| /// |
|
| Search : Perpaduan News | Page 1 |
|
BN tetap kingmaker walaupun menang 30 kerusi - Pemuda UMNO - Sinarharian - 8/06 11:07 pm KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Kamil Munim agar memahami teori sains politik dan dinamika kerajaan gabungan sebelum melemparkan tuduhan 'angkuh' terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata,kenyataan Ahmad Zahid mengenai peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah bersandarkan kepada teori pembentukan kerajaan gabungan (Coalition Theory) yang diperkenalkan oleh William H |
|
Pengaruh Anwar di Johor masih atasi Onn Hafiz – AMK Johor - Mygazette - 8/06 10:22 pm Sebab itu tidak wajar segala kejayaan mahu dikreditkan kepada kerajaan negeri semata-mata, katanya. Menurut Sharwin, Johor juga tidak boleh dipisahkan daripada peranan Kerajaan Madani yang diterajui Anwar, termasuk kerjasama erat parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan |
|
DAP haram di Johor tapi halal di Putrajaya? – Ganabatirau - Mygazette - 8/06 10:22 pm # DAP haram di Johor tapi halal di Putrajaya? - Ganabatirau KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau mempersoalkan pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menolak DAP daripada pentadbiran kerajaan negeri sedangkan UMNO terus bekerjasama dengan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan di Putrajaya |
|
Ketua AMK ingatkan Zahid jangan ‘overclaim’ dan berlagak - Mygazette - 8/06 10:22 pm # Ketua AMK ingatkan Zahid jangan 'overclaim' dan berlagak KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan berlagak dan 'overclaim' dengan mengatakan kerajaan perpaduan tidak akan wujud tanpa parti itu |
|
Jangan salah guna lesen tempatan, visa pelawat untuk kuasai peluang .. - Mygazette - 8/06 10:22 pm Kalau kita dapati permit tempatan disalah guna, kita akan laporkan dan ambil tindakan, katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Kementerian Komunikasi di sini hari ini. Hadir sama, Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching |
|
Anthony keliru beza tanggungjawab negara, kerjasama politik – Noor .. - Mygazette - 8/06 10:22 pm Tegas beliau, kerjasama antara BN khususnya UMNO dan DAP di negeri ini tidak pernah terjalin selama ini, berbeza berbanding realiti yang dihadapi di peringkat Pusat. Susulan itu Anthony dalam Facebook miliknya semalam secara sinis menyindir pendirian pemimpin UMNO Johor itu dengan mengingatkan hubungan rasmi antara kepimpinan tertinggi UMNO dan DAP dalam kerajaan Perpaduan |
|
Akmal cabar Anwar gugur semua Ahli Parlimen UMNO jika BN dianggap tiada .. - Mygazette - 8/06 10:22 pm # Akmal cabar Anwar gugur semua Ahli Parlimen UMNO jika BN dianggap tiada peranan dalam Kerajaan Perpaduan KUALA LUMPUR Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan semua ahli Parlimen UMNO daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Barisan Nasional (BN) dianggap tidak mempunyai peranan dalam pembentukan kerajaan tersebut |
|
Kekuatan Muslimat PAS berasaskan iman dan takwa - Harakahdaily - 8/06 10:04 pm KUANTAN: Muslimat PAS perlu terus memperkukuhkan saf perjuangan, merapatkan ukhuwah serta memainkan peranan sebagai pendukung dakwah dan siasah dalam usaha menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr |
|
‘Tak usah berlagak macam kitalah yang terpaling’ - Harapandaily - 8/06 9:29 pm Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mengingatkan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan supaya tidak membuat dakwaan berlebihan mengenai peranan masing-masing dalam pembentukan dan kelangsungan kerajaan |
|
Tak usah berlagak angkuh, Kamil beritahu Zahid - FMT - 8/06 8:18 pm Pegawai PM bidas kenyataan pengerusi BN bahawa kerajaan perpaduan tidak mungkin tertubuh tanpa Ahli Parlimen gabungan itu. |
|
Politik dua wajah Umno: Di Persekutuan cakap pasal politik stabil, di .. - Wrlr - 8/06 7:25 pm SITI NUR ZAWANI June 8, 2026 Politik lama yang bersandar kepada sentimen dan ketakutan disifatkan masih belum berakhir dalam sebahagian kepimpinan Umno Johor susulan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mendakwa beliau lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar bertanya, bukankah Presiden Umno sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang turut dianggotai DAP? Bahkan kerajaan hari ini dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Kerajaan Perpaduan yang disertai semua parti utama termasuk PH dan BN |
|
Terlajak kata buruk padahnya, sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada - Wrlr - 8/06 7:19 pm Harapandaily June 8, 2026 Pemimpin politik diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan |
|
Terlajak kata buruk padahnya, sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada - Harapandaily - 8/06 5:31 pm Pemimpin politik diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan |
|
Fahmi balas Onn Hafiz: Terlajak kata buruk padahnya - Mkini - 8/06 4:11 pm Fahmi gesa pemimpin politik lebih berhati-hati dalam kenyataan yang boleh jejaskan hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan. |
|
PPNM buat laporan SPRM, gesa siasat dana ratusan juta untuk masyarakat India - Sinarharian - 8/06 3:58 pm PUTRAJAYA Pertubuhan Perpaduan Negara Malaysia (PPNM) pada Selasa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan kegagalan penyaluran dana berjumlah ratusan juta ringgit yang diperuntukkan untuk masyarakat India menerusi program Pemerkasaan Usahawan India (SEED) dan Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC).Pengerusinya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa peruntukan yang disalurkan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) itu tidak diterima sepenuhnya oleh golongan sasar sehingga menimbulkan persoalan mengenai mekanisme agihan dan pemantauannya.Menurut beliau, parti yang mewakili masyarakat India dalam kerajaan ketika itu perlu tampil memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan."Jika kita melihat kepada era pentadbiran BN, MIC merupakan parti yang mewakili masyarakat India dalam kerajaan |
|
'Selepas hampir empat tahun, Anwar terbukti mampu kekalkan kestabilan negara' - Penganalisis - Sinarharian - 8/06 3:09 pm KUALA LUMPUR Keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kestabilan Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada November 2022 membuktikan beliau mempunyai kepimpinan yang mampu mengurus pelbagai parti dalam satu gabungan kerajaan.Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Norhudiin Danu berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan keharmonian dalam kerajaan yang dianggotai pelbagai parti, termasuk Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini merupakan seteru politik utama Pakatan Harapan (PH).Menurut beliau, demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara terus terpelihara, Anwar berusaha mengimbangi kepentingan setiap parti komponen dalam Kerajaan Madani sehingga berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga kini."Sejarah membuktikan negara pernah menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal Parlimen susulan ketidaktentuan politik dan pembentukan kerajaan campuran."Jika dilihat daripada perspektif itu, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin yang berjaya mengekalkan kestabilan kerajaan tanpa berdepan ancaman serius terhadap kedudukannya sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh berpandangan bahawa ketahanan politik Anwar mencerminkan kematangan institusi politik negara apabila beliau berjaya mengurus perbezaan pandangan, membina konsensus dan mengekalkan keyakinan institusi utama negara.Mengulas lanjut, Norhudiin berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan yang lebih inklusif menerusi kerangka Malaysia Madani turut membantu memperkukuhkan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.Katanya, perkembangan itu disokong oleh prestasi ekonomi yang memberangsangkan, termasuk pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, selain pengukuhan nilai ringgit dan peningkatan pelaburan asing."Ketidakstabilan geopolitik dunia memberi kesan kepada banyak negara, namun ekonomi Malaysia masih berada dalam keadaan stabil dan terkawal."Keadaan ini membantu rakyat berasa lebih yakin, namun mereka tetap perlu mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi," katanya.Beliau berkata, seluruh rakyat juga perlu memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan ekonomi, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara."Jauhilah sikap ekstrem walaupun berbeza fahaman politik kerana kesejahteraan dan keharmonian masyarakat merupakan asas penting kepada kemakmuran yang telah dibina sejak sekian lama."Nilai itu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi teras kepada kehidupan setiap rakyat Malaysia," katanya. |
|
Anthony Loke pertahan DUN Chennah, sasar PH Negeri Sembilan menang 20 kerusi - Sinarharian - 8/06 1:46 pm SEREMBAN DAP Negeri Sembilan menyasarkan Pakatan Harapan (PH) memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keyakinan itu bersandarkan rekod gabungan berkenaan yang pernah memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14."Sudah tentu kita akan memainkan peranan untuk menyokong rakan-rakan dalam PH bagi memenangi kerusi-kerusi lain dan kita menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi di negeri ini."Ini kerana rekod kita pernah memenangi 20 kerusi pada tahun 2018. Jadi, kita berharap rakyat Negeri Sembilan akan memberikan mandat kepada PH untuk terus mentadbir negeri ini," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan di sini pada Isnin.Anthony yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan turut mengesahkan bahawa beliau akan terus mempertahankan kerusi DUN Chennah dan keputusan terbabit telah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti dan jawatankuasa negeri.Menurutnya lagi, parti itu juga akan mempertahankan 11 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini, manakala senarai calon akan diumumkan dalam masa terdekat."DAP akan memainkan peranan secara bersungguh-sungguh untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi.Bagi mencapai hasrat itu, saya telah membuat keputusan, dengan sokongan CEC serta jawatankuasa negeri, untuk terus mengetuai kempen pilihan raya dan bertanding pada PRN kali ini," katanya.Mengulas mengenai mesyuarat khas yang diadakan, beliau berkata, ia bertujuan membincangkan persiapan parti bagi menghadapi PRN."Kita sedia maklum bahawa DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan pada Jumaat lalu dan kini menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh-tarikh penting termasuk hari penamaan calon dan hari pengundian."Kita juga menjangkakan pengundian bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan akan diadakan secara serentak, kemungkinan pada Julai nanti," katanya.Anthony berkata, walaupun PRN kali ini dianggap mengejut, PH telah bersedia untuk menghadapinya demi mengembalikan mandat kepada rakyat.Jelasnya, keputusan untuk membubarkan DUN dibuat susulan konflik yang berlaku apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini membentuk Kerajaan Perpaduan menarik sokongan terhadap Menteri Besar."Walaupun terdapat persefahaman di peringkat pusat antara BN dan PH, bahawa ADUN BN akan tetap menyokong kerajaan serta memastikan kelulusan bajet tahun depan, tapi PH merasakan ini satu risiko yang perlu ditanggung terlalu besar untuk diambil."Jadi, sebaik-baiknya kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk mengadakan pilihan raya yang akan memutuskan parti mana yang mempunyai majoriti untuk mentadbir Negeri Sembilan,"katanya.Menurut beliau, risiko utama yang perlu dipertimbangkan ialah kelulusan Bajet Negeri 2027 pada persidangan DUN yang dijadualkan berlangsung Oktober depan.Jelasnya, sekiranya bajet gagal diluluskan, kerajaan negeri akan berdepan krisis pentadbiran kerana kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa bajet yang diluluskan oleh DUN."Atas pertimbangan itu, PH memutuskan untuk membubarkan DUN dan DAP Negeri Sembilan menyambut baik keputusan tersebut serta bersedia menggalas tanggungjawab dalam pilihan raya ini."Misi pertama kita ialah mempertahankan 11 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini, manakala misi kedua adalah membantu PH memenangi lebih banyak kerusi sehingga mencapai sasaran sekurang-kurangnya 20 kerusi," katanya.Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa setiausaha parti, Cha Kee Chin telah dilantik sebagai Pengarah PRN dan akan menyelaras gerak kerja kempen bersama parti-parti komponen PH.Tambahnya, jentera PH dijangka akan dilancarkan pada Jumaat ini. |
|
Di Putrajaya duduk semeja, di Johor bermusuh - Mahfuz - Sinarharian - 8/06 12:59 am ALOR SETAR Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan pendirian UMNO Johor yang menolak kerjasama dengan DAP sedangkan kedua-dua parti itu berada dalam kerajaan yang sama di peringkat Persekutuan.Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilaporkan lebih rela melepaskan jawatan daripada duduk semeja dengan DAP menunjukkan masih wujud kecenderungan politik lama yang bersandarkan sentimen dan ketakutan.Mahfuz berkata, rakyat kini semakin keliru apabila pemimpin UMNO dilihat mengamalkan pendekatan berbeza antara Putrajaya dan Johor."Kalau benar begitu jijik untuk duduk semeja dengan DAP di Johor, mengapa pemimpin UMNO masih terus duduk semeja bersama pemimpin DAP dalam Kabinet Persekutuan setiap minggu."Bukankah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang turut dianggotai DAP? Bukankah Kerajaan Perpaduan hari ini dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disertai PH dan BN?" katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Jelas Mahfuz, keadaan itu memperlihatkan percanggahan pendirian yang sukar difahami rakyat.Menurutnya, kerajaan Pusat di Putrajaya bercakap tentang kestabilan dan perpaduan namun di Johor memainkan naratif permusuhan dan ketakutan."Politik dua wajah seperti ini bukan tanda kekuatan, sebaliknya menunjukkan krisis dalaman yang masih gagal diselesaikan dalam UMNO sendiri," ujarnya.Mahfuz turut mendakwa kenyataan sedemikian mencerminkan tekanan dalaman terhadap kepimpinan UMNO untuk kembali kepada politik lama yang berasaskan sentimen sempit bagi meraih sokongan orang Melayu.Bagaimanapun, katanya, rakyat khususnya golongan muda kini lebih mementingkan isu berkaitan peluang pekerjaan, rumah mampu milik, pendidikan, pelaburan dan kos sara hidup berbanding polemik politik."Anak muda tidak lagi mahu politik yang asyik mencari musuh |
|
Politik Malaysia perlu berteraskan kesepakatan, bukan dominasi parti - Pemuda Amanah - Sinarharian - 8/06 11:42 am SHAH ALAM Kestabilan politik negara pada masa hadapan perlu dibina menerusi kesepakatan antara parti politik dan bukannya bergantung pada dominasi sesebuah parti semata-mata.Timbalan Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Ammar Izham berkata, landskap politik Malaysia ketika ini menuntut pendekatan baharu yang lebih matang bagi menjamin kemakmuran ekonomi, keyakinan pelabur serta kesejahteraan rakyat.Beliau berkata, gagasan Kerajaan Perpaduan yang menjadi asas pentadbiran negara ketika ini lahir daripada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong pada 2022 dalam usaha meredakan kemelut politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Dalam suasana politik yang terpecah dan tiada parti memperoleh majoriti mutlak, Baginda telah menggesa pembentukan sebuah kerajaan yang berasaskan kerjasama rentas parti demi kestabilan negara."Menariknya, walaupun Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada tahun 2021, kerajaan negeri tersebut tetap mengambil langkah progresif dengan menerapkan semangat Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran."Sebaliknya, negeri-negeri lain seperti Johor, Sabah dan Sarawak mengekalkan struktur pentadbiran sedia ada berdasarkan mandat yang diperoleh melalui pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ammar berkata, selepas PRN enam negeri pada 2023, negeri-negeri yang ditadbir menerusi kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN turut memeterai persefahaman politik bagi mengukuhkan semangat perpaduan yang dibina di peringkat Persekutuan."Langkah ini penting kerana kestabilan tidak boleh bergantung pada hubungan peribadi antara pemimpin semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuh melalui perjanjian, persefahaman dan komitmen institusi," ujarnya.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa politik negara masih berdepan cabaran daripada segelintir pemimpin yang lebih mengutamakan perebutan kuasa berbanding kepentingan rakyat."Mereka cenderung mengukur kejayaan melalui jawatan dan pengaruh, sedangkan rakyat mengukur kejayaan melalui harga barang yang stabil, peluang pekerjaan yang mencukupi serta perkhidmatan awam yang berkesan," katanya.Mengulas mengenai amalan politik di negara maju, Ammar berkata, kerajaan gabungan telah lama menjadi norma di negara seperti Jerman, Belanda dan Sweden, dengan kestabilan dicapai melalui kesepakatan, rundingan serta penghormatan terhadap mandat rakyat.Justeru, beliau berkata, menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang, tumpuan utama perlu diberikan kepada komitmen parti-parti politik untuk menghormati mandat rakyat sehingga tamat penggal serta menolak budaya pengkhianatan politik."Rakyat perlu menyedari bahawa era parti dominan telah berakhir |
|
Era satu parti sapu bersih dah tamat, kata Pemuda AMANAH - Wrlr - 8/06 11:14 am Katanya, landskap politik negara telah berubah dan menuntut budaya politik baharu yang berteraskan kesepakatan, akauntabiliti serta kematangan. Menurut beliau, gagasan Kerajaan Perpaduan yang menjadi asas kepada landskap politik negara hari ini lahir dalam suasana tiada parti memperoleh majoriti mutlak selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) |
|
BN Johor habis madu sepah dibuang, dulu masa nak kuasa elok je berkawan DAP - Wrlr - 8/06 11:10 am PH gembleng tenaga membantu kemenangan BN di PRK Mahkota, tak ada masalah. Duduk dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama, tak ada masalah |
|
Antara retorik perpaduan dan realiti perpecahan - FMT - 8/06 7:00 am Konsep hidup bersama dalam Islam menuntut keadilan, keberanian memahami perbezaan, dan kesediaan mengurus kepelbagaian tanpa menjadikannya senjata politik atau agama. |
|
Syam Ghaz dilantik Ketua Pengarah J-KOM baharu - Sinarharian - 8/06 12:00 am SHAH ALAM Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu.Berita pelantikan itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Perpaduan Madani Kedah.Syam menggantikan Datuk Ismail Yusop yang difahamkan akan ditugaskan ke jawatan baharu selepas lebih setahun menerajui jabatan berkenaan.Sebelum ini, Dr Mohd Khairuddin Othman yang kini merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilantik menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Mac 2023.Jawatan itu kemudian diisi oleh Datuk Ismail Yusop selepas perkhidmatan Dr Mohd Khairuddin ditamatkan pada September 2023.Sementara itu, pelantikan tersebut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang turut merakamkan penghargaan kepada Ismail atas khidmat baktinya sebelum ini."Saya cuma mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail yang dipanggil untuk tugas baharu oleh Pejabat Perdana Menteri."Dan selamat datang kepada saudara Syam Ghaz yang dipilih untuk menerajui unit komunikasi (J-KOM)," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pada Isnin. |
|
Tiada kerajaan perpaduan kalau bukan sebab BN, Zahid ingatkan seteru - FMT - 7/06 8:43 pm Pengerusi BN tegaskan, tanpa 30 kerusi BN, PH tidak dapat majoriti di Parlimen untuk terajui kerajaan perpaduan |
|
Noh Omar umum kembali kepada UMNO - Sinarharian - 7/06 8:24 pm ISKANDAR PUTERI - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Tan Sri Noh Omar mengumumkan penyertaan semula ke dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) melalui Rumah Bangsa, pada Ahad.Tindakan itu dilakukan selepas beliau melepaskan semua jawatan dan keahliannya dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta."Saya amat menghormati prinsip UMNO dan BN di negeri ini, apatah lagi selepas mendengar ucapan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Disebabkan itulah saya bersetuju kembali dengan BN menjelang PRN Johor ini."Saya juga yakin, Insya-ALLAH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti, UMNO akan mempunyai prinsip yang sama, tidak akan bersama dengan DAP," katanya kepada selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity di sini pada Ahad.Dalam pada itu, beliau memberitahu keputusan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat kerana mendapati parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan tidak menghormati prinsip dan keputusan ditetapkan Majlis Tertinggi parti."Saya memang sudah letak jawatan dan keluar Bersatu, jadi saya ingat tidak perlu tulis surat, saya dah isytihar perkara itu jadi secara automatik saya sudah keluar," katanya.Pada masa sama, beliau turut berharap UMNO akan menjalinkan kembali kerjasama dengan Pas sekali gus menyatukan masyarakat Melayu di negara ini."Saya juga berharap UMNO akan dapat bekerjasama dengan Pas yang akan dapat menyatukan lagi kekuatan perpaduan Melayu |
|
Anwar lancar jentera PH, seru rakyat pilih kepimpinan berintegriti dan bebas rasuah - Sinarharian - 7/06 5:22 pm Kita dan pasukan kita dalam Jemaah Menteri jelas. Inilah yang kita sebut sejak awal, iaitu tadbir urus yang baik, tatakelola," ujarnya.Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Johor 2026 di Kims Park Business Centre, Batu Pahat, Johor pada Ahad.Anwar berkata, setiap projek pembangunan yang dilaksanakan perlu mengambil kira kebajikan rakyat termasuk peluang pekerjaan, gaji yang lebih baik, perumahan mampu milik dan pendidikan anak-anak.Justeru, menurutnya, kerajaan tidak boleh mengulangi budaya lama yang mengaitkan projek pembangunan dengan kepentingan peribadi serta amalan rasuah.Dalam pada itu, Anwar berkata, hubungan yang erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mampu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan serta memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat."Saya bayangkan jika wujud kerjasama yang lebih rapat antara kerajaan Persekutuan dan negeri, bukan sahaja projek besar dapat dilaksanakan, malah manfaatnya dapat dirasai terus oleh rakyat," katanya.Anwar memberitahu, sambutan luar biasa diterima pada program tersebut membuktikan rakyat Johor mahukan perubahan dan bersedia memberikan sokongan kepada agenda reformasi yang dibawa kerajaan Madani.Dalam pada itu, beliau turut menasihati ahli parti komponen PH supaya berkempen secara matang dan tidak bergeseran dengan Barisan Nasional (BN) sepanjang PRN Johor.Menurutnya, perbalahan ketika pilihan raya hanya akan 'memeningkan kepala' memandangkan PH dan BN merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan."Hari ini kita berlawan dengan UMNO, BN |
|
DAP bukan punca DUN Negeri Sembilan dibubarkan - Anthony - Sinarharian - 7/06 4:08 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyelar dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibuat selepas menerima tekanan daripada DAP.Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal berikutan keputusan membubarkan DUN dibuat secara konsensus dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan."Saya sangat terkejut dan kecewa apabila kenyataan seperti itu datang daripada Rafizi, apa yang dimaksudkan dengan tekanan?"Adakah beliau mahu mengatakan Menteri Besar tidak mahu membubarkan DUN tetapi saya memaksanya?"Dakwaan bahawa DAP memberi tekanan itu adalah tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan di sini pada Ahad.Beliau mengulas demikian selepas Rafizi mendakwa pembubaran DUN Negeri Sembilan mendapat tekanan DAP menerusi podcast 'Yang Berhenti Menteri' pada Jumaat.Menurut Anthony, cadangan supaya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Johor telah dibangkitkan secara terbuka dalam satu konvensyen yang turut dihadiri Perdana Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Malah, katanya, cadangan itu turut mendapat sokongan daripada Aminuddin."Selepas DUN Johor dibubarkan, saya menghubungi beliau, bertanyakan pendiriannya dan beliau sendiri menyatakan kesediaan untuk membubarkan DUN."Namun ia mengambil sedikit masa kerana perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya lagi.Mengulas rasional pembubaran itu, beliau berkata, kerajaan negeri ketika ini tidak mempunyai majoriti mudah tanpa sokongan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) memiliki 17 kerusi iaitu kurang dua kerusi untuk membentuk majoriti mudah."Walaupun terdapat persefahaman dengan UMNO dan BN, keadaan itu tidak semestinya selamat kerana apa sahaja boleh berlaku sebelum sidang DUN seterusnya."Jika DUN tidak dibubarkan sekarang, terdapat kemungkinan ADUN memberi tekanan dengan menolak bajet negeri."Kami tidak mahu berdepan situasi yang mana pilihan raya terpaksa diadakan selepas kerajaan tewas dalam DUN dan keputusan itu mendapat konsensus daripada pimpinan PH."Cuma saya pimpinan peringkat nasional, saya menyuarakan perkara itu dalam konvensyen berkenaan dan ia disambut baik," katanya.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraDalam pada itu, Anthony turut menyindir Rafizi dengan mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah cenderung menyalahkan DAP dalam pelbagai isu politik."Nampaknya Rafizi kini mempunyai sindrom baharu, iaitu semua nak menyalahkan DAP dalam segala hal."Sama seperti pihak lain yang keluar daripada Pakatan Harapan, semuanya nak salahkan DAP |
|
'Ketahanan politik Anwar cerminkan kematangan institusi politik negara' - Penganalisis - Sinarharian - 7/06 12:36 am KUALA LUMPUR Ketahanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai manifestasi kematangan institusi politik Malaysia apabila beliau berjaya mengurus perbezaan, membina konsensus serta mengekalkan keyakinan institusi utama negara.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh berkata, pengalaman politik negara sejak 2022 menunjukkan kerajaan campuran mampu berfungsi dengan lebih stabil berbanding persepsi sebelum ini yang sering mengaitkan perubahan kerajaan dengan krisis dan ketidakstabilan.Menurutnya, dari sudut pentadbiran awam, kejayaan seseorang Perdana Menteri tidak hanya diukur berdasarkan keupayaannya mengekalkan kuasa, sebaliknya sejauh mana kestabilan politik yang dicapai dapat diterjemahkan kepada reformasi institusi yang berkekalan."Dalam konteks ini, Anwar boleh dikatakan berjaya melepasi fasa pertama iaitu menstabilkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Namun, fasa kedua yang lebih mencabar adalah untuk memastikan kestabilan tersebut diterjemahkan kepada perubahan struktur yang dapat dirasai rakyat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 berjaya mengelakkan ketidaktentuan politik berpanjangan, namun pada masa sama memerlukan pelbagai kompromi politik bagi memastikan kestabilan pentadbiran dapat dikekalkan."Persoalan yang wajar ditimbulkan ialah sama ada kompromi tersebut memperkukuh agenda reformasi atau sebaliknya memperlahankan beberapa pembaharuan yang pernah dijanjikan sebelum ini," ujarnya.Mengulas lanjut, Mazlan berkata, cabaran terbesar Anwar ketika ini bukan lagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tetapi memastikan legasi pentadbirannya dinilai berdasarkan kejayaan melaksanakan reformasi institusi.Katanya, aspek seperti peningkatan produktiviti ekonomi, pengukuhan integriti tadbir urus dan pembinaan kapasiti negara dalam menghadapi cabaran masa depan perlu menjadi keutamaan."Sejarah lazimnya tidak menilai pemimpin berdasarkan tempoh mereka memegang jawatan, tetapi berdasarkan perubahan yang berjaya mereka tinggalkan kepada negara," katanya.Menurut beliau, selepas hampir empat tahun mentadbir, persoalan utama bukan lagi sama ada Anwar mampu terus bertahan sebagai Perdana Menteri.Sebaliknya, katanya, persoalan yang lebih penting ialah sama ada kestabilan politik yang berjaya dibina itu dapat diterjemahkan kepada reformasi institusi yang mampu bertahan walaupun selepas beliau tidak lagi berada di Putrajaya."Di situlah terletaknya ukuran sebenar kejayaan seorang negarawan," katanya. |
|
PMX perlu habiskan penggal, jangan bubar awal – Mat Sabu - Mygazette - 7/06 7:43 am Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sebagai pentadbiran yang menerima mandat rakyat, Perdana Menteri perlu melengkapkan tempoh lima tahun bagi mengelakkan episod kerajaan tak cukup sepenggal berulang kembali. "Alhamdulillah, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas dasar saling menghormati ini berjalan dengan baik selama lebih tiga tahun diterajui Anwar |
|
PRN Johor, N. Sembilan serentak penting bagi kesinambungan kestabilan .. - Mygazette - 7/06 7:43 am # PRN Johor, N. Sembilan serentak penting bagi kesinambungan kestabilan politik - Anthony BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang diadakan serentak cukup penting bagi kesinambungan kestabilan politik negara serta mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan |
|
Kejap Sokong Kejap Tarik Balik, Apa Salah Saya Pun Tak Tahu... - Mygazette - 7/06 7:43 am # Kejap Sokong Kejap Tarik Balik, Apa Salah Saya Pun Tak Tahu - Aminuddin Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat pihak di negeri itu yang tidak sabar dan melakukan pengkhianatan dengan menarik sokongan terhadap kerajaan Perpaduan peringkat negeri. |
|
Negeri Sembilan terpaksa buat PRN kerana sekejap mereka sokong, sekejap .. - Mygazette - 7/06 7:43 am # Negeri Sembilan terpaksa buat PRN kerana sekejap mereka sokong, sekejap tarik - Aminuddin BATU PAHAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mahu rakyat faham punca pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan Johor diadakan kali ini. Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, di negerinya terdapat pihak yang tidak sabar dan melakukan pengkhianatan dengan menarik sokongan terhadap kerajaan Perpaduan peringkat negeri |
|
Pilihan saya teruskan kerjasama, bukan pilihan raya – PM - Mygazette - 7/06 7:43 am Mengulas mengenai PRN Johor dan Negeri Sembilan, Anwar berkata, pengalaman di Johor memberi banyak pengajaran kepada PH khususnya dalam menghadapi perubahan sentimen pengundi. Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kerajaan Perpaduan telah bekerja keras memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara bagi membolehkan pelbagai inisiatif ekonomi dilaksanakan demi manfaat rakyat |
|
Umno tanggung rugi andai MN kembali hidup, kata penganalisis - Hotfm - 7/06 7:30 am Seruan menghidupkan semula MN dilihat lebih mencerminkan keperluan strategik PAS berbanding dorongan perpaduan Melayu-Islam. |
|
Umno tanggung rugi andai MN kembali hidup, kata penganalisis - FMT - 7/06 7:30 am Seruan menghidupkan semula MN dilihat lebih mencerminkan keperluan strategik PAS berbanding dorongan perpaduan Melayu-Islam. |
|
Jangan bergesaran dengan BN, Anwar beritahu PH - FMT - 7/06 12:00 am Pengerusi PH itu berkata pilihan raya itu memeningkan kepala kerana PH dan BN rakan dalam kerajaan perpaduan di persekutuan. |
|
Jangan bergesaran dengan BN, Anwar beritahu PH - Hotfm - 7/06 12:00 am Pengerusi PH itu berkata pilihan raya itu memeningkan kepala kerana PH dan BN rakan dalam kerajaan perpaduan di persekutuan. |
|
PRN Johor: Kita pilih kerjasama tapi mereka nak lawan – Anwar - Kosmo - 6/06 11:17 pm BATU PAHAT Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah pilihan beliau, sebaliknya keputusan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sehingga memaksa semua pihak kembali berdepan gelanggang pilihan raya. Menurut Perdana Menteri, beliau memilih untuk mengekalkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik |
|
'Game is on!' - Anthony beri isyarat PH sedia tempur di Johor, Negeri Sembilan - Sinarharian - 6/06 10:58 pm BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang diadakan serentak cukup penting bagi kesinambungan kestabilan politik negara serta mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, tumpuan kini terarah kepada kedua-dua negeri selepas berlangsungnya Konvensyen PH di Johor Bahru pada 17 Mei lalu."Pada konvensyen PH di Johor Bahru, 17 Mei lalu, saya cadangkan kalau Johor bubar, Negeri Sembilan juga bubar |
|
AMK soal Umno, nak bina negara atau rebut kuasa? - Harapandaily - 6/06 7:15 pm Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, mempersoalkan sama ada Umno benar-benar komited mempertahankan semangat Kerajaan Perpaduan atau sekadar menggunakan situasi politik semasa untuk mengatur percaturan kuasa |
|
Pentadbiran Anwar Ibrahim diuji, ini cabaran perlu ditempuhi untuk jaga kestabilan politik - Mydateline - 6/06 5:14 pm Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berhadapan cabaran dinamika politik baharu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus menguji keutuhan Kerajaan Perpaduan |
|
UMNO BN mabuk kuasa, rakyat bayar harganya – Fadhli Umar - Mygazette - 6/06 4:04 pm Ini kos yang muncul kerana percaturan politik yang sepatutnya boleh dielakkan," katanya. Hari ini tahun 2026 katanya, episod yang sama seolah-olah berulang, di Negeri Sembilan, kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun menerima mandat rakyat pada PRN 2023 |
|
Isu pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesai secara rundingan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/06 1:28 pm PUTRAJAYA - Isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesaikan melalui rundingan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berpendapat, pendekatan itu lebih sesuai berbanding membawa perkara berkenaan ke mahkamah, selain menegaskan kepentingan untuk menghormati Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan."Caranya ialah menghormati institusi kedaulatan DKU yang ada dan pada hemat saya, jalan yang terbaik ialah melalui perundingan dan tidak perlu membawa perkara ini ke muka pengadilan atau mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2026 di sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.Anwar berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir dimuktamadkan dan perbincangan lanjut bersama parti komponen BN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan pembahagian kerusi dapat dilakukan secara menyeluruh sebelum pengumuman mengenainya dibuat."Untuk Johor, telah hampir diselesaikan dan esok saya akan mengadakan perundingan dengan parti komponen BN terutamanya MCA bagi mereka memuktamadkannya dan untuk UMNO, hampir selesai."Insya-ALLAH dalam minggu depan kita akan memuktamadkan sepenuhnya dan kita akan umumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan PRN Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun ini, manakala untuk Negeri Sembilan, pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN telah diterima semalam.DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun diikuti Negeri Sembilan, yang memiliki 36 kerusi pada semalam (5 Jun) |
|
Cukuplah politik penting diri Khalid gesa rakyat hukum parti kejar kuasa - Wrlr - 6/06 11:51 am Harapandaily June 6, 2026 Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, menyifatkan pendekatan yang ditunjukkan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan dan Johor sebagai contoh politik matang yang meletakkan kestabilan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan parti. Beliau berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran politik dan tuntutan daripada rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan, PH tetap memilih pendekatan kerjasama demi memastikan pentadbiran negara dan negeri dapat berjalan dengan stabil |
|
Tolak DAP: Ideologi politik agresif ancam keharmonian - Harakahdaily - 6/06 10:44 am KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diseru untuk membezakan antara kaum Cina dengan ideologi politik dibawa oleh DAP bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh merosakkan perpaduan negara |
|
‘Cukuplah politik penting diri’ – Khalid gesa rakyat hukum parti kejar kuasa - Harapandaily - 6/06 9:10 am Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, menyifatkan pendekatan yang ditunjukkan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan dan Johor sebagai contoh politik matang yang meletakkan kestabilan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan parti. Beliau berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran politik dan tuntutan daripada rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan, PH tetap memilih pendekatan kerjasama demi memastikan pentadbiran.. |
|
Masih terlalu awal runding kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan – .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Masih terlalu awal runding kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan - Zahid PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sekali gus bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, demikian menurut pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Dakwaan Hospital Segamat bakal ditutup 1 Julai tidak benar - Menteri Kesihatan - Sinarharian - 5/06 11:20 pm Itu cara kami menangani keadaan tersebut."Namun yang penting, tiada pemberhentian perkhidmatan dan tiada penutupan hospital. Perkhidmatan kesihatan tidak boleh dikompromi," katanya pada Majlis Penutup Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat KKM di AEON Bandaraya Melaka, di sini pada Jumaat.Turut hadir Exco Kesihatan, Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ngwe Her Sem serta Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menafikan peningkatan pesakit itu susulan hospital berkenaan menjadi hospital rujukan bagi pesakit dari negeri jiran.Beliau mengakui sesekali memang ada peningkatan pesakit, namun perkara itu akan diteliti menerusi konsep cluster crisis management.Sementara itu, ditanya mengenai cadangan penambahan kakitangan bagi mengatasi isu berkenaan, beliau menjelaskan perkara itu juga ditangani melalui pendekatan sama."Dalam situasi krisis ini, apabila pesakit luar dirujuk ke fasiliti lain, bantuan dan sokongan tenaga kerja turut digerakkan."Mereka tidak datang ke hospital tersebut, sebaliknya merawat di fasiliti masing-masing seperti klinik kesihatan dan hospital lain |
|
Zahid: BN terbuka kekalkan kerajaan perpaduan Negeri Sembilan - Mkini - 5/06 8:06 pm Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini," kata pengerusi BN itu. |
|
Tiada perbincangan mengenai Muafakat Nasional 2.0 setakat ini - Ahmad Zahid - Sinarharian - 5/06 7:48 pm PUTRAJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara UMNO dan Pas, setakat ini."Tidak ada perbincangan mengenai perkara itu," katanyakepada pemberita selepas melawat tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya di sini pada Jumaat.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini keutamaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak."Yang paling penting ialah terus mengekalkan kerajaan yang ada ini sehinggaakhir penggal Parlimen ke-15," katanya.Pada Khamis, Dewan Pemuda Pas Malaysia mengajak UMNO untuk kembali menghidupkan kerjasama politik melalui MN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pertemuan politik UMNO dan Pas yang diadakan malam semalam tidak melibatkan presiden-presiden parti, sebaliknya lebih tertumpu kepada soal kolaborasi politik dan agenda nasional.Beliau berkata, politik bersifat dinamik dan BN sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan politik mahupun agenda nasional demi memastikan kestabilan negara tidak tergugat |
|
Ada apa Pas dengan Umno bertemu semalam? Ini respon Ahmad Zahid - Wrlr - 5/06 7:28 pm Pertemuan itu tanpa presiden parti, ia sekadar perbincangan bagaimana soal kolaborasi yang harus kita lakukan kerana kita tidak mahu kestabilan politik di negara ini tergugat, katanya selepas Walkabout Karnival Hari TVET Negara 2026, hari ini. Ahmad Zahid berkata, UMNO sememangnya kerap mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk rakan dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan |
|
BN Terbuka Kekalkan Kerajaan Perpaduan Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid - Siakapkeli - 5/06 7:21 pm BN Terbuka Kekalkan Kerajaan Perpaduan Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi |
|
BN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 5/06 7:06 pm PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan terbuka untuk meneruskan kerjasama bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid bagaimanapun menegaskan masih terlalu awal untuk mengadakan rundingan rasmi mengenainya."Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini tentunya kita sangat terbuka untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan," katanya selepas membuat lawatan ke tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya di sini pada Jumaat.Pada Khamis, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN ke-16.PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.Dalam pilihan raya itu, PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor, yang berbuat demikian pada Isnin lepas |
|
250,000 pengunjung dijangka hadir sambutan Minggu Perpaduan di Sabah - FMT - 5/06 5:50 pm Majlis perasmian sambutan bertemakan 'Bersama Membina Negara Bangsa' itu dijadual disempurnakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 13 Jun. |
|
Pemuda Pas usul tuntut semula kerusi Parlimen Jeli - Sinarharian - 5/06 4:24 pm JELI Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli mendesak supaya kerusi Parlimen Jeli diberikan semula kepada calon daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli, Muhamad Faruqi Zahari berkata, desakan tersebut dizahirkan menerusi satu usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli Kali Ke-44 di Ayer Lanas di sini pada Jumaat."Usul ini dikemukakan susulan kekecewaan terhadap tindakan penyandang kerusi, Zahari Kechik yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sebelum ini."Sehubungan itu, pemuda Pas Jeli mendesak supaya kerusi P030 Parlimen Jeli diberikan kepada calon daripada Pas pada PRU16 kerana wakil rakyat yang telah dipilih telah berpaling tadah,"katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi.Menurut Muhamad Faruqi, usul itu merupakan manifestasi suara akar umbi khususnya golongan muda yang kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli itu yang didakwa mengkhianati mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)."Rata-rata anak muda yang ditemui menerusi pelbagai program di peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen menzahirkan rasa tidak puas hati serta kecewa dengan tindakan Zahari yang memenangi kerusi menggunakan logo Pas namun kemudiannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional."Anak-anak muda Pas yang bekerja siang dan malam, berkorban tenaga dan masa sepanjang tempoh kempen sehingga berjaya membantu kemenangan calon Perikatan Nasional di Parlimen Jeli dengan majoriti 12,464 undi," ujarnya.Muhamad Faruqi berkata, usul berkenaan wajar dipertimbangkan pucuk pimpinan parti bagi memulihkan semangat jentera yang selama ini bertungkus-lumus mempertahankan perjuangan Pas dan Perikatan Nasional (PN) kawasan berkenaan.Katanya, keputusan menyerahkan kerusi Parlimen Jeli kepada calon Pas pada PRU16 juga dilihat sebagai mesej jelas bahawa parti sentiasa mendengar suara akar umbi serta tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pengkhianatan mandat rakyat."Rakyat hari ini semakin matang dan bijak membuat penilaian |
|
PH Pahang tolak politik tarik sokongan, kerajaan negeri kukuh pegang janji bersama BN - Harapandaily - 5/06 1:13 pm Pakatan Harapan (PH) Pahang menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri itu |
|
UMNO cetus ketidakstabilan politik, punca DUN Negeri Sembilan bubar UMNO .. - Mygazette - 5/06 7:50 am # UMNO cetus ketidakstabilan politik, punca DUN Negeri Sembilan bubar JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan malam ini didakwa berpunca daripada langkah UMNO negeri itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan |
|
TERKINI] *Kerajaan fokus tadbir negara, tiada keperluan PRU16 dalam masa terdekat* - Wrlr - 4/06 6:32 pm *KENYATAAN MEDIA* Oleh *Shahbudin Embun* *PRU-16 BUKAN KEPERLUAN, IA AGENDA TERDESAK PIHAK GAGAL* Sekretariat Perpaduan Rakyat (SekPur) memandang serius dan menolak secara total segala desakan untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-16 |
|
BN menang di Johor tidak jamin kejayaan PRU16 - DAP - Sinarharian - 4/06 6:04 pm SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak menganggap kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai jaminan kejayaan sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, keputusan parti itu bertanding secara solo kerana UMNO dilihat mahu menggunakan PRN untuk mengembalikan kedudukannya sebagai parti dominan seperti sebelum 2018.Menurutnya, kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN secara umumnya telah berjaya melepasi ujian mentadbir negara serta menghadapi pilihan raya bersama."Justeru, terdapat kemungkinan besar kedua-dua gabungan itu akan meneruskan kerjasama dalam PRU akan datang melalui pertandingan satu lawan satu antara Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN)."Namun, nampaknya masih ada pihak yang mengimpikan kembalinya era UMNO sebagai kuasa politik yang sangat dominan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, MCA dilihat mendesak BN bergerak secara solo kerana parti itu mungkin hanya diperuntukkan dua kerusi Parlimen sekiranya PH dan BN meneruskan kerjasama."Walaupun MCA merupakan sebahagian daripada kerajaan, parti itu sering dilihat bertindak seperti pembangkang dengan memainkan pelbagai isu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Cina."Dalam UMNO sendiri, terdapat pemimpin yang tidak mahu parti itu bekerjasama dengan PH dalam pilihan raya."Mereka percaya UMNO hanya mampu mengembalikan kegemilangan lampau jika bertanding di sebanyak mungkin kerusi dan mengetengahkan calon Perdana Menteri sendiri, sekali gus meraih semula sokongan orang Melayu," ujarnya.Chin Tong bagaimanapun mengingatkan bahawa era dominasi satu parti telah berakhir sejak PRU 2018 dan negara kini tidak lagi mempunyai sebuah parti yang benar-benar dominan.Tambah beliau, dalam landskap politik semasa, senario yang paling berkemungkinan bagi PRU16 ialah PH dan PN muncul sebagai dua blok utama, manakala BN menjadi pemain yang lebih kecil."Walaupun BN ketika ini dilihat mempunyai kelebihan dalam PRN Johor, kemenangan di peringkat negeri tidak semestinya dapat diterjemahkan kepada kejayaan dalam pilihan raya umum."PRU 2022 lalu merupakan contoh paling jelas |
|
'Akses MyKhas dua Ahli Parlimen digantung atas pilihan politik sendiri' - Bryan Ng - Sinarharian - 4/06 4:56 pm SHAH ALAM Seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan keputusan menggantung akses sistem MyKhas kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen oleh kerajaan baru-baru ini.Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bryan Ng Yih Miin turut menyifatkan tindakan itu sebagai akibat daripada pilihan politik yang dibuat kedua-dua wakil rakyat berkenaan.Menurut beliau, penggantungan akses tersebut bukan disebabkan kesilapan pentadbiran atau tindakan yang menyasarkan individu tertentu, sebaliknya merupakan kesan institusi susulan pendirian politik yang diambil mereka."Penggantungan akses MyKhas bukanlah kecuaian pentadbiran atau tindakan terpilih terhadap mana-mana individu."Ia adalah hasil institusi yang berpunca daripada keputusan politik mereka sendiri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Bryan berkata, peruntukan Parlimen merupakan amanah kepada rakyat dan tidak seharusnya digunakan bagi menyokong agenda politik yang boleh melemahkan kedudukan kerajaan sedia ada.Menurutnya, kedua-dua Ahli Parlimen terbabit tidak boleh menyertai platform politik yang dilihat mencabar kerajaan sambil terus menuntut akses kepada sumber dan kemudahan yang disediakan Kerajaan Persekutuan.Bagaimanapun, Bryan memberi jaminan bahawa kebajikan penduduk di kawasan Petaling Jaya dan Subang tidak akan terjejas susulan tindakan tersebut.Katanya, bantuan kepada rakyat, pembiayaan sekolah serta projek pembangunan komuniti di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) akan diteruskan menerusi penyelaras yang diiktiraf serta saluran alternatif kerajaan.Dalam pada itu, beliau mendakwa kedua-dua wakil rakyat berkenaan cuba menggambarkan diri mereka sebagai mangsa keadaan walaupun didakwa telah menunjukkan kecenderungan politik yang jelas sejak enam bulan lalu."Saya merujuk kepada kehadiran mereka pada majlis pelancaran Parti Bersama Malaysia pada 17 Mei lalu, sebuah platform politik baharu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad."Secara jelas, platform tersebut diwujudkan bagi mencabar kedudukan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang." Bahkan Wong Chen secara terbuka telah menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) menggunakan tiket parti baharu itu dan bukannya PKR."Dengan menyelaraskan diri mereka bersama platform politik yang bersaing, mereka secara tidak langsung telah mengkhianati mandat yang diberikan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.Beliau menambah, adalah tidak munasabah dari sudut politik bagi Kerajaan Perpaduan menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat yang didakwa bergerak menentang kerajaan.Mengulas lanjut, Bryan berkata, kemenangan PH di kerusi bandar seperti Petaling Jaya dan Subang bukan semata-mata bergantung kepada populariti individu, sebaliknya hasil kekuatan jentera parti dan usaha kolektif akar umbi.Beliau mendakwa Chean Chung sebelum ini kurang dikenali pengundi tempatan kerana pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pada PRU15."Kemenangan beliau banyak dipengaruhi oleh platform PH serta kerja keras jentera parti di peringkat akar umbi," katanya.Mengenai Wong Chen pula, Bryan Ng mendakwa Ahli Parlimen itu sekian lama menikmati kelebihan kerusi yang dianggap selamat sambil memainkan peranan sebagai pengkritik dalaman parti.Beliau turut mengaitkan kritikan Wong Chen terhadap Kementerian Kewangan selepas tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Malaysia Debt Ventures (MDV) sebagai satu bentuk politik tidak konsisten."Beliau tidak boleh meletakkan dirinya sebagai tokoh pembangkang sambil terus menuntut akses kepada sumber yang berkaitan dengan kerajaan," katanya. |
|
Rakyat tolak sistem satu parti UMNO-BN ??? Chin Tong - Mygazette - 4/06 3:59 pm Tambahnya, bagi mencari jalan untuk bertanding lebih daripada dua kerusi, MCA mendesak BN untuk bertanding solo, walaupun ia sedar kemahuannya itu akan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru yang akan menjejaskan peluang kedua-dua BN dan PH. Walaupun MCA merupakan rakan gabungan Kerajaan Perpaduan, ia bersikap seperti pembangkang, membawa isu yang menyebabkan kemarahan dalam kalangan parti-parti komponen, menimbulkan keresahan kaum Cina, dan mempertikaikan kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, serta menyerang DAP dan Kerajaan Perpaduan, katanya |
|
Kerajaan fokus tadbir negara, tiada keperluan PRU16 dalam masa terdekat PM - Sinarharian - 4/06 1:20 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan ketika ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mentadbir negara dan tidak melihat keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam masa terdekat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan pelaksanaan dasar serta tanggungjawab pentadbiran berjalan dengan baik.Mengulas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin lalu, beliau berkata, ia merupakan keputusan dan pertimbangan pihak berkenaan."Ia keputusan mereka (Barisan Nasional Johor). Kami ada keutamaan kami dan fokus kepada tugas kami," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada Khamis.Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid.Isnin lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN negeri itu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Katanya, pembubaran tersebut bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri (PRN), yang tarikh penamaan calon dan pengundian akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Sementara itu, pada 17 Mei lalu, Anwar membayangkan kemungkinan pembubaran Parlimen lebih awal bagi memberi laluan kepada PRU16 sekiranya berlaku gangguan terhadap kestabilan politik dalam kalangan rakan kerjasama Kerajaan Perpaduan.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pendirian berkenaan susulan keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk bertanding di semua kerusi di Johor |
|
Keputusan bubar DUN adalah hak, pertimbangan kerajaan negeri - PM - Sinarharian - 4/06 12:30 am Kita sepatutnya fokus kepada kerja."Itu keputusan mereka. Kami mempunyai keutamaan sendiri dan perlu menumpukan perhatian kepada tanggungjawab kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di sini pada Khamis.Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada kemungkinan pilihan raya negeri akan menjejaskan tumpuan pentadbiran kerajaan.Isnin lepas, Johor membubarkan DUN, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.Pada Mei lepas, Anwar menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal jika rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan terus bertindak menggugat kestabilan politik di negara ini |
|
Umno Johor tak mahu kongsi kerusi, mahu kuasai politik negara, dakwa Chin Tong - Harapandaily - 4/06 8:35 am Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, keputusan membubarkan DUN Johor adalah sebahagian daripada “rancangan besar” Umno negeri itu. Menurut beliau, walaupun Umno merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, terdapat pihak dalam parti itu di Johor yang tidak selesa dengan formula tersebut |
|
Kestabilan kunci tarik pelaburan dan majukan Perlis ??? Syed Ahmed Najib - Mygazette - 4/06 7:30 am Sebagai rakyat yang menjunjung institusi Raja Berperlembagaan, titah Tuanku hari ini merupakan panduan yang jelas kepada kepimpinan negeri, penjawat awam dan seluruh rakyat Perlis. Ketika dunia berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan geopolitik yang semakin kompleks, Perlis memerlukan kestabilan, perpaduan tujuan dan kesediaan untuk bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan, katanya lagi |
|
Chean Chung Ahli Parlimen kedua hilang akses peruntukan kawasan - Sinarharian - 3/06 5:26 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa pejabatnya tidak lagi dapat mengakses sistem MyKhas sejak 29 Mei lalu, sekali gus menyebabkan urusan berkaitan peruntukan kawasan dan Projek Mesra Rakyat (PMR) tidak dapat diteruskan seperti biasa.Beliau berkata, tindakan tersebut menimbulkan persoalan kerana tiada sebarang penjelasan rasmi diberikan sebelum akses tersebut disekat."Setakat pengetahuan saya, ini mungkin kali pertama dalam sejarah negara apabila dua Ahli Parlimen kerajaan secara berturut-turut tidak lagi mempunyai akses kepada saluran peruntukan kawasan."Secara peribadi, saya menerima keadaan ini dengan tenang. Namun saya ingin mengemukakan satu persoalan yang amat mudah, apakah sebenarnya kesalahan yang telah saya lakukan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menuntut penjelasan rasmi daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas akses akaun Portal MyKhas milik pejabatnya didakwa disekat tanpa sebarang notis.Menurutnya, sekatan itu menjejaskan urusan pejabatnya untuk memuat naik, mengurus dan memproses permohonan PMR serta permohonan lain berkaitan peruntukan kawasan bagi rakyat Subang.Dalam pada itu Chen Chung menegaskan, beliau tidak pernah mengumumkan keluar daripada blok kerajaan atau mengundi menentang kerajaan di Parlimen.Namun ujarnya, jika sekatan itu ada kaitan dengan kehadirannya pada majlis pelancaran sebuah parti baharu yang dipimpin bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei lalu, pimpinan parti seharusnya memberikan penjelasan secara terbuka."Jika tindakan saya dianggap melanggar disiplin parti, tidak setia kepada parti atau menjejaskan kepentingan parti, maka proses sewajarnya perlu dilaksanakan."Surat amaran boleh dikeluarkan, surat tunjuk sebab boleh diminta, malah siasatan disiplin juga boleh dijalankan mengikut saluran yang ditetapkan," tegasnya.Beliau turut mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap janji Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemberian peruntukan pembangunan kawasan secara adil kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.Menurutnya, rakyat berhak mempersoalkan sama ada wujud amalan dua darjat dalam pengagihan peruntukan kawasan sekiranya seorang Ahli Parlimen kerajaan boleh kehilangan akses kepada saluran peruntukan atas faktor politik yang tidak dijelaskan."Kerajaan Perpaduan mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa seorang Ahli Parlimen kerajaan tiba-tiba kehilangan akses kepada saluran peruntukan yang selama ini digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat."Peruntukan kawasan bukanlah manfaat untuk Ahli Parlimen |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |