| /// |
|
| Search : Lapangan Terbang Antarabangsa News | Page 1 |
|
GP Gulf Air Bahrain Di Malaysia Tarik 261,000 Penonton, Jana RM345 Juta Untuk PMKS - Careta - 9/10 7:29 am Impak itu mencerminkan peranan penting acara sukan antarabangsa berskala besar dalam merangsang aktiviti ekonomi, khususnya menerusi peningkatan perbelanjaan pelancongan serta permintaan terhadap produk dan perkhidmatan tempatan |
|
Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 - Mygazette - 9/10 7:25 am # Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 BERA - Masyarakat Orang Asli Semelai mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail campur tangan dan mengadakan rundingan terlebih dahulu bagi menyelesaikan kemelut tanah di Tasek Bera, susulan operasi penguatkuasaan yang menurut mereka terus menjejaskan kebun serta sumber pendapatan penduduk |
|
Penumpang diminta hubungi syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang .. - Mygazette - 9/10 7:25 am # Penumpang diminta hubungi syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang di Riyadh RIYADH - Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh meminta penumpang menghubungi syarikat penerbangan masing-masing secara terus sebelum menuju ke lapangan terbang, beberapa jam |
|
Bekas bintang Spurs cabar Infantino - Utusan - 9/10 7:00 am PARIS: Presiden Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino bakal berdepan pencabar pertama dalam usahanya mempertahankan jawatan tertinggi badan induk bola sepak dunia itu apabila bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pemilihan tahun depan |
|
IPU Malaysia wajar jadi rujukan utama - Hmetro - 9/10 6:30 am Kuala Lumpur: Perbezaan kaedah pengiraan dan piawaian indeks menjadi antara punca bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak sama dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang dipaparkan platform antarabangsa seperti IQAir |
|
Calon PM: Anwar beri PH kelebihan, BN-Pas masih 'tercari-cari' - Penganalisis - Sinarharian - 9/10 12:53 am KUALA LUMPUR - Dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka berlangsung dalam masa setahun daripada sekarang, Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan lebih besar dalam isu penamaan calon Perdana Menteri berdasarkan rekod dan keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara terutama dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.Profesor, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, Anwar menawarkan kepimpinan yang sudah dikenali dan rekod pentadbiran yang boleh dinilai.Menurut beliau, dalam menghadapi PRU16, kepastian tentang siapa yang akan memimpin negara merupakan suatu kekuatan politik, khususnya apabila pihak yang mahu mencabar kerajaan sekarang masih belum mencapai persetujuan mengenai siapa kepimpinan tertinggi mereka."Kelebihan Anwar bukan sekadar pada nama atau kedudukannya sebagai penyandang |
|
FIA nafi dakwaan perisian unit kuasa tidak diuji - Hotfm - 8/10 10:26 pm Kuala Lumpur: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menafikan dakwaan bahawa konfigurasi perisian unit kuasanya digunakan tanpa diuji, sebaliknya mengesahkan pakej berkenaan menjalani simulasi dan penilaian di litar secara menyeluruh sebelum digunakan. |
|
Kualiti udara: JAS lapor hasil pemantauan stesen, platform lain guna sumber, kaedah berbeza - FMT - 8/10 6:58 pm IPU Malaysia merupakan bacaan purata yang dilaporkan setiap jam, hasil pemantauan stesen pengawasan kualiti udara berdasarkan standard antarabangsa. |
|
Angka 63 peratus doktor lapor diri belum cukup gambarkan situasi sebenar - MMA - Sinarharian - 8/10 6:14 pm KUALA LUMPUR - Angka 63 peratus pegawai perubatan yang melapor diri untuk penempatan tetap di Sabah dan Sarawak tidak menggambarkan pertambahan sebenar tenaga kerja di fasiliti kesihatan yang mengalami kekurangan doktor, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).Presidennya, Dr L Sivanaesan berkata, MMA mengambil maklum pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengenai kadar pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan tetap dan telah melapor diri untuk bertugas di kedua-dua negeri berkenaan.Bagaimanapun, katanya, maklum balas diterima daripada cawangan MMA Sabah menunjukkan angka tersebut mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar dari segi keperluan tenaga kerja di lapangan."Beberapa jabatan hospital dilaporkan mengalami pengurangan bersih jumlah pegawai perubatan, manakala sesetengah doktor terpaksa menjalankan lebih banyak tugasan on-call setiap bulan, termasuk tugasan EOD (every-other-day), iaitu bertugas secara berselang sehari."Dalam keadaan tertentu, doktor dalam sektor kesihatan awam boleh bertugas secara berterusan sehingga 33 jam apabila menjalankan tugasan on-call," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada penempatan yang dilaporkan benar-benar meningkatkan bilangan doktor yang berkhidmat di fasiliti kesihatan yang paling memerlukan tambahan tenaga kerja.Beliau turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan sama ada angka 63 peratus berkenaan turut merangkumi doktor berasal dari Sabah serta pegawai perubatan dari Semenanjung yang sememangnya telah berkhidmat di Sabah dan memilih untuk terus kekal di negeri itu."Ketelusan data amat penting bagi mengenal pasti kekurangan tenaga kerja kritikal, menambah baik perancangan tenaga kerja serta memastikan sumber kesihatan disalurkan ke fasiliti yang paling memerlukannya," jelas beliau.Sehubungan itu, Sivanaesan menggesa KKM mengemukakan pecahan terperinci pegawai perubatan yang telah melapor diri susulan pelantikan tetap, termasuk jumlah pegawai dari Semenanjung Malaysia serta hospital awam dan klinik kesihatan tertentu di Sabah dan Sarawak yang menjadi penempatan mereka."MMA juga mahu KKM menyatakan bilangan terkini pegawai perubatan dari Semenanjung yang telah meninggalkan Sabah untuk kembali berkhidmat di penempatan di Semenanjung serta bilangan pegawai perubatan kelahiran Sabah yang meninggalkan negeri itu untuk mengambil penempatan di Semenanjung."Selain itu, MMA mahu perubahan bersih jumlah pegawai perubatan di setiap hospital dan klinik kesihatan dikenal pasti susulan pelaksanaan penempatan terkini," katanya.Dalam pada itu, beliau sekali mengulangi gesaan supaya diwujudkan papan pemuka agihan tenaga kerja kesihatan peringkat kebangsaan yang menyediakan data terkini secara berkala mengenai jumlah, taburan dan jurang tenaga kerja kesihatan di semua fasiliti kesihatan awam di seluruh negara.MMA turut mengingatkan bahawa meskipun kadar melapor diri adalah 63 peratus, lebih satu pertiga doktor yang ditawarkan penempatan masih belum melapor diri untuk bertugas."Usaha menangani krisis tenaga kerja di Sabah dan Sarawak memerlukan lebih daripada sekadar pelaksanaan penempatan |
|
GP Gulf Air Bahrain Di Malaysia Tarik 261,000 Penonton, Jana RM345 Juta Untuk PMKS - Mydateline - 8/10 6:00 pm Penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang berjaya menarik 261,000 penonton dengankesan limpahan ekonomi lebih RM345 juta kepada .. |
|
JPJ kesan kegiatan tawar IDP palsu RM500 - Sinarharian - 8/10 5:13 pm KUALA LUMPUR - Dokumen Permit Memandu Antarabangsa atau International Driving Permit (IDP) dipercayai palsu dikesan ditawarkan kepada warga asing dengan bayaran sehingga RM500 dan tempoh sah lima tahun.Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dokumen berkenaan dipercayai tidak memenuhi keperluan pengiktirafan untuk tujuan memandu secara sah di Malaysia.Menurutnya, perkara ini dipandang serius kerana berpotensi memperdaya warga asing untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai kelayakan memandu yang sah, sedangkan dokumen yang dimiliki mungkin tidak diiktiraf."Sebagai perbandingan, IDP yang dikeluarkan oleh JPJ mempunyai tempoh sah selama satu tahun berdasarkan Convention on Road Traffic, Geneva, 19 September 1949 dan penggunaannya tertakluk kepada undang-undang negara atau wilayah yang berkenaan."Dokumen yang tertera perkataan 'International Driving Permit' tidak secara automatik memberikan hak kepada seseorang untuk memandu di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, dokumen tersebut hendaklah dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau pihak yang diberi kuasa oleh negara berkenaan serta memenuhi syarat pengiktirafan yang terpakai di Malaysia.Sehubungan itu, jelas Hamidi, warga asing diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran mendapatkan dokumen memandu antarabangsa daripada pihak yang tidak mempunyai kuasa atau pengiktirafan yang sah."JPJ tidak akan berkompromi terhadap penggunaan dokumen memandu yang tidak sah."Sebarang pelanggaran undang-undang yang dikesan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan sewajarnya," ujarnya.Dalam pada itu, Hamidi memaklumkan, pada tahun ini sehingga 8 Oktober, pelaksanaan Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) oleh JPJ Kuala Lumpur merekodkan 19,140 kenderaan diperiksa, 5,568 kenderaan diambil tindakan dan 11,495 kesalahan dikesan.Tegasnya, statistik ini menunjukkan bahawa ketidakpatuhan terhadap undang-undang jalan raya masih menjadi isu yang memerlukan tindakan penguatkuasaan secara berterusan dan menyeluruh. |
|
Lima penerbangan terjejas di Senai akibat jarak penglihatan rendah - Anthony - Sinarharian - 8/10 4:38 pm ISKANDAR PUTERI- Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) terjejas pada pagi Khamis, selepas pesawat tidak dapat mendarat dan berlepas berikutan jarak penglihatan yang sangat rendah akibat cuaca buruk.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan itu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Changi, Singapura.Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan semua operasi penerbangan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan."Bukan sahaja pesawat tidak boleh mendarat, malah penerbangan yang belum berlepas dari tempat asal turut diminta menangguhkan jadual mereka."Pesawat terpaksa dilencongkan kerana keselamatan adalah keutamaan |
|
Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura – .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura - Anthony ISKANDAR PUTERI - Jerebu yang teruk di negeri ini menyebabkan lima penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di Kulai dekat sini hari ini ditangguhkan |
|
1MDB, SRC, FELDA, TH: Kerajaan tanggung puluhan bilion akibat komitmen .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm # 1MDB, SRC, FELDA, TH: Kerajaan tanggung puluhan bilion akibat komitmen terdahulu - PM KUALA LUMPUR Kerajaan telah menanggung puluhan bilion ringgit bagi memenuhi komitmen kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, FELDA serta kerugian pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini |
|
Jerebu: Ambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia ??? Fadhli Shaari - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Jerebu: Ambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia Fadhli Shaari KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya Malaysia mengambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia jika terbukti bencana jerebu yang melanda negara ketika ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara itu |
|
MP Pas cadang kerajaan kira kerugian, saman Indonesia susulan jerebu - Kosmo - 8/10 4:22 pm PETALING JAYA Kerajaan dicadang mengambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia sekiranya terbukti jerebu yang melanda Malaysia ketika ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara berkenaan |
|
261,000 serbu F1 Sepang, PMKS tempatan kaut limpahan RM345 juta - Harapandaily - 8/10 4:07 pm Penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini dianggarkan menjana impak limpahan lebih RM345 juta kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan |
|
Keputusan letak jawatan tidak jejas pelaksanaan projek RTS Link – Anthony Loke - Utusan - 8/10 4:03 pm JOHOR BAHRU: Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan tidak akan menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura |
|
Sudah tiba masanya kita hargai dan sokong jenama tempatan – Azeva - Utusan - 8/10 4:00 pm PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Azeva Natassha tampil mempersoalkan sikap segelintir pihak yang dilihat lebih mengagungkan produk luar negara berbanding jenama tempatan |
|
Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV - Sinarharian - 8/10 3:42 pm KUALA LUMPUR - Rakaman keterangan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta pengesahan ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes tular baru-baru ini diperlukan bagi melengkapkan siasatan.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan semula kertas siasatan kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.Menurutnya, beberapa aspek dalam siasatan perlu diteliti dan dilengkapkan sebelum sebarang tindakan lanjut berhubung kes itu dimuktamadkan."Pihak polis perlu mendapatkan rakaman percakapan Ketua Pengarah AKPS, pengesahan ketulenan rakaman CCTV serta beberapa perkara relevan bagi melengkapkan siasatan."Kertas siasatan dipulangkan semula hari ini (Khamis) kepada PDRM bagi tujuan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Sebelum ini, PDRM merujuk kertas siasatan itu kepada AGC pada Selasa lalu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kertas siasatan itu dirujuk kepada AGC untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.Sebelum itu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 28 September lepas.Berhubung insiden itu, laporan diterima daripada dua anggota polis berhubung dakwaan mereka telah dikasari secara fizikal oleh Mohd Shuhaily.Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Berikutan itu, polis sudah merakam percakapan seramai 25 orang saksi terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas. |
|
Kes KP AKPS: Peguam Negara pulangkan kertas siasatan, polis perlu sahkan .. - Hmetro - 8/10 2:25 pm Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini, memulangkan kertas siasatan berhubung insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
|
Dadah 521kg dalam jet peribadi: Pemilik syarikat penerbangan ditahan -JSJN - Sinarharian - 8/10 2:18 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Menurutnya, siasatan mendapati syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia."Individu ini juga merupakan pemilik pesawat yang ditahan pihak berkuasa di Laos."Hasil siasatan mendapati syarikat penerbangan ini mempunyai dua pesawat seumpamanya yang turut menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat persendirian (private jet) kepada sesiapa sahaja yang membuat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, bagi kes ini pesawat disewakan dengan bayaran AS$49,500.Tambahnya, JSJN Bukit Aman sedang mengenal pasti individu yang membuat tempahan penyewaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut.Dalam pada itu, Hussein memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut."Kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.Tegasnya, dadah ialah musuh nombor satu negara dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.1 Oktober lalu, Polis Laos merampas 521 kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine dalam sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.Siasatan kemudian mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos kira-kira jam 11.30 pagi.Kira-kira jam 1.30 petang, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat terbabit.Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang warganegara Malaysia, rakyat Singapura dan Filipina, telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah rentas negara berkenaan. |
|
5 penerbangan di LTAS tangguh, dilencong akibat jerebu - FMT - 8/10 1:27 pm Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata beberapa penerbangan dilencongkan ke KLIA dan Lapangan Terbang Changi, Singapura. |
|
Harimau Malaya naik tiga anak tangga - Sinarharian - 8/10 10:08 am MALAYSIA melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ke-133 dunia dalam kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Skuad Harimau Malaya mengumpul 1,102.09 mata, meningkat 15.05 mata berbanding kemas kini 20 Julai lalu yang menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-136.Peningkatan itu hadir selepas Malaysia menampilkan prestasi konsisten dalam kempen Piala ASEAN FIFA di Indonesia apabila merekodkan tiga kemenangan dan satu seri daripada empat perlawanan.Kemenangan 1-0 ke atas Vietnam bagi menamatkan penantian 12 tahun menjadi penyumbang terbesar dengan tambahan 6.33 mata.Sebelum itu, Harimau Malaya membuka kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh yang menyumbang 3.30 mata.Keputusan seri tanpa jaringan menentang Indonesia pula memberikan tambahan 0.68 mata kepada kutipan ranking Malaysia.Skuad negara kemudian menutup kempen dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura, sekali gus menambah 4.74 mata lagi.Prestasi berkenaan membolehkan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga selain memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.Momentum itu diharapkan dapat dikekalkan Harimau Malaya menjelang kemas kini ranking FIFA seterusnya pada 18 November depan. |
|
Ronaldo kagum legasi Messi - Sinarharian - 8/10 10:04 am CRISTIANO Ronaldo mengetepikan persaingan panjangnya dengan Lionel Messi apabila tampil memberikan penghormatan kepada bintang Argentina itu selepas mengakhiri karier antarabangsa.Messi menutup perjalanan 21 tahun bersama skuad kebangsaan dengan penuh bergaya apabila menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan ketika Argentina menewaskan Benin 3-0 di Stadium Monumental, semalam.Lebih 85,000 penyokong hadir menyaksikan aksi terakhir pemain berusia 39 tahun itu yang dianggap antara legenda terbesar dalam sejarah bola sepak Argentina.Ronaldo kemudian meninggalkan komen pada hantaran Messi di media sosial sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian luar biasa seteru lamanya itu."Leo (Messi), selepas bertahun-tahun mempertahankan negara anda, anda mencipta sejarah yang akan kekal selama-lamanya."Saya amat menghormati apa yang anda capai bersama Argentina |
|
Messi mula rindu jersi Argentina - Sinarharian - 8/10 9:18 am BARU sehari melabuhkan tirai karier antarabangsa, Lionel Messi sudah merindui jersi biru muda dan putih yang disarungnya selama hampir dua dekad bersama Argentina.Pemenang lapan kali Ballon d'Or itu mengakui perasaan berkenaan menerusi media sosial selepas menamatkan penampilan terakhirnya bersama juara dunia itu dalam kemenangan 3-0 ke atas Benin di Buenos Aires, semalam.Messi, 39, menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang menjadi penutup perjalanan panjangnya bersama skuad kebangsaan."Semalam (Rabu) adalah perlawanan terakhir dan saya sudah mula merindui jersi biru muda dan putih itu |
|
Arsenal ikat Arteta hingga 2030 - Sinarharian - 8/10 9:07 am MIKEL Arteta melanjutkan khidmatnya bersama Arsenal sehingga Jun 2030 selepas pengurus kelahiran Sepanyol itu menandatangani kontrak baharu dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Arteta, 44, yang membimbing Arsenal menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang kejuaraan EPL musim lalu, dilaporkan menerima bayaran lebih 20 juta (RM107 juta) semusim, sekali gus menjadikannya pengurus bergaji tertinggi dalam EPL."Satu penghormatan besar untuk saya meneruskan masa depan bersama kelab ini dan terus bekerja dengan individu-individu luar biasa yang mahukan yang terbaik untuk Arsenal," kata Arteta dalam kenyataan kelab.Arteta mengambil alih Arsenal pada 2019 ketika kelab itu bergelut di tangga ke-10 liga, selepas menamatkan karier sebagai pemain pada 2016 dan kemudian menyertai barisan kejurulatihan Pep Guardiola di Manchester City.Kehadirannya menyaksikan Arsenal beransur-ansur kembali ke kelompok elit EPL apabila menamatkan saingan di tempat kelima pada musim 2021-22 sebelum muncul naib juara selama tiga musim berturut-turut.Penamat itu akhirnya disusuli kejayaan lebih besar musim lalu apabila Arsenal dinobatkan juara EPL buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.Arsenal turut mencipta sejarah dengan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, namun tewas kepada Paris Saint-Germain menerusi penentuan penalti.Dalam tempoh kendaliannya, Arteta turut mendapat sokongan pengurusan kelab menerusi pembelian pemain seperti Declan Rice, Martin Odegaard, Ben White dan penjaga gol David Raya bagi memperkukuh skuad.Selepas 361 perlawanan, Arteta merekodkan peratusan kemenangan 62.05 peratus, angka terbaik dalam kalangan semua pengurus sepenuh masa Arsenal."Kami sudah membina ikatan istimewa dan mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup |
|
Samun di Genting Highlands: Polis tahan 7 individu, suspek utama masih... - Mygazette - 8/10 8:13 am Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 Okt. Tangkapan terbaharu melibatkan seorang individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di negara ini |
|
Penumpang warga Filipina naiki penerbangan Subang-Laos tanpa bagasi kabin .. - Mygazette - 8/10 8:13 am # Penumpang warga Filipina naiki penerbangan Subang-Laos tanpa bagasi kabin CGT Asia KUALA LUMPUR - CGT Asia Limited mengesahkan hanya seorang warga Filipina berada di dalam pesawatnya ketika ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (WMSA), Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos, pada 1 Oktdan penumpang itu menaiki pesawat tanpa membawa sebarang bagasi kabin |
|
Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4... - Mygazette - 8/10 8:13 am # Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4 individu KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas |
|
Messi akhiri karier antarabangsa - Kosmo - 8/10 8:10 am BUENOS AIRES Lionel Messi menutup tirai karier antarabangsa bersama Argentina dengan penuh gemilang apabila menjaringkan gol dan mencipta dua bantuan jaringan untuk menewaskan Benin 3-0 dalam aksi persahabatan semalam |
|
Kerajaan Terus Tindakan Perundangan, Antarabangsa Bagi Pemulihan Maksimum Aset 1MDB - Mydateline - 8/10 8:00 am Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MOF) |
|
Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB - Astroawani - 8/10 6:20 am Usaha berkenaan penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara. |
|
Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB - Sinarharian - 8/10 1:23 am KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MoF).Usaha berkenaan penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.Setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi."Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion," kata MoF.MoF menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah penambahbaikan susulan Laporan Audit Negara berhubung ketirisan dana awam, status terkini pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan besar serta pengurusan semula dana yang dipulihkan.Berhubung status pemulihan aset dan mekanisme pengurusan semula dana berkaitan skandal kewangan, kementerian itu berkata aktiviti pemulihan terbesar pada masa ini melibatkan 1MDB."Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan 1MDB," katanya |
|
Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga ke ranking 133 dunia - Astroawani - 7/10 10:00 pm Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki ranking ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini. |
|
Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan empat individu - Astroawani - 7/10 9:45 pm Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas. |
|
MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka! - Mypress - 7/10 9:16 pm MENTERI BESAR Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak boleh membiarkan rakyat terus tertanya-tanya berhubung status tanah yang dikaitkan dengan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani |
|
Samun di Genting Highlands: Polis tahan tujuh individu, suspek utama masih dikesan - Sinarharian - 7/10 9:04 pm KUANTAN - Polis menahan tujuh individu termasuk beberapa warga asing bagi membantu siasatan kes samun barang kemas seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, Bentong pada Ogos lepas.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 Okt."Tangkapan terbaharu melibatkan seorang individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di negara ini."Suspek berkenaan masih direman manakala enam lagi sudah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama yang masih diburu.Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.Pada 17 Ogos lepas, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5 kilogram (kg) bernilai lebih RM1.7 juta dilaporkan dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan |
|
RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen, diesel kekal - Sinarharian - 7/10 8:41 pm SHAH ALAM - Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 15 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 8 Oktober hingga 14 Oktober 2026.Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga baharu RON97 ditetapkan pada RM5.15 seliter, RON95 tanpa subsidi RM4.67 seliter dan diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, berkuat kuasa mulai Khamis.Menurut MoF, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi."Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis |
|
Malvest, USM Kubang Kerian teroka potensi pelancongan perubatan - Sinarharian - 7/10 8:30 pm SHAH ALAM - Malvest Group Sdn Bhd (Malvest) dan Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi pelancongan perubatan dan memperkukuh ekosistem penginapan serta ketersambungan di kampus kesihatan univeriti itu di Kubang Kerian.Malvest berkata, dengan kepakaran perubatan, kemudahan kesihatan pakar serta ekosistem akademik USM yang kukuh, pihaknya berhasrat menyediakan penginapan jangka pendek dan panjang serta penyelesaian hospitaliti untuk pesakit, pelancong perubatan dan ahli keluarga yang mengiringi mereka."Gabungan kepakaran USM dalam bidang pendidikan dan kesihatan dengan pengalaman Malvest dalam pembangunan hartanah serta penyelesaian penginapan berpotensi meningkatkan pengalaman komuniti USM, pesakit serta pelawat."Melalui Mou berkenaan ia dapat memperkukuh lagi kedudukan Kubang Kerian dan Kelantan sebagai destinasi pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan perubatan," katanya.Kerjasama strategik itu dimeterai menerusi MoU sempena LINK@USM 2026 yang berlangsung di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian pada Isnin.Malvest menjelaskan, MoU berkenaan turut melibatkan kepakaran syarikat itu dalam penyediaan penginapan berkualiti dan penyelesaian hospitaliti untuk komuniti Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian."Antara fokus utama kerjasama ini ialah penginapan untuk mahasiswa antarabangsa, dengan matlamat menyediakan persekitaran kediaman yang selamat, selesa dan kondusif."Seterusnya menyokong aspirasi untuk menjadi 'Penginapan Pilihan Utama' bagi komuniti USM," katanya.Syarikat pemaju hartanah itu berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen bersama dalam menterjemahkan jalinan universiti-industri kepada inisiatif praktikal yang memberi manfaat kepada komuniti USM, selain memperkukuh ekosistem di sekitar Kampus Kesihatan USM.Ujarnya, kedua-dua syarikat itu akan terus meneroka bidang kerjasama yang praktikal berdasarkan keperluan dan peluang semasa dalam menyokong pembangunan ekosistem kampus kesihatan yang lebih bersepadu, kondusif dan mampan. |
|
Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di lapangan terbang Subang, empat individu ditahan - Harapandaily - 7/10 8:00 pm Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas |
|
Seludup Dadah Ke Laos: AKPS Sahkan Serbuan Di Subang, Tahan Empat Individu - Siakapkeli - 7/10 7:23 pm KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Ab... |
|
Litar Lumba Sungai Petani terbengkalai, RM40 juta pula lesapKredibiliti Sanusi dikritik - Harapandaily - 7/10 6:15 pm Kelmarin, isu penyelewengan wang RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani menggemparkan ramai pihak |
|
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia anjur Himpunan Peringatan Tiga Tahun Genosid Gaza Jumaat ini - Sinarharian - 7/10 5:08 pm KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia akan menganjurkan Himpunan Peringatan Tiga Tahun Genosid Gaza pada Jumaat ini bagi memperingati serangan dahsyat di negara berkenaan.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 2 petang itu akan bermula di Menara Tabung Haji sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS)."Hari ini (Rabu), 7 Oktober menandakan genap tiga tahun sejak bermulanya serangan dahsyat ke atas Gaza |
|
KPDN lancar dua inisiatif pembiayaan harta intelek melalui MyIPO - Sinarharian - 7/10 5:07 pm KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melancarkan dua inisiatif baharu bagi menyokong reformasi Pembiayaan Berteraskan Harta Intelek negara.Inisiatif berkenaan dilancarkan sempena Persidangan dan Pameran Kebangsaan Pengkomersialan Harta Intelek (IP CONFEX) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang antara lain meletakkan inovasi dan pengkomersialan harta intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu negara.Menurutnya, inisiatif pertama ialah Dana Pembiayaan Penilaian Harta Intelek dengan peruntukan perintis sebanyak RM1 juta.Dana itu, jelasnya, disediakan bagi membantu menampung kos perkhidmatan penilaian harta intelek secara profesional untuk syarikat tempatan terpilih."Melalui penilaian yang sistematik dan diiktiraf, aset tidak ketara milik syarikat melibatkan harta intelek dapat diberikan nilai secara rasmi bagi menyokong urusan pembiayaan perbankan, pelesenan dan pelaburan."Langkah itu penting khususnya kepada syarikat pemula (start-up) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan teknologi yang memiliki aset harta intelek bernilai, tetapi berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan perbankan kerana tidak mempunyai cagaran fizikal tradisional," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sementara itu, inisiatif kedua ialah pengenalan Modul Penilaian Harta Intelek yang pertama di Malaysia.Jelasnya, modul berkenaan akan menjadi asas kepada pembentukan piawaian penilaian yang lebih seragam, selain menyokong usaha melatih tenaga pakar penilai harta intelek tempatan yang bertauliah dan dikawal selia secara berstruktur."Kedua-dua inisiatif itu saling melengkapi dalam membangunkan ekosistem Pembiayaan Berteraskan Harta Intelek yang lebih tersusun."Dana pembiayaan akan membantu syarikat mendapatkan perkhidmatan penilaian, manakala modul yang diperkenalkan akan memperkukuh kapasiti, kepakaran dan piawaian dalam melaksanakan proses penilaian berkenaan," katanya.Armizan berkata, langkah itu juga bertepatan dengan pelan transformasi strategik lima tahun (2025-2030) melalui MyIPO NEXTGEN yang memfokuskan transisi harta intelek daripada sekadar instrumen perlindungan undang-undang kepada antara aset strategik memacu ekonomi negara."Usaha itu diharapkan dapat merapatkan jurang pembiayaan yang dihadapi syarikat pemula dan PKS berasaskan teknologi."Ia juga membantu memastikan hasil penyelidikan dan pembangunan tempatan tidak hanya terhenti di makmal, sebaliknya dapat dinilai, dikomersialkan dan dimanfaatkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi," katanya.IP CONFEX 2026 julung kalinya dianjurkan pada 6 hingga 7 Oktober itu menghimpunkan lebih 500 peserta merangkumi pemain industri, institusi kewangan, penyelidik, inovator serta agensi kerajaan.Program itu turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyIPO dengan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Universiti Multimedia (MMU), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) serta Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM).Kerjasama strategik itu akan memperkukuh jaringan MyIPO dengan organisasi antarabangsa dan tempatan, institusi pendidikan, agensi pembangunan perdagangan dan keusahawanan serta pemain industri.Kerjasama berkenaan juga menyokong perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan usaha memperluas pengkomersialan harta intelek tempatan.Menurut Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), nilai aset tak ketara dunia melonjak 13 kali ganda dalam tempoh 25 tahun, mencecah paras tertinggi AS$80 trilion.Malah, lebih 90 peratus daripada nilai syarikat terkemuka dalam indeks S&P 500 kini disokong oleh kekuatan aset tak ketara termasuk harta intelek. |
|
ECRL semakin hampir beroperasi, ahli Lembaga Pengarah MRL nilai .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm # ECRL semakin hampir beroperasi, ahli Lembaga Pengarah MRL nilai kesiapsiagaan sistem KUALA LUMPUR - Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mencatat perkembangan positif dalam persediaan menuju pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila dua jawatankuasa Lembaga Pengarahnya mengadakan mesyuarat di dalam Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL |
|
Malaysia semakin ketinggalan, diplomat perlu diperkasa segera ??? Mohamad - Mygazette - 7/10 4:58 pm # Malaysia semakin ketinggalan, diplomat perlu diperkasa segera Mohamad PUTRAJAYA Malaysia perlu segera memperkukuh pengetahuan, pengalaman dan pendedahan dalam kalangan diplomatnya bagi mengembalikan negara sebagai pusat rujukan diplomasi di peringkat ASEAN |
|
Peguam dakwa Ketua Pengarah AKPS kasari dua anggota PDRM ketika bertugas... - Mygazette - 7/10 4:58 pm # Peguam dakwa Ketua Pengarah AKPS kasari dua anggota PDRM ketika bertugas di KLIA KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Suhaily Mohd Zain didakwa mengasari secara fizikal dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka sedang menjalankan tugasan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu |
|
Buletin Li Auto Sah Masuk Thailand Menjelang Akhir 2026 Read More - Mekanika - 7/10 4:58 pm # LI AUTO SAH MASUK THAILAND MENJELANG AKHIR 2026 **Pengeluar kenderaan elektrik premium dari China, Li Auto, mengesahkan perancangannya untuk memasuki pasaran Thailand menjelang penghujung 2026, sekali gus menjadikan negara itu antara pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) terawal bagi jenama berkenaan selepas Macau dan Singapura.** Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan perhubungan awam global Li Auto kepada media antarabangsa baru-baru ini |
|
Hakim Danish mahu bangkit di Mandalika - Sinarharian - 7/10 4:57 pm PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bertekad melupakan episod sukar di Jepun dan bangkit dengan aksi lebih kompetitif pada Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, hujung minggu ini.Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menjadikan pengalaman di Motegi sebagai pengajaran untuk memperbaiki prestasi pada pusingan kedua siri jelajah Asia Kejuaraan Dunia Moto3 2026.Hakim Danish mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan di Mandalika selepas berdepan tiga insiden kemalangan pada GP Jepun minggu lalu."Saya mahu melupakan sepenuhnya episod kemalangan di Jepun |
|
Peluang berniaga tanpa dibebani kos sewa tapak memberi rezeki besar kepada .. - Wrlr - 7/10 4:52 pm Peluang berniaga tanpa dibebani kos sewa tapak memberi rezeki besar kepada 40 usahawan tempatan apabila mereka mencatat jualan keseluruhan RM555,350 sepanjang tiga hari penganjuran acara F1 di Sepang |
|
Juruterbang antara 4 ditahan di Subang berkait kes seludup dadah ke Laos - FMT - 7/10 4:40 pm Juruterbang itu adalah pemilik syarikat yang kendali jet peribadi yang tiba di lapangan terbang Laos bawa 521kg methamphetamine. |
|
Keteq.GaN Ialah Cip Semikonduktor Kuasa GaN Pertama Dibina Syarikat Tempatan Sarawak - Amanz - 7/10 4:04 pm Di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2026 (IDECS26) yang sedang berlangsung di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, kerajaan Sarawak telah mengumumkan pembangunan komponen cip semikonduktor kuasa Galium Nitride (GaN) pertama yang dihasilkan oleh sebuah syarikat tempatan yang dinamakan keteq,GaN |
|
Baskin-Robbins Bawa Kamu Terbang Ke Jepun Dengan 3 Perisa Baharu - Murai - 7/10 3:30 pm Baskin-Robbins Malaysia membawa rakyat Malaysia menikmati pengalaman rasa ala Jepun menerusi pelancaran Siri Musim Panas Jepun (Japan Summer Series) |
|
Dadah dalam jet peribadi: Pihak berkuasa serbu hangar, tahan juruterbang .. - Hmetro - 7/10 3:16 pm Subang Jaya: Seorang juruterbang yang dikaitkan dengan syarikat pemilik jet peribadi yang terbabit dalam cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) syabu dari Laos, antara empat individu yang ditahan sebelum sebuah lagi pesawat dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Manila hari ini |
|
Presiden Myanmar Tiba Di Malaysia, Isu Hantar Pulang Agenda Utama - Wrlr - 7/10 2:47 pm SEPANG, 7 Okt Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan rasmi dua hari, dengan isu penghantaran pulang rakyat Myanmar di Malaysia antara perkara utama yang dijangka dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pesawat khas yang membawa Min bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.30 tengah hari |
|
Kes Shuhaily: Dua anggota polis yang dikasari bukan 'ulat atau terlibat counter setting Peguam - Sinarharian - 7/10 2:13 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Peguam menafikan dua anggota polis yang tular dalam kes dakwaan dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bertindak sebagai ulat atau terlibat dalam counter setting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1), pada 28 September lalu.Peguam, Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad berkata, khabar angin itu tidak seharusnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama, iaitu dakwaan bahawa Shuhaily telah mengasari dua anggota berkenaan.Menerusi kenyataan media, beliau berkata, terdapat kenyataan dibuat selepas kejadian, yang mana ia memberikan gambaran berbeza daripada keadaan sebenar yang berlaku."Kami berpandangan, sebarang kenyataan awam berhubung perkara yang masih dalam siasatan hendaklah dibuat dengan penuh tanggungjawab."Ia tidak seharusnya menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.Sehubungan itu, beliau memohon supaya siasatan terhadap kejadian berkenaan dijalankan dengan segera secara telus dan bebas.Beliau berharap, sebarang tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti.Beliau menegaskan, hak, keselamatan dan maruah anak guamnya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa menjalankan tugas rasmi, wajar dilindungi.Beliau berkata, dakwaan dikasari secara fizikal ketika menjalankan tugas itu menyebabkan kedua-dua anggota berkenaan mengalami kecederaan selain menjejaskan maruah mereka sebagai penjawat awam."Kami telah mengemukakan fakta dan keterangan kepada pihak berkuasa, maka tindakan yang didakwa berlaku itu berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu kes menghalang penjawat awam."Ia turut melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta menentukan kesalahan yang didakwa dilakukan.Katanya, sebarang tindakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas perlu dipandang serius tanpa mengira pangkat atau kedudukan mana-mana pihak.Menurutnya, kegagalan menangani dakwaan sedemikian secara sewajarnya berpotensi memberikan persepsi yang salah kepada masyarakat bahawa penggunaan kekerasan terhadap penjawat awam boleh diterima atau dibiarkan.Beliau turut menegaskan bahawa AKPS bukan sebahagian daripada PDRM dan kedua-dua agensi mempunyai fungsi serta bidang kuasa berbeza.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan bebas daripada kegiatan ulat warga asing. |
|
Presiden Myanmar tiba di Malaysia, isu penghantaran pulang antara agenda utama - Sinarharian - 7/10 1:32 pm SEPANG - Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan rasmi dua hari, dengan isu penghantaran pulang rakyat Myanmar di Malaysia antara perkara utama yang dijangka dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pesawat khas yang membawa Min bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.30 tengah hari.Sejurus tiba, beliau diberikan sambutan Kawalan Kehormatan Statik oleh dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapt Muhammad Ikhwan Adlan Jamaludin.Menyambut ketibaan pemimpin Myanmar itu di lapangan terbang berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku menteri pengiring.Turut hadir menyambut ketibaan Presiden Myanmar dan delegasinya ialah Ketua Protokol Kerajaan Malaysia, Datuk Rozainor Ramli serta Kuasa Usaha Malaysia ke Myanmar, Johan Ariff Abdul Razak.Pada Khamis, Min akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar, diikuti jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Perdana Menteri.Wisma Putra memaklumkan lawatan itu turut memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan libat urus secara langsung dengan Myanmar, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 pada Mei 2026 untuk meneruskan pendekatan konstruktif dan berprinsip terhadap Myanmar.Menurut Wisma Putra, Myanmar merupakan sebahagian penting daripada ASEAN dan sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia akan terus menyokong usaha ASEAN ke arah keamanan dan perdamaian serta memastikan akses kepada bantuan kemanusiaan di Myanmar.Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di rantau ini |
|
MP Bandar Kuching cadang kerajaan ambil doktor asing - Sinarharian - 7/10 12:21 am SHAH ALAM Kerajaan disaran mempertimbangkan pengambilan doktor asing sebagai langkah jangka pendek bagi menangani kekurangan petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak.Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, keutamaan wajar diberikan kepada graduan perubatan antarabangsa yang menerima latihan di Malaysia susulan kegagalan sebahagian doktor baharu melaporkan diri untuk bertugas di kedua-dua negeri berkenaan.Beliau berkata, kadar doktor yang gagal melapor diri bagi penempatan tetap di Sabah meningkat daripada dua peratus pada 2022 kepada 20 peratus pada 2023, sekitar 40 peratus pada 2025 dan 66 peratus bulan ini."Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melaporkan kadar kegagalan melapor diri antara 70 hingga 76 peratus bagi Sabah dan Sarawak secara keseluruhan."Ini bukan lagi satu tanda amaran |
|
'Satu dunia berterima kasih kepada Messi'- Neymar - Sinarharian - 7/10 11:49 am NEYMAR tampil menitipkan penghormatan penuh emosi buat sahabat baiknya, Lionel Messi yang menutup tirai karier antarabangsa bersama Argentina.Messi membuat penampilan terakhirnya bersama skuad Albiceleste ketika berdepan Benin dalam aksi persahabatan di Stadium Monumental, Buenos Aires pada Rabu."Bukan Argentina sahaja yang berterima kasih kepada kamu, tetapi seluruh dunia berterima kasih atas segala yang telah kamu lakukan untuk bola sepak."Terima kasih kerana membuatkan saya lebih mencintai bola sepak |
|
Kebolehpasaran graduan UniSIRAJ cecah 94.1 peratus, tertinggi dalam sejarah universiti - Astroawani - 7/10 11:30 am Lonjakan 44.1 peratus sejak 2017 membuktikan keberkesanan usaha memperkukuh kualiti akademik, jaringan industri dan kerjasama antarabangsa. |
|
Berakhir Sebuah Era: Messi Skor 1 Gol Dan 2 Assist Pada Hari Terakhirnya Bersama Abiceleste - Vocket - 7/10 11:06 am Lionel Messi menutup karier antarabangsa bersama Argentina dengan penuh bergaya apabila membantu La Albiceleste menewaskan Benin 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Monumental |
|
Messi Skor 1 Gol Dan 2 Assist Pada Hari Terakhirnya Bersama Abiceleste - Hotfm - 7/10 11:06 am Lionel Messi menutup karier antarabangsa bersama Argentina dengan penuh bergaya apabila membantu La Albiceleste menewaskan Benin 3-0 dalam aksi persahabatan |
|
Belanjawan 2027: MPM harap RM15 juta pacu pembangunan sukan para - Sinarharian - 7/10 10:58 am MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan menyediakan peruntukan RM15 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh pembangunan sukan para negara, termasuk usaha mencungkil bakat baharu serta memperkasakan persatuan sukan para kebangsaan.Presiden MPM, Datuk Seri Megat D |
|
Air mata iringi perpisahan Messi - Sinarharian - 7/10 10:49 am LIONEL Messi menutup tirai karier antarabangsa selama 21 tahun dengan penuh emosi apabila membuat penampilan terakhir bersama Argentina di hadapan ribuan penyokong di Stadium Monumental, Buenos Aires pada Rabu.Dalam perlawanan yang cukup istimewa itu, Messi melengkapkan malam perpisahannya dengan jaringan ke-126 di pentas antarabangsa ketika membantu Argentina menewaskan Benin 3-0.Pemain berusia 39 tahun itu yang melakukan penampilan antarabangsa ke-208 turut mencipta bantuan gol untuk Nicolas Otamendi membuka tirai jaringan, sebelum Nico Paz menambah satu lagi gol buat juara dunia itu.Namun, keputusan perlawanan seakan menjadi perkara sampingan apabila seluruh perhatian tertumpu kepada penghormatan terakhir buat legenda Argentina berkenaan.Sebelum perlawanan bermula, Messi dilihat mengesat air mata ketika bas yang membawa skuad Argentina menuju ke stadium dikerumuni penyokong yang mahu memberikan penghormatan buat kapten mereka.Lebih menyentuh hati, Messi memasuki padang bersama tiga anaknya, manakala isterinya, Antonela Roccuzzo, dan ibunya, Celia Cuccittini, turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu dari ruang VIP.Jersi gergasi Argentina dengan perkataan Gracias (Terima Kasih) dan nombor 10 milik Messi turut dibentangkan di tengah padang sebelum sepak mula, disambut sorakan gemuruh kira-kira 85,000 penyokong.Air mata Messi kembali bergenang ketika lagu kebangsaan Argentina dinyanyikan bersama veteran Perang Falklands, Fabio Santana.Permainan kemudian dihentikan pada minit ke-10 sebagai simbolik kepada nombor ikonik yang dipakai Messi, dengan seluruh stadium memberikan tepukan gemuruh selama seminit sebagai penghormatan kepada pemain yang pernah mewarnai Barcelona dan Paris Saint-Germain itu.Messi melengkapkan malam terakhirnya dengan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-71.Selepas wisel penamat, pertunjukan dron menerangi langit Stadium Monumental dengan memaparkan wajah Messi serta ucapan penghargaan terhadap pemenang lapan kali Ballon dOr itu.Messi sebelum ini mengakui sudah memberikan segala-galanya untuk Argentina dan merasakan sudah tiba masanya generasi baharu diberi peluang."Saya sudah memberikan segala-galanya dan tiada apa lagi yang mampu saya berikan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |