///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Palestin News   Page 1    



Minyak naik? Watak belakang tabir bongkar usaha PM Anwar lindung rakyat dari kesan krisis global - Mydateline - 25/05 11:45 am

Konflik Asia Barat yang berlaku susulan pertembungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran selain kesan perang Israel-Palestin telah mencetuskan krisis tenaga global paling serius dalam ..





Rakyat Palestin bantah sekatan Israel, krisis kebuluran di Gaza - Mkini - 25/05 11:30 am

Peserta mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk yang mengecam keadaan hidup yang semakin buruk serta kekurangan bekalan makanan.





Malaysia nekad teruskan misi Global Sumud Flotila ke Gaza Malaysia nekad .. - Mygazette - 25/05 7:43 am

Menurut Amirudin, para aktivis yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyampaikan bantuan kepada Gaza akan terus digerakkan bagi membawa suara rakyat Malaysia ke pentas dunia. Katanya, perjuangan membela Palestin bukan lagi sekadar slogan atau himpunan solidariti semata-mata, sebaliknya telah diterjemahkan melalui pengorbanan sebenar rakyat Malaysia





Malaysia tidak akan berdiam diri isu Gaza - Amirudin - Sinarharian - 25/05 7:39 am

SEPANG - Kerajaan Malaysia akan terus memperhebat tekanan diplomatik dan tindakan perundangan antarabangsa bagi mempertahankan rakyat Palestin serta membongkar kekejaman rejim Zionis di Gaza.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perjuangan untuk membebaskan Gaza tidak akan terhenti meskipun Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah selesai."GSF 2.O bukan hanya dengan menghantar kapten pasukan aktivis di laut, kita turut suarakan melalui persidangan di Brussels, baru- baru ini."Selepas ini, kita akan turut menilai dan ingin membawa persidangan itu di Malaysia pada masa depan kerana kita mahu setiap segi dan sendi perjuangan ini dapat dikembangkan, dapat diperkasakan dan membawa kepada pembebasan Gaza yang telah diimpikan sekian lama," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.Amirudin berkata, rakyat Malaysia wajar berbangga dengan keberanian aktivis tempatan daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang sanggup mempertaruhkan masa, tenaga serta nyawa demi memperjuangkan isu kemanusiaan di Gaza.Menurutnya, para aktivis terbabit bukan sahaja berdepan tekanan psikologi dan ancaman ketakutan, malah turut menerima serangan fizikal daripada pihak Zionis."Malaysia tidak akan berdiam diri, Parlimen tidak akan berdiam diri dan rakyat Malaysia juga tidak akan berdiam diri kerana mereka telah mencerca kedaulatan serta warga kita demi mempertahankan kemanusiaan."Satu usul berkaitan Gaza akan dibawa ke Parlimen dan yakin mendapat sokongan penuh daripada semua ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang politik," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan peguam kini sedang mengumpul dokumen dan bukti pelanggaran undang-undang antarabangsa melibatkan aktivis kemanusiaan yang didakwa diculik dan diseksa."Kita juga akan membawa perkara ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selain meneruskan tekanan diplomatik."Pasukan ini, aktivis kita juga akan menjelajah seluruh negara, bercakap dan membawa hati Malaysia ke pentas dunia, kita akan turun di semua tempat sampaikan kerana ini adalah lambang kemanusiaan dunia abad ini yang harus kita selesaikan," ujarnya.Amirudin berkata, terdapat juga cubaan untuk menggagalkan misi solidariti tersebut melalui penyebaran maklumat palsu, serangan fizikal terhadap delegasi Malaysia dan tekanan terhadap ahli keluarga aktivis.Bagaimanapun katanya, delegasi Malaysia telah membuktikan kesungguhan luar biasa dalam mempertahankan perjuangan Palestin."Hari ini terbukti negara dan rakyatnya sanggup mempertaruhkan apa pun demi kemanusiaan abad ini untuk membebaskan Gaza dan juga menghapuskan kejaman Zionis yang telah berlaku puluhan tahun," katanya.





'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten Siva - Sinarharian - 25/05 7:35 am

SEPANG - Aktivis Malaysia berbangsa India yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Patmanathan Sivasamy menegaskan beliau akan meneruskan perjuangan membantu rakyat Gaza meskipun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.Beliau yang juga dikenali sebagai Kapten Siva berkata, semangat itu diperoleh daripada ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepadanya."Sebelum sertai misi GSF ini, anak lelaki saya berumur 10 tahun ada beri pesanan."Dia kata papa, saya sangat bangga dengan papa, papa teruslah pergi ke Gaza. Kalau papa tidak kembali, jangan risau, selepas 10 tahun, saya yang akan pergi ke Gaza."Satu lagi pesanan daripada abang saya, dia kata, kalau engkau tak pijak bumi Palestin, jangan balik Malaysia





GSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- Nuri - Sinarharian - 25/05 7:25 am

SEPANG- Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan Israel.Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu akan dikongsikan kelak."Kita akan menggerakkan apa yang disebut sebagai We Rise iaitu membabitkan baki negara-negara yang tidak terlibat dalam GSF pada kali ini."Hampir 100 tahun perjuangan Palestin, kalau ada rezeki dan umur, Palestin akan dibebaskan saat kita masih lagi bernyawa





28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIA - Sinarharian - 25/05 12:06 am

SEPANG - Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Bagaimanapun, kelibat pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sekali lagi tidak kelihatan pada himpunan solidariti kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.Pengusiran mereka berlaku sehari selepas rakaman penghinaan terhadap aktivis ketika berada dalam tahanan, yang dikongsi secara dalam talian oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, sehingga mencetuskan kemarahan antarabangsa.





GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijadualkan pulang Ahad ini - Mygazette - 23/05 7:53 am

Kementerian turut memuji komitmen ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan pasukan Sumud Nusantara dalam menjayakan misi kemanusiaan tersebut meskipun berdepan pelbagai cabaran. Menurut kementerian itu, walaupun flotila berkenaan dihalang daripada memasuki Semanjung Gaza, misi tersebut berjaya meningkatkan tekanan dan kecaman antarabangsa terhadap sekatan yang dikenakan rejim Zionis Israel ke atas wilayah Palestin itu





GSF 2.0: 29 aktivis Malaysia tiba di tanah air Ahad ini - Sinarharian - 22/05 7:47 pm

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan dibebaskan pada Khamis dalam keadaan selamat serta berada di Istanbul, Turkiye ketika ini.Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kesemuanya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke tanah air dengan ketibaan dijangka pada Ahad."Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas segala bantuan dan sokongan diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan selamat."Kementerian memuji komitmen teguh yang ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta pasukan Sumud Nusantara."Walaupun flotila kemanusiaan tersebut dihalang daripada tiba di Gaza, misi ini berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin," katanya pada Jumaat.Wisma Putra memaklumkan, Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kesemua 428 aktivis GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa dibebaskan.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Tambah Sani Araby, pihaknya mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925.





Ustaz Mad Kecik, Nor Suhada selamat diijab kabul - Sinarharian - 22/05 7:00 pm

MARANG Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26, pada Jumaat.Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Payung, di sini, kira-kira jam 10 pagi.Abangnya, Mohd Faizul Abdullah, 41, berkata, majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.Menurutnya, perkenalan antara Muhammad dan pasangannya yang juga merupakan pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai di sini diatur oleh guru-guru mereka."Selain itu, peranan keluarga juga antara pembuka langkah hingga termeterainya pernikahan antara Ustaz Mad dan pasangan pada hari ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Mohd Faizul memaklumkan bahawa majlis menyambut menantu bagi sebelah pihak lelaki dijadualkan berlangsung pada 28 Mei depan.Majlis berkenaan akan diadakan di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu, iaitu madrasah yang dibangunkan sendiri oleh Ustaz Mad.Dalam pada itu, beliau turut mewakili seluruh ahli keluarga menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan perkahwinan pasangan tersebut."Pihak keluarga berterima kasih atas doa kepada Ustaz Mad dan pasangan, serta sokongan yang diberikan sebelum ini dalam kerja dakwah yang dilakukan," katanya.Nama Ustaz Mad Kecik sebelum ini mencuri perhatian dan tular di media sosial kerana pendekatan dakwahnya yang santai serta kelantangannya dalam menyuarakan isu-isu kemanusiaan termasuk perjuangan rakyat Palestin.Beliau turut menyertai 22 sukarelawan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada tahun lalu di mana kapal yang dinaiki bersama beberapa aktivis lain telah dipintas dan ditahan oleh tentera Israel.





Syed Saddiq Tegaskan Keberanian Peserta Sumud Tidak Sia-Sia - Ohmedia - 22/05 11:45 am

Syed Saddiq tegaskan suara rakyat dunia berjaya buka mata dunia terhadap kekejaman di Palestin





'Siapa kata pejuang Sumud tiada taring?' Syed Saddiq - Sinarharian - 21/05 8:04 pm

SHAH ALAM - Keberanian peserta misi kemanusiaan yang mempertahankan nasib rakyat Palestin berjaya membuka mata dunia terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza ketika ini.Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tanggapan bahawa mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah keadaan adalah tidak tepat kerana perjuangan mereka berjaya membuka mata dunia terhadap penderitaan yang dialami."Jangan kata suara kita tidak penting





Kenapa Anwar Ibrahim digelar Anak Palestin? Ini perjuangan PMX yang ramai tak tahu - Mydateline - 21/05 4:00 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara pemimpin yang paling lantang bersuara dalam perjuangan menuntut hak dan kebebasan rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis





87 Aktivis Termasuk 29 Rakyat Malaysia Ditahan Di Isr*el Lancar Mogok Lapar - Lobakmerah - 21/05 3:33 pm

Sekitar 87 aktivis kemanusiaan yang dikhabarkan ditahan di Pelabuhan Ashdod, Israel telah melancarkan mogor lapar secara besar-besaran. Ketua Pengarah Pusar Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sany Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda protes terhadap penahanan secara haram kira-kira 9,500 warga Palestin oleh rejin Zionis





Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm

KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim





Semua 10 kapal GSF 2.0 dipintas IOF – SNCC Semua 10 kapal GSF 2.0 .. - Mygazette - 20/05 7:56 am

Sidang media akan diadakan esok," menurut SNCC dalam kenyataan, malam ini. Sementara dalam kenyataan berasingan, GSF memaklumkan pihaknya menerima pengesahan bahawa ratusan aktivis yang ditahan semalam, kini sedang dipindahkan secara paksa oleh tentera Israel ke sebuah pelabuhan di wilayah Palestin yang diduduki





Global Sumud Flotilla: Dunia tidak boleh lelah bela Gaza, Palestin - Harakahdaily - 19/05 7:29 pm

DUNIA sekali lagi menyaksikan bagaimana regim Zionis Israel bertindak ganas dan biadab terhadap misi kemanusiaan antarabangsa yang mahu memecahkan kepungan zalim ke atas Gaza. Dalam insiden terbaharu, petang 18 Mei 2026 sekurang-kurangnya 18 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) telah dipintas secara agresif di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus, manakala sekitar 150 aktivis kemanusiaan daripada lebih 45 […] The post Global Sumud Flotilla: Dunia tidak boleh lelah bela Gaza, Palestin appeared first on Harakahdaily .





Usaha PAS perkukuh lagi hubungan Malaysia-Iran - Harakahdaily - 19/05 1:51 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Iran perlu terus memperkukuhkan hubungan menerusi solidariti ummah serta sokongan kemanusiaan terhadap rakyat Republik Islam itu yang berdepan tekanan perang dan sekatan antarabangsa. Duta Besar Iran ke Malaysia, Voliullah Muhammad Nasrabandi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Malaysia dan Iran Bersama-sama Untuk Keseimbangan Ummah dan Pembebasan Palestin: Pengalaman Iran Sebelum dan […] The post Usaha PAS perkukuh lagi hubungan Malaysia-Iran appeared first on Harakahdaily .





Malaysia bersama negara sahabat usaha aktivis GSF dibebaskan segera - PM - Sinarharian - 19/05 12:39 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi."Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin."Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah





Correct! Peminat Jerit Viva Viva Palestina Masa Konsert, Respon Harry Styles Buat Ramai ‘Excited’! - Lobakmerah - 19/05 12:21 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Isu pergolakan dan kemanusiaan yang melanda bumi Palestin terus mendapat perhatian dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada masyarakat dunia





‘Mana Suara Kau Untuk Palestin?’ – Punca Sebenar Hubungan Drake & DJ Khaled Retak - Vocket - 19/05 11:40 am

Ketiga-tiga album... The post ‘Mana Suara Kau Untuk Palestin?’ – Punca Sebenar Hubungan Drake & DJ Khaled Retak appeared first on VOCKET .





Aktivis GSF Haroqs Dikecam Buang Gula-Gula Dalam Laut Untuk Penduduk Gaza – “Plastik Tu Bang, Tercemar Laut!” - Beautifulnara - 19/05 9:19 am

Aktivis Global Sumud Flotilla, Haroqs menerima kritikan netizen selepas memuat naik tindakan mencampakkan coklat ke tengah laut dengan harapan ia sampai kepada kanak-kanak di wilayah Gaza, Palestin





Jika mahu lawan, PH sedia lawan habis-habisan jangan cuba gugat .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm

Menurutnya, kerajaan Persekutuan juga tidak pernah mendiskriminasi negeri pembangkang dalam soal pembangunan dan bantuan rakyat. Dalam pada itu, beliau berkata, dunia Islam dan rantau ASEAN kini berdepan cabaran geopolitik yang semakin membimbangkan termasuk konflik Palestin serta persaingan kuasa besar dunia





Yaman tegaskan semula sokongan padu terhadap Iran - Harakahdaily - 18/05 12:11 am

TEHRAN: Pemimpin Ansarullah Yaman mengucapkan takziah atas kesyahidan seorang komander terkemuka Briged Al-Qassam, dan mengesahkan semula sokongan teguh dan padu Yaman terhadap rakyat Palestin serta Iran dan Lubnan





Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC - Sinarharian - 16/05 10:27 pm

SHAH ALAM - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi kerja-kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa bot.Memasuki hari ke-34 misi kemanusiaan GSF, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotila."Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan."Kapal-kapal GSF dijangka meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei (Ahad) selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan rasmi SNCC pada Sabtu.Dalam masa sama, Sani Araby mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu hati dan sepakat menggandakan usaha menyebarkan fakta serta sejarah yang sahih.Beliau juga menggesa orang ramai untuk menangkis propaganda jahat rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media."SNCC turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza."Setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber sahih dan berautoriti," ujarnya lagi.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan GSF dan Palestin, boleh layari portal rasmi di tanya.sumudnusantara.com





SNCC lancar 'Sumud Protocol', gerak empat tindakan sokong Gaza - Sinarharian - 15/05 8:52 pm

SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) melancarkan 'Sumud Protocol' merangkumi empat usaha sebagai pelan tindakan fasa satu yang akan digerakkan bermula pada fasa akhir misi flotila menuju ke Gaza.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan menerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia bakal menggerakkan sokongan dan keahlian sekurang-kurangnya 150 ahli Parlimen merentas parti dan ideologi.Menurut beliau, perkara itu merupakan cerminan keteguhan institusi Parlimen negara yang berani dan komited membela isu Palestin."SNCC juga menggesa Kaukus Palestin Parlimen mengadakan usul tergempar bagi mengabsahkan Deklarasi Brussels yang digerakkan oleh ahli-ahli Parlimen dunia khususnya dari Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah (EU)."Ia merupakan usaha bagi meningkatkan tekanan diplomatik serta ekonomi terhadap rejim susulan pencabulan undang-undang antarabangsa serta sekatan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan sokongan kerajaan, pihaknya menggerakkan usaha memfailkan tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)."Fail itu adalah untuk pencabulan undang-undang antarabangsa susulan tindakan menculik, menyerang dan merampas bahan bantuan kemanusiaan serta kapal flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa oleh pihak rejim Israel pada tahun 2025 dan April lalu."Ini adalah satu lagi sejarah yang mana keberanian bukan hanya menghantar memorandum tetapi kesatuan ini akan membuktikannya dengan memfailkan satu petisyen dan satu saman kepada pihak ICC untuk mengheret penjajah ini yang akan dimulakan seawal Jun depan," katanya lagi.Tambah beliau, SNCC turut melancarkan usaha siaran langsung selama 100 jam 'Sumud Kita Untuk Gaza' menerusi platform rasmi Sumud Nusantara bagi memperluaskan kesedaran awam dan menyampaikan perkembangan semasa misi flotila kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa.Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk melakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media.





Pelayaran Global Sumud Flotilla semakin getir - Sinarharian - 15/05 8:16 pm

SEPANG - Pelayaran 54 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang telah memasuki fasa akhir dijangka akan berhadapan dengan pintasan oleh pihak rejim Zionis dalam tempoh beberapa jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, misi yang turut disertai delegasi Malaysia itu kini berada di Zon Kuning 2 iaitu sekitar 340 batu nautika dari pantai Gaza."Dalam tempoh beberapa jam akan datang, flotila dijangka memasuki zon berisiko tinggi pada waktu malam yang mana potensi berlakunya pintasan oleh pihak rejim adalah sangat tinggi," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Tegas beliau, pintasan yang mungkin dilakukan oleh pihak rejim itu bertujuan untuk menyekat keabsahan koridor kemanusiaan maritim yang sah di bawah klausa Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS)."Klausa UNCLOS membenarkan apa jua bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan bergolak tanpa sekatan."Pintasan ini pastinya menjadi bukti kukuh salah laku rejim Zionis sekali lagi yang akan diheret ke muka pengadilan pada tahap tertinggi dengan kerjasama rangkaian peguam antarabangsa," katanya lagi.Sani Araby meminta rakyat Malaysia mempergiat usaha menyebarkan fakta dan sejarah sahih berkaitan Palestin serta terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan delegasi misi berkenaan.Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga kini rejim Zionis Israel melaksanakan penjarahan haram selepas 78 tahun peristiwa Nakba yang menyaksikan rakyat Palestin kehilangan tanah air, hak dan kehidupan mereka."Gaza yang kononnya dalam fasa gencatan senjata sebenarnya sedang dialihkan perhatian atau dimanipulasikan sehingga pengalihan blok batu, garisan kuning atau pencabulan pengambilalihan tanah berlaku secara besar-besaran di bumi Gaza."Kenyataan angkuh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam yang mengumumkan bahawa rejim Israel menguasai 60 peratus wilayah Gaza serta menyasarkan penguasaan penuh ke atas keseluruhan Gaza membuktikan agenda penjajahan dan peluasan sedang dilakukan," ujarnya.Katanya, 950 hari berlalu sejak bermulanya perang pada 7 Oktober 2023, lebih 100,000 rakyat Palestin syahid manakala sejak peristiwa Nakba, dianggarkan lebih 136,000 rakyat terbunuh akibat penjajahan, peperangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis.





“Satu lagi sebab untuk berbangga” – Dikritik Sebab Kibar Bendera Palestin, PM Sepanyol Pertahan Lamine Yamal - Lobakmerah - 15/05 5:22 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal baru-baru ini mencuri perhatian apabila mengibarkan bendera Palestin ketika sambutan kemenangan Barcelona menjuarai La Liga pada Ahad





Mengenang 78 tahun Nakbah Palestin yang perih - Harakahdaily - 15/05 12:14 am

15 MEI setiap tahun semenjak 1948 adalah tarikh yang menikam hati dan perasaan umat Islam, Nakbah Palestin atau pun bencana Palestin yang hilang daripada peta digantikan dengan negara haram Israel





SNCC jangka 30 jam akan datang tempoh paling kritikal bagi misi GSF - Sinarharian - 14/05 11:04 pm

SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 yang membawa hampir 500 aktivis kemanusiaan antarabangsa menuju ke perairan Gaza kini memasuki fasa paling kritikal apabila kapal-kapal misi itu dijangka berdepan pelbagai risiko, termasuk pintasan dalam tempoh 28 hingga 30 jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tempoh itu menjadi fasa paling mencabar selepas kapal-kapal misi berkenaan memasuki kawasan Zon Kuning 3 sejurus meninggalkan Pelabuhan Marmaris, Turkiye.Sani Araby berkata, perubahan corak operasi tahun ini menyaksikan zon kuning diletakkan lebih awal berbanding tahun lepas susulan risiko pintasan oleh rejim Zionis.Beliau berkata, jarak perjalanan ke Gaza dianggarkan mengambil masa kurang daripada empat hari sekiranya tiada sebarang gangguan berlaku."Keluar sahaja daripada Pelabuhan Marmaris (Turkiye), mereka (kapal) sudah pun masuk Zon Kuning 3. Jadi, sekarang ini kami berada dalam tempoh berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.Beliau berkata, berdasarkan kelajuan semasa kira-kira 12 batu nautika, flotila berkenaan dijangka menghampiri zon seterusnya menjelang petang esok (15 Mei).Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, satu pelan tindakan strategik berskala besar akan diumumkan esok melibatkan mobilisasi rakyat, advokasi Ahli Parlimen, pengukuhan tekanan diplomatik antarabangsa, gerakan solidariti media serta tindakan perundangan global bagi memastikan isu kepungan dan pencabulan hak kemanusiaan di Gaza dan Palestin dibawa ke muka pengadilan.Beliau berkata, tindakan itu adalah kesinambungan kepada Deklarasi Brussels yang disertai beberapa pihak termasuk Kaukus Palestin Parlimen Malaysia.Sani Araby turut menyeru rakyat Malaysia mempergiat usaha menyebarkan fakta dan sejarah sahih berkaitan Palestin serta terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan delegasi misi berkenaan."SNCC mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk melakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media," katanya.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan misi dan Palestin boleh dilayari di portal rasmi tanya.sumudnusantara.com





GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia belayar ke Gaza - Kosmo - 14/05 10:38 pm

SEPANG – Gelombang kedua Misi Pelayaran Global Sumud Flotila secara rasminya telah mula belayar menuju perairan Gaza, Palestin kira-kira pukul 7.30 malam (waktu Malaysia) tadi





Microsoft Pecat Pengurus Besar Di Israel Kerana Skandal Intipan Warga Palestin - Amanz - 14/05 3:00 pm

Microsoft memecat Alon Haimovich, Pengurus Besar Microsoft Israel, bersama beberapa lagi pengurus kanan lain selepas siasatan dalaman mendapati mereka terlibat dengan skandal intipan besar-besaran warga Palestin menggunakan infrastruktur Azure





Armada Global Sumud Flotilla belah lautan hari ini, bawa misi kemanusiaan ke Gaza - Sinarharian - 14/05 2:16 pm

SHAH ALAM Misi kemanusiaan antarabangsa, Armada Global Sumud Flotilla dijadualkan memulakan pelayaran bersejarah dari pelabuhan Marmaris di selatan Turkiye pada Khamis.Pelayaran ini merupakan fasa terakhir dalam usaha menembusi sekatan di sempadan Gaza bagi menyampaikan bantuan kritikal kepada penduduk di wilayah berkenaan.Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman mengesahkan sebanyak 54 kapal akan menyertai pelayaran besar-besaran ini.Daripada jumlah tersebut, lima kapal merupakan hasil kerjasama strategik antara Sumud Nusantara bersama gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC)."Insya-ALLAH, armada ini akan bergerak membawa lebih 500 peserta yang datang dari hampir 60 negara."Matlamat utama kami adalah untuk memastikan koridor kemanusiaan dapat dibuka dan dikekalkan demi kelangsungan hidup penduduk Gaza," katanya menerusi video pendek dikongsi di laman Facebooknya.Pelayaran itu juga dilihat sebagai simbolik penting memandangkan ia dilakukan menjelang tarikh ulang tahun ke-78 Hari Nakba yang jatuh pada 15 Mei ini."Tarikh tersebut memperingati peristiwa hitam pengusiran kira-kira 800,000 penduduk Palestin dari tanah air mereka," katanya.Nadir turut menyeru seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia untuk bangkit bersolidariti pada 15 Mei ini bagi menuntut penghentian segera tindakan genosid yang sedang berlaku."Ini adalah peluang dan panggilan terakhir untuk kita bertindak secara bersungguh-sungguh





Isu REE Lynas dibawa ke Parlimen Jun ini Wong Chen - Sinarharian - 13/05 1:05 pm

KUALA LUMPUR Kontroversi melibatkan syarikat Lynas Rare Earths dan industri unsur nadir bumi (REE) negara dijangka menjadi perhatian pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan susulan desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu kerajaan memastikan operasinya tidak melanggar undang-undang antarabangsa.Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan, Wong Chen berkata, beliau akan membawa isu berkenaan ke Parlimen bagi mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai operasi Lynas."Saya akan membawa isu ini ke Parlimen pada sidang Parlimen 22 Jun ini," katanya baru-baru ini.Sebelum ini, Wong Chen yang juga Ahli Parlimen PKR-Subang mempersoalkan pendirian kerajaan yang lantang dalam isu Palestin dan Gaza, namun pada masa sama berdepan kontroversi susulan pengumuman bahawa Lynas akan membekalkan unsur nadir bumi kepada Pentagon untuk kegunaan pembuatan senjata.Menurut beliau, walaupun kerajaan mungkin tidak dapat mengawal produk yang dihasilkan serta pihak yang membeli bahan tersebut, Malaysia seharusnya mempunyai dasar lebih jelas berkaitan pelaburan asing yang dikaitkan dengan industri persenjataan."Untuk masa hadapan, ia seharusnya menjadi dasar nasional bahawa kita tidak harus menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) yang terlibat dalam pembuatan senjata dan kelengkapan perang," katanya.Beliau berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa juga akan menyambung persidangan pada Jun bagi meneliti perkara itu dengan lebih mendalam.Sebelum ini, beberapa organisasi masyarakat sivil termasuk Greenpeace Malaysia dan Sahabat Alam Malaysia menyuarakan kebimbangan bahawa REE yang diproses di Malaysia berpotensi digunakan dalam teknologi ketenteraan berkaitan konflik di Gaza dan Asia Barat.Perkara itu mencetuskan perdebatan awam berhubung kemungkinan penglibatan tidak langsung Malaysia dalam rantaian bekalan industri pertahanan global susulan laporan mengenai hubungan pembekalan Lynas dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD).Sementara itu, jurucakap Gabungan Rakyat Malaysia dan Penyokong Masyarakat Sivil Menentang Perang dan Pelanggaran Kemanusiaan (500 Anti Perang), John Ooh, berkata memorandum yang ditandatangani 500 peserta telah dihantar kepada ahli Parlimen bagi mendesak kerajaan menjalankan siasatan bebas terhadap rantaian bekalan REE Malaysia.Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan negara tidak terlibat secara tidak langsung dalam sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa.





EU kenakan sekatan terhadap peneroka haram Yahudi - Utusan - 12/05 6:07 pm

BRUSSELS: Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin bersetuju untuk mengenakan sekatan baharu terhadap peneroka haram Yahudi susulan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin





Palestin: Pendirian EU sama sebagaimana Malaysia - Utusan - 12/05 7:17 am

KUALA LUMPUR: Pendirian Kesatuan Eropah (EU) terhadap Palestin sama sebagaimana kerajaan Malaysia





Gempur kartel, siasat dana kemanusiaan antara pencapaian Azam Baki sebagai KP SPRM - Sinarharian - 11/05 1:01 pm

PUTRAJAYA - Menggempur kartel penyeludupan diesel, sindiket sisa elektronik (e-waste) selain tindakan ke atas kes penyelewengan dana kemanusiaan antara kejayaan besar dicapai Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2021.Pencapaian lain ialah penubuhan unit khas bersenjata Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) pada 5 Oktober 2023.Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, ACTS diwujudkan bagi melaksanakan operasi berisiko tinggi termasuk kes rasuah berprofil tinggi, selain memperkukuh keupayaan SPRM dalam menghadapi situasi taktikal mencabar dengan penggunaan peralatan moden dan pegawai terlatih khas.Menurutnya, SPRM turut memperkukuh Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) yang ditubuhkan sejak 2018 susulan pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Kes ini di bawah koordinasi SPRM bersama agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)."MATF menjadi platform utama membanteras rasuah, penyeludupan serta pengubahan wang haram selain memulihkan hasil negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hisyam berkata, antara operasi besar di bawah MATF ialah Op Metal dan Op Nature yang membongkar sindiket e-waste dan sisa plastik haram sehingga menyebabkan kerugian hasil negara dianggarkan melebihi RM950 juta dalam tempoh enam tahun.Katanya, operasi itu turut menyaksikan pembekuan 16 akaun bank bernilai lebih RM10.2 juta serta tindakan terhadap pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS).Tambah beliau, MATF juga mencatat kejayaan besar melumpuhkan kartel penyeludupan diesel bernilai RM247 juta menerusi Op Karen pada September 2025."Sebanyak 498 akaun bank dengan nilai kira-kira RM110 juta telah dibekukan dan lima kapal bernilaiRM52 juta disita, serta rampasan 4.5 juta liter diesel bernilai RM9.7 juta," ujarnya.Kontena terbangKatanya lagi, SPRM turut membongkar kes 'Kontena Terbang' di Pelabuhan Klang yang dianggarkan menyebabkan ketirisan hasil negara sehingga RM3.5 bilion dalam tempoh 10 tahun, selain merampas wang tunai RM4.4 juta daripada pegawai kastam yang terlibat.Jelas beliau, dari sudut pendekatan penyiasatan pula, SPRM memperkenalkan Intelligence Based Investigations (IBI) iaitu kaedah siasatan proaktif berasaskan risikan dan analisis data bagi mengesan jenayah sebelum laporan dibuat."Pendekatan ini memberi fokus kepada kes rasuah bersindiket dan 'grand corruption' dengan penggunaan teknologi forensik kewangan bagi menjejaki aliran dana."IBI turut dikreditkan sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kadar sabitan kes SPRM sehingga 95 peratus, selain menjadi asas pemodenan operasi agensi itu," ujarnya.Selain itu, latihan khusus turut diperkenalkan melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi memperkukuh kepakaran pegawai.Menurut beliau, antara kejayaan ketara IBI ialah pendedahan sindiket 'Counter Setting' di lapangan terbang selepas enam bulan risikan, yang membawa kepada serbuan besar-besaran serta penahanan puluhan pegawai penguat kuasa dengan rampasan melebihi RM9 juta melibatkan emas, kenderaan mewah dan wang tunai.Kata beliau lagi, SPRM turut memberi tumpuan kepada kes grand corruption dan pemulihan aset negara, termasuk kejayaan memulihkan sekitar RM31 bilion atau 70 peratus dana 1MDB, menjadikannya antara kadar pemulihan aset tertinggi di dunia.Selain itu, siasatan turut melibatkan kes Jana Wibawa yang menggunakan analisis aliran tunai bagi mengesan penyelewengan dana projek serta beberapa kes berprofil tinggi membabitkan tokoh politik termasuk rampasan aset dan wang tunai bernilai besar."SPRM juga menumpaskan rangkaian mafia korporat yang melibatkan golongan profesional seperti peguam dan akauntan sebagai 'enabler' kepada sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai, termasuk melalui Ops Sky yang menyaksikan 16 individu didakwa, 98 akaun bank dibekukan berjumlah RM17 juta serta rampasan pelbagai aset mewah," ujarnya.Ujar Hisyam, dalam aspek keselamatan negara, Op Sohor pada 14 Oktober 2025 membongkar kegiatan pegawai perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa membocorkan maklumat operasi kepada sindiket penyeludupan dengan nilai rasuah RM3 juta, melibatkan tindakan pendakwaan terhadap empat pegawai kanan."Kes penyelewengan dana kemanusiaan Aman Palestin turut mencuri perhatian apabila melibatkan 164 pertuduhan dengan kerugian dianggarkan RM39.5 juta selain pembekuan 11 akaun bank dan penyitaan jongkong emas."Dari aspek pengubahan wang haram, SPRM berjaya memulihkan kira-kira RM15.5 bilion aset negara dalam tempoh 2021 hingga awal 2026 melalui pengesanan aliran kewangan rentas sempadan dan pemetaan pemilik benefisial sebenar," katanya.Dalam pada itu, sebagai langkah pencegahan, SPRM turut memperkenalkan inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC) bersama Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bagi memperkukuh budaya integriti melalui penglibatan masyarakat, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan."Keseluruhan pencapaian ini dilihat mencerminkan pendekatan lebih agresif, moden dan berasaskan risikan dalam usaha memperkukuh agenda membanteras rasuah serta memulihkan keyakinan terhadap institusi penguatkuasaan negara," ujarnya.



Malaysia perkukuh sokongan misi kemanusian ke Gaza, hargai pengorbanan aktivis GSF - Amirudin - Sinarharian - 4/05 6:53 pm

SEPANG - Kerajaan menegaskan pendirian untuk terus menyokong misi kemanusiaan ke Gaza meskipun berdepan cabaran susulan insiden penahanan peserta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0), termasuk rakyat Malaysia oleh rejim Israel pada 1 Mei lepas.Menteri Besar Selangor yang juga Menteri Penaung GSF2.0 Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sokongan konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan komitmen negara dalam memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa."Sudah pasti sokongan kita akan bertambah kuat kerana kita hargai pengorbanan aktivis, termasuk dari Malaysia yang bersedia mengorbankan masa, wang dan juga keselesaan mereka. Saya rasa Malaysia kena bangga dengan penyertaan aktivis-aktivis ini kerana mereka datang dengan sukarela."Mereka mendedahkan diri kepada risiko semata-mata untuk "Break the Silence" dan "Break the Siege", dua misi yang dilakukan secara konsisten," katanya pada sidang media selepas melawat pusat operasi Sumud Nusantara Command Center (SNCC), di sini hari ini.Beliau berkata, pengurusan misi kali ini juga dilihat lebih tersusun dan teratur, sekali gus meningkatkan keyakinan bahawa matlamat misi berkenaan semakin hampir dicapai atau sekurang-kurangnya berjaya memperkukuh suara antarabangsa mengenai isu Gaza.Beliau berkata, sokongan terhadap perjuangan itu turut semakin lantang di Eropah, mendorong Malaysia mengambil pendirian jelas dalam menyokong usaha berkenaan.Amirudin berkata, Malaysia kini merupakan satu-satunya negara memberikan pengiktirafan rasmi di peringkat kerajaan terhadap misi tersebut, berbanding negara lain yang hanya menyalurkan sokongan secara individu, kewangan atau moral."Pendekatan ini turut menarik perhatian negara lain, yang menghargai kesediaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi penaung bukan sahaja secara individu, tetapi atas kapasiti rasmi kerajaan," katanya.Amirudin berkata, misi kemanusiaan itu bukan hanya melibatkan umat Islam, sebaliknya disertai pelbagai pihak termasuk dari Eropah dan Nusantara dalam usaha memecahkan kepungan di Gaza serta meningkatkan kesedaran global.Beliau berkata, misi kali ini melibatkan dua pendekatan iaitu darat dan laut, menerusi penghantaran bantuan darat melalui Rafah, dengan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan sedang dalam perjalanan.Amirudin berkata, proses penghantaran bantuan memerlukan pematuhan kepada beberapa protokol di negara terlibat, khususnya dalam usaha melepasi sempadan.Namun, beliau berkata, pengalaman terdahulu menunjukkan sebanyak 100 kontena bantuan telah dihantar sebelum ini, termasuk 40,000 tin makanan yang disediakan menjelang Ramadan dan Aidilfitri berjaya sampai ke rakyat Palestin.Beliau berkata pihaknya akan mengemas kini perkembangan misi termasuk di Rafah selepas semua urusan berkaitan penghantaran selesai dilaksanakan.Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, tindakan menghalang pergerakan misi GSF2.0 di perairan antarabangsa sejauh kira-kira 1,000 kilometer atau 600 batu nautika dari Gaza menunjukkan keadaan terdesak rejim Israel serta mendapat perhatian meluas masyarakat dunia."Suara di Eropah semakin kuat dan Malaysia akan terus mengambil pendekatan damai dengan pendirian tegas serta tindakan lebih berani, termasuk pendirian yang telah ditunjukkan oleh kerajaan."Saya juga percaya bahawa pendirian Malaysia ini sebenarnya mengajak negara lain untuk turut serta, sekali gus menjadi contoh kepada negara-negara lain untuk memberikan pengiktirafan yang sama," katanya



“Kami Tidak Pulang Ke Kuala Lumpur Tetapi…” – Tak Serik Meskipun Ditangkap Rejim Haram, Zainal Rashid Teruskan Pelayaran Ke Gaza - Beautifulnara - 4/05 10:25 am

Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA memaklumkan beliau bersama sembilan lagi aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 akan meneruskan pelayaran ke Gaza, Palestin



FIFA: Palestin Teguh Pertahan Prinsip, Tolak Usaha Damai Infantino - Vocket - 2/05 6:56 pm

Beliau cuba untuk... The post FIFA: Palestin Teguh Pertahan Prinsip, Tolak Usaha Damai Infantino appeared first on VOCKET .



Palestin Teguh Pertahan Prinsip, Tolak Usaha Damai Infantino - Hotfm - 2/05 6:56 pm

Beliau cuba untuk mendamaikan presiden Persatuan Bola Sepak Palestin dan naib presiden Persatuan Bola Sepak Israel, namun rancangan 'mengarut' itu gagal



GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan



Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita. Di pelabuhan di Greece setakat ini, baki keseluruhan kapal yang terselamat sedang berlindung di kawasan perairan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas perkembangan terkini misi GSF 2.0 di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Bandar Puteri Bangi di sini,Jumaat.Sebelum ini, SNCC mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara peserta yang terputus hubungan pada hari ke-18 misi GSF 2.0.Sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF).Rakyat Malaysia yang ditahan terdiri daripada wartawan veteran merangkap aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA yang menaiki Arkham lll serta Osman Zolkifli dan Dr Jihan Alya Mohd Nordin (Eros 1).Turut ditahan ialah Mohd Shamsir Mohd Isa (Esplai); Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN); Mohd Redzal Amzah (Freia) serta Muhamad Muhzin Zaidi (Marea).Mengulas lanjut, Sani Araby memaklumkan, pihaknya telah berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan bahawa komitmen berterusan dan maksimum sedang digerakkan bagi membebaskan kesemua tahanan GSF 2.0."SNCC juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah memulakan usaha untuk menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Greece dan sahabat-sahabat negara menerusi diplomasi bagi membantu serta menyelaraskan pembebasan khususnya aktivis Malaysia."Saya difahamkan oleh Wisma Putra bahawa pihak konsul dan lain-lain sedang bersedia di pelabuhan sekiranya semua peserta dibebaskan di Greece, itu yang kita harapkan."Justeru, SNCC mengajak rakyat Malaysia untuk terus memberikan tekanan dan menzahirkan pendirian bagi memahami isu pencabulan ini selain mendalami kerangka besar penzaliman dilakukan rejim Israel terhadap saudara sesama Islam di Gaza serta Palestin," jelasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN:Kapal Tam Tam dirosakkan rejim Zionis, 10 rakyat Malaysia dibawa ke Israel - SNCCGSF: Malaysia berkerjasama dengan negara sahabat, pastikan 10 rakyat dibebaskan rejim Zionis - PMKapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia terputus hubunganGSF: 11 kapal terputus komunikasi, didakwa 7 telah dipintas tentera Israel



Infantino tidak faham penderitaan mendalam rakyat Palestin - Sinarharian - 1/05 12:15 am

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menegaskan bahawa Presiden FIFA, Gianni Infantino berkemungkinan besar tidak memahami atau tidak menyedari penderitaan mendalam yang sedang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.Kenyataan itu menyusul selepas kejadian pada Kongres FIFA di Vancouver apabila Rajoub enggan berdiri bersebelahan atau berjabat tangan dengan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Israel (IFA), Basim Sheikh Suliman di atas pentas.Infantino dilihat cuba memujuk dengan memegang lengan Rajoub namun Presiden PFA itu tetap dengan pendiriannya susulan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan Israel ke atas penduduk Palestin."Saya rasa Gianni (Infantino) berhak untuk cuba merapatkan jurang dan menyatukan orang ramai, tetapi mungkin beliau tidak faham atau tidak tahu penderitaan mendalam rakyat Palestin," kata Rajoub selepas tamat kongres.Rajoub menegaskan, prinsip sukan harus dihormati, namun beliau tidak boleh berkompromi apabila pihak lawan mewakili entiti yang dianggapnya sebagai penjenayah."Jika pihak lain mewakili seorang penjenayah seperti Bibi (Benjamin Netanyahu) dan bercakap bagi pihaknya seolah-olah beliau itu 'Mother Teresa', bagaimana saya boleh bersalaman atau bergambar dengan lelaki sebegitu?"Sudah tiba masanya untuk memahami bahawa Israel harus dikenakan sekatan



Kementerian Luar kumpul maklumat rakyat Malaysia dalam Flotila Sumud Globalyang dipintas - Sinarharian - 30/04 11:00 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Luar sedang memantau rapi situasi dan aktif mengumpul maklumat mengenai keadaan serta keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Flotila Sumud Global(GSF), susulan tindakan tentera Israel memintas kapal berkenaan di perairan antarabangsa pada 29 April.Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya provokasi serta pemintasan menyalahi undang-undangitu dan menuntut pihak tentera menghentikan segera segala bentuk gangguan terhadap misi kemanusiaan berkenaan bagi memastikan penghantaran bantuan yang selamat tanpa halangan, selain menjamin keselamatan semua aktivis antarabangsa yang terlibat."Malaysia menegaskan bahawa GSF adalah inisiatif kemanusiaan aman yang bertujuan menghantar bekalan perubatan penting dan makanan bagi membantu menstabilkan sistem penjagaan kesihatan yang musnah, serta memberikan bantuan kepada penduduk yang menghadapi genosid dan kebuluran di Gaza," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tentera menyekat dan memintas beberapa kapal kemanusiaan merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang maritim antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.Ia turut menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan.Malaysia juga mengulangi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.Menurut laporan, 10 aktivis kemanusiaan Malaysia adalah antara 186 aktivis yang menaiki 22 kapal di bawah misi GSF 2.0 yang telah dipintas dan dinaiki oleh tentera Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza.Setakat waktu laporan ini ditulis, Ketua Pengarah Pusat KawalanSumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan bahawa keberadaan 10 rakyat Malaysia yang terlibat masih belum diketahui



Desak tindakan konkrit isu Palestin - Sinarharian - 30/04 10:07 pm

SHAH ALAM - Malaysia terus memperkukuh peranan di pentas antarabangsa apabila menjadi satu-satunya wakil ASEAN menghadiri Kongres Parlimen Global Sumud dan Deklarasi Brussels yang berlangsung di Brussels, baru-baru ini.Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, penyertaan itu adalah hasil mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyuarakan pendirian negara berhubung isu Palestin.Menurutnya, kongres berkenaan menghimpunkan kira-kira 30 penceramah antarabangsa termasuk 18 ahli Parlimen, menteri, timbalan menteri dan wakil eksekutif dari blok Eropah serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ."Platform ini bukan sekadar simbolik, tetapi ruang untuk membina momentum sokongan global terhadap Palestin, termasuk dari negara Eropah yang kini semakin lantang mengkritik Israel."Antara hasil utama pertemuan itu ialah Deklarasi Brussels yang menggariskan tindakan lebih konkrit merangkumi aspek politik, perundangan dan gerakan solidariti."Daripada simbolik kepada sistem, solidariti kepada protokol



Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa Zionis bebaskan anak kapal GSF 2.0 - Sinarharian - 30/04 8:12 pm

SHAH ALAM - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam tindakan biadab rejim Zionismemintas, menahan dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa pada awal pagi Khamis.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden tersebut jelas mencabuli undang undang antarabangsa di mana ia berlaku ketika 57 kapal GSF termasuk tiga bot pengiring berada berhampiran Kepulauan Crete, Greece, kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.Justeru, kata Syed Ibrahim, pihaknya mendesak supaya Zionis Israel menghentikan tindakan pencabulan dan lanun mereka serta membebaskan kesemua anak kapal yang diculik."Kaukus Palestin Parlimen Malaysia juga meminta rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam itu."Kami mengusulkan supaya Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh dunia bersatu suara mengutuk tindakan melampau pencabulan undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel."Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil langkah sewajarnya dengan segera untuk keselamatan anak kapal warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan GSF 2.0.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, sebanyak 22 dari keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel.Jelasnya lagi, berlaku provokasi di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.




Reformasi     >>



Pas pilih bulu, Nik Zawawi patut dilucut jawatan dari .. - Harapandaily
Tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang hanya memberikan peringatan kepada Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai sesuatu yang memalukan institusi ulama serta mencemarkan kesucian agama. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, ..
Kroni     >>



MDS Food Industry berkembang daripada perniagaan kecil .. - Utusan
BERMULA daripada sebuah perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama keluarga, MDS Food Industry kini berkembang sebagai antara syarikat bumiputera yang aktif dalam industri makanan sedia dimakan dan produk retort di negara ini. Pengasasnya, Md Shukor Johari berkata, perniagaan tersebut ..
Tabloid     >>



PSM lapor kekecohan Thailand kepada Istaf - Hotfm
Kuala Lumpur: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) secara rasmi mengemukakan aduan kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) berhubung dakwaan campur tangan beberapa pegawai kanan Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) ketika aksi final regu berpasukan lelaki Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur ..
Tech     >>



Keluarga Samsung Galaxy Z Fold8 Mungkin Menggunakan .. - Amanz
Bukan lagi rahsia Samsung akan melancarkan sebuah peranti skrin lipat lebar tahun ini dengan ia dipercayai menggunakan nama Samsung Galaxy Z Fold8 Wide. Nama yang agak panjang dan diakui kurang menarik untuk pasaran. Kini muncul laporan dua nama baharu yang akan digunakan peranti ini ialah ..
World     >>



Oil prices slide on hopes of US-Iran peace deal - BBC
Trump said on Saturday that an agreement would include the reopening of the Strait of Hormuz, without giving further details.
Motor Trend     >>



Isu ‘Curi’ Hak Milik Kereta: JPJ Tutup .. - Vocket
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melaksanakan penangguhan sementara bagi urusan Tukar Hak Milik (THM) melalui semua saluran urus niaga dalam talian berkuat kuasa pada... The post Isu ‘Curi’ Hak Milik Kereta: JPJ Tutup Sementara Urusan Tukar Hak Milik ..