![]() |
/// |
|
Search : Mahkamah Tinggi News | Page 1 |
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Final Edition dan Shooting Brake Final Edition untuk selamat tinggal - Careta - 2/07 4:03 pm Kuasa dan Prestasi Luar Biasa Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Shooting Brake Final Edition CLA 45 S telah membina reputasi kukuh dalam kalangan peminat kenderaan berprestasi |
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya Perkeso - Kosmo - 2/07 4:01 pm KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan memperdaya kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), lima tahun lalu |
Petani mengaku tidak bersalah buat komen jelik di Facebook - Kosmo - 2/07 3:58 pm SEPANG – Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen jelik menerusi laman media sosial Facebook |
Exco Melaka arah siasat kes kesilapan khat kufi Allah dalam masjid - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Exco Melaka arah siasat kes kesilapan khat kufi Allah dalam masjid MELAKA - Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi masjid di negeri ini yang dikaitkan dengan kesilapan khat kufi Allah di ruang solat utamanya sehingga tular hari ini |
Bapa didakwa tampar pipi anak 4 tahun hingga cedera kerana sebut .. - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Bapa didakwa tampar pipi anak 4 tahun hingga cedera kerana sebut 'bodoh' MELAKA - Tindakan seorang lelaki menampar pipi anak perempuannya berusia 4 tahun sehingga cedera kerana menggunakan perkataan bodoh tiga bulan lalu membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini |
Ejen pelaburan didakwa simpan dan sebar gambar lucah cikgu - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Ejen pelaburan didakwa simpan dan sebar gambar lucah cikgu MELAKA - Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyebarkan gambar lucah serta membuat ugutan jenayah terhadap madunya yang juga seorang guru, Mac lalu |
Amaran ribut petir sehingga petang ini - Mgazette - 2/07 3:56 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir dan cuaca lebat diramal berlaku di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga lima petang ini |
Kemuka tuntutan palsu RM5 juta, dua pemilik syarikat direman - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kemuka tuntutan palsu RM5 juta, dua pemilik syarikat direman KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk dua pemilik syarikat direman kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen Permit To Work (PTW) bernilai kira-kira RM5 juta |
Lebih banyak bantuan kepada rakyat ??? Saarani - Mgazette - 2/07 3:56 pm LENGGONG Peningkatan ketara hasil negeri dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini membolehkan pelbagai bantuan dan inisiatif kebajikan diperluaskan |
Tali pinggang keledar rosak, syarikat bas boleh disaman ??? JPJ - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Tali pinggang keledar rosak, syarikat bas boleh disaman JPJ DENGKIL Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada syarikat pengendali bas ekspres dan bas persiaran yang gagal memastikan tali pinggang keledar mereka berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya |
Hajiji tak perlu tunduk desakan Rosman – Zulkarnain - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Hajiji tak perlu tunduk desakan Rosman - Zulkarnain KUALA LUMPUR Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melayani dan tunduk dengan desakan pembangkang agar merehatkan beberapa wakil rakyat Sabah yang terpalit dengan skandal rasuah ketika ini |
Peluasan SST: Rakyat bimbang kesan rantaian - Mgazette - 2/07 3:56 pm KUALA LUMPUR Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa barangan mewah dan perkhidmatan bermula semalam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat |
Gunakan nama saya, bukan sekadar ???Anak Zahid??? – Nurulhidayah - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Gunakan nama saya, bukan sekadar Anak Zahid - Nurulhidayah KUALA LUMPUR Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegur kecenderungan sesetengah media yang lebih gemar menggunakan gelaran Anak Zahid dalam tajuk atau laporan berita melibatkan beliau berbanding menyebut namanya |
Apa terma perjanjian pembangunan Ambalat? – Muhyiddin - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Apa terma perjanjian pembangunan Ambalat? - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk perjanjian pembangunan bersama di wilayah yang masih menjadi pertikaian maritim seperti Ambalat hanya boleh dilaksanakan dengan syarat-syarat yang tegas |
HIV dalam kalangan penuntut IPT: PrEP bukan jawapan – DUPP - Mgazette - 2/07 3:56 pm # HIV dalam kalangan penuntut IPT: PrEP bukan jawapan - DUPP KUALA LUMPUR - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengingatkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tidak hanya sekadar `melepaskan batuk di tangga' dalam membawa penyelesaian isu jangkitan HIV terutama melibatkan golongan muda dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) |
Kenapa jawatan tertinggi badan kehakiman tidak diisi segera? - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kenapa jawatan tertinggi badan kehakiman tidak diisi segera? KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan kerajaan membiarkan kekosongan jawatan penting dalam badan kehakiman hingga ke saat akhir tanpa diisi segera sebagai amat tidak bertanggungjawab dan menampakkan kelemahan pentadbiran negara |
Keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan kepada kebebasan asasi, demokrasi - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan kepada kebebasan asasi, demokrasi KUALA LUMPUR Pas menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu perhimpunan aman semalam bukan sahaja penegasan terhadap supremasi Perlembagaan, tetapi juga mesej jelas bahawa hak asasi rakyat tidak boleh digugat oleh peruntukan undang-undang yang menindas atau berlebihan |
EAIC dedah kelewatan tidak wajar pegawai JPN Sabah - Mgazette - 2/07 3:56 pm # EAIC dedah kelewatan tidak wajar pegawai JPN Sabah PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan wujud kelewatan tidak wajar oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah dalam mengendalikan permohonan kad pengenalan baharu yang melibatkan anak seorang pengadu |
Buletin Hyundai Santa Fe Serba Baharu Dilancarkan Di Malaysia ??? Jana .. - Mekanika - 2/07 3:56 pm # HYUNDAI SANTA FE SERBA BAHARU DILANCARKAN DI MALAYSIA JANA 281PS, HARGA BERMULA RM225K **Hyundai Motor Malaysia (HMY) hari ini secara rasmi melancarkan Hyundai Santa Fe generasi kelima di Malaysia.** SUV tujuh-tempat duduk ini hadir dengan rupa serba baharu, kabin yang lebih mewah dan pilihan enjin petrol hibrid serta turbo, tanpa lagi enjin diesel |
Duda didakwa lempang anak 4 tahun sebut bodoh - Kosmo - 2/07 3:53 pm MELAKA – Seorang duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menampar pipi anak perempuannya berusia empat tahun sehingga cedera, tiga bulan lalu |
Lelaki Bangladesh cabul dua remaja dalam pasar raya - Kosmo - 2/07 3:41 pm MUAR – Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua remaja perempuan dalam sebuah pasar raya di Kluang, awal bulan lalu |
Pengantin baharu maut, motosikal Kawasaki Z1000 rempuh Proton Saga - Kosmo - 2/07 3:36 pm SETIU – Seorang peniaga yang baru empat hari melangsungkan perkahwinan maut selepas motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Z1000 ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu berhampiran Kampung Guntung, di sini hari ini |
Kota Madani bukan mercu tanda semata-mata, fokus sektor baharu berkualiti- Dr Mohammed Taufiq - Sinarharian - 2/07 3:26 pm SHAH ALAM - Kota Madani bukan sekadar projek fizikal tetapi sebahagian daripada rangka pembangunan bersepadu yang bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai pusat rujukan ekonomi digital, hijau dan mapan.Naib Presiden Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ia bertujuan menarik pelaburan tempatan dan antarabangsa dalam sektor baharu yang berkualiti."Kerajaan tidak membina mercu tanda semata-mata, tetapi menyediakan ekosistem ekonomi baharu yang memberi manfaat jangka panjang."Ia menyediakan ruang inovasi, peluang pekerjaan kepada generasi muda serta mengurangkan beban permintaan kuarters penjawat awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini media melaporkan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa pembangunan Kota Madani sebagai projek elitis ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi.Mohammed Taufiq berkata, tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan mengabaikan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat adalah tidak tepat.Menurutnya, Belanjawan 2025 membuktikan keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat melalui peningkatan peruntukan pendidikan melibatkan jumlah lebih RM58 bilion, peningkatan berbanding tahun lalu."Peruntukan kesihatan turut meningkat lebih RM41 bilion dan bantuan tunai terus seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut dinaikkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan bekerja secara seimbang membela rakyat marhaen, melaksanakan reformasi fiskal dan pada masa sama melabur untuk masa depan negara," ujarnya.Katanya, penglibatan anak syarikat Petronas dalam projek berkenaan adalah sebahagian daripada strategi komersial syarikat dan bukan paksaan politik.Tambahnya, Putrajaya Holdings terlibat atas dasar keupayaan perniagaan dengan peluang mencipta pulangan mapan melalui pembangunan hartanah dan ekosistem yang berdaya saing."Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan Petronas sebagai syarikat milik negara yang berintegriti dan tidak sesekali menjadikan jenama berkenaan sebagai 'ATM politik' seperti yang didakwa."Pembinaan Kota Madani tidak melibatkan wang rakyat tetapi ia ditanggung sepenuhnya oleh pemaju," menurutnya. |
Suami isteri didakwa edar, miliki dadah - Sinarharian - 2/07 3:25 pm SIBU - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lepas.Tie Teck Hock, 52, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,030.80 gram (g) di kaki lima sebuah premis makanan di Jalan Pedada, kira-kira 10 malam, 12 Jun lepas.Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Oon Kork Chern.Selain itu, Teck Hock dan isterinya Lee Chee Fei, 45, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 6,055.90g yang ditemukan di bilik stor bawah tangga sebuah rumah di Jalan Permai Jaya 9D1B1 pada 10.45 malam hari sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Pasangan berkenaan turut didakwa secara bersama memiliki dadah jenis ketamin seberat 2,078.90g dan 2,022.15 nimetazepam di tempat, waktu dan tarikh yang sama.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.Sebelum ini, Teck Hock dibebaskan dengan jaminan polis pada 26 Jun selepas tamat tempoh reman tujuh hari, tetapi telah ditahan semula di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.Chee Fei juga dibebaskan dengan jaminan polis pada 24 Jun selepas tamat tempoh reman empat hari tetapi turut ditahan semula di bawah akta sama.Mahkamah menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam mewakili pihak pendakwaan manakala pasangan terbabit diwakili Peguam Reena Chong |
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Setiu - Utusan - 2/07 3:12 pm SETIU : Seorang pengantin baharu maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Guntung di sini, hari ini |
Eksekutif IT didenda RM20,000 tipu jual beli Rolex RM140,000 - Sinarharian - 2/07 3:10 pm KUALA LUMPUR Seorang eksekutif teknologi maklumat (IT) warga China didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menipu dalam urusan jual beli tiga utas jam Rolex mencecah lebih RM140,000, bulan lalu.Wu Zhiwei, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dibaca dalam bahasa Mandarin, di hadapan Hakim, Azrul Darus.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa menipu seorang lelaki yang juga jurujual jam tangan mewah berusia 25 tahun, dalam urusan jual beli tiga jam tangan jenama Rolex menyebabkan mangsa menyerahkan hartanya iaitu dua model Rolex Datejust 41 dan satu Black Submariner berharga RM146,657.Mangsa tidak akan menyerahkan jam tangan tersebut jika tidak diperdayakan dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Khoo Teik Ee, Dang Wangi di sini pada 4 hingga 16 Jun lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, peguam, Tan Cheng Yee yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau."Dia perlu menanggung ibu bapa yang tua, mengaku insaf dan memohon mahkamah mengurangkan hukuman tersebut," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran."Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam terutama mangsa mengalami kerugian lebih RM100,000," katanya |
Vivo X200 FE: Flagship telefoto kompak kini hanya RM2,999 - Sinarharian - 2/07 3:05 pm KUALA LUMPUR vivo Malaysia memperkenalkan vivo X200 FE, telefon pintar telefoto bertaraf mercu kompak pertama dalam siri X, menandakan pencapaian baharu dalam membawa pengalaman bertaraf mercu kepada telefon pintar kompak.Menggabungkan ekspresi warna menyerlah, keupayaan pengimejan hebat, dan prestasi canggih dalam bentuk yang boleh digenggam dalam satu tangan, vivo X200 FE mencabar tanggapan lama bahawa telefon kompak memerlukan pengorbanan dari segi keupayaan.Bersaiz kompak, menyerlah bergayaDicipta untuk generasi profesional muda dan pencinta kehidupan yang bersemangat, vivo X200 FE memenuhi keperluan mereka untuk kecekapan, kreativiti, dan kebebasan ekspresi |
Insiden bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis rakam keterangan tiga saksi - SUN - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakam keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian Sabtu lepas yang mengorbankan tiga nyawa |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis sudah rakam keterangan tiga saksi - Sinarharian - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU - Polis telah mengambil keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden Sabtu lepas yang menyaksikan tiga maut selepas sebuah bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 39 tahun, yang merupakan pemandu bot itu bersama abangnya, dan seorang mangsa kejadian.Beliau berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit, yang dijangka selesai dalam tempoh kira-kira seminggu."Siasatan polis memfokus kepada kejadian Sama ada terdapat wujud unsur jenayah.. |
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO - Sinarharian - 2/07 2:57 pm KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan yang memperdayakan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhubung kursus dan latihan tidak wujud berjumlah RM496,000 lima tahun lalu didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.P Sathia Seelan, 52, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.Mengikut semua pertuduhan, lelaki itu didakwa memperdaya dua pegawai PERKESO untuk mempercayai bahawa dokumen bertarikh 4 Disember 2020 dan 22 Julai 2021 mengandungi senarai nama kehadiran dan tandatangan peserta bagi tiga kursus.Sedangkan latihan itu tidak pernah dijalankan atas nama lima syarikat pada tarikh tersebut.Perbuatan itu mendorong PERKESO membuat bayaran RM496,000 kepada Syarikat Global Education Network Sdn Bhd milik tertuduh yang mana pertubuhan itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Menara Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Perkeso di Putrajaya antara 23 Disember 2020 dan 12 Ogos 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, rakannya, pekerja sembilan, R Nanthagopal, 43, turut didenda RM300,000 selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan bersubahat dengan Sathia Seelan di tempat dan masa sama.Mahkamah memerintahkan dia dipenjara 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda terbabit.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.Bagaimanapun, peguam, R Babu Naidu yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mereka dikenakan hukuman ringan kerana mengaku insaf. |
Madu mengaku tidak bersalah ugut, simpan gambar lucah guru - Astroawani - 2/07 2:45 pm Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru. |
DS Najib Razak Terima Sokongan Paling Tinggi, Kembali Pimpin Negara - Ohmedia - 2/07 2:28 pm Undian di Threads pilih Najib Razak sebagai calon paling ramai disokong untuk mentadbir negara |
Perobohan Stadium Shah Alam siap awal, pembinaan baharu bermula hujung tahun - Sinarharian - 2/07 2:25 pm SHAH ALAM - Proses perobohan penuh Stadium Shah Alam telah disempurnakan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus menepis dakwaan bahawa kerja-kerja tersebut mengalami kelewatan.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Datuk Saipolyazan M Yusop, menjelaskan bahawa meskipun stadium itu kelihatan baru sahaja dirobohkan sepenuhnya minggu lalu, perobohan sebenarnya telah dilaksanakan secara berfasa mengikut perancangan yang rapi."Proses perobohan bukan sekadar apa yang dilihat dari luar |
Empat individu termasuk pemilik syarikat ditahan SPRM atas dokumen palsu - SUN - 2/07 2:14 pm KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu, termasuk dua pemilik syarikat, atas tuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen Permit To Work (PTW) bernilai kira-kira RM5 juta |
India hasrat permudah permohonan oci bagi masyarakat India Malaysia Pesuruhjaya Tinggi - SUN - 2/07 1:56 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan India sedang berusaha mempermudah prosedur permohonan status Overseas Citizen of India (OCI) bagi masyarakat India di Malaysia, susulan pengiktirafan bahawa keperluan dokumentasi masih menjadi cabaran utama kepada pemohon |
Petani mengaku tidak bersalah buat komen jelik di media sosial - Sinarharian - 2/07 1:55 pm SEPANG - Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya menerusi laman media sosial Facebook pada Februari lepas.Mohammad Faisal Mohd Yusof, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.Mengikut pertuduhan, Mohammad Faisal secara sedar telah membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan akaun Facebook 'Mohd Faisal Yusop'.Hantaran tersebut didakwa dilakukan pada 12.40 pagi, 9 Februari lepas dan telah dilihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada kira-kira 1.40 tengah hari yang sama di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan, memandangkan tertuduh pernah tidak menghadiri sebutan kes pada 30 April lepas hingga waran tangkap dikeluarkan.Bagaimanapun, bapa tunggal yang tidak diwakili peguam itu merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung tiga anak serta ibu bapanya.Ahmad Fuad memerintahkan Mohammad Faisal dikenakan jaminan RM7,000 dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes.Bagaimanapun, Mohammad Faisal gagal membayar wang jaminan itu |
Buruh Indonesia didakwa edar 20kg syabu di Taman Melawati - SUN - 2/07 1:52 pm KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Indonesia, Munzir Abdurrahman, 50, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas kesalahan mengedar lebih 20 kilogram methamphetamine (syabu). Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim, tetapi tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi |
Petani mengaku tidak bersalah atas komen jelik di media sosial - SUN - 2/07 1:44 pm SEPANG : Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen yang jelik di laman media sosial Facebook pada Februari lalu |
Keadilan ditegakkan dalam kes pembunuhan Kevin Morais - JALSOA - SUN - 2/07 1:37 pm KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atas individu terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais disambut baik oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) |
Buruh warga Indonesia dituduh edar dadah lebih 20 kilogram - Sinarharian - 2/07 1:30 pm AMPANG - Seorang buruh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 20 kilogram, bulan lalu.Munzir Abdurrahman, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Normaizan Rahim.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Munzir didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine anggaran berat 20,850 gram di parkir sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati di sini pada jam 12.38 tengah hari, 22 Jun.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Kirthana sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober depan.Pada 25 Jun lepas, media melaporkan lelaki terbabit ditahan di pusat beli-belah terbabit ketika sedang berjalan kaki sambil menjinjit satu beg kanvas.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil pemeriksaan terhadap beg itu menjumpai bungkusan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi 20 paket plastik bertulisan dan dalam setiap bungkusan terdapat satu plastik lut sinar berisi syabu dengan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM80,000.Pada 25 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki dadah itu, ketika sedang berjalan kaki sambil menjinjit satu beg kanvas dengan tangan kanannya. |
EAIC dedah kelewatan pegawai JPN Sabah urus permohonan kad pengenalan - SUN - 2/07 1:27 pm PUTRAJAYA : Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan kelewatan tidak wajar oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah dalam mengendalikan permohonan kad pengenalan baharu untuk seorang kanak-kanak |
Tragedi bot pelancong: Reman pemandu bot disambung sehari - SUN - 2/07 1:24 pm JERTIH : Reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam tragedi maut di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas disambung sehari lagi hingga esok |
Petani dijel 45 tahun, 15 sebatan rogol anak kandung lembam - Sinarharian - 2/07 1:24 pm KENINGAU - Seorang petani dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah kerana merogol anak kandungnya yang juga remaja perempuan lembam.Tertuduh berusia 40 tahun membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puji.Mengikut pertuduhan pertama, kira-kira jam 5 petang pada Jun 2023, tertuduh merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun di tepi kebun getah di sebuah kampung di Tambunan.Pertuduhan kedua menyatakan, pada bulan sama, tertuduh turut melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah rumah di kampung lain dalam daerah sama.Bagi pertuduhan ketiga, kira-kira jam 5.30 petang pada 21 Ogos 2024, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di bilik sebuah rumah di kampung sama.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ling Guong Zhin, manakala tertuduh diwakili peguam, Timothy Daut.Dalam prosiding tersebut, Guong Zhin memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.Bagaimanapun, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana telah menyesal dengan perbuatan yang dilakukan, manakala Timothy turut membuat rayuan kerana tertuduh memahami kesalahannya, telah bertaubat selain menekankan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan bersedia serta sanggup untuk melalui proses pemulihan.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan dan semua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan, menjadikan jumlah keseluruhan 45 tahun penjara dan 15 sebatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, tangkapan terhadap tertuduh dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada Klinik Kesihatan Tambunan yang mendakwa mangsa telah dirogol berulang kali."Mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan tinggal bersama suspek selepas ibu bapanya bercerai |
SPRM tahan 4 individu, bongkar tuntutan palsu bernilai RM5 juta - Sinarharian - 2/07 1:10 pm KOTA KINABALU - Empat individu termasuk dua pemilik syarikat ditahan reman kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen Permit To Work (PTW) bernilai kira-kira RM5 juta.Perintah reman selama empat hari bermula 1 hingga 5 Julai dikeluarkan oleh Majistret Dzul Elmy Yunus terhadap tiga suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an hingga 50-an, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Selasa.Menurut sumber, kesemua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah antara jam 6 petang hingga 7 malam Isnin lalu.Keempat-empat suspek, dua daripadanya merupakan bekas Pengurus Tadbir dan bekas Pembantu Tadbir sebuah syarikat minyak tempatan, dipercayai melakukan perbuatan itu sejak tahun 2019 hingga 2023.Kedua-dua suspek tersebut juga disyaki bersubahat dengan dua pemilik syarikat berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen PTW bernilai kira-kira RM5 juta.Menurut sumber, tangkapan terhadap kesemua suspek ini adalah susulan Op Effingo yang dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK), SPRM.Pada 30 Jun 2025, BOK telah mengeledah 10 lokasi berbeza termasuk kediaman suspek, pejabat dan beberapa syarikat di sekitar Kota Kinabalu dan Lembah Klang.Melalui operasi tersebut, SPRM telah menyita 22 akaun bank termasuk akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan nilai kira-kira RM2 juta serta pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM14,000.Selain itu, SPRM turut menyita tiga unit kereta mewah bernilai kira-kira RM1.3 juta dan tiga unit telefon bimbit.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut."Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kesalahan lain di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) berkaitan aliran wang melibatkan aktiviti pengubahan wang haram," katanya. |
Zaid: Mahkamah Thai bertaring, tapi institusi Malaysia terkongkong - Mkini - 2/07 1:01 pm Menurut bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, badan kehakiman Malaysia dihalang oleh reka bentuk institusi dan keengganan politik. |
Pengarah jabatan MPAJ didakwa rasuah RM30,000 - Astroawani - 2/07 1:00 pm Pengarah Jabatan Bangunan dan Seni Bina, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,000. |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Reman pemandu bot disambung sehari - Sinarharian - 2/07 12:30 am JERTIH - Reman terhadap pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepasdisambung sehari lagi hingga esok.Perintah sambung remah terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Terdahulu, pemandu bot berkenaan direman tiga hari bermula Isnin lepas setelah ditahan pada Sabtu keranadidapati positif dadah selepas kejadian bot pelancong terbalik di Pulau Perhentian yang menyebabkan tiga terkorban.Dalam kejadian 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa masih dirawat di hospital termasuk seorang kritikal dan 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, sebelum bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak besar.Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu mengesahkan pemandu bot berkenaan positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu |
Kereta Dihempap Motosikal, Netizen Puji Sikap Pemandu Kereta Tenang Tak Marah-marah - Lobakmerah - 2/07 12:14 am Sudah menjadi kebiasaan sama ada kita melihat di depan mata ataupun di dalam video viral yang memaparkan pergaduhan individu di atas jalan raya gara-gara kenderaan dilanggar |
Lokman Adam jawab Hishamuddin, kenapalah bebal sangat - Wrlr - 2/07 11:52 am MASA ANWAR IBRAHIM KENA TANGKAP, SEMUA SAYAP PEMUDA LARI, TINGGAL DIA SEORANG SAJA , MASA TU TAK LARI, DIA KEMUDIANNYA DILANTIK JADI KETUA PEMUDA....TU LAH KISAH DIA NI....SAMPAI LA PEANGAI DIA LAGU TU |
Skandal rasuah: Pendakwaan dua ADUN Sabah di mahkamah bersifat peribadi - Sinarharian - 2/07 11:24 am KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berpandangan bahawa tindakan pendakwaan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di mahkamah pada Isnin lalu adalah bersifat peribadi dan tidak wajar dijadikan alasan untuk mendesak kerajaan membuat keputusan tergesa-gesa.Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa proses undang-undang terhadap kedua-dua ADUN terbabit harus dibiarkan berjalan secara telus dan adil tanpa sebarang campur tangan politik."Isu pendakwaan terhadap dua ADUN baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan biarlah proses undang-undang berjalan, dan mahkamah yang menentukan benar atau salah."Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri akan meneliti kedudukan kedua-dua ADUN tersebut setelah semua maklumat dan laporan lengkap diterima, bukannya membuat keputusan terburu-buru mengikut desakan politik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tegas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah itu lagi, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak pernah menutup kesalahan atau melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan salah laku."Tetapi pada masa sama, kita juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan kes ini sebagai alat untuk melemahkan kerajaan negeri yang sah, stabil dan sedang bekerja keras untuk rakyat."Malah, saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya pendirian Hajiji yang juga merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan sesekali mencampuri sebarang siasatan atau pendakwaan yang sedang dijalankan terhadap mana-mana ADUN."Prinsip ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan Sabah hari ini ditadbir berasaskan integriti, kebertanggungjawaban dan penghormatan terhadap undang-undang, bukan berdasarkan sentimen, tekanan politik atau kepentingan individu," katanya.Katanya lagi, setiap individu berhak mempertahankan diri dan perlu berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang."Kita wajib berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah."Dalam masa sama, kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa |
Pengarah jabatan MPAJ didakwa terima suapan RM30,000 - Sinarharian - 2/07 11:18 am IPOH Seorang pengarah jabatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM30,000, dua tahun lalu.Tertuduh, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, 47, yang merupakan Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,000 melalui akaun Maybank miliknya tanpa sebarang balasan daripada seorang lelaki bernama Nazman Puteh, sedangkan beliau mengetahui bahawa individu tersebut mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai penjawat awam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Taiping, Jalan Chung Thye Phin dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada 2 November 2023.Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima RM10,000 ke dalam akaun sama tanpa sebarang balasan daripada Nazman Puteh melalui dua individu, iaitu Song Teik Sun dan Wong Huey Peng, pada tarikh dan lokasi yang sama.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri dan Muaz Ahmad Khairuddin.Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan bersama syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap awal bulan.Tertuduh yang diwakili Peguam Khairul Nizam Abd Razak memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga, mempunyai dua anak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun yang masih bersekolah, serta isteri tidak bekerja."Anak guam saya juga masih berkhidmat dan sepanjang siasatan selama setahun sejak Jun tahun lalu, beliau telah memberikan kerjasama penuh tanpa gagal kepada pihak SPRM dengan melapor diri seperti diarahkan," katanya.Hakim Meor Sulaiman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tertuduh melapor diri ke pejabat SPRM Selangor pada Sabtu pertama setiap bulan.Beliau turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta-merta untuk disimpan sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. |
Skandal rasuah ADUN Sabah: Tiada keperluan desak rehatkan wakil rakyat -Zulkarnain - Sinarharian - 2/07 11:06 am KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah, memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah semakin hampir.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan desakan yang datang daripada Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman itu sepatutnya ditujukan kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang diketahui umum sedang berdepan tiga pertuduhan rasuah."Datu Rosman dilihat semakin keliru memandangkan saranan untuk berehat daripada tugasan penting sepatutnya ditujukan khusus kepada Bung Moktar yang secara jelas telah diarah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta."Umum mengetahui Bung Moktar masih meneruskan tugasan sebagai Ketua UMNO Sabah malah bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, dan dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah tentu akan sibuk turun naik mahkamah berhadapan dengan kes rasuah selepas cubaan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan digugurkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Zulkarnain, yang juga aktivis politik, turut mengingatkan bahawa ketika ini masih banyak kes rasuah membabitkan pimpinan UMNO Sabah belum terungkai dan masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Sehubungan itu, beliau melihat Datu Rosman seolah-olah cuba membutakan mata dan memekakkan telinga, sukar menerima hakikat bahawa rakyat di negeri ini sebenarnya telah menolak UMNO di Sabah.Menurutnya, pertuduhan rasuah terhadap dua wakil rakyat pada Isnin lalu masih di peringkat awal dan mereka berpeluang untuk membersihkan nama di mahkamah tanpa perlu membela diri setakat ini."Beliau sepatutnya tidak mencampuri urusan wakil-wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS)Pakatan Harapan (PH) Sabah."Desakan supaya Ketua Menteri merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan skandal rasuah juga tidak perlu memandangkan PRN-17 semakin hampir."Saya percaya desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyebabkan kesombongan pemimpin UMNO akan dilenyapkan oleh rakyat Sabah pada PRN-17 ini," ujarnya. |
'Kit Siang, pemimpin PH perlu minta maaf pada Najib kes Morais' - Mkini - 2/07 11:06 am Gesaan itu dimuat naik di Facebook Najib selepas mahkamah mengekalkan hukuman mati R Kunaseegaran berhubung pembunuhan Kevin Morais. |
Kerajaan digesa semak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 - Pas - Sinarharian - 2/07 10:31 am SHAH ALAM - Kerajaan digesa menyemak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 secara menyeluruh supaya ia mencerminkan semangat Perlembagaan dan prinsip hak asasi manusia sejagat di negara ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 pada Selasa.Ujar beliau, kerajaan juga perlu dengan serius menyemak semula dan memansuhkan peruntukan akta yang boleh disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara, termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984."Perkara ini juga selaras dengan janji pilihan raya Pakatan Harapan sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, yang berkaitan dengan keperluan memberikan notis untuk himpunan aman, adalah tidak berperlembagaan.Keputusan tersebut dibuat oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.Ujar Takiyuddin, keputusan berkenaan merupakan suatu penegasan terhadap supremasi Perlembagaan dan merupakan satu mesej jelas bahawa hak asasi rakyat tidak boleh digugat oleh peruntukan undang-undang yang menindas atau berlebihan.Menurutnya, parti juga percaya keputusan tersebut akan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun sebagai sebahagian daripada ciri-ciri penting dalam sistem demokrasi."Seksyen 9(5), yang memperuntukkan penalti jenayah terhadap penganjur perhimpunan yang gagal memberikan notis kepada pihak polis dalam tempoh lima hari sebelum tarikh perhimpunan, telah lama dianggap sebagai satu bentuk sekatan tidak munasabah terhadap hak dan kebebasan berhimpun."Kini, dengan keputusan ini, pasti rakyat Malaysia lebih yakin bahawa pandangan mereka boleh disuarakan tanpa ancaman pendakwaan yang tidak berasas," ujarnya. |
'Bukan soal tukar nama, yang penting gol' - Annuar Musa - Sinarharian - 2/07 10:20 am 'INI bukan soal tukar nama, yang penting bola masuk gol."Demikian penegasan Penasihat Kelantan The Real Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa, yang mahu semua pihak kembali memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak Kelantan secara profesional, bukan terus terperangkap dalam isu logo mahupun identiti masa lalu.Menurut tokoh pembangunan bola sepak negeri itu, penjenamaan semula Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) kepada Kelantan TRW adalah perkara normal dalam dunia kelab profesional yang beroperasi melalui struktur pemilikan saham, bukan lagi di bawah model persatuan seperti era Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dahulu."Ramai tak faham, ini liga profesional |
Bubbles O2 dianugerahkan SuperBrands 2025 - Sinarharian - 2/07 9:55 am Jenama air mineral tempatan, BubblesO2, terus mencipta pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan Superbrands Malaysia 2025.Ia merupakan pengiktirafan berprestij yang mengiktiraf jenama terkemuka yang menunjukkan kekuatan pasaran, reputasi kukuh serta inovasi berterusan.Pengiktirafan itu hadir ketika syarikat mencatat lonjakan permintaan melebihi 200 peratus, didorong oleh pertumbuhan pesat dalam pasaran domestik serta kemasukan ke pasaran antarabangsa.Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifi n berkata, sebagai langkah strategik, pengembangan fasiliti pengeluaran fasa kedua sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan bekalan yang semakin meningkat."Ini bukan sekadar kejayaan syarikat tetapi bukti bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat global dengan produk yang berkualiti dan berasaskan sumber semula jadi."Air kami mengandungi oksigen terlarut secara semula jadi, tanpa sebarang penambahan buatan," kata Ain Azizah yang mengetuai syarikat sejak awal transformasinya.Gabungan kepimpinan muda dan kepakaran teknikalDi sebalik kejayaan komersial itu, BubblesO2 turut disokong oleh kekuatan teknikal dalaman, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Arifin.Abdul Aziz ialah seorang jurutera berpengalaman dalam bidang pembangunan sumber semula jadi dan industri kejuruteraan di Amerika Syarikat."Kami membina sistem yang mampan daripada pemilihan sumber hingga ke pengguna akhir untuk memastikan setiap botol mengekalkan ketulenan mineral dan struktur oksigen yang tinggi," jelas beliau yang kini menerajui pelan pembangunan jangka panjang syarikat.Air mineral BubblesO2 dibotolkan terus dari sumber bawah tanah terpilih dan diproses secara minimal bagi mengekalkan ciri-ciri asalnya.Keunikan BubblesO2 yang mengandungi tahap oksigen terlarut yang tinggi secara semula jadi menjadikannya semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna aktif, atlet dan mereka yang mengutamakan kesihatan.Sejak 2023, produk Bubbles O2 telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Brunei, Indonesia dan kini dalam peringkat akhir rundingan untuk meluaskan eksport ke Afrika Selatan dan Eropah menjelang pertengahan 2026.Kejayaan itu turut disokong oleh keterlibatan jenama dalam acara berprofil tinggi seperti Le Tour de Langkawi, Sukan SEA, MotoGP SIC, serta penajaan rasmi Liga Malaysia (MFL).Walaupun syarikat baru berusia enam tahun dalam industri, Bubbles O2 telah menerima pelbagai pengiktirafan industri termasuk BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Brand 2024 serta Entrepreneur of The Year bagi kategori FMCG.Pencapaian itu membuktikan bahawa jenama tempatan mampu mencipta impak besar walaupun bermula dari bawah.Komitmen terhadap pertumbuhan mampanSyarikat air mineral semula jadi ini kini mempunyai lebih 170 tenaga kerja tetap dan sambilan, Bubbles O2 turut komited dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti dan ekosistem usahawan tempatan.Syarikat menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi pembangunan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) dalam memastikan pertumbuhan syarikat turut membawa manfaat kepada rakyat."Kami mahu rakyat Malaysia berasa bangga apabila melihat botol BubblesO2 berada di rak pasar raya luar negara |
Salah tu Amir. Nak TUNJUK kental biar kena tempatnya. - Wrlr - 2/07 9:51 am Arif Jamil Nak tunjuk kental biar kena pada tempat |
Peniaga tidak patut ambil kesempatan naik harga atas alasan SST Pakar - Sinarharian - 2/07 9:45 am SHAH ALAM - Pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) seharusnya tidak dijadikan alasan oleh peniaga dan syarikat untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara melampau sehingga menindas pengguna.Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, daripada segi logik ekonomi, struktur harga dan jumlah kenaikan sewajarnya mestilah menyamai margin keuntungan sebelum ini."Jika terdapat peniaga atau syarikat yang mengambil kesempatan di atas kenaikan kadar SST baharu ini dengan menaikkan harga sehingga margin keuntungan yang diperoleh lebih tinggi daripada sebelum ini, maka ini sesuatu yang tidak patut dan dianggap mendiskriminasikan pengguna."Apatah lagi pengguna sekarang bukan sahaja berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, tetapi juga kesan rantaian secara tidak langsung SST terhadap kuasa membeli pengguna yang mungkin terjejas," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Mohd Faisol, pihak berkuasa berkaitan perlu melakukan pemantauan dan mengambil tindakan segera agar pasaran barangan dan perkhidmatan kekal stabil tanpa dimanipulasi oleh pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan atas nama SST baharu.Katanya, walaupun pelaksanaan SST secara asasnya dilihat tidak memberi impak besar kepada pengguna, namun hakikatnya ia mungkin memberi kelebihan kepada peniaga dan syarikat berbanding pengguna akhir."Ini kerana kemungkinan terdapat peniaga dan syarikat akan menggunakan alasan kenaikan SST sebagai modal untuk menaikkan harga walaupun barangan tersebut tidak termasuk dalam senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan SST."Dalam erti kata lain, pelaksanaan SST secara tidak langsung turut memberi kesan menyeluruh kepada pengguna akhir," jelas beliau.Ditanya mengenai margin keuntungan yang munasabah dalam konteks ekonomi Malaysia selepas pelaksanaan cukai baharu itu, beliau menegaskan bahawa ia sepatutnya kekal seperti sebelum kenaikan SST."Margin keuntungan mestilah sama dengan kadar margin keuntungan sebelum kenaikan SST walaupun harga barangan dan perkhidmatan terpaksa dinaikkan."Jadi, peniaga dan syarikat akan tetap mendapat keuntungan yang sama, tetapi pengguna terpaksa bayar kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan jumlah dan kuantiti barangan atau perkhidmatan yang sama," katanya.Bagaimanapun, beliau menyarankan agar peniaga bersedia menurunkan margin keuntungan mereka sedikit agar kenaikan harga lebih rendah dan tidak membebankan pengguna secara berlebihan."Maka, harga barangan dan perkhidmatan tetap mengalami kenaikan, tetapi dengan kadar yang lebih rendah dan terkawal," tambahnya.Mohd Faisol turut mengingatkan pengguna agar berbelanja secara berhemah dan lebih sensitif terhadap sebarang kenaikan harga, sekali gus mengelakkan diri daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.Pengguna juga katanya, perlu waspada dan membuat penilaian sendiri terhadap apa jua caj tambahan, agar mereka tidak menjadi mangsa keuntungan cepat pihak tertentu yang menyalahgunakan alasan kenaikan kadar SST. |
Kunaseegaran reda ke tali gantung - Utusan - 2/07 8:00 am PUTRAJAYA: Bekas pakar patologi hospital tentera, Dr |
KDN akan teliti keputusan mahkamah isytihar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan .. - Mgazette - 2/07 7:57 am # KDN akan teliti keputusan mahkamah isytihar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman tidak sah KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan |
Sebutan kes lucut hak Menara Ilham 6 Ogos ini - Mgazette - 2/07 7:57 am KUALA LUMPUR - Pendengaran dan sebutan kes permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 ditetapkan jam 9 pagi, 6 Ogos depan oleh Pendaftar Kanan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Neethiya Nair a/p Vijaya Kumar |
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen - Mgazette - 2/07 7:57 am # Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen SHAH ALAM - Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024 |
Pengasas RHB Bank dilantik Presiden UIAM - Mgazette - 2/07 7:57 am KUALA LUMPUR - Tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-10 bagi tempoh tiga tahun, berkuatkuasa hari ini hingga 30 Jun 2028 |
Khidmat Tengku Maimun, Abang Iskandar wajar disambung 6 bulan lagi .. - Mgazette - 2/07 7:57 am # Khidmat Tengku Maimun, Abang Iskandar wajar disambung 6 bulan lagi - DAP KUALA LUMPUR - DAP berpendirian tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang dijadualkan bersara masing-masing pada hari ini dan esok wajar disambung selama enam bulan lagi |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |