///
See Also: Shutterstock

Search : Presiden Bersatu News   Page 1    





Hampir 37,000 warga asing ditahan Imigresen dalam tempoh enam bulan - Mygazette - 11/07 8:09 am

# Hampir 37,000 warga asing ditahan Imigresen dalam tempoh enam bulan PUTRAJAYA Seramai 36,900 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) menerusi operasi penguatkuasaan dalam membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini





Saya tak akan hilang jika menang di Layang-Layang – Guna - Mygazette - 11/07 8:09 am

# Saya tak akan hilang jika menang di Layang-Layang - Guna SIMPANG RENGGAM - Calon Pakatan Harapan DUN N27 Layang-Layang, Guna Balakrishnan berjanji tidak akan hilang jika diberi mandat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu





Bukan semua boleh selesai cepat, bantu kerajaan kita buat perlahan-lahan .. - Mygazette - 11/07 8:09 am

# Bukan semua boleh selesai cepat, bantu kerajaan kita buat perlahan-lahan - Anwar SIMPANG RENGGAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan bantuan kepada rakyat akan terus diperkasa





PM singgah Festival Muzik JB, pesan pengunjung balik awal esok mengundi... - Mygazette - 11/07 8:09 am

# PM singgah Festival Muzik JB, pesan pengunjung balik awal esok mengundi PRN JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa singgah sebentar di Festival Muzik Johor Bahru (JB) di Perling Mall di sini, malam ini





Jangan benarkan golongan pelampau pecah-belahkan perpaduan negara – .. - Mygazette - 11/07 8:09 am

# Jangan benarkan golongan pelampau pecah-belahkan perpaduan negara - PM JOHOR BAHRU Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat, khususnya golongan muda supaya tidak membenarkan mana-mana pihak membawa fahaman melampau yang memecah-belahkan perpaduan





Muhyiddin rayu pengundi sebagai anak Johor - FMT - 10/07 11:52 pm

Muhyiddin Yassin membuat rayuan kepada pengundi Johor supaya memilih Bersatu dan PN.





Muhyiddin makes plea to voters as son of Johor - FMT - 10/07 11:50 pm

The Bersatu president, who is a former Johor menteri besar, urged Johoreans to give his party and Perikatan Nasional another chance, saying his struggle has always been about the people.





Johor polls: Campaign enters final sprint ahead of polling day - Sinardaily - 10/07 9:45 pm

JOHOR BAHRU- The race to win the mandate in the 16th Johor State Election (PRN) entered its final sprint phase today, witnessing all candidates and party leaders launching last-minute strategies to win over voters before the campaigning period officially concludes at 11:59 pm tonight.Leading the Pakatan Harapan (PH) machinery, its Chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim wrapped up a tour across five strategic locations to provide a final morale boost to the coalition's candidates.The tour kicked off with a programme in the Bukit Gambir State Legislative Assembly (DUN) constituency before moving to Bukit Batu and Layang-Layang and is scheduled to conclude tonight with the 'Johor Ke Depan, Undi Harapan Grand Finale Programme' in Pasir Gudang.Via a Facebook post, the Prime Minister also prayed that all affairs of the PH team in facing tomorrows polling day would be eased.Meanwhile, the PH candidate for the Larkin state seat, Suhaizan Kaiat, opted for a casual approach by conducting a walkabout around a shopping mall in the city, accompanied by Parti Amanah Negara (Amanah) Vice President Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Suhaizan described all the feedback and views received throughout the campaign period as a great responsibility that he would shoulder if given the mandate.For the Barisan Nasional (BN) camp, its Chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi chose a spiritual approach by attending the 'BN Grand Supplication & Doa Selamat' event in the Kulai district tonight.Through a Facebook post, the Deputy Prime Minister urged all Johoreans (Bangsa Johor) to come out and fulfill their responsibilities tomorrow, while also reminding them to plan their journeys due to the unpredictable weather forecast.According to the Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia), weather in most areas is expected to be clear in the morning, but there is a potential for rain or thunderstorms in the afternoon.A deeply humbled tone was also expressed by the BN candidate for the Machap seat, who is also the incumbent Johor Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Through a video post on Facebook, he openly apologised to all the people of Johor for any shortcomings throughout his administration.Bersatu President Tan Sri Muhyiddin Yassin urged the people of Johor to make the right decision in choosing the party that will lead the state government."In the two-week campaigning period, (I hope) voters have gathered data and information regarding the contesting parties to decide which one they will choose," he said via a video post on Facebook.Meanwhile, the Bersama party chose to lower the curtain on their campaign with the Ceramah Finale BERSAMA featuring the prominent leadership duo of Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad."God willing, in my final speech for this Johor state election, I will summarise, dissect, and counter all the issues that have been brought up throughout this election," Rafizi said.Not to be left out, the Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) also showed their final meetle through their pinnacle event, the 'Puteri Wangsa Grand Finale Lecture'.MUDA President Amira Aisya Abd Aziz reminded the states citizens of the absolute power they hold.A total of 172 candidates are contesting to win 56 state seats in the 16th Johor State Election tomorrow





Laporan penuh kajian Ilham Centre: Faktor BN diramal menang PRN Johor - Sinarharian - 10/07 8:39 pm

BN lepasi dua pertiga majoriti: pola pengundian PRN JohorDapatan kajian Ilham Centre menunjukkan Barisan Nasional (BN) berada pada landasan yang kukuh untuk melepasi garis dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16





Lagi MPT Bersatu letak jawatan, 150 ahli umum keluar parti hari sama - Sinarharian - 10/07 6:59 pm

SHAH ALAM - Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Aziman Hadi Nazri mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.Pada masa sama, beliau juga memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco Armada Nasional."Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan-rakan seperjuangan serta semua ahli yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama sepanjang saya menggalas amanah dalam parti.ARTIKEL BERKAITAN:Setiausaha Bersatu Perlis umum keluar parti"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli Armada di semua peringkat yang telah bersama berjuang demi memperkukuhkan parti dan membawa suara anak muda," katanya dalam hantaran Facebook pada Jumaat.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah melepaskan jawatan sebagai Ahli MPT Bersatu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.Selain Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor turut mengambil keputusan sama apabila menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli MPT pada minggu lalu.Bagaimanapun, Aziman Hadi yang turut mengisytiharkan keluar parti tidak menyatakan sebab peletakan jawatan berkenaan dalam satu surat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada hari sama, Ketua Bersatu Bahagian Bukit Bintang, Rosman Mohd Nordin bersama barisan kepimpinan bahagian dan kira-kira 150 ahli menamatkan keahlian dalam parti.Menurut kenyataan media dikeluarkan bahagian itu, keputusan berkenaan dibuat secara sukarela selepas melalui pertimbangan sewajarnya.Bagaimanapun, seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian hanya meletakkan jawatan disandang, namun memilih untuk kekal sebagai ahli Bersatu.Dalam masa sama, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut meletakkan jawatan dan menamatkan keahlian dalam parti.Naib Ketua Srikandi bersama barisan AJK sayap berkenaan turut mengambil keputusan sama dengan melepaskan jawatan serta menamatkan keahlian masing-masing.Selain barisan kepimpinan bahagian, kira-kira 150 ahli Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut mengambil keputusan menamatkan keahlian dalam parti berkuat kuasa pada tarikh sama.Keputusan ini menyusuli tindakan terdahulu apabila seramai 150 orang Ahli Bersekutu Bersatu Bahagian Bukit Bintang telah mengumumkan keputusan untuk menamatkan keahlian dan keluar daripada Bersatu pada pertengahan Februari 2026.Dalam surat dikemukakan Rosman kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mereka menjelaskan keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa, hala tuju perjuangan serta kepimpinan parti."Setelah mengambil kira pandangan dan hasrat ahli-ahli di peringkat akar umbi, kami berpendapat bahawa keputusan ini adalah yang terbaik demi meneruskan perjuangan mengikut prinsip dan keyakinan kami," menurut surat berkenaan.





Hampir 36,900 PATI ditahan dalam tempoh 6 bulan - Sinarharian - 10/07 6:16 pm

PUTRAJAYA Seramai 36,900 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, jumlah itu hasil 6,237 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu."Dalam tempoh tersebut seramai 84,464 individu telah diperiksa





Bekas Ketua Pengarah AKPS dilantik AJK Parti Wawasan Negara - Sinarharian - 10/07 5:50 pm

SHAH ALAM Bekas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Wawasan Negara bagi memperkukuh kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan Hazani yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan pentadbiran awam diyakini mampu memberi nilai tambah kepada parti.Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat sulung Jawatankuasa Pusat yang dipengerusikan Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Khamis."Pengalaman luas beliau dalam keselamatan dan pentadbiran awam diyakini akan memperkukuh serta memberi nilai tambah kepada parti."Mesyuarat Jawatankuasa Pusat turut melantik penyelaras-penyelaras negeri sebagai persediaan memperkukuh jentera parti dan penyelarasan bersama Perikatan Nasional," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Saifuddin berkata, parti itu turut memutuskan untuk menyertai PRN Negeri Sembilan dengan tekad menawarkan kepimpinan berjiwa rakyat yang benar-benar berintegriti dan berwibawa.Menurutnya, penyertaan itu berteraskan Agenda RESET dan Gagasan Konsensus Nasional Baharu, sekali gus mencerminkan kesediaan parti memperluaskan khidmat serta memperkukuh peranannya dalam membina landskap politik yang lebih matang, progresif dan segar."Pada masa sama, Wawasan Negara komited menjadi wadah yang menyatukan kekuatan rakyat, menawarkan dasar berpandangan jauh serta membantu membina sebuah Malaysia yang lebih stabil, berintegriti dan makmur," katanya.Beliau berkata, pelantikan penyelaras negeri mencerminkan kesungguhan parti membina jentera yang tersusun, dinamik dan bersedia menghadapi pilihan raya.Penyelaras negeri yang dilantik ialah Senator Azahar Hassan bagi Perlis, Abdul Razak Khamis (Kedah), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Kelantan), Datuk Abdul Aziz Ismail (Terengganu), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Pulau Pinang), Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Perak), Datuk Asmawi Harun (Pahang), Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Selangor), Ad Afnan Shahruddin (Wilayah Persekutuan), Badrul Hisham Shahrin (Negeri Sembilan), Tan Sri Rahim Tamby Chik (Melaka), Datuk Zulkifli Bujang (Johor), Lt





Risalah Presiden Pas minta pengundi tolak calon PH, sokong BN palsu - Sinarharian - 10/07 4:33 pm

JOHOR BAHRU - Risalah bertajuk Amanat Tuan Guru Presiden Pas menggesa pengundi menolak calon Pakatan Harapan (PH) dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, palsu.Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, risalah itu bukan kenyataan, arahan atau amanat rasmi Presiden Pas dan tidak pernah dikeluarkan oleh Pas Pusat mahupun Pas Johor."Pas Johor memandang serius penyebaran bahan yang menggunakan nama dan imej pimpinan parti tanpa kebenaran sehingga boleh mengelirukan ahli, penyokong serta masyarakat umum mengenai pendirian rasmi parti."Sehubungan itu, seluruh ahli, penyokong dan masyarakat dinasihatkan supaya tidak menyebarkan risalah tersebut serta sentiasa merujuk saluran rasmi Pas bagi mendapatkan kenyataan dan maklumat yang sahih," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, Pas Johor turut mengingatkan semua pihak agar berpolitik secara matang, beretika dan bertanggungjawab.Katanya, penyebaran bahan palsu dan maklumat mengelirukan hanya mencemarkan proses demokrasi serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.Terdahulu tular surat atau risalah tersebut dalam media sosial yang mendakwa amanat Hadi selain turut meletakkan nama Presiden Pas tersebut.





PRN Johor: Krisis dalam PN beri laluan BN kuasai kerusi Melayu - Ilham Centre - Sinarharian - 10/07 4:24 pm

SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini dijangka muncul sebagai pencabar utama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat gagal memanfaatkan momentum sokongan yang dibina sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus membuka laluan lebih mudah kepada BN menguasai kerusi majoriti Melayu.Menurut dapatan ILHAM Centre, prestasi PN menunjukkan peningkatan yang ketara daripada PRN Johor 2022 kepada PRU15, khususnya di kawasan majoriti Melayu apabila berjaya menggandakan sokongan dan menembusi kubu tradisi UMNO.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: Onn Hafiz lebih popular berbanding Anwar - Ilham CentreKadar keluar mengundi pengundi Cina jadi taruhan PH di PRN Johor - Ilham CentreBerdasarkan trajektori itu, ramai menjangkakan PRN Johor kali ini menjadi pentas untuk PN meneruskan momentum tersebut dan memberi saingan lebih sengit kepada BN, terutama dalam kalangan pengundi Melayu dan pengundi muda.Bagaimanapun, perkembangan politik sepanjang lebih dua tahun kebelakangan ini mengubah keseluruhan landskap berkenaan apabila dinamika hubungan yang semakin tegang antara PAS dan Bersatu menjejaskan keyakinan penyokong terhadap kesepaduan PN.Menurut laporan itu, isyarat politik yang bercelaru mengenai hala tuju gabungan, selain kegagalan menampilkan kepimpinan dan strategi yang jelas menjelang pilihan raya, telah menghakis imej PN sebagai sebuah alternatif yang bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.Keadaan itu menyebabkan PN memasuki PRN Johor dalam keadaan tempang dan tanpa persediaan yang mencukupi apabila sebahagian penyokong tradisinya kecewa dengan kelemahan penyelarasan jentera, kempen yang kurang tersusun serta kegagalan menampilkan naratif yang mampu menandingi kelebihan BN.ILHAM Centre mendapati di banyak kawasan majoriti Melayu, pertandingan yang pada asalnya dijangka sengit akhirnya lebih memihak kepada BN apabila PN gagal memanfaatkan asas sokongan yang dibina sejak PRU15.PH tidak berupayaDalam masa sama, Pakatan Harapan (PH) pula tidak berupaya memberikan cabaran yang signifikan di kawasan majoriti Melayu





AMK dakwa Khairy 'salin kulit' ikut musim - Sinarharian - 10/07 4:20 pm

JOHOR BAHRU - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin mempersoalkan pendirian politik Khairy Jamaluddin yang didakwa sering berubah mengikut keadaan semasa sehingga menimbulkan persoalan mengenai prinsip sebenar yang dipegangnya.Ia susulan kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO itu yang menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) menyokong calon Barisan Nasional (BN).Khairy turut mencadangkan supaya penyokong PH yang tidak mahu mengundi BN untuk tidak keluar mengundi atau memberikan undi kepada Datuk Seri Rafizi Ramli daripada Parti Bersama."Ada orang berkata, ular menyalin kulit kerana fitrahnya untuk membesar tetapi dalam politik, ada pula yang seolah-olah menyalin kulit setiap kali musim berubah."Wajahnya mungkin baharu, ungkapannya mungkin berbeza, tetapi coraknya tetap sama





Johor polls: BN on track for two-thirds majority, says Ilham Centre - Sinardaily - 10/07 4:10 pm

PETALING JAYA - Barisan Nasional (BN) is well-positioned to secure a two-thirds majority in the upcoming Johor state election, fueled by strong state governance and the immense popularity of caretaker Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, according to independent think-tank Ilham Centre.In a report released on Friday, the research firm projected that the ruling coalition is currently leading in 39 of Johors 56 state seats.Meanwhile, Pakatan Harapan (PH) is expected to capture around nine seats, leaving eight highly contested constituencies, specifically Tenang, Tangkak, Maharani, Layang-Layang, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Kota Iskandarand Bukit Batu, remaining up for grabs.It noted that the state elections separation from a general election also provides Barisan a key advantage.State election voters are typically more focused on the state government's performance, administrative record and development delivery, unlike general elections, which are usually influenced by national sentiments.This has allowed Barisan to leverage its position as the state government without being heavily burdened by perceptions of the federal administration, the think-tank said.The study said its polls also found that Onn Hafizs popularity rating of 79 per cent was BN's strongest political asset for the upcoming election, far surpassing Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's 40 per cent rating among respondents."BN is also seen leading from the perspective of campaign acceptance by making the Menteri Besar's performance as the main proponent to attract voter support," the study added.Meanwhile, it also found that Perikatan Nasional (PN) was no longer the main threat to Barisan compared with its performance during the 15th General Election (GE15) due to internal disputes involving Pas and Bersatu."The confusion regarding the coalition's direction, accompanied by the failure to present a clear narrative throughout the campaign, has weakened voters' confidence in PN's ability as a convincing alternative," it said.The study noted that in several Malay-majority constituencies, Pas supporters also appeared more prepared to provide tactical support to BN rather than defend PN's hold on the seat.The think-tank said PH's performance would also depend heavily on Chinese voter turnout, particularly in urban and semi-urban constituencies where the party has traditionally performed strongly."The mood among Chinese voters who are disappointed with PH's federal government performance has created a lacklustre campaign atmosphere," the study said.It added that PH will require a voter turnout rate of at least 65 per cent among these voters to maintain its advantage in these constituencies.The research also identified young voters, who make up 48 per cent of Johor's electorate, as a key but unpredictable group due to their candidate-focused voting behaviour, with many expected to make their decision only on the day of the election





Pas supporters back split with Bersatu, say PN remains best platform - Sinardaily - 10/07 4:04 pm

JOHOR BAHRU - Pas supporters in Johor view the partys decision to part ways with Bersatu while remaining under the Perikatan Nasional (PN) banner as a strategic move that could strengthen the coalitions position and maintain its appeal among voters.They believe the move allows Pas to preserve its identity while continuing to leverage PNs established recognition among voters familiar with the coalition.Administrative officer Mohamad Firdaus Adnan, 34, said retaining the PN logo was important as Johor voters had become familiar with the coalition.I think it is a good decision, especially in Johor





PRN Johor: BN berpotensi raih majoriti dua pertiga - Ilham Centre - Sinarharian - 10/07 4:00 pm

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang kukuh untuk melepasi garis majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berdasarkan dapatan kajian terbaharu ILHAM Centre.Pusat kajian berkenaan memaklumkan, faktor paling dominan yang menyumbang kepada kelebihan itu ialah 'setting' PRN yang berlangsung secara berasingan daripada Pilihan Raya Umum (PRU)."Dalam konteks PRN, pertimbangan pengundi lebih tertumpu kepada prestasi kerajaan negeri, rekod pentadbiran, keberkesanan Menteri Besar serta pembangunan yang dapat dirasai secara langsung."Berbeza dengan pilihan raya umum (PRU) yang lazimnya dipengaruhi sentimen nasional, 'setting' PRN memberi ruang kepada BN memanfaatkan kelebihan sebagai kerajaan negeri tanpa terlalu dibebani persepsi terhadap kerajaan Persekutuan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.ILHAM Centre berkata, selain faktor 'setting' PRN, kedudukan BN turut diperkukuhkan apabila Perikatan Nasional (PN) dilihat bukan lagi ancaman utama sebagaimana pada PRU15.Katanya, kajian lapangan mendapati imej PN semakin tercalar susulan perkembangan hubungan antara Pas dan Bersatu yang menghantar isyarat bercelaru kepada penyokong mereka"Kekeliruan mengenai hala tuju gabungan, disertai kegagalan menampilkan naratif yang jelas sepanjang kempen telah melemahkan keyakinan pengundi terhadap kemampuan PN sebagai alternatif yang meyakinkan."Di beberapa kawasan majoriti Melayu, sebahagian penyokong Pas dilihat lebih bersedia memberikan sokongan taktikal kepada BN berbanding mempertahankan kekuatan PN," katanya.Menurut ILHAM Centre, faktor lain yang mengukuhkan kedudukan BN ialah calon yang lebih dikenali serta mempunyai rekod perkhidmatan baik, selain isu kempen yang dekat dengan kehidupan rakyat dan kekuatan jentera parti yang tersusun."Berbanding parti lawan yang masih bergelut mencari naratif berkesan, BN berjaya mengekalkan fokus kempen kepada kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran dan pembangunan Johor."Keseragaman mesej ini membolehkan jentera bergerak dengan lebih tersusun sehingga ke peringkat lokaliti," katanya.ILHAM Centre turut memaklumkan dapatan kualitatif menunjukkan pengundi di Johor lebih cenderung membuat penilaian secara pragmatik berbanding emosionalMenurutnya, dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, kestabilan pentadbiran dan keupayaan menyampaikan pembangunan menjadi pertimbangan utama pengundi, sekali gus memberikan kelebihan kepada BN yang mempunyai rekod pentadbiran negeri.Bagaimanapun, ILHAM Centre menegaskan dapatan itu perlu ditafsir mengikut konteks Johor kerana strategi solo BN yang terbukti berkesan di negeri berkenaan bukan jaminan akan menghasilkan keputusan sama pada peringkat nasional.Katanya, landskap politik setiap negeri mempunyai struktur demografi, budaya politik dan tahap persaingan yang berbeza.Justeru katanya, kejayaan BN dalam 'setting' PRN Johor lebih mencerminkan kesesuaian strategi dengan karakter politik negeri itu dan tidak boleh dianggap sebagai formula automatik untuk Pilihan Raya Umum.





Higher voter turnout for Johor polls expected as contest intensifies - Sinardaily - 10/07 3:45 pm

JOHOR BAHRU A higher voter turnout is expected in the Johor state election (PRN), setting the stage for a more intense contest between Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH).Universiti Teknologi Malaysia (UTM) political analyst Associate Professor Dr Mazlan Ali said based on his observations in Johor Bahru, political parties are now focusing their campaigns on fence-sitters, who are regarded as the deciding group as they typically make their voting decisions at the last minute.According to him, voters who already lean towards a particular party appear to have made up their minds, with campaign efforts now centred on those who remain undecided."I happen to be in Johor Bahru and spent yesterday observing the current situation





Kerjasama Pas, BN Johor elak perpecahan kuasa politik umat Islam - Abdul Hadi - Sinarharian - 10/07 3:37 pm

SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) di Johor dibentuk bagi mengelakkan perpecahan kuasa politik umat Islam.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas mengambil kira kepentingan lebih besar dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri pada masa hadapan.Menurut beliau, perbezaan yang pernah wujud antara kedua-dua pihak diketepikan demi mencapai matlamat tersebut."Atas pertimbangan tersebut, kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Johor dibentuk bagi mengelakkan perpecahan kuasa politik umat Islam."Perbezaan yang pernah wujud diketepikan demi mencapai matlamat yang lebih besar, iaitu mempertahankan kestabilan negeri serta memastikan kepimpinan terus berada di landasan yang betul," katanya pada Jumaat.Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu amanah besar yang akan menentukan hala tuju kepimpinan negeri pada masa hadapan.Katanya, kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu Islam perlu terus diperkukuhkan bagi memelihara kedudukan Islam di samping menjamin keadilan serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.Beliau turut menyeru rakyat Johor supaya menggunakan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab kerana setiap undi yang diberikan bukan sahaja menentukan wakil rakyat, malah menjadi sebahagian daripada usaha mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan tanah air."Semoga ALLAH SWT mengurniakan petunjuk kepada seluruh pengundi untuk membuat pilihan yang terbaik serta mengurniakan kejayaan kepada calon-calon yang berjuang demi agama, rakyat dan masa depan Johor," katanya.





Bicara tangguh, mahkamah benar Muhyiddin hadir pengkebumian abang ipar - Mygazette - 10/07 3:27 pm

Menurut saksi pendakwaan ke-13, TC Lian memaklumkan bahawa surat tersebut akan diberikan kepada Muhyiddin (ketika itu Perdana Menteri). Muhyiddin, 79, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti politik berkenaan





Pembangunan JS-SEZ ‘tidur’ sebelum ini – PM - Mygazette - 10/07 3:27 pm

JOHOR BAHRU Kerajaan Madani membuktikan kemampuannya apabila memulakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selepas pembangunan projek itu dilihat bergerak agak perlahan sebelum ini





BN dijangka dominasi PRN Johor, Onn Hafiz atasi pengaruh Anwar - Mygazette - 10/07 3:27 pm

# BN dijangka dominasi PRN Johor, Onn Hafiz atasi pengaruh Anwar KUALA LUMPUR Barisan Nasional (BN) berada pada landasan kukuh untuk melepasi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berdasarkan kajian lapangan Ilham Centre





Syahredzan tak setuju kempen DAP guna imej Najib, Rosmah - Mygazette - 10/07 3:27 pm

# Syahredzan tak setuju kempen DAP guna imej Najib, Rosmah PASIR GUDANG Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang menggantung kain rentang pamer wajah dan imej Datuk Seri Najib Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





Fence-sitters and undecided voters remain key in final 24 hours of Johor polls - Sinardaily - 10/07 2:47 pm

JOHOR BAHRU - With less than 24 hours left before polling day, the Johor election could be decided by voters who remain caught between competing choices - whether to defend continuity, express dissatisfaction or make a strategic decision at the ballot box.Political analyst Dr Anis Anwar Suhaimi said while committed supporters of major coalitions had likely made up their minds much earlier, fence-sitters, reluctant voters and those weighing their options remained crucial in several closely contested seats.Most committed party supporters would have already made up their minds much earlier





Kadar keluar mengundi dijangka tinggi, saingan kian sengit - Sinarharian - 10/07 2:32 pm

JOHOR BAHRU - Kecenderungan kadar keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dijangka lebih tinggi, sekali gus mencetuskan persaingan lebih sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, berdasarkan pemerhatiannya di Johor Bahru, parti-parti politik kini memberi tumpuan kepada pengundi atas pagar yang disifatkan sebagai kumpulan penentu kerana lazimnya hanya membuat keputusan pada saat-saat akhir.Menurutnya, pengundi yang telah mempunyai kecenderungan terhadap parti tertentu dilihat sudah membuat pilihan masing-masing, manakala usaha kempen kini lebih tertumpu kepada kelompok pengundi yang masih belum membuat keputusan."Saya kebetulan memang berada di Johor Bahru dan telah berjalan semalam melihat situasi semasa





PBB Women’s wing election machinery fully activated, says Fatimah - BorneoPost - 10/07 2:05 pm

KUCHING (July 10): The Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Women’s Wing election machinery is fully prepared and has been activated across several constituencies ahead of the 13th Sarawak state election





'Pas mungkin diperlekeh tapi kami pilih jujur' - Annuar - Sinarharian - 10/07 1:38 pm

SHAH ALAM - Pas kekal bertekad untuk memperjuangkan penyatuan dan perpaduan khususnya dalam kalangan umat Islam demi memenuhi tuntutan agama serta mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan masyarakat.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian itu bukan dibuat demi kepentingan parti semata-mata, sebaliknya kerana penyatuan merupakan tuntutan yang diperintahkan oleh ALLAH SWT.Menurutnya, Pas memilih untuk bersikap jujur dan berterus terang dalam setiap pendirian yang diambil termasuk berkaitan rundingan atau sokongan terhadap mana-mana pihak."Pas mungkin diperlekeh, sokongan Pas mungkin tidak dihargai dan Pas mungkin dianggap negatif oleh mereka yang berbangga dengan kuasa."Namun Pas memilih untuk jujur dan berterus terang, jika berunding, kami kata berunding, jika menyokong, kami kata menyokong





Amirudin yakin gelombang sokongan memihak PH - Sinarharian - 10/07 1:34 pm

JOHOR BAHRU - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan persaingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih sengit menjelang hari pengundian pada Sabtu.Menurutnya, sejak minggu pertama kempen lagi, kedua-dua gabungan itu saling mengejar sokongan pengundi."Pertandingan masih lagi sengit





Bekas pengarah KDNKA Bukit Aman sertai kepimpinan Wawasan - FMT - 10/07 1:18 pm

Adun Kedah Dzowahir Ab Ghani dan Senator Azahar Hassan, yang kedua-duanya ahli Bersatu sebelum ini, turut menyertai parti pimpinan Hamzah Zainudin.





Ex-Bukit Aman internal security chief joins Wawasan leadership - FMT - 10/07 1:01 pm

Kedah exco man Dzowahir Ab Ghani and senator Azahar Hassan, both formerly of Bersatu, also join Hamzah Zainudin's party.





Perbicaraan kes Muhyiddin tangguh ke 13 Julai susulan abang ipar meninggal dunia - Sinarharian - 10/07 12:07 am

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan prosiding perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram kepada 13 Julai.Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membuat keputusan itu selepas peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memaklumkan mahkamah bahawa abang ipar kepada bekas perdana menteri itu meninggal dunia pagi tadi."Pihak pembelaan memohon jasa baik mahkamah untuk membenarkan anak guam kami (Muhyiddin) menziarahi arwah serta menunaikan solat jenazah di Johor."Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon agar prosiding perbicaraan hari ini dilapangkan dan disambung pada minggu hadapan iaitu 13 Julai," katanya.Pada prosiding itu, Noor Ruwena turut merakamkan ucapkan takziah kepada Muhyiddin dan seluruh ahli keluarganya.Hari ini, pihak pembelaan sepatutnya menyambung pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-13 iaitu Pengarah dan Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis Sdn Bhd, Aliza Abd Malek, 47.Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian merupakan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan





PAS, BN kerjasama ketepi perbezaan, kata Hadi - FMT - 10/07 12:02 am

Presiden PAS menyebut dua parti itu perlu utama matlamat lebih besar perkukuh kepimpinan diterajui Melayu-Islam menjelang PRN Johor esok.





Beyond coalition politics, Johor faces a BN-DAP showdown - Sinardaily - 10/07 11:38 am

SHAH ALAM - The real battle for Johor is unlikely to be fought in the safe strongholds of either Barisan Nasional (BN) or Pakatan Harapan (PH)





TVET perkasa kemahiran, literasi sosial belia - Sinarharian - 10/07 11:11 am

PUTRAJAYA Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai laluan melahirkan tenaga kerja mahir, sebaliknya berperanan lebih besar dalam membentuk masyarakat yang lebih selamat, sihat, produktif dan berdaya tahan menghadapi cabaran semasa.Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah berkata, tanggapan bahawa TVET hanya tertumpu kepada bidang seperti automotif, elektrik, kimpalan, kulinari, hospitaliti, pembinaan dan teknologi maklumat sememangnya tidak salah, namun skop sebenar TVET jauh lebih luas.Menurut beliau, TVET bukan sahaja menyediakan sumber manusia untuk pelbagai sektor pekerjaan, malah menjadi platform membangunkan kemahiran hidup yang diperlukan masyarakat dalam kehidupan seharian."Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menegaskan bahawa TVET melibatkan kemahiran untuk pekerjaan dan kehidupan."Ini bermakna TVET bukan sahaja membangunkan kemahiran teknikal, malah memberi penekanan kepada kemahiran insaniah dan kemahiran hidup seperti komunikasi, etika, keselamatan, tanggungjawab sosial, keupayaan menyelesaikan masalah serta kebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan," katanya.Dr Shamsuri berkata, dalam dekad ini dan masa hadapan, TVET perlu menjadi medium yang mampu meningkatkan kesejahteraan hidup manusia daripada pelbagai sudut termasuk aspek fizikal, mental dan emosi.Menurutnya, pekerja yang berdepan tekanan atau tidak sejahtera dari segi mental dan emosi sukar melaksanakan tugas dengan berkesan kerana kurang motivasi, gagal memberi tumpuan serta lebih mudah melakukan kesilapan sehingga menjejaskan produktiviti organisasi."Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) turut menegaskan bahawa isu kesihatan mental di tempat kerja perlu diberi perhatian melalui langkah pencegahan, perlindungan dan sokongan kepada pekerja."Ini membuktikan kesejahteraan pekerja bukan lagi isu sampingan, sebaliknya menjadi asas kepada produktiviti dan prestasi kerja yang berkualiti," katanya.Beliau berkata, dalam konteks itu, institusi TVET mempunyai kelebihan kerana berada dekat dengan komuniti, industri dan keperluan sebenar masyarakat.Katanya, pelbagai kursus jangka pendek, kursus mikro dan program pembelajaran sepanjang hayat boleh dirangka bagi membantu masyarakat menangani isu semasa seperti kesihatan mental, keselamatan pekerjaan, keselamatan digital, literasi kewangan, keselamatan di rumah serta pengurusan risiko harian.Mengulas isu penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan, Dr Shamsuri berkata, ramai individu menjadi mangsa akibat kurang pengetahuan mengenai pautan palsu, penyamaran identiti, perkongsian nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC), penggunaan kata laluan yang lemah serta taktik manipulasi emosi."Melalui kursus etika siber, pekerja dan komuniti dapat diberikan pengetahuan serta kemahiran supaya mereka tidak mudah diperdaya atau menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian," katanya.Beliau berkata, antara kursus yang kini ditawarkan menerusi TVET ialah Kenali Scam dan Lindungi Data Peribadi, Etika Siber untuk Komuniti, Keselamatan Telefon Pintar untuk Warga Emas serta Asas Keselamatan Digital di Tempat Kerja.Menurutnya, kursus berkenaan memberi penekanan kepada peserta supaya lebih peka mengenal pasti panggilan telefon yang mencurigakan, mesej palsu, pautan tidak selamat serta permintaan wang daripada pihak yang menyamar.Dalam pada itu, Dr Shamsuri berkata, pembelajaran sepanjang hayat melalui TVET turut berpotensi membantu menangani pelbagai isu sosial termasuk buli siber yang semakin membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.Beliau berkata, penggunaan telefon pintar, aplikasi pesanan, permainan dalam talian dan media sosial pada usia muda menyebabkan isu berkenaan semakin relevan."Tabung Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia melaporkan bahawa buli boleh memberi kesan jangka panjang kepada mangsa, pembuli dan juga pemerhati, termasuk keresahan serta kemurungan."Buli juga berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk buli siber





Sanusi: Stop claiming government achievements as election promises - Sinardaily - 10/07 10:00 am

MERSING - Pas election director Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has criticised parties aligned with the federal government for using Putrajaya's achievements as campaign material in the Johor state election, arguing that government duties should not be turned into political capital.Speaking at the Pas Ceramah Mega in Dataran Meding Kanan, Sanusi said elections should be contested on the strength of political parties and their policies, not by claiming credit for the work of the federal administration.They come here using the name of the federal government





Calon BN tampil agenda pembangunan, ekonomi dan belia - Sinarharian - 10/07 9:30 am

JOHOR BAHRU - Kesinambungan pembangunan, pemerkasaan golongan belia, peluang pekerjaan dan penambahbaikan kemudahan asas menjadi antara teras utama yang diketengahkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Semerah dan Senai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Ketiga-tiga calon tampil dengan visi dan manifesto yang memberi penekanan kepada keperluan setempat, termasuk pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi rakyat, peningkatan peluang pekerjaan serta kebajikan masyarakat.Bagi calon BN DUN Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan keutamaan akan diberikan kepada usaha meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini agar manfaatnya dapat dinikmati seluruh penduduk."Perancangan pembangunan ini sebenarnya telah dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan saya akan meneruskan usaha yang telah dirancang demi manfaat penduduk," katanya.Beliau yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata, pembinaan kolej komuniti yang diumumkan sebelum ini diyakini mampu membuka lebih banyak peluang pendidikan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan"Ramai anak muda di Benut menceburi perniagaan kecil, perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pertanian."Mereka perlu dibantu supaya dapat mengembangkan lagi perusahaan masing-masing," katanya yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).Beliau turut berpandangan pembangunan pesat Johor, khususnya di Johor Bahru, mampu memberi limpahan ekonomi kepada Benut melalui peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan.Katanya, sebagai anak jati Benut yang dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di kawasan itu, beliau memahami keperluan sebenar masyarakat setempat."Saya mengenali masyarakat di sini dan mereka juga mengenali saya





PAS in talks with BN for Negeri polls, says Bersatu man - FMT - 10/07 9:00 am

While PAS and Bersatu have ceased their cooperation, they are contesting the Johor polls under the same banner.





PAS runding dengan BN untuk PRN N Sembilan, dakwa pemimpin Bersatu - FMT - 10/07 9:00 am

Walaupun kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional telah menamatkan kerjasama, mereka masih bertanding di bawah logo sama pada PRN Johor.





'Pas tiada hasrat sertai kerajaan Johor' - Sinarharian - 10/07 8:40 am

SHAH ALAM - Pas menegaskan mereka tidak pernah menyuarakan hasrat untuk menyertai kerajaan negeri Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), susulan kenyataan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menolak sebarang kemungkinan kerjasama dengan parti itu.Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pendirian parti jelas apabila memasuki PRN Johor kerana mahu menjadi pembangkang yang berwibawa, bukannya menyertai kerajaan."Pas tidak pernah menyuarakan hasrat untuk masuk kerajaan negeri





Netanyahu dedah sebab utama sokong Argentina - Sinarharian - 10/07 8:34 am

PERDANA Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan sokongannya terhadap Argentina pada Piala Dunia 2026 bukan kerana kehebatan Lionel Messi, sebaliknya mempunyai kaitan dengan Presiden Argentina, Javier Milei.Juara bertahan itu kini meneruskan kempen di Piala Dunia 2026 dengan mara ke suku akhir, namun sokongan Netanyahu terhadap skuad Albiceleste hadir atas faktor di luar padang.Menurut laporan Clash Report yang memetik pelabur syarikat permulaan, Mario Nawfal, Netanyahu memberitahu seorang wartawan bahawa Argentina adalah pasukan pilihannya sepanjang kejohanan."Messi?" Tanya wartawan itu ketika menyangka bintang Inter Miami tersebut menjadi sebab utama sokongan berkenaan."Bukan





Pas Johor dakwa Onn Hafiz angkuh, salah tafsir kesediaan bekerjasama - Mygazette - 10/07 7:31 am

# Pas Johor dakwa Onn Hafiz angkuh, salah tafsir kesediaan bekerjasama JOHOR BAHRU Pas Johor menyifatkan kenyataan Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa parti itu tidak akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Johor jika BN kembali membentuk kerajaan selepas PRN Johor sebagai satu kenyataan yang angkuh





Maliki nafi Bersatu isytihar sokong PH, poster tular hanya fitnah - Mygazette - 10/07 7:31 am

# Maliki nafi Bersatu isytihar sokong PH, poster tular hanya fitnah BATU PAHAT - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Parit Raja, Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, menafikan dakwaan kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH), sambil menyifatkan poster yang tular di media sosial sebagai fitnah. Beliau berkata, poster yang memaparkan gambar beliau bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pimpinan parti dengan dakwaan Bersatu isytihar sokong calon PH beramai-ramai, gelombang dari Kempas adalah tidak benar dan disebarkan secara tidak bertanggungjawab





Ka Siong dakwa berjaya kesan 2 pegawai menteri pasang banner ‘BN .. - Mygazette - 10/07 7:31 am

# Ka Siong dakwa berjaya kesan 2 pegawai menteri pasang banner 'BN Menang, Najib Bebas' JOHOR BAHRU Presiden MCA, Datuk Seri Dr





BN Pusat pantau pelaksanaan manifesto PRN Johor – Zahid - Mygazette - 10/07 7:31 am

# BN Pusat pantau pelaksanaan manifesto PRN Johor - Zahid KLUANG - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) tertinggi di peringkat Pusat akan memantau pelaksanaan manifesto BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan semua janji ditunaikan





Label Pas ancaman di Johor: Dakwaan DAP-PH ‘melucukan’ - Mygazette - 10/07 7:31 am

# Label Pas ancaman di Johor: Dakwaan DAP-PH 'melucukan' KUALA LUMPUR - Tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) mengitar semula naratif "Gelombang Hijau" sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencerminkan kegelisahan gabungan itu dalam berdepan pengundi





Main isu Najib, Rosmah tanda sudah ketandusan modal kempen – Zahid - Mygazette - 10/07 7:31 am

# Main isu Najib, Rosmah tanda sudah ketandusan modal kempen - Zahid KLUANG - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pihak yang memainkan semula isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sudah tidak ada modal berkempen





Penyokong PH yang enggan undi BN, undilah Rafizi – KJ - Mygazette - 10/07 7:31 am

# Penyokong PH yang enggan undi BN, undilah Rafizi - KJ JOHOR BAHRU Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun pernah berbeza pendapat dengan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun beliau tidak meninggalkan parti atau menubuhkan parti baharu





Pejuang wont mediate PAS-Bersatu rift - FMT - 9/07 10:30 pm

Party president Mukhriz Mahathir says Pejuang hopes ties between the two parties can be restored to strengthen PN.





Gelombang hijau cetus gelisah PH-DAP, kata Tuan Ibrahim - FMT - 9/07 10:28 pm

Timbalan presiden PAS itu berkata taktik menakut-nakutkan menunjukkan lawan tidak yakin dapat memenangi hati pengundi menggunakan hujah kukuh.





Pejuang tak berhasrat jadi orang tengah PAS-Bersatu - FMT - 9/07 9:45 pm

Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang harap hubungan dua parti itu kembali kukuh.





DAP kegelisahan kitar semula naratif 'gelombang hijau' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 9/07 8:58 pm

SHAH ALAM - Pas menyifatkan DAP dan Pakatan Harapan (PH) berada dalam kegelisahan apabila kembali memainkan naratif 'gelombang hijau' bagi menakutkan pengundi terutama bukan Melayu menjelang kemuncak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, strategi itu bukanlah perkara baharu berikutan ia pernah digunakan secara agresif pada Pilihan Raya Negeri 2023 dengan melabelkan Pas dan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu ancaman."Jika pada pertama kali ia digunakan, mungkin ia memberi impak namun suasana politik Johor berbeza apabil rakyat negeri dan negara secara keseluruhannya semakin matang."Dengan maklumat semasa yang lebih pantas serta bersandarkan kepada pengalaman politik beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadikan rakyat lebih berhati-hati menerima naratif ketakutan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Menurutnya, perbezaan politik dengan parti tidak sepatutnya diterjemahkan seolah-olah Pas adalah ancaman kepada kepada masyarakat bukan Melayu.Beliau berkata, dakwaan itu juga dilihat tidak berpijak pada realiti angka berikutan parti itu hanya bertanding di 11 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor."Barisan Nasional (BN) pula yang merupakan rakan DAP-PH di kerajaan Persekutuan bertanding di semua kerusi."Dengan jumlah kerusi yang ditandingi Pas, adalah tidak munasabah untuk menggambarkan Pas seolah-olah berada di ambang mengambil alih kerajaan negeri secara bersendirian dan mengubah keseluruhan wajah Johor," ujarnya.Tuan Ibrahim berkata, pengundi Johor temasuk masyarakat Tionghua kini sudah celik kerana sudah melihat bagaimana janji-janji PH yang tidak semuanya diterjemahkan dan boleh duduk bersama dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) atas nama kestabilan."Di sinilah naratif menakutkan Pas menjadi semakin lemah apabila parti itu mentadbir Kelantan, Terengganu, Kedah tanpa menganggu kehidupan masyarakat bukan Islam."Rumah ibadat masih wujud, aktiviti ekonomi berjalan, sambutan perayaan berlangsung, dan masyarakat pelbagai kaum terus menjalani kehidupan masing-masing," katanya.Beliau menggesa DAP-PH memberi tumpuan kepada tawaran dasar dan penyelesaian terhadap isu rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan, pengangkutan serta kesejahteraan, berbanding memainkan naratif 'gelombang hijau'."Malaysia ialah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, dalam masa yang sama menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing."Kerangka Perlembagaan ini menuntut kebijaksanaan politik, bukan kempen menakutkan rakyat





JPPM dah lulus tukar nama, logo Wawasan, kata Hamzah - FMT - 9/07 8:17 pm

Presiden Parti Wawasan Negara berkata pindaan undang-undang parti itu turut disahkan JPPM berkuatkuasa 6 Julai lalu.





Ahmad Zahid cadang MPP diberi kursus pendedahan kepimpinan politik - Sinarharian - 9/07 7:11 pm

PASIR GUDANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diberikan pendedahan berkaitan kepimpinan dan politik menerusi kursus khas.Menurutnya, kursus berkenaan bertujuan memberi kefahaman kepada pemimpin pelajar mengenai landskap politik negara sekali gus membentuk kepimpinan yang lebih matang."Dalam situasi yang begitulah, saya harap MPP, bawalah seluruh MPP dengan kebenaran Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir)."Ya, kami membiayai agar mereka dapat memasuki kursus kepimpinan agar mereka dapat terdedah di dalam bidang politik untuk mencorakkan warna politik sebenar di tanah air," katanya.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kerajaan bersedia menyediakan kursus berkenaan sekiranya mendapat permintaan daripada MPP di seluruh negara."Jika ada permintaan daripada mereka, kita sediakan kursus berkenaan."Kita telah mulakan inisiatif itu dalam kalangan pelajar universiti menerusi Sekolah Politik UMNO (SPU)," katanya.Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menyarankan pekerja dalam sektor ekonomi gig diberi peluang mengikuti peningkatan kemahiran dan latihan semula kursus TVET.Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 1.21 juta tenaga kerja dalam sektor tersebut dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai latihan kemahiran yang mencukupi."Cadangan itu telah dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi membolehkan golongan berkenaan mengikuti program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling)."HRD Corp mempunyai peruntukan kira-kira RM3 bilion untuk mengadakan kursus-kursus upskilling dan reskilling ini."Saya akan menyusun perkara ini bersama Menteri Sumber Manusia serta mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan supaya dana yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat dapat turut dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam ekonomi gig."Ini akan membolehkan kita mempunyai tenaga kerja yang lebih berkemahiran dan kita tidak mahu mereka menamatkan kerjaya hanya sebagai pemandu dalam sektor gig ekonomi," katanya.





PRN Johor: Pas sedia bantu bentuk kerajaan negeri demi kestabilan - Sinarharian - 9/07 5:54 pm

JOHOR BAHRU Pas Johor menyatakan kesediaannya membantu memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk sekiranya tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti jelas pada Pilihan Raya Negeri (PRN).Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, pendirian itu selaras dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengutamakan kestabilan politik negeri berbanding kepentingan parti dan bukan bertujuan mendapatkan jawatan atau balasan politik.Menurutnya, arahan kepada penyokong Pas supaya menyokong calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Pas atau Perikatan Nasional dibuat atas pertimbangan lebih besar bagi memastikan kepimpinan Melayu-Islam terus menerajui Johor."Pemimpin UMNO Johor tidak seharusnya bersikap angkuh dalam memberikan reaksi terhadap keikhlasan tersebut."Sekiranya BN tidak memperoleh majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan, Pas dan Perikatan Nasional bersedia mengambil sikap matang demi kestabilan negeri, kesejahteraan rakyat serta kesinambungan kepimpinan Melayu-Islam di Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kesediaan Pas untuk bekerjasama tidak sepatutnya disalahertikan sebagai tanda kelemahan atau usaha mendapatkan tempat dalam kerajaan."Pas tidak meminta-minta untuk berada dalam kerajaan





PRN Negeri Sembilan: Anwar umum calon PH Selasa depan - Sinarharian - 9/07 5:42 pm

SEREMBAN - Senarai calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini akan diumumkan Selasa depan.Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, senarai calon tersebut akan diumumkan di Kuala Pilah oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau bagaimanapun masih berteka-teki mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya."Saya tiada apa-apa komen lagi





Collina pertahan pengadil Argentina-Mesir - Sinarharian - 9/07 5:39 pm

KETUA pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina menolak dakwaan wujud unsur berat sebelah dalam kemenangan 3-2 Argentina ke atas Mesir pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia.Collina berkata, keputusan pengadil sentiasa terbuka kepada perbincangan, namun dakwaan tidak berasas yang mempersoalkan integriti pegawai perlawanan tidak boleh diterima."Tiada siapa boleh mempersoalkan integriti pegawai perlawanan Piala Dunia FIFA."Tiada siapa boleh mendakwa pengadilan FIFA boleh dipengaruhi oleh sesiapa termasuk Presiden FIFA, Gianni Infantino," katanya.Mesir sebelum ini mempertikaikan beberapa keputusan pengadil dari Perancis, Francois Letexier selepas tersingkir walaupun sempat mendahului Argentina 2-0 sebelum juara bertahan itu bangkit dengan gol kemenangan Enzo Fernandez pada masa kecederaan.Antara yang dipersoalkan ialah jaringan Mostafa Zico yang dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) kerana kekasaran dalam fasa serangan, selain insiden Mohamed Salah yang didakwa dikasari dalam kotak penalti sebelum gerakan gol kemenangan Argentina.Namun, Collina mempertahankan keputusan VAR dengan menjelaskan kekasaran Marwan Attia terhadap Lisandro Martinez berlaku sebelum jaringan dan campur tangan VAR adalah tepat.Beliau turut menjelaskan sentuhan antara Salah dan Julian Alvarez sebelum gol kemenangan Argentina dianggap sebagai pertembungan biasa dalam bola sepak dan bukan kesalahan yang layak diberikan penalti.Walaupun mengakui keputusan pengadil kadangkala melibatkan unsur subjektif, Collina berkata FIFA berpuas hati dengan pelaksanaan VAR sepanjang kejohanan.





The truth will eventually come out... Kota Siputeh assemblyman claims Bersatu Perlis fell victim to betrayal - Sinardaily - 9/07 5:02 pm

ALOR SETAR Perlis Bersatu has allegedly fallen victim to political manoeuvring and betrayal by certain parties, which has weakened the partys position in the state.Kota Siputeh assemblyman Mohd Ashraf Mustaqim, in a Facebook post claimed that party members had long been aware of the situation but chose to remain patient to uphold party discipline.He said the alleged betrayal had nothing to do with Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin.The truth will eventually come out that Bersatu has been bearing the consequences of the betrayal that took place in Perlis due to the greed of certain individuals and a power arrangement that had nothing to do with Muhyiddin.As loyal Bersatu members, we have known this for a long time and remained patient out of discipline within one family, he wrote.Ashraf also claimed that he had opposed the situation in Perlis from the outset and had voiced his objections to what he described as acts of betrayal.He said Bersatu had no choice but to endure the situation in order to preserve party unity and respect its relationship within the Perikatan Nasional (PN) coalition.In the same post, he alleged that certain individuals were attempting to weaken Bersatu from within.He also claimed that the party in Perlis had become paralysed after many of its members allegedly joined a group he regarded as having betrayed PN.He concluded his statement by saying he will leave the matter to fate.Its okay..





Mengundi tanggungjawab, Fuziah beritahu Hadi henti main sentimen kaum - FMT - 9/07 4:48 pm

Presiden PAS suara kebimbangan laporan 134 NGO menggerakkan masyarakat Cina pulang memilih pada PRN Johor.





Aliza akui sedia surat projek Jana Wibawa untuk lima syarikat - Sinarharian - 9/07 4:40 pm

KUALA LUMPUR Pengarah dan Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa beliau menyediakan surat permohonan melaksanakan projek bagi lima syarikat, berhubung projek di bawah Program Jana Wibawa.Aliza Abd Malek, 47, berkata, walaupun beliau bertindak sebagai pengarah syarikat, namun ahli perniagaan, Lian Tian Chuan yang juga dikenali sebagai TC Lian, menyuruhnya membuat surat berkenaan bagi Nepturis dan empat syarikat lain.Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian dalam perbicaraan empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya, empat syarikat berkenaan ialah Permata Rebana Sdn Bhd, Fastcoll Corporation Sdn Bhd, JM Letrik Sdn Bhd dan MZ Hakujaya Sdn Bhd.Katanya, ia membabitkan projek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor dan Projek Central Spine Road: Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur pada Februari dan Mac 2021.Beliau berkata, surat-surat berkenaan ditujukan kepada Muhyiddin, sebelum dokumen yang telah siap diserahkan kepada seorang lagi pengarah Nepturis, Mohd Rizman Akum Khan untuk ditandatangani."Semua surat itu ditujukan kepada Perdana Menteri ketika itu dengan tajuk Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Selangor Memohon Untuk Melaksanakan Projek Secara Tender Pra Kelayakan, masing-masing bertarikh antara 29 Januari hingga 1 Februari 2021."Selepas surat berkenaan disediakan, dokumen itu diserahkan kepada Tian Chuan untuk tindakan lanjut," katanya.Bagaimanapun, saksi ini tidak mengetahui kepada siapa surat berkenaan kemudiannya diserahkan bagi dipanjangkan kepada Perdana Menteri kerana perkara tersebut diuruskan oleh Tian Chuan.Aliza berkata, pada tahun 2018, Tian Chuan memintanya dan Rizman mengambil alih Nepturis milik ahli perniagaan itu."Saya dan Rizman telah dilantik sebagai pengarah syarikat dan pemegang saham masing-masing sebanyak 50 peratus."Walaupun nama Tian Chuan tiada dalam Nepturis tetapi kami tahu bahawa ahli perniagaan itu mempunyai pegangan saham sebanyak 30 peratus dalam Nepturis," katanya.Menjawab soalan peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin, saksi itu berkata, urusan deklarasi berhubung pegangan saham syarikat tersebut, tidak dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Peguam: Dalam SSM, puan isytihar pegangan saham ialah sebanyak 50 peratus sementara Rizman 50 peratus, tetapi hakikatnya pegangan saham syarikat dipecahkan kepada tiga nama termasuk Tian Chuan.Aliza: Ya.Peguam: Saya cadangkan, Tian Chuan tidak mahu Kerajaan dan pihak lain tahu bahawa, beliau mempunyai kepentingan dalam Nepturis.Aliza: (tidak menjawab).Hakim: Adakah puan tahu niat Tian Chuan berhubung perkara itu?Aliza: Saya sudah lama bekerja dengan Tian Chuan, dia mahu saya maju setapak, sebab itu dia serahkan syarikat ini kepada saya dan Rizman bagi projek-projek Kerajaan.Saksi ini berkata, ahli perniagaan itu masih mempunyai kepentingan dalam Nepturis malah Tian Chuan lebih banyak mencari projek luar.Aliza berkata, ketika diserahkan pegangan saham, beliau tidak membayar walau satu sen kepada Tian Chuan, sebaliknya diberi kepercayaan untuk menerajui syarikat sebagai pengarah bersama Rizman.Dalam pada itu, beliau mengesahkan, Nepturis telah memperolehi projek membina IPD itu dengan kos kontrak berjumlah lebih kurang RM141 juta.Aliza berkata, hanya mengetahui projek tersebut berkaitan program Jana Wibawa selepas menerima e-mel daripada Kementerian Kewangan Malaysia pada 26 Mac 2021 berkenaan Penilai Jana Wibawa - Penilaian Pra-Kelayakan.Beberapa bulan kemudian, beliau memberitahu Rizman bahawa Nepturis telah melepasi penilaian pra-kelayakan.Mengikut pertuduhan pindaan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM225.3 juta.Wang itu didakwa daripada seorang individu iaitu ahli perniagaan, Datuk Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.Perbicaraan di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin bersambung Jumaat.




Reformasi     >>



Anwar Ibrahim: Johor perlu kerajaan sehaluan demi masa .. - Harapandaily
FOTO BERITA: Grand Finale ‘Johor Ke Depan Undi Harapan’ di Padang Awam’ Taman Pelangi Indah Puteri Wangsa, Johor Bahru, Johor. 9hb Julai 2026 (Khamis) Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri ..
Kroni     >>



Lindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual - Utusan
HAMPIR setiap minggu, media melaporkan berita mengenai kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual, termasuk amang dan pengantunan seksual. Mangsa bukan sahaja kanak-kanak perempuan, malah semakin ramai kanak-kanak lelaki. Lebih menggerunkan, pemangsa pula bukan individu asing yang menunggu di lorong ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Mikel Merino Wira Sepanyol Ke .. - Vocket
Sepanyol meneruskan kemaraan mereka ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir yang berlangsung penuh dramatik di SoFi Stadium,... The post Piala Dunia 2026: Mikel Merino Wira Sepanyol Ke Separuh Akhir appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Apple sues OpenAI & previous VP of product design over .. - Appleinsider
In what will be a blockbuster suit, Apple is suing OpenAI, alleging that two ex-employees, one of whom was Apple's previous Vice President of Product Design for iPhone and Apple Watch , maintained an ongoing and successful effort in stealing intellectual property to enrich OpenAI's ..
World     >>



Talks with Iran to continue, but ceasefire is over, .. - Globalnews
The United States launched new airstrikes against Iran early Thursday, and Tehran responded by targeting U.S.-allied Mideast countries in an exchange of fire.
Motor Trend     >>



DENZA Z9GT Sah Ke Malaysia, Grand Tourer Elektrik .. - Careta
Selepas memperkenalkan MPV elektrik mewah DENZA D9 dan SUV Dual Mode Off-Road DENZA B8 di Malaysia, jenama premium di bawah BYD Group itu kini memperluaskan penawarannya menerusi sebuah Grand Tourer elektrik yang menjadi peneraju teknologi baharu syarikat. Platform e3 Hasilkan 1,156 PS Nadi