///
See Also: Shutterstock

Search : Maszlee Malik News   Page 1    



PH perlu perjelas gagal tunai janji lama sebelum tawar janji baharu... - Mygazette - 8/07 8:10 am

# PH perlu perjelas gagal tunai janji lama sebelum tawar janji baharu -PPP JOHOR BAHRU Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan dialog menjelaskan mengapa janji Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya terdahulu masih tidak ditunaikan





Pengundi muda pilih idea, bukan retorik politik – Maszlee - Mygazette - 8/07 8:10 am

# Pengundi muda pilih idea, bukan retorik politik - Maszlee JOHOR BAHRU - Pengundi muda kini lebih cenderung menilai idea, dasar serta kemampuan calon sebelum membuat keputusan di peti undi dan tidak lagi mudah dipengaruhi dengan retorik politik. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, perubahan itu jelas dapat dilihat sepanjang tempoh berkempen apabila golongan muda lebih gemar menyertai sesi dialog dan mengemukakan pelbagai soalan berbanding hanya mendengar ceramah politik





Maszlee persoal justifikasi PRN Johor, dakwa rakyat tidak mahu dipermainkan - Sinarharian - 8/07 2:26 am

JOHOR BAHRU Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan justifikasi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika rakyat masih berdepan cabaran kos sara hidup.Beliau berkata, keadaan semasa memerlukan tumpuan diberikan kepada agenda pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, bukannya mengadakan pilihan raya semata-mata bagi mendapatkan kuasa tambahan."Apakah justifikasi? Apakah keperluan dikala rakyat sedang bergelut dengan kehidupan, dikala negara sedang rancak membangunkan ekonomi dan juga menyelamatkan rakyat."Tiba-tiba diadakan pilihan raya, semata-mata untuk dapat keseluruhannya, seolah-olah kuasa yang ada, mandat yang telah rakyat diberikan tak cukup," katanya ketika Dialog Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Auditorium Permata Sari, RTM di sini pada Selasa.Beliau turut mendakwa rakyat hanya dijadikan percaturan oleh kelompok politik tertentu, terutama apabila terdapat dakwaan yang mengaitkan kemenangan besar dalam pilihan raya dengan pembebasan individu tertentu daripada penjara.Menurutnya, rakyat Johor tidak seharusnya diperlakukan sebagai alat untuk memenuhi kepentingan politik mana-mana pihak."Jadi orang kata, kami rakyat menjadi bidak di papan catur hanya untuk melepaskan seorang daripada penjara saja."(Sebaliknya) Rakyat inginkan kestabilan, mereka mahu kehidupan lebih baik, bukan hanya untuk memuaskan nafsu sekelompok politik yang mahukan kuasa lebih," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu dimanfaatkan bagi meneruskan agenda pembangunan sehingga tamat penggal pentadbiran.Katanya, banyak agenda pusat yang dibawa ke Johor sepatutnya memberikan manfaat kepada rakyat sekiranya wujud keselarasan antara kedua-dua kerajaan.Ujarnya, rakyat Johor tidak mudah dipermainkan dan akan menggunakan hak mereka pada hari pengundian bagi menyuarakan suara rakyat.





'Isu lama, peribadi dibangkit kerana mereka ketandusan hujah' Maszlee - Sinarharian - 8/07 2:15 am

JOHOR BAHRU Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pendekatan politik baharu sepatutnya memberikan tumpuan kepada perbahasan manifesto dan dasar, bukannya terus mengungkit isu peribadi serta isu-isu lama.Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, isu-isu berkenaan dibawakan oleh golongan yang ketandusan hujah."Kita bincangkan tentang manifesto, kita bincangkan tentang dasar, kita bincangkan apa yang kita boleh bawakan kepada rakyat."Tetapi bagi golongan yang ketandusan hujah mereka mencari isu-isu peribadi dan cerita lama yang sebenarnya sudah selesai," katanya ketika Dialog Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Auditorium Permata Sari, RTM di sini pada Selasa.Mengulas isu tol Simpang Renggam yang kembali dibangkitkan, Maszlee berkata, perkara itu merupakan manifesto PH pada 2018, ketika kerajaan itu hanya bertahan dalam tempoh singkat.Beliau juga telah memohon maaf berhubung perkara tersebut dan tidak melihat keperluan untuk isu berkenaan terus dijadikan bahan kempen."Kalau dibandingkan satu isu tol itu dengan 10 janji Barisan Nasional (BN) Johor pada tahun 2022 menjelang PRN yang mereka tidak laksanakan, kenapa tidak timbulkan isu itu?"Kalau ingin berlaku adil, timbulkan isu itu dan jawab kenapa janji-janji dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan," katanya.Dalam pada itu, mengenai isu lakonannya sebagai watak seorang Perdana Menteri yang dipenjarakan dalam sebuah filem, yang menurutnya telah diselesaikan apabila beliau membuat permohonan maaf dan meminta pihak penerbit memotong babak berkenaan.Selain itu, Maszlee turut menyentuh isu pemakaian kasut hitam di sekolah yang juga menjadi perdebatan."Tanyalah kepada ibu bapa siapa yang tidak setuju kasut hitam, yang tidak setuju hanya netizen yang anak-anak mereka sendiri pun pakai kasut hitam," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, tumpuannya ketika ini ialah memberikan yang terbaik kepada penduduk Puteri Wangsa, memahami keresahan rakyat dan bersama-sama rakyat menjadikan Dun Puteri Wangsa sebagai Dun contoh serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk."Tekad saya juga adalah bersama rakan-rakan PH membawa Johor ke arah kemakmuran yang dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, bukan hanya golongan elit tetapi juga rakyat bawahan yang bekerja, bertani dan berkebun," katanya.





Hubungan baik kerajaan negeri, Persekutuan perlu dimanfaatkan hingga tamat penggal - Maszlee - Sinarharian - 8/07 12:27 am

JOHOR BAHRU - Hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan negeri wajar dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneruskan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat sehingga tamat penggal pentadbiran.Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, dalam keadaan negara berdepan pelbagai cabaran global, tumpuan semua pihak seharusnya diberikan kepada usaha memperkukuh ekonomi dan memenuhi keperluan rakyat."Mengapa dikala pertumbuhan ekonomi semakin baik, mengapa dikala berlakunya krisis global, dengan kita punya pelaburan semakin ramai datang...tidak ada sebab untuk diadakan pilihan raya (sebab) menelan kos dan mengambil waktu."Walhal sepatutnya yang berlaku ialah semua pihak berpadu, letakkan ke tepi perbezaan dahulu, kita jayakan agenda sehingga ke hujung penggal, yang penting selamatkan rakyat, pentingkan makan pakai rakyat, keperluan mereka, pendidikan dan kesihatan mereka ini keutamaan," katanya ketika Dialog Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Auditorium Permata Sari RTM pada Selasa.Menurut beliau, petunjuk ekonomi negara menunjukkan perkembangan yang baik termasuk dari segi kemasukan pelaburan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat.Sehubungan itu, Maszlee mempersoalkan kewajaran PRN Johor diadakan ketika pelbagai agenda pembangunan sedang berjalan dan hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berada dalam keadaan baik.Ujarnya, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak sepatutnya dimanfaatkan untuk memastikan pelaksanaan dasar dan pembangunan dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.Pada masa sama beliau berkata, rakyat lebih mengutamakan kestabilan serta penyelesaian terhadap isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka seperti kos sara hidup, perumahan, pendidikan dan kesihatan."Rakyat Johor mahukan kemakmuran negeri dan bukannya hanya memikirkan kepentingan kelompok tertentu," ujarnya.





'Debat politik permintaan rakyat, bukan saya mendesak' - Maszlee - Sinarharian - 8/07 12:04 am

JOHOR BAHRU Calon Pakatan Harapan (PH), Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menegaskan cadangan mengadakan debat politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan datang daripadanya.Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, debat politik merupakan permintaan generasi muda dan rakyat yang mahu mendengar sendiri tawaran daripada parti yang bertanding."Saya membaca laporan yang memberi gambaran seolah-olah saya yang mendesaknya."Hakikatnya, selepas penamaan calon, ramai netizen meminta diadakan debat antara wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)."Rakyat mahu mendengar sendiri hala tuju yang ditawarkan dan membuat penilaian berdasarkan hujah kedua-dua pihak," katanya pada sesi Dialog PRN Johor anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro AWANI dan Sinar Harian di Auditorium RTM, Jabatan Penyiaran Negeri Johor di sini pada malam Selasa.Program berkenaan tetap diteruskan seperti dijadualkan meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan tidak dapat menghadiri program berkenaan kerana mempunyai komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.Maszlee berkata, amalan debat politik sudah lama menjadi kebiasaan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, malah ahli politik di negara tersebut dinilai berdasarkan kemampuan mempertahankan dasar serta idea mereka.Menurutnya, alasan bahawa debat bukan budaya di sini atau hanya sesuai jika melibatkan calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama tidak seharusnya dijadikan halangan."Apa yang ingin dibincangkan ialah masa depan Johor, bukannya isu sebuah DUN semata-mata."Saya sentiasa terbuka kepada apa juga bentuk dialog atau perbincangan yang menghargai pemikiran dan maruah rakyat," katanya.Maszlee turut mengingatkan rakyat kini semakin matang dan tidak lagi boleh dipandang rendah dalam membuat keputusan politik.Beliau berkata, politik baharu perlu memberi ruang kepada rakyat menilai hujah, dasar dan idea secara terbuka, berbeza dengan politik lama yang menurutnya lebih cenderung mengelakkan perbahasan serta persoalan daripada rakyat."Politik baharu menghargai pemikiran rakyat, mengangkat maruah mereka dan menggalakkan rakyat menilai dasar secara matang."Kita perlu meninggalkan politik lapuk dan menyambut politik yang benar-benar berpaksikan rakyat," katanya.





Lebih ramai keluar mengundi, lebih kukuh mandat Johor, kata Maszlee - FMT - 8/07 12:03 am

Calon PH di DUN Puteri Wangsa berkata, penyertaan tinggi pengundi akan pastikan kerajaan negeri baharu dapat sokongan penuh rakyat.





Lebih ramai keluar mengundi, lebih kukuh mandat Johor, kata Maszlee - Hotfm - 8/07 12:03 am

Calon PH di DUN Puteri Wangsa berkata, penyertaan tinggi pengundi akan pastikan kerajaan negeri baharu dapat sokongan penuh rakyat.





Higher voter turnout key to stronger Johor mandate, says Maszlee - FMT - 7/07 11:46 pm

The Pakatan Harapan candidate for Puteri Wangsa says high participation will ensure the next state government has the peoples full backing.





Manifesto PH boleh dipantau rakyat, bukan sekadar himpunan janji politik - Maszlee Malik - Sinarharian - 7/07 11:22 pm

JOHOR BAHRU Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menegaskan manifesto yang ditawarkan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disusun berdasarkan keperluan rakyat dan disertakan mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap janji dapat dilaksanakan.Menurutnya, manifesto PH bukan sekadar himpunan janji politik, sebaliknya mengandungi komitmen yang boleh diukur, dipantau dan dinilai oleh rakyat sepanjang tempoh pentadbiran.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin"Manifesto ini mempunyai sasaran yang jelas dan boleh dipantau rakyat."Kita bercadang mewujudkan 'dashboard' supaya rakyat dapat melihat sendiri perkembangan setiap janji yang dibuat, bukannya hanya menunggu sehingga tamat penggal," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton ketika Dialog PRN Johor yang berlangsung di Auditorium RTM Jabatan Penyiaran Negeri di sini pada malam Selasa.Maszlee berkata, pendekatan itu pernah dilaksanakan ketika beliau menerajui Kementerian Pendidikan menerusi sistem pemantauan pembinaan sekolah daif yang boleh diakses orang ramai.Jelasnya, peruntukan Persekutuan kepada Johor meningkat daripada RM10.2 bilion kepada RM14.6 bilion di bawah pentadbiran Perdana Menteri, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan pusat terhadap pembangunan negeri.Mengulas manifesto PH Johor, Pakatan Harapan (PH) yakin sasaran membina 80,000 rumah mampu milik di Johor dalam tempoh lima tahun mampu direalisasikan menerusi kerjasama strategik awam-swasta (PPP/PFI), selain mendapat sokongan agensi kerajaan Persekutuan."Kenaikan harga rumah akibat permintaan tinggi menyebabkan ramai pasangan muda dan pembeli rumah pertama semakin sukar memiliki kediaman sendiri."Sebab itu kita menawarkan bantuan deposit rumah pertama sehingga RM8,000, skim sewa untuk milik serta pembinaan 80,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun," katanya.PH pada Jumaat melancarkan Manifesto Harapan Johor bertemakan "Johor Untuk Semua" yang menawarkan 10 tekad dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan rakyat, akses kepada perumahan, pembangunan modal insan dan usaha memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh.





Peratusan keluar mengundi tinggi mampu beri kelebihan kepada PH - Maszlee Malik - Sinarharian - 7/07 11:12 pm

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik yakin peratusan keluar mengundi yang tinggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini mampu memberi kelebihan kepada gabungan berkenaan.Justeru beliau berkata, tumpuan utama jentera PH sepanjang baki tempoh berkempen adalah menggalakkan seramai mungkin pengundi keluar, termasuk mereka yang berada di luar kawasan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu"Lagi besar yang keluar mengundi, lagi bagus kerana itu mencerminkan mandat dan kehendak sebenar rakyat."Kami berharap lebih ramai rakyat akan keluar mengundi kerana kami percaya mereka yang mengangkat agenda rakyat akan mendapat sokongan lebih besar," katanya.Beliau berkata demikian selepas Dialog PRN Johor di Auditorium RTM, Jabatan Penyiaran Negeri Johor pada Selasa.Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Mengulas penganjuran dialog berkenaan, bekas Menteri Pendidikan itu berkata, program seumpama itu wajar diteruskan walaupun selepas PRN Johor berakhir."Debat ini mampu memupuk budaya politik yang lebih matang dengan memberi ruang kepada rakyat menilai pemimpin berdasarkan hujah, fakta dan bukti."Kita ingin hidupkan budaya dialog dan budaya debat politik untuk mematangkan rakyat supaya mereka membuat pilihan berdasarkan hujah, fakta dan bukti, bukan sekadar sentimen atau emosi," katanya.





Onn Hafiz's debate snub unlikely to hurt campaign, analysts say - Sinardaily - 7/07 5:56 pm

SHAH ALAM Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazis refusal to debate Pakatan Harapan (PH) candidate Dr Maszlee Malik is not a missed opportunity, as he has other platforms to engage voters, political analysts said.Political analyst Dr Oh Ei Sun said Onns decision should not be interpreted as a sign that he was afraid of facing Maszlee or lacked confidence in his ability to communicate publicly.He said the decision was likely influenced by Barisan Nasionals confidence in its electoral position in Johor, rather than a reluctance to engage with opposition voices."I think mainly it is that Onn and BN are quite confident of their impending sweeping victory and do not see the need to 'elevate' Maszlee up to an Menteri Besar-equivalent status by entertaining his debate request," he told Sinar Daily.Political analyst Arif Anwar Lokmanol Hakim said the rejection would not significantly affect Onns campaign, as he has various other avenues to engage with voters.There are many other ways for him to engage with voters





Akmal persoal alasan PH gagal tunaikan janji hapus tol - Sinarharian - 7/07 3:51 pm

SHAH ALAM -Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak alasan diberikan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berhubung kegagalan PH menunaikan janji menghapuskan tol dengan menyifatkan alasan tempoh pemerintahan selama 22 bulan tidak lagi boleh dijadikan sandaran.Beliau berkata, PH kembali membentuk kerajaan sejak November 2022 apabila Pengerusinya dilantik sebagai Perdana Menteri menjadikan tempoh pentadbiran kerajaan ketika ini mencecah kira-kira 44 bulan.Menurutnya, sehingga kini rakyat masih perlu membayar tol meskipun janji berhubung perkara itu pernah menjadi antara manifesto PH."Kalau 22 bulan tidak cukup, tetapi hari ini PH telah menjadi kerajaan dan Pengerusi PH sudah menjadi Perdana Menteri bermula November 2022."Kalau dikirakan, hari ini sudah masuk bulan ke-44 menjadi kerajaan dan Perdana Menteri, tapi tol masih ada dan rakyat masih ditipu sehingga hari ini," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Dr Muhamad Akmal berkata, rakyat berhak mempersoalkan bila janji tersebut akan ditunaikan memandangkan kerajaan PH kini mempunyai tempoh pentadbiran yang lebih panjang berbanding ketika mentadbir selama 22 bulan sebelum ini."Berapa lama lagi rakyat perlu ditipu oleh kamu? 100 tahun? 200 tahun? Moga bangsa Johor tolak penipu," katanya.Terdahulu, Maszlee dilaporkan menjelaskan kegagalan PH menghapuskan tol ketika mentadbir dari 2018 hingga 2020 berpunca daripada tempoh pentadbiran yang singkat iaitu hanya 22 bulan.Menurut Maszlee, ketika itu beliau merupakan Menteri Pendidikan dan bukannya Menteri Kerja Raya, justeru perkara berkaitan penghapusan tol berada di bawah bidang kuasa kementerian lain."Bidang kuasa itu di peringkat pusat





198 anggota polis Puteri Wangsa mengundi awal - Mygazette - 7/07 3:32 pm

Turut hadir meninjau proses pengundian ialah calon-calon yang bertanding di DUN Puteri Wangsa. Calon MUDA, Rashifa Aljunied, antara yang terawal tiba di pusat mengundi, diikuti calon Bebas, Wang Wee Siong, sebelum disusuli calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik namun kelibat calon Bersama tidak kelihatan ketika artikel ditulis





Maszlee not up to Onn Hafizs standard, says Tok Mat - FMT - 7/07 3:03 pm

BN No 2 suggests that the PKR candidate take part in a dialogue with an Umno division leader instead.





Bukan standard Maszlee debat dengan Onn Hafiz, kata Tok Mat - FMT - 7/07 2:39 pm

Timbalan Presiden Umno berkata pihak lawan ketandusan isu untuk dijadikan modal kempen selepas gagal mempertikaikan prestasi kerajaan negeri diterajui BN.





No need for debate with Maszlee as we are contesting different seats - Onn Hafiz - Sinardaily - 7/07 11:24 am

BATU PAHAT Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi has maintained that there is no reason for him to take part in the Johor state election dialogue with Pakatan Harapan (PH) candidate Dr Maszlee Malik, as they are contesting different state seats.He pointed out that Maszlee is contesting the Puteri Wangsa state seat, while he is defending the Machap seat."I am not contesting against him in Simpang Renggam





Maszlee mahu dialog terbuka bantu pengundi buat pilihan - FMT - 7/07 10:36 am

Calon PH itu berkata dialog dapat bantu pengundi membezakan fakta dan fiksyen.





Maszlee wants open dialogue to help voters choose - FMT - 7/07 10:30 am

The PH candidate says it would help voters separate facts from fiction, citing encounters with fear and misinformation on the campaign trail.





Belgium ranapkan impian AS di Seattle - Sinarharian - 7/07 10:28 am

BELGIUM menamatkan perjalanan Amerika Syarikat (AS) di Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan meyakinkan 4-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Seattle, sekali gus mara ke suku akhir.Tampil di hadapan penyokong sendiri, AS gagal mengekang ketajaman skuad Red Devils yang menghukum setiap kelekaan pertahanan menerusi persembahan klinikal sepanjang perlawanan.Charles De Ketelaere muncul watak utama Belgium apabila meledak dua gol pada minit kesembilan dan ke-33 untuk memberikan pasukannya kelebihan awal.AS cuba menghidupkan peluang apabila Malik Tillman merapatkan jurang menerusi sepakan percuma pada minit ke-31, namun jaringan itu tidak cukup untuk menggugat Belgium yang terus mengawal permainan.Memasuki babak kedua, Belgium terus memperlihatkan dominasi apabila Hans Vanaken menambah gol ketiga pada minit ke-57, sekali gus meletakkan tekanan besar ke atas tuan rumah yang memburu kebangkitan.Segala harapan AS untuk kembali dalam perlawanan akhirnya terkubur apabila Romelu Lukaku melengkapkan kemenangan besar Belgium menerusi jaringan pada minit ke-93.Kemenangan itu membawa Belgium ke kelompok lapan terbaik dan menempah pertemuan dengan Sepanyol dalam aksi suku akhir.





Maszlee mahu jadikan Puteri Wangsa lebih mesra OKU - FMT - 7/07 9:49 am

Calon PH itu berkata Johor tidak mempunyai dasar khusus untuk golongan orang kurang upaya.





Maszlee pledges disability-friendly Puteri Wangsa if elected - FMT - 7/07 9:19 am

The PH candidate says Johor needs a complete rethink of how it supports people with disabilities.





Maszlee dan apam kering - FMT - 7/07 9:00 am

Pengundi cerdik tidak akan mudah dipengaruhi oleh potongan video beberapa saat, permainan propaganda dan sentimen ketaasuban.





Debat Onn Hafiz-Maszlee hanya buang masa-Tok Mat Debat Onn Hafiz-Maszlee .. - Mygazette - 7/07 8:01 am

ISKANDAR PUTERI - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan cadangan debat antara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Dr Maszlee Malik hanya buang masa





Onn Hafiz enggan layan cabaran debat, minta Maszlee lunaskan janji Simpang .. - Mygazette - 7/07 8:01 am

# Onn Hafiz enggan layan cabaran debat, minta Maszlee lunaskan janji Simpang Renggam BATU PAHAT Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak berminat menyahut cabaran berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





Dialog PRN: Maszlee patut dialog dengan calon di Puteri Wangsa - Onn Hafiz - Sinarharian - 6/07 8:52 pm

BATU PAHAT [KEMAS KINI] Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan tiada keperluan untuk beliau menyertai Dialog Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bersama calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik kerana kedua-duanya tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama.Menurut beliau, Maszlee bertanding di DUN Puteri Wangsa, manakala beliau mempertahankan kerusi DUN Machap."Saya bukan berlawan dengan dia di Simpang Renggam





No need for dialogue, Im not standing against you, Onn Hafiz tells Maszlee - FMT - 6/07 8:44 pm

The Johor BN chief says the PH candidate for Puteri Wangsa should pick those vying for the seat.





Maszlee tak lawan di Machap punca Onn Hafiz tolak dialog - FMT - 6/07 8:13 pm

Pengerusi BN Johor berkata bekas menteri pendidikan itu sepatutnya berdialog dengan lawannya di Puteri Wangsa.





Bercelarunya Pas, nak Melayu bersatu tapi arah ahli pangkah MCA bukan calon Melayu PH - Harapandaily - 6/07 12:10 am

Oleh NORMAN RADZUAN Pas dan Bersatu bersama dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi Pas suruh ahlinya pangkah MCA bukan Bersatu? Pas kata nak Melayu bersatu tapi Pas suruh pangkah Cina MCA bukan Melayu PH, Dr Maszlee Malik? Dalam masa sama, Pas suruh pangkah BN, tapi Pas juga bertanding 11 kerusi di DUN Johor





SNAPSHOT Anwar says only wants non-corrupt as leaders; no Onn-Maszlee debate on TV - Mkini - 6/07 9:08 am

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





Dialog PRN Johor diteruskan tanpa Onn Hafiz pada Selasa - Mkini - 6/07 8:15 am

Antara yang dijangka hadir ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan calon PH bagi kerusiPuteri Wangsa, Maszlee Malik.





Onn Hafiz tak hadir tapi dialog tetap diteruskan - Hotfm - 5/07 8:45 pm

Penganjur memaklumkan panel lain sedang dipelawa menyertai sesi dialog bersama calon Pakatan Harapan Maszlee Malik.





Onn Hafiz tak hadir tapi dialog tetap diteruskan - FMT - 5/07 8:45 pm

Penganjur memaklumkan panel lain sedang dipelawa menyertai sesi dialog bersama calon Pakatan Harapan Maszlee Malik.





Onn Hafiz not available but dialogue will go on - FMT - 5/07 8:17 pm

The organisers said they are now looking for others to be on the panel with PH election candidate Maszlee Malik.





Maszlee setuju, Onn Hafiz tak dapat hadir, Dialog PRN Johor tetap diteruskan - Sinarharian - 5/07 7:03 pm

SHAH ALAM - Dialog PRN Johor anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro AWANI dan Sinar Harian akan diteruskan seperti dijadualkan pada Selasa ini meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan tidak dapat menghadiri program berkenaan kerana mempunyai komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.Pihak penganjur memaklumkan mereka menghormati keputusan Onn Hafiz, namun berpendapat dialog tersebut wajar diteruskan bagi menyediakan platform kepada rakyat mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."RTM, AWANI dan Sinar Harian menghormati keputusan Onn Hafiz yang tidak dapat memenuhi jemputan kerana mempunyai komitmen yang telah dijadualkan lebih awal."Bagaimanapun, Dialog PRN Johor akan diteruskan seperti yang dirancang."Kami juga sedang berusaha menjemput panel lain yang bersesuaian bagi memastikan objektif program ini untuk menyuburkan budaya demokrasi dan wacana yang matang terus dapat dilaksanakan," katanya.Terdahulu, pasukan Onn Hafiz memaklumkan Menteri Besar Johor itu tidak dapat menghadiri dialog tersebut."Terima kasih atas jemputan, walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dapat menyertainya kerana perlu menghadiri program lain yang telah dijadualkan lebih awal.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'"RTM, AWANI dan Sinar Harian mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjemput calon-calon bertanding di Puteri Wangsa supaya sesi dialog lebih fokus untuk pengundi di kerusi berkenaan," kata salah seorang pegawai Onn Hafiz kepada penganjur.Sebelum itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mengesahkan penyertaannya dalam sesi dialog berkenaan.Menerusi jawapan kepada surat jemputan yang dihantar penganjur, beliau bersetuju untuk menjadi tetamu pada sesi dialog itu."Dengan rendah hati saya menerima undangan tersebut dan menantikan peluang untuk menyertai dialog tersebut," katanya menjawab kepada surat jemputan penganjur.ARTIKEL BERKAITAN: PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluSebelum ini, RTM, Astro AWANI dan Sinar Harian mengemukakan jemputan rasmi kepada Onn Hafiz dan Maszlee bagi menyertai Dialog PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 7 Julai, dari jam 9 malam hingga 10 malam di RTM Johor, Johor Bahru.Menurut surat jemputan itu, dialog selama sejam berkenaan bertujuan memberikan ruang yang adil dan seimbang kepada kedua-dua tokoh untuk berkongsi visi, dasar, keutamaan serta penyelesaian terhadap isu-isu yang menjadi perhatian rakyat Johor.Penganjur turut menjelaskan bahawa sesi itu bukan bertujuan mewujudkan konfrontasi politik, sebaliknya mengangkat budaya wacana yang berfakta, berhemah dan berorientasikan penyelesaian, sekali gus membantu rakyat membuat penilaian yang lebih bermaklumat menjelang hari pengundian.





Saya belum buat keputusan sertai parti mana – Puad - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Pada program tersebut, beliau dan Anwar bersalaman dan berpelukan sebelum Mohd Puad dilihat duduk bersebelahan Anwar. Dalam ucapannya, penyandang kerusi DUN Rengit itu berkata, beliau hadir sebagai satu sokongan kepada calon PH bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik selain sebagai sahabat lama Anwar





Puad hadir program PH, Anwar sambut dengan pelukan - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Kehadiran bekas Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO itu turut disambut Perdana Menteri yang bersalaman dan berpelukan ketika tiba ke program tersebut pukul 9.40 malam. Mohd Puad berkata, kehadirannya ke program tersebut bagi memenuhi jemputan rakannya selain menyatakan sokongan kepada calon PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Dr Maszlee Malik





Puad Zarkashi belum fikir sertai parti baharu - Sinarharian - 5/07 12:03 am

JOHOR BAHRU Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan UMNO.Menurut bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu, fokusnya ketika ini bukan kepada politik kepartian, sebaliknya kepada usaha memperjuangkan politik yang lebih seimbang dan bebas."Saya tidak bincang lagi dan saya tidak fikir apa-apa. ALLAH sahaja yang tahu," katanya ketika ditemui pada program Dialog Terbuka Belia Johor anjuran Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau di sini, malam Sabtu.Kehadiran beliau pada majlis tersebut mencuri perhatian apabila disambut mesra oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersalaman sebelum kedua-duanya berpelukan.Dalam ucapannya, penyandang kerusi DUN Rengit itu berkata, beliau hadir sebagai satu sokongan kepada calon PH bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik selain sebagai sahabat lama Anwar.Mohd Puad berkata, keputusannya untuk hadir bukan sesuatu yang mudah, namun dilakukan kerana PH dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan."Bukan senang nak pujuk saya, saya datang kerana beliau (Anwar) sahabat lama





"Be more like KJ": Fahmi takes swipe at Onn Hafizs campaign style - Sinardaily - 5/07 11:35 am

SHAH ALAM - Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi should take a page out of Khairy Jamaluddins playbook if he wants to convince voters he is ready for a political fight, according to Pakatan Harapan communications director Datuk Fahmi Fadzil.In a pointed jab at the Barisan Nasional leader, Fahmi said former Umno Youth chief Khairy appeared to be campaigning with far more intensity than Onn Hafiz himself and suggested the Johor Menteri Besar lacked the same willingness to engage opponents publicly."From what I can see, Khairy is campaigning harder than Onn Hafiz," Fahmi told reporters on Saturday. "Knowing Khairy, he would probably be willing to debate Maszlee Malik





PRN Johor: PH beri keutamaan kepada kerusi sasaran, trend sokongan meningkat - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 5/07 11:22 am

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) melaksanakan strategi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mengelaskan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tahap keutamaan berdasarkan trend sokongan semasa di lapangan.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 'gred' atau penarafan itu diberikan bagi memastikan tumpuan khusus dapat disalurkan kepada kawasan sasaran berdasarkan profil dan cabaran berbeza di setiap DUN."Kita memberikan penarafan terhadap kawasan dari permulaan kita masuk, Puteri Wangsa tentunya tidak sama dengan Johor Lama misalnya atau Larkin tentu tidak sama dengan Endau."Jadi kita mempunyai beberapa kelompok kawasan yang diberikan penarafan keutamaan," katanya kepada pemberita selepas menyantuni masyarakat Cina dalam sesi sarapan pagi bersama-sama calon DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik di sini pada Ahad.Saifuddin Nasution yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR berkata, peningkatan sokongan kepada PH didorong oleh keberkesanan strategi kempen selain kenyataan politik pihak lawan yang memberi kelebihan kepada gabungan tersebut.Sebagai contoh, beliau berkata, tindakan Pas yang hanya bertanding di 11 kerusi meminta penyokong mereka untuk menyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan lain, sebagai faktor yang memberi kesan terhadap sokongan kepada PH.Sebaliknya, PH menurut beliau mengambil pendekatan lebih telus dengan mengumumkan pembahagian kerusi secara jelas dan menawarkan manifesto munasabah yang mampu dilaksanakan."Corak sokongan yang meyakinkan itu disumbangkan oleh strategi kempen yang diatur oleh PH (dan) kenyataan-kenyataan politik daripada pihak lawan," katanya.Saifuddin Nasution turut menyifatkan kehadiran bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada siri ceramah bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Ulu Tiram, semalam sebagai nilai tambah kepada momentum PH.Pada masa sama, beliau menyifatkan Maszlee sebagai calon yang berkelayakan dan aset penting kepada PH sekiranya gabungan itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri pada PRN Johor.PRN Johor menyaksikan PH meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN terdiri daripada 20 wakil PKR, Amanah (19) dan DAP (17).PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai manakala pengundian awal pada 7 Julai - BernamaINFON41:Puteri Wangsa: 128,723 pengundi1





'Saya hadir sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan' - Puad Zarkashi - Sinarharian - 5/07 11:03 am

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan kehadiran beliau dalam sebuah program Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau, Johor pada malam Sabtu atas kapasiti sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan.Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, beliau sejak awal lagi menyokong penubuhan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ya, malam tadi saya naik pentas PH di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH dari PKR Dr Maszlee Malik





Puad naik pentas ceramah Anwar, sokong calon PH-Maszlee - Mkini - 5/07 9:10 am

"Saya akan meneruskan keberanian politik ini, supaya politik yang lebih seimbang dan bebas di Johor ini dapat kita perjuangkan, kata bekas ahli MKT Umno itu.





Puad, Anwar stump for Maszlee at Harapan ceramah - Mkini - 5/07 9:10 am

JOHOR POLLS Ex-Umno man says it's a personal show of support rather than political realignment.





Kini Puad sokong Maszlee, anggap layak jadi wakil rakyat - FMT - 5/07 8:54 am

Bekas pemimpin Umno berkata DUN Johor memerlukan wakil rakyat seperti bekas menteri pendidikan Maszlee Malik.





After backing Amanah candidate, Puad endorses PKRs Maszlee - FMT - 5/07 8:39 am

The former Umno leader, however, expects brickbats for backing the Puteri Wangsa candidate.





Pengurusan terdahulu lemah, kerajaan tanggung hutang Felda hampir RM1 bilion - PM - Sinarharian - 5/07 12:42 am

Kemudian datang yang lain, rosak. Yang kena bayar peneroka, kerajaan," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian pada program Dialog Terbuka Belia Johor di Felda Ulu Tebrau di sini malam ini.Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menyuarakan keyakinan tinggi terhadap masa depan negeri "Harimau Selatan" itu yang dipacu oleh perancangan strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang kini dalam proses pelaksanaan.Beliau berkata, kedudukan geografi dan potensi besar dimiliki Johor meletakkan negeri berkenaan pada landasan terbaik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bukan sahaja untuk pasaran domestik, tetapi juga di peringkat serantau.Perdana Menteri turut mengulangi keyakinan beliau bahawa Johor berpotensi menjadi seperti bandar ekonomi Shenzhen di China.Bagaimanapun, beliau berkata, di sebalik kerancakan projek berimpak tinggi oleh Kerajaan Persekutuan seperti Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Sistem Aliran Transit Automasi (ART), nasib golongan marhaen tidak diabaikan.Anwar berkata, kemajuan fizikal dan limpahan pelaburan bernilai berbilion ringgit akan hilang maknanya sekiranya masih terdapat rakyat di kawasan pinggir serta luar bandar yang terhimpit dalam kedaifan.Pengerusi PH itu berkata, perubahan perlu dilakukan di peringkat kerajaan negeri bagi memastikan agenda pembelaan nasib rakyat miskin sentiasa menjadi keutamaan."Tanggungjawab kita, Johor mesti lakukan perubahan





Puad Zarkashi muncul di program PH, disambut pelukan Anwar - Sinarharian - 4/07 11:30 pm

JOHOR BAHRU Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencuri perhatian apabila hadir program Dialog Terbuka Belia yang dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Ulu Tebrau, malam Sabtu.Ketibaan Mohd Puad pada program itu disambut mesra oleh Perdana Menteri yang bersalaman sebelum kedua-duanya berpelukan sebaik Anwar tiba kira-kira jam 9.40 malam.Mohd Puad berkata, kehadirannya adalah bagi memenuhi jemputan seorang rakan selain menyatakan sokongan kepada calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.Terdahulu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mengumumkan sokongan kepada calon PH, Mohamad Yazid Bakri yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit menerusi poster yang di muat naik di laman Facebooknya.Sebelum ini, Mohd Puad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 25 Jun lalu.Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki kemudian mendakwa Mohd Puad pernah mengugut untuk keluar parti dan mengkritiknya secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan bagi kerusi Rengit.





Manifesto PH dilancar tepat pada masanya - Fahmi - Sinarharian - 4/07 6:08 pm

Tidak menjadi isu," katanya kepada media selepas program ramah mesra bersama-sama penduduk Kampung Istana, di sini pada Sabtu.Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Kian Ming bahawa BN akan mencatat kemenangan besar pada PRN Johor berikutan PH yang didakwanya lemah, susulan ketiadaan naratif kempen yang mantap, kegagalan menamakan calon Menteri Besar, kekurangan pemimpin kanan yang bertanding serta kelewatan pelancaran manifesto gabungan itu.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Felicia Poh Rui Ling.Mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa manifesto PH hanya copy paste manifesto Barisan Nasional (BN), Fahmi berkata, Khairy dilihat lebih aktif berkempen berbanding Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi."Saya lihat Khairy Jamaluddin seolah-olah berkempen lebih kuat daripada Onn Hafiz. Silap-silap Khairy Jamaluddin bersedia untuk berdebat dengan Dr Maszlee Malik (calon PH DUN Puteri Wangsa)."Alangkah baiknya kalau Onn Hafiz mempunyai keupayaan dan kewibawaan seperti Khairy Jamaluddin





PH amalkan politik baharu libatkan anak muda, bukan sekadar beri arahan - Maszlee Malik - Sinarharian - 4/07 2:03 pm

ISKANDAR PUTERI Golongan muda di Johor kini mahukan pendekatan politik yang lebih terbuka, matang dan memberi ruang kepada mereka untuk terlibat dalam proses membuat keputusan.Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berpandangan, perubahan itu selari dengan trend politik baharu yang sedang berlaku di seluruh dunia, khususnya dalam kalangan Generasi Z (Gen Z), yang semakin berani menyuarakan pandangan terhadap pelbagai isu tempatan dan antarabangsa."Trend politik baharu ini merupakan trend Gen Z di seluruh dunia





Sinar Harian sedia bersama RTM, Awani anjur debat PRN Johor - Sinarharian - 4/07 1:37 pm

SHAH ALAM Sinar Harian bersedia berganding bahu dengan mana-mana organisasi media bagi menganjurkan debat atau dialog terbuka membabitkan calon-calon utama Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai usaha memperkukuh amalan demokrasi.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, media tidak seharusnya sekadar menjadi penyampai maklumat, malah perlu menyediakan ruang kepada pemimpin politik menjelaskan idea, dasar serta penyelesaian mereka secara terbuka kepada rakyat.Menurut beliau, sekiranya semua pihak bersetuju, Sinar Harian bersedia bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani serta mana-mana platform media lain bagi merealisasikan sesi debat atau dialog tersebut."Sebagai organisasi media yang sentiasa mengangkat kepentingan rakyat, kami percaya debat yang dikendalikan secara profesional, adil dan seimbang mampu meningkatkan kualiti wacana politik negara."Pengundi hari ini bukan sekadar mahu mendengar ceramah politik semata-mata. Mereka mahu melihat calon berhujah, mempertahankan dasar dan menjawab persoalan rakyat secara terus," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan Astro Awani untuk bekerjasama dengan RTM menawarkan platform siaran langsung bagi dialog interaktif sekiranya Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bersetuju berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.Zamri berkata, budaya debat yang sihat bukan sesuatu yang asing di negara-negara demokrasi maju dan Malaysia juga wajar memperluaskan amalan tersebut, khususnya ketika pilihan raya.Malah katanya, Sinar Harian sebelum ini pernah beberapa kali menganjurkan debat antara pemimpin utama negara antaranya mempertemukan Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan Datuk Seri Azeez Rahim dan Datuk Seri Rafizi Ramli dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution.Beliau turut berharap lebih ramai calon dan pemimpin politik bersedia menyertai sesi debat secara terbuka kerana ia mencerminkan kematangan politik serta komitmen terhadap prinsip akauntabiliti dan ketelusan."Dengan tagline Suara Rakyat, saya percaya Sinar Harian mampu menjadi jambatan antara pemimpin dan rakyat.'Jika semua pihak terbuka, kami sedia memainkan peranan tersebut bersama-sama rakan media RTM dan Awani demi memperkayakan demokrasi negara," katanya.





Tidak tampil nama calon MB, PH hormat peranan istana - Maszlee Malik - Sinarharian - 4/07 1:28 pm

ISKANDAR PUTERI - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menegaskan, keputusan gabungan itu untuk tidak menamakan calon Menteri Besar sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 dibuat atas dasar menghormati peranan Institusi Diraja.Katanya, parti itu tidak mahu mendahului kuasa pihak istana dalam menentukan pelantikan Menteri Besar selepas pilihan raya."Sebaliknya kami menawarkan barisan calon yang berkeupayaan untuk mentadbir negeri secara kolektif."Ini satu kumpulan yang mempunyai kredibiliti, mewakili rakyat daripada rakyat, dan yang paling penting konsultasi kepada rakyat dalam membuat keputusan."Siapa yang akan menjadi Menteri Besar? Itu diputuskan oleh istana





No PH poster boy out of respect for Johor palace, says Maszlee - FMT - 4/07 11:31 am

Pakatan Harapan's Puteri Wangsa candidate, Maszlee Malik, says the menteri besar's appointment ultimately rests with the ruler.





SNAPSHOT Networks ready to provide stage for Onn-Maszlee dialogue; alleged child sex offender nabbed - Mkini - 4/07 11:23 am

What's going on in the news today, with updates at 11am, 2pm and 6pm.





PH-BN di Johor rebut kerusi, di Putrajaya duduk semeja – Rasid - Mygazette - 4/07 7:57 am

# PH-BN di Johor rebut kerusi, di Putrajaya duduk semeja - Rasid JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) jika sudah sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk membentuk kerajaan negeri perlu menyatakannya sekarang bukan selepas rakyat selesai mengundi nanti. Pengarah Pilihan Raya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Johor, Rasid Abu Bakar berkata, PH perlu berani berterus terang sekarang terutama selepas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johor, Dr Maszlee Malik yang terbuka menyatakan pendirian itu





Astro Awani ready to partner with RTM for Onn Hafiz-Maszlee dialogue - FMT - 3/07 11:45 pm

The collaboration is aimed at providing a platform to promote democracy and intellectual discourse, says Astro Awani chief editor Zaiful Ariffin.





MUDA desak PH terus terang soal kerjasama dengan BN selepas PRN Johor - Sinarharian - 3/07 7:02 pm

JOHOR BAHRU- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Johor menggesa Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian secara terbuka sekiranya gabungan itu sudah bersedia menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Pengarah Pilihan Raya MUDA Johor, Rasid Abu Bakar berkata, perkara itu perlu dijelaskan kepada rakyat sebelum hari pengundian dan bukannya selepas keputusan pilihan raya diumumkan.Menurutnya, gesaan itu susulan kenyataan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Maszlee Malik yang dilaporkan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRN."Dr Maszlee tidak boleh hanya mencabar BN supaya berterus terang, tetapi pada masa sama mengharapkan rakyat menerima kerjasama PH-BN tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang akan dibawa bersama selepas pilihan raya."Rakyat Johor tidak wajar dijadikan penonton kepada sandiwara politik



Video : Johor bukan untuk kroni, Dr Maszlee pertegas manifesto PH lahir dari suara rakyat - Harapandaily - 3/07 4:06 pm

The post Video : Johor bukan untuk kroni, Dr Maszlee pertegas manifesto PH lahir dari suara rakyat appeared first on Harapan Daily .





BN patut masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor -Maszlee - Mygazette - 3/07 3:22 pm

# BN patut masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor -Maszlee JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik secara sinis mencadangkan agar Barisan Nasional memasukkan isu pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





Manifesto PH: Bonus RM1,000 kepada bayi antara lima Inisiatif Pencetus Perubahan Johor - Sinarharian - 3/07 3:16 pm

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan lima Inisiatif Pencetus Perubahan Johor yang memberi fokus kepada kesejahteraan, pembangunan keluarga dan pengukuhan ekonomi, termasuk cadangan bonus RM1,000 kepada setiap bayi yang lahir di Johor.Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Maszlee Malik berkata, setiap inisiatif diperkenalkan bukan sekadar janji, tetapi disusun berdasarkan perancangan jangka panjang yang mengambil kira keperluan semasa rakyat di semua peringkat.ARTIKEL BERKAITAN:Manifesto PH: Kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan Johor-SingapuraJohor mampu jadi 'Shenzhen Asia Tenggara'PH mahu Johor jadi kuasa ekonomi sendiri, bukan lagi 'feeder' Singapura"Insiatif seterusnya PH turut merancang memperluaskan kemudahan penjagaan kanak-kanak menerusi taska Madani dan taska di tempat kerja, khususnya bagi membantu ibu di kawasan bandar untuk kembali bekerja dengan lebih tenang dan selesa."Dari aspek mobiliti rakyat, kerajaan negeri turut menawarkan pas pengangkutan awam serendah RM50 sebulan kepada pelajar, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan sistem pengangkutan lebih inklusif dan mampu milik," katanya ketika membentangkan Manifesto PH Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini pada Jumaat.Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi PH Johor yang juga Pengerusi Amanah negeri, Aminolhuda Huda Hassan; Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching dan Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaleha Mustafa.Dalam masa sama, Maszlee berkata, program "Balik Johor" akan dilaksanakan bagi menarik semula anak Johor yang kini bekerja di Singapura dan luar negara untuk kembali menyumbang kepakaran kepada pembangunan negeri."PH turut menekankan penyelesaian isu rakyat melalui penubuhan Tribunal Hak Tanah Johor yang bertujuan mempercepatkan penyelesaian isu tanah dan pajakan yang telah lama berlarutan."Kesemua inisiatif itu dilihat sebagai pendekatan menyeluruh bagi memperkukuh pembangunan sosial dan ekonomi Johor, dengan penekanan kepada dasar yang boleh diukur dan dipantau rakyat," ujarnya.





PRN Johor: Beri mandat kepada Tok Pandak terus agenda pembangunan - Kosmo - 3/07 2:56 pm

ISKANDAR PUTERI Manifesto Dewan Udangan Negeri (DUN) Kota Iskandar yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai satu mandat jelas kepada calon BN, Datuk Pandak Ahmad untuk meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan penduduk di kawasan berkenaan pada masa akan datang





SNAPSHOT Maszlee dodges Johor MB candidate poser; new hospital to be built in Nilai - Mkini - 3/07 2:07 pm

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





Johor bukan untuk kroni, Dr Maszlee pertegas manifesto PH lahir dari suara rakyat - Harapandaily - 3/07 1:00 pm

Pakatan Harapan (PH) Johor menegaskan manifesto yang diluncurkan hari ini bukan dokumen politik yang disediakan secara syok sendiri, sebaliknya lahir daripada suara dan keluhan rakyat di seluruh negeri itu. Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, manifesto bertemakan Johor Untuk Semua itu dibina berdasarkan realiti kehidupan rakyat Johor





Dr Maszlee Pelawa Pemuda BN Sertai Hard Talk Malam Ini - Siakapkeli - 3/07 10:31 am

Calon PH DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempelawa Pemuda BN menyertai sesi dialog terbuka Hard Talk malam ini di Plato Coffee, Menara IIB, dengan 10 slot khas untuk wakil Pemuda BN.





Fahmi says RTM prepared to host Maszlee-Onn Hafiz dialogue on Johors development agenda - Malaymail - 3/07 9:50 am

MUAR, July 3 Radio Televisyen Malaysia (RTM) is ready to provide a live broadcast platform for an interactive de...





RTM sedia beri platform untuk dialog Onn Hafiz-Maszlee - Mkini - 3/07 9:20 am

PRN JOHOR Menegaskan masih ada masa, Fahmi yakin MB sementara Johor itu akan beranikan diri berdiskusi dengan Maszlee





Kenapa durian tiba-tiba murah gila? Sebab sebenar bukan macam yang kita sangka - Mydateline - 3/07 9:00 am

OLEH BENZ ALIFF BIN MALIK Minggu ini, mesti awak nampak gambar orang borong durian masuk guni





Maszlee: Pakatan open to all partners for Johor state government - Malaymail - 3/07 8:48 am

JOHOR BAHRU, July 3 Pakatan Harapan (PH) is ready to align with any interested party to form a state government...




Reformasi     >>



Akar umbi Pas di Johor keliru, terus bantu Bersatu? - Harapandaily
Dakwaan bahawa jentera Pas di Johor masih membantu kempen calon Bersatu walaupun kepimpinan pusat parti itu mengeluarkan arahan sebaliknya menunjukkan wujud kekeliruan dalam kalangan akar umbi berhubung hala tuju kerjasama politik kedua-dua parti. Pengasas bersama Bersatu, Datuk Redzuan Md Yusof, ..
Kroni     >>



Ramai bekas ahli BERSATU sertai PAS di Pokok Sena - Harakahdaily
POKOK SENA: PAS Kawasan Pokok Sena menerima 150 borang keahlian PAS yang diserahkan pada program Santai Durian, di Pusat Khidmat DUN Bukit Pinang, di sini. Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato’ Wan Romani Wan Salim berkata, kebanyakan yang memohon menjadi ahli PAS itu adalah dari ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Senarai Lengkap Pasukan Layak Ke .. - Vocket
Tamatnya aksi terakhir pusingan 16 saingan Piala Dunia 2026 sebentar tadi menyaksikan kemenangan 4-3 Switzerland ke atas Colombia menerusi penentuan sepakan penalti telah melengkapkan senarai... The post Piala Dunia 2026: Senarai Lengkap Pasukan Layak Ke Suku Akhir appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Samsung finally confirms Galaxy Unpacked for July 22 - Mashable
After months of speculation, Samsung has given us what we wanted: an official time and date for the next Galaxy Unpacked event.
World     >>



Trump criticises NATO allies over Iran conflict support - Aljazeera
US President Donald Trump criticised NATO allies for refusing to back the United States during its conflict with Iran.
Motor Trend     >>



Buletin “menyusahkan!” Orang Ramai Kecam .. - Mekanika
# "MENYUSAHKAN!" ORANG RAMAI KECAM PENGUNJUNG TAMAN BOTANI PERDANA PARKIR TEPI JALAN **Orang ramai mengecam tindakan segelintir pengunjung Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur yang meletakkan kenderaan di tepi jalan sehingga mengganggu lalu lintas pengguna lain.** Menerusi hantaran video ..