| /// |
|
| Search : Muhamad Syafiq News | Page 1 |
|
Bicara kes serangan Balai Polis Ulu Tiram ditangguh ke 17 April - Mgazette - 10/04 3:59 pm Selain itu, dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan. Sebagai rekod, ketika serangan Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri |
|
Miliki lebih 8,000 bahan porno, pemuda 22 tahun dipenjara 6 bulan - Sinarharian - 10/04 3:24 pm SEREMBAN - Seorang pemuda berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan memiliki lebih 8,000 bahan pornografi dewasa dan kanak-kanak di dalam telefon bimbit dan peranti elektronik miliknya, Isnin lalu.Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu terhadap Muhammad Amirul Syafiq Rahmat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.Beliau mengarahkan hukuman penjara berkenaan bermula daripada tarikh tangkapan 6 April lalu.Tertuduh turut dikhendaki menjalani kaunseling pemulihan selama setahun selepas tamathukuman, malah Surita turut berharap perbuatan terbabit tidak diulangi lagi.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati memiliki bahan penganiayaan seksual berbentuk video dan gambar lucah kanak-kanak di dalam telefon bimbit.Kesalahan itu dilakukan pada 6 April 2026 di persimpangan lampu isyarat Jalan Pajam, Nilai.Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu dikenakan hukuman minimum kerana hanya membantu bapanya berniaga roti canai dan kini tinggal bersama ibu serta kakak.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman penjara setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa pemeriksaan kesemua peranti elektronik yang dirampas daripada tertuduh telah menjumpai lebih 8,129 bahan pornografi disyaki dewasa dan kanak-kanak.Beliau turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selepas tempoh pemenjaraan. |
|
Kidurong woman dies after car crashes into guardrail - BorneoPost - 10/04 9:37 am SELANGAU (April 10): A 34-year-old woman was killed in a single-vehicle accident on the Pan Borneo Highway at KM65 Sibu-Bintulu road near Sungai Kua early on Friday |
|
Man injured in machete attack by older brother - Sinardaily - 10/04 9:05 am SEREMBAN A man is injured after being attacked with a machete by his older brother in a scuffle at a house in Taman Air Mawang, Johol, here yesterday.Kuala Pilah district police chief Superintendent Muhamad Mustafah Hussin said police received a report on the incident involving the 27-year-old victim at 3.49pm."Initial investigations found that the incident stemmed from a dispute over personal matters after the victim went to a relatives house, where the argument escalated into a fight."The victims brother later came to the house with a machete and attacked him |
|
Family row escalates as man slashes sibling with machete - Sinardaily - 10/04 8:29 am KUALA PILAH A family dispute at Taman Air Mawang, Johol, here on Thursday escalated into a fight between two siblings, leaving both injured.Kuala Pilah district police chief Muhamad Mustafah Hussin said police received information about the incident at around 3.49pm.Initial information was received via a phone call from a member of the public reporting a fight at a house in the residential area.Preliminary investigations found the incident stemmed from a misunderstanding among family members involving personal matters, he said in a statement on Friday.He said the 27-year-old male victim had gone to his family home before an argument and fight broke out.He added that the suspect, who is the victims elder brother, arrived at the scene armed with a machete and attacked him.The act led to a struggle between them, resulting in injuries to both parties.The victim sustained injuries to his left wrist and is currently receiving treatment at Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, while the suspect suffered minor injuries to his hand and has been treated as an outpatient, he said.He added that the suspect has been arrested to assist in further investigations.The case is being investigated under Section 324 of the Penal Code for voluntarily causing hurt with a weapon.He also advised the public not to speculate in ways that could disrupt the investigation.Anyone with information related to the incident is urged to come forward to assist investigations by contacting the Kuala Pilah District Police Headquarters at 06-4842999 or reaching out directly to the investigating officer, Inspector Supiah Ishak, at 019-9933978, he said. |
|
Bapa penyerang balai dakwa “darah polis, askar halal dibunuh” .. - Mgazette - 10/04 8:01 am Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24, berkata tertuduh pertama Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, memaklumkan perkara itu kepadanya semasa mereka direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, Johor selepas insiden serangan pada Mei 2024. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi pada 17 Mei 2024, dua konstabel polis, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40, cedera ditembak selepas diserang seorang lelaki dikenali sebagai Radin Luqman, 21, yang kemudian ditembak mati dalam insiden itu |
|
Abang serang adik guna parang - Sinarharian - 10/04 7:49 am KUALA PILAH Perselisihan faham dalam sebuah keluarga di Taman Air Mawang, Johol, di sini pada Khamis telah membawa kepada pergelutan antara dua beradik sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira jam 3.49 petang."Maklumat awal diterima melalui panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah di taman perumahan terbabit."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga berkaitan urusan peribadi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, mangsa lelaki berusia 27 tahun telah pergi ke rumah keluarganya sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan.Jelas beliau, seorang lelaki yang juga abang kepada mangsa telah bertindak datang ke lokasi kejadian dengan membawa sebilah parang dan menyerang mangsa."Tindakan itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka dan kedua-duanya cedera."Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, manakala suspek pula mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.Tambahnya, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Supiah Ishak di talian 019-9933978," katanya. |
|
'Bapa penyerang balai dakwa darah polis, askar halal dibunuh' - Mkini - 9/04 7:30 pm Dalam kejadian itu, dua konstabel polis, Ahmad Azza Fahmi Azhar, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, maut manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40, cedera ditembak. |
|
Ulu Tiram attacker's father claimed police blood 'halal' to shed - Witness - Sinardaily - 9/04 7:27 pm KUALA LUMPUR - A university student told the High Court here today that the father of the attacker in the Ulu Tiram police station attack case had claimed that "the blood of police, soldiers and government officials is permissible to be shed."Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24, said the first accused, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, personally told him that while they were detained together at the Seri Alam Police lock-up in Masai, Johor, following the May 2024 attack.In the 2.30am incident on May 17, 2024, two police constables, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, and Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, were killed, while Corporal Mohd Hasif Roslan, 40, was injured after being shot |
|
Isu harga minyak: Masa pembangkang bantah, jadi kerajaan sokong pula- Akmal Saleh - Sinarharian - 9/04 5:57 pm SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin kerana didakwa mengubah pendirian berhubung isu harga bahan api setelah bertukar menjadi kerajaan.Muhamad Akmal berkata, sedangkan ketika menjadi pembangkang mereka sanggup berguling di atas jalan raya dan jelajah satu negara untuk mempersoalkan isu sama.Menurut beliau, berbeza dengannya yang sudah memahami isu tersebut sejak zaman Barisan Nasional."Bukan saya yang gagal memahami |
|
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh Saksi - Sinarharian - 9/04 4:52 pm KUALA LUMPUR Seorang pemuda yang hadir membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru semasa serangan tembak-menembak berlaku memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa bapa suspek penyerang mengaku "darah polis, askar dan institusi kerajaan halal untuk dibunuh".Penuntut universiti, Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24, berkata demikian dalam perbicaraan hari kedua kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan.Muhamad Farhan Haiqim yang juga saksi pendakwaan ketiga berkata, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, mengutarakan perkara itu semasa mereka ditahan reman dalam siasatan kes bunuh dua anggota polis berkenaan pada 17 Mei 2024 lalu.Katanya, selain Radin Imran, mereka juga ditahan reman bersama seorang lagi tertuduh, iaitu adik penyerang, Radin Romyullah Radin Imran, di lokap yang sama di Balai Polis Bandar Seri Alam, Masai, Johor."Pakcik itu cakap, dia tidak keluar rumah kerana percaya bahawa, jika berbuat demikian, dia bertanggungjawab untuk berjihad bagi menyebarkan fahaman yang dipegangnya."Tiba-tiba dia menangis kemudian beritahu roh anaknya (penyerang) dibawa burung hijau ke syurga. "Pakcik itu kemudian cakap, dia sedih sebab anaknya tidak mengajaknya menyerang balai polis bersama-sama," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan.Muhamad Farhan Haiqim: Pakcik cerita pada saya, yang dia bergaduh dengan abang sendiri sebab dia tak mahu ikut fahamannya, hinggakan mahu membunuhnya.Pendakwaan: Apa perasaan kamu selepas mendengar perkara itu?Muhamad Farhan Haiqim: Awalnya, saya rasa kesian tapi kemudian saya rasa pakcik ini merbahaya dan saya takut dengan keselamatan diri.Pendakwaan: Bagaimana dengan seorang lagi tertuduh yang kamu cakap ada dalam lokap sama, adakah kamu berbual?Muhamad Farhan Haiqim: Saya cuba berbual dan tanya, tapi dia tutup mulut.Pendakwaan: Selain itu apa yang kamu perhatikan?Muhamad Farhan Haiqim: Saya perhati, solat dia juga berbeza.Pendakwaan: Itu hanya berdasarkan permerhatian kamu?Muhamad Farhan Haiqim: Ya.Pendakwaan: Bila kamu dibebaskan oleh pihak polis?Muhamad Farhan Haiqim: Empat hari kemudian.Menceritakan detik kejadian itu, pelatih industri berkata, pada jam 1 pagi, 17 Mei 2024, dia dan bekas teman wanitanya ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berhubung kes gangguan seksual.Selepas meletakkan motosikal di kawasan parkir balai, dia berbual dengan Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar."Seorang lelaki tidak dikenali berpakaian serba hitam termasuk bertopeng dan menunggang motosikal hitam meluru masuk ke dalam balai."Lima belas minit kemudian, saya mendengar jeritan kuat dari arah dalam kaunter balai, lalu saya bergegas ke tempat teman wanita berada."Kami bersembunyi di bawah meja selepas mendengar beberapa das tembakan dilepaskan sebelum menghubungi talian kecemasan 999," katanya.Sementara itu, peguam, Faizal Rahman yang mewakili kelima-lima tertuduh membantah soalan mengenai perbualan yang dibuat dalam lokap tersebut.Beliau berkata, ini kerana maklumat berkenaan tidak relevan dengan kes yang dipertuduhkan terhadap anak guamnya."Agak kelakar apabila pihak pendakwaan memberitahu tidak mengetahui maklumat yang akan disampaikan oleh saksi pendakwaan sendiri yang hanya berusia 24 tahun."Ini kes fahaman kononnya sesat berkaitan pengganas, sedangkan perbualan saksi dengan anak guam ialah ketika reman bagi kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.Yazid Mustaqim kemudiannya menjawab bahawa bantahan pembelaan dibuat pada peringkat tidak matang."Ini merupakan perbualan antara saksi dengan tertuduh sendiri dan bukannya menggunakan medium pihak ketiga."Sebarang keterangan akan dianalisis oleh mahkamah dan tiada sebab pembelaan menyatakan maklumat tersebut memprejudiskan anak guamnya," katanya.Selepas mendengar perkara itu, Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor membenarkan pernyataan tersebut dikemukakan di mahkamah kerana ia menyentuh isu ideologi yang berkait dengan pertuduhan dihadapi semua tertuduh.Mengikut pertuduhan, ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, membuat pengakuan sama atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri.Perbicaraan bersambung pada Jumaat. |
|
Harga minyak: Mungkin Malaysia boleh lihat formula digunakan Thailand ??? .. - Mgazette - 9/04 4:09 pm # Harga minyak: Mungkin Malaysia boleh lihat formula digunakan Thailand Dr Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berpandangan kerajaan mungkin boleh melihat formula yang digunakan oleh kerajaan Thailand untuk menentukan harga minyak |
|
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ‘Syafiq terbaring pegang senjata, kepala berdarah ditembak’ - Kosmo - 9/04 3:30 pm KUALA LUMPUR – Saksi kedua pendakwaan kes memberitahu dia melihat Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, 22, ditemukan dalam keadaan terbaring ketika masih memegang senjata jenis HK MP5 dalam kejadian tragis serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor dua tahun lalu |
|
Anggota polis digantung tugas tak mengaku samun wanita di kedai runcit - Sinarharian - 9/04 2:33 pm KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Koperal yang digantung tugas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan samun terhadap seorang wanita di sebuah kedai runcit di Kampung Kemumin di sini tahun lepas.Mohd Irfan Azieyadi Abdul Aziz, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa, Nik Zainab Nik Zul Azhar, 34, di sebuah premis di Kampung Kemumin, Jalan Sabak, kira-kira jam 10.30 malam pada 7 November 2025.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan dilakukan adalah serius manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri dan Nur Sarah Syamimi Safie.Kamarul Hasyime memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan dengan tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada setiap bulan.Peguam tertuduh memohon agar jaminan dibenarkan pada kadar paling rendah atas alasan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan sekitar RM30 hingga RM50 sehari selepas digantung tugas pada 2023."Tertuduh juga perlu menanggung seorang isteri yang bertugas sebagai jururawat dan sedang menghidap kanser ovari tahap tiga sejak 2022, serta dua anak yang masih bersekolah."Anak guam saya juga menghidap penyakit darah tinggi dan tiada risiko untuk melarikan diri memandangkan dia menetap bersama keluarganya di Kota Bharu," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan perlu melapor diri di IPD Kota Bharu setiap bulan dan menyerahkan pasport.Nik Habri menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen |
|
Serangan Balai Ulu Tiram: Anggota polis maut masih genggam HKMP5 - Sinarharian - 9/04 2:28 pm KUALA LUMPUR Ketua Polis Balai Ulu Tiram, Johor Bahru memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa, seorang anggota polis tetap menggenggam erat senjata HKMP5 ketika mempertahankan balai, dalam kejadian serangan oleh seorang suspek lelaki, pada 17 Mei 2024 lalu.Saksi pendakwaan kedua, Inspektor Mohd Hisham Ezahar, 38, berkata demikian, ketika perbicaraan hari kedua kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan.Mohd Hisham yang bertugas di balai berkenaan sejak tiga tahun lalu berkata, tubuh Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terbaring dengan darah mengalir di kepalanya.Beliau memberi gambaran akhir keberanian anggotanya, yang mempertahankan tugas hingga ke titisan darah terakhir."Jasad Muhamad Syafiq berada dalam keadaan terbaring dekat kereta perisai bersebelahan bangunan kaunter pertanyaan di balai polis berkenaan."Selain itu, saya juga melihat seorang lagi anggota polis, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring berdekatan longkang antara berek dengan bangunan balai dengan kesan koyakan pada wajah," katanya.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kassim, Mohd Hisham berkata, pada hari kejadian, dia menerima laporan berhubung serangan itu daripada anggotanya, Lans Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh (kini Koperal) pada jam 2.30 pagi."Dia memberitahu ada seorang suspek masuk ke balai dengan memakai topeng dan memegang parang."Saya dengar suara Mohamad Aznel dalam keadaan cemas dan termengah-mengah," katanya.Sejurus tiba di balai polis pada jam 2.45 pagi, beliau melihat dua anggotanya berada di luar balai berkenaan, di bawah jejambat iaitu Mohamad Aznel dan Koperal Mohd Hasif Roslan (kini Sarjan).Beliau mendapati, Mohd Hasif mengalami kecederaan berdasarkan pakaian anggota itu yang dipenuhi darah.Katanya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor tiba di balai pada jam 3.30 pagi dan beliau hanya membenarkan masuk untuk pengecaman mayat, dua jam kemudian.Pendakwaan: Selain dua anggota yang gugur itu, siapa lagi yang Inspektor buat pengecaman?Mohd Hisham: Suspek berkenaan.Pendakwaan: Dia ada di mana?Mohd Hisham: Dia berada bersebelahan Muhamad Syafiq.Pendakwaan: Dia masih hidup?Mohd Hisham: Sudah meninggal dunia.Pendakwaan: Boleh terangkan keadaan suspek?Mohd Hisham: Ada satu beg galas berdekatan si mati.Beliau juga berkata, telah memberi maklumat berkaitan semua mangsa kepada pasukan forensik bagi membantu siasatan lanjut dan berada di balai sehingga 6 petang hari sama.Mengikut pertuduhan, ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, membuat pengakuan sama, atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri.Perbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor bersambung jam 2 petang |
|
MP Kampar saran MOF umum harga pasaran sebenar diesel, RON97 - Sinarharian - 9/04 12:49 am IPOH - Kementerian Kewangan perlu meningkatkan ketelusan dalam mekanisme penetapan harga bahan api dengan mendedahkan harga pasaran sebenar diesel dan RON97 kepada rakyat.Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berkata, pendedahan itu wajar dibuat bersama pengumuman harga mingguan bahan api setiap hari Rabu bagi membolehkan rakyat memahami dengan lebih jelas struktur harga serta beban subsidi yang ditanggung kerajaan.Menurutnya, meskipun harga runcit diesel dilihat meningkat, realitinya kerajaan masih menanggung subsidi yang besar berdasarkan harga industri semasa, namun perkara itu tidak dijelaskan secara menyeluruh kepada umum."Tanpa pendedahan harga pasaran sebenar, rakyat tidak dapat memahami sepenuhnya skala subsidi yang ditanggung serta tahap keseriusan cabaran fiskal negara," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.Dalam pada itu, beliau turut menggesa kementerian mendedahkan jumlah terkini subsidi bulanan bagi petrol dan diesel yang didakwa meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini.Katanya, jumlah subsidi dilaporkan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion pada 22 Mac, sebelum mencecah RM4 bilion dalam tempoh lima hari seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Berdasarkan peningkatan harga minyak global ketika ini, angka subsidi sebenar dipercayai telah melebihi RM4 bilion," ujarnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya angka RM4 bilion itu diunjurkan secara tahunan, jumlah keseluruhan subsidi boleh mencecah sehingga RM48 bilion setahun, sekali gus menimbulkan persoalan besar terhadap keupayaan kerajaan menampung beban tersebut."Bagaimanakah kerajaan akan membiayai subsidi sebesar ini? Adakah ia akan meningkatkan defisit fiskal negara? Rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus," katanya.Dalam masa sama, beliau turut menegur kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr |
|
Pegawai tentera tumbuk kepala kawan perempuan tiga kali didenda RM1,700 - Sinarharian - 9/04 12:33 am ALOR GAJAH - Seorang pegawai tentera didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah menumbuk kepala seorang wanita yang didakwa kekasihnya tahun lalu.Tertuduh, R Rajakogillan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa berusia 44 tahun dengan cara menumbuk bahagian belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali.Perbuatan itu dilakukan di tempat letak kereta Taman Terendak Heights, Masjid Tanah dalam daerah Alor Gajah sekitar jam 7.30 petang pada 5 Oktober 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Goh Jee Chee yang mewakili tertuduh, dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan pengakuan bersalah awal telah menjimatkan masa mahkamah."Ini merupakan kali pertama pertuduhan dikenakan terhadapnya dan dia menyesal atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama."Tertuduh memaklumkan kejadian itu berlaku kerana mangsa terlebih dahulu menumbuknya menyebabkan dia hanya bertindak menolak bagi mempertahankan diri," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa tertuduh dan mangsa bukan pasangan kekasih selain tidak mempunyai sebarang hubungan.Tertuduh juga baru berkahwin dan isterinya hadir bersama di mahkamah.Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin, bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,700 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. |
|
Pembantu kantin miliki 100 video lucah didenda RM2,000 - FMT - 9/04 11:32 am Siti Munirah Muhamad didakwa memiliki bahan lucah berkenaan dalam telefon bimbitnya. |
|
Pembantu kantin miliki 100 video lucah didenda RM2,000 - Hotfm - 9/04 11:32 am Siti Munirah Muhamad didakwa memiliki bahan lucah berkenaan dalam telefon bimbitnya. |
|
Akmal saran kerajaan teliti formula penurunan harga minyak digunakan Thailand - Sinarharian - 9/04 11:15 am SHAH ALAM - Kerajaan disaran melihat semula formula yang digunakan oleh Thailand untuk menentukan harga minyak selepas negara itu berjaya menurunkan harga diesel bermula hari ini.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan Thailand itu seiring dengan harga minyak dunia namun di Malaysia berlaku sebaliknya."Pada minggu lepas kerajaan Thailand telah melihat semula formula harga minyak mereka dan apabila harga minyak dunia telah turun semalam maka hari ini harga minyak mereka turut turun."Di Malaysia pula harga minyak kita terus meningkat akibat formula penentuan harga minyak negara ditentukan oleh purata harga bagi minggu sebelumnya," katanya menerusi Facebokk pada Khamis.Sebelum ini, Thailand akan mengurangkan harga diesel sebanyak 2.14 baht (RM0.27) seliter bermula Khamis (9 April), sekali gus memberi kelegaan segera kepada pemandu dan perniagaan menjelang sambutan Pesta Songkran.Jawatankuasa Pengurusan Dana Bahan Api Minyak (OFMC) pada Rabu mengumumkan pengurangan itu susulan semakan semula formula harga penapisan oleh Kementerian Tenaga bagi mengurangkan beban rakyat.Menteri Tenaga Akanat Promphan berkata Jawatankuasa Pentadbiran Dasar Tenaga telah meluluskan potongan sebanyak 2 baht seliter bagi harga "ex-refinery" untuk diesel B7 dan B20.Beliau turut menyindir supaya kerajaan mencari semula raja formula yang sebelum ini pernah mendakwa mampu menurunkan harga minyak dengan mudah."Cari semula raja formula yang sebelum ini kata boleh turunkan minyak," ujarnya. |
|
Pembantu kantin miliki 100 video lucah didenda RM2,000 - Sinarharian - 9/04 10:36 am BACHOK Seorang pembantu kantin dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana kesalahan memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya, awal April lalu.Tertuduh, Siti Munirah Muhamad, 32, dihukum Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi kira-kira 100 rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga pada jam 8 malam, Isnin lalu.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain hasil maklumat Op Cyber Guardian.Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik tertuduh menemukan bahan pornografi yang disimpan dalam peranti berkenaan.Susulan itu, pihak polis merampas telefon terbabit untuk siasatan lanjut sebelum laporan forensik mengesahkan kewujudan kandungan berunsur lucah.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.Pada prosiding itu, peguam memberitahu anak guamnya itu juga seorang ibu tunggal dan memohon hukuman denda kerana hanya berpendapatan RM35 sehari."Tertuduh mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun yang dijaga oleh ibu bapanya |
|
Dr Akmal kekal Exco Melaka, peletakan jawatan ditolak – Ab Rauf Dr .. - Mgazette - 9/04 7:38 am # Dr Akmal kekal Exco Melaka, peletakan jawatan ditolak - Ab Rauf JASIN - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan beliau menolak peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilakukan Ketua Pemuda UMNO itu pada Januari lepas |
|
Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggota polis dedah dua rakan maut .. - Mgazette - 9/04 7:37 am # Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggota polis dedah dua rakan maut ditetak, ditembak KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat sendiri dua rakan sekerjanya maut selepas masing-masing ditetak di muka dan ditembak di kepala dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang berlaku pada 17 Mei 2024. Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, yang ketika kejadian bertugas di balai tersebut berkata Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, maut ditetak di bahagian wajah, iaitu dari telinga hingga ke mulut manakala Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, ditembak di kepala oleh penyerang balai yang dikenali sebagai Radin Luqman Radin Imran, 21 |
|
Ab. Rauf tolak surat peletakan jawatan Dr. Muhamad Akmal - Kosmo - 8/04 9:08 pm JASIN – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab |
|
Ulu Tiram attack: police corporal recounts how two colleagues were killed - Sinardaily - 8/04 9:07 pm KUALA LUMPUR - A police corporal in the Ulu Tiram police station attack case told the High Court here, today, that he saw two of his colleagues killed in the May 17, 2024 incident.Corporal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, who was on duty at the station at the time, said that the late Constable Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, was killed after being attacked, while the late Constable Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, was fatally shot by the suspect, later identified as Radin Luqman Radin Imran, 21.Recounting the incident, Mohd Khairul Azhar said that he and his colleague Corporal Mohd Hasif Roslan were conducting crime prevention patrols in the administrative area of the Ulu Tiram police station, before receiving instructions from the station chief, Inspector Mohd Hisham Ezahar, via WhatsApp at about 2.30 am to return immediately following an attack.The first prosecution witness said this during examination-in-chief by deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P Kunyalam in the trial of five family members of the attacker at the Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru, who are facing nine separate terrorism-related charges before Judge Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Mohd Khairul Azhar said that they rushed to the scene in a Toyota Hilux, and upon arrival found the surroundings dim and quiet."Upon arriving in front of the station and getting out of the vehicle, I heard Lance Corporal Aznel (Lance Corporal Mohamad Aznel Mat Salleh) shouting for us to retreat from the front of the station, and informing us that Ahmad Azza Fahmi had been attacked."I then saw Ahmad Azza Fahmi lying between the barracks area and the station building, injured, he said.Mohd Khairul Azhar, together with Mohd Aznel and Muhamad Syafiq then moved to the front of the station near a vending machine, to take cover, before being informed by Mohd Aznel that a man (the assailant) had emerged from the barracks area and fired shots at them under low-light conditions.The witness said Mohd Aznel then instructed him and Muhamad Syafiq to move to the rear of the station to assess the situation and locate the assailant, but the same man fired at them again."We then ran back and regrouped behind the station chiefs office, before Mohd Aznel went out to seek assistance, while Mohd Hasif, Muhamad Syafiq and I moved to the front of the station, near an armoured vehicle, for cover."We checked the rear of the station, and the same man had fired shots at us while we were taking cover behind an armoured vehicle |
|
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saksi lihat rakan maut ditembak depan mata - Sinarharian - 8/04 6:20 pm KUALA LUMPUR Jeritan meminta berundur, melihat dua rakan setugas maut dengan kesan tetakan di wajah dan tembakan di kepala, menjadi detik paling mengerikan disaksikan seorang anggota polis dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada jam 2.30 pagi 17 Mei 2024 lalu.Detik menyayat hati itu diceritakan, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan hari pertama kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu."Saya nampak Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring berlumuran darah dengan kesan tetakan di wajah dari telinga ke mulut."Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pula ditembak di kepala hingga maut, selain Sarjan Mohd Hasif Roslan terkena dua tembakan di bahu dan kaki oleh seorang lelaki yang memakai beg galas dan bertopeng muka," katanya.Menceritakan kejadian itu, beliau yang juga saksi pendakwaan pertama berkata, dia menerima laporan berhubung kejadian tersebut ketika membuat rondaan cegah jenayah bersama Mohd Hasif.Sebaik tiba di balai polis katanya, mereka dikejutkan dengan jeritan oleh Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh.Katanya, Mohamad Aznel meminta mereka berundur kerana terdapat seorang suspek melepaskan tembakan.Menurutnya, sebaik turun dari kenderaan, mereka mendapati Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring dengan kesan tetakan pada wajah dari telinga hingga ke mulut."Ada banyak darah, dia terbaring di situ, kami kemudian bergegas ke bahagian hadapan balai dan berlindung di tepi mesin air."Kami kemudian diarahkan oleh Mohamad Aznel untuk memeriksa bahagian belakang balai bagi mengesan kedudukan suspek," katanya.Sebaik mengintai kawasan tersebut, beliau berkata, suspek itu sekali lagi melepaskan tembakan.Situasi semakin genting apabila Mohd Hasif keluar dari kawasan perlindungan berhampiran kereta perisai dan berjalan ke arah pintu keluar balai bagi menarik perhatian suspek."Bagaimanapun dia terkena tembakan di bahu dan punggung kiri sementara seorang lagi anggota, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terkena tembakan di kepala sebelum rebah berdekatan kereta perisai."Suspek cuba merampas senjata dari jasad Muhamad Syafiq yang boleh menembak secara bertalu-talu tetapi gagal."Saya kemudian berlindung di belakang kereta perisai kemudian melepaskan satu tembakan ke arah suspek."Saya cuba untuk menembak suspek buat kali kedua, namun pistol tersangkut dan mengalami masalah," katanya.Katanya, tembakan kedua hanya berjaya dilepaskan ke badan suspek, selepas beliau menyelaras semula senjata itu ketika berlindung di belakang kereta perisai.Tembakan itu mengenai suspek sebelum lelaki tersebut terbaring berhampiran mayat Muhamad Syafiq.Sebaik bantuan tiba, beliau telah mengecam jasad Muhamad Syafiq serta lelaki yang melepaskan tembakan itu, sementara Mohd Hasif dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Beliau yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Sabah, mengakui kejadian itu meninggalkan kesan mendalam."Saya sangat trauma dan sedih kehilangan rakan sekerja namun pengalaman itu membuatkan diri saya lebih berwaspada terhadap keadaan sekeliling ketika menjalankan tugas," katanya.Pada Rabu, ketika pertuduhan dibacakan semula terhadap kelima-lima tertuduh yang diwakili peguam, Faizal Rahman dan Fatima Zulaikha Ahmad Bashri, mereka mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.Ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40, cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelakiPerbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor bersambung Khamis. |
|
Mengaku bersalah tipu jual kenderaan lelong, penjual kereta didenda RM7,500 - Sinarharian - 8/04 2:56 pm KUALA KRAI Seorang penjual kereta didenda RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pembelian kenderaan lelong yang tidak wujud pada Ogos tahun lalu.Pengakuan bersalah itu dibuat oleh Muhamad Azhar Muhamad Riski, 47, di hadapan Majistret Amal Razim Alias.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 hingga 18 Ogos 2025 di sebuah rumah di Kampung Budi di sini dengan memperdayakan mangsa, Mohd Tabliq Abdullah, 37, untuk mempercayai bahawa dia merupakan penjual kereta lelong menggunakan nama Syarikat Azhar Motor Enterprise.Tertuduh, dengan niat curang, telah memperdayakan mangsa untuk membeli sebuah kereta jenis Honda Civic dan mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM37,000 melalui tiga transaksi ke akaun Agrobank milik syarikat berkenaan.Transaksi tersebut melibatkan bayaran sebanyak RM5,000 pada 11 Ogos 2025, diikuti RM31,760 pada 17 Ogos 2025 dan RM240 pada keesokan harinya.Bagaimanapun, tertuduh mengetahui urusan jual beli itu adalah palsu dan tidak berniat untuk menyerahkan kenderaan seperti dijanjikan.Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi.Terdahulu, Farazalila memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh bekerja sendiri sebagai penjual kereta dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung isteri, tiga anak yang masih belajar serta bapanya yang uzur.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. |
|
Pengawal keselamatan hospital didakwa rogol teman wanita usia 14 tahun - Sinarharian - 8/04 1:35 pm SEREMBAN - Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol teman wanita berusia 14 tahun.Tertuduh, Muhammad Syafiq Thajudin, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan berkenaan pada 12 Februari 2026, jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah flat di Seremban 2, di sini.Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar selain syarat-syarat tambahan.Beliau memaklumkan hubungan tertuduh dengan mangsa adalah pasangan kekasih.Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan minimum kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital dengan pendapatan RM1,700.Katanya, dia sudah tiga bulan mengenali mangsa selepas berjumpanya di KLIA.Bapanya yang hadir sebagai penjamin memaklumkan hanya berniaga di pasar malam dengan pendapatan tidak menentu.Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan syarat tidak menganggu mangsa serta saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Sebutan semula kes ditetapkan 16 Jun depan. |
|
Kan beza Madani dengan PN penunggang.Apa bantuan buat balu allahyarham.. - Wrlr - 8/04 1:11 pm Aman Muhamad Madani beri bantuan terus kepada keluarga arwah |
|
Pemandu treler khayal dadah didakwa bunuh tiga sekeluarga - Mgazette - 8/04 8:13 am # Pemandu treler khayal dadah didakwa bunuh tiga sekeluarga SEGAMAT -Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Gemas, Khamis lalu |
|
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan, mengaku guru .. - Mgazette - 8/04 8:13 am # Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan, mengaku guru Sultan Ibrahim JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal yang menghantar komunikasi jelik antaranya mencaci Sultan di Malaysia dan di Brunei termasuk mengaku dirinya guru kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini |
|
Isu PKS risiko gulung tikar: Kerajaan Johor perlu proaktif – Syafiq - Mgazette - 8/04 8:13 am # Isu PKS risiko gulung tikar: Kerajaan Johor perlu proaktif - Syafiq JOHOR BAHRU Kerajaan Negeri Johor perlu proaktif menangani risiko 40,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berisiko gulung tikar dan bukan dengan menafikan hakikat atau memberi angka kejayaan sebelum berlakunya krisis di Asia Barat |
|
Tengok perangai huduh PAS. - Wrlr - 7/04 2:21 pm Aman Muhamad PAS kata dah 'jemput' UMNO,' tapi yang dibuat ialah jemputan peribadi kepada Zahid seorang sahaja, sampai letak syarat "tidak boleh diwakilkan oleh sesiapa" |
|
Trailer driver charged with murder of three in Segamat crash - Sinardaily - 7/04 1:32 pm SEGAMAT - The trailer driver involved in the fatal crash that claimed the lives of three family members at KM212 of the Johor Bahru-Seremban Road, near the Taman Golden Hill junction in Gemas Baharu last week, was charged at the Magistrate's Court here on Tuesday (April 7).The accused, Muhamad Shafiq Salleh, 29, nodded in understanding as the charge was read before Magistrate Amalina Johar |
|
Nahas Segamat: Pemandu treler didakwa bunuh tiga sekeluarga - Mkini - 7/04 12:51 am Muhamad Shafiq Salleh, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Johar. |
|
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh tiga sekeluarga - Sinarharian - 7/04 12:35 am SEGAMAT - Seorang pemandu treler yang sebelum ini didapati positif dadah sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di kilometer 212, Jalan Johor Bahru- Gemas pada Khamis lalu.Tertuduh, Muhammad Syafiq Salleh, 28, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Amalina Johar.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa membunuh S Palamiandy, 77; K Myakrishnan; 72, dan S Sevendai, 62.Kesemua perbuatan itu dilakukan di kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban pada jam 3.50 petang, 2 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak lebih 12 kali sekiranya tidak dihukum gantung.Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Muhammad Ismail Tadj manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Terdahulu pihak pendakwaan memberitahu mahkamah memohon satu tarikh baru memandangkan belum menerima laporan bedah siasat, laporan perubatan, laporan Puspakom, laporan forensik dan laporan patalogi.Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan kes disebut semula pada 21 Mei ini.Dalam kejadian pada jam 4 petang Khamis lalu, tiga sekeluarga maut dalam nahas ngeri membabitkan tiga kenderaan dekat Simpang Taman Golden Hill, Gemas Baru.Suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine telah ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu. |
|
Pemandu treler nahas 3 sekeluarga maut didakwa bunuh - FMT - 7/04 12:29 am Muhamad Shafiq Salleh didakwa membunuh S Palamiandy, Myakrishnan dan S Sevendai dalam kejadian di Kilometer 212 Jalan Johor Bahru-Seremban, Khamis lalu. |
|
Tiada kompromi, keselamatan awam diutamakan - Harakahdaily - 7/04 10:32 am KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius isu aktiviti tidak sihat melibatkan segelintir anak muda di kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa yang tular di media sosial baru-baru ini |
|
Sunway gagal ambil alih IJM, suara rakyat sekali lagi menang - Akmal Saleh - Sinarharian - 6/04 11:33 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan, kegagalan Sunway Bhd dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd merupakan kemenangan bagi suara rakyat.Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan itu satu berita baik yang perlu dikongsikan kepada umum."Kita ada buat bantahan mengenai Sunway ambil alih IJM dan alhamdulillah keputusannya sudah keluar hari ini."Sunway gagal dapatkan syer terbesar, maksudnya usaha mereka tidak berjaya |
|
Koperal mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas - Sinarharian - 6/04 1:55 pm BENTONG - [KEMAS KINI] Seorang tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain, bulan lepas.Sukry Tasu, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, di stor persenjataan Kompeni C, Kem Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion ke-25 di Kem Bentong kira-kira jam 8.30 pagi pada 30 Mac 2026.Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid mencadangkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak menghampiri atau menghubungi mangsa sehingga kes selesai.Peguam bela, Mohamed Hafiz Baharudin memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai penjaga stor memperoleh pendapatan bersih bulanan RM1,800.Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi pertuduhan pertama, mengenakan syarat tambahan tersebut dan menetapkan 18 Mei untuk serahan dokumen.Bagi pertuduhan lain, Sukry didakwa mencederakan enam lagi mangsa iaitu Mohammad Atiqillah Taugek Rashidi, 21; Muhammad Syakirin Yaacob, 20; Muhammad Azman Shah Ismail, 22; Nik Amir Zaqwan Nik Asrizal, 19; Muhammad Irfan Aiman Mohd Tajudin, 19; dan Muhamad Danial Asraf Azizan, 22, di lokasi sama kira-kira jam 8.30 malam pada hari yang sama.Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan mencadangkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan, manakala pihak pembelaan memohon antara RM1,800 hingga RM2,000 |
|
Labourer arrested in Mukah for suspected drug-related offences - BorneoPost - 6/04 1:14 pm MUKAH (April 6): Police arrested a 56‑year‑old man at a house in Kampung Lintang, Balingian at around 1.20pm on Sunday for suspected involvement in drug‑related activities |
|
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera - Sinarharian - 5/04 4:55 pm KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lepas.Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur."Polis sedang giat menjalankan risikan dan operasi bagi mengesan tujuh lagi suspek yang masih bebas," katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam pada itu, beliau berkata suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari hingga 9 April ini bagi membantu siasatan lanjut.Zulkiflee berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh akibat kecederaan parah yang dialami.Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek yang masih bebas untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhamad Zulhilmi Ishak menerusi talian 014-2250306 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera melalui talian 09-250 8222 bagi membantu siasatan |
|
Syafiq terbuka bekerjasama dengan bakat muda tempatan - Hmetro - 4/04 12:13 am Nama pelakon popular, Syafiq Kyle melonjak apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) |
|
Pemandu cuai ketika undur punca kemalangan lima kenderaan - Polis - Sinarharian - 4/04 9:06 am ALOR SETAR Kecuaian pemandu ketika mengundur dikenal pasti sebagai punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Taman Pinang Emas, Bukit Pinang di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, hasil siasatan mendapati insiden itu berpunca daripada pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang gagal mengawal kenderaan dengan baik ketika mengundur.Menurutnya, siasatan awal menunjukkan pemandu yang keluar dari rumah terus menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan."Pada jam 6.45 pagi, pemandu Myvi, seorang wanita berusia 63 tahun, memulakan perjalanan dari parkir rumahnya untuk ke tempat kerja di Bukit Pinang."Apabila sedang mengundur keluar dari parkir dengan laju, dia telah melanggar pagar rumah jiran termasuk kenderaan yang diparkir di dalam kawasan rumah jiran tersebut," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, wanita itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, namun kenderaannya mengalami kerosakan pada bahagian bampar, cermin, lampu belakang, ekzos dan lain-lain kerosakan yang belum dikenal pasti.Selain itu, katanya, empat kenderaan yang diparkir di hadapan rumah jiran iaitu kereta jenis Honda Civic, Toyota Alphard, Ford Ranger dan motosikal Honda X-ADV mengalami pelbagai kerosakan termasuk pada bahagian bonet, cermin belakang, bampar, lampu, ekzos dan lampu isyarat.Kes akan disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59).Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga berdepan detik cemas apabila empat kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah dirempuh jiran dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, Jumaat.Muhamad Shazwan Abdul Hisham, 33, berkata, kejadian disedari selepas terdengar dentuman kuat ketika berada di dalam rumah bersama isteri dan dua anak berusia tujuh dan sembilan tahun, di Taman Pinang Emas, Bukit Pinang di sini. |
|
Minta laksana GST, tukar Madani tax pun tidak apa - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 3/04 6:44 pm SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pelaksanaan inisiatif kedai runcit Madani Mart yang dilihat mempunyai persamaan dengan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ketika diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Dr Muhamad Akmal berkata, meskipun inisiatif berkenaan pernah menerima kritikan daripada pembangkang, namun idea sama kini dilihat diteruskan dan diguna pakai kerajaan masa kini.Ujar beliau, kerajaan turut disaran supaya melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)."Tahniah kerajaan BN, idea serta polisi yang bagus dan diteruskan oleh kerajaan hari ini walaupun mereka pernah mengutuk idea tersebut."Seterusnya, minta kerajaan laksanakan semula GST untuk kebaikan ekonomi negara, mungkin boleh tukar nama kepada Madani tax pun tidak apa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan kedai runcit Madani Mart yang pertama di negara ini melalui cawangan Indera Mahkota 8 (IM8) pada Jumaat.Inisiatif Madani Mart yang diterajui Yayasan Madani itu merupakan strategi Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menangani cabaran kos sara hidup secara menyeluruh.Menurut Dr Muhamad Akmal, pihaknya terus memberi sokongan kepada sebarang inisiatif yang memberi manfaat kepada ekonomi rakyat."Yang baik kita akan terus sokong |
|
Penang FC sedia tamat kemarau trofi - Sinarharian - 3/04 5:57 pm PENANG FC berada di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau 24 tahun tanpa trofi apabila turun menentang Sabah FC dalam aksi final pertama Piala Cabaran 2025/2026 di Stadium Bandaraya, malam esok.Kali terakhir Harimau Kumbang melangkah ke final kejohanan utama adalah pada 2002 yang menyaksikan skuad itu berjaya menjulang Piala FA buat julung kalinya selepas menewaskan Perak.Ketua jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, biarpun kehilangan tiga tonggak susulan penggantungan dan kecederaan, beliau tetap optimis anak buahnya akan menyajikan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri."Kita tidak dapat menggunakan khidmat Muhamad Adib Raop dan Nur Shamie Iszuan Amin kerana penggantungan, manakala Jose Elmer Porteria pula mengalami kecederaan jari kaki."Itu sahaja halangan, tetapi persiapan setakat ini lancar dan kita sudah merancang pengganti kepada ketiga-tiga pemain tersebut serta berharap mereka akan menggalas tugas dengan sempurna," katanya pada sidang media praperlawanan akhir Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, di sini hari ini.Wan Rohaimi pada masa sama mengakui pasukan lawan yang juga naib juara Piala FA 2025/2026 memiliki kekuatan tersendiri dan pengalaman Sabah beraksi di pentas final merupakan satu kelebihan.Beliau berkata, bagaimanapun pemain Harimau Kumbang tidak boleh gentar dengan tempoh persiapan hampir dua minggu selepas Aidilfitri dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik, selain mengekalkan momentum positif dalam empat perlawanan terakhir sebelum ini.Ketua pasukan Penang FC, Stefano Brundo berkata, aksi final itu amat dinantikan lebih-lebih lagi selepas menunggu lebih dua dekad, namun mengingatkan rakan sepasukan agar kekal fokus dan tidak terlalu dibuai emosi, selain meneruskan prestasi konsisten yang dipamerkan kebelakangan ini.Beliau turut menegaskan pasukan sudah melakukan persiapan terbaik meliputi semua aspek bagi menghadapi perlawanan ini, termasuk untuk mengekang kepantasan jentera serangan lawan serta kehadiran pemain import baharu."Sabah adalah pasukan yang hebat dengan banyak sejarah (kejayaan lepas), tetapi kami merasakan perlawanan akhir ini milik kami dan kami ingin menzahirkannya esok," katanya.Sementara itu, pengendali Sabah, Juan Torres Garrido menyifatkan pasukannya kini berada dalam situasi lebih baik selepas mendapat tempoh latihan yang mencukupi, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang aksi final."Kali ini kami mempunyai tempoh mencukupi untuk berlatih, jadi saya fikir kami menghadapi cabaran dalam situasi yang lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya |
|
Dentuman pagi kejutkan peniaga, empat kenderaan rosak - Sinarharian - 3/04 5:44 pm ALOR SETAR Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila empat buah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah dirempuh jiran dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, Jumaat.Muhamad Shazwan Abdul Hisham, 33, berkata, kejadian disedari selepas terdengar dentuman kuat ketika berada di dalam rumah bersama isteri dan dua anak berusia tujuh dan sembilan tahun di Taman Pinang Emas, Bukit Pinang di sini.Dia kemudian terkejut apabila semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pintu pagar rumah terbuka."Selepas keluar dan membuat pemeriksaan, saya mendapati jiran di hadapan rumah merempuh pintu pagar sehingga mengenai motosikal Honda X-ADV, Ford Ranger Raptor, Toyota Alphard dan Honda Civic," katanya.Beliau mendakwa terdapat kenderaan yang kemek pada bahagian tepi, bampar dan pintu, selain lampu belakang pecah, ekzos patah serta kerosakan lain.Muhamad Shazwan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan jiran yang dipandu seorang wanita berusia 63 tahun terbabas ketika mahu keluar ke tempat kerja sehingga memasuki kawasan rumahnya.Kejadian itu turut menyebabkan pintu pagar rumahnya rosak.Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat dianggarkan setakat ini.Difahamkan, laporan polis dibuat sekitar jam 9 pagi dan setakat ini pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berhubung kejadian terbabit. |
|
Mahkamah tetapkan 7 Mei dengar permohonan Najib tangguh bayaran AS$1.3 .. - Mgazette - 3/04 3:26 pm # Mahkamah tetapkan 7 Mei dengar permohonan Najib tangguh bayaran AS$1.3 bilion KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Mei depan bagi mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan sementara pembayaran kira-kira AS$1.3 bilion (RM6.1b) kepada SRC International Sdn Bhd, selain memutuskan isu kos berkaitan kes tersebut |
|
7 Mei untuk kos, pendengaran permohonan Najib tangguh bayar SRC USD1.3 bilion - FMT - 3/04 1:07 pm Peguam Lim Chee Wee yang mewakili SRC mengesahkan tarikh itu ditetapkan Penolong Pendaftar Mohd Syafiq Mustaza secara dalam talian. |
|
7 Mei untuk kos, pendengaran permohonan Najib tangguh bayar AS$1.3 bilion kepada SRC - Sinarharian - 3/04 12:51 am KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Jumaat menetapkan 7 Mei ini untuk memutuskan mengenai kos dan mendengar permohonanDatuk Seri Najib Razak bagipenangguhanpelaksanaanterhadap pembayaran sebanyak AS$1.3 bilion kepada SRC International Sdn Bhd.Peguam, Datuk Lim Chee Wee yang mewakili SRC, mengesahkan tarikh berkenaan ditetapkan Penolong Pendaftar, Mohd Syafiq Mustaza menerusi secara dalam talian."Prosiding pada bulan depan akan dijalankan menerusi Zoom (secara dalam talian)," katanya.Pada Selasa lepas, Mahkamah Tinggimemutuskan bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab terhadap kerugian AS$1.3 bilion yang dialami SRC, selepas didapati melanggar tanggungjawab fidusiari, menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi.HakimDatuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dalam keputusan membenarkan saman syarikat ituberjumlah AS$1.18 bilion terhadap Najib mengarahkan beliaumembayar jumlah berkenaan, selain AS$120 juta yang diterimadaripada syarikat terbabit ke dalam akaun bank peribadinya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan AS$1.3 bilion.Mahkamah bagaimanapun tidakmenetapkankos dan membenarkan Najibmenangguhkan sementara pembayaran AS$1.3 bilion itudengan syarat beliau mengemukakan permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.Dalampenghakimannya, Ahmad Fairuz yang kini merupakan hakim Mahkamah Rayuan berkata, mahkamah mendapati Najib telah menyalahgunakan jawatannya, sekali gus membolehkan SRC memperoleh pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWAP) di bawah jaminan kerajaan.Penyalahgunaan kuasa membolehkan penyaluran terus RM3.6 bilion ke luar negara tanpa pengawasan sewajarnya, sekali gusmengakibatkan penyelewengan AS$1.1 bilion melalui struktur pelaburan palsu.SRC memulakan saman pada Mei 2021, mendakwa Najib telah melanggar tanggungjawab fidusiari, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi.SRC menuntut ganti rugi, faedah, kos dan deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab terhadap kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya, dan menuntut Najib membayar balik kerugian AS$1.18 bilion yang dialaminya.Syarikat terbabit turut menuntut AS$120 juta daripada Najib |
|
High Court sets May 7 to decide on costs, hears Najib's bid to stay USD1.3 billion SRC payment - Sinardaily - 3/04 12:17 am KUALA LUMPUR - The High Court here today fixed May 7 to decide on costs and hear Datuk Seri Najib Razaks application for an interim stay of the USD1.3 billion payment to SRC International Sdn Bhd.The companys counsel, Datuk Lim Chee Wee, confirmed that the date was set by deputy registrar Mohd Syafiq Mustaza during an e-review proceeding.The next months proceedings will also be conducted online, he added.On Tuesday, the High Court ruled that the former premier is liable for SRCs USD1.3 billion losses after finding that he had breached his fiduciary duties, abused his position, and misappropriated the companys funds for personal gain.Judge Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, in allowing the companys USD1.18 billion lawsuit against Najib, ordered him to pay the amount, in addition to USD120 million that he had received from the company into his personal bank account, hence bringing the total to USD1.3 billion.The court, however, did not fix the costs and granted Najib an interim stay on repaying the US$1.3 billion |
|
Warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan - Sinarharian - 2/04 5:28 pm IPOH Seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan berhampiran jejantas dalam kejadian di Jalan Kampar berhampiran sebuah pasar raya, di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Simpang Pulai menuju ke bandar Ipoh."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang berada di atas pembahagi tengah jalan secara tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri."Penunggang motosikal cuba membrek dan mengelak ke kiri, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan pelanggaran tidak dapat dielakkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Muhammad Najib berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.Katanya, penunggang motosikal yang turut cedera telah dihantar ke bahagian kecemasan hospital sama bagi menerima rawatan.Tambah beliau, motosikal terlibat juga dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan selain pihaknya sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 05-2451537 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya."Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya |
|
'Selagi Melayu berpecah, kita lemah' Akmal senada dengan Tun M - Sinarharian - 2/04 2:28 pm SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perpecahan dalam kalangan orang Melayu hanya akan melemahkan kekuatan politik dan masa depan mereka.Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, Muhamad Akmal turut menzahirkan penghargaan terhadap kenyataan Dr Mahathir yang menekankan kepentingan perpaduan orang Melayu dalam menghadapi cabaran semasa."Terima kasih Tun |
|
Anak Muda MADANI Kedah Bantu Dua Beradik Bersekolah Zuraidi - Wrlr - 2/04 1:40 pm NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato Zuraidi Rahim tampil membantu Siti Nur Jamilah bersama Muhamad Rizhan Rizqi Redzuan (kiri) dan Muhamad Raiqal Rayyan kembali ke sekolah |
|
Tiada bukti BM merosot kerana jati diri rendah - Sinarharian - 2/04 8:30 am SHAH ALAM - Tiada data nasional yang boleh mengesahkan wujud kaitan antara prestasi Bahasa Melayu merosot dalam analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan kesannya terhadap amalan, perpaduan nasional dan pembinaan watak bangsa Malaysia yang didakwa semakin longgar.Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata, terlalu awal untuk orang awam termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk membuat rumusan sebegitu.Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu berpandangan, calon SPM 2025 yang memperoleh keputusan pada Selasa lalu merupakan kumpulan pertama tidak melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)."Di peringkat nasional, kita belum ada data sahih berkaitan kesan pemansuhan UPSR dan PT3 terhadap pencapaian SPM mereka |
|
Op Tiris 4.0: 809 stesen minyak dipantau KPDN Selangor - Sinarharian - 1/04 5:17 pm SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti 809 stesen minyak di Selangor yang aktif beroperasi termasuklah 79 syarikat pemborong diesel bagi pemeriksaan Op Tiris 4.0.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, ini bagi memastikan pematuhan peraturan kawalan bekalan barang kawalan petrol RON95 dipatuhi.Menurutnya, pada masa yang sama, KPDN Selangor turut memeriksa prestasi keberadaan bekalan bahan api supaya tidak terjejas."Pemeriksaan KPDN Selangor memfokuskan kepada perkara penting berikut iaitu pemantauan ke atas kenderaan pendaftaran asing untuk pematuhan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2026."Kita juga memeriksa status tentusah mesin pengisian pam supaya masih dalam status sah digunakan selain pemeriksaan kenderaan perdagangan serta aktiviti pengisian bahan api ke dalam tong atau bekas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, KPDN Selangor mengatur pemeriksaan di stesen minyak secara terancang dengan mengenal pasti stesen yang perlu diberi pemeriksaan lebih kerap berdasarkan trafik kenderaan.Tambah Muhamad Hanif, pihaknya juga mempertingkatkan kekerapan Pasukan Unit Rondaan Bermotosikal KPDN Selangor untuk meronda di sekitar stesen minyak sebagai isyarat keberadaan anggota."Kehadiran anggota akan direkodkan melalui Buku Rondaan Bermotosikal KPDN yang ditempatkan di stesen minyak dilawati," ujarnya.Dalam pada itu, katanya lagi, KPDN Selangor menjalankan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor sebagai langkah intervensi dan menyelia aktiviti perdagangan melibatkan barang kawalan bahan api di laut dan darat."Orang ramai dinasihat agar tidak sesekali mencipta suasana panik semasa membuat pembelian bahan api."KPDN tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar dan gagal mematuhi peraturan ditetapkan," ujarnya.Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan di WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN URL |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |