![]() |
/// |
|
Search : Najib News | Page 1 |
Adakah Lip Eng lebih tinggi daripada institusi Raja, Perlembagaan -Pemuda .. - Mgazette - 14/07 8:08 am # Adakah Lip Eng lebih tinggi daripada institusi Raja, Perlembagaan -Pemuda UMNO KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mempertikaikan cadangan supaya Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah |
UMNO jangan berada dalam mimpi, berangan menang pilihan raya - Mgazette - 14/07 8:08 am Kita harus belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini. Contohnya (fitnah terhadap) (Datuk Seri) Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri |
Pemuda UMNO gesa Titah Adendum berkaitan Najib dilaksanakan segera - Sinarharian - 13/07 7:17 pm SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan segera tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik.Menurut sayap parti itu, ia susulan pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kewujudan dokumen tersebut.Malah menurutnya, pengakuan yang dibuat dalam prosiding Mahkamah Persekutuan itu sekali gus membuktikan bahawa titah berkenaan benar-benar wujud, terutama selepas pelbagai polemik dan penafian sebelum ini."Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut adalah satu gambaran kepada penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi Raja yang menjadi tonggak Perlembagaan negara," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.Pada 9 Julai lalu dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan, AGC tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa sebagai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.Sebaliknya, AGC hanya membangkitkan isu berkaitan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman bekas Presiden UMNO itu di Mahkamah Tinggi.Susulan itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan cadangan agar Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Menurutnya, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh.Pemuda UMNO dalam hantaran sama turut mengecam kenyataan Lip Eng dengan menyatakan pertikaian tersebut seolah-olah menggambarkan Ahli Parlimen DAP itu meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara."YB (Yang Berhormat) Lim perlu faham bahawa gesaan ini bukan sekadar cadangan daripada UMNO semata-mata, sebaliknya ia berpaksikan kepada Titah Adendum yang telah diperakui sendiri Jabatan Peguam Negara di Mahkamah Persekutuan."Ia dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan negara, bukan atas kehendak politik atau sewenang-wenangnya."Dengan menyanggah titah ini, adakah YB Lim Lip Eng meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara?," ujarnya. |
'UMNO jangan syok sendiri mahu menang pilihan raya' Mahdzir - Sinarharian - 13/07 6:50 pm Kita kena fikir macam mana nak tambah kerusi, bukan hanya kekalkan kerusi Parlimen dan DUN yang sudah ada,""Ada tiga berita iaitu pertama cerita benar, kedua cerita separuh benar dan ketiga berita fitnah. Kita harus belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini."Contohnya (beberapa fitnah terhadap) (Datuk Seri) Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri |
Titah Adendum: Pemuda UMNO desak laksana segera - Astroawani - 13/07 5:51 pm Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum membabitkan Najib Tun Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik. |
UMNO perjuangkan hak yang sepatutnya diterima Najib - Abdul Rahman - Sinarharian - 13/07 3:07 pm JERANTUT - UMNO menegaskan perjuangan parti itu bukan bersifat peribadi membabitkan individu seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya demi memastikan hak bekas Perdana Menteri itu yang sepatutnya diterima diberi perhatian sewajarnya.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pendirian tersebut diambil susulan pengesahan Jabatan Peguam Negara mengenai kewujudan Titah Adendum berkaitan Najib yang didedahkan baru-baru ini."Ikrar kita UMNO tidak akan berhenti dari memperjuangkan nasib Najib selagi beliau tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya diterima dan kita akan teruskan perjuangan."Kita nak supaya rakyat faham bahawa UMNO bukan memperjuangkan individu tetapi kita memperjuangkan hak beliau (Najib) yang sepatutnya mesti kita berikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini pada Ahad.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pendirian itu seiring kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu keadilan ditegakkan buat Najib, termasuk membawanya ke perhatian perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dari 26 hingga 29 November ini.Menurutnya lagi, kewujudan adendum itu sepatutnya dimaklumkan lebih awal kepada umum."Kita faham benda ini dalam mahkamah, tidak mahu sentuh sangat isu ini tetapi saya anggap diri sebagai rakyat yang melihat lebih daripada 500 hari, adendum itu disimpan sahaja."Sepatutnya dari awal lagi dinyatakan wujudnya adendum itu |
Hasrat BN mahu tanding solo bukan isu besar - Pemuda UMNO - Sinarharian - 13/07 2:54 pm Malah ketika bersama Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), UMNO tetap bertanding sendiri di Melaka."Jadi untuk pilihan raya akan datang, sekiranya perlu bergerak secara solo, maka kita akan teruskan. Ini bukan satu perkara mengejutkan dan bukan isu besar pun bagi parti," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tambun di sebuah hotel di sini pada Ahad.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Dr Aminuddin Md Hanafiah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal.Pada Sabtu, media melaporkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka memaklumkan bahawa BN bersedia untuk bertanding secara solo.Katanya, tindakan tersebut diambil sekiranya tiada keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Mengulas lanjut, Mohammad Sollehin berkata, sebarang rundingan atau perbincangan kerjasama politik dengan parti lain mesti dilakukan tanpa merugikan UMNO dan BN."Apa yang penting adalah semua keputusan perlu dibuat secara bijak dan tidak melemahkan kedudukan parti."Kalau perlu bergerak solo, maka kita tiada masalah," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Menyentuh kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berhubung Titah Adendum terhadap hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohammad Sollehin menegaskan bahawa Pemuda UMNO memandang serius perkara itu.Menurutnya, Titah Adendum merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seharusnya dihormati semua pihak."Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Rukun Negara, khususnya kesetiaan kepada Raja dan negara, sudah tentu kita menghormati dan menyokong titah tersebut."Apabila Peguam Negara sendiri mengesahkan kewujudan titah itu, maka menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya |
Pelaksanaan Titah Adendum perikemanusiaan terhadap Najib - UMNO Perak - Sinarharian - 13/07 11:21 am IPOH UMNO Perak menyifatkan pelaksanaan Titah Adendum berhubung hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai langkah yang mencerminkan semangat perikemanusiaan dan keadilan dalam kerangka undang-undang negara.Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaksanaan Titah Adendum tersebut bukan sahaja selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan tetapi mencerminkan kematangan sistem kenegaraan kita yang menjunjung prinsip keadilan dan ihsan dalam kerangka undang-undang yang sah.Menurut beliau, penjelasan rasmi oleh Peguam Negara kepada Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kewujudan dan kesahan Titah Adendum itu telah memperkukuh keyakinan terhadap prinsip Raja Berperlembagaan serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan."Sebagai parti yang berteraskan kesetiaan kepada Raja dan Negara, UMNO Perak menegaskan bahawa titah diraja yang diperkenan secara sah perlu dilaksanakan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab."Justeru, UMNO negeri Perak menyeru kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri dan Jabatan Penjara Malaysia, agar mengambil tindakan segera melaksanakan titah ini," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.Saarani berkata, penjelasan yang didedahkan itu juga menjernihkan kekeliruan yang timbul dalam ruang awam sebelum ini.Menurutnya, pelaksanaan Titah Adendum itu juga penting bukan sahaja demi menjunjung institusi tertinggi negara malah sebagai lambang keadilan yang seimbang antara undang-undang dan perikemanusiaan.Jelasnya, UMNO Perak akan terus teguh mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan Institusi Diraja demi kestabilan, keharmonian dan masa depan negara.Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. |
UMNO Pahang desak Titah Adendum dijalankan secara tertib – Shahaniza - Mgazette - 13/07 7:56 am # UMNO Pahang desak Titah Adendum dijalankan secara tertib - Shahaniza KUANTAN - UMNO Pahang mendesak agar prosiding kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihentikan serta-merta dan pelaksanaan Titah Adendum dilakukan dengan segera dan tertib |
Jangan lengahkan pelaksanaan Titah Adendum ????? Pemuda UMNO Pahang - Mgazette - 13/07 7:56 am # Jangan lengahkan pelaksanaan Titah Adendum Pemuda UMNO Pahang KUANTAN - Pelaksaan perintah dalam Titah Adendum tidak sepatutnya dilengahkan berikutan pengakuan Jabatan Peguam Negara (AGC) tentang kewujudan titah tersebut. Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, sejak hari pertama lagi, pihaknya secara konsisten memperjuangkan agar titah addendum ini tidak dinafikan serta menuntut keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
Veteran UMNO rayu Anwar menghadap Agong untuk laksanakan Titah Adendum - Sinarharian - 12/07 6:52 pm SHAH ALAM Veteran UMNO Malaysia merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menyatakan kesediaan kerajaan memohon ampun perkenan Seri Paduka Baginda bagi melaksanakan Titah Adendum.Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, hanya Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mampu merealisasikan titah tersebut."Veteran UMNO menghormati proses perundangan dan mahkamah. Tapi Titah Adendum itu adalah kuasa Agong seperti peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan."Kita faham dalam mesyuarat jawatankuasa pengampunan tidak ada agenda tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak |
UMNO bidas kenyataan MP Kepong, dakwa DAP gagal didik Ahli Parlimen isu 3R - Sinarharian - 12/07 6:03 pm PEKAN DAP didakwa gagal mendidik Ahli Parlimen mereka berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, apa yang lebih mengecewakan ialah kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, dibuat sehari selepas kenyataan tegas UMNO mengenai pelaksanaan Titah Adendum."Buat sekian kalinya, DAP nampaknya gagal untuk mendidik Ahli Parlimen sendiri berkenaan isu 3R."Lip Eng dan DAP mungkin lupa ataupun sengaja buat tidak tahu, perkara berkenaan tahanan rumah DSN (Datuk Seri Najib Tun Razak) ini bukan semata-mata isu teknikal mahkamah."Perkara ini adalah berkenaan Titah Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.Terdahulu, Lip Eng menyifatkan cadangan agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Beliau dilaporkan berkata, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh.Mengulas lanjut, Mohd Fakhrul menegaskan DAP tidak boleh hanya bercakap tentang kesaksamaan undang-undang tanpa mengambil kira kedudukan Raja-Raja Melayu."Kamu bercakap berkenaan kesaksamaan undang-undang untuk semua, tapi dalam masa yang sama kamu lupa negara ini ada tuan dan daulat yang perlu dijaga," katanya.Beliau menambah, UMNO dilihat terlalu berusaha menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan sedangkan parti lain, terutama DAP, seolah-olah tidak berminat untuk bersama."Parti lain, terutama DAP, nampak sangat tidak berminat untuk bersama."Jangan terlalu memijak dan menolak, bimbang nanti kami pula yang menapak untuk bertindak," katanya. |
Pemuda MCA mohon titah adendum terhadap Najib dilaksana - Mgazette - 12/07 4:36 pm # Pemuda MCA mohon titah adendum terhadap Najib dilaksana KUALA LUMPUR Pemuda MCA menjunjung kasih dan merafak sembah memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya mempertimbangkan pelaksanaan titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
Titah adendum: Akauntabiliti di tangan PM ??? Mohd Puad - Mgazette - 12/07 4:36 pm # Titah adendum: Akauntabiliti di tangan PM Mohd Puad KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang akauntabiliti berhubung titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak |
Cadangan tahanan rumah untuk Najib tidak munasabah - MP Kepong - Sinarharian - 12/07 3:47 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan cadangan agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Menurut beliau, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh."Najib telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah tertinggi negara dalam kes salah guna dana awam."Jika individu yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara diberikan keistimewaan tahanan rumah, apakah mesej yang kita sampaikan kepada rakyat biasa, penjawat awam dan pemimpin lain?"Adakah undang-undang hanya tegas kepada golongan yang tidak berpengaruh dan tiada jawatan?" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Lip Eng berkata, sabitan jenayah perlu dihormati dan dilaksanakan mengikut keputusan mahkamah tanpa sebarang kelonggaran luar biasa.Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh menjadi negara yang mengamalkan undang-undang dua darjat."Kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan secara saksama, berintegriti dan konsisten terhadap semua tanpa pengecualian," tegasnya.Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Terdahulu, UMNO dilaporkan mengemukakan cadangan agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani hukuman secara tahanan rumah, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dan pemerhati undang-undang. |
Pemuda UMNO Pahang desak Titah Adendum terhadap Najib dilaksana segera - Sinarharian - 12/07 3:30 pm KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang berpandangan adalah wajar segala perintah dalam Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan segera selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kewujudan dokumen tersebut.Ketua Pemudanya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pengakuan ini sekali gus mengesahkan bahawa titah tersebut benar-benar wujud dan bukan sekadar hear say."Sejak hari pertama lagi, kita konsisten dan lantang memperjuangkan agar Titah Adendum ini tidak dinafikan serta menuntut supaya keadilan terhadap Najib ditegakkan sepenuhnya."Perjuangan ini berteraskan prinsip kebenaran dan penghormatan terhadap Institusi Diraja yang menjadi lambang kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Kamil berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menggesa agar keadilan diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu tanpa sebarang lengah.Jelasnya, pendirian tegas itu selaras dengan usaha menjunjung kedaulatan undang-undang serta menghormati Institusi Diraja.Mohd Kamil menambah, pihak mahu semua pihak termasuk AGC dan mahkamah."Kerajaan juga perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa dan menghormati kuasa, kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Kami akan terus istiqamah memperjuangkan keadilan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama mempertahankan prinsip keadilan serta institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tiang seri negara," katanya. |
Titah Adendum: UMNO Kelantan harap Najib dapat keadilan - Sinarharian - 12/07 10:20 am KOTA BHARU UMNO Kelantan memohon agar pelaksanaan baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disegerakan bagi membuktikan proses perundangan yang telus dan adil.Permintaan tersebut dibuat susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dilaporkan pada Jumaat.Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya bersyukur dengan perkembangan itu dan berdoa agar Najib mendapat keadilan sepenuhnya."Ia sekali gus dapat menangkis tanggapan negatif oleh rakyat sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Ahmad Jazlan turut memaklumkan bahawa UMNO Kelantan memohon agar semua prosiding pendakwaan dihentikan selari dengan keabsahan Titah Adendum tersebut.Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi |
Titah Adendum: Afidavit saya adalah benar, bukan 'hear say' Wan Rosdy - Sinarharian - 12/07 10:17 am KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, pengakuan tersebut membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakannya kepada mahkamah sebelum ini adalah benar."Ini sekali lagi mengesahkan afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat hear say."Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum ini, adalah wajar prosiding ini dihentikan dan titah tersebut dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada malam Jumaat.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menegaskan bahawa AGC, mahkamah dan semua pihak yang terlibat khususnya kerajaan perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa.Katanya, ini termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Datuk Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum tersebut."Kepada ALLAH kami berserah," katanya.Pada Rabu, AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC hanya mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian titah itu wujud, namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi |
Govt respects views on addendum issue but stresses judicial process - SUN - 11/07 6:22 pm Everyone is entitled to their opinion; we respect that, but (we) must follow due process, he told reporters after performing Friday prayers at Surau Ar-Rahim here today. Anwar was responding to Umnos statement urging for the implementation of the house arrest order for former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, in line with the absolute powers of the Yang di-Pertuan Agong under Article 42(1) of the Federal Constitution |
Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah Titah .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya, di sini hari ini. Awal hari ini, UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya titah tahanan rumah terhadap Najib dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin |
UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan - Mgazette - 11/07 5:05 pm # UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan KUALA LUMPUR - UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar titah tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin |
Anwar: House arrest document for Najib now a matter for the courts - Malaymail - 11/07 4:52 pm PUTRAJAYA, July 11 The government respects the views of all parties regarding the addendum issue, but emphasises that... |
Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM - Sinarharian - 11/07 4:06 pm (Biar) urusan mahkamah. Pandangan masing-masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di sini pada Jumaat.Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan UMNO yang memohon titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan selaras kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata ia susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan oleh Peguam Negara pada Khamis.Rabu lepas, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta |
Titah Adendum: Hormati semua pandangan, terserah kepada mahkamah - PM Anwar - Astroawani - 11/07 3:40 pm Kerajaan menghormati pandangan beberapa pihak yang mahu Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan. |
Royal addendum decree valid, Umno seeks house arrest for Najib to be enforced - Sinardaily - 11/07 11:08 am SHAH ALAM Umno expresses gratitude to Allah SWT following the confirmation of the existence of the royal addendum decree by the Attorney General's Chambers (AGC).Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the confirmation reaffirmed the royal decree for former prime minister Datuk Seri Najib Razak to be placed under house arrest.Umno humbly seeks the pardon and grace of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong, asking that the house arrest decree be carried out in accordance with the absolute powers of the Yang di-Pertuan Agong under Article 42(1) of the Federal Constitution.I appeal to the benevolence of His Majesty to grant Najib leniency, which has been delayed for more than a year, he said in a statement on Friday.On Wednesday, the AGC informed the Federal Court that it did not dispute the existence of the royal decree, which allows Najib to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.Senior Federal Counsel Shamsul Bolhassan said the AGC only questioned the procedure for submitting the decree as new evidence in the judicial review application at the High Court. |
Umno urges house arrest for Najib after AGC confirms royal addendum - BorneoPost - 11/07 11:02 am KUALA LUMPUR (July 11): Umno has called for former prime minister Datuk Seri Najib Razak to be granted house arrest following confirmation from the Attorney General’s Chambers of a royal addendum supporting such arrangement |
Umno urges house arrest for Najib after AGC confirms royal addendum - Malaymail - 11/07 10:28 am KUALA LUMPUR, July 11 Umno has called for former prime minister Datuk Seri Najib Razak to be granted house arrest foll... |
[VIDEO] Titah Adendum sah, UMNO mohon tahanan rumah Najib dilaksana - Sinarharian - 11/07 9:56 am SHAH ALAM UMNO merakamkan rasa syukur kepada ALLAH SWT susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan."Semoga dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Najib dapat menikmati keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu |
UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan - Asyraf Wajdi - Astroawani - 11/07 9:10 am UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan. |
Rafizi, Isham saling berbalah di media sosial - Mgazette - 11/07 7:48 am Beliau juga menganggap kenyataan Rafizi tentang isu dirinya kena tendang dari grup WhatApss seakan-akan bekas Timbalan Presiden PKR itu seperti tiada modal. Menurut bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak itu, Rafizi 'meraung-raung' mengenai isu kehakiman seolah-olah terpaling peguam sekarang |
Jika Najib pun dinafikan, apalah nasib rakyat biasa - Ketua Pemuda UMNO Pahang - Sinarharian - 10/07 9:30 am KUANTAN "Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan, tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan."Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana dikatakan lambat mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan AGC menafikan dan gagal mengakui lebih awal kewujudan titah itu bukan sahaja mengecewakan, malah mencerminkan kegagalan besar sebagai penjaga utama undang-undang negara."Perkara sepenting ini tidak seharusnya mengambil masa setahun untuk diakui, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan titah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang institusinya wajib dihormati dan dipelihara dalam kerangka Raja Berperlembagaan."Sikap mendiamkan diri, berdolak-dalik dan berlindung di sebalik alasan teknikal hanyalah cubaan untuk mengelak daripada menjunjung kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.Beliau menjelaskan ini bukan kesilapan biasa tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap kedaulatan undang-undang dan penghinaan terhadap institusi diraja.Tegasnya, AGC sepatutnya menjadi lambang keadilan dan bukan menjadi alat untuk melengahkan atau menyembunyikan kebenaran."Kelewatan dan sikap tidak telus ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan membuka ruang kepada pelbagai persepsi negatif bahawa undang-undang hanya ditegakkan apabila ia menguntungkan pihak tertentu," katanya.Menurut Kamil, keadaan itu menimbulkan kebimbangan jika perkara sebegini boleh berlaku terhadap seorang bekas Perdana Menteri, maka apalah nasib rakyat biasa.Tambah beliau, kesan daripada kegagalan ini amat serius kerana institusi undang-undang dan kehakiman dilihat berat sebelah dan tidak lagi bebas."Kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan semakin terhakis."Malah kedaulatan Raja-Raja Melayu tercabar akibat kegagalan penjawat awam menjunjung titah dan negara berisiko berdepan krisis perlembagaan yang lebih besar pada masa hadapan," katanya.Beliau menegaskan tindakan AGC ini adalah satu amaran bahawa sistem sedang pincang dan mereka tidak boleh terus bersembunyi di sebalik alasan teknikal apabila maruah institusi dan kepercayaan rakyat menjadi taruhan."Kami menuntut AGC tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini."Sekiranya mereka tidak mampu menjunjung Perlembagaan dan menghormati titah Raja, maka mereka yang ada dalam AGC ini tidak layak memegang jawatan setinggi itu."Jangan biarkan negara ini rosak hanya kerana segelintir yang memilih untuk tunduk kepada tekanan, bukan kepada kebenaran," katanya.Pada Rabu, AGC memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi |
AGC gagal akui Titah Adendum lebih awal satu pengkhianatan ??? Pemuda UMNO .. - Mgazette - 10/07 7:42 am # AGC gagal akui Titah Adendum lebih awal satu pengkhianatan Pemuda UMNO Pahang KUANTAN - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang didakwa lambat mengakui kewujudan Titah Adendum berhubung Datuk Seri Najib Razak |
Empat tonggak B-19 perkuat cabaran Malayan Tigress B-15 - Sinarharian - 9/07 7:39 pm EMPAT pemain skuad bola sepak remaja wanita Bawah 19 (B-19) tahun dipanggil memperkuatkan cabaran pasukan B-15 dalam Kejohanan Emerging Matildas 2025 di Valentine Sports Park, Glenwood, Sydney, Australia.Mereka yang memperkuatkan cabaran skuad bimbingan Leila Chua berkenaan adalah tiga pemain tengah, Nur Qistina Fais, Nina Hasmaji, Awadah Awfiyah serta pemain pertahanan, Ummairah Soberi.Nur Qistina, Nina, Awadah serta Ummairah sebelum ini memperkuatkan cabaran Malayan Tigress B-19 kendalian Cameron Ng dalam Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2025 di Ho Chi Minh, Vietnam pada 9 hingga 13 Jun lalu.Sebagai rekod, 18 pemain dipanggil bagi menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi kejuaraan berkenaan sebelum berlepas ke Sydney, Australia pada Ahad ini.Edisi Kejohanan Emerging Matildas 2025, menyaksikan skuad B-15 negara yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen dengan berdepan New South Wales Navy jam 9 pagi, diikuti Victoria White jam 4.30 petang pada 15 Julai.Pada Rabu, Malayan Tigress akan berdepan Northern Territory pada jam 11 pagi diikuti Queensland Maroon jam 12.30 tengah hari, Khamis.Sebagai rekod, 18 pemain dipanggil bagi menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi kejuaraan berkenaan sebelum berlepas ke Sydney, Australia pada Ahad ini.Senarai 18 pemain Malayan Tigress B-15 ke Kejohanan Emerging Matildas 20251.Nurul Afrina Mohd Shahril, 14, SMK Seksyen Sebelas, Selangor2.Nur Qistina Mohd Fais, 15, SMK Seksyen Sebelas, Selangor3.Chelsea Leona Julius, 15, Sekolah Sukan Malaysia Sabah4.Nina Hasmaji, 15, Sekolah Sukan Malaysia Sabah5.Nur Awadah Awfiyah Zaini, 15, SMK Bukit Rambai, Melaka6.Nur Aliya Ellyssha Ahmad Nazuri, 15, SMK Bukit Rambai, Melaka7.Nour Rashidah Adr Ermanty Haniff, 16, SMK Islam Masjid Darul Ehsan, Selangor8.Nur Ummairah Muhamad Soberi, 16, SMK (P) Sri Mutiara, Pulau Pinang9.Putri Aina Husna Mohd Subri, 14, SMK Air Kuning, Perak10.Keisha Adeliena Muhammad Khalid, 14, SMK Convent, Selangor11.Az Zahra Azhar, 15, SMK Jalan Tiga, Selangor12.Nur Dania Batrisya Muhamad Hamali, 15, SMK Malim Nawar, Perak13.Iris Damya Sharizan, 14, SMK Pekula Jaya, Kedah14.Putri Mia Alysa Ahmad Zakiyamani, 14, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Pahang15.Harrienianeeka Indran, 16, Selangor FC16.Dishanna Nagarajan Pillay, 15, Vancouver, Canada17.Nur Damia Hamdan, 1, Sekolah Sukan Malaysia Pahang18.Ayra Maya Aryan Kuma, 14, KL HavanaLima pemain dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai 18 sebelum ini1.Nur Aina Batriesya Mahathir, 16, Sekolah Sukan Malaysia Pahang2.Qaseh Damia Irdina Mohd Fauzi, 14, SMK Ayer Keroh, Melaka3.Nur Laila Syamila A Rahim, 15, SMK Seksyen Sebelas, Selangor4.Nur Shadrina Ahmad Johari, 15, SMK Dato Ahmad Razali, Selangor5.Qaseh Rania Khairul Najib, 15, SMK Puchong Utama (1), Selangor |
Institusi kehakiman dalam peralihan, bukan satu krisis - Sinarharian - 9/07 6:09 pm Jadi bermaksud tidak memberi beban sekiranya seseorang itu kompeten, boleh jalan (tugas).Keputusan kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun membuatkan ramai yang bersuara dan tidak berpuas hati. Adakah perkara ini berlaku kerana beliau popular dalam penghakiman kes berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Adakah Datuk melihat ia merupakan sekadar pandangan atau permintaan yang keterlaluan bagi pihak tersebut untuk meminta agar tempoh perkhidmatan Tengku Maimun itu dilanjutkan melepasi umur bersara wajib yang beliau lalui?Menjadi lumrah manusia apabila seseorang itu telah menjalankan tugas beliau dengan luar biasa, jadi kita sayang kepada dia tapi kalau kita ingat juga, seseorang yang diberi tugas itu menjalankan tugas dengan baik, maka itu adalah satu faktor yang patut difikirkan apabila hendak melantik atau melanjutkan perkhidmatannya pada masa akan datang.Pihak yang memohon dan meminta lanjutan Tengku Maimun mungkin mereka sudah lama dengan beliau dan telah menerima keputusan itu sebagai keputusan yang baik.Dalam Malaysia ini kalau hendak kira, ada juga hakim terdahulu yang buat keputusan yang disukai ramai tetapi oleh kerana mereka mungkin tidak masuk dalam media kerana dahulu tidak ada media sosial untuk tunjuk apa yang dibuat |
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan dokumen tambahan Najib - SUN - 9/07 3:55 pm PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung rayuan Peguam Negara mengenai kewujudan dokumen tambahan yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah |
Titah adendum: Rayuan Peguam Negara disambung hari ini - Mgazette - 9/07 3:13 pm # Titah adendum: Rayuan Peguam Negara disambung hari ini PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menyambung pendengaran rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan semakan kehakiman mencabar titah adendum |
AGC akui kewujudan titah adendum namun pertikai cara dikemuka di mahkamah - Mgazette - 9/07 3:13 pm # AGC akui kewujudan titah adendum namun pertikai cara dikemuka di mahkamah PUTRAJAYA - Titah adendum yang menjadi perkara yang dipertikaikan dalam semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak diakui kewujudannya oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), demikian Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu |
Apex court reserves decision on AG’s appeal over Najib’s purported additional document - BorneoPost - 9/07 3:06 pm PUTRAJAYA (July 9): The Federal Court today reserved its verdict on the Attorney General’s appeal concerning the existence of a purported additional document allegedly permitting former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak to serve the remainder of his prison sentence under house arrest |
AGC tidak pertikai Titah Adendum, hanya pertikai cara dokumen dikemukakan - Sinarharian - 9/07 3:02 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi, maka kami bersandarkan kepada hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini dan menyerahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.Sementara itu peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata, AGC tidak boleh menyatakan titah berkenaan sebagai spekulatif ketika di peringkat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman."Kami ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ia sesungguhnya tragedi terhadap kami kerana tanggungjawab untuk bersikap jujur, terbuka dan telus, bukan di pihak kami kerana kami sentiasa berterus terang selama ini."Sudah menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum itu pada peringkat permohonan mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman, jika mereka membantah kewujudannya," katanyaBeliau berkata, persoalan sama ada Titah Adendum tidak diperoleh dengan usaha wajar yang munasabah ketika prosiding di Mahkamah Tinggi tidak relevan kerana pembuat afidavit bagi pihak responden jelas mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan salinan titah terbabit kerana kerahsiaannya pada masa itu.Sebelum itu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim meminta kepastian mengenai pendirian AGC kerana agensi itu tidak mempertikai kewujudan titah tersebut.Beliau yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah berkata, sekiranya mahkamah mengetahui berpendirian AGC, panel tidak perlu menjawab persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk memasukkan titah itu sebagai bukti tambahan dalam pendengaran semakan kehakiman.Selepas dimaklumkan mengenai pendirian AGC dalam prosiding rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, beliau memaklumkan tarikh bagi keputusan permohonan itu akan dimaklumkan pada tarikh lain.Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurm, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti. |
AGC tidak pertikai kewujudan Titah Adendum Najib, namun pertikai cara dokumen dikemuka - Astroawani - 9/07 2:52 pm AGC membantah cara dokumen berkenaan dikemukakan dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi sebelum ini. |
Najib bukan pengarah bayangan SRC – Peguam - Mgazette - 9/07 7:35 am KUALA LUMPUR - Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak berhujah di Mahkamah Tinggi hari ini, bekas Perdana Menteri bukan pengarah bayangan dalam SRC International Sdn |
Peguam nafi Najib beri keterangan berbeza dalam kes saman SRC - Mgazette - 9/07 7:35 am # Peguam nafi Najib beri keterangan berbeza dalam kes saman SRC KUALA LUMPUR - Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan hujahan lanjut bagi menyangkal dakwaan SRC International Sdn |
Lembaga pengarah SRC urus dana, bukan Najib - SUN - 8/07 6:50 pm KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujahan bahawa segala urus niaga kewangan SRC International Sdn Bhd adalah tanggungjawab penuh lembaga pengarah dan pengurusan syarikat, bukan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak |
Lembaga pengarah, pengurusan SRC bertanggungjawab urus niaga - Peguam - Astroawani - 8/07 6:18 pm Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kawalan eksklusif ke atas operasi SRC International atau pengendalian hasil pinjaman daripada KWAP. |
Najib denies liability in SRC US$1.1b suit, blames board for fund misuse - Malaymail - 8/07 5:25 pm KUALA LUMPUR, July 8 Former prime minister Datuk Seri Najib Razak played no role in approving or directing the transfe... |
Mahkamah tolak prosiding komital AGC terhadap Isham Jalil - SUN - 8/07 3:52 pm KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini menolak prosiding komital yang difailkan Pejabat Peguam Negara (AGC) terhadap bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berhubung kenyataannya mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak |
Hina mahkamah: Prosiding komital AGC terhadap Isham Jalil ditolak - Mgazette - 8/07 3:51 pm # Hina mahkamah: Prosiding komital AGC terhadap Isham Jalil ditolak KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak prosiding komital yang difailkan Pejabat Peguam Negara (AGC) terhadap bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berhubung kenyataan terbukanya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak |
High Court dismisses AGCs contempt case against Isham Jalil - SUN - 8/07 2:40 pm KUALA LUMPUR : The High Court has dismissed the Attorney-Generals Chambers (AGC) committal application against former UMNO Information chief Isham Jalil over his public statements on Datuk Seri Najib Tun Razaks 1MDB cases |
High Court dismisses AGC's committal application against Isham Jalil - Sinardaily - 8/07 1:20 pm KUALA LUMPUR - The High Court today dismissed committal proceedings brought by the Attorney-General's Chambers (AGC) against former UMNO Information chief, Isham Jalil, over his public statements concerning Datuk Seri Najib Tun Razak's 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cases.In delivering his decision, Justice K |
Isham Jalil tidak hina mahkamah isu 1MDB, SRC babit Najib - Hakim - Astroawani - 8/07 12:40 am Isham Jalil tidak dikenakan perintah komital oleh Mahkamah Tinggi, berhubung kritikannya terhadap kes 1MDB dan SRC International membabitkan Najib. |
Isham Jalil tidak hina mahkamah isu 1MDB, SRC babit Najib - Hakim - Sinarharian - 8/07 12:23 am KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil tidak dikenakan perintah komital oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, berhubung kritikannya terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas menolak permohonan prosiding komital atau penghinaan mahkamah, difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC).Semasa membaca keputusan penghakiman, hakim itu berkata, dakwaan penghinaan yang dibangkitkan, tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan mahkamah yang mengendalikan dua kes itu.Menurutnya, dakwaan bahawa Isham selaku responden telah menghina badan kehakiman, tidak menjejaskan keyakinan orang awam terhadap sistem keadilan negara.Beliau berkata, tujuan undang-undang komital, bukan untuk melindungi maruah hakim sebaliknya membela hak orang awam dengan memastikan pentadbiran keadilan tidak dihalang."Dengan perkembangan media sosial, kritikan terhadap hakim dan keputusan mereka adalah perkara biasa, seperti yang dijawab oleh responden dalam jawapannya kepada perintah tunjuk sebab."Sebagai hakim, tugas kami menuntut supaya mengadili kes dengan kebebasan mutlak, tidak pilih kasih dan memastikan integriti tidak dipertikai," katanya.Beliau berkata, ia bukan suatu yang mudah kerana hakim perlu teguh dalam menghadapi cabaran dan kritikan, demi memastikan neraca keadilan tidak condong akibat tekanan luar atau desakan pendapat awam.Katanya, penghakiman dalam kes rasuah membabitkan 1MDB dan SRC jelas berdasarkan fakta dan undang-undang, bukannya emosi atau tekanan masyarakat.Justeru beliau berkata, perkara itu menunjukkan keadilan dipandu oleh prinsip undang-undang, bukan gelombang pendapat awam atau serangan tidak berasas.Sebelum ini, Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil didakwa mempersoalkan prosiding perbicaraan serta rayuan Najib termasuk proses penarikan diri Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang pernah mendengar kes 1MDB.Pada 4 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan AGC untuk memulakan prosiding komital, dengan permohonan agar hukuman penjara atau denda dikenakan terhadap Isham.Menurut AG, kenyataan Isham yang dibuat dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi kehakiman dan boleh menggugat keyakinan awam terhadap badan itu. |
Rosmah wins RM100,000 in defamation case over black magic allegation - Sinardaily - 8/07 12:14 am KUALA LUMPUR - The High Court today ordered a TikTok account holder to pay damages of RM100,000 to Datin Seri Rosmah Mansor in a defamation suit filed by the wife of former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.Judge Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh ordered Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, to pay the amount to Rosmah, after finding that the plaintiff had successfully established her entitlement to damages for defamation."This court finds a global award in the sum of RM100,000 for general and aggravated damages |
SRC International ditubuhkan untuk rakyat namun Najib pula dapat manfaat - Peguam - Astroawani - 7/07 6:51 pm Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa meskipun SRC International Sdn Bhd ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat namun, syarikat itu telah digunakan bagi memanfaatkan Datuk Seri Najib Tun Razak. |
SRC International ditubuhkan untuk rakyat namun Najib pula dapat manfaat - Peguam - Sinarharian - 7/07 6:12 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa meskipun SRC International Sdn Bhd ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat, namun hakikatnya, syarikat itu telah digunakan bagi memanfaatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Peguam, Datuk Lim Chee Wee yang mewakili syarikat itu berhujah, SRC International telah diperalat dan menjadi mangsa penipuan berskala besar dengan Najib sebagai penerima manfaat utamanya berbanding memenuhi tujuan asal ia ditubuhkan.Beliau berkata demikian pada pendengaran saman SRC International yang menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion daripada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil yang masih bebas."Dana yang diseleweng melalui SRC adalah duit pencen daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan ketika SRC International mengalami kerugian teruk sebanyak AS$1.18 bilion, defendan pertama secara peribadi menerima AS$120 juta dan RM42 juta menerusi akaunnya, yang merupakan subjek bagi saman berasingan."Beliau turut menggunakan peranannya sebagai pengarah bayangan syarikat itu dan mengawal Lembaga Pengarah menerusi resolusi pemegang saham dalam keputusan penting yang sepatutnya dibuat oleh Lembaga Pengarah SRC sendiri," katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.Chee Wee juga berkata, sebagai pengarah bayangan syarikat itu, Najib menandatangani resolusi pemegang saham untuk meluluskan dan memperoleh RM4 bilion pinjaman KWAP serta mengagihkan RM3.6 bilion daripadanya bagi tujuan yang tidak sah.Perbicaraan bersambung esok.Pada Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman itu mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta.Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan susulan keputusan Lembaga Pengampunan, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM120 juta kepada RM50 juta pada 29 Januari 2024 |
SRC International meant for rakyat, but Najib benefitted - Lawyer - Sinardaily - 7/07 5:07 pm KUALA LUMPUR - The High Court here was told today that although SRC International Sdn Bhd was intended to serve the rakyat, in reality, it was used to benefit Datuk Seri Najib Razak.Lawyer Datuk Lim Chee Wee, representing the company, submitted that instead of fulfilling its intended public purpose, SRC International became both a vehicle and a victim of large-scale fraud, with the former premier as its primary beneficiary.He was submitting during the hearing of SRC Internationals US$1.18 billion civil suit against Najib and former SRC chief executive officer Nik Faisal Ariff Kamil, who is currently at large."The very funds misappropriated through SRC were pensioners money from the Retirement Fund Inc (KWAP) |
SRC US$1.1b suit: Lawyer says Najib changed his story five times on how .. - Malaymail - 7/07 5:00 pm KUALA LUMPUR, July 7 Former prime minister Datuk Seri Najib Razak gave five conflicting explanations in court for how... |
Apa beza DAP dan PKR? – Apek Cina - Mgazette - 7/07 3:50 pm Apa-apa pun, saya berasa rakyat dah tak percaya kat formula diaorang, ujarnya. Apek Cina turut menyentuh persepsi rakyat terhadap dasar-dasar era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang pernah dikritik hebat, namun kini menurutnya, sebahagian besar telah diangkat semula oleh musuh politik beliau |
Keputusan saman fitnah Rosmah isu ilmu hitam, kes Najib antara menarik minggu ini - Sinarharian - 7/07 11:00 am KUALA LUMPUR Keputusan taksiran ganti rugi dalam kes saman fitnah RM1 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor terhadap seorang pemilik akaun TikTok, yang mendakwa isteri bekas Perdana Menteri itu mengamalkan ilmu hitam, antara yang menarik di Mahkamah Tinggi di sini minggu ini.Selain itu, hujahan Titah Adendum membabitkan suami Rosmah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendengaran semakan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, turut dijadualkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Bukan itu sahaja, Najib, 72, juga hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bagi hujahan saman SRC International Sdn Bhd.Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan dalam kes komital ke atas bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan hujahan berkaitan permohonan semakan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid.Pada Isnin, Najib yang diwakili peguam-peguam akan berhujah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin berhubung saman SRC sebanyak AS$1.18 bilion.Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan serta bekas-bekas pengarah syarikat itu.Mereka ialah Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Tan Sri Ismee Ismail.Syarikat itu juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta.Bagaimanapun, syarikat itu menggugurkan keenam-enam nama daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pada Selasa pula, Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dijangka membacakan keputusan taksiran ganti rugi, saman fitnah RM1 juta oleh Rosmah berhubung isu ilmu hitam.Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie gagal memasukkan memorandum kehadiran bagi menjawab saman pada tarikh yang ditetapkan.Pada 19 September 2023, Rosmah selaku plaintif menuntut ganti rugi itu daripada Ku Muhammad Hilmie berhubung dakwaan fitnah terbabit.Beliau menamakan lelaki yang mempunyai 1,584 pengikut itu sebagai defendan kerana didakwa memuat naik satu rakaman video di akaun TikTok menggunakan nama 'CEO Heelmie Fighter' yang mengandungi kenyataan tidak benar pada 22 Mac tahun sama.Sementara bagi kes Titah Adendum, panel tiga hakim menetapkan Rabu ini untuk menyambung hujahan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.Pada 6 Januari lalu, mahkamah membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari 2024.Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.Peguam Negara berjaya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan itu pada 28 April lalu, dan mahkamah menetapkan hujahan dijalankan pada 1 dan 2 Julai kemudian disambung 9 Julai.Pada hari sama, panel hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.Ia berhubung kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.Berdasarkan notis usul, Peter, 54, memohon mahkamah mengkaji semula dan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lepas di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Selain itu, Peter turut memohon pembatalan waran mempenjarakan yang dikeluarkan Penjara Kajang terhadap beliau serta apa-apa perintah berbangkit bagi memastikan keadilan kes tersebut.Pada 4 Mac lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan Peter menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022.Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd didakwa memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Pada Jumaat pula, Mahkamah Tinggi di sini akan menyambung hujahan berkaitan permohonan semakan Naimah untuk merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya.Hakim, K Muniandy akan mendengar hujahan daripada peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar pada 13 Jun lalu bahawa Mahkamah Sesyen tersalah tanggapan daripada segi undang-undang ketika menolak permohonan Naimah untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi.Persoalan itu antara lain menyentuh isu perlembagaan antaranya hak individu untuk tidak dipaksa mengemukakan keterangan yang boleh digunakan untuk mensabitkannya dalam suatu prosiding.Naimah memohon Mahkamah Tinggi menggunakan budi bicaranya untuk memanggil dan memeriksa rekod prosiding, mengenai ketepatan, kesahihan atau kewajaran dapatan dan perintah yang direkodkan oleh Mahkamah Sesyen.Sementara itu, Selasa ini, Mahkamah Tinggi pada Jumaat akan membuat keputusan berhubung permohonan Peguam Negara supaya Isham dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.Pada 4 Mac tahun lepas, mahkamah telah membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham dan dalam permohonan ex-parte pada 28 Disember 2023, Peguam Negara turut memohon mahkamah untuk memenjarakan atau mengenakan denda ke atas Isham.Pada 30 Mei lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, kenyataan Isham yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, mengenai perbicaraan dan rayuan Najib mempunyai risiko nyata yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.Menurutnya, Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil telah memalukan badan kehakiman dengan mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi berhubung kes SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Isham berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah |
UMNO Pandan lulus usul desak titah adendum dilaksanakan segera - Mgazette - 7/07 7:38 am # UMNO Pandan lulus usul desak titah adendum dilaksanakan segera KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan digesa supaya melaksanakan dengan segera perintah Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
Titah adendum, komital Isham Jalil antara kes kepentingan awam minggu .. - Mgazette - 6/07 3:58 pm Bhd. terhadap Datuk Seri Najib Razak, keputusan perintah komital ke atas bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan hujahan berkaitan permohonan semakan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid |
'Najib berhak diadili ikut perlembagaan' - Noh Omar - Sinarharian - 6/07 3:38 pm TANJONG KARANG Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilihat sebagai rakyat biasa yang berhak mendapat keadilan mengikut perlembagaan, bukan semata-mata sebagai bekas Perdana Menteri.Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah menafikan hak asasi Najib sebagai rakyat biasa, walaupun telah menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong."Jangan pandang beliau hanya sebagai bekas Perdana Menteri, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang telah melalui proses undang-undang dan diberikan pengampunan oleh Agong."Kenapa hak dia sebagai rakyat tidak dihormati? Mengapa titah Agong seolah-olah tidak dilaksanakan?" katanya ketika ditemui selepas Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong Karang di sini pada Ahad.Noh memberitahu, kerajaan digesa agar tidak mempermainkan kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam isu terbabit, apatah lagi pengampunan sudah diberikan secara rasmi."Kalau dulu semua berebut nak dekat dengan Agong, kenapa sekarang bila Agong sudah titah, keputusan Mahkamah Rayuan pun dah keluar, tapi kerajaan masih nak rayu?"Ini bukan soal undang-undang lagi, ini soal menghormati institusi, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan pada sistem," katanya.Sehubungan itu, katanya, isu itu bukan sekadar soal politik atau kedudukan Najib sebagai tokoh negara, tetapi melibatkan beberapa persoalan penting yang membabitkan prinsip keadilan dan kedaulatan negara."Kalau perkara ini tidak dihormati, kita sebenarnya sedang mencabar sistem Raja Berperlembagaan yang jadi asas negara," tegas beliau.Noh turut membandingkan isu itu dengan kes kalimah Allah yang sebelum ini ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan."Masa kes kalimah ALLAH, rayuan boleh dihentikan, tapi kenapa dalam kes Najib masih diteruskan?"Ini yang mengundang persoalan adakah ini soal prinsip, atau ada tangan-tangan politik?" katanya.Noh turut menyatakan rasa terharu apabila dipilih sebagai saksi dalam kes Najib meskipun tidak lagi menganggotai UMNO kerana percaya perjuangan beliau bukan demi parti, tetapi untuk keadilan."Saya bukan ahli UMNO, tapi Najib tetap percaya saya sebab pegang pada prinsip keadilan mesti ditegakkan untuk semua, tak kira siapa," kata Noh.Noh menjelaskan, tahanan di rumah bukanlah satu pembebasan, sebaliknya masih dalam ruang pelaksanaan hukuman yang lebih berperikemanusiaan seperti diamalkan di negara-negara lain."Beri ruang Najib jalani hukuman di rumah, beliau bukan lari daripada hukuman, tapi sudah diberi pengampunan dan pertimbangan khas oleh Agong," katanya.Noh turut menyeru pemimpin UMNO dalam kerajaan untuk berani bersuara mempertahankan prinsip Perlembagaan dan menghentikan rayuan terhadap isu addendum."Kalau UMNO masih punya jiwa perjuangan, ini masanya untuk buktikan tidak tunduk kepada tekanan politik," tambah beliau. |
Petra lulus 38 projek infrastruktur air di Pahang - Mgazette - 6/07 8:34 am "Kerajaan Persekutuan yakin, dengan siapnya keseluruhan projek yang dilaksanakan agensi-agensi di bawah Petra seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dapat mengatasi pelbagai isu dan cabaran serta akn memberi impak positif kepada penduduk Pahang," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, di sini hari ini |
10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim .. - Mgazette - 5/07 7:39 am Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan. Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan |
Kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara jejas keyakinan awam - Sinarharian - 4/07 7:00 pm SHAH ALAM - Kebisuan berpanjangan kerajaan dalam mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu berisiko menjejaskan keyakinan awam terhadap kebebasan badan kehakiman.CSO Platform for Reform dalam satu kenyataan berkata, seperti telah ditegaskan oleh Majlis Peguam Malaysia, kelewatan dan kurang telus mencerminkan corak bermasalah masa lalu termasuk dominasi eksekutif menjejaskan kredibiliti institusi.Menurut kenyataan itu, bagaimanapun pihaknya menyokong pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara tidak seharusnya dibuat oleh Perdana Menteri."Kami turut menyatakan sokongan terhadap proses yang lebih bebas dan telus."Dalam ucapan terakhir Tun Tengku Maimun sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2025, beliau menegaskan bahawa badan kehakiman mesti setia hanya kepada Perlembagaan dan keluhuran undang-undang."Beliau turut menyeru para hakim untuk kekal berpegang kepada prinsip dan preseden perundangan serta menjauhkan diri daripada unsur politik," katanya pada Jumaat.CSO Platform for Reform turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tengku Maimun sempena tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara.Jelasnya, sebagai wanita pertama menerajui badan kehakiman negara, beliau telah mencatat sejarah dan menjadi contoh kepimpinan berprinsip yang amat dihormati."Sepanjang perkhidmatan, beliau menonjolkan komitmen teguh terhadap keluhuran undang-undang menerusi beberapa keputusan penting di Mahkamah Persekutuan, termasuk dalam kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Antara keputusan penting lain di bawah kepimpinan beliau termasuklah penghakiman Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan hak ibu warganegara Malaysia untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak dilahirkan di luar negara."Legasi beliau telah mengukuhkan peranan badan kehakiman sebagai institusi bebas dan semak imbang penting terhadap kuasa eksekutif serta akan terus menjadi sumber keyakinan terhadap sistem perundangan negara untuk generasi akan datang," ujarnya.Tambah kenyataan itu, kini pelantikan pengganti Tengku Maimun terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sehubungan itu, kami menyeru semua institusi berkaitan agar menegakkan tahap integriti dan meritokrasi tertinggi dalam memastikan peralihan kepimpinan kehakiman berjalan lancar dan berprinsip."Pelantikan ini membawa implikasi perlembagaan yang besar dan tidak seharusnya dijadikan isu bersifat politik semata-mata," katanya. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |