2:24 pm BESUT - Kejadian tragis melibatkan sebuah bot penumpang terbalik yang meragut tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak di perairan Pulau Perhentian malam Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada cuaca buruk yang melanda secara tiba-tiba.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke penginapan selepas menonton pertunjukan api di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil."Keadaan cuaca pada awal malam itu kelihatan baik, namun mula berubah sekitar jam 9 malam sebelum ribut kuat melanda."Pemandu bot ada memaklumkan bahawa dia telah menasihati penumpang supaya menangguhkan perjalanan pulang atas faktor keselamatan, namun mereka tetap mahu balik ke resort," katanya ketika dihubungi Sinar Harin di sini pada Isnin.Beliau berkata, bot yang membawa 15 penumpang itu hanya mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan merentasi jarak kira-kira empat kilometer dari Long Beach ke kawasan penginapan di Pulau Perhentian Besar."Kalau mereka boleh tunggu dalam dua hingga tiga jam lagi mungkin tragedi ini tidak berlaku."Lagipun ramai penumpang lain yang terkandas mereka sanggup tunggu lama semata-mata mahu pastikan cuaca benar-benar pulih."Malangnya dalam insiden ini, bot itu terbalik kerana dihempas ombak besar, hanya beberapa meter dari resort yang mereka duduk," ujarnya.Tambah Nik Zawawi, ribut kuat yang melanda pada malam itu hanya reda sekitar jam 11.30 malam.Bagaimanapun, katanya, usaha menyelamat segera digerakkan sebaik kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa."Penduduk setempat dan pihak berkuasa mengambil langkah segera menyelamatkan mangsa yang terlibat."Tragedi ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan keluarga dan anak kecil |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |