| /// |
|
| Search : Menteri Pengangkutan News | Page 1 |
|
Kor Ming, Gobind antara nyata hasrat lepas jawatan Kabinet dalam mesyuarat .. - Mygazette - 21/09 7:53 am Tidak masuk akal kalau Setiausaha Agung sahaja yang meletakkan jawatan bagaimana pula dengan yang lain? Pada awalnya, hampir semua berpandangan kalau mahu letak jawatan, biarlah bersama; kalau mahu kekal, biarlah semua kekal, demikian menurut laporan itu. Bagaimanapun, laporan itu menambah, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mempertahankan pendiriannya iaitu hanya beliau meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan, walaupun berdepan pandangan berbeza |
|
Tiada keperluan mendesak bubar Parlimen – PKR Kedah - Mygazette - 21/09 7:53 am # Tiada keperluan mendesak bubar Parlimen - PKR Kedah ALOR SETAR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah berpandangan tiada keperluan mendesak untuk membubarkan Parlimen seperti yang digesa Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri |
|
Laporan awal pasukan khas FELDA minggu depan ??? Anwar - Mygazette - 21/09 7:53 am # Laporan awal pasukan khas FELDA minggu depan Anwar SHAH ALAM - Laporan awal pasukan petugas khas berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), khususnya mengenai legasi permasalahan yang diwarisi agensi itu, dijangka didedahkan pada minggu depan |
|
Bekas ADUN Bongawan Karim Bujang meninggal dunia - Mygazette - 21/09 7:53 am KOTA KINABALU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Karim Bujang, 73, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sipanggil, Putatan, tengah hari tadi |
|
Hannah Yeoh patut jadi `jambatan’ beri nasihat wajar kepada DAP - Mygazette - 21/09 7:53 am Justeru, katanya, dalam batas kerahsiaan dan Perlembagaan yang perlu dihormati, Hannah sepatutnya memainkan peranan sebagai jambatan untuk memberikan kefahaman dan nasihat yang sewajarnya kepada kepimpinan DAP. Amir mengulas laporan media semalam berhubung tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri |
|
Hairi sangkal Sheikh Umar, DAP tak perlu atur UMNO, jaga parti sendiri .. - Mygazette - 21/09 7:53 am # Hairi sangkal Sheikh Umar, DAP tak perlu atur UMNO, jaga parti sendiri KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyangkal kenyataan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Persidangan Agung UMNO (PAU) 2026 |
|
`Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika .. - Mygazette - 21/09 7:53 am # `Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang - Rosmah KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sumbangan pelbagai pihak terhadap Tabung Solidariti yang ditubuhkan bagi mengumpul dana bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak, menjalani tahanan di rumah |
|
Zahid yang patut letak jawatan, bukan Anthony Loke - Mygazette - 21/09 7:53 am # Zahid yang patut letak jawatan, bukan Anthony Loke JOHOR BAHRU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Anthony Loke Siew Fook yang melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan |
|
Semua banduan berhak buat rayuan – PM - Mygazette - 21/09 7:53 am SHAH ALAM Semua banduan termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Kuota Menteri Pengangkutan kekal milik DAP atau dilepaskan? - Mygazette - 21/09 7:53 am # Kuota Menteri Pengangkutan kekal milik DAP atau dilepaskan? KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung, Anthony Loke mahu berundur sebagai Menteri Pengangkutan, tetapi DAP memilih untuk kekal dalam kerajaan |
|
“Saya takkan izin Kem Sungai Udang dipindahkan” – Ab Rauf - Mygazette - 21/09 7:53 am # "Saya takkan izin Kem Sungai Udang dipindahkan" - Ab Rauf MELAKA - Kerajaan negeri Melaka tidak akan sesekali mengizinkan mana-mana pihak yang mahu memindahkan Kem Sungai Udang ke lokasi lain |
|
PH, DAP kena terima hakikat mereka `keluarkan Najib dari penjara ke... - Mygazette - 21/09 7:53 am # PH, DAP kena terima hakikat mereka `keluarkan Najib dari penjara ke rumah Isham Jalil KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan DAP perlu menerima hakikat pihak yang `mengeluarkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari penjara untuk menjalani tahanan di rumah adalah Lembaga Pengampunan yang dianggotai menteri PH dan DAP sendiri |
|
Jangan guna isu kaum untuk tarik sokongan politik ??? Anwar Jangan guna .. - Mygazette - 21/09 7:53 am # Jangan guna isu kaum untuk tarik sokongan politik Anwar MELAKA Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur parti politik supaya tidak terus menggunakan isu perkauman sebagai modal untuk meraih sokongan sehingga menyebabkan masyarakat berpecah |
|
Menang pilihan raya bukan bermakna boleh guling raja – Anwar - Mygazette - 21/09 7:53 am # Menang pilihan raya bukan bermakna boleh guling raja - Anwar SHAH ALAM - Kedudukan raja perlu ditentukan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang, bukan parti yang memenangi sebuah pilihan raya, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Anwar, Tun Musa rakam takziah pemergian bekas ADUN Bongawan - Mygazette - 21/09 7:53 am # Anwar, Tun Musa rakam takziah pemergian bekas ADUN Bongawan KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkantakziah kepada keluarga bekas AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) BongawanDatuk Karim Bujang yang meninggal dunia hari ini |
|
Isu Anthony Loke: NGO gesa kerajaan serah mandat pada rakyat - Mygazette - 21/09 7:53 am "Jika mereka sendiri tidak sehaluan, bagaimana mereka mahu menyatukan rakyat? Biarlah rakyat yang menentukan semula masa depan negara melalui peti undi, bukannya melalui perebutan kuasa di dalam bilik mesyuarat Kabinet," ujarnya pada sidang media di sini hari ini. Beliau mengulas laporan media semalam bahawa Anthony Loke menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Tuanku Muhriz batal pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta-merta .. - Mygazette - 21/09 7:53 am # Tuanku Muhriz batal pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta-merta KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta |
|
DAP jangan buat drama tak keluar Kabinet, tuding jari pada UMNO... - Mygazette - 21/09 7:53 am # DAP jangan buat drama tak keluar Kabinet, tuding jari pada UMNO Mutalif KUALA LUMPUR - DAP disifatkan sebagai parti yang flip-flop apabila sebelum ini memberi gambaran mahu mengambil tindakan terhadap kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak, namun akhirnya hanya Anthony Loke menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan |
|
Tawar letak jawatan; Anwar mahu jumpa Anthony Loke - Mygazette - 21/09 7:53 am # Tawar letak jawatan; Anwar mahu jumpa Anthony Loke SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi membincangkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat |
|
Tuanku Muhriz revokes Negeri Sembilan exco appointments over oath breach, orders MB to name new line-up - Sinardaily - 21/09 7:22 am KUALA LUMPUR - The Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, has revoked the appointments of members of the state executive council with immediate effect, according to a statement issued by the Istana on Sunday (Sept 20).The media statement said the decision was made after the Exco members were found to have violated their oath of office.It said the members had taken and signed an oath and pledge of allegiance before the Yang di-Pertuan Besar on Aug 7, prior to their appointment to the state executive council.Under Article XXXVIII(5) of the Laws of the Constitution of Negeri Sembilan 1959, an Exco member, other than the Menteri Besar, holds office at the pleasure of the Yang di-Pertuan Besar.The statement said the Exco members had pledged allegiance to the Ruler and the Royal Institution, undertaken to protect and preserve the sovereignty of the state Constitution, and acknowledged the authority vested in the Dewan Keadilan dan Undang."However, they have breached that oath by their actions and statements on Sept 15, said the statement, which was released on Sunday night.The Ruler subsequently revoked their appointments with immediate effect, adding that each of the affected members had been informed individually by letter.Following the decision, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim is required to present a list of candidates for the new members of the state executive council for the consideration and consent of the Yang di-Pertuan Besar, in accordance with Article XXXVIII(2) of the state Constitution.The Ruler also expects the Menteri Besar to ensure that the administration of Negeri Sembilan continues without disruption and in accordance with the provisions of the state Constitution.The statement stressed that the interests of the people would have to remain safeguarded during the transition.The statement was issued by Datuk Azizi Mohamad Ali, Comptroller of the Royal Household of Istana Besar Seri Menanti, and was dated Sept 20, 2026.The Negeri Sembilan Exco members appointed last August were Datuk Mohd Faizal Ramli (Rural and Regional Development), Datuk Mustapha Nagoor (Youth and Sports Development), Datuk Zaifulbahri Idris (Education, Higher Education and Human Capital) and Siow Kong Choon (Local Government Development, Housing and Non-Islamic Affairs).Also appointed were Siti Nur Umaira Hasim (Women, Family and Community Development), Datuk Mohd Asna Amin (Industry, Technology, Innovation and Digital), Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Agriculture, Food Security and Cost of Living), Suhaimizan Bizar (Health, Unity, Information, National Integration and Non-Governmental Organisations (NGOs)), Mohd Fairuz Mohd Isa (Entrepreneurship, Human Resources, Climate Change, Cooperatives and Consumerism) and Datuk Razali Abu Samah (Tourism, Arts, Culture and Heritage) |
|
Sistem Beraja akan gagal jika boleh "ditukar ikut bulan" - PM Anwar - Astroawani - 21/09 7:00 am Campur tangan politik yang tidak selari dengan kehendak sesetengah pihak, telah mengakibatkanwujud ketidakstabilan dalam institusi berkenaan, tegas Perdana Menteri. |
|
Mungkir sumpah: Tuanku Muhriz lucut jawatan semua exco Negeri Sembilan - Mkini - 21/09 2:15 am Berikutan itu, Azizi berkata Menteri Besar Ismail Lasim perlu mempersembahkan senarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Yang di-Pertuan Besar |
|
Pengampunan Najib: UMNO tak semakin kuat, kelebihan buat PH - Penganalisis - Sinarharian - 21/09 1:15 am KUALA LUMPUR - Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan kekuatan kepada UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan sokongan pengundi terasnya.Profesor Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia sedang menilai moral UMNO dan Pas serta parti-parti dalam pakatan mereka yang dilihat menyokong orang yang didapati bersalah dalam jenayah rasuah."Kelihatan jelas nilai UMNO yang masih tidak merasakan rasuah adalah jenayah, dari 1MDB sehingga ke isu Tabung Haji."Manakala Pas pula yang dulunya bercakap soal jenayah hudud, sekarang meninggalkan prinsip agama dan moral demi mendapat sokongan ahli UMNO."Ia memberi kesan besar kepada sokongan Melayu dan bukan Melayu yang majoriti menolak rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib memberi 'bola tanggung' kepada PH dalam menghadapi PRU16.Ujar Hassan, hanya sehari selepas pengampunan itu diberikan, jelas kelihatan keputusan berkenaan telah memudaratkan UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang.Mengulas mengenai kutipan tabung yang dianjurkan UMNO demi membantu Najib, Mohd Afandi berkata, langkah itu seakan mencabar kewarasan dan nilai sebenar ahli UMNO dan jika ada ahli Pas yang 'menyumbang' kepada orang yang telah terlbat dalam rasuah berbilion ringgit kerana dilihat ada jasa kepada negara.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini berkata, kutipan tabung sumbangan bagi membantu melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib bukan atas permintaan beliau, sebaliknya hasrat ahli UMNO.Jelasnya, usaha berkenaan merupakan susulan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat sokongan kepimpinan serta ahli parti |
|
'Jangan jadi batu api, DAP perlu jaga rumah sendiri' - Pemuda UMNO - Sinarharian - 20/09 11:55 pm JOHOR BAHRU DAP perlu menyelesaikan urusan dalaman parti itu terlebih dahulu sebelum mencampuri soal kepimpinan UMNO termasuk menentukan kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tindakan Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid serta mencadangkan penggantinya disifatkan sebagai melampaui batas."Jaga rumah sendiri sebelum mahu mengubah susunan perabot di rumah orang lain."Jangan menjadi batu api dalam Kerajaan Perpaduan semata-mata untuk meraih perhatian politik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat tergempar CEC DAP.Sheikh Umar kemudian mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pemimpin UMNO lain untuk menggantikannya.Mohd Hairi yang juga Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata, kepimpinan UMNO ditentukan ahli parti berdasarkan Perlembagaan dan proses pemilihan, bukannya melalui tekanan atau campur tangan DAP."Sejak bila seorang pemimpin DAP diberikan mandat untuk menentukan siapa yang layak memimpin UMNO?"UMNO tidak pernah membuka tender kepada DAP untuk memilih Presidennya," jelasnya.Menurut beliau, Sheikh Umar sendiri mengakui terdapat anggota CEC DAP yang pada awalnya tidak bersetuju dengan keputusan dibuat berhubung isu Anthony Loke."Jika rumah sendiri masih berserabut, kemaskanlah dahulu |
|
Anwar imbau perjuangan, hargai jasa perintis reformasi - Sinarharian - 20/09 11:22 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimbau kembali perjalanan panjang perjuangan reformasi bersama-sama perintis dan sahabat lama yang melalui pelbagai liku serta pengorbanan.Anwar dalam catatan di Facebook berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan mereka yang bersama-sama memperjuangkan agenda perubahan itu."Mana mungkin saya dan Azizah melupakan jasa dan pengorbanan setiap daripada mereka kerana tanpa kekuatan, keberanian dan semangat juang kalian, tidak mungkin saya berdiri di sini hari ini memikul amanah sebagai Perdana Menteri," kata beliau.Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Selangor International Trade Centre (SITC) di Shah Alam, Selangor hari ini.Anwar bagaimanapun berkata, perjuangan membawa perubahan masih belum selesai dan semangat yang ada perlu terus digilap.Perdana Menteri turut menyeru supaya kekuatan dihimpunkan semula dan semangat perjuangan diwariskan kepada anak-anak, keluarga, sahabat serta generasi seterusnya.Beliau berkata, perjuangan membawa perubahan turut menuntut keberanian, kesabaran dan daya juang yang tidak pernah padam."Usia mungkin bertambah dan langkah mungkin semakin perlahan tetapi semangat jangan sesekali pudar kerana kita pernah jatuh, kalah dan menderita, namun kita juga tahu bagaimana untuk bangkit semula |
|
Jangan guna isu kaum tarik sokongan - Anwar - Sinarharian - 20/09 11:07 pm MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegur parti politik untuk tidak menggunakan isu perkauman bagi menarik sokongan.Beliau berkata, taktik itu sering digunakan jika parti politik berada dalam keadaan terdesak, terutama ketika berlaku dinamika politik yang tidak menguntungkan mereka."Kemudian politiknya simpang-siur, gaduh-gaduh |
|
‘Dari Brunei, Itali dan Kanada, saya sedar siapa sahabat susah senang’ - Kosmo - 20/09 10:56 pm PETALING JAYA – Bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersyukur pelbagai pihak, sahabat dan rakan-rakan termasuk yang berada di luar negara tampil membantu dalam pengumpulan dana RM50 bagi Tabung Solidariti Najib Razak |
|
'Saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama ketika susah, senang' - Rosmah - Sinarharian - 20/09 10:29 pm SHAH ALAM Datin Seri Rosmah Mansor menzahirkan rasa terharu apabila menerima sokongan serta tawaran sumbangan daripada rakan dan sahabat taulan, termasuk dari luar negara susulan perkembangan terkini membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, rakan-rakannya dari Brunei, Itali, Singapura serta Kanada menghubunginya bagi menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan terkini bekas Perdana Menteri itu selain menyatakan hasrat untuk menghulurkan sumbangan."Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga |
|
Kor Ming mahu letak jawatan menteri tapi Anthony Loke 'pujuk' - Sinarharian - 20/09 10:17 pm Kor Ming ketika itu juga mencadangkan supaya mereka meletak jawatan bersama-sama."Katanya tak masuk akal kalau Setiausaha Agung sahaja letak jawatan, bagaimana pula dengan yang lain? Pada awalnya, hampir kesemua ahli CEC DAP berpendapat kalau nak letak jawatan, biarlah bersama. Kalau nak kekal pun biarlah semuanya kekal," ujarnya.Bagaimanapun, kata sumber, Anthony kemudian mempertahankan pendiriannya walaupun berdepan pandangan berbeza dalam mesyuarat tersebut.Tambahnya, Anthony turut menjelaskan keperluan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan sebab pemimpin DAP lain perlu terus kekal berada dalam kerajaan, membuatkan ahli mesyuarat sebulat suara menerima pandangan sedemikian."Kalau Anthony letak jawatan kemudian Kor Ming dan Gobind Singh pula ikut, selepas itu Hannah Yeoh juga, ia sudah jadi peletakan jawatan beramai-ramai," ujarnya.Sumber juga memaklumkan, DAP pada saat itu perlu mencari titik keseimbangan antara tanggungjawab moral dalam politik dengan risiko yang bakal dihadapi."Bukannya kami (DAP) tidak mempertimbangkan implikasi jika keluar sepenuhnya daripada kerajaan."Tetapi, kami berpandangan keadaan sekarang bukan masanya untuk mendorong peletakan jawatan beramai-ramai atau pembubaran Parlimen."Selepas peletakan jawatan secara menyeluruh, masih terdapat banyak kemungkinan lain yang boleh berlaku," jelasnya lagi.Sumber memberitahu, keputusan tegas akhirnya dibuat apabila Anthony meletak jawatan bagi menyatakan pendirian parti, sementara pemimpin DAP lain perlu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik bertunjangkan Pakatan Harapan (PH)."Walaupun Kor Ming yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berdepan desakan daripada beberapa pemimpin Melayu supaya turut meletak jawatan."Anthony akhirnya berjaya meyakinkan semua pihak bahawa jika seseorang perlu tampil mewakili pendirian parti, individu tersebut mestilah pemimpin tertinggi parti iaitu beliau sendiri selaku Setiausaha Agung DAP."Memang Anthony menunjukkan keberanian dengan meletak jawatan, tetapi Kor Ming juga memerlukan keberanian politik yang lebih besar untuk menempuh tekanan dan serangan selepas ini," kata sumber. |
|
Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027 - Mypress - 20/09 10:03 pm PUTATAN Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027 |
|
Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja Anwar - Mypress - 20/09 9:37 pm SHAH ALAM Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) |
|
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan Anwar - Mypress - 20/09 9:32 pm SHAH ALAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan |
|
Jenazah tiga sekeluarga maut dalam kebakaran dikebumi dalam satu liang lahad - Sinarharian - 20/09 9:20 pm IPOH - Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun, di sini awal pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira jam 8.25 malam Ahad.Terdahulu lebih 500 jemaah menunaikan solat jenazah buat Raja Ahmad Raja Ali, 70, Zaitun Mohamed, 64, dan cucu mereka Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18, selepas solat Maghrib di Masjid Jamek Al Amin, Tambun di sini.Kesemua mangsa selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 5.30 petang di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan sejurus selepas itu mereka dibawa ke masjid berkenaan dengan menaiki tiga buah van jenazah.Hujan renyai-renyai menambah suasana pilu di kawasan tanah perkuburan dengan kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan turut mengiringi perjalanan akhir tiga sekeluarga itu.Terdahulu, pasangan suami isteri warga emas dan cucu itu maut dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat, awal pagi tadi.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan pada 4 pagi, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dan Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat kebakaran tersebut namun seorang lagi penghuni Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, terselamat, kerana dipercayai tidur di ruang parkir rumah berkenaan.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada keluarga mangsa kejadian kebakaran tersebut.Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri mewakili Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, kepada wakil keluarga Raja Ikhwan Hadi.- Bernama |
|
Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan - Mypress - 20/09 9:15 pm SHAH ALAM Setiap banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan, namun keputusan berhubung permohonan itu bukan kuasa kerajaan |
|
Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan - Mypress - 20/09 9:08 pm SHAH ALAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu terlebih dahulu mendengar pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung hasratnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Lembaga Pengampunan… |
|
Pengampunan Najib: Anwar nafi buka jalan, setiap banduan berhak kemuka rayuan - Sinarharian - 20/09 8:52 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau membuka jalan bagi pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menegaskan bahawa setiap banduan berhak mengemukakan permohonan pengampunan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan.Anwar berkata, Lembaga Pengampunan mempunyai bidang kuasa untuk menilai sesuatu permohonan dengan mengambil kira nasihat Perdana Menteri dan Peguam Negara di peringkat Kerajaan Persekutuan, manakala keputusan muktamad terletak pada Yang di-Pertuan Agong."Saya sebut setiap banduan berhak mengemukakan (rayuan) dan saya tetap pertahan hak itu kepada sesiapa pun termasuk Datuk Seri Najib, ada hak untuk mengemukakan rayuannya untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong."Ada suara-suara sumbang rakan-rakan kita dulu kata ini (kerja) Pakatan (Harapan)."Saya Perdana Menteri tidak mahu cakap kasar, boleh kritik saya tetapi tidak betul...mereka yang ada dalam kerajaan tahu pendirian saya daripada awalkalau nak menang undi pun bukan dengan cara menipu |
|
Pengampunan Najib: Anwar nafi buka jalan, tegas setiap banduan berhak rayu - FMT - 20/09 8:42 pm Perdana menteri pertahan hak setiap banduan kemuka rayuan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong. |
|
Pengampunan Najib apakah disengajakan? - Msomelayu - 20/09 8:26 pm BACA POLITIK SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook , mengambil tanggungjawab sesuai pendirian parti berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai respons DAP terhadap keputusan tersebut |
|
Kedudukan Raja perlu ikut Perlembagaan, undang-undang - Anwar - Sinarharian - 20/09 8:13 pm SHAH ALAM Kedudukan Raja perlu ditentukan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang, bukan semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada parti yang meletakkan tindakan menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta sokongan rakyat dalam pilihan raya negeri (PRN)."Majlis Kerajaan Negeri bermesyuarat guling Raja, hak siapa? Oh, menang pilihan raya."Masa menang pilihan raya, ada kamu sebut dalam manifesto 'kalau kami menang, kami akan gulingkan Raja.' Tidak ada."Jadi orang bagi sokongan kepada kamu untuk pertahankan sistem Raja, tetapi kamu menang, kamu tolak Raja," katanya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis, pada Ahad.Dalam pada itu beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan, sistem Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan berdasarkan Perlembagaan negeri dan undang-undang, bukannya ditentukan melalui keputusan politik atau parti.Malah menurutnya, jika terdapat mana-mana pihak mempunyai pertikaian atau alasan untuk mencabar kedudukan Raja, perkara itu perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang yang ditetapkan."Kalau ada (pertikaian) di sebaliknya, mulakan jalur undang-undang, bukan di media, bukan melalui parti."Bukan parti yang menentukan siapa Raja tetapi warisan, khazanah, budaya dan Perlembagaan dalam undang-undang," ujarnya.Anwar dalam masa sama berkata, kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan sistem Raja-Raja Melayu dan memastikan perkara berkaitan institusi beraja tidak diputuskan sewenang-wenangnya atas kepentingan politik.Ini kerana jelasnya, sistem Raja mempunyai peraturan dan kaedah tersendiri yang perlu dihormati, termasuk dalam soal menyatakan persetujuan atau bantahan."Sistem Raja itu ada peraturan dan kaedah-kaedah yang menyebabkan ia Raja, cara kita bicara, setuju atau membantah ada kaedahnya |
|
Laporan awal Felda mula didedah minggu depan PM - Sinarharian - 20/09 7:41 pm SHAH ALAM Laporan awal berkaitan isu pengurusan dan tatakelola Felda akan mula didedahkan kepada umum, minggu depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan itu penting bagi menjelaskan persoalan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan kerugian yang ditanggung agensi berkenaan."Minggu depan, mula laporan awal tentang Felda |
|
Pengampunan tidak halang kes 1MDB dan sivil Najib diteruskan - Anwar - Astroawani - 20/09 7:40 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, proses pengampunan tidak bermakna kerajaan akan mengendurkan pendirian dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa. |
|
Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina - Mypress - 20/09 7:38 pm KETUA Wanita PKR, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan… |
|
Tahanan rumah Najib: Anwar tegaskan hormati bidang kuasa Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 20/09 7:21 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa setiap banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan, namun keputusan mengenainya bukan terletak pada kerajaan.Beliau berkata, perkara itu perlu dilihat berdasarkan prinsip Perlembagaan, termasuk dalam isu berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini diberikan pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan.Menurutnya, beliau tetap menghormati hak berkenaan, namun pada masa sama perlu mengambil kira kes-kes Najib yang masih berjalan di mahkamah."Saya tetap pertahankan hak |
|
Letak jawatan menteri: Anwar akan jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai - FMT - 20/09 7:12 pm Perdana menteri berkata, beliau mahu dengar pandangan setiausaha agung DAP itu dahulu sebelum buat keputusan. |
|
Gesaan bubar Parlimen bercanggah pendirian Ahmad Zahid - PKR Kedah - Sinarharian - 20/09 6:52 pm ALOR SETAR - Gesaan UMNO Kedah supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen bercanggah dengan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal.Pengarah Komunikasi PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, gesaan berkenaan juga tidak mempunyai keperluan mendesak ketika Kerajaan Madani masih menjalankan pentadbiran.Menurutnya, UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri, justeru perlu memahami prinsip tanggungjawab kolektif terhadap keputusan serta perjalanan pentadbiran."Kerajaan Madani hari ini masih berfungsi dengan baik dan stabil, malah UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan serta mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri."Jika UMNO turut bersama mentadbir kerajaan, maka mereka juga perlu memahami prinsip tanggungjawab kolektif terhadap keputusan dan perjalanan pentadbiran," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri supaya Perdana Menteri membubarkan Parlimen bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan yang mereka mahukan.Syed Mohd Johan Rizal sebelum ini mendakwa tawaran peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan menambah kekusutan politik negara, selain mendakwa rakyat sudah letih dengan perkembangan politik yang berlebihan.Tunku Nashrul Abaidah berkata, gesaan berkenaan lebih menghairankan kerana ia bercanggah dengan pendirian Ahmad Zahid yang baru-baru ini menegaskan UMNO akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal."Justeru, UMNO Kedah perlu menjelaskan sama ada mereka masih menghormati pendirian Presiden dan komitmen parti sendiri, atau mahu kestabilan negara dikorbankan semata-mata kerana percaturan politik," katanya.Dalam pada itu, beliau yang juga Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri berkata, berada dalam kerajaan bukan sekadar menikmati kedudukan dan kuasa, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.Menurutnya, ketika rakyat mahu kerajaan memberi tumpuan kepada ekonomi, kos sara hidup dan kesejahteraan, isu politik tidak seharusnya mencetuskan ketidaktentuan yang tidak perlu."Keadilan Kedah berpandangan tiada keperluan mendesak untuk Parlimen dibubarkan."Amanah yang ada harus digunakan untuk bekerja dan menyelesaikan masalah rakyat sehingga tamat penggal, bukannya tunduk kepada nafsu politik mana-mana pihak," katanya. |
|
Anwar mahu dengar penjelasan Anthony Loke - Sinarharian - 20/09 6:36 pm Saya faham sebab dia ini orang yang ada prinsip dan dia memang dari awal konsisten bantah aturan yang boleh beri gambaran seolah-olah kita lemah atau longgar terhadap amalan rasuah."Terutama bila kita ambil tindakan lain yang banyak, termasuk rasuah-rasuah kecil. Jadi lebih baiklah saya jumpa dia, dengar pandangan dia dan baru saya boleh bagi keputusan," katanya ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis, di sini pada Ahad.Anthony pada Sabtu dilapor mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah itu menjelaskan, keputusan tersebut dibuat selepas cadangan peletakan jawatan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.Dalam pada itu Anwar memaklumkan, akan bertemu dengan Anthony dalam masa terdekat bagi berbincang lanjut perkara tersebut."Dia pun nak ke Shanghai |
|
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa - Mypress - 20/09 6:33 pm LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk… |
|
[TERKINI] "Rombakan Kabinet menyusul? Satu-satulah - PM Anwar - Astroawani - 20/09 6:30 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. |
|
Kestabilan Kerajaan Ditentukan Mandat Majoriti Dewan Rakyat – AMK - Mydateline - 20/09 6:00 pm Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, memandangkan kestabilan kerajaan ditentukan oleh mandat dan .. |
|
Pengasuh pemangkin ekonomi keluarga, kata Tengku Zafrul - FMT - 20/09 5:47 pm Penasihat kanan politik kepada perdana menteri berkata sektor pengasuhan sebahagian daripada ekosistem sokongan ekonomi dan sosial negara. |
|
Loke pilih jawatan dia sendiri. - Wrlr - 20/09 5:30 pm Bila Anthony Loke umum mahu letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas keputusan pengampunan bersyarat Najib, tiba-tiba satu persoalan lama muncul balik |
|
Dulu bukan main tegas. - Wrlr - 20/09 5:28 pm Ahmad Mursi Dulu bukan main tegas |
|
'Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai sanggup menyumbang' - Yana Najib - Sinarharian - 20/09 5:27 pm KUALA LUMPUR - "Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai yang sanggup menyumbang |
|
Perdana Menteri Salur Bantuan Awal RM5,000 Kepada Mangsa Kebakaran Di Tambun - Mydateline - 20/09 5:00 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyumbangkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada keluarga mangsa kejadiankebakaran yang mengorbankan tiga sekeluargadi Persiaran Desa Tambun 4, .. |
|
Anthony Loke Letak Jawatan? Tapi Siapa Sebenarnya Yang Patut Lakukan? - Wrlr - 20/09 4:57 pm 2 hours ago Siapa yang sepatutnya letak jawatan? Anthony Loke atau Zahid? KATA ANDA, 20 Sep Sebenarnya ramai yang tak setuju sewaktu meeting CEC |
|
PM Anwar Utus Takziah, Salur Sumbangan Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran - Wrlr - 20/09 4:55 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Mohamad Hairul Amir menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Taman Desa Tambun pada 20 September 2026 |
|
Seorang maut, enam parah nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 20/09 4:26 pm KOTA TINGGI - Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 66.6 Lebuhraya Senai-Desaru di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa yang merupakan penumpang Perodua Myvi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.Menurutnya, kemalangan pada jam 11.50 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 21 tahun bersama empat penumpang, Proton Exora dinaiki dua individu serta Mazda CX-30 dipandu lelaki berusia 30 tahun."Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan Proton Exora dari arah bertentangan."Proton Exora kemudiannya dilanggar Mazda CX-30 dari arah belakang, namun pemandu Mazda tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Yusof berkata, pemandu dan empat penumpang Perodua Myvi serta dua individu yang menaiki Proton Exora mengalami kecederaan parah.Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke HSI, Hospital Kota Tinggi dan Hospital Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Keluarga mangsa nahas helikopter FDS terima bantuan PEKA - Sinarharian - 20/09 4:17 pm KUCHING - Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyampaikan sumbangan Pemberian Ehsan kepada Keluarga/Mangsa Bencana (PEKA) kepada keluarga mendiang Debra Moset, jururawat yang maut dalam tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram pada 8 September lalu.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu disalurkan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga mangsa."Dalam keadaan seperti ini, kehadiran dan perhatian kita amat penting agar keluarga yang sedang berduka tidak berasa bersendirian."Kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba bukan sesuatu yang mudah untuk diterima."Sumbangan ini tidak mampu menggantikan nyawa yang telah pergi, namun saya berharap ia dapat membantu meringankan sedikit beban keluarga dalam menghadapi waktu yang amat sukar ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, Nancy yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN menziarahi keluarga mendiang di Kampung Semadang, Padawan.Dalam lawatan tersebut, keluarga mendiang turut menerima khidmat kaunseling dan sokongan psikologi daripada kaunselor Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN, selain sumbangan bakul makanan.Ibu mendiang pula disyorkan menerima Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan mulai Oktober ini.Manakala, adik bongsu mendiang, Ponis Moses yang merupakan individu kurang upaya fizikal turut didaftarkan untuk menerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).Sementara itu, bantuan PEKA turut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Maziah Che Yusoff kepada keluarga Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamaruddin di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, Jumaat lalu.Bantuan sama turut diselaraskan untuk disampaikan kepada keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham di Senawang, Negeri Sembilan dan keluarga mendiang Alexson Adit Henry serta Jessie Paya Jok di Miri, Sarawak. |
|
AMK sangkal dakwaan kerajaan Madani 'hampir karam', tolak gesaan bubar Parlimen - Sinarharian - 20/09 4:09 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, memandangkan kestabilan kerajaan ditentukan oleh mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat.Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, gesaan beberapa pihak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen, tidak mencerminkan kedudukan Kerajaan MADANI ketika ini."Kestabilan sesebuah kerajaan ditentukan oleh mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat, bukan oleh sentimen atau gesaan mana-mana pemimpin peringkat negeri |
|
Muatan besi cerucuk dibawa lori terjatuh ketika membelok - Sinarharian - 20/09 4:06 pm KLANG - Muatan besi cerucuk yang dibawa sebuah lori terjatuh di jalan sebelum terkena bahagian hadapan kanan sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan Jalan Kapar-Persiaran Hamzah Alang di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta.Menurutnya, siasatan mendapati lori dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan dari Jalan Kapar menghala ke Meru."Siasatan awal mendapati, semasa membelok ke kiri, berlaku masalah teknikal pada bahagian belakang lori sehingga menyebabkan muatan besi cerucuk terjatuh ke atas jalan dan terkena bahagian hadapan sebelah kanan kereta yang dipandu wanita berusia lingkungan 40-an."Kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kesesakan jalan raya dipercayai berpunca akibat sebuah lori yang membawa muatan besi cerucuk.Ramsayberkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 94 dan 170/59."Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Sarjan Mohammad Mohd Kodin di talian 011-23831459 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Anak nelayan jangan takut pasang impian besar, Mat Sabu cabar ceburi pertanian moden - Mydateline - 20/09 4:00 pm Latar belakang keluarga bukan penghalang untuk anak-anak nelayan mengejar impian besar, termasuk menceburi bidang pertanian moden, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad .. |
|
Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib bermula esok - Mkini - 20/09 3:46 pm Ia bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan bekas perdana menteri itu sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediamannya dilaksanakan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |