| /// |
|
| Search : Parti Bersama News | Page 1 |
|
Penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak mampu kekang ketirisan – .. - Mygazette - 23/06 8:02 am # Penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak mampu kekang ketirisan - Armizan PUTRAJAYA Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan diyakini mampu mengurangkan ketirisan bahan api melalui mekanisme kawalan yang lebih tersusun, termasuk penggunaan sistem MyKad serta Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Skim Penstabilan Harga Petroleum Sabah (SKPS) |
|
Pandangan TMJ perlu dilihat demi kepentingan rakyat – Mukkesh - Mygazette - 23/06 8:02 am # Pandangan TMJ perlu dilihat demi kepentingan rakyat - Mukkesh GEORGE TOWN - Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat menyifatkan pandangan yang dizahirkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung agihan hasil negeri dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri sebagai perkara yang wajar diberi perhatian secara konstruktif demi kepentingan rakyat |
|
Kalau asyik tentang, kritik Kerajaan Pusat, macam mana nak runding .. - Mygazette - 23/06 8:02 am # Kalau asyik tentang, kritik Kerajaan Pusat, macam mana nak runding sumbangan negeri? - PM TANGKAK Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan diperkukan sekiranya kerajaan negeri mahukan kemajuan |
|
Pejuang, PCM sah sertai PN, rundingan kerusi PRN Johor, N. Sembilan .. - Mygazette - 23/06 8:02 am # Pejuang, PCM sah sertai PN, rundingan kerusi PRN Johor, N |
|
PRN ini antara parti, jangan kaitkan dengan institusi diraja -PM - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN ini antara parti, jangan kaitkan dengan institusi diraja -PM TANGKAK - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua pihak menjaga batas semasa Pilihan Raya Negeri PRN (Johor) termasuk dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang berkaitan dengan institusi diraja |
|
PRN Johor: Dr Sahruddin pertahan DUN Bukit Kepong - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor: Dr Sahruddin pertahan DUN Bukit Kepong JOHOR BAHRU - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang |
|
Rafizi didesak berhenti hasut, ‘perkuda’ anak muda – .. - Mygazette - 23/06 8:02 am # Rafizi didesak berhenti hasut, 'perkuda' anak muda - Srikandi PKR KUALA LUMPUR Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurhidayah Che Rose membidas bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli supaya berhenti menyebarkan naratif yang didakwa boleh meracuni pemikiran anak muda dengan menggambarkan seolah-olah sistem negara berada dalam keadaan rosak |
|
PRN Johor: PKR tanding 20 kerusi, sasar menang 7 kerusi? - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor: PKR tanding 20 kerusi, sasar menang 7 kerusi? JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mempertaruhkan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dengan tujuh daripadanya dikenal pasti sebagai sasaran kemenangan |
|
Ada pihak rasa lebih kuat, tidak mahu duduk semeja dengan kita -Anthony .. - Mygazette - 23/06 8:02 am # Ada pihak rasa lebih kuat, tidak mahu duduk semeja dengan kita -Anthony TANGKAK Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah penting bagi memastikan kestabilan politik negara serta mengekalkan kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Putrajaya |
|
PRN Johor tak perlu campur tangan ???pihak lain??? – Mat Sabu - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor tak perlu campur tangan pihak lain - Mat Sabu TANGKAK - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berlangsung adil dengan membiarkan persaingan antara parti politik tanpa perlu muncul 'pihak' lain yang tidak boleh dilawan Pakatan Harapan (PH), sekali gus mencemar amalan demokrasi di negara ini |
|
PH berazam jadikan Johor negeri lebih maju jika menang PRN -Amirudin - Mygazette - 23/06 8:02 am # PH berazam jadikan Johor negeri lebih maju jika menang PRN -Amirudin TANGKAK - Johor menjadi lebih baik dan maju sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 |
|
Asing sisa halal, tak halal: Mengapa dasar seperti itu perlu pada... - Mygazette - 23/06 8:02 am # Asing sisa halal, tak halal: Mengapa dasar seperti itu perlu pada zaman ini? - Gerakan KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mempersoalkan rasional dan objektif dasar pengasingan sisa halal dan tidak halal yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor |
|
PRN Johor: Bekas Menteri, Exco, Ahli Parlimen antara 56 calon PH - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor: Bekas Menteri, Exco, Ahli Parlimen antara 56 calon PH TANGKAK - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipilih sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Puteri Wangsa yang merupakan antara kerusi panas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 |
|
PRN Johor: Manifesto PH dilancar selepas penamaan calon Sabtu ini PRN .. - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor: Manifesto PH dilancar selepas penamaan calon Sabtu ini TANGKAK - Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan manifesto gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas hari penamaan calon Sabtu ini |
|
Mesyuarat tergempar PN tak bincang status Bersatu – Muhyiddin - Mygazette - 23/06 8:02 am # Mesyuarat tergempar PN tak bincang status Bersatu - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) malam ini tidak membincangkan mengenai status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), demikian menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
???Tangan ghaib??? pusat ubah senarai calon PH Johor saat akhir? - Mygazette - 23/06 8:02 am # Tangan ghaib pusat ubah senarai calon PH Johor saat akhir? JOHOR BHARU - Menjelang pengumuman senarai calon Pakatan Harapan (PH) oleh Pengerusinya merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak malam ini, sumber tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan berlaku beberapa pertukaran nama pada saat-saat akhir |
|
Saifuddin nafi Kerajaan Madani anaktirikan Johor - Mygazette - 23/06 8:02 am TANGKAK Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan Johor dianaktirikan sebaliknya negeri itu memperoleh peruntukan pembangunan yang lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
PN accepts applications of Pejuang, PCM - Chairman - Sinardaily - 23/06 7:57 am KUALA LUMPUR - PN Supreme Council Meeting tonight decided to approve the applications of Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) and Parti Cinta Malaysia (PCM) as new members of the coalition.Apart from the announcement, PN chairman Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar also said Perikatan Nasional (PN) would finalise the seat distribution for the Johor state election soon.He said that a meeting on the matter would be held today, which would be chaired by Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor as the PN election director."God willing, it will be finalised before nomination day," he said at a press conference here last night.The Election Commission (EC) has set June 27 as nomination day, while July 7 is the early voting day and July 11 is the polling day |
|
Status Bersatu dalam PN tidak dibincang, hanya sentuh keahlian parti baharu - Muhyiddin - Sinarharian - 23/06 7:01 am KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada perbincangan tentang status parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) ketika mesyuarat tergempar gabungan itu yang berlangsung pada malam Isnin.Beliau berkata, mesyuarat tersebut sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada isu keahlian parti baharu dalam PN."Tidak bincang (status Bersatu), bawa isu keahlian (parti baharu)," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di Pejabat Agung Pas.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kedudukan Bersatu dalam PN menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tergempar tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PN akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan PN di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur pada malam Isnin.Dalam notis yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun 202, sidang berkenaan akan berlangsung berdasarkan Fasal 10 (Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda) dan Fasal 12 (Kekerapan MesyuaratDalam pada itu, Muhyiddin secara berseloroh memberitahu Bersatu akan kekal dan abadi sampai bila-bila ketika diajukan soalan sama ada Bersatu akan terus kekal dalam PN atau mengambil keputusan keluar dari gabungan itu. |
|
PN terima Pejuang, PCM sebagai ahli baharu - Sinarharian - 23/06 12:36 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) diterima untuk menjadi keanggotaan Perikatan Nasional (PN).Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN.Ahmad Samsuri berkata, mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua parti yang menganggotai PN, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)."Terdapat dua agenda utama yang dibincangkan |
|
Wawasan, Pejuang diterima masuk PN - FMT - 22/06 11:41 pm Mesyuarat MT PN meluluskan permohonan dua parti baharu untuk menjadi parti komponen. |
|
PRN Johor: Parti lawan parti, politik tidak wajar kaitkan institusi raja - PM - Sinarharian - 22/06 10:30 pm TANGKAK - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu kekal sebagai pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan atau mengaitkan mana-mana institusi lain, termasuk institusi raja-raja Melayu.Perdana Menteri berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, setiap pihak perlu memahami batas peranan masing-masing serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah faham politik."Saya nak nasihatkan biar PRN ini PRN antara parti |
|
Pelajar jatuh bangunan: Polis kumpul keterangan saksi - Sinarharian - 22/06 10:19 pm IPOH - Polis sedang mengumpul keterangan daripada beberapa saksi berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di kawasan sebuah sekolah menengah di sini pada Isnin.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui talian MERS 999 pada jam 2.49 petang.Menurutnya, sepasukan polis bersama petugas perubatan segera digerakkan ke lokasi bagi memberikan bantuan serta menjalankan siasatan awal sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menjalani rawatan lanjut."Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal |
|
Menang Johor, kukuhkan Anwar di Putrajaya - Anthony Loke - Sinarharian - 22/06 9:53 pm TANGKAK - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan penting bagi memastikan kestabilan politik negara serta mengekalkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, PH akan tetap meneruskan perjuangan dan berdepan mana-mana pihak yang enggan bekerjasama atau duduk semeja dengan gabungan itu pada PRN Johor.Menurutnya, kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PH akan digerakkan sebagai satu pasukan tanpa mengira calon daripada parti komponen iaitu PKR, DAP atau Amanah."Ada pihak yang merasakan mereka lebih kuat dan tidak mahu duduk semeja dengan kita |
|
'Biar parti lawan parti, jangan ubah demokrasi Malaysia' - Mohamad Sabu - Sinarharian - 22/06 9:52 pm TANGKAK - PresidenParti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak agar tidak mengubah amalan demokrasi negara semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik atau individu tertentu.Beliau berkata, sistem demokrasi negara perlu terus dipertahankan dengan memberi ruang kepada parti-parti politik bersaing secara sihat sama ada untuk membentuk kerajaan atau memainkan peranan sebagai pembangkang."Sama ada kita menang atau mereka kalah, itu bukan persoalannya |
|
Peruntukan Johor meningkat kepada RM14.6 bilion bawah PMX - Saifuddin - Sinarharian - 22/06 9:32 pm TANGKAK - Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan kononnya Johor tidak menerima perhatian sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan apabila negeri itu memperoleh peruntukan pembangunan yang lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan yang dibuat bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Johor menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM14.6 bilion ketika ini berbanding RM10.2 bilion sebelum Anwar menerajui kerajaan.Menurut beliau, fakta tersebut membuktikan dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan mengabaikan Johor adalah tidak berasas."Kalau ada pihak mengatakan Johor tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan, kita jawab dengan fakta."Saya semak dengan ICU |
|
Call on federal, state governments to explain steep price of pork in Sabah - BorneoPost - 22/06 9:19 pm KOTA KINABALU (June 22): The federal and state governments have been urged to provide concrete steps to address the steep price of pork in Sabah |
|
Muhyidddin bersama pimpinan Bersatu tiba di HQ PAS - FMT - 22/06 8:50 pm Muhyiddin Yassin hadir mesyuart majlis tertinggi PN malam ini, dikatakan bakal bincang kedudukan Bersatu. |
|
Muhyiddin, Faizal Azumu tiba Pejabat Agung Pas bagi mesyuarat tergempar PN - Sinarharian - 22/06 8:42 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Agung Pas sekitar jam 8.30 malam bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di sini.Turut kelihatan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham.Difahamkan, mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan PN.Dalam notis yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun 202, sidang berkenaan akan berlangsung berdasarkan Fasal 10 (Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda) dan Fasal 12 (Kekerapan Mesyuarat).Notis tersebut turut diedarkan kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan empat Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Punithan Paramsiven dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Antara isu yang dijangka dibentangkan dalam mesyuarat tergempar itu adalah mengenai penggunaan nama gabungan itu.Terdahulu, PN menegaskan sebarang aktiviti atau mesyuarat yang menggunakan nama gabungan itu tidak boleh diadakan tanpa keizinan pengerusinya.Menurut Takiyuddin, ketetapan tersebut untuk memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas dan Menteri Besar Terengganu diumumkan sebagai Pengerusi PN yang baharu pada 22 Februari lalu.Pelantikan itu dibuat selepas Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020. |
|
DAP sedia lawan PAS di kerusi tradisi, ingat semua parti elak isu 3R - FMT - 22/06 8:00 pm Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin berkata parti itu menyerahkan kepada pengundi untuk menilai calon yang bertanding. |
|
‘When’s the election? I don’t know either’: Premier plays coy on speculation about Tasik Biru seat - BorneoPost - 22/06 7:01 pm KUCHING (June 22): Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg remained tight-lipped on whether Tasik Biru assemblyman Datuk Henry Harry Jinep would be fielded again by Gabungan Parti Sarawak (GPS) in the next state election |
|
Dua pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah cederakan pembantu rumah - Sinarharian - 22/06 6:49 pm JOHOR BAHRU - Dua pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Majistret berasingan di sini pada Isnin, atas beberapa pertuduhan termasuk mencederakan tiga pembantu rumah warga Indonesia mereka pada Disember tahun lepas.Keempat-empat tertuduh itu ialah Muhamad Firdaus Sha'aban dan isteri, Nurafiqah Nabila Hazhar, masing-masing berusia 33 tahun, serta Muhamad Hirzihaziq Abulae's, 30, dan isterinya, Nurfarah Ainna Hazhar, 34.Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pembantu rumah terbabit, Yulia Arnida, 34, di sebuah rumah dekat Jalan Ledang, Tampoi di sini, kira-kira 8.30 malam, 22 Disember 2025.Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Di hadapan Majistret A Shaarmini pula, Muhamad Firdaus dan Nurafiqah Nabila mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama-sama mendatangkan kecederaan terhadap seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia, Yatina Yusnita.Pasangan suami isteri itu juga mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Tan Chiew King atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lagi pembantu rumah warga asing, Siti Hajar.Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Delima 2/6, Taman Daya di sini, antara jam 2 petang hingga 4 petang, 11 Jun lepas.Sementara itu, di hadapan Shaarmini, Muhamad Hirzihaziq dan Nurfarah Ainna mengaku tidak bersalah atas tuduhan masing-masing menakut-nakutkan Yatina dan Siti Hajar dengan ugutan hendak mencederakan dengan niat menyebabkan kegentaran.Muhamad Hirzihaziq turut mengaku tidak bersalah di hadapan Tan atas perbuatan sama terhadap Siti Hajar, manakala Nurfarah Ainna juga mengaku tidak bersalah di hadapan Atifah Hazimah bagi perbuatan sama terhadap Yatina.Bagi semua perbuatan yang didakwa dilakukan di Kampung Melayu Majidee, di sini kira-kira jam 2 petang, 12 Jun, pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Muhamad Firdaus menghadapi dua lagi pertuduhan di hadapan Atifah Hazimah dan Shaarmini kerana memiliki dokumen perjalanan diri, iaitu pasport Indonesia milik Siti Hajar dan Yatina tanpa alasan yang munasabah dan kuasa yang sah.Lelaki itu mengaku tidak bersalah bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di Pejabat Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, kira-kira jam 7.30 malam, 13 Jun.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang membawa hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan yang dibuat di tiga mahkamah berasingan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, Anis Shafeeqah Mohd Shariffudin dan Nor Deana Aqilah Aliman, manakala kempat-empat tertuduh diwakili peguam Kamal Hisham Jaafar dan Nurainaa Kamilah Zalizan.Kesemua mahkamah kemudian membenarkan jaminan terhadap keempat-empat tertuduh dengan Nurfarah Ainna dan suaminya masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM9,000, manakala Muhamad Firdaus dengan jumlah RM11,500 dan isterinya dibenarkan ikat jamin RM5,500.Atifah Hazimah dan Tan menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen, manakala kes di hadapan Shaarmini akan disebut semula pada 2 Julai |
|
Tindakan Gatell alih botol arak di podium kemenangan Hakim Danish raih pujian - Sinarharian - 22/06 6:38 pm KEJAYAAN pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno pada Ahad bukan sahaja menjadi detik manis buat sukan permotoran negara, malah turut memberi kesan dan mencuri perhatian kerana satu tindakan penuh hormat daripada pengurus pasukannya, Jordi Gatell.Ketika para pemenang bersedia meraikan kejayaan di podium Moto3, Gatell yang merupakan Pengurus Pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi dilihat segera mengalihkan botol arak yang diletakkan di posisi Hakim Danish.Tindakan tersebut dibuat sebelum majlis penyampaian trofi bermula bagi memastikan tiada botol minuman beralkohol berada di tempat pelumba Muslim dari Malaysia itu berdiri.Biarpun penggunaan champagne merupakan antara tradisi biasa dalam sambutan podium sukan permotoran dunia, Gatell jelas memahami sensitiviti agama dan prinsip yang dianuti Hakim Danish.Apa yang menarik, tindakan tersebut dilakukan secara spontan tanpa perlu diminta atau diingatkan oleh mana-mana pihak.Tindakan kecil itu membawa makna besar kerana ia mencerminkan rasa hormat terhadap agama, budaya dan maruah seorang atlet Muslim yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa.Lebih mencuri perhatian, ketika sesi champagne shower berlangsung beberapa minit kemudian, Hakim Danish dilihat meninggalkan podium, manakala Gatell turut beredar bersama pelumba negara itu.Detik tersebut mendapat pujian peminat sukan permotoran, khususnya rakyat Malaysia yang melihat tindakan Gatell sebagai bukti bahawa nilai hormat mampu mengatasi perbezaan budaya dalam dunia sukan berprestasi tinggi.Malah, sikap beliau yang sanggup mengetepikan kelaziman sambutan podium dan elemen komersial penaja memperlihatkan kepekaan tinggi seorang pengurus pasukan terhadap pegangan pelumbanya.Kejayaan Hakim Danish itu turut menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk kembali menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di pentas Moto3 selepas kali terakhir dicapai Khairul Idham Pawi pada musim 2016.Kemenangan berkenaan bukan sahaja diraikan sebagai pencapaian besar di litar, tetapi juga diingati melalui momen penuh hormat yang mengangkat nilai kefahaman, toleransi dan profesionalisme dalam sukan antarabangsa. |
|
Tekong darat warga Thailand positif dadah bawa sembilan PATI ditahan - Sinarharian - 22/06 6:28 pm TUMPAT - Tindakan seorang lelaki Thailand mengundurkan kereta bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan Pasukan Gerakan Am (PGA) gagal selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum dia ditahan bersama sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian.Lebih mencurigakan, pemeriksaan ke atas kumpulan itu menemukan 22 telefon bimbit dan sebuah komputer riba yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti scammer.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 6.30 pagi Isnin di Jalan Kampung Kubang Bemban, Pengkalan Kubor di sini menerusi Op Taring Wawasan.Menurut beliau, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 8 PGA yang menjalankan rondaan mengesan sebuah Honda Accord berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan parit air kampung berkenaan."Sebaik menyedari kehadiran pasukan PGA, pemandu kenderaan itu bertindak mengundurkan kereta untuk melarikan diri sebelum terbabas ke dalam semak berhampiran."Suspek enggan keluar dan mengunci pintu dari dalam menyebabkan anggota terpaksa memecahkan cermin sebelah kanan kenderaan sebelum berlaku sedikit pergelutan ketika tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ujar beliau, pemandu berusia 25 tahun itu merupakan warga Thailand dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam kereta berkenaan menemukan tujuh lelaki serta dua wanita warga asing terdiri daripada warga China dan Myanmar."Hanya seorang daripada mereka mengemukakan pasport China namun tanpa cop kemasukan yang sah, manakala yang lain gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan."Mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak sah," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal turut mendapati pemandu terbabit mengaku terlibat dalam kegiatan membawa migran sejak Januari lalu."Suspek mendakwa menerima upah RM150 bagi setiap migran yang dibawa dari kawasan Sungai Golok ke Stesen Bas Kota Bharu."Dia juga mengaku memperoleh kereta yang digunakan itu daripada seorang individu tidak dikenali di Kota Bharu pada harga RM9,000," katanya.Menurut beliau, pihaknya turut merampas sembilan telefon bimbit pelbagai model dan sebuah komputer riba daripada salah seorang warga asing yang ditahan."Jumlah telefon yang banyak serta peralatan elektronik dirampas menimbulkan syak bahawa kumpulan ini mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan dalam talian."Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat," katanya.Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya turut merampas sebuah Honda Accord, 22 telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah beg komputer riba, pasport China dan kad pengenalan Thailand dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM77,100. |
|
Grab Group Ride tawar perjalanan lebih jimat, selesa dan praktikal - Sinarharian - 22/06 6:12 pm CIRI baharu Group Ride yang diperkenalkan Grab Malaysia mampu menjadi alternatif pengangkutan lebih menjimatkan buat rakyat Malaysia dalam mendepani peningkatan kos sara hidup ketika ini.Selain menawarkan pengalaman yang selesa dan mudah, inisiatif tersebut juga mesra pengguna dengan proses tempahan di aplikasi lebih lancar.Menerusi aplikasi Grab, padanan penumpang dilakukan dengan cepat tanpa sebarang masalah, menjadikan tambang perjalanan lebih rendah berbanding tempahan biasa.Bagi menggalakkan orang ramai memanfaatkan budaya kongsi perjalanan, Grab turut menawarkan promosi diskaun sebanyak 15 peratus bagi penggunaan Group Ride.Kongsi perjalanan, jimat kosGroup Ride membolehkan beberapa penumpang yang mempunyai laluan perjalanan sama berkongsi satu kenderaan, sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.Antara ciri utama ditawarkan termasuk penjimatan sehingga 40 peratus tambang berbanding tempahan individu, pilihan pembayaran fleksibel sama ada dikongsi sama rata atau mengikut jarak perjalanan, serta laluan perjalanan lebih anjal melibatkan beberapa lokasi pengambilan dan destinasi penurunan.Ciri itu turut menggunakan algoritma kecerdasan buatan (AI) proprietari Grab bagi memastikan laluan paling cekap dari segi masa untuk penumpang dan rakan pemandu.Dalam masa sama, aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan menerusi integrasi dengan infrastruktur keselamatan sedia ada termasuk pusat keselamatan, butang SOS serta teknologi pemantauan perjalanan.Ciri Group Ride kini diperkenalkan kepada pengguna yang layak menerusi aplikasi mudah alih Grab di seluruh negara sebagai pilihan mobiliti fleksibel untuk rakan, keluarga dan rakan sekerja bergerak bersama dengan lebih cekap.Pemandu cekap, profesionalSementara itu, wartawan Sinar Harian turut berkesempatan merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan tersebut.Memulakan perjalanan dari Serdang ke Petaling Jaya, ciri berkenaan membenarkan penumpang dari lokasi berbeza dijemput untuk berkongsi perjalanan ke destinasi sama, menjadikan perjalanan bersama ahli keluarga lebih mudah, teratur dan selesa.Selain itu, ia menawarkan fleksibiliti kepada pengguna menerusi penyelarasan lokasi mengambil atau menurunkan penumpang mengikut ketetapan setiap penumpang tanpa perlu membuat tempahan berasingan.Hasil pemerhatian dan penggunaan, tempahan Group Ride di aplikasi dilihat lancar selain harga yang ditawarkan berpatutan.Pemandu Grab turut berkongsi penerangan mengenai fungsi Group Ride selain menyatakan manfaat menerusi penggunaan masa, pengurangan tempoh menunggu tempahan serta mampu mengekalkan peluang pendapatan yang mampan.Selain itu, keadaan kenderaan yang bersih serta selesa memberikan pengalaman perjalanan yang menyenangkan meskipun terdapat hentian berbeza untuk mengambil dan menurunkan penumpang.Dalam pada itu Grab memaklumkan, fungsi terbaharu itu dibangunkan berasaskan tiga teras utama iaitu kemampuan kos, kecekapan teknologi dan kelestarian.Inisiatif itu juga selari dengan usaha kerajaan menggalakkan budaya berkongsi perjalanan bagi membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna selain menyokong amalan pengangkutan lebih mampan dan mesra alam.Secara keseluruhannya, Group Ride menawarkan pilihan perjalanan yang bukan sahaja lebih ekonomi, malah praktikal dan selesa terutama bagi pengguna yang kerap bergerak di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing.INFOCiri-ciri utama Group Ride termasuk:Kecekapan Kos: Penumpang boleh jimat sehingga 40 peratus tambang berbanding tempahan individu.Pembayaran adil dan mudah: Sama seperti pengalaman Group Order di GrabFood, pengguna boleh memilih untuk membayar keseluruhan perjalanan atau bahagi tambang antara penumpang |
|
Bersama to contest 15 seats in Johor election - Malaymail - 22/06 5:35 pm KUALA LUMPUR, June 22 Parti Bersama Malaysia (Bersama) said today it will contest 15 seats in the Johor state el... |
|
PRN Johor: Bersama tanding 15 kerusi - Sinarharian - 22/06 5:24 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.Menerusi kenyataan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin, pemilihan kerusi berkenaan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk latar belakang dan kecenderungan pengundi hasil dapatan kaji selidik serta data yang dijalankan sejak enam bulan lalu.Menurut mereka, faktor lain yang diambil kira ialah sambutan terhadap Bersama berdasarkan keahlian mengikut unit Parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit."Pemilihan kerusi juga mengambil kira kesesuaian calon-calon daripada kalangan perintis Bersama di Johor dan calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut."Ia turut mengambil kira kemampuan Bersama mengendalikan kempen pilihan raya secara berkesan di kerusi-kerusi berkenaan," kata mereka dalam satu kenyataan pada Isnin.Kerusi yang akan ditandingi Bersama ialah N13 Bukit Naning (Bakri), N29 Mahkota (Kluang), N40 Tiram (Tebrau), N41 Puteri Wangsa (Tebrau), N42 Johor Jaya (Pasir Gudang) dan N43 Permas (Pasir Gudang).Selain itu, N44 Larkin (Johor Bahru), N45 Stulang (Johor Bahru), N46 Perling (Pulai), N47 Kempas (Pulai), N48 Skudai (Iskandar Puteri), N49 Kota Iskandar (Iskandar Puteri), N50 Bukit Permai (Kulai), N51 Bukit Batu (Kulai) serta N52 Senai (Kulai).Daripada jumlah itu, tujuh kerusi kini disandang UMNO, lima disandang DAP, satu disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu lagi disandang Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Rafizi dan Nik Nazmi berkata, calon-calon Bersama akan diumumkan pada Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena pelancaran trak kancil parti itu.Menurut mereka, lokasi pelancaran berkenaan akan diumumkan kemudian.Dalam pada itu, mereka memaklumkan ahli-ahli Bersama dan orang ramai yang ingin menjadi jentera parti di 15 kerusi terbabit boleh mula mendaftarkan diri menerusi laman sesawang parti.Jelasnya, sistem ejen pengundian atau Polling Agent dan Counting Agent (PACA) juga telah dibuka untuk pendaftaran."Mereka yang ingin menjadi PACA boleh melayari laman sesawang BERSAMA dan klik 'Sertai Kempen'."Dari situ, mereka boleh log masuk ke sistem kempen Bersama selepas mendapat OTP dan melalui proses untuk menjadi PACA, termasuk mengemukakan dokumen yang dikehendaki Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengikuti latihan," menurut kenyataan itu.Mereka berkata, sistem kempen bersepadu Bersama akan mula dibuka pada Selasa, 23 Jun 2026, bagi membolehkan ahli-ahli parti dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihan raya yang ingin disertai atau dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis aktiviti.Menurut mereka, Bersama berhasrat merintis kempen pilihan raya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan besar dengan mengaktifkan seramai mungkin ahli dan orang ramai dari seluruh Malaysia untuk membantu kempen parti itu di 15 kerusi berkenaan secara sukarela."Bagi Bersama, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang politik."Ia adalah peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat serta masa depan negara dan rakyat," kata mereka. |
|
PRU16: Berhenti racun minda, 'perkudakan' anak muda - Srikandi Keadilan - Sinarharian - 22/06 5:23 pm KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli diminta menghentikan tindakan yang didakwa meracuni pemikiran anak muda menerusi naratif kononnya berlaku kerosakan sistem yang melampau dalam negara.Ketua Srikandi Keadilan, Nurhidayah Che Rose berkata, jika Rafizi benar-benar prihatin terhadap nasib golongan muda, beliau perlu menjelaskan inisiatif ekonomi yang pernah diperkenalkan, termasuk peluang pekerjaan dan program yang berjaya diwujudkan untuk membantu anak muda.Menurutnya, Rafizi dilihat cuba meraih sokongan generasi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan memainkan sentimen tertentu dan mendakwa sistem negara telah rosak."Demi mendapatkan undi dan sokongan anak muda, beliau cuba memutarbelitkan fakta dengan mendakwa sistem telah rosak."Sedangkan kami dalam PKR mengetahui bahawa ketika berada dalam parti, beliau turut menjanjikan pelbagai perkara kepada anak muda seperti isu gaji minimum dan harga kereta Myvi yang lebih murah, selain mengajar politik fitnah serta adu domba," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, menerusi satu podcast, Rafizi dilaporkan berkata, apabila satu generasi muda mula mempersoalkan mengapa mereka perlu terus bersusah payah berusaha, ia bukan petanda generasi itu rosak, sebaliknya menunjukkan sistem yang telah rosak.Beliau turut berpandangan bahawa generasi muda hari ini sering dilabel sebagai malas, lembik dan manja, namun beliau tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut.Menurut Rafizi, keadaan ketika ini menyaksikan seseorang boleh bekerja sehingga 18 jam sehari, namun kehidupan mereka hampir tidak berubah, manakala kurang satu peratus daripada penduduk berjaya meningkatkan taraf hidup ke kelas yang lebih tinggi dan selebihnya hanya bekerja sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup.Mengulas lanjut, Nurhidayah berkata, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa persoalan yang dibangkitkan oleh anak muda mengenai masa depan mereka membuktikan sistem negara telah rosak.Katanya, rakyat berhak mengetahui sejauh mana keberkesanan program dan dasar ekonomi yang pernah diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan, memperluas peluang pekerjaan serta memperkukuh kedudukan ekonomi golongan muda."Lebih penting, apakah hasil dan impak yang telah berjaya dicapai melalui usaha-usaha tersebut?"Anak muda tidak memerlukan naratif yang menggambarkan sistem sebagai telah rosak |
|
Sindiket bekal kad sim, telefon kepada scammer tumpas - Sinarharian - 22/06 5:19 pm IPOH - Polis Perak menumpaskan satu sindiket yang dipercayai membekalkan telefon bimbit dan kad sim kepada sindiket penipuan dalam talian menerusi serbuan di sebuah kondominium di Bandar Baru Medan Ipoh di sini pada 19 Jun lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak pada jam 1.20 tengah hari itu berjaya menahan tiga individu terdiri daripada seorang wanita tempatan dan dua warga China.Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 58 tahun dan dipercayai terlibat dalam aktiviti membekalkan peralatan komunikasi kepada sindiket penipuan atas talian."Hasil serbuan, polis merampas 1,335 keping kad sim pelbagai syarikat telekomunikasi, 554 kad berwarna putih mengandungi mikrocip, 409 unit telefon bimbit, tiga komputer riba, lima peranti sim box, dua unit CPU, dua set monitor, sebuah router dan sebuah kenderaan jenis Jeep."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM310,400," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.Mohd Alwi berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif sejak awal tahun ini dan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500 bagi setiap unit telefon bimbit bersama kad sim yang dibekalkan kepada sindiket penipuan.Menurutnya, wanita tempatan yang ditahan direman sehari bagi membantu siasatan manakala dua warga China direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120 (b) Kanun Keseksaan."Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, dikenakan sebatan dan denda," katanya.Mohd Alwi berkata, sindiket penipuan atas talian sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan rangkaian bagi mengaburi pihak berkuasa, namun polis akan terus mengambil tindakan proaktif bagi membanteras kegiatan tersebut.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam membantu sindiket sama ada melalui penyewaan premis atau pembekalan peralatan komunikasi. |
|
Malaysia di persimpangan antara autoritarian, demokrasi - Chin Tong - Sinarharian - 22/06 5:05 pm SHAH ALAM - Malaysia kini berada di persimpangan kritikal yang akan menentukan hala tuju negara sama ada terus terperangkap dalam model pemerintahan autoritarian atau bergerak ke arah sebuah negara demokratik lebih matang dan inklusif.Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, rakyat perlu membuat pilihan tepat menjelang sambutan ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara tahun hadapan kerana keputusan itu bakal menentukan masa depan Malaysia."Pilihan tepat dapat membawa Malaysia yang lebih matang berfikir, bersatu padu dan berjaya membawa kemakmuran untuk semua dalam tahun-tahun mendatang ini."Kita perlu membuat pilihan, sama ada menerima yang baik atau yang buruk, dan jika kita gagal berbuat demikian, Malaysia yang kita cintai akan menjadi sebuah negara yang hodoh," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.Menurut Chin Tong, peristiwa 13 Mei 1969 menjadi titik perubahan besar yang mengakhiri pentadbiran era merdeka dan membuka lembaran baharu dalam landskap politik negara.Beliau berkata, antara faktor mencetuskan rusuhan ketika itu ialah keresahan kaum dan jurang ekonomi semakin melebar, selain harapan generasi muda terhadap pekerjaan lebih baik, gaji setimpal dan peluang untuk kehidupan lebih terjamin.Katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein kemudiannya membentuk sistem politik baharu selepas peristiwa tersebut yang bertahan sehingga 2018.Menurut beliau, Tun Abdul Razak telah menyusun semula pentadbiran negara daripada gabungan Perikatan kepada Barisan Nasional yang didominasi kuasa Melayu, selain memperkenalkan ekonomi campur tangan kerajaan dan dasar luar lebih bebas serta berkecuali.Beliau berkata, dasar diperkenalkan Tun Abdul Razak bersama Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada ketika itu dilihat sebagai langkah transisi untuk membina semula negara dan menangani kesan tragedi 13 Mei.Bagaimanapun, katanya, struktur dan pentadbiran autoritarian yang sepatutnya bersifat sementara tidak berakhir walaupun Dasar Ekonomi Baharu (DEB) mencapai tempoh sasaran menjelang 1990.Chin Tong berkata, dekad 1990-an menyaksikan kemunculan generasi baharu pemimpin Melayu yang lebih yakin dan berwawasan apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 serta idea Bangsa Malaysia.Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membawa konsep Melayu Baharu dan kemudiannya memperluaskan gagasan tersebut menerusi idea Kebangkitan Asia."Anak-anak muda Malaysia ketika itu berasa yakin tentang masa hadapan negara |
|
Muhyiddin duduk tempat baharu hari pertama sidang Dewan Rakyat - Sinarharian - 22/06 4:54 pm KUALA LUMPUR Meskipun tempat duduk di Dewan Rakyat berubah susulan rombakan susunan blok pembangkang, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap hadir pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada Isnin.Bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini diletakkan bersebelahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, namun kini ditempatkan di Blok E berdasarkan pelan susunan terkini Ahli Parlimen yang dikemas kini Parlimen.Perubahan tersebut berlaku susulan perkembangan terkini dalam PN yang menyaksikan Muhyiddin tidak lagi menerajui gabungan berkenaan, manakala Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini memegang peranan sebagai Pengerusi PN.Bagaimanapun, kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang kekal tidak berubah apabila beliau terus menduduki kerusi barisan hadapan blok pembangkang bersama Ahmad Samsuri dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang.Berdasarkan video yang dikongsi akaun TikTok @Friends Of Muhyiddin (FOM), Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu duduk bersebelahan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada Muhyiddin berhubung perkembahangan terbaharu itu.Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini dijadual berlangsung selama 16 hari sehingga 16 Julai depan. |
|
Politik antara punca perpecahan masyarakat - Yuneswaran - Sinarharian - 22/06 4:50 pm KUALA LUMPUR - Polarisasi politik dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj.Beliau berkata, selain perbezaan dasar dan ideologi politik, kewujudan pelbagai parti politik turut mewujudkan kelompok penyokong tegar yang boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan berlakunya polarisasi pengundi dan polarisasi politik yang memberi kesan kepada hubungan antara rakyat."Kenapa rakyat berpecah? Bukan sahaja disebabkan dasar ataupun apa sahaja, termasuklah parti politik juga menjadi punca utama wujudnya kelompok-kelompok dan puak-puak di bawah menjadi penyokong tegar yang menjadikan perpecahan itu berlaku."Kita ada banyak parti politik dalam kerajaan |
|
Tumpahan merkuri: Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital - Sinarharian - 22/06 4:43 pm GEORGE TOWN Lima pekerja dikejarkan ke hospital selepas terdedah kepada tumpahan merkuri di sebuah pusat pengasingan barangan kurier di Jalan Terengganu di sini pada Isnin.Mangsa berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun itu merupakan dua wanita dan seorang lelaki tempatan serta dua lelaki Mynamar.Kejadian kira-kira jam 1.03 petang itu dipercayai berpunca daripada satu bungkusan pos milik syarikat kurier yang pecah ketika proses pengasingan menyebabkan kira-kira 500 mililiter merkuri tertumpah.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama Pasukan Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Bayan Baru dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.Menurutnya, pasukan Hazmat BBP Bayan Baru melakukan penilaian awal di lokasi sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) menjalankan kerja-kerja nyahcemar."Proses pembersihan dilakukan menggunakan serbuk sulfur dan peluntur bagi meneutralkan tumpahan merkuri serta mengelakkan risiko pencemaran."Bacaan pH di kawasan sekitar turut diambil bagi memastikan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, lima mangsa yang terlibat menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut."Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat |
|
Wawasan tawar politik penyelesaian menerusi Konsensus Nasional Baharu - Sinarharian - 22/06 3:56 pm SHAH ALAM Parti Wawasan Negara (Wawasan) menawarkan pendekatan politik penyelesaian menerusi gagasan Konsensus Nasional Baharu sebagai usaha menangani pelbagai cabaran negara dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan nasional.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, gagasan itu menjadi teras perjuangan parti dalam menyatukan rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membina semula harapan terhadap masa depan negara."Konsensus Nasional Baharu bukan sahaja suatu ikhtiar, tetapi merupakan anjakan pemikiran dan pembaharuan nasional ke arah kesepakatan baharu."Wawasan beriltizam menjadi jambatan penyatuan untuk kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Wawasan mengumumkan 12 tokoh dilantik sebagai barisan kepimpinan pusatnya dengan Pengasas Gerakan Reset, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik sebagai Presiden; bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai Pengerusi dan Timbalan Presiden disandang oleh bekas Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Tan Lek Khang.Dalam perkembangan sama, Saifuddin memaklumkan parti itu telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada Sabtu lalu dengan penuh tertib serta mengikut segala lunas perundangan.Menurutnya, EGM tersebut turut menyaksikan pembentukan Jawatankuasa Pusat parti yang menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang termasuk pimpinan politik, ahli perniagaan, teknokrat, golongan profesional, tokoh akademik dan aktivis masyarakat.Tambah beliau, barisan kepimpinan adalah inklusif, malah ia cerminan wajah Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan merupakan suatu manifestasi aspirasi ke arah membina Malaysia menjadi lebih makmur, adil, progresif serta dihormati.Katanya, gabungan kepelbagaian pengalaman dan kepakaran itu akan menjadi kekuatan baharu kepada Wawasan dalam menggarap idea-idea segar menerusi gerakan Reset demi kepentingan rakyat dan negara. |
|
Lebih 200 produk penyelidikan berjaya dikomersialkan – Zambry - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Lebih 200 produk penyelidikan berjaya dikomersialkan - Zambry KUALA LUMPUR - Lima universiti penyelidikan negara terus diperkasakan untuk menerajui penyelidikan bertaraf global dalam bidang kritikal seperti keterjaminan makanan, teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI), teknologi termaju dan kejuruteraan lanjutan |
|
Hulu Langat bidas budaya buli dalam PN, sifatkan Pas ada masalah... - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Hulu Langat bidas budaya buli dalam PN, sifatkan Pas ada masalah mental KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ahli Parlimen Pas cuba menuntut kredit di sebalik isu penurunan harga diesel kepada RM2.10 di seluruh negara yang berkuat kuasa 1 Julai 2026 |
|
Dakwaan Johor tidak terima pulangan setimpal tak benar - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Dakwaan Johor tidak terima pulangan setimpal tak benar KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mengembalikan RM2 bilion hingga RM3 bilion kepada Johor tidak menggambarkan keadaan sebenar apatah lagi tidak dianak-tirikan |
|
Pemuda Pas Selangor desak kerajaan negeri haramkan vape - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Pemuda Pas Selangor desak kerajaan negeri haramkan vape KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor didesak supaya tidak berlengah dan segera mengambil tindakan tegas mengharamkan penjualan produk rokok elektronik (vape) di negeri itu |
|
Bersatu pertahan kedudukan, tidak akan ‘berambus’ dari .. - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Bersatu pertahan kedudukan, tidak akan 'berambus' dari 'rumah sendiri' - Muhyiddin Bersatu Pertahan Kedudukan, Tidak Akan Berambus Dari Rumah Sendiri Muhyiddin MUAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mati dan akan mencari atau membentuk satu gabungan politik baharu sekiranya tidak lagi bersama-sama Perikatan Nasional (PN) |
|
Malaysia kini di persimpangan legasi politik autoritarian dan demokrasi .. - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Malaysia kini di persimpangan legasi politik autoritarian dan demokrasi pelbagai kaum - Chin Tong KUALA LUMPUR Malaysia kini berada di persimpangan antara meneruskan legasi politik autoritarian pasca-1969 atau memperkukuh demokrasi pelbagai kaum yang menjadi aspirasi reformasi sejak 1998, kata Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong |
|
Pas bullying Bersatu, says PH MP amid Opposition Leader switch - Sinardaily - 22/06 3:13 pm KUALA LUMPUR The Dewan Rakyat sitting on Monday was briefly disrupted after Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) alleged that the change in the Opposition Leader position stemmed from a dispute between Pas and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).The situation arose when Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), who stood to raise the fourth question during the oral question session, clarified that Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin is a member of a registered political party and not an independent Member of Parliament.Takiyuddin, who is also the Opposition Chief Whip, stressed that Hamzahs position as Opposition Leader does not contradict Article 49A of the Federal Constitution.However, Khoo, who interjected, described the leadership change as Pas bullying Bersatu.The Opposition Leader is suddenly changed like that it shows a conflict between Pas and Bersatu.Pas is bullying Bersatu, thats why the Opposition Leader keeps changing |
|
Bersama tanding 15 kerusi di PRN Johor - FMT - 22/06 3:10 pm Kerusi itu termasuk lapan dimenangi Umno-BN dan Puteri Wangsa dikuasai Muda pada pilihan raya lalu. |
|
Muhyiddin absent on first day of Dewan Rakyat sitting - Sinardaily - 22/06 3:07 pm KUALA LUMPUR Pagoh MP Tan Sri Muhyiddin Yassin was not seen attending the first day of the Second Meeting of the Fifth Session of the 15th Parliament on Monday.The absence of the former prime minister drew attention following the implementation of a new seating arrangement in the Dewan Rakyat for the current sitting, which saw him no longer occupying a front-row seat in the opposition bloc.Based on observations in the Dewan Rakyat, Muhyiddins seat in Block E remained vacant throughout the morning session, while Opposition Leader and Larut MP Datuk Seri Hamzah Zainudin, along with the opposition leadership line-up, attended the sitting as usual.Previously, Muhyiddin, who once served as Perikatan Nasional (PN) chairman, was seated next to the Opposition Leader.However, according to the latest seating plan for Members of Parliament, the Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) president has been moved to Block E, while Hamzah remains in the front row of the opposition bloc alongside Kemaman MP Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar and Marang MP Tan Sri Abdul Hadi Awang.The change in seating arrangement follows a leadership reshuffle within PN, which saw Ahmad Samsuri appointed as chairman of the coalition, replacing Muhyiddin.The Second Meeting of the Fifth Session of the 15th Parliament will run for 16 days, from June 22 until July 16. |
|
Padah rompak enam wanita warga emas, tiga sahabat didakwa - Sinarharian - 22/06 2:57 pm KOTA BHARU - Padah merompak enam wanita warga emas, tiga sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas enam pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di empat daerah dengan menyasarkan barangan kemas dan menyebabkan kecederaan.Tertuduh Mohd Suhairey Omar, 42, Ridhuan Mohamed, 44, dan Mohd Khairul Azwan Abdullah @ Ahmad, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua enam pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.Mengikut pertuduhan, Mohd Suhairey dan Ridhuan didakwa bersama-sama melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Aazizah Ujud, 77, di hadapan sebuah rumah di Cabang 3 Syed Kuning, Kadok dekat Ketereh pada 12 Mei 2026.Ridhuan dan Mohd Khairul Azwan turut berdepan dua lagi pertuduhan melibatkan mangsa, Halimah Senik, 62, selain kes kecurian gelang emas milik Siti Meriam Daud, 77, masing-masing di Kuala Krai (18 Jun 2025) serta Bachok (8 Januari 2025).Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan rompakan berkumpulan membabitkan Halimah Yusof, 84, Aminah Yusoff, 73, dan Latifah @ Azizah Yusof, 79, yang berlaku di Bachok dan Machang antara 2024 hingga 2026.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Kamarul Hasyime Rosli, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.Terdahulu, pihak pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan sebelum mahkamah memutuskan ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.Sementara itu di Mahkamah Majistret, seorang wanita, Nik Faizah Nik Musa, 33, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melupuskan harta curi membabitkan manik emas milik Aazizah, dipercayai berkait kes samun tersebut.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin, namun wanita berkenaan gagal membayar jaminan. |
|
Bersama targets 15 seats in Johor polls - FMT - 22/06 2:49 pm These include eight that Umno-BN won in the last state election, and Puteri Wangsa, which Muda won. |
|
Dewan Rakyat kecoh dakwaan 'Pas buli Bersatu' - Sinarharian - 22/06 2:19 pm KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pada Isnin kecoh seketika apabila Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa pertukaran jawatan Ketua Pembangkang berpunca daripada perselisihan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Situasi itu tercetus ketika Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang bangun mengajukan soalan keempat bagi pertanyaan jawab lisan, menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan ahli kepada sebuah parti politik yang berdaftar dan bukan seorang Ahli Parlimen Bebas.Takiyuddin yang juga Ketua Whip Pembangkang menegaskan, kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang tidak bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.Bagaimanapun, Poay Tiong yang bangun mencelah menyifatkan pertukaran jawatan tersebut seperti Pas 'membuli' Bersatu."Ketua Pembangkang tiba-tiba tukar-menukar macam itu, itu adalah pergaduhan antara Pas dengan Bersatu."Pas buli Bersatu, sebab itu Ketua Pembangkang tukar-menukar |
|
Malaysia-Bangladesh kerjasama menerusi Asean tangani krisis Rohingya, kata PM - FMT - 22/06 2:00 pm Anwar Ibrahim berkata dua negara itu akan guna saluran diplomatik bersama pihak kuasa Myanmar bantu menyelesaikan pelarian Rohingya. |
|
Malaysia, Bangladesh setuju eksploitasi pekerja tidak boleh diterima, perlu sistem ambilan lebih telus - Sinarharian - 22/06 1:53 pm PUTRAJAYA - Malaysia dan Bangladesh bersetuju bahawa eksploitasi dan penganiayaan terhadap pekerja migran tidak boleh diterima, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan kepada sistem pengambilan pekerja yang lebih telus dan adil.Bercakap pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun pekerja asing kekal penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, kedua-dua negara mesti memastikan kebajikan serta keluarga mereka dilindungi."Kerjasama sumber manusia, khususnya pekerja, telah menjadi kritikal kepada kelangsungan ekonomi kita tetapi pada masa yang sama telah menimbulkan banyak isu dan kebimbangan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |