///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Kota Bharu News   Page 1    



Pelajar Perempuan Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Sekolah, Tertekan Pedal Minyak Jadi Punca - Siraplimau - 13/04 7:41 am

Seorang pelajar perempuan maut selepas dirempuh kereta dalam satu kejadian tragis yang berlaku di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelatan





Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian .. - Mgazette - 13/04 7:39 am

# Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan





4 anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000 - Mgazette - 13/04 7:39 am

# 4 anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000 KOTA BHARU - Empat anggota polis yang ditahan reman selama lima hari bermula 7 April bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggarbernilai RM12,000 telah dibebaskandengan jaminan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam





Pelajar maut dilanggar dalam kawasan sekolah, KPM mulakan siasatan dalaman .. - Mgazette - 13/04 7:39 am

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari tadi, Nur Fatimatul Hawa yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas maut selepas dilanggar sebuah kereta. Nur Fatimatul Hawa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi yang turut dirempuh, cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ II)





Pelajar perempuan maut dilanggar kenderaan di dalam kawasan sekolah - Mgazette - 13/04 7:39 am

# Pelajar perempuan maut dilanggar kenderaan di dalam kawasan sekolah KOTA BHARU - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di dalam kawasan sebuah sekolah di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi





Lepas jawatan ketua pembangkang, Hamzah mahu lihat PN lebih baik-Takiyuddin - Utusan - 13/04 7:20 am

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin bertindak melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kerana mahu melihat suasana dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi lebih baik





Hamzah lepas jawatan ketua pembangkang demi kebaikan PN - Takiyuddin - Sinarharian - 13/04 7:14 am

KOTA BHARU - Keputusan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dibuat demi memastikan suasana lebih harmoni serta memperkukuh perjalanan Perikatan Nasional (PN).Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan yang memaklumkan bahawa alasan tersebut dinyatakan dalam surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ahad.Menurut beliau, tindakan Hamzah itu bertujuan mewujudkan suasana lebih baik dalam gabungan pembangkang utama negara."Kelmarin kita terima surat





KPM mula siasatan dalam insiden pelajar maut dirempuh di sekolah - Sinarharian - 12/04 11:31 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman kejadian kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan tingkatan satu di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, siasatan itu bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan, selain kejadian juga sedang disiasat pihak berkuasa."Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang terlibat kemalangan pada petang ini."Mewakili seluruh keluarga KPM, saya zahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga





Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM - Sinarharian - 12/04 11:28 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan.Menerusi hantaran di X hari ini, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan mangsa yang cedera agar diberikan kesembuhan segera.Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.Dalam kejadian itu, Nur Fatimatul Hawa yang juga pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau tersebut.Kejadian pada 1.50 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Education ministry starts internal probe into fatal accident at Kota Bharu school - FMT - 12/04 10:46 pm

Minister Fadhlina Sidek says the Kelantan education department is also organising assistance for the victim's family.





KPM zahir takziah, sedia bantu keluarga pelajar maut dirempuh kereta - Sinarharian - 12/04 9:59 pm

KOTA BHARU Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Tingkatan Satu yang maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat berkenaan."KPM sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga Allahyarhamah





Pelajar Perempuan Maut Dilanggar Kenderaan Di Dalam Kawasan Sekolah - Siakapkeli - 12/04 9:33 pm

Seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut dipercayai dilanggar kereta dalam kawasan sebuah sekolah di Kota Bharu, kira-kira 1.30 tengah hari.





Chinese-based political parties now old stories, says observer - BorneoPost - 12/04 9:27 pm

KOTA KINABALU (April 12): A political observer sees the issue surrounding the revenue entitlement under Malaysia Agreement 1963 (MA63) as indicative of the weakening influence of Chinese-based political parties in Sabah





Pelajar dirempuh di sekolah: Seorang lagi mangsa parah, dirawat di zon merah - Sinarharian - 12/04 9:17 pm

KOTA BHARU "Seorang lagi pelajar mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)."Demikian kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berhubung kes kemalangan melibatkan dua pelajar di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini.Mohd Azmir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dua pelajar Tingkatan Satu sedang memakai kasut sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita."Siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita di dalam kawasan sekolah dipercayai tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan."Kereta tersebut kemudian terbabas ke hadapan dan melanggar dua pelajar yang berada di hadapan surau sekolah berkenaan sebelum turut merempuh tiang batu surau," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang dikenali sebagai Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau talian 09-7752315.





Driver who fatally struck Form One girl in Kota Bharu hit accelerator by mistake, say police - Malaymail - 12/04 8:11 pm

KOTA BHARU, April 12 A Form One schoolgirl was killed while another was injured after they were hit by a car in...





Empat anggota polis didakwa 'makan suap' dilepaskan dengan jaminan SPRM - Sinarharian - 12/04 7:42 pm

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan melepaskan empat anggota polis yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 dengan jaminan pada Sabtu.Menurut sumber, kesemua suspek didakwa menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam kereta yang dipandunya."Pada 7 April lalu, keempat-empat suspek telah ditahan reman selama lima hari dan semalam (Sabtu) mereka telah dilepaskan sebaik tempoh reman terhadap kesemuanya tamat," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.Menurut beliau, SPRM sedang melengkapkan siasatan untuk diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebu.Katanya, kesemua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan perlu melaporkan diri setiap bulan di SPRM Kelantan.





Infrastruktur dan kebajikan rakyat terus jadi fokus DUN Kota Damansara - Harapandaily - 12/04 7:02 pm

FOTO BERITA: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri DUN Kota Damansara bersama YB Tuan Muhammad Izuan Ahmad Kasim di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor





Pemandu tertekan pedal minyak punca pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh depan surau sekolah - Polis - Sinarharian - 12/04 6:56 pm

KOTA BHARU Seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dipandu pemandu wanita yang dipercayai tertekan pedal minyak dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berada di hadapan surau berkenaan bagi memakai kasut sebelum dirempuh kenderaan terbabit.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.15 petang.Menurut beliau, siasatan awal mendapati, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita di dalam kawasan sekolah dipercayai tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan."Kereta tersebut kemudian terbabas ke hadapan dan melanggar dua pelajar yang berada di hadapan surau sekolah berkenaan sebelum turut merempuh tiang batu surau," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, akibat kemalangan itu, seorang pelajar yang dikenali sebagai Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat."Seorang lagi pelajar mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ujar beliau sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau menghubungi talian 09-7752315





Form One girl killed after suspected car crash in Kota Bharu school - Malaymail - 12/04 6:41 pm

KOTA BHARU, April 12 A female Form One student was killed after she was believed to have been hit by a car in th...





Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah - Sinarharian - 12/04 5:39 pm

KOTA BHARU Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.Abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15, yang belajar di sekolah yang sama memberitahu dia dimaklumkan kejadian itu berlaku selepas adiknya selesai menunaikan solat Zohor."Saya berada di luar sekolah sambil menunggu rakan untuk pulang bersama."Kemudian ada rakan datang beritahu adik dilanggar sebuah kereta di depan surau sekolah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) di sini pada Ahad.Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia terus memeluk jenazah adiknya yang ketika itu berada di tangga surau.Ujarnya, dia dimaklumkan kereta yang melanggar adiknya itu diparkir di depan surau tersebut.Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, memberitahu mangsa ialah anak ketiga daripada empat beradik dan dua anaknya bersekolah di sekolah yang sama.Katanya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dihubungi adik iparnya sambil menangis dan meminta dia ke sekolah berkenaan."Tiba di sana saya melihat anak sudah terbaring kaku dan ditempatkan di surau





Pelajar perempuan maut dipercayai dilanggar dalam kawasan sekolah - Hmetro - 12/04 5:29 pm

Kota Bharu: Pelajar Tingkatan Satu maut dipercayai dilanggar kenderaan dalam kawasan sekolah di sini, hari ini





Pengasas Oriental Kopi puji tindakan berani staf gagalkan ragut - Mgazette - 12/04 5:11 pm

# Pengasas Oriental Kopi puji tindakan berani staf gagalkan ragut KUALA LUMPUR - Pengasas Oriental Kopi, Datuk Calvin Chan menyifatkan tindakan pantas kakitangannya menggagalkan cubaan ragut di cawangan AEON Bukit Indah, Johor Bharu semalam sebagai satu contoh keberanian luar biasa yang jarang dilihat dalam situasi sebenar





Sabah to launch Kebun Dapur App to boost marketing of local produce - BorneoPost - 12/04 4:49 pm

KOTA KINABALU (April 12): Sabah’s community-based food production initiative is set to receive a digital boost with the introduction of a dedicated mobile application aimed at improving the marketing of agricultural and livestock produce





'Silat Gayong' seni bela diri pertama terima pensijilan TVET - Sinarharian - 12/04 4:24 pm

KOTA BHARU Silat Gayong mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi seni bela diri pertama di negara ini menerima pensijilan rasmi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).Ketua Pengarah JPK Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Dr Kamaruzaman Md Ali berkata, pentauliahan tersebut diberikan kepada Institut Silat Seni Gayong (ISG) Malaysia bagi melaksanakan program Persijilan Kemahiran melalui mod Akademi Dalam Industri (ADI).Menurut beliau, program berkenaan membuka dimensi baharu dalam bidang seni bela diri apabila ia distrukturkan mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), sekali gus diiktiraf di peringkat kebangsaan."Ini adalah program pertama seumpamanya di Malaysia apabila seni bela diri dijajarkan dengan NOSS JPK dan dilaksanakan secara berstruktur bersama rakan industri."Melalui mod ADI, sebanyak 20 hingga 30 peratus latihan dijalankan di institusi, manakala 70 hingga 80 peratus lagi di industri," katanya kepada pemberita pada Ahad.Sebelum itu beliau merasmikan Majis Penyampaian Sijil Pentauliahan TVET Martial Arts di Institut Silat Seni Gayong (ISG) Utama di Kok Lanas di sini.Kamaruzaman memberitahu, ISG Malaysia akan mengendalikan latihan di institusi, manakala Amru Ventures bertindak sebagai rakan industri bagi melengkapkan komponen latihan praktikal.Ujarnya, fokus utama program berkenaan adalah dalam bidang seni bela diri khususnya Seni Silat Gayong Malaysia."Program ini juga mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berperanan sebagai rakan industri, termasuk menjadikan Briged Gayong Malaysia sebagai kokurikulum berkredit selama dua tahun."Sepanjang tempoh itu, pelajar akan menjalani latihan berstruktur yang merangkumi aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap sebelum dianugerahkan sijil," katanya.Mengulas lanjut, beliau memberitahu sebelum ini tiada institusi latihan seni bela diri memohon untuk dipersijilkan di bawah NOSS JPK walaupun mempunyai struktur kurikulum tersendiri.Tambahnya, bukan kerana syarat ketat, tetapi pihaknya perlu menyusun semula struktur latihan supaya selari dengan standard pekerjaan yang menitikberatkan kompetensi."Kita hanya menilai empat perkara utama iaitu premis, tenaga pengajar, kurikulum serta peralatan latihan," katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan program berkenaan ditawarkan pada tahap tiga dan empat di bawah kerangka TVET, dengan potensi diperluaskan sehingga tahap lima (diploma) dan seterusnya ke tahap enam hingga lapan pada masa hadapan.Menurutnya, pensijilan tersebut memberi nilai tambah kepada pelajar untuk menceburi pelbagai laluan kerjaya termasuk sebagai jurulatih profesional, tenaga pengajar atau meningkatkan peluang pekerjaan sedia ada."Ini membuka ruang kepada lebih banyak seni bela diri lain seperti taekwondo, karate dan sebagainya untuk turut serta, asalkan mereka menjajarkan struktur latihan dengan NOSS JPK."Kita harap pendedahan ini akan menggalakkan lebih banyak pihak tampil dan memanfaatkan peluang pensijilan TVET dalam bidang seni bela diri," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa sijil yang dikeluarkan JPK mempunyai pengiktirafan rasmi di peringkat kebangsaan berbanding sijil persatuan yang terhad kepada organisasi masing-masing.Ujarnya, peserta akan memperoleh dua pengiktirafan iaitu daripada persatuan dan juga sijil JPK, sekali gus meningkatkan kredibiliti serta kebolehpasaran mereka





Institut Seni Silat Gayong pertama terima sijil tauliah TVET - Kosmo - 12/04 4:22 pm

KOTA BHARU – Institut Silat Seni Gayong Malaysia (ISG) Utama di Kok Lanas di sini mencatatkan sejarah tersendiri apabila ditauliahkan sebagai pusat seni bela diri pertama di negara ini yang menerima pensijilan rasmi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)





Spot Healing Terbaik KL! Ini Cruise Boat Di Taman Botani Perdana - Murai - 12/04 1:44 pm

Pernah ke Taman Botani Perdana? Jika belum, ini antara lokasi hijau yang wajib kalian singgah jika berada di tengah bandar Kuala Lumpur





Pendengaran semula kes Allahyarham Wan Ahmad Faris Selasa ini - Sinarharian - 12/04 1:13 pm

KOTA BHARU - Kes kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013 akan didengar semula pada Selasa ini.Perkara tersebut dikongsikan oleh Ali Hanafiah Mohamed yang merupakan salah seorang ahli keluarga terdekat kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad."Selasa, 14 April ini, akan berlangsung pendengaran penting bagi kes Allahyarham Wan Ahmad Faris di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," tulis beliau.Menurut beliau, saman sivil oleh keluarga itu melibatkan tiga pihak utama iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara serta Pegawai Penyiasat kes."Mereka membantah saman ini atas alasan teknikal kononnya kes ini telah melepasi had masa





Seludup 433 murai kampung ke Indonesia guna feri - Sinarharian - 12/04 12:32 am

KOTA TINGGI - Cubaan menyeludup 433 ekor burung murai kampung ke Indonesia melalui jalan laut gagal selepas penahanan sebuah feri penumpang di Kompleks Jeti Penumpang Tanjung Pengelih di sini pada Sabtu.Seramai enam lelaki Indonesia disyaki kru vesel terbabit ditahan kira-kira jam 4.30 petang hasil risikan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman Zon Selatan.Komander PSP Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama strategik Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor.Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas feri tersebut membawa kepada penemuan 16 bakul plastik yang telah diubah suai dan disembunyikan di dalam guni kanvas."Pemeriksaan mendapati kesemua bakul tersebut mengandungi 433 ekor burung murai kampung yang dipercayai cuba diseludup tanpa sebarang dokumen atau permit sah."Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM57,000 dan sitaan turut dibuat ke atas vesel terbabit dipercayai digunakan sebagai medium penyeludupan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan, permit import atau kebenaran berkaitan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.Jelasnya, turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah telefon bimbit dan pasport."Kesemua tangkapan dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Maqis dan JKDM untuk tindakan serta siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," katanya.Kata beliau, kejayaan operasi ini membuktikan keberkesanan pendekatan risikan serta tindakan bersepadu antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan, khususnya melibatkan perairan MalaysiaIndonesia."Sebagai agensi peneraju, PSP akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan aktiviti penyeludupan hidupan liar dan jenayah rentas sempadan dapat dibanteras secara berkesan," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.





Op Khas Pagar Laut: Maritim Malaysia rekod rampasan RM4.6 juta, 617 tangkapan - Sinarharian - 12/04 11:22 am

PUTRAJAYA - Sebanyak 142 kes dengan penahanan 617 individu membabitkan nilai rampasan RM4.6 juta direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut sempena musim perayaan yang dilaksanakan bermula 27 Februari hingga 10 April lalu.Statistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu membuktikan komitmen berterusan dalam mengekang jenayah rentas sempadan maritim negara.Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Op Khas Pagar Laut 1/2026 dilaksanakan secara menyeluruh dengan penggemblengan aset laut dan udara serta penguatkuasaan berfokus di kawasan titik panas bagi membanteras aktiviti jenayah seperti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), barangan kawalan serta kontraban khususnya menjelang musim perayaan.Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, warga Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 210 orang, diikuti Myanmar dengan 84 orang, sekali gus menunjukkan laluan laut negara masih menjadi sasaran utama kemasukan PATI ke negara ini."Kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kekal sebagai penyumbang utama dengan 68 kes direkodkan, diikuti kes di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (39 kes) serta Akta Imigresen 1959/63 (23 kes)."Pendekatan operasi ini turut diperkukuh dengan pemantauan udara menggunakan pesawat Maritim Malaysia serta pengesanan melalui Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Lumut dan Kota Kinabalu bagi memastikan setiap pergerakan mencurigakan dapat dikesan lebih awal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Johor (33 kes) dan Kedah/Perlis (24 kes).Tambahnya, selain itu, Maritim Malaysia turut mempergiatkan program kesedaran komuniti seperti Program Sahabat Maritim bagi meningkatkan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut.Tegasnya, Op Khas Pagar Laut 1/2026 bukan penamat kepada usaha penguatkuasaan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada siri operasi berterusan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun."Ini bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara," ujarnya.





UiTM Kelantan reassures safety after shooting incident outside Machang campus - Malaymail - 12/04 10:12 am

KOTA BHARU, April 12 Security controls remain in place at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelan...





Kelantan restaurateur Rahaida Abdul Hamid of Nasi Ulam Cikgu fame dies at 50 after collapsing during Isyak prayer - Malaymail - 12/04 10:04 am

KOTA BHARU, April 12 The owner of the well-known Restoran Nasi Ulam Cikgu in Kampung Kraftangan here, Rahaida Ab...





Bang Mat nasihat rakyat urus perbelanjaan berhemah - Harapandaily - 12/04 9:45 am

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru rakyat agar menyambut Aidilfitri secara sederhana dan mengelakkan pembaziran dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar





Wilayah Timur catat IPNas tertinggi Semenanjung - Sinarharian - 11/04 10:32 pm

KOTA BHARU - Wilayah Timur mencatat antara skor tertinggi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) di Semenanjung Malaysia dengan nilai 0.741, sekali gus mencerminkan kekuatan nilai komuniti, toleransi serta hubungan sosial yang erat dalam kalangan masyarakat setempat.Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, pencapaian itu menunjukkan usaha berterusan kerajaan bersama rakyat dalam memperkukuh perpaduan berada pada landasan yang tepat.Menurut beliau, dapatan keseluruhan IPNas 2025 yang merekodkan skor 0.701 pada tahap sederhana tinggi juga memberi gambaran positif terhadap tahap perpaduan negara ketika ini."Pencapaian ini bukan sekadar untuk dibanggakan, tetapi perlu dijadikan panduan strategik dalam merangka dasar serta program yang lebih berkesan bagi memperkukuh perpaduan nasional," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Zon Timur di AEON Mall, di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan Wilayah Timur turut dipengaruhi oleh kekuatan hubungan komuniti yang kukuh, selain amalan toleransi dan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan rakyat.Katanya, pencapaian negeri seperti Pahang yang merekodkan skor tertinggi di Malaysia membuktikan perpaduan boleh dibina secara nyata melalui tadbir urus yang baik, pembangunan inklusif serta penglibatan aktif masyarakat.Dalam pada itu, beliau tidak menafikan masih terdapat cabaran semasa yang perlu ditangani secara strategik, termasuk isu berkaitan etnisiti, media, politik, agama serta jurang sosial yang boleh mempengaruhi hubungan antara komuniti."Dalam era digital yang pantas, penyebaran maklumat tanpa kawalan boleh memberi kesan langsung terhadap persepsi masyarakat dan seterusnya menjejaskan keharmonian," katanya.Sehubungan itu, beliau menegaskan pendekatan bersifat umum atau program bersifat sekali sahaja tidak lagi relevan, sebaliknya kerajaan kini memberi penekanan kepada pendekatan bersasar yang lebih menyeluruh merentas generasi dan lapisan masyarakat."Pengukuhan ekosistem perpaduan perlu dilaksanakan secara berterusan melalui pendidikan, komuniti, agama, belia serta pembangunan sosioekonomi bagi memastikan perpaduan kekal utuh," katanya.





Isu diesel dan sekuriti makanan: PN gesa kerajaan bertindak segera lindungi ekonomi - Sinarharian - 11/04 10:18 pm

SHAH ALAM - Kerajaan perlu bertindak segera melindungi ekonomi dengan memperkenalkan mekanisme penstabilan harga bagi sektor kritikal seperti pertanian, logistik dan pengeluaran makanan.Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bantuan bersasar kepada pesawah, nelayan dan pengusaha kecil juga mesti diperluaskan selain menyediakan sokongan kos input bagi mengelakkan gangguan musim penanaman.Bukan itu sahaja, beliau turut menyarankan supaya kerajaan mempertimbangkan potongan cukai kepada industri terkesan selain mengadakan libat urus segera dengan pihak berkepentingan bagi merangka langkah mitigasi yang berkesan.Kata Takiyuddin, kegagalan bertindak segera berisiko memberikan kesan jangka panjang kepada kestabilan harga makanan, kesejahteraan hidup rakyat dan ketahanan ekonomi negara, malah ia juga berpotensi menjadi krisis yang sukar ditangani."PN memandang serius rayuan pesawah yang semakin tertekan akibat kenaikan berterusan harga diesel hingga meningkatkan kos penanaman padi dan mengancam kelangsungan pengeluaran makanan domestik."Menurut Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), petani mempunyai keupayaan terhad untuk menyerap peningkatan kos bajak atau tuai melebihi 50 peratus. Kos keseluruhan termasuk baja serta racun mencecah sehingga 65 peratus yang akan meningkatkan risiko kelewatan musim penanaman, pengurangan keluasan tanaman dan kemerosotan pengeluaran padi tempatan."Perkembangan ini berpotensi menjejaskan keselamatan makanan negara sekali gus meningkatkan kebergantungan kepada import," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob yang memaklumkan keadaan itu diburukkan lagi oleh faktor cuaca serta kenaikan harga bahan api dan memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran.Atas dasar itu, katanya golongan pesawah di seluruh negara semakin tertekan dan bersedia menghentikan penanaman padi sekiranya kerajaan tidak segera campur tangan dalam menangani peningkatan kos operasi yang semakin membebankan kesan kenaikan harga diesel.Takiyuddin berkata, kerajaan menyasarkan tahap sara diri beras negara mencecah 75 peratus pada 2025 daripada 62.6 peratus (2022), namun jika diperhatikan secara lebih teliti, angka itu sebenarnya menurun kepada 56.2 peratus (2023) dan 52.9 peratus (2024).Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjangkakan ia terus menurun pada 2025 dan tahun ini.Beliau berpandangan kebimbangan peningkatan kos bukan sahaja disuarakan oleh pesawah, malah turut dikongsi pelbagai sektor termasuk logistik, pengangkutan, pembinaan, perladangan, perikanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Tambah beliau, peningkatan kos operasi dalam sektor-sektor tersebut dijangka memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan yang akhirnya membebankan rakyat."Umum mengetahui tekanan harga semasa sebahagiannya dipengaruhi oleh ketidaktentuan global, termasuk konflik geopolitik di Asia Barat yang menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran tenaga dunia."Walaupun begitu, semua pihak turut menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera dan konkrit bagi mengurangkan kesan buruknya terhadap ekonomi domestik sehingga ke tahap melumpuhkan daya tahan serta kemampuannya untuk pulih."Perkembangan global tidak boleh terus dijadikan alasan untuk lewat bertindak





Police to be stationed at petrol stations to curb fuel leakages - Sinardaily - 11/04 9:58 pm

KOTA KINABALU Police personnel will be deployed at petrol stations as part of efforts to expand the static placement of enforcement officers from the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) to combat petrol and diesel leakages.Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan Mohd Ali said the initiative was decided during a Cabinet meeting last Wednesday.He said the move aims to strengthen monitoring and enforcement following increased risks of fuel leakages amid the global energy crisis triggered by conflicts in West Asia.Since March 20, KPDN enforcement officers have been periodically stationed at petrol stations around border areas nationwide.Following the presentation of a report by the Inter-Agency Enforcement Coordination High-Level Committee on Combating Leakages and Smuggling (JTPAP) at the National Economic Action Council (MTEN) meeting, it was found that there is a need to expand static monitoring coverage to all petrol stations near borders and other high-risk areas, he said.He was speaking to reporters during the Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) Santuni Komuniti @ Dapur Kita programme with KPDN here.Armizan said assistance from the Royal Malaysia Police (PDRM) is needed due to limited KPDN enforcement resources and the growing demand for closer monitoring of supply status and prices of goods nationwide following the conflict.The ongoing energy crisis is also expected to impact the supply chain of food and goods, particularly imported sources.The first phase, from March 20 to April 10, 2026, involved static deployment of KPDN enforcement officers at 87 petrol stations, and will be followed by an additional 70 stations in phase two starting next week, which will involve police personnel.We will continue to monitor risks and the need for broader expansion from time to time, he said.Meanwhile, he added that the ministry is also planning to involve the Peoples Volunteer Corps (Rela) in the initiative.I have discussed with the Home Minister the possibility of involving Rela volunteers in the static monitoring process at these petrol stations, he said.





Murid SK Balaban Jaya bakal dipindah ke SK Sungai Nangka – Raisin - Thempress - 11/04 8:42 pm

KOTA KINABALU Seramai 157 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya yang kini mengikuti pembelajaran di masjid, balai raya dan khemah akan dipindahkan ke SK Sungai Nangka sebaik kerja penyelenggaraan…





Pemilik Nasi Ulam Cikgu meninggal dunia - Sinarharian - 11/04 8:42 pm

KOTA BHARU - Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, di sini Rahaida Abdul Hamid, 50, meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat isyak di rumahnya, semalam.Suaminya Muhamad Hussin, 51, berkata, Allahyarham rebah dan mengalami kekejangan sebelum tidak sedarkan diri semasa mereka serta anak bongsu menunaikan solat secara berjemaah."Selepas solat maghrib, arwah berehat di bilik kerana cuaca panas sebelum kami menunaikan solat isyak





Zon Timur catat skor perpaduan tinggi – Yuneswaran - Harapandaily - 11/04 8:34 pm

Zon Timur mencatatkan antara skor perpaduan tertinggi di Semenanjung Malaysia, sekali gus mencerminkan kekuatan nilai komuniti, toleransi serta hubungan sosial yang erat dalam kalangan masyarakat setempat. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj ketika merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Zon Timur yang berlangsung di AEON Mall, Kota Bharu





Op Lapangan Terbang: Penunggang Yamaha 135LC kena 13 saman - Sinarharian - 11/04 7:39 pm

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dikenakan 13 saman atas kesalahan antaranya ubah suai ekstrem dan cukai jalan tamat tempoh terlalu lama yang dikesan dalam operasi bersepadu sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, pada Jumaat.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, penunggang berusia 20 tahun dan motosikal tersebut antara diperiksa semasa operasi yang menyasarkan aktiviti samseng jalanan termasuk lumba haram."13 saman dikenakan kerana ubah suai motosikal secara ekstrem, penunggang tidak mempunyai lesen dan cukai jalan tamat tempoh sejak 2018."Motosikal tersebut disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan akhbar pada Sabtu.Beliau berkata, dalam operasi sama sebuah kereta jenis Honda turut disita kerana kesalahan menukar enjin tanpa kebenaran.Operasi berkenaan melibatkan kerjasama antara JPJ Negeri Kelantan dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Polis Bantuan Lapangan Terbang.Katanya, secara keseluruhan operasi dari jam 4 petang hingga 2 pagi itu, sebanyak 171 notis saman dikeluarkan manakala 16 kenderaan disita hasil pemeriksaan terhadap 205 kenderaan.JPJ merekodkan tindakan 41 kes dengan 80 notis dikeluarkan serta lima kenderaan disita terdiri daripada empat motosikal termasuk Yamaha 135LC dan kereta Honda tersebut."Bagi tindakan oleh polis, sebanyak 91 kes direkodkan dengan 11 kenderaan disita melibatkan 10 motosikal dan sebuah kereta."Seramai 12 individu turut menjalani saringan air kencing dan kesemuanya didapati negatif," katanya.





Armizan: Over 71 tonnes of surplus food redistributed nationwide during Ramadan 2026 under i-FB initiative - Malaymail - 11/04 7:35 pm

KOTA KINABALU, April 11 A total of 71.3 tonnes of surplus food was rescued nationwide during Ramadan 2026 under...





Shoe laundry offers an alternative for shoe care - Sinardaily - 11/04 7:00 pm

KUALA LUMPUR - Working in the construction sector requires Sean Hayden to wear appropriate footwear for safety, but the muddy and waterlogged conditions at project sites, especially during the rainy season, cause his shoes to get dirty quickly and make them difficult to maintain.Although he had tried several times to wash them himself at home, the drying process, which takes more than a day, made it difficult for the 29-year-old contractor to reuse them promptly.However, the problem he frequently faced found a solution when he tried a shoe laundry service that offers washing and drying within less than a day."Usually if I wash them myself at home, I have to wait one or two days for them to dry





Kelantan DOE books 30 vehicles for environmental offences during Ops Gerak - Malaymail - 11/04 6:10 pm

KOTA BHARU, April 11 The Department of Environment (DOE) had booked 30 vehicles for various environmental offenc...





'Tidak adil kata kerajaan tidak peduli' - Mat Sabu jawab dakwaan pesawah - Sinarharian - 11/04 5:26 pm

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil menjawab dakwaan kononnya kerajaan tidak mempedulikan nasib pesawah sejak harga bahan api dunia melonjak.Mohamad berkata, keutamaan kerajaan ketika ini jelas iaitu memastikan makanan asas sentiasa berada di atas meja rakyat.Atas dasar itu, kata beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) antara yang terawal dipanggil untuk membentangkan situasi bekalan, cadangan intervensi kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berpendapat bahawa sekurang-kurangnya rakyat mampu memperoleh keperluan asas seperti nasi, ayam, telur dan sayur-sayuran walau seteruk manapun krisis berlaku."Antara keputusan awal yang diluluskan adalah penambahan stok penimbal beras melibatkan dana tambahan lebih RM100 juta."Cadangan lain seperti 'fleet card' untuk jentera pertanian, tambahan kadar Insentif Pembajakan dan insentif Penuaian Padi, kuota diesel kepada vesel C2 serta bantuan 'one-off' kepada pekebun masih dalam penelitian kerana melibatkan komitmen kewangan yang besar."Jadi, tidak adil untuk mengatakan kerajaan tidak peduli





Sabah faces doctor shortage with fewer than 3,000 serving against need for 9,000, says state health minister - Malaymail - 11/04 4:48 pm

KOTA KINABALU, April 11 Sabah only has about 2,884 doctors serving in the state compared to an estimated need of...





Konflik Asia Barat: Sabah boleh muncul sebagai hab tenaga utama negara - Zulkarnain - Sinarharian - 11/04 4:26 pm

KOTA KINABALU - Sabah mempunyai semua kelebihan untuk muncul sebagai hab tenaga utama negara dan rantau ini menerusi cadangan pembinaan kilang penapisan minyak di negeri berkenaan.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, kelebihan Sabah dari segi sumber minyak yang melimpah, lokasi strategik serta sokongan dasar sedia ada menjadikan cadangan itu berpotensi besar untuk direalisasikan.Menurutnya, krisis tenaga dunia yang dipengaruhi konflik di Asia Barat, khususnya melibatkan Irantelah mendedahkan kelemahan ketara terhadap kebergantungan kepada laluan strategik seperti Selat Hormuz."Gangguan di laluan ini memberi kesan langsung kepada kestabilan bekalan dan harga minyak global, sekali gus memberi implikasi besar kepada negara-negara pengimport dan pengeksport."Krisis global hari ini adalah satu peringatan jelas bahawa kebergantungan kepada sumber luar dan laluan antarabangsa adalah berisiko tinggi





Ribut petir, hujan lebat di lima negeri - Sinarharian - 11/04 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang.Amaran sama turut melibatkan Cameron Highland, Pahang dan Kuching, Sarawak.Di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat (Ranau); Tawau; Sandakan (Tongod) serta Kudat (Kota Marudu)





Kampung Kota Bharu named Public Service Depts fourth Madani adopted village with RM500,000 upgrade plan - Malaymail - 11/04 4:21 pm

KAMPAR, April 11 Kampung Kota Bharu, here, has been selected as the fourth Kampung Angkat Madani (MadaniI Adopte...





Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan bahan api KOTA KINABALU - Jemaah Menteri mempersetujui syormenempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakanpemantauan dan penguatkuasaan kerana peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali





Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan – .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan - Khaled KOTA TINGGI - Malaysia berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbang permohonan untuk menarik keluar anggota Batalion Malaysia (MALBATT) dari Lubnan





Dakwaan Tun M UMNO punca Melayu berpecah naratif berulang – Khaled - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Dakwaan Tun M UMNO punca Melayu berpecah naratif berulang - Khaled KOTA TINGGI - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu merupakan punca Melayu berpecah adalah naratif yang dimainkan berulang-ulang





Cabinet approves police presence at petrol stations to curb fuel leakage, says Armizan - Malaymail - 11/04 3:51 pm

KOTA KINABALU, April 11 The Cabinet has agreed to deploy police personnel at petrol stations to strengthen monit...





Golongan pesara tidak pernah dilupakan - Ahmad Dahlan - Sinarharian - 11/04 3:45 pm

KAMPAR Kerajaan tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan golongan pesara perkhidmatan awam yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.Beliau berkata, penghargaan terhadap pesara sentiasa menjadi keutamaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, setiap program turun padang yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan akan disertakan usaha untuk mendekati pesara sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka."Jasa pesara tak kira apa pangkat mereka tetap kita hargai dan setiap kali ada acara turun padang dalam program-program turun padang."Kita cuba berusaha untuk bertemu dengan pesara-pesara sekurang-kurangnya menyatakan rasa terima kasih kerajaan kepada mereka yang telah menyumbang perkhidmatan kepada negara," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas Program Ziarah Cakna Sentuhan Kasih sempena Program Kampung dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2026 di Kampung Kota Bharu di sini pada Sabtu.Dalam program tersebut, Wan Ahmad Dahlan berkesempatan menziarahi empat pesara perkhidmatan awam yang memerlukan bantuan.Katanya, lawatan itu bertujuan menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan serta peralatan berkaitan kesihatan bagi meringankan beban golongan berkenaan."Program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu pesara yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan antara kerajaan dan golongan pesara," katanya.Tambah beliau, pelaksanaan program itu turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Perak.Menurutnya, usaha seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa setiap kali program turun padang dianjurkan oleh jabatan kerajaan.





Sanggup menyorok di luar tingkat 13 elak dicekup khalwat - Sinarharian - 11/04 3:32 pm

MELAKA - Seorang lelaki sanggup gadai nyawa dengan bersembunyi di bawah kompresor pendingin hawa di luar tingkap tingkat 13 sebuah kondominium di Kota Laksamana di sini bagi mengelak dicekup khalwat.Lelaki berusia 26 tahun itu didapati berbaring di bawah komponen berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi sekitar jam 1.40 pagi Jumaat.Menurut sumber, lelaki itu bersama pasangannya berusia 25 tahun pada awalnya enggan membuka pintu ketika pemeriksaan dijalankan selepas pihak berkuasa menerima maklumat awal."Pada awalnya wanita berkenaan cuba mengelirukan PPA dengan mengatakan tiada sesiapa di dalam rumah tersebut."Namun, selepas PPA memeriksa bahagian koridor dan luar tingkap unit berkenaan, mereka menemukan lelaki itu yang berbaring tanpa baju di bawah kompresor pendingin hawa tersebut," katanya.Katanya, siasatan mendapati lelaki yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran itu mengaku sudah berkahwin namun dalam proses perceraian, manakala wanita berkenaan masih bujang."Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan bukan pasangan sah, mereka ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat."Apabila seorang lelaki Islam dan perempuan Islam yang bukan mahram tidak mempunyai hubungan sah di sisi syarak berada bersama dalam keadaan bersekediaman, berkurung atau bersunyi sehingga menimbulkan syak, ia merupakan satu kesalahan," katanya.Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.





Anggota polis ditempatkan di stesen minyak, bendung ketirisan bahan api - Thempress - 11/04 3:11 pm

KOTA KINABALU – Kerajaan memperkukuh kawalan di stesen minyak dengan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyokong operasi penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam…





BDR tak jejas produktiviti sektor awam - Sinarharian - 11/04 2:40 pm

KAMPAR Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang akan bermula 15 April ini diyakini tidak menjejaskan produktiviti penjawat awam, sebaliknya mampu meningkatkan kecekapan melalui pemantauan dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, tanggapan bahawa BDR memberi ruang untuk pekerja berehat tanpa kawalan adalah tidak tepat kerana sistem pemantauan rapi telah disediakan.Menurutnya, setiap penjawat awam yang melaksanakan BDR diwajibkan mematuhi KPI yang ditetapkan serta melaporkan kehadiran secara berkala menerusi aplikasi Spot Me yang dibangunkan Jabatan Digital Negara."BDR ini bukan bangun, duduk dan rehat. Kita telah tetapkan KPI yang perlu dicapai dan pemantauan dilakukan setiap jam melalui aplikasi."Jadi tiada isu dari segi kawalan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI serta Sambutan Hari Raya di Kampung Kota Bharu di sini pada Sabtu.Wan Ahmad Dahlan menjelaskan, pelaksanaan BDR juga disusun secara sistematik dengan hari tertentu ditetapkan bagi memastikan penyelia dapat memberi arahan kerja serta menilai hasil tugasan.Katanya, penjawat awam tidak dibenarkan melaksanakan BDR pada hari Isnin kerana hari tersebut digunakan untuk penyelarasan tugasan, manakala hari Jumaat pula diperuntukkan bagi semakan hasil kerja oleh penyelia."Yang penting dalam BDR adalah output





MoE will relocate pupils from unsafe conditions at SK Balaban Jaya - BorneoPost - 11/04 2:39 pm

KOTA KINABALU (April 11): The Ministry of Education (MoE) has assured that immediate measures are being taken to address safety concerns and access to education at SK Balaban Jaya in Beluran, following reports of pupils attending classes in temporary and unsuitable spaces





UMNO bukan punca Melayu berpecah, naratif ‘basi’ diulang - Kosmo - 11/04 2:00 pm

KOTA TINGGI – Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr





71.3 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan lalu - Armizan - Sinarharian - 11/04 1:54 pm

KOTA KINABALU - Sebanyak 71.3 tan lebihan makanan berjaya diselamatkan sepanjang Ramadan lalu menerusi pelaksanaan Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerjasama bersepadu antara kementerian bersama rakan strategik termasuk pihak industri, peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO)."Dalam menggerakkan inisiatif i-FB, sepanjang Ramadan lalu, KPDN bersama rakan strategik telah berjaya menyelamatkan sejumlah 71.3 tan lebihan makanan."Bagi negeri Sabah, sebanyak 2.6 tan makanan berjaya diselamatkan dan telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan."Program ini dilaksanakan di 119 bazar Ramadan di seluruh negara dengan penglibatan seramai 2,875 sukarelawan," katanya ketika ditemui pemberitapadaprogram Inisiatif i-FB Santuni Komuniti @ Dapur Kita-Kita bersama KPDN di sini pada Sabtu.Beliau berkata, pelaksanaan i-FB@Bazar Ramadan 2026 membuktikan keberkesanan pendekatan bersepadu dalam meminimumkan pembaziran makanan serta memperluas manfaat kepada komuniti yang memerlukan."Ini juga dapat mengurangkan lambakan sisa makanan di pusat-pusat pelupusan sampah."Inisiatif itu turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2)," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian melalui Sekretariat Inisiatif i-FB di bawah NACCOL sedang menyediakan Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan bagi memperkasa pelaksanaan inisiatif berkenaan."Ini termasuk mengenal pasti bentuk pengiktirafan yang wajar diberikan kepada pihak yang menunjukkan komitmen yang konsisten," katanya.Sementara itu, sebuah syarikat pembekal dan peruncit makanan sejuk beku halal, Jetsin Sdn Bhd yang beroperasi di sini, secara rasmi menyertai Inisiatif i-FB tersebut."Penyertaan ini dijangka dapat memperkukuh pelaksanaan program 'Dapur Kita-Kita', iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sedia ada syarikat yang telah dimulakan sejak Disember 2024."Melalui inisiatif i-FB@Dapur Kita-Kita, sebanyak 200 pek bantuan makanan bermasak telah disalurkan kepada golongan memerlukan di sekitar Kota Kinabalu dengan penglibatan sukarelawan termasuk mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya.




Reformasi     >>



Economists back Padu-linked aid, but warn of data gaps .. - Mkini
It won't make Malaysia immune to oil shocks, and incomplete data means uneven protection.
Kroni     >>



Rundingan AS-Iran gagal - Utusan
PETALING JAYA: Iran dan Amerika Syarikat (AS) gagal mencapai persetujuan di Islamabad, Pakistan selepas rundingan selama 21 jam berakhir semalam untuk menamatkan perang di Asia Barat. Rundingan bermula kelmarin selama hampir 15 jam, dan disambung semula semalam, gagal selepas Teheran enggan tunduk kepada desakan Washington ..
Tabloid     >>



Trump sekat laluan kapal keluar masuk Selat Hormuz - Mdateline
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari selat tersebut, sambil menyifatkan angkatan laut negaranya sebagai ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Top 10 trending phones of week 15 - Gsmarena
The Samsung Galaxy A57 completed its hat-trick in week 15 of our trending chart, the new mid-ranger showing it's perfectly capable of matching its predecessors. The Poco X8 Pro Max just held the second place, but the gap to third-placed Galaxy S26 Ultra is the smallest yet, so we are likely going to see a change ..
World     >>



Trump says U.S. will blockade Strait of Hormuz after .. - Cnbc
Trump said the U.S. blockade will stop Iran from policing the strait and benefiting economically while the rest of the world suffers from its closure.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Aveta Lancar Nova 200 Baharu – .. - Mekanika
**AVETA dengan rasminya melancarkan Aveta Nova 200 baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM8,488.** Nova 200 ini merupakan model baharu dalam keluarga Nova yang ketika ini merangkumi Nova 125, Nova 160 SE dan Nova 250. Atas kertas, Nova 200 dikuasakan enjin satu silinder 183.3cc ..