///

Search : Pnb News   Page 1    



Pemegang unit puas hati - Sinarharian - 25/12 9:10 am

SHAH ALAM - Pengumuman kenaikan agihan pendapatan 5.75 sen seunit oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada Selasa disambut baik dalam kalangan pelabur dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Eksekutif perhubungan awam dan komunikasi, Nur Adlina Aleesha Saiful Rizal, 25, berkata, kenaikan dividen tersebut secara tidak langsung telah membuktikan pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) mampu menguruskan dana ASB dengan baik

kami. Semoga usaha seperti ini sentiasa diteruskan supaya pelabur akan dapat lebih banyak manfaat daripadanya. ???Dengan kadar kenaikan dividen ini saya tidak takut menyimpan dalam ASB. Ini semua untuk kegunaan masa hadapan saya,??? katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Dalam pada itu, pembantu akauntan, Nur Alyaa Maryam Mohd Rustam, 23, berkata, pelaburan ASB dimilikinya mendatangkan hasil terutama dalam keadaan harga barang keperluan sekarang yang semakin meningkat. ???Pelaburan ASB ni memberi manfaat besar kepada saya yang berumur 20-an untuk meningkatkan kestabilan kewangan. Dengan pelaburan bijak juga saya dapat memperoleh pendapatan pasif dan berpotensi mendapat pulangan lebih tinggi,??? ujarnya. Menurutnya, kenaikan tersebut bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelabur dari segi kewangan tetapi juga meningkatkan keyakinan terhadap pengurusan dan prestasi pelaburan. Sementara itu, pekerja swasta, Dhia Iwana Zulkafli, 26, berkata, pengumuman pemberian dividen tersebut menjadikan usahanya menyimpan di ASB dari kecil tidak sia-sia. ???Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat, jadi sebagai penyimpan rasa dihargai dan tidak sia-sia memilih ASB sebagai salah satu aset simpanan untuk masa hadapan. ???Saya juga bercadang untuk melanjutkan pengajian nanti, jadi kenaikan ini sangat membantu dan menguntungkan serta dapat merancang dengan lebih teliti perancangan kewangan saya,??? katanya.





PNB remains optimistic about M'sian economy, Bursa next year - Mkini - 24/12 8:42 pm

Clear economic policies have been well received, bolstering investor confidence.





PNB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit, bayar agihan pendapatan berjumlah RM10.1 bilion - SUN - 24/12 3:51 pm

KUALA LUMPUR : Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024

dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada tahun 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion. ASB terus memberikan pulangan yang mampan, mengatasi pulangan pasaran serta penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank, bilangan akaun ASB meningkat 2.4 peratus kepada 11.1 juta akaun, kata PNB. Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata berkata pengagihan 5.75 sen seunit adalah pembayaran tertinggi sejak 2020. ???Tahun lepas, kita bayar sebanyak RM9.3 bilion. Secara kumulatif, ASB telah mengagihkan RM196.5 bilion sejak penubuhannya,??? katanya pada taklimat bersama pengarang media di Merdeka 118 pada Isnin. Abdul Rahman menyifatkan pembayaran lebih tinggi itu disebabkan prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti Malaysia, membolehkan ASNB memberikan pulangan yang lebih baik. ???Sejak lima tahun lepas, pemberian dividen adalah mencabar kecuali tahun ini kerana ia mencerminkan prestasi pasaran saham Malaysia. Jika pasaran terus menunjukkan prestasi yang baik, kami berharap dapat mengekalkan pengagihan dividen seperti ini,??? katanya. Beliau berkata PNB menyasarkan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi, menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah pengurusan (AUM) daripada RM347 bilion pada 2024 kepada RM400 bilion menjelang 2027. Tahun ini, PNB mencatatkan peningkatan 3.2 peratus dalam jumlah akaun kepada 16.2 juta dengan ASNB menambah lebih 400,000 pemegang unit baharu. Bagi memacu pelaburan berulang, Abdul Rahman berkata PNB merancang untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat menabung yang lebih kukuh. ???Sebagai contoh, kami akan mempromosikan idea bahawa jika anda simpan RM150 sebulan dan biarkan ia berkembang selama 10 tahun dengan pengkompaunan pada simulasi lima peratus konservatif, lebih rendah daripada 5.5 atau 5.75 peratus yang ditawarkan oleh ASB...anda boleh mengumpul hampir RM23,000,??? katanya. Bagaimanapun, beliau menekankan mengenai statistik, sebanyak 51 peratus rakyat Malaysia masih belum mula melabur manakala 40 peratus orang dewasa belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan. ???Ini adalah cabaran kritikal yang perlu kita tangani. Mereka yang menabung pun...simpanan tidak mencukupi,??? katanya. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata selama lebih 45 tahun, PNB telah diamanahkan untuk menjaga wang simpanan rakyat. ???Kami menyedari cabaran yang lebih luas mengenai wang simpanan yang tidak mencukupi dan keperluan untuk memupuk tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia,??? katanya. Beliau berkata PNB akan terus mempertingkatkan usaha celik kewangannya untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia merentas generasi.





PNB declares RM10.1b payout for ASB, highest since 2020 - Mkini - 24/12 1:30 pm

This is due to stronger performance in the Malaysian equity market.





PNB umum dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam 5 tahun - Mkini - 24/12 11:50 am

Jumlah agihan adalah sebanyak RM10.1 bilion melibatkan 11.1 juta pemegang unit ASB, menurut PNB.





ASB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit, terkukuh dalam tempoh 5 tahun - Sinarharian - 24/12 11:29 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024

RM10.1 bilion tersebut memanfaatkan 11.1 juta pemegang unitnya. Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, agihan pendapatan itu kekal kompetitif dan mengatasi penanda arasnya, kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank pada kadar 2.64 seunit. "Kami berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun. "Ini meneruskan rekod prestasi kukuh Dana Harga Tetap ASNB berbanding portfolio rujukan mereka, sejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, pembayaran dividen sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada tahun 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion. Ujarnya, prestasi ASB yang lebih baik ini adalah didorong oleh impak positif daripada strategi kepelbagaian aset PNB serta faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh, yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang teguh dan pengukuhan ringgit. "Walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan perdagangan global yang berterusan, persekitaran makroekonomi Malaysia kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang teguh, kadar faedah yang stabil dan peningkatan pelaburan asing. "Ia disebabkan tindak balas kukuh pelabur terhadap inisiatif Madani kerajaan, termasuk pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP)," katanya. Menurut Raja Arshad, berdasarkan jumlah pulangan satu tahun pada hujung November lalu menyaksikan semua Dana Harga Berubah ASNB mengatasi penanda aras masing-masing dan diletakkan dalam dua kuartil teratas dalam kalangan dana setara mereka dalam segmen masing-masing Sebagai contoh katanya, enam dana ASNB Equity telah mencatatkan jumlah pulangan satu tahun antara 15 peratus dan 33 peratus sehingga 30 November tahun ini dengan dana terawalnya, Amanah Saham Nasional (ASN) dan ASN Equity Malaysia merekodkan pulangan satu tahun masing-masing sebanyak 23.4 peratus dan 33.2 peratus. "Tahun 2024 juga menyaksikan aset di bawah pengurusan (AUM) PNB meningkat semula kepada RM347 bilion daripada RM337 bilion yang direkodkan pada tahun 2023, dengan bilangan akaun meningkat 3.2 peratuskepada 16.2 juta dengan ASNB menambah lebih 400,000 pemegang unik baharu dan kini menjadi pelaburan pilihan lebih 13 juta rakyat Malaysia," katanya. Bagaimanapun beliau menjelaskan, usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk menabung kekal sebagai cabaran kritikal mengambil kira hasil penyelidikan kajian Soal Selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2024. Ujarnya, hasil penyelidikan itu menunjukkan lebih daripada 40 peratus orang dewasa di Malaysia belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan dan data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan pertumbuhan simpanan sukarela iaitu tidak tidak termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah kurang daripada lima peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu. "Bagi menangani cabaran ini, PNB telah menjadikan peningkatan simpanan pelanggannya sebagai tumpuannya di bawah Pelan Strategik baharunya, LEAP 6. "Pelan Strategik itu menggariskan sasaran tinggi untuk meningkatkan AUM PNB kepada RM400 bilion menjelang 2027 melalui pelaksanaan transformasi merentas enam teras utama yang meliputi Jualan & Pengedaran, Pelaburan, Transformasi PNB Co, Pengetahuan, Inovasi dan Kemampanan," katanya. Dalam pada itu, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata, pihaknya komited untuk mengembangkan simpanan rakyat Malaysia dengan menggalakkan mereka menyimpan lebih banyak dan menambah simpanan tersebut melalui pemberian pulangan yang mampan serta menerajui pasaran. Menurutnya, dalam konteks ini, PNB akan meningkatkan usaha celik kewangan dengan menyediakan program dan sumber pendidikan bagi memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan untuk membuat keputusan kewangan termaklum. "Kami juga akan mempergiatkan inisiatif pemasaran kami untuk menekankan kepentingan memupuk tabiat menyimpan yang konsisten bagi jaminan kewangan jangka panjang. "Antaranya, tahun ini menyaksikan komitmen berterusan PNB untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan karnival celik kewangan utamanya, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), yang mencatatkan lebih 100,000 pengunjung tahun ini," katanya. Abdul Rahman menjelaskan, logo baharu ASNB turut diperkenalkan, bertujuan untuk menarik minat generasi muda. ???Melangkah ke hadapan, kami akan meningkatkan usaha ini melalui transformasi model jualan dan pengedaran kami dan secara agresif menggalakkan simpanan kepada semua rakyat Malaysia," katanya. Beliau menambah, tindakan segera itu antara lain termasuk pengaktifan beberapa kempen untuk menggalakkan simpanan berulang, bagi menggalakkan pelaburan berulang oleh rakyat Malaysia melalui ciri Auto Laburnya, yang membolehkan pelabur melabur secara tetap dan automatik dengan serendah RM10 sebulan.





PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen - Astroawani - 24/12 11:25 am

PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.





Prosiding isu Khazanah, PNB dan Nafas tahun depan - Utusan - 16/12 7:55 am

(Khazanah), Permodalan Nasio??nal Bhd. (PNB) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dijadual??kan bermula pada sesi Dewan Rakyat penggal keempat

first on Utusan Malaysia .





Pencarian Lans Koperal Ahmad Zulhilmi diteruskan – PAT - Mgazette - 12/12 3:06 pm

Kita akan teruskan sehingga komando putuskan untuk dihentikan sehinggalah ada petunjuk baharu, katanya. Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran MALBATT 850-11 yang berlangsung di Padang Kawad PUSASDA, di sini, hari ini

teruskan sehingga komando putuskan untuk dihentikan sehinggalah ada petunjuk baharu, katanya. Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran MALBATT 850-11 yang berlangsung di Padang Kawad PUSASDA, di sini, hari ini. Dilaporkan sehingga Isnin lalu tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan dalam operasi SAR anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum pada 30 November lepas. Tambah Mohammad, sehingga kini SAR dilakukan sepenuhnya oleh pasukan ATM. Menurut beliau, lazimnya SAR dilaksanakan dalam tempoh 14 hari namun tempoh mencari Ahmad Zulhimi dilanjutkan berdasarkan tempoh mencari anggota tentera daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang hilang ketika bertugas dalam Op UKUR di Limbang, Sarawak pada Jun lalu. Katanya, pada waktu itu misi mencari Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim dilakukan selama 19 hari. - MalaysiaGazette





MALBATT 850-11 berjaya laksana misi walaupun berdepan pelbagai cabaran - Mgazette - 12/12 3:06 pm

Sumbangan dan komitmen mereka, bukan sahaja membuktikan kemampuan Malaysia dalam melaksanakan misi pengaman malah menunjukkan kredibiliti negara sebagai penyumbang kestabilan sejagat, katanya ketika sidang media. Terdahulu, beliau hadir dan menyempurnakan Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran MALBATT 850-11 yang berlangsung di Padang Kawad PUSASDA di sini hari ini

kemampuan Malaysia dalam melaksanakan misi pengaman malah menunjukkan kredibiliti negara sebagai penyumbang kestabilan sejagat, katanya ketika sidang media. Terdahulu, beliau hadir dan menyempurnakan Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran MALBATT 850-11 yang berlangsung di Padang Kawad PUSASDA di sini hari ini. Sebagai rekod, pasukan tersebut tiba di tanah air pada 6 November lalu setelah setahun melaksanakan misi pengaman di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan, MALBATT 850-11. Kontinjen itu keseluruhannya terdiri daripada 854 orang yang mana 82 pegawai dan 772 anggota, termasuk tiga pegawai dan 27 anggota ABDB serta seorang Pegawai Awam Kewangan Kementerian Pertahanan. Mengulas lanjut, Mohammad Ab. Rahman berkata, pasukannya sentiasa bersedia menyertai misi pengaman di negara-negara termasuk Syria sekiranya diperlukan. Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan kerajaan terlebih dahulu. (Kini) Kita fokus kepada misi yang telah diberi kepada kita iaitu di Lubnan sekiranya ada keperluan daripada PBB untuk kita menyertai misi-misi yang lain kepimpinan negara akan membuat pertimbangan dan sekiranya mereka menyatakan bersetuju untuk itu kita akan hantar anggota kita . "Di mana-mana sahaja bukan sahaja di Syria apabila ada keperluan kita akan hantar, ujarnya. - MalaysiaGazette





Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan - SUN - 12/12 2:00 pm

???Saya menyeru seluruh rakyat dan keluarga anggota terus mendoakan pasukan pengaman dapat melaksanakan misi ini dengan selamat dan cemerlang dan dilindungi Allah SWT. ???Sepanjang penugasan di bumi Lubnan, kontinjen MALBATT 850-11 mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang, meskipun berdepan pelbagai cabaran getir akibat ancaman konflik berterusan antara Israel dan Lubnan,??? beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-11 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini

operasi di kawasan misi dapat diteruskan secara berkesan, sambil mengekalkan kekuatan kuasa tempur kontinjen pada setiap masa. ???Saya menyeru seluruh rakyat dan keluarga anggota terus mendoakan pasukan pengaman dapat melaksanakan misi ini dengan selamat dan cemerlang dan dilindungi Allah SWT. ???Sepanjang penugasan di bumi Lubnan, kontinjen MALBATT 850-11 mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang, meskipun berdepan pelbagai cabaran getir akibat ancaman konflik berterusan antara Israel dan Lubnan,??? beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-11 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini. Pada majlis berkenaan, seramai 853 anggota dan pegawai termasuk dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai kewangan Kementerian Pertahanan menerima Penganugerahan Pingat PNBB diketuai Komander, Kolonel Burhan Sagoni. Dalam pada itu Mohammad berkata kehadiran MALBATT 850-11 diterima baik masyarakat tempatan dan mencerminkan kejayaan kolaborasi antara pasukan pengaman dan komuniti setempat. Beliau berkata kecekapan serta profesionalisme anggota kontinjen ini membuktikan keupayaan dan kemampuan ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa,??? katanya. Mohammad berkata dalam situasi operasi yang mencabar, kontinjen MALBATT 850-11 berjaya mengekalkan reputasi sebagai pasukan pengaman dihormati oleh masyarakat setempat dan dalam kalangan komuniti antarabangsa. Dalam perkembangan lain, Mohammad berkata pasukan MALBATT sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tugas di negara bergolak seperti Syria, sekiranya diarahkan oleh PBB. ???Jika diarahkan (ke Syria) oleh PBB untuk menyertai misi tersebut, kepimpinan negara akan membuat pertimbangan. Sekiranya dipersetujui, anggota akan dihantar ke Syria atau mana-mana negara lain yang memerlukan,??? katanya.



Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama - Sinarharian - 7/12 10:11 pm

"Terima kasih kepada semua yang telah membantu kami, menghantar mesej dan doa," tulis mereka pada Sabtu. Pada Khamis, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu

Kami tidak boleh bercakap tentang hal itu, tetapi kami akan memberi kerjasama dalam siasatan. "Semasa proses siasatan masih berjalan, kami berharap dapat menjalani hidup seperti biasa, terutama sekali demi kepentingan mereka yang kami sayangi. "Terima kasih kepada semua yang telah membantu kami, menghantar mesej dan doa," tulis mereka pada Sabtu. Pada Khamis, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu. Pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut, yang mana kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet Sdn Bhd. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan. Sebutan kes ditetapkan pada 22 Januari tahun depan. - Awani



Pecah amanah RM8 juta: Vivy Yusof, suami dibenar ikat jamin RM100,000 seorang - Sinarharian - 5/12 2:09 pm

KUALA LUMPUR ??? Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis membenarkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar dilepaskan sementara dengan ikat jamin sebanyak RM100,000. Hakim, Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan bagi satu kes pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, yang dihadapi Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36

Fadzarudin, 36. Semasa rayuan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada mulanya membantah kedua-dua tertuduh diberi ikat jamin. Menurutnya, ia disebabkan kes yang dihadapi Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin. Bagaimanapun beliau mengakui, pasangan itu telah memberi kerjasama baik kepada pihak SPRM sejak awal kes ini disiasat. Susulan itu, beliau mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin antara RM100,000 hingga RM200,000. Pendakwaan turut mencadangkan kedua-dua tertuduh memenuhi syarat tambahan, iaitu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sekali setiap bulan. ???Kami juga memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan kerana kebanyakannya terlibat dengan FashionValet Sdn Bhd. ???Mereka memang beri kerjasama kepada SPRM iaitu hadir setiap kali dipanggil memberi keterangan kerana ketika itu mereka merupakan saksi kes namun sekarang status itu telah bertukar kepada tertuduh,??? katanya. Sementara itu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Ashok Athimulan berkata, amaun yang dicadangkan pihak pendakwaan adalah tinggi. Katanya, jumlah sehingga RM200,000 yang dicadangkan pendakwaan ini, seolah-olah menghukum anak guam, sedangkan perbicaraan belum bermula. "Saya tidak membantah syarat tambahan, namun mohon jaminan pada kadar rendah dan munasabah dengan mengambil kira mereka telah hadir sebanyak sambilan kali ke pejabat SPRM ketika siasatan kes. "Mereka mempunyai empat anak yang bersekolah di sini, termasuk keluarganya menetap di ibu negara, sekali gus menunjukkan mereka tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri maka tiada keperluan untuk mahkamah menetapkan jumlah jamin yang tinggi," katanya. Ekoran kes ini peguam terbabit berkata, anak guamnya mengalami kekangan kewangan selepas aset mereka dibekukan, sehingga terpaksa bergantung kepada ahli keluarga dan rakan lain untuk bayar wang jaminan. Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rosli membenarkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 22 Januari tahun depan. Pada pagi Khamis, mereka didakwa dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet, diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB, telah melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka ini, ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya. Kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman pemenjaraan antara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.



Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah dana pelaburan Khazanah, PNB RM8 juta - SUN - 5/12 11:48 am

KUALA LUMPUR : Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lepas

Ahmad. Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd telah melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018. Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Rosli membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasangan suami isteri itu perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan. Kedua-dua tertuduh juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dihalang mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini sehingga kes selesai, kata hakim itu yang turut menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan kes. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata kesalahan itu tidak boleh dijamin namun kedua-dua tertuduh memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM. Oleh itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan antara RM100,000 hingga RM200,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan jumlah tersebut sangat munasabah dengan mengambil kira keseriusan kes ini. Kami berhak untuk meminta syarat tambahan dalam kes ini iaitu kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali, pasport diserahkan kepada mahkamah kerana kesalahan ini amat serius dan ada flight risk (melarikan diri). Mereka boleh memohon untuk mendapatkan pasport sementara pada bila-bila masa dengan alasan munasabah. Kedua-dua tertuduh juga dihalang mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini kerana kebanyakan saksi terlibat dalam FashionValet, kata Wan Shaharuddin yang juga Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM. Wan Shaharuddin turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada prosiding akan datang, pihaknya akan memfailkan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan. Peguam A Ashok yang mewakili Vivy dan Fadzarudin berkata pihak pendakwaan bersetuju untuk menawarkan jaminan namun pihaknya memohon jumlah jaminan munasabah. Kedua-dua tertuduh memberikan kerjasama baik dengan mematuhi sembilan notis untuk hadir ke pejabat SPRM bagi siasatan termasuk hari (hujung) minggu. Oleh itu, tiada keperluan untuk mahkamah khuatir atau risau mereka akan flight risk (melarikan diri) dan mereka hadir sendiri ke mahkamah hari ini, kata peguam itu. Ashok berkata mustahil untuk pasangan itu tidak hadir ke mahkamah kerana mereka mempunyai empat anak dan ahli keluarga serta perniagaan mereka di Kuala Lumpur. Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mereka akan hadir prosiding perbicaraan di mahkamah bagi membersihkan nama mereka. Mereka mengalami kekangan kewangan, segala aset dibekukan dan mereka bergantung kepada kawan-kawan serta ahli keluarga yang akan membantu untuk membayar wang jaminan. Jumlah jaminan tinggi seolah-olah menghukum mereka sebelum dibicarakan, iaitu mereka belum lagi disabitkan bersalah. Kami mohon jaminan munasabah dan syarat tambahan kami tidak bantah namun kami mohon anak guam melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur, katanya. Wan Shaharuddin kemudian berkata kes itu membabitkan RM8 juta dan jumlah itu munasabah serta bukan punitif atau jumlah yang menekan-nekan tertuduh. Terdahulu, Vivy yang memakai sut berwarna putih manakala suaminya mengenakan sut hitam tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.34 pagi.



'Individu luluskan pelaburan FashionValet masih dipuja' - Mkini - 5/12 10:45 am

Bekas CEO PNB mengkritik sikap tidak bertanggungjawab individu yang meluluskan pelaburan dalam platform e-dagang itu.



Vivy Yusof, Suami Didakwa Pecah Amanah Dana Pelaburan Khazanah, PNB RM8 Juta - Siakapkeli - 5/12 10:31 am

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lepas

Keli .



Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah dana Khazanah, PNB RM8 juta - Mkini - 5/12 10:08 am

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan hakim.



Vivy Yusof, suami mengaku tidak bersalah pecah amanah RM8 juta - Astroawani - 5/12 10:00 am

Pengasas FashionValet didakwa atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah dan PNB bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.



Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah dana pelaburan Khazanah, PNB RM8 .. - Hmetro - 5/12 9:48 am

Kuala Lumpur: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu



Vivy Yusof, suami tiba di mahkamah bagi pertuduhan pecah amanah dana PNB, Khazanah - Astroawani - 5/12 9:30 am

Vivy dan Fadzaruddin tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, untuk didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.



Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah RM8 juta - Sinarharian - 5/12 9:24 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada enam tahun lalu

Ahmad. "Faham, mengaku tidak bersalah," kata Vivy yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju serba putih bersama Fadzarudin, yang mengenakan kot berwarna hitam. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet Sdn Bhd, diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB, telah melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka ini, ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya. Kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman pemenjaraan antara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan. Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah kedua-dua tertuduh diberi ikat jamin kerana kes berkenaan termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin. Bagaimanapun beliau mengakui, pasangan itu telah memberi kerjasama baik kepada pihak SPRM di sepanjang kes ini disiasat. Susulan itu, beliau mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin antara RM100,000 hingga RM200,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai. "Mereka sememangnya memberi kerjasama kepada SPRM dengan hadir setiap kali dipanggil memberi keterangan namun ketika itu mereka merupakan saksi kes, dan sekarang status itu telah bertukar kepada tertuduh. "Amaun yang kami mohon sangat munasabah, kerana mengambil kira keseriusan kes dan ada risiko untuk melarikan diri. "Kes ini melibatkan amaun mencecah RM8 juta maka kadar jaminan yang kami cadangkan tidak bersifat menekan atau menghukum kedua-dua tertuduh," katanya yang turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab dan Haresh Prakash Somiah. Sementara itu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Ashok Athimulan berkata, amaun yang dicadangkan pihak pendakwaan adalah tinggi, seolah-olah menghukum anak guam, sebelum perbicaraan bermula. "Saya tidak membantah syarat tambahan, namun mohon jaminan pada kadar rendah dan munasabah dengan mengambil kira mereka telah hadir sebanyak sambilan kali ke pejabat SPRM ketika siasatan kes. "Mereka mempunyai empat anak yang bersekolah di sini, termasuk keluarganya menetap di ibu negara, sekali gus menunjukkan mereka tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri maka tiada keperluan untuk mahkamah menetapkan jumlah jamin yang tinggi," katanya. Ekoran kes ini peguam terbabit berkata, anak guamnya mengalami kekangan kewangan selepas aset mereka dibekukan, sehingga terpaksa bergantung kepada ahli keluarga dan rakan lain untuk bayar wang jaminan. Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rosli membenarkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 22 Januari tahun depan. Pada 28 Oktober lalu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB sekadar memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023 berbanding pelaburan RM47 juta oleh Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 juta dan RM20 juta. Dalam pada itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan FashionValet dan proses pelaburan kedua-dua syarikat berkenaan bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa. Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa transaksi mencurigakan dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu, berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.



FashionValet founders Vivy Yusof, husband Fadzarudin to face charges today over Khazanah, PNB losses - Malaymail - 5/12 9:12 am

KUALA LUMPUR, Dec 5 FashionValet Sdn Bhd founders Datin Vivy Yusof and her husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar, linked...



Vivy Yusof dan suami didakwa di Kuala Lumpur hari ini, suami Zahnita di Kuantan - Astroawani - 5/12 8:30 am

Pengasas FashionValet dan suami didakwa berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform e-dagang itu.



Pasangan pengasas FashionValet didakwa hari ini - Sinarharian - 5/12 8:26 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) tiba di Mahkamah Sesyen di sini, pada jam, 8.34 pagi Khamis

menanti ketibaan pasangan suami isteri itu, di lobi mahkamah. Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet. Pada 28 Oktober lalu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB sekadar memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023 berbanding pelaburan RM47 juta oleh Khazanah dan PNB pada 2018. Dalam pada itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan FashionValet dan proses pelaburan kedua-dua syarikat berkenaan bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa. Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa transaksi mencurigakan dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu, berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.



PNB salur RM4 juta bantu mangsa banjir - FMT - 2/12 9:05 pm

Sumbangan itu akan digunakan untuk memberi bantuan segera di kawasan terjejas di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.



PNB salur RM4 juta bantu mangsa banjir - Kosmo - 2/12 8:24 pm

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memberi sumbangan sebanyak RM4 juta menerusi kerjasama dengan beberapa agensi untuk membantu mangsa banjir

first on Kosmo Digital .



PNB salur RM4 juta bantu mangsa banjir - Sinarharian - 2/12 8:00 pm

SHAH ALAM - Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyalurkan bantuan banjir berjumlah RM4 juta menerusi kerjasama dengan beberapa agensi untuk membantu golongan yang terjejas

bagi komuniti yang terjejas akibat banjir sekitar Kelantan (Kota Bharu, Pasir Mas, Gua Musang, Bachok, Tumpat). ???Seterusnya di Terengganu (Besut, Dungun, Hulu Terengganu), Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar), Negeri Sembilan (Tampin) dan Selangor. ???Sumbangan yang diberi ditumpukan kepada agihan makanan seperti makanan sedia dimakan dan barang keperluan asas seperti khemah komuniti, selimut, tikar serta kit kebersihan diri,??? kata kenyataan itu pada Isnin. Tambah PNB, peruntukan juga akan diberi kepada pemulihan seperti bekalan barangan kembali ke sekolah dan keperluan asas keluarga, membaiki rumah dan memulihkan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta meningkatkan inisiatif air, sanitasi dan kebersihan (WASH) selepas bencana. Sementara itu, PNB memberitahu bahawa sebanyak RM900,000 daripada jumlah peruntukan telah disalurkan dan digunakan untuk pembelian bot penyelamat serta barangan lain. Antaranya, seperti pakaian sekolah, kasut dan beg untuk pelajar yang terjejas, beg kecemasan bencana dan program peningkatan komuniti. ???Selain menjangkakan cabaran yang bakal timbul akibat banjir akhir tahun ini, PNB akan terus membuat pendekatan proaktif dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kami bagi memastikan bantuan berimpak untuk rakyat Malaysia yang terjejas dengan banjir. ???Pendekatan proaktif PNB mencerminkan komitmen sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, menunjukkan dedikasi untuk menyokong komuniti terjejas yang memerlukan, terutamanya semasa krisis,??? ujar kenyataan itu.



SPRM telah melengkapkan kertas siasatan kes FashionValet - Azam Baki - SUN - 28/11 7:15 pm

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas itu, sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet

ini. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet). Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas itu, sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet. Azam sebelum ini berkata SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan berkenaan serta memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan profesional.



Investigation paper on FashionValet completed - MACC - SUN - 28/11 6:18 pm

When announcing that MACC had opened an investigation paper on the investment loss, Azam vowed that the commission would conduct a fair and professional investigation. READ MORE : MACC investigates RM43.9 million loss in FashionValet investment by Khazanah, PNB : MACC reviewing, investigating cash flow received by FashionValet founders - Azam Baki

READ : MACC freezes bank accounts of FashionValet founders Previously, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had instructed Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) to conduct an internal audit following the RM43.9 million investment loss in FashionValet. Anwar, who is also Khazanah chairman, said this directive was in line with his earlier mandate for the National Audit Department to assess over 2,000 government-linked companies. In 2018, Khazanah and Permodalan Nasional Berhad invested RM27 million and RM20 million, respectively, each taking minority stakes in FashionValet. When announcing that MACC had opened an investigation paper on the investment loss, Azam vowed that the commission would conduct a fair and professional investigation. READ MORE : MACC investigates RM43.9 million loss in FashionValet investment by Khazanah, PNB : MACC reviewing, investigating cash flow received by FashionValet founders - Azam Baki




Reformasi     >>



'When, how, where' - RM450k linked to Tanjung Batu rep - Mkini
EXCLUSIVE Whistleblower reveals WhatsApp screenshots telling assemblyperson he's under pressure.
Kroni     >>



Christmas is a time for feasting in Penang - Star
GEORGE TOWN: This year-end holiday season, some tourists just want to enjoy a Christmassy feast complete with all sorts of local fare. Read full story
Tabloid     >>



Satu vokalis tiga band - Hmetro
PENGANJURAN Konsert Triad menggabungkan tiga kumpulan iaitu Wings, Search KidDin dan Dragon Malaya di atas satu pentas di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari depan menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat muzik rock. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



How Apple's 'Move to iOS' app has vaulted into Google .. - Appleinsider
One of Apple's apps for Android has popped up on the Google Play's store top downloaded apps over Christmas. Here's why the "Move to iOS" app has launched itself into the top 40, and what it does. Image Credit: Apple Now that the holidays are wrapping up, first-time and returning iPhone users ..
World     >>



Russia warns against 'hypotheses' after Azerbaijan .. - BBC
The Russia-bound passenger plane went down in Kazakhstan with the loss of 38 lives.
Motor Trend     >>



Buletin Langkah Kanan Untuk Jameel Motors, Farizon Sv .. - Mekanika
# LANGKAH KANAN UNTUK JAMEEL MOTORS, FARIZON SV DAPAT PENARAFAN PLATINUM EURO NCAP **Farizon New Energy Commercial Vehicle Group merupakan bahagian kenderaan perdagangan Geely Holding Group.** Seperti biasa, produk mereka dibawa ke luar termasuk ke negara maju. Apabila berada di negara maju, ..