///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pendaftaran Pertubuhan News   Page 1    



Hari Cuci Malaysia cipta dua rekod baharu MBOR - Mygazette - 26/09 3:00 pm

KUALA LUMPUR - Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan rakyat secara besar-besaran serta pengumpulan bahan kitar semula dalam tempoh satu hari





Wawasan kunci mulut mengenai rundingan kerusi PRN Melaka - Mygazette - 26/09 3:00 pm

Khamis lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, BN kekal dengan pendirian untuk mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada PRN 2021. Malah tegas Pengerusi BN negeri itu, tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung sementara semua kegiatan PN tidak menghalang BN untuk mencari persefahaman politik dengan mana-mana parti dalam gabungan itu





PRN Melaka: Zahid sahkan dua rundingan berasingan minggu depan PRN Melaka: .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm

Itu akan diperhalusi dan kita mesti melihat dari segi mudarat dan manfaat, mana yang lebih dan tentunya kita sebagai sebuah gabungan politik atas nama Barisan Nasional mahu melihat dari jangka sederhana dan panjang daripada segi manfaat kepada negara dan khususnya kepada gabungan parti kita yang ada, katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada BN mungkin memilih untuk berunding dengan Pas susulan isu melibatkan pendaftaran PN dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Ahmad Zahid menyerahkan perkara itu kepada Setiausaha Agung UMNO dan Pengerusi PN





PRN Melaka: BN adakan dua perjumpaan berasingan minggu depan - Sinarharian - 26/09 2:35 pm

Dua kumpulan yang berlainan."Baru nak bincang, nak dedah macam mana? Bincang dululah. Kita bagi pada (Pengerusi BN Melaka) Datuk Seri Ab Rauf (Yusoh) maklum," katanya ditemui pada Program Musyawarah Nasional: Membongkar Polemik Tanah Melayu di MITC pada Sabtu.Ketika ditanya sama ada rundingan dengan Pas akan dilakukan susulan status PN yang kini digantung Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Ahmad Zahid berkata, perkara itu diserahkan kepada kepimpinan PN dan Setiausaha Agungnya."Saya serahkan perkara itu kepada Setiausaha Agung dan Pengerusi PN untuk menentukan tapi kami lebih selesa jika dalam sesebuah parti daripada gabungan yang telah terburai itu," katanya.Sementara itu, ketika ditanya kumpulan mana yang paling hampir untuk menjalinkan kerjasama dengan BN, Ahmad Zahid berkata, perkara itu masih akan diperhalusi."Itu akan diperhalusi dan kita mesti melihat dari segi mudarat dan munasabah, mana yang lebih."Sudah tentu kita sebagai sebuah gabungan politik atas nama BN mahu melihat dari jangka sederhana dan panjang dari segi manfaat kepada negara dan khususnya kepada gabungan parti kita yang ada," katanya.





PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS - Sinarharian - 26/09 2:10 pm

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.Menurutnya, pihak peguam PN akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan bentuk tindakan yang sesuai terhadap keputusan RoS."Esok kami ada mesyuarat dengan peguam-peguam di Kuala Lumpur."Kami akan putuskan tindakan yang sesuai sama ada injunksi ataupun pengisytiharan terhadap keputusan RoS itu sah atau tidak," katanya selepas merasmikan Karnival Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, PN boleh memohon perintah injunksi sementara bagi menghalang pelaksanaan perintah penggantungan yang dikeluarkan RoS khususnya jika tindakan itu menjejaskan penyertaan gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Permohonan itu boleh dibuat bersama tindakan semakan kehakiman bagi mencabar kesahan perintah penggantungan berkenaan.Takiyuddin berkata, tindakan perundangan itu dibuat susulan keputusan RoS mengenakan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa Rabu lepas.Beliau pada masa sama menjelaskan latar yang membawa kepada aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk isu mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.Katanya, pada 15 Julai, Bersatu mengumumkan hasrat menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, manakala pada keesokan harinya PN mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta pembahagian kerusi."Jadi mereka dah tak mahu dengan Perikatan Nasional, takkan kami nak panggil lagi, itu minta penjelasan dengan mereka," katanya.RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos lalu berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam mesyuarat berkenaan selain isu kedudukan keanggotaan Bersatu dalam PN.Mengulas sama ada perkembangan itu bermakna hasrat Bersatu sudah tercapai, Takiyuddin tidak memberikan jawapan secara langsung, sebaliknya berkata perkara berkaitan kedudukan Bersatu dalam kerajaan negeri perlu dirujuk kepada kerajaan negeri masing-masing."Kena ingat bahawa Bersatu juga berada dalam kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah."Saya tak nak ulas panjang, itu kena tanya kerajaan negeri





Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2026 Dibuka, Pelajar Johor Boleh Dapat Sehingga RM1,500 - Siakapkeli - 26/09 12:02 am

Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2026 Dibuka, Pelajar Johor Boleh Dapat Sehingga RM1,500 Bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi





Penggantungan PN tidak jejas rundingan dengan BN - Takiyuddin - Sinarharian - 26/09 12:01 am

KOTA BHARU - Penggantungan semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak menjejaskan rundingan kerjasama gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan dengan BN masih diteruskan dan perkembangan berkaitan RoS tidak mengubah pendirian PN terhadap agenda kerjasama politik berkenaan."Saya mengesahkan tidak jejaskan rundingan kerjasama seperti kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menekankan penyatuan ummah."Penyatuan Ummah ataupun penyatuan orang Melayu-Islam ini sudah diterima oleh semua majoriti rakyat Malaysia, termasuk kalangan bukan Melayu."Sebab penyatuan, perpaduan ini mewujudkan kestabilan





Selatan Global: Malaysia gesa multilateralisme lebih inklusif, adil - Sinarharian - 26/09 11:46 am

NEW YORK - Malaysia menggesa pendekatan baharu terhadap multilateralisme yang berteraskan keterangkuman, keadilan dan akauntabiliti bagi Selatan Global, ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, konflik berterusan serta jurang ketidaksamaan yang semakin melebar.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian ketika menyampaikan intervensi pada Mesyuarat Menteri-Menteri G77 dan China bertemakan "Selatan Global dan Masa Depan Multilateralisme" di sini pada Sabtu.Mohamad berada di New York dari 23 hingga 27 September bagi mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)."Kita bertemu ketika sistem multilateral berada di bawah tekanan yang besar."Ketegangan geopolitik semakin mendalam, konflik berterusan, ketidaksamaan semakin melebar dan kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan masih terlalu perlahan," kata beliau.Pada masa sama, beliau berkata, negara membangun terus berdepan kerangka kewangan dan ekonomi global yang tidak cukup berkesan dalam menangani cabaran semasa."Cabaran ini tidak mengurangkan kepentingan multilateralisme





Anak muda jayakan Festival Budaya Selangor 2026 - Sinarharian - 26/09 9:45 am

KUALA LANGAT - Penglibatan anak muda yang mendominasi persembahan pentas Festival Budaya Selangor 2026 menjadi petunjuk positif terhadap perkembangan seni dan budaya negeri itu.Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Radzi Omar berkata, sebahagian besar persembahan pada malam perasmian festival berkenaan dijayakan generasi muda.Menurutnya, persembahan muzik cempuling turut memperlihatkan penglibatan pelbagai generasi apabila menghimpunkan pemain dalam kalangan dewasa, remaja dan kanak-kanak."Khusus di Selangor pada tahun ini, kita mengangkat cempuling sebagai identiti festival budaya





Jual RON95 pada kereta Singapura, pemilik stesen, pembeli didenda RM25,000 - Careta - 26/09 8:21 am

Dia didapati menjual petrol RON95 sebanyak 27.452 liter kepada Wong Ing Wan, 46, bagi kegunaan kenderaan motor pendaftaran asing (Singapura) bernombor pendaftaran SNG2721 L tanpa kebenaran bertulis Pengawal





DAPSY sokong himpunan tuntut RCI Mafia Korporat - Mygazette - 26/09 8:16 am

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Malaysia menyokong penuh terhadap himpunan aman yang dianjurkan masyarakat sivil bagi mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dakwaan mafia korporat serta kempen Hands Off NGO





30 NGO bersatu pertahan Tuanku Muhriz - Mygazette - 26/09 8:16 am

BAHAU Lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersatu menzahirkan taat setia dan sokongan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selain berikrar mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan





AS perlu buat pilihan sama ada mahu tamatkan perang – Iran - Mygazette - 26/09 8:16 am

# AS perlu buat pilihan sama ada mahu tamatkan perang - Iran NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) perlu membuat pilihan sama ada mahu menamatkan perang dengan Iran kerana Tehran tidak mahu meneruskan pertempuran, kata Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam satu wawancara televisyen





PN digantung: Bersatu dakwa ada pelanggaran perlembagaan, ‘kuasa .. - Mygazette - 26/09 8:16 am

# PN digantung: Bersatu dakwa ada pelanggaran perlembagaan, 'kuasa veto' KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 23 September lalu susulan aduan yang dibuatnya berhubung dakwaan pelanggaran perlembagaan PN





Rakyat N9 pertahan institusi diraja, mahu krisis diselesai berlandaskan .. - Mygazette - 26/09 8:16 am

# Rakyat N9 pertahan institusi diraja, mahu krisis diselesai berlandaskan adat BAHAU - Suara mempertahankan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus bergema apabila pelbagai pihak menyeru agar krisis perlembagaan negeri itu diselesaikan berlandaskan adat, kedaulatan serta kedudukan institusi diraja





Jangan remehkan peranan RoS - Utusan - 26/09 8:15 am

PETALING JAYA: Kepemimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak meremehkan peranan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan politik itu





Krisis institusi diraja, adat Negeri Sembilan: 'Saya tak mahu campur' - Anwar - Sinarharian - 26/09 12:15 am

PENDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu.Anwar berkata, beliau menghormati Undang serta proses yang ditetapkan, namun Kerajaan Persekutuan tetap mempunyai tanggungjawab memastikan urusan berkaitan negara, keselamatan dan institusi berjalan mengikut lunas undang-undang."Ada orang tanya Anwar apa yang nak campur? Saya kata saya tak campur





PM lulus peruntukan tambahan RM2.8 juta kepada 14 institut pendidikan Islam Kedah - Sinarharian - 25/09 11:49 pm

PENDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2.8 juta kepada institusi pendidikan Islam di negeri ini.Menurutnya, peruntukan berkenaan bertujuan membaik pulih infrastruktur asas membabitkan 14 buah institusi pendidikan di Kedah."Saya meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2.8 juta untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Negeri Kedah."Saya juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Pertubuhan Mujamma' Ibnu Sunni Al-Talaqqi Pendang, Kedah (Mushtaq) bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah serta Musthola Hadis sebagai usaha memperkasa pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam kalangan masyarakat," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pendang Berselawat di Perkarangan Pondok Mushtaq di sini pada Jumaat.Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli.Katanya, semua peruntukan dan dana bantuan bagi projek pembangunan negeri akan diselaras sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Cawangan Kedah bagi memastikan agihan yang cekap dan telus.Sebelum itu, Anwar tiba pada jam kira-kira 8 malam setelah selesai Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Alor Setar.





523 Pencari Kerja Berjaya Dapat Tawaran Kerja Dengan Tawaran Gaji Sehingga RM5,000 Menerusi Festival Mega iLINDUNGu - Ohmedia - 25/09 7:19 pm

Bukan semua orang yang datang ke karnival kerjaya pulang dengan tangan kosong





3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA mahu Belanjawan 2027 tangani krisis tenaga kerja - Sinarharian - 25/09 6:34 pm

SHAH ALAM - Keperluan mengekalkan doktor dalam sektor awam antara yang perlu diberi perhatian menerusi pembentangan Belanjawan 2027, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan.Beliau berkata, antara 2019 hingga 2023, seramai 3,494 doktor meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk 2,385 pegawai perubatan tetap dan 1,109 tenaga pakar.Menurutnya, peletakan jawatan dalam kalangan pakar turut meningkat 57 peratus dalam tempoh berkenaan."Malaysia kini berdepan kekurangan hampir 11,000 pakar, manakala kekosongan jawatan jururawat kira-kira 18 peratus





Azmin: PN patut cermin diri sebelum salahkan ROS berhubung ancaman batal pendaftaran - Mkini - 25/09 6:18 pm

Bersatu membidas kepimpinan tertinggi PN kerana menyerang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).





RoS perlu jelas asas notis kepada PN – peguam - Harakahdaily - 25/09 5:39 pm

SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu menjelaskan asas perundangan yang digunakan untuk mengeluarkan notis cadangan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), sedangkan aduan berkaitan kuorum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU masih belum diputuskan.Pengamal undang-undang, Dr Yusfarizal Yussoff berkata, notis di bawah Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang dikeluarkan pada 22 September 2026 […] The post RoS perlu jelas asas notis kepada PN – peguam appeared first on Harakahdaily .





Isu baja Kedah: SPRM selesai siasat, dua individu bakal didakwa - Sinarharian - 25/09 5:07 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu kelewatan pengedaran baja kepada pesawah di Kedah dan bercadang mendakwa dua individu berkaitan kes berkenaan dalam masa terdekat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memperakukan pertuduhan terhadap mereka yang terlibat."Kami telah menyelesaikan penyiasatan





MAIWP, kerajaan berjaya batal saman cabar status agama - Sinarharian - 25/09 5:00 pm

PUTRAJAYA -Mahkamah Rayuan pada Jumaat membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kerajaan untuk membatalkan saman seorang lelaki yang mencabar status agamanya.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid memutuskan bahawa kes yang dikemukakan Shehzad Malik Muhammad Sarwar Malik melibatkan isu keluar daripada agama Islam dan relif yang dipohonnya hanya boleh diberikan oleh Mahkamah Syariah."Responden (Shehzad Malik) tidak boleh datang ke Mahkamah Sivil kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan perintah yang dipohon," kata Hakim Mohd Firuz ketika menyampaikan keputusan sebulat suara panel berkenaan.Beliau berkata, mahkamah berpandangan bahawa dari segi undang-undang, responden dikenal pasti sebagai individu beragama Islam, manakala hakikat bahawa beliau mungkin tidak mempercayai akidah Islam serta tidak mengamalkan ajaran agama itu adalah tidak relevan.Terdahulu, panel berkenaan menolak bantahan awal yang dibangkitkan peguam Shehzad Malik bahawa rayuan MAIWP dan kerajaan tidak dikemukakan dengan sewajarnya di hadapan mahkamah dan sepatutnya dibatalkan.Hakim Mohd Firuz memutuskan bahawa rayuan berkenaan adalah kompeten.Shehzad Malik, 30, memfailkan saman pemula pada Disember 2023 dengan mendakwa bahawa ketika dilahirkan pada Jun 1996, kedua-dua ibu bapanya beragama Islam, namun beliau dibesarkan oleh ibunya sebagai penganut Sikh.Beliau berkata, selepas ibunya meninggal dunia pada 2007, beliau dibesarkan oleh bapa saudaranya yang turut menganut dan mengamalkan agama Sikh.Shehzad Malik memohon deklarasi mahkamah supaya status agamanya dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) "dipinda dan diperbetulkan" daripada Islam kepada Sikh, selain menukar namanya daripada Shehzad Malik bin Muhammad Sarwar Malik kepada Bilawal Singh Bhutter.Pada 24 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan MAIWP dan kerajaan untuk membatalkan saman pemula itu, menyebabkan kedua-dua pihak mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.Dalam prosiding hari ini, MAIWP diwakili peguam Ahmad Kamal Abu Bakar dan Arik Zakri Abdul Kadir, manakala Peguam Kanan Persekutuan Husniyyah Hanapi mewakili kerajaan.Shehzad Malik pula diwakili peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal dan Amanda Sonia Mathew.- Bernama





Azmin dedah punca Bersatu buat aduan terhadap PN kepada RoS - Sinarharian - 25/09 4:58 pm

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Penafian hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadiri, menyuarakan pendapat dan mengundi dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada 16 Julai lalu menjadi aduan parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), sebelum penggantungan semua kegiatan gabungan berkuat kuasa 23 September lalu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu telah mengemukakan aduan bertulis kepada RoS pada 11 Ogos lalu berhubung tindakan kepimpinan baharu gabungan itu yang didakwa melanggar Perlembagaan PN."Bersatu juga telah mengemukakan aduan kepada RoS mengenai kewujudan 'kuasa veto' yang mempengaruhi keputusan dibuat Majlis Tertinggi PN."Individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PN sering mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai satu ancaman dan tekanan untuk melucutkan dan/atau menggugurkan Bersatu sebagai parti anggota yang sah dalam PN."Amalan ini bercanggah dengan kuasa yang diberikan kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional di bawah Fasal 7A.1(c) Perlembagaan PN," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu beliau memaklumkan, RoS telah mengesahkan terima aduan Bersatu dan penelitian sedang dijalankan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 serta peraturan berkaitan dan Perlembagaan PN.Malah menurutnya, beliau sendiri telah hadir mewakili parti untuk memberi keterangan pada 18 Ogos di Ibu Pejabat RoS, Putrajaya berhubung aduan yang dibuat oleh Bersatu."Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat RoS dan menerangkan asas aduan yang dibuat pada 11 Ogos 2026."Saya menggesa kepimpinan tertinggi dan pihak pengurusan PN idak meremehkan peranan RoS dengan melemparkan tohmahan jahat yang tidak berasas untuk meraih simpati politik dan menutup kegagalan kepimpinan sedia ada."RoS telah berulang kali memberi peringatan secara bertulis kepada PN supaya pertubuhan ini hendaklah menjalankan segala aktiviti pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dan Perlembagaan PN," tegasnya.





Penggantungan PN: Jangan biar RoS dipersepsikan sebagai alat tekanan politik - Sinarharian - 25/09 4:18 pm

SHAH ALAM Kerajaan Madani digesa memastikan tiada sebarang campur tangan politik terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) atau mana-mana institusi kerajaan dalam urusan penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN).Pengerusi Sekretariat Gerakan Suara Rakyat Malaysia Sejahtera, Mohd Zai Mustafa berkata, jika tindakan RoS itu benar-benar berasaskan undang-undang dan peraturan pertubuhan, proses berkenaan perlu dilaksanakan secara telus, konsisten dan bebas daripada sebarang pengaruh politik.Menurut beliau, institusi negara ialah milik rakyat dan tidak seharusnya dilihat sebagai alat kepada mana-mana kerajaan atau parti politik."RoS telah menjelaskan bahawa tindakan tersebut bukan pembatalan pendaftaran PN, sebaliknya penggantungan sementara susulan notis yang memerlukan gabungan itu memberikan penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)."Walau apa pun alasan pentadbiran dan perundangan yang diberikan, tindakan terhadap salah satu gabungan politik utama negara sudah tentu menimbulkan persoalan serta pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat."Demokrasi yang matang tidak seharusnya takut kepada persaingan politik





Pengusaha ladang kelapa sawit rugi lebih RM300,000 terpedaya pelaburan tidak wujud - Sinarharian - 25/09 3:47 pm

TEMERLOH - Seorang pengusaha ladang kelapa sawit kerugian lebih RM300,000 selepas menjadi mangsa tawaran skim pelaburan disyaki tidak wujud.Lelaki berusia 51 tahun dari Kuala Krau di sini mendakwa menerima pesanan Whatsapp dari nombor tidak dikenali 11 Ogos lalu menawarkan pelaburan 'Prestige Prime' yang menjanjikan pulangan lumayan bagi menambahkan pendapatannya.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, tertarik dengan pelaburan tersebut, mangsa menekan pautan yang diberikan untuk membuat pendaftaran.Menurutnya, mangsa seterusnya diarahkan untuk membuat bayaran pelaburan ke akaun yang diberikan."Mangsa telah membuat 18 transaksi bayaran ke sembilan akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM301,777 menggunakan wang simpanan dan wang dipinjam daripada adik serta rakan."Selepas transaksi tersebut dilakukan, mangsa dapati akaun pelaburannya disekat dan mengesyaki telah ditipu," katanya.Mohd Nasyim berkata, mangsa juga tidak mendapat sebarang keuntungan daripada wang yang dilaburkan itu."Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu yang menghubungi melalui telefon atau aplikasi media sosial dengan tawaran pelaburan secara dalam talian menjanjikan keuntungan lumayan."Jangan memuat turun aplikasi atau membuat sebarang transaksi kewangan atas arahan individu yang tidak dikenali."Mereka yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat laporan polis," katanya.





Pemilik stesen minyak didenda RM25,000, jual RON95 kepada kenderaan Singapura - Sinarharian - 25/09 3:28 pm

MANJUNG - Pemilik sebuah stesen minyak didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah menjual petrol RON95 kepada kenderaan asing tanpa kebenaran, Mei lalu.Hakim Azizah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Ling Mei Yen, 51, selaku pemilik perniagaan Siew Service Station di Ayer Tawar.Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menjual petrol RON95 sebanyak 27.452 liter kepada seorang lelaki, Wong Ing Wan, bagi kegunaan sebuah kenderaan pendaftaran Singapura tanpa kebenaran bertulis Pengawal.Kesalahan itu dilakukan di stesen minyak miliknya di Main Road, Ayer Tawar, dalam daerah Manjung kira-kira jam 8.25 malam pada 13 Mei 2026.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.Mahkamah turut mengenakan denda sama, RM25,000, terhadap Ing Wan, 46, yang mengaku bersalah membeli petrol RON95 dalam kuantiti sama daripada premis berkenaan bagi kegunaan kenderaan asing tanpa kebenaran bertulis.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin bersama Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Muhammad Hanif Abd Azis.Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan itu melibatkan bahan kawalan bersubsidi di bawah program Budi Madani RON95 yang menggunakan wang cukai rakyat.Kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.Kedua-dua tertuduh menjelaskan denda RM25,000 masing-masing pada hari sama.





Reka bentuk pemenang pertandingan tandas awam bakal digunakan di Padang .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm

# Reka bentuk pemenang pertandingan tandas awam bakal digunakan di Padang Merbok, Bukit Bintang KUALA LUMPUR Idea reka bentuk pemenang Pertandingan Reka Bentuk Tandas dan Ruang Mandi Awam bakal digunakan dalam pembinaan kemudahan baharu di Padang Merbok dan Bukit Bintang, yang dijadualkan bermula tahun hadapan





Notis RoS: Pas, Wawasan disaran bermuhasabah, profesional dan akur .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm

# Notis RoS: Pas, Wawasan disaran bermuhasabah, profesional dan akur -Bersatu Pahang KUANTAN - Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) disaran bermuhasabah dan bersikap profesional dengan menjawab notis dan akur perintah penggantungan Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)





Penggantungan PN bagi hentikan tindakan unilateral kepimpinan ??? Tun .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm

# Penggantungan PN bagi hentikan tindakan unilateral kepimpinan Tun Faisal KUALA LUMPUR - Perintah penggantungan terhadap Perikatan Nasional (PN) perlu menjadi langkah menghentikan tindakan unilateral yang didakwa mengetepikan Majlis Tertinggi (MT), parti anggota serta Perlembagaan gabungan itu, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. Beliau berkata, berdasarkan aduan yang dikemukakan Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), terdapat dakwaan pelanggaran aturan, kaedah, tadbir urus dan Perlembagaan PN yang berlaku secara berulang





RoS: Kenapa gantung semua kegiatan sebelum sempat PN beri penjelasan? .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm

# RoS: Kenapa gantung semua kegiatan sebelum sempat PN beri penjelasan? Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa kelmarin





Penggantungan aktiviti PN tidak jejas BN hadapi PRN Melaka - Utusan - 25/09 2:32 pm

TAPAH: Penggantungan semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) sejak Rabu lalu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Kenaikan aras laut bukan lagi ancaman masa depan, tetapi realiti masa kini - Mohamad Hasan - Sinarharian - 25/09 11:57 am

NEW YORK - Kesan kenaikan aras laut kini semakin dirasai di pulau-pulau dan kawasan pesisir, menjadikannya ancaman semasa dan bukan lagi kebimbangan masa depan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Ketika menyampaikan intervensi pada Mesyuarat Pleno Peringkat Tinggi mengenai Menangani Ancaman Kewujudan Akibat Kenaikan Aras Laut di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Khamis, Mohamad berkata, Malaysia sebagai sebuah negara maritim melihat kenaikan aras laut sebagai cabaran pembangunan dan daya tahan yang semakin meningkat.Beliau berkata, unjuran iklim menunjukkan aras laut di sepanjang pesisir Malaysia boleh meningkat sehingga 0.74 meter menjelang 2100."Risiko ini memberi implikasi langsung terhadap keselamatan pertanian, air dan infrastruktur kita," kata beliau.Mohamad berkata, masyarakat di pesisir juga semakin terdedah kepada banjir, hakisan dan kemasukan air masin.Beliau turut mengalu-alukan penekanan Deklarasi itu terhadap sains, data dan kesediaan, sambil berkata pemerhatian berterusan serta pemantauan pesisir untuk jangka panjang penting bagi memperkukuh penilaian risiko, sistem amaran awal dan perancangan penyesuaian.Beliau berkata Malaysia sedang memperkukuh usaha penyesuaian nasional menerusi Nationally Determined Contribution 3.0 (NDC 3.0) serta pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan.Bagaimanapun, Mohamad menegaskan bahawa negara membangun seperti Malaysia tidak mampu menangani cabaran ini secara bersendirian."Usaha penyesuaian yang lebih bercita-cita tinggi perlu disokong dengan kaedah pelaksanaan yang mencukupi," kata beliau sambil menekankan kepentingan negara maju memenuhi komitmen mereka untuk menyediakan pembiayaan iklim, pemindahan teknologi dan sokongan pembangunan kapasiti.Mohamad kini berada di New York dari 23 hingga 27 Sept bagi mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)





Jangan biar RoS dijadikan alat tekanan politik – Suara Rakyat - Mygazette - 25/09 8:00 am

# Jangan biar RoS dijadikan alat tekanan politik - Suara Rakyat KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memastikan tidak wujud sebarang campur tangan politik terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) atau mana-mana institusi kerajaan berhubung penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN)





Wawasan dakwa tindakan RoS terhadap PN bermotifkan politik Wawasan dakwa .. - Mygazette - 25/09 8:00 am

# Wawasan dakwa tindakan RoS terhadap PN bermotifkan politik KUALA LUMPUR Parti Wawasan Negara (Wawasan) mendakwa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan notis terhadap Perikatan Nasional (PN) mempunyai motif politik dan bertujuan menyekat gabungan itu daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Isu RoS PN tak jejas rundingan BN, hala tuju parti ??? Ab Rauf - Mygazette - 25/09 8:00 am

# Isu RoS PN tak jejas rundingan BN, hala tuju parti Ab Rauf MELAKA Isu penggantungan kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak menjejaskan hala tuju Barisan Nasional (BN) dalam rundingan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Puluhan utusan PBB keluar ketika Netanyahu berucap - Utusan - 25/09 7:55 am

NEW YORK: Puluhan utusan dari seluruh dunia keluar dari dewan ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantah kekejaman dan genosid dilakukan rejimnya





Perdagangan semikonduktor global dijangka melonjak 90 peratus - Utusan - 25/09 7:50 am

PETALING JAYA: Perdagangan semikonduktor global dijangka mencatatkan pertumbuhan pesat sehingga 90 peratus tahun ke tahun, sekali gus memberi kelebihan strategik kepada Malaysia sebagai penerima manfaat utama kitaran peningkatan teknologi dunia





Bintang Hollywood antara 100 ditahan ketika bantah ucapan Netanyahu - Utusan - 25/09 7:50 am

NEW YORK: Bintang Hollywood, Susan Sarandon dan Hannah Einbinder dilaporkan antara lebih 100 penunjuk perasaan yang ditahan Jabatan Polis New York (NYPD) selepas menyertai tunjuk perasaan di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)





Tidak lagi terikat dengan PN untungkan Pas dan Bersatu - Utusan - 25/09 7:50 am

KANGAR: Keputusan penggantungan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak langsung menjejaskan kedudukan Pas mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya memberi kelebihan politik kepada kedua-dua parti berkenaan





Kepincangan dalaman punca PN digantung RoS - Utusan - 25/09 7:49 am

TANJUNG MALIM: Kepincangan yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) didakwa menjadi punca penggantungan pendaftaran gabungan tersebut oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)





Tindakan RoS untuk jejaskan persiapan PN hadapi PRN? - Harakahdaily - 24/09 11:11 pm

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 23 September 2026 ketika gabungan itu masih diberi ruang menjawab notis penjelasan.Menurutnya, penggantungan itu dibuat susulan aduan BERSATU yang juga parti komponen PN, manakala RoS mengeluarkan notis kepada gabungan […] The post Tindakan RoS untuk jejaskan persiapan PN hadapi PRN? appeared first on Harakahdaily .





PEJUANG tuntut RoS perinci alasan gantung PN - Harakahdaily - 24/09 11:05 pm

KUALA LUMPUR: PEJUANG menuntut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memperincikan pelanggaran aturan yang dikatakan dilakukan Perikatan Nasional (PN) sehingga semua kegiatan gabungan itu digantung





Berat Kelat susut 100kg, kebajikan DAK di Zoo Tennoji terus dipersoal - Sinarharian - 24/09 8:50 pm

KUALA LUMPUR Kebajikan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun terus dipersoalkan susulan dakwaan berlaku penyusutan berat badan terhadap gajah jantan, Kelat.Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM), Prof Dr Santharasekaran Subramaniam mendakwa berat badan Kelat menyusut 100 kilogram daripada kira-kira 2,800 kilogram kepada 2,700 kilogram.Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatan dan kebajikan gajah berkenaan, terutama ketika Kelat dikatakan sedang melalui fasa musth."Jika gajah berada dalam sistem zoo, rutin pemakanan, penjagaan kesihatan oleh doktor veterinar dan pemantauan tingkah laku sepatutnya dilakukan secara berkala."Justeru, persoalannya ialah bagaimana Kelat boleh mengalami penyusutan berat badan sedemikian?" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut Santharasekaran, laporan kesihatan berkala DAK seharusnya dikeluarkan oleh doktor veterinar yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan dan kesihatan gajah, bukannya hanya bergantung kepada kenyataan pihak pengurusan.Beliau turut mendakwa terdapat beberapa faktor persekitaran di Zoo Tennoji yang perlu diberikan perhatian, termasuk ruang pergerakan, pemakanan, kebersihan air kolam dan keadaan cuaca."Keadaan cuaca termasuk musim sejuk yang bakal tiba juga perlu diberi perhatian kerana perubahan persekitaran boleh memberi kesan terhadap kebajikan haiwan yang ditempatkan dalam kurungan," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Santharasekaran mendakwa Kelat menunjukkan beberapa ciri yang dikaitkan dengan fasa musth, termasuk rembesan cecair dari bahagian pelipis, perubahan tingkah laku serta kerap mengangkat kepala dan mengembangkan telinga.Bagaimanapun, beliau menggesa keadaan Kelat dinilai oleh doktor veterinar yang berkelayakan bagi menentukan sama ada perubahan berkenaan merupakan sebahagian daripada proses fisiologi normal musth atau mempunyai kaitan dengan faktor kesihatan dan persekitaran.Santharasekaran turut mempersoalkan sama ada kemudahan di Zoo Tennoji memenuhi keperluan habitat tiga ekor gajah berkenaan, termasuk aspek teduhan ketika cuaca panas.Beliau berkata, terdapat visual yang tular menunjukkan Dara dan Amoi berada di sebalik tembok ketika cuaca panas, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian persekitaran mereka.Sehubungan itu, PERKAM mencadangkan satu badan bebas terdiri daripada doktor veterinar, aktivis gajah dan pihak berkepentingan dalam pemuliharaan hidupan liar diwujudkan bagi menilai keadaan sebenar DAK di Zoo Tennoji."Penilaian dan pemantauan pihak ketiga adalah cara terbaik bagi memastikan keadaan sebenar tiga ekor gajah kita di zoo tersebut dapat dikenal pasti berdasarkan bukti dan penilaian profesional."Rakyat Malaysia mahu kesejahteraan DAK terpelihara," katanya.Menurutnya, sekiranya hasil penilaian bebas membuktikan berlaku pengabaian kebajikan atau pembiakan secara paksa seperti yang didakwa, tindakan sewajarnya termasuk mempertimbangkan penghantaran pulang ketiga-tiga gajah berkenaan ke Malaysia perlu diberi perhatian.DAK sebelum ini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun menerusi kerjasama pemindahan gajah antara Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan di Jepun.PERKAM berkata, pemantauan berkala dan laporan veterinar yang telus penting bagi memastikan kebajikan ketiga-tiga gajah berkenaan terus terpelihara sepanjang berada di luar negara.





Wawasan tuduh tangan ghaib tapi RoS dedah Bersatu sendiri mengadu tentang .. - Wrlr - 24/09 8:18 pm

Harapandaily September 24, 2026 Dakwaan Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengenai kemungkinan wujud tangan ghaib di sebalik penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) bercanggah dengan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), yang mengesahkan tindakan itu berkait aduan rasmi dikemukakan Bersatu sendiri





Penggantungan PN: Bersatu Pahang dakwa tuduhan Pas, Wawasan cuba raih simpati - Sinarharian - 24/09 8:18 pm

KUANTAN- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang kesal dengan tuduhan Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) berhubung perintah penggantungan dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN).Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid berkata, tuduhan dan naratif sempit itu hanya bertujuan meraih simpati atau 'play victim' menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Menurutnya, keputusan RoS dibuat secara adil selepas mendengar keterangan kedua belah pihak iaitu Bersatu dan Pas sebagai pentadbir PN."Selepas mendengar penjelasan dan meneliti bukti kedua belah pihak, RoS membuat keputusan untuk menggantung aktiviti PN sebelum tindakan seterusnya termasuk kemungkinan membatalkan pendaftaran PN."Tindakan ini membuktikan aduan Bersatu mengenai perlanggaran Perlembagaan PN dan penafian hak Bersatu sebagai anggota parti mempunyai asas dan merit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap gabungan itu mempunyai kaitan dengan agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik daripada pihak dalam serta luar perikatan berkenaan.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu mengambil maklum keputusan RoS, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan tersebut.Malah, Wawasan turut mempersoalkan sama ada terdapat tangan ghaib di sebalik tindakan menggantung PN yang berlaku serentak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.Sebelum ini, RoS menegaskan pendaftaran PN tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu kini dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu.RoS dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dan memberikan tempoh yang munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.Dalam pada itu, Zakaria berkata, Pas dan Wawasan disaran bermuhasabah serta bersikap profesional dengan menjawab notis RoS dan mematuhi perintah penggantungan PN.





Status PN digantung RoS tidak beri kesan kepada BN - Ab Rauf - Sinarharian - 24/09 6:52 pm

MELAKA - Status Perikatan Nasional (PN) yang dikenakan perintah penggantungan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak memberi sebarang kesan kepada Barisan Nasional (BN) membuka pintu rundingan kerjasama politik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, hal itu kerana BN masih belum menentukan hala tuju termasuk berkaitan sebarang rundingan dengan mana-mana parti termasuk dengan gabungan berkenaan."Tindakan RoS itu tak ada beri kesan apa pun





Wawasan tuduh tangan ghaib tapi RoS dedah Bersatu sendiri mengadu tentang PN - Harapandaily - 24/09 4:56 pm

Dakwaan Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengenai kemungkinan wujud ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) bercanggah dengan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), yang mengesahkan tindakan itu berkait aduan rasmi dikemukakan Bersatu sendiri





Kastam P.Pinang rampas rokok, minuman keras RM2.17 juta Kastam P.Pinang .. - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Kastam P.Pinang rampas rokok, minuman keras RM2.17 juta SEBERANG PERAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas rokok dan minuman keras bernilai RM2.17 juta menerusi tiga serbuan di negeri ini, bulan lalu





`Kamu ada kuasa buatlah apa sahaja untuk tindas parti lawan’ .. - Mygazette - 24/09 4:07 pm

Tapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti, tulisnya dalam satu hantaran ringkas di media sosial di sini hari ini. Hantaran itu dipercayai merujuk kepada pengesahan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa semalam





Pejuang persoal RoS: Kenapa PN digantung sebelum penjelasan dinilai? - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Pejuang persoal RoS: Kenapa PN digantung sebelum penjelasan dinilai? KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempersoal tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) sedangkan penjelasan gabungan itu berhubung aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum dinilai





Wawasan dakwa wujud ???tangan ghaib??? di sebalik penggantungan PN - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Wawasan dakwa wujud tangan ghaib di sebalik penggantungan PN KUALA LUMPUR Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan kemungkinan wujud tangan ghaib di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap Perikatan Nasional (PN)





Risiko PN digantung RoS: Penyatuan Melayu masih boleh diteruskan ??? Pakar - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Risiko PN digantung RoS: Penyatuan Melayu masih boleh diteruskan Pakar KUALA LUMPUR Penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak semestinya menghalang usaha penyatuan orang Melayu, sebaliknya ia boleh dilakukan melalui pendekatan dan strategi lain





Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya – Ahmad Zahid - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya - Ahmad Zahid TANJONG MALIM - Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan aduan yang diterima





Notis RoS sama tarikh pembubaran DUN Melaka – Pas - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# Notis RoS sama tarikh pembubaran DUN Melaka - Pas KUALA LUMPUR - Pas yakin notis dan perintah yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada tarikh yang sama dengan pengumuman dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan diuruskan mengikut peruntukan undang-undang dan proses perundangan sewajarnya oleh parti Perikatan Nasional (PN)





PN tak tolak kemungkinan tindakan RoS bermotif politik, berniat jahat - Mygazette - 24/09 4:07 pm

# PN tak tolak kemungkinan tindakan RoS bermotif politik, berniat jahat KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap gabungan itu merupakan natijah agenda berniat jahat (mala fide) serta tekanan politik daripada pihak tertentu dari dalam dan luar PN





Ketika pemimpin itu di bawah, kamu bongkak dan khianat – Peja - Mygazette - 24/09 4:07 pm

Mungkin kamu juga seharusnya, sedemikian, tulis di media sosial miliknya hari ini. Hantaran itu dipercayai berkait keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa semalam





Jangan jadikan RoS senjata politik sekat kemaraan PN - Pejuang - Sinarharian - 24/09 3:44 pm

SHAH ALAM Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menggesa supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak dijadikan senjata politik untuk menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN).Pejuang mendakwa tindakan tersebut berlaku ketika PN dikatakan semakin mendapat sokongan rakyat, manakala sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) pula semakin menurun."Secara tiba-tiba, sehari selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, PN yang dijangka menerima sokongan kuat daripada rakyat dan pengundi di negeri itu digantung."Terlalu banyak persoalan yang timbul susulan tindakan RoS ini yang perlu dijawab," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, RoS memaklumkan bahawa PN dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu.Menurut RoS, notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 telah dikeluarkan kepada PN dan gabungan itu diberikan tempoh yang munasabah untuk menjawab notis berkenaan.Sehubungan itu, Pejuang yang merupakan salah satu parti komponen PN menuntut penjelasan lanjut berhubung tindakan tersebut."Peraturan yang mana dikatakan telah dilanggar? Apakah perbuatan yang didakwa masih berterusan?"Mengapa aduan yang masih menunggu jawapan daripada PN memerlukan semua aktiviti gabungan itu dihentikan serta-merta?"Siaran media RoS tidak menjawab persoalan tersebut, sebaliknya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi," katanya.Menurut Pejuang, RoS sepatutnya mengurangkan ruang kepada spekulasi dengan menjelaskan secara terperinci alasan di sebalik tindakan penggantungan yang melibatkan keseluruhan gabungan tersebut."Rakyat tidak berspekulasi apabila mereka mempersoalkan penggunaan kuasa yang memberi kesan kepada sebuah gabungan pembangkang."Mereka menuntut akauntabiliti," katanya.Oleh itu, Pejuang menggesa RoS memperincikan pelanggaran yang didakwa berlaku, menjelaskan keperluan menggantung semua kegiatan PN serta menarik balik perintah penggantungan tersebut sementara penjelasan daripada PN dipertimbangkan secara adil."Pejuang juga menyokong dan akan terlibat dalam tindakan undang-undang yang bersesuaian bagi mencabar perintah penggantungan atau apa-apa perintah susulan yang berkaitan dengan perkara ini," katanya.Bagaimanapun, parti itu menegaskan bahawa mereka tidak mempertikaikan hak mana-mana pihak untuk membuat aduan atau kuasa RoS untuk menjalankan siasatan."Namun, aduan bukanlah satu keputusan bersalah."RoS perlu menjelaskan mengapa tindakan terhadap keseluruhan PN diperlukan sedangkan penjelasan yang diminta masih belum dinilai."Kesan perintah ini turut melibatkan parti-parti komponen





Wawasan persoal tangan ghaib di sebalik penggantungan PN - Sinarharian - 24/09 2:48 pm

SHAH ALAM - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan sama ada terdapat tangan ghaib di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung Perikatan Nasional (PN), yang berlaku bertepatan dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.Wawasan memberitahu, pihak mereka dimaklumkan mengenai tindakan RoS untuk menggantung PN, sekali gus mempersoalkan sama ada pengeluaran kedua-dua notis mempunyai kaitan dengan pengumuman Ketua Menteri Melaka mengenai pembubaran DUN Melaka."Wawasan Negara mempersoalkan sama ada terdapat tangan ghaib di sebalik pengeluaran notis-notis tersebut, yang bertepatan dengan pengumuman Ketua Menteri Melaka mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka."Wawasan Negara beranggapan tindakan ini adalah bermotifkan politik dan bertujuan menyekat PN daripada bertanding dalam PRN Negeri Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, RoS menegaskan pendaftaran PN tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu kini dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu.RoS dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dan memberikan tempoh yang munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.Bagaimanapun, Wawasan menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan parti komponen PN bagi memastikan jentera dan persiapan menghadapi PRN Melaka berjalan seperti yang dirancang.




Reformasi     >>



10 Exco dibatalkan Tuanku Muhriz, Peguam Negara kata .. - Harapandaily
Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan memasuki babak baharu apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Memetik laporan Sinar Harian pembatalan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ..
Kroni     >>



Rais charged with sedition, Najib back in court after .. - NST
KUALA LUMPUR: Former Dewan Negara president Tan Sri Rais Yatim was charged with sedition in relation to the current Negri Sembilan constitutional crisis.
Tabloid     >>



Sukan Asia: Golden Tigers cipta keajaiban sensasi - Kosmo
KEAJAIBAN menjadi gambaran tepat buat skuad sepak takraw negara yang kini dikenali sebagai Golden Tigers selepas menamatkan penantian 36 tahun dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand 2-0 untuk meraih emas regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Lebih manis, tekong negara, Mohammad Syahir ..
Tech     >>



Google Health 5.09 arrives with more than just your .. - Androidauthority
Health Guardian's a big part of this, but not the whole picture.
World     >>



No, Netanyahu wasnt arrested during his UN visit, but .. - Middleeasteye
No, Netanyahu wasnt arrested during his UN visit, but those protesting against him were Submitted by Mounira Elsamra on Fri, 09/25/2026 - 21:34 Protesters criticised New York City Mayor Mamdanis reversal of campaign pledge to arrest Israeli prime minister Police arrest protesters outside ..
Motor Trend     >>



Motosikal Cima 2026: Swm Dedah Spesifikasi 255xt .. - Mekanika
# CIMA 2026: SWM DEDAH SPESIFIKASI 255XT - 27.9HP, 23NM **SWM telah mempamerkan skuter adventure 250cc serba baharu ketika di CIMA Motor 2026 baru-baru ini yang berlangsung di Chongqing, China.** Untuk rekod, MForce Bike Holdings bakal membawa masuk jenama SWM ke pasaran Malaysia sekitar tahun ..