![]() |
/// |
|
Search : Menteri Thailand News | Page 1 |
Malaysia-brokered Thailand-Cambodia ceasefire step ??toward peace but more .. - Sinchew - 30/07 7:36 am Malaysia-brokered Thailand-Cambodia ceasefire step toward peace but more work to ensure it lasts: experts PETALING JAYA: The Thailand-Cambodia ceasefire is a step forward for peace but more must be done to ensure it lasts, geopolitical experts say |
RUU IRS2025: Tiada campur tangan mahkamah asing dalam urusan kehakiman .. - Mgazette - 30/07 7:36 am # RUU IRS2025: Tiada campur tangan mahkamah asing dalam urusan kehakiman negara - Azalina KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan, tiada campur tangan mahkamah asing dengan urusan kehakiman negara susulan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini |
Saman Dr. Zulkefly terhadap Najib didengar anak bekas Peguam Negara - Mgazette - 30/07 7:36 am # Saman Dr |
Malaysia-Indonesia perhebat kerjasama pelihara ketenteraman Laut Sulu, .. - Mgazette - 30/07 7:36 am # Malaysia-Indonesia perhebat kerjasama pelihara ketenteraman Laut Sulu, Sulawesi - PM KUALA LUMPUR Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk memperhebat kerjasama melalui kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi |
Kes Zara Qairina: Fadhlina jawab tuduhan tidak berbuat apa-apa - Mgazette - 30/07 7:36 am # Kes Zara Qairina: Fadhlina jawab tuduhan tidak berbuat apa-apa KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyangkal dakwaan beliau tidak berbuat apa-apa berhubung insiden membabitkan pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kejadian buli |
Gencatan senjata: PAT ketuai delegasi ke Thailand, Kemboja untuk rundingan .. - Mgazette - 30/07 7:36 am # Gencatan senjata: PAT ketuai delegasi ke Thailand, Kemboja untuk rundingan diplomatik KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengetuai delegasi ke Thailand dan Kemboja bagi menjalankan rundingan diplomatik dengan kedua-dua negara terbabit |
AMK P.Pinang desak Fadhli Shaari mohon maaf secara terbuka - Mgazette - 30/07 7:36 am # AMK P.Pinang desak Fadhli Shaari mohon maaf secara terbuka BUKIT MERTAJAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataan sindiran terhadap usaha Malaysia sebagai pengantara dalam konflik Thailand-Kemboja |
Thai-Kemboja: Usaha Malaysia perlu didukung tanpa kira ideologi politik .. - Mgazette - 30/07 7:36 am # Thai-Kemboja: Usaha Malaysia perlu didukung tanpa kira ideologi politik Wan Rosdy KUALA LUMPUR Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memimpin usaha damai antara Thailand dan Kemboja perlu didukung seluruh rakyat tanpa mengira ideologi politik |
BN-PH kunci kerjasama hadapi PRN Sabah - Mgazette - 30/07 7:36 am KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (Bn) dan Pakatan Harapan (PH) telah 'mengunci' keputusan untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi |
Malaysia pastikan Asean bersatu demi kestabilan, keamanan serantau - FMT - 30/07 7:00 am Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Asean akan terus bersuara, menjamin kerukunan serta memimpin dengan ketegasan, dan tidak sekadar mengikut susun atur orde global. |
Mampukah kerajaan haramkan vape? - Sinarharian - 30/07 7:00 am ISU penggunaan vape kembali hangat dibincangkan apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbang untuk mengharamkan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh.Ia selaras dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan kesihatan, peningkatan penggunaan sehingga ketagihan dalam kalangan pengguna terhadap rokok elektronik itu.Apa yang membimbangkan, peningkatan penggunaan vape bukan sahaja berlaku dalam kalangan perokok dewasa yang kononnya ingin berhijrah dari rokok, tetapi juga semakin menular kepada remaja sekolah memandangkan harganya lebih murah untuk dimiliki.Akses mudah, perisa menarik dan pemasaran agresif turut menjadikan vape kelihatan trendy, walaupun hakikatnya ia adalah racun dalam bentuk wap.Setakat ini, beberapa negeri seperti Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang sudah pun mengambil pendekatan tegas dengan mengharamkan penjualan dan penggunaan vape.Tindakan terbabit jelas menunjukkan keseriusan pihak negeri dalam menangani ancaman vape terhadap kesihatan awam terutamanya dalam kalangan generasi muda.Pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak agar kerajaan tidak tunduk kepada tekanan peniaga vape yang hanya memikirkan keuntungan, sedangkan generasi muda sedang menghadapi risiko besar terhadap kesihatan dan masa depan mereka.Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, kerajaan sebelum ini cuba mengawal selia penjualan vape, tetapi ia terbukti tidak berkesan dan masalah menjadi lebih parah apabila pihak berkuasa memberi ruang kepada industri.Bukan sekadar larangan, langkah seperti menaikkan cukai dan menetapkan harga minimum seperti dicadangkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan juga wajar dilaksana dengan segera.Jika berani mengambil tindakan tegas untuk isu-isu lain, maka dalam hal terbabit juga perlu 'all out' dan tidak boleh teragak-agak untuk vape yang jauh lebih berisiko kepada golongan muda.Terlalu banyak kompromi terhadap industri itu hanya akan menjadikan usaha kesihatan awam sia-sia kerana vape bukan penyelesaian kepada masalah merokok, tetapi permulaan kepada krisis kesihatan yang baharu jika tidak dibendung segera.Sebagai negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, ketegasan adalah satu-satunya jalan ke hadapan dalam menangani isu vape.Justeru, usaha KKM sedang mempertimbang untuk mengharamkan vape secara menyeluruh bukan hanya perlu disokong, malah perlu dilaksanakan dengan segera demi melindungi kesihatan awam. |
Mesyuarat khas bincang penambahbaikan liputan telekomunikasi di lebuh raya - Nanta - Astroawani - 29/07 11:30 pm Satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi dan Internet di lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. |
Rafizi antara tujuh tokoh potensi ganti Anwar - Annuar Musa - Sinarharian - 29/07 11:28 pm SHAH ALAM - Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli disenarai antara tujuh pemimpin politik tanah air yang berpotensi untuk mengisi jawatan Perdana Menteri ke-11 sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Enam lagi yang lain ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya tujuh tokoh tersebut mencapai kesepakatan, mereka berpotensi membentuk gabungan kuat yang mampu menguasai Dewan Rakyat."Persoalan terus timbul siapakah yang akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?"Jawapannya mudah |
Malaysia pastikan ASEAN bersatu demi kestabilan, keamanan serantau - PM - Sinarharian - 29/07 11:19 pm KUALA LUMPUR - Malaysia akan memastikan ASEAN lebih tegap serta melangkah sederap atau seiring demi kestabilan, kemakmuran dan keamanan sejagat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, Malaysia komited memacu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), mempercepat Grid Tenaga ASEAN serta memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN bagi menjamin masa depan ekonomi yang terbuka, adil dan lestari untuk 660 juta rakyat di rantau ini."Justeru, ASEAN akan terus bersuara, menjamin kerukunan dan memimpin dengan ketegasan, dan tidak sekadar mengikut susun atur orde global," kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Perdana Menteri berkata, dunia kini dirundung ketegangan kuasa besar, perlumbaan geoekonomi yang melelahkan dan keruntuhan multilateralisme.Anwar berkata, sehubungan itu, ASEAN tidak boleh melemah, berpecah dan ketinggalan sebaliknya mesti bersatu bagi memperkukuh peranan ASEAN serta memastikan suara rantau ini terus dihormati.Sebagai contoh, beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 telah memimpin usaha mendamaikan Kemboja dan Thailand, yakni dua negara tetangga yang hampir terseret ke kancah konflik yang lebih dahsyat."Dengan penglibatan aktif China dan Amerika Syarikat, kita berjaya capai persetujuan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat."Ini bukti betapa diplomasi mesti memayungi usaha kita menjelmakan keamanan dan kepimpinan yang tegas," katanya.Anwar, yang kini dalam lawatan kerja ke Indonesia, turut memaklumkan bahawa beliau tampil buat julung kalinya di Gedung Sekretariat ASEAN yang berpusat di Jakarta bersempena peranan penting Malaysia selaku Pengerusi blok itu tahun ini."Ia antara lain menggariskan serta menonjolkan lambang komitmen kita yang tidak berbelah bahagi terhadap cita dan semangat ASEAN yang kental dan luhur," kata beliau |
Malaysia terajui tadbir urus AI serantau melalui Rangkaian Keselamatan AI ASEAN - SUN - 29/07 10:50 pm KUALA LUMPUR : Malaysia akan memimpin inisiatif serantau bagi memperkukuh tadbir urus kecerdasan buatan (AI) menerusi penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN |
Mesyuarat khas bincang penambahbaikan liputan telekomunikasi di lebuh raya - SUN - 29/07 10:47 pm KUALA LUMPUR : Satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi dan Internet di lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi |
Kesihatan mental belia semakin terjejas, perlukan sistem sokongan - SUN - 29/07 10:44 pm KUCHING : Kesihatan mental dalam kalangan belia semakin terjejas akibat pelbagai faktor termasuk tuntutan akademik, ketidaktentuan ekonomi, penggunaan digital berlebihan, dan keretakan dalam institusi keluarga, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah |
Malaysia Indonesia capai 4 MoU penting dalam rundingan tahunan ke-13 - SUN - 29/07 10:40 pm JAKARTA : Malaysia dan Indonesia mencapai kemajuan signifikan dalam Rundingan Tahunan ke-13 dengan pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) penting |
Gencatan senjata Thailand-Kemboja bukti pengaruh diplomatik ASEAN Anwar - SUN - 29/07 10:30 pm JAKARTA : Persetujuan gencatan senjata serta-merta antara Thailand dan Kemboja mencerminkan kekuatan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Juruaudit halal perlu beretika tanpa mengira saiz syarikat - Mohd Na'im - Sinarharian - 29/07 10:26 pm BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menyeru juruaudit halal agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan adil tanpa mengira latar belakang atau saiz sesebuah syarikat.Beliau berkata, juruaudit berperanan penting sebagai barisan hadapan dalam memastikan pematuhan piawaian halal dan sebarang kecuaian atau ketidakadilan boleh menjejaskan imej Islam serta institusi agama."Sifat adil perlu dilaksanakan tanpa membezakan kedudukan pemohon sijil halal |
Hormati usaha diplomatik dilakukan PM Anwar - Teo - Astroawani - 29/07 10:15 pm Inisiatif diplomatik yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha menangani konflik Kemboja dan Thailand harus dihormati semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman politik. |
ASEAN as global peace model affirmed by Malaysia and Brunei - SUN - 29/07 10:01 pm KUALA LUMPUR : Malaysia and Brunei have voiced strong confidence in ASEANs ability to remain a leading example of diplomacy and global peace |
JDT perkasa fasiliti stadium, fokus tingkat pengalaman penonton, hasil kelab - Sinarharian - 29/07 9:47 pm GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Tazim (JDT) terus memperkukuh kedudukan sebagai kelab bola sepak profesional terkemuka negara apabila memperkenalkan pelbagai kemudahan fasiliti baharu di Stadium Sultan Ibrahim, bagi menjelang saingan musim 2025/26.Kemudahan terbaharu yang melibatkan pembinaan 12 bilik korporat eksklusif dan dua ruang hospitaliti premium Red & Blue Lounge dijangka mula beroperasi sepenuhnya bermula 8 Ogos ini, seiring sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M).Langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif juara Liga Super 11 kali berturut-turut, untuk menaik taraf kemudahan sedia ada di Home of the Southern Tigers, selain strategi jangka panjang kelab bagi meningkatkan hasil pendapatan melalui segmen komersial dan korporat.Setiap bilik korporat mampu memuatkan sehingga 20 tetamu pada satu-satu masa, manakala ruang lounge pula bakal menawarkan pengalaman hospitaliti premium kepada penyokong Harimau Selatan, termasuk sajian makanan dan minuman semasa perlawanan berlangsung.Menurut kenyataan kelab, maklumat lanjut termasuk kadar harga bagi penggunaan jangka pendek dan jangka panjang akan diumumkan dalam masa terdekat.Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT, sebelum itu meninjau sendiri kerja-kerja naik taraf berkenaan dalam satu lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan pengurusan kelab.Selain kemudahan korporat baharu, proses naik taraf turut merangkumi pembinaan padang baharu serta kerja-kerja penyelenggaraan kawasan sekitar stadium yang terletak di Iskandar Puteri itu.JDT kendalian Xisco Munoz, akan mengemudi Harimau Selatan mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Kejuaraan Kelab ASEAN, selain Liga-M 2025/26, dijangka membuka kempen Liga Super berdepan Selangor FC dalam aksi Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Iskandar Puteri pada 8 Ogos. |
Altimet kecam tindakan biadab Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 9:36 pm AMPANG Keadilan Ampang mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa melakukan penghinaan terhadap Perdana Menteri menerusi satu hantaran di media sosial.Ketua Cabangnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata, tindakan tersebut adalah biadab dan berunsur penghinaan serta tidak wajar disiarkan secara terbuka, apatah lagi mendapat perhatian meluas dalam kalangan pengguna media sosial.Dalam satu hantaran di laman Facebook yang kemudiannya dipadam, Ahmad Fadhli dilihat menggunakan analogi sinis dengan melukis karikatur menyamakan dua negara sebagai kambing dan biri-biri."Lebih memalukan, beliau turut menyamakan Perdana Menteri Malaysia yang memainkan peranan sebagai pendamai dengan seekor monyet |
Mansuh tol: MCA gesa DAP kemuka cadangan, mohon maaf jika gagal - Sinarharian - 29/07 9:07 pm SHAH ALAM - DAP digesa mengemukakan cadangan konstruktif yang dapat membantu kerajaan merealisasikan janji-janji bagi penghapusan tol yang pernah dibuat pemimpin-pemimpin parti itu sebelum ini.Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, ia susulan kenyataan dibuat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat bahawa langkah memansuhkan tol bukan langkah yang mudah kerana bakal memakan kos yang terlalu besar.Menurutnya, sekiranya gagal memberikan cadangan bagi merealisasikan janji pemansuhan tol, semua pemimpin DAP perlu membuat permohonan maaf secara terbuka."Pemimpin DAP yang kini memiliki 40 ahli Parlimen perlu mengakui menipu rakyat semata-mata mahu mendapatkan undi."Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika mereka menuntut janji dan manifesto yang ditabur oleh pemimpin DAP."Selain menuntut janji, rakyat juga mengharapkan kebajikan mereka dibela, lebih-lebih lagi dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi pada ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Alexander memberitahun Dewan Rakyat, kerajaan perlu mencari dana yang besar bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sekiranya penghapusan tol dilaksanakan.Katanya, tiada keperluan untuk menghapuskan tol, sebaliknya penurunan kadar tol lebih praktikal dan realistik dibuat jika syarikat konsesi sudah mencapai keuntungan dan pulangan pelaburan.Pada Oktober 2022, Pakatan Harapan (PH) dilapor sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Memetik laporan China Press, Pengerusi DAP ketika itu, Lim Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun.Dalam pada itu, Lawrence berkata, menjelang pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), kerajaan diharapkan mendengar dan mengambil kira input rakyat daripada pelbagai latar belakang sepanjang sesi libat urus dijalankan.Ini termasuk wakil-wakil persatuan pengguna, pemain industri, komuniti peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), golongan B40 dan M40, masyarakat luar bandar serta belia supaya dapat menggubal dasar-dasar yang lebih mesra dan fleksibel demi kepentingan negara secara keseluruhannya.RMK13 dijadualkan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat. |
Konflik Thailand-Kemboja: Peranan Malaysia dalam usaha gencatan senjata perlu dihargai - Astroawani - 29/07 8:22 pm Keberagaman di rantau ini perlu menjadi kelebihan dan bukannya alat untuk berkonflik antara satu sama lain. |
Panglima ATM ketuai misi diplomatik ke Thailand, Kemboja - FMT - 29/07 8:08 pm Dua negara jiran Asia Tenggara terbabit konflik sempadan itu setuju gencatan senjata susulan rundingan dimediasi Anwar Ibrahim. |
Malaysias PM Anwar facilitates Cambodia-Thailand ceasefire as ASEAN chair - SUN - 29/07 8:04 pm KUALA LUMPUR : Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar commended Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for mediating ceasefire talks between Cambodia and Thailand |
Anwars role in Thailand-Cambodia ceasefire wins praise from Wan Rosdy - SUN - 29/07 8:01 pm KUANTAN : UMNO vice-president Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail has called for full support for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims diplomatic efforts in facilitating a ceasefire between Thailand and Cambodia |
Padam hantaran tidak mencukupi, Ahmad Fadhli perlu mohon maaf - Syahredzan - Sinarharian - 29/07 7:40 pm SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang memadam hantaran bersifat biadab di Facebook dengan menyamakan pemimpin nombor satu negara termasuk Thailand dan Kemboja dengan haiwan tidak mencukupi.Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pemimpin Pas itu sepatutnya memohon maaf kepada rakyat kedua-dua negara berkenaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas hantaran yang keterlaluan itu.Beliau berkata, Ketua Penerangan Pas itu tidak perlu meremehkan usaha dilakukan sekiranya diri sendiri tidak boleh memberi sumbangan untuk meredakan ketegangan berlaku dalam konflik negara jiran itu."Jika tidak boleh menyumbang dengan positif, sekurang-kurangnya jangan jadi suara yang sumbang dan negatif!"Tindakan beliau baru-baru ini saya anggap keterlaluan kerana menyindir usaha Malaysia dan PMX untuk mencari penyelesaian damai antara Thailand dan Kemboja," katanya dalam satu hantaran di X pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuat naik gambaran tiga watak binatang iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang sementara monyet sebagai hakim di media sosialnya.Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang, serta turut meletakkan artikel berhubung pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar berkenaan.Disebabkan itu, Syahredzan juga kesal dengan tindakan Ahmad Fadhli yang menggambarkan usaha tersebut sebagai monyet yang menjadi orang tengah kepada perebutan kambing dan biri-biri.Beliau mengingatkan bahawa konflik di sempadan Thailand dan Kemboja sudah meragut nyawa dan menyingkirkan begitu ramai orang daripada tempat tinggal mereka.Menurutnya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan ahli komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab dan dihormati sudah tentu wajar memainkan peranan penting dan ke hadapan."Alhamdulillah, dengan PMX sebagai orang tengah, kedua-dua negara itu sudah mencapai persetujuan gencatan senjata |
NGO, Ketua Cabang PKR Kedah buat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 7:31 pm ALOR SETAR Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama tujuh Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung hantaran bergambar yang disifatkan menghina usaha diplomatik Perdana Menteri.Hantaran berkenaan memaparkan karikatur seekor monyet bertindak sebagai hakim sedang mengadili kambing dan biri-biri yang berebut pisang, dipercayai menyindir inisiatif Malaysia dalam merintis perdamaian antara Thailand dan Kemboja.Pengerusi Persatuan Anak Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara bahkan dibimbangi boleh mencemar hubungan baik antara Malaysia dengan negara luar."Kami menggesa pihak polis ambil tindakan serius ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas itu |
Malaysia, Indonesia capai persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 - Sinarharian - 29/07 7:15 pm JAKARTA - Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 yang berlangsung di Jakarta termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata antara pencapaian utama rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kesihatan, maklumat dan komunikasi serta tadbir urus internet."Kami menyentuh pelbagai isu penting termasuk sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion, kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), serta kemudahan akses rentas sempadan yang lebih lancar di Entikong," kata beliau pada sidang akhbar selepas rundingan berkenaan di sini hari ini.Anwar berkata, pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor strategik di Indonesia berteraskan semangat tulen untuk memperkukuh kesejahteraan serantau.Perdana Menteri berkata, hasrat Malaysia ialah untuk menjadi rakan pembangunan yang jujur dan amanah dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga boleh baharu dengan Sarawak sebagai hab eksport infrastruktur, perumahan, pendidikan dan teknologi.Mengenai isu sempadan laut di Laut Sulawesi, Anwar berkata, perbincangan dijalankan berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), serta kepentingan kedua-dua negara."Semangat kita ialah untuk menjaga kepentingan masing-masing sambil menghormati garis sempadan yang ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa |
Gencatan senjata: Panglima ATM ketuai delegasi khas ke Thailand dan Kemboja - Astroawani - 29/07 7:12 pm Delegasi diplomatik ini bertujuan memastikan semua pihak terlibat mematuhi perjanjian yang berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi. |
Tentera Kemboja, Thailand akur gencatan senjata - FMT - 29/07 7:12 pm Kedua-dua pihak bersetuju untuk gantung semua pergerakan tentera bagi mengelakkan salah faham atau ketegangan sementara menunggu hasil Mesyuarat GBC pada 4 Ogos. |
Fadhlina nafi tidak bertindak kes Zara Qairina - Sinarharian - 29/07 6:59 pm PUTRAJAYA Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa beliau hanya mula mengambil tindakan selepas kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina tular di media sosial.Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah berat yang sedang berleluasa dan meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak sahih tanpa usul periksa."Berhentilah menyebarkan berita yang tidak sahih," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.Ujar beliau, perkongsian maklumat tidak sahih boleh menyebabkan murid, guru dan warga sekolah yang tidak bersalah turut terkesan."Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penularan berita tidak sahih dan fitnah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan," katanya.Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau telah menziarahi keluarga mangsa di hospital di Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu dan memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi."Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah diarahkan untuk menyalurkan bantuan segera," jelas beliau.Menurut Fadhlina, sehari selepas itu, satu kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut telah dikeluarkan oleh pihaknya, serta menyatakan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis."Saya teliti laporan harian dan memantau secara dekat kes ini serta memastikan JPN Sabah memberi bantuan terbaik kepada keluarga |
Ahmad Fadhli tidak berhasrat minta maaf, serah kepada polis - Sinarharian - 29/07 6:41 pm SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik satu karikatur yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak."Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today (FMT) pada Selasa.Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Ahmad Fadhli membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan serta hantaran yang didakwa memperlekeh usaha gencatan senjata antara kedua-dua negara tersebut.Muhammad Kamil menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai tidak beradab dan memalukan negara, ketika peranan Malaysia khususnya Anwar Ibrahim yang diiktiraf dunia sebagai arkitek keamanan serantau.Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan turut senada dan menganggap hantaran tersebut sebagai keterlaluan serta mendesak Ahmad Fadhli agar memohon maaf kepada Anwar.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh pula mengecam hantaran itu dengan menegaskan bahawa Islam tidak mengajar umatnya menghina orang lain, sambil menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai tidak matang.Hantaran yang dimuat naik oleh Ahmad Fadhli di media sosial sebelum ini memaparkan satu karikatur tiga watak haiwan, kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang, sementara seekor monyet bertindak sebagai 'hakim'.Hantaran tersebut turut disertakan kapsyen: "Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang."Walau bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadam selepas menerima kritikan ramai.Susulan itu, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap beliau.Pada Isnin lalu, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.Persetujuan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar Ibrahim selaku hos, Pengerusi ASEAN, serta saksi kepada rundingan bersejarah itu. |
Gencatan senjata diusahakan Putrajaya serlahkan pengaruh diplomatik ASEAN - PM - Sinarharian - 29/07 6:40 pm JAKARTA - Persetujuan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja pada Isnin mencerminkan bukan sahaja kekuatan ASEAN untuk memanggil suatu mesyuarat, tetapi juga keterlibatan konstruktif rakan-rakan anggotanya dalam memelihara kestabilan serantau, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam ucapan dasar mengenai ASEAN yang disampaikan di Sekretariat ASEAN di sini pada Selasa, Anwar yang juga pengerusi semasa blok serantau itu berkata, episod berkenaan menjadi pengesahan penting terhadap nilai-nilai yang telah lama membawa kemakmuran kepada rantau ini."Dengan terus menjunjung Piagam ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), kita boleh mengukuhkan hasil keamanan, sekali gus memastikan ASEAN kekal sebagai sebuah komuniti yang berpaksikan kepercayaan, kerjasama dan kemakmuran bersama untuk generasi akan datang," katanya.Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn turut hadir pada majlis berkenaan.Pada Isnin, Anwar berjaya menjadi orang tengah dalam mencapai gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja menerusi mesyuarat khas di Putrajaya, yang mendapat pujian antarabangsa dan menjadikan Malaysia tumpuan sejagat.Amerika Syarikat merupakan penganjur bersama mesyuarat itu, manakala China hadir sebagai pemerhati dengan hasrat menyokong penyelesaian aman terhadap ketegangan yang berlaku.Menurut Anwar, episod berkenaan mengingatkan ASEAN bahawa sifat sabar, saling mempercayai dan diplomasi berterusan yang telah memastikan keamanan rantau ini, adalah nilai yang sama memberi erti kepada kedudukan kepusatan dan perpaduan ASEAN pada masa kini."Saya secara konsisten menegaskan bahawa kepusatan, perpaduan dan autonomi ASEAN perlu kekal menjadi kompas dalam perjalanan kolektif kita ke hadapan."Namun, kita harus sedar bahawa etos ini bukan suatu hak, sebaliknya satu keistimewaan yang kita perlu bekerja keras mempertahankannya dalam peralihan dinamik serantau dan global. Dalam dunia yang berpecah-pecah, kepusatan dan perpaduan ASEAN lebih bermakna daripada sebelumnya," katanya.Perdana Menteri turut memuji Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai atas kepimpinan mereka, serta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan kepimpinan China atas keterlibatan konstruktif masing-masing.Menurutnya, kehadiran dan kerjasama semua pihak mengesahkan bahawa keamanan hanya dapat dicapai menerusi dialog, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap kestabilan.Anwar kini berada di Indonesia bagi lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Tahunan ke-13 Malaysia-Indonesia dari 28 Julai.Beliau tiba di Jakarta pada Isnin diiringi beberapa pegawai kanan termasuk Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek |
RUU Insolvensi Rentas Sempadan tak hakis kedaulatan - FMT - 29/07 6:03 pm Menteri Azalina Othman Said kata segala bentuk kerjasama antarabangsa tetap tertakluk pada perundangan Malaysia. |
Sabak Bernam pusat pengeluaran padi utama Selangor - SUN - 29/07 6:02 pm SABAK BERNAM : Daerah ini muncul sebagai pusat pengeluaran padi utama di Selangor berdasarkan Laporan Interim Banci Pertanian 2024 |
Isu sempadan Malaysia dan Indonesia diselesaikan secara rundingan, undang-undang -PM - Sinarharian - 29/07 6:02 pm JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah mengambil sikap agresif berkaitan isu sempadan dengan Indonesia, termasuk di Laut Sulawesi, sebaliknya mengambil pendekatan mengikut undang-undang dan rundingan.Anwar yang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga turut bersamanya dalam delegasi lawatan berkenaan, bagi memudahkan proses rundingan berkenaan bersama Indonesia."Ia mengikut undang-undang, kita tidak mengambil sikap agresif, jangan menceroboh kawasan masing-masing," katanya semasa pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) dan pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia, di sini pada Selasa.Turut hadir Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail; Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan; Timbalan Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta wakil Ketua Forum Pemred, Taufiq Rahman.Anwar yang tiba di Jakarta pada Isnin turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Isu Laut Sulawesi merupakan isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia yang terletak di antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah yang timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.Ketegangan isu berkenaan berlaku pada 2005 sehingga ISWAMI ditubuhkan, yang dianggotai ketua-ketua pengarang media kedua-dua negara, bagi membentuk satu naratif perkongsian maklumat, dalam meredakan isu-isu semasa berkepentingan kedua-dua negara.Kementerian Luar dalam jawapan bertulis di portal Parlimen pada 22 Julai lepas berkata Malaysia berpendirian bahawa Blok ND6 dan ND7 di Laut Sulawesi yang dituntut Indonesia, merupakan sebahagian daripada kawasan kedaulatan Malaysia.Kementerian Luar memaklumkan pendirian itu berdasarkan undang-undang antarabangsa yang terhasil selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2002 |
JC Arziah kekal dengar kes saman Dr Dzulkefly, Najib isu kroni - Sinarharian - 29/07 5:54 pm KUALA LUMPUR Pesuruhjaya Kehakiman (JC), Arziah Mohamed Apandi akan kekal mendengar kes saman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung komen isu kronisme di akaun Facebooknya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.Ia selepas mahkamah menolak permohonan Dr Dzulkefly selaku plaintif, supaya beliau menarik diri daripada mengadili kes tersebut.Berdasarkan keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman ini berkata, plaintif gagal membuktikan wujudnya bahaya dan berat sebelah yang mungkin timbul.Beliau berkata, tidak dinafikan beliau merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik oleh Najib, 72, sebagai Peguam Negara (ketika itu)."Bagaimanapun, hubungan itu adalah antara bapa dengan Najib, bukannya saya dan mana-mana pihak di sini."Tiada bukti wujudnya hubungan yang berterusan antara bapa dan Najib, kecuali pada 2019 ketika menjadi saksi dalam kes di mahkamah," katanya.Lebih-lebih lagi katanya, Mohamed Apandi tidak lagi memegang jawatan itu sejak tahun 2018.Justeru katanya, sebarang kaitan dengan litigasi ini ialah lemah dan bersifat sejarah.Sebelum ini, Dr Dzulkefly memohon kesnya didengar hakim lain, dengan alasan hubungan kekeluargaan di mana Arziah merupakan anak Mohamed Apandi yang dilantik bekas Ahli Parlimen Pekan itu, pada tahun 2016.Disebabkan fakta itu katanya, ia menimbulkan persepsi berat sebelah atau kebimbangan munasabah.Pada 24 Ogos 2020, Dr Dzulkefly memfailkan saman atas kapasiti peribadi mendakwa, Najib telah memuat naik satu hantaran fitnah di Facebooknya.Ia mengenai isu kronisme dengan menyertakan satu lampiran paparan artikel Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2019 tertera gambar plaintif (ketika itu bekas Menteri).Dakwanya, kenyataan itu membawa maksud beliau mengamalkan kronisme dengan penawaran jawatan atau lantikan kepada saudara-mara, tanpa melalui apa-apa penilaian objektif dan keupayaan terhadap sesuatu jawatan dalam syarikat kerajaan atau swasta.Plaintif mendakwa, Najib menerbitkan hantaran fitnah dengan niat untuk menyerang peribadinya, menjatuhkan maruah serta mengaibkan sekali gus bermotifkan politik untuk memfitnah serta menjejaskan reputasi.Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang Najib selaku defendan atau ejennya meneruskan penerbitan atau menyebarkan hantaran itu dalam sebarang cara.Plaintif turut memohon perintah supaya defendan membuat permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akaun Facebooknya dan dihebahkan di akhbar tempatan pilihannya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah, selain memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Bagaimanapun, Najib dalam pernyataan pembelaannya mendakwa hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya tiada kaitan dengan Menteri Kesihatan itu.Najib mendakwa terbitan itu merujuk kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH), maka tiada sebarang fitnah dibuat terhadap plaintif. |
TLDM lancar misil Exocet, torpedo Black Shark dalam Eksesais Taming Sari - SUN - 29/07 5:51 pm KOTA KINABALU : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan penembakan misil Exocet dan torpedo Black Shark dalam Eksesais TAMING SARI 23/25 di Laut China Selatan bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan maritim negara |
ASEAN perlu fokus bina ekonomi lebih bersepadu dan berdaya tahan - PM - Sinarharian - 29/07 5:50 pm JAKARTA - ASEAN perlu menumpu ke arah membina ekonomi dalaman yang lebih bersepadu dan berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi ucapan dasar mengenai ASEAN yang disampaikan di acara Sekretariat ASEAN, di sini, pada Selasa, Anwar, yang juga pengerusi perkumpulan itu berkata, rantau ini memiliki pasaran yang dinamik dan besar dengan kira-kira 660 juta populasi."Potensinya amat besar, tetapi untuk merealisasikan sepenuhnya, kita perlu mengecilkan jurang pembangunan sedia ada dan menjalin hubungan ekonomi yang lebih kukuh dan saksama merentas negara anggota," kata beliau.Menurut Anwar, pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, ASEAN sekali lagi akan menunjukkan komitmen bersama untuk menambah baik aliran barangan tanpa halangan di rantau ini."Melalui usaha untuk mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif, kita mengambil langkah bermakna mewujudkan komuniti ekonomi ASEAN yang lebih lancar dan dinamik yang berfungsi untuk semua, bukan hanya untuk sesetengah pihak," kata beliau.Perdana menteri berkata, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) adalah teras kepada visi ini kerana sebagai perjanjian perdagangan terbesar di dunia, ia mengukuhkan peranan ASEAN sebagai peneraju kerangka ekonomi serantau."Kami menjangkakan Mesyuarat Pemimpin RCEP ke-5 juga akan berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, sekali gus memberikan peluang kepada kita untuk memastikan RCEP memberikan manfaat yang besar kepada perniagaan, pekerja dan komuniti kita," kata Anwar.Menurut beliau, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan ASEAN dalam ekonomi global yang semakin kompetitif masih banyak yang perlu lakukan untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan penuh keyakinan dan kejelasan merentas sempadan kita.Beliau berkata, kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China adalah isyarat jelas bahawa ASEAN bersedia untuk membina hubungan baharu dan memanfaatkan perkongsian baharu.Selain itu ia juga mencerminkan keazaman ASEAN untuk membentuk secara bersama masa depan yang berasaskan prinsip saling menghormati, berkongsi pertumbuhan dan kerjasama strategik.Anwar berkata, ekonomi digital akan menjadi pemacu utama fasa pertumbuhan ASEAN yang seterusnya.Justeru, kata beliau, rantau ini sedang berusaha untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN selain memodenkan perjanjian perdagangan sedia ada dengan rakan kongsi strategik termasuk China, India dan Korea Selatan.Usaha ini mencerminkan kesediaan ASEAN untuk menerima perubahan dan meletakkannya di barisan hadapan dalam transformasi digital, kata beliau.Menurut Anwar, ASEAN perlu menjadi agen perubahan - yang mempunyai kapasiti untuk membentuk peraturan dan norma global kekal terbuka, inklusif dan berpegang kepada prinsip keadilan.Beliau berkata, komitmen ASEAN terhadap multilateralisme kekal sebagai tunjang kepada kestabilan dan kemajuan bersama rantau itu."Sebagai perkumpulan yang berpandangan terbuka dalam dunia yang multipolar, ASEAN perlu terus meluaskan perkongsian globalnya |
KSN ucap tahniah Anwar atas rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja - SUN - 29/07 5:46 pm Semalam, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sempadan yang dipertikaikan. Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai |
KSN ucap tahniah atas kejayaan Anwar runding gencatan senjata Thailand-Kemboja - Astroawani - 29/07 5:45 pm Usaha yang digerakkan Perdana Menteri itu memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memainkan peranan proaktif di peringkat serantau. |
Bebas? Nasib Eda Ezrin masih tergantung - Sinarharian - 29/07 5:43 pm NARATHIWAT, THAILAND Nasib penyanyi 'Bea Sobar Bea', Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan masih belum menemui titik noktah apabila penahanan mereka di Thailand boleh disambung tanpa had masa, meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.Memetik laporan ApakhabarTV.com, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh berkata, proses lanjutan penahanan tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah."Jika pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Pertama, mereka boleh memohon untuk memfailkan rayuan |
[VIDEO] Amanah Perak, NGO gesa polis siasat Ahmad Fadhli - Sinarharian - 29/07 5:35 pm IPOH Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak siasatan dijalankan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa berbaur penghinaan dan provokatif.Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, hantaran dimuat naik oleh Ahmad Fadhli pada 26 Julai lalu memaparkan satu karikatur haiwan yang menggambarkan pemimpin negara dan disifatkan sebagai keterlaluan.Menurutnya, tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat itu menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak matang, malah bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang menuntut umatnya menjadi pendamai dalam sebarang pertelingkahan."Karikatur itu jelas bersifat penghinaan dan provokatif terhadap usaha Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN dalam mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja."Kita tahu, usaha perdamaian yang digerakkan oleh Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada Amerika Syarikat dan China, dua kuasa besar dunia |
Langkah Kinabalu demi jawatan bukan rakyat, kata Adun Kunak - FMT - 29/07 5:30 pm Norazlina Arif berkata pimpinan Warisan dakwa parti itu akan dapat empat hingga lima jawatan menteri Kabinet Sabah jika sokong Bung Moktar Radin. |
Chegubard direman kes sebat patung mirip PM - Sinarharian - 29/07 5:23 pm KUALA LUMPUR - Aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard direman sehari bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Turun Anwar pada Sabtu lalu.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan, Chegubard yang ditahan pada pukul 2.30 petang Isnin dijangka akan dibebaskan pada Selasa."Polis memohon reman selama empat hari namun ditolak dan Chegubard dibenarkan direman selama sehari sehingga hari ini."Beliau dijangka dibebaskan pada 5 petang di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Pada Isnin media melaporkan, polis menahan dua individu termasuk Chegubard dipercayai membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Himpunan Turun Anwar pada Sabtu lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap peserta himpunan terbabit yang perbuatan mereka dirakam dan dimuat baik dalam media sosial oleh pihak tertentu.Beliau dilaporkan, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.Dua tangkapan dilakukan ke atas dua lelaki warga tempatan berusia 21 dan 47 tahun.Polis turut merampas peralatan komunikasi dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden itu. |
'Kes tular 2023 bukan buli, pelajar terlanggar tiang gol' - JPN Sabah - Sinarharian - 29/07 5:02 pm KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menafikan dakwaan berlaku kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, pada tahun 2023.Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, siasatan mendapati kes tersebut tidak berlaku di sekolah berkenaan, malah identiti pelajar yang terlibat juga tidak dikenali."Kes ini tidak ada berlaku di SMA Tun Mustapha, tiada yang kenal pelajar ini |
Gencatan senjata Kemboja-Thailand dapat liputan meluas media Indochina - Astroawani - 29/07 5:00 pm Rundingan gencatan senjata yang baru berakhir antara Kemboja dan Thailand di Malaysia, mendapat liputan meluas media di rantau itu. |
'Pas tak lapar jawatan' - Idris bidas Maszlee, tolak pelawaan sertai Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 29/07 5:00 pm SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa tiada ruang untuk parti tersebut bersekongkol dengan Kerajaan Perpaduan yang didakwa sedang tenggelam dalam krisis kepercayaan rakyat.Pendirian tersebut sebagai respons terhadap kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik bahawa peluang wakil Pas menjadi timbalan perdana menteri (TPM) lebih cerah jika bersama Kerajaan Perpaduan.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) pada 25 Julai lalu sudah jelas dan Pas sendiri tidak berminat dengan jawatan."Pas tak lapar jawatan, lebih-lebih lagi bila jawatan itu datang dari dapur yang sedang berasap."Dapur sendiri pun tak terurus...nak ajak Pas masuk kapal bocor, lepas tu hulur pelampung bernama TPM?"Maaf, Pas tidak jual maruah demi jawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilapor berkata, Pas mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi hanya akan menamakan calon mereka selepas berkuasa.Susulan itu, Maszlee dilapor berkata, adalah lebih baik Pas menyertai Kerajaan Perpaduan berbanding kekal dengan PN.Dakwanya, Pas jelas tidak percaya kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Sehubungan itu, Idris mempersoalkan tindakan Maszlee yang mengeluarkan kenyataan tersebut."Entah mimpi waktu tidur atau memang tugas khas nak alih perhatian dari kapal yang sedang karam?"Sedangkan, rakyat baru bagi isyarat jelas, demo Turun Anwar 27 Julai buktikan semangat rakyat bersama PN," katanya.Dakwanya, semangat tersebut cukup untuk mencetuskan kegelisahan kepada Kerajaan Perpaduan meskipun hanya 15,000 yang didakwa hadir dan tinggalkan hadiah 20 tan sampah."Jangan risau, kita terus mara, tak perlu umpan jawatan, apatah lagi umpan daripada kapal yang senget," katanya. |
Pemimpin politik perlu tunjuk kematangan - Wan Rosdy - Sinarharian - 29/07 4:54 pm KUANTAN Pemimpin politik perlu menunjukkan kematangan dengan tidak mempolitikkan segala perkara, khususnya isu hubungan luar negara dan kemanusiaan sejagat.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, konflik yang berlaku antara Thailand dan Kemboja ketika ini merupakan isu serius yang berpotensi mencetuskan krisis serantau di Asia Tenggara serta memberi kesan langsung kepada Malaysia."Sejarah tidak boleh dilupakan |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |