///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Muhammad Zawawi News   Page 1    





Majlis Ulama UMNO gesa pihak berkuasa agama siasat kenyataan Nik Zawawi .. - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# Majlis Ulama UMNO gesa pihak berkuasa agama siasat kenyataan Nik Zawawi KUALA LUMPUR - Majlis Ulama UMNO Malaysia menggesa pihak berkuasa agama meneliti secara serius kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengandungi unsur-unsur tidak sahih dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam





Pas terima permohonan maaf Nik Zawawi – Tuan Ibrahim - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# Pas terima permohonan maaf Nik Zawawi - Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Kepimpinan Pas menerima penjelasan serta permohonan maaf Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kontroversi ceramahnya yang didakwa menyentuh peribadi sahabat Nabi Muhammad SAW di Kuala Terengganu baru-baru ini





Jangan semberono kritik sesama parti komponen PN – Takiyuddin - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# Jangan semberono kritik sesama parti komponen PN - Takiyuddin KUALA LUMPUR - Semua pimpinan dan ahli parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak membuat sebarang kritikan yang tidak wajar secara semberono sesama komponen yang lain sama ada melalui media mahupun sebarang saluran lain





Nik Zawawi mohon maaf isu ceramah kontroversi sahabat Nabi - Mygazette - 13/05 10:15 pm

# Nik Zawawi mohon maaf isu ceramah kontroversi sahabat Nabi KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi ceramahnya yang didakwa menyentuh peribadi sahabat Nabi Muhammad SAW





Majlis Ulama Umno seru pihak berkuasa agama siasat Nik Zawawi - FMT - 13/05 7:34 pm

Pengerusi Dusuki Ahmad berkata ada unsur-unsur tidak sahih diucapkan ketika menyentuh keperibadian beberapa sahabat Nabi Muhammad.





'Perlu ada adab dalam berhujah elak kekeliruan' - Sinarharian - 13/05 7:27 pm

SEREMBAN - Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menyentuh isu akidah dan kedudukan sahabat Nabi tanpa sandaran hujah yang sahih boleh disifatkan sebagai serius.Ketua Penerangan Briged Negaraku Malaysia, Ross Razeq Rosli berkata, sebarang kenyataan berkaitan agama Islam perlu berlandaskan ilmu, dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadis."Perlu ada adab dalam berhujah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam serta menjaga keharmonian masyarakat."Perkara melibatkan agama bukan ruang untuk kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham, apatah lagi jika ia menyentuh sahabat Nabi, ia perlu dijelaskan dengan hujah yang tepat dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Dalam pada itu, Ross Razeq turut menegaskan bahawa kenyataan yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam atau mencetuskan perpecahan boleh tertakluk kepada peruntukan undang-undang negara.Jelasnya, antara yang berkaitan ialah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menghina atau melukakan perasaan agama dengan niat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali."Selain itu, Seksyen 298A Kanun Keseksaan turut memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana perbuatan atau kenyataan yang menyebabkan atau cuba menyebabkan perpecahan, kebencian atau ketidakharmonian atas dasar agama, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun."Selain itu Seksyen 505 Kanun Keseksaan, yang berkaitan kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam atau mengganggu ketenteraman masyarakat," katanya.Justeru, beliau menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik, agar lebihberhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan agama demi menjaga perpaduan, keharmonian serta kestabilan negara.





Pembantu kedai didenda RM3,800 miliki senapang angin tanpa lesen - Sinarharian - 13/05 7:24 pm

TUMPAT - Seorang pembantu kedai didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki senapang angin tanpa lesen, minggu lepas.Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahmi Mat Ghoni, 24, dan memerintahkan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu.Lelaki itu didakwa memiliki senapang angin tanpa sebarang permit atau lesen yang sah semasa pemeriksaan dijalankan polis di Kampung Nechang di sini pada jam 4.30 pagi 6 Mei.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff memohon hukuman setimpal manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Afiqah Amran merayu dikenakan denda minimum kerana anak guamnya menggunakan senapang angin untuk menembak binatang liar dan burung.Muhammad Syahmi membayar denda itu





Majlis Ulama UMNO gesa pihak berkuasa agama siasat kenyataan Nik Zawawi - Sinarharian - 13/05 7:08 pm

KUALA LUMPUR - Majlis Ulama UMNO Malaysia menggesa pihak berkuasa agama meneliti secara serius kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengandungi unsur-unsur tidak sahih dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.Pengerusi majlis berkenaan, Datuk Dusuki Ahmad berkata, pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung penyebaran fatwa politik songsang yang disandarkan atas nama Islam.Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu tampil memberikan penjelasan tuntas bagi mengelak isu berkenaan terus mencetuskan kekeliruan dan perpecahan, selain mengingatkan semua pihak agar menghormati institusi agama Islam di bawah naungan Raja-Raja Melayu."Kita tidak boleh membiarkan polemik seperti ini terus memecahbelahkan umat Islam serta mengheret masyarakat ke arah budaya permusuhan sesama Muslim," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Terdahulu, tular video memaparkan Nik Muhammad Zawawi semasa ceramah politik di Kuala Terengganu minggu lepas yang didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dilaporkan telah memohon maaf hari ini dan mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan mengenai para sahabat Rasulullah SAW.Sementara itu, Dusuki berkata, semua pihak yang bercakap atas nama agama wajib memastikan setiap perkataan dibuat berdasarkan fakta sahih, beradab dan bertanggungjawab.Beliau berkata, umat Islam, khususnya pengikut Ahli Sunnah Waljamaah wajib meyakini bahawa sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat dan diangkat menjadi sahabat rapat baginda bukan semata-mata kerana hubungan zaman, tetapi kerana keimanan, pengorbanan, akhlak dan adab mereka yang tinggi terhadap Nabi Muhammad dan ajaran Islam.Sehubungan itu, beliau berkata Majlis Ulama UMNO Malaysia menyeru semua pihak terutama PAS supaya tidak bertindak melulu dalam isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R), selain mengelakkan budaya takfir serta fitnah yang boleh mengeruhkan lagi hubungan sesama umat Islam."Politik mestilah dipandu dengan ilmu dan akhlak





PAS dengan Nik Zawawi - FMT - 13/05 7:00 pm

Apa yang dilakukan Nik Zawawi Salleh menyulitkan PAS.





Isu hina sahabat nabi: Pemimpin perlu waspada beri kenyataan mengenai fatwa - Zulkifli - Sinarharian - 13/05 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai termasuk golongan pemimpin dinasihatkan berhati-hati dalam memberikan pandangan melibatkan sebarang fatwa dan memastikan kesahihannya terlebih dahulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Zulkifli berkata, perkara itu amat penting terutama bagi individu yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai kerana kenyataan yang dikeluarkan mampu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat."Di pihak kami, sekiranya ia melibatkan tindakan undang-undang, kita serahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas isu Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.Mengenai langkah kerajaan untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berulang, beliau berkata pihaknya akan memperkasakan lagi program pendidikan dan dakwah bagi menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat.Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi dilaporkan telah memohon maaf dan mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan mengenai para sahabat Rasulullah.Sementara itu, mengenai isu proses tuntutan nafkah anak melibatkan ibu bapa yang bercerai yang mengambil masa lama untuk diselesaikan, Zulkifli berkata, kerajaan sememangnya sedang memperkukuh usaha bagi menangani perkara itu."Kita sudah ada gerak kerja dan banyak kejayaan dicapai, namun usaha itu akan terus diperkukuh kerana kita faham isu ini sangat penting."Semua pihak berkepentingan akan duduk semeja bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan lebih baik serta memberi bantuan sewajarnya kepada masyarakat," katanya





Mahasiswa hargai setiap langkah kerajaan pimpinan Anwar bawa kestabilan MPPK - Sinarharian - 13/05 5:37 pm

KUALA LUMPUR - Sokongan mahasiswa adalah bersifat objektif dengan menghargai setiap langkah kerajaan yang membawa kestabilan.Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Irfan Firdaus Md Fauzi berkata, pada masa sama golongan ini kekal kritikal terhadap sebarang dasar yang tidak menyebelahi kebajikan rakyat."Sikap mahasiswa hari ini tidak boleh dipukul rata sebagai penyokong tegar mahupun penentang mutlak





Polis tunggu maklumat lanjut isu kenyataan Nik Zawawi - KPN - Sinarharian - 13/05 5:27 pm

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu maklumat lanjut berhubung kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh didakwa menghina sahabat nabi dalam program ceramah politik di Terengganu pada minggu lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mengambil perhatian terhadap perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan."Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita





Polis siasat dakwaan bayi patah paha semasa rawatan - Sinarharian - 13/05 4:23 pm

SUNGAI PETANI - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang bayi lelaki berusia 13 hari mengalami patah tulang paha ketika menerima rawatan akibat jaundis di sebuah hospital di daerah ini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh bapa bayi itu pada Isnin lepas dan pihaknya telah menjalankan siasatan."Kita masih jalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini





Pembantu kedai makan, pasangan khalwat kali kedua dihukum enam sebatan - Sinarharian - 13/05 3:20 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai makan dan pasangannya masing-masing dijatuhi hukuman tiga sebatan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan khalwat buat kali kedua pada Januari lalu.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof memerintahkan hukuman tersebut dilaksanakan di Penjara Marang pada jam 10 pagi, 7 Jun depan selepas tamat tempoh 14 hari rayuan.Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya kedua-dua tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, Muhammad Shazmel Aqimie Razalee, 26, dan pasangannya, Tengku Nur Fariesha Ulani Tengku Ahmad Farek, 24, didapati melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kerteh, Kemaman kira-kira jam 3.15 pagi pada 15 Januari 2026.Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2021.Pasangan tersebut ditangkap dalam satu serbuan dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai hubungan mahram atau dokumen perkahwinan yang sah.Nik Mohd Shahril dalam penghakimannya menyifatkan, kes tersebut sebagai amat serius kerana ia merupakan kesalahan berulang yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh.Sebelum ini, pasangan tersebut pernah ditangkap bagi kesalahan sama pada Januari 2025 dan pada 13 Mei 2025, Mahkamah Rendah Syariah Kemaman telah menjatuhi hukuman denda RM2,600 atau tiga bulan penjara terhadap Muhammad Shazmel, manakala Tengku Nur Fariesha didenda RM2,500 atau dua bulan penjara."Kes ini amat serius kerana melibatkan kesalahan berulang yang mana sebelum ini tertuduh pernah disabitkan bersalah dan dihukum," katanya.Terdahulu, Muhammad Shazmel Aqimie yang bekerja sebagai pembantu kedai makan merayu agar hukuman dikurangkan atas alasan dia merupakan anak keenam daripada enam beradik.Manakala, Tengku Nur Fariesha Ulani yang bekerja sebagai barista atau pembancuh kopi merayu pengurangan hukuman kerana merupakan anak sulung daripada enam beradik dan perlu menanggung ibu serta adik-beradik selepas kematian bapanya.Mahkamah bagaimanapun mengekalkan hukuman tersebut sebagai pengajaran sebelum membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh pelaksanaan hukuman.





Nik Zawawi mohon maaf, akui kurang cermat - Sinarharian - 13/05 2:16 pm

KOTA BHARU Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf susulan kontroversi membabitkan pengucapannya yang tular.Beliau mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan berkenaan.Menurutnya, beliau menghargai segala teguran, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh para tuan guru, asatizah, sahabat serta masyarakat berhubung isu tersebut."Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut."Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Kontroversi sebelum ini tercetus selepas tersebar sedutan ucapan bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu dalam satu ceramah yang dianggap menghina sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu.Susulan itu, Dewan Ulamak Pas Pusat menegur Nik Muhammad Zawawi dan mengakui ada beberapa kesilapan fakta dalam ceramah berkenaan.Nik Muhammad Zawawi berkata, kenyataan yang dibuat sebelum ini sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan ALLAH SWT.Jelasnya, tujuan asal kenyataan itu hanyalah untuk menjelaskan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.Dalam pada itu, beliau turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu berkenaan dan menegaskan itu adalah kekhilafan peribadi yang tidak berkaitan dengan pendirian Pas atau kepimpinannya."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan," katanya.





NGO appeals to Japan PM for return of Malaysian elephants Dara, Amoi and Kelat - Sinardaily - 13/05 1:43 pm

SHAH ALAM A Malaysian non-governmental organisation (NGO) has formally appealed to the Japanese government to return three Malaysian elephants currently housed in Japan, as public pressure continues to grow over concerns surrounding the animals welfare.Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia president Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz confirmed that the organisation had emailed the Prime Minister's office of Japan and contacted the Malaysian consulate in Japan as part of ongoing efforts to repatriate Dara, Amoi and Kelat (DAK).In a recent TikTok video posted through the account @syedimranbosskuu, he said the NGO was directly appealing to the Japanese authorities to allow the elephants to return to Malaysia.As representatives of a Malaysian NGO, we have sent an email to the Prime Minister of Japan as well as our consulate in Japan requesting for the Malaysian elephants to be brought home, he said.He added that the organisation hoped the Japanese authorities would reconsider future arrangements involving Malaysian elephants and instead send zoo personnel to Malaysia to better understand elephant welfare and habitat management.Only after attending such training should there even be consideration about bringing our elephants there again and even then, it should be carefully reconsidered, he said.Syed Muhammad Imran stressed that the organisations focus was not on any agreement between Zoo Taiping and Japanese authorities, but on the condition and wellbeing of the animals.We know they are suffering





Pas Pulau Pinang buat laporan SPRM lagi - Sinarharian - 13/05 1:28 pm

GEORGE TOWN Pas Pulau Pinang akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung empat isu yang didakwa melibatkan tatakelola dan pengurusan dana zakat di negeri ini.Laporan itu dibuat susulan beberapa dakwaan yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah.Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Hafiz Alias, pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan wang zakat yang sepatutnya digunakan untuk golongan asnaf."Kita akan bawa beberapa dokumen dan maklumat kepada SPRM tengah hari ini untuk dibuat laporan rasmi."Kita mahu SPRM menyiasat sama ada wujud salah guna kuasa atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan dana zakat," katanya dalam sidang media di Bangunan DUN Pulau Pinang di sini pada Rabu.Turut hadir, Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff.Tambah beliau, empat isu yang akan dilaporkan itu melibatkan dakwaan pelantikan terus tanpa temu duga pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang dihantar ke Mesir bagi menjaga pelajar negeri di negara berkenaan."Selain itu, turut dibangkitkan isu pelantikan seorang pegawai di Zakat MAINPP yang didakwa tidak memenuhi syarat umur dan pengalaman kerja sebagaimana ditetapkan."Syarat jawatan berkenaan menetapkan calon perlu berusia 35 tahun ke atas serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan tahun namun individu yang dilantik didakwa hanya berusia 32 tahun ketika pelantikan dibuat pada 2024."Kita mohon penjelasan kerajaan negeri mengenai perkara ini kerana ia membabitkan soal tatakelola dan integriti," katanya.Beliau turut membangkitkan isu penukaran status pinjaman dana Zakat MAINPP kepada pemberian yang didakwa melibatkan jumlah RM16 juta.Menurutnya, pinjaman yang dibuat oleh MAINPP menggunakan wang zakat itu kemudiannya ditukar status kepada pemberian menerusi keputusan mesyuarat MAINPP."Kita mahu tahu asnaf mana yang menerima pemberian tersebut kerana wang zakat hanya boleh digunakan untuk lapan golongan asnaf."Satu lagi dakwaan yang dibangkitkan ialah berkaitan kemasukan wang zakat sebanyak RM100,000 ke dalam akaun peribadi seorang setiausaha ketika lawatan ke Mesir bagi urusan perasmian asrama pelajar Pulau Pinang," katanya lagi.Muhammad Hafis berkata, wang berkenaan dipercayai sebahagian daripada perbelanjaan rombongan yang disertai Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid."Maklumat yang kita terima menunjukkan wang zakat dimasukkan terus ke akaun peribadi dan perkara ini perlu disiasat," katanya.Sementara itu, Muhammad Hafis menegaskan bahawa laporan kepada SPRM itu tidak mempunyai kaitan dengan saman yang diterima pihaknya bersama beberapa pemimpin Pas negeri lain sebelum ini."Ini kes berbeza dan kita mahu SPRM menjalankan siasatan secara telus terhadap semua dakwaan yang dibangkitkan," katanya.Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang telah memanggil 63 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah serta penyalahgunaan dana zakat.Menurut SPRM, kesemua individu berkenaan dipanggil secara berperingkat untuk dirakam keterangan susulan pembukaan kertas siasatan pada pertengahan Januari lalu.Antara yang dipanggil termasuk Ahli Majlis Agama Islam Negeri, mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan, penasihat undang-undang serta pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri.Selain itu, Ahli Lembaga Zakat serta pegawai dan kakitangan zakat negeri turut dipanggil bagi membantu siasatan.Siasatan awal mendapati suspek utama yang merupakan pegawai kanan kerajaan negeri bersama seorang ahli MAINPP dipercayai menggunakan kedudukan dan jawatan masing-masing untuk mencadangkan serta meluluskan pembelian tiga lot tanah bernilai kira-kira RM10 juta.





NGO Islam buat laporan polis terhadap Zawawi berkait ceramah kontroversi - FMT - 13/05 1:19 pm

Pengerusi Daie Madani Amir Zuhair Abdull Khalid berkata kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu tidak sepatutnya dibuat dan bersifat semberono.





Nik Zawawi mohon maaf, akui kurang cermat dalam ceramah sentuh sahabat Nabi - FMT - 13/05 1:11 pm

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu menegaskan ia tidak mewakili pendirian PAS.





PKR begins 'seats war' as Anwars political stronghold appears uncertain - Sinardaily - 13/05 1:06 pm

SHAH ALAM - Speculation over seat redistribution within Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahead of the 16th General Election (GE16) is intensifying.What began with a leaked internal party analysis categorising constituencies into different tiers has now escalated into a broader question - which senior PKR leaders actually hold safe seats?Following the leak, former PKR deputy president Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli sarcastically questioned the party leaderships sensitivity over the disclosure of such seat classifications.More significantly, Rafizi suggested that many senior PKR leaders are currently in an uncomfortable position, as a large number of their constituencies are considered marginal rather than safe.Based on the leaked internal analysis, the Tambun parliamentary seat held by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is reportedly classified as Category 2B, or marginal.At the same time, PKR deputy president Nurul Izzah Anwar, previously associated with Permatang Pauh and Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (Gombak) are also said not to be in strong positions.This has led to increasingly aggressive internal manoeuvring within PKR, with several senior leaders reportedly being linked to potential moves to safer constituencies.Anwar is now being speculated to shift either to Bandar Tun Razak or Ampang.Izzah is also being linked with the same seats, Bandar Tun Razak and Ampang, he said in a podcast.Meanwhile, internal sources claimed that Amirudin may move from Gombak to Selayang, although this was denied by the Selangor Menteri Besars office.PKR vice-president Datuk Seri R





Cadangan Bersatu keluar PN hanya pandangan peribadi saya, kata Adun PAS - FMT - 13/05 11:55 am

Adun Sura Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata pandangannya itu tidak mewakili PAS.





Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi - Sinarharian - 13/05 11:46 am

SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para sahabat Rasulullah dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, kenyataan itu khususnya melibatkan Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.Menurutnya, para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka."Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman jahiliah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih."DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam."Terutama yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para sahabat Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Saidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada pada zaman jahiliah.Saidina Umar pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan, kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.Tambah Mohd Nor, pada masa sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih."Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat."DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab," ujarnya.





Kunci penyatuan di tangan Zahid - Sinarharian - 13/05 10:00 am

SHAH ALAM UMNO dijangka lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan penyatuan dengan Pas kerana langkah itu secara tidak langsung turut melibatkan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, beliau melihat Pas tidak mempunyai masalah besar terhadap idea penyatuan, namun UMNO perlu mempertimbangkan pelbagai faktor politik semasa sebelum membuat keputusan.Katanya, walaupun terdapat desakan di peringkat akar umbi supaya kerjasama kedua-dua parti Melayu itu kembali direalisasikan, keputusan akhir tetap bergantung kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing."Saya berpendapat kunci penyatuan ini terletak di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu sendiri





Titah Tengku Hassanal bawa mesej besar - Sinarharian - 13/05 8:00 am

SHAH ALAM - Titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diberi perhatian serius kerana membawa mesej penting mengenai prinsip federalisme dan hak ekonomi negeri.Pakar Perlembagaan dari Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, titah baginda ketika pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang baru-baru ini bukan sekadar istiadat tahunan, sebaliknya peringatan penting mengenai hubungan Persekutuan dan hak negeri.Pengasas Jurisprudens Watan dan Fiqh al-Watan itu menegaskan, kenyataan sedemikian tidak wajar disambut secara sinis kerana prinsip federalisme menuntut setiap negeri dilayan secara adil tanpa dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.Menurut beliau, Tengku Hassanal menegaskan pengorbanan Pahang sebagai negeri terbesar di Semenanjung dalam memelihara keseimbangan alam sekitar tidak seharusnya dinilai semata-mata melalui kutipan cukai, sebaliknya perlu dihargai menerusi sokongan terhadap hak ekonomi negeri."Baginda turut menzahirkan kekecewaan terhadap kegagalan meluluskan usaha Pahang menambah hasil negeri melalui eksport pasir Sungai Pahang serta penglibatan kontraktor tempatan dalam projek Persekutuan."Barangkali kemurkaan baginda berpunca daripada kelewatan melampau agensi Persekutuan menyelesaikan isu berbangkit sehingga menjejaskan penjualan gunung pasir di muara Sungai Pekan dan membantutkan aktiviti perlombongan pasir bagi kelestarian Sungai Pahang," katanya menerusi ruangan Pendapat Sinar Harian pada Isnin.Wan Ahmad Fauzi berkata, tindakan menggantung atau tidak mengeluarkan lesen eksport tidak wajar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan alternatif bagi membantu negeri menjana pendapatan.Menurut beliau, dasar perdagangan dan eksport di bawah bidang kuasa Persekutuan merupakan amanah, bukannya veto untuk menjejaskan ekonomi sesebuah negeri.Katanya, menyekat sumber pendapatan negeri tanpa jalan penyelesaian hanya menafikan hak negeri menikmati hasil daripada sumber buminya sendiri."Lebih ironinya, Kerajaan Persekutuan turut menikmati kutipan cukai korporat dan individu daripada pemain industri pasir."Tidak adil untuk terus mengutip cukai hasil negeri melalui LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), tetapi pada masa sama melemahkan rantaian ekonomi yang menjana cukai tersebut," ujarnya.Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan jawatankuasa khas atau pasukan petugas segera bagi meneliti isu berbangkit dan memastikan titah Tengku Hassanal dilaksanakan secara terbaik dalam tempoh munasabah.Katanya, jika lesen eksport terus dibekukan, agensi Persekutuan perlu mencari alternatif termasuk mewujudkan rantaian pasaran domestik atau membekalkan pasir kepada projek infrastruktur rakyat.Selain itu, beliau berkata, titah baginda supaya syarikat serta kontraktor tempatan yang kompeten diberi keutamaan dalam projek di Pahang wajar disambut baik."Anak-anak Pahang perlu diberi peluang utama membangunkan negeri sendiri, bukannya sekadar menjadi penonton kepada syarikat luar yang memonopoli kontrak besar," katanya.Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak turut bersetuju dengan pandangan tersebut.Beliau berkata, titah Tengku Hassanal tidak boleh dipandang ringan kerana jarang institusi diraja menzahirkan ketidakpuasan hati secara terbuka terhadap Kerajaan Persekutuan.Menurutnya, titah baginda yang diakhiri pantun lama Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati membawa mesej tersirat mengenai sejarah dan pengorbanan besar Pahang dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu."Pantun itu juga dilihat sebagai jawapan tegas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan peruntukan kepada Pahang besar, bukan kecil serta janji mendapatkan penjelasan bertulis daripada Menteri Kewangan II."Bagaimanapun, jawapan berbentuk pentadbiran itu tidak menyentuh inti pati tuntutan sebenar," katanya.Muhammad Afifi berkata, Pahang bukan negeri bawahan yang sekadar menunggu arahan Putrajaya, sebaliknya antara negeri teras yang sekian lama memikul tanggungjawab menjaga keseimbangan ekologi negara melalui kawasan hutan, sungai dan biodiversiti.Namun, katanya, apabila negeri itu mahu menjana hasil sendiri, pelbagai sekatan dan birokrasi pula dikenakan sehingga menjejaskan ekonomi negeri.Dalam isu eksport pasir Sungai Pahang, beliau menegaskan soal utama ialah konsistensi dan keadilan Kerajaan Persekutuan."Jika eksport pasir mahu disekat atas alasan perlindungan alam sekitar atau dasar nasional, tindakan itu mesti dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua negeri tanpa pengecualian."Tidak boleh ada negeri diberi kelulusan eksport, tetapi Pahang dikenakan sekatan tanpa alasan kukuh."Jika itu berlaku, ia bukan sahaja menimbulkan persepsi layanan tidak adil, malah mencerminkan amalan federalisme yang semakin selektif," katanya





Hina sahabat nabi haram, berdosa besar – Zulkifli Hina sahabat nabi .. - Mygazette - 13/05 6:26 am

# Hina sahabat nabi haram, berdosa besar - Zulkifli KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan hari ini berkata tindakan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW adalah haram dan berdosa besar





Sanjeevan ingatkan Pas jangan lupa jasa sejarah Bersatu, Muhyiddin - Mygazette - 13/05 6:26 am

# Sanjeevan ingatkan Pas jangan lupa jasa sejarah Bersatu, Muhyiddin KUALA LUMPUR Ketua Bersekutu Bersatu, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan mengingatkan semua pihak dalam Perikatan Nasional (PN) supaya tidak melupakan sejarah penubuhan gabungan itu yang diterajui Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2020





Nik Zawawi beri penjelasan, hanya mahu masyarakat faham konteks sejarah - Sinarharian - 13/05 12:23 am

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam ceramahnya baru- baru ini.Nik Muhammad Zawawi berkata, perkara yang disampaikan ketika itu hanya untuk memudahkan masyarakat memahami konteks sejarah.Menurut beliau, misalnya penggunaan istilah 'ceti' itu adalah bertujuan agar masyarakat lebih mudah memahami betapa zalim zaman jahiliyah dan indahnya sistem Islam yang dibawa selepas itu."Apa yang saya maksudkan ialah pada zaman jahiliyah di Mekah, sesiapa sahaja yang bermuamalah dalam masyarakat ketika itu terpaksa akur dan patuh."Ia termasuklah tokoh-tokoh seperti Abu Bakar RA dan Abdul Rahman bin Auf





Pihak berkuasa digesa ambil tindakan, sengaja timbul kebencian terhadap tokoh Islam - Sinarharian - 12/05 10:59 pm

SHAH ALAM - Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menggesa pihak berkuasa dan institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam termasuk para sahabat Nabi Muhammad SAW.Timbalan Presiden Wadah, Hasri Harun berkata, ini kerana para sahabat adalah generasi terbaik umat Islam yang telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia.Menurutnya, kedudukan mereka telah dimuliakan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW."Oleh itu, Wadah mengecam kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ceramahnya seolah-olah menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para Sahabat Nabi Muhammad SAW."Sebarang usaha untuk mencemarkan nama para Sahabat bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan atas kewibawaan sahabat Nabi SAW yang telah berjasa dengan agama Islam."Apalah maksud dan tujuan menimbulkan dan membangkitkan sejarah lama para sahabat nabi sebelum Islam walaupun faktanya juga masih diragui," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Tambah Hasri, bukankah ALLAH lebih mengetahui akan suasana dan keadaan mereka sehinggakan mereka berjaya bersama-sama Rasulullah SAW membangunkan Islam sehingga dinikmati hingga hari ini.Jelasnya, justeru, Wadah menyeru agar semua pihak harus berhati-hati menyatakan pandangan, khususnya umat Islam di Malaysia."Ia bagi menghormati kedudukan para sahabat Nabi SAW sebagai tokoh agung Islam dan mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kenyataan tidak berasas terhadap sejarah Islam."Selain itu, sebarang kenyataan perlu merujuk kepada autoriti ilmiah dan ulama muktabar dalam memahami isu-isu berkaitan sejarah Islam serta memelihara perpaduan umat dan mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan."Akhirnya, Wadah berharap agar umat Islam kembali kepada nilai ilmu, hikmah dan akhlak mulia dalam menyampaikan pandangan, selaras dengan tuntutan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam," ulasnya.





Himpunan Daulat Tuanku: Pejabat MB Selangor sedia makanan, himpunan buat .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Himpunan Daulat Tuanku: Pejabat MB Selangor sedia makanan, himpunan buat peserta KUALA LUMPUR Pejabat Menteri Besar Selangor akan menyediakan makanan dan minuman kepada peserta `Himpunan Daulat Tuanku yang dirancang diadakan Sabtu inidi Pintu 1, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam





Kemalangan 4 pelajar di Machang: Kaki kanak-kanak perempuan terpaksa .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Kemalangan 4 pelajar di Machang: Kaki kanak-kanak perempuan terpaksa dipotong KOTA BHARU - Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang parah dalam kemalangan bersama tiga lagi saudaranyaketika dalam perjalanan ke sekolah di Machang semalam, selamat menjalani pembedahan memotong kaki kanan hingga ke paras paha, di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, di sini hari ini





Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh digesa menarik balik kenyataan susulan ucapan yang didakwa menyentuh dan memperlekeh beberapa sahabat Rasulullah SAW





Pantun kini jadi medan sindir menyindir antara pemimpin politik - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Pantun kini jadi medan sindir menyindir antara pemimpin politik KUALA LUMPUR Budaya berbalas pantun kini dilihat menjadi senjata baharu pemimpin politik untuk menyindir lawan mahupun sekutu serta menyampaikan mesej tersirat ketika suhu politik negara semakin panas





Tikam 61 kali: Remaja lelaki didakwa bunuh penuntut kolej - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Tikam 61 kali: Remaja lelaki didakwa bunuh penuntut kolej KOTA BHARU - Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut kolej wanita, kira-kira dua minggu lepas





Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak meyakinkan KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan penceramah Fathi Na'im tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan merogol seorang remaja 14 tahun, lima tahun lalu





Cerita ???kawan luar negara??? bukan hujah bersandar fakta??? Amanah bidas .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Cerita kawan luar negara bukan hujah bersandar fakta Amanah bidas Nik Zawawi KUALA LUMPUR Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyerang Perdana Menteri dalam ceramahnya baru-baru ini, disifatkan berat, cacat dan tidak berasas





Gantung, pecat ahli: Molek Bersatu keluar sahaja daripada PN -ADUN Pas - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Gantung, pecat ahli: Molek Bersatu keluar sahaja daripada PN -ADUN Pas KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa semakin hilang arah dan roh perjuangan susulan siri tindakan penggantungan serta pemecatan terhadap beberapa pemimpin parti sejak kebelakangan ini





Hormat Raja bukan isu politik semata-mata – Saifuddin Shafi - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Hormat Raja bukan isu politik semata-mata - Saifuddin Shafi SHAH ALAM Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad menegaskan perbezaan pandangan politik tidak seharusnya membawa kepada kompromi terhadap semangat kesetiaan kepada Raja dan negara seperti termaktub dalam Rukun Negara





Rumah Bangsa terbuka terima sesiapa sahaja termasuk pemimpin dipecat - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Rumah Bangsa terbuka terima sesiapa sahaja termasuk pemimpin dipecat KLUANG - UMNO terbuka dan tidak memilih dalam menerima mana-mana bekas ahli atau pemimpin politik untuk menyertai Rumah Bangsa





Khairuddin ???sekolahkan??? Nik Zawawi, tegas fakta sahabat Nabi jangan .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Khairuddin sekolahkan Nik Zawawi, tegas fakta sahabat Nabi jangan diputar belit KUALA LUMPUR Timbalan Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan polemik kenyataan melibatkan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW





Nik Zawawi didesak beri penjelasan, Pas mohon maaf - Sinarharian - 12/05 7:29 pm

SHAH ALAM - Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (BiPPA) mendesak Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memberikan penjelasan terhadap kenyataan beliau berhubung sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW.Pengerusi BiPPA, Amidi Abdul Manan berkata, jika tiada sebarang penjelasan maka pimpinan tertinggi Pas perlu menyatakan sikap dan pendirian terhadap isu ini.Menurutnya, Pas perlu memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang boleh mencemarkan kemurnian Islam."Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pernyataan yang terkandung kebohongan terhadap para Ashabi Rasulullah SAW yang dikeluarkan beliau."Tohmahan yang sehingga ini, kita menanti penjelasan setelah lebih 24 jam ia berlegar dalam domain komunikasi awam di Malaysia."Islam di Malaysia ini terancam bukan kerana kepelbagaian agama, kaum dan budaya tetapi, Islam terancam kerana akhlaq buruk seorang yang mengakui dirinya pewaris tugasan para nabi tetapi biadab kepada para sahabat baginda SAW," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Tambah Amidi, BiPPA menasihatkan Nik Muhammad Zawawi agar mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tidak menyebut-nyebut perilaku menyimpang dari norma Islam yang dilakukan oleh para sahabat baginda ketika masih jahiliyah.Jelasnya, jasa para sahabat Rasulullah SAW terlalu besar kepada Islam."Pengorbanan yang terpaksa mereka tempuh, begitu juga penderitaan yang dialami mereka, bukti keyakinan dan keimanan serta kesetiaan terhadap Rasulullah SAW yang tidak pernah disangsikan."Kita faham dan kita yakini betul, kekuatan ajaran al-Quran yang mempunyai kekuatan transformatif terhadap diri dan masyarakat





Nik Zawawi perlu tarik balik ucapan, mohon maaf terbuka - Sinarharian - 12/05 6:46 pm

JOHOR BAHRU Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka susulan ucapan yang didakwa menyentuh dan memperlekehkan beberapa sahabat Rasulullah SAW.Menurut Sheikh Umar yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, isu berkenaan perlu dipandang serius kerana melibatkan sensitiviti umat Islam serta kedudukan para sahabat Nabi dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.Beliau berkata, para sahabat Rasulullah SAW mempunyai kedudukan yang tinggi dan dimuliakan, justeru sebarang perbahasan berkaitan kehidupan mereka perlu dilakukan secara beradab, berhati-hati dan bersandarkan riwayat sahih."Sebarang bentuk ucapan yang boleh membawa persepsi penghinaan, merendahkan martabat atau mempermainkan para sahabat Nabi tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila datang daripada seorang tokoh agama dan Ahli Parlimen," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Seputeh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.Antara lain beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang bapa ceti yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Sheikh Umar berkata, permohonan maaf terbuka perlu dibuat memandangkan rakaman ucapan berkenaan telah tersebar luas dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berkuasa agama dan pihak berkaitan menjalankan siasatan secara telus serta adil bagi memastikan isu berkaitan kesucian agama tidak dipolitikkan atau dipermainkan oleh mana-mana pihak.Tambah beliau, Islam mengajar umatnya supaya memuliakan para sahabat Rasulullah SAW kerana golongan itu merupakan generasi yang membawa, mempertahankan dan menyebarkan agama Islam sehingga sampai kepada umat hari ini.Katanya lagi, kebebasan berceramah dan berpolitik tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti akidah serta adab terhadap tokoh-tokoh agung Islam





Menghina sahabat Nabi Muhammad haram, berdosa besar - Menteri Agama - Sinarharian - 12/05 6:25 pm

Mereka generasi terbaik, dipuji ALLAH SWT. Mencaci mereka bererti menghina insan yang menegakkan Islam bersama baginda," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menyentuh kisah kehidupan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum memeluk Islam.Isu berkenaan mencetuskan pertikaian di media sosial susulan dakwaan beberapa pihak yang mempersoalkan ketepatan fakta sejarah dalam ucapan beliau.Malah, ramai warga maya menyifatkan kisah melibatkan para sahabat Rasulullah tidak sepatutnya dijadikan bahan ceramah politik atau dihuraikan tanpa rujukan yang jelas.Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil menekankan kepentingan menjaga adab dan bahasa ketika berbicara.Ujarnya, perkara tersebut merupakan sesuatu yang telah disepakati seluruh umat Islam dan tidak seharusnya dijadikan bahan senda atau hinaan."Perlu mempunyai kecermatan dalam penceritaan berkenaan para sahabat kiram (mulia)





ADUN Derga pula digantung dari Bersatu - Sinarharian - 12/05 6:22 pm

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Mohamad Amri Wahab menjadi ADUN terbaharu dikenakan tindakan disiplin apabila digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Mohamad Amri yang juga Ketua Bahagian Pokok Sena dikenakan tindakan di bawah Fasal 22.5 kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Bersatu.Menerusi notis keputusan Lembaga Disiplin Bersatu, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta dan menyebabkan beliau dilucutkan daripada semua jawatan yang disandang dalam parti sepanjang tempoh berkenaan.Notis berkenaan memaklumkan Mohamad Amri tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.Bagaimanapun, ADUN Derga terbabit diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan lanjut.Setakat ini, beberapa pemimpin telah dipecat iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad; Ketua Armada Bahagian Parit, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed ZawawiPemimpin dikenakan tindakan pergantungan termasuklah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah.Antara lain, Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man; Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar





Pemimpin Bersatu bidas Adun PAS gesa parti keluar PN - FMT - 12/05 6:20 pm

Rafiq Abdullah menyifatkan kenyatan Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi sebagai 'kacang lupakan kulit'.





Adun PAS cadang Bersatu keluar PN susulan penyembelihan - FMT - 12/05 5:17 pm

Saranan Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berlatarkan tindakan Bersatu memecat dan menggantung beberapa ahli.





Bersatu sudah tiada roh, lebih baik keluar PN - Sinarharian - 12/05 4:08 pm

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini seakan-akan sudah hilang roh perjuangan sehingga dilihat lebih baik keluar daripada Perikatan Nasional (PN).Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, keadaan itu berlaku apabila pemimpin parti itu didakwa 'disembelih' satu demi satu hingga tidak lagi memberi impak dalam gabungan tersebut."Disembelih satu-satu pemimpin untuk terus berkuasa





Bersatu central leadership to decide on new Kelantan deputy speaker - FMT - 12/05 2:37 pm

Kelantan Bersatu chief Kamarudin Nor says his party will propose a replacement for Farid Zawawi.





Lokasi lubang benam sedalam empat meter ditutup 2 minggu - Sinarharian - 12/05 2:27 pm

KUALA LUMPUR - Kejadian lubang benam di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju dekat sini dipercayai berpunca daripada kerja penyelenggaraan utiliti dan bukan disebabkan mendapan tanah.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, siasatan lanjut masih dijalankan, bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kawasan terlibat ditutup sementara selama dua minggu untuk kerja-kerja pembaikan.Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tembok sumpatau struktur takungan air dalam sistem saliran utama berdiameter 1.5 meter di kawasan itu, yang dipercayai telah pecah."Kita dapati tembok sump tersebut pecah dan kita tidak jumpa dekat mana tembok itu jatuh





Rumah Bangsa UMNO terbuka terima sesiapa sahaja - Khaled Nordin - Sinarharian - 12/05 2:25 pm

KLUANG - UMNO terbuka dan tidak pernah memilih menerima mana-mana bekas ahli atau pemimpin politik untuk menyertai Rumah Bangsa.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak boleh menyertai Rumah Bangsa yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."Kita terbuka untuk terima siapa sahaja kerana rumah kita Rumah Bangsa, maknanya rumah kita itu besar."Kita terima sesiapa sahaja," katanya juga Pengerusi Jawatankuasa Rumah Bangsa.Beliau berkata demikian dalam akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ekonomi Madani di Kem Batu Tiga, di sini, pada Selasa.Pada Ahad, UMNO Terengganu dilaporkan sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid untuk kembali menyertai parti itu susulan tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya oleh Bersatu.Pada Isnin, empat lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikenakan tindakan disiplin termasuk dua dipecat dan dua digantung keahlian berkuat kuasa serta-merta.Menerusi notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan pada Isnin, Ketua Armada Bahagian Parit Parti, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dipecat daripada parti itu.Manakala, Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.Pada 9 Mei lalu, Lembaga Disiplin Bersatu turut memecat dua ADUN Kedah iaitu Abdul Razak Khamis dan Dzowahir Ab Ghani, selain menggantung tujuh lagi wakil rakyat parti itu selama dua penggal pemilihan.





Independent preacher freed on rape charge involving teenager - Sinardaily - 12/05 2:12 pm

KUALA LUMPUR - Independent preacher Muhammad Fathi Naim Mazlam was acquitted and discharged by the Sessions Court here today on a charge of raping a 14-year-old girl five years ago.Judge Tasnim Abu Bakar ruled that the prosecution failed to establish a prima facie case against the 34-year-old, better known as Fathi Naim, at the close of the prosecutions case.The judge said the testimony of the victim, the third prosecution witness (SP3), could not be regarded as credible after impeachment proceedings revealed material discrepancies between her testimony in this trial and a separate case at the Klang Sessions Court."This court finds that the explanatory evidence revealed during the impeachment proceedings rendered the witnesss testimony unreliable and incapable of being categorised as credible evidence."As such, the prosecution failed to establish a prima facie case against the accused on the amended charge





KL court frees independent preacher Fathi Naim on rape charge involving teenager - Malaymail - 12/05 1:59 pm

KUALA LUMPUR, May 12 Independent preacher Muhammad Fathi Naim Mazlam was acquitted and discharged by the...





Bersatu pusat akan putus nama timbalan speaker Kelantan baharu - FMT - 12/05 1:37 pm

Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor berkata pihaknya akan cadang nama pengganti Farid Zawawi.





Cubaan kru beri suapan gagal, kapal korek ditahan Maritim Pulau Pinang - Sinarharian - 12/05 1:16 pm

GEORGE TOWN - Cubaan kru kapal warga asing memberi suapan kepada anggota penguat kuasa gagal apabila sebuah kapal korek ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang di perairan Tanjung Tokong lewat malam Isnin.Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kapal berkenaan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia kira-kira 1.0 batu nautika timur laut Tanjung Tokong pada jam 11.30 malam hasil maklumat risikan.Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kapal tersebut membawa muatan pasir melebihi kapasiti serta dikendalikan oleh 17 kru warga asing terdiri daripada warga Indonesia dan China berusia antara 32 hingga 52 tahun."Beberapa kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki memasuki negara ini tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan, sekali gus dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63."Turut dikesan terdapat individu di atas kapal yang tidak tersenarai dalam senarai kru rasmi





4 bersaudara parah nahas: Mangsa kanak-kanak perempuan terpaksa potong sebelah kaki - Sinarharian - 12/05 11:57 am

KOTA BHARU Kanak-kanak perempuan yang parah dalam kemalangan melibatkan empat bersaudara ketika dalam perjalanan ke sekolah di Machang terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki kanan hingga ke paras paha bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.Bapa saudaranya, Nadzri Abdullah, 51, berkata, Mas Siti Rosnani Rosli, 7, selesai menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian pada Selasa dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.Menurutnya, keputusan memotong kaki kanan kanak-kanak itu dibuat selepas berlaku pembekuan darah selain tisu serta isi daging pada bahagian berkenaan sudah mati."Doktor terpaksa melakukan pembedahan ini bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius," katanya kepada pemberita.Mas Siti Rosnani antara tiga yang membonceng motosikal jenis C100 ditunggang oleh abangnya, Muhammad Muskir,14, dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 51.4 Jalan Kota BharuKuala Krai di Kampung Pek, Machang, sebelum terbabit kemalangan dengan kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang guru wanita berusia 39 tahun.Turut membonceng motosikal itu, anak saudara mereka juga dua beradik, Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9, yang patah paha kanan dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12, patah paha kanan serta pecah gusi.Nadzri memberitahu, Muhammad Muskir yang patah kedua-dua paha juga dijadual menjalani pembedahan memasang besi pada kaki di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai pada Selasa."Muhammad Muskir cedera tulang paha kanan hancur dan perlu dimasukkan besi."Dua lagi cucu saudara saya, Muhamad Hakikat dan Muhammad Zulhaqif berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HSIP," katanya.Sementara itu, Nadzri berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keadaan mangsa yang kini sedang dirawat di hospital."Saya harap semua pihak dapat mendoakan kesembuhan mereka," katanya.





Timbalan speaker Kelantan luah sokong Hamzah usai dipecat Bersatu - FMT - 12/05 11:31 am

Farid Zawawi dakwa Bersatu sudah menyimpang daripada perjuangan asal.





College student charged with murdering Nurfisya, who was stabbed 61 times - Sinardaily - 12/05 11:29 am

KOTA BHARU A college student was charged at the Magistrate's Court here on Tuesday with the murder of fellow Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) student Nurfisya Zulkifly, whose body was found bearing 61 stab wounds along a roadside in Ketereh on May 1.The accused, Muhammad Hazim Muhammad, 19, nodded in understanding when the charge was read before Magistrate Rais Imran Hamid.He is accused of murdering Nurfisya, also 19, between 11.40pm on April 30 and 12.20am on May 1, along Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.The charge was framed under Section 302 of the Penal Code, which carries the death penalty upon conviction





College student charged with stabbing 19-year-old to death - FMT - 12/05 11:16 am

Hazim Muhammad, also 19, is charged with the murder of Nurfisya Zulkifly, who was allegedly stabbed 61 times in Ketereh, Kelantan.





Penuntut kolej didakwa bunuh gadis 19 tahun - FMT - 12/05 11:01 am

Muhammad Hazim Muhammad didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya Zulkifly di Ketereh.





Bot penumpang gagal perbaharui lesen ditahan Maritim Selangor - Sinarharian - 12/05 9:50 am

KLANG Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor selepas didapati gagal memperbaharui lesen dalam operasi di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat laut Sungai Puloh di sini pada Isnin.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot berkenaan ditahan sekitar jam 3.30 petang oleh kapal Maritim Malaysia yang melaksanakan Op Ehsan, Op Tiris 4.0 dan Op Khas Tanjung 2 Siri 1/2026 di perairan Selangor."Pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang bertindak sebagai nakhoda bersama seorang kru lelaki tempatan berusia 45 tahun."Hasil semakan dokumentasi mendapati lesen bot berkenaan telah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Abdul Muhaimin berkata, bot, nakhoda dan kru terbabit kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memperbaharui lesen bot," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan komuniti maritim supaya lebih peka terhadap syarat lesen yang telah ditetapkan pihak berkuasa."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi syarat sah lesen dikeluarkan," tegasnya.Orang ramai yang mempunyai aduan, maklumat atau berdepan insiden kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.





Terlalu FOMO makanan manis, kurang zat hingga lupa bersenam - Sinarharian - 12/05 8:40 am

KUALA LUMPUR - Terlalu fear of missing out atau FOMO menikmati makanan manis, kurang zat dan tidak sihat demi mengikuti trend dilihat antara salah satu kebimbangan serius mesti ditangani segera.Guru sekolah, Kartika Abd Kahar, 30, berkata, dia tidak menafikan terdapat segelintir masyarakat terlalu mengikuti saranan juadah makanan di media sosial tanpa menghiraukan tahap kesihatan masing-masing hingga membawa kepada peningkatan peratusan masalah berat badan secara berlebihan.Menurut Kartika, lebih buruk apabila ditambah pula sesetengah masyarakat jarang bersenam untuk membakar kalori selepas makan.Selaku guru mata pelajaran Sains, Kartika berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menikmati makanan tular di pasaran, namun perlu berpada-pada dalam konteks pengambilannya."Saya sangat setuju masyarakat sekarang FOMO dengan makanan viral, saya tak terkecuali tapi kenalah berpadapada."Lebih-lebih lagi, saya yang mengajar di sekolah





Kerajaan dibenar siar notis pewartaan jam tangan mewah, barang kemas .. - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Kerajaan dibenar siar notis pewartaan jam tangan mewah, barang kemas milik adik ipar bekas PTD KUALA LUMPUR - Kerajaan dibenar mewartakan harta milik adik ipar bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizzudeain Jantan melibatkan sejumlah 23 jam tangan mewah Rolex dan 15 barang kemas





Siapkan segera Lebuhraya EKVE fasa 2 demi keselamatan, keselesaan penduduk .. - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Siapkan segera Lebuhraya EKVE fasa 2 demi keselamatan, keselesaan penduduk - ADUN KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin menggesa projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama Timur (EKVE) Seksyen 2 disiapkan segera demi keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar




Reformasi     >>



PAS terima permohonan maaf, penjelasan Nik Zawawi - Mkini
"Semoga kita terus memperkasakan pembinaan ummah, ukuhkan perjuangan dalam mendepani cabaran semasa," kata Tuan Ibrahim
Kroni     >>



Jangan buat lupa bayar gaji kami – Nor Azam - Utusan
PETALING JAYA: Tahap kesabaran pemain Kelantan The Red Warriors (TRW) akhirnya tidak dapat dibendung lagi apabila secara terbuka menuntut pihak pengurusan kelab melunaskan tunggakan gaji mereka. Kapten Kelantan TRW, Nor Azam Azih menerusi hantaran di media sosial memberikan ‘peringatan ..
Tabloid     >>



Kos hak siaran Piala Dunia 2026 paling rendah - Hotfm
Kuala Lumpur: Perbelanjaan kerajaan bagi mendapatkan hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 adalah paling minimum berbanding edisi terdahulu hasil kerjasama strategik bersama tiga penaja utama.
Tech     >>



Sony Xperia 1 VIII launches with a Google Pixel-style .. - Techradar
The Sony Xperia 1 VIII has a lot more changes than we're used to from this line, but the price is still prohibitive.
World     >>



Why Spain Is Standing Up to Donald Trump - Newyorker
Pedro Snchez, the Socialist Prime Minister, has led the European opposition to the Iran war from the start.
Motor Trend     >>



Kia Sales Malaysia Perkenal Ownership Experience Dan .. - Piston
Kia Sales Malaysia (KSM) telah memperkenalkan Kia Ownership Experience, program pelanggan selama seminggu yang berlangsung dari 11 hingga 17 Mei 2026 di Kia Glenmarie flagship 3S centre di Lembah Klang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi Return, Rebuild and Reposition KSM, ..