| /// |
|
| Search : Ketua Pembangkang News | Page 1 |
|
KLIMS 2026: Dongfeng sasar pengeluaran tempatan di Malaysia - Careta - 14/06 3:08 pm Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Volt Auto Malaysia, Soh Ming berkata, Malaysia dipilih berikutan pertumbuhan pasaran yang memberangsangkan selain memiliki industri automotif yang matang |
|
Dua lelaki ditemukan lemas di Ampang Jajar - Utusan - 14/06 3:04 pm ALOR SETAR: Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun ditemukan lemas di Taman Persisiran Jeragan berhampiran jambatan tandop Ampang Jajar, di sini hari ini |
|
Pelajar Tingkatan 2 maut dilanggar lori lepas rempuh kereta - Mygazette - 14/06 3:02 pm # Pelajar Tingkatan 2 maut dilanggar lori lepas rempuh kereta ALOR GAJAH Seorang pelajar sekolah maut dalam keadaan tragis selepas mangsa dan motosikal ditungganginya dilanggar sebuah lori dalam nahas di Jalan Sungai Siput, Lubok China, di sini semalam |
|
Rumah teres dua tingkat musnah di Teluk Panglima Garang - Mygazette - 14/06 3:02 pm # Rumah teres dua tingkat musnah di Teluk Panglima Garang KUALA LANGAT Sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan 8, Taman Dato Hormat di sini mengalami kebakaran serius pagi tadi, mengakibatkan kira-kira 60 peratus struktur bangunan musnah dijilat api |
|
Pemandu lori tunjuk isyarat lucah, pandu berbahaya ditangkap - Mygazette - 14/06 3:02 pm # Pemandu lori tunjuk isyarat lucah, pandu berbahaya ditangkap KUALA LUMPUR - Pemandu lori dalam video tular di media sosial kerana memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah di Lebuhraya Kajang Silk menghala ke Bandar Baru Bangi, diberkas |
|
Pas setuju Hamzah terus kekal Ketua Pembangkang - Mygazette - 14/06 3:02 pm KUALA LUMPUR Pas bersetuju meneruskan khidmat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang sejurus Ahli Parlimen Larut berkenaan mengumumkan parti baharu yang ditubuhkan iaitu Parti Wawasan Negara (Wawasan) |
|
Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara- PM - Mygazette - 14/06 3:02 pm # Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara- PM SIPITANG - Hubungan antarabangsa yang baik serta kestabilan politik membolehkan Malaysia terus mendapatkan bekalan minyak dan gas meskipun dunia kini berdepan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global |
|
Zaid Ibrahim, Mohamad Rafie, Rahimi Osman antara 15 sertai Pas - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Zaid Ibrahim, Mohamad Rafie, Rahimi Osman antara 15 sertai Pas SEREMBAN - Pas menerima suntikan baharu apabila 14 tokoh yang terdiri daripada bekas menteri, bekas Exco kerajaan negeri, pemimpin politik, ahli akademik, aktivis masyarakat dan bekas penjawat awam mengumumkan penyertaan mereka ke dalam parti itu pada Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan malam ini |
|
Maksud Onn Hafiz ‘duduk semeja’ tidak sama dengan duduk sebelah - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Maksud Onn Hafiz 'duduk semeja' tidak sama dengan duduk sebelah JOHOR BAHRU - Ketegasan Datuk Onn Hafiz Ghazi yang tidak mahu duduk semeja dengan DAP membuktikan Menteri Besar Johor itu seorang pemimpin yang berprinsip sekali gus menolak sindiran mengenai istilah UMDAP |
|
Rohingya pernah minta jadi wakil JPKK, tauliah agama dan solat Jumaat .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Rohingya pernah minta jadi wakil JPKK, tauliah agama dan solat Jumaat sendiri - Helmy MELAKA - Komuniti Rohingya di Melaka pernah mengemukakan permintaan yang melangkaui kedudukannya sebagai pelarian termasuk mendapatkan tauliah mengajar agama dan meletakkan wakil mereka dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) |
|
PRN Johor: Senarai calon BN sudah peringkat akhir- Zahid - Mygazette - 14/06 3:01 pm # PRN Johor: Senarai calon BN sudah peringkat akhir- Zahid JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung bulan depan kini sudah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan |
|
Saifuddin pertahan pengumuman Hadi kekalkan Hamzah sebagai Ketua .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Saifuddin pertahan pengumuman Hadi kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang KUALA LUMPUR Pengumuman Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah wajar kerana selari dengan pendirian majoriti Ahli Parlimen pembangkang, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah |
|
Susunan tempat duduk Muhyiddin dijangka jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm Menurutnya, Muhyiddin yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kini tidak lagi berada dalam kedudukan tersebut selepas tampuk kepimpinan gabungan itu beralih kepada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Berdasarkan perkembangan politik semasa, kedudukan Muhyiddin di sebelah Ketua Pembangkang mungkin tidak lagi relevan seperti sebelum ini |
|
Hamzah memang pilihan awal sebagai Ketua Pembangkang, tapi Bersatu tak .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Hamzah memang pilihan awal sebagai Ketua Pembangkang, tapi Bersatu tak selesa - Pas SEREMBAN - Datuk Seri Hamzah Zainudin sememangnya menjadi pilihan awal Pas untuk terus dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang berikutan prestasi beliau yang baik serta sokongan yang diterimanya dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang |
|
Politik Melayu-Islam semakin berpecah – Kadir Jasin - Mygazette - 14/06 3:01 pm Katanya, parti baharu itu juga mengesahkan bahawa Pas kini mempunyai rakan politik baharu selepas menamatkan kerjasama dengan Bersatu baru-baru ini. Semalam, Hamzah mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara dan kembali dilantik sebagai Ketua Pembangkang |
|
Arthur mohon maaf, tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm # Arthur mohon maaf, tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri tahun ini JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa tiada peruntukan daripada kerajaan negeri dalam tahun ini |
|
'Harap parti baharu tidak pecah belah Melayu'- Ahmad Zahid - Sinarharian - 14/06 2:48 pm JOHOR BAHRU - Penubuhan parti politik Melayu baharu dialu-alukan, namun kewujudannya diharap tidak akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana individu atau tokoh yang ingin menubuhkan parti politik baharu dialu-alukan selagi usaha tersebut mampu menyatupadukan pemikiran dan perjuangan orang Melayu."Apapun wadah yang digunakan apabila akhirnya kita dapat menyatukan, tindakan kita atas agenda negara, agenda Islam dan agenda anak bangsa kita, Insya-ALLAH."Dukungan akan dapat kita berikan...kerana kita juga telah bersama-sama untuk bertemu dalam wacana ataupun perbincangan melalui kolaborasi nasional yang telah kita adakan," katanya.Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaulhusna 2026 di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn di sini pada Ahad.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, perbezaan pemikiran diharap dapat diterjemah dalam bentuk agenda nasional, agenda Islam dan agenda anak bangsa dengan mengenepikan mana-mana kaum serta agama lain.Ujar beliau, menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan UMNO sudah berjaya mewujudkan perpaduan nasional.Pada Sabtu, Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa gerakan itu akan bergerak di bawah sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Wawasan Negara dalam usaha memperkukuh kerjasama politik bersama pelbagai blok di negara ini. |
|
Dua mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Jeragan - Sinarharian - 14/06 2:46 pm ALOR SETAR Dua mayat lelaki ditemukan terapung di permukaan Sungai Jeragan berhampiran Titi Tandop, di sini pada Ahad.Mangsa dikenal pasti sebagai Saw Chee Wan, 16, dan N Thiagarah @ Muhammad Amin, 46.Ketua Zon Kota Setar, Pegawai Bomba Kanan I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat yang tersangkut pada sampah di permukaan sungai pada jam 8.45 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama bantuan BBP Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi pada jam 8.54 pagi, komander operasi mendapati seorang mangsa lelaki dewasa tersangkut pada tumbuhan yang terapung di permukaan sungai berhampiran jambatan."Mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika ditemui," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, ketika operasi sedang dijalankan, pihak bomba menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan seorang lagi mangsa terapung di permukaan sungai kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa pertama."Pemeriksaan bersama pihak polis mengesahkan terdapat seorang lagi mangsa lelaki yang ditemukan terapung berhampiran Titi MADA."Susulan itu, anggota BBP Jalan Raja dengan bantuan bot aluminium telah bergerak ke lokasi kedua untuk membawa naik mangsa," ujarnya.Ahmad Aminudin berkata, proses mengangkat mayat pertama pada mulanya ditangguhkan atas permintaan polis bagi membolehkan siasatan awal dijalankan oleh pegawai penyiasat.Katanya, selepas mendapat kebenaran pihak polis, mayat mangsa pertama dibawa naik ke tebing menggunakan jengkaut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut."Mayat mangsa kedua pula dibawa naik menggunakan bot aluminium dan turut diserahkan kepada polis," katanya.Operasi yang melibatkan 15 anggota bomba dari BBP Alor Setar dan BBP Jalan Raja serta dibantu 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tamat sepenuhnya pada jam 11.45 pagi. |
|
Choo Seong berlari 290km demi Dara, Amoi, Kelat - Kosmo - 14/06 2:44 pm TAIPING – Seorang aktivis yang juga Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebangsaan, Neow Choo Seong akan membuat larian solo sejauh 290 kilometer (km) selama enam hari merentasi tiga negeri sebagai simbol solidariti bagi memperjuangkan nasib tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun |
|
'80 peratus Ahli Parlimen blok pembangkang sokong Hamzah kekal ketua'- Saifuddin - Sinarharian - 14/06 2:33 pm SHAH ALAM - Pengumuman Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah wajar kerana selari dengan pendirian majoriti Ahli Parlimen pembangkang.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Abdul Hadi hanya menyatakan pendirian rasmi Pas sebagai parti yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar dalam blok pembangkang dan sememangnya berhak menyatakan pendiriannya mengenai kepimpinan blok berkenaan."Pengumuman tersebut dibuat selepas Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan keputusan dibuat selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berkaitan."Maka landskap dan dinamika dalaman pembangkang telah berubah berbanding keadaan sebelumnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini Abdul Hadi ketika Konvensyen Reset Malaysia pada Sabtu mengumumkan Hamzah kembali menjadi Ketua Pembangkang.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan, Pas dan Gerakan Reset bersetuju mengekalkan Hamzah dan keputusan itu dibuat secara musyawarah dalam Pas dan Ahli Parlimen.Selain itu, Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dikekalkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan, Pas sejak awal lagi konsisten menyokong Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang dan mahu beliau terus dikekalkan dalam jawatan termasuk selepas dipecat daripada Bersatu."Hakikatnya pada hari ini, 43 Ahli Parlimen Pas dan 19 Ahli Parlimen yang menyokong Hamzah mahu beliau terus kekal sebagai Ketua Pembangkang |
|
PRN Johor bukan konflik pusat dan negeri - Pemuda UMNO Johor - Sinarharian - 14/06 2:25 pm JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Johor menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah pertembungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan proses demokrasi bagi rakyat menentukan mandat pentadbiran negeri.Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Lokeyang didakwa cuba memanipulasi sentimen hubungan antara kerajaan pusat dan negeri menjelang PRN Johor amat dikesali."Pilihan raya negeri tidak seharusnya dilihat sebagai usaha menjatuhkan mana-mana kerajaan, sebaliknya sebagai ruang demokrasi untuk rakyat memilih gabungan politik yang diyakini mampu mentadbir negeri."PRN bukan soal siapa lawan siapa atau siapa mahu menjatuhkan sesiapa |
|
Remaja dilaporkan hilang dari tahfiz - Sinarharian - 14/06 2:12 pm AMPANG - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari sebuah pusat tahfiz di Ulu Kelang di sini Jumaat lalu, sedang giat dikesan.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan kehilangan itu dibuat oleh ibu remaja terbabit selepas dimaklumkan pihak pengurusan tahfiz berkenaan kehilangan remaja terbabit iaitu Muhammad Daniel Azizan Abdullah.Menurutnya, ibu remaja itu menerima maklumat berhubung kehilangan anak lelakinya kira-kira jam 8.15 malam ketika berada di rumah."Ibu mangsa tidak pasti punca kejadian itu dan pihak tahfiz juga memaklumkan tiada perselisihan faham berlaku."Butiran remaja itu ialah ketinggian kira-kira 175 sentimeter, berat 65 kilogram, berbadan kurus dan berkulit cerah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.Jelasnya, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-651 5201.Justeru, pihak polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta segera menghubungi pihak berkuasa atau talian kecemasan MERS 999 sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. |
|
Jangan ada pengkhianatan dalam kerjasama politik - Anwar - Sinarharian - 14/06 1:53 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya tidak wujud sebarang unsur pengkhianatan oleh mana-mana pihak dalam pembentukan kerjasama politik di negara ini.Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, aspek kerjasama yang baik penting terutama ketika negara berdepan krisis ekonomi yang memerlukan semua pihak berganding bahu."Saya bagi kenyataan dalam menjayakan kerjasama dalam negara ini, jangan ada unsur-unsur pengkhianatan |
|
Tatakelola penting dalam pembangunan, kegiatan koperasi dalam negara - PM - Sinarharian - 14/06 1:34 pm PUTRAJAYA - Aspek tatakelola perlu menjadi teras penting dalam pembangunan dan kegiatan koperasi bagi memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati secara menyeluruh oleh semua pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurusan yang baik mampu meningkatkan prestasi koperasi, justeru aspek seperti tatakelola dan pengagihan kuasa yang berkesan serta usaha membanteras rasuah tidak boleh dipandang ringan."Koperasi dalam negara, kalau diurus dengan baik, prestasinya baik |
|
Menjawab tulisan Dr Marzuki Mohamad - Harakahdaily - 14/06 1:27 pm DR MARZUKI Mohamad bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin ada tulis dan sindir pengumuman oleh Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS di Konvensyen RESET Malaysia. Dalam tulisan tu Dr Marzuki timbulkan isu berkenaan pengumuman Ketua Pembangkang oleh Tan Sri Tuan Guru Presiden yang kononnya tidak melalui MT PN |
|
Larian solo 290km, bawa isu DAK ke Parlimen - Sinarharian - 14/06 12:59 am TAIPING - Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong akan mengharungi larian solo sejauh 290 kilometer dari Taiping ke Parlimen, Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti terhadap nasib tiga gajah Malaysia di Jepun.Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri berkata berkata, larian selama enam hari dikenali sebagai Larian Solidariti Bersama DAK itu bertujuan menyuarakan kebimbangan terhadap kebajikan tiga gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka.Menurutnya, inisiatif tersebut bukan sekadar cabaran fizikal, sebaliknya satu bentuk gesaan kepada kerajaan dan pihak berkepentingan agar mengambil tindakan sewajarnya."Isu ini perlu dibahasankan segera dalam Dewan Rakyat."Masa semakin suntuk apabila keadaan kesihatan ketiga-tiga gajah ini dilaporkan semakin merosot sejak dibawa ke Jepun pada 11 Mac lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Larian yang bermula 17 hingga 22 Jun itu melibatkan laluan Taiping ke Ipoh (61 kilometer), Ipoh ke Kampar (44 kilometer), Kampar ke Tapah (45 kilometer), Bidor ke Tanjung Malim (60 kilometer), Tanjung Malim ke Selayang (60 kilometer) dan Selayang ke Parlimen (20 kilometer).Choo Seong memaklumkan, beliau turut mengadakan sesi pertemuan bersama masyarakat setempat di setiap hentian bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi khazanah negara."Saya menyeru sokongan rakyat Malaysia agar bersama-sama memberi perhatian terhadap isu ini supaya kebajikan haiwan ikonik negara terus terpelihara," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata satu petisyen akan diserahkan di hadapan pintu masuk utama bangunan Parlimen bersempena hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 22 Jun.Katanya, petisyen itu akan disampaikan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk dibawa dan dibahaskan di Parlimen."Kita harap larian ini dapat membuka ruang perbincangan lebih konstruktif antara kerajaan Malaysia dan pihak Zoo Tennoji demi masa depan ketiga-tiga gajah berkenaan," katanya. |
|
Menyamar pengawal keselamatan, lima lelaki dicekup kes samun mangsa aplikasi janji temu - Sinarharian - 14/06 12:45 am ISKANDAR PUTERI Taktik licik sekumpulan lelaki tempatan memperdaya mangsa menerusi aplikasi media sosial sebelum menyamun dan mencederakan mereka akhirnya terbongkar apabila lima suspek diberkas dalam serbuan di Cameron Highlands, Pahang pada bulan lalu.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sebanyak sembilan laporan daripada sembilan mangsa antara Januari hingga Mei membabitkan kerugian keseluruhan RM315,220.Menurut beliau, suspek menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari mangsa sebelum mengajak mereka bertemu di dalam kereta."Kesemua mangsa menyatakan disamun oleh suspek warga tempatan di sekitar kawasan Taman Pelangi dan Kampung Melayu Majidee Johor Bahru."Ketika mangsa berada di dalam kenderaan bersama suspek, beberapa lagi rakan suspek akan menyamar sebagai pengawal keselamatan dan menuduh mangsa melakukan aktiviti tidak sopan di tempat awam."Mangsa kemudian diugut, dicederakan serta dipaksa menyerahkan barangan peribadi termasuk kad debit dan kredit, barang kemas serta wang tunai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Ahad.Beliau berkata, suspek turut mendapatkan kata laluan kad bank mangsa sebelum mengeluarkan wang daripada akaun dan membuat pembelian barang kemas."Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan lima lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun di Brinchang, Cameron Highlands pada 30 Mei lalu."Dalam serbuan itu, polis merampas lima telefon bimbit, sebuah kereta Perodua Bezza, resit pembelian emas, lima kad debit serta pelbagai barang kemas dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah tersebut," katanya.Ab Rahaman memberitahu semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan samun dan dadah, namun ujian saringan air kencing menunjukkan keputusan negatif."Aplikasi sosial tersebut dipercayai merupakan rangkaian sosial temu janji bagi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)."Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor dan tiga daripada suspek dituduh pada Isnin, bagi tujuh pertuduhan setiap seorang mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan."Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan," katanya.Beliau berkata, polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki tempatan bagi membantu siasatan.Dalam pada itu, Polis Johor menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah yang mengancam keselamatan awam dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah menerusi talian hotline Polis Johor 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999. |
|
'Siapa calon lain ada sokongan lebih besar dari Hamzah?' - Mkini - 14/06 12:25 am Saifuddin pertahankan tindakan Hadi umum Ahli Parlimen Larut kembali duduki jawatan ketua pembangkang |
|
'Siapa panggil Anthony Loke sebagai Tok Undang, jangan berseloroh dengan institusi raja' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 14/06 12:19 am SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari membidas tindakan seorang pengerusi majlis yang menggelarkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebagai 'Tok Undang Kelima' ketika Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) di Seremban pada malam Sabtu.Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tindakan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap Institusi Diraja dan adat yang perlu dihormati oleh semua pihak."Siapa yang panggil Anthony Loke sebagai Tok Undang tu? Jangan nak berseloroh dengan institusi raja, ini benar-benar merupakan satu penghinaan," katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan seorang pengerusi majlis yang memperkenalkan Anthony Loke dengan gelaran berkenaan ketika program tersebut.Dalam ucapan itu, individu terbabit berkata 'Dekat Negeri Sembilan orang panggil YB Anthony tok undang tahu (sambil gelak) |
|
Ketua pembangkang dipilih Ahli Parlimen, bukan PN - Hotfm - 14/06 12:14 am Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor Nurul Islam Yusoff nafi Hadi Awang bertindak seperti 'pemimpin tertinggi' PN. |
|
Ketua pembangkang dipilih Ahli Parlimen, bukan PN - FMT - 14/06 12:14 am Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor Nurul Islam Yusoff nafi Hadi Awang bertindak seperti 'pemimpin tertinggi' PN. |
|
Dari mana datangnya Parti Wawasan Negara? - Wrlr - 14/06 12:05 am ... Kedua, jawatan Ketua Pembangkang yang terawang-awang lepas Hamzah dip3cat, dipersetujui untuk diserah kepada PAS, iaitu DS Dr |
|
Pembangkang berpecah, Anwar terus ‘mendunia’ mendominasi kestabilan politik - Mypress - 14/06 11:36 am KEHADIRAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada program Reset yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainudin bukan sekadar memenuhi undangan politik biasa namun sebagai simbol dan mesej bahawa hubungan… |
|
Ribuan rakyat Malaysia abai amaran keselamatan, terus ke Selatan Thailand - FMT - 14/06 11:13 am Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat berkata situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar diramal dan amaran perjalanan dikeluarkan Wisma Putra sejak tahun lalu masih berkuat kuasa. |
|
Pelajar Tingkatan Dua maut digilis lori tangki - Sinarharian - 14/06 11:07 am ALOR GAJAH - Seorang pelajar Tingkatan Dua yang menunggang motosikal Yamaha LC maut digilis lori tangki di Jalan Sungai Siput, Lubok China di sini pada Sabtu.Dalam kejadian jam 1.48 petang itu, mangsa, Muhammad Muiszudin Mohamad Yusof, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Siput Batu Alang menuju ke Lubok China.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang kanan sebuah Perodua Viva yang berada di hadapannya."Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori tangki yang sedang bergerak dari arah Lubok China menuju ke Simpang Ampat."Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 32 tahun dan pemandu lori tangki berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan.Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Tambahnya, ketiga-tiga kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut di PUSPAKOM Rembia."Polis turut memperoleh rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dipercayai merakam kejadian tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Loh Gia Xao atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. |
|
TERKINI: Saifuddin Nasution Umum Arthur Sah Pertahan Kerusi DUN Bukit Batu - Wrlr - 14/06 10:53 am Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern kekal mempertahankan kerusi pada PRU DUN Johor pada 13 Jun 2026 |
|
Kerjasama Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Pastikan Sabah Terus Maju PM .. - Wrlr - 14/06 10:51 am Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis makan malam bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor di Istana Seri Kinabalu, Sabah pada 13 Jun 2026 |
|
'Lebih 300 bekas ahli Bersatu sertai Pas dalam masa terdekat' - Muhamad Muqharabbin - Sinarharian - 14/06 10:46 am SHAH ALAM - Lebih 300 bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan rakan-rakan di Lembah Pantai akan menyertai Pas dalam masa terdekat, kata mantan Ketua Bahagian Bersatu kawasan tersebut, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.Beliau yang baharu sahaja menyertai Pas secara rasmi pada Sabtu menegaskan komitmennya untuk terus menyokong usaha pembaharuan politik di bawah gagasan Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi gerakan 'Reset'.Menurut bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu juga, 'Reset' selaras dengan aspirasi memperkukuhkan agenda Melayu-Islam dan kestabilan negara.Muhamad Muqharabbin memaklumkan turut menyambut baik penubuhan Parti Wawasan Negara yang diumumkan oleh Hamzah di Tanah Merah, Kelantan di samping berharap kerjasama strategik antara parti-parti Melayu dapat diperkasakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Saya mendoakan Pas, UMNO dan Parti Wawasan Negara dapat mencapai titik persefahaman serta kerjasama yang kukuh demi kepentingan umat Melayu serta agama Islam."Penyatuan ummah perlu menjadi agenda utama supaya sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berpaksikan kepentingan rakyat dapat dibentuk pada PRU16 nanti."Tumpuan kita bukan sekadar memenangi pilihan raya, tetapi memastikan agenda penyatuan ummah, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan secara bersama," katanya dalam kenyataan.Muhamad Muqharabbin menerima watikah keahlian Pas daripada Timbalan Presiden parti berkenaan iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di markas Pas Kawasan Seremban.Jelas beliau, keputusan untuk menyertai Pas dibuat selepas perbincangan dan kesepakatan bersama pimpinan serta ketua-ketua cawangan yang sebelum ini bersamanya di Lembah Pantai."Saya mengambil keputusan untuk sertai Pas setelah meneliti landskap politik semasa serta berbincang dengan rakan-rakan perjuangan di peringkat akar umbi."Insya-ALLAH, lebih 300 bekas ahli Bersatu dan kawan-kawan di Lembah Pantai akan turut menyertai PAS dalam masa terdekat," ujar Penjelajah Grand Slam Negara itu lagi. |
|
Ribuan abai amaran keselamatan, terus kunjungi selatan Thai - Mkini - 14/06 10:43 am Kata Ketua Polis Kelantan, negeri itu perlukan lebih banyak produk dan lokasi rekreasi keluarga untuk galakkan pelancongan domestik |
|
Arthur tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri tahun ini - Sinarharian - 14/06 10:37 am JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa tiada peruntukan daripada kerajaan negeri pada tahun ini.Penyandang kerusi DUN Bukit Batu itu mengakui melakukan kesilapan ketika membuat kenyataan itu dalam Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu di Taman Putri di sini malam Sabtu."Saya dengan ini ingin membetulkan kesilapan saya dan menarik balik kenyataan berikut yang telah saya buat berhubung isu peruntukan kerajaan negeri bagi tahun ini."Selepas membuat semakan lanjut, saya mendapati kenyataan bahawa 'tiada peruntukan daripada kerajaan negeri untuk tahun ini' adalah tidak tepat."Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul akibat kenyataan tersebut |
|
'Bukan Pas cari orang, orang yang cari Pas'- Takiyuddin - Sinarharian - 14/06 10:15 am SEREMBAN - Tohmahan mengatakan Pas sentiasa menganggu gugat parti lain adalah satu mitos yang tidak releven sama sekali.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mengikut sejarah Pas, parti itu yang lebih banyak dipelawa untuk bekerjasama oleh parti-parti lain."Kalau kita lihat sejarah penglibatan Pas dalam politik, pada akhir tahun 70-an, Pas telah dipelawa oleh UMNO di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein untuk bersama kerana keadaan perpaduan negara terancam."Bukan pas yang minta, tapi dijemput...walaupun akhirnya kita ditendang keluar," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di sini pada Sabtu.Menurutnya, UMNO juga sekali lagi mempelawa Pas untuk bergabung apabila berlakunya perpecahan dalam parti mereka, malah ia telah berlaku beberapa kali.Tambahnya, Pas turut dicari oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) yang ditubuhkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO oleh Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2015"Bukan Pas cari orang, tapi orang yang mencari Pas |
|
Belum panas lagi kerusi Samsuri, Hamzah dilantik semula ketua pembangkang - Wrlr - 14/06 9:53 am SITI NUR ZAWANI June 13, 2026 Belum sempat panas kerusi sebagai Ketua Pembangkang, jawatan yang disandang Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kini kembali bertukar tangan kepada pemilik lamanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
|
Hadi supreme leader, tentukan hala tuju PN?- Marzuki - Wrlr - 14/06 9:51 am Terbaharu, beliau mendakwa dua keputusan penting melibatkan PN dibuat tanpa melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN. Menurutnya, keputusan melantik Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang serta keputusan membenarkan parti yang dipimpin Hamzah menggunakan logo PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak diputuskan oleh MT PN |
|
Mampukah pakatan pilihan raya satukan semula pembangkang? - Mypress - 14/06 9:50 am LANDSKAP kerjasama politik pembangkang dijangka menyaksikan perkembangan baharu dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang, kata Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Yusri Ibrahim |
|
Demi membela hak penduduk, saya tidak akan berdiam diri. - Wrlr - 14/06 9:38 am Chua Wei Kia Demi membela hak penduduk, saya tidak akan berdiam diri |
|
10,000 pelajar kurang berkemampuan terima manfaat peruntukan RM210 juta BAeK PTPTN - Sinarharian - 14/06 9:09 am KULAI - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM210 juta menerusi Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN) yang akan memanfaatkan 10,000 pelajar miskin dan miskin tegar pada tahun ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jumlah itu meningkat berbanding 5,800 pelajar dengan peruntukan RM120 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Belanjawan 2026, pada Oktober tahun lepas."Menerusi pengumuman terkini di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, jumlah penerima inisiatif biasiswa atau pendidikan percuma PTPTN ini telah ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin," katanya pada sidang media selepas sesi penyerahan BAeK PTPTN kepada dua penerima di Johor.Hadir sama Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Johor, Mazni Ruslan.Zambry berkata, pelajar yang terpilih berdaftar dalam pangkalan data eKasih serta mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mulai 1 Januari lepas.Sehubungan itu, beliau turut menyeru kepada orang ramai serta IPTA agar turut memaklumkan kepada PTPTN sekiranya terdapat pelajar daripada golongan berkenaan yang layak menerima manfaat di bawah inisiatif tersebut.Dalam pada itu, Norliza berkata, setakat 31 Mei lepas, BAeK PTPTN telah memanfaatkan 402 orang pelajar di seluruh negara dengan jumlah peruntukan berjumlah RM8.79 juta semenjak mula diperkenalkan pada tahun ini.Beliau berkata, biasiswa itu ditawarkan kepada pelajar tempatan berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan dan kursus diikuti mendaftar dengan PTPTN, mempunyai akaun Simpan SSPN yang aktif, tiada tunggakan pinjaman dan baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan tidak kurang daripada satu semester.Katanya, pelajar akan ditawarkan biasiswa sebanyak RM4,750 setahun bagi Diploma dan RM6,180 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dan RM6,650 setahun bagi ljazah Sarjana Muda (Sains)Menurutnya, permohonan pinjaman PTPTN perlu dibuat melalui aplikasi web myPTPTN dan pinjaman PTPTN akan diluluskan terlebih dahulu, bagi memastikan kelangsungan pengajian pelajar sebelum ditawarkan BAeK PTPTN sekiranya memenuhi syarat kelayakan.Pelajar kemudian akan dimaklumkan melalui e-mel dan mesej notifikasi di aplikasi myPTPTN serta perlu memulangkan dokumen tawaran secara fizikal di mana-mana kaunter PTPTN dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran biasiswa, sekali gus menjelaskan pembayaran biasiswa diberikan pada setiap semester.Terdahulu, Alin Nairien Wong Mohd Allif Wong, 20, dan Muhammad Amar Khoo Arif Khoo, 21 menzahirkan kelegaan dan kesyukuran selepas terpilih menerima manfaat BAeK PTPTN, yang disifatkan mampu meringankan beban kewangan keluarga serta membantu mereka meneruskan pengajian dengan lebih tenang.Alin Nairien berasal daripada Pekan Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi dan mengikuti Diploma Pengurusan Acara di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berkata dia bergantung kepada pendapatan ibu dan abang sulung setelah kematian bapanya sejak 2019."Biasiswa ini meringankan beban mama dan abang |
|
Hamzah pilihan awal Pas sebagai Ketua Pembangkang, tapi Bersatu kurang selesa- Tuan Ibrahim - Sinarharian - 14/06 9:00 am SEREMBAN Pas sememangnya berhasrat mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang sejak awal lagi.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti bagaimanapun terpaksa membuat keputusan untuk melantik individu lain berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kurang bersetuju dengan keputusan itu.Menurutnya, hasrat untuk mengekalkan Hamzah berikutan prestasi dan keberkesanannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang."Sebenarnya, dari awal lagi kita memang nak mengekalkan Datuk Seri Hamzah kerana prestasi beliau, malah ramai Ahli Parlimen pembangkang yang bersama (menyokong) beliau."Tapi Bersatu tidak begitu selesa dengan Datuk Seri Hamzah yang telah dipecat |
|
“Kita memang mahu kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang” – Tuan Ibrahim - Mydateline - 14/06 8:42 am Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan menjadi antara Ketua Pembangkang paling singkat dalam sejarah politik negara sebelum kedudukan itu kembali memihak .. |
|
Zaid Ibrahim, bapa pelakon Anzalna antara 15 individu diumum sertai Pas - Sinarharian - 13/06 11:48 pm SEREMBAN - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan ayah kepada pelakon popular Anzalna iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia antara 15 individu yang diumumkan menyertai Pas.Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di sini pada Sabtu.Turut diumumkan menyertai parti itu iaitu bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman; bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Mohamad Rafie; bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob dan Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Lembah Pantai, Datuk Muqarrabin MokhtarrudinSelain itu, bekas Pengerusi Kelab UMNO Manchester, United Kingdom, Dr Md Nizam Baharom; bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Seremban, Datuk TPr Lokman Omar dan bekas pemain bola sepak profesional, Azlan Johar.Beberapa bekas pemimpin UMNO turut diumumkan menyertai parti tersebut, antaranya bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Serai, Saiful Azli Saiful Rizwan; bekas Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Ahmad Tarmizi Musa; bekas Exco Pemuda UMNO, Mustapha Shah dan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman.Takiyuddin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan kesemua tokoh-tokoh tersebut kerana telah membuat satu tekad untuk bersama dengan perjuangan Pas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. |
|
PH kekalkan Arthur untuk pertahan DUN Bukit Batu - Sinarharian - 13/06 11:29 pm KULAI - Pakatan Harapan (PH) mengekalkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern sebagai calon gabungan itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Arthur ialah calon pertama yang diumumkan daripada senarai 56 calon gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.Naib Presiden PKR itu berkata keputusan mengekalkan Arthur telah dipersetujui oleh Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Calon-calon lain akan diumumkan kemudian," katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PKR DUN Bukit Batu malam ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi.Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengingatkan Arthur bahawa cabaran mempertahankan kerusi berkenaan kali ini dijangka lebih hebat walaupun beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebagai wakil rakyat.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh jentera PKR dan parti komponen PH termasuk DAP dan Amanah supaya memperkukuh kerjasama bagi memastikan kemenangan gabungan berkenaan."Kemenangan calon DAP adalah kemenangan kita juga.. |
|
Laporan kes Zara Qairina julang nama wartawan Sinar Harian - Sinarharian - 13/06 11:07 pm KOTA KINABALU Wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin mengharumkan nama organisasi apabila merangkul hadiah utama kategori Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Rencana Berita) Bahasa Melayu pada Anugerah Wartawan Kinabalu (KPA) 2026 yang berlangsung di sini pada Sabtu.Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000 menerusi laporan bersiri bertajuk Kes Zara Qairina: Tuntutan Keadilan dan Gelombang Perubahan.Anugerah tersebut disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, diiringi Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil.Tidak terhenti di situ, Asyikin turut memenangi Anugerah Alam Sekitar menerusi laporan mengenai pembunuhan kejam gajah di Sabah yang melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.Selain dua anugerah utama itu, beliau turut menerima dua hadiah saguhati bagi kategori Anugerah Laporan Berita (Bukan Rencana) menerusi laporan bersiri Tanah Runtuh Nabawan: Komuniti Terputus, Risiko Berulang dan Cabaran Infrastruktur Luar Bandar serta kategori Anugerah Kewartawanan Sukan menerusi laporan Sukan Tradisi Kembali Meriah di Pesta Kaamatan.Bagi kedua-dua kategori berkenaan, beliau menerima hadiah wang tunai RM500 bagi setiap satu.Kejayaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Asyikin dalam menghasilkan laporan yang berkualiti, berimpak dan dekat dengan isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat. |
|
Pengundi muda digesa tingkat literasi politik, elak terpengaruh media sosial - FMT - 13/06 9:34 pm Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, generasi muda tidak harus nilai kebenaran sesuatu maklumat hanya berdasarkan popularitinya di media sosial. |
|
'Adakah J-KOM kini diguna untuk label pengkritik Cina sebagai Cina sesat?' - Soal Ka Siong kepada Nie Ching - Sinarharian - 13/06 9:20 pm SHAH ALAM - MCA mendesak Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberi penjelasan segera, sama ada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kini digunakan untuk melabel pengkritik kerajaan sebagai 'Cina sesat' susulan kenyataan Ketua JKOM baharu dilantik, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, J-KOM berada di bawah Kementerian Komunikasi dan justeru Nie Ching tidak boleh berdiam diri seolah-olah perkara itu tiada kaitan dengan beliau.Menurutnya, beberapa persoalan perlu dijawab termasuk sama ada kenyataan berkenaan merupakan pendirian rasmi Kementerian Komunikasi atau ia kini menjadi standard baharu komunikasi kerajaan Madani."Adakah wang rakyat kini digunakan untuk membayar pegawai komunikasi kerajaan menyerang pengkritik dengan label berbaur perkauman?"Lebih mengecewakan, Teo Nie Ching bukan sahaja Timbalan Menteri Komunikasi, tetapi juga pemimpin DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Johor |
|
Ahmad Samsuri 'dipecat' sebelum mula tugas, Presiden Pas 'Supreme Leader' PN - Marzuki - Sinarharian - 13/06 8:36 pm SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertindak seperti 'Supreme Leader 'dalam Perikatan Nasional (PN) susulan dua keputusan penting diumumkan pada Sabtu.Menurut beliau, keputusan melantik Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dan penggunaan logo PN oleh parti Hamzah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan tidak dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN.Beliau berkata, keputusan pertama juga dilihat bertentangan dengan keputusan MT PN yang melantik Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang.ARTIKEL BERKAITAN: Parti Wawasan Negara bertanding PRN Johor, Negeri SembilanHamzah umum tubuhkan Parti Wawasan NegaraPas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua PembangkangMusyawarah, SD pilih Hamzah Ketua Pembangkang - Abdul HadiPN terbuka terima Parti Wawasan Negara"Hari ini pun, di hadapan ribuan ahli Pas yang dikerah untuk memeriahkan majlis Hamzah, beliau 'dipecat' sebagai Ketua Pembangkang sebelum memulakan tugas |
|
Polis kenal pasti individu tular 'usik' kanak-kanak warga asing - Sinarharian - 13/06 8:32 pm KUALA TERENGGANU Polis Terengganu telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam penularan beberapa video memaparkan tindakan seorang lelaki mengusik dan mengejar dua kanak-kanak warga asing di Jalan Kampung Losong Masjid, di sini.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, siasatan awal mendapati video yang tular di platform TikTok itu sengaja dimuat naik bagi tujuan menghasilkan kandungan media sosial semata-mata.Menurutnya, semakan polis mendapati tiga video yang tular itu dirakam pada tarikh berbeza iaitu pada 28 Mac 2024, 10 Mei 2024, dan 25 Disember 2024.Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohd Khairi memberitahu, kejadian berpunca apabila seorang lelaki Melayu mendakwa dua kanak-kanak warga asing yang menetap di kampung berkenaan sering bermain di kawasan Jeti Bot Losong Masjid."Kanak-kanak tersebut didakwa mengganggu peralatan serta bot milik lelaki berkenaan |
|
Kematangan politik penting bagi pertahan negara - Anwar - Sinarharian - 13/06 7:29 pm KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memerlukan kematangan, kewarasan dan kebijaksanaan politik bagi mempertahankan serta memperkukuh semangat negara bangsa yang dibina atas nilai perpaduan.Beliau berkata, kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara perlu terus dipelihara menerusi semangat saling menghormati, selain menolak sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat."Sebab itu cabaran kita negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, suku kaum yang berbeza, warna kulit yang berbeza |
|
'Siapa sahaja yang dipecat akan cari Pas, Kelantan' - Sinarharian - 13/06 6:59 pm TANAH MERAH "Siapa sahaja yang dipecat akan mencari Pas dan Kelantan," kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Nassuruddin Daud."Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada UMNO, cari Pas |
|
Hamzah kembali: Hadi veto keputusan MT PN, kata Tun Faisal - FMT - 13/06 6:35 pm Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz kata presiden PAS veto keputusan berhubung ketua pembangkang. |
|
PN terbuka terima Parti Wawasan Negara - Sinarharian - 13/06 6:28 pm TANAH MERAH Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima penyertaan Parti Wawasan Negara sekiranya parti itu mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai gabungan berkenaan.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, gabungan itu bersikap terbuka terhadap mana-mana parti yang mahu menyertai PN."Perkara itu tidak menjadi masalah |
|
'Status Bersatu dalam PN, ditentukan dalam mesyuarat akan datang' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 13/06 6:18 pm TANAH MERAH Status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Sama ada Bersatu disingkirkan atau kekal dalam PN, perkara itu akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang," katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni di sini pada Sabtu.Hadir sama Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN, iaitu Bersatu.Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan bagi membincangkan hala tuju parti dalam mendepani fasa politik baharu.Abdul Hadi berkata, ketetapan memutuskan hubungan tersebut dibuat selepas parti itu meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |