| /// |
|
| Search : Myanmar News | Page 1 |
|
Geng Borhan tumpas, JIM tahan 27 individu termasuk dalang - Sinarharian - 10/04 6:28 pm KOTA BHARU Taktik sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan laluan persisiran pantai, sebelum menjadikan rumah sebagai lokasi transit terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi khas pada Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula kira-kira jam 6.30 pagi itu dijalankan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dengan kerjasama JIM Kelantan."Dalam operasi tersebut, dua lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai receiver ditahan sebelum pasukan operasi menjalankan serbuan susulan ke sebuah premis kediaman yang dijadikan rumah penampungan."Serbuan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan yang dipercayai dalang utama sindiket selain dua lagi lelaki tempatan yang berperanan sebagai transporter," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Zakaria berkata, pihaknya turut menahan 22 warga asing membabitkan dua lelaki warga India, tiga lelaki warga Bangladesh serta 17 warga Myanmar terdiri daripada lapan lelaki dan sembilan wanita."Kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 42 tahun menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 27 individu," katanya.Beliau berkata, JIM turut menyita beberapa dokumen perjalanan termasuk pasport Bangladesh, India dan Myanmar selain telefon bimbit pelbagai jenama serta lima kenderaan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut."Siasatan mendapati sindiket berkenaan membawa masuk PATI melalui laluan pantai sebelum ditempatkan di rumah penampungan, dan kemudian dihantar ke lokasi sekitar Lembah Klang oleh transporter," katanya.Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai mengenakan bayaran RM100 bagi setiap individu untuk perkhidmatan penghantaran manakala receiver menerima bayaran RM250 bagi setiap seorang."Difahamkan, sindiket yang dikenali sebagai 'Geng Borhan' itu masih aktif menjalankan kegiatan sama walaupun dalangnya pernah ditahan sebelum ini," katanya.Zakaria berkata, seramai lima lelaki tempatan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007."Manakala 22 warga asing ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Kesemua warga asing terbabit dibawa ke Pejabat Imigresen Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya.Zakaria menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran."Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung sebarang aktiviti mencurigakan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara," ujarnya. |
|
Polis tahan empat individu, rampas rokok, arak lebih RM143,000 - Sinarharian - 10/04 3:27 pm KUANTAN Polis menahan empat individu serta merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok tidak bercukai bernilai RM143,842.50 dalam serbuan di dua premis di kawasan perindustrian Muadzam Shah, Rompin pada Khamis.Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, operasi itu dijalankan oleh pasukan risik Polis Diraja Malaysia melalui Cawangan Risik PSP Bukit Aman Zon Timur."Dalam operasi berkenaan, dua lelaki tempatan dan dua wanita warga Myanmar ditahan |
|
Myanmar junta chief sworn in as president - CNA - 10/04 1:17 pm Min Aung Hlaing took his presidential oath in Naypidaw, where he promised to "strive for further flourishing the eternal principles of justice, liberty and equality". |
|
Myanmar president says challenges ahead, seeks to normalise Asean ties - FMT - 10/04 1:14 pm In his inauguration address to parliament, the former junta chief said peace and democracy were his priorities and that his government would spur foreign investment. |
|
Myanmar new president sees challenges ahead, eyes ASEAN detente - Straitstimes - 10/04 12:51 am ASEAN had barred the junta leadership from attending its summits. |
|
Over 80 Myanmar nationals caught hiding in forest near Thailand-Msia border - FMT - 10/04 11:21 am Thai authorities say the migrants are believed to have paid agents up to RM20,200 each for job opportunities in Malaysia. |
|
24 PATI dicekup imigresen di Batu Pahat - Sinarharian - 10/04 10:16 am BATU PAHAT Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di beberapa premis perniagaan dan kediaman di daerah ini, Selasa lalu.Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi bermula jam 8 malam itu membabitkan Ops Sapu, Ops Selera, Ops Minyak dan Ops Ajar.Jelas beliau, operasi dilaksanakan oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan cawangan Batu Pahat dengan sasaran premis yang dipercayai menggaji serta melindungi warga asing tanpa dokumen sah."Sebanyak 11 premis diserbu terdiri daripada kedai makan, kedai tayar dan dua unit kediaman."Hasil pemeriksaan, warga asing berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan, terdiri daripada tujuh lelaki Bangladesh, dua lelaki Nepal, tiga lelaki Myanmar, dua lelaki Indonesia, selain seorang wanita Vietnam, lima wanita Myanmar, seorang wanita Bangladesh, seorang wanita Indonesia dan dua wanita Kemboja."Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 sebelum dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.Dalam operasi sama, enam Borang 29, iaitu saman kepada saksi, turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.Beliau menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap warga asing yang melanggar syarat pas, termasuk majikan dan individu yang melindungi serta menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI). |
|
Ops Sapu Johor: 40 warga asing diberkas di penempatan setinggan - Mgazette - 10/04 8:01 am Katanya, ketika serbuan itu dilakukan, terdapat individu cuba melarikan diri serta bersembunyi bagi mengelak pemeriksaan, namun berjaya diberkas. Hasil operasi, seramai 40 warga asing ditahan terdiri daripada 31 lelaki Pakistan, tiga lelaki Myanmar, dua wanita Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki Myanmar dan kanak-kanak perempuan Indonesia, menurut kenyataan itu |
|
Xi's special envoy to attend inauguration of Myanmar's president - Cgtn - 9/04 7:09 pm Chinese President Xi Jinping's special envoy Jiang Xinzhi will attend the inauguration of President Min Aung Hlaing in Myanmar's capital, Nay Pyi Taw, on Friday, a Chinese Foreign Ministry spokesperson said on Thursday. |
|
Op Hazard 3.0: 56 warga asing ditahan di 14 premis kilang... - Mgazette - 9/04 4:09 pm Komander Briged Tengah PGA, SAC Hakemel Hawari berkata, serbuan itu dilaksanakan bermula pukul 10.30 pagi melibatkan 14 lokasi di bawah kawasannya di Selangor, Negeri Sembilan, Johor secara serentak. "Hasil serbuan itu, seramai 56 warga asing berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun ditahan melibatkan 48 lelaki dan lapan wanita daripada China, Myanmar dan Bangladesh |
|
Seizures worth RM187mil made in 3-state e-waste bust - FMT - 9/04 2:06 pm Authorities have detained 56 migrants from China, Myanmar, and Bangladesh, believed to be workers at the illegal facilities. |
|
Op Hazard 3.0: 56 warga asing diberkas, e-waste RM187 juta dirampas - Sinarharian - 9/04 12:28 am KUALA LUMPUR Seramai 56 warga asing diberkas serta pelbagai sisa elektronik atau e-waste bernilai RM187 juta dirampas dalam Op Hazard 3.0 yang dijalankan secara serentak di tiga negeri pada Isnin.Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, kesemua tangkapan itu membabitkan warga China, Myanmar dan Bangladesh berusia 30 hingga 50 tahun."Operasi pada jam 10.30 pagi itu dilaksanakan di 14 lokasi di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor."Kesemua warga asing yang ditahan berperanan sebagai pekerja kilang e-waste," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.Hakemal berkata, operasi bersepadu itu turut melibatkan Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri."Daripada jumlah itu, seramai 48 adalah lelaki manakala lapan lagi wanita ditahan," katanya.Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 2021."Kes turut disiasat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Akta Imigresen 1959/63," katanya.Dalam perkembangan sama, Hakemal memaklumkan sebanyak 140 serbuan telah dijalankan di kawasan tanggungjawab Briged Tengah meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Sejak 1 Januari hingga 9 April."Sepanjang tempoh itu, seramai 394 individu berjaya ditangkap dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM216 juta," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan pengurusan e-waste yang menyalahi undang-undang."Orang ramai digalakkan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan kes penyeludupan bagi memastikan negara tidak diceroboh oleh mana-mana elemen aktiviti menyalahi undang-undang," katanya |
|
Warga Myanmar dituduh bunuh wanita senegara - Sinarharian - 9/04 11:52 am SEREMBAN - Lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh wanita senegara, awal Mac lalu.Tertuduh, Win Htike, 41, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Myanmar di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan membunuh seorang wanita warga Myanmar bernama Aye Aye Aung, 35.Perbuatan berkenaan dilakukan kira-kira jam 10 malam di tangga tingkat empat sebuah premis di Jalan Universiti, Nilai, pada 2 Mac lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun KeseksaanJika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara sehingga tempoh 30 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dikenakan maksimum 12 sebatan.Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon tarikh baharu bagi penyediaan laporan bedah siasat, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan toksikologi.Mahkamah tidak menawarkan jaminan memandangkan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menetapkan 13 Mei depan bagi sebutan semula kes.Media pada 5 Mac lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki warga Myanmar di Puchong, Selangor selepas disyaki mengelar leher wanita senegara hingga maut dalam kejadian di asrama pekerja di Nilai, malam 2 Mac lalu.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya dilaporkan berkata, masalah hutang dipercayai menjadi punca kejadian yang mana suspek dikatakan berhutang sebanyak RM10,000 daripada mangsa. |
|
Diserbu imigresen, gadis pusat hiburan sanggup panjat bumbung - Sinarharian - 9/04 11:06 am KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Dengan berpakaian seksi dan berkasut tumit tinggi, dua gadis pelayan pelanggan (GRO) nekad memanjat bumbung pusat hiburan tiga tingkat di Jalan Barat di sini bagi mengelak dicekup pihak berkuasa ketika serbuan Op Gegar pada Rabu.Bagaimanapun, operasi yang dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya bermula jam 11 malam itu berjaya menahan wanita warga asing terbabit.Operasi dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu turut mengesan pelbagai alasan lapuk gadis terbabit bagi mengelak ditahan.Antara alasan paling kerap diberikan termasuk datang bersama suami, malah ada antara mereka merayu-rayu untuk menghubungi suami yang kononnya berada di rumah.Pusat hiburan yang turut menyediakan bilik karaoke itu juga diawasi sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk hadapan.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, 198 individu diperiksa membabitkan 73 warga asing dan 125 warga tempatan."Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 69 orang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan, yang paling tinggi dilakukan ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja."Wanita ditahan terdiri daripada tiga warga Laos, Thailand (43), Indonesia (4), Vietnam (16) selain tiga lelaki iaitu dua dari Myanmar serta seorang Bangladesh," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini.Beliau berkata, tindakan akan turut dikenakan ke atas pihak majikan yang menggajikan PATI, manakala kesemua warga asing ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.Katanya, operasi itu dijalankan bagi membanteras gejala tidak bermoral, khususnya membabitkan individu warga asing.Dalam perkembangan lain, seramai 670 warga asing ditahan JIM menerusi Op Gegar bagi membanteras aktiviti tidak bermoral di seluruh negara tahun ini setakat 7 April lalu.Jelas Lokman, majoriti tangkapan membabitkan warga Thailand, China dan Vietnam."Antara alasan kegemaran yang sering digunakan wanita warga asing terbabit antaranya datang bersama suami atau suami ada di rumah."Ya, ini memang alasan biasa yang kami terima apabila kami membuat serbuan |
|
52 Myanmar nationals detained, human trafficking syndicate crippled - FMT - 9/04 12:18 am The illegal migrants, including 15 women, allegedly paid more than RM4,500 to agents in Myanmar to enter Malaysia. |
|
Myanmars food security in crisis as fuel, fertiliser shortages threaten fragile economy - Scmp - 8/04 5:06 pm Myanmars weak economy is being brutally exposed to the fuel crisis, with farmers unable to fill up tractors to work their fields and a fertiliser shortage caused by the throttling of the Strait of Hormuz threatening food security just as the planting season begins |
|
347 majikan didenda hampir RM6 juta kerana menggaji PATI - Sinarharian - 8/04 4:07 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 347 majikan dikenakan kompaun berjumlah RM5,977,500 bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini selepas didapati menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan tegas itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan berkenaan dalam menangani kedegilan majikan.Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberikan pengajaran serius kepada pihak majikan agar tidak memandang remeh aspek pematuhan undang-undang negara."Tindakan kita akan lebih tertumpu kepada majikan kerana selagi mereka tidak diambil tindakan, warga asing berasakan mereka senang untuk mendapat pekerjaan di negara kita."Jika semua majikan bertanggungjawab dan tidak menggaji pekerja asing secara haram, saya percaya tarikan untuk warga asing datang secara tidak sah akan berkurangan," katanya dalam sidang media selepas Operasi Bersepadu di sebuah kilang besi di Balakong, Cheras dekat sini, hari ini.Mengulas lanjut, Zakaria berkata, sebanyak 1,939 majikan telah dikompaun dengan nilai keseluruhan mencecah RM36,646,000 pada tahun lepas.Berhubung operasi bersepadu bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Balakong serta Shah Alam hari ini, beliau berkata, sebanyak 162 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 133 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.Kesalahan yang dikesan, katanya, termasuklah tiada dokumen perjalanan, pas lawatan yang telah tamat tempoh, serta salah guna pas.Beliau berkata, mereka yang ditahan melibatkan 131 lelaki dan dua wanita berumur antara 20 hingga 45 tahun."Jumlah itu melibatkan sebanyak 11 warga Indonesia, Bangladesh (65), India (4), Myanmar (17), Nepal (15), Pakistan (18), China (2), dan Vietnam (1)," katanya.Dalam operasi sama, JKDM turut merampas beberapa kotak minuman keras dan rokok tidak dibayar cukai yang dipercayai milik warga asing yang ditahan.Kesemua warga asing terbabit disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.- Bernama |
|
Swedish NGO files lawsuit against Telenor over rights infringements in Myanmar - Mkini - 8/04 1:05 pm UPDATED 2.21PM Telco giant accused of sharing data with junta, leading to arrest, torture of civilians. |
|
PGA serbu rumah rampas arak tidak bercukai bernilai hampir RM1 juta - Sinarharian - 8/04 11:23 am PONTIAN Tiga lelaki warga asing ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan arak tidak bercukai, berserta sebuah kenderaan, dengan nilai keseluruhan rampasan RM952,000.Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari pada Sabtu lalu di Taman Utama Pekan Nanas dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Taring Alpha 2.Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Salehin Suleiman berkata, dalam operasi berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar berusia antara 24 hingga 33 tahun ditahan."Rumah kediaman itu di sewa untuk dijadikan stor penyimpanan sebelum bekalan diedarkan mengikut pesanan sekitar daerah Pontian."Ratusan kotak arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dan sebuah Proton Exora dirampas |
|
JIM gempur pusat jagaan warga emas, 27 warga asing ditahan - Mgazette - 8/04 8:13 am Bertindak atas maklumat awam dan risikan, hasil pemeriksaan ke atas 42 individu dan seramai 27 warga asing ditahan. Mereka terdiri daripada enam lelaki dewasa warganegara Indonesia, 11 lelaki Myanmar, seorang kanak-kanak lelaki Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki Myanmar dan seorang kanak-kanak perempuan Myanmar |
|
Tiga termasuk wanita ditahan kes kematian lelaki Myanmar - Mgazette - 8/04 8:13 am # Tiga termasuk wanita ditahan kes kematian lelaki Myanmar BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki senegara yang dipercayai ditikam di tepi jalan Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat di sini, Ahad lalu |
|
Myanmars new president Min Aung Hlaing faces genocide complaint filed in Indonesia - Straitstimes - 6/04 3:30 pm The complaint was filed by a Rohingya woman who fled Myanmar, and several Indonesian figures. |
|
Lelaki Myanmar maut di tangan rakan sendiri - Mgazette - 6/04 1:45 pm BUKIT MERTAJAM Seorang pekerja kilang warga Myanmar maut selepas dipercayai ditikam oleh rakan senegara yang dikenalinya dalam kejadian di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat di sini, malam tadi |
|
Lelaki maut ditikam rakan, mayat ditemui tepi jalan - Sinarharian - 6/04 1:26 pm BUKIT MERTAJAM Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai ditikam kenalannya dalam kejadian di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat, di sini pada malam Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, pihak polis menerima maklumat daripada seorang individu yang dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh suspek sendiri.Siasatan awal bersama pasukan forensik di lokasi kejadian menemui mangsa yang merupakan warga Myanmar, 53, dalam keadaan tertiarap di tepi jalan dengan kesan tikaman di bahagian rusuk.Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu tidak jauh dari lokasi mangsa ditemui.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat."Polis sedang giat mengesan suspek yang identitinya telah dikenal pasti."Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh |
|
JIM tunggu laporan MBSA, kenal pasti pemilik tanah - Sinarharian - 6/04 12:00 am SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor sedang menunggu laporan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi mengenal pasti pemilik tanah di Setia Alam di sini yang menjadi kawasan penempatan haram warga asing.Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya menghantar surat kepada MBSA bagi mendapatkan maklumat lanjut pemilik tanah serta tindakan pada premis haram yang dibina."Perkara itu akan disemak oleh MBSA untuk pastikan siapa tuan tanah."Selepas dapat maklumat itu, baru kita ambil tindakan lanjut termasuklah memanggil pemilik tanah bagi siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Sebelum ini, tiga penempatan haram diserbu JIM bermula kira-kira jam 11.50 malam, Jumaat.Op Bersepadu Mega itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MBSA.Sinar Harian difahamkan, setiap penempatan dilengkapi kemudahan elektrik dan air terbabit menempatkan 40 hingga 80 unit rumah.Hasil serbuan ke atas penempatan haram yang wujud antara lima hingga sembilan tahun yang lalu berjaya menahan 214 disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia satu bulan hingga 80 tahun.Tngkapan membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka. |
|
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia - Sinarharian - 6/04 8:01 am KUALA LUMPUR - Selat Melaka, antara laluan perkapalan paling penting di dunia, kekal sebagai laluan sempit transit minyak terbesar di dunia pada separuh pertama 2025 (1H25).Selat ini, yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, merupakan laluan laut paling pendek antara Asia Barat dan pasaran utama di Asia Timur serta Asia Tenggara.Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), selat tersebut mengendalikan kira-kira 23.2 juta tong minyak sehari dalam 1H25, iaitu 29 peratus daripada jumlah aliran minyak maritim global.Minyak mentah dan kondensat membentuk sebahagian besar jumlah yang melalui selat itu dengan 16.6 juta tong sehari pada 1H25, manakala produk petroleum menyumbang 6.5 juta tong sehari.Aliran gas asli cecair (LNG) melalui laluan air ini pula mencecah sekitar 9.2 bilion kaki padu sehari dalam tempoh sama.Pengeluar utama Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dari Teluk Parsi, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq, menyumbang hampir 60 peratus minyak mentah yang melalui Selat Melaka dalam 1H25.Aliran melalui selat ini menurun pada 2024 susulan pengurangan pengeluaran OPEC+, namun kembali meningkat pada separuh pertama 2025 selepas sasaran pengeluaran dinaikkan.Iran terus meningkatkan eksport minyaknya melalui selat tersebut, daripada 0.3 juta tong sehari pada 2020 kepada 1.6 juta tong sehari pada 1H25. Jumlah dari Rusia kekal kecil, sekitar 0.4 juta tong sehari dalam tempoh sama.Pada 1H25, Amerika Syarikat turut menghantar 0.8 juta tong sehari minyak mentah dan kondensat dari pesisir Atlantiknya melalui Selat Melaka ke Asia Timur.China kekal sebagai destinasi utama minyak mentah dan kondensat yang melalui selat ini, dengan penerimaan 7.9 juta tong sehari atau 48 peratus daripada jumlah import pada 1H25.Kebanyakan minyak mentah yang melalui laluan ini dihantar dari Asia Barat ke pasaran Asia Timur, mencerminkan kepentingan selat ini dalam perdagangan tenaga serantau.Korea Selatan dan Jepun merupakan destinasi seterusnya, masing-masing menerima 2.4 juta tong sehari dan 2.1 juta tong sehari pada 1H25.Walaupun terdapat laluan alternatif, termasuk Selat Sunda dan Lombok di Indonesia, kapal yang menggunakan laluan tersebut perlu menempuh perjalanan lebih panjang.EIA turut menyebut saluran paip yang menghubungkan Myanmar ke barat daya China sebagai alternatif separa |
|
Bayar RM8,000 masuk Malaysia, 20 PATI Myanmar dicekup di rumah transit - Sinarharian - 6/04 7:46 am KOTA BHARU - Kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai mengenakan bayaran sehingga RM8,000 seorang untuk masuk ke negara ini terbongkar apabila seramai 20 warga Myanmar dicekup di sebuah rumah transit di Chabang Empat, Tumpat pada Sabtu.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan itu, pasukan Strike Force berjaya menahan enam wanita dan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 36 tahun.Menurut beliau, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat risikan oleh anggota Strike Force Kompeni C dengan bantuan Kompeni B serta Risik Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA)."Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah."Siasatan awal mendapati mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan dari Thailand menggunakan jalan sungai dengan bantuan ejen," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ujar beliau, setiap individu dipercayai membayar sekitar RM8,000 kepada sindiket bagi membolehkan mereka masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh binaan.Tambahnya, kesemua PATI diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Radzi memberitahu, dua lagi PATI warga Thailand turut diberkas dalam rondaan di Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Jumaat.Katanya, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kira-kira jam 6.15 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran pangkalan haram Miji di kawasan berkenaan."Hasil pemeriksaan mendapati mereka yang berusia 16 dan 17 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah selain tidak mempunyai cop kemasukan ke Malaysia."Kedua-duanya mengaku telah bekerja sebagai tukang masak di sebuah premis makanan di Pasir Gudang, Johor sejak awal tahun 2024," katanya.Tambah beliau, kedua-dua PATI terbabit kemudiannya dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.Ujarnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, manakala kes kedua turut melibatkan Seksyen 5(2) akta sama. |
|
'Kami tak selesa tapi mereka sudah lama di sini' - Penduduk - Sinarharian - 5/04 7:12 pm Bagi saya ini tidak adil."Memang serbuan dan operasi pernah dijalankan, tapi perlu kepada satu tindakan drastik, kalau boleh terus tutup penempatan haram ini dan jangan biarkan ia wujud lagi," katanya.Sinar Harian yang melakukan tinjauan mendapati terdapat beberapa lokasi dipercayai menjadi laluan menuju ke perkampungan haram didakwa dihuni warga asing di sini.Dipercayai terdapat tiga lokasi menjadi penempatan haram ini dan memiliki akses ke jalan utama.Dalam pada itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali mendakwa penempatan ini dipercayai mempunyai pemiliknya."Tak logik kalau dikatakan tanah tiada tuan, pasti ada pemilik dan mustahil pemilik tidak tahu tanahnya dijadikan lokasi penempatan haram."Saya gesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Kita mahu dalang di sebalik semua ini segera dibawa ke muka pengadilan," katanya.Jelasnya, sekiranya terdapat unsur penyelewengan misalnya sengaja menyewakan tanah kepada warga asing maka ia perlu diambil tindakan tegas dan segera."Jangan mengaut keuntungan secara membabi buta tanpa memikirkan impak kepada penduduk sekitar."Perbuatan itu jelas sekali pengkhianatan bukan sahaja kepada diri sendiri malah negara, bayangkan pihak berkuasa siang malam menguatkuasa undang-undang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tapi ada pula yang bertindak seolah olah menyembunyikan mereka ini, jelas sekali ia seolah menjual maruah negara," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menggempur lokasi dipercayai dijadikan 'perkampungan' haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini pada Sabtu.Op Bersepadu Mega itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan dibantu JIM Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang selain Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, dipercayai tiga penempatan terbabit telah wujud antara lima hingga sembilan tahun yang lalu.Beliau berkata, seramai 356 warga asing telah diperiksa sepanjang operasi terbabit dan seramai 214 disyaki PATI ditahan membabitkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia satu bulan hingga 80 tahun.Ujar beliau, semakan awal tangkapan membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka yang rata-ratanya bekerja sebagai buruh dan pekerja pembersihan sekitar Setia Alam.Kata beliau, JIM tidak tolak kemungkinan tiga penempatan itu masing-masing 'dijaga' individu yang berperanan sebagai ketua bagi sewa bulanan.Jelasnya, antara kesalahan dikenal pasti ialah tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri. |
|
War in Iran, economic shockwaves in Southeast Asia - Sinchew - 4/04 4:12 pm Even Malaysia, a net energy exporter, sources 69 per cent of its crude imports from the Gulf making no country in the region fully immune. Governments have responded with measures echoing COVID-19: the Philippines has moved parts of its government to a four-day workweek, Thailand and Vietnam have encouraged civil servants to work from home, and Myanmar has imposed alternating driving days to conserve fuel |
|
Penempatan haram PATI bakal diroboh, JIM kesan pemilik tanah - Sinarharian - 4/04 10:11 am SHAH ALAM - Tiga penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di Setia Alam, di sini yang digempur pihak berkuasa berdepan tindakan perobohan.Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, ketiga-tiga lokasi itu melibatkan kawasan kelapa sawit selain rumah kongsi dengan keluasan kira-kira 0.8 hektar.Menurutnya, salah satu lokasi penempatan haram itu pernah diserbu sebelum ini."Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengenal pasti pemilik tanah terbabit."Pemilik tanah boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bersengkokol dalam membiarkan penempatan PATI itu."Jadi, kita akan meminta supaya perobohan dibuat bagi memutuskan rantaian tempat tinggal mereka agar lokasi itu tidak terus dihuni warga asing yang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan di sini pada Sabtu.Serbuan bermula kira-kira jam 11.50 malam, Jumaat itu dilaksanakan JIM Selangor dengan dibantu JIM Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang selain Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MBSA.Op Bersepadu Mega itu menahan 214 disyaki PATI membabitkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia satu bulan hingga 80 tahun.Tangkapan membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka.Tegas Khairrul Aminus, warga asing terbabit seharusnya merebut peluang Program Represtasi Migran yang akan berakhir bulan ini berbanding terus menetap secara haram di dalam dalam negara ini.Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan MBSA, Zakaria Mat Piah berkata, rumah kongsi itu tidak mengikut spesifikasi ditetapkan pihaknya.Kata Zakaria, pihaknya akan menyemak status pemilikan tanah dan kelulusan sebarang pembinaan di kawasan terlibat."Kita akan tengok dahulu siapa punya (tanah) |
|
Sampai beranak-pinak, 'kampung' PATI digempur - Sinarharian - 4/04 10:00 am SHAH ALAM Sangkaan perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibina di kawasan berbukit di ladang kelapa sawit, kononnya kebal daripada serbuan pihak berkuasa, meleset selepas lokasi di Setia Alam di sini digempur.Operasi Bersepadu Mega itu dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan dibantu JIM Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, selain Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Serbuan bermula kira-kira jam 11.50 malam Jumaat itu menyaksikan pasukan penguat kuasa terpaksa mendaki kira-kira 400 meter.Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati satu penempatan dilengkapi dengan surau dan kedai runcit, selain bekalan barangan kawalan seperti tong gas dan diesel.Rata-rata kediaman pula mempunyai motosikal dan kereta pelbagai jenama yang diparkir, seolah-olah perkampungan yang telah lama dibina.Malah, dikesan terdapat beberapa sangkar ayam yang disyaki digunakan untuk aktiviti sabung ayam, selain laluan di sekitar kawasan yang dijadikan akses untuk melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa.Selain itu, dua lagi penempatan PATI yang dilengkapi dengan akses bekalan elektrik dan air di kawasan ladang berhampiran turut digempur.Serbuan turut berdepan cabaran apabila terdapat cubaan warga asing melarikan diri ke kawasan belukar dan bersembunyi, selain anggota operasi berdepan ancaman binatang berbisa.Sebahagian warga asing terbabit juga telah beranak-pinak sepanjang menetap di penempatan tersebut.Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, dipercayai tiga penempatan terbabit telah wujud antara lima hingga sembilan tahun lalu.Beliau mendedahkan, JIM telah memeriksa 356 warga asing sepanjang operasi tersebut."Hasilnya, seramai 214 individu disyaki PATI ditahan, membabitkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia antara satu bulan hingga 80 tahun."Semakan awal mendapati tangkapan membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka," katanya kepada pemberita selepas serbuan di sini pada Sabtu.Tambah beliau, rata-rata warga asing terbabit bekerja sebagai buruh dan pekerja pembersihan di sekitar Setia Alam.Menurutnya, JIM tidak menolak kemungkinan tiga penempatan itu masing-masing dijaga individu yang berperanan sebagai ketua bagi mengutip sewa bulanan.Jelasnya, antara kesalahan dikenal pasti ialah tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.Tegas beliau, kesemua tangkapan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan reman dan siasatan lanjut.Sementara itu, penduduk tempatan yang menetap di apartmen berhampiran turut mengakui kewujudan perkampungan di lokasi tersebut."Pada waktu malam, kami dapat melihat banyak lampu di dalam ladang sawit itu."Kadang-kala mereka berkaraoke |
|
Operasi perjudian berselindung di sebalik lesen pusat hiburan tumpas - Mgazette - 4/04 8:05 am Daripada 13 premis terlibat, lapan terletak di Seri Kembangan dan Klang Utara, Selangor manakala lima lagi di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan di Sabah. Kumar berkata 26 yang ditahan ialah warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar dengan mereka diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Klang Utara, Kota Kinabalu, Tawau serta Sandakan untuk tindakan lanjut |
|
Myanmar junta chief Min Aung Hlaing elected president by pro-military parliament - CNA - 3/04 5:24 pm |
|
Myanmar junta chief Min Aung Hlaing elected president by pro-military parliament - Straitstimes - 3/04 4:29 pm April 3 - Myanmar junta chief Min Aung Hlaing was elected president on Friday after breezing through a parliamentary vote, formalising his grip on political power in the war-torn nation five years after he ousted an elected government in a coup. |
|
Myanmar junta chief Min Aung Hlaing elected president by parliament - FMT - 3/04 1:58 pm The transition from top general to civilian president follows a lopsided election derided by critics and Western governments as a sham to perpetuate military rule behind a veneer of democracy. |
|
Sindiket makanan sejuk beku tumpas, daging ayam, babi RM1.5 juta dirampas - Sinarharian - 3/04 8:26 am SUNGAI BULOH Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan rangkaian sindiket penyeludupan dan c makanan sejuk beku selepas 34 tan karkas daging babi dan 97 kotak daging ayam tanpa sijil halal bernilai kira-kira RM1.5 juta dirampas menerusi serbuan pada Rabu.Op Taring Chiller itu diketuai Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bertindak menyerbu tiga premis di sini hasil maklumat dan risikan.Serbuan bersepadu terbabit dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Veterinar Selangor, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Agensi Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Komander WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, serbuan pada jam 10.50 pagi bertindak menahan seramai 32 individu termasuk tiga pemilik dan pengurus syarikat berusia 22 hingga 59 tahun.Menurutnya, semakan mendapati 29 daripada tangkapan merupakan warga asing membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar."Antara kesalahan warga asing yang dikesan ialah salah guna pas, tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri."Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Zaki berkata, pihaknya turut menyita tiga alat penimbang dan tiga lori satu tan bernilai RM1.9 juta.Katanya, pihak polis telah mengambil tindakan Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2012 oleh Jakim, manakala KKM menyiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009."Selain itu, LHDN juga melaksanakan tindakan di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967 selain Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 oleh pihak KPDN," ujarnya.Beliau berkata, kompaun dikeluarkan oleh Jakim dan KKM terhadap pengurus premis dan sampel ayam turut dirampas bagi tujuan pemeriksaan lanjut."Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran serta penjualan makanan sejuk beku yang didapati bergerak aktif di sekitar Lembah Klang," ujarnya. |
|
Myanmar junta chief Min Aung Hlaing elected president by pro-military Parliament - Straitstimes - 3/04 8:09 am His transition from top general to civilian president follows a lopsided election in December and January. |
|
Myanmar's coup leader who set off a brutal civil war is set to become president - BBC - 3/04 6:14 am General Min Aung is set to be chosen as the next president by the newly-elected parliament. |
|
Myanmar parliament to hold vote to elect president on Apr 3, house speaker says - CNA - 2/04 1:43 pm |
|
Myanmar Parliament to hold vote to elect president on April 3: House Speaker - Straitstimes - 2/04 1:29 pm The country's former military chief and junta leader Min Aung Hlaing is in the running for the position. |
|
Imigresen Johor tahan 35 PATI bekerja di kedai runcit, kedai karpet - Mgazette - 2/04 12:37 am "Pemeriksaan awal mendapati, seramai 35 warga asing di tahan atas pelbagai kesalahan imigresen," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, mereka yang ditahan dipercayai bekerja dan merupakan pelanggan di premis terbabit iaitu tujuh lelaki dewasa warganegara Indonesia; enam lelaki dewasa Myanmar; empat lelaki dewasa Pakistan; lima lelaki dewasa Bangladesh dan dua lelaki dewasa Nepal |
|
Why Myanmar top generals exit is window dressing to cement military rule - Scmp - 1/04 5:05 pm The Myanmar juntas attempts to place its top man in the countrys highest civilian position have been described by analysts as a constitutional repackaging of continued military rule |
|
Tak faham bahasa Melayu, prosiding kes bunuh dua warga Myanmar ditunda - Mgazette - 1/04 3:50 pm # Tak faham bahasa Melayu, prosiding kes bunuh dua warga Myanmar ditunda GEORGE TOWN - Prosiding terhadap dua lelaki warga Myanmar yang didakwa membunuh rakan senegara mereka di kawasan lapang berhampiran Gat Lebuh Macallum bulan lalu, ditangguhkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini |
|
Myanmar lawmakers put junta chief on path to presidency - CNA - 31/03 6:03 pm Military chief Min Aung Hlaing was elected as one of the three vice presidents who may go on to be chosen as president by parliament. |
|
Myanmar junta chief elected vice-president, moves a step closer to the presidency - Straitstimes - 31/03 2:00 pm Analysts expect junta chief Min Aung Hlaing to become president this week. |
|
Myanmar's elected lawmakers elect 2 vice presidents - Cgtn - 31/03 12:38 am Myanmar's elected lawmakers elect 2 vice presidents |
|
Long queues in Myanmar as Iran war fuel crisis deepens - BBC - 31/03 6:03 am Drivers are queuing for hours at petrol stations in Myanmar as the Iran war continues to send shockwaves across the globe. |
|
Myanmar paves way for junta chief to be civilian president, ruling with iron fist - Scmp - 30/03 6:23 pm Myanmar cleared the way on Monday for coup-leading General Min Aung Hlaing to become president and maintain his rule in civilian garb, with lawmakers nominating him as a vice-presidential candidate and the junta replacing him as military commander |
|
Myanmar military chief Min Aung Hlaing steps down, eyes presidency - CNA - 30/03 3:54 pm |
|
Myanmar’s Min Aung Hlaing set to become president after military moves - SUN - 30/03 3:51 pm Myanmar's military ruler Min Aung Hlaing is poised to become president following a junta-controlled election, extending his rule amid an ongoing civil war |
|
Myanmar junta chief Min Aung Hlaing nominated as president - BBC - 30/03 1:26 pm The military leader, who has been sanctioned by Western countries, is now certain to get the job. |
|
Myanmar military chief Min Aung Hlaing steps down, eyes presidency - Straitstimes - 30/03 12:12 am General Min Aung Hlaing was one of two people named as vice-presidential candidates. |
|
Myanmar's lower house nominates Min Aung Hlaing for vice presidency - Cgtn - 30/03 11:41 am Myanmar's lower house nominates Min Aung Hlaing for vice presidency |
|
Myanmar travellers take to the trains as fuel prices rise - Scmp - 28/03 9:01 am Myanmars ageing railway stations are bustling with life, crowded with passengers as surging fuel prices due to the Middle East war drive commuters to choose trains over costly planes and cars |
|
Pemerdagangan Manusia: Polis tahan tujuh individu, 14 mangsa diselamatkan .. - Mgazette - 28/03 7:38 am Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata serbuan kira-kira 1 pagi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman di dua lokasi, iaitu di Taman Klebang Besar dan Jalan Tengkera di sini. "Dalam operasi itu, tujuh suspek berusia antara 19 hingga 38 tahun ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga China, seorang wanita Taiwan, seorang lelaki warga Myanmar serta empat wanita masing-masing dari Myanmar, Filipina dan Indonesia |
|
Myanmar military signals leadership change ahead of presidential vote - Straitstimes - 27/03 10:17 pm March 27 - Myanmar's military leadership is set for a reshuffle following an annual armed forces parade on Friday, state media reported, in a rare public signalling of transition by the secretive institution that has dominated the Southeast Asian nation. |
|
Myanmar military signals leadership change ahead of presidential vote - CNA - 27/03 5:50 pm The leadership change comes just days before Myanmar's newly-convened parliament is due to meet to start the process to pick a new president. |
|
Jojo bakal hadapi pertarungan terbesar - Sinarharian - 27/03 4:45 pm Insya-ALLAH demi negara Malaysia, sekali lagi saya akan buktikan yang Malaysia boleh," katanya menerusi satu perkongsian di media sosialnya.Dalam pada itu, Jojo turut memaklumkan beliau kini sedang dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand bagi memulakan kem latihan intensif sebagai persediaan menghadapi lawan yang masih belum didedahkan identitinya itu."Dalam perjalanan balik ke Bangkok sebab nak masuk 'fight camp'. Kontrak sudah ditandatangani, berita mengenai perlawanan (siapa lawan) akan diumumkan tidak lama lagi."Apabila 'mindset' kita betul, apabila kita ada usaha, ada tawakal dan ada doa, semua boleh tercapai, Insya-ALLAH," katanya.Untuk rekod, Jojo kini berada pada momentum terbaik selepas melakar dua kemenangan dalam dua perlawanan terakhirnya.Beliau sebelum ini berjaya menumbangkan petarung dari Maghribi, Zakaria El Jamari pada September tahun lalu sebelum meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Ye Yin Naung dari Myanmar pada Februari lalu.Sehingga kini, Jojo memegang rekod dengan catatan lapan kemenangan dan hanya tiga kekalahan. |
|
Myanmar military signals leadership changes ahead of parade - Straitstimes - 27/03 4:10 pm General Min Aung Hlaing will make his yearly speech to rally morale at the parade. |
|
Myanmar military signals leadership change ahead of presidential vote - Star - 27/03 3:32 pm March 27 (Reuters) - Myanmar's military leadership is set for a reshuffle following an annual armed forces parade on Friday, state media reported, in a rare public signaling of transition by the secretive institution that has dominated the Southeast Asian nation |
|
Myanmar travellers turn to trains as fuel crisis bites - SUN - 27/03 3:27 pm Myanmar’s ageing railways see a surge in passengers as soaring fuel prices and vehicle restrictions push commuters towards cheaper, more reliable rail travel |
|
Myanmar military signals leadership change ahead of presidential vote - Straitstimes - 27/03 3:27 pm March 27 - Myanmar's military leadership is set for a reshuffle following an annual armed forces parade on Friday, state media reported, in a rare public signaling of transition by the secretive institution that has dominated the Southeast Asian nation. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |